mte 3112

9
Kursus MTE 3112 (Amalan Pentaksiran Dalam Matematik) melengkapkan pelajar dengan kemahiran – kemahiran pengujian dan penilaian dalam Matematik, membantu pelajar menjalankan diagnosis ke atas kesukaran pembelajaran kanak – kanak dan seterusnya mengambil tindakan yang berkesan untuk memenuhi keperluan khas kanak – kanak dalam pembelajaran Matematik. Pengalaman mengaplikasikan teknologi dalam pentaksiran juga dibekalkan melalui aktiviti ‘hands-on.’ Tugasan MTE 3112 kali ini meminta pelajar menghasilkan sebuah esei secara individu tentang prinsip pembinaan item objektif dan esei dalam ujian Matematik dan kebaikan dan kelemahan aplikasi teknologi dalam pentaksiran Matematik. Selain itu, pelajar juga diminta untuk menghasilkan satu portfolio secara berpasangan, menggubal suatu Jadual Spesifikasi Ujian berdasarkan topik yang dipilih dan mentadbir ujian yang telah digubal kepada tiga puluh murid semasa menjalani praktikum. Melalui tugasan yang diberikan ini, saya telah berkerjasama bersama rakan seperjuangan saya iaitu Siti Nurfatihah Binti Bunyaimi. Beliau telah banyak membantu saya dalam memahami cara membuat analisis item. Saya rasa amat bertuah kerana berpeluang untuk membuat kerja berpasangan bersama beliau. Beliau merupakn seorang yang komited dengan tugasan yang diberikan. Terdapat banyak kebaikan melaksanakan tugasan secara berpasangan mahupun berkumpulan, antaranya ialah kami dapat berkongsi idea dan pendapat. Idea yang dihasilkan adalah lebih bernas kerana ia

Upload: ha-hangping

Post on 26-May-2017

224 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MTE 3112

Kursus MTE 3112 (Amalan Pentaksiran Dalam Matematik) melengkapkan

pelajar dengan kemahiran – kemahiran pengujian dan penilaian dalam Matematik,

membantu pelajar menjalankan diagnosis ke atas kesukaran pembelajaran kanak –

kanak dan seterusnya mengambil tindakan yang berkesan untuk memenuhi keperluan

khas kanak – kanak dalam pembelajaran Matematik. Pengalaman mengaplikasikan

teknologi dalam pentaksiran juga dibekalkan melalui aktiviti ‘hands-on.’

Tugasan MTE 3112 kali ini meminta pelajar menghasilkan sebuah esei secara

individu tentang prinsip pembinaan item objektif dan esei dalam ujian Matematik dan

kebaikan dan kelemahan aplikasi teknologi dalam pentaksiran Matematik. Selain itu,

pelajar juga diminta untuk menghasilkan satu portfolio secara berpasangan, menggubal

suatu Jadual Spesifikasi Ujian berdasarkan topik yang dipilih dan mentadbir ujian yang

telah digubal kepada tiga puluh murid semasa menjalani praktikum.

Melalui tugasan yang diberikan ini, saya telah berkerjasama bersama rakan

seperjuangan saya iaitu Siti Nurfatihah Binti Bunyaimi. Beliau telah banyak membantu

saya dalam memahami cara membuat analisis item. Saya rasa amat bertuah kerana

berpeluang untuk membuat kerja berpasangan bersama beliau. Beliau merupakn

seorang yang komited dengan tugasan yang diberikan. Terdapat banyak kebaikan

melaksanakan tugasan secara berpasangan mahupun berkumpulan, antaranya ialah

kami dapat berkongsi idea dan pendapat. Idea yang dihasilkan adalah lebih bernas

kerana ia dapat dibincangkan bersama. Kerja berpasangan ini juga dapat menjimatkan

masa, hal ini dapat dibuktikan apabila kami membahagikan tugasan yang perlu

dilaksanakan.

Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk mempelajari kursus Amalan

Pentaksiran Dalam Matematik. Saya mendapat banyak ilmu pengetahuan baru dengan

pelaksanaan tugasan ini. Objektif pembelajaran tidak dapat dicapai tanpa

mempraktikkan ilmu yang dipelajari dalam kuliah. Sebelum ini saya kurang faham

tentang analisis item dan sebagainya, namun setelah melaksanakan tugasan yang

diberikan ini, saya dapat memahami dengan baik cara membuat analisis item, apakah

yang dikatakan dengan jsu dan sebagainya.

Page 2: MTE 3112

Berdasarkan tugasan yang diberikan ini, ia membolehkan saya

mengintegrasikan teknologi dalam pentaksiran. Saya telah menggunakan ‘microsoft

excel’ bagi memasukkan data prestasi murid – murid. Pada mulanya saya menghadapi

masalah dalam memasukkan data menggunakan Microsoft excel, namun setelah

mendapat tunjuk ajar daripada rakan seperjuangan, akhirnya saya dapat

mengaplikasikannya dengan baik sekali. Dengan pelaksanaan tugasan ini, saya

mendapati bahawa dengan peredaran zaman yang semakin hebat hari ini, guru

memainkan peranan yang penting bagi menguasai kemahiran dalam komputer.

Terdapat banyak kebaikan menggunakan komputer dalam pentaksiran. Antaranya ialah

ia cepat dan mudah. Dengan menggunakan computer, guru dapat memasukkan data

murid ke dalam folder secara teratur, apabila guru hendak membuat semakan, guru

hanya perlu membuka folder tersebut dan semua maklumat yang dikehendaki terdapat

di dalamnya. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa guru memainkan peranan yang

penting dalam menguasai ilmu teknologi.

Disamping itu, saya menyedari bahawa adalah menjadi tugas guru apabila murid

mendapat keputusan yang rendah dan kurang memuaskan, guru hendaklah merancang

aktiviti yang sesuai untuk pemulihan dan pengayaan. Melalui ujian yang dijalankan,

saya mendapati terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menguasai

sepenuhnya tajuk yang diuji. Oleh yang demikian, latihan pengukuhan perlulah

diberikan kepada murid ini agar mereka dapat menguasai sepenuhnya. Disamping

memberikan latihan pengukuhan, guru juga boleh berusaha mendampingi murid –

murid yang menghadapi masalah dan menemubual mereka. Kadangkala murid – murid

seperti ini memerlukan bimbingan, kaunseling dan motivasi daripada ibubapa dan guru.

Menyedari kepentingan ini, sewaktu saya menjadi guru pada masa akan datang, saya

akan berusaha dengan sebaiknya bagi membolehkan murid – murid dapat memahami

apa yang diajar. Pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang boleh digunakan bagi

meningkatkan kefahaman murid – murid.

Page 3: MTE 3112

Saya berasa amat seronok menimba pengalaman baru dalam merancang,

mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran. Saya telah merancang pembinaan

Soalan bersama rakan seperjuangan saya, Siti Nurfatihah. Kemudian kami

menjalankan ujian ini kepada murid – murid semasa praktikum. Setelah murid selesai,

kami menjalankan analisis terhadap soalan yang digubal dan seterusnya mentafsir

ujaian yang dijalankan. Pengalaman ini merupakan pengalaman yang amat bermakna

kepada diri saya kerana saya dapat mengaplikasikannya sewaktu berada di sekolah

suatu hari nanti.

Antara kekangan saya melaksanakan tugasan ini ialah kami menghadapi

masalah dalam mencari masa yang sesuai bagi melaksanakan ujian ini. hal ini adalah

kerana semasa menjalani praktikum, kami sibuk dengan penyeliaan daripada

pensyarah dan guru pembimbing, melakukan aktiviti – aktiviti yang dijalankan di

sekolah, mengecat mural dan sebagainya. Namun demikian, masalah ini dapat diatasi

dengan baik apabila kami mencari waktu kelas ganti untuk membuat ujian kepada

murid – murid. Pengurusan masa yang baik amatlah diperlukan bagi seseorang guru.

Guru hendaklah menguruskan masa dengan baik supaya segala tugas yang

diamanahkan dapat dijalankan dengan baik.

Secara kesimpulannya, di dalam konteks perkembangan profesionalisme

keguruan, salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik

darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan

penyesuaian teknik pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi dan

memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion ini. Usaha ini boleh

dijalankan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan ujian dalam

bilik darjah. Melalui ujian yang dijalankan, adalah menjadi peranan penting guru

melaksanakan ujian di sekolah. Melalui ujian yang dijalankan, guru dapat

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pengajaran.

Sekian. Terima kasih.

Fatin Nasuha Binti Razali

Page 4: MTE 3112

Melalui tugasan yang diberikan ini, saya memperoleh banyak pengetahuan baru yang

amat berguna. Ilmu yang saya peroleh ini merupakan bekalan kepada saya untuk

menghadapi hari yang mendatang. Saya bersama rakan seperjuangan yang lain

dikehendaki membuat analisis pembinaan item.

Bagi melengkapkan tugasan yang diberikan ini, saya telah menjalani kolaborasi

bersama guru pembimbing, setiausaha unit peperiksaan, dan juga rakan seperjuangan.

Melalui kolaborasi yang dijalankan, saya mendapati, menjadi suatu perkara yang amat

penting yang guru harus tekankan ialah hubungan guru dengan rakan seperjuangan.

Bagi menjalani kerja, guru hendaklah menjalinkan hubungan dengan baik. Saya telah

menemubual.

Berdasarkan ujian yang dijalankan, saya mendapati terdapat ___ soalan dibuang. Hal

ini adalah kerana soalan yang diuji _________.

Page 5: MTE 3112

Bagi melengkapkan tugasan kedua dalam kursus ini, saya bersama rakan

seperjuangan dikehendaki menggubal satu Jadual Spesifikasi Ujian berdasarkan topik

yang dipilih kemudian menggubal 20 soalan objektif berdasarkan JSU yang dibina.

Setelah itu, kami dikehendaki mentadbirkan ujian yang telah digubal kepada 30 orang

murid.

Saya dan pasangan saya, Siti Nurfatihah Binti Bunyaimi tidak mempunyai

banyak masalah kerana kami telah membuat pembacaan tentang prinsip-prinsip

pembinaan item. Bilangan murid di dalam kelas yang kami pilih iaitu 4 Berlian ialah

sebanyak 30 orang. Namun, kami menghadapi masalah apabila mereka bercuti bergilir-

gilir pada minggu UPSR. Kebanyakan antara mereka tidak hadir ke sekolah jadi saya

tidak berpeluang untuk mentadbir ujian pada minggu tersebut. Mujur selepas minggu

tersebut saya mempunyai masa untuk mentadbir ujian tersebut.

Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah melakukan proses yang penting

dalam merancang ujian iaitu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang mengandungi

maklumat tertentu bagi sesuatu ujian. Saya berasa amat bertuah kerana berpeluang

menjalankan kerja kurus ini. Hal ini adalah kerana ia merupakan pengalaman pertama

saya melaksanakan tugasan ini. Jadual Spesifikasi Ujian amat penting kerana ia dapat

memastikan ujian digubal secara sistematik. Selain itu, kesahan dari segi persampelan

sukatan pelajaran adalah terjamin.

Berpandukan JSU yang telah dibentuk, item soalan telah dibina. Saya telah

menghasilkan soalan yang hendak diuji kepada murid – murid. Dalam pembinaan

soalan, saya mendapati bahawa proses ini bukan merupakan satu proses yang mudah.

Guru harus mengikut tahap pembelajaran murid. Soalan yang digubal hendaklah

bermutu tinggi dengan menekankan aspek kerelevenan, keseimbangan, keobjektifan,

aras kesukaran dan aras diskriminasi.

Setelah menggubal soalan bersama pasangan praktikum, saya telah menyemak

soalan tersebut supaya bebas daripada sebarang kesilapan sebelum ujian ditadbirkan.

Saya juga telah membuat semakan supaya arahan yang diberikan adalah jelas dan

Page 6: MTE 3112

mudah difahamai dengan masa yang diperuntukkan adalah bersesuaian dengan

bilangan soalan. Soalan yang diberikan mempunyai arahan yang jelas.

Selepas kami memeriksa dan mendapat keputusan, kami telah menganalisis

item-item soalan yang telah kami gubal. Segala ilmu yang telah dipelajari untuk

mengenalpasti Indeks Diskriminasi (ID) dan Indeks Kesukaran (IK) telah kami

aplikasikan semasa menganalisis item-item. Terdapat beberapa item yang kami

kenalpasti tidak baik dan perlu ditolak. Bukan itu sahaja, ada beberapa item yang perlu

diubahsuai untuk menjadi satu item yang baik. Melalui tugasan ini, saya sedar bahawa

menggubal sesebuah soalan bukanlah satu perkara yang mudah dan boleh dilakukan

dengan sewenang-wenangnya. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan bukan sahaja

dari segi aspek tahap murid dan malahan dari segi pemilihan jenis soalan dan

menentukan jawapan. Semua aspek ini perlu diambil kira bagi menghasilkan satu item

yang baik dan satu proses pentaksiran dapat dilaksanakan dengan baik bagi

mengenalpasti tahap pengetahuan murid.

Saya telah menjalinkan hubungan komunikasi dengan guru pembimbing dan

guru unit peperiksaan sekolah semasa menjalani praktikum. Berdasarkan temu bula

bersama mereka, saya telah mendapat banyak pengetahuan baru tentang Jadual

Spesifikasi Ujian, Indeks Diskriminasi, Indeks Kesukaran dan sebagainya. Ilmu

pengetahuan yang diperoleh ini merupakan panduan kepada saya dan pasangan untuk

menyiapkan tugasan. Selain itu, ilmu yang diperoleh ini akan saya aplikasikan sewaktu

berada di sekolah kelak.

Kesimpulannya, saya berpuas hati dengan apa yang telah saya hasilkan.

Walaupun ia bukan yang terbaik jika dibandingkan dengan hasil kerja yang lain tetapi ia

adalah yang terbaik dari saya. Saya telah mempelajari banyak perkara dalam usaha

untuk menyiapkan diri sebagai bakal guru di masa hadapan. Masih banyak yang perlu

saya kecapi lagi kerana ‘learning is a continuous process’. Bukan itu sahaja. Ia juga

membantu untuk saya menyediakan diri untuk sesi praktikum yang akan datang.

Page 7: MTE 3112