mpw assignment

3

Click here to load reader

Upload: carolinerong

Post on 25-Sep-2015

88 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Mpw Assignment

TRANSCRIPT

Dol SaidSejak kejatuhan Kerajaan Melaka perjuangan orang Melayu telah dijalankan selama berabad-abad bersama sultan atau pemimpin tempatan untuk mengembalikan maruah bangsa dan Negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831) dan sebagainya.Antara tokoh tempatan yang berjuang untuk kemerdekaan termasuklah Dol Said. Nama sebenar Dol said ialah Abdul Said. Beliau dilahirkan di Naning, Alor Gajah, Melaka pada tahun 1773. Beliau yang berasal dari suku Semelenggang telah menggantikan Penghulu Anjak pada umur 26 tahun untuk menjadi Penghulu Naning pada tahun 1779. Akibat British melaksankan pengenaan cukai ke atas daerah Naning, Dol Said sebagai pemerintah Naning ke-sembilan telah melakukan tentangan orang Melayu pertama terhadap kuasa luar iaitu British. Antara sebab pertentangan Dol Said terhadap British adalah British mencampur tangan dalam hal ehwal politik dan pentadbiran Naning. Selain itu, British mendakwa Naning sebahagian daripada Melaka dan mengenakan satu persepuluh hasil daripada Naning untuk dihantar kepada British. Peraturan-peraturan yang bercanggah dengan nilai tradisi Naning ditegaskan juga oleh British untuk dilaksanakan di Naning.

Dol Said merupakan seorang pemimpin yang berani serta bijaksana kerana telah melakukan Peperangan Naning Pertama pada tahun 1831 untuk menentang kemasukan tentera British dan mendapat kejayaan dalam perang tersebut. Dalam Perang Naning Pertama, British telah menghantar 150 orang sepoi yang diketuai oleh Kapten Wyllie untuk menyerang Naning tetapi berjaya dikalahkan oleh pengikut-pengikut Dol Said bersama beliau yang diisytiharkan oleh British sebagai penderhaka. Tiga faktor kemenangan Dol said dalam Perang Naning Pertama adalah penggunaan taktik gerila, bantuan daripada Seri Menanti, Sungai Ujong, Johol dan Muar serta pertolongan Yamtuan Raja Muda Ali yang menghantar pasukan bantuan yang diketuai oleh menantu beliau dari Rembau iaitu Syed Shaban.Setelah mengalami Perang Naning Pertama pada tahun 1831, British sedar Naning tidak mudah dikalahkan dan mengambil keputusan untuk berunding dengan Yamtuan Raja Muda Ali. Akhirnya, beliau bersetuju unutk menghantar 600 orang hulubang yang diketuai oleh menantunya, Syed Shaban untuk menyerang Naning. Perpaduan antara orang Melayu telah dipecahbelahkan oleh British sebelum Perang Naning Kedua kerana British telah memikat perjanjian dengan daerah-daerah bersempadan dengan Naning seperti Rembau, Sungai Ujong dan Seri Menanti, keadaan ini tidak membantu bagi Dol Said untuk mendapat sokongan dan pertolongan semasa Perang Naning Kedua pada tahun 1832.

Pada tahun 1832, telah tercetusnya Perang Naning Kedua oleh British terhadap Naning. Pada kali ini, askar-askar British yang diketuai oleh Kolonel Herbert dibantu oleh pasukan Rembau yang diketuai oleh Syed Shaban untuk menyerang Naning. Dol Said terpaksa berundur ke Pasir Besar pada Februari 1832. Pada 27 Oktober 1832, iaitu selepas empat bualn, Dol Said jatuh di tangan British. Beliau telah diberi pencen dan rumah di Melaka. Akibat Perang Naning Kedua, Taboh telah ditawan oleh British dan banyak rumah penduduk Naning telah dibakar, menjadikan mereka kehilangan tempat tinggal. Kesan kesan lain akibat perang ini termasuk juga daerah Naning dan Melaka disatukan dan kerugian sebanyak 100,000 paun sterling dialami oleh British walaupun berjaya mengalahkan Naning.http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/sejarah/sejarah-kemerdekaan

http://cucutoknaning.blogspot.com/2008/11/belajar-sejarah.html

http://islamicfinance2u.blogspot.com/2008_06_01_archive.html

http://abdullatip.blogspot.com/2008/04/dol-said-pahlawan-naning.html

http://tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.com/p/dol-said.html