pengajian malaysia (mpw 1133)

21
IKIP INTERNATIONAL COLLEGE PENGAJIAN MALAYSIA MPW 1133 “PERLEMBAGAAN MALAYSIA” NAMA: MUHAMAD SYAHMI BIN ROSLI KURSUS: DIPLOMA KEWANGAN ISLAM SEMESTER: 3 PENSYARAH: PN. MARHANA BINTI HAMZAH

Upload: muhamad-syahmi-bin-rosli

Post on 01-Jul-2015

3.169 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Personal asingment

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

IKIP INTERNATIONAL COLLEGE

PENGAJIAN MALAYSIA

MPW 1133

“PERLEMBAGAAN MALAYSIA”

NAMA: MUHAMAD SYAHMI BIN ROSLI

KURSUS: DIPLOMA KEWANGAN ISLAM

SEMESTER: 3

PENSYARAH: PN. MARHANA BINTI HAMZAH

Page 2: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

ISI KANDUNGAN

BIL TOPIK

1 MUKADDIMAH

2 PENGENALAN

3 KONSEP PERLEMBAGAAN

4 UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

5 ISU / KES DI MALAYSIA

- PERKARA 3

- PERKARA 152

- PERKARA 153

6 RUJUKAN

Page 3: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

MUKADDIMAH

Dengan lafaz yang mulia, Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi

Maha Mengasihani.

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan hidayah dan rahmat-Nya, saya dapat

menyelesaikan tugasan yang telah diberikan pada tarikh yang ditetapkan oleh

pensyarah dalam subjek pengajian ini.

Setinggi juga syukur kerana beliau sudi memberikan tugasan serta menerima

segala tugasan yang telah saya kemukakan demi kebaikan diri saya sendiri.

Harapan dari diri ini, semoga tugasan ini dapat memberikan manfaat dan

menjadi rujukan walaupun ia tidaklah selengkap yang di impikan.

Dengan akhir kata ini, saya bermohon maaf atas kesilapan dan kekurangan

dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Moga kita dapat

mempertingkatkan pengetahuan sejarah negara kita. Sekian,

Assalamualaikum wbt..

Page 4: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

PENGENALAN

Seperti mana kita tahu, negara kita yang indah ini mempunyai perlembagaan

yang telah ditetapkan oleh menteri yang menerajui negara ini, untuk

berkorban demi rakyat yang berbilang kaum supaya menjadi sebuah negara

yang maju dan menunjukkan sebuah negara yang mempunyai pemimpin.

Ini juga yang dianggap menguntungkan orang Melayu dan Bumiputera

diimbangi dengan peruntukan lain yang juga memberi kelebihan kepada

bukan Melayu seperti di bawah ;

Islam agama persekutuan tetapi bukan agama lain bebas diamalkan

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain

dibenarkan

Kedudukan Istimewa orang Melayu dan bumi putera diperuntukkan

tetapi hak etnik lain tidak boleh dilucutkan begitu saja.

Page 5: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

KONSEP PERLEMBAGAAN

PERLEMBAGAAN :

Definisi adalah seperti berikut ;

Adalah satu set peraturan atau undang-undang atau,

Sama ada bertulis atau tidak bertulis dan,

Yang menentukan adalah ;

Pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan.

Bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan.

Antara sebab ditubuhkan perlembagaan adalah seperti berikut;

I. Merupakan sumber undang-undang tertinggi sebuah negara

II. Kewujudannya untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara.

III. Menjadi garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak

pemerintahan atau rakyat.

Selain itu, negara kita juga mempunyai peruntukan umum bagi memperkukuhkan

negara ke arah globalisasi yang kini pesat. Antara peruntukan umum telah

dicatatkan dalam perlembagaan Malaysia seperti di bawah ;

I. Corak pemerintahan negara VI. Pilihan raya

II. Hak-hak asasi rakyat

III. Kewarganegaraan

IV. Agama

V. Bahasa

Page 6: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN

MALAYSIA

Unsur ini adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan yang

telah meliputi ;

Bahasa

Agama

Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan

Sarawak ) termasuk

Pemerintahan / sistem beraja

Kenapa perkara ini menjadi unsur perlembagaan ?

1. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

a. Merujuk Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu

sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara

automatiknya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan

dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh

Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan

sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan

termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.

b. Rasional Perkara 152 ;

- Bahasa Kebangsaan sebagai alat perpaduan tanpa menggugat

bahasa ibunda.

Page 7: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

- Menjadi bahasa lingua franca.

- zaman penjajah telah dijadikan bahasa rasmi.

- pegawai Eropah perlu belajar dan lulus bahasa Melayu.

2. Agama Islam sebagai agama rasmi.

a. Merujuk Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa agama

Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama

lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11) dan bahawa

setiap agama mempunyai hak untuk ;

- Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.

- Menubuhkan dan menyelenggarakan institusi bagi maksud

agama atau khairat.

- Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan

mentadbirnya.

Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama

boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau

undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika

pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah

menganut agama Islam. Perkara 11 (4).

b. Rasional perkara 3 ini adalah ;

- Agama persekutuan tanpa menjejaskan kedudukan agama lain.

Page 8: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

- telah bertapak 500 tahun dahulu.

- zaman penjajah, bidang kuasa Islam dan adat istiadat Melayu

tidak dicampuri oleh penjajah.

- perlembagaan Malayan Union juga dan Perjanjian Persekutuan

Tanah Melayu mengecualikan perkara ini

3. Hak istimewa orang Melayu.

a. Merujuk Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak

Istimewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak

meliputi :

perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)

ekonomi : Perkara 153 (6)

pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)

Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah

peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab

Melayu.

Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah

Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

b. Kerasionalan perkara 153 ;

- Hasil toleransi

* Melayu

* Bukan Melayu

* Implikasi

* Hak Istimewa

Page 9: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

* Hak kerakyatan

- Hak kerakyatan serta-merta kepada 80 000 orang cina

- hak Istimewa dalam jangka panjang

- Prinsip Jus Soli dengan kerakyatan 800 000 bukan Melayu

- Manfaat serta-merta : kepentingan sebagai warganegara (undi

pilihan raya)

- Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam,

biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain.

4. Pemerintahan / sistem beraja.

a. Merujuk Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutuan

ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja

sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja

Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan.

Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda

dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang

menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.

b. Merujuk Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah

Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, sementara

Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk

pengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang

telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan

yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Page 10: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

c. Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga

komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen.

Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak

seseorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang,

menikmati dan menjalankan hak-hak keistimewaan di sisi

perlembagaan bagi seseorang raja di dalam negeri itu.

d. Merujuk Perkara 153 telah mengamanahkan baginda

tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang-

orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan

kepentingan sah kaum lain.

e. Merujuk Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik

semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi

adalah di tangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan

setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.

Page 11: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

ISU / KES DI MALAYSIA

Isu mengikut perkara di bawah ;

1) Perkara 3 (Islam agama rasmi)

Kalimah Allah Pada gereja.

KUALA LUMPUR 5 Mac - Mahkamah Tinggi di sini memberi peluang

terakhir kepada Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) dan Kementerian Dalam

Negeri (KDN) untuk berunding bagi menyelesaikan tuntutan berhubung

perintah larangan mengimport bahan terbitan Kristian yang mengandungi

kalimah Allah.

Hakim Datuk Aziah Ali sehubungan itu menetapkan 30 April ini sebagai

tarikh akhir untuk mengetahui status perundingan ke arah penyelesaian oleh

kedua-dua pihak tersebut.

Tarikh berkenaan ditetapkan oleh Hakim Aziah di kamar beliau dengan

kehadiran peguam Bobby Chew dan Lim Heng Seng yang mewakili SIB

ketika sebutan kes itu hari ini.

Turut hadir dalam prosiding itu ialah Peguam Kanan Persekutuan, Datin

Azizah Nawawi yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan

Malaysia selaku responden pertama dan kedua.

Page 12: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

Bobby ketika dihubungi memberitahu, sekiranya perundingan menemui jalan

buntu, barulah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas)

akan menetapkan tarikh perbicaraan.

Menurutnya, mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan

mereka yang terlibat meneliti sama ada kes tersebut dapat diselesaikan di luar

mahkamah.

''Jika penyelesaian tidak berhasil sehingga tarikh tersebut, mahkamah akan

menetapkan tarikh baru untuk mendengar permohonan SIB bagi

mendapatkan kebenaran mencabar keputusan KDN menerusi prosiding

semakan kehakiman,'' jelas Bobby.

Pada 10 Disember 2007, Presiden SIB, Jerry W.A. Dusing @ Jerry W. Patel,

56, dan SIB yang beralamat di Kota Kinabalu, Sabah memfailkan

permohonan tersebut terhadap responden pertama dan kedua dengan

mengemukakan sebanyak 22 tuntutan.

Antara yang dipohon adalah perintah untuk membatalkan keputusan menteri

yang enggan membenarkan pengimportan empat buah tajuk bahan penerbitan

Kristian dan menahan penyerahan dua buah tajuk bahan penerbitan yang lain.

Selain memohon perintah supaya menteri tersebut mengembalikan penerbitan

itu, pemohon menuntut perisytiharan bahawa penggunaan istilah Allah dalam

terjemahan kitab Injil sama ada versi bahasa Malaysia, bahasa Indonesia dan

dalam semua penerbitan bahan keagamaan, adalah menjadi hak mereka.

Page 13: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

Pemohon turut memohon perisytiharan bahawa Perkara 3(1) Perlembagaan

Persekutuan yang menjamin hak semua agama diamalkan dengan aman dan

damai oleh pemohon yang mendakwa berhak menggunakan perkataan Allah.

Ia membabitkan bahan cetakan, diterbitkan bukan sahaja di gereja malahan di

sebarang lokasi atau bangunan dalam pengamalan agama mereka walaupun

bahan dan penerbitan itu mengandungi perkataan Allah.

Pemohon juga memohon perisytiharan bahawa keputusan membenarkan

penggunaan Al-kitab oleh penganut agama Kristian hanya di gereja-gereja

dan tidak di tempat lain adalah bercanggah dengan hak perlembagaan, batal

dan tidak sah.

Permohonan dikemukakan atas alasan pihak responden telah melakukan

kesilapan apabila gagal mengambil kira bahawa penggunaan perkataan Allah

oleh agama Kristian adalah mendahului kedatangan Islam.

Pemohon juga memberi alasan, terjemahan kitab Injil versi bahasa Indonesia

dan bahasa Malaysia telah digunakan oleh penganut agama Kristian di negara

ini sejak dahulu lagi.

Dusing dalam afidavit sokongannya mendakwa Penyelia Pelajaran Kanak-

Kanak dan salah seorang kakitangan SIB, Kinambo Gaduan telah membawa

tiga kotak bahan pelajaran bagi kanak-kanak beragama Kristian.

Bahan tersebut dakwa Dusing, milik SIB untuk dibawa pulang ke Kota

Kinabalu pada 15 Ogos 2007.

Page 14: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

Namun pemohon mendakwa, bahan-bahan penerbitan itu telah ditahan oleh

pegawai kastam ketika Kinambo yang dalam penerbangan dari Surabaya,

Indonesia telah transit di Terminal Kos Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Dakwanya, berdasarkan sepucuk surat dari KDN bertarikh 10 September

2007 kepada SIB ada menyebut bahawa pengimportan penerbitan Kristian

yang mengandungi perkataan Allah, Baitullah, solat dan Kaabah adalah

dilarang untuk edaran di negara ini.

Surat yang sama juga dakwa Dusing, menyatakan bahawa penerbitan itu

boleh menimbulkan kekeliruan dan kontroversi di kalangan masyarakat

negara ini.

2) Perkara 152 (Hak bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan)

Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran matematik dan sains

RINGKASAN KEPUTUSAN PEMANSUHAN PPSMI (dipetik daripada

Utusan Online)

8 Julai – Menteri Pendidikan mengumumkan Mata pelajaran Sains dan

Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan

manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil

mulai 2012.Perlaksanaan akan diadakan secara bertahap di Tahun Satu dan

Tahun Empat di sekolah rendah dan Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di

sekolah menengah bermula pada tahun 2012. Perubahan ini bagaimanapun

tidak melibatkan Tingkatan Enam dan Matrikulasi.

Page 15: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

Keputusan tersebut mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan

Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003.

Strategi disusun untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan

pengajaran Bahasa Inggeris:

** Menambah bilangan guru bahasa Inggeris seramai 13,933 orang untuk

memantapkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid. Ini

termasuklah 1,000 orang guru luar negara, 600 orang guru bersara dan 12,333

guru tambahan daripada IPGM, IPTA dan IPTS. Keutamaan akan diberikan

kepada sekolah luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan guru terbaik.

Pihak Kementerian juga akan menyediakan guru penolong bahasa Inggeris

gred DG 41 bagi kelas besar seperti kelas yang melebihi 35 murid di Tahun

Satu dan Dua untuk meningkatkan 'contact time' antara guru dan murid.

** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SK Tahap I ditambah sebanyak 90

minit daripada 240 minit menjadi 330 minit seminggu manakala bagi tahap II

ditambah sebanyak 90 minit daripada 210 minit menjadi 300 minit seminggu.

** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi SJKC/T Tahap I ditambah 100

peratus iaitu daripada 60 minit menjadi 120 minit seminggu manakala bagi

Tahap II ditambah sebanyak 30 minit daripada 60 minit menjadi 120 minit

seminggu.

** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Tingkatan Satu hingga Enam

ditambah sebanyak 80 minit daripada 200 minit menjadi 280 minit seminggu.

** Peruntukan waktu bagi MUET untuk Tingkatan Enam ditambah sebanyak

80 minit daripada 320 minit menjadi 400 minit seminggu.

Page 16: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

** Peruntukan waktu bahasa Inggeris bagi Matrikulasi ditambah 100 peratus

iaitu dari tiga jam menjadi enam jam seminggu.

** Program Sastera Kontemporari Kanak-Kanak Bahasa Inggeris

diperkenalkan kepada semua murid Tahap II untuk mengukuhkan minat

membaca di kalangan murid di samping memperkenalkan unsur-unsur

sastera.

** Makmal bahasa Inggeris akan diwujudkan di sekolah-sekolah untuk

memudahkan murid mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.

** Teknologi maklumat akan dimanfaatkan dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Inggeris melalui penggunaan perisian komputer yang

sesuai.

** Pelajaran tatabahasa Inggeris akan diberikan penekanan dalam pengajaran

dan pembelajaran bahasa Inggeris.

** Untuk mendedahkan murid dengan istilah-istilah sains dan teknologi

dalam bahasa Inggeris, elemen sains dan teknologi akan diserapkan dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris.

Selaras dengan hasrat untuk memartabatkan bahasa Malaysia, Kementerian

Pelajaran akan melaksanakan transformasi kurikulum bahasa Malaysia di

sekolah rendah dan menengah dengan memberi fokus kepada penguasaan

asas kemahiran berbahasa di kalangan murid melalui pendekatan modular

yang bersepadu, seimbang dan holistik.

Page 17: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur,

membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

Pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam

kurikulum BM sekolah rendah.

Di peringkat sekolah menengah, transformasi kurikulum bahasa Malaysia

akan memberikan penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek

kesusasteraan Melayu di samping memantapkan kemahiran mendengar,

bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.

Penekanan terhadap aspek Kesusasteraan Melayu bertujuan memperkayakan

aspek kebahasaan di samping menonjolkan aspek pemikiran, nilai, budaya

masyarakat Malaysia.

Dengan keputusan ini, kerajaan menawarkan pendekatan baru dalam

pengajaran Sains, Matematik dan Bahasa Malaysia.

*PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran ini

akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kehormatan terakhir PPSMI tamat

pada tahun 2014.

Kerajaan mengambil keputusan ini setelah meneliti secara terperinci hasil

kajian dan pemantauan mengenai PPSMI yang menunjukkan bahawa PPSMI

tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan.

Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, iaitu guru-guru mengajar pelajaran

Sains dan Matematik dalam dwi bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa

Malaysia. Pemantauan Kementerian Pelajaran pada tahun 2008 mendapati:

Page 18: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

- Hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya

dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

- Secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53-58

peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran

Sains dan Matematik.

- Hanya sebahagian guru Matematik dan Sains di sekolah menengah dan

rendah yang mengambil ujian Penilaian Tahap Profesional bahasa Inggeris

pada tahun 2008 mencapai tahap profesional.

Peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains

dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 telah merosot daripada

85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2

peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar. Bagi mata pelajaran

Matematik, pencapaian murid bandar telah merosot daripada 84.8 peratus

kepada 80.9 peratus manakala pencapaian murid luar bandar merosot

daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

- Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata

pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI

dilaksanakan.

Selain daripada pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran,

Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan

kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains telah merosot dari

tangga ke-20 pada tahun 2003 ke tangga ke-21 pada tahun 2007. Bagi mata

Page 19: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

pelajaran Matematik pula, kedudukan murid kita telah merosot dari tangga

ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.

Kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan

penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga

peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI. Tahap penguasaan bahasa Inggeris di

kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan

mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam

bahasa Inggeris.

Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin bahawa Sains dan Matematik

perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid, iaitu bahasa

Malaysia di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJK(C) dan bahasa Tamil di

SJK (T).

Kerajaan juga telah memutuskan agar pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan dimantapkan.

3) Perkara 153 (Hak bumiputera)

Diskaun Hartanah Bumiputera, REHDA Bercanggah Pendapat

KUALA LUMPUR, 2 Ogos - Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan

(REHDA) bingkas menafikan kenyataan Presidennya, Datuk Micheal Yam

yang menyokong pandangan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua

mengenai pemansuhan diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah

komersial dan rumah mewah di negeri Selangor.

Page 20: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

Menurut Timbalan Presiden REHDA, Datuk F.D Iskandar terkejut dengan

kenyataan tersebut dan menegaskan bahawa REHDA tidak pernah

mempertikaikan hak keistimewaan kaum bumiputera sepertimana yang

termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berpendapat kenyataan Micheal Yam adalah merupakan pandangan

peribadi kerana REHDA tidak pernah bersetuju dengan pandangan Tony Pua

yang merupakan Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agong DAP. F.D

Iskandar menegaskan bahawa cadangan tersebut tidak dipersetujui olehnya

kerana ia akan mewujudkan ketidakseimbangan dalam pemilikan hartanah

komersial dan rumah mewah di Selangor khususnya.

Pada masa yang sama, beliau turut mengulas mengenai cadangan tersebut.

Beliau berkata bahawa pihak kerajaan perlu mewujudkan satu mekanisme

bagi mengkaji diskaun tersebut kerana banyak faktor yang menyebabkan

kaum Bumiputera tidak terlalu agresif dalam hal pemilikan hartanah.

Beliau turut menekankan bahawa langkah tersebut tidak perlu dibuat secara

tergesa-gesa kerana banyak peluang lain kepada bumiputera perlu juga

diberikan perhatian.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dikatakan tidak berpuas hati dengan

cadangan yang dikemukakan tersebut. Malah, komponen Pakatan Rakyat

iaitu PAS juga membidas pandangan Pua yang disifatkan keterlaluan dan

tidak menghormati mekanisme dalaman terlebih dahulu untuk melontarkan

pandangan yang melibatkan sensitiviti kaum di Malaysia. -ANN

Page 21: PENGAJIAN MALAYSIA (MPW 1133)

RUJUKAN

http://www.slideshare.net/kaichew/tajuk-6-perlembagaan-

presentation

http://pmr.penerangan.gov.my

http://etnik553.blogspot.com

Dicatat oleh Pn. Nurul Himmah Kassan

http://www.ann.com.my

Buku “Malaysia Kita”.

Institusi Tadbiran Awam Negara Malaysia.

Pensyarah IKIP International College

Pn. Marhana Bt Hamzah