mpw 1113 bahasa kebangsaan (a)

14
MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A) PENULISAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN PN. RABIAH

Upload: rex

Post on 08-Feb-2016

142 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A). PENULISAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN. PN. RABIAH. OBJEKTIF. Pada akhir pelajaran, pelajar dapat: i) Memilih penanda wacana yang sesuai untuk menghubungkaitkan antara satu isi @ satu penyataan dengan penyataan yang lain. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

MPW 1113BAHASA KEBANGSAAN (A)

PENULISANPENANDA WACANADALAM KARANGAN

PN. RABIAH

Page 2: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

OBJEKTIF ►Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:

i) Memilih penanda wacana yang sesuai untuk

menghubungkaitkan antara satu isi @

satu penyataan dengan penyataan yang lain.ii) Membina ayat yang gramatis apabila

menggunakan penanda wacana.

iii) Membezakan penggunaan penanda wacana

untuk menghubungkaitkan perenggan dengan perenggan, dan ayat dengan

ayat.

Page 3: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

RASIONALi)   Pelajar tidak mahir menggunakan penanda wacana untuk mewujudkan kesinambungan

idea yang dikemukakan. 

ii)  Pelajar tersilap memilih penanda wacana sehinggakan hilang pertautan isi dalam karangan. Keadaan ini melemahkan pengolahan seterusnya mengakibatkan penyampaian menjadi kabur.

Page 4: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

FUNGSI PENANDA WACANA

►Terdapat empat fungsi utama penanda wacana iaitu: 1. Bagi tujuan menunjukkan maksud tambahan2. Bagi tujuan menunjukkan maksud

sebaliknya3. Bagi tujuan menunjukkan maksud sebab4. Bagi tujuan menunjukkan maksud ketika

Page 5: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

TUTORIAL 1 PENANDA WACANA BAGIMENUNJUKKAN MAKSUD TAMBAHAN►Antara penanda wacana yang membawa

maksud tambahan ialah:- Ini bererti - Sejajar dengan ini - Pendek kata - Justeru - Sebagai tambahan

Page 6: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

►Contoh ayat:

1.   Sebagai tambahan kepada tugasan yang telah

diberi, pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan

pada masa cuti.2.   Ini bererti, di samping bercuti pelajar terpaksa

membuat ulang kaji bagi menghadapi peperiksaan

akhir tahun.3.   Sejajar dengan ini, guru digalakkan mengadakan

kelas tambahan bagi membantu pelajar menghadapi

peperiksaan.4.   Justeru, pelajar patut merebut peluang keemasan ini

yang hanya datang sekali seumur hidup.5.   Pendek kata, pelajar harus bersikap seperti pepatah

Melayu yang berbunyi, "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit

dahulu, bersenang-senang kemudian."

Page 7: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

TUTORIAL 2PENANDA WACANA BAGIMENUNJUKKANMAKSUD SEBALIKNYA

►Antara penanda wacana yang menunjukkan maksud sebaliknya ialah: - Sungguhpun - Berbanding dengan  - Dalam masa yang sama - Sebaliknya - Walau bagaimana sekalipun 

 

Page 8: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

►Contoh ayat:

1.   Sungguhpun keluarganya miskin, Ali tetap belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam peperiksaan.

2.   Dalam masa yang sama, dia mengambil upah menjual nasi lemak setiap hari sebelum ke

sekolah.3.   Walau bagaimana sekalipun rintangan dan cabaran

yang dihadapi, Ali tetap bertekad untuk menjejakkan

kaki ke menara gading.4.   Sebaliknya, dia tetap berusaha dan berdoa semoga

impiannya menjadi kenyataan.5.   Berbanding dengan Azman, Zamri lebih cekap dan

mahir dalam melaksanakan tugas yang telah diberi

oleh guru.

Page 9: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

TUTORIAL 3PENANDA WACANA BAGIMENUNJUKKAN SEBAB►Antara penanda wacana bagi

menunjukkan sebab ialah:- Berdasarkan - Berpegang pada - Sekiranya begitu - Akibatnya - Kesudahannya

Page 10: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

►Contoh ayat:1.   Berdasarkan prestasi peperiksaan akhir tahun, guru-

guru berkeyakinan penuh bahawa Suria boleh berjaya

dengan cemerlang.2.   Berpegang pada janji yang telah dibuat kepada ibu

bapanya, Suria terpaksa bertungkus-lumus siang dan

malam menelaah pelajaran untuk berjaya dalam peperiksaan.

3.   Sekiranya begitu sikap yang diamalkan Suria, mudah-mudahan Allah akan memakbulkan

doanya untuk lulus dengan cemerlang.

4.   Kesudahannya Suria muncul sebagai pelajar terbaik

dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.5.   Ah Leng membuka sebuah syarikat tanpa mendapat

kelulusan daripada Pendaftar Syarikat. Akibatnya,

syarikat itu telah diharamkan daripada beroperasi.

Page 11: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

TUTORIAL 4PENANDA WACANA YANGMENUNJUKKAN MAKSUD KETIKA.Antara penanda wacana yang

menunjukkanmaksud ketika ialah:- Merujuk - Berbalik kepada - Akhirnya - Sementara itu - Sejenak kemudian

Page 12: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

►Contoh ayat:1.   Merujuk keterangan saksi, mahkamah mendapati

bahawa Encik Selvam terlibat dalam kes pecah rumah

di Taman Setiawangsa tiga tahun yang lalu.2.   Sementara itu, peguam bela Encik Selvam menyatakan

bahawa pihaknya akan membuat rayuan terhadap

keputusan itu. 3.   Akhirnya, kes itu akan dibicarakan semula di

Mahkamah Rayuan setelah Encik Selvam berjaya dalam

tuntutannya.4.   Sejenak kemudian, Encik Selvam memeluk peguam

bela dan anak-anaknya sambil menitiskan air mata.5.   Berbalik kepada kejayaan itu peguam bela Encik

Selvam berjanji akan berusaha membebaskan anak

guamnya yang dipercayai telah dianiayai oleh pihak-

pihak tertentu.

Page 13: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

TUTORIAL 5Keterangan:

► Oleh itu merupakan penanda wacana yang melanjutkan idea sebelum ini dengan idea yang berikutnya.

► Dengan itu merupakan penanda wacana yang digunakan untuk melanjutkan idea

► Dengan demikian adalah penanda wacana yang melanjutkan idea

► Akhirnya merupakan penanda wacana yang menunjukkan kesimpulan kecil bagi keseluruhan gagasan atau idea dalam perenggan tersebut.

► Penanda wacana yang terakhir adalah Sebagai kesimpulannya yang merupakan simbol atau tanda yang menunjukkan bahawa penulis akan menamatkan perbincangan bagi keseluruhan idea atau gagasan yang dibincangkan dalam tajuk

Page 14: MPW 1113 BAHASA KEBANGSAAN (A)

► Penanda wacana Jelaslah merupakan penegasan sekali lagi idea keseluruhan yang terdapat dalam perenggan pertama. Penegasan ini pula diikuti dengan huraian lanjutan.

► Sungguhpun merupakan kata yang menunjukkan pertentangan idea atau gagasan antara frasa ’kelihatan orang-orang di negara maju seronok’ dengan ’keseronokan mereka tidak berpunca daripada ketenangan jiwa’

► Penanda wacana Maka itu merupakan kesimpulan kecil bagi perenggan yang kedua.