penulisan ilmiah morfologi

32
ROSLAN BIN SULAIMAN PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 BAHASA MELAYU 5.06 MORFOLOGI BAHASA MELAYU (BMM 3109) 1.0 PENGENALAN Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Menurut Abdullah Hassan, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji cara perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk- bentuk yang dihasilkan. Ramli Md. Salleh pula menyatakan morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Terdapat beberapa perkara utama yang dikaji dalam morfologi. Hal ini termasuklah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil daripada proses tersebut. Sementara itu, John T.Jensen pula mendefinisikan morfologi sebagai satu kajian tentang dalaman kata-kata. Kata pula bermaksud sesuatu yang dari segi intuisinya agak jelas, namun konsep ini ternyata amat elusif apabila hendak diberikan definisi yang tepat. Menurut Kamus Dewan (1994:889) pula, morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan 1

Upload: nordina-razali

Post on 25-Nov-2015

216 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

morfologi

TRANSCRIPT

ROSLAN BIN SULAIMANPPG AMBILAN FEBRUARI 2012BAHASA MELAYU 5.06MORFOLOGI BAHASA MELAYU (BMM 3109)

1.0 PENGENALANMorfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambangyang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.Menurut Abdullah Hassan, morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji cara perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk yang dihasilkan.Ramli Md. Salleh pula menyatakan morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Terdapat beberapa perkara utama yang dikaji dalam morfologi. Hal ini termasuklah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil daripada proses tersebut.Sementara itu, John T.Jensen pula mendefinisikan morfologi sebagai satu kajian tentang dalaman kata-kata. Kata pula bermaksud sesuatu yang dari segi intuisinya agak jelas, namun konsep ini ternyata amat elusif apabila hendak diberikan definisi yang tepat.

Menurut Kamus Dewan (1994:889) pula, morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. Fleksi ialah proses penambahan imbuhan pada kata dasar atau akar.

Oleh itu, secara ringkasnya dapatlah dikatakan bahawa morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur kata, binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam binaan kata, terdapat unsur-unsur yang membina sesuatu kata. Unsur-unsur ini dikenali sebagai morfem. Melalui penulisan tugasan projek ini saya akan menghurai dan memperjelaskan tentang proses pembentukan kata dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada empat bentu kata asas iaitu Bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.

2. PROSES PEMBENTUKAN KATA

Menurut Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga 2008), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu:

2.1 Kata Tunggal

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu. Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk.Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Sebagai contoh, bentuk perkataan gelung, golong, dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza. Perkataan gelung merujuk kepada benda-benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut. Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu.

Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

2.1.1 Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol

2.1.2 Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk

2.1.3 Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh :

a) berdikari berdiri di atas kaki sendirib) komuter keretapi berkomputerc) kugiran kumpulan gitar rancakd) pawagam panggung wayang gambar

2.2 Kata terbitan Dari segi istilah, kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipkan, akhiran atau apitan (Tatabahasa Dewan, 1993:48). Secara mudahnya, kata terbitan ialah kata yang berasal daripada kata tunggal yang telah mengalami proses penambahan. Dengan kata lain, kata terbitan ialah kata yang menggunakan imbuhan. Contohnya pada kata membeli, kata ini mengandungi awalan mem- dan kata dasar beli. Gabungan antara kata dasar beli dan imbuhan mem- menghasilkan kata terbitan membeli.

Proses pengimbuhan dalam bahasa Melayu merupakan salah satu cara mengembangkan kata dasar. Hal ini bermakna bahawa pelbagai imbuhan dapat diimbuhkan pada satu kata dasar. Misalnya daripadaa kata dasar batas, kita dapat memberika pelbagai imbuhan pada kata tersebut seperti terbatas, berbataskan, membatas, membatasi, keterbatasan, dan juga pembatas.

Jenis imbuhan dalam bahasa Melayu terdiri daripada awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Bentuk imbuhan ini boleh sabagai imbuhan asli bahasa melayu ataupun bentuk imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing , seperti Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani-Latin-Inggeris. Oleh sebab penggunaan imbuhan asing telah sebati dalam penggunaan bahasa sehari-hari, banyak antara kita tidak lagi mengetahui antara imbuhan asli daripada imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu. Antara contoh mbuhan asli bahasa Melayu ialah an, -kan, -I, pe-, men-, se-, men--kan dan sebagainya.imbuhan pinjaman pula adalah seperti maha-, eka-, wan, -man, bi-, wi-, -iah, pro-, anti-, -isme, -si dan sebagainya. (Ahmad Khair Mohd Nor; Pembentukan kata dalam bahasa melayu, 2006).

2.2.1 Kata terbitan berawalanAwalan dapat hadir dalam kata nama terbitan, kata kerja, dan kata adjektif terbitan seperti:BIL.AWALANCONTOHCONTOH

1.Kata nama

pe-pedagangpelari

pel-pelajar-

pem-pembuatpembuka

pen-pendermapendatang

peng-penggubakpengganti

Penge-pengelappengebom

juru-jururawatjuruwang

ke-ketuakelipat

maha-mahasiswamaharaja

tata-tatacaratatatertib

dwi-dwibahasadwifungsi

2.Kata kerja

me-menyikatmerasa

mem-membasuhmembilang

men-mendakwamendaki

meng-mengajarmengikut

menge-mengecatmengetam

memper-memperisterimemperhamba

be-berupaberasa

bel-belajarbelunjur

di-dibasuhdigilap

diper-diperolehdipercepat

ter-tertulisterjebak

3.Kata adjektif

se-semanissesejuk

te-terendahteringin

ter-terbersihterbesar

2.2.2 Kata terbitan berakhiranAkhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan seperti:

BIL.AKHIRANCONTOHCONTOH

1.Kata nama

..-ahsultanahustazah

..-anjualanpameran

..-atmuslimathadirat

..-inhadirinmuslimin

..-mansenimanbudiman

..-wanjutawankaryawan

2.Kata kerja

..-kannaikkanbukakan

..-isertaiduduki

2.2.3 Kata terbitan berapitanApitan hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti:

BlL.APITANCONTOHCONTOH

1.Kata nama

pe-..-anperasaanpemalsuan

pem..-anpembalakanpembekuan

peng..-anpengajaranpengesahan

ke-..-ankeindahankelainan

2.Kata kerja

me-..-kanmenaikkanmemainkan

men-..kanmenjadikanmentafsirkan

ber-..-anbermaafanbersalaman

di-..-kandisampaikandibukukan

diper-..-kandiperlihatkandiperbahaskan

memper-..-kanmemperhatikanmemperlakukan

ke-..-ankehausankepanasan

3.Kata adjektif

ke-..-ankemelayuankecinaan

2.2.4 Kata terbitan bersisipanSisipan ialah bentuk imbuhan yang menyisipi bahagian tengah kata dasar.

Bil.SisipanContohContoh

1.Kata nama

..-el-..telepaktelunjuk

..-er-..serabutkeruping

2.Kata adjektif

..-em-..gementarsemerbak

..-in-..sinambung

2.3 Kata Majmuk

Kata Majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja berpisah. Contoh kata majmuk kerani besar, ruang tamu, biru laut dan telefon dail terus.

Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagi unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Anatara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( rumah yang batu) atau perkataan dan (rumah dan batu). Ini berbeza dengan rumah besar, sebuah frasa yang boleh menerima yang ( rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan ( pinggan dan mangkuk).

2.3.1 Jenis Kata Majmuk

RANGKAIAN KATA BEBASISTILAH KHUSUSSIMPULAN BAHASA

GambarajahModel liner Ringan tulang

Alat tulisGaris pusat Anak emas

Biru lautTelefon dail terus Kaki bangku

Jalan rayaLesung sendi Anak tiri

2.3.2 Penggandaan Kata MajmukUnsur Pertama Kata SahajaBentuk Yang Telah Mantap

Alat-alat tulisPesuruhjaya-pesuruhjaya

Balai-balai rayaTandatangan-tandatangan

Suku-suku kataJawatankuasa-jawatankuasa

Jirim-jirim organikSetiausaha-setiausaha

Penolong-penolong pendaftarWarganegara-warganegara

Gambar-gambar rajahKakitangan-kakitangan

Kapal-kapal terbangTanggungjawab-tanggungjaawab

Naib Naib CanselorBumiputera-bumiputera

Ketua-Ketua MenteriSukacita-sukacita

Garis-garis pusatSukarela-sukarela

2.3.3 Pengimbuhan Kata Majmuk Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan :AWALAN ATAU AKHIRAN

APITAN

Campu aduk bercampur adukCampur aduk - mencampuradukkan

Litar selari berlitar selariDaya serap kedayaserapan

Ambil alih mengambil alihGaris pusat - menggarispusatkan

Temu bual ditemu bualSatu padu menyatupadukan

Daya serap daya serapanUrus niaga diurusniagakan

2.4 Kata Ganda

Bentuk kata ialah proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk danbentuk kata ganda.

Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.

Terdapattiga jenis kata ganda:

2.4.1 Penggandaan penuh Proses yang menggandakan keseluruhan kata ganda. Gandaan penuh boleh dibuat pada kata akar dan kata terbitan. Kata nama, kata kerja dan kata sifat jua boleh digandakan.

Contohnya pulau-pulau, cantik-cantik, anak-anak dan lari-lari. Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu pemimpin- pemimpin, pelatih-pelatih.

2.4.2 Penggandaan separa Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan. Penggandan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.

Contohnya kekura, pepohon, berlari-lari, kecil-kecilan.

2.4.3 Penggandaan berentak Proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi- bunyi tertentu diulang atau diubah.

Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

2.4.3.1 Penggandaan berentak pengulangan vokal Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya sayur-mayur, selok- belok, hina-dina

2.4.3.2 Penggandaan berentak pengulangan konsonan Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya gunung-ganang, batu-batan, mandi-manda.

2.4.3.3 Penggandaan berentak bebas Penggandaan yang tidak mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya susur-galur, sahabat-handai, tinggi-lampai.

Terdapat sekurang-kurangnyalima makna dalam penggandaan kata.

a) Gandaan sebagai penandajamak,iaitu jumlah yang banyak. Contohnya meja- meja, bukit-bukau

b) Gandaan sebagai penanda namahaiwan. Contohnya biri-biri, rama-rama dan kupu-kupu

c) Gandaan sebagai penanda makna serupa. Contohnya langit-langit, gula-gula d) Gandaan sebagai penanda pelbagai jenis. Contohnya sayur-mayur, kuih-muih.

e) Gandaan sebagai penanda tidak tentu. Contohnya apa-apa, siapa-siapa.

Melalui tugasan ini saya mula menyedari Banyak kepentingan untuk kita memahami disiplin morfologi dan proses-prosesnya yang mencakupi empat disiplin, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman. Selain dapat memastikan penggunaan bahasa yang lebih berkesan dan cekap, disiplin morfologi ini merupakan tunjang utama dalam Linguistik Tulen yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik. Tanpa pengetahuan tentang morfologi, sukar untuk menghuraikan bahasa dengan mendalam dan terperinci, malah kebanyakan permasalahan bahasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat, terutamanya warga pendidik dan pelajar berkaitan dengan hal morfologi dan sintaksis.

Oleh itu, segala kelemahan saya dalam bidang morfologi sebelum ini dapat saya atasi setelah bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini. Apa yang saya pelajari bukan sahaja untuk kepentingan tugasan ini, malah ia juga adalah sebagai bekalan saya sebagai guru Bahasa Melayu untuk dipersembahkan kepada anak-anak didik saya. Harapan saya agar selepas ini proses P d P yang berkaitan tatabahasa akan menjadi lebih mantap dan berkesan.

3.0 ANALISIS ARTIKEL

3.1 Analisis Artikel "Kepentingan Protein Untuk Kanak-Kanak" dari segi bentuk kata

JUMLAH PERKATAANMENGIKUT BENTUK KATA

JADUAL I : BENTUK KATA

Berikut adalah antara perkataan yang terdapat dalam artikel "Kepentingan Protein Untuk Kanak-Kanak" mengikut bentuk kata:-

KATATUNGGAL

KATAGANDAKATATERBITANKATAMAJMUKAKRONIM

dansesetengahadalahantibodiRNI:Saranan Pengambilan NutrienMalaysia

seringbahan-bahanmemudahkansistem imun

pentingcecairpenyakitbagaimana

aktifsel-selmelindungitindak balas

tanpakekacangmembekalkankacang tanah

tisukerang-keranganmerupakankacang dhal

badankira-kiraseharikacang soya

lipidkanak-kanakberikanproduk soya

vitaminapa-apaberumurtelur putih

3.2 Konsep Golongan Kata Tatabahasa Dewan (1995), mendefinisikan golongan kata sebagai perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan-golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis, dan kriteria semantik. Perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa, dan ayat. Selain itu, perkataan ini digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapatilebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat.

Ialah semua perkataan yang bersifat umum yang di gunakan bagi merujuk kepada benda, perkara, proses, kejadian atau seumpamanya.GOLONGAN KATA

KATA NAMA AM

Digunakan khusus bagi merujuk manusia, tempat, benda, Negara, bangsa, institusi dan sebagainya.

KATA NAMA KHAS

Ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja, manakala unsur lain yang hadir dalam binaan frasa kerja boleh terdiri daripada objek, pelengkap, kata bantu dan keterangan.

KATA KERJA

Ialah perkatan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Kata adjektif tersebut boleh disertai oleh kata penguat sebagai unsur keterangan.

KATA ADJEKTIFKATA KERJAKATA ADJEKTIFKATA TUGASKATA ADJEKTIF

Ialah golongan kata yang berbeza daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif kerana kata ini tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam binaan frasa atau kata yang hadir dalam binaan frasa atau klausa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis.KATA TUGAS

Analisis Artikel "Kepentingan Protein Untuk Kanak-Kanak" dari segi Golongan Kata

JUMLAH PERKATAANMENGIKUT BENTUK KATAJADUAL I : BENTUK KATA

Berikut adalah antara perkataan yang terdapat dalam artikel "Kepentingan Protein Untuk Kanak-Kanak" mengikut golongan kata:-

KATA NAMA AM

KATA NAMA KHASKATA KERJAKATA ADJEKTIFKATA TUGAS

proteinMalaysiapanduanpentingdan

sel-selSaranan Pengambilan Nutrien Malaysiapilihrosakbukan

darahPanduan Diet Malaysiadiperlukanutamasedang

kekacangberikanlengkapyang

antibodimembekalkanbaikdalam

tisumengawalkerapjuga

telur putihmenjadikurangkanbahawa

asidmengesyorkanbanyakuntuk

inidicampursihathingga

apa-apamelihatrendahdengan

Menganalisis artikel mengikut bentuk dan golongan kata amat mencabar bagi saya. Saya perlu memahami terlebih dahulu tentang konsep golongan kata dan juga pembentukan kata Bahasa Melayu dengan sedalam-dalamnya supaya tidak timbul kekeliruan semasa proses menganalisis artikel tersebut. Saya telah memilih Tatabahasa Dewan sebagai bahan terbaik untuk rujukan selain modul dan nota-nota kuliah yang dikongsi bersama rakan-rakan. Sekiranya tiada tugasan sebegini, sudah pasti bahan buku tersebut menjadi perhiasan sahaja. Alah bias tegal biasa, itulah peribahasa yang dapat saya umpakan dalam membuat analisis ini. Pada mulanya saya agak terkal-kial dan teragak-agak untuk mengkatogorikan perkataan-perkataan tersebut. Tetapi lama-kelamaan tugasan ini menjadi semakin mudah bahkan dapat membantu meningkatkan penguasaan saya dalam bidang morfologi ini khususnya dalam konsep pembentukan kata dan golongan kata. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pensyarah pembimbing, Encik Hussin dan juga rakan-rakan sekelas yang banyak membantu dan berkongsi bahan dalam menyempurnakan tugasan ini.Namun begitu, terdapat banyak lagi kelemahan-kelemahan saya dalam bidang tatabahasa ini. Saya akan meneruskan usaha bagi memantapkan kemahiran dan juga penguasaan saya terhadap ilmu morfologi ini supaya dapat dimanfaatkan di sekolah dan juga di mana sahaja.

4.0 LANGKAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN (PdP) DENGAN TEKNIK YANG DIPILIH BERDASARKAN BENTUK,GOLONGAN DAN JENIS KATA DALAM SATU BAHAN SUMBER

4.1 Golongan kata : Kata Kerja Transitif4.2 Objektif: Pada akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:4.2.1 Menyenaraikan 10 kata kerja yang terdapat dalam bahan bacaan setelah membaca cerita rakyat Batu Belah Batu Bertangkup yang dipaparkan.4.2.2 Menjawab soalan teka silangkata yang diberikan setelah diberi penerangan dan menjalankan aktiviti berkaitan kata kerja transitif

LANGKAH/MASAISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

LANGKAH2(15 MINIT)Bahan bacaan: Cerita rakyat Batu Belah Batu Bertangkup*Lampiran 1

Kata Kerja:makan menyauk pulang berpesan menyimpan mencari menggulai memberitahu menjerit-jerit memujuk mengajak terkejut berlari mendengar

Watak yang dilakonkan:

mendengar

mecari

berlarimakanterkejut1. Murid menyatakan kata kerja yang terdapat dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup.2. 5 orang murid tampil ke hadapan kelas dan melakonkan watak yang tercatat pada kertas yang diberian oleh guru.3. Murid lain meneka pekerjaan atau perlakuan yang digayakan oleh murid tersebut.

Unsur : Tatabahasa:Kata kerja BBM:Tayangan Multimedia Cerita Batu Belah Batu BertangkupKBKK:Mengkategorikan KBT:

Contoh Kata Kerja Transitif dan penyambut: Mencari buku Menebang pokok Meniup belon Menumbuk padi Memukul adikLatihan Teka silangata:*Lampiran 24. Murid berbincang dalam kumpulan yang terdiri daripada lima orang dan menyenaraikan seberapa banyak kata kerja transitif beserta penyambut dalam masa dua minit dan dituliskan dalam kertas sebak.5. Ketua kumpulan membentangkan hasil perbincangan kumpulan.

6. Murid membuat latihan teka silang kata tertang kata kerja di dalam lembaran kerja.

Melalui tugasan pembinan langkah pengajaran ini, saya dapat mempelajari beberapa teknik pengajaran dan pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan tatabahasa. Untuk menghasilkan langkah pengajaran ini, saya telah merujuk beberapa buku berkaitan teknik dan kaedah mengajarkan tatabahasa. Selain itu saya juga telah membuat rujukan serta melihat contoh-contoh langkah pengajaran di internet bagi memudahkan saya merangka satu langkah pengajaran yang baik. Jika sebelum ini saya hanya mengajarkan tatabaha berdasarkan buku teks, tetapi melalui tugasan ini saya mulai sedar bahawa terdapat pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh kita aplkasikan di dalam bilik darjah supaya objektif P d P mudah dicapai.

Namun begitu terdapat juga kelemahan-kelemahan yang memerlukan penambahbaikan. Dalam pembinaan langkah pengajaran ini, apa yang penting adalah usaha guru untuk memilih kaedah, aktiviti dan juga bahan yang menarik untuk memastikan objektif P d P tercapai. Untuk itu, saya perlu memperluaskan pengetahuan saya dan juga memikirkan idea-idea yang lebih menarik untuk memastikan P d P yang dijalankan mencapai objektif yang disasarkan juga menyeronokkan.

Selain iti, saya juga perlu mendalami ilmu sikologi untuk mengkaji kehendak dan budaya pembelajaran yang baik bersesuaian dengan latar belakang murid dan emosi mereka. Semoga usaha murni ini dapat memastikan kecemerlangan pelajar khasnya dan sekolah amnya

5.0 RUMUSAN

Tuntasnya, setiap konsep dalam ilmu morfologi haruslah difahami agar kita dapat menguasai bidang ini dengan sepenuhnya. Kefahaman terhadap konsep-konsep yang telah diketengahkan ini, iaitu morf, alomorf, arkifonem, morfofonem, morfem bebas, morfem terikat, kata akar, kata dasar dan kata tunggal amat penting untuk kita dalam mengkaji pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Walaupun terdapat sedikit perbezaan pandangan dan hujah daripada pihak yang berlainan, tetapi sebenarnya perbezaan pendapat ini amat membantu kita untuk lebih memahami dan menguasai bidang morfologi ini. Perbezaan pandangan yang diutarakan ini akan membantu kita supaya berfikiran lebih kritis dalam memahami setiap konsep tersebut dan bukannya hanya bergantung pada satu-satu hujah sahaja.

Tatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisaN. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukong cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.

Secara keseluruhannya, aspek penting dalam pengkajian tentang struktur pembinaan kata ini ialah morfem dan kata. Bidang morfologi ini amat penting kerana menjadi asas pada bidang sintaksis dalam ilmu linguistik. Setiap konsep yang terdapat dalam bidang ini seharusnya diteliti dan difahami oleh setiap orang, bukan hanya perlu dikuasai oleh ahli linguistik atau ahli bahasa sahaja. Setiap daripada kita mempunyai bahasa, justeru amatlah perlu bagi kita memahami setiap perkara yang melambangkan bahasa kita.

RUJUKAN

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan BahasaMelayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Petaling Jaya:Pearson Malaysia Sdn. Bhd

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran danPembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa MelayuRendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum (Tahun 1 Tahun 6)

Kamarudin Hj. Hussin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1998). Pengajian Melayu 5dan 6 (Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber). Kuala Lumpur:Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et. al. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Semakan. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran ( 1985 ). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

RUJUKAN INTERNET

http://prpm.dbp.gov.my/

http://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/05/pengenalan-morfologi.html

http://books.google.com.my/books?id=RCvkwpq1yeEC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false

http://books.google.com.my/books?id=thNaJje24TsC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false

http://books.google.com.my/books?id=_YPQp-Hg3UYC&printsec=frontcover&source=gbs_ge_summary_r&cad=0#v=onepage&q&f=false

http://tatabahasabm.tripod.com/tata/

http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=584&VertSectionID=25&CurLocation=25&Page=1

http://maribelajar.forumotion.com/t675-nota-tatabahasa

24