morfologi

4
1.0 Pengenalan Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya. Dalam istilah linguistik , pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Pembentukan kata dalam Bahasa melayu terhasil melalui empat proses iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentui aitu proses pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim Kata Tunggal Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan

Upload: zakiah-hayati

Post on 02-Feb-2016

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hbml2103

TRANSCRIPT

Page 1: morfologi

1.0 Pengenalan

Morfologi ialah satu bidang yang mengkaji satu strukutur gramatikal perkataan, iaitu

kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan

bentuk kata. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa

Melayu 1, pada halaman 132, morfologi boleh diertikan sebagai bidang tatabahasa yang

mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan baru

dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu

1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu

dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.

Pembentukan kata dalam Bahasa melayu terhasil melalui empat proses iaitu kata

tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan

atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan

Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain

melibatkan proses-proses tertentui aitu proses pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan

akronim

Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan

atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan

Kata terbitan

Imbuhan awalan ialah imbuhan yang hadir pada awal kata dasar. Imbuhan awalan dapat

dihasilkan bersama-sama kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.

(i) awalan kata nama

(ii) awalan kata kerja

(iii) awalan kata adjektif

1

Page 2: morfologi

2. Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang hadir pada akhir kata dasar. Imbuhan akhiran dalam

bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan.

(i) akhiran kata nama

(ii) akhiran kata kerja

3 Imbuhan apitan ialah imbuhan yang hadir serentak di hadapan dan di belakang kata dasar.

Imbuhan apitan wujud dalam KN terbitan, KK terbitan dan KA terbitan. Imbuhan apitan juga

dikenali sebagai imbuhan terbahagi atau imbuhan lingkungan.

(i) apitan kata nama

(ii) apitan kata kerja

(iii) apitan kata adjektif

4) Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang hadir secara menyisip dalam sesuatu kata dasar.

Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat

hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru

dicipta. Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam:

(i) kata nama

(ii) kata adjektif

Kata Majmuk

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk

yang terhasil membawa makna tertentu.

Kata majmuk dieja terpisah dan tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain, misalnya

pasar untuk raya.

Dalam bahasa Melayu, bentuk kata majmuk boleh dibahagikan kepada tiga jenis

Rangkaian Kata Bebas.

Contoh: pasar raya, Nasi ayam,Terima kasih, Bandar raya,Tengah malam Ketua

Menteri, Profesor Madya Guru Kanan

Page 3: morfologi

2

Contoh Istilah Khusus :

Papan kekunci, reka bantuk pengajaran, lut sinar, hak milik kekal, pita suara

Simpulan Bahasa

Contoh: Buaya darat, lepas tangan, harga mati

Kata Ganda

Proses menggandakan kata dasar untuk menghasilkan maksud jamak.

Bagaimanapun, terdapat kata ganda yang tidak membawa makna jamak seperti ‘rama-rama’

yang hanya merujuk seekor sahaja.

Maksud pembentukan kata dengan sokongan…

Takrifan jenis2 bentu kata serta contoh…

Pengenalan keseluruhan…

2.0

-proses2 dan perubahan terhadap pembentukan kata

- Mengemukakan prinsip dan kriteria setiap satu bentuk kata berserta contoh bagi menentukan proses dan perubahan yang berlaku terhadap pembentukan kata adalah amat jelas dan