morfologi

14
Definisi Morfologi Menurut Nik Safiah Karim at.el. (1997) dalam bukunya Tatabahasa Dewan mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan sebagai susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Di samping itu, Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1993) (dalam modul) pula mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Selain itu, Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993) (dalam modul) turut mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk- bentuk kata. Bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh perubahan- perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata. Pelbagai pandangan turut diberikan berhubung dengan bidang morfologi ini di mana Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) (dalam modul) menyatakan ianya merupakan kajian tentang pembentukan kata

Upload: simon-achan

Post on 14-Sep-2015

256 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Akulah

TRANSCRIPT

Definisi Morfologi

Menurut Nik Safiah Karim at.el. (1997) dalam bukunya Tatabahasa Dewan mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan sebagai susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Di samping itu, Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1993) (dalam modul) pula mendefinisikan morfologi sebagai satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Selain itu, Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993) (dalam modul) turut mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata. Bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.

Pelbagai pandangan turut diberikan berhubung dengan bidang morfologi ini di mana Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) (dalam modul) menyatakan ianya merupakan kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu (tatabahasa) dikenali sebagai morfem. Morfem merupakan unit terkecil yang menjadi unsur perkataan.Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.

Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataanajar, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataanmengajarpula mengandungi dua morfem, iaitumeng-danajar. Ada perkataan yang mengandungi lebih daripada dua morfem.

Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataansekolahdanlautialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhanber-dalambersekolahdanandalamlautanialah morfem-morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.Jelas, morfologi merupakan satu bidang bahasa yang penting dan harus difahami dengan baik.

Kajian : Morfologi

Bahasa adalah wadah yang terindah jika dihayati bait-bait yang lafazkan, marilah memartabatkan bahasa MelayuBidang MorfologiMorfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.Definisi MorfologiMenurutKamarudin Hj.Husin dan rakan rakannyadalam bukuPengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. ManakalaAbdullah Hassanjuga menyatakan definisi morfologi dalambuku Linguistik Am,2007 : 117,morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata.Nik Safiah Karim dan rakan rakannyadalambuku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.Sehubungan itu,Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17telah menyatakanteori morfologiiaitu morfologisatu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

MenurutRaminah Hj.Sabran dan Rahim Syamdalam bukuKajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152,bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara cara pembentukkannya.O`Grady & Guzmanjuga menyatakan pendapat pada tahun2000 :121dalam buku yang disediakan olehRadiah Yusoff dan rakan rakannya,2004:36iaitumorfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunyaLanguageyang telah diterjemahkan olehAlias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawaMorfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk bentuk terikat antara konsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata dan bahagian kata.MORFOLOGI

1.1PendahuluanBahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Semakin besar jumlah penuturnya, semakin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan semakin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Bidang morfo-sintaksis merupakan gabungan ilmu morfologi dan sintaksis yang berkaitan dengan pembentukan perkataan dan pembinaan ayat. Gabungan ilmu morfologi dan sintaksis menjadi inti penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran aspek tatabahasa di dalam bilik darjah seterusnya penggunaannya yang meluas dalam kehidupan sehari-harian seseorang pelajar.

1.2DefinisiMorfologiMenurut Nik Safiah Karim (1996), beliau mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendifinisikan morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi (pengimbuhan), terbitan, dan pemajmukan. Manakala Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) mendefinisikan morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukanya.

Buku Tatabahasa Dewan (2004) mendefinisikan morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa (morfem), sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Kesimpulannya, yang saya faham tentang bidang morfologi ialah kajian tentang proses pembentukan kata yang akan melalui proses penyusunan morfem atau unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata sebagai prosesnya. Pengimbuhan juga membantu proses pembentukan perkataan. Melalui proses-proses tersebut akan menghasilkan pembentukan perkataan yang bermakna sebagai hasil yang dicapai dalam proses yang dilalui tersebut.http://astakanusantara.blogspot.com/2009/10/konsep-dalam-morfologi.html1.0 PENGENALAN

Menurut Frank Parker dalam bukunya,Linguistics For Non-Linguists, First Editionyang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakan morphology itu berasal daripada bahasa Latin morphe yang membawa maksud bentuk. Abdullah Hassan dalam bukuLinguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayupula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117). Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tradisi barat yang disusuli kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau telah menghasilkan penulisan berkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa serumpun, termasuklah bahasa Jermanik yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam bidang ini telah dibayangi oleh pengkajian dalam bidang fonologi dan sintaksis pada abad ke-20. Untuk memudahkan kita menguasai bidang morfologi ini, beberapa konsep penting dalam bidang ini haruslah difahami terlebih dahulu.

http://witra.blogspot.com/2005/09/morfologi-bahasa-melayu.htmlJENDELA SELATAN (BIL.11/APRIL 2005)Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan

Morfologi merupakan antara cabang linguistik yang mengkaji struktur pembentukan kata. Tatabahasa Dewan edisi baharu mendefinisikan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Kamus Dewan edisi ketiga menjelaskan pengertian morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan. Hockett ( 1958 ) mendefinisikan morfologi sebagai unsur terkecil yang mengandungi makna dalam tuturan sesuatu bahasa. Kajian tentang morfologi bermula di Eropah pada awal kurun ke-19.

Berdasarkan takrif, kajian morfologi tertumpu kepada kata. Kata terbentuk daripada unsur yang dikenali sebagai morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu, serta tidak dapat dipecah-pecahkan lagi. Ada dua jenis morfem, iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas ialah morfem atau kata yang dapat berdiri sendiri sebagai satu kata yang utuh dan bermakna serta tidak dapat dipecahkan kepada unit yang lebih kecil lagi. Morfem terikat sebaliknya kerana bersifat tidak sempurna sekiranya tidak digandingkan dengan morfem bebas. Sesuatu perkataan dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Misalnya, bagi perkataan makan, terdiri daripada satu morfem, iaitu morfem bebas, manakala makanan terdiri daripada dua morfem, iaitu makan sebagai morfem bebas dan an sebagai morfem terikat. Oleh sebab itu, ada perbezaan yang jelas antara morfem dengan perkataan, iaitu semua perkataan ialah morfem tetapi tidak semua morfem itu menjadi perkataan. Perkataan berbentuk bebas, yang bermakna, dan dapat berdiri sendiri, misalnya kereta, kerusi, pengajar, dan kehakiman sedangkan awalan peng- dalam pengajar dan apitan ke--an dalam kehakiman menjadi morfem terikat dan bukanlah perkataan.

Tatabahasa Dewan edisi baharu menjelaskan bahawa proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Proses morfologi ialah suatu proses yang mengubah bentuk sesuatu morfem dan perubahan ini bertujuan untuk menambah sesuatu makna kepada morfem tersebut. Dalam kata lain yang lebih mudah, proses morfologi bermaksud cara sesuatu perkataan itu dihasilkan atau diterbitkan daripada bentuk dasarnya. Berdasarkan bentuk dan struktur kata baharu yang dihasilkan, proses morfologi itu dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan, dan pengakroniman.

http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htmSINTAKSIS Cabang ilmu bahasa yang mengkajibentuk, struktur,danbinaanatau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi jugahukum-hukumyang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.Ayat Ayat ialah binaan yang terdiri daripadaunsurayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i)Ahmad sedangdan bahagian (ii)membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif(FA)danfrasa sendi nama (FS). Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.Subjek AyatPredikat AyatFrasa SubjekFrasa PredikatRumus Pola Ayat

Ahmadmengulangkaji tatabahasaFrasa NamaFrasa KerjaFN + FN

Cikguke sekolahFrasa NamaFrasa Sendi NamaFN + FS

Fatimahamat rajinFrasa NamaFrasa AdjektifFN + FA

Ah Chongseorang usahawanFrasa NamaFrasa NamaFN + FN

Frasa Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasatidak bolehdipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaituFN, FK, FAdanFS Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitufrasa endosentrikdan frasaeksosentrik.

Binaan Ayat Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur. Perhatikan contoh di bawah:

SubjekSubjek

Bah. AyatUnsurBah. AyatUnsur

Ah Tianguru senaman

Tipahmembeli gula

Suara ketua pengawas ituserak-serak basah

Munainadymenoreh getah

Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan Perhatikan ayat berikut:Pelajar itu membaca buku.

Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku). Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain. Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:Pelajartingkatan enamitu membaca buku. (tingkatan enammenjadipenerangkepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri. Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS) Lihat contoh berikut:Subjek AyatPredikat AyatFrasa SubjekFrasa PredikatRumus Pola Ayat

Jamilahpengurus sumber manusiaFrasa NamaFrasa NamaFN+FN

Atanbudak pandaiFrasa NamaFrasa AdjektifFN+FA

http://makalahdanskripsi.blogspot.com/2009/03/sintaksis.htmlSINTAKSIS

Sintaksis adalah salah satu cabang tata bahasa yang membicarakan struktur-struktur kalimat, klausa, dan frase.

Definisi atau batasan sintaksis menurut para ahli

- Hari Murt Kridalaksana (1993)

Sintaksis adalah subsistem bahasa yang mencakup tentang kata yang sering dianggap bagian dari gramatika yaitu morfologi dan cabang linguistic yang mempelajari tentang kata.

- Ramlah (2001:18)

Istilah sintaksis (Belanda, Syntaxis) ialah bagian atau cabang dari ilmu bahasa yang membicarakan seluk beluk wacana, kalimat, klausa dan frase.

- Gleason (1955)

Syntax maybe roughly defined as the principles of arrangement of the construction (word) into large constructions of various kinds.

Artinya: sintaksis mungkin dikaitkan dari definisi prinsip aransement konstruksi (kata) kedalam konstruksi besar dari bermacam-macam variasi.

- Ramlah (1976:57)

Sintaksis adalah bagian dari tata bahasa yang membicarakan struktur farase dan kalimat.

- Hari Murt Kridalaksana (1993)

Mendefinisikan sintaksis sebagai pengaturan dan hubungan antara kata dengan kata, atau dengan satuan-satuan yang lebih besar itu dalam bahasa. Satuan terkecil dalam bidang ini adalah kata.

- O Grady, et. al., (1997)

the system of the rules and categories that underlines sentence formation in human language.

Artinya: Aturan dalam sistem pola kalimat dasar dalam bahasa manusia.

Sumber:

Buku Ihwal Ilmu Bahasa dan Cakupannya. Karangan Suherlan dan Odien. R

Pengajaran Sintaksis Prof. Dr. Henry Guntur Tarigan.