morfologi

29
BMM 3109 MORFOLOGI 1.0 PENGENALAN MORFOLOGI Menurut Nik Safiah Binti Haji Abdul Karim, dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. Perkataan-perkataan yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan dalam golongan kata yang sama. Di samping itu, unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut sebagai morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Untuk perkataan pula, hal ini dapatlah jua diertikan sebagai bentuk bahasa yang terkecil juga, akan tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam sesuatu ayat. Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan tulis misalnya terdiri daripada satu morfem. Tetapi perkataan menulis pula mengandungi dua morfem, iaitu me- dan tulis bila digabungkan terbentuklah sebuah perkataan baharu yakni menulis yang merujuk kepada kata kerja. Pada waktu yang sama, morfem boleh bersifat bebas dan terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud atau berdiri sendiri dengan maknanya. Contohnya perkataan ialah sekolah dan laut merupakan morfem bebas. Tetapi imbuhan ber- dalam perkataan bersekolah dan imbuhan akhiran –an dalam perkataan lautan ialah morfem terikat. Hal 1

Upload: kemeterian-pendidikan-malaysia

Post on 17-Jun-2015

167 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Morfologi

TRANSCRIPT

Page 1: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

1.0 PENGENALAN MORFOLOGI

Menurut Nik Safiah Binti Haji Abdul Karim, dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

(2010), Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk

dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau

lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk pula ialah rupa unit

tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,

pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. Perkataan-perkataan

yang mempunyai keserupaan yang demikian digolongkan dalam golongan kata yang sama.

Di samping itu, unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut sebagai morfem.

Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau yang

menjalankan tugas nahu. Untuk perkataan pula, hal ini dapatlah jua diertikan sebagai bentuk

bahasa yang terkecil juga, akan tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri

sendiri dalam sesuatu ayat.

Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan tulis misalnya

terdiri daripada satu morfem. Tetapi perkataan menulis pula mengandungi dua morfem, iaitu

me- dan tulis bila digabungkan terbentuklah sebuah perkataan baharu yakni menulis yang

merujuk kepada kata kerja. Pada waktu yang sama, morfem boleh bersifat bebas dan terikat.

Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud atau berdiri sendiri dengan maknanya.

Contohnya perkataan ialah sekolah dan laut merupakan morfem bebas. Tetapi imbuhan ber-

dalam perkataan bersekolah dan imbuhan akhiran –an dalam perkataan lautan ialah morfem

terikat. Hal ini demikian kerana, unit-unit itu tidak dapat berdiri dengan sendirinya tanpa kata

dasar.

Lantaran itu, daripada contoh tadi jelaslah bahawa terdapat perbezaan antara morfem dan

perkataan. Perbezaan antara perkataan dan morfem terletak pada sifat bebasnya. Hal ini

demikian kerana, morfem mempunyai dua bentuk sama ada morfem terikat dan bebas. Namun

untuk perkataan pula, semua perkataan bersifat bebas yakni dapat berdiri dengan sendiri. Oleh

hal yang demikian, jelaslah bahasa semua perkataan terdiri daripada morfem namun demikian,

tidak semua morfem itu perkataan.

1

Page 2: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

2.0 BAHAGIAN A. PROSES PEMBENTUKAN KATA

2.1 Proses pengimbuhan

2.2 Proses penggandaan

IMBUHAN :

Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada kata dasar, iaitu

bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, iaitu bentuk

yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui berbagai-bagai cara

pembentukan kata. Imbuhan dimaksudkan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan

pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Selain itu, imbuhan

ialah bentuk terikat yang ditambah pada sesuatu kata. Sesuatu kata yang diberikan imbuhan

dikenali sebagai kata terbitan. Terdapat lima bentuk imbuhan. Antaranya adalah seperti yang

berikut :

I. Awalan : Imbuhan yang terletak di awal kata atau perkataan.

II. Awalan rangkap : Imbuhan yang letaknya di awal kata juga tetapi terjadi daripada dua

awalan yang dirangkapkan menjadi satu.

III. Akhiran : Imbuhan yang letaknya di akhir kata atau perkataan.

IV. Apitan : Imbuhan yang letaknya di awal dan di akhir kata.

V. Sisipan : imbuhan yang letaknya di tengah-tengah kata.

Yang berikut merupakan beberapa contoh imbuhan awalan , awalan rangkap, akhiran, sisipan

dan apitan:

IMBUHAN CONTOH

Awalan ber-, me-, di-, kau-, ku-, ter-, ke-, se-, per-, pe-, juru-

Awalan rangkap memper-, diper-, dan teper-

Apitan ber..an, ber..kan, me..kan, me..i, di..kan, di..i, ter..kan, ter..i, memper..kan,

memper..i, diper..kan, diper..i, ke..an, per..an, pe..an, dan se..nya.

Sisipan -el, -em, -er

Akhiran -an, -man, -wati, -wan, -kan, -lah, -tah, -ku, -mu dan -nya

2

Page 3: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

Pada waktu yang sama juga, imbuhan dapat bertugas untuk mengubah atau

menetapkan kelas pelbagai kata seperti kata nama. kata bilangan, kata sendi, kata adjektif, kata

kerja, kata hubung dan kata keterangan. Imbuhan bukan sahaja dapat mengubah bentuk dan

tugas sesuatu kata yang disertainya, akan tetapi dapat juga mengubah makna kata-kata itu.

Asraf Haji Wahab,(1982). Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa imbuhan yang diletakkan

pada kata dasar maka akan berlakulah proses pembentukan kata yakni pembentukan kata

terbitan yang mempunyai pelbagai maknanya.

2.1.1 Proses pengimbuhan

Imbuhan Awalan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.

Awalan

Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan awalan untuk kata nama:

Awalan + Kata Dasar = Kata Terbitan

pe + kebun = pekebun

ke + tua = ketua

juru + terbang = juru terbang

maha + siswa = mahasiswa

pem + besar = pembesar

pen + curi = pencuri

peng + hantar = penghantar

penge + cat = pengecat

tata + bahasa = tatabahasa

pra + kata = prakata

dwi + bahasa = dwibahasa

eka + warna = ekawarna

Yang berikut merupakan contoh penggunaan penggunaan awalan untuk kata kerja:

Awalan + Kata Dasar = Kata Terbitan

meng + ambil = mengambil

ber + lari = berlari

memper + lebar = memperlebar

3

Page 4: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

mem + baca = membaca

ter + makan = termakan

be + rasa = berasa

men + dayung = mendayung

diper + lihat = diperlihat

me + lawat = melawat

menge + cat = mengecat

Yang berikut merupakan contoh penggunaan penggunaan awalan untuk kata adjektif:

Awalan + Kata Dasar = Kata Terbitan

ter + kecil = terkecil

se + hodoh = sehodoh

pe + murah = pemurah

se + nipis = senipis

Imbuhan Apitan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.

Apitan

Apitan ialah imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan belakang kata

dasar. Contohnya apitan ke-..an untuk perkataan kata dasar duduk. Namun demikian, apabila

ditambah dengan apitan ke-..an tadi maka terjadilah perkataan kedudukan yang memberikan

makna yang berbeza daripada perkataan duduk. Hal ini demikian kerana, perkataan duduk

dalam Bahasa Melayu pada kata dasarnya membawa erti perilaku meletakkan badan bertumpu

pada punggung sama ada duduk bersila, bersimpuh atau pun duduk di atas kerusi. Lain pula

halnya untuk perkataan kedudukan yang membawa maksud mendiami atau terus berada pada

sesuatu kedudukan. Hal ini telah pun terbukti dengan penambahan imbuhan pada sesuatu kata

dasar telah pun menunjukkan semantik yang berbeza dalam sesuatu perkataan tersebut.

Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan apitan untuk kata nama :

4

Page 5: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

Apitan + Kata Dasar = Kata Terbitan

ke-..an + daulat = kelaulatan

pe-..an + laksana = pelaksanaan

pem-..an + buat = pembuatan

pen-..an + dapat = pendapatan

peng-..an + khayal = pengkhayalan

penge-..an + sah = pengesahan

pel-..an + ajar = pelajaran

pe-..an + sisir = pesisiran

per-..an + kata = perkataan

Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan apitan untuk kata kerja :

Apitan + Kata Dasar = Kata Terbit an

me-..kan + main = memainkan

men-..kan + derma = mendermakan

mem-..kan + baik = membaikkan

meng-..kan + hirau = menghiraukan

menge-..kan + cam = mengecamkan

ber-..kan + alas = beralaskan

ber-..an + lanjut = berlanjutan

di-..kan + guna = digunakan

me-..i + masuk = memasuki

men-..i + curiga = mencurigai

mem-..i + baharu = membaharui

meng-..i + gaul = menggauli

di-..i + mula = dimulai

diper-..i + ingat = diperingati

diper-..kan + dengar = diperdengarkan

memper-..kan + lihat = memperlihatkan

memper-..i + ingat = memperingati

Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan apitan untuk kata adjektif :

5

Page 6: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

Apitan + Kata Dasar = Kata Terbitan

ke-..an + akrab = keakraban

ke-..an + inggeris = keinggerisan

ke-..an + cina = kecinaan

Imbuhan Sisipan Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.

Sisipan

Sisipan ialah imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar. Sisipan hanya

terdiri daripada tiga bahagian iaitu –em-, -el-, dan –er-. Dalam bahasa Melayu terdapat kata-

kata terbitan yang terjadi dengan adanya bentuk-bentuk yang berikut; contohnya; telunjuk,

gemuruh dan gerigi. Namun demikian, bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan

kata terbitan. Hal ini bermaksud, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan.

bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir

dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baharu dicipta.

Bentuk-bentuk sisipan ini bertugas untuk mengubah atau menetapkan kelas kata. Oleh

hal yang demikian, hal ini bermakna, kata-kata yang bersisipan dalam Bahasa Melayu tidak

banyak dan tidak lagi seperti kata terbitan daripada kata dasarnya . Oleh itu, makna yang

diberikan dalam kamus untuk tiap-tiap kata bersisipan itu tidak semestinya didasarkan pada

kata dasar atau pada sisipan itu sendiri.

Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan sisipan untuk kata nama:

Sisipan Contoh kata

-el- telunjuk, kelabut, kelengkeng.

-er- keruping, gerigi, serabut,

seruling.

Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan sisipan untuk kata kerja:

6

Page 7: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

Sisipan Contoh kata

-el- jelajah, gelegak

Yang berikut merupakan contoh penggunaan imbuhan sisipan untuk kata adjektif:

Sisipan Contoh kata

-el- selerak, gelembung

-er- gerodak

-em- semerbak, gemilang,

gemerlap

-in- sinambung

Imbuhan Akhiran Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif.

Akhiran

Akhiran ialah imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar. Akhiran

terdiri daripada -an, -man, -wati, -wan, -kan, -lah, -tah, -ku, -mu dan –nya.

Yang berikut merupakan contoh imbuhan akhiran untuk kata nama:

Akhiran + Kata dasar = Kata Terbitan

-an + pecah = pecahan

-man + seni = seniman

-wati + seni = seniwati

-ku + adik = adikku

-lah + dia = dialah

-tah + siapa = siapatah

-mu + untuk = untukmu

-nya + buku = bukunya

-wan + angkasa = angkasawan

Yang berikut merupakan contoh imbuhan akhiran untuk kata kerja:

7

Page 8: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

Akhiran + Kata dasar = Kata Terbitan

-i + lalu = lalui

-kan + baca = bacakan

Yang berikut merupakan contoh imbuhan akhiran untuk kata adjektif:

Akhiran + Kata dasar = Kata Terbitan

-an + asin, bulat,

datar,kotor,manis

, lapang

= asinan, bulatan

dataran,kotoran,manisan,lapangan

2.2.1 Proses Penggandaan

Menurut Asraf Haji Wahab,(1982). Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata

yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya. Di samping itu, Menurut Hashim

Bin Musa, (1994). Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang melibatkan

penggandaan kata dasar. Dalam proses yang demikian,kata dasar boleh mengalami

penggandaan penuh, atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara

berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.

Dengan berdasarkan ini, terdapat tiga jenis penggandaan iaitu;

I. Pengandaan penuh

II. penggandaan separa

III. penggandaan berentak atau bersajak

2.2.1.1 Penggandaan Penuh atau Penggandaan seluruh

8

Page 9: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

Kata ganda seluruh terbentuk daripada kata dasar yang diulang atau digandakan

seluruhnya serta diberi tanda sempang seperti (-). Dengan erti kata lain, penggandaan penuh

ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengadungi

imbuhan atau pun tidak. Contohnya seperti yang berikut:

a. Penggandaan penuh kata tunggal:

- meja-meja

- rumah-rumah

- budak-budak

- ayat-ayat

b. Penggandaan penuh kata berimbuhan :

- kekasih-kekasih (awalan)

- amalan-amalan (akhiran)

- persatuan-persatuan (sisipan)

Kata ganda seluruh mempunyai beberapa tugas seperti yang berikut:

1. Mengubah kelas kata dasar. Contohnya:

Kata Dasar dan Kelasnya Kata Ganda Seluruh dan Kelasnya

hari (kata nama) hari-hari (kata keterangan)

pagi (kata nama) pagi-pagi (kata keterangan)

apa (kata ganti tanya) apa-apa (kata ganti tak tentu)

mana (kata ganti tanya) mana-mana (kata ganti tak tentu)

awal (kata abjektif) awal-awal (kata keterangan)

masak (kata adjektif) masak-masak (kata keterangan)

jemput (kata kerja terikat) jemput-jemput (kata nama)

layang (kata kerja terikat) layang-layang (kata nama)

diam (kata kerja asal) diam-diam (kata keterangan)

habis (kata kerja asal) habis-habis (kata keterangan)

2. Menetapkan kelas kata dasar. Contohnya:

9

Page 10: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

Kata Dasar dan Kelasnya Kata Ganda Seluruh dan Kelasnya

kotak (kata nama) kotak-kotak (kata nama)

orang (kata nama) orang-orang (kata nama)

besar (kata adjektif) besar-besar (kata abjektif)

cantik (kata adjektif) cantik-cantik (kata adjektif)

baring (kata kerja) baring-baring (kata kerja)

duduk (kata kerja) duduk-duduk (kata kerja)

3. Mengubah makna kata dasar tanpa mengubah kelasnya yakni sama ada tergolong kata

nama, kata kerja dan kata adjektif.

Kata Dasar dan Kelasnya Kata Ganda Seluruh dan Kelasnya

api api-api (kata nama)

baik baik-baik (kata adjektif)

tidur tidur-tidur (kata kerja)

2.2.1.2 Penggandaan Separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja.

kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau pun kata terbitan. Dengan erti kata lain, kata

ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata

asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang

dilambangkan dengan huruf ‘e’. Contohnya seperti yang berikut:

Penggandaan separa kata tunggal untuk kata nama

10

Daun Dadaun Dedaun

Page 11: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata nama :

Kata Dasar Kata Ganda Separa

jari jejari

daun dedaun

labu lelabu

laki lelaki

Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata kerja berimbuhan awalan ber-,

ter-, di-, meN- :

Kata Dasar Kata Ganda Separa

lari berlari-lari

senyum tersenyum-senyum

risik dirisik-risik

cari mencari-cari

Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata adjektif berimbuhan awalan se- :

Kata Dasar Kata Ganda Separa

pandai, baik,tinggi sepandai-pandai, sebaik-baik, setinggi-tinggi

Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata nama, kata kerja dan kata

adjektif berimbuhan dengan akhiran –an, -kan, -i :

Kata Dasar Kata Ganda Separa

sayur (kata nama) sayur-sayuran

risik (kata kerja) risik-risikan

selidik (kata kerja) selidik-selidiki

rindu rindu-rinduan

11

Page 12: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

Yang berikut merupakan contoh kata ganda separa untuk kata kerja dan kata adjektif dengan

imbuhan apitan ber-..an, meN-.kan, meN-..i, di-..kan, di-..i, ke-..an :

Kata Dasar Kata Ganda Separa

salam (kata kerja) bersalam-salaman

buruk (kata kerja) memburuk-burukkan

awas (kata kerja) mengawas-awasi

agung (kata kerja) diagung-agungkan

marah (kata kerja) dimarah-marahi

kuning (kata adjektif) kekuning-kuningan

2.2.1.3 Penggandaan Berentak atau Penggandaan Bersajak

Penggandaan berentak atau penggandaan bersajak ialah proses yang menggandakan

kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak,

seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Dengan erti kata

lain, penggandaan berentak ialah kata ganda yang mengalami persesuaian bunyi atau

perubahan bunyi dengan penambahan kata yang berbeza daripada kata dasarnya. sama ada

mengalami persamaan bunyi di hujung, di pangkal dan di tengah. Berdasarkan perubahan dan

pengulangan bunyi-bunyi demikian, maka penggandaan berentak dapatlah dibahagikan kepada

tiga jenis, iaitu:

Penggandaan berentak pengulangan vokal. = Penggandaan yang

mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal tertentu. contohnya; Sayur-

mayur, Kuih-muih, Lauk-pauk.

Penggandaan berentak pengulangan konsonan.= Penggandaan yang

mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi konsonan tertentu. Contoh; Batu-

batan, kayu-kayan, suku-sakat, gunung-ganang.

Penggandaan berentak pengulangan bebas.= penggandaan yang tidak

mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal atau konsonan.

Contohnya; anak-pinak, saudara-mara, sedu-sedan.

12

Page 13: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

3.0 BAHAGIAN B. PENGANALISISAN PENGGUNAAN KATA

Bil Kata Golongan

Kata

Kata Dasar Proses Pengimbuhan

1 Menjadi Kata kerja Jadi

Kata dasar untuk perkataan ‘menjadi’ ialah ‘jadi’ yang

berasal daripada golongan kata kerja. Perkataan

tersebut menerima imbuhan awalan ‘meN-‘ maka,

perkataan ‘jadi’ + awalan ‘meN-‘ maka terbentuklah

perkataan baharu iaitu ‘menjadi’ yang tergolong

dalam golongan kata kerja.

2 Pekerjaan Kata nama Kerja

Kata dasar untuk perkataan ‘pekerjaan’ ialah ‘kerja’

yang tergolong dalam golongan kata nama.Setelah

menerima proses imbuhan apitan ‘pe..-an’ maka

terbentuklah kata terbitan yang berbeza maknanya

iaitu ‘pekerjaan’ yang tergolong dalam golongan kata

nama.

3 Dibekalkan Kata kerja Bekal

Kata dasar untuk perkataan ‘dibekalkan’ ialah ‘bekal’.

Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata

nama. Setelah menerima imbuhan apitan ‘di..-kan’

maka, terbentuklah kata terbitan yang baharu iaitu

‘dibekalkan’ dan seterusnya membentuk kata kerja.

4 Mencipta Kata kerja Cipta

Kata dasar untuk perkataan ‘mencipta’ ialah ‘cipta’

yang tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah

menerima imbuhan awalan ‘meN-’ + ‘cipta’ maka,

terbentuklah kata terbitan yang tergolong juga dalam

kata kerja iaitu ‘mencipta’.

5 Pelajar Kata nama Ajar

Kata dasar untuk perkataan ‘pelajar’ ialah ‘ajar’.

Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata

kerja. Setelah menerima imbuhan awalan ‘pel-‘ yakni

‘pel’+ ‘ajar’ maka, terbentuklah kata nama iaitu

‘pelajar’.

13

Page 14: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

6 Bersedia Kata kerja Sedia

Kata dasar perkataan ‘bersedia’ ialah ‘sedia’. Hal ini

tergolong dalam golongan kata kerja. Namun, setelah

menerima imbuhan awalan ‘ber-‘ yakni, ‘ber-‘ + ‘sedia’

maka, terbentuklah golongan kata kerja iaitu

‘bersedia’.

8 Bersiap Kata kerja Siap

Kata dasar untuk perkataan ‘bersiap’ ialah ‘siap’.

Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata

kerja. Setelah menerima imbuhan awalan ‘ber-‘ maka

perkataan tersebut membentuk kata kerja iaitu

‘bersiap’.

9 Menghadapi Kata kerja Hadap

Kata dasar untuk perkataan ‘menghadapi’ ialah

‘hadap’. Perkataan tersebut tergolong dalam kata

kerja. Apabila perkataan ‘hadap’ itu menerima

imbuhan apitan ‘meng..i’ maka, terbentuklah

perkataan baharu iaitu ‘menghadapi’ yang tergolong

dalam golongan kata kerja.

10 Penghujung Kata nama Hujung

Kata dasar untuk kata ‘penghujung’ ialah ‘hujung’

yang tergolong dalam golongan kata nama. Setelah

menerima awalan ‘peN-’ maka, perkataan tersebut

membentuk perkataan baharu iaitu ‘penghujung’ yang

tergolong juga dalam kata nama.

11 Pelajaran Kata nama Ajar

Kata dasar untuk perkataan ‘pelajaran’ ialah ‘ajar’.

Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata

kerja. Setelah menerima imbuhan apitan ‘pel-..an’

maka, terhasillah perkataan baharu yang tergolong

dalam golongan kata nama iaitu ‘pelajaran’.

12 Kehidupan Kata nama Hidup

Perkataan ‘hidup’ merupakan kata dasar untuk

perkataan ‘kehidupan’ yang tergolong dalam

golongan kata nama. Perkataan tersebut telah

menerima imbuhan apitan ‘ke-..an’ seterusnya

membentuk kata baharu iaitu ‘kehidupan’ yang

tergolong juga dalam golongan kata nama.

14

Page 15: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

13 Sebahagian Kata tugas

atau kata

bilangan

Bahagi

Kata dasar untuk perkataan ‘sebahagian’ ialah

‘bahagi’ yang tergolong dalam golongan kata kerja.

Setelah menerima imbuhan apitan ‘se..-an’ maka

golongan kata perkataaan tersebut berubah kepada

golongan kata tugas. Iaitu perkataan ‘sebahagian’.

14 Terhadap Kata tugas hadap

Kata dasar untuk perkataan ‘tehadap’ ialah ‘hadap’

yang tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah

menerima imbuhan ‘ter-’ perkataan tersebut berubah

kepada golongan kata tugas yang tergolongan dalam

golongan kata prafrasa yakni tergolong dalam kata

sendi nama.

15 Menghormati Kata kerja Hormat

Kata dasar untuk perkataan ‘menghormati’ ialah

‘hormat’. Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja.

Setelah menerima apitan ‘meng-..i’ maka, perkataan

baharu yang tergolong juga dalam golongan kata

kerja terbentuk, iaitu ‘menghormati’.

16 Diciptakan Kata kerja Cipta

Kata dasar untuk perkataan ‘diciptakan’ ialah ‘cipta’

yang tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah

menerima imbuhan apitan ‘di-..kan’ + ‘cipta’ maka,

terbentuklah kata terbitan yang tergolong juga dalam

kata kerja iaitu ‘diciptakan’.

17 Kecemerlangan Kata nama Cemerlang

Kata dasar untuk perkataan ‘kecemerlangan’ ialah

‘cemerlang’. Golongan kata tersebut tergolong dalam

kata nama. Setelah menerima imbuhan apitan

‘ke-..an’ maka kata tersebut berubah kepada

‘kecemerlangan’ yang tergolong juga dalam kata

nama.

18 Menjamin Kata kerja Jamin

Kata dasar untuk perkataan ‘menjamin’ ialah ‘jamin’.

Hal ini tergolong dalam kata kerja. Setelah menerima

imbuhan awalan ‘meN-’ maka, perkataan tersebut

berubah kepada ‘menjamin’ yang tergolong juga

dalam kata kerja.

Kata dasar untuk perkataan ‘termasuk’ ialah ‘masuk’.

Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja. Apabila

15

Page 16: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

19 Termasuk Kata kerja masuk menerima imbuhan awalan ‘ter-’ maka perkataan

tersebut berubah kepada ‘termasuk’. Hal ini juga

termasuk dalam golongan kata kerja.

20 Berkeyakinan Kata adjektif Yakin

Kata dasar untuk perkataan ‘berkeyakinan’ ialah

‘yakin’. Hal tersebut tergolong dalam golongan kata

tugas dalam kata praklausa. Setelah menerima

imbuhan awalan ‘ber-’ perkataan tersebut berubah

menjadi ‘berkeyakinan sekaligus mengubah maksud

asalnya. Hal ini tergolong dalam golongan kata

adjektif perasaan.

21 Memikul Kata kerja Pikul

Kata dasar perkataan untuk perkataan ‘memikul’ ialah

‘pikul’. Kata tersebut tergolong dalam kata kerja.

Setelah menerima imbuhan awalan ‘me-‘ + ‘pikul’

maka, perkataan tersebut berubah kepada ‘memikul’.

Perkataan tersebut tergolong juga dalam kata kerja.

22 Menyiapkan Kata kerja Siap

Kata dasar untuk perkataan ‘menyiapkan’ ialah ‘siap’.

Perkataan tersebut tergolong dalam golongan kata

kerja. Setelah menerima imbuhan apitan ‘Men-..kan‘

maka perkataan tersebut membentuk sebuah kata

kerja iaitu ‘Menyiapkan’.

23 Memberikan Kata kerja Beri

Kata dasar untuk perkataan ‘memberikan’ ialah ‘beri’.

Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja. Setelah

menerima imbuhan apitan ‘meN-..kan’ maka

perkataan tersebut berubah menjadi ‘memberikan’.

Hal ini juga tergolong dalam kata kerja.

24 Persekolahan Kata nama Sekolah

Kata dasar untuk kata ‘persekolahan’ ialah ‘sekolah’

dan hal ini tergolong dalam kata nama. Setelah

menerima imbuhan ‘peN-..an’ maka, perkataan

tersebut berubah menjadi ‘persekolahan’ dan turut

juga tergolong dalam kata nama.

25 Mengulang Kata kerja Ulang

Kata dasar untuk perkataan ‘mengulang’ ialah ‘ulang’.

Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja. Apabila

perkataan tersebut menerima imbuhan awalan ‘meN-‘

16

Page 17: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

+ ‘ulang’ maka terbentuklah perkataan baharu iaitu

‘mengulang’. Hal ini juga tergolong dalam kata kerja.

26 Memastikan Kata kerja Pasti

Kata dasar untuk perkataan ‘memastikan’ ialah ‘pasti’.

Perkataan tersebut tergolong dalam kata tugas yakni

kata praklausa yang yang tergolong dalam kata

pembenar yang membawa erti ‘tidak salah lagi’ .

Setelah perkataan tersebut menerima imbuhan apitan

‘me-..kan’ maka golongan kata tersebut berubah

kepada golongan kata kerja, iaitu ‘memastikan’.

27 Mendapatkan Kata kerja Dapat

Kata dasar untuk perkataan ‘mendapatkan’ ialah

‘dapat’. Hal ini tergolong dalam golongan kata kerja.

Setelah menerima imbuhan apitan ‘meN-..kan’ maka

perkataan tersebut berubah kepada ‘mendapatkan’.

Hal ini juga tergolong dalam kata kerja.

28 Pengurusan Kata kerja Urus

Kata dasar untuk perkataan ‘pengurusan’ ialah ‘urus’.

Hal ini tergolong dalam kata kerja. Apabila perkataan

tersebut menerima imbuhan apitan ‘peN-..an’ maka,

perkataan tersebut berubah menjadi ‘pengurusan’.

Hal ini turut tergolong dalam golongan kata kerja.

29 Mendisiplinkan Kata kerja Disiplin

kata dasar untuk perkataan ‘mendisiplinkan’ ialah

‘disiplin’ yang tergolong dalam kata nama. Setelah

menerima imbuhan apitan ‘meN-..kan’ maka,

perkataan tersebut berubah kepada ‘mendisiplinkan’

dan seterusnya tergolong dalam golongan kata kerja.

30. Disenangi Kata kerja Senang Kata dasar untuk perkataan ‘disenangi’ ialah ‘senang’

yang mana tergolong sebagai kata kerja. Apabila

menerima imbuhan apitan ‘di-..i’ + senangmaka,

perkataan tersebut berubah kepada ‘disenangi’ dan

tergolong juga sebagai kata kerja.

4.0 REFLEKSI

Terlebih dahulu saya ingin merafatkan kesyukuran kepada Malikulmanan kerana

dengan izin-Nya tugasan ini dapatlah jua saya siapkan dengan baik. Melaksanakan tugasan

17

Page 18: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

projek BMM 3109 ini memberikan banyak menfaat buat diri saya selaku guru pelatih yang

mengambil pengkhususan major bahasa Melayu. Antaranya termasuklah menjelaskan dan

menghuraikan proses pembentukan kata bahasa Melayu terutamanya dalam aspek golongan

dan pembentukan kata.

Di samping itu juga, membanding beza serta mengklasifikasikan golongan kata dan

bentuk perkataan bahasa Melayu. Dalam hal ini banyak input yang saya fahami dan pelajari

yang perlu saya aplikasikan dalam kehidupan seharian agar bahasa Melayu dapat diujarkan

dengan sebetulnya. Contohnya penggunaan kata tugas seperti kata pemeri iaitu perkataan

‘ialah’ dan ‘adalah’. Semasa membuat tugasan ini barulah saya tahu penggunaannya dalam

bahasa Melayu. Tamsilnya, penggunaan kata pemeri ‘ialah’ harus digunakan dengan disertai

kata nama. Manakala, perkataan ‘adalah’ harus digunakan atau diselangi dengan kata sendi.

Lihatlah betapa pentingnya ilmu nahu ini yang seterusnya dapat diaplikasikan dan seterusnya

memartabatkan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan.

Kata orang, jika kita hendak melihat apa-apa yang akan berlaku pada masa hadapan,

lihatlah generasi pada masa sekarang. Hal ini bermakna sistem pendidikan merupakan

landasan terbaik untuk membentuk generasi kita bagi merealisasikan aspirasi Negara. Dalam

hal ini, sekolah dan institusi pendidikan diumpamakan seperti tapak tempat menyemai benih

generasi pada masa hadapan. Manakala, kurikulum sekolah pula merupakan inti pati yang akan

disuntik ke dalam minda serta jiwa mereka. Lantaran itu, jika hendak menyemai apa-apa

aspirasi Negara dan membentuk generasi pada masa hadapan mengikut acuan kita sendiri, di

sinilah tempatnya. Begitu juga dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu.

Dalam hal ini, jika kita meninjau saranan Profesor Dr Awang Sariyan dalam Majlis

Bicarawara Bahasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka yang lalu

ada benarnya. Menurut beliau, Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan perlu

dimantapkan semula iaitu bermula daripada prasekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi.

Menurut beliau lagi, penegasan perlu diberikan kepada usaha pembudayaan bahasa sebagai

asas peneguhan tamadun bangsa Melayu dalam dua aspek,

antaranya termasuklah; pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama

dalam proses pemerolehan dan pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan

Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh Jawatankuasa Penyemak Pelajaran

Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran 1961 serta Akta Pendidikan 1996.

Seterusnya, pembudayaan bahasa yang baik, teratur, santun dan mewakili budaya tinggi

18

Page 19: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

melalui kegiatan kokurikulum sehingga ragam bahasa tidak rasmi seperti bahasa slanga atau

pijin tidak sampai menggugat bahasa yang mewakili budaya teras.

Pada hematnya, saranan beliau tersebut bukanlah satu idea yang baharu dan mungkin

telah direncanakan dalam sistem pendidikan kita. Namun, dari segi pelaksanaan dan

penguatkuasaan masih belum mencapai matlamatnya. Meskipun telah lima puluh tahun lebih

Negara kita merdeka. Oleh itu, adalah wajar untuk pihak-pihak tertentu melihat semula

kandungan yang ada dalam sistem pendidikan kita dalam usaha memartabatkan bahasa

Melayu dan bandingkan saranan beliau dengan usaha tersebut. Jika belum ada, adakan. Jika

sebaliknya, mantapkanlah dan tingkatkan pelaksanaan serta penguatkuasaan. Lantaran itu, kita

haruslah sedar, jika bukan kita, siapa lagi yang akan kita harapkan untuk menggalas

tanggungjawab ini. Sekadar membicarakan dasar dan mengubal akta sahaja tidak mencukupi.

Gerakkan dan kuatkuasakan pelaksanaannya. Tepuk dada tanyalah selera.

Oleh itu, jelaslah bahawasanya ilmu tatabahasa ini haruslah dikuasai dahulu dalam

kalangan guru sebelum dikongsikan dalam kalangan pelajar. Tanpa ini, mana mungkin

matlamat untuk menggunakan bahasa Melayu dengan betul dapat dicapai tanpa ada ilmu

tatabahasa yang mantap. Justeru, Guru amatlah memainkan peranan yang sangat penting

dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dengan betul dalam kalangan masyarakat

sesebuah negara.

5.0 BIBLIOGRAFI

Asraf Haji Wahab, (1982). Petunjuk Tatabahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd

19

Page 20: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

Awang Sariyan, (1984). Isu-isu Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, (2014). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Bin Musa, (1994). Pengantar Falsafah Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Kamus Dewan Edisi keempat. (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Pelajar Edisi kedua. (2008). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Bt Hj Abdul Karim, (2010). Tatabahasa Dewan Edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Laman Sesawang :

Laman tersebut telah dilayari pada 1 Mac 2014 sehingga 12 Mac 2014;

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_kerja

http://www.slideshare.net/redhotsambal71/kata-kerja-tak-transitif-28876507

20

Page 21: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_adjektif

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_tugas

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_nama

21

Page 22: Morfologi

BMM 3109 MORFOLOGI

6.0 LAMPIRAN

22