modul sce3111

48
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI MODUL SAINS SCE 3111 PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Nov 2011 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

Upload: khairi-kauzi

Post on 09-Feb-2016

502 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul SCE3111

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

MODUL SAINS

SCE 3111

PENILAIAN DALAM PENGAJARAN SAINS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Nov 2011

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

Page 2: Modul SCE3111

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Nov 2011 `

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis

daripada Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: Modul SCE3111

ii

Cetakan Nov 2011 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: Modul SCE3111

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru i

Notis Hak Kerajaan ii

Kandungan iii

Panduan Belajar v

Pengenalan vii

Agihan Tajuk viii

Topik 1: Pentadbiran Ujian

1.1 Keselamatan dan kerahsian ujian

1.2 Pelantikan Pengawas ujian

1.3 Persediaan tempat ujian

1.4 Persediaan kertas ujian

1.5 Prosedur

1.6 Penyemakan dan moderasi skrip ujian

Topik 2: Pentafsiran skor ujian

2.1 Peratus lulus/gagal

2.2 Pelan Tindakan untuk pemulihan/pengayaan

2.3 Cara memperbaiki pengajaran

Topik 3: Bentuk peperiksaan : Peperiksaan berpusat

3.1 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

3.2 Struktur/format ujian

3.3 Fokus ujian

3.4 Implementasi

1

8

14

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 5: Modul SCE3111

iv

Topik 4: Bentuk peperiksaan : Penilaian berasaskan sekolah

4.1 PEKA

4.2 Struktur/format

4.3 Konsep

4.4 Implementasi

Topik 5: Bentuk peperiksaan : Penilaian berasaskan

sekolah 5.1 Aplikasi dalam bilik darjah

5.2 Dapatan kajian

21

31

Bibliografi 36

Panel Penulis 37

Panel Pemurni 38

Ikon 39

Page 6: Modul SCE3111

v

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar

anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang

kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.

Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai

peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk

bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang

apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau

menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar

pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut.

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan

diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke

perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

sasaran pembelajaran anda.

PANDUAN PELAJAR

Page 7: Modul SCE3111

v

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-

bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

Page 8: Modul SCE3111

vii

Pengenalan

Modul sains ini adalah direka khas untuk PROGRAM PENSISWAZAHAN

GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR). Tujuan utama modul ini ialah untuk

membantu pelajar dalam topik akademik sabagai ganti kuliah. Adalah diingatkan

supaya anda membaca modul ini dengan teliti dan seterusnya menyiapkan

tutorial yang terdapat di akhir setiap tajuk. Untuk setiap tajuk nota ringkas telah

diberikan untuk membantu anda memahami kandungan kursus ini. Selain

daripada membaca modul ini, anda digalakkan untuk merujuk buku rujukan yang

lain untuk mendapat matlumat tambahan mengenai subjek ini.

Modul ini terbahagi kepada lima belas tajuk yang berkaitan penilaian dalam

pengajaran sains. Ia membincangkan definisi istilah, matlamat pentaksiran,

bidang pentaksiran dalam sains sekolah rendah, bentuk pentaksiran, alat-alat

pentaksiran, reka bentuk dan pembinaan ujian, penskoran pentaksiran,

pentadbiran ujian, penyemakan dan moderasi skrip ujian, analisis skor ujian,

pentafsiran skor ujian dan bentuk peperiksaan.

Page 9: Modul SCE3111

viii

AGIHAN TOPIK

Kandungan modul ini adalah bertepatan dengan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual dibawah menunjukkan agihan tajuk mengikut topik. (Agihan topik adalah berdasarkan pro forma kursus)

Bil.

Tajuk

Interaksi

bersemuka (Jam)

Modul (Jam)

Jumlah Jam

1 Definisi istilah Tujuan pentaksiran

3 - 3

2 Bidang Bidang pentaksiran dalam sains sekolah rendah Bentuk pentaksiran

3 - 3

3 Alat pentaksiran: Portfolio

3 - 3

4 Alat pentaksiran 3 - 3

5 Reka bentuk dan Pembinaan Ujian

3 - 3

6 Reka bentuk dan Pembinaan Ujian

3 - 3

7 Pembinaan ujian : objektif

3 - 3

8 Pembinaan ujian : subjektif

3 - 3

9 Pengskoran pentaksiran

3 - 3

10 Pentadbiran ujian Penyemakan dan moderasi skrip ujian

- 3 3

11 Analisis skor ujian 3 3

12 Pentafsiran skor ujian

- 3 3

13 Bentuk peperiksaan:

Peperiksaan berpusat

- 3 3

14 Bentuk peperiksaan:

Penilaian berasaskan sekolah

- 3 3

15 Bentuk peperiksaan: Penilaian berasaskan sekolah

- 3 3

Total 30 15 45

Page 10: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

1

TOPIK 1

PENTADBIRAN UJIAN

Sinopsis

Ujian yang sah dan bolehpercaya tidak semestinya menghasilkan maklumat yang boleh

digunakan. Dalam topik ini kita akan mengkaji aspek-aspek yang berkaitan dengan

prosedur dan tatacara bagi mentadbir sesuatu ujian. Tatacara ini bleh diubahsuai

mengikut jenis ujian yang dijalankan. Aspek-aspek yang dikaji adalah tentang cara

menjaga keselamatan dan kerahsiaan kertas ujian, pelantikan pengawas ujian,

persediaan tempat ujian dan kertas ujian dan prosedur untuk melaksanakan ujian.

Hasil Pembelajaran

1. Menyatakan cara dan kepentingan menjaga keselamatan dan kerahsiaan kertas

ujian

2. Membincangkan tugas ketua dan pengawas ujian

3. Memperihal cara-cara untuk menyediakan tempat ujian dan kertas ujian

4. Menyenarai prosedur untuk melaksanakan sesuatu ujian

Pengenalan

Rajah 1.1 Pengenalan kandungan

Pentadbiran

Ujian

Keselamatan

Dan

Kerahsiaan

ujian

Pelantikan

Pengawas

ujian

Persediaan

Tempat

ujian

Persediaan

Kertas

ujian

Prosedur

Page 11: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

2

Ujian dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur pencapaian seseorang murid atau

sekumpulan murid. Bagaimanapun, terdapat juga ujian yang dianggap sah, tetapi gagal

memberikan maklumat yang diperlukan guru atau pihak tertentu. Hal ini berlaku mungkin

disebabkan beberapa faktor lain, seperti ujian tidak dijalankan dengan baik.

Setelah item digubal dengan sempurna dan menepati sesuatu matlamat penilaian,

maka langkah seterusnya ialah mentadbir ujian itu kepada para murid. Dalam usaha

menjamin kesahan sesuatu ujian, aspek keselamatan dan kerahsiaan kertas ujian,

pengawas, tempat ujian, dan prosedur ujian perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

1.1 Keselamatan dan kerahsiaan ujian

Ujian adalah penting untuk menilai prestasi murid. Oleh itu satu sistem yang jelas

hendaklah dirangka mengenai pembentukan kertas soalan dan kerahsiaannya. Pihak

sekolah hendaklah dengan jelas menerangkan proses dan prosedur pembentukan

kertas soalan. Maklumat mengenai pembentukan dan kerahsiaan kertas soalan

hendaklah diterapkan dari aspek:

i. pihak yang bertanggungjawab membentuk kertas soalan – hanya pihak yang

berkaitan sahaja yang boleh kendalikan kertas ujian. Salinan kertas soalan

sepatutnya tidak disimpan oleh penggubal.

ii. proses validasi/moderasi kertas soalan – panel yang bertanggungjawab perlu

menandatangani borang kerahsiaan. Kertas ujian diteliti dengan teeperinci daripada

aspek teknikal dan kandungan. Segala draf kertas soalan harus dimusnahkan

selepas tamat sesi moderasi.

iii. proses dan prosedur pengawalan dan penyimpanan kertas soalan – kertas ujian

perlu disimpan dibilik kebal. Sekiranya tiada bilik kebal kertas ujian boleh disimpan

dalam almari yang berkunci dalam bilik guru besar.

Page 12: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

3

1.2 Pelantikan pengawas ujian

Siapakah yang layak untuk dilantik sebagai pengawas ujian dan siapa pula yang

bertanggungjawab untuk melantik mereka?

Lazimnya guru penolong kanan akademik sekolah atau pun setiausaha ujian yang akan

menyediakan jadual ujian dan sekali gus menentukan pengawas bagi sesuatu ujian

yang akan dilaksanakan. Bilangan pengawas yang diperlukan bergantung kepada lokasi

ujian. Sekiranya ujian itu diadakan di dewan tentunya lebih ramai pengawas yang akan

dilantik, tapi sekiranya ujian dijalankan dalam bilik-bilik yang berasingan sekurang-

kurangnya seorang bagi setiap bilik perlu dilantik. Selain daripada pengawas amat

penting untuk melantik ketua pengawas yang akan bertanggungjawad kepada

keseluruhan pentadbiran ujian.

Siapakah ketua pengawas dan pengawas ujian yang dilantik di sekolah

anda?

Apakah peranan ketua pengawas dan pengawas?

Cuba anda bincang dengan rakan-rakan dan senaraikan peranan ketua

pengawas dan pengawas;

a) sebelum ujian bermula

b) semasa ujian berlangsung

c) selepas ujian berakhir

Pengawas tidak boleh menolong mana-mana calon dalam apa cara sekalipun, misalnya

menjelaskan maksud soalan kepada calon tertentu. Semasa ujian, calon sering

kali bertanya pengawas apabila terdapat soalan yang kabur/tidak jelas. Pengawas perlu

berhati-hati semasa cuba membantu calon, agar tidak memberi klu jawapan atau

jawapan yang salah.

Page 13: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

4

1.3 Persediaan tempat ujian

Apabila calon-calon berada dalam keadaan selesa barulah mereka akan dapat

menunjukkan keupayaan sebenar. Menurut Abu Bakar (1996), calon-calon yang lemah

dan yang masih muda amat memerlukan tempat yang selesa untuk memberi mereka

peluang menjawab dengan sebaik-baiknya. Pihak pentadbir/guru khususnya perlu

mengelakkan daripada memilih tempat ujian yang diganggu oleh bunyi bising yang

boleh mengganggu tumpuan calon-calon menjawab soalan.Justru bilik atau dewan ujian

perlu disediakan supaya dapat diujudkan persekitaran yang selesa.

Diantara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian adalah;

a) Lokasi dewan/bilik ujian.

Murid-murid perlukan suasana yang tenang dan senyap semasa menjawab soalan

ujian. Justru dewan/bilik dimana ujian dijalankan mestilah terasing dan jauh

daripada kesibukan sekolah.

b) Papan tanda/notis perlu diletakkan dikawasan ujian itu dijalankan supaya kawasan

ini tidak diganggu oleh orang yang tidak berkenaan.

Sumber :http://banihassim.blogspot.com/2010/06/kenapa-saya-tak-nak-upsr-mansuh.html

c) Kedudukan meja murid-murid dan ketua pengawas didalam dewan perlu disusun

mengikut peraturan yang dibekalkan oleh pihak pengurusan.

Page 14: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

5

Sumber : http://smktsea.com/2011/11/taklimat-khas-penyusunan-pusat-ujian-stpmspm-2011/

Perkara yang amat penting diberi perhatian berkaitan bilik/dewan ujian ialah

jarak tempat duduk/meja. Tempat duduk/meja calon-calon yang mengambil ujian

perlu dijarak/dijauhkan sedikit berbanding jarak semasa pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Jarak yang perlu diambil kira termasuklah jarak antara calon

di hadapan dan calon di belakang dan juga calon di kiri dan calon di kanan

seseorang calon berkenaan.

Penyusunan tempat duduk dalam jarak yang sesuai ini bertujuan untuk mengelakkan

berlakunya peniruan. Jarak kedudukan yang cukup jauh dapat mengelak calon

daripada meniru jawapan calon lain dan memberi ruang untuk pengawas bergerak

dalam bilik/dewan ujian

d) Kemudahan yang diperlukan supaya ujian dapat ditadbir dengan sempurna.

Diantara peralatan yang diperlukan dalam dewan ujian:

Jam dinding Kipas Pembesar suara

Page 15: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

6

Di samping itu, aspek pencahayaan juga perlu dititikberatkan. Misalnya, pada hari

yang panas, cahaya menjadi terlalu terang; sebaliknya semasa hujan bilik menjadi

lebih gelap. Keadaan ini memerlukan pengawas ujian mengambil langkah-langkah

sewajarnya, seperti memindahkan calon-calon yang terkena panas matahari dan

menyalakan lampu apabila bilik agak gelap. Sebaik-baik tempat ujian ialah di

bilik/dewan yang telah dikhususkan sebagai bilik/dewan ujian. Di bilik/dewan ini,

kebiasaannya,kemudahan telah disediakan dengan mencukupi dan keselesaan

murid lebih terjamin. Malah bilik/dewan berkenaan biasanya telah dipastikan supaya

memenuhi kriteria yang ditetapkan sebagai bilik/dewan ujian.

1.4. Persiapan kertas ujian

Sebelum sesi ujian bermula, ketua pengawas ujian perlu menyemak

terlebih dahulu bilangan kertas ujian yang disediakan agar mencukupi untuk

semua calon yang mengambil ujian. Ketua pengawas ujian juga perlu memastikan

bahawa kertas soalan ujian adalah seperti yang dijadualkan. Ketua pengawas juga

perlu tahu prosedur tertentu sekiranya terdapat calon/ramai calon yang datang

lewat. Selain itu, persediaan perlu dibuat bagi calon yang memohon untuk

mengambil ujian di hospital, yang mungkin disebabkan mereka tidak sihat atau

terlibat dalam sesuatu kemalangan.

1.5. Prosedur Ujian

Setiap kertas ujian lazimnya mengandungi arahan tentang cara menjawab bersama

contoh soalan dan jawapan dan juga masa yang diperuntukkan untuk

menjawabnya. Misalnya, arahan tentang bagaimana calon harus menjawab soalan

yang diberikan. Bagi sesetengah calon, misalnya pelajar-pelajar Tahun 1 atau

Tahun 2, arahan yang jelas daripada guru diperlukan supaya mereka benar-benar

faham bentuk jawapan yang diperlukan. Contoh arahan dalam kertas soalan adalah

seperti berikut:

Jawab semua soalan dalam bahagian A dan bahagian B dalam

kertas soalan yang disediakan.

• Masa ujian 2 jam.

• Sila tulis jawapan pada ruang yang disediakan.

•· Jawapan anda hendaklah tidak kurang daripada 50 perkataan

Page 16: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

7

Arahan lisan oleh ketua pengawas selepas calon memasuki bilik/dewan ujian

perlu dibuat dengan jelas supaya semua calon dapat mendengar dan memahami

arahan yang diberikan. Arahan berkaitan ujian wajar diberikan sebelum ujian bermula

untuk mengelakkan sebarang kekeliruan sebelum calon mula menulis jawapan.

Arahan pada peringkat awal ujian juga dapat mengelak gangguan kepada calon-calon

semasa mereka menjawab soalan ujian. Sebagai contoh, sekiranya terdapat kesilapan

dalam soalan ujian, ketua pengawas perlu memaklumkannya terlebih dahulu tentang

kesilapan tersebut sebelum calon mula menjawab soalan ujian

Anda dikehendaki menjadi ketua pengawas ujian pada

minggu hadapan di tempat anda. Sila sediakan satu senarai semak tentang arahan yang perlu dibacakan

kepada calon-calon sebelum ujian bermula. semasa mula menjawab soalan

sebelum tamat masa menjawab selepas tamat masa menjawab

PEMERIKSAAN DAN MODERASI SKRIP UJIAN

Prosedur

Selepas ujian dijalankan dan kertas jawapan telah dikutip, anda akan melaksanakan

tugas seterusnya, iaitu memeriksa skrip jawapan. Bagi jawapan berbentuk objektif,

adalah mudah bagi guru memeriksa dengan menebuk kertas jawapan “master” dan

seterusnya menanda pada skrip jawapan pelajar. Sekiranya jawapan dibuat pada

borang OMR, adalah lebih mudah memeriksa borang jawapan melalui mesin

memproses borang OMR.

Sebaliknya, jawapan yang berbentuk esei pula memerlukan guru memeriksanya dengan

teliti dan tidak wajar diperiksa oleh sesiapa sahaja, berbanding jawapan berbentuk

objektif. Lazimnya, pemeriksaan skrip jawapan berbentuk esei memerlukan guru pakar

dalam mata pelajaran tertentu.

Selepas skrip jawapan ditanda proses moderasi perlu dilaksanakan. Proses moderasi

amat penting supaya pemarkahan yang diberi adil bagi semua calon. Proses moderasi

boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:

Page 17: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

8

i) Pemeriksa diberi beberapa sampel skrip untuk diperiksa berdasarkan

skema pemarkahan

ii) Pemeriksa memeriksa skrip dan kemudian membanding markah yag

diberi dengan markah yang diberi oleh pemeriksa lain dan ketua

pemeriksa

iii) Pemeriksa dan ketua pemeriksa bersetuju dengan satu piawai untuk

memberi markah.

iv) Pemeriksa akan memeriksa semua skrip berdasarkan skema

pemarkahan yang telah dipersetujui

v) Ketua pemeriksa akan memilih skrip-skrip yang telah diperiksa oleh

pemeriksa secar rawak untuk dimoderasi.

Apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi pemeriksa

semasa menanda skrip jawapan calon?

Sinopsis

Skor yang telah diproses selepas ujian perlu diberi makna. Tafsiran ini akan digunakan

bagi mengambil tindakan susulan. Tindakan susulan yang diambil mungkin untuk

menambahbaik cara pengajaran atau pun untuk membimbing murid-murid supaya boleh

berkembang dan bertambah maju dalam pelajaran. Pelan tindakan bagi membimbing

murid-murid mungkin dalam bentuk aktiviti pemulihan dan pengayaan.

Hasil Pembelajaran

1. Menyenarai cara mentafsir skor ujian

2. Membincang pelan tindakan yang boleh dilaksanakan oleh guru setelah skor ujian

ditafsir

3. Mencadangkan aktiviti pemulihan, pengayaan dan cara memperbaiki pengajaran

TOPIK 2

PENTAFSIRAN SKOR UJIAN

Page 18: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

9

Pengenalan

Rajah 2.1 Pengenalan kandungan

2.1 Peratus gagal/lulus

Skor ujian tidak mendatangkan apa-apa makna kecuali anda berupaya membuat

tafsiran yang tepat dan sesuai. Skor 60 yang diperoleh oleh seseorang murid dalam

ujian matematik tidak memberi makna kecuali kita boleh mentafsirkannya sebagai

penguasaan yang lemah, sederhana atau cemerlang. Tafsiran terhadap skor ujian

adalah sangat penting bagi menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan

pembelajaran di sekolah dicapai. Tafsiran perlu dilakukan dengan objektif bagi

mengelakkan pertimbangan peribadi penilai.

Justru skor ujian perlu dianalisis bagi menentukan ciri yang tepat yang ada pada set

skor. Di antara ciri yang biasanya diperlukan bagi membuat tafsiran yang tepat ialah ciri

kecenderungan memusat dan serakan skor-skor ujian. Skor-skor ujian perlu juga

dipiawaikan bagi membolehkan perbandingan dibuat antara pencapaian seseorang

pelajar dengan pelajar lain.

Cara yang paling mudah untuk mentafsir skor adalah dengan menentukan berapa

peratus murid yang lulus dan peratus yang gagal dalam ujian tersebut.

PENTAFSIRAN

SKOR UJIAN

Peratus

Gagal/lulus

Pelan

Tindakan untuk Pemulihan/

pengayaan

Cara

Memperbaiki pengajaraan

Page 19: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

10

2.2 Pelan tindakan untuk aktiviti pemulihan/pengayaan

Maklumat dan rumusan yang telah didapati selepas mentafsir skor ujian patut digunakan

bagi tindakan susulan. Tindakan susulan yang diambil adalah untuk mencapai tujuan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Terdapat tiga tindakan susulan yang

boleh diambil, iaitu mengajar semula tajuk tersebut, membuat aktiviti aktiviti pemulihan

atau membuat aktiviti pengayaan(Rajah 2.2).

Rajah 2.2: Pelan tindakan susulan

Aktiviti pemulihan

Sekiranya ada sekumpulan murid yang mendapat skor yang rendah, ini bermakna

mereka belum dapat menguasai hasil pembelajarn. Berkemungkinan murid-murid ini

memerlukan aktiviti pemulihan agar mereka akan dapat menguasai hasil pembelajaran.

Aktiviti pemulihan boleh dijalankan dikelas biasa atau pun kelas khas. Anda sebagai

guru kelas boleh merancang aktiviti pemulihan untuk memberi peluang kepada murid

tersebut menguasai konsep atau kemahiran yang diajar . Aktiviti yang dirancang sesuai

dengan kemampuan dan kebolehan mental mereka akan membantu murid-murid ini

menguasai konsep atau kemahiran yang diajar. Sekiranya murid anda masih belum

dapat menguasainya anda boleh merujuk murid tadi kepada guru pemulihan khas.

TINDAKAN SUSULAN

ii. Aktiviti

pemulihan

i. Ajar semula

iii. Aktiviti

pengayaan

Page 20: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

11

Pengajaran dan pembelajaran diubahsuai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan

dan keupayaan murid. Contoh aktiviti pemulihan yang boleh dijalankan:

Mengajar semula menggunakan kaedah atau bahan yang lain.

Membetulkan perlakuan yang salah.

Mengajar cara yang memudahkan untuk mengingat semula.

Menggunakan bahan visual.

Mempermudah dan mempelbagaikan latihan.

Menjalankan lati tubi.

Menggalakkan pembelajaran melalui rakan sebaya.

Memotivasikan murid untuk belajar lebih bersungguh-sungguh.

Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas seperti rajah,

carta atau peta minda.

Melatih murid mengenal pasti idea utama.

Aktiviti pengayaan

Murid yang telah menguasai hasil pmbelajaran memerlukan motivasi dan perhatian

daripada anda sama seperti murid-murid yang lemah. Justru penting anda rancangkan

aktiviti pengayaan bagi mereka meneruskan pembelajaran. Pelbagai jenis aktiviti boleh

dirancang seperti penyelesaian masalah dan projek. Aktiviti yang dirancang perlu lebih

mencabar minda dan juga menarik minat mereka. Jadi aktiviti yang dirancang perlu

melibatkan pemikiran aras tinggi dan kreatif.

Aktiviti pengayaan dirancang bagi:

Memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih

mencabar dan menarik.

Memperluas pengalaman dan memperkukuh kefahaman murid.

Menambah sifat ingin tahu dan meningkatkan kemahiran berfikir.

Meningkatkan semangat berdikari dalam pembelajaran.

Page 21: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

12

Terdapat dua aktiviti pengayaan iaitu, pengukuhan dan pengembangan.

Aktiviti pengukuhan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang

telah dikuasai oleh murid dalam unit pembelajran yang sama. Contoh aktiviti

pengukuhan yang boleh dijalankan adalah seperti berikut:

Memberi latihan yang lebih mencabar.

Memberi banyak latihan dalam pelbagai bentuk.

Melatih murid menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk grafik seperti

peta minda, carta organisasi dan rajah.

Melatih murid membuat nota.

Menjalankan latih tubi.

Melatih murid mengenal pasti idea utama.

Mengakses maklumat dari laman web.

Aktiviti pengembangan bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan

kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Aktiviti pengembangan ini lebih

mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. Contoh aktiviti

pengembangan adalah:

Membuat projek.

Membuat tugasan.

Membuat kajian.

Dalam menjalankan aktiviti pengembangan, kemahiran yang berikut boleh

dipertingkatkan.

Membuat pemerhatian

Mengumpul data

Mengakses maklumat

Membanding

Mengklasifikasi

Meringkas

Merekod

Mentafsir

Membuat keputusan

Membuat andaian

Menganalisis

Melapor

Menyelesaikan masalah

Page 22: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

13

Pilih satu tajuk. Kumpul maklumat dan rancangkan

beberapa aktiviti pemulihan dan pengayaan yang boleh

anda gunakan bagi tajuk tersebut.

2.3 Cara memperbaiki pengajaran

Pengajaran adalah suatu proses pembelajaran, dan tanpa mendapatkan maklum

balas daripada murid-murid anda ianya agak sukar untuk anda menambahbaik

proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas daripada pentaksiran

formatif boleh juga digunakan untuk menambahbaik pengajaran anda. Aspek

yang perlu ditambahbaik tadi boleh dianalisa daripada skor ujian yang ditadbir

kepada murid-murid. Contohnya, dengan menggunakan teknik yang dipanggil

“one-minute paper,” dimana murid diminta menulis jawapan kepada soalan yang

sediakan oleh guru, guru akan dapat mengesan keresahan atau kesulitan yang

dihadapi oleh murid-muridnya tentang sesi pengajaran tersebut. Kalau anda

berminat hendak meninjau keberkesanan aktiviti yang anda laksanakan,

mungkin anda boleh minta murid menmberi respons kepada “Tuliskan satu

aspek kenapa anda suka aktiviti itu” atau anda boleh minta murid tuliskan satu

perkara yang anda perlu ubah. Daripada maklumat yang dikumpul tadi anda

boleh ubahsuai aktiviti pengajaran-pembelajaran supaya ianya lebih berkesan

dan akhirnya member manafaat kepada pembelajaran murid-murid.

Pengumpulan maklumat atau data secara tidak formal ini sebenarnya

kadangkala lebih berkesan apabila ianya dilaksanakan pada waktu-waktu yang

tertentu. Terdapat banyak cara pentaksiran yang kadangkala dipanggil sebagai

teknik pentaksiran bilik darjah (Classroom assessment techniques) yang bila

ianya dilaksanakan dapat membantu dalam mengenal pasti kemajuan dan

perkembangan murid-murid dan juga penambahbaikan pengajaran guru. Amat

penting anda membincangkan atau memberitahu perubahan yang anda lakukan

akibat daripada maklum balas murid-murid tadi . Murid anda akan rasa bangga

sebab maklum balas mereka dihargai, dan dengan itu mereka akan memberi

maklum balas lagi di masa akan datang.

Page 23: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

14

Anda hendak membuat perubahan tapi kurang tahu apa yang perlu diubah. Anda

boleh meminta pendapat daripada kepada rakan-rakan sejawat atau pun guru

pakar. Anda boleh mencari maklumat daripada pelbagai sumber. Atau pun anda

boleh bertanya kepada murid anda, tapi tentulah anda perlu ubah suai sebelum

dilaksanakan cadangan tadi.

Selalunya sekiranya anda melibatkan murid-murid anda secara aktif dalam

pengajaran dan pembelajaran, anda akan lebih berjaya daripada pengajaran

yang berpusatkan guru. Anda sebagai guru yang mempunyai kefahaman tentang

pengetahuan kandungan pedagogi (PCK) tentunya lebih arif bagi menentukan

cara yang terbaik untuk menambahbaik cara pengajaran anda yang mengambil

kira latar belakang, gaya pembelajaran dan minat murid-murid anda.

TOPIK 3

BENTUK UJIAN : UJIAN BERPUSAT

Sinopsis

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) adalah ujian yang dikendalikan oleh Lembaga

Peperiksaan Malaysia. Ujian berpusat ini diduduki oleh semua murid diakhir tahun

enam. Topik ini membincangkan format, fokus, dan cara ianya dilaksanakan.

Hasil Pembelajaran

1. Menghuraikan konsep dan tujuan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)

2. Memperihal format dan ciri-ciri UPSR

3. Membincangkan fokus ujian

4. Memperihal cara implementasi ujian

Page 24: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

15

Pengenalan

Rajah 3.1 Pengenalan kandungan

3.1 Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR)

Ujian penilaian sekolah rendah adalah ujian yang diduduki oleh semua murid diakhir

tahun enam. Tujuan utama ujian ini adalah untuk menentukan tahap pencapaian murid

setelah melengkapi pendidikan rendah. Juga ujian ini bertujuan untuk penggredan dan

digunakan bagi tujuan penempatan ke sekolah berasrama penuh. Salah satu kertas

ujiannya adalah kertas sains. Rajah 3.2 adalah contoh muka depan kertas tersebut.

UPSR adalah ujian berpusat, dirancang dan dikendalikan oleh Lembaga Ujian Malaysia.

UJIAN

BERPUSAT

UPSR

Format

kertas

Fokus

ujian

Implementasi

Page 25: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

16

,

Rajah 3.2 Contoh muka depan kertas UPSR Sains

Page 26: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

17

3.2 Format kertas ujian

Kertas ini mengandungi dua bahagian – A dan B. Masa yang diperuntukan

adalah satu jam dan lima belas minit. Jadual 3.1 menerangkan ciri-ciri kertas ini.

Jadual 3.1 : Format Kertas UPSR Sains

Jenis

soalan

Aspek yang

diuji

Masa yang

diperuntukan

Markah Peratus

Bahagian

A

30 soalan

jenis anika

pilihan

penguasaan

pengetahuan

dan

kefahaman

konsep sains

45 minit 30

markah

60

Bahagian

B

3 – 5 soalan

struktur

penguasaan

kemahiran

saintifik dan

aplikasi

pengetahuan

sains.

30 minit 20

markah

40

Jumlah 50 100

Contoh soalan:

Bahagian A

1. Antara warna berikut yang manakah betul tentang susunan warna-warna

pelangi?

A. Ungu, hijau, biru, oren

B. Ungu, hijau, kuning, merah

C. Hijau, biru, merah, kuning

D. Indigo, oren, hijau, merah

Page 27: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

18

2. Rajah 1 menunjukkan tiga jenis haiwan.

J K L M

Rajah 1

Apakah organ pernafasan bagi haiwan-haiwan ini?

J K L M

A Kulit lembap Insang Sistem trakea Insang

B Sistem trakea Peparu Kulit lembap

Peparu dan kulit

lembap

C Sistem trakea Kulit lembap Peparu buku Peparu

D Sistem trakea Peparu Kulit lembap

Peparu dan Kulit lembap

Bahagian B

1. Carta palang dalam Rajah 7 menunjukkan bilangan haiwan dalam sebuah hutan

daripada tahun 1992 hingga 2001.

0

10

20

30

40

50

60

1992 1995 1998 2001

East

Rajah 7

(a) Apakah pola perubahan dalam bilangan haiwan P daripada tahun 1992 hingga 2001?

________________________________________________________

[ 1 markah ]

Page 28: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

19

(b) Berikan dua sebab untuk menerangkan pola perubahan yang anda telah nyatakan dalam (a).

1. _________________________________________________

2. ________________________________________________

[ 2 markah ] (c) Ramalkan apa akan terjadi kepada haiwan P ini dalam tahun 2010.

_______________________________

[ 1 markah]

(d) Tuliskan kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan maklumat di atas. ____________________________________________________________

[ 1 markah ]

3.3 Fokus Ujian

Kertas UPSR Sains ini berdasarkan Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah.

Justru soalan-soalan yang ditanya merangkumi semua tema yang terdapat dalam

sukatan pelajaran tersebut (Rajah 3.3)

Rajah 3.3 : Tema dalam Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah

Page 29: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

20

Aktiviti

Dapatkan satu set kertas Sains UPSR.

Analisis kertas soalan tersebut berdasarkan aspek berikut;

I. Aras soalan-soalan ikut taksonomi Bloom

II. Bagaimana taburan aras soalan tersebut? Aras mana

yang paling banyak?

III. Berdasarkan maklumat tadi apakah kertas soalan ini

boleh dikategorikan sebagai kertas ujian yang baik?

IV.Sekiranya anda sebagai penggubal kertas ini,

bagaimanakah anda akan menambahbaik kertas ini?

3.4 Implementasi

Setiusaha peperiksaan sekolah akan mendaftarkan semua murid-murid tahun enam di

sekolahnya yang akan menduduki UPSR secara online pada awal tahun daripada 1 Jan.

hingga 1 Feb. Makluman tentang pendaftaran menduduki peperiksaan akan dibuat

melalui: (a) surat siaran Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia,(b)

iklan melalui akhbar-akhbar tempatan dan media massa (c) laman sesawang

http://www.moe.gov.my/lpm. Proses pendaftaran boleh dibuat mengikut panduan yang

diberi dalam Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan ini serta borang pendaftaran

boleh dimuat turun dari laman sesawang http://www.moe.gov.my/lpm. Takwim dan

jadual waktu peperiksaan boleh didapati daripada laman sesawang tersebut.

Ketua pengawas, penyelas zon dan pengawas akan dilantik oleh pihak jabatan

Pendidikan Negeri dengan kerjasama pihak sekolah. Tentunya ketua pengawas dan

pengawas yang dilantik adalah daripada sekolah yang lain. Semua akan diberi taklimat

peperiksaan bagi melicinkan pentadbiran ujian.

Pihak sekolah akan diberi tanggungjawab untuk menyediakan dewan peperiksaan.

Ketua pengawas selalunya akan melawat persediaan ini sehari sebelum peperiksaan

bermula.

Page 30: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

21

Ketua Pengawas akan mengambil kertas peperiksaan di bilik kebal pada hari

peperiksaan dan ujian ditadbir mengikut garis panduan yang telah dibekalkan oleh

Lembaga Peperiksaan Malaysia.

TOPIK 4

BENTUK UJIAN : PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH(PEKA)

Sinopsis

Pentaksiran bagi matapelajaran sains sekolah rendah juga merangkumi pentaksiran

kerja amali sains(PEKA) selain daripada kertas UPSR Sains. PEKA adalah pentaksiran

berasaskan sekolah. Topik ini membincangkan konsep, format dan cara ianya

diimplementasi di sekolah.

Hasil Pembelajaran

1. Membincangkan konsep UPSR PEKA

2. Memperihal format PEKA

3. Menghurai cara PEKA dilaksanakan di sekolah.

Apa kata anda buat minuman dan rehat sebentar!

Page 31: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

22

PENGENALAN

Rajah 4.1: Pengenalan kandungan

4.1 Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA)

UPSR PEKA adalah pentaksiran berasaskan sekolah. Ianya dilaksanakan diperingkat

sekolah . Ianya adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran

sains.

Objektif PEKA adalah supaya murid dapat:

Menguasai kemahiran saintifik

o Kemahiran proses sains

o Kemahiran manipulatif

Memperkukuh pengetahuan dan kefahaman berasaskan konsep dan teori sains

Memupuk sikap saintifik dan nilai murni

Ciri-ciri UPSR PEKA adalah seperti berikut;

Selaras dengan kandungan huraian sukatan pelajaran sains

Berpusatkan murid

Sistematik dan feasible

Telus dan terbuka

Pelbagai instrumen

Pentaksiran formatif

Penilaian Berasaskan

sekolah

PEKA

Format

Konsep

Implementasi

Page 32: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

23

Sah dan boleh percaya

Laporan yang bersifat positif

Pemantauan yang berterusan

Huraikan setiap ciri-ciri UPSR PEKA yang tersenarai di

atas dengan bantuan contoh-contoh yang sesuai.

Persembah dalam bentuk esei.

4.2 Konsep

UPSR PEKA adalah pentaksiran yang dilaksana semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Ianya bukanlah pentaksiran yang dibuat berasingan daripada proses

pengajaran dan pembelajaran. Anda boleh mentaksir satu konstruk atau beberapa

konstruk pada satu satu masa. Anda boleh mentaksir satu kumpulan murid atau pun

keseluruhan kelas pada satu satu masa. Juga anda boleh mentaksir sikap dan nilai

murni serentak dengan kemahiran proses sains yang ditaksir. Anda boleh mentaksir dan

merekod skor berdasar bukti yang ditunjukkan oleh murid anda. Murid yang belum

menguasai kemahiran tersebut akan diberi peluang untuk menguasainya melalui aktiviti

pembelajaran yang lain. Murid perlu diberi ruang dan peluang yang cukup baginya

menguasai kemahiran tersebut sebelum pentaksiran dijalankan. Pentaksiran ini

dilaksana mulai tahun 3 hingga tahun 6.

4.3 Format

Bidang yang ditaksir terdiri daripada dua elemen ;

Elemen 1 : Kemahiran proses sains (SPS)

Elemen 2 : Kemahiran manipulatif (SMS)

Elemen 1 and Elemen 2 mengandungi satu senarai kriteria kemahiran tersebut dan

petunjuk prestasi yang perlu ditunjukkan oleh murid-murid. Kriteria ini diambil daripada

Modul Kemahiran Proses Sains – Pusat Perkembangan Kurikulum, 1995.

Page 33: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

24

Kod aktiviti yang digunakan merujuk kepada maklumat berikut:

Tahun / Tema / Objektif pembelajaran / Hasil pembelajaran

Contoh;

3 / 1 / 1.1 / 4 – bermaksud aktiviti ini diambil daripada tahun 3, tema 1, objektif

pembelajaran 1.1 dan hasil pembelajaran yang keempat.

Konstruk, Skor and kriteria (Petunjuk prestasi)

Terdapat dua elemen yang diukur

Elemen 1 : Kemahiran proses sains (SPS)

SPS1 – memerhati

SPS2 – mengelas

SPS3 – mengukur dan menggunakan nombor

SPS4 – berkomunikasi

SPS5 – hubungan ruang dan masa

SPS6 – mendefinisi secara operasi

SPS7 – mengeksperimen

Elemen 2 : Kemahiran Manipulatif (SMS)

o SMS1 – guna dan kendali peralatan dan bahan sains

o SMS2 – kendali spesimen bahan hidup

o SMS3 – lukis spesimen dan peralatan sains

o SMS4- membersih peralatan sains

o SMS5- menyimpan peralatan dan bahan sains

Page 34: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

25

Contoh rubrik yang digunakan semasa mentaksir:

Construct score criteria remark

SPS1

Observing

4 C1 – State the

properties of objects

and

situations correctly

using any of the

five senses

Suggested activity

(i) Field study

(ii) Experiment

(iii) Project

Examples :

3 / 1 / 1.1 / 4

3 / 1 / 1.2 / 1

3 / 1 / 2.1 / 4

3 / 2 / 6.1 / 1

4 / 1 / 3.2 / 1 & 2

4 / 1 / 3.4 / 1 & 2

4 / 1 / 3.5 / 2 & 5

5 / 1 / 1.1 / 3

6 / 1 / 1.1 / 1 – 6

6 / 1 / 1.2 / 1

( Refer Curriculum

Specification)

C2 – State the

properties of objects

and

situations correctly

using appropriate

tools to assist

senses

C3 – State the

properties of objects

and

situations based on

the sequences

occured

3 C1 and C2

2 C1 atau C2

1 C1 atau C2 (dengan

bimbingan)

Page 35: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

26

Construct score criteria remark

SMS1

Use and handle

science

apparatus and

substances

4 C1 – Use at least 5

apparatus correctly

and carefully

Example

Use ruler, hand

lens,

measuring cylinder,

microscope,

thermometer,

bunsen burner,

stop watch, test

tube,

stethoscope and

retort

stand

Note

SPS and SMS can

be

carried out together

C2 – Handle

apparatus and

substances

correctly and

carefully

C3 – Set up the

apparatus or

prepare

the substances in

an orderly

manner

C4 – Carry out the

experiment

following

the correct

procedures

3 C1, C2 and C3

2 C1 and C2

1 C1 with guidance

Rajah 4.2 : Contoh Rubrik bagi mentaksir SPS dan SMS

[Sumber : Assessment Guide: Science Practical Work Assessment, 2008]

Rajah 4.3 mempamerkan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

pada tahun 5 dimana dalam aktiviti ini anda boleh menggunakannya sebagai ruang

untuk mentaksir kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif yang berkaitan.

Page 36: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

27

Page 37: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

28

Rajah 4.3: Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh juga mentaksir PEKA

[Sumber: PEKA Science Module Year 5]

Page 38: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

29

4.4 IMPLEMENTASI

Proses pelaksanaan PEKA di sekolah merangkumi langkah-langkah seperti dalam carta

alir berikut;

Langkah Huraian

Perancangan Pentaksiran perlu dirancang dengan mengambil kira aspek-

aspek berikut:

Murid-murid yang terlibat

Masa/tempoh pentaksiran

Bilangan pentaksiran

Pentaksir yang terlibat

Jenis instrumen yang akan digunakan

Pengskoran

Penggredan

laporan

PERANCANGAN

PENTADBIRAN

PENSKORAN

PELAPORAN

PEMANTAUAN

Page 39: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

30

Pentadbiran Maklumat pentaksiran yang akan dikumpul dan dinilai oleh

guru yang bertanggungjawab dalam mengenaikan proses

pengajaran dan pembelajaran. Perlu mengumpul bukti-bukti

yang berkaitan yang dihasilkan olh murid.

Penskoran Skor diberi ikut skema pemarkahan yang telah ditetapkan.

Jumlah markah untuk kemahiran proses sains adalah 30

markah dan 20 markah bagi kemahiran manipulatif.

Pelaporan Skor yang diperolehi oleh murid-murid dirumuskan mengikut

prinsip dan pengredan untuk mnentukan aras penguasaan

murid.

Pemantauan Mekanisma telah dirancang bagi memastikan semua murid

ditaksir cara yang serupa dan diberi skor yang berkaitan.

Moderasi adalah prosedur yang lazim dilaksanakan bagi

memantau pentaksiran berasaskan sekolah bagi

mempastikan keesahan dan kebolehpercayaan skor yang

diberikan leh guru-guru.

Anda boleh merujuk kepada Buku Panduan PEKA (2008) yang dikeluarkan oleh

Lembaga Peperiksaan Malaysia bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci

termasuk borang-borang yan perlu diisi semasa melaksana dan melaporkan keputusan

PEKA yang perlu dihantar ke Lembaga Ujian Malaysia.

Isu-isu pelaksanaan PEKA

Senaraikan isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan

PEKA yang dihadapi di sekolah anda.

Bandingkan dengan rakan-rakan anda. Apakah isu-isu

yang sama dihadapi.

Apakah langkah-langkah yang boleh anda dan rakan-rakan

anda bleh lakukan secara kumpulan untuk menangani isu-

isu tersebut?

Page 40: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

31

TOPIK 5

BENTUK UJIAN : PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

Sinopsis

Pentaksiran berasaskan sekolah adalah satu jenis pentaksiran yang menjadi semakin

mendapat perhatian pihak umum. Akauntibiliti guru amat penting bagi mempastikan PBS

sah dan bolehpercaya. Topik membincangkan peranan guru dalam melaksanakan PBS

dalam konteks bilik darjah. Juga pelajar akan dapat meneroka dapatan kajian-kajian

tentang PBS yang telah dibuat oleh penyelidik-penyelidik terutama dalam negara kita.

Hasil Pembelajaran

1. Membincangkan konsep PBS dalam konteks bilik darjah

2. Menyenarai tugasan-tugasan yang boleh digunakan sebagai pentaksiran

3. Merumus isu-isu penting yang berkaitan dengan pelaksanaan PBS daripada

kajian-kajian lepas yang berkaitan

PENGENALAN

Rajah 4.1: Pengenalan kandungan

Penilaian Berasaskan

sekolah

Aplikasi dalam

Bilik darjah

Dapatan kajian

Page 41: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

32

Pengenalan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang

dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara

terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia

(LPM).

PBS merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak

sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara

berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisma penyelarasan dan pemantauan

akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan skor

pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah.

PBS mesti dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keputusan

calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus atau tiada markah

kerja kursus. Setiap calon mestilah mempunyai semua markah / pencapaian PBS

setelah tamat tempoh pelaksanaan.

Ciri-ciri PBS

1. Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:

Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa

yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran,

penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan

berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.

2. Ditadbir diperingkat sekolah merujuk kepada usaha mengumpul maklumat

pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran

murid dan pengurusan evidens.

3. Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara

ditaksir berdasarkan skema penskoran.

Page 42: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

33

4. Dilaporkan diperingkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru

pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan

dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan

penggredan yang telah dibina.

5. Dimoderasikan pula merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir

berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan

dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan skor pentaksiran bagi

menjamin kualiti

5.1 APLIKASI DALAM BILIK DARJAH

Anda sebagai guru memainkan peranan penting dalam menentukan perkembangan

murid, kebolehan, kemajuan akademik dan pencapaiannya. Anda juga yang dapat

menilai bagaimana hendak menentukan pencapaian hasil pembelajaran,

melaksanakannya, merekod, mentafsir skor ujian tersebut, dan yang juga sama

pentingnya membuat tindakan susulan. Justru melalui PBS anda dapat menentukan

pencapaian keseluruhan murid anda. Ini bermakna anda dapat memastikan

perkembangan murid tadi bukan sahaja daripada segi akademik sahaja tapi daripada

segi sahsiah, emosi dan rohani murid tersebut. Tentunya ini akan menuju kepada

merealisasikan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.

Pentaksiran sekolah mengandungi dua fungsi yang luas, iaitu

Pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran

untuk melihat prestasi murid)

Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran untuk

meningkatkan pembelajaran)

Pentaksiran tentang Pembelajaran (Pentaksiran Sumatif):

Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan

tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal

persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua eviden bagi

pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio.

Page 43: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

34

Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk

proses semakan dan pengesahan.

Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan

secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan

deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam

bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni.

Pentaksiran untuk Pembelajaran (Pentaksiran Formatif)

Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan

tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai

perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat

yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses

pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam

mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi

keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu

sama lain.

Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah

seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama

ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri dan

rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong

pentaksiran untuk pembelajaran.

Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan

untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan

kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas tidak sepatutnya

mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan,

kedudukan atau persaingan.

Pilih satu tema daripada mana-mana Huraian Sukatan Sains.

Rancangkan alat/instrumen yang sesuai bagi mentaksir hasil pembelajaran

yang terkandung dalam tema tersebut. Tentukan bilangan dan pemberatan

bagi setiap tugasan pentaksiran.

Page 44: Modul SCE3111

SCE3111: Penilaian Dalam Pengajaran Sains

35

5.2 DAPATAN KAJIAN

Meneroka dapatan kajian PBS (1jam)

Kumpulkan maklumat tentang kajian-kajian yang telah dijalankan tentang

tajuk penilaian berasaskan sekolah.

Rumuskan dapatan kajian tersebut. Apakah kelebihan dan kekangan bagi

melaksanakan PBS?

Anda boleh melayari alamat sesawang berikut untuk mendapatkan contoh

kajian:

eprints.utm.my/7674/1/P30-Saliza.pdf

http://eprints.utm.my/11929/1/Kepemimpinan_Guru_Besar_Dalam_

Pelaksanaan_Pentaksiran_Berasaskan_Sekolah.pdf

http://eprints.utm.my/17076/1/JOE-1-2011-036.pdf

Selesai!

Page 45: Modul SCE3111

SCE3111 Penilaian Dalam Pengajaran Sains

36

BIBILIOGRAFI

BUKU

Abu Bakar Nordin. (1996). Developing scale in affective domain. Occasional papers

no.5. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Naylor, S., Keogh, B. and Goldsworthy, A. (2004). Active assessment. London:David Fulton

Publishers Ltd. Doran, R.,Chan, F. and Tamir, P. (1998) Science educator’s guide to assessment. Virginia:

National Science Teachers Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan

Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan

Malaysia.

. ________(2010).Buku Panduan Pengurusan Pentadbiran Peperiksaan. Lembaga

Peperiksaan Malaysia _______(2008). Assessment Guide.Science Practical Work Assessment(PEKA).

Lembaga Peperiksaan Malaysia.

INTERNET

http://www.moe.gov.my/lpm

http://www.articlesbase.com/education-articles/moderation-system-in-examination-1244697.html http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=54

Page 46: Modul SCE3111

37

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

(SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

AZIZAH NGAH TASIR

Pensyarah Kanan IPGM Kampus Pendidikan Teknik

Jalan Yaacob Latif 56000 Kuala Lumpur

Kelulusan:

M.Ed.(Pengajian Kurikulum), USM

B.Sc.(Ed.)Hons. (Biologi), UPM

Pengalaman:

Ketua Jabatan Sains( 6 tahun)

Pensyarah Sains (18 tahun)

Guru Sekolah Menengah ( 6 tahun)

Page 47: Modul SCE3111

38

PANEL PEMURNI MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

(SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

AZIZAH NGAH TASIR

Pensyarah Kanan IPG Kampus Pendidikan Teknik

Jalan Yaacob Latif 56000 Kuala Lumpur

Kelulusan:

M.Ed.(Pengajian Kurikulum), USM

B.Sc.(Ed.)Hons. (Biologi), UPM

Pengalaman:

Ketua Jabatan Sains( 6 tahun)

Pensyarah Sains (18 tahun)

Guru Sekolah Menengah ( 6 tahun)

LINA THOMAS @ TUPANG

Pensyarah Akademik IPG Kampus Tawau 91009 Tawau

Kelulusan :

M.Sc. (Taxonomy & Biodiversity),

UMS

B.Sc. (Hons.) in Botany, UKM

Diploma Pendidikan (Sains &

Matematik), MPPP

Pengalaman :

Ketua Jabatan Sains (2 Tahun)

Pensyarah Sains (9 Tahun)

Guru Sekolah Menengah (6 Tahun)

Page 48: Modul SCE3111

LAMPIRAN A

39

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Rujukan

Latihan

Buat nota

Senarai semak

Layari internet

Panduan pengguna

Mengumpul maklumat

Tutorial

Berfikir

Tamat