modul sains1

59
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010 Modul : Latihan Guru-guru Sains Sekolah Rendah Tahun 2010 Jun 2010 1

Upload: mohamad-nizam-bin-mahbob

Post on 20-Jun-2015

7.960 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Sains1

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Modul :

Latihan Guru-guru Sains Sekolah Rendah Tahun 2010

Jun 2010

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

1

Page 2: Modul Sains1

ISI KANDUNGAN

Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan 4

2.0 Matlamat 4

3.0 Objektif Kursus 4

4.0 Objektif Modul 5

5.0 Jawatankuasa Kerja 5

6.0 Para Panel Penggubal Modul 6

7.0 Kandungan Kursus

8.1 PengenalanPedagogi Sains 9

8.2 Inkuiri Penemuan 19

8.3 Pembelajaran Masteri 26

8.4 Kontruktivisme 34

8.5 Kontektual 41

9.0 Lampiran (nota tambahan)

2

Page 3: Modul Sains1

KURSUS MEMPERKASAKAN PEDAGOGI

GURU SAINS DAN MATEMATIK TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH

DALAM BAHASA MELAYU TAHUN 2010

TARIKH:

TEMPAT:

JADUAL PELAKSANAAN KURSUS

HARI/TARIKH 8.00 – 10.00 PAGI

10.00 – 10.30 pagi

10.30-12.30 PETANG

12.30-2.00 PETANG

2.00-4.30 PETANG

Hari Pertama8.00 – 8.30 PAGIPendaftaran Rehat 1. Pendedahan

Modul 1 Rehat 1.Pendedahan

Modul 2

2. Pendedahan Modul 3

8.30 – 10.00 PAGI

1. Pengenalan Pendedahan Strategi dan Pendekatan P&P

Hari Kedua 1. Pendedahan Modul 4

2. Pembahagian kumpulan

Rehat Bengkel Pembinaan Modul

Rehat 1. Bengkel Pembinaan Modul

2. Pembentangan Modul

Hari Ketiga Pembentangan Modul Rehat Pemurnian dan

Penambahbaikan Modul

Rehat1. Pemurnian Modul

2. Rumusan dan Penutup

3

Page 4: Modul Sains1

1.0 PENGENALAN

Mesyuarat Kabinet pada 8 Julai 2009 telah memutuskan bahawa

pengajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris di

semua sekolah akan tamat pada penghujung sesi persekolahan tahun

2011. Mulai tahun 2012 kedua-dua mata pelajaran tersebut akan diajar

dalam Bahasa Melayu di Tahun 4 dan Tingkatan 4. Sehubungan dengan

itu, Modul Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Dan Matematik

Tahap Dua Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu dibangunkan sebagai

persediaan awal bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran sains

dan matematik dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu pada tahun

2012.

2.0 MATLAMAT

Modul ini sebagai garis panduan kepada guru-guru Sains dan Matematik

semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

3.0 OBJEKTIF KURSUS

Memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pedagogi guru-guru Sains

dan Matematik Tahun Empat Dalam Bahasa Melayu di Sekolah Rendah.

Melahirkan guru-guru yang lebih kompenten dalam pedagogi.

Melahirkan guru-guru yang lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion

perguruan.

Meningkatkan lagi pencapaian sains dan matematik ke tahap yang lebih

cemerlang.

Memastikan guru-guru akan dapat menyampaikan pengajaran dan

pembelajaran dalam Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

4

Page 5: Modul Sains1

4.0 OBJEKTIF MODUL

Menjadi rujukan dan panduan kepada guru-guru Sains dan

Matematik Tahun Empat dalam Bahasa Melayu.

Mewujudkan keselarasan dalam melaksanakan kursus di sekolah-

sekolah rendah seluruh Malaysia.

Mendorong sikap dan keupayaan dalam meningkatkan hasil

pembelajaran.

JAWATANKUASA KURSUS MEMPERKASAKAN PEDAGOGI GURU SAINS DAN MATEMATIK TAHAP DUA SEKOLAH RENDAH DALAM BAHASA MELAYU TAHUN 2010

5.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : Dr. Haji Zahri Bin Aziz

Pengarah

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

Naib Pengerusi : En. Abdul Halim Bin Abdul Razak

Timbalan Pengarah

Sektor Pembangunan Profesionalisme

Setiausaha : Dr. Zainab Bt Hussin

Ketua Penolong Pengarah

Unit Kursus Dalam Perkhidmatan

Pen. Setiausaha : Cik Roslina Bt. Abdul Rashid

Penolong Pengarah

Unit Kursus Dalam Perkhidmatan.

Penyelaras : Pn. Siti Nafsiah Bt. Ismail (Bahasa Melayu)

En. Shaharizan Bin Shamsuddin (Matematik)

5

Page 6: Modul Sains1

Urusetia : En. Mohd Helmi Bin Hamid

JAWATANKUASA PELAKSANA

Semua guru sains dan matematik tahun empat sekolah rendah.

6.0 PARA PANEL PENGGUBAL MODUL

En. Choo Wai Chong : Pensyarah Kanan

Jabatan Matematik

IPG Kampus Pulau Pinang.

Pn. Mahayon Bt. Abas : Pensyarah Kanan

Jabatan Matemati

IPG Kampus Ipoh.

Pn. Siti Khadzimah : Pensyarah

Bt. Salip Jabatan Matematik

IPG Kampus Teknik.

En. Mokhtar B. Ishak : Pensyarah

Jabatan Matematik

IPG Kampus Pendidikan Islam.

En. Norhawan B. Misiran : Pensyarah

Jabatan Matematik

IPG Kampus Pendidikan Islam.

Pn. Haslinah Bt. Abdullah : Pensyarah

Jabatan Sains

6

Page 7: Modul Sains1

IPG Kampus Teknik.

En. Fazali B. Hashim : Pensyarah

Jabatan Sains

IPG Kampus Raja Melewar.

Pn. Hasniza Bt. Embong : Pensyarah

Jabatan Sains

IPG Kampus Ipoh.

Dr. Seman B. Salleh : Pensyarah Kanan

Jabatan Bahasa Melayu

IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Pn. Zanariah Bt. Ibrahim : Pensyarah

Jabatan Bahasa Melayu

IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka.

En. Mohd Ghazali B. Ahmad : Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Pn. Fawziah Bt. Othman : Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

En. Nasaruddin B. Sha’arani : SK Sri Tiram

Tg. Karang, Selangor.

Pn. Nurriti Bt. Kurdi : SK Sungai Leman

Sekinchan, Selangor.

7

Page 8: Modul Sains1

En. Fadhlah B. Afif : SK Methodist

Banting, Selangor.

Pn. Nur Madihah Bt. Mohd Din : SK Putrajaya

Presint 8(2), Putrajaya.

Pn. Isnayani Bt. Zulkapli : Sk Serendah

Serendah, Selangor.

Pn. Rahayu Bt. Ab. Rahman : SK Putrajaya

Presint 9(2), Putrajaya.

Pn. Mariani Bt. Mohd Dom : SMK (P) Methodist

Kuala Lumpur.

En. Azmi B. Abdul Halim : SK RTB Bukit Changgang

Banting, Selangor.

8

Page 9: Modul Sains1

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua

Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Topik P engenalan Pedagogi Sains

Kod Kursus

Masa Dua jam

Personal Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menguasai prinsip pengajaran dan pembelajaran sains yang

ditekankan dalam kurikulum sains sekolah rendah.

2. Mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, pendekatan serta teknik

pengajaran dan pembelajaran secara bersepadu menggunakan

Bahasa Melayu.

3. Merancang pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah

selaras dengan hasrat Kurikulum Kebangsaan secara berkesan.

4. Meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran dan

pembelajaran sains sekolah rendah.

5. Memastikan hasil pembelajaran tercapai pada akhir sesi pengajaran.

9

Page 10: Modul Sains1

B. Kandungan Kursus

1. Pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran sains

2. Strategi pengajaran dan pembelajaran sains

3. Contoh pedagogi pengajaran dan pembelajaran

4. Bengkel

5. Pembentangan

C. Kaedah

Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on dan bengkel

D. Bahan Pengajaran

Persembahan power point, nota

E. Alatan

LCD, Komputer, papan putih, kertas mahjung dan pen marker

F. Penilaian

1. Interaksi verbal

2. Hasil perbincangan

3. Borang maklum balas

G. Rumusan/Refleksi/ Uji impak

10

Page 11: Modul Sains1

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN STRATEGI BERFIKIR

Kemahiran Berfikir Kritis

Mencirikan

Membandingkan & membezakan

Mengumpulkan & mengelaskan

Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan

Menganalisis

Mengesan kecondongan

Menilai

Membuat kesimpulan

Kemahiran Berfikir Kreatif

Menjanakan idea

Menghubungkaitkan

Membuat inferens

Meramalkan

Membuat hipotesis

Mensintesiskan

Membuat gambaran mental

Menganalogikan

Mereka cipta

Strategi Berfikir

Mengkonsepsikan

Menyelesaikan masalah

Membuat keputusan

Menaakul

11

Page 12: Modul Sains1

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

2. Jujur dan tepat dalam merekod dan mengesahkan data.

3. Rajin dan tabah dalam menjalankan atau menceburi sesuatu perkara.

4. Bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar.

5. Menyedari bahawa sains merupakan satu dripada cara untuk memahami alam.

6. Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat.

7. Menghargai keseimbangan alam semula jadi.

8. Berhemah tinggi dan hormat-menghormati.

9. Menghargai sumbangan sains dan teknologi.

10.Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

11.Berfikiran kritikal dan analitis.

12.Luwes dan berfikiran terbuka.

13.Baik hati dan penyayang.

14.Bersifat objektif.

15.Sistematik.

16.Bekerjasama.

17.Adil dan saksama.

18.Berani mencuba.

19.Berfikir secara rasional.

20.Yakin dan berdikari.

Page 13: Modul Sains1

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum sainsn mengutamakan pembelajaran

berfikrah. Pembelajaran berfikrah adalah satu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran

dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap yang

optimum. Aktiviti yang dirancangkan dalam pembelajaran berfikrah mesti yang dapat

mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid dan bukan berbentuk rutin. Murid perlu sedar

secara eksplisit kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang digunakan dalam pembelajaran.

Soalan atau masalah yang beraras tinggi ditanyakan kepada murid dan murid diminta

menyelesaikan masalah menggunakan daya kreatif dan kritis mereka. Murid dilibatkan secara

aktif dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan,

penguasaan kemahiran dan penerapan nilai murni dan sikap saintifik. Pembelajaran berfikrah

boleh berlaku melalui pendekatan seperti inkuiri, konstruktivisme, sains, teknologi dan

masyarakat, pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains

1. Pendekatan Inkuiri Penemuan

Pendekatan inkuiri penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran

melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat

sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri.

Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan

ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti eksperimen akan menyiasat sesuatu

fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing murid untuk

memahami konsep sains melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Kemahiran berfikir dan

kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuan ini. Namun demikian, perlu

diingat bahawa pendekatan inkuiri penemuan tidak sesuai digunakan dalam semua situasi

pengajaran dan pembelajaran. Beberapa konsep dan prinsip lebih sesuai didedahkan secara

langsung oleh guru atau melalui inkuiri penemuan terbimbing.

Page 14: Modul Sains1

2. Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah satu fahaman yang mencadangkan bahawa murid belajar sesuatu

dengan cara membina sendiri pemahaman yang bermakna terhadap alam sekeliling mereka.

Antara unsur penting dalam konstruktivisme adalah seperti berikut:

Guru mengambil kira pengetahuan sedia ada murid.

Pembelajaran adalah hasil usaha murid itu sendiri.

Pembelajaran berlaku bila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi

menstrukturkan semula idea mereka.

Murid berpeluang bekerjasama, berkongsi idea dan pengalaman serta membuat refleksi.

3. Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran kontekstual adalah pembelajaran yang dikaitkan dengan kehidupan harian murid.

Pendekatan kontekstual digunakan di mana murid belajar secara menyiasat seperti dalam

pendekatan inkuiri-penemuan. Dalam pembelajaran kontekstual, kaitan di antara bahan yang

diajar dengan kehidupan harian dieksplisitkan. Dalam konteks ini, murid tidak belajar secara

teori sahaja tetapi dapat menghayati kerelevanan pembelajaran sains dengan kehidupan

mereka.

4. Pembelajaran Masteri

Pembelajaran Masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua murid menguasai

objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa

setiap murid mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada murid untuk belajar

mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada

proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Pendekatan Sains, Teknologi dan Masyarakat

Pembelajaran yang bermakna akan berlaku jika murid dapat menghubungkaitkan apa yang

dipelajari dengan kehidupan harian mereka. Pembelajaran bermakna berlaku dalam

pendekatan seperti pembelajaran kontekstual dan Pendekatan Sains, Teknologi dan

Page 15: Modul Sains1

Masyarakat (STM). Tema dan objektif pembelajaran yang berunsurkan STM diwujudkan dalam

kurikulum ini. Pendekatan STM mengesyorkan pembelajaran sains melalui penyiasatan dan

perbincangan berlandaskan isu sains dan teknologi dalam masyarakat. Pengetahuan sains dan

teknologi dipelajari bersama dengan aplikasi sains dan teknologi serta implikasi kepada

masyarakat.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dilaksanakan melalui pelbagai

kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan, simulasi, projek,

penggunaan sumber luar bilik darjah, kajian masa depan dan penyelesaian masalah. Dalam

kurikulum ini, cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif

pembelajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk cadangan aktiviti

pembelajaran. Walau bagaimanapun guru boleh mengubahsuaikan cadangan aktiviti

pembelajaran jika perlu.

Penentuan kaedah pengajaran dan pembelajaran seharusnya berdasarkan kandungan

kurikulum, kebolehan dan kepelbagaian jenis kecerdasan murid serta sumber dan prasarana

yang ada. Di samping berperanan sebagai penyampai pengetahuan dan pakar rujuk bidang

pengajarannya, guru juga berperanan sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran.

Guru perlu prihatin terhadap kepelbagaian jenis kecerdasan di kalangan murid. Kaedah dan

aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza kecerdasan . Contoh

kecerdasan ini adalah visual dan ruang, verbal linguistik, muzik dan irama, logikal matematik,

kinestetik, perhubungan antara individu, perhubungan dengan diri sendiri, perhubungan antara

insan dengan Penciptanya, pemahaman tentang alam sekitar.

Berikut diberikan penerangan ringkas tentang kaedah ini.

1. Eksperimen

Eksperimen adalah satu kaedah yang lazim dijalankan dalam pelajaran sains. Murid menguji

hipotesis secara penyiasatan untuk menemui konsep atau idea sains yang tertentu. Kaedah

saintifik digunakan semasa eksperimen. Menjalankan eksperimen menggunakan kemahiran

berfikir, kemahiran proses dan kemahiran manipulatif.

Page 16: Modul Sains1

Secara kebiasaan, langkah yang diikuti semasa menjalankan eksperimen adalah seperti

yang berikut:

Mengenal pasti masalah

Membuat hipotesis

Merancang eksperimen

o mengawal pemboleh ubah

o menentukan peralatan dan bahan yang diperlukan

o menentukan langkah menjalankan eksperimen,

o kaedah mengumpulkan data dan menganalisis data

Melakukan eksperimen

Mengumpulkan data

Menganalisis data

Mentafsirkan data

Membuat kesimpulan

Membuat pelaporan

Dalam kurikulum ini, adalah dicadangkan selain daripada eksperimen yang di bimbing oleh

guru, murid diberi peluang mereka bentuk eksperimen, iaitu mereka sendiri yang merangka

cara eksperimen yang berkenaan boleh dijalankan, data yang boleh diukur dan bagaimana

menganalisis data serta bagaimana membentangkan hasil eksperimen mereka. Aktiviti ini boleh

dijalankan secara bersendirian atau secara kumpulan kecil.

2. Perbincangan

Perbincangan adalah aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat

berlandaskan dalil atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai

fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain. Perbincangan perlu dijalankan semasa

dan selepas menjalankan eksperimen, projek, aktiviti mengumpulkan dan mentafsirkan data,

simulasi, penggunaan sumber luar bilik darjah, penyelesaian masalah dan lain-lain.

Page 17: Modul Sains1

3. Simulasi

Simulasi adalah aktiviti yang dijalankan menyerupai yang sebenarnya. Simulasi boleh

dilaksanakan melaui main peranan, murid melakonkan sesuatu peranan secara spontan

berdasarkan beberapa syarat yang telah ditentukan. Permainan pula mempunyai peraturan

yang harus dipatuhi. Murid bermain untuk mempelajari sesuatu prinsip ataupun untuk

memahami proses membuat keputusan. Model boleh digunakan untuk mewakili objek atau

keadaan sebenar. Murid dapat membayangkan situasi tersebut dan seterusnya memahami

konsep dan prinsip yang dipelajari.

4. Projek

Projek adalah aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan murid untuk mencapai

sesuatu tujuan tertentu dan mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu

pembelajaran yang formal. Murid dikehendaki mengenal pasti kaedah untuk menyelesaikan

masalah yang dikemukakan dan seterusnya merancang keseluruhan projek. Hasil projek dalam

bentuk laporan, artifak atau lain-lain perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.

5. Penggunaan Sumber Luar Bilik Darjah

Pembelajaran sains melalui lawatan ke tempat seperti zoo, muzium, pusat sains, institut

penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan,

menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia

mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan

tugasan semasa lawatan. Perbincangan selepas lawatan perlu diadakan. Kajian lapangan yang

sering dijalankan dalam tajuk ekologi merupakan satu daripada contoh kaedah ini.

6. Kajian Masa Depan

Murid menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada

masa lalu ke masa sekarang dan meramalkan keadaan pada masa depan. Pedagogi ini

berpusatkan murid dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti pendidikan moral dan

Page 18: Modul Sains1

pendidikan alam sekitar. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama dipupuk

melalui kaedah ini.

7. Penyelesaian Masalah

Penyelesaian masalah adalah satu kaedah yang melibatkan murid secara aktif untuk membuat

keputusan atau untuk mencapai sasaran tertentu. Semasa penyelesaian masalah, aktiviti

seperti simulasi, perbincangan dan eksperimen boleh dijalankan. Secara umum penyelesaian

masalah melibatkan langkah seperti yang berikut:

Kenal pasti dan faham masalah

Jelaskan masalah

Cari alternatif penyelesaian masalah

Lakukan operasi penyelesaian

Nilaikan penyelesaian

Page 19: Modul Sains1

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Dan Matematik

Tahap Dua Sekolah-Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu

Tahun 2010

TopikPengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Pendekatan Inkuiri-

Penemuan

Masa 2 Jam

Personel Penceramah

____________________________________________________________________

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menerangkan maksud pembelajaran secara pendekatan inkuiri-penemuan dan kepentingan menyerapkan pendekatan inkuiri-penemuan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, pendekatan serta teknik pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pendekatan inkuiri-penemuan.

3. Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan pendekatan inkuiri-penemuan selaras dengan hasil pembelajaran secara berkesan.

4. Memastikan hasil pembelajaran tercapai pada akhir sesi pengajaran.

Page 20: Modul Sains1

B. Kandungan Kursus

1.Pengenalan pendekatan inkuiri-penemuan

2.Prinsip pendekatan inkuiri-penemuan

3.Strategi inkuiri-penemuan

4.Contoh pedagogi pengajaran dan pembelajaran

5.Bengkel

6.Pembentangan

C. Kaedah

Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on dan bengkel

D. Bahan Pengajaran

Persembahan power point, nota

E. Alatan

LCD, Komputer, papan putih, kertas mahjung dan pen marker

F. Penilaian

1. Interaksi verbal

2. Hasil perbincangan

3. Borang maklum balas

G. Rumusan/Refleksi/ Uji impak

Page 21: Modul Sains1
Page 22: Modul Sains1

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 :

Tema : Menyiasat Alam Bahan

Tajuk : Sifat-sifat Bahan

Sub Topik : Sifat Bahan

Tempoh : 60 minit

Tahun : 4

Objektif Pembelajaran : Memahami sifat-sifat bahan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir P&P, para pelajar akan dapat;

Mengenalpasti bahan konduktor/penebat elektrik

Pendekatan/ Kaedah/ Strategi : - Pendekatan - Inkuri – penemuan

- Strategi – Mengeksperimen dan Perbincangan

Page 23: Modul Sains1

Fasa(Masa)

Isi kandungan Aktiviti pengajaran & pembelajaran

Catatan

Set Induksi(5 minit)

Mengapa terdapat jenis bahan dalam satu alat elektrik

Jenis aktiviti : Bercerita

- Guru menceritakan tentang pengalaman terkena kejutan elektrik yang kecil.- Bersoal jawab tentang pengalaman sedia ada murid.

Kemahiran saintifik:Komunikasi

Nilai murni :Berhati-hati

MeramalIdea

(10 minit)

Mengenalpasti objek konduktor dan penebat elektrik.

1. Mengedarkan pelbagai jenis objek kepada murid,Seperti paku, kertas buku, pensil kayu, pembaris plastik, karbon pensil, duit syiling 10 sen, sudu plastik, getah pemadam dan rod kaca.

2. Murid mengelaskan bahan kepada 2 kumpulan konduktor dan penebat elektrik.

Kemahiran saintifik:Meramal,Mengelas

Nilai murni :Kerjasama,berani

Pemerhatian (25 minit)

Mengeksperimen bahan yang diberi dalam litar elektrik.

1. Murid membina litar lengkap.

2. Murid menyambungkan objek yang diberi dalam satu litar yang lengkap.

3. Murid membuat pemerhatian tentang nyalaan mentol bagi setiap objek yang disambung dalam litar lengkap.

4. Murid merekodkan hasil pemerhatian dalam borang yang diberi.

Kemahiran saintifik:Mengeksperimen,Pemerhatian

Nilai Murni :BerkerjasamaJujur

Penjelasan(15 minit)

- Bahan konduktor (pengalir elektrik)

- Bahan penebat (bukan pengalir elektrik)

1. Guru meminta setiap kumpulan murid membentangkan hasil keputusan eksperimen.

2. Setiap kumpulan murid memberikan kesimpulan berdasarkan hasil eksperimen masing-masing. ( Aras tinggi)

3. Guru mengukuhkan hasil dan memberi takrifan konduktor elektrik dan penebat elektrik.

Page 24: Modul Sains1

Lampiran 1

Standarad Kandungan: 5.1 Memahami sifat-sifat bahan.

Standard Pembelajaran: 5.1.3 Mengenalpasti konduktor dan penebat

Tandakan ( / ) bagi objek yang dapat menyalakan mentol.

OBJEK

KEADAAN MENTOL SELEPAS DISAMBUNGKAN OBJEK

MENYALA TIDAK MENYALA

Getah Pemadam

Pensil kayu

Pembaris plastic

Karbon pensil

Page 25: Modul Sains1

Duit Syiling 10 sen

Sudu plastic

Rod Kaca

Paku

Kertas buku

Page 26: Modul Sains1

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua Sekolah-Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Topik Pengajaran Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Masteri

Kod Kursus

Masa 2 jam

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. menyatakan Konsep pembelajaran masteri;

2. menerangkan langkah pembelajaran Masteri dalam proses pengajaran dan pembelajaran;

3. Mengaplikasikan dan melaksanakan pembelajaran Pembelajaran Masteri dalam pengajaran dan pembelajaran.

4. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan pembelajaran masteri.

B. Kandungan Kursus

1. Pengenalan

2. Ciri-ciri pendekatan pembelajaran masteri.

Page 27: Modul Sains1

3. Contoh pedagogi pengajaran dan pembelajaran

4. Bengkel

5. Pembentangan

C. Kaedah

Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on,bengkel dan pembentangan.

D. Bahan Pengajaran

Persembahan power point, nota, internet

E. Alatan

LCD, Komputer, dan papan putih

F. Penilaian

1. Interaksi verbal

2. Hasil perbincangan

3. Hasil bengkel.

G. Rumusan/Refleksi/ Uji impak

Page 28: Modul Sains1

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 :

Hari : Selasa

Tarikh : 01 Februari 2010

Masa : 60 minit

Kelas : 4 MAJU

Tema : Menyiasat Alam Kehidupan

Bidang Pembelajaran : Hidupan memerlukan keperluan asas

Objektif Pembelajaran : Memahami bahawa haiwan memerlukan keperluan asas.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran ini diharapkan murid dapat:

i) Mengenalpasti keperluan asas haiwan.ii) Memberikan sebab haiwan memerlukan makanan, air, udara dan

tempat berlindung.

Pendekatan P& P : Pembelajaran Masteri

Kaedah : Mengeksperimen

KPS : Berkomunikasi, Meramal, Menginferens, Mengeksperimen,

Membina hipotesis, Mengawal Pemboleh ubah

KMS : Mengguna dan mengendalikan bahan dan peralatan sains

Mengendalikan spesimen hidup betul dan cermat

BBM : Bekas, kasa dawai, kadbod, belalang, air, daun, pita pelekat,

akuarium, ikan, tumbuhan air

Page 29: Modul Sains1

Perancangan P & P :

Fasa Pengajaran

Isi Kandungan Aktiviti Catatan

Orientasi(5 minit)

Menyatakan haiwan peliharaan murid

Guru bersoal-jawab:1. Siapakah yang

memelihara haiwan di rumah?

2. Apakah nama haiwan kesayangan kamu?

3. Bagaimana kamu menjaga haiwan kesayangan kamu?

Pencetusan idea(15 minit)

Keperluan asas haiwan

Berdasarkan soalan-soalan tersebut, guru mengaitkan dengan keperluan asas haiwan.Contoh :Udara, air, makanan, dan tempat berlindung

Soal-jawab:1. Mengapakah kamu

memberikan haiwan peliharaan kamu makanan?

2. Mengapakah kamu memberikan haiwan kamu air?

3. Mengapakah kamu menyediakan haiwan peliharaan kamu tempat berlindung?

4. Apakah akan berlaku jika haiwan peliharaan kamu tidak mendapat udara, air, makanan dan tempat berlindung?

KPS: 1. Berkomunikasi2. Meramal3. Menginferens

KBKK:1. Menghubungkai

tkan2. Mencirikan3. Menginferens

Nilai Murni:1. Minat dan

bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling.

Tahap Kognitif:

1. Pengetahuan2. Kefahaman

Penstrukturan semula idea(25 minit)

Mengenalpasti keperluan asas haiwan:

1. Udara2. Air

Guru memberi arahan kepada kaedah menjalankan eksperimen:

1. Menjalankan eksperimen untuk

KPS:1. Mengeksperime

n2. Mengawal

pemboloeh

Page 30: Modul Sains1

3. Makanan4. Tempat

berlindung

mengkaji keperluan asas haiwan iaitu air, udara, dan makanan.a. Murid

memasukkan haiwan kecil seperti belalang ke dalam empat buah bekas.

Stesen 1Bekas A : Mengandungi makanan kering dan ditutup dengan jaring.

Stesen 2 Bekas B:

Mengandungi air tanpa makanan dan ditutup dengan jaring

Stesen 3Bekas C:Mengandungi air dan makanan dan ditutup rapat supaya udara tidak boleh masuk

Stesen 4Bekas D:Mengandungi air, makanan dan ditutup dengan jaring

2. Murid diminta membina hipotesis menentukan pemboleh ubah, membuat pemerhatian serta cadangan dan akhirnya membuat kesimpulan tentang apa yang mereka dapati daripada

ubah3. Membuat

pemerhatian

KBKK: 1. Membanding

dan membezakan keperluan asas hidupan.

2. Menghubungkait

3. Menjana idea4. Membina

hipotesis

Nilai Murni

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

2. Mempunyai sifat tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain, dan alam sekeliling.

3. Baik hati dan penyayang

4. Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan

Borang Pemerhatian

Lembaran Kerja

Page 31: Modul Sains1

eksperimen yang dijalankan.(Murid menulis dalam lembaran kerja yang disediakan:a) Lembaran kerjab) Borang

pemerhatianAplikasi idea(10 minit)

Mengenalpasti keperluan asas haiwan:

1. Udara2. Air3. Makanan4. Tempat

berlindung

Projek memelihara ikan secara kumpulan

1. Murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti :a) Akuariumb) Pam udarac) Makanand) Ikane) Tumbuhan airf) Air bersih

Nilai murniMenyayangi haiwan

Bekerjasama

Tahap kognitif

Pengetahuan Aplikasi

Refleksi(5 minit)

Peta minda berkaitan dengan keperluan asas hiawan

Guru meminta murid melengkapkan peta minda berdasarkan pelajaran hari ini

Tahap kognitif

Pengetahuan Kefahaman

Keperluan asas haiwan

Air

Tempat berlindung

Makanan

Udara

Page 32: Modul Sains1

Borang pemerhatian

Bekas Hari Pertama Hari Kedua Hari Ketiga Hari Keempat

A

B

C

D

Page 33: Modul Sains1

Lembaran Kerja

Kumpulan :.................................................................

Nama ahli :..................................................................

.....................................................................

...................................................................

..................................................................

........................................................................

Arahan : Jawab semua soalan

Tujuan : Menyiasat keperluan asas haiwan.

1. Bina satu hipotesis berdasarkan eksperimen yang akan dijalankan.

_____________________________________________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________________

2. Nyatakan pemboleh ubah yang boleh dikenalpasti dalam eksperimen ini.i. Pemboleh ubah yang dimanipulasikan(diubah-ubah)

.................................................................................................................................

...........................................................................ii. Pemboleh ubah yang bergerak balas(berubah)

.................................................................................................................................

..........................................................................iii. Pemboleh ubah yang dimalarkan(ditetapkan)

.................................................................................................................................

.............................................................................

Page 34: Modul Sains1

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua Sekolah-Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Topik Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Pendekatan Kontruktivisme

Masa 2 Jam

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menerangkan maksud pembelajaran kontruktivisme dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontruktivisme ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Menyenaraikan dan menggapliksaikan fasa 5 Needham.

3. Merancang pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah selaras dengan hasrat Kurikulum Kebangsaan secara berkesan.

4. Meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.

5. Mengaplikasikan pembelajaran secara kontruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 35: Modul Sains1

B. Kandungan Kursus

1. Pengenalan kepada Pembelajaran secara kontruktivime

2. Fasa 5 Needham

3. Contoh pedagogi pengajaran menggunakan kaedah kontruktivisme

4. Bengkel

5. Pembentangan

C. Kaedah

Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on dan bengkel

D. Bahan Pengajaran

Persembahan power point, nota

E. Alatan

LCD, Komputer, papan putih, kertas mahjung dan pen marker

F. Penilaian

1. Interaksi verbal

2. Hasil perbincangan

3. Borang maklum balas

G. Rumusan/Refleksi/ Uji impak

Page 36: Modul Sains1

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 :

Tahun : 4 Bestari (kelas cemerlang)Masa : 60 minitTema : Menyiasat Alam BahanBidang Pembelajaran (LA) : Sifat BahanObjektif Umum(LO) : Memahami sifat bahanHasil Pembelajaran(LOT) : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

i. mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran : KonstruktivismeStrategi : Aktiviti `Hands-on`

Fasa Pengajaran

Isi Kandungan Aktiviti P&P Catatan

Set Induksi(5 minit)

Membina litar elektrik

Jenis Aktiviti : Simulasi

1. Guru memberi gambar bateri, mentol, dan suis – digantungkan kepada murid untuk menghasilkan satu litar .

2. Murid berpegang tangan untuk menunjukkan satu litar elektrik lengkap.(Murid telah ada pengetahuan membina litar elektrik.)

Soalan : Adakah mentol akan menyala?Mengapa?

3. Murid yang memakai gambar suis melepaskan tangan

Soalan:Adakah mentol akan menyala sekarang?Mengapa?

BBM: Gambar mentol, bateri, dan suis

Kemahiran Proses Sains: Memerhati

Kemahiran Berfikir: Membuat gambaran mental

Nilai Murni:Bekerjasama, minat, sifat ingin tahu tentang alam sekeliling

Pelbagai Kecerdasan: Visual dan pergerakan kinestatik

Tahap Kognitif: Pengetahuan

Page 37: Modul Sains1

Perkembangan

Langkah 1

5 minit

Mengenalpasti objek yang boleh mengalir arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Jenis Aktiviti : MengelasSoalan Adakah murid-murid membawa objek yang diminta?

1. Murid meletakkan objek-objek yang dibawa di atas meja.

SoalanDaripada pengetahuan kamu, kelaskan objek mengikut kebolehan mengalirkan arus elektrik.

2. Murid mengelas objek kepada boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik

BBM: Bahan yang sedia ada dan dibawa oleh murid:Sudu plastik, limau, kunci, sapu tangan, pembaris kayu, gelas, pemadam, syling satu sen, surat khabar, lid pensil, air kopi, gelang getah, klip kertas, dan paku

Kemahiran Proses Sains: Mengelas

Kemahiran Berfikir: menghubungkait dan meramal

Nilai Murni:Sistematik dan berfikir secara rasionalTahap Kognitif: Pengetahuan, pemahaman

1. Rujuk Lampiran 1

Langkah 2

17 minit

Menguji objek yang boleh mengalir arus elektrik

Jenis aktiviti : `Hands-on`

ArahanGuru meminta murid menguji objek yang dikelaskan tadi dan merekodkan pemerhatian.

1. Murid menguji objek yang telah dikelaskan dengan menggunakan litar elektrik.

2. Murid merekodkan hasil dapatan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing.

BBM: bateri, wayar, mentol, suis, kad manila, dan marker

Kemahiran Proses Sains: Memerhati, inferens, mengelas, eksperimen, dan komunikasi

Kemahiran Berfikir: membanding dan membeza, serta mengumpul

Nilai Murni:Jujur dalam merekod, sabar dalam menjalani sesuatu perkara, kritis dan analitis, serta kerjasama

Pelbagai Kecerdasan: verbal, visual, dan

Page 38: Modul Sains1

pergerakan kinestatik

Tahap Kognitif: Pengetahuan

Langkah 3

15 minit

Laporan hasil dapatan murid

Jenis aktiviti : Pembentangan

1. Wakil daripada setiap kumpulan melaporkan hasil dapatan.

2. Murid membuat perbandingan jawapan dengan ramalan yang telah dibuat.

3. Guru membuat perbandingan hasil dapatan antara kumpulan. ( Cara merekod yang paling sesuai adalah jadual)

Kemahiran Proses Sains: komunikasi

Nilai Murni:Berani, yakin dan berdikari

Pelbagai Kecerdasan: interpersonal

Rujuk Lampiran 2

Langkah 4

8 minit

Besi dan keluli boleh mengalirkan arus elektrik.Plastik, kain, getah, kayu, kaca tidak boleh mengalirkan arus elektrik.*air limau dan lid pensil (karbon) boleh mengalirkan arus elektrik.

*air paip adalah konduktor elektrik yang lemah

*plastik boleh mengelakkan daripada renjatan elektrik kerana tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Jenis aktiviti : Perbincangan

1. Guru membimbing murid menyenaraikan jenis bahan berdasarkan objek yang telah dikelaskan.

2. Murid mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

Soalan1. Apa akan berlaku jika

kita memegang suis dengan tangan yang basah?

2. Mengapa wayar elektrik disalut dengan bahan plastik?

BBM: mentol, bateri, dan suis

Kemahiran Proses Sains: komunikasi

Kemahiran Berfikir: menilai dan membuat kesimpulan

Nilai Murni:Berfikir secara rasional, berhati-hati semasa mengendalikan alatan elektrik

Tahap Kognitif: aplikasi dan penilaian

Penutup

5 minit

Peneguhan Jenis aktiviti : Nyanyian

1. Murid menyanyi Lampiran 3

Page 39: Modul Sains1

lagu . (Adaptasi lagu Satu Dua Tiga Empat oleh Ariswatan)

Refleksi

5 minit

1. Guru menunjukkan 10 objek satu persatu kepada murid untuk dikelaskan kepada yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

2. Murid mengangkat kad warna (merah- tidak, hijau – ya)

BBM : botol plastik, majalah, sudu besi, straw, dawai, kertas, cermin, pembaris keluli, klip rambut besi, dan rod besi.

Lampiran 1

Contoh ramalan murid sebelum eksperimen.

Objek yang boleh mengalirkan arus elektrik dan tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Boleh mengalirkan arus elektrik Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

KunciSyiling satu sen

Klip kertasPaku

Sudu plastikSapu tangan

*Air limau*Lid pensilPemadam

Surat khabar

Lampiran 2

Hasil Dapatan Murid

Contoh 1

Boleh mengalirkan arus elektrik Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

KunciSyiling satu sen

Klip kertasPaku

*Air limau*Lid pensil

Sudu plastikSapu tangan

PemadamSurat khabar

Page 40: Modul Sains1

Lampiran 3:

Lagu (Adaptasi lagu satu dua tiga- Ariswatan)

Kunci, klip kertas dan paku

Objek yang boleh mengalirkan arus elektrik

Pemadam, pembaris kayu,

Tidak boleh mengalirkan arus elektrik

Ingat wahai kawan-kawan

Sifat bahan juga mempengaruhinya

Apa yang dipelajari bahan besi dan keluli

Boleh mengalirkan arus elektrik

Ingat janganlah lupa

Setiap bahan ada cirinya

Pastikan kita mengetahui

Bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik

Page 41: Modul Sains1

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU-GURU SEKOLAH RENDAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERANGKA KURSUS

Program Kursus Memperkasakan Pedagogi Guru Sains Tahap Dua Sekolah-Sekolah Rendah Dalam Bahasa Melayu Tahun 2010

Topik Pengajaran Berasaskan Pendekatan Kontekstual

Kod Kursus

Masa 2 Jam

Personel Penceramah

A. Objektif

Pada akhir sesi peserta dapat ;

1. Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.

3. Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.

4. Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.

B. Kandungan Kursus

1. Pengenalan

2. Ciri-ciri pendekatan Kontekstual

3. Contoh pedagogi pengajaran dan pembelajaran

Page 42: Modul Sains1

4. Bengkel

5. Pembentangan

C. Kaedah

Syarahan, perbincangan, aktiviti hands-on , bengkel dan pembentangan.

D. Bahan Pengajaran

Nota, Persembahan power point,

E. Alatan

LCD, Komputer, papan putih, kertas mahjung dan pen marker

F. Penilaian

1. Interaksi verbal

2. Hasil perbincangan

3. Hasil Bengkel

G. Rumusan/Refleksi

Page 43: Modul Sains1

CONTOH RANCANGAN MENGAJAR 1 :

TAHUN : 4 Bestari

MASA : 60 Minit

TEMA : Menyiasat Alam Kehidupan

BIDANG PEMBELAJARAN : Proses Hidup

OBJEKTIF PEMBELAJARAN: Di akhir pembelajaran murid akan dapat :

1. Berwaspada mengenai tabiat yang menganggu proses hidup

HASIL PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran murid akan dapat :

1. Memberi contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia

2. Menyatakan kesan merokok terhadap paru-paru

Fasa(Masa)

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi(5 minit)

Tabiat buruk manusia

Guru menyediakan beberapa keratan akhbar mengenai tabiat buruk manusia

Guru memilih 3 orang murid untuk membaca berita yang disediakan dan mengarahkan murid membaca berita seperti pembaca berita ditelevisyen.(Skrip berita)

Guru bertanya soalan-soalan berkaitanContoh

Soalan 1:Mengapakah murid itu dibuang sekolah?

Soalan 2:Mengapakah ibu malang itu di kelar lehernya oleh anaknya?

KPS-Memerhati-Berkomunikasi

KBKK-Menjana idea-Membandingkan dan membezakan

Nilai Murni-Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling

BBMTeks berita

Page 44: Modul Sains1

Soalan 3:Mengapakah kereta yang dipandu oleh pemuda tersebut terbabas?

Langkah 1(10 minit)

Contoh tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia

Jenis aktiviti Soal-JawabPeta minda1. 2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah.Guru menyoal murid:

a) Berdasarkan berita-berita yang dibacakan adakah tabiat-tabiat tersebut baik atau buruk.

JawapanYa buruk

b) Bina Peta Minda

Tabiat-tabiat buruk

Minum arak

2. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum arak dan jenis-jenis dadah.

KBKK-mengumpul-mengelas

KPS-berkomunikasi-pemerhatian

Nilai Murni-berfikir secara rasional

BBMSlide gambar-gambardari internet

Langkah 2 Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru

Jenis aktiviti : ‘hands-on’ aktiviti

Langkah-langkah1. Memasukkan kapas kedalam botol air mineral.2. Menutup tutup botol dengan plastisin3. Tebuk lubang pada plastisin dengan menggunakan pensil.4. Masukkan rokok ke dalam lubang yang disediakan.5. Nyalakan rokok tersebut.6. Memicit botol plastik menggambarkan manusia bernafas7.Keluarkan plastisin dan rokok .8. Buat pemerhatian terhadap kapas.

Dapatan1. Guru meminta murid merekodkan dapatan eksperimen.(contoh catatan eksperimen di bawah)

KPS-berkomunikasi

KBKK-mengikut urutan-menganalisis-membanding dan membeza

Nilai Murni-berkerjasama-sistematik

BBM-botol plastik-kapas-rokokGambarajah di ‘powerpoint’

Mengambil dadah

Merokok

Page 45: Modul Sains1

Langkah 3(10 minit)

Menyatakan keburukan kesan merokok kepada paru-paru

Jenis Aktiviti : Gambar

1. Guru menunjukkan gambar menggunakan komputer kesan merokok terhadap paru-paru

2. Guru menyoal murid:(a)Apakah perbezaan antara paru-paru yang ditunjukkan?

Jawapan:Paru-paru elok dan rosak

(b) Apakah kesan daripada tabiat tersebut terhadap manusia?

Jawapan:Kanser paru-paru

KPS-pemerhatian-berkomunikasi-meramal

KBKK-Membanding dan membeza-menjana idea

Nilai Murni-Berfikiran kritikal dan analitis

BBMGambar dari ‘powerpoint’

Langkah 4(10 minit)

Kesimpulan Jenis Aktiviti: Percambahan Fikiran

1. Guru meminta murid membuat kesimpulan daripada eksperimen yang telah dijalankan.

Jawapan :Merokok membahayakan kesihatanMerosakkan gigiBau nafas dan badanMencemarkan udaraMenjejaskan kesihatan orang sekeliling

2. Guru merumuskan dari percambahan fikiran tersebut.

- Mengingatkan murid supaya tidak mendekati rokok

KPS-membuat inferens

KBKK-menjana idea

Nilai Murni-Bertanggungjawab keselamatan diri, rakan dan alam sekeliling

Langkah 5(10 minit)

Refleksi Jenis Aktiviti: Pertandingan melukis karikatur

1. Guru meminta murid melukis kartun “Kempen anti merokok”

BBMKertas lukisanPensil warna

Page 46: Modul Sains1

Catatan eksperimen

Warna kapas sebelum eksperimen Warna kapas selepas eksperimen

a) Apakah organ pernafasan yang diwakili oleh kapas ?

………………………………………………………………………………………

b) Kenapakah kapas itu bertukar warna?

………………………………………………………………………………………

c) Bagaimana eksperimen ini menunjukkan kesan merokok terhadap paru-paru?

………………………………………………………………………………………

Page 47: Modul Sains1

LAMPIRAN

NOTA TAMBAHAN