modul rbt3118 ppg bab 2

69
RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAJUK 2 Bahan Kemasan dan Alat Kelengkapan Sinopsis Tajuk ini mendedahkan tentang bahan kemasan yang digunakan dalam projek kerja kayu merangkumi bahan kemasan seperti lilin, minyak linsid, syelek, cat, lekar, varnish, stain dan timber tone. Beberapa alat kelengkapan lain yang turut dipelajari seperti pelbagai jenis paku, skru, bol dan nat, engsel, tombol penarik, pendakap, kuku, selak, kunci dan penahan pintu hidraulik. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. 2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. 3. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan. Kerangka tajuk 2 modul ini 1 Bahan kemasan Jenis paku Jenis skru Penahan pintu hidraulik

Upload: cheetha-muthu

Post on 22-Nov-2015

80 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

module tentang rbt 3118

TRANSCRIPT

RBT3118 REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAJUK 2Bahan Kemasan dan Alat Kelengkapan

Sinopsis Tajuk ini mendedahkan tentang bahan kemasan yang digunakan dalam projek kerja kayu merangkumi bahan kemasan seperti lilin, minyak linsid, syelek, cat, lekar, varnish, stain dan timber tone. Beberapa alat kelengkapan lain yang turut dipelajari seperti pelbagai jenis paku, skru, bol dan nat, engsel, tombol penarik, pendakap, kuku, selak, kunci dan penahan pintu hidraulik. Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.3. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan. Kerangka tajuk 2 modul ini

Kandungan Isi2.1Konsep dan pengertian

Kemasan kayu boleh ditakrifkan sebagai melakukan langkah-langkah kerja terakhir dalam membina sesuatu projek kerja kayu sebelum dipasarkan. Kaedah kemasan yang betul menentukan kesenian tukang dan kecantikan bendakerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik dan bermutu tinggi bendakerja atau projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan dengan kemasan tertentu tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut. Antara langkah dalam kerja kemasan ialah: Memilih cat atau kemasan yang sesuai

Merawat kecacatan kayu dengan menyapu dan menyumbat dengan tepung penyumbat ( filler power )

Mengosok dan melelaskan permukaan kayu dengan kertas las (sand paper)

Menyapu warna pada permukaan kayu jika perlu atau membancuh cat dan mengecat samada menggunakan berus atau semburan

Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik

Menghilangkan kesan calar atau cacat

Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga

Membuatkan projek atau bendakerja kayu lebih tahan lama

2.2

Bahan kemasanPemilihan jenis kemasan bergantung kepada kesesuaian produk dan penggunaan produk yang akan dihasilkan sama ada di dalam atau di luar rumah. Bahan kemasan boleh didapati dalam pelbagai bentuk antaranya lilin, minyak linsid, syelek atau sampang syelek, cat, lekar, varnis, stain dan timber tone. Tujuan utama kemasan dilakukan adalah : Melindungi permukaan prototaip daripada rosak seperti karat.

Menambah mutu, kualiti nilai estetika dan komersial produk. Menambah kemampuan daya ketahanan kehausan.Jadual 1: Jenis kemasan mengikut bahanJENIS BAHAN

JENIS KEMASAN YANG SESUAI

KayuCat minyak

Syelek

Sampang

Lekar

Lilin

Lekar plastikvinil

KeluliCat minyak

Cat bitumen

lekar

Lepa simen/gypsium

Cat distemper

Cat air / cat emulasi

Cat minyak

Kemasan Lilin Terdapat tiga jenis lilin yang digunakan iaitu lilin keras, sederhana dan lembut.Kemasan yang dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentine dan menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dapat menyerap ke dalam ira kayu. Kemudian permukaan kayu dikilatkan dengan menggunakan kain lembut. Jika warna diperlukan, pewarna dilarutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh dengan lilin atau mengacau serbuk pewarna dalam cecair lilin.

Rajah 1 : Sebahagian kemasan lilin

Minyak linsid Minyak Linseed adalah minyak lemak berwarna amber yang diekstrak dari kotiledon dan kulit bahagian dalam pada tumbuhan flax. Linseed telah lama digunakan sebagai minyak pengering dalam cat dan varnish, selain itu juga digunakan sebagai bahan pembuat beberapa jenis tinta dan minyak penggumpal. Rajah 2 : Tumbuhan flax dan contoh minyak linseed

Syelek

Merupakan kemasan yang lazim digunakan pada kayu.

Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama lac bug yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara.

Resin syelek larut di dalam alkohol methylated spirit. Berfungsi untuk mengilat kayu dinamakan French polishing secara sembur atau sapu dengan berus.

Rajah 3 : Beberapa jenis syelek Rajah 4 : Kaedah membuat kemasan dengan syelek Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan atau dibeli secara bancuh siap.

Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau bekas plastik. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.Sampang (Varnish) Sejenis varnish minyak yang menggunakan resin asli (cogo, manila, kauri) atau resin tiruan (pheonilics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung) dan dicairkan dalam pelarut seperti turpentine tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atau sembur.

Sampang khas digunakan pada kayu. Proses pengeringan mengambil masa selama 12 hingga 24 jam.

Ia mengandungi sifat rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu ia sesuai digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar. Rajah 5 : Beberapa jenis varnishCat minyak

Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed.

Cat minyak menjadi kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan.

Rajah 6 : Beberapa jenis cat minyak

Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan cat diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan.

Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed, plumbum putih dan minyak varnish, pewarna serta pelarut yang sesuai seperti turpentine.

Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur.

Cat air atau cat emulsi.

Mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah dibancuhkan dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan.

Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat dengan getah tiruan dan memerlukan air sebagai agen pencair.

Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi tembok dalam dan tembok luar.

Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan.

Cat ini mudah digunakan sama ada disapu dengan berus, digelek dengan penggelek ataupun disembur.

Cat lapisan (undercoat) tidak diperlukan bagi kerja kemasan yang baru. Rajah 7 : Beberapa jenis cat emulsiLekar (Lacquer) Lekar yang biasa digunakan terdiri daripada jenis resin (nitro-cellulose).

Ia merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering.

Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu atau disembur. Rajah 8 : Beberapa jenis lacquerVenier Kayu

Venier kayu merupakan kepingan kayu nipis yang ditampal pada permukaan kayu.

Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu. Terdapat pelbagai jenis venier kayu di pasaran iaitu:

a. Kayu Cengal

b. Kayu Nyatoh

c. Kayu Balau

d. Kayu Meranti

e. Kayu SepetirPewarna kayu (Timber tone) Ia digunakan untuk menggelapkan dan mengeluarkan susunan urat kayu dan menyamakan kayu yang berlainan warna.

Terdapat tiga jenis tona warna yang ada dipasaran:

a) Pewarna minyak digunakan untuk menggilap lilin dan disapu bagi melarutkan pelumur di dalam turpentin atau petrol.b) Pewarna spirit mesti dibancuh dengan dengan syelek dan spirit bertujuan menyamakan permukaan kayu dan mendapatkan kemasan yang sekata.

c) Pewarna air digunakan terus pada permukaan kayu sebelum menyapu laker (lacquer). Ia boleh disapu dengan menggunakan berus atau kain. Rajah 9 : Beberapa jenis pewarna kayu2.3Jenis paku

Paku biasa (common nail) berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat seperti memaku rangka dinding, membuat kotak dan pembinaan am.

Paku kotak (box nail) serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih kecil.

Paku kemasan (finishing nail) digunakan untuk kerja-kerja kemasan seperti memasang pelapisan dinding, kerja perabot atau kerja yang tidak memerlukan kepala paku kelihatan. Kepalanya berbentuk peluru dan boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan pembenam paku.

Paku panel (casing nail) sejenis paku dawai yang halus, kepalanya berbentuk kon terbalik dan kurang kelihatan bila dipakukan kepada kayu. Saiznya antara 12mm x 20mm hingga 50mm x 16mm sesuai digunakan dalam kerja panel kerana tidak memecahkan kayu.

Paku venir Paku dawai yang halus sama seperti paku panel dan kadang-kadang tanpa kepala. Sesuai digunakan untuk memaku kumai dan bahan-bahan yang nipis.

Paku payung kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam pemasangan bumbung bergelugur zink dan asbestos bagi menghalang kebocoran di tempat yang dipakukan.

Paku berkepala dua mempunyai dua kepala, digunakan dalam pembinaan acuan kayu. Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama terbenam dan kepala kedua timbul untuk memudahkan ia dicabut dengan tukul berkuku.

Paku konkrit diperbuat daripada keluli keras dan boleh dipakukan kepada konkrit untuk memasang kayu, menggantung barang, memasang pendakap dan sebagainya.

Paku bergelugur (berangkai) sejenis paku nipis berbentuk segiempat bujur dan bergelugur yang dibuat daripada keluli. Sesuai digunakan untuk menyambung beberapa keping papan dan untuk menyambung tanggam.

2.4Jenis skru

Skru kepala rata (countersunk) diperbuat daripada keluli lembut bergalvani, tembaga dan loyang bagi mencegah karat, perlu dipasang dengan cermat kerana mudah patah. Digunakan dalam kerja-kerja yang memerlukan kepala skru sama rata dengan permukaan kayu seperti untuk pemasangan meja, kerusi, engsel dan selak.

Skru kepala bulat mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian bawahnya rata. Ia diperbuat daripada keluli, loyang atau tembaga dan digunakan untuk mengikat bahagian-bahagian kayu dan nampak sebagai hiasan kerana kepalanya timbul di atas permukaan kayu.

Skru kepala timbul Cantuman skru kepala rata dan skru kepala bulat. Ia diperbuat daripada bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru kepala bulat. Digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu di mana kekuatan dan kecantikan diutamakan.

Skru kepala segiempat merupakan sejenis skru yang kuat yang diperbuat daripada keluli. Kepala skru berbentuk segiempat dan perlu diketatkan dengan menggunakan sepana. Digunakan untuk kerja-kerja kasar seperti dalam pembinaan jambatan, pemasangan engsel pada pintu pagar, pembinaan koc dan pasakan mesin.

2.5Jenis bol dan nat (bol mesin, bolt pedati, bol gerigis) Bol digunakan bersama nat untuk mengikat dan mengetatkan dua atau lebih komponen terutama pada bahagian enjin. Terdiri daripada pelbagai jenis dengan ditentukan oleh bentuk kepalanya.

Bol yang sering digunakan ialah bol kepala segi empat dan segi enam.

Manakala saiz bol ditentukan oleh panjang dan diameter batangnya. Rajah 10 : Beberapa jenis bol

Nat mempunyai ulir dalam dan digunakan bersama bol atau stad.

Saiz nat ditentukan oleh ukuran diameter lubang berulir dan jenis yang mudah diperolehi seperti nat heksagon, nat kota, nat telinga dan nat segi empat. Nat segi empat digunakan dengan bol dalam kerja pemasangan umum dan nat heksagon digunakan dengan bol atau stad dalam kerja pemasangan umum.

Nat telinga digunakan di tempat yang tidak memerlukan tekanan kuat tanpa menggunakan soket atau sepana. Manakala nat kota digunakan bersama cemat belah untuk menahan nat terkeluar daripada bol. 2.6Engsel

Barang logam yang utama untuk pemasangan pintu rumah, perabot dan tingkap rumah. Terdapat dalam berbagai jenis sesuai dengan penggunaannya.

Engsel muka tumpu - Engsel yang paling biasa digunakan, terdiri daripada dua keping daun dibentukkan menggelilingi sebatang pin. Diperbuat daripada keluli, Loyang atau aluminium. Ia digunakan untuk menggantung daun pintu dan daun tingkap.

Engsel T Terdiri dari daun segiempat dan engsel panjang antara 150mm hingga 450mm dengan sendinya mengelilingi sebatang pin. Daunnya dipasang pada pemidang dan engsel panjang pada daun pintu. Engsel ini sesuai untuk menggantung pintu yang lebar seperti pintu beroti supaya daun pintu dapat ditanggung dengan lebih baik.

Engsel cangkuk dan simpai Terdiri daripada plat segiempat bujur, simpainya sepanjang 50mm hingga 80mm diperbuat daripada keluli yang lebih tebal dan berat daripada engsel T. Ia digunakan pada pintu berat seperti pintu bengkel dan pintu garaj.

Engsel spring Engsel ini membolehkan pintu boleh ditolak dari dalam dan luar. Ia berfungsi sebagai spring kerana boleh terbuka dan tertutup kembali dengan sendiri. Terdiri dari dua daun untuk memasang daun pintu dan ditetapkan pada kerangka pintu atau dinding. Kebiasaannya dipasang pada pintu bar, pintu dalam pejabat sebagai pemisah terbuka sahaja dan tempat laluan utama ke tempat yang terhad.

Engsel perabot terdiri dari beberapa jenis seperti but hinge, surface hinge, butterfly hinge, continuous atau piano hinge, engsel spring dan engsel bulat.

2.7Tombol penarik

Sejenis penarik yang digunakan pada pintu, tingkap dan laci untuk memudahkannya dibuka dan ditutup.

Diperbuat daripada bahan seperti plastik, loyang, tembaga, gangsa, nikalam, besi tuangan, aluminium dan kayu.

Terdapat dalam berbagai bentuk.

Pemasangannya dengan menggunakan skru.

2.8Pendakap

Sejenis bahan yang juga dikenali sebagai sandal topang.

Digunakan untuk menyokong almari atau rak papan yang dipasang pada tembok atau dinding.

Diperbuat daripada keluli, plastik atau gangsa.

Dipasang dengan menggunakan skru.

2.9Kuku Terdapat dalam pelbagai rekabentuk.

Digunakan untuk menutup pintu dan tingkap terutama bagi pintu perabot.

Diperbuat daripada keluli, besi, loyang, gangsa dan plastik.

Jenis-jenisnya ialah seperti kuku bebola, kuku bebola kembar, kuku muka almari dan kuku Perancis.

2.10Selak Alat yang diperbuat daripada kayu atau logam. Terdiri dari selak boleh laras, enkol dan rata. Dipasang pada pintu atau tingkap supaya tertutup dan hanya dapat dibuka dengan menggerakkan selak tersebut.

Dibuka dengan menolak tangkai pemegangnya.

2.11Kunci

Dipasang pada pintu bertujuan agar pintu dapat ditutup dengan selamat dan hanya boleh dibuka dengan anak kunci tertentu.

Terdapat dalam 2 jenis iaitu Kunci Puting Jenis Pemegang dan Kunci Puting Jenis Selinder.

2.12Penahan pintu hidraulik Digunakan untuk membolehkan pintu tertutup sendiri setelah dibuka.

Mekanismanya menggunakan system hidraulik.

Dipasang pada bahagian atas pintu di sebelah yang berengsel.

Latihan

TAJUK 1Amali Meneroka Alat dan Bahan

1.1Sinopsis

Tajuk ini berkaitan penerokaan dan membuat eksperimentasi terhadap pelbagai jenis alat dan bahan serta penerokaan dan membuat eksperimentasi ke atas perisian-perisian komputer yang dapat memberi nilai tambah dalam penghasilan karya seni.1.2Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan

iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan

Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional

2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik

serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang

kegiatan

3.Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk

meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran

dan pembelajaran setiap bidang kegiatan

4.Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui

perisian-perisian dalam proses penghasilan karya

5.Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang

kegiatan

6.Menjalankan sesi apresiasi secara mudah1.3Kerangka

1.4 Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan.

TAJUK 2Meneroka Tajuk dan Isi Kandungan Mengikut Tema

2.1Sinopsis

Tajuk ini berkaitan pengumpulan dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2, membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid, mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid dan meneroka visual mengikut tajuk, tema dan kandungan.

2.2Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan

Iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan

Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional

2. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik

serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang

kegiatan

3. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan

4.Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui

perisian-perisian dalam proses penghasilan karya

5.Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan6. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah2.3Kerangka

Kandungan2.4Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2

TAJUK 2PERANCANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SETIAP BIDANG KEGIATAN MENGIKUT TAHAP 1 DAN 2

SINOPSIS

Tajuk ini meliputi topik tentang perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan mengikut tahap 1 dan 2. Ia merangkumi perbincangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut tajuk-tajuk seperti berikut:

Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan. Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan

Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak

HASIL PEMBELAJARAN:

4. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.

5. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.

6. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan.

7. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perisian-perisian dalam proses penghasilan karya.

8. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan.

9. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah. Kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISI2.1 Pemerhatian, Penerokaan, Pengalaman Langsung dan Apresiasi Setiap Bidang Kegiatan

Apakah yang anda faham tentang aktiviti apresiasi dalam

Pendidikan Seni Visual?Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama dalam aktiviti seni iaitu:(i) pemerhatian(ii) penerokaan(iii) penghasilan (pembuatan)(iv) apresiasi dan perlanjutan

Karya Latif Maulan

Karya di atas menggambar sebuah seterika lama atau antic yang terletak di atas papan penggosok dan dilapik dengan kain batik berwarna merah. Disebelah seterika itu terdapat juga pelita minyak tanah.Terdapat kesan cahaya yang terpancar dari atas.

Kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISI

Latihan 31.Mengumpul maklumat bagi komponen penutup dalam persediaan mengajar. Menganalisis maklumat yang diperolehi.2.Membuat persediaan mengajar berdasarkan salah satu daripada bidang Mengenal Kraf Tradisional

3.Persembahan persediaan mengajar secara berkumpulan

2.5 Contoh Persediaan MengajarContoh Rancangan Pengajaran Harian KBSRMatapelajaran : Pendidikan Seni Visual

Kelas/ Tahap : Tahap 1 ( 3 cemerlang)Tarikh : 6.9.2012

Masa : 60 minit

Bil. Murid : 36 orang

Bidang Kegiatan : Menggambar

Tajuk : Lukisan (hidupan laut)

Hasil Pembelajaran : ( Rujuk HSP Tahun 3 PSV)Aras 1:

I. Menggambar dengan menggunakan bahan dan teknik yang sesuai.

Aras 2:

1 Memilih bahan yang sesuai untuk menghasilkan gambar.

Aras 3:

1. Menghasilkan gambar dengan menggunakan bahan dan teknik yang sesuai dengan kreatif.

2. Membuat penyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.

Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:

1. Menghasilkan lukisan dengan media yang sesuai.

2. Mengaplikasikan asas seni reka dalam penghasilan lukisan.

3. Dapat mewarna karya lukisan dengan kreatif.

4. Menghasilkan karya dengan kemas dan teliti.

5. Dapat membuat penyataan tentang hasil karya sendiri dan rakan.

Pengetahuan sedia ada murid:

1. Murid pernah melihat hidupan air .

2. Murid pernah menghasilkan lukisan.

Nilai Murni : Bekerjasama, tekun dan teliti.

Bahan : Kertas gambar hidupan laut, pensil warna.

Kemahiran Berfikir : Kemahiran belajar dan Kemahiran berfikir Secara Kreatif dan Kritis.

Strategi Pembelajaran : konstruktivisme, kecerdasan pelbagai dan konstektual.

Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Gambar hidupan laut, Lagu ikan, ABM Tentang jalinan, Carta alir proses, gambar contoh-contoh karya.Peringkat Penyampaian

Langkah Pengajaran/

MasaPerkembangan Isi pelajaran Aktiviti P&PStrategi/Gambarajah

/Nilai/ Catatan

Set Induksi

(5 minit)

Lirik lagu

Ikan kekek mak iloi-iloi, Ikan gelama mak ilai-ilai

Nanti adik mak iloi-iloi. Pulang sama mak ialai-ilai

Ada satu si ikan parang Badannya panjang berbelang-belang

Isinya putih banyak tulang Sedap dimakan kalau masak pindang.

Guru menyanyikan lagu ikan dan murid mendengar

Murid mengikut guru menyanyikan lagu ikan.Kecerdasan pelbagai

Perkembangan:

Langkah 1

(10 minit)Gambar hidupan air

Gambar jalinan

Guru menunjukkan gambar hidupan air.Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.Guru bersoal jawab dengan murid tentang hidupan air dan jalinan yang terdapat pada badan hidupan air yang ditunjukkan Guru menerangkan tentang jalinan.

KonstektualBekerjasama, tekun dan teliti.

Langkah 2

(10 minit)

Bahan : Kertas gambar hidupan laut dan pensil warna

Proses Penghasilan

1.Sediakan kertas bercetak bergambar hidupan laut.

2.Warnakan dan buat jalinan pada lukisan.Guru memberitahu murid tentang tajuk dan aktiviti pelajaran iaitu menghasilkan lukisan hidupan laut.Guru menerangkan tentang alat dan bahan untuk menghasilkan lukisan.Guru menunjukkan carta alir cara-cara menghasilkan lukisan.Guru menunjukkan contoh-contoh lukisan yang telah siap.Murid bersoal jawab dengan guru tentang cara-cara membuat lukisan.

Belajar Cara Belajar

Bekerjasama, tekun dan teliti..

Kemuncak:

Langkah 3

(25 minit)

3.Warnakan dan buat jalinan sehingga penuh dan siap.

Guru mengarahkan murid menghasilkan karya lukisan.

Murid mewarna gambar hidupan laut dengan melukis pelbagai jalinan mengikut kreativiti.Konstruktivisme.Kemahiran belajar.Bekerjasama, tekun dan teliti.

Penutup

Penilaian Hasil Pembelajaran :

Apresiasi dan refleksi :

(10 minit)

Soalan

Apakah yang kamu faham tentang lukisan?

Lukisan menggunakan media kering.Apakah aktiviti menggambar yang telah kamu laksanakan?

Mewarna dan menghasilkan jalinan pada permukaan badan hidupan laut.

Guru membuat sesi penilaian dengan memilih beberapa karya murid.Guru memilih 3 orang murid untuk membuat sesi apresiasi.Guru mengajukan beberapa soalan kepada murid.Guru merumuskan isi pembelajaran pada hari tersebut.Kemahiran berfikir Secara Kreatif dan Kritis.

Catatan Refleksi :Contoh Rancangan Pengajaran Harian KSSR

Minggu :

Hari : Tarikh:

Kelas/Masa/MatapelajaranPerkaraImpak/catatan

Tahun : 2 cemerlangBidang : Membentuk dan membuat binaanBahan Bantu Belajar:

Lirik lagu haiwan, gambar haiwan, gambar jenis-jenis boneka, gambar carta alir boneka.

Masa : 9.00- 10.00 pgTema dan tajuk : Boneka (haiwan)Alat dan bahan : Kertas bergambar haiwan, pensil warna, kayu chopstick dan masking tape.

DSV1.1 Persepsi estetik1.2 Aplikasi seni1.3 Ekspresi Kreatif 1.4 Aprisiasi seni

Standard1.1.1 Unsur seni1.2.1 Media

-Media kering1.3.1 Murid mengenal pasti tentang jalinan dan jenisnya.1.4.1 Murid mempamerkan hasil karya

Kandungan :1.1.1 Jalinan1.2.2 Alat

-kaya chopstick1.3.2 Murid menggunakan jalinan untuk menghasilkan boneka haiwan.1.4.2 Murid membuat tentang penyataan hasil kerja sendiri dan rakan.Refleksi

1.1.2 warna1.2.3 Bahan

- Kertas bergambar haiwan, pensil warna, masking tape.

1.1.3

ObjektifDi akhir pengajaran murid dapat :

Pembelajaran :1. Memahami maksud jalinan dan jenis-jenis jalinan.

2. Mewarna dan menghasilkan boneka lidi (haiwan)

3. Menghasilkan boneka lidi haiwan dengan kemas dan teliti.

4. Menghasilkan boneka lidi yang menarik mengikut kreativiti

Aktiviti P&P :1. Guru memaparkan lirik lagu haiwan dan murid menyanyikan lagu bunga indah.

2. Guru menunjukkan gambar haiwan dan bersol jawab dengan murid.

3. menerangkan tentang jalinan dan jenis-jenis jalinan.

4. Guru menunjukkan contoh gambar jenis-jenis boneka.

5. Guru menunjukkan carta alir penghasilan boneka lidi.

6. Murid menghasilkan karya boneka lidi.

7. Murid mempamerkan dan menceritakan tentang karya yang dihasilkan.

EMK :Kreativiti dan keusahawanan.

Penilaian P&P :Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti berdasarkan empat Standart Kandungan.

STANDARD PEMBELAJARANILUSTRI AKTIVITI

Persepsi estetik

(10 minit)

Guru menunjukkan lirik lagu haiwan kepada murid dan murid menyanyikan lagu haiwan.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang lirik haiwan yang ditunjukkan .

(EK 1: Membina jaringan sosial)

Aplikasi seni

(10 minit)

Guru menunjukkan gambar haiwan kepada murid.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang haiwan.

Guru menunjukkan contoh gambar unsur seni jalinan kepada murid.

Guru menerangkan tentang jalinan dan jenis-jenis jalinan.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni jalinan.

Guru menunjukkan contoh jenis-jenis boneka.

Guru menerangkan boneka dan teknik penghasilan boneka pada murid.

Guru menunjukkan carta alir menghasilkan boneka lidi kepada murid-murid.

Guru menunjukkan demonstrasi menghasilkan boneka lidi.

Ekspresi kreatif

(30 minit)

Murid melakukan aktiviti boneka lidi dengan bimbingan guru.

Langkah 1

Menyediakan bahan seperti kertas bergambar haiwan, layu chopstick, masking tape dan juga pensil warna.

Langkah2

Murid mewarna boneka lidi dengan meletakkan pelbagai jalinan dan melekatkan boneka pada lidi menggunakan masking tape.

Langkah 3

Murid ulangi langkah 2 sehingga karya siap dihasilkan. (EK 2- Melaksanakan langkah-langkah yang telah disediakan.

Apresiasi seni visual

(10 minit)

Murid mempamerkan hasil kerja boneka lidi.

Murid membuat sesi aprisiasi tentang hasil kerja sendiri dan rakan-rakan.

LIRIK LAGU HAIWANIbu ayam dikejar musang

Anak ayam cari ibunya

Ibu ayam berlari terus lari dan ditangkap musang.

Anak ayam mencari terus cari ibunya yang hilang

Oh kasihan (2x)

Aduh kasihan

Oh kasihan (2x)

Aduh kasihan

GAMBAR HAIWAN

Definisi jalinan : Kesan pada sesuatu permukaan

JENIS-JENIS BONEKA

Boneka lidi

Boneka sarung tangan

Boneka jari

ALAT DAN BAHAN

Gambar haiwan, kayu chopstick, pensil warna, masking tape.

1.Sediakan alat dan bahan seperti kertas bergambar haiwan, pensil warna, masking tape dan kayu chopstick

2 .Mewarna gambar haiwan sehingga penuh.

3. Lukiskan jalinan pada gambar haiwan.

5. Lekatkan gambar haiwan untuk dijadikan boneka menggunakan masking tape.

Catatan RefleksiTAJUK 3Amali - Menghasilkan Karya Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan

SINOPSIS

Tajuk ini meliputi penjanaan idea menggambar dan membuat corak dan rekaan tahap 1 dan 2. Tumpuan diberikan kepada aspek alatan, bahan dan, teknik, serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang penghasilan karya bidang Menggambar serta Membuat Corak dan Rekaan dengan merujuk kepada sukatan, huraian, buku-buku dan internet serta pengalaman tokoh-tokoh guru. HASIL PEMBELAJARAN:

10. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.

11. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.

12. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan.

13. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perisian-perisian dalam proses penghasilan karya.

14. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan.

15. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah.

Kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISI2.1 Mengaplikasi Pelbagai Alat, Bahan dan Media dalam Menghasilkan Karya

Cuba anda baca keterangan berikut dan cuba fahamkan aplikasi alatan dan bahan yang betul dan tepat?MenggambarAlat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Gurisan Kertas lukisan

Alat jangka lukis / pisau / jarum dan lain-lain yang difikirkan sesuai untuk kerja-kerja mengguris atau mengikis

Krayon atau pastel minyak (pastel jenis kapur tidak sesuai digunakan)

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Lukisan

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Catan

BahanBahantaraPenguatSifat-sifat

Warna posterAirPengilat larut air Bersifat legap dan tebal

Cepat kering

Boleh lutsinar tetapi tidak seperti cat air

Sesuai di permukaan kertas

Warna airAirGam arab Bersifat lutsinar, lembut

Bersifat tebal sekiranya disapu berlapis-lapis

Sesuai di permukaan kertas

Cat akrilikAir/minyakPlastik cecair warna putih Bersifat lutsinar dan legap

Cepat kering

Kesan seperti cat air dan cat minyak

Kalis air dan minyak

Dihasilkan di permukaan kanvas

Cat minyakTurpentineMinyak linsid Bersifat legap dan tebal

Lambat kering

Hanya sesuai untuk permukaan kanvas

Cat temperaAirKuning telur Bersifat lutsinar tetapi tidak seperti cat air

Sesuai di permukaan kanvas dan kertas

Cat gouacheAirGam arab Bersifat lutsinar dan legap

Cepat kering

Sesuai di permukaan kertas

FrescoKapur plasterAir atau air kapur Bancuhan pewarna dan air disapukan ke atas lapisan kapur plaster yang masih lembap

Ia sesuai untuk menghasilkan catan dinding atau mural

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Gosokan

Pelbagai jenis pensil (jenis lembut dan keras), pensel yang berasaskan lilin dan pelbagai jenis pensel warna yang terdapat di pasaran. Pensel dan pensel warna akan memberikan kesan yang halus. Kesan graphite pada mata pensel jenis lembut adalah paling sesuai tetapi cepat rosak.

Kapur dan pastel yang pelbagai warna. Jalinan yang dihasilkan tidak akan kekal lama kerana kapur dan pastel adalah bahan kering dan rapuh. Penyembur pemati warna atau fixatif perlu digunakan untuk melindungi kesan jalinan daripada rosak. Pelbagai jenis warna krayon. Memberikan kesan gosokkan yang tebal dan nyata. Penggunaan krayon digosok secara sisi atau dibaringkan akan menghasilkan kesan jalinan yang lebih baik daripada menggunakan mata krayon.

Arang atau pensil arang. Gosokan yang dihasilkan oleh arang mudah rosak kerana sifatnya yang berhabuk dan rapuh. Fixative atau pemati warna digunakan ke atas permukaan berjalinan untuk mengukuhkan kesan jalinannya daripada mudah rosak.

Kertas surat khabar yang belum bercetak, kertas pengalas rak-rak dapur yang jenis nipis, kertas kartrij, kertas taip dan lain-lain kertas yang bersesuaian. Penggunaan pelbagai jenis kertas yang tidak terlalu tebal adalah penting untuk memperoleh kesan jalinan yang menarik.Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Montaj

Foto sebenar seperti gambar keluarga, alam semulajadi, haiwan, alam benda

Gambar atau ilustrasi dari majalah/surat khabar seperti figura, landskap dan tumbuh-tumbuhan

Gunting, pisau pemotong kertas, pelbagai jenis gam

Warna basah seperti cat tempera, cat air, cat poster, dakwat dan berus lukisan

Gambar atau imej yang telah diimbas dengan menggunakan pengimbas

Bahan-bahan terbuang seperti gambar-gambar lama, cawan dan pinggan kertas, imej kartun dari majalah, poster dan lain-lain bahan yang berkaitan Pelbagai jenis tiket seperti tiket bas, tiket tol, tiket teksi, tiket pawagam dan lain-lain.Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Resis

Bahan yang berasaskan lilin seperti lilin biasa, lilin paraffin, krayon dan pastel Pelbagai jenis kertas seperti kertas lukisan, kertas tebal, kertas kadbod, kertas kad manila Pelbagai jenis tekstil seperti kain putih seperti kain cotton poplin, cotton cambrich, rayon/fuji, cotton lawn kima Jenis-jenis pensel untuk membuat lakaran, kapur tulis, bekas air, pemadam

Jenis-jenis warna seperti cat air, cat poster, tempera,cat emulsi dan lain-lain warna yang bersaskan air Pelbagai jenis dakwat basahAlat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Mozek

Pelbagai jenis kertas seperti kadbod, kertas lukisan, kertas menaip, kertas nota, kertas surat khabar dan kertas binaan (construction paper).

Pelbagai jenis pelekat seperti gam biasa, gam putih, gam kayu dan gam simen.

Bekas untuk menyimpan carikan kertas, kadbod, syiling dan bijirin. Playar, pembaris dan clear spray Bahan semula jadi seperti bunga-bunga kering, pelbagai daun kering dan rumput

Pelbagai jenis biji-bijian atau objek semula jadi. Pewarna makanan

Pensel, pen dan tali

Pelbagai jenis warna, kertas majalah berwarna dan gambar-gambar berwarna.Alat dan Bahan dalam Teknik Cetakan

Kertas lukisan

Kentang, warna air dan kertas, gunting, pisau, berus dan span

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Foto, Animasi, Gambar 3 Dimensi dan Ilusi Visual

Pelbagai jenis kamera DSLR, kamera video dan kamera digital.

Perisian komputer seperti Adobe Photoshop, Publisher, Painter, Corel Draw dan sebagainya.Membuat Corak dan Rekaan

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Percikan dan Renjisan Berus lukisan yang pelbagai jenis,saiz dan bentuk

Berus gigi dan berus sental Pelbagai jenis berus cat dari permukaan lembut ke permukaan keras

Penggelek cetakan yang pelbagai saiz

Pelbagai jenis cat air, cat poster, akrilik, tempera, cat minyak, cat kilat/gloss paint, cat emulsi, cat plaka / mural, dakwat dan sebagainya Kertas yang pelbagai jenis seperti kertas lukisan, kertas taip, kadbod, manila kad, kertas stensil termasuk di atas permukaan papan lapis, dinding dan lain-lain permukaan yang sesuai Warna semburan / Spray Can, pistol semburan, peralatan Air Brush Pisau, pita pelekat, kain buruk, surat khabar, gam dan sebagainya. Pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan kering, corak figura, bentuk-bentuk dari alam benda boleh digunakan untuk menghasilkan gambar dalam aktiviti percikanAlat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Ikat Dan Celup

Pewarna kain untuk dibancuh dengan air. Tali untuk mengikat kain. Alat Jemur kain.

Seterika panas untuk menggosok kain.Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Pualaman. Sediakan bahan dan alatan seperti baldi atau besen, air, sudu, batang berus, ranting, cat minyak, kertas lukisan, terpentin atau minyak gas. straw, cat kilat,.Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Tiupan Straw untuk menyedut warna air dan tiupkan pada permukaan kertas.

kertas katrid.Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Titisan Lilin (Resis)

warna dan kertas. cairan lilin untuk dititiskan ke atas kertas

Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Ikatan dan celup Kain atau tisu

warna batik.

Tali untuk mengikatkan tisu atau kain.Alat dan Bahan dalam Aktiviti Teknik Corak Renjisan dan percikan

Warna air dan kertas warna.

Latihan 1 1.Pelajar menghasilkan sesuatu gambar berdasarkan tajuk yang sama dengan menggunakan lima teknik yang berbeza2.Pelajar menghasilkan corak terancang seperti batu bata, blok, berpusat, turun separa2.2 Bertindakbalas Dengan Visual Melalui Pelbagai Cara Untuk Membuat Apresiasi

Bagaimanakah anda bertindakbalas terhadap penghayatan

karya seni visual?Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:Jenis TahapPenerangan

Menggambarkan (description) Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.

Menganalisa (analysis) Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana

Menghuraikan stail sesuatu karya.

Tafsiran (interpretation) Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur seni, prinsip, struktur corak dan bahan.

Mencari metafora-metafora (ibarat /kiasan) dan analogi-analogi

(persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

Penilaian (evaluation) Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi.

Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (significance) dari segi individu, sosial, keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta kesenian nya.

Contoh penggunaan alatan dan bahan bagi aktiviti cetakan timbul lino / kayu di atas.

Lino atau kayu diukir dengan pisau pengukir untuk mendapatkan gambar. Terdapat berbagai jenis pisau pengukir seperti pisau jenis rata, pisau jenis v, pisau jenis u, dan pisau jenis sendeng.

Dakwat digelek pada kepingan kayu atau lino dengan menggunakan penggelek.

Terdapat berbagai jenis dakwat cetak dipasaran. Untuk mendapatkan hasil karya yang bermutu perlu menggunakan dakwat yang berkualiti.

Cetakan dilakukan ke atas kertas yang sesuai seperti kertas beras.

Kertas yang sesuai tidak terlalu nipis atau kertas jenis tebal.

Spatula digunakan untuk menekan dan meratakan kertas kepada lino atau kayu.

Bagi menjaga kebersihan semasa bekerja kertas akhbar perlu digunakan sebagai lapik.

Turpentin digunakan untuk mencuci peralatan. Boleh juga menggunakan minyak tanah.

Contoh aplikasi apresiasi bagi aktiviti cetakan timbul lino / kayu di atas.

Aspek tema

- Tema Alam semulajadi, alam sekeliling, perkampungan

- Tajuk cetakan Pemandangan di Kampung.

- Imej perkampungan

- Konteks budaya

Aspek nilai

Nilai budaya Melayu.

Mencintai alam sekitar

Perasaan damai dan tenang

Nilai cetakan secara keseluruhan

Aspek Asas Seni Reka / terminologi

Garisan - Garisan tebal, tipis, putus-putus dan lain-lain lagi.

Rupa rupa

Warna ton warna ( hitam dan putih )

jalinan kesan jalinan tampak

ruang penggunaan perspektif dan komposisi

Kepelbagaian - kombinasi pelbagai gagasan, nilai dan persembahan.

Kesatuan menimbulkan tema dan keseragaman.

Kontra ciri-ciri berlawanan.

Imbangan agihan ruang dari segi kedudukan.

Penegasan menarik perhatian pemerhati.

Pergerakan menggunakan garisan dan jalinan.

Latihan 2Senaraikan aras-aras dalam mengesan kemahiran murid terhadap keupayaannya memahami, mentafsir, dan menterjemah karya dari aspek konsep dan prinsip, item-item penilaian yang betul.TAJUK 4Amali - Menghasilkan Karya Membentuk dan Membuat Binaan serta Kraf Tradisional

SINOPSIS

Tajuk ini meliputi penjanaan idea Membentuk dan Membuat Binaan serta Kraf Tradisional tahap 1 dan 2. Tumpuan diberikan kepada aspek alatan, bahan dan, teknik, serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menjelaskan, menghayati, mengaplikasi, melaksanakan dan membuat refleksi tentang penghasilan karya bidang Membentuk dan Membuat Binaan serta Kraf Tradisional dengan merujuk kepada sukatan, huraian, buku-buku dan internet serta pengalaman tokoh-tokoh seni visual serta pandai tukang. HASIL PEMBELAJARAN:

16. Membanding beza pelbagai jenis aktiviti dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional.

17. Menjana idea dengan menggunakan pelbagai alat, bahan, dan teknik serta mengaplikasikannya dalam penghasilan mengikut empat bidang kegiatan.

18. Melaksanakan aktiviti penerokaan dan eksperimen untuk meningkatkan pengamatan dan pertimbangan estetik untuk pengajaran dan pembelajaran setiap bidang kegiatan.

19. Mengaplikasi asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) melalui perisian-perisian dalam proses penghasilan karya.

20. Merancang aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap bidang kegiatan.

21. Menjalankan sesi apresiasi secara mudah.

Kerangka Tajuk-tajuk

KANDUNGAN ISI2.1 Mengaplikasi Pelbagai Alat, Bahan dan Media Dalam Menghasilkan Karya

Adakah sumber pengajaran didapati kurang penting dalam

membantu pengajaran?Membentuk dan Membuat Binaan

Terdapat pelbagai jenis alat dan bahan yang boleh digunakan di dalam bidang membentuk dan membuat binaan berdasarkan jenis-jenis aktiviti seperti yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.Bil.Jenis AktivitiAlat dan Bahan

1.Arca TimbulAlat

Pahat

Penukul

Alat pengukir

Pengikis

Kikir Pari

Kertas Pasir

Bahan

Kepingan kayu

Plaster of Paris

Batu

Kayu

Plastik

Kertas lumat

Papier Macheir

Tanah Liat

2.AsemblajAlat

Playar

Gunting dawai/zink

Ragum

Alat pengimpal

Pemotong besi

Tukul besi

Bahan

Kayu

Logam

Batu

Simen

Bongkah-bongkah

Spare-part kenderaan

Bahan Kutipan

Besi

Roda dan sebagainya

3.MobailAlat

Playar

Gunting dawai/zink

Ragum

Alat pengimpal

Pemotong besi

Tukul besi

Bahan

Besi

Dawai

Kertas

Tali temali

Kepingan Logam

Kad bod.

Aluminium

Fiber glass

4.StabailAlat

Playar pemotong

Gunting Dawai

Gergaji besi/kayu

Bahan pelekat

Pisau pemotong

Gerudi elektrik

Bahan

Simen

kepingan logam

Plastik

Spare-parts kenderaan

Besi

Logam

Papan dan sebagainya

5.ModelAlat

Gam serbaguna

Pisau/Gunting

Warna

Kertas pasir

, Bahan

Mounting board

Polystrin

Kertas warna

Span bunga

Simen harder

6.DioramaAlat

Playar

Gunting dawai/zink

Ragum

Pisau NT

Gunting,

Sesiku L,

Pembaris keluli

Tukul besi

Gerudi elektrikBahan

Aluminium

Cermin/kaca

Kertas tebal

Kepingan tembaga/zink/timah

Dawai

Kepingan plastik/Perspek

Fiber glass

Karangan laut

Tanah liat/plastesin

7.BonekaAlat

Pisau

Tali

Gunting

GamBahan

Kertas warna

Pollistirena

Penutup botol gabus

8.TopengAlat

Gergaji

Pensil

Pahat pelbagai jenis

Pengetuk kayu

Tukul

Kapak

Gerudi pelbagai jenis

Pisau

Berus lukisan pelbagai jenis

Bahan

Kayu

Kulit lembu/kambing/ kerbau

Kertas tebal

Tanah liat

Warna batik

Warna-warna tradisional

Permata untuk hiasan

Benang bulu

Perada

9.Origami Kertas washi

Kertas kerajang

Kertas sepasang

Mengenal Kraf Tradisional

Alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan wau.

Mounting board untuk menghasilkan badan wau.

Kertas warna untuk membuat corak pada wau.

Tali raffia atau benang warna untuk membuat rambu.

Gam untuk menampal corak pada mounting board.

Bahan hiasan manik, benang emas, labuci.

Pen metalik untuk melakar kesan garisan dan jalinan khas Contoh-contoh gambar wau. Ragamhias, ruang, aplikasi warna dan prinsip rekaan yang relevan.

Menghasilkan aplikasi terhadap penemuan bahan baru seperti media campuran seperti buluh digantikan dengan straw board, tali tangsi diganti dengan bahan benang dan penggunaan bahan yang sesuai dan mencabar.Alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis tembikar.

Tanah liat. Tanah liat cair sebagai perekat.

Pisau untuk memotongkan tanah liat mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki.

Alat pengukir atau penerap untuk membuat ragam hias atau menebuk bahagian yang hendak ditebuk.

Mesin putaran Dawai digunakan untuk mengeluarkan produk dari mesin. Acuan tembikar daripada plaster of paris

Kepingan papan untuk pelapik.

Tanur untuk membakar tembikar sehingga betul-betul kering.

Latihan 1 1.Secara individu menghasilkan satu binaan menggunakan bahan seperti kotak, plastersin, botol, tin.

2.Mengumpul maklumat serta gambar kraf tradisional seperti ukiran, anyaman, tembikar, batik, tekat dan sulaman.3.Menghasilkan motif kraf tradisional seperti kraf anyaman, kraf batik, dan kraf tenunan.2.2 Bertindakbalas Dengan Visual Melalui Pelbagai Cara Untuk Membuat Apresiasi

Adakah anda faham tentang tindakbalas bahasa seni visual dalam

sesi apresiasi?Sesuatu produk bidang Membentuk dan Membuat Binaan dikatakan cemerlang semasa membuat apresiasi adalah mempunyai ciri-ciri yang berikut:

Produk menepati tema dan tajuk.

Bahan yang digunakan sesuai dan relevan dengan keadaan semasa dan boleh diperolehi dengan mudah serta kos yang rendah. Produk yang dihasilkan perlu diberi penekanan dari aspek ketahanan dan keselamatan.

Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun dengan baik, membentuk suatu gubahan yang menarik serta dapat memberi penjelasan yang tepat.

Mempunyai daya tarikan semasa dipamerkan kerana mempunyai sifat ketulenan dari segi penghasilan.

Memenuhi prinsip-prinsip rekaan seperti pergerakan, kontra, warna, imbangan dan kesatuan yang menarik.

Aspek-aspek penting dalam apresiasi pengajaran dan pengajaran Mengenal kraf Tradisional.

Kefahaman konsep

Pendedahan kepada pelbagai jenis kraf tradisional dan pengunaannya. Memahami proses penghasilan kraf tradisional.

Memahami peralatan dan kesuaiaian bahan proses penghasilan.

Memahami pelbagai teknik dalam proses penghasilan.

Proses penghasilan

Meningkatkan kemahiran dalam aktiviti membuat kraf tradisional.

Menjelaskan setiap prosidur melalui tunjukcara.

Menyedarkan prosidur yang betul dalam proses menghasilkan karya kraf tradisional.

Nilai estetik

Menyedarkan pelbagai jenis bahan terpakai boleh dijadikan hasil seni yang kreatif.

Menyedarkan pelbagai unsure tampak/visual seperti warna, jalinan, corak yang memberi nilai kepada hasil karya.

Penerapkan nilai dapat dilakukan melalui aktiviti membentuk.

Latihan 21.Mempamerkan semua hasil karya keempat-empat bidang kegiatan dan melaksanakan sesi apresiasi bersama pensyarah.

2.Penggunaan teknik sumbangsaran dalam sesi apresiasi hasil kerja murid,

Meneroka / Membuat eksperimentasi pelbagai jenis alat dan bahan.

Pendakap

Apakah yang anda tahu tentang bahan kemasan dan alat kelengkapan ?

Amali Meneroka Alat dan Bahan

Meneroka / membuat eksperimentasi perisian-perisian.

Meneroka visual mengikut tajuk, tema, kandungan.

Jenis paku

Meneroka tajuk dan isi kandungan mengikut tema alam persekitaran / sosio budaya

Tombol penarik

Bahan kemasan

Penahan pintu hidraulik

Bahan kemasan dan alat kelengkapan

EMBED Unknown

Apakah yang anda faham tentang alat dan bahan?

Membuat penilaian maklumat mengikut pengetahuan sedia ada murid

Mengubahsuai maklumat mengikut minat dan latar belakang murid

Mengumpul dan memproses maklumat sesuai dengan Tahap 1 dan Tahap 2

EMBED Unknown

Meneroka Tajuk dan Isi Kandungan Mengikut Tema

Nyatakan bentuk penerokaan terhadap alat dan bahan yang pernah

anda lakukan dalam menghasilkan karya seni.

Sebelum memulakan pengajaran seni visual apakah yang sering dilakukan oleh guru untuk mendapatkan maklumat mengenai kesesuaian aktiviti yang akan dilakukan?

Jenis skru

Latihan

1.Senaraikan langkah-langkah pemasangan Kunci Puting

Jenis Selinder pada pintu.

2.Nyatakan kebaikan Kunci Putting Jenis Selinder dengan

kunci jenis lain.

Perancangan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran setiap Bidang Kegiatan Mengikut Tahap 1 dan 2

Imaginasi dan ekspresi kanak-kanak

Tema, isi kandungan, alat dan bahan untuk setiap bidang kegiatan

Pemerhatian, penerokaan, pengalaman langsung dan apresiasi setiap bidang kegiatan

EMBED Unknown

Persediaan Mengajar

Refleksi

Komponen Persediaan

Komponen Penutup

Komponen Penyampaian / Perlaksanaan

EMBED Unknown

Menghasilkan karya Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan

Bertindakbalas dengan visual melalui pelbagai cara untuk membuat apresiasi

Mengaplikasi pelbagai alat, bahan dan media dalam menghasilkan karya

EMBED Unknown

EMBED Unknown

EMBED Unknown

EMBED Unknown

Menghasilkan karya Membentuk dan Membuat Binaan serta Kraf Tradisional

Bertindakbalas dengan visual melalui pelbagai cara untuk membuat apresiasi

Mengaplikasi pelbagai alat, bahan dan media dalam menghasilkan karya

EMBED Unknown

EMBED Unknown

EMBED Unknown

EMBED Unknown

Jenis bol dan nat

Kuku

Kunci

Selak

Engsel

17