2 rbt3118 kemasan bahan pengikat alat tanggam

45
Reka Bentuk dan Teknologi Kod Kursus : RBT 3118 Bahan Kemasan, Pengikat, Alat Tangan, Mesin Mudahalih dan Tanggam RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 16 Topik 2 Bahan Kemasan Dan Alat Kelengkapan Bahan Kemasan Pengikat Alat Tangan Kerja Kayu Mesin Mudahalih Tanggam

Upload: zakribashah

Post on 05-Dec-2014

444 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kemasan

TRANSCRIPT

Reka Bentuk dan Teknologi

Kod Kursus : RBT 3118

Bahan Kemasan, Pengikat,

Alat Tangan, Mesin Mudahalih

dan Tanggam

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 16

Topik 2

Bahan Kemasan Dan

Alat Kelengkapan

Bahan Kemasan

Pengikat

Alat Tangan Kerja Kayu

Mesin Mudahalih

Tanggam

Topik 2

Bahan Kemasan Dan

Alat Kelengkapan

Bahan Kemasan

Pengikat

Alat Tangan Kerja Kayu

Mesin Mudahalih

Tanggam

Reka Bentuk dan Teknologi (RBT 3118) 3 ( 2 + 1 )

2. Bahan Kemasan Dan Alat Kelengkapan

2.1. Bahan kemasan

Kemasan

Pemilihan jenis kemasan hendaklah dilakukan dengan cermat supaya mendapat mutu kemasan

yang memuaskan di samping menjimatkan kosnya. Tiap-tiap jenis kemasan mempunyai ciri-ciri

yang tersendiri dan cuma sesuai digunakan untuk jenis-jenis bahan yang tertentu.

Jenis Bahan Jenis Kemasan Yang Sesuai

Cat minyak

Syelek

Sampang

Lekar

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 17

Lilin

Lekar plastik

Cat bitumen

Lepa simen/gipsum Cat distemper

Cat air/cat emulsi

2.2. Kemasan Cat

Dalam proses pembinaan, kemasan cat merupakan kerja penghabisan yang menentukan

kecantikannya. Beberapa jenis kemasan boleh digunakan bergantung kepada bahan-bahan

yang digunakan dan juga mengambil kira kosnya. Kebanyakan bangunan bata dan konkrit,

kemasan dengan cat adalah terdiri daripada:

Cat minyak

Cat air

Cat distemper

Cat kegunaan khas.

Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam perusahan untuk memberi lapisan

perlindungan kepada bahan-bahan kayu, besi, lepa(simen), konkrit, batu bata, dan lain-lain lagi.

Fungsi cat ialah melindungi bahan-bahan perusahan seperti di atas daripada kerosakan-

kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga, pengoksidaan dan

sebagainya. Selain daripada mencantikkan rupanya, cat juga memudahkan proses

pembersihan permukaannya.

Cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat terdiri daripada oksida

besi, amber, kromium, oksida zink dan lain-lain lagi. Cecair cat pula mengandungi bahan-

bahan pengikat (binder) dan pelarut (thinner).

Bahan pengikat berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta

memberi sifat kalisan dan kelicinan. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan

memberi kesenangan kerja semasa mengecat. Pelarut yang kerap didapati ialah turpentin.

Kualiti cat sentiasa dipertingkatkan mengikut perkembangan teknologi dan permintaan

pengguna yang semakin bertambah. Kebanyakan cat kini dikilangkan untuk digunakan terus,

tidak perlu dicampur dengan bahan-bahan lain.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 18

2.2.1.Cat minyak

Cat minyak mengandungi pewarna dan cecair minyak linseed. Cat menjadi kering melalui

proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan. Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah

berus dan alat penyembur.

Dalam proses mengecat, biasanya tiga lapisan dilakukan:

a)Lapisan asas – mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sebagai pewarna.

b)Lapisan alas – mengandungi minyak linseed, plumbum putih dan minyak pengering yang

bermutu.

c)Lapisan kemasan – mengandungi minyak varnish, pewarna dan pelarut yang sesuai seperti

turpentin.

2.2.2.Cat Air Atau Cat Emulsi

Cat ini mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan, dan hendaklah dibancuhkan dengan air

untuk mencairkannya semasa digunakan.

Jenis cat emulsi lateks ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu dicairkan

dengan air apabila hendak digunakan untuk mengecat. Cat emulsi menghasilkan kemasan

yang pudar. Ia sesuai digunakan untuk mengecat permukaan tembok bata dan konkrit bagi

tembok dalam dan tembok luar. Pengeringannya ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini

mudah digunakan sama ada disapu dengan berus. Digelek dengan penggelek ataupun

disembur. Cat lapisan alas tidak diperlukan bagi kerja baru.

2.2.3. Cat Distemper

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 19

Cat ini juga dikenali sebagai cat kapur. Cat ini dihasilkan dengan kapur mati dibancuhkan

dengan air dan sedikit nila supaya kelihatan lebih putih. Jenis ini biasanya digunakan untuk

mengecat papan siling, kadangkala digunakan pada tembok bata dan tembok konkrit.

2.2.4. Cat Kegunaan Khas

Banyak jenis cat dihasilkan untuk kerja-kerja yang tertentu. Antaranya ialah:

a. Cat Aluminium

Cat ini dihasilkan dengan serbuk aluminium dan cecair minyak yang cepat kering.

Cat ini digunakan sebagai cat asas bagi kayu yang bergetah dan juga pada permukaan logam

seperti paip air, kekuda besi dan sebagainya.

b. Cat Bitumen

Cat ini berharga murah dan mengandungi sebahagian besarnya minyak bitumen. Cat bitumen

memberi perlindungan yang berkesan kepada bahan-bahan yang mudah karat seperti besi.

Digunakan pada tempat yang keindahan pemandangannya tidak diutamakan.

c. Cat Kalis Kulat

Bahan-bahan kimia yang boleh mencegah tumbuhan kulat terkandung dalam cat ini.

Kegunaanya sangat berkesan dan ekonomi bagi tempat-tempat yang mengalami

kelembapan.

d. Cat Tahan Api

Cat ini mengandungi ammonium fosfat. Ia digunakan untuk menambahkan sifat rintangan

terhadap kebakaran pada kayu dan jenis papan yang tertentu dalam perusahaan pembinaan.

Cara Mengecat

Langkah-langkah mengecat adalah seperti berikut:

i. Persediaan Permukaan – Ini merupakan langkah yang penting untuk mencapai kejayaan

proses mengecat. Ia bertujuan untuk menentukan permukaan tersebut licin, besih dan kering.

ii.Bancuhan Cat – cat mestilah dikacau dengan betul sebelum boleh digunakan. Untuk cat yang

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 20

telah lama disimpan, lapisan atas yang telah keras perlu dikeluarkan sebelum dikacau bagi

menggelakkan bahagian yang keras tadi tidak bercampur dengan cat.

iii.Melarutkan Cat - cat yang pekat perlu dicairkan dengan sejenis pelarut yang sesuai supaya

mudah disapu atau disembur.

iv.Keadaan yang sesuai untuk mengecat – Cuaca hendaklah panas, kering dan tidak berhabuk.

v. Mengecat lapisan asas – Mengisikan segala ira dan lubang halus supaya membina satu

lapisan yang kuat untuk meneruskan lapisan-lapisan selanjutnya.

vi. Penutup – Lubang paku, retak dan liang-liang pada permukaan kayu hendaklah ditutup

selepas cat lapisan asas kerana lapisan asas mencegah resapan berlebihan daripada bahan-

bahan penutup (putty)

vii.Mengecat lapisan alas – Membina lapisan yang rata dan sama warna dengan lapisan

kemasan.

viii. Mengecat lapisan kemasan atau lapisan penghabisan – Memberi lapisan yang berkilat dan

licin. Cat licin adalah lebih lama tahannya jika digunakan untuk mengecat permukaan luar,

manakala cat pudar lebih sesuai digunakan untuk kemasan tembok dalam kerana kurang

pemantulan cahaya. Kerja mengecat boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu:

- Disapu dengan berus.

- Menggunakan penggelek atau rola

- Dengan menggunakan alat sembur yang dibantu oleh mesin, tekanan udara, tangki

atau bekas sembur dan hos getah.

Mengecat Permukaan Konkrit, Lepa Dan Bata

Permukaan baru konkrit dan lepa bersifat alkali disebabkan kandungan simen atau kapur

di dalam bahan-bahannya. Kehadiran alkali boleh bertindak balas dengan cat dan

menghasilkan kesan yang buruk. Permukaan ini juga basah dan pengeringannya melalui

sejatan mengambil masa yang agak lama. Untuk mencapai kemasan cat yang berkualiti,

keadaan-keadaan yang berikut perlu dititikberatkan.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 21

a.Penyerapan cecair dari kandungan cat oleh lepa yang berliang, terutamanya penyerapan

yang tidak sekata

Keadaan seperti ini dapat diatasi dengan mengecat satu lapisan cat asas dengan

menggunakan cat distemper ataupun cat emulsi dicairkan dengan air.

b.Permukaan yang tidak rata

Permukaan ini hendaklah digosok dan sebarang retak dan tidak rata perlu

ditampalkan dengan lepa.

c.Tumbuhan kulat dan sebagainya

Fenomena ini mungkin disebabkan oleh kelembapan yang berterusan.

Cara mengatasinya ialah mencari dan membaiki punca kelembapannya,

mengadakan pengaliran udara yang mencukupi. Membersihkan permukaan

tembok dengan menggunakan racun kulat, dan tembok tersebut dibiarkan

sehingga kering sebelum dicat semula.

2.5. Syelek

Kemasan bagi pembinaan kayu pula selain cat, bahan-bahan seperti Syelek, Sempang,

Lilin, Lekar plastik dan lekar selulos juga digunakan. Syelek adalah kemasan yang lazim

digunakan pada kayu. Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama ‘lac

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 22

a. Kenalpasti lima jenis bahan kemasan dan nyatakan kegunaannya.

b. Untuk mencapai kualiti hasil kerja mengecat, nyatakan faktor-faktor yang perlu dititikberatkan.

bugs’ yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara. Resin

syelek larut di dalam alkohol – ‘methylated spirit’.

Syelek digunakan untuk kemasan pada permukaan kayu. Cara mengilat kayu dengan

syelek dinamakan ‘French polishing’. Syelek boleh digunakan secara sembur atau sapu

dengan berus. Syelek yang berbentuk serpihan perlu dilarutkan di dalam alkohol sebelum

digunakan ataupun secara bancuh siap. Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di

dalam bekas kaca. Jika disimpan di dalam tin, warna syelek akan menjadi gelap.

2.6. Sampang

Sejenis varnish minyak yang mengandungi resin asli (congo, manila, kauri) atau resin tiruan

(phenolics, alkyds) dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung) dan dicairkan dengan

pelarut seperti turpentin tulen dan spirit supaya mudah digunakan secara sapu atau sembur.

Sampang khas digunakan pada kayu, proses pengeringannya mengambil masa selama 12

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 23

hingga 24 jam. Ia mempunyai sifat rintangan cuaca dan tahan air. oleh sebab itu, sesuai

digunakan pada kayu untuk pembinaan dalam dan luar.

2.7. Kemasan lilin

Ada tiga jenis lilin iaitu, Lilin keras (carnauba dan ceresine), Sederhana (lilin lebah),

Lembut (paraflin). Kemasan lilin dilakukan dengan mencairkan lilin dalam turpentin dan

menyapukannya ke permukaan kayu. lilin yang cair akan masuk ke dalam ira kayu. Dengan

menggunakan kain lembut, permukaan kayu tadi digosokkan sehingga berkilat.

Pewarna boleh dilarutkan di dalam turpentine sebelum dibancuh dengan lilin atau

mengacaukan serbuk pewarna dalam cecair lilin untuk menghasilkan warna yang cantik

mengikut citarasa sendiri. Jauh diri daripada api kerana turpentin yang digunakan sebagai

pelarut dan turpentin sangat mudah membakar.

2.8.Lekar plastik

Lekar mengandungi resin yang terdiri daripada ‘polyurethane’ alkyd, urea dan lain-lain lagi

yang akan mengeras melalui tindak balas kimia dengan bahan pengeras (catalyst). Ada

beberapa jenis lekar plastik berupa lutinar, berwarna pudar dan licin yang boleh digunakan

untuk kemasan dalam dan luar. Lekar ini setelah disapu atau disembur mengering dengan

cepat dan menghasilkan lapisan perlindungan yang tahan lasak.

Lekar yang biasanya digunakan ialah terdiri daripada jenis resin (nitrocellulose). Ia

merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering. Lekar ini dilarut dengan thinner, boleh disapu

ataupun disembur.

2.9. Kemasan Bahan Lutsinar

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 24

a. Terangkan langkah-langkah menyapu syelek yang betul pada permukaan kayu.

Proses kemasan permukaan kayu dengan bahan-bahan lutsinar hendaklah mengikut langkah-

langkah berikut.

a.Persediaan Permukaan

Pembersihan permukaan mesti dilakukan dengan sempurna. Permukaan mestilah bersih,

licin, tiada habuk, bebas dari tanda-tanda minyak, glu dan lilin. Minyak dan lilin boleh

dihilangkah d engan benzin dan spirit. Manakala tanda-tanda kecacatan boleh dibuang dengan

kertas pasir ataupun diketam dan ditutup dengan tepung penyumbat.

b.Rawatan pada permukaan

Rawatan yang berlainan hendaklah dilakukan pada permukaan kayu mengikut jenis kayu

dan jenis kemasan yang dipilih. Pada dasarnya, langkah-langkah rawatan adalah seperti

berikut:

Pelunturan (bleaching) – Sejenis rawatan yang dibuat pada permukaan kayu jika

perlu untuk menghasilkan warna yang sama dan menghilangkan tompok-tompok

bekas glu, karat dan sebagainya. Cecair yang digunakan terdiri daripada dua jenis

yang khas untuk kegunaan pada kayu.

a)Cecair pertama ialah caustic potash atau ammonia (20% dalam air) dan cecair

kedua ialah hydrogen peroksida pekat.

b)Cecair pertama disapukan pada permukaan kayu di ikuti dengan cecair kedua

sebelum kering. Selepas itu dibiarkan kering selama 24 hingga 48 jam,kemudian

digosok dengan kertas pasir gred 00 dan dibasuh dengan methylated spirit.

Pelumuran (staining) – Ini ialah satu cara mewarnakan permukaan kayu untuk

mendapatkan arna yang dikehendaki sebelum kemasan dibuat. Pewarna yang

digunakan hendaklah menyesuaikan dengan jenis kemasan mengikut pelarutnya.

Pelumur yang digunakan terdiri daripada pelumur air, pelumur spirit dan pelumur

minyak.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 25

Penutup – Utuk mengisi ira-ira dan lompang-lompang pada permukaan kayu

dengan dempul supaya menghasilkann permukaan yang rata di samping

mengurangkan resapan bahan kemasan pada kayu.

Mengenaskan permukaan kayu dengan bahan kemasan lutsinar – Kaedah

kemasan berubah mengikut tekstur yang dikehendaki. Bahan-bahan kemasan

lutsinar terdiri draipada syelek, lilin, sempang, lekar selulus dan lekar plastic. Tiap-

tiap jenis bahan ini boleh dikemaskan dengan cara menyapu, menggelek ataupun

menyembur. Secara amnya, kemasan ini dilakukan dengan bebeapa lapisan yang

tipis. Tiap-tiap lapisan mestilah kering dahulu sebelum lapisan selanjutnya boleh

dikemaskan.

Keselamatan

Langkah-langkah keselamatan harus diambil semasa melakukan kerja kemasan kerana

kebanyakan bahan-bahan kemasan bersifat mudah terbakar dan beracun. Perkara-perkara

yang berikut harus diambil perhatian:

a.Bahan-bahan seperti cat, turpentin, spirit, lekar dan lain-lain lagi mestilah disimpan ditempat

yang jauh dari punca api.

b.Apabila bekerja dengan bahan-bahan tersebut, pastikan jauh dari punca api dan dilarang

merokok ketika melakukan kerja kemasan

d.Pengaliran udara yang baik amat penting dalam kawasan tempat kerja kemasan kerana

banyak terdapat wap dari bahan-bahan kemasan yang beracun.

f.Jangan menghidu wap bahan-bahan kemasan.

3.0 Kertas Las

Kertas las atau pelelas digunakan dalam kerja kayu.Ia juga dikenali sebagai kertas pasir

atau kertas kaca. Terdapat dua jenis kertas las yang digunakan iaitu:

a. Jenis kering (biasa)

b. Jenis basah.dan kering,

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 26

Jenis basah dan kering digunakan untuk permukaan cat yang tidak rata tetapi perlu digilap

lagi. Kertas las disediakan dalam beberapa gred dari No. 00 hingga No. 3.

Kegunaannya adalah untuk:

• Menyediakan kayu yang telah diketam untuk disapukan dengan bahan pengemas kayu.

• Membuang kecacatan pada permukaan kayu serta menanggalkan bekas-bekas tanda

perkakas.

Cara Menggunakan Kertas Las :

• Bongkah kayu diperlukan untuk memberi tekanan yang sama rata apabila digosok

bersama-sama kertas las.

• Kerja-kerja menggosok adalah mengikut urat / ira kayu. Selepas menggunakan kertas

las kasar, kemaskan benda kerja dengan gred yang halus pula.

Gred Bagi Kertas Las :

Gred Jenis Kegunaan

00

0

1

Halus Untuk mendapatkan permukaan yang halus

F2

M2

S2

Sederhana Digunakan sebelum gred halus

3

Kasar

Kasar sekali

Memberikan permukaan kasar seperti mengeluarkan

permukaan bercat

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 27

4.0 Tepung Penyumbat

Tepung penyumbat digunakan untuk menutup liang-liang kayu sebelum kerja kemasan

dilakukan. Biasanya kapur paris merupakan penyumbat yang lazim digunakan. Lain-lain

penyumbat tiruan boleh didapati di kedai barang-barang logam, contohnya penyumbat poly. Ia

disediakan dengan membancuhkannya dengan air supaya menjadi adunan.

Adunan itu kemudiannya disumbat ke dalam liang-liang atau urat-urat kayu.

Penyumbat yang berlebihan pula hendaklah ditanggalkan dengan menggosokkannya dengan

kertas las apabila ia kering. Cara menggunakannya dengan betul ialah campur dan bancuh

kapur paris dengan  air sehingga pekat. Sapu bahan tepung penyumbat dengan cara

menggosokkannya merentasi urat kayu dalam gerakan membulat dengan menggunakan alat

yang sesuai. Biarkan lapisan tepung penyumbat menjadi kering kemudian gosokkan dengan

kertas las supaya sama rata dengan permukaan kayu.

5.0 Pelarut

Pelarut ialah sejenis bahan yang meruap dan cepat sejat pada permukaan. Pelarut  digunakan

untuk menipiskan minyak supaya dapat digunakan dengan berus. Antara jenis-jenis pelarut

ialah

Turpentine           : Digunakan untuk pelarut cat dan varnish.

   Spirit  metil       : Digunakan sebagai pelarut untuk syelek.

Penipis (thinner)    : Digunakan sebagai pelarut untuk sampang.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 28

6.0 Jenis Pengikat

6.1. Paku 

Paku biasa digunakan dalam kerja kayu. Ia biasanya diperbuat daripada keluli lembut

yang bersadurkan zink. Ada juga paku yang diperbuat daripada aluminium, tembaga dan

loyang.

Apabila membeli paku, nyatakan

o saiz atau panjangnya

o bentuk kepala

o jenis bahan buatannya

o diameter batang

o kuantiti iaitu beratnya dalam kilogram

Memilih saiz atau panjang paku:

o untuk memaku terus ke permukaan kayu, panjang paku mestilah 2½ kali tebal

kayu pertama.

o untuk memaku ke tepi kayu, panjang paku mestilah 3½ kali tebal kayu pertama.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 29

6.1. Jenis-jenis paku

6.1.1. Paku Kepala Rata

kepalanya besar, rata dan tidak boleh dibenamkan ke bawah permukaan kayu

digunakan untuk kerja am untuk cantuman yang lebih kukuh dan kuat

6.1.2. Paku Panel kepalanya berbentuk kon dan kecil serta boleh dibenamkan ke dalam permukaan kayu

dengan menggunakan penebuk paku

digunakan untuk kerja halus dan kecil

6.1.3. Paku Payung kepalanya berbentuk payung

disadur dengan zink supaya tahan karat

digunakan untuk memasang atap zink

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 30

Cara-cara memaku:

memaku tegak

untuk benda kerja kayu yang nipis

paku dipegang secara tegak apabila mengetuk dengan tukul

memaku serong

memberi cengkaman yang lebih kuat dan kukuh

paku dipegang secara serong sedikit apabila mengetuk dengan tukul

6.2. Skru

Skru digunakan untuk:

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 31

o melekatkan kepingan kayuo menguatkan tanggam

o memasang engsel dan kunci

Skru biasanya diperbuat daripada keluli lembut, tembaga atau loyang. Semasa membeli

skru, butir-butir berikut perlu dinyatakan:

o jenis bahan

o jenis kepala

o diameter

o panjang

6.2.1. Jenis-Jenis Skru

o skru kepala bulat

digunakan untuk melekatkan kayu nipis dan logam nipis pada kayu

kepalanya timbul sebagai hiasan

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 32

Skru Kepala Benam

digunakan untuk mengikat kayu yang lebih tebal, memasang kunci dan engsel pada

pintu

kepalanya terbenam di bawah permukaan kayu

6.2.2. Kebaikan Menggunakan Skru memberi cengkaman yang lebih kuat dan kukuh berbanding paku

skru boleh ditanggalkan dan tidak merosakkan benda kerja

kepala skru boleh digunakan sebagai hiasan

Cara memasang skru: pilih dan gunakan skru yang sesuai panjangnya berdasarkan ketebalan kayu yang

dicantumkan

panjang skru kepala benam seharusnya 2 kali tebal kayu cantuman yang pertama

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 33

gerudi satu lubang kecil yang sama saiz dengan diameter batang skru pada kayu

cantuman

benamkan lubang yang telah digerudi dengan gerudi benam

uji saiz lubang benam denagn skru kepala benam

pasang dan ketatkan skru kepala benam dengan pemutar skru sehingga kepalanya terbenam

 6.3. Glu

Glu digunakan untuk mencantumkan dua kepingan kayu supaya menjadi kukuh dan kekal. Ia

juga digunakan untuk:

o melekatkan kayu papan lapis

o menguatkan tanggam kayu

o melekatkan MDF dan mounting board

Glu boleh didapati dalam dua jenis iaitu:

o glu haiwan

o glu tiruan

Glu tiruan lebih meluas penggunaannya dan terbahagi kepada dua jenis iaitu:

o glu PVA (Polyvinyl Acetate)

o glu sentuh

Kebaikan glu PVA:

o sesuai untuk cantuman kepingan kayu

o amat sesuai untuk menguatkan tanggam kayu

o sesuai untuk kerja pemasangan kecil

o lebih kuat dan kukuh daripada lekatan glu sentuh

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 34

Kebaikan glu sentuh:

o amat sesuai untuk melekatkan bahan-bahan yang berlainan jenis seperti logam

dengan kayu atau plastik dengan kayu

o menjadi keras dan melekat dengan cepat apabila pelarutnya kering

Langkah mengglu dengan glu PVA:

o bersihkan kedua-dua permukaan kayu yang ingin dicantumkan

o sapu sedikit glu PVA pada kedua-dua bahagian kayu dengan berus

o apit dengan ketat bahagian yang dicantumkan dengan apit G

o bersihkan lebihan glu pada cantuman dengan kain basah

o biarkan glu kering pada cantuman sebelum menanggalkan apit G

Langkah mengglu dengan glu sentuh:

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 35

o bersihkan kedua-dua permukaan kepingan logam dan kayu yang ingin

dicantumkan

o sapu sedikit glu sentuh pada kedua-dua bahagian kepingan logam dan kayu

dengan pengikis

o biar glu sentuh kering selama 2 hingga 5 minit sebelum dicantum

o tekan rapat bahagian cantuman untuk memastikan cantuman yang kekal

 

7.0 Alatan Tangan

7.1. Pita Pengukur

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 36

Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak yang lebih panjang dari pembaris keluli.

Pita pengukur biasanya berukuran antara 3 hingga 6 meter.

 

7.2. Pembaris Keluli

Mengukur dan menanda jarak, membuat garisan lurus serta memindahkan ukuran.

Diperbuat daripada keluli yang tidak berkarat dan lazimnya berukuran 300 mm (12")

panjang

 

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 37

7.3. Sesiku L Sesiku L terdapat dalam berbagai saiz yang ditentukan oleh panjang bilahnya.

Bilah dan tonggak dibina bersudut 90°.

Ia berfungsi untuk:

o membuat garisan bersudut tepat (90°)

o menguji kepersegian

o menguji kerataan permukaan kayu

 

7.4. Tolok Penanda

Digunakan untuk:

o membuat garisan selari dengan muka atau tepi kayu

o menanda tebal atau lebar pada beberapa kepingan kayu

Untuk mendapat garisan tanda yang tepat, pastikan:

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 38

o taji sentiasa tajam

o skru tangan diketat dengan betul

o muka tonggak sentiasa bersentuh dengan permukaan kayu apabila

menggunakannya

 

7.5. Tolok Serong Digunakan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90°.

Skru pelaras digunakan untuk melonggar dan mengetatkan bilah tolok serong.

Untuk mendapatkan sudut yang tepat, pastikan muka tonggak atau badan sentiasa

bersentuh rapat dengan permukaan kayu apabila menggunakannya.

 7.6. Gergaji Tangan

Digunakan untuk memotong secara kerat dan belah. Ada dua jenis :

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 39

o mengerat kayu — memotong melintangi urat kayu

o membelah kayu — memotong selari dengan urat kayu

Saiz gergaji di tentukan oleh:

o panjang bilah

o bilangan gigi setiap 25 mm (1 inci)

Panjang bilah adalah antara 55 - 70 mm.

 

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 40

7.7. Gergaji Puting

Digunakan untuk:

o memotong kayu bersaiz kecil

o memotong tanggam kayu

Jalur logam di bahagian atas bilah melurus dan menguatkan bilah gergaji.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 41

Saiznya ditentukan oleh panjang bilah dan dijual dalam ukuran panjang 250 - 300 mm

dengan 12 - 14 gigi setiap 25 mm (1 inci).

 

7.8. Gergaji Lengkung Halus

Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan nipis.

Saiznya ditentukan oleh panjang bilah gergaji.

Mata gergaji dipasang menghala ke hulu atau sebaliknya

7.9. Tukul Warrington

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 42

Digunakan untuk menukul paku kecil dan kerja ketukan ringan.

Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.

 

7.10. Tukul Kuku Kambing

Digunakan untuk menukul dan mencabut paku.

Saiznya ditentukan oleh berat kepalanya.

 

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 43

7.11. Pahat Tepi Serong Digunakan untuk

o kerja menatal tanggam

o membersihkan bucu tanggam

o kerja meraut

Saiznya ditentukan mengikut lebar mata pemotong.

Saiz yang biasa digunakan adalah antara 4 mm hingga 25mm.

Mata pahat dibuat daripada keluli berkarbon tinggi.

Mata pemotong hendaklah diasah pada sudut 25° - 30° supaya sentiasa tajam.

 

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 44

7.12. Kikir Parut

Digunakan untuk:

o merata dan mengikir kayu dengan cepat

o membentuk lengkuk pada tepi kayu

Saiz kikir parut dikelaskan mengikut panjang kikir dan gred giginya.

Ada empat jenis:

o kikir rata

o kikir separuh bulat

o kikir bulat

o kikir tiga segi

 7.13. Gandin Kayu

Digunakan untuk:

o kerja pemasangan projek

o menukul pahat

Saiz gandin ditentukan oleh saiz kepalanya.

Terdapat dua jenis gandin kayu, iaitu:

o gandin kepala segi empat

o gandin kepala bulat

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 45

Kepala gandin biasanya dibuat daripada kayu, getah, plastik atau kulit.

7.14. Mesin Gerudi Mudah Alih Mesin gerudi ini mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk menggerudi lubang yang

berdiameter kecil. Ia mempunyai tiga bahagian utama:

o Suis - menghidup dan mematikan putaran motor

o Motor - memutar bindu

o Bindu - mencengkam dan memutar mata gerudi

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 46

Mesin gerudi mudah alih boleh menggerudi lubang secara menegak atau mendatar.

  

8.0 Tanggam Kayu.

Tanggam adalah salah satu kaedah untuk membuat penyambungan dan pemasangan

bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu sebelum sesuatu bangunan ataupun projek

siap dibina. Tanggam boleh dikategorikan kepada empat jenis iaitu:

· Tanggam melebar

· Tanggam siku

· Tanggam pemidang

· Tanggam memanjang

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 47

Membuat tanggam

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 48

Tanggam dalam kerja kayu digunakan sebagai salah satu kaedah mencantum dua bahagian

kayu. Terdapat empat kategori tanggam dalam kerja kayu iaitu tanggam melebar,tanggam siku,

tanggam pemidang dan tanggam memanjang.

8.1. Tanggam Melebar

Tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah serta tanggam tetingkat adalah

kategori tanggam melebar.

8.2. Tanggam Siku

Manakala tanggam temu, tanggam rencong dan tanggam bajang adalah kategori tanggam siku.

8.3.Tanggam Pemidang

Tanggam lekap, tanggam kekang, tanggam penetap dan tanggam lubang dan puting pula

dikategorikan sebagai tanggam pemidang.

8.4.Tanggam Memanjang

Tanggam skaf, tanggam plat sambut, tanggam sambung jari dan tanggam sambung lekap

adalah kategori tanggam memanjang.

Tanggam penetap dipasang dengan menggunakan kayu yang dipanggil penetap atau “dowel”

yang mempunyai pelbagai saiz dan diameter.

Bahan pencantuman dan pemasangan seperti paku, glu, skru, bolt dan nat digunakan untuk

mengukuhkan lagi tanggam yang dibina.

Peralatan seperti ragum meja kayu, apit G dan apit panjang perlu semasa membuat tanggam

dan mencantum bahagian-bahagian tanggam.

8.5.Tanggam Lekap

Digunakan dalam pembinaan dimana pemidang lintang bertemu pemidang tegak secara

melintang dihujungnya.

Tanggam jenis ini dibuat dengan menarah kedua-dua bahagian keping kayu yang akan

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 49

dilekapkan. Tarahan hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan

permukaannya berkeadaan rata. Tanggam lekap boleh dibuat dalam lima cara, iaitu :

8.5.1. Tanggam lekap siku atau pepenjuru

Digunakan pada sudut pemidang yang kecil

8.5.2. Tanggam lekap penjuru rencong

Digunakan untuk membuat kumai seperti pada kerangka gambar kerana pelitupannya

dapat melindungi hujung ira kayu

8.5.3. Tanggam lekap T

Digunakan dalam pembinaan pemidang pada pemidang lintang yang bertemu dengan

pemidang tegak secara bersilangan jauh dari hujungnya

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 50

8.5.4. Tanggam lekap palang

Digunakan pada dua keping kayu yang bersilang

8.5.5. Tanggam lekap bajang

Kegunaannya sama dengan tanggam lekap T tetapi lebih kuat untuk menahan tarikan

dari sebelah luar. Ia digunakan pada dua keping kayu yang bersilang

8.6. Tanggam temu

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 51

Tanggam Temu dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu diluruskan dan

bertemu secara bersudut tepat. Tanggam temu boleh diglu, dipaku atau diskrukan. Jenis

tanggam ini digunakan pada pembinaan kotak atau peti biasa yang dibuat secara bersudut

tepat.

RBT3118 Rekabentuk dan Teknologi_ Topik 2 52