modul pmd tahun 5

14
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT MALURI KERTAS KERJA PROGRAM MAJU DIRI & ORIENTASI MURID-MURID TAHUN SATU BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2011 ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING Tarikh : 25 – 29 JANUARI 2011 Hari : Isnin - Jumaat Tempat : SKTBM PENDAHULUAN

Upload: vijaen-cool

Post on 28-Jul-2015

128 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul pmd tahun 5

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELINGSEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUKIT MALURI

KERTAS KERJAPROGRAM MAJU DIRI

& ORIENTASI MURID-MURID TAHUN SATU

BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2011

ANJURANUNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tarikh : 25 – 29 JANUARI 2011 Hari : Isnin - JumaatTempat : SKTBM

PENDAHULUANProgram Maju Diri (PMD) sekolah rendah adalah satu pendedahan dan pengalaman baru dalam wadah pendidikan sejajar dengan era masa kini. Program ini boleh dimanfaatkan oleh pihak sekolah umumnya dan pelajar khususnya untuk mencari arah dan hala tuju serta mengembangkan potensi

Page 2: Modul pmd tahun 5

yang ada untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik dan sahsiah. Pendidikan dan kecemerlangan adalah aspek penting yang perlu ditekankan kepada pelajar kerana dengan pendidikan yang sempurna dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelektual dapat melahirkan individu yang boleh berjasa kepada diri, ibubapa, keluarga, dan masyarakat.

RASIONALMatlamat Program Maju Diri (PMD) adalah untuk melahirkan murid sekolah rendah berwatak dan berwibawa, serta lebih berkemahiran yang dapat meningkatkan potensi diri bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.Modul yang dijalankan adalah terdiri daripada modul Potensi Diri, Motivasi, Kemahiran Belajar, Kemahiran Mengurus Diri dan Kerjaya.

Oleh itu, setiap tahun (aras) mempunyai tajuk modul yang berlainan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa tajuk modul yang telah diselaraskan bagi setiap kelas bagi memperkukuhkan semangat yang sedia ada kepada yang lebih baik.

OBJEKTIFSetelah murid-murid berpeluang mengikuti dan menjalani sepenuhnya program ini, murid-murid dapat:

Mengenal potensi diri dan membina wawasan diri Merasa yakin pada diri sendiri Mengenalpasti dan mempraktikkan salah satu kemahiran belajar yang

berkesan. Mengetahui bidang kerjaya yang bakal mereka tempuhi. Mengenal dunia kerjaya sebagai perangsang masa depan.

PERLAKSANAAN Tarikh : 4 hb – 6 hb Januari 2011Hari : Selasa, Rabu dan KhamisMasa : 8.00 pagi – 10.00 pagiTempat : Dewan Terbuka SKTBM

SASARANSemua murid SKTBM.

JAWATANKUASA INDUKPengerusi : En Saadun bin KasimNaib Pengerusi : Pn Rodhiah bt Ibrahim

Page 3: Modul pmd tahun 5

Pn Salbiah bt Othman Pn Cheah Ya Hoo

Penyelaras : Cik Noor Azah bt Abd Aziz

JAWATANKUASA PELAKSANA

JK Tahun 6 : Penyelaras Tahun 6 (Ketua) Guru-guru kelas Tahun 6 Guru mengajar matapelajaran Tahun 6

JK Tahun 5 : Penyelaras Tahun 5 (Ketua) Guru-guru kelas Tahun 5 Guru mengajar matapelajaran Tahun 5

JK Tahun 4 : Penyelaras Tahun 4 (Ketua) Guru-guru kelas Tahun 4 Guru mengajar matapelajaran Tahun 4

JK Tahun 3 : Penyelaras Tahun 3 (Ketua) Guru-guru kelas Tahun 3 Guru mengajar matapelajaran Tahun 3

JK Tahun 2 : Penyelaras Tahun 2 (Ketua) Guru-guru kelas Tahun 2 Guru mengajar matapelajaran Tahun 2

Jurufoto : En Fathil Azeem bin Jamhor

Dokumentasi : Cik Noor Azah bt Abd Aziz

Page 4: Modul pmd tahun 5

Aktiviti Tahun 1

Bidang : Akademik.

Tajuk : Orientasi dan Kepentingan Mata Pelajaran.

Objektif :Pada akhir sesi murid dapat:-1 Memberikan maklumat tentang mata pelajaran yang perlu

dipelajari dalam tahun satu.2 Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 1

Bahan : Lampiran A/1A

Langkah-langkah

: Set induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling memperdengarkan beberapalagu/suara dalam pelbagai bahasa/isyarat yang melambangkan setiap mata pelajaran.Contoh: - Lagu ”Good Morning” – Bahasa Inggeris

- Lagu ”Ten Little Indians” – Matematik ( Lampiran A/1A )

1. Murid menyanyi mengikut lagu yang diperdengarkan secara kelas dan kumpulan.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memperkenalkan setiap mata pelajaran Tahun 1.

3. Soaljawab secara lisan.

Penilaian : Melalui jawapan lisan yang diberi oleh murid.

Rumusan :Pendedahan setiap mata pelajaran dapat membantu mengenalpastimata pelajaran yang akan dipelajari.

Falsafah : Maklumat yang tepat dapat membantu kecemerlangan dalam akademik.

Page 5: Modul pmd tahun 5

LAMPIRAN A/1A

“ Good Morning ”

Good morning, good morning,Good morning to you,Good morning, good morning,And how do you do.

“ Ten Little Indians ”

One little two little three little Indians,Four little five little six little Indians,Seven little eight little nine little Indians,Ten little Indian boys.

One little two little three little Indians,Four little five little six little Indians,Seven little eight little nine little Indians,Ten little Indian girls.

Aktiviti Tahun 2

Bidang : Akademik.

Page 6: Modul pmd tahun 5

Tajuk : Orientasi Mata Pelajaran – Kepentingan Mata Pelajaran

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat:

1 Memberikan maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.

2 Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 2

Bahan Kertas A4

Langkah-langkah

: Set Induksi:

Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoaljawab tentang kepentingan menguasai setiap mata pelajaran.

1. Murid menyenaraikan mata pelajaran yang diketahui.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengadakan perbincangan mengenai kepentingan setiap mata pelajaran.

Penilaian : Melalui catatan maklumat yang dilakukan oleh murid

Rumusan : Pendedahan kepada kepentingan setiap mata pelajaran dapat membantu memperoleh kemahiran asas.

Falsafah : Maklumat yang tepat dapat membantu kecemerlangan dalam akademik

Aktiviti Tahun 3

Bidang : Akademik.

Page 7: Modul pmd tahun 5

Tajuk : Orientasi Mata Pelajaran – Kepentingan Mata Pelajaran.

Objektif : Pada akhir sesi, murid-murid dapat :

1. memberikan maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.`2. meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 3

Bahan : Lampiran A /3A

Langkah-langkah

:Set Induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya mengenai mata pelajaran yang diminati. 1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab tentang kepentingan

menguasai setiap mata pelajaran.

2. Murid menyenaraikan beberapa mata pelajaran teras yang perlu dikuasai untuk persediaan UPSR.

3. Murid mengisi Lampiran A /3A yang diedarkan.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap mata pelajaran teras dan elektif.

Penilaian : Murid dapat melengkapkan lampiran yang diberi.

Rumusan :Murid mengetahui kepentingan setiap mata pelajaran teras.

Falsafah : Maklumat yang tepat dapat membantu kecemerlangan dalam akademik

Aktiviti Tahun 4

Bidang : Akademik

Page 8: Modul pmd tahun 5

Tajuk : Orientasi Mata Pelajaran - Kepentingan Mata Pelajaran

Objektif : Murid dapat:

1. Memberi maklumat tentang kepentingan setiap mata pelajaran dalam Tahap 2.2. Mendedahkan kepentingan setiap mata pelajaran di peringkat sekolah rendah.3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 4

Bahan : Kertas A4

Langkah-langkah

:Set induksi:

Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut beberapa mata pelajaran yang mereka pelajari.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang tentang kepentingan setiap mata pelajaran.

2. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mengikut mata pelajaran menggunakan kertas A4

yang diberikan.

3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap mata pelajaran Tahap 2:

a. Bahasa Malaysiab. Bahasa Inggerisc. Matematikd. Sainse. Pendidikan Agama Islam / Moralf. Kemahiran Hidupg. Kajian Tempatan h. Pendidikan Seni Visuali. Pendidikan Jasmani / Pendidikan Kesihatanj. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Penilaian : Melalui catatan maklumat yang dibuat oleh murid.

Rumusan :

Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran membolehkan murid memperolehi kemahiran asas, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni.

Falsafah : Ilmu Panduan Hidup

Aktiviti Tahun 5

Bidang : Akademik

Page 9: Modul pmd tahun 5

Tajuk : Orientasi Mata Pelajaran - Kepentingan Mata Pelajaran

Objektif : Murid dapat:

1. Memberi maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.

2. Meningkatkan motivasi dan minat belajar kepada setiap murid.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 5

Bahan : Kertas A4

Langkah-langkah

:Set Induksi:Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut beberapa mata pelajaran yang mereka pelajari.

4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyenaraikan beberapa mata pelajaran yang mereka pelajari.

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang tentang kepentingan setiap mata pelajaran.

6. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mata pelajaran yang dipelajari.

7. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap mata pelajaran:

i. Bahasa Melayuii. Bahasa Inggerisiii. Matematikiv. Sainsv. Agama Islam

viii. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan viiii. Kemahiran Hidup x. Kajian Tempatan xi.. Pendidikan Seni dan Visual xii. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Penilaian :Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya satu kepentingan bagi setiap mata pelajaran.

Rumusan :Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran membolehkan murid memperoleh kemahiran asas, ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni.

Falsafah : “Ilmu Pelita Hidup”.

Aktiviti Tahun 6

Page 10: Modul pmd tahun 5

Bidang : Akademik

Tajuk : Orientasi Ke Alam Sekolah Menengah

Objektif : Pada akhir sesi murid dapat :

1. Mengetahui aliran pengajian yang wujud di sekolah menengah.

Masa : 60 minit

Sasaran : Tahun 6

Bahan : Lampiran A 6A & Kertas A4.

Langkah-langkah

: Set Induksi: Guru Bimbingan dan Kaunseling menulis nama sekolah- sekolah berasrama penuh

1. Murid menyebut nama sekolah yang di tulis.

2. Guru Bimbingan dan Kaunseling memaparkan contoh nama-nama sekolah menengah mengikut kategori;

i. Sekolah Berasrama Penuhii. Sekolah Menengah Kebangsaan Agamaiii. Sekolah Sukaniv. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)v. Sekolah Menengah Harian(Kawalan)vi. Sekolah Menengah Harianvi. Sekolah Seni.vii.Sekolah Berasrama Penuh Integrasi

3. Murid menyenaraikan nama sekolah yang berdekatan dengan persekitaran mereka.

4. Murid mengenalpasti syarat kelayakan yang perlu untuk memasuki sekolah pilihannya.

Contoh :Kelayakan ke SBP/SBPI – 5A/ aktif kokurikulum/ Kepimpinan

5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan fokus aliran bagi setiap kategori sekolah menengah yang dinyatakan serta kelebihannya.

Penilaian : Murid mencatat maklumat yang diberi oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling

Rumusan : Pendedahan tentang kepentingan mencapai kecemerlangan bagi setiap mata pelajaran membolehkan pelajar memilih sekolah yang dikehendaki.

Falsafah : Kenali potensi diri untuk merebut pelbagai bidang yang sedia ada mengikut citarasa.

Page 11: Modul pmd tahun 5

PENUTUP

Page 12: Modul pmd tahun 5

Setiap aktiviti bagi setiap kelas dimulakan dengan aktiviti modul Mengenal diri supaya murid-murid dapat mengenal diri dengan lebih baik bukan sahaja dari perspektif diri malah juga dari perspektif orang lain. Modul Sekolahku Sayang juga telah direka khas bagi mengingatkan dan memperkukuhkan murid-murid akan peraturan-peraturan sekolah, sikap sopan santun, berbudi bahasa dan saling hormat menghormati samada sesama guru mahupun rakan-rakan.

Di akhir program ini, murid-murid telah di sediakan dengan modul Ikrar Saya agar murid- murid akan berasa terikat dan mempunyai komitmen yang tinggi dalam memastikan visi dan misi sekolah tercapai secara amnya dan juga matlamat serta impian diri dicapai khususnya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………. …………………………………(NOOR AZAH BT ABD AZIZ) (SAADUN BIN KASIM)Guru Bimbingan & Kaunseling Guru BesarSK Tmn Bukit Maluri SK Tmn Bukit Maluri