5. complete modul rbt thn 5

210
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL PENGAJARAN REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 5 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Upload: 049778305

Post on 19-Aug-2015

186 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: 5. complete modul rbt thn 5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAHUN 5

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(KSSR)

Page 2: 5. complete modul rbt thn 5
Page 3: 5. complete modul rbt thn 5

Terbitan

Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum

MAC 2014

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

(KSSR)

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TAHUN 5

Page 4: 5. complete modul rbt thn 5

Cetakan Pertama 2014

© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian

artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan

cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara

lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian

Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,

Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.

Page 5: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

iii

KANDUNGAN

MODUL PENGAJARAN TEKNIKAL 1

1. 2.0 Asas Teknologi

2.2 Memasang Dan Membuka Kit Model Berfungsi Secara

Elektromekanikal Berpandukan Manual.

2.2.1 Membaca dan memahami manual 3

2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang

diperlukan untuk memasang dan membuka kit model.

2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model

seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan

tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, bateri, pemegang

bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

2.2.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual. 5

2.2.5 Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model.

2.2.6 Menguji kefungsian kit model.

2.2.7 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

2. 4.0 Penghasilan Projek

4.2 Menghasilkan Projek Menggunakan Bahan Logam Dan Bukan

Logam Dengan Litar Elektronik.

4.2.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual. 15

4.2.2 Menyatakan bahan logam seperti aluminium, keluli, zink

dan bahan bukan logam.

4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang

digunakan untuk membina projek iaitu gergaji logam,

gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata,

kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis,

penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

4.2.4 Menyediakan alatan dan bahan. 26

4.2.5 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang

digunakan untuk membuat projek.

4.2.6 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan 44

pencantum.

4.2.7 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu 53

cat licau atau syelek.

Page 6: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

iv

4.2.8 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen 64

elektronik seperti diod pemancar cahaya (LED),

perintang, kapasitor, transistor, buzer dan suis.

4.2.9 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan

manual.

4.2.10 Membuat penyambungan litar elektronik pada projek. 72

4.2.11 Menguji kefungsian projek.

4.2.12 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.

4.2.13 Pengiraan kos bahan. 89

MODUL PENGAJARAN TEKNOLOGI PERTANIAN 93

3. 5.0 Teknologi Pertanian

5.1 Menanam Benih Dalam Bekas.

5.1.1 Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri seperti 95

cukup matang, bernas, berbentuk normal dan tidak

diserang perosak.

5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan, 101

serampang tangan dan penyiram.

5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan

dan penyiram.

5.1.4 Mengenal pasti medium semaian seperti medium campuran,

peat most dan cocoa peat.

5.1.5 Menyediakan medium dan bekas semaian yang sesuai.

5.1.6 Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut

prosedur.

5.1.7 Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan 109

kaedah yang betul.

5.1.8 Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput

dan mengawal makhluk perosak.

5.1.9 Menyediakan medium dan bekas penanaman yang sesuai. 116

5.1.10 Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman mengikut

prosedur.

5.1.11 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman iaitu merumput,

menggembur, membaja, menyiram dan mengawal perosak.

Page 7: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

v

MODUL PENGAJARAN SAINS RUMAH TANGGA 127

4. 6.0 Sains Rumah Tangga

6.2 Menyediakan Sajian

6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan 129

betul.

6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip,

senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat

penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat

pengisar buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur

dan oven elektrik.

6.2.3 Memilih menu sarapan atau minum petang. 141

6.2.4 Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih.

6.2.5 Menyedia, memasak dan menghidang sajian. 164

6.2.6 Membersih alatan dan ruang memasak.

6.2.7 Menyelenggara dan menyimpan alatan.

6.3 Meghias dan Membungkus Makanan

6.3.1 Menyatakan bahan hiasan seperti aising, coklat urai, 177

jem dan kelapa parut kering.

6.3.2 Menyatakan jenis pembungkus makanan seperti bekas

plastik dan kertas pembungkus.

6.3.3 Menyatakan maklumat pada label pembungkus

makanan iaitu jenama, nama makanan, kandungan,

tanda harga, tanda halal, berat dan tarikh luput.

6.3.4 Menghias dan membungkus makanan seperti kek, roti, 188

donut dan biskut.

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNIKAL 193

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNOLOGI PERTANIAN 195

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT SAINS RUMAH TANGGA 196

Page 8: 5. complete modul rbt thn 5
Page 9: 5. complete modul rbt thn 5

vii

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung

cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih

erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;

memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta

masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara

yang akan dapat dinikmati bersama secara adil

dan saksama; menjamin satu cara yang liberal

terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya

dan berbagai-bagai corak; membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan

sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk

mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-

prinsip yang berikut:

• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

• KELUHURAN PERLEMBAGAAN

• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

• KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 10: 5. complete modul rbt thn 5

viii

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan warganegara

Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta

memberikan sumbangan terhadap

keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.

Page 11: 5. complete modul rbt thn 5

0

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian Pembangunan Kurikulum

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

KEMAHIRAN TEKNIKAL

TAHUN 5

Page 12: 5. complete modul rbt thn 5
Page 13: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

3

TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI

MASA 60 minit ( 2 waktu )

STANDARD KANDUNGAN

2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara

elektromekanikal berpandukan manual.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.2.1 Membaca dan memahami manual. 2.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang diperlukan untuk memasang dan membuka kit model. 2.2.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. membaca dan memahami manual. 2. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul. 3. menyatakan nama dan fungsi komponen kit model dengan betul.

RINGKASAN

Murid membaca dan memahami manual dengan bimbingan guru. Nama, fungsi alatan tangan dan komponen yang terdapat dalam kit model didedahkan kepada murid.

KEMAHIRAN

1. Membaca manual kit model. 2. Mengenal pasti nama, fungsi alatan dan komponen kit model.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan : EK 2 - boleh mendapat maklumat daripada sumber. Kreativiti - menghasilkan idea dari pemerhatian. Nilai murni - yakin dan mematuhi peraturan.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Kit model, manual, carta, alatan tangan.

Page 14: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

4

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru mempamerkan kit model yang telah siap dipasang kepada murid. Guru bersoal jawab dengan murid. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pengajaran pada hari ini. Langkah 1 1. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan. 2. Guru membimbing murid membaca dan memahami manual kit model. Langkah 2 1. Guru menerangkan nama, fungsi dan cara penggunaan alatan tangan dengan betul. 2. Guru menerangkan nama dan fungsi komponen kit model seperti roda dan gandar, gegancu dan rantai, takal dan tali sawat, motor, gear, kerangka, suis, pemegang bateri, sel solar, sensor dan alat kawalan jauh.

Langkah 3 1. Murid menamakan alatan tangan dan komponen kit model yang ditunjukkan oleh guru. 2. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh kegunaan komponen yang pernah dilihat pada persekitaran. Penutup Guru membuat rumusan pengajaran dengan memberi bandingan beberapa contoh kit model lain yang terdapat di pasaran.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti lampiran.

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

Murid sudah mempelajari set binaan yang ada kesamaan dengan kit model semasa berada di tahap 1.

REFLEKSI

Page 15: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

5

TAJUK 2.0 ASAS TEKNOLOGI

MASA 60 minit ( 2 Waktu )

STANDARD KANDUNGAN

2.2 Memasang dan membuka kit model berfungsi secara

elektromekanikal berpandukan manual.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.2.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual. 2.2.5 Mengenal pasti sistem elektromekanikal kit model. 2.2.6 Menguji kefungsian kit model. 2.2.7 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid dapat : 1. memasang komponen kit model berpandukan manual dengan betul. 2. mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat pada kit model. 3. menguji kefungsian kit model. 4. mengetahui cara-cara yang betul untuk membuka dan menyimpan kit model.

RINGKASAN

Murid memasang, mengenal pasti sistem pergerakan elektromekanikal, membuka dan menyimpan kit model berpandukan manual dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN

1. Membaca manual kit model. 2. Menggunakan alatan tangan dengan betul. 3. Memasang, membuka dan menyimpan kit model dengan

betul.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan : EK 3 - Merancang sesuatu projek dengan teliti dan melaksanakannya. Kreativiti - Boleh mengumpul maklumat dan memastikan kualiti tugasan. Nilai murni - Berazam tinggi

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Kit model, manual, alatan tangan.

Page 16: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

6

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru menunjukkan kit model dan meminta murid untuk menamakan kit model tersebut. Guru bersoal jawab dengan murid. Langkah 1 1. Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap kumpulan. 2. Murid membaca manual yang telah dibekalkan. Murid melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual dalam kumpulan. Langkah 2 1. Murid mengenal pasti sistem elektromekanikal yang terdapat pada kit model. 2. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuat pembaikan sekiranya tidak berfungsi. Penutup Murid membuka dan menyimpan kit model. Guru memberi penghargaan kepada kumpulan yang berjaya memasang kit model.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Guru menilai kit model yang telah siap dipasang mengikut kumpulan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah melakukan aktiviti memasang kit model pada pembelajaran yang lalu

REFLEKSI

Page 17: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

7

Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : 1. Alatan Tangan

Alatan Tangan Nama Fungsi

Pemutar skru Philip

Untuk mengetatkan dan

melonggarkan skru kepala

Philip.

Pemutar skru rata

Untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kepala belah.

Kunci Allen

Untuk mengetatkan dan melonggarkan skru kepala Allen.

Playar muncung tirus

Untuk memegang komponen yang kecil.

Gandin plastik

Untuk mengetuk bahagian kit model secara perlahan.

Sepana hujung terbuka

Untuk mengetat dan melonggarkan bol dan nat.

Page 18: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

8

2. Sistem Pergerakan Kit Model Kit model yang berbeza mempunyai sistem pergerakan yang berbeza. Sebagai contoh, sistem pergerakan kit model kereta lumba berbeza dengan sistem pergerakan kit model kereta kabel. Murid akan mengenal pasti sistem pergerakan yang terdapat pada kit model. Di antara beberapa sistem pergerakan yang terdapat pada kit model adalah seperti berikut. Motor Kit model biasanya digerakkan oleh motor. Motor yang digunakan pada kit model biasanya menggunakan arus terus daripada bateri. Motor merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. Apabila arus elektrik dibekalkan pada motor, syaf yang terdapat pada motor tersebut akan berputar dan memindahkan kuasa kepada gear atau takal untuk melakukan sesuatu kerja. Gear Gear merupakan satu komponen yang penting bagi sesuatu kit model kerana ia berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian pada kit model. Setiap komponen gear bersentuhan di bahagian gigi antara satu sama lain supaya berlaku permindahan kuasa pada bahagian yang diperlukan. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear pemacu. Apabila motor berfungsi, gear pemacu akan menggerakkan rangkaian gear yang lain yang dikenali sebagai gear dipacu bagi mewujudkan satu sistem pergerakan yang lengkap bagi sebuah kit model.

Syaf

Gear dipacu

Gear Pemacu

Page 19: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

9

Takal dan Tali Sawat Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan tali sawat. Takal dan tali sawat digunakan untuk menghubungkan dan memindahkan tenaga kinetik dari satu syaf ke syaf yang lain. Lazimnya, takal dan tali sawat digunakan pada sistem sebuah kren untuk mengangkat barang dan sistem pergerakan kereta kabel. Sistem takal dan tali sawat juga boleh digunakan untuk menukarkan dan memindahkan kelajuan tinggi kepada kelajuan rendah atau sebaliknya seperti yang terdapat pada sistem pergerakan gerudi meja. Gegancu dan rantai Rantai juga digunakan dalam sistem pergerakan kit model. Rantai menghubungkan gegancu pemacu yang dipasang pada motor dengan gegancu dipacu. Rantai berfungsi memindahkan kuasa dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan.

Tali sawat

Takal

Rantai

Gegancu

Page 20: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

10

3. Pemasangan kit model. Sebelum aktiviti pemasangan kit model dijalankan, murid-murid mestilah merujuk dan memahami terlebih dahulu manual pemasangan yang dibekalkan bagi setiap kit model. Contoh pemasangan kit model. a. Keluarkan komponen kit model robot b. Pasangkan suis dan pemegang bateri.

daripada kotak dan fahami manual pemasangan.

c. Sambungkan wayar antara suis dengan d. Pasangkan bahagian motor arus terus motor arus terus. dan gear pada bahagian hadapan badan model robot.

Page 21: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

11

e. Suis dan pemegang beteri dipasang pada f. Pasangkan bahagian tangan dan kaki bahagian belakang badan model robot. model robot dengan menggunakan skru.

g. Cantumkan bahagian tangan dan kaki h. Kit model robot yang telah siap boleh

kit model robot pada badannya. diuji dengan memasangkan bateri dan menghidupkan suis. Perhatikan pergerakan robot tersebut.

4. Pengujian kit model. Pengujian kit model dilakukan bagi memastikan kit model berfungsi secara normal. Sekiranya kit model tidak berfungsi atau berfungsi secara tidak normal, pembaikan haruslah dilakukan. Setelah pembaikan dibuat, pengujian dilaksanakan semula.

Page 22: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

12

5. Membuka dan menyimpan kit model. Kit model yang telah siap dipasang dan diuji akan dibuka setiap komponen satu persatu. Guru perlu membimbing murid-murid untuk memastikan setiap komponen dibuka dengan cermat dan tidak rosak. Semua komponen disimpan semula ke dalam kotak atau bekas penyimpanan yang disediakan. Pemilihan kit model mengikut kreativiti guru berdasarkan kepada Standard Pembelajaran 2.2.3. Kit model boleh diperolehi dengan menggunakan peruntukan PCG.

Nota guru

Page 23: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

13

Lembaran Kerja. A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

tali sawat

gear

Motor

pemacu

kuasa

1. ___________ berfungsi sebagai penghantar kuasa untuk menggerakan bahagian-bahagian pada kit model robot. 2. Rantai berfungsi memindahkan __________ dari gegancu pemacu ke gandar yang dipasang gegancu dipacu untuk menghasilkan pergerakan apabila motor dihidupkan. 3. Takal biasanya dihubungkan dengan menggunakan _____________. 4. ___________ merupakan sejenis alat elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik. 5. Gear yang dipasang pada syaf motor dikenali sebagai gear ___________ .

Page 24: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

14

B. Labelkan bahagian-bahagian kit model robot di bawah.

Suis

Tangan

Kaki

Motor

Gear

Page 25: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

15

TAJUK 4.0 Penghasilan Projek

MASA 60 minit (2 waktu )

STANDARD KANDUNGAN

4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan

bukan logam dengan litar elektronik

STANDARD PEMBELAJARAN

4.2.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual. 4.2.2 Menyatakan bahan logam seperti aluminium, keluli, zink dan bahan bukan logam. 4.2.3 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk membina projek iaitu gergaji logam, gunting logam, gandin kayu, gandin getah, kikir rata, kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. memahami cara membuat projek berpandukan manual. 2. mengenal pasti pelbagai bahan logam yang akan

digunakan untuk membuat projek 3. menyatakan nama dan fungsi alatan tangan.

RINGKASAN

Guru menerangkan cara membuat projek dengan berpandukan manual. Murid membaca dan memahami manual, kemudian murid dapat menentukan bahan dan alatan tangan yang akan digunakan untuk membina projek.

KEMAHIRAN

1. Memahami manual. 2. Mengenal pasti pelbagai jenis bahan logam 3. Menama dan menyatakan fungsi alatan tangan.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan : EK2 - memilih idea terbaik daripada banyak idea. - meneruskan peningkatan kualiti idea Kreativiti - boleh mengumpul dan boleh membuat penilaian terhadap idea. Nilai murni : mematuhi peraturan.

Page 26: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

16

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

1. Manual 2. Aluminium, zink, keluli 3. Gergaji logam, gunting logam, gandin kayu, gandin getah,

kikir rata, kikir parut, playar gabung, pisau boleh laras, pengikis, penggarit, ragum kakak tua dan ragum meja.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi 1. Guru mempamerkan contoh projek “Papan tanda

elektronik” yang sudah siap. 2. Guru bersoal jawab dengan murid.

a. Apakah kegunaan projek yang dipamerkan? b. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat projek?

3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran pada hari ini. Langkah 1

1. Guru mengedarkan manual projek” Papan tanda elektronik”. (seperti lampiran)

2. Murid membaca dan memahami manual yang diedarkan dengan bimbingan guru.

Langkah 2

1. Guru mempamer dan menerangkan pelbagai jenis bahan

logam yang boleh digunakan untuk membuat projek. 2. Guru menerangkan nama dan fungsi alatan tangan. 3. Guru menunjukkan cara mengguna alatan tangan pada bahan dengan betul. (lampiran)

Langkah 3

1. Murid diminta mengenal pasti bahan logam dan bukan

logam. (lembaran kerja 1) 2. Murid diminta menyesuaikan fungsi alatan tangan dengan

betul. (lembaran kerja 2) Penutup Guru membimbing murid membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid menjawab soalan berdasarkan lembaran kerja 1 dan 2.

Page 27: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

17

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah menghasilkan projek berasaskan bahan bukan

logam pada tahun 4.

REFLEKSI

Page 28: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

18

Penerangan Projek Projek Papan Tanda Elektronik menggabungkan bahan logam dan bahan bukan logam. Projek ini juga menggunakan litar elektronik dan boleh digunakan sebagai pemberi isyarat.

Lukisan berdimensi

Manual Projek Papan Tanda Elektronik

Rantai

LED Papan lapis

Suis mikro

Kayu beroti Aluminium

A

B2

B1

C2 C1

D E

F1

F2

G

300

200

10

Suis togel

Page 29: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

19

Lukisan terlerai Bahagian projek

1 keping papan lapis berukuran 300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)

2 batang kayu beroti berukuran 300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1 dan B2)

2 batang kayu beroti berukuran 200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1 dan C2)

1 keping mounting board berukuran 200m X 100mm X 1mm (Bahagian D)

1 keping zink berukuran 100mm X 90mm X 1mm (Bahagian E)

2 batang aluminium berbentuk U 200mm X 12mm X 12mm (Bahagian F1 dan F2)

1 batang kayu beroti 40mm X 20mm X 10mm (Bahagian G)

Wayar lembar tunggal

1 unit pemegang bateri

2 biji bateri saiz “AA”

1 unit suis togel

1 unit suis mikro

4 biji LED

B2

C2

B1

C1

D

E

F1

F2 G

A

Page 30: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

20

Langkah Kerja 1. Cantumkan bahagian B1, B2, C1 dan C2 di atas papan A mengunakan glu dan paku. 2. Cantumkan bahagian F1 dan F2 di atas bahagian D mengunakan glu. 3. Cantumkan bahagian D pada bahagian A menggunakan glu. 4. Cantumkan bahagian G di atas bahagian E sebagai pemegang menggunakan glu. 5. Masukkan bahagian E di bahagian F1 dan F2 sebagai tetingkap pada papan tanda elektronik.

Bahan Logam Bahan Bukan Logam

Aluminium

Papan lapis

Logam

Kayu beroti

Zink

Medium Density Fibre Board (MDF)

Bahan logam dan bukan logam

Page 31: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

21

Murid-murid telah mempelajari nama dan fungsi alatan tangan di tahun 4. Berikut adalah alatan tangan yang perlu dipelajari semasa di tahun 5.

Bil Nama Alat Fungsi

1

Gergaji Besi

Memotong bahan logam

2 Gunting Logam

Memotong kepingan logam

3

Gandin kayu

Mengetuk permukaan kerja kayu

4

Gandin Getah

Digunakan untuk membentuk, melipat, mengetuk dan meratakan kepingan logam pada sudut tepat, serta membentuk keluli lembut.

5

Kikir Rata

Digunakan untuk meratakan permukaan logam.

Alatan tangan

Page 32: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

22

6

Kikir Parut

Digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu.

7

Playar Gabung

Digunakan untuk memotong, membengkok, membentuk, memegang dan mencengkam bahan logam.

8

Pisau boleh laras

Memotong bahan bukan logam

9

Pengikis

Mengikis permukaan bahan kerja

10

Penggarit

Digunakan untuk menanda garisan pada permukaan kepingan logam

11

Ragum kakak tua

Mencabut paku dan memotong dawai halus

Page 33: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

23

12

Ragum Meja Kerja Logam

Memegang benda kerja logam

13

Ragum Meja Kerja Kayu

Memegang benda kerja kayu

Page 34: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

24

Lembaran Kerja 1 Tuliskan “Logam” atau “ Bukan Logam” pada ruang yang disediakan untuk bahan di bawah.

Page 35: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

25

Lembaran Kerja 2

Suaikan gambar rajah alatan di bawah dengan fungsinya.

BIL Alatan Fungsi

1

Digunakan untuk mengikir dan membentuk hujung kayu.

2

Digunakan untuk membentuk, melipat, mengetuk dan meratakan kepingan logam pada sudut tepat, serta membentuk keluli lembut.

3

Digunakan untuk menanda garisan pada permukaan kepingan logam

4

Digunakan untuk meratakan permukaan logam.

5

Digunakan untuk memotong, membengkok, membentuk, memegang dan mencengkam benda bulat

6

Digunakan memotong kepingan logam

Page 36: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

26

TAJUK 4.0 Penghasilan Projek

MASA 60 minit ( 2 waktu )

STANDARD KANDUNGAN

4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan

bukan logam dengan litar elektronik.

STANDARD PEMBELAJARAN

4.2.4 Menyediakan alatan dan bahan. 4.2.5 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk membuat projek.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. menyediakan alatan dan bahan berpandukan manual. 2. mengukur, menanda dan memotong bahan logam dan bukan logam dengan kaedah yang betul dan ukuran yang tepat.

RINGKASAN

Murid menyediakan alatan dan bahan bagi melakukan aktiviti mengukur, menanda dan memotong bahan logam dan bahan bukan logam dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN

1. Mengenal pasti bahan dan alatan tangan. 2. Mengukur bahan logam dengan menggunakan pembaris keluli. 3. Menanda bahan logam dengan menggunakan penggarit. 4. Memotong bahan logam dengan menggunakan gunting logam.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan: EK2 – boleh merealisasikan idea untuk kesesuaian semasa Kreativiti – boleh menggunakan cara dan teknik mengikut kaedah yang lebih baik. Nilai murni - berdisplin

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

1. Manual 2. Bahan logam dan bahan bukan logam. 3. Alatan tangan. - Gunting logam, gandin getah, kikir rata, playar gabung, penggarit, pembaris keluli

Page 37: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

27

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi

1. Guru bersoal jawab dengan murid. Apakah alatan dan bahan yang telah dipelajari pada pelajaran yang lepas? 2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pelajaran pada hari ini. Langkah 1

1. Guru mengedarkan manual. Murid membaca dan memahami manual. 2. Murid menyenaraikan alatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat projek.

Langkah 2

1. Guru mengarahkan murid mengambil alatan dan bahan yang diperlukan secara teratur. 2. Murid melakukan aktiviti mengukur dan menanda dengan berpandukan manual. 3. Guru membimbing murid melakukan aktiviti mengukur dan menanda dengan cara yang betul.

Langkah 3 Guru membuat penilaian hasil kerja murid dengan memberi penghargaan pada bahan yang telah dipotong. Penutup Guru membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru menilai bahan yang telah dipotong.

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

Murid pernah melakukan aktiviti menanda dan memotong pada

tahun 4

REFLEKSI

Page 38: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

28

Penyediaan Bahan dan Alatan Sebelum mula membuat projek papan tanda elektronik, bahan dan alatan perlu disediakan terlebih dahulu. Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan bagi membuat projek tersebut.

Bil Bahan Keterangan

1

1 keping papan lapis berukuran 300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)

2

2 batang kayu beroti berukuran 300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1 dan B2)

3

2 batang kayu beroti berukuran 200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1 dan C2)

4

1 keping zink berukuran 200m X 100mm X 1mm (Bahagian D)

Page 39: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

29

Bil Bahan Keterangan

5

1 keping mounting board berukuran 100m X 90mm X 2mm (Bahagian E)

6

2 batang aluminium berbentuk “U” berukuran 100mm x 12mm x 12mm. (Bahagian F1 dan F2)

7

1 batang kayu beroti berukuran 40mm x 20mm x 10mm (Bahagian G)

8

Cat licau dengan warna yang bersesuaian.

Page 40: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

30

Bil Bahan Keterangan

9

Syelek

10

Kertas las

11

Bateri saiz “AA”

12

Glu sentuh

Page 41: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

31

Bil Bahan Keterangan

13

Diod pemancar cahaya ( LED )

14

Pemegang bateri

15

Suis togel

16

Paku

Page 42: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

32

Bil Bahan Keterangan

17

Wayar lembar tunggal

18

Bongkah penyambung

19

Suis mikro

Page 43: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

33

Maklumat Tambahan Guru. Projek papan tanda berlampu ini menggunakan bahan logam. Berikut adalah contoh bahan logam yang boleh didapati di pasaran. Guru boleh memilih salah satu daripada contoh bahan logam dibawah untuk membuat projek.

Bil Bahan Gambar

1

Aluminium

2

Logam

3

Zink

Page 44: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

34

Berikut pula adalah senarai alatan yang diperlukan bagi membuat projek tersebut.

Bil Nama Alatan Gambar

1

Playar gabung

2

Tukul kuku kambing

3

Tukul warrington

4

Sesiku L

5

Gandin getah

Page 45: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

35

Bil Nama Alatan Gambar

6 Gandin kayu

7 Gergaji logam

8 Pisau boleh laras

9 Gergaji puting

10

Kikir parut

Page 46: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

36

Bil Nama Alatan Gambar

11 Kikir rata

12 Penebuk pusat

13 Pembaris keluli

14 Ragum kakak tua

15

Penggarit

Page 47: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

37

Bil Nama Alatan Gambar

16 Gunting besi

17 Gerimit

18 Pelucut wayar

19 Pena ujian

20

Pemutar skru Phillips

Page 48: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

38

Bil Nama Alatan Gambar

21 Playar muncung tirus

22 Pengikis

Page 49: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

39

Lembaran kerja Nyatakan fungsi bagi alatan tangan di bawah.

Alat tangan Fungsi

Kikir parut

………………………………..…………… ………………………………….………… ……………………………….……………

Gandin getah

…………………………………….……… ………………………………………….… ………………………………….…………

Penggarit

………………………………..…………… ………………………………….………… ……………………………….……………

Kikir rata

………………………………..…………… ………………………………….………… ……………………………….……………

Playar gabung

………………………………..…………… ………………………………….………… ……………………………….……………

Gunting logam

………………………………..…………… ………………………………….………… ……………………………….……………

Page 50: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

40

Mengukur, Menanda dan Memotong Setelah bahan dan alatan disediakan, langkah pertama untuk memulakan projek ini adalah dengan membuat kerja mengukur, menanda dan memotong. Berikut adalah langkah bagi kerja mengukur dan menanda. 1. Ukur dan tanda papan lapis yang mempunyai ketebalan 3mm. Saiz papan lapis

300mm x 300mm.

2. Ukur dan tanda kayu beroti. Gunakan pembaris keluli dan sesiku L bagi mendapat ukuran yang tepat. Ukuran kayu beroti adalah seperti berikut : a. Dua batang kayu beroti bersaiz 20mm x 10mm dipotong sepanjang 300mm dan dilabel

dengan label B1 dan B2.

b. Dua batang kayu beroti bersaiz 20mm x 10mm dipotong sepanjang 200mm dan dilabel dengan C1 dan C2.

Cara membuat ukuran menggunakan

pembaris keluli. Cara membuat penandaan

Cara mengukur dan menanda papan lapis

Page 51: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

41

Cara membuat penandaan sudut menggunakan sesiku L

3. Ukur dan tanda kepingan zink dan aluminium berbentuk U dengan menggunakan pembaris, sesiku L dan penggarit. Saiz kepingan besi adalah 200m X 100mm manakala saiz aluminium berbentuk “U” adalah 100mm x 12mm x 12mm.

Cara membuat penandaan pada aluminium berbentuk U

Cara membuat pengukuran dan penandaan pada kepingan zink

Page 52: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

42

Langkah kerja memotong bahan projek

1. Potong papan lapis menggunakan gergaji tangan.

2. Potong kayu beroti dengan menggunakan “mitre saw”.

3. Potong kepingan zink dengan menggunakan gunting logam.

Cara memotong kepingan zink

Kayu beroti dipotong mengikut sudut yang telah dilaras.

“Mitre saw” dilaraskan ke sudut 45°

Page 53: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

43

Cara membuat potongan pada aluminium berbentuk U 4. Kemaskan bahagian yang sudah dipotong menggunakan kikir rata.

Cara menggunakan kikir rata bagi melicinkan permukaan logam yang dipotong

Kikir rata digunakan bagi membuang bahagian logam yang bergerigis bagi menjadikan bahan kerja kemas dan selamat

Page 54: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

44

TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK

MASA 60 minit ( 2 waktu )

STANDARD KANDUNGAN

4.2. Menghasilkan projek bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik.

STANDARD PEMBELAJARAN

4.2.6 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan

pencantum

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. memasang komponen projek yang telah dipotong. 2. mengguna pengikat dan pencantum pada bahan dengan betul.

RINGKASAN

Kerja memasang bahan yang telah dipotong dengan menggunakan pengikat dan pencantum yang betul.

KEMAHIRAN

1. Menggunakan pengikat dan pencantum dengan betul. 2. Memasang bahan logam dengan kemas.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan: EK5 – Prinsip tanggung jawab sosial untuk menjaga kebersihan bengkel. Kreativiti – Penyelesaian masalah. Nilai murni - Mengamalkan budaya bersih.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Alatan tangan dan bahan berkaitan Manual pemasangan

Page 55: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

45

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set induksi Guru menunjukkan contoh projek yang cantik dan kemas buatannya sambil bersoaljawab berpandukan projek tersebut Langkah 1 Guru menunjukkan jenis-jenis bahan pengikat dan pencantum yang akan digunakan dalam projek “PAPAN TANDA ELEKTRONIK”. Langkah 2 Guru menunjuk cara penggunaan pengikat dan pencantum pada bahan projek dengan cara yang betul.

a. Menyapu glu sentuh b. Memaku

Langkah 3 Murid memasang bahan projek berpandukan manual. Langkah 4 Penyelenggaraan bengkel: Murid membersih bengkel, membersih alatan dan menyimpan bahan projek. Penutup Guru membimbing pelajar merumus isi-isi penting berkaitan 1. jenis-jenis pengikat dan pencantum. 2. Langkah-langkah mengikat dan mencantum

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru menyediakan lembaran kerja pada murid.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid telah belajar memasang projek eksperimental pada pembelajaran dan pengajaran Tahun 4

REFLEKSI

Page 56: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

46

Lukisan Terlerai Bahagian projek

1 keping papan lapis berukuran 300mm X 200mm X 3mm (Bahagian A)

2 batang kayu beroti berukuran 300mm X 20mm X 10mm (Bahagian B1 dan B2)

2 batang kayu beroti berukuran 200mm X 20mm X 10mm (Bahagian C1 dan C2)

1 keping mounting board berukuran 200m X 100mm X 1mm (Bahagian D)

1 keping zink berukuran 100mm X 90mm X 1mm (Bahagian E)

2 batang aluminium berbentuk U 200mm X 12mm X 12mm (Bahagian F1 dan F2)

1 batang kayu beroti 40mm X 20mm X 10mm (Bahagian G)

Wayar lembar tunggal

1 unit pemegang bateri

2 biji bateri

1 unit suis togel

1 unit suis mikro

4 unit LED Langkah Kerja 1. Cantumkan bahagian B1, B2, C1 dan C2 di atas papan A mengunakan glu dan paku. 2. Cantumkan bahagian F1 dan F2 di atas bahagian D mengunakan glu. 3. Cantumkan bahagian D pada bahagian A menggunakan glu. 4. Cantumkan bahagian G di atas bahagian E sebagai pemegang menggunakan glu. 5. Masukkan bahagian E di bahagian F1 dan F2 sebagai tetingkap pada papan tanda

elektronik.

B2

C2

B1

C1

D

E

F1

F2 G

A

Page 57: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

47

Langkah Pemasangan projek 1. Susun kayu beroti yang telah dipotong pada papan lapis.

2. Sapukan glu pada kayu beroti dan papan lapis. Biarkan kering.

Page 58: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

48

Cara menguji kekeringan glu:

Uji dengan menggunakan kertas bagi memastikan glu sudah kering ( rujuk gambar )

Elakkan terhidu glu kerana boleh menjejaskan kesihatan

3. Lekatkan kayu beroti pada papan lapis. Kemaskan dengan menggunakan gandin getah.

Kemudian kukuhkan dengan paku panel menggunakan tukul warrington atau tukul kuku kambing bersaiz kecil.

a b

c d

Page 59: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

49

4. Gosok bahagian yang telah di pasang dengan menggunakan kertas las bagi mendapatkan permukaan yang licin.

5. Sapu glu sentuh pada papan lapis, logam aluminium ( bentuk U) dan mounting board

kemudian lekatkan pada papan yang sudah siap ditanda.

a b

c d

Page 60: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

50

6. Masukkan mounting board yang siap diglu ke alur aluminium. Pastikan glu tidak bersentuhan. Lakukan dengan cermat.

7. Lipat tepi tetingkap iaitu logam zink menggunakan ragum meja dan gandin.

8. Pasangkan tetingkap pada gelongsor aluminium.

Page 61: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

51

9. Pasangkan tangkai pemegang ke bahagian atas tetingkap gelongsor.

10. Uji kefungsian projek, kemudian buat kemasan.

Page 62: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

52

LEMBARAN KERJA NAMA MURID :_____________________________________________________________ TAHUN : 5 . NAMA PROJEK :__________________________________ JAWAB SOALAN BERIKUT. Padankan gambarajah di bawah mengikut kegunaan yang betul.

Page 63: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

53

TAJUK 4.0 PENGHASILAN PROJEK

MASA 60 minit ( 2 waktu)

STANDARD

KANDUNGAN

4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan

bukan logam dengan litar elektronik

STANDARD

PEMBELAJARAN

4.2.7 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat

licau atau syelek.

OBJEKTIF

PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. Membuat kemasan projek menggunakan cat licau atau

syelek dengan cara yang betul

RINGKASAN

Murid boleh membuat kerja kemasan menggunakan cat licau

atau syelek.

KEMAHIRAN

1. Mengecat cat licau dengan menggunakan berus cat.

2. Menyapu syelek dengan menggunakan berus syelek.

ELEMEN MERENTAS

KURIKULUM

Keusahawanan :

EK 5 – prinsip keadilan mengikut giliran.

Kreativiti – membuat perbandingan kualiti bahan.

Nilai murni – kekemasan dalam tugasan yang diberikan.

BAHAN BANTU

MENGAJAR

1. Cat licau

2. Syelek

3. Berus cat

4. Berus syelek.

5. Pelarut.

6. Kertas las

Page 64: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

54

AKTIVITI PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi

1. Guru menunjukkan 2 contoh projek yang telah siap.

Projek yang siap dibuat kemasan.

Projek yang belum di buat kemasan.

2. Guru meminta murid menerangkan perbezaan projek

tersebut. Guru mengaitkan jawapan murid dengan

pengajaran hari ini.

Langkah 1

1. Guru menerangkan kepada murid mengenai kertas las

dan cara penggunaannya.

2. Guru membimbing murid menggunakan kertas las untuk

melicinkan permukaan kayu.

3. Murid membersihkan permukaan kayu dari habuk dan

kotoran.

Langkah 2

1. Guru menunjukkan cat licau dan syelek serta cara

menggunakannya dengan betul.

2. Murid melakukan kemasan menggunakan cat licau atau

syelek pada permukaan projek.

3. Murid membiarkan cat licau atau syelek yang digunakan

di permukaan projek kering sepenuhnya.

Penutup

1. Guru membuat rumusan pada hasil kerja murid dengan

memberi penghargaan kepada hasil kerja murid.

Penyelengaraan bengkel –

murid membersihkan bengkel, menyimpan dan

menyenggara alatan serta bahan projek.

PENILAIAN

PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

Guru menyediakan lembaran kerja pada murid

(lihat lampiran B)

PENGETAHUAN SEDIA

ADA

Murid pernah melihat aktiviti mengecat dijalankan

REFLEKSI

Page 65: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

55

Langkah kerja menyapu syelek

1. Sediakan syelek, berus syelek dan bekas yang sesuai

2. Proses syelek dimulakan dengan melakukan sapuan nipis di permukaan kayu.

Berus syelek digerakkan mengikut ira kayu.

Page 66: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

56

3. Sapuan syelek keseluruhan ruang luar dan dalam.

4. Biarkan syelek kering.

Page 67: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

57

5. Setelah permukaan kering, gosok permukaan dengan kertas las halus bagi membuang

ira kayu yang timbul selepas sapuan syelek yang pertama. Gosok semula dengan kertas

las dan dilakukan secara perlahan.

6. Sapuan syelek kedua dilakukan secara nipis dan dibiarkan kering. Setelah kering

sapuan terakhir dilakukan. Pastikan permukaan betul-betul kering sebelum melakukan

sapuan terakhir.

.

Page 68: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

58

7. Setelah selesai kerja-kerja kemasan, berus syelek hendaklah dibersihkan menggunakan

pelarut. Kemudian berus dikeringkan dengan menggunakan kain.

Langkah kerja mengecat menggunakan cat licau

1. Sediakan cat alas untuk disapu pada permukaan. Cat alas untuk kayu biasanya berwarna

putih. Kacau cat licau sehingga larutan sebati. Jika cat terlalu pekat, campurkan turpentin

bagi mencairkannya.

INFO:- Lekar : Thinner Syelek : Spirit Metil Cat Licau : Turpentin

Page 69: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

59

2. Pastikan permukaan yang hendak dicat itu bebas dari kotoran dan habuk

3. Mulakan proses mengecat cat licau pada bahagian permukaan luar. Gerakkan berus cat

secara terkawal dengan gerakan sederhana mengikut ira kayu.

Page 70: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

60

4. Biarkan cat alas itu kering sepenuhnya

5. Setelah cat alas kering, gosok permukaan dengan kertas las halus bagi membuang ira kayu

yang timbul selepas disapu cat alas. Gosokkan dilakukan secara perlahan.

Page 71: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

61

6. Sapukan cat licau yang telah dipilih

7. Setelah selesai kerja-kerja mengecat, berus cat hendaklah dibersihkan menggunakan

pelarut. Kemudian berus dikeringkan dengan menggunakan kain bagi mengelakkan berus

menjadi keras dan rosak dan seterusnya disimpan di tempat yang sesuai.

Page 72: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

62

Lampiran

Ujian Kendiri / Penilaian :

NAMA MURID : ____________________________________TAHUN :_____________

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul

1. Syelek yang pekat boleh dicairkan dengan mencampurkan…..

A. Air

B. Minyak tanah

C. Sabun

D. Spirit Metil

2. Antara berikut yang manakah tujuan kemasan dilakukan ?

I Mencantikkan projek

II Menjadikan projek tahan lebih lama

III Menghilangkan kesan kecacatan kayu

IV Menambahkan saiz projek

A. I, II, dan III B. I, III, dan IV

C. I, II dan IV D. II, III dan IV

3. Kemasan untuk bahan logam ialah ________.

A. cat licau

B. syelek

C. tona kayu

D. varnish

Page 73: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

63

4. Cat licau yang terlalu pekat boleh dicairkan dengan menggunakan ________________.

A. turpentin

B. thinner

C. spirit metil

D. air

5. Kesan calar pada permukaan kayu dapat dihilangkan dengan menggunakan ________.

A. kertas las

B. pengikis

C. tepung penyumbat

D. cat licau 6. Apakah bahan yang digunakan untuk melicinkan permukaan kayu?

A. Kertas minyak B. kertas las C. kertas mahjong. D. Kertas kaca

7. Pilih bahan yang digunakan dalam membuat kerja kemasan projek:

I Kertas las II Syelek III paku IV cat A. I,II dan III C. I,II dan IV B. II,III dan IV D. I,II,III dan IV

Page 74: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

64

TAJUK 4.0 Penghasilan Projek

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN

4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan

bukan logam dengan litar elektronik

STANDARD PEMBELAJARAN

4.2.8 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektronik seperti diod pemancar cahaya (LED), perintang, kapasitor, transistor, buzer dan suis. 4.2.9 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan manual.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:

1. menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektronik.

2. membaca litar skematik dan litar bergambar serta mengenal pasti setiap komponen elektronik

yang terdapat dalam litar.

RINGKASAN

Murid dapat mengenal pasti komponen elektronik serta boleh membaca litar skematik dan litar bergambar

KEMAHIRAN

1. Mengenal pasti komponen elektronik 2. Membaca litar skematik dan litar bergambar

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan: EK 4 – menggunakan idea teknologi untuk menghasilkan produk. Kreativiti – menggunakan sumber alternatif. Nilai murni – berhati-hati.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Komponen elektronik, litar skematik dan litar bergambar

Page 75: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

65

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi

1. Guru menunjukkan sebuah lampu suluh LED kepada murid.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang lampu suluh

LED dan komponen elektronik yang terdapat pada lampu suluh. 3. Guru meminta murid memberikan beberapa contoh lain

peralatan yang menggunakan LED. (Contoh :

Lampu Isyarat, Lampu kereta, TV LED) Langkah 1 1. Guru menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen

elektronik .

2. Guru menunjuk cara membaca litar skematik dan litar

bergambar

Langkah 2 1. Guru membimbing murid untuk mengenal pasti setiap

komponen elektronik pada litar skematik dan litar bergambar. 2. Murid membaca litar skematik dan litar bergambar dengan bimbingan guru Langkah 3 Guru menyemak lembaran kerja murid. Penutup Guru membuat rumusan pada hasil kerja murid.

(Contoh : Kamu telah pun mengenal pasti 6 jenis komponen elektronik yang merangkumi nama, simbol dan fungsi) Penyenggaraan bengkel Sebelum murid meninggalkan bengkel, guru perlu memastikan

bengkel dalam keadaan kemas dan bersih.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru menyediakan lembaran kerja. (Sila rujuk lampiran)

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah menggunakan lampu suluh LED.

REFLEKSI

Page 76: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

66

Maklumat Tambahan Guru. Maklumat rujukan dan pengetahuan berkaitan : 1. Komponen Elektronik

Bil Nama Komponen Simbol Fungsi

1.

Diod pemancar cahaya (LED)

Memancarkan cahaya apabila ada arus mengalir

2.

Perintang tetap

Perintang boleh laras

Menghadkan aliran arus Mengawal arus elektrik mengikut nilai rintangan.

3.

Transistor

1. Menguatkan arus,

voltan dan kuasa 2. Bertindak sebagai

suis

4.

Buzer

Menukar arus elektrik kepada gelombang bunyi.

Page 77: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

67

5.

Suis togel

Digunakan untuk menyambung dan memutuskan litar

Suis mikro

Suis tekan tutup

Suis tekan buka

6.

Kapasitor berkutub

Kapasitor tidak berkutub

Menyimpan dan membuang cas elektrik

Suis

Page 78: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

68

Lampiran 1

NAMA MURID : _______________________________

Lembaran kerja komponen elektronik

Bil Bahan / Alatan Simbol Fungsi

1

Nama:....................................

......................................................

......................................................

......................................................

......................................................

2

Nama:.......................................

......................................................

......................................................

......................................................

3

Nama:.....................................

......................................................

......................................................

......................................................

4

Nama:.....................................

......................................................

......................................................

......................................................

Page 79: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

69

5

Nama:....................................

......................................................

......................................................

......................................................

6

Nama:.......................................

......................................................

......................................................

......................................................

7

Nama:.....................................

......................................................

......................................................

......................................................

8

Nama:.....................................

......................................................

......................................................

......................................................

Page 80: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

70

Lampiran 2

NAMA MURID : _______________________________

Lembaran kerja litar skematik

Namakan komponen elektronik yang terdapat dalam litar skematik di bawah. 1.

…………………………………………..

7.

…………………………………………..

2.

…………………………………………..

8.

…………………………………………..

3.

…………………………………………..

9.

…………………………………………..

4.

…………………………………………..

10.

…………………………………………..

5.

…………………………………………..

11.

…………………………………………..

6.

…………………………………………..

12.

…………………………………………..

+ -

- +

C

B

E

C

B

E

9V

1

2

3

4

5 6

8

9

7

10

11

12

Page 81: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

71

Lembaran kerja litar bergambar

Namakan komponen elektronik yang terdapat dalam litar bergambar di bawah.

1. …………………………………………………

2. ………………………………………………….

3. ………………………………………………….

4. ………………………………………………….

5. ………………………………………………….

6. ………………………………………………….

1

2 3

4

5 6

Page 82: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

72

TAJUK 4.0 Penghasilan Projek

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN

4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik.

STANDARD PEMBELAJARAN

4.2.10 Membuat penyambungan litar elektronik pada projek. 4.2.11 Menguji kefungsian projek 4.2.12 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:

1. membuat penyambungan litar elektronik pada projek dengan betul

2. menguji kefungsian projek dengan beradab 3. membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan dengan

cara yang betul

RINGKASAN

Murid dapat memasang litar elektronik, menguji kefungsian projek, membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan dengan betul.

KEMAHIRAN

1. Menyambung litar elektronik dengan betul 2. Menggunakan alatan tangan dengan betul 3. Menguji kefungsian projek dengan beradab 4. Membuat penyenggaraan alatan tangan bagi kerja bahan logam

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan : EK 4 - menilai perlaksanaaan projek. Kreativiti - boleh membuat keputusan dan mengambil tindakan susulan. Nilai murni – berdikari dan bekerjasama.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

1. Manual kerja 2. Bahan logam 3. Bahan bukan logam 4. Komponen elektronik 5. Alatan tangan

Page 83: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

73

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru bersoal jawab dengan murid sambil mengemukakan persoalan berkaitan hasil projek yang telah dijalankan. Guru bertanyakan kepada murid bagaimanakah projek tersebut dapat ditambah nilai bagi menambahkan kefungsian projek agar lebih menarik (boleh buat sergahan minda @ brainstorming) Langkah 1 Guru menunjukkan 2 contoh projek yang telah siap dibina. Satu daripada projek tersebut tanpa sambungan litar elektronik dan satu lagi projek yang lengkap dengan litar elektronik. Langkah 2

Guru menunjukkan peralatan dan bahan yang akan digunakan semasa membuat penyambungan litar elektronik. Perbincangan spontan: Murid di minta untuk memilih alat yang diperlukan dan mengapa. Langkah 3 Guru membimbing murid yang dipilih untuk menunjukkan langkah kerja membuat penyambungan litar elektronik pada bahagian badan projek. Murid lain memainkan peranan aktif dengan menghulur atau menyebut peralatan yang perlu. Langkah 4 Murid membuat penyambungan litar elektronik dengan pemantauan guru. Langkah 5 Guru menerangkan kaedah membuat pengujian litar elektronik dan kefungsian projek dengan berbantukan cartalir. Di peringkat ini, murid yang membina carta alir dengan bimbingan guru (rujuk carta alir pengujian litar projek) Langkah 6 Guru menunjukkan kaedah membuat penyenggaraan dan penyimpanan peralatan. Murid akan melakukan semua penyenggaraan dan penyimpanan alat Penutup Guru membimbing pelajar untuk menyatakan langkah memasang terutama kekutupan bateri dan LED. Seterusnya membimbing pelajar untuk menyatakan langkah mengesan kerosakan pada penyambungan litar.

Page 84: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

74

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru menilai bahagian pemasangan litar elektronik berdasarkan senarai semak

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid telah mempelajari nama, fungsi dan simbol komponen elektronik.

REFLEKSI

Maklumat Tambahan Guru. Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : 1. Kerja penyambungan litar projek Papan Tanda Elektronik yang akan dibuat oleh murid

melibatkan alatan tangan dan bahan penyambungan. 2. Alatan tangan yang digunakan ialah pemutar skru mata rata, pemutar skru Philip, playar

muncung tirus, pelucut wayar, pemotong sisi dan gerimit. 3. Bahan penyambungan yang digunakan ialah wayar teras tunggal, bongkah penyambung,

penyambung bateri, bateri dan pemegang bateri.

Page 85: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

75

ALATAN TANGAN:

Bil Alat tangan Kegunaan Bil Alat tangan Kegunaan

1.

Playar muncung tirus

Membentuk kaki komponen

4.

Pemotong sisi

Memotong wayar

2.

Pemutar skru Philip

Melonggarkan dan mengetat-kan skru mata bersilang atau berpangkah

5.

Pemutar skru mata rata

Melonggarkan dan mengetat-kan skru beralur lurus

3.

Pelucut wayar spring

Pelucut wayar mudah

Menanggal-kan penebat pada wayar

6.

Gerimit

Membuat lubang pandu bagi paku dan skru pada permukaan kayu yang lembut.

BAHAN PENYAMBUNGAN:

Bil Bahan Kegunaan

1.

Wayar teras tunggal

Membuat penyambungan litar

2.

Bongkah penyambung

Penyambung wayar komponen elektronik dalam pemasangan litar projek

Page 86: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

76

3.

Penyambung bateri

Menyambung litar kepada bateri. Wayar berwarna merah adalah positif sementara wayar berwarna hitam adalah negatif.

4.

Bateri

Bateri membekalkan tenaga voltan.

5.

Pemegang bateri

Menempatkan bateri.

Penyambungan litar elektronik Projek logam yang telah siap akan ditambah nilai dengan memasang empat LED. Untuk ini, kita perlu membuat penyambungan litar elektronik. A. Litar skematik projek elektronik

+ +

NO NC

COM

3V

LED3 LED4 LED2 LED1+

-

1

2

1

2

1

2

1

2

Page 87: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

77

B. Litar bergambar projek elektronik

C. Projek papan tanda elektronik pandangan di bahagian hadapan dan belakang

1 2

A K

LED1

1 2

A K

LED2

1 2

A K

LED3

1 2

A K

LED4

_

_

COM

NO

NC

_

+

Page 88: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

78

Kerja Amali 1. Penyediaan projek papan tanda untuk pemasangan litar elektronik

i) Tebuk tapak lubang LED (A, B, C, D)

Gambar bahagian belakang

ii) Tebuk lubang untuk wayar pada suis mikro pada (E). Lekatkan suis mikro pada bahagian tersebut dengan menggunakan skru.

NONC

COM

(a) (b) (c)

Rajah: Suis mikro SPDT (a) Menunjukkan sambungan (b) Menunjukkan suis sebenar (c) Simbol

Page 89: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

79

iii) Tebuk lubang dan masukkan suis togel SPST pada (F). Suis togel ini berfungsi sebagai suis kawalan utama.

iv) Lekatkan pemegang bateri pada bahagian belakang projek (G) dengan menggunakan glu.

Page 90: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

80

2. Pemasangan komponen elektronik pada projek papan tanda

i) Pasang LED pada bongkah penyambung melalui lubang A, B, C, D. Pastikan kaki LED disambung ke terminal yang betul iaitu semua kaki anod di (1) dan semua katod di (2) bungkah penyambung.

Gambar bahagian belakang

ii) Sambungkan semua wayar pada kaki LED (katod) kepunca negatif bateri.

iii) Sambungkan semua wayar anod (A dan B) ke suis mikro (NO). Sambungkan wayar anod C dan D ke terminal NC suis mikro. Sambung wayar positif bateri ke suis togel dan seterusnya disambungkan pada terminal COM suis mikro.

Page 91: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

81

iv) Projek yang telah siap

a. Bahagian hadapan projek

b. Bahagian belakang projek

Page 92: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

82

3. Menguji kefungsian projek

A. Prosedur Menguji Kefungsian Projek Papan Tanda Elektronik

Mula

Gerakkan tetingkap ke

kiri

Apakah

LED1 atau LED2

menyala?

Periksa sambungan

LED1 atau LED2 yang

tidak menyala

TIDAK

YA

YA

Tamat

Gerakkan tetingkap ke

kanan

Apakah

LED3 atau LED4

menyala?

Periksa sambungan

LED3 atau LED4 yang

tidak menyala

TIDAK

Page 93: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

83

B. Kaedah menguji litar elektronik Prosedur kerja memeriksa sambungan litar LED sebelah kanan.

1. Pastikan sambungan adalah betul seperti pada litar LED1 dan LED2 mengikut litar

skematik.

2. Pastikan sambungan kekutuban LED1 dan LED2 betul iaitu punca anod disambung ke punca positif melalui NC dan suis S1 dan punca katod disambung terus ke punca negative bateri.

3. Ketatkan dan kemaskan semua sambungan berikut:

i. sambungan skrew di bungkah penyambung. ii. pintalan atau cengkaman wayar pada bungkah penyambung. iii. pintalan atau cengkaman wayar pada suis.

4. Jika semua langkah 1 hingga 3 telah dipenuhi tetapi LED masih tidak menyala

kemungkinan LED rosak atau bateri lemah. Prosedur kerja memeriksa sambungan litar LED sebelah kiri

1. Pastikan sambungan adalah betul seperti pada litar LED3 dan LED4 mengikut litar

skematik. 2. Pastikan sambungan kekutuban LED3 dan LED4 betul iaitu punca anod disambung ke

punca positif melalui No dan suis S1 dan punca katod disambung terus ke punca negative bateri.

3. Ketatkan dan kemaskan semua sambungan iaitu:

i. sambungan skrew di bungkah penyambung. ii. pintalan atau cengkaman wayar pada bungkah penyambung. iii. pintalan atau cengkaman wayar pada suis.

4. Jika semua langkah 1 hingga 3 telah dipenuhi tetapi LED masih tidak menyala kemungkinan

LED rosak atau bateri lemah. Maklumat Tambahan Guru. Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : A. Penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan

1. Alatan tangan yang telah digunakan untuk menjalankan aktiviti dan membuat projek perlu

disenggara dan disimpan pada tempat yang telah dikhaskan.

Page 94: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

84

2. Alatan tangan perlu disenggara dan disimpan dengan baik supaya: (a) Alatan tangan dalam keadaan baik (b) Sentiasa tersusun dan teratur (c) Mudah diambil apabila digunakan (d) Tahan lebih lama (e) Selamat apabila digunakan

3. Penyenggaraan alatan tangan dapat dilakukan dengan cara: (a) Membersihkan alatan tangan (b) Meminyakan alatan tangan (c) Menyimpan alatan tangan

4. Untuk menanggalkan kekotoran, kita harus menggunakan agen dan bahan pembersih

seperti yang berikut:

(a) Serbuk pencuci seperti sabun buku atau

cecair pencuci yang digunakan untuk membersihkan perkakas dan alatan.

(b) Kerosin dan turpentin yang digunakan untuk

menanggalkan kesan cat.

(c) Spirit metil yang digunakan untuk

menanggalkan kesan syelek.

(d) Kertas las yang digunakan untuk

menanggalkan kesan karat pada alatan tangan.

Page 95: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

85

B. Langkah Kerja menyelenggaraan dan menyimpanan peralatan Menyenggara gergaji puting

1. Gosok gergaji putting dengan kertas las untuk membuang karat

2. Bersihkan gergaji puting dengan kain

3. Sapu gergaji puting dengan minyak pelincir agar tidak berkarat

4. Simpan gergaji di rak alatan

Menyenggara pemotong sisi

1. Buang habuk dan kekotoran dengan berus

yang sesuai.

2. Bersihkan pemotong sisi dengan kain atau

dengan berus.

3. Sapu pemotong sisi dengan sedikit minyak

pelincir bagi melindunginya daripada berkarat dan melincirkan bahagian yang bergerak.

4. Simpan pemotong sisi pada panel alatan

Page 96: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

86

Menyenggara berus syelek

1. Buang habuk dan kekotoran dengan berus

yang sesuai.

2. Rendam berus di dalam spirit metil untuk

menanggalkan lebihan syelek pada berus.

3. Cuci berus syelek dengan air sabun suam

kemudian bilas dengan air besih.

4. Keringkan dan simpan berus syelek di

tempat yang sesuai.

Page 97: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

87

Lampiran 1

NAMA MURID : __________________________________________________

NAMA PROJEK : Papan Tanda Elektronik

TEMA : Papan Tanda

Senarai semak penyambungan litar projek papan tanda elektronik

Semak penyambungan litar pada projek berdasarkan litar bergambar di atas .

Tandakan √ atau X pada ruangan yang disediakan.

1. Kekutuban komponen elektronik dipasang dengan betul

2. Penyambungan litar dipasang dengan betul dan kemas

3. Kaki komponen dibengkok dengan betul dan kemas

4. Apabila suis mikro ditekan LED3 dan LED4 akan menyala

5. Apabila suis mikro tidak ditekan LED1 dan LED2 akan menyala

Pencapaian:

Keputusan KOMPETEN BELUM KOMPETEN

Tarikh :

Nama & tandatangan Guru

1 2

A K

LED1

1 2

A K

LED2

1 2

A K

LED3

1 2

A K

LED4

_

_

COM

NO

NC

_

+

Page 98: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

88

Lampiran 2

Ujian Kendiri/Penilaian :

NAMA MURID :______________________________________ TAHUN : _______________ A. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Perkakas boleh juga menggunakan ____________________ untuk membersihkannya.

2. Kesan cat ditanggalkan dengan menggunakan ___________________________.

3. Kesan syelek boleh ditanggalkan dengan menggunakan _______________________.

4. Kesan karat pada alatan tangan boleh ditanggalkan dengan _____________________.

5. Perkakas dan alatan perlu ________________________ dari semasa ke semasa.

6. Untuk membuang habuk ________________________ boleh digunakan dari masa ke

semasa.

7. Kain juga boleh digunakan untuk ________________________ pemotong sisi.

8. Untuk melindungi peralatan dari ________________________ sapu sedikit minyak pelincir.

9. Cuci berus syelek dengan ________________________ sebelum dibilas dengan air besih.

10. Berus syelek perlu ________________________ dalam spirit metil untuk membersihkannya.

direndam kertas las spirit metil cecair pencuci Air sabun suam

karat turpentin

mencuci berus diselenggara

Page 99: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

89

TAJUK 4.0 Penghasilan Projek

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN

4.2 Menghasilkan projek menggunakan bahan logam dan bukan logam dengan litar elektronik

STANDARD PEMBELAJARAN

4.2.13 Pengiraan kos bahan

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. membuat pengiraan kos bahan.

RINGKASAN

Murid dapat membuat pengiraan kos bahan.

KEMAHIRAN

Membuat pengiraan kos.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan: EK 3 - berjaya menjalankan tugasan mengikut perancangan - membuat kiraan anggaran kos dengan tepat Kreativiti - mendapat maklumat dari pelbagai sumber Nilai murni - kejujuran dan ketelusan

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

1. Bahan sebenar 2. Borang pengiraan kos bahan

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru mengimbas kembali kerja amali yang telah dijalankan oleh murid. Guru mempamerkan semua projek untuk tatapan murid dan sesi soal jawab dijalankan. Guru bertanyakan kepada murid, berapakah harga projek yang dapat dinilaikan pada projek berkenaan. Murid cuba untuk membuat anggaran nilai harga. Seterusnya guru mengaitkannya jawapan murid dengan keperluan menyediakan pengiraan kos.

Page 100: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

90

Perkembangan Langkah 1 Guru menerangkan butiran yang perlu dilengkapkan dalam lajur-lajur yang terdapat pada borang tersebut. Langkah 2 Guru menerangkan contoh pengiraan kos dengan menggunakan peralatan TMK. Langkah 3 Guru mengedarkan borang penyediaan pengiraan kos projek. Murid berbincang didalam kumpulan bagi melengkapkan borang pengiraan kos. Guru membuat bimbingan kepada semua murid. Penutup Guru membuat rumusan keseluruhan mengenai pembelajaran hari ini. Guru memberi penghargaan kepada semua murid

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penilaian guru berdasarkan borang penyediaan pengiraan kos.

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

1. Murid pernah membeli barangan di kedai semasa di

sekolah dan di rumah. 2. Murid telah didedahkan dengan nilai mata wang dan

operasi tambah

REFLEKSI

Page 101: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

91

Contoh format pengiraan kos bahan

i. Kos Bahan Projek Untuk Seunit

BIL

BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT

(RM) JUMLAH KOS

(RM)

1. Diod pemancar cahaya (LED) 4 0.40 1.60

2. Suis togel 1 0.40 0.40

3. Pemegang bateri 1 1.00 1.00

4. Bateri 1.5V DC 2 1.00 2.00

5. Wayar teras tunggal 1 meter 0.50 0.50

6. Suis mikro 1 1.50 1.50

7. Kayu beroti (10mm X 20mm) 1 meter 1.50 1.50

8. Papan lapis (35mm X 150mm X 250mm)

1 0.50 0.50

9. Glu sentuh 1 1.00 1.00

10. Tali 30 cm 0.30 0.30

11. Mounting board (200mm X 100mm)

1 0.50 0.50

12. Kepingan zink nipis (100mm X 90mm)

1 1.00 1.00

13. Kepingan aluminium berbentuk ‘U’ (12mm X 12mm X 12mm) panjang 200mm

2 0.50 1.00

14. Bongkah penyambung 1 1.00 1.00

15. Skru (20mm) 6 0.10 0.60

16. Cat licau (250ml) 1 0.50 0.50

17. Kertas las 1 kpg 0.50 0.50

18. Pencangkuk kecil 2 0.20 0.40

19. Paku panel 10 grm 0.20 0.20

Jumlah

16.00

Page 102: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

92

Ujian Kendiri/Penilaian :

NAMA MURID :_______________________________ TAHUN : _______________

NAMA PROJEK :________________________________

i. Kos Bahan Projek Untuk Seunit

Pencapaian:

Keputusan KOMPETEN BELUM KOMPETEN

Tarikh :

Nama & tandatangan

Guru

BIL BAHAN KUANTITI KOS SEUNIT

(RM) JUMLAH KOS

(RM)

Jumlah

Page 103: 5. complete modul rbt thn 5

0

Bahagian Pembangunan Kurikulum

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

TEKNOLOGI PERTANIAN

TAHUN 5

Page 104: 5. complete modul rbt thn 5
Page 105: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

95

TAJUK 5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN 5.1 Menanam benih dalam bekas

STANDARD PEMBELAJARAN

5.1.1 Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-ciri seperti cukup matang, bernas, berbentuk normal dan tidak diserang perosak.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan ciri-ciri biji benih yang baik. 2. Memberi maksud setiap ciri tersebut dengan ringkas. 3. Memilih biji benih yang baik dengan betul.

RINGKASAN

Guru dan murid membincangkan ciri-ciri biji benih yang baik berdasarkan tayangan Power Point dan spesimen sebenar. Murid-murid menerangkan setiap ciri biji benih dengan ringkas. Guru menunjukkan cara memilih biji benih yang baik, kemudian murid memilih biji benih dengan bimbingan guru.

KEMAHIRAN

1. Mengenal pasti ciri-ciri biji benih yang baik. 2. Memilih biji benih yang baik.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

1. Keusahawanan : EK 2 - Daya kreativiti dan inovasi (pemilihan idea terbaik). 2. Kreativiti : Pemilihan idea terbaik dan rasional. 3. Nilai murni : Kerjasama, yakin, tekun dan sabar

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Spesimen sebenar, bekas plastik, Power Point, Lembaran kerja

Page 106: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

96

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru menunjukkan beberapa spesimen biji benih. Guru menyoal murid mengenai spesimen yang mereka lihat seperti contoh berikut :

a. Apakah yang anda lihat ini? Jawapan: Biji benih

b. Dari manakah biji benih diperolehi?

Jawapan: Tanaman

c. Apakah kegunaan biji benih? Jawapan: Sebagai bahan penanaman

Guru mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran hari ini. Langkah 1

Gur Guru menerangkan ciri-ciri biji benih yang baik dengan bantuan Power Point.(Lampiran 1) Langkah 2 Guru menunjukkan beberapa spesimen biji benih yang baik dan yang rosak. Langkah 3 Guru menunjukkan cara memilih biji benih yang baik. Guru meminta murid memilih biji benih yang baik secara berkumpulan. Langkah 4 Murid menjawab lembaran kerja.(Lampiran 2) Penutup Guru meminta murid menyatakan aktiviti yang telah mereka lakukan. Guru memberi penghargaan kepada semua murid.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Murid dinilai melalui aktiviti memilih biji benih yang baik

dengan betul. 2. Lembaran kerja.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah melihat biji benih di rumah atau di pasaran

REFLEKSI

Page 107: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

97

Maklumat Rujukan

1. Ciri-ciri biji benih yang baik :

Baka yang tulen.

Cukup matang.

Bernas.

Bentuk normal.

Bebas dari serangan serangga.

Sihat iaitu tidak berpenyakit.

Peratus percambahan yang tinggi.

Sempurna iaitu tidak retak, pecah, rosak atau cedera.

Ciri lain seperti keseragaman, kepadatan biji benih, saiz, warna dan rupa keseluruhannya adalah baik.

2. Kelebihan menggunakan biji benih yang baik :

Menjimatkan kos penyelenggaraan dengan menggunakan biji benih yang mempunyai peratus percambahan yang tinggi. Ini akan mengurangkan kos penyulaman (penanaman semula).

Memberi hasil yang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran kerana produk yang dihasilkan memenuhi cita rasa pelanggan atau pengguna.

Kurang penggunaan racun perosak dengan menggunakan benih yang ada rintangan serangan penyakit.

Memberi pulangan hasil yang tinggi. 3. Memilih Biji Benih Memilih biji benih yang baik secara manual

Page 108: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

98

Lampiran 1

BIJI BENIH

CIRI-CIRI YANG BAIK

BERNAS

Biji benih berisi penuh.

BERBENTUK NORMAL

Berbentuk seperti asal biji benih

tersebut.

CUKUP MATANG

Cukup tua.

TIDAK DISERANG PEROSAK

Sihat dan tidak berkulat.

Tidak berlubang atau pecah.

Tidak cacat.

CONTOH BIJI BENIH YANG ROSAK

BerlubangBerkulatPecah

Page 109: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

99

Lampiran 2 LEMBARAN KERJA

1. Tuliskan secara ringkas mengenai biji benih dalam gambarajah di bawah:

___________________________________

___________________________________

2.

1. Cukup matang

2. Bernas

3. Kecut

4. Berbentuk normal

5. Bebas serangan serangga perosak

6. Saiz tidak normal

Jadual A

Jadual A di atas adalah sifat-sifat biji benih. Pilih dan catatkan sifat biji benih yang baik pada ruangan di bawah. a. …………………………………………………………

b. ………………………………………………………… c. ………………………………………………………… d. …………………………………………………………

Page 110: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

100

Contoh Jawapan 1. Biji benih ini telah rosak kerana diserang oleh serangga 2. a. Cukup matang b. Bernas

c. Berbentuk normal d. Bebas serangan serangga perosak

Page 111: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

101

TAJUK 5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN

5.1 Menanam benih dalam bekas

STANDARD PEMBELAJARAN

5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan, serampang tangan dan penyiram. 5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan dan penyiram. 5.1.4 Mengenal pasti medium semaian seperti medium campuran, peat most dan cocoa peat. 5.1.5 Menyediakan medium dan bekas semaian yang sesuai. 5.1.6 Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menama dan menerangkan fungsi alatan. 2. Mengenal pasti medium semaian. 3. Mengisi medium semaian dalam bekas mengikut prosedur.

RINGKASAN

Guru akan menerangkan kepada murid berkenaan alatan tangan, fungsi alatan, medium semaian dan cara mengisi medium semaian ke dalam bekas yang sesuai.

KEMAHIRAN

1. Mengenal pasti alatan tangan dan kegunaannya. 2. Mengenal pasti beberapa medium semaian. 3. Mengisi medium semaian ke dalam bekas.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

1. Bahan: biji benih, medium semaian, batu kerikil dan serpihan

pasu 2. Alatan: sudip tangan, bekas semaian dan lain-lain

Page 112: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

102

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru memegang alatan sebenar, contohnya sudip tangan dan meminta murid memberikan nama serta kegunaannya. Langkah 1 Berdasarkan jawapan murid, guru mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran iaitu nama alatan dan fungsinya. Selepas memberi penerangan, guru akan memberi soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran untuk menguji kefahaman murid.

Langkah 2 Guru menunjukkan beberapa medium semaian kepada murid, seterusnya memberi penerangan tentang medium tersebut seperti sifat fizikalnya. Guru menyoal murid berkenaan medium semaian sebagai pengukuhan. Langkah 3 Guru membuat tunjukcara penyediaan bekas semaian dan pengisian medium semaian. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan (4 orang setiap kumpulan). Setiap kumpulan akan menyediakan bekas semaian dan mengisi medium mengikut prosedur. Penutup Guru membuat rumusan isi penting pengajaran dan memberi komen terhadap hasil kerja kumpulan.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Penilaian secara lisan dilakukan pada akhir topik semasa proses pengajaran dan pembelajaran, manakala kerja amali akan dinilai semasa dan di akhir amali.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah melihat anak benih di tapak semaian.

REFLEKSI

Page 113: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

103

Maklumat Tambahan Guru: 1. Alatan tangan yang diperlukan untuk menanam benih dalam bekas:

a. Sudip tangan. b. Serampang tangan. c. Penyiram. d. Pungkis.

(Rujuk Lampiran 1) 2. Jenis-jenis medium semaian:

a. Medium campuran. b. Peat moss. c. Cocoa peat.

(Rujuk Lampiran 2) 3. Jenis-jenis bekas semaian:

a. Kotak kayu. b. Kotak plastik. c. Seed tray (dulang semaian). d. Tayar terpakai dll.

(Rujuk Lampiran 3) 4. Penyediaan bekas semaian dan cara mengisi bekas semaian. (Rujuk Lampiran 4)

Page 114: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

104

Lampiran 1 Maklumat Rujukan

Alatan Tangan

BIL ALATAN FUNGSI

1

Sudip tangan

Digunakan untuk mengubah anak benih.

2

Serampang tangan

Digunakan untuk menggembur tanah.

3

Penyiram

Digunakan untuk menyiram anak pokok.

4

Pungkis

Digunakan untuk mengangkut bahan.

Page 115: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

105

Lampiran 2

Jenis Medium Semaian

a. Medium campuran b. Peat most c. Cocoa peat

2 bahagian : tanah peroi

1 bahagian: bahan organik

1 bahagian: pasir

Tanah gambut yang diimport dari luar negeri yang

telah dibasmi kuman.

Sabut kelapa yang telah diproses menjadi serbuk

Page 116: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

106

Lampiran 3

Jenis-Jenis Bekas Semaian

Bekas semaian kayu Bekas semaian plastik

Seed tray Tayar terpakai

Page 117: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

107

Lampiran 4

Penyediaan Bekas Semaian 1. Memilih dan membersih bekas semaian. 2. Menutup lubang saliran dengan bahan yang sesuai bagi mengelakkan medium semaian mengalir keluar semasa menyiram. 3. Mengisi medium semaian ke dalam bekas sehingga 2 – 3 cm dari permukaan bekas atau mengikut kesesuaian bekas. 4. Meratakan permukaan medium atau membuat alur penanaman bagi biji benih halus / membuat lubang untuk menyemai biji benih kasar. Langkah Menyedia Bekas Semaian

1.

Memilih bekas semaian yang sesuai iaitu bersih dan mempunyai lubang saliran.

2.

Menutup lubang saliran dengan bahan yang sesuai seperti serpihan pasu, batu kerikil, jaring nyamuk dan lain-lain.

33

3.

Mengisi medium semaian ke dalam bekas semaian sehingga 2 – 3 cm dari permukaan bekas atau mengikut kesesuaian bekas.

4. Membuat alur atau lubang untuk menanam biji benih.

Page 118: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

108

Langkah Kerja/ Amali: Langkah 1: a. Guru menerangkan aliran kerja amali yang akan dilakukan iaitu persediaan bekas dan mengisi bekas semaian. b. Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil. c. Seorang ketua dilantik bagi setiap kumpulan. d. Ketua kumpulan diarahkan mengambil alatan dan bahan. Langkah 2: a. Murid menyediakan bekas semaian. b. Murid mengisi medium ke dalam bekas. Langkah 3: a. Guru memantau dan membimbing kerja amali murid serta memberi komen. b. Murid memberi komen akan hasil kerja amali mereka. c. Guru membuat rumusan akhir. Contoh soalan lisan : 1. Namakan dan nyatakan fungsi alat ini ? 2. Namakan medium semaian ini? Kriteria pemerhatian amali penyediaan bekas dan mengisi medium: 1. Kebersihan bekas semaian. 2. Prosedur mengisi. 3. Kepadatan medium dalam bekas semaian.

Page 119: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

109

TAJUK 5.0 Teknologi Pertanian

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN 5.1 Menanam benih dalam bekas

STANDARD PEMBELAJARAN

5.1.7 Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan kaedah yang betul. 5.1.8 Melakukan penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput dan mengawal makhluk perosak.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dalam bekas semaian dengan kaedah yang betul. 2. Menyatakan aktiviti penjagaan semaian yang perlu dilakukan dengan betul.

RINGKASAN

Murid menjalankan kerja amali penyemaian biji benih halus atau biji benih kasar mengikut kaedah yang betul. Pengetahuan tentang penjagaan semaian didedahkan kepada murid supaya mereka dapat menjalankannya mengikut keperluan semasa.

KEMAHIRAN

1. Melakukan kerja menyemai biji benih halus atau biji benih kasar. 2. Mengenal pasti aktiviti penjagaan semaian.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

1. Keusahawanan : EK 3 – Berorientasikan pencapaian, tahu matlamat dan menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan. 2. Nilai murni: Bekerjasama, bersungguh-sungguh, cermat dan berhati-hati.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Bahan: biji benih Alatan: bekas semaian dan penyiram

Page 120: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

110

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru mengaitkan pembelajaran yang lepas dengan bertanyakan beberapa soalan seperti : a. Apakah yang telah kamu lakukan semasa mempelajari

mata pelajaran Reka Bentuk Dan Teknologi pada minggu lepas?

b. Mengapakah lubang saliran perlu ditutup sebelum mengisi medium? Langkah 1 Guru menunjukkan kepada murid bekas semaian bersama medium semaian yang telah disediakan untuk menyemai biji benih. Langkah 2 Guru melakukan tunjukcara menyemai biji benih mengikut langkah yang betul. Langkah 3 Murid menjalankan kerja amali menyemai biji benih. Langkah 4 Guru menerangkan tentang kerja penjagaan yang perlu dilakukan terhadap semaian tersebut. Guru melakukan tunjukcara dan murid diminta melaksanakan secara bersama. Penutup: Guru menerangkan kepada murid bahawa penjagaan perlu dilakukan mengikut keperluan semasa dan meminta murid melakukannya.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Murid diminta menyusun langkah menyemai biji benih

mengikut urutan.(Lampiran 1) 2. Murid juga ditanya secara lisan. Apakah kerja penjagaan

yang perlu dilakukan terhadap semaian?

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah melihat anak benih tumbuhan dan telah menjalankan amali menyediakan bekas semaian pada pembelajaran yang lepas.

REFLEKSI

Page 121: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

111

Maklumat Tambahan Guru. Menyemai Biji Benih a. Menyemai biji benih kasar

- Menanam biji benih sedalam lebih kurang 2 – 3 kali lebih dalam daripada garis pusat biji benih tersebut.

- Jarak penanaman di antara biji benih ialah 3 cm / mengikut kesesuaian. - Biji benih yang ditanam terlalu cetek akan cepat kering manakala sukar untuk

bercambah jika terlalu dalam. - Menimbus biji benih dengan lapisan medium yang nipis. - Menyiram dan meletakkan di tempat teduh.

b. Menyemai biji benih halus

- Membuat alur sedalam 1 cm pada medium semaian. - Menggaul biji benih dengan pasir halus ( 1 bahagian biji benih : 10 bahagian pasir halus)

supaya taburan sekata. - Menyemai secara tabur terus atau tabur ke dalam alur. - Menimbus biji benih dengan lapisan medium yang nipis. - Menyiram dan memberi teduhan.

c. Penjagaan semaian i. Menyiram Dilakukan dua kali sehari mengikut keperluan dengan menggunakan penyiram muncung halus. ii. Merumput Dilakukan secara manual (mencabut dengan tangan). Tujuan: Mengelakkan anak benih bersaing dengan rumpai untuk mendapatkan cahaya dan nutrien serta mengelakkan menjadi sarang kepada perosak. iii. Mengawal perosak Dapat mengelakkan anak benih daripada rosak dan berpenyakit. Dilakukan secara mekanikal iaitu memungut dengan tangan, menggunakan perangkap atau menggunakan jaring.

Page 122: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

112

Maklumat Rujukan

Langkah Menyemai Biji Benih

1. Menggaul biji benih halus dengan pasir

dengan nibah 1 : 10 ATAU menyediakan biji benih untuk menyemai.

2. Menyemai biji benih halus secara tabur

terus atau menabur ke dalam alur / menyemai biji benih kasar ke dalam lubang menanam.

3. Menimbus biji benih dengn lapisan

medium yang nipis.

4. Menyiram dan meletakkan di tempat

teduh.

5. Melakukan tunjukcara dan menerangkan

tentang penjagaan semaian seperti menyiram, merumput dan mengawal perosak.

Page 123: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

113

Langkah Kerja/ Amali : Langkah 1: Guru menerangkan aliran kerja amali yang akan dilakukan iaitu persedian biji benih, menyemai biji benih dan penjagaan semaian. Langkah 2:

a. Guru melakukan tunjukcara menyemai biji benih iaitu :-

i. Biji benih halus - Menggaul 1 bahagian biji benih dengan 10 bahagian pasir halus. - Menyemai secara tabur terus atau ke dalam alur. ii. Biji benih kasar

- Menyemai terus ke dalam lubang penanaman sedalam 2 – 3 kali ganda garis pusat biji benih.

b. Murid menyemai sama ada biji benih kasar atau biji benih halus. Langkah 3:

Guru menerangkan langkah-langkah penjagaan semaian iaitu menyiram, merumput dan mengawal perosak.

Page 124: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

114

Lampiran 1

Ujian Kendiri / Penilaian : Murid menyusun langkah-langkah kerja menanam biji benih dalam bekas menggunakan lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. NAMA MURID : ____________________________ TARIKH: _____________ TAHUN : ____________ LEMBARAN KERJA LANGKAH MENANAM BIJI BENIH DALAM BEKAS Arahan: Susun langkah menyemai benih dalam bekas mengikut urutan dengan menulis 1, 2, 3, 4, 5, 6 pada ruang yang disediakan di bawah ini:

Langkah-langkah Urutan

Membuat alur / lubang menyemai.

Memilih bekas.

Mengisi medium.

Menutup lubang saliran.

Menyiram.

Menyemai biji benih.

Page 125: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

115

Contoh Jawapan

Langkah-langkah Urutan

Membuat alur / lubang menyemai. 4

Memilih bekas. 1

Mengisi medium. 3

Menutup lubang saliran. 2

Menyiram. 6

Menyemai biji benih. 5

Page 126: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

116

TAJUK 5.0 TEKNOLOGI PERTANIAN

MASA 60 Minit (2 Waktu)

STANDARD KANDUNGAN

5.1 Menanam benih dalam bekas

STANDARD PEMBELAJARAN

5.1.9 Menyediakan medium dan bekas penanaman yang sesuai. 5.1.10 Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman mengikut prosedur. 5.1.11 Melakukan aktiviti penjagaan tanaman iaitu merumput, menggembur, membaja, menyiram dan mengawal perosak.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyediakan medium penanaman. 2. Memasukkan medium ke dalam bekas penanaman. 3. Mengubah anak benih dari bekas semaian ke bekas tanaman. 4. Menjalankan penjagaan tanaman.

RINGKASAN

Guru dan murid membincangkan contoh medium dan bekas penanaman. Murid diberi pendedahan ciri-ciri anak benih yang baik. Guru menunjukkan cara menyediakan bekas penanaman, cara memasukkan medium penanaman ke dalam bekas dan cara mengubah anak benih. Akhir sekali, guru menerangkan penjagaan tanaman dalam bekas.

KEMAHIRAN

1. Menyediakan bekas tanaman dan memasukkan medium

tanaman. 2. Mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman. 3. Menjalankan penjagaan tanaman dalam bekas.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

1. Keusahawanan :

EK 5 - Boleh menyesuaikan idea baru dengan keperluan masyarakat, meneruskan peningkatan kualiti idea.

2. Kreativiti : Menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal pasti ciri-ciri yang betul.

3. Nilai-nilai murni : Tekun, sabar, dan bersungguh-sungguh

4. Pendidikan alam sekitar : Kitar semula dan kebersihan

Page 127: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

117

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

1. Alatan: sudip tangan, serampang tangan dan penyiram 2. Bahan: medium tanaman dan bekas tanaman 3. Gambar (rujuk lampiran 1,2,3 dan 4)

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi (bahan rujukan: Lampiran 1) Guru menunjukkan 2 gambar anak benih dalam seed tray dan gambar anak benih di dalam takung. Kemudian guru menyoal murid. Apakah kebaikan dan keburukan yang terdapat dalam gambar tersebut ? Guru merumuskan jawapan yang diberikan oleh murid tentang perlunya anak benih diubah ke bekas tanaman untuk tumbesaran yang baik.

Langkah 1 Guru menunjukkan pelbagai jenis bekas tanaman seperti pasu plastik, pasu tanah liat, beg politena dan bekas kitar semula. Guru menunjukkan contoh medium tanaman.

Langkah 2 Guru menunjukkan cara-cara memasukkan medium ke dalam bekas penanaman.(Bahan rujukan: Lampiran 2) Guru menunjukkan cara mengubah anak benih dari bekas semaian ke dalam bekas tanaman. ( Bahan rujukan: Lampiran 3 ) Guru menerangkan penjagaan yang perlu dilakukan bagi anak benih yang telah diubah ke dalam bekas tanaman. ( Bahan rujukan: Lampiran 4 )

Langkah 3

a. Guru mengarahkan murid membuat kumpulan ( 4 orang dalam satu kumpulan) b. Murid diminta memilih satu jenis bekas tanaman yang sesuai. c. Berpandukan lampiran yang diberi, murid dikehendaki

memasukkan medium ke dalam bekas tanaman. d. Berpandukan lampiran yang diberi murid memilih anak benih

yang sihat bagi penanaman dalam bekas. e. Murid mengubah anak benih yang telah dipilih ke dalam bekas tanaman.

Penutup: Guru merumuskan tentang perlunya mengubah anak benih dari bekas semaian ke dalam bekas tanaman.

Page 128: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

118

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru menyoal murid secara lisan. ( Bahan rujukan: Lampiran 5 )

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid telah belajar mengenai medium semaian dan cara menyemai biji benih dalam standard pembelajaran 5.1.5 dan 5.1.7 Murid juga telah diberi penerangan tentang nama-nama alatan tangan dan fungsinya dalam standard pembelajaran 5.1.2

REFLEKSI

Maklumat Tambahan Guru

1. Jenis-jenis bekas tanaman dan kaedah penyediaan. 2. Kaedah mengubah anak benih ke dalam bekas tanaman. 3. Langkah mengubah anak benih. 4. Aktiviti penjagaan tanaman.

Maklumat Rujukan ( Lampiran 1 hingga Lampiran 4 )

Page 129: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

119

Lampiran 1

Anak benih dalam pelbagai bekas semaian yang sedia untuk diubah.

Sila lawati laman web http://theseedsite.co.uk/seedlings2b.html untuk melihat pelbagai anak benih yang sesuai untuk diubah. Pada kebiasaannya, anak benih yang sedia untuk diubah telah mengeluarkan 3 hingga 5 helai daun. Pilih anak benih yang sihat dan tidak diserang oleh serangga.

Page 130: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

120

Lampiran 2

Pelbagai Bekas Tanaman dan Cara Penyediaan

BIL Bekas Tanaman Penyediaan

1

Pasu plastik

Tutup lubang saliran dengan salah satu daripada bahan di bawah:

a. Batu kerikil. b. Serpihan pasu. c. Jaring nyamuk / mosquitoe net

atau bahan yang sesuai.

2

Pasu tanah liat

Pasu Baru 1. Perlu direndam semalaman. 2. Tutup lubang saliran dengan salah

satu daripada bahan di bawah: a. Batu kerikil. b. Serpihan pasu. c. Jaring nyamuk / mosquitoe net

atau bahan yang sesuai. Pasu lama perlu diberus dengan sabun dan dibilas bersih sebelum digunakan semula.

3

Pasu dari tayar terbuang

1. Dibersihkan dengan air dan diberus. 2. Tutup lubang saliran dengan salah satu daripada bahan di bawah:

a. Batu kerikil. b. Serpihan pasu. c. Jaring nyamuk / mosquitoe net

atau bahan yang sesuai.

4

Kotak tanaman daripada kayu

Jika kotor, perlu dibersihkan dengan air dan diberus.

Page 131: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

121

5

Kotak tanaman daripada plastik

1. Dibersihkan dengan air dan diberus. 2. Tutup lubang saliran dengan salah

satu daripada bahan di bawah: a. Batu kerikil. b. Serpihan pasu. d. Jaring nyamuk / mosquitoe net

atau bahan yang sesuai.

6

Beg Politena

Jika perlu, bahagian atas beg politena dilipatkan selebar 2 – 3 sm.

Menutup lubang saliran pasu dengan serpihan pasu

Mengisi medium tanaman ke dalam pasu dengan menggunakan sudip tangan

Nota tambahan: Batu kerikil dan serpihan pasu yang telah digunakan sebelumnya, hendaklah direndam semalaman di dalam air. Tujuannya: untuk mengelakkan jangkitan penyakit pada tanaman yang hendak ditanam.

Page 132: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

122

Lampiran 3 Langkah-Langkah Mengubah Anak Benih

1. Pengerasan hendaklah dilakukan terlebih dahulu terhadap anak benih beberapa hari sebelum diubah. Caranya ialah dengan mengurangkan naungan dan siraman secara berperingkat-peringkat.

2. Mengubah anak benih sebaik-baiknya dilakukan pada awal pagi atau lewat petang. 3. Medium semaian disiram terlebih dahulu agar gumpalan medium tidak pecah semasa

mengubah. 4. Gunakan sudip tangan untuk mengeluarkan anak benih bersama gumpalan medium di

sekeliling akarnya. 5. Elakkan kerosakan pada akar anak benih. 6. Tanamkan anak benih ke dalam bekas tanaman. Tambahkan medium penanaman

sekiranya perlu. 7. Padatkan medium di sekeliling akar untuk memberi sokongan kepada akar. 8. Siram anak benih yang telah ditanam dan letakkan di tempat yang teduh.

Ciri-Ciri Anak Benih Yang Sihat

1. Tegap 2. Tiada jangkitan penyakit 3. Tiada kesan serangan perosak tanaman 4. Bentuk daun normal (tidak kerinting, tidak kecut) 5. Tumbuh sekata 6. Segar 7. Tidak terencat atau tidak bantut

Contoh anak benih yang sihat Contoh anak benih yang tumbuh sekata

Page 133: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

123

Langkah-Langkah Mengubah Anak Benih

Gambar Keterangan

Medium semaian disiram terlebih dahulu agar gumpalan medium tidak pecah semasa mengubah.

Gunakan sudip tangan untuk mengeluarkan anak benih bersama dengan gumpalan medium di keliling akarnya. Elakkan kerosakan akar anak benih.

Masukkan anak benih yang telah dipilih bersama gumpalan medium semaian ke dalam bekas penanaman yang telah diisi ¾ dengan medium penanaman . Tanamkan anak benih ke dalam bekas tanaman. Tambahkan medium penanaman sekiranya perlu.

Padatkan medium di sekeliling akar untuk memberi sokongan kepada akar. Siram anak benih yang telah ditanam dan letakkan di tempat yang teduh.

Page 134: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

124

Lampiran 4 Aktiviti Penjagaan Tanaman

Merumput Merumput bermaksud membuang rumput.Rumput adalah pesaing tanaman untuk mendapatkan nutrien, air dan ruang serta menjadi perumah kepada perosak.Rumput sekeliling tanaman hendaklah dibuang dengan tangan atau dengan menggunakan serampang tangan.

Menggembur Menggembur adalah aktiviti melonggarkan medium penanaman. Medium yang telah digembur dan longgar akan: a. Memudahkan air mengalir. b. Memudahkan akar menembusi medium. c. Membaiki pengudaraan. Menggembur dan merumput boleh dilakukan serentak dengan menggunakan serampang tangan.

Membaja Membaja akan membolehkan pokok terus hidup subur. Gunakan baja organik atau baja kimia. Ikut arahan pada label baja. Membaja biasanya dilakukan 2 minggu sekali. Selepas membaja, pokok hendaklah disiram.

Menyiram Menyiram dilakukan dua kali sehari, iaitu di awal pagi dan lewat petang atau mengikut keperluan. Alat yang sesuai digunakan ialah penyiram dengan siraman halus untuk mengelakkan kerosakan pada anak benih yang baru diubah.

Siput

Kumbang

Ulat

Mengawal Perosak Perosak termasuklah serangga, kumbang, dan siput babi. Perosak ini boleh dihapuskan dengan cara mengutip dan mengumpulkannya untuk dimusnahkan. Pemusnahan boleh dilakukan dengan cara menanam atau membunuh perosak.

Page 135: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

125

Lampiran 5

Ujian Kendiri / Penilaian : Guru menyoal secara lisan

Bil. Soalan Jawapan

1. Nyatakan satu jenis bekas tanaman.

2.

Bagaimanakan cara menyediakan pasu tanah liat yang baru?

3.

Apakah bahan yang boleh digunakan untuk menutup lubang saliran?

4.

Mengapakah medium semaian perlu disiram terlebih dahulu sebelum mengubah anak benih?

5.

Apakah nama alat yang paling sesuai untuk mengubah anak benih?

6. Nyatakan satu aktiviti penjagaan tanaman.

7.

Apakah nama alat yang paling sesuai untuk merumput dan menggembur?

8. Tuliskan satu contoh perosak tanaman.

Page 136: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

126

Contoh Jawapan 1. Beg Politena, pasu tanah liat, pasu plastik, pasu dari bahan terbuang. 2. Pasu hendaklah direndam semalaman dalam air. 3. a. Batu kelikir

b. Serpihan pasu c. Plastik ”mosquito net” berwarna hijau

4. Supaya medium boleh dikepalkan di sekeliling akar anak benih sebagai sokongan kepada anak benih. 5. Sudip tangan. 6. Merumput, menyiram, membaja, menggembur, mengawal perosak 7. Serampang tangan. 8. Siput babi, ulat, kumbang.

Page 137: 5. complete modul rbt thn 5

0

Bahagian Pembangunan Kurikulum

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

MODUL PENGAJARAN

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

SAINS RUMAH TANGGA

TAHUN 5

Page 138: 5. complete modul rbt thn 5
Page 139: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

129

TAJUK 6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN

MASA 60 minit ( 2 waktu )

STANDARD KANDUNGAN

6.2 Menyediakan sajian

STANDARD PEMBELAJARAN

6.2.1 Mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan dengan betul 6.2.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti kutleri, sudip, senduk kayu, mangkuk adunan, alat penyukat, alat penimbang, kuali, periuk, alat pengadun kek, alat pengisar buah, cerek elektrik, pembakar roti, dapur dan oven elektrik.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. menyatakan maksud dan kepentingan sanitasi penyediaan

makanan dengan betul. 2. menyatakan nama dan fungsi alatan dengan betul

RINGKASAN

Murid dapat mengenal pasti sanitasi penyediaan makanan serta menyatakan nama dan fungsi alatan.

KEMAHIRAN

1. Mempraktikkan sanitasi penyediaan makanan dengan cara yang betul 2. Menyatakan kegunaan alatan memasak dengan betul.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

1. Keusahawanan : EK1 - Sikap bertanggungjawab terhadap keputusan yang dipilih. EK2 - Menilai idea secara kritis 2. Kreativiti dan inovatif : Memilih idea yang terbaik untuk inovasi 3. Nilai murni : Kebersihan , kesyukuran dan bekerjasama.

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Gambar sanitasi penyediaan makanan, gambar alatan memasak dan carta mencuci tangan.

Page 140: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

130

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru menunjukkan beberapa keping gambar tentang sanitasi penyediaan makanan. (Rujuk Lampiran 1)

Langkah 1 Guru mengajukan beberapa soalan tentang gambar sanitasi yang dipamerkan dan mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari itu.

Langkah 2 Guru memberi penerangan tentang kepentingan sanitasi penyediaan makanan sebelum, semasa dan selepas. Tunjuk cara mencuci tangan dengan langkah yang betul. (Rujuk Lampiran 2) Langkah 3 Murid menyatakan nama dan fungsi alatan memasak dengan bimbingan guru. (Rujuk Lampiran 3) Langkah 4 Murid melakukan aktiviti mencuci tangan dengan langkah-langkah yang betul. Penutup Murid bersama guru membuat rumusan topik pelajaran.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid menjawab soalan yang disediakan dalam lembaran kerja. (Penilaian 1 dan 2)

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid mengamalkan kebersihan diri dan mengetahui alatan asas memasak di rumah.

REFLEKSI

Page 141: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

131

Lampiran 1 Maklumat Tambahan Guru.

Maklumat Rujukan dan Pengetahuan Berkaitan : Tempat penyediaan makanan yang bersih Tempat penyediaan makanan yang kotor

Amalan sebelum menyediakan makanan

Bahan mentah dan alatan yang akan digunakan mestilah bersih

Page 142: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

132

Amalan semasa menyediakan makanan

Pakaian mestilah sentiasa bersih Cuci tangan sebelum menyedia dan memasak makanan Ruang memasak mestilah bersih Proses penyediaan makanan mestilah dalam keadaan bersih

Page 143: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

133

Amalan selepas penyediaan makanan

Mencuci alatan memasak hingga bersih

Susun semula alatan

Membersih dan mengemas ruang masakan

Page 144: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

134

Lampiran 3

Nama dan fungsi alatan memasak

Alatan

Fungsi

K

kutleri

Sudu teh : Mengacau minuman panas, alat menyukat bahan Sudu makan : Untuk semua jenis makanan mengikut kesesuaian Garfu makan : Untuk semua jenis makanan mengikut kesesuaian Pisau makan : untuk memotong semua jenis makanan seperti daging, ayam,pizza dan lain-lain

Sudip

Sudip rata : Digunakan semasa menggoreng / memasak Sudip berlubang : Digunakan semasa menggoreng minyak banyak

Senduk Kayu : Digunakan untuk mengacau adunan

Page 145: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

135

Alatan

Fungsi

Mangkuk Adunan : Digunakan untuk mengadun makanan

Jag Penyukat : Digunakan untuk menyukat cecair seperti santan, susu dan air.

Sudu Penyukat : Digunakan untuk menyukat bahan yang berkuantiti sedikit seperti garam, esen vanilla dan lain-lain.

Alat Penimbang : Digunakan untuk menimbang bahan kering dan bahan basah

Page 146: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

136

Alatan

Fungsi

Kuali : Digunakan untuk menggoreng makanan

Alat Pengadun Kek : Digunakan untuk mengadun adunan kek dan biskut

Alat Pengisar Buah : Digunakan untuk mengisar buah-buahan untuk menghasilkan jus.

Cerek Elektrik : Digunakan untuk menjerang air sehingga mendidih.

Page 147: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

137

Alatan

Fungsi

Dapur : Digunakan untuk memasak.

Oven Elektrik : Digunakan untuk membakar dan memanas makanan.

Page 148: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

138

Penilaian 1 Nyatakan nama dan fungsi alatan berikut:

Gambarajah

Nama/Fungsi

Page 149: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

139

Lampiran 2 Tunjuk cara mencuci tangan dengan langkah yang betul.

Gosok kedua-dua tapak tangan

Gosok bahagian atas tangan dengan tapak tangan

Gosok kedua-dua tapak tangan Gosok kedua-dua

celah jari tangan Gosok sambil menggaru di kedua-dua tengah tapak tangan

Gosok dikeliling jari pada kedua-dua tangan

Bersihkan kuku jari dengan menggaru-garu jari ke tapak tangan

Gosok dipergelangan tangan.

Page 150: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran

Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

140

Penilaian 2

Susun langkah-langkah mencuci tangan berikut dengan urutan yang betul.

Bil

Langkah-langkah mencuci tangan

Nombor urutan

1.

Gosok kedua-dua celah jari tangan.

2.

Gosok di keliling jari pada kedua-dua tangan.

3.

Gosok di pergelangan tangan.

4.

Gosok kedua-dua tapak tangan.

5.

Bersihkan kuku jari dengan menggaru-garukan jari ke tapak tangan.

6.

Gosok bahagian atas tangan dengan tapak tangan.

7.

Gosok sambil menggaru di kedua-dua tengah tapak tangan.

Page 151: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

141

TAJUK 6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN

6.2 Menyediakan sajian

STANDARD PEMBELAJARAN

6.2.3 Memilih menu sarapan atau minum petang 6.2.4 Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. memilih satu menu sarapan atau minum petang 2. mengira anggaran kos bahan bagi menu sarapan atau

minum petang yang telah dipilih. 3. 3. menghasilkan kad menu mengikut kreativiti murid.

RINGKASAN

Murid memilih satu menu sarapan atau minum petang yang digemarinya, kemudian menghasilkan kad menu mengikut kreativiti murid. Murid mengira anggaran kos bahan berdasarkan menu yang dipilih.

KEMAHIRAN

1. Memilih satu menu sarapan atau minum petang yang

digemari oleh murid 2. Mengira anggaran kos bahan bagi menu yang telah dipilih. 3. Menghasilkan kad menu mengikut kreativiti murid.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

1. Keusahawanan : EK1 - peka kepada peluang dengan mengambil berat terhadap perubahan persekitaran.

- berorentasikan masa depan (berimaginasi) 2. 2. Kreativiti dan inovatif : 3. Berfikiran kritis

3. TMK : Menggunakan perisian untuk menghasilkan kad menu. 4. Nilai murni : Menepati masa, ketelusan, bekerjasama

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Contoh set menu sarapan atau minum petang dan resepi.

Page 152: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

142

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru menunjukkan beberapa contoh menu hidangan bagi sarapan atau minum petang. (Rujuk Lampiran 2 dan 3)

Langkah 1 Murid memilih satu contoh menu yang digemari untuk sarapan atau minum petang.

Langkah 2 Murid menghasilkan kad menu yang kreatif secara kumpulan. Langkah 3 Guru membimbing murid membuat anggaran pengiraan kos bahan berdasarkan menu yang dipilih. (Rujuk Lampiran 4)

Penutup Murid membentangkan hasil kerja kumpulan.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru menilai hasil kerja murid :

a) Kad menu b) Pengiraan kos bahan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid menguasai kemahiran mengira kos bahan.

REFLEKSI

Page 153: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

143

Lampiran 1

CONTOH MENU SARAPAN MINUMAN MINUMAN BERKHASIAT

BANCUHAN SUSU TEPUNG

Bahan-bahan 60 gm susu tepung 500 ml air masak yang telah disejukkan / air panas

Cara membuat 1. Masukkan susu ke dalam 20 ml air.Kacau dengan garfu hingga larut dan sebati. 2. Tambah air selebihnya supaya menjadi 500 ml.

AIR MILO

Bahan-bahan 1 liter susu panas 60 gm Milo 60 gm gula halus

Cara membuat 1. Tuangkan susu panas ke dalam teko. 2. Masukkan Milo dan gula 3. Kacau rata dan hidang

Perhatian Milo boleh diganti dengan ovaltine atau horlick.

Page 154: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

144

MINUMAN MENYEGARKAN

AIR LIMAU Bahan-bahan 2 biji oren atau 3 biji limau nipis atau 6 biji limau kasturi 125 gm gula pasir 125 ml air panas 875 ml air sejuk Ketulan ais

Cara membuat 1. Sediakan sirap. Masukkan kulit limau dan gula ke dalam mangkuk, tuangkan air panas dan tutup mangkuk selama 10-15 minit. 2. Perahkan limau dan tapis jusnya ke dalam jag. 3. Tapis sirap ke dalam jag, tambahkan air dan sejukkan. sejuk.

4. Masukkan ketulan ais ke dalam gelas dan hias dengan hirisan limau.

5. Hidangkan.

PUNCH BUAH-BUAHAN Bahan-bahan 100 gm gula pasir 250 ml air ( untuk menyediakan sirap ) 400 ml air sejuk 300 ml air berkarbonat ½ biji nenas ¼ biji tembikai 1 biji epal 2 biji limau nipis

Cara membuat 1. Buat sirap dan sejukkan. 2. Potong dadu buah-buahan.Perah jus limau nipis ke dalamnya. 3. Campurkan air sirap, air sejuk dan air berkarbonat. 4. Sejukkan minuman atau masukkan ketulan ais. 5. Hidangkan.

Page 155: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

145

MINUMAN MEMBERANSANGKAN

MINUMAN PANAS

AIR TEH

Bahan-bahan 4 uncang teh 1 liter air 1 jag susu 4 cams gula halus

Cara membuat 1. Didihkan air. 2. Panaskan teko dengan sedikit air dan curahkan. 3. Masukkan uncang teh ke dalam teko dan tuang air mendidih ke dalamnya, 4. Tutup teko dan biarkan terseduh selama 5 minit. 5. Hidangkan air teh, gula dan susu berasingan. Perhatian Untuk Air Teh O gunakan 2 uncang teh sahaja.

MINUMAN PANAS

AIR KOPI

Bahan-bahan 1 uncang kopi 1 liter air panas mendidih 6 cams gula halus 1 jag susu

Cara membuat 1. Didihkan air. 2. Panaskan teko dengan sedikit air dan curahkan. 3. Masukkan uncang kopi ke dalam teko dan tuang air mendidih ke dalamnya, 4. Tutup teko dan biarkan terseduh selama 10 minit. 5. Hidangkan air kopi, gula dan susu berasingan. Perhatian

Untuk Air Kopi gunakan 2 uncang dan biarkan terseduh selama 10 minit.

Page 156: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

146

SARAPAN

TELUR SEPARUH MASAK (MEREBUS)

1 biji telur (dicuci)

Secubit garam

Serbuk lada sulah

Cara membuat

1. Didihkan 1/3 air dalam periuk.

2. Apabila air mendidih angkat periuk. Masukkan telur dengan cermat. Pastikan telur diliputi

air. Tutup periuk.

3. Biarkan selama 3 hingga 5 minit mengikut keras yang diperlukan.

4. Hidang telur ke dalam mangkuk telur

5.

Cara alternatif

1. Masukkan telur ke dalam mangkuk.

2. Tuangkan air mendidih hingga meliputi telur.

3. Tutup mangkuk dengan rapat. Biarkan selama 3 hingga 5 minit mengikut keras yang

diperlukan.

ROTI BAKAR

4 Keping roti

2 cams mentega

2 cams kaya/jem

Cara membuat

1. Bakar roti hingga kekuningan.

2. Sapukan mentega dan kaya ke atas kepingan roti.

3. Hidangkan bersama telur separuh masak

Page 157: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

147

OMELET BERINTI Bahan-bahan 2 biji telur 1 camb air susu ½ camt mentega Garam dan lada sulah 1 camb tomato - potong dadu 1 biji cendawan butang – potong dadu 1 camb bawang besar - potong dadu 2 tangkai daun bawang- potong dadu

Cara membuat 1. Pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan garam ,lada sulah dan susu.Kacau sebati. 2. Panaskan kuali masukkan mentega dan tumis bahan-bahan yang dipotong dadu. 3. Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam kuali, apabila telur dadar hampir masak lipat dua . 4. Hidang dan makan bersama roti bakar.

BUBUR AYAM

½ cawan beras

3 cawan air

½ batang lobak merah (potong dadu)

60 gm daging atau ayam (cincang)

2 cm halia (hiris nipis)

2 camt kicap cair

Garam,lada sulah secukupnya

Bahan hiasan

Daun saderi (dimayang) dan bawang goreng

Cara membuat

1. Basuh beras dan masukkan air .Rebuskan sehingga nasi pecah dan berkanji.

2. Perasakan daging atau ayam yang telah dicincang dengan kicap cair.

3. Apabila nasi sudah pecah dan pekat masukkan ayam, lobak merah,halia, garam dan lada

sulah.

4. Renih lagi selama 2- 3 minit.

5. Angkat ,masukkan ke dalam mangkuk dan hias dengan daun saderi dan bawang goreng.

6. Hidang panas-panas.

Page 158: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

148

NASI GORENG UDANG Bahan – bahan 3 mangkuk kecil nasi putih sejuk 1 peket perencah nasi goreng 2 camb besar sayuran campur 200 gm udang (dibuang kulit) 2 camb minyak masak 3 camb sayur campur Bahan hiasan 2 tangkai daun bawang (dipotong ) 1 biji clili merah ( dihiris ) 2 camb bawang goreng

Cara membuat 1. Panaskan minyak 2. Goreng udang hingga separuh masak 3. Masukkan nasi, kacau dan masukkan perencah nasi goreng 4. Masukkan sayuran campur dan kacau rata. 5. Sendukkan nasi dalam pinggan bujur. 6. Hiaskan dengan daun bawang, cili merah dan bawang goreng 7. Hidangkan.

MEE HOON GORENG Bahan – bahan 2 keping mee hoon (direndam) 8 batang daun kucai (dipotong anggaran 2- 3cm) 1 mangkuk kecil taugeh 1 peket perencah mee hoon goreng 200 gm udang (dibuang kulit) 2 camb minyak masak

Bahan hiasan 1 biji cili merah 2 keping hirisan timun 1 biji telur rebus

Cara membuat 1. Panaskan minyak, goreng udang hingga separuh masak. 2. Masukkan mee hoon dan kacau. 3. Masukkan perencah mee hoon goreng 4. Masukkan daun kucai dan taugeh, 5. Masukkan mee ke dalam pinggan. 6. Hiaskan dengan bahan hiasan.

Page 159: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

149

MEE GORENG Bahan – bahan 300 gm mee kuning (basuh di bawah air mengalir dan toskan) 100 gm isi ayam (dipotong nipis) 100 gm kobis (dipotong nipis) 100 gm taugeh (dibersihkan) 1 peket perencah mee goreng 3 tangkai sawi 150 gm udang (dibuang kulit) 1 camb sos tiram 1 camb kicap pekat 2 camb minyak masak Bahan hiasan 1 biji tomato, 1 biji cili merah, 1 biji limau nipis 1 camb bawang goreng

Cara membuat 1. Panaskan minyak. 2. Goreng udang dan isi ayam hingga separuh masak. 3. Masukkan mee kuning dan kacau rata. 4. Masukkan perencah mee goreng, sos tiram dan kicap pekat. 5. Masukkan kobis, sawi dan taugeh. Kacau rata. 6. Hiaskan dengan daun bawang, cili merah, tomato, limau nipis dan bawang goreng. 7. Hidangkan.

Page 160: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

150

ROTI PIZZA

4 keping roti sandwich atau 2 biji roti ban (belah 2)

Inti

1 ketul ikan sardin

1 camb bawang besar (potong dadu)

2 biji buah tomato (potong bulat)

2 camb sos cili

1 cams minyak

1 camb mayonis

2 keping keju.

Cara membuat

1. Panaskan ketuhar 180 c

2. Belah dua roti ban, Lecekkan sardin.

4, Campurkan minyak ke dalam sos cili.

5. Sapukan roti dengan campuran sos.

6. Ratakan sardin dan hiaskan dengan bawang besar,tomato.

7. Paipkan mayonis keju yang telah di hiris. Bakar selama 10-15 minit.

7. Hidang panas-panas .

Perhatian:

Masukkan mayonis dalam beg plastik.Guntingkan penjurunya sedikit.Paip di atas Roti Pizza.

Variasikan inti pizza dengan menggunakan sosej atau tuna.

Page 161: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

151

CLUB SANDWICH 8 Keping roti dibakar 2 camb mentega Inti Sardin 2 ketul ikan sardin dalam tin (dihancurkan dengan garfu) 4 cm lobak merah (disagat) 4 cm timun (disagat) 1 biji bawang besar (dipotong dadu) Inti Keju 2 keping keju 1 biji tomato (dipotong bulat) 3 helai daun salad Inti Telur 2 biji telur (direbus dan dilecek) 2 camb mayonese secubit garam sedikit lada sulah

Cara membuat

1. Gaulkan bahan inti sardin dan inti telur dalam mangkuk berasingan.

2. Sapukan mentega ke atas roti.

3. Letakkan inti sardin pada lapisan roti pertama.

4. Letakkan keju dan sayur pada lapisan roti kedua. Inti telur pada lapisan roti ketiga dan tutup

dengan lapisan roti keempat.

5. Potong pepenjuru menjadi bentuk segi tiga dengan menggunakan pisau roti.

6. Hidangkan.

Page 162: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

152

SANDWICH ROTI PITA Bahan-bahan 2 keping roti pita 2 keping daging burger ayam/daging – (digoreng dan dicincangl) 4 cm batang timun (disagat) 4 cm batang lobak merah (disagat) 1 biji tomato – dipotong bulat 1 biji bawang besar – (dihiris nipis) 1 helai daun salad (dicuci dan toskan) 1 camb minyak masak (untuk menggoreng burger) 3 camb mayonese 4 camb sos cili

Cara membuat

1. Goreng daging burger hingga perang, angkat, toskan dan cincang.

2. Gaulkan daging burger, timun, lobak , bawang besar dengan mayonese(sebagai inti)

3. Belah bahagian tengah roti pita.

4. Masukkan daun salad dan tomato ke dalam roti pita.

5. Masukkan inti ke dalam roti pita ( diatas daun salad dan tomato).

6. Paipkan mayonese dan sos cili sebagai hiasan.

Page 163: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

153

FOLDOVER AYAM Bahan-bahan 4 keping roti tortillar untuk foldover yang sesuai 2 keping daging burger ayam/daging – (digoreng dan dicincang) 4 cm batang timun (disagat) 4 cm batang lobak merah (disagat) 1 biji tomato (dipotong dadu)

2 1 biji bawang besar (dihiris nipis) 3 helai daun salad (dicuci, toskan dan hiris halus) 1 camb minyak masak (untuk menggoreng burger) 3 camb mayonese 3 camb sos cili 4 helai kertas pembungkus burger

Cara membuat

1. Goreng daging burger hingga perang, angkat, toskan dan cincang.

2. Gaulkan daging burger, timun, lobak , bawang besar, daun salad dan tomato dengan

mayonese (sebagai inti)

3. Bentang kertas pembungkus, letakkan roti pita di atas kertas.

4. Letakkan inti di atas roti tortillar, paipkan cili sos diatasnya. Lipat sedikit hujung roti pita dan

gulung.

5. Gulung dengan kertas pembungkus.

Page 164: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

154

MINUM PETANG

MUFIN VANILA

Bahan-bahan

2 biji telur

150 gm gula halus

250 gm tepung gandum

50 gm tepung roti

1 camt serbuk penaik

½ camt esen vanila

150 ml susu segar

150 ml marjerin cair/atau minyak jagung

Cara membuat

1. Panaskan ketuhar 180 C .

2. Ayakkan tepung gandum, tepung roti dan serbuk penaik. Putarkan telur dan gula sehingga

gebu.Masukkan tepung ke dalam adunan telur dan putar sebati. Masukkan susu dan esen

vanila dan putar lagi.

3. Masukkan marjerin cair atau minyak jagung dan kacau rata.

4. Paipkan adunan ke dalam acuan mufin sebanyak dua belas biji.

5. Bakar selama 10 minit.Kemudian angkat dan paipkan isian blueberi ke atasnya dan bakar

selama 10 minit lagi sehingga perang.Apabila masak,angkat dan sejukkan.

6. Hidang bersama minuman panas.

Perhatian

Variasikan perasa mufin dengan strawberi, blueberi,kismis,prun atau mangga.

Sekira tidak ada tepung roti boleh, tambahkan tepung gandum sebanyak 50 gm lagi.

Page 165: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

155

APAM POLKA DOT

Bahan-bahan

2 biji telur

140 gm tepung gandum

1½ camt serbuk penaik

110 gm gula halus

75 gm susu segar

1 camt ovalete

Pewarna merah,hijau,kuning

10 acuan plastik

10 mangkuk kertas

4 keping plastik corong paip.

Cara membuat

1. Panaskan pengukus.

2. Ayakkan tepung dan serbuk penaik.

3. Pukul telur,gula,susu dan ovalete hingga gebu.

4. Masukkan tepung dan kaup balikkan sehingga sebati.

5. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian (masukkan warna pada setiap bahagian)

6. Masukkan mangkuk kertas ke dalam acuan plastik.

7. Paipkan adunan ke dalam mangkuk kertas.

8. Titiskan pewarna dengan menggunakan hujung lidi di atas adunan mengikut kreativiti

9. Kukus selama 10-15 minit, angkat, sejukkan dan hidangkan.

Perhatian

Untuk variasi boleh dimasukkan inti kaya / jem / blueberry / coklat dan lain - lain.

Page 166: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

156

KEK COMEL

Bahan-bahan

125 gm tepung spongemix vanilla

2 biji telur gred B

½ camt ovalete

25 gm air

25 gm marjerin atau mentega yang telah dicairkan

atau minyak

15 keping mangkuk kertas

Cara membuat

1. Panaskan ketuhar 180° C

2. Masukkan tepung,telur,air, ovalete dan putar dengan kelajuan tinggi sehingga gebu.

3. Masukkan marjerin atau mentega cair atau minyak,putar sekejap.

4. Susun mangkuk kertas di atas dulang pembakar. Masukkan ¾ adunan ke dalam acuan

kertas.

5. Bakar selama 12-15 minit. Apabila sudah perang, angkat dan sejukkan.

6. Hidangkan.

Page 167: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

157

PAN CAKE

Bahan-bahan 90 gm tepung naik sendiri 1½ cams marjerin ½ camt garam 1 biji telur 250 ml susu segar ½ camt esen vanilla

Cara membuat 1. Ayakkan tepung naik sendiri ke dalam mangkuk adunan. 2 Satukan semua bahan kecuali telur dan susu, kuak di tengah-tengah tepung dan masukkan telur. 3. Masukkan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata untuk menjadi bater cair. 4. Panaskan kuali non –stick, curahkan ¾ senduk bater ke dalam kuali dan ratakan dengan senduk. 5. Biarkan masak hingga kekuningan di sebelah bawah dan terbalikkan pan cake. 6. Angkat dan hidangkan bersama jem,madu atau potongan buah betik atau mangga. Perhatian Makan bersama jem, peanut butter, sos coklat atau madu.

LEPAT PISANG Bahan-bahan 4 biji pisang emas / pisang raja 10 gm gula pasir 30 gm tepung gandum ¼ camt garam 3 camb kelapa parut putih 8 keping daun pisang 17 cm X 12 cm (layur di atas api)

Cara membuat 1. Panaskan pengukus. 2. Potong daun pisang 17 cm X 12 cm. 3. Lecekkan pisang dalam mangkuk. 4. Campurkan gula,tepung,garam dan kelapa dan kacau rata. 5. Bubuhkan 2 cams adunan ke atas daun pisang. 6. Bentukkan dan bungkus. 7. Kukus selama 15-20 minit. 8. Angkat dan hidangkan.

Page 168: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

158

BAN KISMIS

Bahan-bahan

120 gm tepung gandum 1 camt sebuk penaik 45 gm marjerin 45 gm gula halus 30 gm kismis 1 biji telur 1 camt esen vanilla

Cara membuatnya 1. Panaskan ketuhar kepada suhu 200° C. 2. Lenserkan marjerin ke atas dulang pembakar. 3. Ayak tepung dan serbuk penaik.Potong merjerin di dalam tepung dengan pisau pelepa. 4. Gaul dan ramas dengan hujung jari hingga menyerupai serbuk roti. 5. Masukkan kismis, gula halus dan gaul rata. 6. Buat lubang di tengah tepung, masukkan telur yang telah dipukul dengan vanilla, gaul dengan

pisau pelepa hingga menjadi doh. 7. Bahagikan doh kepada 8-10 bahagian yang sama banyak dan longgokkan di atas dulang

pembakar. 8. Bakar selama 15-20 minit. 9. Angkat dan sejukkan di atas redai kek dan hidang.

Page 169: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

159

Lampiran 2 CONTOH MENU SARAPAN

SET B

AIR MILO

MEE HOON GORENG

BUAH TEMBIKAI

SET C

AIR KOPI

ROTI BAKAR

OMELET BERINTI

BUAH TEMBIKAI SUSU

SET D

AIR MILO

ROTI PIZA

BUAH PISANG

SET A

AIR TEH

NASI GORENG

BUAH BETIK

Page 170: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

160

Lampiran 3 CONTOH MENU MINUM PETANG

SET A

AIR TEH

MUFFIN

SET B

AIR TEH

CLUB SANDWICH

SET C

AIR TEH

FOLDOVER

SET D

AIR KOPI

LEPAT PISANG

Page 171: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

161

Lampiran 4

CONTOH KAD MENU

Page 172: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

162

Penilaian 1 BORANG PENGIRAAN KOS BAHAN Membuat pengiraan kos menu sarapan atau minum petang

A. Kos bahan

Bil Bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah

Jumlah Besar

Page 173: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

163

BORANG PENILAIAN GURU Nama Kumpulan :……………………………………

Nama Ahli :

1. ……………………………………

2. ……………………………………

3. ……………………………………

4. ……………………………………

5. ……………………………………

Bil

Perkara

Skor

Markah

1

Kad Menu

1.1 Nama sajian

1.2 Kebersihan

1.3 Warna

1 2 3 4

1 2 3 4

1 2 3 4

2

Pengiraan kos Bahan

1 2 3 4

Jumlah

Page 174: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

164

TAJUK 6.0 MENYEDIAKAN SAJIAN

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN

6.2 Menyediakan sajian

STANDARD PEMBELAJARAN

6.2.5 Menyedia, memasak dan menghidang sajian. 6.2.6 Membersihkan alatan dan ruang memasak. 6.2.7 Menyelenggara dan menyimpan alatan.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. murid menyediakan bahan-bahan yang diperlukan, berdasarkan menu yang telah dipilh. 2. murid memasak dan menghidangkan sarapan atau minum petang. 3. murid membersih, mengemas, menyelenggara dan menyimpan alatan.

RINGKASAN

Murid menyediakan bahan – bahan, memasak dan menghidangkan sajian pilihan. Murid membersih, mengemas, menyenggara dan menyimpan alatan.

KEMAHIRAN

1. Menyediakan bahan-bahan masakan. 2. Memasak dan menghidang sajian pilihan. 3. Membersih, mengemas, menyenggara dan menyimpan alatan.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan: EK2 : 1. Berorientasikan pencapaian, murid tahu matlamamt dan tindakan. 2. Boleh menyiapkan tugasan dalam masa yang diberi. 3. Berkeupayaan memimpin. Kreativiti dan Inovatif : 1. Penjanaan idea dan membuat kesimpulan. Nilai murni : 1. Kerjasama, kebersihan, kesabaran, jimat cermat

Page 175: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

165

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Bahan masakan, alatan memasak, alatan menghidang dan kelengkapan membersih.

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru menunjukkan contoh set peranggu meja untuk menghidang. (Lampiran 1) Langkah 1 Murid menyediakan bahan masakan yang diperlukan berdasarkan menu yang telah dipilih. Langkah 2 Murid memasak sajian sarapan atau minum petang dengan bimbingan guru. (Lampiran 3)

Langkah 3 Murid menghidang sajian yang telah disediakan. Langkah 4 Murid membersihkan alatan memasak, mengemaskan ruang memasak dan menyimpan alatan memasak.

Penutup Murid membuat rumusan dengan bimbingan guru.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Guru menilai hasil kerja murid dengan menggunakan borang penilaian (Lampiran 2)

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid telah mempelajari tentang sanitasi penyediaan makanan

REFLEKSI

Page 176: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

166

Maklumat Tambahan Guru.

Murid memasak sajian sarapan atau Contoh menghidang sajian minum petang dengan bimbingan guru. Membersih alatan dan mengemas ruang memasak serta menyelenggara dan menyimpan latan

Mencuci alatan memasak Mengeringkan pinggan

Mengelap pinggan Menyimpan alatan menghidang

Page 177: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

167

Menyapu lantai Mengemop lantai Alat pengasah pisau Mengasah pisau menggunakan batu asah

Page 178: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

168

Lampiran 1 Peranggu Meja

Page 179: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

169

Lampiran 2

BORANG PENILAIAN

Nama Kumpulan :……………………………………

Nama Ahli :

1. ……………………………………

2. ……………………………………

3. ……………………………………

4. ……………………………………

5. ……………………………………

BIL ASPEK MARKAH (√)

Lemah Sederhana Baik

1 Sanitasi

2 Urutan kerja

3 Kerjasama dalam kumpulan

4 Rupa

5 Tekstur

6 Rasa

7 Hiasan

8 Persembahan

9 Penyelenggaraan alatan

Ulasan Guru

Tanda tangan Guru

Page 180: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

170

Lampiran 3

MEMASAK ROTI PIZZA

1. 1. Menyediakan bahan 2.

2. Menghancurkan sardin

3. Menyapu sos ke atas roti

4. Meletakkan sardin hancur ke atas

roti

5. Melekakkan bawang dan tomato

Page 181: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

171

6. Paipkan mayonis

7. Letakkan keju

8. Membakar roti pizza

9. Hiasan

10. Menghidang

Page 182: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

172

MEMASAK APAM POLKA DOT

1. Menyusun acuan ke dalam loyang

2. Menyediakan bahan piping

3. Menyediakan adunan

4. Paipkan adunan ke dalam acuan

5. Menitikkan pewarna

Page 183: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

173

6. Menitiskan pewarna

7. Memasukkan ke dalam loyang pengukus

8. Sedia untuk dikukus

9. Mengukus

10. Apam polka dot telah siap dimasak

11. Menghidang

Page 184: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

174

PENYEDIAAN KEK COMEL

1. Panaskan oven

2. Susunkan acuan kek ke dalam dulang pembakar

3. Sediakan bahan

4. Masukkan tepung ke dalam

mangkuk adunan

5. Pecahkan telur ke dalam

Page 185: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

175

6. Masukkan telur ke dalam mangkuk

adunan

7. Masukkan minyak

8. Masukkan air

9. Masukkan ovelete

10. Putar adunan sehingga sebati

11. Masukkan adunan ke paras ¾

cawan

Page 186: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

176

12. Bakar kek selama 10-15 minit

13. Hasilnya

15. Menghias kek menggunakan aising

16. Paipkan aising ke atas kek

17. Hias kek dengan manik berwarna

18. Hiaskan kek coklat chip dan coklat

urai

Page 187: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

177

TAJUK 6.0 MENGHIAS DAN MEMBUNGKUS MAKANAN

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN

6.3 Menghias dan Membungkus Makanan

STANDARD PEMBELAJARAN

6.3.1 Menyatakan bahan hiasan seperti aising, coklat urai, jem dan kelapa parut kering 6.3.2 Menyatakan jenis pembungkus makanan seperti bekas plastik dan kertas pembungkus. 6.3.3 Menyatakan maklumat pada label pembungkus makanan iaitu jenama, nama makanan, kandungan, tanda harga, tanda halal, berat dan tarikh luput.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. memilih jenis hiasan dan pembungkus makanan yang sesuai

dengan makanan yang disediakan. 2. menyatakan maklumat yang terdapat pada label

pembungkus. 3. memilih pembungkus makanan yang sesuai dengan

makanan.

RINGKASAN

Murid menyatakan bahan-banan untuk menghias makanan dan jenis pembungkus yang akan digunakan. Murid juga menyatakan maklumat yang perlu ada pada pembungkus makanan

KEMAHIRAN

Menyediakan pembungkus dan label makanan untuk pelajaran akan datang.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan: EK3 : Mengumpul maklumat EK4 : Menghasilkan produk berasaskan pengetahuan Kreatif dan inovatif : Menggunakan sumber alternatif

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

Contoh bahan hiasan,carta bergambar dan pembungkus makanan.

Page 188: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

178

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru menunjukkan pelbagai bahan hiasan dan pembungkus makanan. ( Lampiran 1 )

Langkah 1 Guru membimbing murid mengenalpasti bahan hiasan dan pembungkus yang sesuai dengan jenis makanan. Langkah 2 Guru meminta murid menyatakan maklumat yang terdapat pada label pembungkusan. Langkah 3 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menyediakan label makanan untuk kegunaan pembelajaran pada minggu hadapan. Langkah 4 Guru menunjuk cara membungkus makanan. Penutup Guru membuat rumusan.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid menilai hasil kerja kumpulan dengan menggunakan borang penilaian dengan bimbingan guru.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah melihat pelbagai jenis hiasan pada makanan dan pembungkus makanan.

REFLEKSI

Page 189: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

179

MAKLUMAT TAMBAHAN GURU

Pembungkusan

Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa

dihantar, disimpan atau dipamerkan. Pembungkusan berperanan memberi maklumat kepada

pengguna. Pembungkusan juga merupakan antara kaedah promosi sesuatu produk.

Sejarah

Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Setelah zaman industri

di Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud menjadi satu bidang perdagangan

yang penting.

Maklumat rujukan dan pengetahuan berkaitan :

1. Menyatakan maksud, tujuan, dan kepentingan pembungkusan

2. Menyatakan fungsi pembungkusan

3. Menyatakan prinsip asas pembukusan

4. Menyatakan jenis pembungkus

5. Menyatakan kriteria penting dalam pembungkusan

6. Menyatakan maklumat yang perlu ada pada pembungkusan

7. Mengenal pasti bahan pembungkus yang sesuai

Tujuan Pembungkusan

1. Barang yang dijual kelihatan lebih menarik

2. Satu cara promosi

3. Menarik perhatian pelanggan

4. Barang tahan lama

Kepentingan Pembungkusan

1. Mudah dibawa.

2. Menjaga kebersihan produk, terutama makanan.

3. Mengawal keselamatan dan fizikal barangan daripada rosak atau pecah semasa penghantaran.

4. Memudahkan penstoran atau penyimpanan produk.

5. Memberi maklumat produk kepada pembeli dan pengguna.

6. Memelihara mutu produk.

Fungsi

1. Melindungi barangan dari segi fizikal

2. Menjamin kualiti barangan

3. Memudahkan kerja penghantaran, penyimpanan dan pameran barangan

4. Menyampaikan maklumat barangan kepada pengguna

5. Mengiklankan maklumat dan mempromosikan barangan

Page 190: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

180

Prinsip Asas Pembungkusan

1. Bentuk dan jenis pembungkusan – berdasarkan kesesuaian barangan atau produk

2. Rekaan Ilustrasi atau gambar foto – mestilah menarik perhatian pembeli

3. Penentuan warna – amat penting dalam pembungkusan untuk menarik perhatian pengguna.

Sesetengah pengeluar barangan menjadikan warna sebagai identiti produk mereka.

4. Pemilihan Muka Taip – elemen penting dalam promosi barangan.

5. Gubahan Reka Letak – bergantung kepada jenis pembungkusan.

Jenis Pembungkusan

1. Kertas.

2. Aluminium (keluli dan aluminium foil)

3. Kaca.

4. Plastik

5. Polisterin.

Kriteria penting dalam pembungkusan 1. Warna

2. Ilustrasi

3. Muka Taip (tipografi)

4. Penerangan

5. Logo syarikat, nama dan alamat

6. Bentuk bungkusan

7. Reka letak

8. Kemasan dan persembahan

Maklumat yang perlu ada pada pembungkusan

1. Jenama produk

2. Nama makanan

3. Kandungan

4. Tanda harga

5. Nama pengeluar atau syarikat

6. Nombor telefon

7. Berat bersih

8. Tarikh luput

9. Kod bar

10. Tanda halal

Page 191: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

181

Kaedah Pembungkusan

Maklumat Penting

Makanan dan minuman

Kandungan bahan, tarikh luput dan status makanan itu sama ada

halal

Ubatan dan kosmetik

Memaparkan maklumat tentang bahan kimia yang digunakan

dan kesesuaian bahan untuk kelompok pengguna

Barangan elektrik

Jumlah kuasa watt dan kelulusan SIRIM

Barangan kaca

Simbol gelas pecah (Fragile), dibalut dengan plastik yang mempunyai gelembung udara.

Page 192: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

182

Lampiran 1

Contoh Bahan Hiasan Makanan

Coklat urai bewarna Bijan

Beg krim aising Kismis

Strawbery Krim putar Hirisan Badam

Page 193: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

183

Contoh Menghias kek, donat dan biskut

Page 194: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

184

Lampiran 2

Contoh pembungkus

Page 195: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

185

Page 196: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

186

Lampiran 3

(Contoh Label yang mengandungi maklumat pada pembungkusan)

Page 197: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

187

BORANG PENILAIAN Nama Kumpulan :……………………………………

Nama Ahli :

1. ……………………………………

2. ……………………………………

3. ……………………………………

4. ……………………………………

5. ……………………………………

BIL ASPEK MARKAH (√)

Lemah Sederhana Baik

1 Kesesuaian bahan

2 Maklumat lengkap

3 Kerjasama dalam kumpulan

4 Kreativiti dan inovasi

5 Hasil kerja kumpulan

6 Kekemasan

7 Menarik

Ulasan guru

Tanda tangan

Tarikh

Page 198: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

188

TAJUK 6.0 MENGHIAS DAN MEMBUNGKUS MAKANAN

MASA 60 minit (2 waktu)

STANDARD KANDUNGAN

6.3 Menghias dan Membungkus Makanan

STANDARD PEMBELAJARAN

6.3.4 Menghias dan membungkus makanan seperti kek, roti, donut dan biskut

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1 Menghias makanan dengan hiasan yang sesuai 2 Membungkus makanan dengan pembungkus yang sesuai

RINGKASAN

Murid menghias dan membungkus makanan dengan cara yang betul

KEMAHIRAN

1 Menghias dan membungkus makanan dengan

pembungkus yang yang sesuai. 2 Menghasilkan pembungkusan makanan yang menarik

untuk tujuan promosi. 3 Mengaplikasikan sanitasi dalam penyediaan dan

pembungkusan makanan.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Keusahawanan: EK4 : Menghasilkan produk berasaskan kemahiran teknologi EK5 : 1. Prinsip keadilan, membahagikan tugas sama rata. 2. Prinsip ketelusan TMK : Membuat jaringan social Nilai murni : Kerjasama, kebersihan

BAHAN BANTUAN MENGAJAR

1. Bahan-bahan hiasan makanan 2. Jenis – jenis pembungkusan 3. Contoh makanan yang telah siap dibungkus 4. Peralatan untuk menghias makanan

Page 199: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

189

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi Guru menunjukkan contoh makanan yang telah siap dibungkus dan mengaitkan gambar dalam Lampiran 1 pada hari itu. Langkah 1 1. Murid diminta berada dalam kumpulan yang telah

ditetapkan pada pelajaran yang lepas. 2. Ketua kumpulan diminta ke meja guru untuk mengambil

makanan dan bahan hiasan.

Langkah 2 Tunjuk cara guru 1. Cara menghias makanan dengan menggunakan peralatan menghias. 2. Membungkus makanan. Langkah 3 1. Murid menghias makanan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing 2. Murid membungkus makanan yang telah dihias menggunakan pembungkus bermaklumat yang telah

disediakan pada pelajaran yang lepas.

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Murid mempersembahkan hasil kerja. Guru dan murid membuat penilaian ke atas hasil kerja setiap kumpulan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

1 Murid telah mempelajari bahan hiasan dan jenis pembungkus makanan pada pelajaran yang lepas.

2 Murid berpengalaman membeli makanan berbungkus.

3 Murid berpengalaman melihat hiasan kek seperti kek hari jadi.

REFLEKSI

Page 200: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

190

Lampiran 1

Maklumat Tambahan Guru

Tujuan Menghias Makanan, mencantikkan rupa makanan, Menambah dan menyedapkan

rasa makanan dan menambahkan nilai komersial

Contoh kek cawan yang telah dihias

Page 201: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

191

Page 202: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

192

BORANG PENILAIAN Nama Kumpulan :………………………………

Nama Ahli : 1……………….

2……………….

3……………….

4……………….

5………………..

BIL ASPEK SKALA MARKAH (√)

Lemah sederhana

Baik

1 Sanitasi

2 Urutan kerja

3 Kerjasama dalam kumpulan

4 Kebersihan tempat kerja

5 Hasil kerja kumpulan

6 Hiasan makanan( kek/ roti /donat / biskut)

7 Pembungkusan

8 Melabel makanan

9 Penyengaraan alatan

Ulasan guru

Tanda tangan

Tarikh

Page 203: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

193

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT KEMAHIRAN TEKNIKAL

BIL. NAMA

1 EN. MAZLAN BIN HJ. TALIB

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

2 PN. JAMILAH BINTI ABDUL RASHID

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

3 EN AZLAN BIN ARSHAD (K)

SRK STELLA MARIS (M), KANGAR, PERLIS

4 EN. SHAHRIL BIN KAMARUDIN (P)

SK INDERA MAHKOTA UTAMA, KUANTAN, PAHANG

5 EN. NORHAYAT BIN MARZUKI

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM, SERDANG, SELANGOR

6 EN. ROSLI BIN HARUN

IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, DURIAN DAUN, MELAKA

7 HJ. SYED HADZIR BIN SYED HUSSIN

IPG KAMPUS TUN HUSSIEN ONN, BATU PAHAT

8 EN. NOORADZHAR BIN MOHD ZAIN

JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI, JOHOR

9 EN. MOHAMAD LATIFF BIN SAARI

SK BUKIT KERAYONG, KUALA SELANGOR, SELANGOR

10 EN. MOHAMAD HILMI BIN ABDULLAH

SK SUNGAI PUSU, GOMBAK, SELANGOR

11 EN. MOHD RAHIM BIN MOHD SHARIF

SK SRI LANGAT, BANTING, SELANGOR

12 EN. AZLAN BIN DERAMAN

SK JURU, BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

13 EN. IDRIS BIN MOHAMAD DARUM

SK KAMPUNG IDAMAN, PELABUHAN KLANG, SELANGOR

Page 204: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

194

14 EN. MAHAMAD SHUKRI BIN JUSOH

SK TOH INDERA WANGSA AHMAD, BATU GAJAH, PERAK.

15 PN. HJH. AISHAH BINTI ABD RASHID

SK PULAU SERAI, DUNGUN, TERENGGANU

16 EN. ABDUL HALIM BIN MOHD HANIFA

SK BUKIT MINYAK, BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

17 EN. SUHARTO BIN SALLEH

SK CHE DERIS, KOTA BHARU, KELANTAN.

18 EN. MOHD ASRI BIN ARIFFIN

SMK PERMATANG RAWA, BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI,

PULAU PINANG

19 PN. HJH. FAIZAH BINTI ISMAIL

SMK BANDAR TUN RAZAK, CHERAS, KUALA LUMPUR

20 HJ. ZULKIFLY BIN THAHIR

SBP INTEGRASI SELANDAR, MELAKA.

Page 205: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

195

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT TEKNOLOGI PERTANIAN

BIL. NAMA

1 TN. HJ. ASHIM BIN YAHAYA (KU)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

2 CIK MASSITA BINTI RAMLAN (PENGERUSI)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

3 EN. MOHD NASIR BIN YOP AHMAD (K)

SK BANDAR BARU PUTERA, IPOH, PERAK

4 EN. FAHAM BIN KOSIRAN (P)

SMK TIRAM JAYA, TG.KARANG, SELANGOR

5 EN. YEOW KEK ONG

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA

6 PN. HJH. MAIMUNAH BINTI BAHRON

SMK TUNKU ISMAIL, SG.PETANI, KEDAH

7 EN. RUZIHAN BIN SAID

SK PERMATANG SINTOK, SEBERANG PRAI, PULAU PINANG

8 EN. ALI BIN LONG

SK SERI PENANTI, SEBERANG PRAI, PULAU PINANG

9 EN. ABDUL BIN MOHAMAD

SK OLAK LEMPIT, BANTING, SELANGOR

10 EN. NGAZUDDIN BIN MASJUDI

SK SEKENDI, SABAK BERNAM, SELANGOR

11 PN. HJH. BEDAH BINTI HASSAN

SMK RAJA JUMAAT, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

Page 206: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

196

PANEL PENGGUBAL MODUL KSSR RBT SAINS RUMAH TANGGA

BIL. NAMA

1 RAHAYU BINTI HJ. JAAPAR

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

2 SYAHROM AZHAM BIN AZLAN TAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

3 PN. HJH. LATIFAH BINTI HASSAN (K)

SK TELOK KEMANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

4 PN. SITI ZARINA BINTI AZIRUN (P)

SMK JLN KEBUN, SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM , SELANGOR

5 PN. HJH. HAMIDAH BINTI HASSAN

JABATAN PELAJARAN, NEGERI KELANTAN

6 PN. HJH. FUZIAH BINTI HARUN

IPG, KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, DURIAN DAUN, MELAKA

7 PN. RUBAIZAH BINTI MD DIN

SK PALONG 9(F), GEMAS, NEGERI SEMBILAN

8 PN. SARINA BINTI DESA

SK PASUKAN POLIS HUTAN, 31150 ULU KINTA, IPOH, PERAK.

9 PN. RATNA BINTI ISMAIL

SK KGV, EMPANGAN SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

10 PN. HJH. JAMIAH BINTI MOHD SALLEH

SMK TUNKU MAHMUD ISKANDAR, SG.MATI, MUAR JOHOR

11 PN. HJH. MASAHMAH BINTI JARKASE

SMK CHAAH, 85400 CHAAH, SEGAMAT, JOHOR.

12 PN. ANITA BINTI HASHIM

SMK SEKSYEN 1, BANDAR KINRARA, 47180 PUCHONG, SELANGOR

13 PN. HJH. MASYATI BINTI MAIL

SMK DATUK BENDAHARA, JLN PEGAWAI, 77000 JASIN, MELAKA.

Page 207: 5. complete modul rbt thn 5

Draf Modul Pengajaran Reka Bentuk dan Teknologi KSSR Tahun 5

197

14 PN. HJH. RAHIMAH BINTI ELIAS

SMK SRI GADING, BATU PAHAT, JOHOR

Page 208: 5. complete modul rbt thn 5
Page 209: 5. complete modul rbt thn 5
Page 210: 5. complete modul rbt thn 5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aras 4-8, Blok E9,

Kompleks Kerajaan Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya.

Tel: 03-88842000 Faks: 03-88889917

http://www.moe.gov.my/bpk

Terbitan: