modul pgsr budaya dlm pembelajaran

38
1 UNIT 1 BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya) Sinopsis Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumi tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra budaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta kelas bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman. Aspek- aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya TOPIK 1 KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA 1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih- lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan

Upload: dnurhidayah-adenan-imnida

Post on 13-Jul-2015

112 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

1

UNIT 1

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN

( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah

yang Mesra Budaya)

Sinopsis

Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk

yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumi

tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra

budaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara

hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar

berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga

membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta kelas

bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman. Aspek-

aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi

tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya

supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai

budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia

mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya

TOPIK 1

KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH

YANG MESRA BUDAYA

1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat

penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-

lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan

fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan

fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu

suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan

perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973)

sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social

interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan

yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan

Page 2: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

2

bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk

dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan

kebudayaan yang berbeza.

Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra

Budaya

1) Aspek Fizikal :-

Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai

mengikut keperluan aktiviti.

Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik.

Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut.

Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.

Melukis mural diswekitar kelas.

Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

2) Sudut-Sudut Pembelajaran:-

Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat

membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta

sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti

buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen

dan multimedia.

1.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah

yang Mesra Budaya

1) Aspek Fizikal:-

Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya

terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan

etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan.

Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli

kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung

kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung

dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak

langsung.

Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh

guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah

sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan

serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian

Page 3: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

3

juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-

murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk

perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan

untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta

belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah

berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.

Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong

menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di

berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung

Ali, Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau

fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work

space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “

the physical environment of the classroom such as use of space, classroom

setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture”

2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-

Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru

seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat

mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan

serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung

murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta

hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan

perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti

multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik

minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang

kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman

yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta

menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari

Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong

oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind

to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore,

investigate and discover knowledge”.

Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-

sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara

kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara

yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu

suasana mesra budaya dalam bilik darjah.

Page 4: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

4

Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut

bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah

dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai

sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar

belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh

guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan

dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta

menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

1.3 Peranan guru sebagai ‘Physical Enviroment Designer’.

Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu

mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakah

ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai ‘Physical Enviromet

Designer’ agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciri

yang perlu diambil perhatian termasuk:

Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu

Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid

Mengkikis pra sangka

Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid

dengan mendalam.

1.4 Rumusan

Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana

serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat

mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan

mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan

sosial.

Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan

tempat duduk pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik

Sudut –sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil

kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua

bangsa dalam kelas.

Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan

kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan

pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra

budaya.

Page 5: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

5

2.1 Konsep Dan Tujuan Pengurusan Sosio-Emosi

Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi,Menurut

Kamus Pelajar Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan dengan

masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung

dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.

Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan

orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti

sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu

kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawa

maksud “untuk keluar”. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh

seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi

juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar

sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati,

tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu

emosi positif seperti gembira, teruja dan emosi negatif pula adalah seperti marah,

kecewa dan lain-lain.

Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses

berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

2.2 Perkembangan dan Pengurusan Sosio-emosi Di Dalam Bilik Darjah

Perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan

seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid

belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri

dalam bilik darjah.

Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan

menguruskan emosi sendiri dan membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan

TOPIK 2

PENGURUSAN SOSIO-EMOSI

Page 6: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

6

pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial di dalam kelas yang mempunyai

latar belakang majmuk yang mesra dan harmoni.

Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi

penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di

dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza

budaya dan latar belakang .

Teori-teori Pengurusan Sosio-emosi:

Bandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh dengan

cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang

diperhatikannya dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara

kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya

mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan

yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-

individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-

kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.. Kejayaan atau kegagalan

mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat

kepada imej kendiri seseorang individu.

2.3 Strategi Pengajaran Dalam Pengurusan Sosio-emosi Belajar Melalui Bermain:

Tahukah “Belajar melalui bermain” adalah salah satu strategi pengajaran yang dapat

memberi perhatian kepada sosio-emosi pelajar dalam kelas pelbagai budaya. Belajar

melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi

peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna.

Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran

dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka

gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui

pengalaman langsung secara semula jadi.” [Huraian Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan, 2003]

Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru

untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi.

Bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran

dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif.

Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui

bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai

pembelajaran tidak formal.

Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk

kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil belajar’.

Page 7: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

7

Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang

menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan

bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.Manakala Dewey (1852 – 1859)

pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di

mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak.

2.4 Kepentingan Pengurusan Sosio-emosi

Guru perlu mengurus sosio-emosi murid-muridnya secara berkesan kerana kegagalan

guru berbuat demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid. Antara aspek

akan berlaku dalam pengurusan sosio-emosi terdiri daripada berikut:

a) Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.

b) Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap

prestasi kesuluruhan

c) Memberi tekanan mental kepada murid dan guru

d) Murid rasa tergangggu dan tidak selesa

e) Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran

2.5 Rumusan

Topik ini membincangkan mengenai pengurusan sosio-emosi pelajar dan

kepentingannya seseorang guru dapat menguruskan sosio-emosi pelajar dalam bilik

darjah yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Antara aspek –aspek penting adalah

berikut:

Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses

berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi

penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan

rakan di dalam kelas pelbagai budaya

Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh

seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid

secara semula jadi. Ia amat bermakna dalam membantu mengeratkan

hubungan antara murid pelbagai latar belakang

Pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan tekanan mental akan

dihadapi pelajar jika keadaan sosio-emosi tidak diurus dengan baik oleh guru.

Page 8: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

8

TOPIK 3 PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK

3.1 Hubungan etnik

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum.

Jangan kita lupa bahawa negara kita pernah menghadapi konflik etnik yang

menyebabkan berlakunya pelbagai masalah. Sebagai rakyat Malaysia sudah

semestinya kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969.

Perlu kita sedar bahawa pengalaman pahit tersebut telah menyedarkan kita bahawa:

1. Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan

politik

2. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang

seimbang

3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu seiring dan seimbang supaya

tidak timbul kepincangan dalam masyarakat sehingga menimbulkan konflik.

Adalah penting untuk kita memahami apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan.

Dalam konteks negara kita Malaysia keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi

yang saksama dan perkongsian pemerintahan yang matang. Persoalannya ialah:

Apakah faktor yang dapat mewujudkan keseimbangan?

Apakah perkara yang perlu dipertahan atau dipelihara untuk menjamin

keseimbangan yang berterusan?

Mudah sahaja iaitu usaha yang berterusan dalam memupuk dan mengekalkan

hubungan etnik yang harmonis.

3.2 Kepentingan Memahami Hubungan Etnik

Sebagai seorang guru, anda perlu memahami akan kepentingan hubungan etnik. Ini

adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah

anda dan dalam jangka waktu panjang ialah untuk mewujudkan “1 Malaysia”.

Apakah kepentingan memahami hubungan etnik? Mari kita meneliti betapa pentingnya

setiap individu memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita. Antara

kepentingan termasuk:

Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi

konflik etnik

Page 9: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

9

Hubungan etnik berkait rapat dengan:

- seluruh struktur sosial masyarakat dan

- memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan ,

- punca konflik serta

- sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial

Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan

kemampuan sosioekonomi negara kita.

Hubungan etnik dapat mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial.

Melalui hubungan etnik, akan dapat kita fahami isu prasangka dan diskriminasi

yang berlaku serta gambaran tentang peranan faktor personaliti dalam

menentukan tatalaku anggota masyarakat.

Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan

perubahan sosial.

Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara.

Adalah perlu kita fahami bahawa keharmonian hubungan etnik di negara kita tidak

bergantung sepenuhnya kepada keadaan berbaik-baik antara kaum tetapi juga antara

kumpulan kelas sosial yang berbeza.

Hubungan etnik yang wujud pada masa kini telah mencorakkan sistem sosial di

Malaysia. Sejauhmana tahap perpaduan nasional di negara kita masih sukar diukur.

Namun demikian negara luar melihat bahawa wujudnya keharmonian dalam hubungan

etnik di Malaysia. Ini telah memberi impak kepada sektor-sektor pelancongan,

perindustrian, perdagangan dan lain-lain. Masyarakat luar dapat melihat kestabilan

politik dan ekonomi di sini. Inilah antara kesan yang wujud hasil daripada hubungan

etnik yang seimbang dan stabil.

3.3 Rumusan

Topik ini membincangkan mengenai hubungan etnik di Malaysia dan kepentingannya

setiap daripada rakyat Malaysia memahami tentang hubungan etnik dalam negara kita.

Antara aspek –aspek penting adalah berikut:

Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi

konflik etnik

Page 10: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

10

Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan

memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca

konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial

Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan

kemampuan sosioekonomi negara kita

Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan

perubahan sosial.

Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara.

TOPIK 4

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

4.1 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran

“Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan

pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Ia merupakan satu proses

daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang

telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses

pengajaran itu. Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk

membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran

Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk

membimbing pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Santrock J.W dalam bukunya

Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa pengajaran

berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu : pengetahuan profesional guru dan

komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang

(excellent instructional planning).

Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan

tingkah laku yang berbeza. Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa

perubahan tingkah laku yang segera. Perubahan struktur mental yang berlaku

melibatkan perubahan skema, kepercayaan, jangkaan dan matlamat. Proses

pembelajaran yang berlaku secara berterusan akan membawa perubahan tingkah laku.

Contohnya, seseorang murid akan mula menguasai kemahiran membaca setelah

proses pembelajaran berlaku secara berulang-ulang dan berterusan. Penguasaan dan

pemahaman terhadap sesuatu fakta akan mudah dikuasai apabila proses pembelajaran

dibantu dengan pelbagai bahan bantu mengajar sebagai bahan rangsangan seperti

gambarajah, jadual, carta, gambar dan lain-lain alat bantu yang memudahkan murid-

murid menghubungkaitkan maklumat.

Page 11: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

11

4.2 Ciri-ciri Guru Berkesan

Salhah Abdullah (2006) dalam bukunya Guru Sebagai Fasillitator menegaskan bahawa

”guru sebagai fasilitator berperanan sebagai perancang, pengurus dan pelaksana perlu

berpandukan prinsip pengurusan yang sistematik. Prinsip perancangan perlu tepat

diikuti dengan prinsip penyampaian yang sesuai dan disusuli dengan prinsip tindakan

yang tepat ” ( p.43).

“Effective teachers have good command of their subject matter and a solid core of

teaching skills. They have excellent instructional strategies supported by methods of

goal setting, instructional planning, and classroom management. They know how to

motivate, communicate, and work effectively with students who have different levels of

skills and come fromculturally diverse backgrounds. Effective teachers also understand

how to use appropriate levels of technology in the classroom. “ (Santrock, 2006)

Matlamat pengajaran pula adalah seperti berikut:

• Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuan

• Membolehkan pelajar menguasai kemahiran kogintif, afektif dan psikomotor.

• Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihat.

• Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.

• Membantu pelajar supaya boleh berdikari

4.3 Konsep Pembelajaran

4.4 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan

membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Manakala pengurusan

pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan aspek-aspek berikut:

Merancang pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dengan

mengambilkira latar belakang murid yang berbeza

Melaksana pengajaran dan pengajaran seperti yang telah dirancang dan

membuat pengubahsuaian semasa jika perlu

Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk

membuat penambahbaikan

Page 12: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

12

4.5 Pengurus Pengajaran dan pembelajaran Dalam Kelas pelbagai budaya:

Seorang guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar

‘pengurus’. Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan

berkesan termasuk :

Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling

Sistematik dalam merancang dan menilai

Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang

Bijak mengurus masa

Berpandangan jauh

Bersedia untuk berubah dan fleksibel

Berkomuknikasi dengan berkesan

4.6 Peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran, peringkat-peringkat

pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan persediaan guru :

i) Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran

ii) Semasa proses pengajaran dan pembelajaran

iii) Selepas proses pengajaran dan pembelajaran

Rajah 1: PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

GURU

PERANCANGAN

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

PENILAIAN & PENGUKURAN

PENAMBAHBAIKAN

PEMULIHAN

PENGAYAAN

HASIL PEMBELAJARAN

TERCAPAI

- BAHAN

- SUMBER

- STRATEGI

Tidak

Berkesan

Berkesan

Seb

elu

m P

eng

ajar

an

Sem

asa

Pen

gaj

aran

Sel

epas

Pen

gaj

aran

Page 13: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

13

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran

Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid pelbagai budaya, guru

perlu membuat persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran.

Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan

pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek :

Hasil pembelajaran yang tepat

Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid

Sumber pengajaran yang mencukupi

Bahan bantu mengajar yang berkesan

Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas

(a) Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan perancangan dan

penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat bantu mengajar yang

sesuai dan berkesan sangat penting untuk membantu guru menerangkan konsep

abstrak yang sukar kepada para pelajar. ” Mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapat

membantu menerangkan sesuatu konsep” (Hiebert, Weame & Taber, 1991; Kozma,

1991). Contoh-contoh bahan bantu mengajar seperti bahan maujud, gambar, pengursan

grafik, peta minda, gambarajah, radio, komputer, video, kad imbasan, gambarajah,

akhbar, majalah, audio visual, model, prototaip atau bahan-bahan sejarah. Ciri-ciri

bahan pengajaran efektif pula berbentuk maujud, praktikal, selamat digunakan dan guru

dapat menggunakan bahan tersebut untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar

difahami dengan berkesan.

Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi

pelajaran agar murid mudah menguasai konsep abstrak yang kompleks. Ini diakui oleh

Mayer & Gallini, (1990); “ Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contoh-

contoh yang berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran “. Manakala

Slavin (1994) menyarankan “guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik

minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat

bantu mengajar (ABM).

(b) Pemilihan Sumber Pengajaran

Guru yang bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber bukan sahaja berjaya

memberi penerangan yang jelas kepada pelajarnya tetapi juga mampu membuat

perkaitan antara idea-idea, mencadangkan pemikiran baru dan mencabar pelajar untuk

berfikir pada aras tinggi .

Sumber- sumber pembelajaran yang boleh digunakan seperti buku teks, buku rujukan,

internet, maklumat akhbar, majalah, rancangan radio dan televisyen, jurnal , prospektus,

phamplets and brochures, laporan penyelidikan, statistik rasmi, Akta, Arahan

Page 14: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

14

Perbendaharaan termasuk sumber hasil temubual dan soal selidik. Sumber yang tepat,

sesuai, dan mencukupi mampu mencabar

minda pelajar seterusnya menarik minat mereka untuk memahami isi pelajaran dengan

lebih berkesan. Semasa merancang pengajaran, saya mendapatkan seberapa banyak

input daripada pelbagai sumber sebelum memulakan setiap sesi pengajaran .

Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

(a) Strategi Pengajaran Releven Pelbagai Budaya

Pemilihan strategi pengajaran yang tepat juga mampu membuatkan penyampaian

maklumat dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutama aktiviti yang

melibatkan interaksi aktif murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar

belakang.

Semasa guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu

memastikan

melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang

mengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuai

menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran

menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal

untuk murid-murid yang mempunyai latar belakang berbeza

mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid

mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan

Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Seterusnya proses penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untuk

mengetahui keberkesanan pengajaran. Penilaian prestasi merupakan satu proses

meliputi aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi, aktiviti, hasil dan impak

pengajaran dan pembelajaran bagi membuat analisis untuk memastikan pelajar telah

menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru. Guru juga dapat

merancang aktivti selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan dan mengambil

tindakan susulan .

Menurut D. Stufflebeam dalam bukunya “ Educational Evaluation and Decision Making”,

beliau telah mentakrifkan penilaian sebagai satu proses menentukan, mendapatkan

serta memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan yang

selanjutnya. Gay (1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses

Page 15: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

15

sistematik mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu

objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat dipastikan tanpa proses penilaian

oleh guru semasa dan selepas pengajaran berlaku. Penilaian dilaksanakan berperanan

untuk:

• Mengesan perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan

kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan

pemulihan

• Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru

memperbaiki pengajaran selanjutnya

• Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi

proses pengajaran dan pembelajaran

meningkatkan keberkesanan pengajaran .

Keputusan peperiksaan penilaian formatif pula yang dilaksanakan selepas tamat

sesuatu tajuk dan penilaian sumatif yang dilaksanakan secara holistik pada hujung

semester dapat menilai pencapaian pelajar. Penilaian prestasi pelajar juga

membolehkan guru menilai semula strategi pengajaran dan membuat penambahbaikan.

Penilaian menyeluruh pelajar dapat dilakukan melalui data-data pengukuran kuantitatif

dan kuanlitatif .

Pengukuran merupakan satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat secara

kuantitatif untuk menentukan pencapaian murid. Tujuan utama pengukuran adalah untuk

membuat pengelasan bagi pencapaian akademik murid dalam pembelajaran dan

membuat penambahbaikan kepada kaedah pengajaran guru. Alat pengukuran dalam

proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti data kuantitatif hasil daripada ujian

bulanan, kuiz, peperiksaan, temubual murid/rakan sekerja, soal selidik, senarai semak,

rekod anekdot, skala kadar, sosiogram, data pemerhatian dan kajian tindakan. Alat

pengukuran yang tepat dalam proses penilaian mampu memberi maklumat berharga

kepada guru untuk mengukur pembelajaran pelajar dan menilai keberkesanan

pengajaran guru . Apabila guru memberikan ujian kepada pelajarnya, guru sebenarnya

bukan sahaja sedang mengukur pencapaian pelajarnya tetapi juga mengukur

keberkesanan strategi pengajarannya sendiri.

Penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru setelah melaksanakan penilaian dan

pengukuran. Pendekatan Pengajaran Masteri contohnya amat menekankan bahawa

guru perlu memastikan murid telah dapat menguasai sesuatu kemahiran sebelum

kemahiran yang baru disampaikan. Penambahbaikan berbentuk pemulihan, pengayaan

dan penilaian semula kesemua elemen-elemen yang terlibat semasa merancang dan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku perlu diambilkira oleh seorang

guru yang proaktif dan berkesan

Page 16: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

16

Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu

memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya.

Langkah ini adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspek

pemilihan strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan

sumber pengajaran, tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi guru-

murid..

Rumusan

Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang

telah dipelajari.

Pedagogi atau pengajaran merupakan satu proses daripada persediaan

untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah

diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses

pengajaran itu.

Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina

keupayaan tingkah laku yang berbeza

Pengurusan pengajaran dan pembelajaran melibatkan proses-proses seperti

merancang, melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk

penambahbaikan terhadap pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil

kira latarbelakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif,

sosial, emosi dan fizikal pelajar.

Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk

prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang

dan menilai; penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang,

mengurus masa dengan baik dan mempunyai kemahiran abad ke 21.

Guru perlu mengambil kira semua aspek kepelbagaian budaya apabila

mengurus pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran.

TOPIK 5

Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian kelompok

(Cultural and Indigeneous relevant pedagogy)

5.1 Konsep Pedagogi Relevan Budaya

Sebagai seorang guru berkesan dalam abab ke 21 ini, adalah penting kita sebagai

pendidik untuk memahami konsep kepelbagaian pelajar (perbezaan individu).

Page 17: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

17

Kesedaran dan kefahaman kosep kepelbagaian pelajar ini harus melewati bukan hanya

mengenal dan mentafsir konsep sahaja tetapi boleh mencerakin serta mengambil kira

keunikan perspektif budaya dan sosial.

Malaysia sebuah negara pelbagai budaya, guru perlu peka kepada pengajaran seperti

dinyatakan Gay (2000) “culturally responsive teaching as using the cultural knowledge,

prior experiences, and performance styles of diverse students to make learning more

appropriate and effective for them; it teaches to and through the strengths of these

students”. Ulasan yang utarakan Gay memberitahu bahawa kita perlu ambil perhatian

guru-guru bagi menghadapi murid-murid berlatarkan pelbagai budaya. Rasionalnya

supaya suasana pengajaran dan pembelajaran lebih optima dan berkesan bagi semua

murid.

5.2 Tujuan Pedagogi Relevan Budaya

Guru seperti kita perlu memahami hakikat bahawa perlaksanaan pedagogi mereka

dalam bilik darjah murid pelbagai budaya memerlukan mereka hadapi situasi pengajaran

dengan keperihatinan sosial budaya. Guru perlu beri perhatian terhadap konsep ini

dengan pertimbangan bijak supaya pengelolaan, pengurusan dan pengajaran mereka

mengambil kira sensiviti budaya.

Guru yang peka dan pandai mengolah pengajaran dan pembelajaran pelbagai budaya

harus berinteraksi dengan lebih positif dapat memupuk kebangaan budaya masing-

masing bagi memangkin kematangan intelek. “Culturally relevant pedagogy calls for

instruction to be made relevant to the student by finding an intersection between (a) the

student’s knowledge and skills and (b) school’s knowledge and skills by engaging the

student in active investigations so she can discover the connections between what she

knows and what teachers want her to know” (Lee 1992). Pengajaran relevan budaya

membantu kesefahaman dan permuafakatan antara guru dan murid supaya kesepaduan

perolehan ilmu, kemahiran dan sikap yang holistik boleh mencapai hasrat dikehendaki

oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukunegara.

Definisi :

Untuk memahami pedagogi relevan budaya, terminologi ini mula diambil perhatian oleh

Gloria Ladson-Billings (1994) menyatakannya sebagai “a pedagogy that empowers

students intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural referents to

impart knowledge, skills, and attitudes.”1

Apabila kita bertugas di sekolah yang ada murid daripada latar belakang budaya yang

berbeza, guru seperti anda seharusnya menjadi pengantara persekitaran sekolah dan

rumah murid. Guru yang mengajar dalam situasi budaya berbeza harus mengunakan

Page 18: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

18

ciri-ciri perbezaan budaya, latar belakang, pengetahuan dan pengalaman pelajar untuk

mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran.

5.3 Ciri-ciri Pedagogi Relevan Budaya

Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pedagogi relevan budaya, cuba anda

bincang dengan rakan anda mengenai soalan “Apakah ciri-ciri pedagogi relevan

budaya ?” Selepas berbincang, sila senarai ciri – ciri pedagogi relevan budaya.

Bandingkan ciri-ciri yang anda berikan dengan pernyataan yang diberikan oleh

Guittierez (1994) dan Ladson-Billings (1994) yang diberikan :

1. Pembelajaran lebih berkesan apabila murid menyebati pengetahuan, konsep,

procedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada situasi pelbagai

budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis budaya lagi.

2. Ia adalah mustahak bagi murid memahami latar belakang mereka yang

berlainan budaya, proses aktif pembelajaran rentasi budaya walaupun belajar

dalam kepelbagaian tetapi ia menyatupadukan ilmu pengetahuan..

3. Selain daripada membantu pelajar perolehi pengetahuan, pedagogi relevan

budaya beri motivasi murid belajar secara konstektual, iaitu mengambilkira

pengalaman murid yang berbeza.

5.4 Strategi pengelolaan Pedagogi Relevan Budaya.

Sekiranya anda hadapi murid daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu

mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Guru

perlu merancang seterus mengelola pengajaran dengan mengambil kira aspek berikut :

Kaedah dan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Guru yang mengelolakan pedagogi dalam bilik darjah pelbagai budaya harus melihat

pengajaran sebagai “an art rather than a science” supaya guru seperti anda berfikiran

kreatif dan boleh menyesuaikan diri dengan murid pelbagi budaya. Guru juga

mempunyai pandangan bahawa semua murid boleh belajar dan mencapai kejayaan.

Anda juga boleh berhubung dan berkomunikasi dengan ibu bapa murid berlainan

budaya. Mempunyai sifat mudah mesra dengan murid dan sentiasa bersedia berkongsi

maklumat, pengetahuan, kemahiran dengan murid pelbagai budaya. Anda yang

mengajar kelas yang terdapat murid pelbagai budaya perlu mempelbagaikan kaedah

dan teknik pengajaran anda dengan mengambil kira konsep perbezaan individu.

Sebagai contoh guru digalakkan gunakan kaedah dan teknik berikut:

1. Kaedah pembelajaran kolaboratif dan koperatif

Page 19: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

19

Guru yang mengunakan strategi pemusatan murid ini, mengalakkan murid

berbincang dan sesi buzz melibatkan ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya.

Contohnya dalam kumpulan perbincangan ahli kumpulan terdiri daripada Ahmad,

Seng Yan dan Kumaran. Murid digalakkan berinteraksi dan bekerjasama dalam

suasana hormat-menghormati. Sesi pembentangan perlu mempamirkan

kejayaan semangat pasukan dan setiakawan. Guru perlu memudahcara letusan

idea ahli kumpulan, memberi penghargaan secara kolektif melambangkan

harmoni sesuatu kumpulan pelbagai budaya. Kolaboratif dan koperatif perlu

dipupuk diperingkat sekolah rendah lagi bagi mendapat persekitaran

pembelajaran yang sihat dan boleh menyatu-padukan murid pelbagai budaya

dalam kelas

2. Penemuan

Guru merancang pengajaran melalui penemuan, contohnya bagi Tajuk : Budaya

masyarakat majmuk. Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya Orang China, Ah

Seng dan Ah Hai diberi tajuk : Budaya Orang India dan Sarojini dan Selvarani

diberi tajuk : Budaya Orang Melayu. Strategi rentas budaya mengkehendaki

pelajar meneroka dan membina pengetahuan serta pengalaman supaya faham

budaya orang lain, Sesi pembentangan mereka dikukuhkan dengan terdapat

perkongsian maklumat dengan murid lain dari pelbagai budaya memberi

maklumat, hurai atau memperbaiki persepsi budaya masing-masing

3. Projek

Kaedah ini memerlukan pembinaan kumpulan yang terdiri daripada murid

pelbagai kaum dan budaya. Tajuk yang sesuai dan melambangkan kepelbagaian

budaya diberi keutamaan. Contohnya murid diberi tajuk: Adat Perkahwinan. Ahli

kumpulan terdiri daripada bangsa berbeza supaya mereka boleh kongsi

pengalaman dan buat kerja lapangan di komuniti yang berbeza. Murid boleh

mendapat sumber pengetahuan terus daripada kaum yang mengamalkan

budaya yang berbeza. Apa yang selalu kita perhatikan murid kaum tertentu

hanya akan buat projek berkaitan dengan bangsa sendiri tanpa ada rentasan

budaya.

Penggunaan Bahan Bacaan Bagi Pedagogi Relevan Budaya

Guru seperti anda harus menerima konsep perbezaan individu dan menterjemahnya

semasa pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh semasa mengajar kemahiran

bacaan terdapat guru yang tidak perihatin terhadap bahan bacaan yang tidak mesra

budaya. Bahan bacaan yang merujuk sesuatu budaya secara berat sebelah (bias) boleh

membawa konflik permikiran murid. Sesuatu program bacaan yang berkesan harus

rapatkan perbezaan budaya dan memberi murid ruang berfikir secara positif perbezaan

budaya. Anda sebagai guru yang menjiwai pedagogi pelbagai budaya harus :

Page 20: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

20

Memilih bahan bacaan yang boleh dikaitkan dengan pengalaman setiap murid dalam

bilik darjah anda.

Menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran.

Ketahui dan memahami perkataan / ayat yang boleh menyinggung budaya murid.

Wujudkan atau cari bahan bacaan sesuai dengan budaya setiap murid.

Galakkan murid membaca dan memahami bahan rentas budaya.

Adakah anda berfikiran terbuka dan positif melaksanakan pengajaran di bilik darjah

dengan mengambil perhatian terhadap perkara-perkara tersebut ?

Pembelajaran berasaskan computer berasaskan pedagogi relevan budaya

Perkembangan teknologi mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran, Integrasi

teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga harus mengambil kira

perbezaan individu terutama dari segi sosial dan budaya.Teknologi amat membantu

pengajaran dan pembelajaran, guru peka terhadap pengajaran berasaskan komputer

sesuai dengan budaya pelajar. Pembelajaran berasaskan komputer perlu memaparkan

persekitaran budaya pelajar secara mesra.

Anda perlu beri fokus kepada perkara tersebut:

(a) Perkembangan teknologi manfaatkan guru dan murid, ia telah mengubah corak

pengajaran dan pembelajaran, guru yang berkesan akan gunakan teknologi

membantu pengajaran. Bahan berasaskan computer perlu sesuai dengan budaya

pelajar.

(b) Semua murid perlu diberi peluang dan ruang untuk meneroka alam siber secara

luas tetapi guru perlu menerapkan perbezaan individu dan budaya secara positif.

Anda perlu menguasai teknologi untuk membolehkan teknologi membantu anda

menguruskan perbezaan demi memanfaatkan pembelajaran murid. Sebagai contoh

apabila anda bawa masuk perisian pembelajaran ke dalam bilik darjah perlu semak

kandungan perisian tersebut supaya tidak menjejaskan budaya seseorang murid.

Secara umumnya guru perlu guna bahasa yang mudah difahami oleh semua murid.

Guru harus beri ruang dan peluang bagi murid kemukakan idea daan pendapat. Guru

perbetulkan dan menyebut kembali sebut yang salah/pelat. Guru tidak mengajuk/

mentertawa murid pelat sebutan yang melambangkan etnik tertentu. Guru juga perlu

berusaha mempelajari dan memahami bahasa ibunda murid yang berlainan etnik.

Rumusan

Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang

telah dipelajari.

Page 21: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

21

Pedagogi relevan budaya merujuk kepada “a pedagogy that empowers

students intellectually, socially, emotionally, and politically by using cultural

referents to impart knowledge, skills, and attitudes”

Salah satu ciri pembelajaran berkesan ialah penyebatian pengetahuan,

konsep, procedur, kemahiran dan strategi yang mereka pelajari daripada

situasi pelbagai budaya ke dalam kesepaduan ilmu dan nilai tanpa prejudis

budaya lagi

Antara kaedah/teknik pengajaran yang sesuai untuk pedagogi relevan

budaya termasuk kaedah koperatif, penemuan dan projek.

Integrasi teknologi maklumat ke dalam pengajaran dan pembelajaran juga

harus mengambil kira perbezaan individu terutama dari segi sosial dan

budaya.

TOPIK 6

PEDAGOGI KELAS BERCANTUM

6.1 Sejarah dan Konsep Kelas Bercantum

Setiap murid di negara ini perlu diberikan peluang untuk memperoleh pendidikan

selaras dengan pendemokrasian pendidikan. Oleh sebab terdapat banyak sekolah

kurang murid di pedalaman, kelas bercantum diadakan. Di samping itu, bilangan guru di

sekolah-sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebih

daripada satu kelas pada masa-masa tertentu.

Sejarah kelas bercantum telah bermula sejak penjajahan British di negara ini di mana ia

dikenali sebagai Multiple Class Teaching. Multiple Class Teaching dijalankan di Lower

Primary School ketika itu oleh sebab keadaan bilangan guru yang sangat minima dan

kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak mencukupi.

Konsep Kelas Bercantum

Konsep kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang

mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu dan dua,

tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.

Kelas bercantum “sebagai satu bentuk pengajaran yang mana seorang guru mengajar

murid-murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred di dalam

sebuah bilik darjah.” (UNESCO, 1988).

Page 22: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

22

6.2 Ciri-ciri Kelas Bercantum

Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja.

Murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan

Bilangan murid kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak

membolehkan satu kelas biasa dibuka.

Guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana peruntukan

guru mengikut bilangan kelas.

Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

Anda perlu ketahui bahawa tugas mengelola kelas-kelas bercantum banyak

memerlukan persediaan dan pendekatan yang mahir daripada pihak guru. Kemahiran

“multi task” atau keterampilan guru diperlukan supaya dapat menimbulkan suasana

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

6.3 Pedagogi Kelas Bercantum

Dalam situasi pengajaran secara kelas, konsep kepelbagaian murid perlu diambil kira

kerana setiap murid mempunyai daya tanggapan, imaginasi, minat dan konsentrasi yang

berbeza-beza walaupun mereka dalam kumpulan umur yang sebaya. Oleh itu murid-

murid di bawah jagaannya lebih sesuai dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil.

Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut :

(a) Kumpulan Sama Kebolehan

(b) Kumpulan Pelbagai Kebolehan

(c) Kumpulan Tahun Persekolahan

(d) Kumpulan Sosial

(e) Kumpulan Individu

Kumpulan Sama Kebolehan

Page 23: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

23

Kumpulan yang sama kebolehan ini dikenali sebagai kumpulan akademik. Pelajaran

seperti matematik dan bahasa amatlah sesuai diajar mengikut kumpulan ini. Guru

memerhati dan mencatat pencapaian

murid-murid dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dan kemudian secara

berhati-hati membahagikan murid-murid

pada kumpulan-kumpulan tertentu.

Pembahagian murid-murid kepada

kumpulan-kumpulan yang lemah. Cara

pembahagian begini akan lebih cenderung

membawa kepada bilangan murid-murid

dalam kumpulan sederhana adalah lebih

ramai daripada murid-murid dalam

kumpulan cerdas dan lemah. Guru

hendaklah lebih menitikberatkan keperluan

kumpulan yang lemah ini.

i. Kumpulan mengikut kebolehan

Cantuman kelas Tahun 2 dan 3

Lambat Sederhana Cerdas

CANTUMAN KELAS : CANTUMAN TAHUN 2 DAN 3

KAEDAH KUMPULAN SAMA KEBOLEHAN

PETUNJUK:-

TAHUN 2

A B

C

KUMPULAN A

Tahun 2 dan 3 yang lambat

KUMPULAN B

Tahun 2 dan 3 yang sederhana

KUMPULAN C

Tahun 2 dan 3 yang cerdas

PAPAN TULIS

SUD

UT PEM

BELA

JAR

AN

SUD

UT B

AC

AA

N

SUD

UT PEM

BELA

JAR

AN

SUDUT PAMERAN

TAHUN 3

Page 24: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

24

Kumpulan Pelbagai Kebolehan

Kumpulan ini terdiri daripada murid-murid yang pelbagai kebolehan. Kalau murid-murid

dibahagikan mengikut kumpulan ini, dalam tiap-tiap kumpulan itu nanti terdiri daripada

murid-murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, ada yang pandai membaca, ada

yang pandai melukis, ada penulis dan ada juga yang aktif dalam kerja-kerja praktikal.

Murid yang cerdas dapat membantu murid yang lambat. Biasanya kumpulan ini dibentuk

untuk menjalankan satu-satu projek. Oleh itu kumpulan yang mempunyai pelbagai

kebolehan dapat menghasilkan kerja projek yang berjaya. Lembaran kerja pula

disediakan mengikut kebolehan individu.

Kumpulan Tahun Persekolahan

Guru mengajar satu tahun tertentu, manakala masa yang sama kumpulan tahun

persekolahan lain melakukan kerja sendiri. Sesuai bagi kemahiran yang berbeza. Setiap

darjah ada kumpulan:

lambat

sederhana

cerdas

Guru mengajar mengikut darjah secara bergilir. Sediakan lembaran kerja untuk semua

kumpulan.

K u m p u l a n p e l b a g a i k e b o l e h a n

C a n tu m a n T a h u n 2 d a n 3

la m b a t

s e d e rh a n a

c e rd a s

la m b a t

s e d e rh a n a

c e rd a s

la m b a t

s e d e rh a n a

c e rd a s

Page 25: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

25

Kumpulan Sosial

Kumpulan ini berbeza dengan Kumpulan Aktiviti dan Kumpulan Pelbagai Kebolehan

kerana kumpulan ini dibentuk berdasarkan kepada penyesuaian kanak-kanak itu sendiri.

Di sini kanak-kanak diberi peluang memilih kumpulan-kumpulannya sendiri. Jenis-jenis

aktiviti yang dibuat biasanya termasuklah permainan, pelajaran muzik, drama atau

pelajaran bercorak rekreasi dan kerehatan.

G U R U

T A H U N 2 T A H U N 3

g u r u m e n g a j a r

s e c a r a b e r g i l i r

k u m p u l a n k u m p u l a n

AB C A B C

P e n g e n d a l i a nP e n g e n d a l i a n K e l a sK e l a s s e c a r as e c a r a

K a e d a hK a e d a h D a r j a hD a r j a h / / T a h u nT a h u n P e r s e k o l a h a nP e r s e k o l a h a n

B

C C

B

A

Ruang p

am

era

n

hasi

l ke

rja m

urid

papan tulis papan tulis

Meja guru

Ruang bacaanRuang pembelajaran Ruang pembelajaran

1. Murid mengikut kumpulan.

2. Dua papan tulis.

3. Sekatan antara kelas digunakan

sebagai ruang pameran hasil kerja

murid.

Petunjuk:

A = Kumpulan lambat

B = Kumpulan sederhanaC = Kumpulan cerdas

Tahun 2

Tahun 3

Catatan :

Pengendalian Kelas BercantumKaedah Darjah / Tahun Persekolahan

A

Page 26: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

26

Kumpulan Individu

Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam

aktiviti pembelajaran. Guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu.

6.4 Rancangan Pengajaran Kelas Bercantum

Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran.

Guru-guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran yang

disediakan oleh PPK adalah untuk kegunaan kelas biasa. Sukatan Pelajaran tersebut

perlu diubahsuai supaya selaras dengan kehendak murid-murid dalam kelas bercantum.

Guru yang mengajar kelas bercantum Tahun 4 dan 5 perlu meneliti isi kandungan

sukatan pelajaran bagi kedua-dua tahun tersebut dan membuat penyesuaian bagi setiap

mata pelajaran supaya dapat diajar serentak. (rujuk Rancangan Pengajaran Harian)

Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar

serentak mengikut prinsip-prinsip kelas

bercantum. Guru perlu mengubahsuai jadual

waktu supaya mata pelajaran berkenaan dapat

diajar dengan serentak. Namun jika dua tajuk

berlainan terpaksa diajar pada satu masa, kaedah

pengajaran kumpulan perlu dititikberatkan.

K u m p u l a n p e l b a g a i k e b o l e h a n

C a n tu m a n T a h u n 2 d a n 3

la m b a t

s e d e rh a n a

c e rd a s

la m b a t

s e d e rh a n a

c e rd a s

la m b a t

s e d e rh a n a

c e rd a s

GABUNGAN KEMAHIRAN DALAM GABUNGAN KEMAHIRAN DALAM

MATEMATIK MATEMATIK

22

Tahun 3Tahun 3Tahun 2Tahun 2Tahun 1Tahun 1

Nombor Nombor

kurang 700kurang 700Nombor Nombor

kurang 300kurang 300Nombor 1Nombor 1--101011

KEMAHIRAN NOMBOR YANG SAMAKEMAHIRAN NOMBOR YANG SAMA

Bil.Bil.

Page 27: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

27

4.2 Rumusan

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi guru

berdasarkan surat pekeliling K.P Bil.256/1961. Rancangan Pengajaran Harian sangat

penting kerana

a) ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian.

b) ia dapat menentukan kemajuan sesuatu kelas dalam pelbagai mata pelajaran.

c) ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang murid.

d) dapat menyemak tugasan-tugasan yang sudah atau belum selesai dalam rancangan

untuk setahun.

e) sebagai panduan dan membantu guru-guru lain yang mengambil alih mengajar

sesuatu darjah.

PENGGUNAAN MASA KAEDAH DARJAH / TAHUN

PERSEKOLAHAN

MASA

TAHUN 2 TAHUN 3

15 minit

Guru Mengajar Kerja sendiri

15 minit

Kerja sendiri Guru Mengajar

Catatan : Kaedah ini sesuai dipraktikkan apabila

cantuman kemahiran tidak dapat dicantumkan

M A S A T A H U N 2 T A H U N 3

2 0 m in it G u r u m e n g a ja r

4 0 m in it M u r id m e m b u a t a k t iv it i

S e t 1 , 2 , 3 ...

C o n t o h :

P E N G U R U S A N M A S A K A E D A H K E L A S

C a t a t a n : - K a e d a h in i s e s u a i d ip ra k t ik k a n s e b e lu mk e b o le h a n m u rid d ik e t a h u i

- A p a b ila k e m a h ira n y a n g s a m a d ia ja r .

Page 28: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

28

Rancangan Pengajaran Harian terus dianggap sebagai rujukan penyediaan pelajaran

harian tetapi lebih menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan saling

berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan.

KESIMPULAN

Kelas bercantum merujuk kepada kelas-kelas di sekolah rendah yang

mengandungi murid-murid yang umurnya hampir sebaya; misalnya tahun satu

dan dua, tahun tiga dan empat serta tahun lima dan enam.

Antara ciri-ciri kelas bercantum adalah kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja,

murid-murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan; bilangan murid

kurang daripada 10 orang dan dengan itu, tidak membolehkan satu kelas biasa

dibuka, guru mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan kerana

peruntukan guru mengikut bilangan kelas dan strategi pengajaran dan

pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

Prinsip-prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut : kumpulan

Sama Kebolehan; kumpulan Pelbagai Kebolehan; kumpulan Tahun

Persekolahan; kumpulan sosial; kumpulan individu

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod yang sangat penting bagi

guru kerana merupakan rujukan untuk persediaan harian dan pendekatan yang

menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan.

TOPIK 7 SOSIOLINGUISTIK

7.1 Peranan Bahasa dalam Masyarakat Pelbagai Budaya

Guru menggunakan bahasa untuk menyampaikan pengajarannya. Guru juga

menggunakan bahasa untuk membimbing dan menasihati murid-muridnya. Malaysia

merupakan sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai

etnik, sehubungan dengan itu, guru-guru perlu memahami latar belakang murid yang

diajar terutama faktor budaya yang mempengaruhi perlakuan muridnya samaada

perlakuan berbahasa atau perlakuan bukan bahasa. Penggunaan bahasa sangat

berkait rapat dengan latar belakang murid terutama budaya di mana murid itu

dibesarkan dan menjalani kehidupannya.

Bahasa yang dipertutur oleh manusia adalah suatu anugerah Tuhan kepada manusia

kerana dengan bahasa manusia menyampaikan hasrat, meluahkan rasa dan

mengemukakan pandangan. Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dalam

kehidupan sosialnya sejak manusia dicipta oleh Tuhan. Maka, keupayaan manusia

Page 29: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

29

berbahasa perlu disyukuri kerana bahasa sebagai alat penting kepada manusia

sehingga manusia mampu menjalani kehidupan bermasyarakat dengan sempurna.

Bahasa menyampaikan makna dalam kehidupan sosial dan apabila digunakan dalam

konteks komunikasi, bahasa dikaitkan dengan budaya yang pelbagai dan kompleks.

Manusia mengungkap kata-kata berdasarkan pengalamannya yang menyampaikan

fakta, idea dan peristiwa yang merujuk kepada pengetahuan mereka tentang dunia yang

dikongsi bersama. Kata-kata yang diungkapkan menggambarkan sikap, kepercayaan,

fahaman, dan pandangan dan sekali gus bahasa sebenarnya suatu realiti budaya.

Manusia menggunakan bahasa bukan sekadar untuk membuktikan pengalaman yang

dilalui, sebaliknya bahasa yang dipertutur mencipta pengalaman yang baharu apabila

bahasa mampu menjadi medium perhubungan antara manusia.

Penerangan di atas telah menjelaskan kepada anda peranan bahasa dalam kehidupan

masyarakat. Jadi, apakah yang anda faham tentang sosiolinguistik? Kebanyakan tokoh

bahasa di dalam dan di luar Negara bersetuju bahawa ilmu sosiolinguistik ialah bidang

pengkajian hubungan manusia dengan bahasa. Dalam konteks Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai kaum, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi yang tuturkan oleh

rakyat Malaysia, namun begitu, Malaysia mempunyai pelbagai jenis bahasa etnik yang

masing-masing membawa identiti budaya yang tersendiri. Walau pun bahasa Melayu

merupakan bahasa rasmi yang menjadi bahasa pengantar rakyat pelbagai kaum di

Malaysia, namun pelbagai etnik Malaysia dibenarkan bertutur dalam bahasa masing-

masing tanpa sebarang sekatan.

7.2 Kepentingan Penggunaan Satu Bahasa Pengantar

Kita telah mengetahui bahawa Malaysia memiliki pelbagai etnik, pelbagai bahasa serta

pelbagai budaya dan hal ini merupakan cabaran terbesar kepada Negara dalam

membina rakyat bersatu padu. Sehubungan dengan itu, pemimpin Negara sejak zaman

sebelum mencapai kemerdekaan lagi telah nampak isu bahasa dan etnik ini dan oleh

kerana itu sekiranya anda mengkaji Laporan-Laporan berhubung Pendidikan anda akan

ketahui bahawa kesemua Laporan menekankan aspek penggunaan bahasa kepada

rakyat Tanah Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa sosiolinguistik di Malaysia bukanlah

perkara mudah dan tidak perlu diberi perhatian sewajarnya, sebaliknya, sosiolingistik

merupakan bidang yang sangat penting dalam menentukan tahap keharmonian dan

keamanan Negara.

Apakah pentingnya penggunaan satu bahasa sebagai bahasa pengantar kepada

sebuah Negara seperti Malaysia?

Dalam laporan Cheesman (1946) didapati bahawa di dalam satu kelas di sebuah kelas

sekolah Inggeris, terdapat murid-murid pelbagai etnik yang menuturkan hampir sebelas

jenis bahasa. Seandainya, murid-murid ini tidak menguasai satu bahasa yang sama

sebagai bahasa pengantar, maka pasti guru berhadapan dengan masalah untuk

Page 30: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

30

menyampaikan pengajarannya dan murid tidak akan memperoleh ilmu, apa lagi untuk

menyatupadukan mereka.

Sedarkah anda bahawa perbezaan bahasa membawa kepada perbezaan budaya dan

perbezaan budaya yang ketara tidak akan membawa perpaduan antara kaum atau

etnik? Sehubungan dengan itu, Laporan Barnes pada tahun 1950 mencadangkan

penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sahaja di semua sekolah kebangsaan.

Barnes juga mencadangkan pemansuhan sekolah vernacular Cina dan Tamil tetapi

ditentang kuat terutama oleh kaum Cina kerana khuatir penutupan sekolah Cina sedia

ada. Rentetan tersebut berterusan dengan Laporan Fenn-Wu 1951 dan seterusnya

pada 1956 Laporan Razak yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

di sekolah. Ordinan Pelajaran 1957 diluluskan bagi melaksanakan usul Laporan Razak

di mana perancangan pendidikan dirangka meliputi semua kaum di Tanah Melayu dan

ini merupakan asas perkembangan pendidikan seterusnya di Malaysia. Seterusnya

dalam Laporan Rahman Talib 1960 adalah bukti betapa kerajaan bersungguh-sungguh

membentuk satu sistem pendidikan yang bersifat kebangsaan sebagai usaha

menyatupadukan rakyat Malaysia. Seterusnya dalam Akta 1961 termaktab Dasar

Pendidikan Kebangsaan yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

utama untuk semua peringkat pendidikan dengan mengguna pakai kurikulum dan

peperiksaan yang sama untuk semua murid.

7.3 Peranan Guru dalam Aspek Sosiolinguistik

Guru memainkan peranan yang sangat penting untuk membentuk jati diri murid yang

menghayati bahasa rasmi dan budaya nasional di samping menerap nilai-nilai

menghormati perbezaan bahasa dan budaya menurut etnik.

Bagaimanakah guru mampu memainkan peranan dalam memartabatkan bahasa

Kebangsaan dengan membentuk rakyat yang mempunyai jati diri sebagai rakyat

Malaysia dan pada waktu yang sama mengekalkan pelbagai warisan budaya etnik?

Antara peranan yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan pelbagai aktiviti bahasa,

sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya. Aktiviti yang memartabatkan

bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kegiatan kokurikulum adalah saluran

terbaik untuk memartabatkan Bahasa kebangsaan melalui kepelbagaian aktiviti dan

projek yang kreatif, menyeronokkan serta memanfaatkan murid. Bagi mengekalkan

warisan budaya dan bahasa kepelbagaian etnik di Malaysia, guru boleh menyelitkan

unsur-unsur warisan budaya etnik-etnik lain dengan menggunakannya sebagai sumber

pengajaran dan pembelajaran, contohnya, menggunakan cerita rakyat etnik Iban dalam

pengajaran Bahasa Melayu, menggunakan lagu etnik Kadazandusun dalam pengajaran

dan pembelajaran muzik, menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jasmani.

Malahan pelbagai permainan tradisional milik etnik-etnik ini dapat digunakan sebagai

pendekatan “Games based learning” dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 31: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

31

Penggunaan sumber P&P dengan menggunakan kepelbagaian unsur budaya bukan

sahaja memupuk kesefahaman kalangan murid yang tediri daripada pelbagai etnik,

malahan ruang tersebut akan mendorong murid memahami dan menguasai kosa kata

bahasa etnik rakan-rakan mereka. Sekiranya guru mampu meneruskan dan

mentadbirkan hal ini dengan berkesan, setiap etnik tidak berasa tersisih, sebaliknya

menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya.

3.3 Rumusan

Topik ini membincangkan mengenai aspek sosiolinguistik di Malaysia dan . Antara

aspek –aspek penting adalah berikut:

Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang mempunyai pelbagai

bahasa

Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bahasa Melayu merupakan bahasa

rasmi yang tuturkan oleh rakyat Malaysia

Demi menyatupadukan rakyat Malaysia, beberapa dasar digariskan antaranya

Akta 1961 yang termaktub Dasar Pendidikan Kebangsaan di mana bahasa

Melayu sebagai bahasa pengantar utama untuk semua peringkat pendidikan

dengan mengguna pakai kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua

murid.

Guru perlu memainkan peranan dengan mengadakan pelbagai aktiviti bahasa,

sastera dan budaya dalam kalangan murid-muridnya. Aktiviti yang

memartabatkan bahasa Kebangsaan boleh dilakukan di dalam bilik darjah atau

di luar bilik darjah.

TOPIK 8 PENILAIAN BERASASKAN BUDAYA

7.1 Konsep dan Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Konsep Penilaian Berasaskan Budaya

Penilaian merujuk kepada satu proses mendapatkan maklumat yang berguna untuk

membuat pertimbangan tentang tindakan selanjutnya. Dalam perkataan lain, penilaian

adalah satu proses sistematik untuk mendapatkan maklumat dalam membuat keputusan

bagi tindakan yang akan diambil kelak. Manakala mengikut Hall (1959), budaya

merupakan satu set pola yang dialami oleh individu-individu sebagai cara bertindak,

merasa, dan melakukan sesuatu. Amat jelas adalah pandangan Erickson (1997) di

Page 32: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

32

mana atribut penting budaya berkait dengan pendidikan merupakan suatu yang eksplisit

(seperti tabiat manusia) dan implisit (seperti nilai, andaian dan kepercayaan).

Maka penilaian berasaskan budaya membawa maksud bahawa penilaian yang

dilaksanakan oleh guru untuk mengumpul maklumat dalam membuat keputusan

seharusnya mengambil kira aspek kepelbagaian budaya murid semasa menyedia atau

memilih instrumen untuk memperoleh maklumat supaya keputusan yang dibuat adalah

sah dan boleh dipercayai.

Penilaian berasaskan budaya kian memainkan peranan penting dalam bidang

pendidikan. Pengumpulan data tentang pengetahuan dan kemahiran pelajar dengan

menggunakan alat/teknik penilaian yang sesuai amat mustahak . Kesahan dalam

keputusan penilaian merupakan isu utama kerana keputusan-keputusan ini digunakan

untuk memaklumkan keputusan terhadap pembelajaran pelajar. Maka keputusan yang

sah dipengaruhi oleh pemilihan alat penilaian yang telah disahkan berasaskan

sampelan populasi tertentu. Juga, jika suatu alat diterjemahkan, kepastian perlu dibuat

terhadap kesahan dan integriti dalam proses terjemahan.

Tujuan Penilaian Berasaskan Budaya

Penilaian yang disediakan untuk pelajar daripada pelbagai budaya perlu mengambil kira

faktor pelajar seperti sejarah imigrasi atau perpindahan, status sosio-ekonomi, latar

belakang pelajar. Aspek-aspek ini akan akan membantu dalam membekalkan

maklumat kepada guru apabila memilih alat-alat penilaian yang sesuai untuk proses

peinilaian. Untuk guru yang menyediakan penilaian, pentaksiran berasaskan budaya

memerlukan integrasi kepekaan dari segi sikap, pengetahuan, kemahiran menyoal

atau menemubual, strategi-strategi intervensi dan amalan-amalan penilaian.

Penilaian ini bertujuan untuk menentukan teknik dan strategi penilaian yang sesuai

untuk memperoleh data mengenai pelajar. Fokus mengenai penilaian yang tidak

mendiskriminasikan sesiapa seharusnya dapat membuat keputusan tentang

kemajuan pelajar selain dapat mengenal pasti atau mengklasifikasikan pelajar. Di

samping itu, penilaian ini bertujuan untuk memberi maklum balas tentang kelemahan

dan kekuatan pengajaran – pembelajaran, dan seterusnya pembangunan program

pendidikan.

Secara keseluruhannya, penilaian berasaskan budaya bertujuan untuk :

(a) mengumpul maklumat untuk kemajuan, diagnosis dan tindakan selanjutnya

(b) menilai dengan menggunakan prosedur autentik dan alternatif

(c) memperoleh data tentang peluang pembelajaran untuk semua murid

Page 33: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

33

(d) mengumpul maklumat sama ada ianya mengambil kira faktor linguistik dan

kerelevanan budaya

(e) menentukan keperluan bahasa yang sesuai untuk penilaian formal

(f) mengurangkan bias dalam amalan-amalan penilaian tradisional

7.2 Peranan Guru dalam menyediakan penilaian berasaskan budaya

Guru perlu mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai kemahiran penilaian

dan alat dalam pengajaran yang dapat memberi peluang pelajar menunjukkan

kompetensi mereka dalam pelbagai cara berasaskan keadaan tempatan, termasuklah

pengetahuan dan kemahiran berkait dengan pemahaman amalan budaya tradisional.

Tambahan pula, guru perlu mengambil kira pelbagai kemahiran penyelesaian masalah

dalam menilai potensi pembelajaran pelajar di bawah jagaan mereka dan menyediakan

peluang yang sesuai untuk pelajar meningkatkan diri.

Budaya sama ada dapat dilihat atau terselindung harus diutarakan dalam proses-

proses dan kandungan pengajaran oleh guru. Budaya membentuk dan dibentuk dalam

proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku dalam persekitaran pembelajaran

sepanjang hidup manusia, keluarga, bilik darjah , komuniti dan tempat kerja. Maka guru

berperanan untuk menangani isu-isu budaya setiap kali mereka mengajar dan membina

alat penilaian. Oleh demikian, boleh dikatakan bahawa budaya bukan sahaja melibatkan

amalan- amalan harian ( pola tingkah laku, tradisi, tabiat atau adat resam) tetapi juga

cara murid memahami idea dan membina makna terhadapnya setiap hari. Perkara ini

amat penting untuk guru sebagai landasan untuk prosespengajaran dan pembelajaran

serta penilaian.

7.3 Prinsip- Prinsip Penilaian berasaskan budaya

Penilaian autentik berbandingkan penilaian tradisional iaitu ujian kertas dan pensil

didapati memberi peluang kepada semua murid pelbagai budaya untuk melibatkan diri

dalam aktiviti/tugasan penilaian berasaskan situasi sebenar. Ini amat relevan dan

bermakna kepada murid kerana mengkaitkan situasi sebenar dalam mata pelajaran.

Antara prinsip-prinsip yang perlu diambil kira oleh guru dalam penilaian berasaskan

budaya termasuk:

(a) Penilaian harus berasaskan pemahaman tentang bagaimana murid belajar. Ia

harus memainkan peranan positif dalam membentuk pengalaman pembelajaran

murid

(b) Penilaian harus mengambil kira perbezaan individu murid dalam pembelajaran.

Ia harus berasaskan objektif–objektif dan membolehkan murid

mendemonstrasikan pencapaian hasil pembelajaran dalam pelbagai cara.

Dalam konteks ini, pengubahsuaian kandungan harus dilakukan dan

Page 34: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

34

kandungan seharusnya melambangkan budaya murid, latar belakang murid,

bahasa utama, keluarga dan komuniti. Pengetahuan kandungan dan kemahiran

perlu diintegrasikan dan merentasi semua mata pelajaran sepanjang masa.

Dalam hal ini, tugasan/aktiviti terdiri daripada jenis koperatif, aktif dan

berasaskan inkuiri.

(c) Penilaian harus bercorak adil kepada semua murid. Amalan penilaian harus

merangkumi prinsip-prinsip inklusif dan menyokong ekuiti. Amalan-amalan ini

harus dapat memenuhi kepelbagaian sama ada secara individu atau

kumpulan murid. Adalah penting untuk menggunakan pelbagai bentuk

penilaian. Juga, bahasa inklusif perlu digunakan untuk mengelakkan bias dari

segi gender, perkauman, budaya atau bahasa.

7.4 Ciri-Ciri Penting Dalam Penilaian Berasaskan Budaya

Kita harus sedar bahawa guru yang paling berpengetahuan dalam kandungan mata

pelajaran mungkin tidak begitu cekap dari segi mengenal pasti pengaruh-pengaruh

relevan budaya secara kontektual, cekap dalam mengenal pasti strategi-strategi

pengajaran yang sesuai atau pun membina prosedur penilaian yang mesra budaya.

Pada awalnya, usaha membina alat penilaian dibuat secara kolaboratif, namum guru

dalam bilik darjah perlu belajar bagaimana memodeli dan memurnikan alat-alat ini jika

ingin mewujudkan pembelajaran berkualiti dengan positifnya.

Penilaian yang menyokong pembelajaran merupakan jenis-jenis penilaian yang tersirat

dalam kerangka kurikulum (Gordon,1996). Penilaian yang terangkum dalam kurikulum

secara formatif adalah penting untuk mencapai hasil pembelajaran spesifik yang mana

murid diberi pendedahan. Oleh yang demikian, alat-alat penilaian direka bentuk untuk

satu- satu pengajaran yang akan membekalkan maklumat untuk membuat keputusan

bilik darjah berkait dengan penempatan, diagnosis, pemantauan, dan pencapaian murid.

Penilaian yang terangkum dalam kurikulum dan aktiviti-aktiviti pengajaran merupakan

komponen yang berkait rapat untuk memudahcara pembelajaran.

Penilaian yang terangkum dalam kurikulum berbeza dari segi format dan gaya. Bentuk

penilaian terdiri daripada jenis formal, tidak formal, ujian kertas dan pensil atau aktiviti

berasaskan prestasi/perlakuan. Dalam konteks penilaian mesra budaya, penilaian

formatif yang direka atau bina akan berkisar kepada konteks yang sama seperti dalam

pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul data bagi menilai keberkesanan

pengajaran.

Mengikut Gordon (1996), proses penilaian yang dilaksanakan perlu menyokong

pengalaman pembelajaran pelbagai, pelbagai konteks, dan item ujian lebih “ process-

sensitive”. Bentuk penilaian perlu distrukturkan untuk memberi sokongan kepada

aktiviti pengajaran dan terdiri daripada kepelbagaian dalam jenis item untuk menilai

Page 35: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

35

objektif secara berkesan. Guru perlu berkebolehan memadankan kehendak ujian dan

aktiviti-aktiviti pengajaran demi meningkatkan kerelevanan kurikulum dan menghasilkan

maklumat yang tepat. Bentuk format penilaian gabungan antara pelbagai jenis item

dapat mengukur kemahiran- kemahiran pemerosesan kognitif yang berlainan dan ini

dikatakan dapat menunjukkan pelbagai tahap atau jenis pembelajaran. Tambahan pula,

beberapa objektif atau komponen pengajaran dan pembelajaran boleh diukur dengan

menggunakan pelbagai format item yang berbeza untuk memperoleh maklumat yang

dapat menilai pencapaian murid.

Aspek penting yang perlu diambil kira semasa membina ujian bilik darjah termasuk

bahasa yang digunakan, dan jenis item ujian

Salah satu ciri penting yang boleh mempengaruhi prestasi murid ialah bahasa yang

digunakan dalam penilaian prestasi seperti sains. Perkataan mempengaruhi cara murid

bertindak balas terhadap tugasan. Jika sesorang tidak dapat memahami satu perkataan

or dia memahami perkataan tersebut pada perspektif lain kerana latar belakang

budaya dan linguistik, prestasinya mungkin tidak membawa makna yang tepat

mengenai pengetahuan dan kemahirannya.

Oleh kerana bahasa begitu penting dalam sesetengah alat penilaian, guru yang

mengadaptasi ujian dari populasi normal untuk kegunaan kumpulan pelbagai budaya

atau linguistik akan gagal menghasilkan penilaian yang adil serta boleh dibuat

perbandingan.

7.5 Jenis-Jenis Penilaian Berasaskan Budaya

Dalam bilik darjah yang mesra budaya, guru perlu menggunakan penilaian berterusan

dan sistematik untuk menilai kebolehan, minat, sikap dan kemahiran sosial murid.

Maklumat yang dikumpul akan menyediakan asas untuk membuat keputusan

pengajaran dan memberi pengertian kepada apa yang perlu diajar dan bagaimana

hendak mengajar. Tambahan pula, terdapat tekanan terhadap penglibatan murid dalam

proses penilaian. Apabila murid diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penilaian,

mereka boleh membuat refleksi terhadap kemajuan mereka dan memberi pemahaman

baru yang tidak dapat diberi oleh orang dewasa.

Contoh-contoh penilaian mesra budaya merangkumi yang berikut:

Pemerhatian harian tingkah laku pembelajaran dan sosial murid dalam situasi

bilik darjah.

Pemerhatian boleh dibuat melalui senarai semak, catatan, atau kad fail untuk

membolehkan guru merumuskan pemerhatian tingkah laku murid secara yang tekal dan

bermakna. Sebagai contoh, guru boleh gunakan senarai nama kelas merupakan cara

Page 36: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

36

mudah untuk merekodkan pemerhatian harian. Guru boleh mewujudkan lajur untuk

mengenal pasti projek, aktiviti atau tingkah laku yang ingin diperhatikan.

Penilaian Portfolio

Murid dan guru boleh memilih sampel tugasan yang menggambarkan kepelbagaian

keperluan dan kebolehan murid untuk dinilai. Guru, murid dan ahli-ahli keluarga boleh

membuat refleksi terhadap apa yang murid telah laksanakan, tahap kebolehan mereka

dan bidang manakah yang perlu ditambah baik.

Penulisan Jurnal

Penulisan jurnal memberi peluang kepada murid berkongsi pemahaman peribadi

mengenai perkara seperti sastera dalam pelbagai konteks budaya untuk memaklum,

memperjelas dan menerangkan tentang masyarakat majmuk. Contohnya, guru boleh

menilai tentang jurnal pembelajaran di mana murid mencatat kaitan peribadi dengan

watak-watak dalam sastera yang mereka baca. Mereka boleh membina pengertian

terhadap watak dan ini memberi mereka kebebasan untuk menulis tentang watak dan

berkongsi dengan rakan.

Projek

Projek memberi peluang murid menyumbang idea mengikut kebolehan mereka. Projek

sebegini baik untuk murid dari pelbagai budaya dan berbeza secara individu kerana

mereka melakukan tugasan mengikut masa dan tahap kesediaan mereka. Mereka boleh

meneroka topik yang diminati berasaskan bacaan topik pelbagai budaya. Mereka boleh

pilih menulis laporan atau menyediakan satu persembahan lisan atau mencipta lukisan

untuk menggambarkan konsep utama terselindung dalam topik mereka. Salah satu

contoh projek termasuk rekacipta artifak yang mewakili patung kumpulan etnik dan

murid boleh menulis cerita atau puisi tentang artifak untuk tujuan penilaian projek.

Ujian buatan guru yang berkait rapat dengan program pengajaran

Perhatian utama harus diberi kepada gaya kognitif dan kemahiran akademik semua

murid. Contohnya, guru boleh mereka bentuk ujian dengan menggubal item soalan

sesuai untuk menilai pengetahuan atau prestasi murid dalam bidang kandungan

tertentu dalam kurikulum yang mesra budaya. Dalam lain perkataan, ujian harus ”

culturally loaded” dengan mengambil kira budaya semua kumpulan murid. Bahasa

yang digunakan harus difahami semua dan tidak bias kepada kumpulan murid yang

dominan. Arahan ujian perlu mengambil kira asas budaya dan faktor linguistik sedia

ada murid dan murid perlu merasai bahawa bahasa dan budayanya adalah aset bukan

liabiliti dalam penilaian.

Page 37: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

37

Penilaian kendiri murid

Murid boleh memberi tindak balas kepada soalan mengenai pembelajaran mereka

secara berkala dalam konferens guru/murid. Portfolio boleh digunakan semasa

konferens. Sebagai contoh, murid ditunjukkan kerja/ tugasan mereka, membincang hasil

kerja dengan guru dan menilai kemajuan sendiri.

Penilaian kendiri guru

Penilaian kendiri merupakan bahagian penting keberkesanan pengajaran guru. Guru

perlu menyoal diri sendiri tentang pilihan mengenai tingkah laku dan strategi-strategi

pengajaran, keberkesanan dan kerelevanan budaya dalam pelajaran mereka serta

reaksi dan tindak balas mereka terhadap kepelbagaian budaya dalam bilik darjah

mereka yang boleh menyumbang kepada perkembangan berterusan dalam pengajaran

dan pembelajaran.

7.5 Rumusan

Topik di atas membincangkan aspek-aspek penting seperti berikut:

Cabaran yang dihadapi penilaian tidak seberat berbandingkan isu-isu

mengenai strategi-strategi pengajaran sesuai dan perkembangan guru.

Penilaian mesra budaya yang dibincangkan di atas merupakan cara-cara yang

boleh digunakan untuk menilai murid tanpa menjejaskan kesahan dan

kebolehpercayaan semasa membuat keputusan.

Jenis-jenis penilaian yang dikemukakan dapat mengurangkan bias terhadap

kumpulan etnik tertentu dan pertimbangan yang ditimbulkan perlu diambil kira

oleh guru semasa menyediakan penilaian sama ada formal atau tidak formal.

Sekiranya kurikulum adalah mesra budaya dengan mengambil kira kandungan

yang sesuai untuk murid, maka tidak akan menimbulkan banyak masalah

semasa membina alat penilaian untuk murid.

Kita akan berjaya jika kita menggunakan semua resos dan tenaga untuk

melakukan yang terbaik untuk anak kita yang berisiko jika kita tidak laku adil

kepada mereka dengan tidak mengambil kira kepelbagaian budaya. Seperti

mana Height (1996) maintains: "No one else can retrieve our values and

salvage our people better than we can" (p. 53).

Page 38: Modul pgsr budaya dlm pembelajaran

38