org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

49
AAEA 2305 KAJIAN MASYARAKAT CINA Tajuk: Komuniti Cina di Malaysia dan Singapura dikatakan telah menjadi dua kelompok komuniti yang berbeza dari segi pengekalan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan mereka. Mengapakah keadaan ini wujud? Bincangkan. PENSYARAH : Dr. THOCK KER PONG

Upload: chinese-stream

Post on 07-Jun-2015

2.131 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

prepared by yeoh yin yin and tiew siao ling

TRANSCRIPT

Page 1: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

AAEA 2305KAJIAN MASYARAKAT

CINA

Tajuk: Komuniti Cina di Malaysia dan Singapura dikatakan telah menjadi dua kelompok komuniti yang berbeza dari segi pengekalan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan mereka. Mengapakah

keadaan ini wujud? Bincangkan.

PENSYARAH : Dr. THOCK KER PONG

NAMA PELAJAR:

TIEW SIAO LING TEA 070110

YEOH YIN YIN TEA 070125

Page 2: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Kandungan

1.0 Pengenalan

2.0 Malaysia2.1 Kaum Cina Bergiat Dalam Pengekalan Budaya Tionghoa

2.2 Penentangan Kaum Cina Demi Mengembangkan Budaya

Tionghoa

2.3 Kaum Cina Di Malaysia Mengutamakan Pembauran Budaya

2.4 Budaya Tionghoa Malaysia Menuju Ke Arah Antarabangsa

2.5 Kebimbangan Penghakisan Budaya Kaum Cina

3.0 Singapura3.1 Tempoh Masa ‘deemphasized the Chineseness of Singapore’

(去中华性) pada Tahun 1965 hingga 1979

3.2 Tempoh Masa ‘Asioanizing Singapore’ (亚洲化) pada tahun

1979 hingga 1990

3.2.1 Pengembangan Kebudayaan Tionghoa Atas Sebab

Pragmatik

3.2.2 Pembinaan Asas Masyarakat Baru: Kempen Bahasa

Mandarin

3.3 Tempoh Masa ‘Multiracial Culture Democracy’ (多元化) Selepas

Tahun 1990

3.3.1 Pengaruh Kebudayaan Antara Kaum

3.3.2 Pengekalan Kebudayaan Tionghoa Bagi Orang Cina

Singapura secara superficial

3.4 Kesan Singapura Terhadap Pengamalan Kebudayaan

Tionghoa Selepas Mengalami Perubahan Ketiga-tiga Tempoh

Masa

4.0 Kesimpulan

2

Page 3: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

1.0 Pengenalan

Malaysia dan Singapura merupakan negara yang terdiri daripada

berbilang kaum, seperti kaum Cina, kaum Melayu, kaum India dan sebagainya.

Kaum Melayu merupakan kaum terbesar dalam negara Malaysia manakala

kaum Cina telah menjadi majoriti kaum dalam Singapura.

Sejak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu hingga kedua-dua negara

ini mencapai kemerdekaan, banyak usaha dan pengorbanan telah dilakukan oleh

nenek moyang kaum Cina dalam berbagai-bagai bidang untuk mencari rezeki

agar dapat hidup di negara yang bukan miliki mereka. Namun, kedua-dua

masyarakat Cina telah memegang prinsip dan sikap yang berbeza terhadap

pengekalan kebudayaan Tionghoa dan identiti kecinaan diri sendiri.

Kaum Cina di Malaysia dikatakan telah banyak menempuh rintangan dan

kedukaan dalam perjuangan pengekalan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan.

Ini termasuklah tuntutan pendidikan Bahasa Cina supaya dapat terus dijalankan

di sekolah rendah, sekolah menengah mahupun di universiti sejak sebelum

kemerdekaan sehingga hari ini.

Orang Cina di Malaysia mempercayai bahawa melalui pendidikan,

seseorang akan lebih mengenali sejarah bangsanya dan seterusnya dapat

menyemai ciri-ciri budaya yang cemerlang dalam diri sendiri. Terdapat satu

peribahasa yang menyatakan pendidikan anak merupakan aspek terpenting bagi

kaum Cina(再苦不能苦孩子,再穷不能穷教育 ). Ini memperlihatkan betapa

seriusnya pandangan kaum Cina terhadap pendidikan. Dengan ini, dapatlah kita

memahami kenapa nenek moyang kaum Cina yang datang dari Negara China

3

Page 4: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

sejak dahulu bergiat dalam mengembangkan dan menyalurkan pendidikan Cina

kepada anak-anak mereka walaupun sudah berpenat lelah dalam pekerjaan

masing-masing.

Oleh itu, walaupun masyarakat Cina Malaysia telah menghadapi pelbagai

rintangan untuk mempertahankan dan mengekalkan pendidikan Cina dan

kebudayaan Tionghoa. Akan tetapi, masyarakat Cina tidak berputus asa begitu

sahaja. Mereka terus mempertahankan pendidikan cina di samping itu turut

mengekalkan budaya Tionghoa.

Sebaliknya, walaupun kaum Cina telah menjadi rakyat majoriti dalam

Singapura, tetapi pengekalan dan pertahanan dalam budaya Tionghoa tidak

dilaksanakan oleh masyarakat Cina Singapura akibat konsep politik negara yang

ditetapkan oleh bekas Perdan Menteri Singapura, Lee Kuan Yew dalam tempoh

masa tahun 1965 hingga 1979 selepas kemerdekaan Singapura. Kerajaan

Singapura tidak menyekat perkembangan budaya Tionghoa tetapi telah bersikap

memandang ringan dan mengabaikan demi pengeratan antara kaum. Matlamat

Singapura untuk membina dan membentuk“warga Singapura” dan ini telah

diterima oleh semua rakyat Singapura tanpa mengira kaum.

Pihak kerajaan Singapura menyedari bahawa kedudukan bahasa

Mandarin telah semakin meningkat dan memainkan peranan penting dalam

sektor ekonomi sejak kebangkitan negara China. Kerajaan mengambil tindakan

dan berusaha dalam pendidikan Cina serta pengekalan budaya Tionghoa demi

rakyat Singapura mendapatkan peluang dan manfaat dengan menguasai bahasa

Mandarin. Akan tetapi, pelaksanaan ini telah ketinggalan hampir 30 tahun.

4

Page 5: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Kebanyakan kaum Cina tidak lagi berminat dan bersemangat dalam

pembelajaran pendidikan Cina bahkan budaya Tionghoa yang dirangkumi dalam

pendidikan Cina.

Memandangkan sikap kedua-dua masyarakat Cina di Malaysia dan

Singapura terhadap pengekalan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan adalah

berbeza. Maka, bolehlah dikatakan kelompok Cina dalam kedua-dua negara

telah memainkan peranan yang berbeza-beza walaupun nenek moyang kedua-

dua negara ini datang dari tempat yang sama iaitu negara China.

Kajian ini akan membincangkan tentang keadaan di Malaysia dan

Singapura dari segi pengekalan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan.

5

Page 6: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

2.0 Malaysia

2.1 Kaum Cina Bergiat Dalam Pengekalan Budaya Tionghoa

Kaum Cina di Malaysia amat tekal dan berusaha dalam pengekalan

budaya Tionghoa. Yang paling asasnya ialah mengekalkan amalan

pemakanan orang Cina. Biarpun Malaysia terletak berhampiran dengan

garisan Khatulistiwa dan tiada perbezaaan antara musim, namun, kaum

Cina di Malaysia tetap mengamalkan tradisi Negara China termasuklah

meraikan perayaan Tahun Baru Cina. Banyak Huatuan mengadakan

aktiviti seperti kunjung-mengunjungi sempena dengan perayaan tersebut.

Selain itu, kaum Cina di Malaysia juga meraikan perayaan tradisional

yang lain seperti Cheng Beng(清明节), Perayaan Duan Wu(端午节),

Perayaan Zhong Yuan(中元节), Perayaan Kuih Bulan(中秋节), Dong

Zhi(冬至) dan sebagainya.

Sejak beberapa tahun ini, kaum Cina yang berbagai dialek juga banyak

mengembangkan budaya tradisional masing-masing, ini termasuk juga

makanan dari pelbagai tempat, wayang dan puisi tradisional tempatan

seperti wayang orang Hokkien, wayang orang Kantonis, lagu orang Hakka

dan sebagainya. Kepercayaan kaum Cina yang meluas dapat

diperlihatkan melalui tokong-tokong yang senang dijumpai di kawasan

penempatan orang Cina. Antaranya termasuklah ‘Tokong Datuk’(哪督公),

dewi Guanyin(观音娘娘) dan sebagainya.

6

Page 7: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Semasa perayaan Tahun Baru Cina, terdapat banyak aktiviti-aktiviti

yang dijalankan seperti tarian Singa dan tarian Naga manakala pada hari

kuih bulan terdapat permainan teka-teki(猜灯谜). Lukisan Cina, tulisan

khaligrafi Cina, catur Cina, puisi-puisi Cina dan Orkestra Tionghoa juga

diperkembangkan melalui persatuan-persatuan ataupun individu. Bidang

perubatan tradisional Cina dan ubat tradisional Cina diwarisi dari satu

generasi ke satu generasi. Bukan sahaja orang Cina yang menerima

rawatan tradisional ini bahkan orang Melayu ataupun orang India juga

mempercayai dan menggunakannya. Aktiviti kaum Cina seperti Tai Chii,

Qi Gong, Wushu dan sebagainya turut berkembang dengan pesatnya dan

terdapat juga kaum Melayu dan India yang menyertainya. Kesusasteraan

Mahua juga merupakan stau bidang yang penting dalam kesusasteraan

Cina di dunia.

2.2 Penentangan Kaum Cina Demi Mengembangkan Budaya

Tionghoa

Bangsa Cina memegang kepada pemikiran Konfusionisma yang

menekankan kesederhanaan dan mementingkan kesejahteraan.

Walaupun begitu, apabila berdepan dengan pihak yang menghalang atau

membantah pengekalan kebudayaan Tionghoa seperti pihak penjajah

British, bangsa Cina akan sedia untuk melakukan penentangan. Ini

termasuklah juga menuntut terhadap pihak kerajaan yang diketuai oleh

UMNO selepas kemerdekaan.

7

Page 8: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Penentangan yang utama ialah untuk mengekalkan dan

memelihara pendidikan Cina. Ini kerana pendidikan Cina merupakan asas

kepada pengekalan budaya Tionghoa. Pihak kerajaan yang diketuai oleh

UMNO pernah melaungkan slogan ‘satu negara, satu bahasa(Bahasa

Malayu), satu bangsa’. Masyarakat Cina meminta supaya Bahasa Cina

juga dijadikan sebagai salah satu bahasa formal. Kebanyakan orang Cina

terpaksa menanggung penderitaan demi mempertahankan pendidikan

Cina. Antara yang paling terkenal ialah pengerusi Jiaozong, En Lim Lian

Geok. Demi menuntut kedudukan pendidikan Cina yang setaraf, beliau

telah dirampas hak kerakyatan dan pas gurunya oleh kerajaan. Akan

tetapi, semangat beliau yang tidak mudah berputus asa telah berjaya

mengumpul seramai beberapa puluh ribuan orang untuk menentang dan

mempertahankan pendidikan Cina. Ini telah memaksa kerajaan untuk

memandang berat terhadap hasrat masyarakat Cina. Ianya juga memaksa

kerajaan membatalkan akta pelajaran yang mempunyai hak untuk

menutup sekolah Cina dan seterusnya mempertahan pendidikan Cina.

Beliau juga digelar sebagai ‘roh bangsa’(族魂) selepas meniggal dunia.

Hari kematian beliau juga dijadikan sebagai ‘Hari Pendidikan Cina’(华教

节). Masyarakat Cina mengadakan upacara menyembah yang formal lagi

besar-besaran untuk mengingati sumbangannya terhadap pendidikan

Cina dan mengekalkan semangatnya dalam penentangan pendidikan

Cina.

8

Page 9: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Selain itu, penentangan terhadap pendidikan Cina berlaku lagi pada

tahun 1987 kerana pihak yang berkuasa mengarahkan guru yang tidak

memahami Bahasa Cina menjawat jawatan tinggi seperti guru besar,

penolong kanan guru besar dan sebagainya. Masyarakat Cina khuathir

keadaan ini akan memudaratkan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina), maka

banyak ahli jawatan tinggi parti politik seperti Parti Gerakan Rakyat,

mahupun MCA turut menyertai bersama penentangan tersebut.

Akibatnya, pihak yang berkuasa menggunakan ISA (Internal Security Act)

untuk menangkap 106 orang yang terlibat dalam perhimpunan. Akan

tetapi, pihak UMNO tahu bahawa masyarakat Cina tidak akan mudah

mengalah dalam kes ini tetapi akan menentang berhabis-habisan. Jadi,

mereka menarik balik arahannya maka Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

dapat dikekalkan sehingga hari ini.

Bak kata pepatah, ‘tekanan yang semakin besar mengakibatkan

tentangan yang semakin hebat’(压力越大,反抗力越强), boleh didapati

bahawa kadang kala tekanan yang kuat dapat membawa kepada kesan

yang baik. Sebagai contoh, tiada tarian singa di Negara China pada masa

dahulu dan ianya dibawa masuk dari luar negara, maka orang di Negara

China membawa budaya tarian singa ini ke Malaysia dan seterusnya

dipersembahkan di pelbagai perayaan. Akan tetapi, menteri melayu

mengatakan bahawa tiada singa di Malaysia dan menginginkan kaum

Cina menggantikannya dengan harimau supaya dapat bergaul dengan

budaya tempatan. Pihak kerajaan juga banyak menghalang

9

Page 10: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

perkembangan tarian singa dan ini mengakibatkan tentangan hebat

daripada masyarakat Cina dan mereka berhasrat tinggi untuk

memperkembangkan budaya tarian singa ini. Lantaran itu, bilangan

persatuan tarian singa semakin banyak didirikan dari sehari ke sehari,

pertandingan tarian singa juga diadakan di merata tempat di Malaysia.

Selain itu, persatuan tarian singa di Malaysia juga sering mendapat juara

dalam pertandingan singa antarabangsa. Akhirnya, budaya tarian singa di

Malaysia mendapat iktiraf dari pihak antarabangsa justeru membolehkan

latihan pengadil dalam pertandingan tarian singa antarabangsa dijalankan

di Malaysia. Pada masa inilah ketua-ketua Melayu terpaksa menerima

budaya ini dan membenarkan tarian singa ini dipersembahkan di

perayaan besar Malaysia yang formal. Tarian singa juga dijadikan sebagai

salah satu pertunjukan yang menarik pelancong asing. Kejadian ini dapat

memaparkan tentangan masyarakat Cina terhadap tekanan masyarakat.

Tanah perkuburan(义山) merupakan tempat untuk menempatkan

orang yang meninggal dunia, ianya juga membuktikan penghijrahan orang

Cina dari China ke Malaysia. Contohnya Bukit Sam Poh(三保山) di Melaka

merupakan tanah perkuburan orang Cian yang paling bersejarah.

Manakala tanah perkuburan Guang Dong di Kuala Lumpur pula

merupakan tanah perkuburan orang Cian yang paling besar di Malaysia.

Terdapat orang yang ingin ‘membangunkan’ kedua-dua tempat yang

bersejarah ini tetapi dengan penentangan hebat oleh masyarakat Cina

ianya dapat dipertahankan.

10

Page 11: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

2.3 Kaum Cina Di Malaysia Mengutamakan Pembauran Budaya

Di samping mengekalkan dan mengembangkan budaya Tionghoa,

kaum Cina di Malaysia juga menerima bahawa Malaysia merupakan

negara yang mempunyai pelbagai kaum. Kaum Cina mengetahui bahawa

mereka perlu faham-memahami antara kaum Cina dengan kaum lain

untuk mencapai permuafakatan. Terutamanya mereka perlu mengenali

kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar di Malaysia.

Bahasa merupakan unsur utama dalam komunikasi. Dalam

masyarakat Malaysia yang unik ini, orang Cina merupakan pakar bahasa

kerana bukan sahaja tahu berbahasa Cina, malahan dapat menguasai

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jadi, sekolah Cina juga mengajar

ketiga-tiga bahasa ini. Selain itu, kaum Cina juga tahu bahasa dialek

sendiri(Hokkien, Teowchew, Kantonis, Hakka) dan juga dialek tempatan

seperti Bahasa Hokkien di Pulau Pinang dan Klang, Bahasa Fu Chaw di

Sibu dan sebagainya.

Disebabkan orang Hokkien merupakan kaum Cina yang datang

paling awal ke Malaysia, masa pergaulan dengan orang Melayu adalah

lebih lama, maka terhasillah perkataan Melayu dalam percakapan harian

Hokkien seperti kahwin(结婚), pandai(聪明), pasar(巴刹), balai(警察局),

roti(面包), timun(黄瓜) dan sebagainya. Sebagai kontrasnya, Bahasa

Melayu juga terdapat campuran Bahasa Hokkien seperti teh(茶), tekoh(茶

壶), mee(面), bihon(米粉), poh(包) dan sebagainya.

11

Page 12: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Di bawah Dasar Pendidikan yang dijalankan, Bahasa Melayu

merupakan matapelajaran wajib bagi semua pelajar Cina. Oleh itu,

penguasaan Bahasa Melayu bagi kaum Cina agak baik juga. Mereka

membaca surat khabar Melayu justeru dapat memahami keadaan

masyarakat melayu di Malaysia. Terdapat juga sesetengah ahli akademik

ataupun penulis menggunakan Bahasa Melayu untuk menulis, ataupun

menterjemahkan bahan kesusasteraan Bahasa Melayu kepada Bahasa

Cina ataupun sebaliknya, ini berjaya memupuk interaksi antara kaum dan

menyumbang kepada bidang akademik.

Cara pemakaian dan budaya pemakanan juga semakin luas

pengaruhnya. Cara pemakaian tradisional kaum Cina telah digantikan

dengan pemakaian barat seperti pakaian kot, manakala pemuda-pemudi

lebih mengemari pakaian jeans, akan tetapi terdapat juga kaum Cina yang

memakai batik dan baju kurung. Dari segi pemakanan, kaum Cina makan

makanan Cina dan juga makanan Melayu, makanan India, makanan barat

dan sebagainya. Kopi atau teh yang dijual di kopitiam Cina bukanlah

makanan tradisional Cina. Pemuda-pemudi Cina pada masa kini gemar

mengunjungi ke kedai mamak untuk minum ‘teh tarik’, ataupun pergi ke

restoran barat seperti Starbuck dan Coffee Beans. Kebanyakan kaum

Cina telah mengetepikan kegunaan mangkuk dan penyepit sebaliknya

menggantikannya dengan sudu dan garpu ataupun menggunakan tangan

kanan untuk makan seperti kaum Melayu.

12

Page 13: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Sebenarnya, kaum lain juga banyak dipengaruhi oleh budaya Tionghoa

dalam pertembungan budaya. Contohnya, terdapat lebih daripada enam

pulu ribu orang murid yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)

merupakan anak kaum Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak.

Pada masa kini, terdapatnya guru Melayu yang mengajar bahasa Cina di

Sekolah Jenis Kebangsaa (Cina) dan bilangan ini akan semakin

meningkat. Ini telah melahirkan pertembungan budaya yang bersifat

positif antara budaya Cina dan Melayu.

Terdapat orang Melayu yang menjual pao, Char Kuey Tiew(炒果条),

orang India yang menyanyi lagu Cina dan lagu Hokkien. Kaum bukan

Melayu belajar Wushu, Qigong, tarian singa, lukisan Tionghua, tulisan

khaligrafi Cina, catur Cina mahupun Mahjong. Terdapat wanita Melayu

yang menyertai pertandingan membuat ‘dumpling’(粽子) pada perayaan

Duan Wu. Terdapat juga majlis kaum Cina yang tidak menggunakan

daging babi untuk melayan tetamu dalam perayaan.

Pada zaman penjajahan British hingga sekarang, kerajaan amat

mementingkan dan menghormati hari perayaan pelbagai kaum dan

dijadikan sebagai hari cuti awam. Oleh itu, selain perayaan kaum Melayu

seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Nuzul Al-Quran, perayaan kaum cina

seperti Tahun Baru Cina juga diberi cuti sebanyak dua hari. Manakala

Hari Kristmas bagi orang beragama Kristian, Hari Wesak bagi penganut

Buddha ataupun Deepavali bagi Hindu juga merupakan cuti awam yang

diraikan bersama. Sejak beberapa tahun ini, perayaan penting bagi

13

Page 14: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

berbagai-bagai kaum telah dijadikan perayaan yang boleh diraikan

bersama antara semua kaum, aktiviti kunjung-mengunjungi dan rumah

terbuka juga banyak dijalankan.

Namun begitu, interaksi sedemikian sebenarnya hanya merupakan

kegiatan permukaaan sahaja dan mengandungi unsur-unsur kepentingan

politik dan lain-lain lagi. Masalah permuafakatan tetap wujud antara kaum

di Malaysia.

Kaum Cina dan kaum Melayu yang belajar Bahasa Melayu dan

Bahasa Mandarin adalah untuk tujuan pelajaran, pekerjaan, perniagaan

ataupun dari segi kepentingan politik. Mereka tidak mengkaji budaya

Melayu ataupun tamadun Islam dengan teliti dam mendalam. Masyarakat

Cina seharusnya mengambil berat terhadap masalah ini.

Selain itu, kaum Melayu yang berperanan sebagai kaum utama

jarang bersifat aktif untuk belajar bahasa Cina dan dialek Cina serta

mengkaji falsafah budaya Tionghoa dengan rela hati. Kesimpulannya,

kefahaman kaum Melayu terhadap kaum Cina jauh lebih rendah daripada

kefahaman kaum Cina terhadap kaum Melayu.

Kaum Melayu diwajibkan menganuti agama Islam. Sekiranya orang

Cina berkahwin dengan lelaki ataupun wanita Melayu, mereka mesti

bertukar menjadi penganut Islam. Inilah sebab kenapa kebanyakan orang

Cina membantah penukaran agama ini kerana orang Cina yang menganut

agama Islam dikehendaki membuang gaya hidupnya dan sukar untuk

14

Page 15: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

bercampur dengan budaya masyarakat Melayu. Jadi, perkahwinan antara

dua kaum ini jarang berlaku.

2.4 Budaya Tionghoa Malaysia Menuju Ke Arah Antarabangsa

Menuju ke abad ke-20, perubahan keadaan di dalam dan di luar

negara banyak mempengaruhi perkembangan budaya Tionghoa di

Malaysia, antaranya termasuklah penujuan budaya Tionghoa ke arah

antarabangsa.

Dalam negara, kejayaan UMNO menjadikan kaum Melayu sebagai

kaum yang kerkuasa. Barisan National melaksanakan dasar-dasar yang

menyebelahi kaum Melayu, terutamanya kaum Melayu mendapat

perkembangan yang besar dalam sektor ekonomi di bawah pelaksanaan

Dasar Ekonomi Baru(DEB). Kejayaan kaum Melayu dalam bidang politik,

ekonomi, pendidikan dan kesusasteraan berjaya meningkatkan aras

kehidupan mereka, menambahkan keyakinan mereka dan seterusnya

menjadikan kerajaan yang dibentuk oleh Barisan National mengubah

dasar terhadap budaya Tionghoa di samping pengaruh antarabangsa.

Mereka mendorong budaya Tionghoa seperti menjemput persembahan

tarian singa sebagai aturcara menyambut tetamu khas negara dan

menjadi tarikan pelancongan. Hari Kebudayaan Tionghoa yang diadakan

oleh FCAM(Federation of Chinese Association In Malaysia 华总) juga

mendorong kaum Melayu dan kaum lain untuk menyertainya. Bekas

perdana menteri Tun Dr.Mahathir juga sering merasmikan perayaan ini.

Kementerian Kebudayaan dan Kesenian juga menaja aktiviti ini sebagai

15

Page 16: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

sokongan. Warisan dan tempat yang bersejarah bagi kaum Cina juga

dipelihara dan dipulihara sebagai warisan kebudayaan negara. Kesemua

ini menunjukkan kerajaan telah bersifat lebih terbuka untuk menerima

perkembangan budaya Tionghoa.

Selain itu, kaum Cina juga menyebarkan budaya Tionghoa ini ke

luar negara. Bukan sahaja tarian singa yang disebutkan di atas, terdapat

juga pasukan debat Bahasa Cina yang sering menjuarai johan di

pertandingan debat Bahasa Cina peringkat antarabangsa. Penulis

tempatan juga banyak menang dalam pertandingan penulisan Bahasa

Cina di Taiwan. Penyanyi-penyanyi yang terkenal di negara China,

Taiwan dan Hong Kong sebenarnya merupakan penyanyi tempatan.

Pengarah wayang tempatan juga sering kali mendapat hadiah di luar

negara.

Orang Cina di Malaysia juga mengeluarkan idea baru dari segi

pemakanan dan budaya tempatan. Antaranya ialah ‘Lao Sheng’(捞生)

yang dimakan semasa Tahun Baru Cina telah disebar luas sehingga ke

Hong Kong dan Negara China. Bak Kut Teh(肉骨茶)di Klang juga banyak

digemari oleh masyarakat Cina negara lain. Dari segi kesenian pula,

gendang dua puluh empat(二十四节令鼓) juga diterima baik oleh China.

Kesemuanya merupakan sumbangan dan ideal yang kreatif terhadap

budaya Tionghoa.

Polisi terbuka yang dijalankan oleh Malaysia dan China berjaya

memberikan satu peluang yang baik kepada interaksi budaya

16

Page 17: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

antarabangsa. Pada masa pemerintahan bekas perdana menteri Tun

Dr.Mahathir, beliau melonggarkan syarat bagi pengunjungan orang Cina

ke negara China tanpa had. Ini membolehkan orang Cina di Malaysia

melancong ke China, dan juga menziarahi nenek moyang mereka,

melanjutkan pelajaran, menjalankan perniagaan dan juga mendapat

peluang pekerjaan di sana. Persatuan-persatuan dan Huiguan(会馆)

memperbanyakkan lagi interaksi antara dua negara dan seterusnya

mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan akhirnya melahirkan

kesan dan kualiti budaya Tionghoa yang tinggi.

2.5 Kebimbangan Penghakisan Budaya Kaum Cina

Selepas negara China menjalankan dasar keterbukaan politik,

perkembangan ekonomi China berkembang dengan pantas, pendapatan

per kapita turut meningkat dan semakin banyak pelajar dari luar negara

melanjutkan pelajaran ke China. Ini boleh ditunjukkan melalui penyata

bahawa terdapat sebanyak empat ratus ribu orang yang belajar ke China

dan terdapat lebih daripada tiga ratus juta orang yang sedang belajar

bahasa mandarin di seluruh dunia. Keadaan ini secara tidak langsung

memanfaatkan keadaan budaya Tionghoa di Malaysia. Hal ini kerana

kerajaan lebih mengutamakan Bahasa Cina dan tindakan seperti

mengarahkan supaya subjek Bahasa Cina dijadikan subjek wajib di

Sekolah Kebangsaan. Ini membolehkan lebih banyak waris kaum Cina

belajar Bahasa Cina dan memahami budaya Tionghoa dan mungkin

17

Page 18: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

terdapat kalangan yang berhasrat mengekalkan budaya Tionghoa melalui

peristiwa ini.

Biarpun ianya kelihatan seperti masa emas bagi kaum Cina di

Malaysia mengembang dan meluaskan budaya Tionghoa, namun terdapat

kebimbangan kaum Cina di dalamnya. Kebimbangan ini dapat dikelaskan

kepada dua bahagian iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Persatuan-

persatuan Cina dalam Malaysia memainkan peranan penting dalam

mengekalkan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan, tetapi dengan

peningkatan aras kehidupan di Malaysia, nisbah bagi pemuda-pemudi

Cina untuk menerima pendidikan tinggi dan menjadi ahli profesional

semakin meningkat. Kebanyakan daripada mereka akan menyertai

persatuan yang berkaitan dnegan pekerjaan mereka sahaja seperti

Persatuan Peguam-peguam(Bar Council), Persatuan Akauntan dan

sebagainya. Mereka tidak suka menyertai persatuan yang berasaskan

budaya Tionghoa seperti Huiguan, persatuan tokong dan sebagainya. Ini

mengakibatkan kebanyakan persatuan ini menghadapi masalah ketiadaan

waris. Malahan, semakin banyak pemuda-pemudi yang tidak tahu bertutur

dalam dialek Bahasa Cina. Mereka hanya tahu bertutur sesetengah dialek

bandar seperti Kantonis di Kuala Lumpur, Hokkien di pulau Pinang dan

Klang. Ini menyebabkan mereka tidak mengenali budaya tradisional

mereka dan semestinya tidak dapat mengekalnnya.

Dari segi luaran pula, faktor globalisasi terutamanya pengaruh

besar dari budaya barat seperti Amerika Syarikat menyebabkan pemuda-

18

Page 19: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

pemudi pelbagai kaum mengikuti tren barat. Mereka cenderung dalam

menonton wayang dan siri drama barat, mendengar muzik barat, makan

makanan barat terutamanya Mc Donald dan Kentucky Fried

Chicken(KFC). Banyak daripada mereka yang cenderung dalam budaya

komputer internet dan tidak mengendahkan budaya tradisional.

Selain itu, sekiranya artis-artis dari Hong Kong dan Taiwan

membuka konsert di Malaysia, golongan ini semestinya berebut-rebut

untuk membeli tiket walaupun harganya amat mahal. Sebaliknya mereka

tidak berminat terhadap persembahan budaya tradisional kerana

menganggapnya sebagai sesuatu yang sukar untuk difahami.

Kedua-dua faktor ini amat membimbangkan masyarakat Cina di

Malaysia kerana khuathir pengekalan budaya Tionghoa akan terputus dan

takut dengan kehilangan identiti kecinaan mereka. Ini sudah dapat dilihat

melalui ketiadaan waris dalam bidang orkestra Cina ataupun tarian

tradisional Cina.

Ketua persatuan-persatuan Cina telah memikir cara untuk

mengelakkan keadaan ini daripada terus memburuk. Yang pertama ialah

mendirikan persatuan wanita serta persatuan pemuda dan seterusnya

membolehkan mereka mengekalkan budaya Tionghoa tersebut. Yang

kedua ialah mengukuhkan lagi budaya tradisional Tionghoa seperti

membuka kelas mengajar dialek bahasa Cina, kelas memasak, konferen

akademik dan sebagainya untuk meningkatkan pengenalan kaum Cina

terhadap identiti mereka. Usaha-usaha ini telah telah berjaya

19

Page 20: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

mengembangkan budaya Tionghoa di Malaysia. Walaupun aktiviti-aktiviti

yang seumpamanya dijalankan dengan meriah tetapi tidak cukup

mendalam dalam pengetahuan budaya. Kita seharusnya lebih prihatin

dalam keadaan ini.

Satu lagi kebimbangan ialah kaum Cina pada masa kini lebih

lambat berkahwin dan pandangan mereka terhadap melahirkan anak

adalah ‘mengutamakan kualiti daripada kuantiti’(重质不重量). Maka ini

menjadikan bilangan anak Cina semakin berkurangan sekiranya

dibandingkan dengan kaum Melayu. Jika keadaan ini berterusan, kaum

Cina akan menjadi kaum minoriti. Kita harus prihatin terhadap perkara ini

kerana ianya berkaitan dengan pengaruh terhadap pengekalan budaya

Tionghoa dan perkembangan identiti kecinaan.

3.0 Singapura3.1 Tempoh Masa ‘Deemphasized the Chineseness of

Singapore’(去中华性) pada Tahun 1965 hingga 1979

Walaupun Singapura adalah ditadbir oleh orang Cina, tetapi

kerajaan Singapura tidak berani membina satu negara yang

mengutamakan orang Cina dan kebudayaan Tionghoa. Sebaliknya,

semasa pentadbiran Lee Kuan Yew sejak tahun 1965, pihak kerajaan

sentiasa mengambil polisi untuk menyekat perkembangan kebudayaan

Tionghoa. Keadaan ini berlaku disebabkan Singapura sensitive dan tidak

ingin dianggap sebagai “The Third China”. Selain itu, ianya juga

disebabkan oleh ketakutan terhadap pentadbiran komunis, malah Lee

20

Page 21: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Kuan Yew, Wu QingRui dan tokoh-tokoh lain dalam proses pembinaan

negara Singapura adalah sekumpulan orang yang menerima pendidikan

Inggeris, maka mereka tidak mempunyai semangat yang kuat terhadap

budaya Tionghoa. Yang paling penting ialah mereka menganggap

penyekatan kebudayaan Tionghoa adalah satu taktik terselamat dalam

politik (a survival tactic in political). Oleh itu, tiada sebarang kempen yang

dilaksanakan oleh kerajaan untuk menggalakkan perkembangan dan

pengekalan budaya Tionghoa. Selain itu, masyarakat yang berusaha

mengekalkan budaya Tionghoa juga disekat oleh pihak kerajaan. Sebagai

contoh, orang China dikenali sebagai orang Cina(华人). Tambahan pula,

pendidikan Cina juga menghadapi halangan kerana sekolah Inggeris

mendapat kedudukan utama dalam masyarakat Singapura.

Sejak kemerdekaan Singapura pada tahun 1965, pendidikan dan

sektor-sektor lain telah dikuasai dan dirancang sepenuhnya oleh pihak

kerajaan. Konsep “warga Singapura” yang dipersetujui dan ditanam dalam

minda setiap warga Singapura semakin mendalam selepas pelbagai

dasar dan polisi yang dijalankan oleh kerajaan. Dalam masyarakat Cina

Singapura, pelajar Cina perlu menerima dasar pendidikan yang

“utamakan bahasa Inggeris, sampingkan bahasa Mandarin”. Walaupun

keadaan sedemikian telah meningkatkan kesedaran warga Singapura

terhadap identiti mereka, tetapi keadaan ini telah menyebabkan

pendidikan Cina semakin diketepikan disebabkan keinginan untuk

menjaga kepentingan pelbagai kaum dengan adilnya. Ini menyebabkan

21

Page 22: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

bahasa Mandarin semakin tidak dititikberatkan di kalangan masyarakat

Cina Singapura. Universiti Nanyang yang berobjektif mengembangkan

budaya Tionghoa juga digabungkan bersama Universiti Singapura

menjadi “National University of Singapore(NUS) disebabkan campur

tangan kerajaan.

3.2 Tempoh Masa Asianizing Singapore (亚洲化) pada tahun 1979 hingga

1990

Walaupun bahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan

bahasa Tamil menjadi bahasa rasmi dalam Singapura, tetapi rakyat

Singapura lebih cenderung dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Ini

kerana pihak kerajaan Singapura telah mengambil tindakan untuk

menyambung dasar yang dijalankan semasa penjajahan British. Segala

pengurusan, pentadbiran, dan surat secara rasmi adalah menggunakan

Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Pada tahun 60-an, demi

penggabungan dengan Malaysia, Singapura pernah menetapkan Bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam dasar kerajaan. Akan tetapi,

kerajaan Singapura telah mengambil keputusan untuk menggubal Bahasa

Inggeris sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi antara satu sama

lain dalam negara Singapura. Selepas tahun 80-an, segala bahasa untuk

pembelajaran telah bertukar sepenuhnya kepada bahasa Inggeris sebagai

bahasa utama.

Kedudukan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Mandarin tidak

dipentingkan kerana tidak digunakan dalam parlimen mahupun dalam

22

Page 23: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

sektor ekonomi. Bahasa Inggeris diutamakan sebagai bahasa pertuturan

antara kaum supaya semangat perpaduan antara kaum di Singapura

dapat dipupuk.

Namun, keadaan ini mula berubah apabila bekas Perdana Menteri

Singapura, Lee Kuan Yew menyedari tentang kepentingan Bahasa

Mandarin pada masa depan dan mula melaksanakan polisi-polisi yang

cuba mengubah keadaan sosial Singapura yang terlalu mementingkan

pendidikan Inggeris sehingga mengabaikan pendidikan Cina.

3.2.1 Pengembangan Kebudayaan Tionghoa Atas Sebab

Pragmatik

Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menyesal

terhadap polisi yang ditetapkan olehnya yang sebelumnya iaitu

menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama untuk

berkomunikasi dalam Singapura. Beliau kini amat mementingkan “akar

Cina”, iaitu identiti, budaya, pendidikan dan lain-lain yang diwarisi sejak

ribuan tahun yang sebelumnya dan ditinggalkan oleh nenek moyang

Cina. Beliau berpendapat bahawa kaum Cina sekurang-kurangnya

harus tahu menggunakan bahasa ibunda untuk mengajar dan

menyebarkan budaya Tionghoa. Beliau pernah memberitahu bahawa

“jika kita sama dengan sesetengah masyarakat, hanya meniru orang

Amerika dan orang British secara membabi buta, maka masyarakat dan

23

Page 24: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

negara yang sedemikian tidak perlu dibina.” Oleh itu, beliau telah

menjalankan dasar dwi bahasa dalam pendidikan Singapura.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong juga telah

menegaskan bahawa penduduk Tionghoa Singapura harus belajar dan

bertutur Bahasa Mandarin bukan sahaja demi ekonomi tetapi juga

meliputi budaya. Dengan itu, dapatlah budaya Tionghoa yang telah

berusia ribuan tahun ini dikekalkan. Jika meninggalkan bahasa ibunda,

sesuatu kaum akan kehilangan identiti dan harga diri serta adat istiadat.

Salah satu penasihat Universiti Teknologi Nanyang, profesor Zhou

Qinghai mengatakan bahawa dasar ini mempunyai dua matlamat.

Pertama, pelajar Cina dapat menguasai bahasa Mandarin sebagai asas

dan dapat digunakan untuk masa depan. Kedua, untuk mengekalkan

kebudayaan Tionghoa dan menanam kedudukan budaya Tionghoa

dalam pemikiran pelajar Cina.

Pada tahun 2004, parlimen Singapura meluluskan pengajaran

pendidikan Cina melalui perdebatan. Dasar dwi bahasa perlu berjaya

dilaksanakan dalam Singapura demi mengekalkan minat warga

Singapura dan seterusnya menjadikannya sebagai keperluan harian

bahasa. Oleh itu, kerajaan telah menciptakan suasana untuk belajar dwi

bahasa (bahasa Mandarin dan Inggeris) yang baik kepada generasi

muda kini agar mendorong mereka menguasai bahasa Mandarin kerana

penguasaan ini amat berguna dan bermanfaat untuk meningkatkan

peluang atau status diri sendiri di antarabangsa.

24

Page 25: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Pelbagai langkah seperti kempen “speak Cool” dan kempen

bahasa Mandarin juga telah dilancarkan untuk memotivasikan rakyat-

rakyat dalam pembelajaran bahasa Mandarin. Dengan usaha kerajaan,

bilangan rakyat yang mempelajari bahasa Mandarin mencapai tahap

yang agak memuaskan dari semasa ke semasa.

3.2.2 Pembinaan Asas Masyarakat Baru: Kempen Bahasa

Mandarin

Kerajaan Singapura telah melaksanakan kempen bahasa

Mandarin untuk menggantikan penggunaan bahasa dialek ( 方言 ).

Penggunaan bahasa dalam Singapura mempunyai suatu perubahan

yang besar disebabkan dasar bahasa yang dilaksanakan oleh pihak

kerajaaan Singapura. Pada tahun 1979, bekas Perdana Menteri

Singapura, Lee Kuan Yew telah melancarkan dan merasmikan kempen

ini. Beliau berkata bahawa masyarakat Cina Singapura adalah satu

“dunia dialek”. Pihak kerajaan melaksanakan kempen bahasa Mandarin

adalah bertujuan untuk menggantikan bahasa dialek dengan Bahasa

Mandarin. Mengikut Tan LieFu, kempen ini mempunyai 4 matlamat.

Pertama, demi membetulkan semangat dan pemikiran rakyat yang

semakin pembaratan disebabkan terlalu mementingkan bahasa Inggeris.

Kedua, untuk mengelakkan pembaziran masa untuk mempelajari

bahasa dialek. Ketiga, untuk menyatupadukan pemikiran orang Cina.

25

Page 26: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Keempat, mempertingkat tahap pembelajaran dan penguasaan Bahasa

Inggeris dan Bahasa Mandarin.

Mengikut statistik 1980 dan 1990, penggunaan bahasa dialek

dalam keluarga orang Cina dari 76.2% menurun kepada 48.2%, iaitu

hampir 30%. Manakala penggunaan bahasa Mandarin daripada 13.1%

telah meningkat kepada 30%, iaitu hampir 17%. Penggunaan bahasa

Inggeris pula telah meningkat 10%. Ini dapat membuktikan bahawa

penggunaan bahasa dialek telah kehilangan kedudukannya dalam

Singapura. Namun, pengekalan budaya Tionghoa masih tidak dapat

dikekalkan dan dikembangkan dalam masyarakat Cina kerana mereka

hanya menganggap bahasa Mandarin sebagai satu alat berkomunikasi.

3.3 Tempoh Masa ‘Multiracial Culture Democracy’ (多元化) Selepas

Tahun 1990

3.3.1 Pengaruh Kebudayaan Antara Kaum

Negara Singapura merupakan satu negara yang berbilang

kaum. Kebudayaan antara saling mempengaruh mengakibatkan satu

fenomena yang unik. Amalan masyarakat terhadap pakaian, makanan,

kehidupan atau adat resam sesuatu kaum bukan sahaja diamalkan

oleh satu kaum sahaja tetapi mempengaruhi kaum lain secara tidak

lansung. Sebagai contoh, generasi muda Cina kini tidak memakai

pakaian tradisional kaum sendiri, sebaliknya memakai jeans dan baju

kemeja disebabkan pengaruh barat. Pengaruh budaya antara kaum

26

Page 27: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

juga dapat dilihat bahawa warga Singapura bukan orang Cina juga

tahu cara menggunakan penyepit, nasi lemak juga merupakan suatu

makanan Melayu yang diterima oleh semua warga Singapura tanpa

mengira bangsa. Tambahan pula, semua rakyat berpeluang untuk

menyambut bersama perayaan kaum lain demi menjalinkan

persahabatan antara kaum.

Walaubagaimanapun, masih belum ada satu budaya yang

diterima dan diiktiraf oleh semua rakyat Singapura. Namun, matlamat

berjangka panjang yang ditetapkan dalam pembinaan budaya adalah

sama dan juga mengekalkan kelebihan budaya kaum masing-masing.

3.3.2 Pengekalan Kebudayaan Tionghoa Bagi Orang Cina

Singapura secara superficial

Masyarakat Cina Singapura amat mementingkan perayaan

tradisional Cina sejak nenek moyeng mereka, terutamanya perayaan

Tahun Baru Cina. Orang Cina Singapura mempunyai adat makan

bersama semasa malam Tahun Baru Cina, semasa Chap Goh Mei

pergi menonton wayang, menyembah nenek moyang semasa Cheng

Beng dan makan kuih bulan semasa perayaan kuih bulan. Perayaan-

perayaan ini dapat dibuktikan masyarakat Cina dalam Singapura

dipandang berat. Namun, ini tidak dapat membuktikan masyarakat

Cina Singapura dapat mengekalkan kebudayaan Tionghoa dengan

baik kerana generasi muda kini memang tidak mengambil tahu tentang

27

Page 28: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

asal usul perayaan tradisional Cina. Mereka telah banyak dipengaruhi

oleh budaya barat dan tidak pernah dididik dengan pendidikan tentang

kebudayaan Tionghoa yang mempunyai sejarah melebihi ribuan tahun.

Ini mengakibatkan perayaan yang disambut hanya dianggap sebagai

satu perayaan untuk bergembira tetapi tidak memahami tentang

makna tersiratnya.

3.4 Kesan Singapura Terhadap Pengamalan Kebudayaan Tionghoa

Selepas Mengalami Perubahan Ketiga-tiga Tempoh Masa

Fenomena pembaratan kaum Cina semakin meningkat di Singapura

adalah disebabkan dasar-dasar dan polisi-polisi yang dijalankan oleh pihak

kerajaan. Dasar kebudayaan berbilang kaum dijalankan untuk mengekalkan

kestabilan, sistem peraturan tersusun dan perkembangan negara. Namun,

kerajaan telah mengabaikan kepentingan kebudayaan Tionghoa walaupun

tidak menafikan nilai kebudayaan. Ini mengakibatkan segelintir warga

Singapura beranggap bahawa pengguasaan Bahasa Inggeris adalah faktor

meningkat status diri sendiri dalm masyarakat. Sebaliknya, jika hanya

menguasai Bahasa Mandarin, ini tidak dapat melambangkan kebolehan dan

kedudukan diri sendiri. Ini kerana semua ahli profesional adalah

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai alat komunikasi. Maka, pertuturan

Bahasa Mandarin dianggap sebagai lambang tidak berjaya dan

mengakibatkan pendidikan Cina tidak diambil berat di kalangan Singapura.

28

Page 29: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Dengan itu, kebudayaan Tionghoa tidak dapat disampaikan melalui

pendidikan Cina dan menyebabkan warga Cina Singapura kurang

kesedaran dalam pengekalan kebudayaan Tionghoa dan identiti kecinaan

diri sendiri sebagai seorang kaum Cina. Sebaliknya, fenomena pembaratan

di kalangan masyarakat Cina semakin meningkat apabila menerima

pendidikan Inggeris dan dipengaruhi oleh pemikiran barat .

Keadaan ini telah mula berubah sejak kebangkitan negara China

sebagai negara maju. Perkembangan negara China menyebabkan bahasa

Mandarin semakin dipandang berat oleh rakyat Singapura berbanding

dengan mereka yang menghina orang yang bertutur ahasa Mandarin pada

mulanya. Mereka mula menyedari akan kepentingan dan kedudukan

bahasa Mandarin di peringkat antarabangsa pada masa kini. Kebanyakan

ibu bapa juga berharap bahawa anak-anak mereka mengambil kesempatan

belajar Bahasa Cina sempena dengan kebangkitan negara China menjadi

negara penting untuk menguasai ekonomi seluruh dunia.

Perdana menteri negara Singapura, Lee Hsien Loong juga

berpendapat bahawa warga Singapura harus mempelajari bahasa Cina

agar tidak menghilangkan identiti diri serta tidak ketinggalan dunia.

Walaupun pihak kerajaan Singapura telah menebus kesalahan dan

berusaha untuk mengembangkan kebudayaan Tionghoa kepada rakyat

Cina Singapura, namun setelah ketinggalan usaha keras selama hampir 30

tahun, kebanyakan generasi muda kini telah hilang minat dan semangat

terhadap pendidikan Cina dan budaya Tionghoa. Sebilangan rakyat

29

Page 30: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Singapura terutamanya belia masih bersikap tidak hendak mempelajari

bahasa Mandarin. Hal ini disebabkan mereka menganggap bahawa

bahasa Mandarin adalah bahasa yang sukar dipelajari. Ada yang pula

berpendapat bahawa mempelajari bahasa Mandarin hanya disebabkan nilai

tinggi bahasa Mandarin pada masa kini. Mereka hanya menerima

pendidikan Cina dalam bahasa Mandarin sahaja tetapi tidak merangkumi

dengan pendidikan budaya Tionghoa yang mengandungi dalam pendidikan

Cina.

3.4.1 Kebimbangan Terhadap Kehilangan Nilai Kebudayaan Tionghoa

Polisi-polisi yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan Singapura dapat

menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum, tetapi ini juga mengakibatkan

budaya Tionghoa semakin diabaikan. Pertama, ini dapat dibuktikan dengan

bukan sahaja masa pembelajaran bahasa Mandarin semakin dikurangkan

dalam sekolah rendah dan sekolah menengah, malah bahasa Mandarin

telah dijadikan bahasa sampingan dan dianggap sebagai bahasa asing.

Selepas itu, ini juga dapat dilihat dengan persuratkhabaran Cina semakin

lupus. Bilangan pembaca surat khabar Cina semakin mengurang sehingga

menjadikan media kedua menyampaikan berita. Tambahan pula,

kehilangan Universiti Nanyang merupakan rintangan yang paling berat

kepada budaya Tionghoa dalam Singapura. Semua tindakan yang

dilakukan oleh kerajaan telah mengugat perkembangan budaya Tionghoa

dan kesedaran identiti kecinaan secara tidak langsung.

30

Page 31: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Singapura telah menghadapi perubahan zaman semakin ke arah

pembaratan mengakibatkan Singapura semakin hilang identiti dan

kebudayaan tersendiri. Sejak pembinaan negara Singapura, pihak kerajaan

hanya mementingkan bahasa Inggeris sebagai satu “alat” dan bukannya

sebagai suatu media kebudayaan, oleh itu mereka tidak dapat menerima

sepenuhnya kebudayaan barat untuk menjadikan panduan kepada

pemikiran manusia dan hanya menganggap bahasa Inggeris sebagai satu

alat untuk bersaing dalam antarabangsa. Akan tetapi, masyarakat

Singapura amat mementingkan bahasa Inggeris justeru mengabaikan dan

memandang ringan terhadap kewujudan bahasa ibunda, nilai dan

kebudayaannya. Dasar Singapura sentiasa berubah mengikut keadaan

antarabangsa, meliputi bahasa, pendidikan dan kebudayaan juga memberi

kesan kepada rakyat terhadap kesedaran identiti kaum diri sendiri dan

pengekalan budaya kaum masing-masing. Sebagai contoh, pihak kerajaan

amat mementingkan Bahasa Inggeris dan menjadikan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa utama dalam Singapura sebelumnya. Kini, pihak kerajaan

telah berubah untuk mementingkan bahasa Mandarin disebabkan

kebangkitan negara China mengakibatkan nilai dan kedudukan bahasa

Mandarin semakin meningkat dalam antarabangsa.

Warga Singapura bukannya tidak mempunyai nilai kebudayaan,

tetapi sentiasa berada di “sempadan” kebudayaan, dan keadaan budaya

semakin tidak tenteram. Disebabkan negara, kuasa dan dasar-dasar

sentiasa berada dalam keadaan berubah-ubah, ini mengakibatkan budaya

31

Page 32: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

asas tidak mendapat ruangan yang mencukupi untuk berkembang. Oleh itu,

walaupun keadaan ekonomi dan taraf hidup semakin meningkat, tetapi taraf

kehidupan budaya tidak meningkat bersama.

4.0 Kesimpulan

Komuniti Cina di Malaysia dan Singapura telah menjadi dua

kelompok komuniti yang berbeza dari segi pengekalan budaya Tionghoa

dan identiti kecinaan mereka. Malaysia mempunyai sistem pendidikan

yang amat unik kerana merupakan satu-satunya negara yang mempunyai

sistem pendidikan Cina yang lengkap selain negara China, Hong Kong

dan Taiwan. Manakala Singapura sedang giat mendorong penggunaan

Bahasa Cina selepas beberapa puluh tahun diketepikan.

Keadaan politik di Malaysia dan dasar-dasar pendidikan yang

mementingkan Bahasa Melayu telah mendorong kepada komuniti Cina

untuk bergiat dalam usaha menentang dan berusaha untuk

mempertahankan budaya Tionghoa dan identiti kecinaan. Tekanan

daripada kerajaan dan masyarakat Melayu menjadikan masyarakat Cina

menubuhkan persatuan-persatuan untuk menuntut kebajikan budaya

Tionghoa dan antara tuntutan yang terpenting ialah pendidikan Cina di

mana merupakan asas kepada kebudayaan. Manakala Singapura yang

menjalankan dasar dwi bahasa dapat meredakan emosi komuniti Cina

dan mereka turut bersetuju dengan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai

bahasa utama.

32

Page 33: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Walaupun kerajaan Singapura menyesal terhadap tindakan dahulu

yang tidak mementingkan Bahasa Mandarin dan kini giat memperluaskan

dan mengembangkan penggunaan bahasa Mandarin di kalangan rakyat.

Namun, pengekalan budaya Tionghoa telah terputus dan amat susah

untuk meneruskannya. Walaupun komuniti Cina di Singapura bertutur

Bahasa Mandarin, meraikan perayaan Tionghoa tetapi kalangan mereka

tidak mengenali asal-usul mahupun keunikan budaya tersebut. Sebaliknya

Malaysia mempunyai Huatuan dan persatuan seperti Dongjiaozong yang

mempertahankan budaya Tionghoa sejal tahun 1951, maka komuniti Cina

malaysia masih mengekalkan budaya tersebut dengan sempurna.

Perkembangan negara China telah berjaya membawa kepada

kepentingan mempelajari Bahasa Cina. Akan tetapi, komuniti Cina di

Malaysia dan Singapura tetap menghadapi masalah kebimbangan

penghakisan. Antara yang paling serius ialah ketiadaan waris dalam

persatuan dan usaha meneruskan perjuangan mempertahankan budaya

Tionghoa dan masalah lambat berkahwin.

Kesimpulannya, komuniti Cina di kedua-dua negara harus prihatin

terhadap masalah ini dan berikhtiar untuk mendalamkan identiti kecinaan

orang cina dan seterusnya mendorong mereka bergiat dalam usaha

mengekalkan budaya Tionghoa. Tiada sesiapa yang dapat

menghancurkan budaya sesuatu kaum kecuali kaum tersebut yang

melepaskan budayanya.

33

Page 34: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

Rujukan

Cui, GuiQiang. 1994. The Chinese In Singapore: Past And Present. Singapore: Singapore Federation of Chinese Clan Associations and EBP Publishers Pte Ltd.

Ho Khai Leong, Thock Kiah Wah, Onn Huann Jan. 2006. Social Changes in Malaysia and Singapore(1965-2005). Johor: Southern College.

Hong, JianDe. 1997. Singapore. Taipei: Yangzhi wenhua shiye gufen Sdn.Bhd.

Liang, YuanSheng. 2004. Xin Jia Po hua ren she hui shi lun. Singapura: Universiti Singapura.

Li, WeiYi. 1999. Xin Jia Po hua ren you yi bian yi de wo qun guan: Yu qun, guo jia she qun yu zu qun. China: Tang Shan chu ban she.

Thock, KerPong. 2005. Ketuanan Politik Melayu: Pandangan Kaum Cina. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Voon Phin Keong. 2007. Malaysian Chinese and Nation Building: Before Merdeka and Fifty Years After, Vol 1. Kuala Lumpur: Centre for Malaysian Chinese Studies.

Artikel dari harian <Lian He Zao Bao ? Singapura>. Diperolehi pada 15 September, 2008 daripada http://osdir.com/ml/culture.region.china.budaya-tionghua/2005-11/msg00247.html

Lin, JinShu. 2007. Ma Lai Xi Ya hua ren de duo yuan wen hua jing yan. Diperolehi pada 1 September ,2008 daripada http://www.nandazhan.com/ jijinhui/nf17p033.htm

Singapura. Diperolehi pada 12 September, 2008 daripada http://ms.wikipedia. org/wiki/Singapura

Zhang, XiNa. 2004. Huazu Wenyi de Shengcun. Diperolehi pada 12 September, 2008 daripada http://www.zaobao.com/chinese/pages1/chinese_sg160204a.html

34

Page 35: org cina m'sia n s'pore dlm pengekalan budaya tionghoa

35