modul pgsr pqe

60
(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH) Tajuk 1 ULUM AL QURAN DAN ULUM AL-HADITH 1. Pengenalan Konsep Ulum Al-Quran dan Ulum Al- Hadith 1.1 Sinopsis Pengajian yang berkaitan dengan Ulum al-Quran merupakan salah satu bidang yang penting untuk membolehkan seseorang itu memahami dan menghuraikan atau mentafsirkan apa yang terdapat dalam al-Quran itu sendiri dengan baik dan lebih sempurna. Pengertian Ulum al-Quran dapat diberikan dengan dua keadaan iaitu pengertian dari aspek bahasa dan istilah. Ulum al-Quran menurut bahasa ialah segala ilmu yang berkaitan dengan al- Quran. Ulum al-Quran dari aspek istilah bermaksud ilmu yang membahaskan tentang al-Quran, sama ada dari aspek penurunannya, bacaannya, sejarah pengumpulannya, penyusunannnya, penulisan dan pentafsiran, i jaz, nasikh mansukh, muhkam dan mutasyabihat dan lain-lain. Memahami al-Quran adalah perkara yang perlu bagi umat Islam, kerana al-Quran merupakan sumber hukum pertama dalam perundangan dan neraca keadilan. Pendidikan melalui al-Quran merupakan teras penting untuk menanamkan keyakinan manusia terhadap keEsaan Allah S.W.T. untuk mengabdikan diri dan mendekatkan diri kepadaNya. Tujuannya ialah supaya manusia menjadi insan yang soleh yang boleh merealisasikan segala tujuan hidup di dunia dan akhirat. 1.2 Hasil Pembelajaran 1. Menanamkan kepercayaan yang kukuh terhadap keesaan Allah dalam diri pelajar terhadap al-Quran. 2. Menanamkan keyakinan yang tinggi terhadap al-Quran dan Hadith. 3. Memahami mengenai nasikh dan mansukh. 4. Menjelaskan soal muhkam dan mutasyabih. 1

Upload: huda-ariff

Post on 11-Dec-2015

283 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ipg

TRANSCRIPT

Page 1: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Tajuk 1 ULUM AL QURAN DAN ULUM AL-HADITH

1. Pengenalan Konsep Ulum Al-Quran dan Ulum Al-Hadith

1.1 Sinopsis

Pengajian yang berkaitan dengan Ulum al-Quran merupakan salah satu bidang yang

penting untuk membolehkan seseorang itu memahami dan menghuraikan atau

mentafsirkan apa yang terdapat dalam al-Quran itu sendiri dengan baik dan lebih

sempurna. Pengertian Ulum al-Quran dapat diberikan dengan dua keadaan iaitu

pengertian dari aspek bahasa dan istilah. Ulum al-Quran menurut bahasa ialah segala

ilmu yang berkaitan dengan al-Quran. Ulum al-Quran dari aspek istilah bermaksud ilmu

yang membahaskan tentang al-Quran, sama ada dari aspek penurunannya, bacaannya,

sejarah pengumpulannya, penyusunannnya, penulisan dan pentafsiran, i’jaz, nasikh

mansukh, muhkam dan mutasyabihat dan lain-lain. Memahami al-Quran adalah perkara

yang perlu bagi umat Islam, kerana al-Quran merupakan sumber hukum pertama dalam

perundangan dan neraca keadilan. Pendidikan melalui al-Quran merupakan teras

penting untuk menanamkan keyakinan manusia terhadap keEsaan Allah S.W.T. untuk

mengabdikan diri dan mendekatkan diri kepadaNya. Tujuannya ialah supaya manusia

menjadi insan yang soleh yang boleh merealisasikan segala tujuan hidup di dunia dan

akhirat.

1.2 Hasil Pembelajaran

1. Menanamkan kepercayaan yang kukuh terhadap keesaan Allah dalam diri

pelajar terhadap al-Quran.

2. Menanamkan keyakinan yang tinggi terhadap al-Quran dan Hadith.

3. Memahami mengenai nasikh dan mansukh.

4. Menjelaskan soal muhkam dan mutasyabih.

1

Page 2: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

1.3 Kerangka Konsep Tajuk

1.4 Konsep dan Definisi Ulum Al-Quran

Al-Quran ialah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dalam

bahasa Arab dan sebagai mukjizat yang dinukilkan secara mutawatir yang ditulis dalam

mashaf yang bermula dengan surah al-Fatihah ini diakhiri dengan surah an-Naas dan

bacaannya adalah ibadat.

Dalam pengertian ini, berbezalah al-Quran dengan Hadith atau as-Sunnah, kerana

bukanlah Kalamullah. Berbezalah dengan kitab-kitab suci yang lain kerana Kalamullah

yang diturunkan kepada Nabi Musa (Taurat) yang berbahasa Siriani, berbezalah dengan

Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Daud (Zabur) yang berbahasa Qibti dan

berbezalah ia dengan Kalamullah yang diturunkan kepada Nabi isa (Injil) yang

berbahasa Ibrani.

Al-Quran adalah mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan

kewujudan SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca al-Quran

adalah ibadat. Ini berlainan dengan membaca Hadith atau lainnya. Ia dinukilkan kepada

kita secara mutawatir, secara pasti dan qat’i. Maka oleh kerana itu, barangsiapa yang

mengingkari, mempersenda-sendakannya atau meraguinya, murtadlah ia. Kalamullah

2

Pengenalan Konsep Ulum Al-Quran & Al-Hadith

Definisi dan Dalil

Faedah mempelajari Ulum al-Quran

Penyusunan Ayat dan Surah

Nasikh dan Mansukh

Page 3: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

itu ditulis dan didewankan serta dirakamkan dalam mushaf yang dimulakan dengan

surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah an-Naas.

Definisi Ulum al-Quran:

Bahasa: Ilmu-ilmu tentang al-Quran.

Istilah: ilmu-ilmu yang membincangkan aspek-aspek yang terkandung dalam al-

Quran. Aspek-aspek yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran, bacaan,

pengumpulan, penyusunan, penulisan, pentafsiran, ‘ijaz al-Quran, al-nasakh wa

al-mansukh, asbab al-nuzul, ‘irab dan gharib al-Quran.

.

Faedah mempelajari ulum al-Quran

1.Mengetahui perkembangan ulum al-Quran sejak ia diturunkan.

2.Menguasai bidang ilmu yang terkandung dalam al-Quran.

3.Mempertahankan keaslian al-Quran dan memeliharanya daripada

penyelewangan.

Sejarah ulum al-Quran di zaman Rasulullah s.a.w

•Rasul Allah memahami dan menghafaz wahyu yang diterima baginda.

•Rasul Allah menerangkan pengertian serta rahsia wahyu tersebut kepada

Sahabat.

3

Page 4: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

•Sahabat menghafaz atau mencatatnya.

Sejarah ulum al-Quran di zaman al-Khulafa al-Rasyidin

• Abu Bakar mengumpulkan al-Quran atas cadangan Umar bin al-Khattab kerana

ramai huffaz syahid dalam peperangan al-Riddat di al-Yamamah

• Di zaman Utsman, pelbagai bangsa yang menganut Islam membaca al-Quran

mengikut lahjat mereka sendiri

• Utsman menyusun semula al-Quran Abu Bakar dalam satu tulisan dan lahjat

dalam satu mushaf.

Perkembangan ulum al-Quran

•Bermula pada awal abad ke-10H dengan penyusunan buku yang berjudul al-

Burhan fi Ulum al-Quran oleh Ali bin Ibrahim al-Khufi.

•Diikuti oleh al-Jawzi (m. 598H) yang menyusun Funun al-Afnan fi Ulum al-Quran

•Ilm al-Din al-Sakhawi (m. 641H) yang menyusun Jimal al-Quran.

•Abu Syamat (m. 665H) yang menyusun al-Mursyid al-Wajiz fi ma yata’aluq bi al-

Quran al-‘Aziz.

•Badr al-Din al-Zarkasyi (m. 794H) yang menyusun al-Burhan fi Ulum al-Quran

•Jalal al-Din al-Balqini yang menyusun Mawaqi’ al-Ulum min Mawaqi’ al-Nujum

•Al-Sayuti yang menyusun al-Tajbir fi Ulum al-Tafsir dan al-Itqan fi Ulum al-

Quran.

•Tahir al-Jazari yang menyusun al-Tibyan fi Ulum al-Quran

•Muhammad Ali Salamat yang menyusun Minhaj al-Furqan fi Ulum al-Quran

•Muhammad Mustafa al-Maraghi yang menyusun Masalat Tarjamat al-Quran

•Muhammad Abd Allah yang menyusun al-Naba al-‘Azim fi al-Quran al-Karim wa

al-Tariq al-Mitsli fi Dirasatih.

•Abd al-Azim al-Zarqani yang menyusun Sahil al-‘Irfan fi Ulum al-Quran

•Muhammad Ali al-Sabuni yang menyusun al-Tibyan fi Ulum al-Quran

4

Page 5: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

•Abd al-Ghani ‘Audh al-Rajihi yang menyusun al-Minhaj al-Qawim fi Dirasat Ulum

al-Quran.

•Muhammad Ahmad Yusuf al-Qasim dan Mani’ Abd al-Halim Mahmud yang

menyusun Ulum al-Quran al-Karim.

1.5 Penyusunan Ayat dan Surah

Al-Quran itu mengandungi ayat-ayat dan surah-surah. Manakala ayat-ayat dan surah-

surah itu pula ada yang panjang dan ada yang pendek. Apa yang dimaksudkan dengan

penyusunan al-Quran di sini ialah penyusunan mengikut tertib ayat dan surah.

Pengertian Ayat dan Surah:

Ayat menurut pergertian bahasa ialah:

a) Tanda atau alamat.

b) Bukti atau dalil.

c) Keterangan.

d) Mukjizat atau tanda yang menakjubkan

Ayat menurut pengertian istilah ialah:

a) Sejumlah kalam Allah yang terdapat di dalam sesebuah surah daripada al-Quran.

b) Suatu kumpulan ucapan yang mempunyai awal dan akhir yang termasuk di dalam

suatu surah di dalam al-Quran.

Kedudukan Ayat dan Penjelasannya

Kata âyah ( �ة� ) adalah bentuk tunggal dari kata âyât (آي �ات� Menurut pengertian .(آي

etimologi, kata itu dapat diertikan sebagai mu‘jizah (ة� ز� ) alâmah‘,(= م�ع ج��

�م�ة� = ع�ال tanda), atau ‘ibrah (ة� ر� ب = ع pelajaran). Selain itu, âyah ( �ة� (آي dapat

5

Page 6: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

diartikan pula sebagai al-amrul-‘ajîb ( ب� ي لع�ج ر� ا �م��� أل� = ا sesuatu yang

menakjubkan) dan jamâ‘ah ( ة� = ج�م�اع��� kelompok, masyarakat), al-burhân/ad-

dalîl ( ل� ي /الد�ل ه�ان� �ر ب �ل = ا keterangan/penjelasan). Jika dikaitkan dengan istilah

Alquran,âyah ( ة� (آي��� bererti huruf-huruf hijaiyah atau sekelompok kata yang

terdapat di dalam surah Al-Quran yang mempunyai awal dan akhir yang ditandai

dengan nombor ayat.

 

Dalam bentuk tunggal kata âyah ( �ة� di dalam Al-Quran disebut 86 kali, seperti (آي

dalam surah Al-Baqarah [2]: 106; dalam bentuk mutsannâ (dua), ayatain ( ن �ي �ت (آيdisebut satu kali, yaitu dalam surah Al-Isra’ [17]: 12, sedangkan dalam bentuk

jamak, âyât ( �ات� disebut 290 kali, seperti dalam surah Al-Baqarah [2]: 61 dan (آي

surah Al-An‘âm [6]: 4. Dalam bentuk tunggal, kata âyah ( �ة� (آي paling banyak

disebut dalam surah Al-Baqarah [2], surah Al-An‘âm [6], dan surah An-Nahl [16]

masing-masing tujuh kali, sedangkan dalam bentuk jamak kata itu banyak

disebut: dalam surah Ali ‘Imrân [3] sebanyak 18 kali, surah Al-An‘âm [6]

sebanyak 25 kali, dan surah Al-A‘râf [7] sebanyak 24 kali.

 

Semua pengertian âyah ( �ة� (آي yang dikemukakan di atas digunakan oleh Al-

Quran. Kata itu di dalam al-Quran disebut dalam berbagai konteks pembicaraan.

Kata âyah ( �ة� yang disebut dalam surah Al-Baqarah [2]: 106 misalnya, terkait (آي

dengan pembicaraan ayat tentang pengertian ayat-ayat Al-Quran, yang

berhubungan dengan persoalan nasakh di dalam al-Quran. Di dalam ayat itu

dinyatakan bahawa suatu ayat yang di-nasakh akan digantikan dengan ayat lain

yang lebih baik daripada itu, atau yang sama dengan itu. Ayat ini dijadikan dasar

oleh sebagian ulama untuk menyatakan bahwa di dalam Al-Quran terdapat ayat-

ayat yang me-nasakh dan ayat-ayat yang di-mansukh.

 

6

Page 7: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Dari penggunaannya di dalam Al-Quran dapat disimpulkan bahwa pengertian

kata âyah ( �ة� dapat diartikan dengan “ayat-ayat yang berkaitan dengan kitab (آي

suci dan Al-Quran” apabila di dalam ayat itu kata tersebut dikaitkan dengan kata-

kata nazala ( ل� �ز� = ن turun) dan kata-kata lain yang seasal dengan itu atau

adanya tantangan yang ditujukan kepada orang-orang untuk membuat sesuatu

yang sama dengan ayat-ayat Al-Quran. Apabila kata ayat dikaitkan dengan

kata Allâh (الله) dan segala kata ganti yang berkaitan dengan-Nya, maka kata

itu dapat diartikan dengan dua pengertian, yaitu pertama dengan “ayat-ayat Al-

Quran” dan dapat pula dengan “sesuatu yang menunjuk kepada kebesaran dan

kekuasaan Allah”. Jika kata âyah ( �ة� (آي yang dihubungkan dengan ungkapan-

ungkapan li qaumin yatafakkarûn ( و ن� ر� ��ف�ك�� �ت , ي و م ق��� ,(ل ya‘qilûn ( و ن� �ع قل��� ,(ي

yasma‘ûn ( م�ع�و ن� �س ,(ي yadzdzakkarûn ( و ن� �ر� �ذ�ك (ي atau yang semakna dengan

itu, maka kata itu diartikan sebagai “tanda-tanda kebesaran Allah Swt”. Ayat

dalam pengertian ini cukup banyak diungkapkan di dalam Alquran, antara lain

dalam surah Al-Hijr [15]: 77, surah An-Nahl [16]: 11, dan surah Al-Anbiyâ’ [21]:

91.

 

Dilihat dari jumlah ayat yang terdapat dalam Al-Quran, para ulama mempunyai

perbezaan pendapat. Abu Abdurrahman As-Salmi, salah seorang ulama Kufah,

menyebutkan bahwa ayat-ayat Al-Quran berjumlah 6.236 ayat. Jalaluddin As-

Suyuti, seorang ulama tafsir dan fiqh, menyebutkan 6.000 ayat. Imam Al-Alusi

menyebutkan 6.616 ayat. Apakah basmalah dihitung pada masing-masing

setiap surah atau dihitung satu saja. Apakah setiap tempat berhenti merupakan

satu ayat atau sebahagian dari ayat. Apakah huruf-huruf hijaiyah pada

awal surah merupakan ayat yang berdiri sendiri atau digabung dengan ayat

sesudahnya. Demikian seterusnya, sehingga timbul perbezaan dalam kalangan

ulama.

 

Ayat-ayat Al-Quran yang dimulai dari ayat pertama surat pertama (Surah Al-

Fatihah) sampai dengan ayat terakhir surat terakhir (Surah An-Nas) disusun

7

Page 8: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

secara tauqifi, iaitu berdasarkan petunjuk-petunjuk yang diberikan oleh Allah dan

Rasulullah SAW, tidak berdasarkan ijtihad para sahabat. Pengelompokan Al-

Quran berdasarkan ayat-ayat mengandungi beberapa hikmah. Di antara hikmah-

hikmah itu ialah: (1) untuk memudahkan mengatur hafalan dan mengatur waqaf

(berhenti) berdasarkan batas-batas ayat; dan (2) untuk memudahkan

penghitungan jumlah ayat yang dibaca pada saat melakukan shalat atau

khutbah.

 

Dilihat dari periode turunnya, ayat-ayat Al-Quran oleh para ulama dikelompokkan

atas ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah. Terdapat tiga pendapat para ulama

dalam memberikan pengertian Makkiyyah dan Madaniyyah. Pendapat pertama

mengatakan bahwa yang dimaksud dengan ayat-ayat Makkiyyahadalah ayat-

ayat yang turun di Mekah dan sekitarnya, walaupun sesudah hijrah,

dan Madaniyyah ialah ayat-ayat yang turun di Madinah. Pendapat kedua

menyatakan bahwa yang dimaksud dengan Makkiyyah ialah ayat-ayat yang

ditujukan kepada masyarakat Mekah yang antara lain ditandai dengan ungkapan

yâ ayyuhan-nâs ( �اس� 6ه�االن ي� dan yang Madaniyyah ialah ayat-ayat yang turun (يآأ

untuk ditujukan kepada masyarakat Madinah yang sudah beriman, yang antara

lain ditandai dengan ungkapan yâ ayyuhal-ladzîna âmanû ( ن� ذي �ا ال�� 6ه��� ي� ي��آ أ

�و ا .(آم�ن Pendapat ketiga, merupakan pendapat yang populer, menyatakan

bahwa ayatMakkiyyah ialah ayat-ayat yang turun sebelum Nabi Muhammad

Saw. berhijrah ke Madinah walaupun turunnya di tempat selain Mekah,

sedangkan ayat-ayatMadaniyyah ialah ayat-ayat yang turun sesudah hijrah

walaupun turun di Mekah.

 

Dilihat dari segi jumlahnya, ayat-ayat Makkiyyah lebih banyak dibandingkan

dengan ayat-ayat Madaniyyah. Dari ayat-ayat Alquran yang berjumlah 6.236 itu,

ayat-ayat Makkiyyah berjumlah 4.726 buah, sedangkan ayat-

ayat Madaniyyah berjumlah 1.510 buah. Ini berarti bahwa tiga perempat dari

jumlah ayat-ayat Alquran adalah Makkiyyah.

8

Page 9: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

 

Ayat-ayat Al-Quran yang secara lengkap sampai kepada kita saat kini tidak

diturunkan sekaligus, tetapi diturunkan secara beransur-angsur sesuai dengan

suasana kaum muslimin pada awal Islam itu. Ini bererti bahwa di antara ayat-

ayat itu ada yang turun pertama sekali, ada yang turun terakhir sekali, dan ada

pula yang turun pada periode-periode di antara keduanya. Di dalam hal ini ada

empat pendapat para ulama. Pertama, ulama yang mengatakan bahawa ayat

yang pertama turun adalah Ayat 1–5 dari S. Al-‘Alaq [96] berdasarkan, antara

lain, hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah Ra. yang

menceriterakan kejadian yang dialami Nabi ketika menerima wahyu itu. Kedua,

ulama yang menyatakan bahwa ayat yang pertama turun adalah Ayat 1–5 dari S.

Al-Muddatstsir [74], berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan

Muslim dari Abi Salmah bin Abdur Rahman bin ‘Auf. Ketiga, ulama yang

berpendapat bahwa ayat yang pertama turun adalah QS. Al-Fâtihah [1],

berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Abu Maisarah ‘Umar

bin Syurahbil. Adapun yang keempat, menyatakan ayat yang pertama turun

ialah bismillâhir-rahmânir-rahîm, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-

Wahidi dari Ikrimah dan Al-Hasan.

 

Majoriti ulama menyatakan bahwa pendapat yang paling kuat adalah pendapat

pertama, yakni Ayat 1–5 dari S. Al-‘Alaq [96] merupakan wahyu pertama yang

diterima oleh Nabi Muhammad Saw, dan tidak satu pun wahyu yang turun

sebelum itu. Tiga pendapat lainnya oleh Az-Zarqani dikompromikan sebagai

berikut; Ayat 1–5 dari S. Al-Muddatstsir [74] merupakan ayat-ayat yang turun

pertama kali setelah beberapa saat lamanya terjadi kekosongan turunnya wahyu

setelah turunnya Ayat 1–5 dari S. Al-‘Alaq [96]. Ayat-ayat dari S. Al-Fâtihah [1]

mungkin dapat dipandang sebagai surah Alquran yang diturunkan pertama kali

secara lengkap mulai dari ayat pertama sampai dengan ayat terakhir. S. Al-

Fâtihah [1] itu turun beberapa saat lamanya setelah Muhammad diangkat

sebagai Nabi.

9

Page 10: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

 

Mengenai ayat yang terakhir turun, juga terdapat perbezaan pendapat para

ulama. Menurut az-Zarqani, terdapat 10 pendapat ulama, iaitu: (1). Ayat 281 dari

S. Al-Baqarah [2], berdasarkan hadis riwayat An-Nasa’i melalui Ikrimah dari Ibnu

Abbas dan riwayat Ibnu Abi Hatim; (2). Ayat 278 dari S. Al-Baqarah [2],

berdasarkan hadis riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas dan riwayat Baihaqi dari Ibnu

Umar; (3). Ayat 282 dari S. Al-Baqarah [2], berdasarkan hadis riwayat Ibnu Jarir

dari Sa‘id bin Al-Musayyib dan riwayat Abu Ubaid dari Ibnu Syihab. (4). Ayat 195

dari S. -li ‘Imrân [3]; (5). Ayat 94 dari S. An-Nisâ’ [4]; (6). Ayat 176 dari S. Anآ

Nisâ’ [4]; (7). Ayat 3 dari S. Al-Mâ’idah [5], (8). Ayat 128 dari S. At-Taubah [9];

(9). Ayat 110 S. Al-Kahf [18], dan (10). Ayat-ayat S. An-Nashr [110], yang

semuanya berdasarkan riwayat. Perbedaan pendapat ini timbul karena

perbedaan masa para sahabat mendengarkan ayat yang disampaikan Nabi.

Menurut Az-Zarqani dan Subhi As-Salih, ayat-ayat yang terakhir turun adalah

Ayat 281 dari S. Al-Baqarah [2]. (Ahmad Thib Raya)

1.6 Surah-surah dalam Al Qur’an.

Jumlah surah yang terdapat dalam Al Qur’an ada 114; nama-namanya dan

batas-batas tiap-tiap surah, susunan ayat-ayatnya adalah menurut ketentuan

yang ditetapkan dan diajarkan oleh Rasulullah sendiri (tauqifi).

Sebahagian dari surah-surah Al Qur’an mempunyai satu nama dan sebahagian

yang lain mempunyai lebih dari satu nama, sebagaimana yang akan diterangkan

dalam muqaddimah tiap-tiap surah.

Surah-surah yang ada dalam Al Qur’an ditinjau dari segi panjang dan pendeknya

terbahagi kepada 4 bahagian, iaitu:

1. AS-SAB’UTHTHIWAAL, dimaksudkan, tujuh surah yang panjang Yaitu:

Al Baqarah, Ali Imran, An Nisaa’, Al A’raaf, Al An’aam, Al Maa-idah dan

Yunus.

10

Page 11: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

2. Al-MIUUN, dimaksudkan surah-surah yang berisi kira-kira seratus ayat

lebih seperti: Hud, Yusuf, Mu’min dan sebagainya.

3. Al-MATSAANI, dimaksudkan surah-surah yang berisi kurang sedikit

dari seratus ayat seperti: Al Anfaal. Al Hijr dan sebagainya.

4.AL-MUFASHSHAL, dimaksudkan surat-surat pendek. seperti:

Adhdhuha, Al Ikhlas, AL Falaq, An Nas. dan sebagainya.

1.7 Pengertian Nasikh dan Mansukh:

Terdapat perbezaan pengertian tentang terminologi naskh. Para ulama

mutaqaddimin (abad I hingga abad III Hijrah) memperluas erti nasakh sehingga

mencakup: (a) pembatalan hukum yang ditetapkan terdahulu oleh hukum yang

ditetapkan kemudian; (b) pengecualian hukum yang bersifat umum oleh hukum

yang bersifat khusus yang datang kemudian; (c) penjelasan yang datang

kemudian terhadap hukum yang bersifat samar; (d) penetapan syarat terhadap

hukum terdahulu yang belum bersyarat.

Bahkan ada di antara mereka yang beranggapan bahawa suatu ketetapan

hukum yang ditetapkan oleh satu keadaan tertentu telah menjadi mansukh

apabila ada ketentuan lain yang berbeza akibat adanya suasana lain, seperti

misalnya perintah untuk bersabar atau menahan diri pada periode Makkah di

saat kaum Muslim lemah, dianggap telah dinasakh oleh perintah atau izin

berperang pada periode Madinah, sebagaimana ada yang beranggapan bahawa

ketetapan hukum Islam yang membatalkan hukum yang berlaku pada masa pra-

Islam merupakan sebahagian dari pengertian nasakh.

Pengertian yang demikian luas dipersempit oleh para ulama yang datang

kemudian (muta’akhirin). Menurut mereka nasakh terbatas pada ketentuan

hukum yang datang kemudian, guna membatalkan atau mencabut atau

11

Page 12: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

menyatakan berakhirnya masa pemberlakuan hukum yang terdahulu, sehingga

ketentuan hukum yang berlaku adalah yang ditetapkan terakhir.

Para ulama tidak berselisih pendapat tentang adanya ayat-ayat Al-Quran

mencakup aspek-aspek b, c, dan d, yang dikemukakan oleh para ulama

mutaqaddimin tersebut. Namun istilah yang diberikan untuk hal-hal tersebut

bukannya nasakh tetapi takhshish (pengkhususan).

Yang kemudian menjadi bahan perselisihan adalah aspek a, dalam erti adakah

ayat yang dibatalkan hukumnya atau tidak? Para ulama yang menyatakan

adanya nasakh dalam pengertian tersebut mengemukakan alasan-alasan

berdasarkan ‘aql dan naql (Al-Quran).

Ibn Katsir, dalam rangka membuktikan kekeliruan orang-orang Yahudi yang

mempertahankan ajaran agama mereka dan menolak ajaran Islam dengan dalih

tidak mungkin Tuhan membatalkan ketetapan-ketetapannya yang termaktub

dalam Taurat, menyatakan: “Tidak ada alasan yang menunjukkan kemustahilan

adanya nasakh atau pembatalan dalam hukum-hukum Allah, kerana Dia (Tuhan)

menetapkan hukum sesuai kehendak-Nya dan melakukan apa saja yang

diinginkanNya.”

Al-Maraghi menjelaskan hikmah adanya nasakh dengan menyatakan bahwa:

“Hukum-hukum tidak diundangkan kecuali untuk kemaslahatan manusia dan hal

ini berubah atau berbeza akibat perbezaan waktu dan tempat, sehingga apabila

ada satu hukum yang diundangkan pada suatu waktu kerana adanya perkara

yang mendesak (ketika itu) kemudian keperluan tersebut berakhir, maka ia

merupakan suatu tindakan bijaksana apabila ia di-nasakh (dibatalkan) dan

diganti dengan hukum yang sesuai dengan waktu, sehingga dengan demikian ia

menjadi lebih baik dari hukum semula atau sama dari segi manfaatnya untuk

hamba-hamba Allah.”

12

Page 13: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Ada dua perkara yang harus diberi perhatian dari pernyataan Al-Maraghi di atas.

Pertama, mempersamakan nabi sebagai doktor dan hukum-hukum sebagai ubat

memberikan kesan bahawa nabi dapat mengubah atau mengganti hukum-hukum

tersebut, sebagaimana doktor mengganti ubat-ubatnya. Kedua,

mempersamakan hukum yang ditetapkan dengan ubat tentunya tidak

mengharuskan dibuangnya ubat-ubat tersebut, walaupun telah tidak sesuai

dengan orang tertentu, kerana mungkin masih ada pihak lain yang dapat

menyesuaikannya.

Pada hakikatnya tidak ada perselisihan pendapat dalam kalangan para ulama

tentang diadakan perubahan-perubahan hukum, antara lain atas dasar

pertimbangan yang dikemukakan oleh Al-Maraghi di atas. Tetapi yang mereka

maksudkan dan yang disepakati itu adalah perubahan-perubahan hukum yang

dihasilkan oleh ijtihad mereka sendiri atau perubahan-perubahan yang dilakukan

oleh Tuhan bagi mereka yang berpendapat adanya nasakh dalam Al-Quran.

Pendukung-pendukung nasakh juga mengemukakan ayat Al-Baqarah 106, yang

terjemahan harfiahnya adalah:

“Kami tidak menasakhkan satu ayat atau Kami menjadikan manusia lupa

kepadanya kecuali Kami mendatangkan yang lebih baik darinya atau yang

sebanding. Apakah Kamu tidak mengetahui sesungguhnya Allah berkuasa atas

segala sesuatu”.

Menurut mereka, “ayat” yang di nasakh itu adalah ayat Al-Quran yang

mengandung ketentuan-ketentuan hukum. Penafsiran ini berbeza dengan

penafsiran mereka yang menolak adanya nasakh dalam pengertian terminologi

tersebut dengan menyatakan bahwa “ayat” yang dimaksud adalah mukjizat para

nabi. Mereka juga mengemukakan ayat 101 Surat Al-Nahl:

13

Page 14: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

“Apabila Kami mengganti satu ayat di tempat ayat yang lain dan Tuhan

mengetahui apa yang diturunkannya, maka mereka berkata sesungguhnya

engkau hanyalah pembohong.”

Disisi lain, mereka yang menolak adanya nasakh dalam Al-Quran, beranggapan

bahawa pembatalan hukum dari Allah mengakibatkan satu dari dua

kemustahilan-Nya, iaitu (a) ketidaktahuan, sehingga Dia perlu mengganti atau

membatalkan satu hukum dengan hukum yang lain; dan (b) sia-sia dan

permainan belaka.

Hujjah-hujjah ini jelas tertolak dengan memperhatikan hujjah logik pendukung

nasakh.

Alasan lain yang dapat dianggap terkuat adalah firman Allah di dalam surah

41:42, “Tidak datang kepadanya (Al-Quran) kebatilan baik dari depan mahupun

dari belakangnya”.

Ayat tersebut di atas menurut Abu Muslim Al-Isfahani menegaskan bahwa Al-

Quran tidak disentuh oleh “pembatalan”, dan dengan demikian bila nasakh

diertikan sebagai pembatalan, maka jelas ia tidak terdapat dalam Al-Quran.

Pendapat Abu Muslim di atas ditangkis oleh para pendukung nasakh dengan

menyatakan bahwa ayat tersebut tidak berbicara tentang pembatalan tetapi

“kebatilan” yang bererti lawan dari kebenaran. Hukum Tuhan yang dibatalkannya

bukan berarti batil, karena sesuatu yang dibatalkan penggunaannya kerana

adanya perkembangan dan kemaslahatan pada suatu waktu bukan bererti

bahawa yang dibatalkan itu ketika berlakunya merupakan sesuatu yang tidak

benar, dan dengan demikian yang dibatalkan dan membatalkan keduanya

adalah hak dan benar, bukan batil.

14

Page 15: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Agaknya kita dapat berkesimpulan bahawa hujjah yang dikemukakan oleh

penolak adanya nasakh dalam Al-Quran telah dibuktikan kelemahan-

kelemahannya oleh para pendukung nasakh. Namun demikian masalah

kontradiksi belum juga dapat diselesaikan.

Para pendukung nasakh mengakui bahawa nasakh baru dilakukan apabila, (a)

terdapat dua ayat hukum yang saling bertolak belakang dan tidak dapat

dikompromikan, dan (b) harus diketahui secara meyakinkan perurutan turunnya

ayat-ayat tersebut, sehingga yang lebih dahulu ditetapkan sebagai mansukh, dan

yang kemudian sebagai nasikh.

Di sini para penolak adanya naskh dalam Al-Quran dari saat ke saat

membuktikan kemampuan mereka mengkompromikan ayat-ayat Al-Quran yang

tadinya dinilai kontradiktif. Sebahagian dari usaha mereka itu telah diterima

secara baik oleh para pendukung nasakh sendiri, sehingga jumlah ayat-ayat

yang masih dinilai kontradiktif oleh para pendukung nasakh dari hari ke hari

semakin berkurang.

Dalam hal ini, kedua-dua kelompok ulama tersebut, misalnya dengan jalan

meninjau kembali pengertian istilah nasakh yang dikemukakan oleh para ulama

muta’akhir, sebagaimana usaha mereka meninjau istilah yang dikemukakan oleh

para ulama mutaqaddim.

Untuk maksud tersebut, kita cenderung menjadikan pemikiran Muhammad

‘Abduh dalam penafsirannya tentang ayat-ayat Al-Quran sebagai titik tolak.

Muhammad ‘Abduh–walaupun tidak mendukung pengertian kata “ayat” dalam Al-

Baqarah ayat 106 sebagai “ayat-ayat hukum dalam Al-Quran”, dengan alasan

bahawa penutup ayat tersebut menyatakan “Sesungguhnya Allah Mahakuasa

atas segala sesuatu” yang menurutnya mengisyaratkan bahwa “ayat” yang

dimaksud adalah mukjizat– tetap berpendapat bahwa dicantumkannya kata-kata

“Ilmu Tuhan”, “diturunkan”, “tuduhan kebohongan”, adalah isyarat yang

15

Page 16: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

menunjukkan bahawa kata “ayat” dalam surat Al-Nahl ayat 101 adalah ayat-ayat

hukum dalam Al-Quran.

1.8 Muhkam dan Mutasyabih

Allah Ta’ala berfirman,

ات� اب�ه� ت�ش� م ر خ�أ و� ال�ك�ت�اب� م�

أ هن� ك�م�ات� مح� �ي�ات� آ ن�ه م� ال�ك�ت�اب� ع�ل�ي�ك� ل� ن�ز�� أ ال�ذ�ي و� ه

“Dia-lah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Quran) kepada kamu. Di antara (isi) nya

ada ayat-ayat yang muhkamat. Itulah pokok-pokok isi Al-Qur’an dan yang lain

(ayat-ayat) mutasyaabihat” (Surah Ali Imran:7).

Ayat yang muhkamat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya, dapat

difahami dengan mudah.

Termasuk dalam pengertian ayat-ayat mutasyabihaat: ayat-ayat yang

mengandungi beberapa pengertian dan tidak dapat ditentukan erti mana yang

dimaksud kecuali sesudah diselidiki secara mendalam atau ayat-ayat yang

pengertiannya hanya Allah yang mengetahui seperti ayat-ayat yang

berhubungan dengan yang perkara-perkara ghaib-ghaib misalnya ayat-ayat yang

mengenai hari kiamat, syurga, neraka dan lain-lain.

Dilihat dari sisi pandang, muhkam dan mutasyabih, Al-Qur’an terbagi dalam tiga

bentuk.

Pertama : MUHKAM

Umumnya merupakan ciri Al-Qur’an secara keseluruhan, sebagaimana firman

Allah Subhanahu wa Ta’ala:

16

Page 17: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

.

“Ertinya : Alif Laam Raa, (inilah) suatu kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan

rapi serta dijelaskan secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang

Maha Bijaksana lagi Maha Tahu” [Surah Huud : 1]

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Alif Laam Raa. Inilah ayat-ayat Al-Qur’an yang mengandung hikmah”

[Surah Yunus : 1]

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Dan sesungguhnya Al-Qur’an itu dalam induk Al-Kitab (Lauh Mahfuzh)

di sisi Kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandung

hikmah” [Surah Az-Zukhruf : 4]

Artinya adalah indah dalam bentuk dan susunan kata serta maknanya. Al-Qur’an

berada di puncak nilai kefasihan dan sastra ; berita-beritanya secara

keseluruhan adalah benar dan bermanfaat, tidak ada dusta, kontradiksi dan

main-main yang tidak ada manfaatnya, hukum-hukumnya secara keseluruhan

adalah adil, tidak ada kedzaliman, kontradiksi atau kesalahan.

Kedua : MUTASYABIH

Umumnya juga merupakan ciri Al-Qur’an secara keseluruhan, sebagaimana

firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Ertinya : Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (iaitu) Al-Qur’ an

yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang gementar kerananya kulit

orang-orang yang takut kepada Tuhannya, kemudian menjadi tenang kulit dan

hati mereka di waktu mengingat Allah. Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia

17

Page 18: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

menunjuki siapa yang dikehendakiNya. Dan barangsiapa yang disesatkan Allah,

maka tidak ada seorangpun pemberi petunjuk baginya” [Surah Az-Zumar : 23]

Ertinya sebahagian isi Al-Qur’an memiliki keserupaan dengan sebahagian yang

lain dalam hal keindahan, kesempurnaan dan tujuan-tujuan yang mulia, Allah

Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Ertinya : Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an ? Kalau kiranya

Al-Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang

banyak di dalamnya” [Surah An-Nisa : 82]

Ketiga :MUHKAM yang khusus pada sebagian ayat-ayat Al-Qur’an dan

MUTASYABIH juga khusus pada sebagian yang lain, sebagaimana firman Allah

Subhanahu wa Ta’ala.

“Ertinya : Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata : “Kami beriman

kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami” [Surah

Ali-Imran : 7]

Erti muhkam di sini adalah, bahawa makna ayat jelas dan terang ; tidak ada

kesamaran sama sekali, seperti firman Allah Subhanahu wa Ta’ala

“Ertinya : Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang

laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan

bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal” [Surah Al-Hujuraat : 13]

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman

“Ertinya : “Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan

orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa” [Surah Al-Baqarah : 21]

18

Page 19: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman

.

“Ertinya : Padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba”

[Surah Al-Baqarah:: 275]

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Ertinya : “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging

hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik” [Surah Al-Maidah

: 3]

Sedangkan erti Mutasyabih di sini adalah makna ayat yang tersamar sehingga

orang menjadi ragu dalam memahami sesuatu yang tidak sesuai bagi Allah

Subhanahu wa Ta’ala, KitabNya atau RasulNya, sedangkan orang yang

mendalam ilmunya tidak demikian.

Contoh yang berkaitan dengan Dzat Allah Subhanahu wa Ta’ala. Seorang yang

ragu memahami ayat.

“Ertinya : (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka” [Surah Al-

Maidah : 64]

Bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala memiliki dua tangan yang serupa

dengan kedua tangan makhluk

Contoh yang berkaitan dengan Kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala. Seorang yang

ragu memahami bahwa Al-Qur’an bersifat kontradiktif dimana sebahagiannya

mendustakan sebagian yang lain, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

19

Page 20: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

“Ertinya : Apa saja ni’mat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja

bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami

mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah

menjadi saksi” [Surah An-Nisa : 79]

Pada tempat yang lain Allah Subhanahu wa Ta’ala befirman:

“Ertinya : Dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan : “Ini

adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencan mereka

mengatakan : “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah :

Semuanya (datang) dari sisi Allah” [Surah An-Nisaa : 78]

Contoh yang berkaitan dengan Rasulullah, Seorang yang ragu memahami firman

Allah Subhanahu wa Ta’ala

.

“Ertinya : Maka jika kamu (Muhammad) berada dalam keragu-raguan tentang

apa yang Kami turunkan kepadamu, maka tanyakanlah kepada orang-orang

yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang kebenaran

kepadamu dari Tuhanmu, sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-

orang yang ragu-ragu” [Surah Yunus : 94]

Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ragu terhadap apa yang

diturunkan kepada beliau.

.

SIKAP ORANG-ORANG YANG DALAM ILMUNYA, DAN SIKAP ORANG-

ORANG YANG CONDONG KEPADA KESESATAN PADA AYAT-AYAT

MUTASYABIH

Sikap orang-orang yang dalam ilmunya dan sikap orang-orang yang condong

kepada kesesatan pada ayat-ayat Mutasyabih dijelaskan dalam firman Allah

Subhanahu wa Ta’ala.

20

Page 21: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

“Ertinya : Adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan,

maka mereka mengikuti sebagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk

menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang

mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya

berkata : “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari

sisi Tuhan kami”. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan

orang-orang yang berakal” [Surah Ali-Imran : 7]

Orang-orang yang condong kepada kesesatan menjadikan ayat-ayat mutasyabih

sebagai saranan untuk menghujat Al-Qur’an, menebarkan fitnah dalam kalangan

manusia dan mentakwilkannya dengan yang tidak dikehendaki Allah Subhanahu

wa Ta’ala, sehingga menjadi sesat dan menyesatkan

Sedangkan orang-orang yang dalam ilmunya meyakini, bahawa apa saja yang

terdapat pada Kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah benar, tidak ada

kontradiksi dan perbedaan karena datangnya dari sisi Allah Subhanahu wa

Ta’ala.

“Ertinya : Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Qur’an ? Kalau kiranya

Al-Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang

banyak di dalamnya” [Surah An-Nisaa : 82]

Ayat-ayat yang Mutasyabih dikembalikan menjadi Muhkam sehingga

keseluruhan Al-Qur’an menjadi Muhkam.

Pada contoh pertama mereka katakan : Bahawasanya Allah Subhanahu wa

Ta’ala memiliki dua tangan hakiki yang sesuai dengan kemuliaan dan

keagunganNya, tidak menyerupai tangan makhluk, sebagaimana Allah

Subhanahu wa Ta’ala memiliki Dzat yang tidak menyerupai dzat para makhluk,

kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

21

Page 22: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

“Ertinya : Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang

Maha Mendengar lagi Maha Melihat” [Surah Asy-Syuura : 1)

Pada contoh kedua mereka katakan : Bahawasanya nikmat dan bencana

semuanya terjadi sesuai dengan ketentuan dan takdir Allah Subhanahu wa

Ta’ala, akan tetapi kenikmatan sebabnya adalah karunia Allah Subhanahu wa

Ta’ala kepada para hambaNya, sedangkan bencana penyebabnya adalah

perbuatan hamba sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Ertinya : Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan

oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari

kesalahan-kesalahanmu)’ [Surah Asy-Syuura : 30]

Penyandaran bencana kepada hamba adalah penyandaran sesuatu kepada

penyebabnya, bukan penyandaran kepada penentunya. Sedangkan

penyandaran nikmat dan bencana kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah

penyandaran sesuatu kepada penentunya. Dengan demikian hilanglah keraguan

akan adanya perbezaan antara kedua ayat.

Pada contoh yang ketiga mereka katakan : Bahawasanya Rasulullah Shallallahu

‘alaihi wa sallam tidak pernah ragu terhadap apa yang diturunkan kepada beliau,

bahkan beliau adalah orang yang paling tahu tentang wahyu dibandingkan

manusia lainnya dan paling kuat keyakinannya sebagaimana firman Allah

Subhanahu wa Ta’ala dalam surah yang sama.

“Ertinya : Katakanlah : ‘Hai manusia, jika kamu masih dalam keraguan tentang

agamaku, maka (ketahuilah) aku tidak menyembah yang kamu sembah selain

Allah” [Surah Yunus : 104]

22

Page 23: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Ertinya : Jika kalian merasa ragu terhadap wahyu itu, maka ketahuilah bahwa

aku sangat yakin, oleh karena itu aku tidak beribadah kepada apa yang kalian

ibadahi selain Allah Subhanahu wa Ta’ala, bahkan aku kafir kepadanya dan aku

beribadah hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Tidak mesti firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Ertinya : Maka jika kamu (Muhammad) berada dalam keraguan tentang apa

yang Kami turunkan kepadamu” [Surah Yunus : 94]

Berarti Rasulullah ragu-ragu atau terjerumus dalam keraguan. Lihat firman Allah

Subahanahu wa Ta’ala:

“Ertinya : Katakanlah, jika benar Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak,

maka akulah (Muhammad) orang yang mula-mula memuliakan (anak itu)” [Surah

Az-Zukhruf : 81]

Apakah dengan demikian Allah Subhanahu wa Ta’ala boleh atau sudah punya

anak ? Sama sekali tidak !, hal ini tidak pernah terjadi dan tidak boleh bagi hak

Allah Subhanahu wa Ta’ala. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman.

“Ertinya : Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil

(mempunyai) anak. Tidak ada seorangpun dilangit dan di bumi, kecuali akan

datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba” [Surah

Maryam : 92]

23

Page 24: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Dan tidak mesti difahami dari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Ertinya : Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu

termasuk orang-orang yang ragu” [Surah Al-Baqarah : 147)

Bahawa keragu-raguan akan kebenaran terjadi pada Rasulullah Shallallahu

‘alaihi wa sallam, kerana larangan dari sesuatu terkadang juga ditujukan kepada

orang yang belum pernah melakukannya. Lihat firman Allah Subhanahu wa

Ta’ala.

Ertinya : “Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalang-halangimu dari

(menyampaikan) ayat-ayat Allah, sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu,

dan serulah mereka kepada (jalan) Tuhanmu, dan janganlah sekali-kali kamu

termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan” [Surah Al-Qashash : 87]

Jelas sekali, bahwa mereka tidak akan mungkin menghalangi Rasulullah

Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta’ala dan

bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak pernah menyekutukan

Allah Subhanahu wa Ta’ala. Tujuan dari pengarahan larangan kepada orang

yang tidak melakukannya adalah : Sebagai tandingan bagi orang yang

melakukannya dan peringatan dari manhaj mereka. Dengan ini hilanglah kesalah

fahaman dan sangkaan kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan

yang tidak layak baginya.

1.8 Kemukjizatan Al-Quran

24

Page 25: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

RINGKASAN MUKJIZAT NABI MUHAMMAD SAW

Antara mukjizat-mukjizatnya :

1. Berita gembira dalam kitab terdahulu

Kemunculannya diceritakan sebelum baginda dilahirkan lagi.

25

RINGKASAN

MUKJIZAT NABI

MUHAMMAD SAW

Berita gembira dalam kitab terdahulu

Mukjizat Al Quran Al Karim

Pertolongan Allah terhadap Baginda SAW

Allah memakbulkan doa nabi Muhammad Saw

Page 26: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Mencakupi aspek ciri-ciri diri baginda, negeri, kaum dan masa

kemunculan. (Surah al A’araf : 157)

Berita kemunculannya juga disampaikan oleh para pendeta dan

paderi yahudi dan nasrani (Surah as Syua’araa’ : 196-197)

2. Mukjizat Al Quran Al Karim

Sebagai cop ketuhanan yang membenarkan kerasulan Baginda

SAW

Antara bentuk mukjizat al Quran :

i. Kefasihan lafaz, uslub dan susunannya. (al Isra’ : 88)

ii. Mengandungi berita tentang alam ghaib yang telah berlaku

pada masa lampau dan masih diingati oleh manusia pada

waktu pengutusan Baginda.

iii. Mengandungi berita tentang perkara ghaib yang akan

berlaku dan kebanyakannya telah terbukti berlaku dan

sentiasa berlaku apabila tiba masanya.(Surah Hud : 49)

iv. Mengesani jiwa manusia. (Surah Az Zumar : 23)

v. Petunjuk dan hukum-hukum yang terdapat di dalamnya telah

berjaya menghasilkan umat yang terbaik untuk manusia

seluruhannya. (Surah ali Imran : 110)

vi. Mengandungi ilmu dan fakta yang terbukti kebenaran dan

ketepatan kandungannya. (Surah Fussilat ; 53)

vii. Kandungannya meliputi pelbagai bidang, sedangkan Nabi

SAW adalah seorang ‘ummi’. (Surah al Ankabut : 48)

3. Pertolongan Allah terhadap Baginda SAW, antaranya ;

Menghantar malaikat- untuk menolong dan menenangkan

Rasulullah saw ketika berdepan dengan tentera kafir.

Menururnkan rasa mengantuk – memberi keamanan dan

ketenangan kepada tentera muslim dalam perang badar.

26

Page 27: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Menghantar ribut – mengalahkan tentera kafir dalam perang

Ahzab.

Memancutkan air di celah-celah jari Nabi SAW.

Memperbanyakkan makanan yang sedikit sehingga mencukupi

untuk orang ramai.

Menyembuhkan orang yang didoakan Baginda SAW.

Menjadikan pokok berkata-kata – menjadi saksi kenabian Baginda

SAW

4. Allah memakbulkan doa nabi Muhammad Saw

Kesemua doa Nabi SAW dimakbulkan Allah.

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

Tajuk 2 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH

2.

ULUM AL-HADITH

27

1.Bincangkan secara ringkas mukjizat al-Quran?2.Nyatakan perbezaan di antara muhkam dan mutasyabih?

3.Al-Quran adalah sumber utama perundangan Islam. Jelaskan.

TUGASAN

Page 28: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

2.1 Sinopsis

Pelajar-pelajar yang dikasihi, topik ini akan membincangkan tajuk Ulum al-

Hadith. Fokus utama yang menjadi perbincangan kita ialah tentang Ta’rif dan

beberapa istilah penting berkaitan hadith, Pembahagian Hadith dan hukum

beramal dengannya.. Diharapkan para pelajar memberi perhatian dan tumpuan

yang lebih terhadap tajuk ini kerana ia lebih bertumpu kepada pemahaman

konsep dan penjelasan istilah dalam kaedah Ulum al-Hadith.

2.2 Hasil Pembelajaran

1. Menjelaskan ta’rif dan beberapa istilah penting berkaitan dengannya

2. Menghuraikan martabat Hadis dan kedudukannya.

3. Menerangkan hukum beramal dengan setiap jenis hadis.

2.3 Kerangka Konsep Tajuk

28

ULUM AL-HADITH

Page 29: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

2.4 Takrif dan beberapa istilah penting berkaitan dengannya.

Di sini akan dijelaskan beberapa istilah penting dalam ulum hadith supaya

para pelajar dapat memahami dan meneruskan pembacaan modul ini sehingga

akhir tajuk.

i. Hadith ialah sesuatu yang dihubungkan kepada Rasulullah saw selepas

baginda menjadi rasul sama ada perkataan, perbuatan atau persetujuan

baginda.

ii. As-Sunnah menurut Ulama’ Hadith ialah perkataan, perbuatan, persetujuan,

sifat sama ada yang berkaitan dengan akhlak atau kejadian, perjalanan,

peperangan nabi saw, juga sebagian daripada berita baginda sebelum

menjadi rasul seperti baginda beribadat di Gua Hira’.

iii. Al-Khabar menurut Ulama’ Hadith ialah yang disandarkan kepada Rasulullah

saw yang disandarkan kepada sahabat dan yang disandarkan kepada

tabi’ien. Ada juga yang mengatakan bahawa khabar ialah apa yang

disandarkan kepada selain daripada baginda.

iv. Al-Athar menurut Ulama Hadith sesuatu yang marfuk disandarkan kepada

Rasulullah dan juga sesuatu yang mauquf yang disandarkan kepada sahabat.

29

Takrif Pembahagian Ulum al-Hadith

Martabat Hadith dan kedudukannya

Hukum beramal dengan setiap jenis hadith.

Page 30: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Namun Ulama’Khurasan menamakan yang mauquf dengan athar dan yang

marfuk dengan khabar.

v. As-Sanad ialah untuk mengenal keadaan perawi-perawi yang terdapat dalam

sanad itu sama ada sanad itu mempunyai perawi-perawi yang berhubung dari

awal hingga ke akhir atau sama ada sanad itu ‘’aal” (sanad yang lebih hampir

kepada Rasulullah) atau sanad itu “naazil” (sanad yang lebih jauh daripada

Rasulullah jika terdapat dua sanad dalam satu hadith) dan lain-lain.

vi. Al-Matan ialah lafaz-lafaz hadith yang daripadanya terbentuk makna. Ada

juga pihak yang mentakrifkan matan ialah percakapan yang terdapat pada

akhir sanad.

vii. Al-Musnad juga dinamakan bagi kitab hadith yang disusun hadith-hadithnya

melalui apa yang diriwayatkan oleh sahabat yang tertentu. Misalnya hadith-

hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Abu Bakar disusun dalam satu tempat,

selepas itu, hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Umar dalam satu tempat

yang lain, begitulah seterusnya oleh sahabat-sahabat yang lain.

viii. Al-Musnid ialah orang yang meriwayatkan hadith dengan isnadnya.

x. al-Muhaddtih ialah orang yang mahir dalam hadith sama ada hadith riwayat

atau dirayah.

xi. al-Hafiz ialah seorang muhadith yang banyak menghafaz dan banyak

mengumpulkan jalan-jalan (thuruq) bagi sesuatu hadith.

2.5 Martabat Hadis dan Hukum Beramal Dengannya

Hadith jika dilihat dari sudut kesohihannya daripada Rasulullah saw dapat

dibahagikan kepada dua jenis iaitu hadith yang diterima (maqbul) dan hadtih

yang tidak diterima (mardud). Hadith yang diterima (maqbul) terbahagi kepada

30

Page 31: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

dua iaitu Hadith Sahih dan hadith Hasan. Untuk mengenali hadith tersebut dan

dapat membandingbezakannya, pelajar perlu meneliti huraian bagi setiap jenis

hadith tersebut.

2.5.1 Hadith Sahih

Hadith Sahih ialah hadith yang mempunyai sanad yang berhubung daripada

seorang yang lain sehingga akhir sanad melalui perawi-perawi yang adil dan

dhobit, tiada syaz dan tidak cacat (syaz). Apa yang dimaksudkan dengan syaz

ialah suatu hadith yang diriwayatkan oleh seorang yang thiqah tetapi hadith ini

bertentangan dengan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh beberapa orang yang

thiqah. Ilah pula ialah kecacatan yang terdapat dalam sesuatu hadith yang

menjadikan hadith itu tidak boleh diterima.

Bagi menentukan sesuatu hadith itu sahih atau tidak, hadith tersebut

mestilah memenuhi syarat-syarat. Syarat-syarat tersebut merangkumi perawi,

sanad dan matan hadith. Antara syarat-syarat hadith sahih ialah:

a. Perawinya bersifat adil. Maksud adil ialah seseorang yang soleh, beriman,

bertakwa, tidak melakukan dosa besar, menjauhi perkara merosakkan iman

dan tidak mengikut mana-mana hadith yang bertentangan dengan syarak

serta menjaga akhlak dan maruah diri.

b. Dhabit atau penjagaannya baik. Maksudnya perawi mempunyai kekuatan

ingatan, cerdik dan faham sama ada dalam bentuk hafalan atau tulisan.

Perawi juga dapat menjaga tulisan -tulisannya daripada sebarang

penambahan, pengurangan atau perubahan dengan sebab lupa atau cuai.

c. Hadith diterima daripada perawi-perawi yang sama sifatnya. Jika ada di

antara perawi yang tiada sifat-sifat yang boleh diterima, maka hadithnya

ditolak.

31

Page 32: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

d. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir iaitu tidak terputuspada mana-

mana tabaqat atau peringkat hingga sampai kepada Rasulullah saw.

e. Tidak terdapat kejanggalan atau syaz. Menurut Imam Syafi’e hadith tersebut

diriwayatkan oleh perawi yang thiqah tetapi menyalahi riwayat ramai.

f. Tidak terdapat sebarang kecacatan yang merosakkannya iaitu keadaan yang

berupa kecacatan yang boleh menghalang sesebuah hadith itu untuk diakui

sebagai hadith sahih.

Semua yang disebutkan di atas merupakan syarat-syarat yang menjadikan

sesuatu riwayat itu benar-benar sahih (sahih lizatihi). Bagaimanapun, terdapat

satu kategori lain di mana riwayat berkenaan tidak memenuhi syarat-syarat

tersebut sebagaimana sepatutnya. Namun kerana terdapat riwayat atau riwayat-

riwayat lain di dalam nilai yang sama memperkukuhkannya, ia boleh disifatkan

sebagai ‘sahih lighirihi’. Misalnya apabila suatu hadith hasan itu diriwayatkan

melalui berbagai salsilah periwayatan, ia boleh bertukar menjadi hadith sahih.

Bagi memperkukuhkan kefahaman, berikut diperjelaskan ciri-ciri lagi secara

terperinci Hadith Sahih Lizatihi dan Hadith Sahih Lighairihi.

2.5.1.1 Hadith Sahih Lizatihi

Hadith ini asalnya sahih dan kesahihan itu sesuatu yang asal bukan

disebabkan oleh faktor yang lain, Antara ciri-ciri hadith ini ialah perawi-perawinya

thiqah (adil dan dhobit dan thabit pula pengambilan hadith daripada seorang

perawi kepada gurunya iaitu bersambung antara setiap perawi. Hadith itu tidak

32

Page 33: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

mempunyai sebarang kecacatan yang boleh menjejaskan kesahihannya.

Dengan kata lain, hadith ini mencukupi syarat bagi hadith sahih. Misalnya

hadith:

: قال الزبير بن عبدالله الحميدى حدثنا و البخارى االمام قال

قال: األنصارى سعيد بن يحي قال: حدثنا سفيان حدثنا

وقاس بن علقمة سمع انه التيمى ابراهيم بن محمد اخبرنى

االعمال : " انما يقول وسلم عمر : سمعت يقول الليثي

الخ باانيات ......"

2.5.1.2 Hadith Sahih Lighairihi

Hadith yang asalnya tidak sahih tetapi disebabkan oleh faktor-faktor

yang tertentu ia menjadi sahih. Pada asalnya, hadith ini ialah hadith hasan,

tetapi disebabkan terdapat thoriq lain yang meriwayatkan hadith ini, maka

martabat hadith ini meningkat menjadi sahih. Oleh itu, ia dinamakan sahih

lighairihi. Misalnya hadith:

سليمان بن عبدة حدثنا كريب أبو الترمذى: حدثنا االمام قال

الله صلى الله رسول قال: قال هريرة أبى عن عمرو بن

عند بالسواك ألمرتهم أمتى على أشق أن ال لو وسلم عليه

صالة كل .

Dalam sanad hadith ini, terdapat Muhammad bin Amru, menurut ulama’

hadith meskipun beliau bersifat adil, namun ingatannya (dhobit), tidak cukup

kuat. Oleh itu, hadith itu menurut sanad ini dihukumkan sebagai hasan.

Walaubagaimanapun, hadith ini diriwayatkan melalui beberapa thuruq, iaitu

33

Page 34: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

terdapat thariq lain yang meriwayatkan daripada Abu Hurairah, juga thoriq yang

meriwayatkan daripada Rasulullah selain Abu Hurairah. Oleh itu, hadith yang

diriwayatkan ini yang pada asalnya hadith hasan, menjadi hadith lighairihi.

2.5.2 Hadith Hassan

Hadith Hasan ialah hadith yang diriwayatkan oleh seorang yang bersifat

adil, tetapi tidak begitu kuat ingatannya. Sanadnya berurutan dan tidak terdapat

kecacatan serta kejanggalan pada matannya. Sesuatu hadith itu diiktiraf hadis

hasan apabila memenuhi lima perkara berikut iaitu:

a. Perawi setiap hadith itu mestilah berhubung antara satu sama lain.

b. Perawi itu mestilah adil

c. Perawi itu tidak mempunyai kekuatan ingatan yang sempurna. Misalnya

hadith sahih memerlukan kekuatan menghafaz tidak kurang daripada

95%. Oleh itu, hadith yang diriwayatkan oleh orang yang mempunyai

kekuatan menghafaz hanya 85% sahaja adalah hasan. Manakala

hadith yang diriwayatkan oleh orang yang memiliki kekuatan

menghafaz kurang daripada jumlah tersebut adalah lemah (dhaif).

d. Hadith itu tidak syaz.

e. Hadith itu tidak mempunyai illah.

Hadith Hasan terbahagi kepada dua martabat iaitu hasan lizatihi dan

hasan lighairihi. Untuk memahami lebih lanjut lagi perbandingan antara hasan

lizatihi dan hasan lighairihi, anda perlu meneliti dan memahami huraian jenis-

jenis hadith hasan berikut:

2.5.2.1 Hadith Hasan Lizatihi

Hadith Hasan Lizatihi ialah hadith yang bersambung sanadnya dari

awal hingga akhir, perawinya juga bersifat adil dan tidak terdapat cacat serta

34

Page 35: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

tidak syaz iaitu tidak janggal dari sudut matannya, Cuma ia kurang kuat sifat

dhabitnya. Dalam konteks lain, Hadith Hasan Lizatihi juga dinamakan sahih

lighairihi iaitu hadith yang mempunyai syarat penerimaan yang cukup, tetapi

darjat dhabitnya kurang baik. Ia dinamakan Lizatihi kerana ia menjadi hasan

dengan sendirinya iaitu memenuhi syarat khas pada hadis hasan, bukan sebab

atau sesuatu natijah daripada luar.

2.5.2.1 Hadith Lighairihi

Hadith Lighairihi adalah hadith yang tidak diketahui dengan jelas

keadaan sanadnya dari sudut sifat dan kelayakan perawi, sama ada perawi itu

kuat atau lemah. Walaubagaimanapun, perawi hadith Hasan Lighairihi bukanlah

seorang perawi yang lupa, juga tidak banyak kesalahan yang dilakukannya

dalam periwayatan hadith, ia juga tidak illah atau cacat, tidak dicela melakukan

pemalsuan atau pembohongan pada hadis serta tidak sabit sebagai seorang

yang fasiq. Justeru itu, Hadis Hasan Lighairihi ini disokong oleh riwayat lain

yang muktabar dan sama dari sudut lafaz serta maknanya, sama ada melalui al-

mutabi’ atau al-syahid. Dalam konteks lain, hasan lighairihi adalah hadis yang

tidak jelas hal-hal sanadnya sama ada kuat atau lemah hafalan perawinya, tetapi

tidak cuai, tidak banyak kesalahan dan tidak dituduh pembohong.

KESIMPULANNYA

Secara keseluruhannya, ulum hadith adalah perkara yang perlu dipelajari dan

difahami oleh setiap umat Islam memandangkan hadith merupakan sumber

rujukan dan panduan kedua selepas kitab al-Quran. Kepentingan hadith dalam

kehidupan umat Islam tidak dapat dinafikan. Oleh itu, umat Islam perlu

mengetahui ciri-ciri hadith yang dapat digunakan sebagai hujjah dan panduan

dengan yang tidak.

35

Page 36: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

Tajuk 3 ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH

3.

HADITH QUDSI DAN HADITH PALSU

36

Jelaskan persamaan maksud hadith, sunnah, khabar dan athar.Buatkan nota dalam bentuk grafik berkaitan Jenis-Jenis Hadith dan

ciri-cirinyaJelaskan persamaan antara Hadith Sahih Lighairihi dan Hadith Hasan Lizatihi.

TUGASAN

Page 37: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

2.1 Sinopsis

Pelajar-pelajar yang dikasihi, topik ini akan membincangkan tajuk Hadith Qudsi

dan Hadith Palsu. Fokus utama yang menjadi perbincangan kita ialah Hadith

Qudsi. Perbincangan dalam sub tajuk ini merangkumi pengertian hadith Qudsi,

tujuannya, sifat-sifat dan ciri-ciri perbezaannya dengan Al-Quran dan Hadith.

2.2 Hasil Pembelajaran

3. Menjelaskan definisi dan tujuan Hadith Qudsi

4. Menghuraikan sifat-sifat hadith Qudsi

5. Meneliti dan menghuraikan perbezaan hadith Qudsi dengan Al-Quran

dan Hadith Nabawi.

2.3 Kerangka Konsep Tajuk

37

HADITH QUDSI

Page 38: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

2.4 Definisi Hadith Qudsi.

Hadis Qudsi adalah perkataan-perkataan yang disabdakan Nabi saw.

dengan mengatakan: “Allah berfirman…’ Nabi menyandarka perkataan itu

kepada Allah beliau meriwayatkan dari Allah swt. Menurut M. Hasbi Ash

Shiddieqy bahwa hadis Qudsi merupakan titah Tuhan yang disampaikan kepada

Nabi di dalam mimpi atau dengan jalan ilham, lalu Nabi menerangkan apa yang

dimimpikannya itu, dengan susunan perkataan beliau sendiri serta

menyandarkan kepada Allah. Hadis Qudsi juga disebut hadis illahi dan hadis

rabbani.

Sebenarnya perkataan al-Qudsi dari segi bahasa membawa makna suci

atau keberkatan. Ia sesuai dengan kedudukannya yang datang daripada Allah

dari sudut lafaz dan makna. Bagi pengertian dari segi istilah, pelbagai definisi

dijelaskan. Antaranya:

a. Setiap hadith yang dinisbahkan perkataannya kepada Allah swt

b. Hadith Qudsi ialah yang mana lafaznya daripada nabi manakala maknanya

daripada Allah manakala lafaznya digunakan oleh ulama’ salaf.

c. Setengah ulama’ mengatakan hadith Qudsi ialah nabi bersabda apa yang

diriwayatkan daripada Allah, manakala lafaznya digunakan oleh ulama’ salaf.

38

Definisi Tujuannya Sifat-sifatnya

Perbezaan dengan Al-Quran dan Hadith

Nabawi

Page 39: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

d. Setengah pendapat lain mengatakan hadith Qudsi ialah firman Allah

mengenai apa sahaja yang Nabi diriwayatkan, dan lafaznya daripada atau

digunakan oleh ulama’ khalaf.

e. Pendapat yang lebih tepat dan menyeluruh, hadith Qudsi ialah apa sahaja

hadis yang mana maknanya tetap daripada Allah sama ada bentuk mimpi

atau ilham, cuma lafaznyadaripada nabi.

f. Menurut pendapat al-Haitham, Hadith Qudsi ialah ucapan yang disandarkan

kepada Allah dan ia dipindahkan kepada kita daripada Rasulullah saw melalui

perkhabaran ahad.

2.5 Tujuan-Tujuan Hadith Qudsi

Hadith Qudsi merupakan sebahagian daripada khazanah sunnah

Nabawiyah kerana perawi tertinggi yang memberitakan hadith-hadith Qudsi ialah

Rasulullah saw sendiri. Walaupun ia tidak dianggap mukjizat seperti al-Quran,

namun disebabkan hadith Qudsi dinisbahkan kepada Allah swt maka ia

mendapat tempat yang tersendiri dalam menarik perhatian pendengar serta

memberi kesan kepada naluri manusia. Hadith Qudsi dapat menumbuhkan sifat-

sifat kehambaan ke dalam diri manusia, pembinaan jiwa, pembersihan

kerohanian dan mempunyai tujuan-tujuan ketuhanan yang tersendiri.

Walaupun hadith Qudsi tidak membawa apa-apa hukum taklifi sebenarnya

ia mampu menggalakkan diri ke arah ketaatan dan menghalangnya daripada

kemaksiatan serta mungkar. Seterusnya ia mampu membimbing diri untuk

menghiasinya dengan akhlak yang mulia, mencari reda dan cinta Allah serta

mengharap syurga dan takut neraka. Kesimpulannya hadith Qudsi berperanan

sebagai sumber pengajaran, pendidikan dan bimbingan.

39

Page 40: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Secara ringkasnya, hadith Qudsi boleh membawa kepercayaan kepada

Allah swt dengan lebih meyakinkan kerana hadith Qudsi memperkatakan tentang

kepercayaan aqidah yang sebenarnya mengenai Allah SWT, kekuasaannya,

kebesarannya dan limpah rahmatnya. Hadith Qudsi juga memperkatakan

kesempurnaan akhlak dan tindak-tanduk yang bersesuaian dengan aqidah.

2.6 Sifat-Sifat Hadis Qudsi

Bagi membezakan Hadith Qudsi dan Hadith Nabawi serta

membandingkannya dengan al-Quran, berikut adalah ciri-ciri hadith Qudsi.

a. Maknanya daripada Allah dan lafaz daripada nabi.

b. Tidak dikira ibadat orang yang membacanya, iaitu tidak sebagaimana al-

Quran.

c. Tidak disyaratkan penetapannya melalui Mutawatir.

d. Diriwayatkan Hadith Qudsi disandarkan kepada Allah, tidak secara langsung.

Rasulullah sebagai orang yang menyampaikan berita dari Allah.

e. Menggunakan lafaz, antaranya sebagaimana berikut:

i. ربه عن يرويه فيما الله رسول قال

ii. الله رسول عنه رواه فيما الله قال

f. Menyentuh perkara-perkara sunat dan kelebihannya sahaja.

g. Kebanyakannya bersifat Ahad dan bertaraf zann.

40

Page 41: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

2.7 Perbezaan Hadith Qudsi dengan Hadith Nabawi

Hadith Qudsi Hadith Nabawi

Percakapan Allah swt yang

diriwayatkan oleh Rasulullah saw.

Maksudnya Rasulullah saw

memindahkan firman Allah swt

dengan

Perkataannya keluar daripada Nabi

tanpa dinisbahkan kepada Allah swt

Wahyu daripada Allah swt Segala yang disandarkan kepada

Nabi baik berupa perkataan,

perbuatan, sifat tubuh badan atau

kelakuan, ketetapan dan perjalanan

hidup Rasulullah saw

Dari segi isnad, hadith Qudsi

dinisbahkan kepada Rasulullah saw

sebagai pencerita atau dinisbahkan

kepada Allah swt sebagai orang yang

berkata.

Dari segi isnad, hadith Nabi

dinisbahkan kepada Nabi sebagai

orang yang bersabda

Dari sudut isi, Hadith Qudsi ada

perbezaan dengan Hadith Nabawi, di

mana Hadith Qudsi membicarakan

Dari sudut isi, hadith Nabawi

membicarakan hal-hal yang berkaitan

dengan kepentingan manusia dan

negara, menerangkan hukum halal

dan haram serta perkhabaran baik

dan buruk.

2.8 Perbezaan Antara al-Quran dan Hadith Qudsi.

Al-Quran Hadith Qudsi

Sumber hukum pertama dalam Islam Sumber hukum kedua selepas Al-

Quran

Mutawatir lafaz dan maknanya Ada yang mutawatir dan ada yang

41

Page 42: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

ahad

Terpelihara daripada sebarang

penyelewengan dan perubahan

tidak dijamin terpelihara sepertimana

al-Quran

Diisyaratkan membaca al-Quran

semasa menunaikan solat

Tidak sah solat jika membaca hadith

Diberi ganjaran sekiranya membaca

al-Quran

Tidak dijanjikan ganjaran pahala

sekiranya membacanya.

Kesimpulannya:

Secara keseluruhannya, hadith Qudsi adalah wahyu daripada Allah dalam

bentuk maknanya tetapi lafaznya adalah daripada Rasulullah saw. Hadith Qudsi

tidak sama berbanding dengan al-Quran walaubagaimanapun Hadith Qudsi

boleh memperkukhkan aqidah kepada Allah dan meningkatkan kesempurnaan

akhlak. Hadith Qudsi ini penting kerana ia menjadi sumber rujukan kedua

selepas al-Quran. Firman Allah yang bermaksud:

” Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah S.W.T dan taatlah

kamu kepada Rasulullah S.A.W dan kepada kepada ”ulil Amri” (orang yang

berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah

(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu

mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasulullah

S.A.W.

(Surah Al-Hasyr: 7)

Tahniah, kerana anda telah berjaya menamatkan pembelajaran unit ini dengan jayanya! .

42

TUGASAN

Page 43: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

BIBLIOGRAFI

Abdul Ghani Azmi Idris, (1999), Mengenal Al-Quran dan Asas-Asas Ulumul Quran, Kuala Lumpur:Al-Hidayah Publishers.

Abdul Halim El-Muhammady, (1995), Islam dan Al-Hadith, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.

43

1. Huraikan kepentingan Hadith Qudsi kepada umat Islam dari segi keimanan kepada Allah swt.

2. Jelaskan ciri-ciri Hadith Qudsi yang membezakannya dengan Hadith Nabawi.

Page 44: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Abdul Hamid Muhammad Tahir, Fauziah Sani, (1987), Al-Hadith dan Mustolah Al-Hadith, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Karim Ali, Mohd Noor Deris, (2007), Pengajian Al-Sunnah, Kuala Lumpur:Intel Multimedia And Publication.

Abdul Majid Jaafar, (2007), Isu-isu Dalam Tafsir dan Hadith, Kuala Lumpur:Pustaka Haji Abdul Majid.

Al-Qattan, Manna’ Khalil, (1976),:Mabahith Fi Ulum al-Quran, Beirut: Mu’assasah al-Risalah.

Budah @ Audah bin Mohsin, (1995), Ulum Al-Hadith, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jalal al-Din Abd. al-Rahman Ibn Abu Bakr, al-Suyuti:al-Itqan Fi Ulum al-Quran, Kaherah: Mustafa al-Halabi.

Jalal al-Din Abd. al-Rahman Ibn Abu Bakr, al-Burhan Fi Ulum al-Quran, Kaherah: Mustafa al-Halabi.

Joni Tamkin Borhan, Che Zarina Shaari, (1994), Ulum Al-Hadith, Kuala Lumpur:Cahaya Pantai, Sdn. Bhd.

Mohd Napiah Abdullah, (1989), Ikhtisar Sejarah Perkembangan dan Kaedah Penyusunan Hadith, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noraini Abu, (2008), Al-Quran Mukjizat Yang Terbesar Nabi Muhammad S.A.W., Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Rosmawati Ali @ Mat Zin, (1997), Pengantar Ulum Al-Quran, Kuala Lumpur: Ilham Abati Enterprise.

Rosmawati Ali @ Mat Zin, (1997), Pengantar Ulum Hadis, Kuala Lumpur: Ilham Abati Enterprise.

Subhi Soleh, (1972), Mabahith Fi Ulum al-Quran, Beirut: Dar al-‘llm.

Subhi Salleh, (1978), Kajian Al-Quran, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

44

Page 45: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

PANEL PENULIS MODUL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH(ULUM AL-QURAN DAN ULUM AL-HADITH)

NAMA KELAYAKAN

(KELULUSAN)

45

Page 46: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

NAMA KELAYAKAN

MOHD.NOR BIN JUSOH

PENSYARAH

[email protected]

M.A (Usuluddin), Universiti Malaya.B.A (Hons), UIAM.Diploma Syariah, Universiti Malaya.Diploma Perguruan, Lembah Pantai,KLSijil Khas (Bahasa Arab), Bangi.

(PENGALAMAN KERJA)

Di Sekolah :10 tahunPoliteknik : 07 tahunDi IPG : 05 tahun

MARIAH BINTI RABA-EE

PENSYARAH

[email protected].

(KELULUSAN)

M.A (Pendidikan), Universiti Malaya.B.A (Hons) Usuluddin, Universiti Malaya.Diploma Perguruan, MPI, Bangi.

(PENGALAMAN KERJA)

Di Sekolah :10 tahunDi IPG :03 tahun

IKON

Rehat

46

Page 47: modul pgsr pqe

(PQE 3102 ULUM AL-QUR’AN DAN ULUM AL-HADITH)

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

47