modul mzu3111

Upload: faridah-perang

Post on 13-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)MOD KURSUS DALAM CUTIIJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIANMODUL PENDEKATAN PENGAJARAN MUZIK(MZU3111)INSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC,CYBER 6, 63000 CYBERJAYABerkuat kuasa pada Jun 2010Falsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan,berketrampilan,berakhlakmulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.Falsafah Pendidikan GuruGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Jun 2010Kementerian Pelajaran MalaysiaHak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidakadakepentingankomersial,tidakdibenarkansesiapamengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dandengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian PelajaranMalaysia.iMODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJARYANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAMPENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAHSARJANA MUDA PERGURUAN.MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.Cetakan Jun 2010Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran MalaysiaiiKANDUNGANMUKA SURATFalsafah Pendidikan KebangsaanFalsafah Pendidikan GuruKata-Alu-aluan RektorPanduan PelajarPengenalanAgihan Tajuk (Interaksi dan Modul)Tajuk PembelajaranTajuk 1: Aplikasi Pendekatan Kodaly1.0 Sipnosis1.1 Hasil Pembelajaran1.2 Kerangka Tajuk- Tonik Solfa- Isyarat Tangan- Simbol Notasi dan Sebutan Iramaiiiiiivvi1-8Tajuk 2: Aplikasi Pendekatan Orff2.0 Sipnosis2.1 Hasil Pembelajaran2.2 Kerangka Tajuk- Eksplorasi- Imitasi- Imporvisasi- Penciptaan9 - 19Tajuk 3: Aplikasi Pendekatan Dalcroze2.0 Sipnosis2.1 Hasil Pembelajaran2.2 Kerangka Tajuk- Eurhythmics- Solfege- Improvisasi20 28Bibliografi29Panel Penulis Modul30Panel Pemurni Modul31Ikon Modul32PANDUAN PELAJARModul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agaranda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untukbelajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkintidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluangkepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumberpembelajaran, dan masa anda.Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan araspencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini denganmudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebihmembantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksibersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajukdalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modulini.Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agarpada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkankepada anda makna-makna ikon tersebut.Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaanbertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.iii3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna.7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.ivPENGENALAN Kursus MZU 3111 Pendekatan Pengajaran Muzik melibatkan banyakaktiviti hands-on dalam pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk AgihanTajuk). Modul ini mengandungi tiga tajuk iaitu Tajuk 1 Aplikasi PendekatanKodaly (Topik 3 dalam proforma), Tajuk 2 Aplikasi Pendekatan Orff (Topik6 dalam proforma), Tajuk 3 Aplikasi Pendekatan Dalcroze (Topik 9 dalamproforma). Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhanpembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagisetiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut adalah amat sesuai untuk guru-gurupendidikan muzik sekolah rendah mengaplikasikan semasa sesi pengajarandan pembelajaran pendidikan muzik di bilik darjah supaya kelas muzikmenjadi fun-learning. Aplikasi setiap pendekatan dalam modul ini akanmembantu seseorang guru muzik meningkatkan prestasi mereka semasamengajar bidang-bidang tertentu dalam kelas muzik. Aplikasi Pendekatan Kodaly akan membantu dalam bidang nyanyian dimana murid-murid akan mempelajari pelbagai cara meningkatkan kemahiranmenyanyi agar berasa seronok. Bagi aplikasi Pendekatan Orff pula, guru-guru muzik dapat meningkatkankemahiran murid-murid semasa melakukan aktiviti hands-on dengan alat-alat perkusi berpic dan tanpa pic. Aplikasi Pendekatan Dalcroze pula merupakan satu cara bagaimana gurumuzik dapat meningkatkan kefahaman murid-murid melalui aktivitipergerakan badan. Secara keseluruhan dapat dibuktikan bahawa aplikasi setiap pendekatandi atas dapat membantu seseorang guru muzik meningkatkan kefahamanmurid-murid yang diajar tentang konsep-konsep muzik melalui aktiviti-aktivitimuzikal yang di lakukan secara hands-on. Setiap aktiviti amali yang ditulis dalam modul ini harus diaplikasikan olehguru-guru di sekolah dan disimpan dalam folio untuk disemak oleh pensyarahsemasa kuliah bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiaptajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan danpembacaan dari buku-buku pendidikan muzik dan laman web. Pelajar jugadigalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjutyang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.vKod & Nama Kursus : MZU3111 Pendekatan Pengajaran MuzikAGIHAN TAJUKKandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untukinteraksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Proforma Kursus)Bil.Tajuk/Topik InteraksiBersemuka (jam)1Modul(jam)Jum.Jam123Zoltan Kodaly Latar belakang Falsafah KodalyPengalaman muzikal melalui PendekatanKodaly Teknik dalam Pendekatan Kodaly (solfa, isyarat tangan,notasi lidi dan sebutan irama) Komponen Kodaly (nyanyian, aktiviti berurutan, penghafazan, pendengaran dalaman dan improvisasi) Bahan muzikal, terutamanya muzik rakyat yang diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan Aktiviti muzikal-pembelajaran konsep muzik melalui Pendekatan KodalyAplikasi Pendekatan Kodaly Rancangan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah Pelaksanaan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendahCarl Orff Latar belakang Falsafah Orff-18-8-5541-1viBil.Tajuk/Topik InteraksiBersemuka (jam)Modul(jam)Jum.Jam5678910Pengalaman Muzikal melalui PendekatanOrff Proses Orff (Imitasi, Eksplorasi,Improvisasi dan Literasi) Peralatan Muzik Orff (suara,badan dan peralatan muzik) Bahan muzikal yang diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan Aktiviti Muzikal-Pembelajaran konsep muzik melalui pendekatan OrffAplikasi Pendekatan Orff Rancangan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendahEmile Jaques-Dalcroze Latar belakang Falsafah DalcrozePengalaman Muzikal melalui PendekatanDalcroze Eurhythmics,Solfege dan Improvisasi Bahan muzikal untuk aktiviti Eurhythmics,Solfege dan Improvisiasi yang diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan Aktiviti muzikal-Pembelajaran konsep muzik melalui pendekatan DalcrozeAplikasi Pendekatan Dalcroze Rancangan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah Pelaksanaan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendahSintesis Kodaly,Orff dan Dalcroze Perbezaan pendekatan Kodaly,Orff dan Dalcroze Gabungan unsur Kodaly, Orff dan Dalcroze dan pengaplikasian dalam kelas muzik di sekolah rendahJUMLAH8-8-551-18-8-553-3301545Disediakan oleh,Pn.Edna WellingtonKetua Panel Penulis ModulIPG Kampus Ilmu KhasviMZU3111Pendekatan Pengajaran MuzikTajuk 3APLIKASI PENDEKATAN KODALYSinopsisDalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang aplikasi pendekatan Kodaly.Hasil Pembelajaran1.Mengaplikasikan kaedah-kaedah pendekatan Kodaly dalam pengajaran danpembelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Rendah.Menggunakan nyanyian solfa dan isyarat tangan Curwen untuk mengajarnyanyian.Memahami maksud pendengaran dalaman dan mengaplikasikannya dalamsesi pengajaran dan pembelajaran.Mencipta irama dan melodi ringkas untuk mengajar improvisasi dan aktivitisoal jawap.2.3.4.Kerangka tajuk ini1MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzik3.1Pengenalan Falsafah yang paling penting dalam pendekatan Kodaly ialah Muzik adalahuntuk semua orang. Pedagogi Kodaly menekankan perkembangan kemahiranpengalaman muzikal secara menyeluruh dan berurutan. Kodaly percaya bahawasemua kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi celik muzik. Mereka hanyaperlu diberi peluang untuk memperkembangkan skil persembahan, skilpendengaran dan skil-skil muzik yang lain untuk menjadi celik muzik. Kodaly jugapercaya bahawa suara adalah alat muzik yang paling utama kerana ia adalah alatmuzik alat yang semulajadi. Tujuan nyanyian dijadikan fokus adalah keranakemahiran nyanyian merupakan asas kemahiran bagi semua kemahiran muzikyang lain. Menurut Kodaly, setiap kanak-kanak selalu mempelajari bahasa ibondamereka terlebih dahulu sebelum mempelajari bahasa yang lain. Maka dalampengajaran muzik, kanak-kanak harus diajar lagu-lagu rakyat bahasa ibundamereka sebelum mempelajari lagu-lagu dari bahasa asing.Sila layari dan rujuk alamat laman web berikut:http://musiced.about.com/od/lessonplans/p/kodalymethod.htm3.2Pendedahan Kaedah Kodaly Dalam Pengajaran Dan PembelajaranMuzik Kaedah Kodaly adalah satu kaedah yang berterusan dan sentiasaberkembang. Banyak perubahan telah berlaku sejak kaedah ini bermula dansedang dalam proses perubahan untuk mencari cara yang lebih baik lagi untukmemupuk rasa cinta kepada muzik. Kaedah Kodaly menjadi tunjang dan nadikepada kurikulum muzik di sekolah mahu pun di institut pendidikanguru.Terdapat 3 jenis teknik atau komponen di dalam pengajaran danpembelajaran kaedah Kodaly iaitu:i.ii.iii.Tonik SolfaIsyarat TanganSimbol, Notasi dan Sebutan Iramaa. Kaedah Kodaly secara berurutan Kaedah berurutan ini berfokus kepada isi kandungan yang disusundengansistematik mengikutkebolehankanak-kanakpadatahapperkembangannya.i.Konsep Irama Salah satu unsur muzik yang ketara yang boleh dijadikan contoh di siniialah irama. Irama yang asas didalam kaedah ini ialah irama bersamaandengan pergerakan kanak-kanak seperti berjalan (krocet mempunyai nilai 1kiraan) dan berlari (kuaver mempunyai nilai kiraan). Elemen-elemen muzik2MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzikyang lain seperti bentuk (form), harmoni, tempo, dinamik boleh diatur ataudisusun secara berurutan dalam kaedah ini.ii.Konsep melodi Selain konsep irama, konsep melodi juga perlu diperkenalkansecara berurutan.Mengikut perkembangan muzikal kanak-kanak, merekahanya dapat menyanyikan 5 atau 6 ton dan tidak dapat menghasilkansemiton dalam pic yang tepat. Oleh demikian konsep melodi perludiperkenalkan dengan 2 pic dahulu, so dan mi yang mempunyai jedaminor ke-3. Mengikut kebiasaan corak jeda ini memang terdapat didalam kehidupan harian mereka. Contohnya seperti sebutan perkataanberpic:Alisukamakan Didalam kajian konsep melodi, jeda minor ke-3 dan major ke-2merupakan jeda-jeda yang sama dan lazim digunakan di negara Jepun,Amerika Syarikat dan juga Hungary.b. Nyanyian Suara merupakan satu alat muzik yang semulajadi yang berkesan dandimiliki oleh semua orang. Kanak-kanak menggunakan suara sebagai alatuntuk melahirkan perasaan gembira, sayang, sedih, takut atau seronok. Carayang baik bagi kanak-kanak menggunakannya untuk menimba pengalamanmuzikal ialah kegiatan nyanyian. Oleh itu nyanyian merupakan aktiviti yangpenting dalam pengajaran dan pembelajaran muzik dan asas yang terbaikdalam perkembangan dan kemahiran muzik.Tuliskan idea-idea anda yang sesuai berdasarkan kaedah Kodaly diatas dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik?Cuba anda aplikasikan idea anda di dalam kelas pendidikan muzikberdasarkan kaedah di atas.3MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzikc.Pendengaran Dalaman Teknik ini dikenali sebagai inner hearing dan inner singing yangdapat menguji kesemua elemen muzik kanak-kanak. Pendengaran dalamanmemainkan peranan yang penting dalam kemahiran muzik seperti nyanyian,permainan alat dan lain-lain bidang muzik. Berikut adalah beberapa aktivitikemahiran pendengaran dalaman yang boleh digunakan dalam pengajaran danpembelajaran muzik:Contoh 1Gunakan lagu yang mudah seperti Lompat Si Katak Lompat, BangunPagi Gosok Pagi, Jong-jong Inai dan sebagainya. Pelajar harus fahambahawa tujuan latihan ini adalah untuk menguji tempo, melodi danelemen-elemen muzikal lain yang telah mereka pelajari.Terangkan kepada pelajar bahawa untuk lagu yang dinyanyikan, merekadikehendaki untuk menyanyi frasa pertama dan kedua dengan kuat dannyanyikan frasa ketiga dalam kepala. Dengan erti kata lain pelajar-pelajar dikehendaki untuk terus menyanyi dengan senyap. Kemudianfrasa yang terakhir perlu dinyanyikan kuat semula.Contoh 2Meneka lagu. Guru menggunakan isyarat tangan solfa kepada sesuatumelodi dan meminta murid-murid menyanyikan dengan senyap di dalamkepala. Setelah guru memberi masa untuk murid-murid merasai melodiitu, guru akan meminta murid menyanyikan keratan melodi tersebutsecara kuat.Cuba anda fikirkan apakah kepentingan pendengaran dalamankepada pelajar dalam pendidikan muzik?Buatkan nota ringkas dan simpan di dalam folio anda.d. Penghafalan Kanak-kanak biasanya merasa seronok apabila mempelajari sesuatulagu itu dengan cara menghafal atau learning by heart. Namun ada cara yanglebih menarik dalam memperkembangkan aspek ini. Ia boleh dilakukan melaluiteknik permainan.Contoh 1.Guru membuat isyarat tangan dan murid menghafalnya sambilberfikir melodi tersebut.Murid membuat isyarat tangan serta menyanyikan melodi itukepada solfa.4MZU3111Pendekatan Pengajaran MuzikProses diulang dengan motif-motif yang pendek.(Setelah latihan dijalankan beberapa kalai murid diberi latihandengan menggunakan motif yang lebih panjang)Contoh 2Guru menggunakan skel pentatonik sebagai bahan penghafalan.Murid diberi sehelai kertas dimana dibahagian kiri telah diisidengan not-not pada baluk. Dibahagian kanan pula dikosongkan.Murid mendengar guru memainkan 2 atau 3 not dikibod berulang-ulang.Murid digalakan berfikir dahulu sebelum menulis balik pada balukdisebelah kanan.Setelah selesai menulis, murid menyanyi not-not yang ditulis dibaluk tadi.(Aktiviti ini boleh menggunakan symbol atau notasi lidi dengannama solfa)Anda dikehendaki berbincang dengan rakan sebaya(menggunakan OLL).Kumpul maklumat serta bahan mengenai kaedah penghafalan.Masukkan semua bahan-bahan dalam folio anda.e. Improvisasi Aspek ini diperkenalkan sebagai satu cara untuk menentukan samadamurid dapat memahami konsep muzik yang dipelajari serta member keyakinankepada mereka.Contoh : Permainan Baling TepukGuru akan membaling bola sakti kepada murid bertuah.Guru akan bertepuk atau menggerakkan anggota badannya padadetik sambil murid mendengar.Murid tersebut digalakkan respon melalui bertepuk ataumenggerakkan anggota badan pada satu corak yang lain.Tuliskan idea-idea anda yang sesuai berdasarkan kaedah Kodaly diatas dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik?Cuba anda aplikasikan idea anda di dalam kelas pendidikan muzikberdasarkan kaedah di atas.5MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzikf. Teknik/Komponen Kaedah Kodalyi. Tonik Solfa Kodaly menggunakan system do bergerak yang berasal dari GuidoArezzo (Itali) pada Abad ke 11. Dalam system ini, tonik solfa atau tonik pusatdalam sesebuah lagu ialah do dalam nada major dan la dalam nada minor.Ini memudahkan pelajaran nyanyian semerta.dlNada Major :Nada minor :dlrtmdfrsmlfts Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatusitem tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesamelalui nyanyian, membaca dan menulis skor mereka boleh diperkenalkandengan not nama abjad. Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so mi) merupakan pengajaranasas. Dengan menggunakan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua not yangberpic ini boleh membacakan not ini pada baluk dimana-mana posisi. Kodalyberpendapat skel pentatonic (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itumerupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang berciri mood minor.ii. Isyarat Tangan Isyarat tangan merupakan sejenis lambang yang berasal dari Hebrewdan Mesir kuno. Ia boleh dilakukan untuk menggambarkan tinggi rendahsesuatu pic apabila dinyanyikan. Kanak-kanak biasanya menggunakan satutangan (tangan yang menulis) untuk isyarat tangan. Isyarat-isyarat inidilakukan dibahagian hadapan badan dengan permulaan do pada arasbahagian pinggang dan la pada aras bahagian mata. Jarak dalam isyarattangan menunjukkan jeda yang dinyanyikan dan ditunjukkan. Jarak so milebih jauh dari jarak so la atau do re. Oktaf menggunakan isyarattangan yang sama tetapi pada jarak yang berdasarkan skala.6MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzikiii. Simbol notasi lidi dan sebutanBerikut adalah diantara urutan irama yang digunakan di dalam Kaedah Kodaly.SimbolMuzik bergerak dalam beat yang stabilMeter muzik bergerak dalam kumpulan beat yang mempunyai tekanan24Ikoni. Irama24ii. Pic (Kontur melodi)iii. Notasi Lidi dengan Pic44ssmms s mmss7MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzikiv. Notasi Lidi dan Sebutan Irama-ta a a ata a--ta-ti ti-ti ri ti ri1. Anda dikehendaki mencari bahan dari pelbagai sumber bagi mendapat maklumat berkaitan dengan teknik tonik solfa, isyarat tangan dan simbol notasi.2. Semua maklumat yang diperolehi yang dihasilkan hendaklah dimasukkan ke dalam portfolio. Portfolio perlu diserahkan semasa interkasi bersemuka.3. Cuba anda aplikasikan idea anda di dalam kelas pendidikan muzik berdasarkan kaedah di atas.Cuba anda fikirkan bagaimana teknik Kodaly di atas dapatmembantu anda dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzikdi dalam bilik darjah. Buatkan nota ringkas.Sila layari dan rujuk alamat laman web berikut:http://en.wikipedia.org/wiki/Kod%C3%A1ly_Method8MZU3111Pendekatan Pengajaran MuzikTajuk 2APLIKASI PENDEKATAN ORFFSinopsisDalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang pendekatan pengajaran Orff.Orff menekankan beberapa elemen penting dalam kaedah pendekatannyaterhadap kebolehan tingkah laku muzikal kanak-kanak. Antara elemen-elemenyang di senaraikan adalah eksplorasi, imitasi, improvisasi dan penciptaan.Hasil Pembelajaran1.Mengaplikasi pendekatan muzik Orff dalam pengajaran dan pembelajaranPendidikan Muzik Sekolah Rendah.2.Mengenal pasti kesesuaian penggunaan pendekatan muzik Orff dalampengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah.3.Mensintesis pelbagai pengalaman muzik dalam pendekatan muzik Orff.Kerangka tajuk iniAplikasi Pendekatan OrffDalam Pendidikan MuzikEksplorasiImitasiImprovisasiPenciptaan9MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzik2.1PendahuluanCarl Orff dilahirkan pada 10 Julai 1895 di Munich, Germany dan meninggalpada 29 Mac 1982. Merupakan seorang komposer yang berjaya pada abad ke 20dan kejayaan paling cemerlang dan banyak memberi kesan adalah di dalam bidangpendidikan. Beliau banyak menghasilkan bahanbahan pengajaran untuk kanakkanak dalam menghasilkan muzik seperti menggunakan suara iaitu alat muzik yangnatural dan alat alat perkusi yang ringkas.Pengajaran Orff bermula dengan menggunakan ritma ( rhythm ) sebagaielemen muzik yang asas, menari dan pengucapan (speech). Semua ini digabungkandan digunakan sebagai satu bahasa dalam pengajaran muzik kepada kanakkanak.Improvisasi juga merupakan asas pengajaran yang penting dalam pendekatan Orff.Beliau juga menghasilkan bahanbahan untuk orangorang dewasa sepertiOedipus Rex, The Wedding, oleh Stravinsky, yang memberi penekanan terhadapostinato, pulsation dan dan penggunaan suara secara terus untuk menghasilkansesuatu emosi. Beliau juga menghasilkan kaedah pengajaran muzik yangdiintegrasikan di antara pengucapan, pergerakan dan tarian yang dinamakan'schulwerk' atau 'schoolwork'.Schulwerkadalahmerupakanpendekatanpengajaranmuzikyangberkembang dalam tahun 1920 an dan 1930 an semasa Orff menjadi pengarah disekolah tarian dan muzik yang dikenali sebagai Gunther Schule. Salah satu hasilusaha beliau yang paling diingati adalah schulweek (muzik for children) iaitu muzikuntuk kanak kanak. Ianya merupakan satu instrumentasi muzik yang mudah bagikanak- kanak membuat persembahan. Di antara elemen- elemen penting yangselalu digunakan dalam pengajaran adalah melodi dan ritma yang selalunyadisertakan dengan perkataan.Pendekatan Orff berkembang bukan hanya untuk kanak- kanak tetapi bagiorang dewasa juga. Pendekatan ini berdasarkan kepada kepercayaan beliaubahawakaedahyangmudahuntuk10mengajarmuzikadalahdenganMZU3111Pendekatan Pengajaran Muzikmemperlihatkan perhubungan semula jadi pelajarpelajar terhadap ritma danmelodi, dan ianya berlangsung secara semula jadi. Orff merumuskan perkara inidengan mengadakan program yang dirancang dengan sempurna dan berhati hati. Ia bermula dengan corak pengucapan, gerakan berirama dan ton dua notasiserta pergerakan yang logik dalam melodi pentatonik.Improvisasi adalah amat di galakkan dalam pendekatan Orff. Pengenalankepada melodi major dan minor berlaku dalam programnya dengan menggunakankumpulan peralatan muzik seperti glockenspiels, xylophones, metallophones,drums dan lainlain alat perkusi.2.2Pendekatan OrffDalam pendekatan pengajaran Orff, beberapa elemen muzik yang pentingdigunakan antaranya eksplorasi, imitasi, improvisasi dan penciptaan yang manaakan meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak melalui tindak balas semula jadimereka terhadap muzik.2.2.1 EksplorasiOrff mengalakkan kanak-kanak menerokai serta melakukan eksperimendengan bunyi-bunyi muzikal dan gerakan berdasarkan kreativiti semula jadimereka. Proses ini merangkumi beberapa aspek iaitu penerokaan ruang, bunyi danbentuk.Penerokaan RuangDalam pernerokaan ruang kanak-kanak digalakkan melakukan aktivitipergerakan berdasarkan naluri semula jadi mereka berdasarkan rangsangandari luaran dan dalaman. Pergerakan ini meliputi apek berjalan, belarimelompat dan sebagainya. Dalam penerokaan ini guru hanya berperanansebagai fasilitator untuk membantu menggalakkan aktiviti pelajar.11MZU3111Pendekatan Pengajaran MuzikCiptakan beberapa gerakan kreatif berdasarkan muzik instrumentalsepanjang 16 bar yang anda rakamkan.Cuba aktiviti ini dengan murid-muridanda di sekolah sewaktu kelas pendidikan muzik.Penerokaan bunyiOrff memulakan dengan penerokaan bunyi-bunyi berdasarkan apa yangberlaku dalah kehidupan seharian seperti bunyi-bunyi yang bisa didengar.Antaranya bunyi ketukan pintu, kereta, angin, ombak dan sebagainya. Bunyi-bunyi ini akan menjadi lebih teratur dengan menciptakan beberapa corakirama.Anda dikehendaki berbincang dalam kumpulan kecil dan hasilkan beberapacorak irama berdasarkan bahan-bahan buangan untuk penerokaan bunyi.Catitkan corak irama yang diciptakan dan simpankan dalam folio anda.Penerokaan bentukPenerokaan bentuk berlaku serentak dalam penerokaan ruang dan bunyi.Apabila kesemuanya di gabungkan dan disusun kanak-kanak akan diajar untukmengenal bentuk-bentuk frasa dalam gerakan ataupun corak .Bincangkanbersamarakan-rakanandaaktivitiyangsesuaiuntukpenerokaan bentuk. Cuba laksanakan aktiviti tersebut bersama murid-muridanda.2.2.2. ImitasiMenurut Orff kanak-kanak mudah belajar sesuatu kemahiran melalui prosesimitasi. Proses ini adalah amat penting untuk memperkembangkan potensimuzikal kanak-kanak. Sebagai contoh dalam pengajaran muzik di bilikdarjah guru menepuk satu corak irama manakala murid-murid akan menirutepukan gurunya.Cipta dan catitkan beberapa corak irama secara sepontan dan cuba lakukanaktiviti seperti yang dinyatakan di atas dengan murid-murid anda.12MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzik2.2.3 ImprovisasiImprovisasimerupakankomponenyangdiberipenekanandalampendekatan pengajaran Orff. Dalam membincangkan tentang improvisasi yangdikatakan hanya untuk orang dewasa, Orff cuba menonjolkan konsep improvisasiyang ada pada diri kanakkanak. Dalam proses ini tiada undang-undangditetapkan. Guru boleh menetapkan lapangan atau di mana kanakkanak bolehmengembangkan daya kreativiti masingmasing dalam mencipta irama melodi ataumenari mereka. Contoh aktiviti improvisasi melodi menggunakan alat muzik Orff.Tetapkan alat muzik tersebut dalam nada C pentatonik. Ini memberi kebebasankepada pelajar membuat improvisasi tanpa memukul notnot yang tidak berkaitan.Dengan ini pelajar / kanakkanak diminta mencipta atau membuat lagu sendirimengikut kreativiti masing masing.Layari laman web berikut untuk rujukan alat muzik Orffhttp://www.classicsforkids.com/teachers/training/orffinstruments.aspContoh aktiviti untuk improvisasi irama.Cuba aktiviti ini dengan murid-murid anda.Murid-murid dikehendaki mencipta corak irama dalam meter lazimduaan/empatan dan melaksanakan aktiviti ini secara permainan soal jawab.Andadikehendaki mencatatkanresponmurid-muridsemasaaktivitidilaksanakan.Contoh untuk improvisasi melodi dalam nyanyianGurumembimbingmurid-muridmenciptamelodisendiridenganmenggunakan not-not dari do ke so.Catatkan respon murid-murid dalam folio anda.13MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzik2.2.4 PenciptaanFasa terakhir dalam pendekatan Orff ialah mengalakkan kanak-kanakmelakukan penciptaan dengan menggunakan bahasa asas. Peringkat inimenggunakan cerita kanak-kanak dan puisi sebagai bahan asas berirama,gerakan, nyanyian, dan permainan alat- alat Orff.Layari laman web dan cari aktiviti-aktiviti penciptaan Pendekatan Orffyang anda dapat aplikasikan dalam kelas pendidikan muzik di sekolahrendah.2.3Proses pengajaran Orff2.3.1 Apakah proses pengajaran Orff ?Orff Schulwerk adalah pendekatan pembelajaran muzik yang merangkumisegala aspek dalam ekspresi muzik. Sebagaimana yang diketahui, kanakkanakbelajar dalam situasi yang aktif, di mana proses peniruan dan penerokaan akanmembimbing mereka untuk melakukan improvisasi dan memahami muzik.Pertuturan, lagu, pergerakan dan alat muzik adalah komponen penting untukmengajar irama, melodi, bentuk, harmoni dan timbre. Semua ini penting bagikanakkanak merasai dan membuat irama dan melodi sebelum mempelajarimembaca dan menulis muzik. Hal ini sama seperti proses kanak-kanak belajarbercakap sebelum belajar membaca atau menulis, kanak-kanak tersebut perlu adakemahiran sedia ada sebelum didedahkan dengan kemahirankemahiran yanglain. Proses pengajaran Orff adalah berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Beliau percaya kanakkanak menguasai dan mengembangkan pemahamankendiri terhadap sesuatu konsep muzik itu melalui pengalaman atau merasaikonsep itu terlebih dahulu. "Experience first, intellectualize second."Melalui penggunaan alatalatperkusi, pergerakan, permainan, aktivitinyanyian, penerokaan irama dan drama, kanak kanak akan mempelajari danmengenal pasti bakat muzik di dalam diri mereka sendiri. Pendekatan Orff amat14MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzikberguna dan memberi kesan terhadap perkembangan muzik bagi semua peringkatumur dan tahap. Ianya sesuai bagi pembelajaran kendiri bagi setiap pelajarsekolah, baik di sekolah rendah mahu pun menengah.2.3.2 Contoh pengajaran Ostinato perkusi badan / body percussionLangkah pengajaranMempelajari setiap Ostinato secara berasingan.Pelajar diminta menepuk baris pertama.Apabila pelajar menyanyikan baris ke 2, guru akan melibatkankan diri.Latihan ini akan memperkembangkan kepercayaan kepada keupayaankendiri, keyakinan diri dan merupakan cara yang baik untuk menilaiketepatan tempo di dalam diri kanak - kanak .2.3.3Pengajaran dengan menggunakan alat muzik OrffPenggunaan alat muzik Orff bukan sahaja mempertingkatkan kebolehanpersepsi oral dan skel tetapi juga mempertingkatkan kebolehan visual serta hubungkait antara jeda. Dalam penggunaan alat muzik di peringkat awal, corak iramaBordun digunakan untuk mempertingkatkan kemahiran konsep tempo.Contoh pengajaran :Lagu dihafal dengan menggunakan solfa dan isyarat tangan.Guru menyanyikan corak irama melodi dan memainkan selepas didengari.Proses ini berulangulang sehingga pelajar tahu memainkan setiap not dari lagutersebut.2.3.4Pendedahan atau pengenalan awal alat muzik Orff kepada pelajarboleh melibatkan beberapa cadangan berikut ;Pengalaman konsep tinggi dan rendah, laju dan perlahan serta kuat danperlahan.Pengenalan konsep echoing patterns yang di demonstrasikan oleh guru dan15MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzikpelajar.Menunjukkan gambar tentang penggunaan skel melalui isyarat tanganhand-singing, solfege.Mengajar notasi muzik menggunakan sukatan pengajaran solfa(solfege syllables) dan mengalihkannya kepada baluk.Memberi pengalaman tentang kreativiti dan improvisasi menggunakankonsep menilai diri sendiri (learned will enable you) guru akan membantumengenal pasti pelajar atau kanak kanak tersebut.Berikut pula adalah cadangan beberapa langkah untuk mengajar melodisecara berturutan iaitu So - Mi ( jeda pertama yang diajar ), So - La Mi, So - La - Mi- Do dan Mi - Re - Do Begitu juga dengan tangga nada, ianya perlu diajar dandiantaranya seperti tangga nada pentatonic, hexatonic,heptatonic, diatonik danmodes.2.4Aplikasi pendekatan Orff dalam sistem pengajaran dan pembelajaranmuzik di Malaysia.Seperti mana yang telah dijelaskan di atas, terdapat beberapa elemenpenting dalam pendekatan pengajaran Orff iaitu ritma / rentak, melodi danimprovisasi yang mana akan meningkatkan daya kreativiti kanak- kanak melaluitindak balas semula jadi mereka terhadap muzik.Pernyataan di atas menunjukkan bahawa pendekatan Orff memang sesuaiuntuk di aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran muzik diMalaysia. Persoalannya,mampukah guruguru muzik di negara kita inimenterjemahkan pendekatan Orff ini dalam sesi pengajaran dan pembelajarandalam bilik darjah?. Atau, cukupkah ilmu pengetahuan guruguru muzik tentangpendekatan Orff?. Untuk menjawab persoalanpersoalan ini, kita seharusnyamenilai diri sendiri sebagai seorang guru muzik.16MZU3111Pendekatan Pengajaran MuzikMenurut pendapat Orff, suara kanak kanak itu sendiri merupakan satuelemen muzik yang boleh digunakan sebagai alat untuk menyampaikan konsepmuzik kepada kanakkanak tersebut. Sekiranya pendekatan ini difahami dandigunakan dengan cara baik dan kreatif oleh guruguru muzik , maka tidakmustahil, sesi pengajaran dan pembelajarannya akan lebih bermakna danberkesan. Agak malang sekiranya guruguru muzik beralasan tidak dibekalkandengan cukup alatan muzik, maka kelas muzik tidak dapat dijalankan.Apa yang pasti mengikut pendekatan Orff juga, penggunaan perkusi badan (bodypercussion), pergerakan mudah, permainan dapat membawa kakakkanak ataupelajar menerokai muzikdan memahami konsep-konsep muzik yang ingindisampaikan oleh seseorang guru. Ini kerana pendekatan Orff menekankan kepadaempat komponen yang utama iaitu penerokaan, imitasi, improvisasi danpenciptaan.Penerokaan terbahagi kepada dua iaitu penerokaan ruang dan bentuk. Imitasi pulamerupakan model kreativiti dan merupakan peranan penting dalam pendekatanOrff. Proses ini diringkaskan seperti berikut :PemerhatianImitasiEkperimenKreativitiImprovisasi juga amat digalakkan dalam pendekatan Orff. Ianya dapatmenggalakkan pelajar untuk menerokai muzik dengan menggunakandayakreativiti sendiri dan boleh dilakukan secara individu atau pun berkumpulan. Begitujuga dengan penciptaan, yang mana pelajar akan melakukan penciptaan denganmenggunakan alatan asas (alat muzik Orff) untuk mencipta rondo,suite mini, variasidan lain - lain.17MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzik2.5darjahBeberapa cadangan Pendekatan Orff untuk diaplikasikan dalam bilikSeterusnyaadalahbeberapacadanganataupandangantentangpenggunaan pendekatan Orff yang boleh diaplikasikan di dalam sesi pengajarandan pembelajaran di sekolah. Antaranya seperti berikut :menggunakan pergerakan dan pertuturan kanakkanak atau pelajaryang semula jadi untuk memulakan pengalaman muzikdenganmenggunakan corak atau pola irama yang terdapat dalam peribahasa,lagulagu dan sebagainya.mendedahkan kanakkanak atau pelajar kepada sesi pengajaran danpembelajaran muzik yang seronok melalui penglibatan yang aktifdalam sebarang aktiviti muzik.menggalakkan penggunaan alatalat muzik perkusi yang disediakan disekolah untuk memberi peluang kepada kanakkanak atau pelajarmemperkembangkan kepekaan dan sensitiviti mereka sendiri.Menggalakkanpenggunaanjedaminorketigayangmenurun(so mi) untuk memulakan pemahaman kanakkanak atau pelajartentang melodi, juga berkesan untuk penguasaan solfage.Penggunaan skel pentatonik untuk memudahkan proses pemahamandan menggalakkankanakkanak atau pelajar untuk melakukanimprovisasi serta melakukan ciptaan yang mudah.Cuba anda fikirkan satu aktiviti yang menggabungkan sekurang-kurangnyadua komponen Pendekatan Orff dan aplikasikan aktiviti tersebut dalam kelaspendidikan muzik anda. Catatkan respon murid-murid selepas aktiviti tersebutdilaksanakan.18MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzik2.6KesimpulanSecara umumnya setiap pendekatan muzik sama ada, Orff, Kodaly atauDalcroze, memang sesuai diaplikasikan dalam sistem pengajaran dan pembelajaranmuzik di negara kita ini. Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa, sebagaiseorang guru, kita seharusnya sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu danmempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan ianyaberjalan dengan baik dan berkesan.Ini amat penting bagi memartabatkan lagiprofesion guru muzik itu sendiri di sekolahsekolah, juga dapat melahirkan pelajar pelajar yang celik muzik iaitu mereka yang tahu menilai mana yang baik dan burukdalam muzik itu.19MZU3111Pendekatan Pengajaran MuzikTajuk 3APLIKASI PENDEKATAN DALCROZESinopsisDalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Pendekatan Dalcroze. PendekatanDalcroze adalah pendekatan yang menggunakan kaedah muzik dengan gerakan.Komponen-komponen utama dalam Pendekatan Dalcroze dikenali sebagaiEurythmics, Solfege dan Improvisasi.Ketiga-tiga komponen ini jika digabungkandalam aplikasi pendidikan muzik akan dapat memberikan kesan yang sangat baikdan positif dalam pengajaran dan pembelajaran muzik.Hasil Pembelajaran1.Mengaplikasikan pendekatan muzik Dalcroze dalam pengajaran danpembelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Rendah.Mengenal pasti kesesuaian penggunaan pendekatan muzik Dalcroze dalampengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di Sekolah Rendah.Mensintesis pelbagai pengalaman muzik dalam pendekatan muzik Dalcroze.2.3.Kerangka tajuk iniAplikasi Pendekatan Dalcroze Dalam Pendidikan MuzikEurhythmicsSolfegeImprovisasi20MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzik3.1PengenalanDalcroze berpandangan bahawa muzikaliti hadir di dalam diri setiap individu.Gaya seseorang berjalan, irama badan, gerak-geri serta pernafasan yangdilakukan secara biasa oleh manusia menjadi sumber asas sebagai tindakbalas atau respon terhadap muzik atau rangsangan muzik. Dalam kajianyang telah dilakukan tentang penerimaan diri manusia terhadap muzik ,beliau mendapati bahawa latihan latihtubi pendengaran (aural training)adalah perkara yang amat penting bagi pelajar muzik. Melalui kajian innerhearing yang telah dijalankan terhadap pelajarnya melalui latihan nyanyian,kemampuan pelajar mendengar muzik secara mental semasa membacaskor muzik dapat dipupuk dan dipertingkatkan. Anda dikehendaki mencari maklumat berkenaan Dalcroze diPerpustakaan.3.2Konsep Eurhythmic, Solfege dan Improvisasi1) Apakah maksud Eurhythmics?Eurhythmic: pergerakan yang melibatkan seluruh anggota badan denganiringan muzik atau tanpa muzik. Tubuh badan menjadi alat muzik utama.Perkara asas kepada seni muzik adalah emosi manusia. Sesuatu ideamuzik bolah diinterpretasikan melalui pergerakan badan dan sesuatupergerakan badan pula boleh ditukarkan kepada sumber muzik.Harus berlaku satu reaksi dari minda manusia yang membayangkansesuatu dan tubuh badan yang bertindak respon dengan segera.(A.E.Gillespie dan D. Woods, 1984).Eurythmics memerlukan penglibatan diri individu secara total menyeluruhyang melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri secaratotal.MendengarMerasaiBerimaginasiMenginterpretasi bunyiBertindak/respon/bergerakUntuk membayangkan maksudnya secara luaran.Sebagai contoh: menepuk tangan untuk menunjukkan ritma muzik danmenghentak kaki menunjukkan nilai not. Antara perkara penting yang bolehdiinterpretasikan ialah lagu yang berasaskan lirik dan unsur/konsep muzik :irama, tekanan, detik, sinkopsi, perbezaan pic, kontur melodi, dinamik,tempo, bentuk yang terkandung dalam muzik sedia ada, jika interpretasinyaitu disusunkan secara terurus ia boleh terhasil sebagai satu bentukkoreografi.21MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzik2) Apakah maksud solfege?Solfege: Dalam pendekatan Dalcroze ia adalah satu latihanpendengaran(aural). Pendengaran boleh meningkatkan kesedaran pic,perbezaaaan ton dan perbezaan kualiti ton. Pendengaran dalaman jugadapat meningkatkan daya ingatan. Latihan ini jika dilakukan secarabersistematik dan berterusan dapat meningkatkan keupayaan mendengar(ear-training) dan nyanyian semerta (sight-singing). Boleh jugameningkatkan nyanyian paduan suara (harmoni) melalui pendengarandalaman inner hearingInternal Hearing atau Pendengaran DalamanPendengaran dalaman dapat membantu memupuk kemahiran pelajarmuzik dalam mendengar muzik secara mental semasa membaca skormuzik. Aktiviti ini lebih kepada aktiviti yang boleh meningkatkankemahiran solfege. Murid juga dapat memikirkan bunyi yang dihasilkandengan menulis atau membaca notasi tanpa menggunakan peralatanmuzik. Pendengaran dalaman juga boleh diambil contoh sebagaimenyebut lirik dan dinyanyikan dalam hati. Konsep ini dapat dicapaidengan latihan berterusan.Solfege dan eurythmics saling bersaing dalam pendidikan muzik untukmelatih pendengaran, begitu juga ritma dan pic.3) Apakah maksud improvisasi?Improvisasi: Cantuman eurythmic atau prinsip irama dengan solfegemenjadikan Improvisasi. Improvisasi juga merupakan satu kreativiti dalampendekatan Dalcroze. Melalui improvisasi, khususnya dilakukan dengan alatpiano dapat menambah kesedaran motor tactile (melibatkan sentuhan)individu. Menghasilkan ciptaan sendiri yang kreatif berdasarkan kepadakegiatan-kegiatan eurythmic dan solfege, iaitu satu keadaan di manaseorang guru telah memainkan satu bentuk irama muzik dan,apabila muridmemainkan irama itu, mereka telah mengubah (adlibtum) sedikit tanpamencacatkan tempo dan juga detiknya.22MZU3111Pendekatan Pengajaran MuzikAktiviti dan Latihan1. Aktiviti EurythmicsMain LompatMari main lompat bersama kawan,Lompat ke kiri, lompat ke kanan,Pusingkan badan,Tepuk di atas tepuk di bawah,Kecilkan badan Lompat tinggi sampai ke awan. (Pendidikan Muzik KBSR Tahun Dua:UNiK)Aktiviti yang boleh dilakukan adalah nyanyian dan gerakan badan. Muridboleh melakukan gerakan mengikut rentak dan lirik lagu.23MZU3111Pendekatan Pengajaran MuzikProses aktiviti Eurhythmics :Menyanyikan lagu Main LompatSambil menepuk tangan untuk not kuaver, melompat untuk not krocet dandepakan tangan ke atas untuk not minim.Pastikan murid melompat ke kiri dan ke kanan mengikut lirik lagu tersebutdan pusingkan badan.Latihan 1Anda dikehendaki mencari satu lagu yang mudah dan cadangkan beberapagerakan lain selain contoh yang telah diberikan di atas.Rekod dan serahkankepada pensyarah anda semasa aktiviti bersemuka.2. Aktiviti SolfegeMendengar dan bertindak kepada pic- tinggi, rendah dan setara. Biasanyadalam permainan Dalcroze, pada peringkat permulaan latihan pendengaran,murid dikehendaki mendengar suara mereka sendiri dan mengecam apayang dilakukan seperti bersiul, menjerit, menyanyi dengan suara tinggi danrendah, bercakap dan bunyi vokal.Aktiviti:Dalam meter 4/4 guru memainkan/menyanyikan secara humming@lalala dalam satu not /pic sahaja(contoh : not G) sepanjang 2 bar.Kemudian guru memainkan pula not yang menaik dari C ke C ( satuoktaf ) sepanjang 2 bar.Kemudian guru memainkan not yang menurun sepanjang dua bar (Cke C).Guru memainkan not C satu bar dan not E satu bar selepas itumenurun dari G ke C.24MZU3111Pendekatan Pengajaran MuzikProses aktiviti bertindak kepada pic:Murid diminta berbaris dalam satu barisan dan apabila guru memainkansatu not yang sama berulang-ulang murid diminta berjalan mengikuttempo untuk menunjukkan bunyi yang sama.Apabila guru memainkan not yang menaik, daripada kedudukkan berdiri,murid membengkokkan lutut untuk merendahkan diri sedikit seterusnyamurid perlahan-lahan menaikkan diri untuk menunjukkan berlakunyapergerakan pic yang menaik.Apabila guru memainkan not menurun, murid diminta menurunkan badanmereka sedikit demi sedikit dengan membengkokkan lutut mengikutpergerakan pic yang menurun.Latihan 2Anda dikehendaki mencadangkan satu cara yang lain bagaimana boleh muridmembezakan pic yang tinggi, rendah, dan setara dengan berpandukan contohyang telah diberikan di atas.Catit dan simpankan dalam folio anda.25MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzik3. Aktiviti ImprovisasiImprovisasi merupakan cantuman atau tambahan kepada aktivitieurythmics( pergerakan irama) dan solfege. Biasanya improvisasi tidakberlaku pada keseluruhan lagu hanya pada sebahagian dan padabahagian yang tertentu dan sesuai sahaja.Guru boleh meminta murid membuat improvisasi sendiri denganmenyambung lagu yang diberikan oleh guru dengan mengunakan kreativitimasing-masing. Sebagai contoh lagu di bawah (a) adalah lagu yang biasakita dengar, manakala (b) adalah lagu yang telah dibuat improvisasi keatasnya.(a)26MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzik(b)Latihan 3Anda diminta mencari satu lagu yang mudah atau contoh irama yang ringkas untukmurid membuat improvisasi. Catitikan pemerhatian anda untuk dibincangkansemasa aktiviti bersemuka.27MZU3111Pendekatan Pengajaran Muzik4Aktiviti Inner HearingAktiviti untuk membantu murid meningkatkan inner hearing .Proses: Minta murid menyanyikan lagu Happy Birthday. Kemudian guru memberikan score solfa lagu tersebut. Minta murid melihat dan cuba menghafal solfa tersebut dengan menyanyikan melodi Happy Birthday. Kemudian guru mengarahkan murid agar menyanyikan solfa tersebut tanpa melihat pada score yang diberikan. Mereka harus menggunakan inner hearing untuk menyanyikan solfa tersebut.Latihan 4Dapatkan contoh lagu yang mudah untuk murid melakukan latihan innerhearing. Catit dan simpankan pemerhatian anda dalam folio.28BIBLIOGRAFIAnderson William M, Joy E.(1991). Intergrating music into the classroom: California, A division of Wadsworth, Inc.Johami Abdullah (1993). Pendidikan muzik semasa.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Khalijah Mohamed. Hasil kumpulan nota pendekatan Kodaly. Kuala Lumpur.Lois Chosky. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey: Prentice-Hall,Inc.29 PANEL PENULIS MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH)NAMASHAMSIR ALAM BIN MOHDARSHADPENSYARAHIPG Kampus Ilmu KhasJln, Yaakob Latif56000 CherasKuala [email protected] Pendidikan Muzik IPGIK ( 3 Tahun)Guru (15 Tahun)ABDUL RAZAK BIN ABD RAHMANPENSYARAHIPG Kampus Ilmu KhasJln, Yaakob Latif56000 CherasKuala [email protected]:Sijil Perguruan Asas Pendidikan Muzik (MPIK)Sarjana Muda Pendidikan Muzik (UPSI )Sarjana Pendidikan Muzik (UPSI)Pengalaman:Pensyarah Pendidikan Muzik IPGIK ( Ogos 2008)Pegawai Kurikulum Pusat Perkembangan Kurikulum 2007Guru (14 Tahun)NADIAH HAYATI BT OMARPENSYARAHIPG Kampus Ilmu KhasJln, Yaakob Latif56000 CherasKuala [email protected]:Sarjana Muda Muzik (UiTM )Diploma Pendidikan Muzik (MPIK)Pengalaman:Pensyarah Pendidikan Muzik IPGIK ( Mac 2010)Guru (10 Tahun)Kelulusan:Sijil Perguruan Asas Pendidikan Muzik (MPIK)Sarjana Muda Pendidikan Muzik (UPSI )Sarjana Pendidikan Muzik (UPSI)Pengalaman:KELAYAKAN30 PANEL PEMURNI MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN MUZIK PENDIDIKAN RENDAH)NAMAPN.EDNA WELLINGTONPensyarah MuzikJabatan Pendidikan MuzikIPG Kampus Ilmu [email protected] Muzik (3 Tahun )Pensyarah Muzik ( 18 Tahun )KELAYAKANB.Ed(Music) University of Otago,New ZealandM.Sc(Pentadbiran Pendidikan)Universiti Putra MalaysiaSijil Perguruan (Muzik)Maktab Perguruan Ilmu Khas31IKONRehatPerbincanganBahan BacaanBuku RujukanLatihanMembuat NotaSenarai SemakanLayari InternetPanduan PenggunaMengumpul MaklumatTutorialMemikirTamat32