modul lengkap pdf

124
1 UNIT 1 AKTA PENDIDIKAN 1996 HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, pelajar dapat: 1. Mengetahui tentang Akta Pendidikan 1996. 2. Mengenal pasti secara lebih jelas mengenai Pendidikan Khas menerusi pernyataan Bahagian IV, Bab 8. PENGENALAN Di awal sistem Pendidikan Khas dilaksanakan di Malaysia, Akta Pelajaran 1961 digunapakai di mana dalam Akta Pelajaran 1961, sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan perkhidmatan khas untuk murid kurang upaya. Akta Pelajaran 1961 turut memberi fokus kepada kepada pendidikan kanak-kanak cacat dan kerajaan perlu mengambil alih sepenuhnya pendidikan dari persatuan. Badan-badan sukarela digalakkan bersama-sama untuk memajukan Pendidikan Khas. Akta ini turut menyentuh tentang pengajaran pemulihan, kaedah mengajar, bahan bantu mengajar, bilik darjah serta peruntukan guru pemulihan. Pendidikan Khas telah mendapat tempat dalam Akta Pendidikan 1996 menerusi Bahagian IV, Bab 8. Secara langsung, Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan kepada Akta Pelajaran 1961. ISI KANDUNGAN AKTA PENDIDIKAN 1996 Bagi membincangkan bab ini, anda dinasihatkan untuk memuat turun Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Kita hanya akan berbincang perkara yang bersangkutan dengan Pendidikan Khas dalam Akta Pendidikan 1996. Oleh yang demikian, didapati bahawa terma Pendidikan Khas hanya terbit sebanyak dua bahagian, iaitu Bahagian I dan IV. Bahagian 1-Permulaan 2. Tafsiran Tafsiran Pendidikan Khas dalam Bahagian 1, Akta Pendidikan 1996 bererti pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid. Bahagian IV-Sistem Pendidikan Kebangsaan Bab 4-Pendidikan Menengah 34. Institusi Pendidikan Lain

Upload: asemnt

Post on 29-Dec-2015

242 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Lengkap PDF

1

UNIT 1

AKTA PENDIDIKAN 1996

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar dapat:

1. Mengetahui tentang Akta Pendidikan 1996.

2. Mengenal pasti secara lebih jelas mengenai Pendidikan Khas menerusi pernyataan

Bahagian IV, Bab 8.

PENGENALAN

Di awal sistem Pendidikan Khas dilaksanakan di Malaysia, Akta Pelajaran 1961 digunapakai di

mana dalam Akta Pelajaran 1961, sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan

perkhidmatan khas untuk murid kurang upaya. Akta Pelajaran 1961 turut memberi fokus kepada

kepada pendidikan kanak-kanak cacat dan kerajaan perlu mengambil alih sepenuhnya pendidikan

dari persatuan. Badan-badan sukarela digalakkan bersama-sama untuk memajukan Pendidikan

Khas. Akta ini turut menyentuh tentang pengajaran pemulihan, kaedah mengajar, bahan bantu

mengajar, bilik darjah serta peruntukan guru pemulihan. Pendidikan Khas telah mendapat tempat

dalam Akta Pendidikan 1996 menerusi Bahagian IV, Bab 8. Secara langsung, Akta Pendidikan

1996 merupakan lanjutan kepada Akta Pelajaran 1961.

ISI KANDUNGAN

AKTA PENDIDIKAN 1996

Bagi membincangkan bab ini, anda dinasihatkan untuk memuat turun Akta Pendidikan 1996

(Akta 550). Kita hanya akan berbincang perkara yang bersangkutan dengan Pendidikan Khas

dalam Akta Pendidikan 1996. Oleh yang demikian, didapati bahawa terma Pendidikan Khas

hanya terbit sebanyak dua bahagian, iaitu Bahagian I dan IV.

Bahagian 1-Permulaan

2. Tafsiran

Tafsiran Pendidikan Khas dalam Bahagian 1, Akta Pendidikan 1996 bererti pendidikan yang

menyediakan keperluan pendidikan khas murid.

Bahagian IV-Sistem Pendidikan Kebangsaan

Bab 4-Pendidikan Menengah 34. Institusi Pendidikan Lain

Page 2: Modul Lengkap PDF

2

(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Menteri boleh menubuhkan dan menyenggarakan

institusi pendidikan berikut:

(b) sekolah khas

Sekolah khas boleh ditubuhkan dalam sistem pendidikan kebangsaan mengikut peruntukan

pendidikan menengah di bawah institusi pendidikan lain.

Bab 8-Pendidikan Khas

40. Menteri hendaklah mengadakan Pendidikan Khas.

Menteri hendaklah mengadakan Pendidikan Khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah

perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh Menteri

suaimanfaat.

41. Kuasa untuk menetapkan tempoh dan kurikulum Pendidikan Khas.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), Menteri boleh melalui peraturan-peraturan

menetapkan-

(a) tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang

menerima Pendidikan Khas;

(b) kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan Pendidikan Khas;

(c) kategori murid yang memerlukan Pendidikan Khas dan kaedah yang sesuai bagi

pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan

(d) apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud

Bab ini.

(2) Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh kurang

daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah, mengikut mana-mana yang

berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini.

(3) Kurikulum yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(b) hendaklah mematuhi kehendak

Kurikulum Kebangsaan setakat yang semunasabahnya praktik.

Implikasi Akta Pendidikan 1996

Sebagai seorang guru, anda tentu telah mengetahui mengenai perkara ini, malah anda

mempunyai pengalaman menguruskan program yang dimaksudkan. Dalam unit pelajaran ini,

kita membincangkan perihal intipati Akta Pendidikan 1996 secara ringkas supaya anda

mempunyai pengetahuan tentang akta ini dan kesannya terhadap perkhidmatan yang disediakan

di sekolah khas dan sekolah-sekolah yang mempunyai program integrasi.

Dalam Bahagian 1, Akta Pendidikan 1996 mentafsirkan Pendidikan Khas sebagai

pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid. Dalam Bahagian 4, Bab 4

(34)(1) pula sekolah khas boleh ditubuhkan bagi melaksanakan perkhidmatan Pendidikan Khas

di sekolah khas atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh

suaimanfaat.

Berdasarkan Bahagian VII, Bab 8 (40), Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengadakan

perkhidmatan Pendidikan Khas yang dipertanggungjawabkan di bawah Bahagian Pendidikan

Khas. Manakala Bahagian VII, Bab 8 (41) pula menetapkan tempoh dan kurikulum Pendidikan

Page 3: Modul Lengkap PDF

3

Khas. Menerusi phrasa ini, melalui peraturan-peraturan tertentu dalam Akta ini menetapkan

bahawa:

1. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid

yang menerima Pendidikan Khas.

Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh

kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah, mengikut

mana-mana yang berkenaan, yang diperuntukkan di bawah Akta ini. Dengan ini

kita perhatikan semua kanak-kanak berkeperluan khas yang belajar di sekolah

kerajaan mendapat penambahan dua tahun persekolahan yang boleh diambil

samada di peringkat sekolah rendah atau di peringkat sekolah menengah.

2. Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan Pendidikan Khas.

Dengan ini kita perhatikan bahawa murid-murid bermasalah penglihatan atau

bermasalah pendengaran disarankan mengikuti kurikulum perdana dengan

penyesuaian yang difikirkan perlu. Manakala murid-murid bermasalah

pembelajaran disarankan untuk mengikuti kurikulum khas yang menyediakan

pendidikan berkualiti secara optimum supaya murid-murid dapat berfungsi

sebagai individu yang berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan

bakti kepada masyarakat.

3. Kategori murid yang memerlukan Pendidikan Khas dan kaedah yang sesuai bagi

pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas.

Dengan ini, didapati bahawa dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan

Khas) 1997, guru boleh mengubah suai (1) kaedah atau pendekatan pengajaran,

(2) masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, (3) mata pelajaran dan (4) bahan bantu

mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

Berdasarkan Rajah 1.1, didapati perkhidmatan Pendidikan Khas yang dilaksanakan di

sekolah-sekolah kerajaan disediakan untuk semua murid berkeperluan khas yang boleh

dididik, telah melalui proses penilaian dan mereka mengikuti kurikulum tertentu.

Page 4: Modul Lengkap PDF

4

Rajah 1.1

Forum 1:

Dengan merujuk kepada Rajah 1.1, jelaskan mengenai sekolah khas, program integrasi dan

program pendidikan inklusif.

Tugasan individu 1:

Sebagaimana yang telah dibincangkan, Akta Pendidikan 1996 menyentuh tentang pengajaran

pemulihan, kaedah mengajar dan bahan bantu mengajar. Huraikan secara terperinci ketiga-

tiga elemen ini.

RUMUSAN

1. Terma Pendidikan Khas terbit sebanyak dua bahagian, iaitu Bahagian I dan IV dalam

Akta Pendidikan 1996.

2. Tafsiran Pendidikan Khas dalam Bahagian 1, Akta Pendidikan 1996 bererti pendidikan

yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid.

3. Bahagian 4, Bab 4 (34)(1), sekolah khas boleh ditubuhkan bagi melaksanakan

perkhidmatan Pendidikan Khas di sekolah khas atau mana-mana sekolah rendah atau

menengah yang difikirkan oleh suaimanfaat.

4. Bahagian VII, Bab 8 (40), Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengadakan

perkhidmatan Pendidikan Khas yang dipertanggungjawabkan di bawah Bahagian

Pendidikan Khas.

Page 5: Modul Lengkap PDF

5

5. Bahagian VII, Bab 8 (41) menetapkan tempoh dan kurikulum Pendidikan Khas.

KATA KUNCI

Akta Pendidikan 1996

Perkhidmatan Pendidikan Khas

Tempoh belajar

Kurikulum

PENILAIAN KENDIRI

1. Namakan tiga kementerian yang bertanggungjawab terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.

2. Huraikan perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang menjadi tanggungjawab

tiga buah kementerian yang anda namakan.

3. Nyatakan kategori murid-murid bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab

Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut Jabatan Pendidikan Khas (2005).

4. Huraikan berkaitan kurikulum untuk murid-murid berkeperluan khas?

PETA KONSEP

RUJUKAN

Malaysia. 1996. Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas) (Akta

550). Warta Kerajaan.

A

Page 6: Modul Lengkap PDF

6

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas menjadi tanggungjawab tiga buah

kementerian, iaitu (1) Kementerian Kesihatan Malaysia, (2) Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta (3) Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Perkhidmatan pendidikan bagi golongan ini dikendalikan oleh dua buah kementerian,

iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan

perkhidmatan pelajaran kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah cacat fizikal

teruk, rencatan akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan serta kecacatan yang tidak

membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia pula menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk

murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran,

pembelajaran serta murid pemulihan khas.

3. Kategori murid-murid bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian

Pelajaran Malaysia ialah sindrom down, autisme ringan, gangguan kecelaruan tumpuan

dan kelasakan, terencat akal minima dan bermasalah pembelajaran spesifik, seperti

disleksia (Jabatan Pendidikan Khas 2005).

4. Oleh kerana tahap pencapaian pendidikan murid-murid bermasalah pembelajaran secara

am rendah dan peningkatan pencapaian mereka perlahan, maka objektif yang terdapat

dalam kurikulum kebangsaan terlalu tinggi untuk dicapai oleh mereka. Justeru,

perancangan dan penggubalan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

mengambil kira kepelbagaian keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996,

Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) Bahagian II 3(2).

Page 7: Modul Lengkap PDF

7

UNIT 2

RANG UNDANG-UNDANG ORANG KURANG UPAYA 2007

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar dapat:

3. Mengetahui tentang Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007.

4. Mengenal pasti secara lebih jelas mengenai habilitasi dan rehabilitasi dalam Pendidikan

Khas.

PENGENALAN

Bab ini membincangkan tiga bahagian dalam Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007

dan lima bab yang terdapat dalam Bahagian IV Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007,

iaitu Bab 1(Kebolehaksesan), Bab 2 (Habilitasi dan rehabilitasi), Bab 3 (Kesihatan), Bab 4

(Perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk) dan Bab 5 (Keadaan berisiko dan

kecemasan manusia).

ISI KANDUNGAN

Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007 merupakan suatu akta yang mengadakan

peruntukan bagi pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang

kurang upaya, penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya, dan perkara-perkara

yang berkaitan dengannya. Akta ini mengiktiraf bahawa ketidakupayaan merupakan suatu

konsep yang sentiasa berkembang dan bahawa ketidakupayaan terhasil daripada interaksi antara

orang kurang upaya dengan halangan sikap dan persekitaran yang menyekat penyertaan penuh

dan berkesan mereka dalam masyarakat atas asas kesetaraan dengan orang upaya.

Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007 juga mengikhtiraf sumbangan sedia

ada dan berpotensi yang bernilai yang dibuat oleh orang kurang upaya kepada kesejahteraan dan

kepelbagaian komuniti serta masyarakat seluruhnya. Selain itu, akta ini juga turut mengiktiraf

kepentingan kebolehkesanan kepada persekitaran fizikal, sosial, ekonomi dan kebudayaan,

kepada kesihatan dan pendidikan serta dari segi maklumat dan komunikasi, bagi membolehkan

penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat.

Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007 tidak ketinggalan dalam mengiktiraf

orang kurang upaya berhak kepada peluang dan perlindungan, serta mendapat bantuan sama rata

dalam segala hal keadaan dan tertakluk hanya kepada apa-apa batasan, sekatan dan perlindungan

Page 8: Modul Lengkap PDF

8

hak, sebagaimana diperuntukkan oleh Perlembagaan persekutuan. Rang Undang-undang Orang

Kurang Upaya 2007 menekankan kepentingan kerjasama antara sektor kerajaan mahupun swasta

serta pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan penyertaan dan penglibatan penuh serta

berkesan kepada orang kurang upaya di dalam masyarakat.

BAHAGIAN I: PERMULAAN

Dalam bahagian 1 Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007, beberapa tafsiran tentang

konteks makna yang terdapat dalam akta diberi perhatian, di mana bahasa ditafsirkan sebagai

bahasa pertuturan dan isyarat. Bahasa isyarat rasmi Malaysia adalah mengikut bahasa isyarat

bagi orang pekak di Malaysia. Merujuk kepada seksyen 21, Daftar Kurang Upaya akan disimpan

dan diselengarakan di bawah seksyen ini mengikut peraturan-peraturan yang telah digubal di

bawah akta tersebut.

Habalitasi merujuk kepada proses bertujuan untuk membolehkan orang yang dilahirkan

dengan ketidakupayaan mencapai serta mengekalkan sepenuh keupayaan fizikal, mental, sosial

dan vokasional dengan penglibatan serta penyertaan penuh mereka dalam aspek kehidupan.

Jabatan Pembangunan telah mewujudkan suatu sistem khas agar Orang Kurang Upaya diberi hak

dalam pendaftaran, perlindungan, rehabilitasi, perkembangan dan kesejahteraan mereka. Atas

dasar itu, pengenalan kad OKU dikeluarkan mengikut seksyen 25.

Komunikasi merupakan bahasa, paparan teks, Braille, bahasa sentuhan, cetak besar, isyarat,

multimedia boleh akses dan juga cara dan format komunikasi secara bertulis, audio, bahasa

mudah, jurubaca serta kaedah augmentatif dan alternatif, termasuk maklumat boleh akses dan

terknologi maklumat.

Orang Kurang Upaya termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang

fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh

menyekat penyertaan penuh dan berkesan dalam masyarakat. Penyediaan perkhidmatan jagaan

kesihatan swasta adalah suatu penyediaan kemudahan jagaan kesihatan swasta di bawah Akta

Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). Penyesuaian

munasabah adalah pengubahsuaian dan pelarasan yang perlu dan sesuai tanpa mengenakan

bebanan tidak seimbang atau tidak wajar. Jika diperlukan dalam hal tertentu, untuk memastikan

Orang Kurang Upaya menikmati atau menjalani kehidupan yang berkualiti dan sejahtera atas

asas kesetaraan dengan orang upaya.

Rehabilitasi merupakan suatu proses yang bertujuan untuk membolehkan orang kurang

upaya mencapai dan mengekalkan sepenuhnya keupayaan fizikal, mental, sosial dan vokasional

serta penglibatan dan penyertaan penuh merek dalam semua aspek kehidupan. Reka bentuk

sejagat merupakan reka bentuk produk, persekitaran, program dan perkhidmatan yang boleh

digunakan oleh semua orang, ke tahap sebaik mungkin, tanpa perlu membuat adaptasi atau

mereka bentuk yang khusus dan hendaklah termasuk alat bantu bagi kumpulan Orang Kurang

Upaya tertentu jika diperlukan. Sektor swasta merupakan mana-mana orang atau badan sama ada

diperbadankan atau tidak diperbadankan selain Kerajaan atau Kerajaan Negeri, agensi, badan

Page 9: Modul Lengkap PDF

9

atau pertubuhan Kerajaan, tetapi tidak termasuk apa-apa rujukan kepada penubuhan bukan

kerajaan.

BAHAGIAN 2: MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA

Suatu badan yang dikenali sebagai Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya hendaklah

ditubuhkan. Majlis hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

a) Menteri yang menjadi Pengerusi

b) Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungjawabkan bagi kebajikan

masyarakat, yang hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi

c) Peguam Negara, atau wakilnya

d) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan

e) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi pengangkutan

f) Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia

g) Ketua Pengarah Pendidikan

h) Ketua Pengarah Kesihatan

i) Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan

j) Tidak lebih dari sepuluh orang yang berpengalaman, berpengetahuan dan

kepakaran yang sesuai dalam permasalahan dan isu yang berhubungan dengan

orang kurang upaya yang dilantik oleh Menteri.

Seseorang anggota Majlis yang dilantik di bawah perenggan (2)(j), melainkan jika dia

terlebih dahulu meletakkan jawatan atau mengosongkan jawatannya atau perlatikannya terlebih

dahulu dibatalkan hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan

adalah layak dilantik semula selama tempoh tidak melebihi dua penggal berturut-turut.

Fungsi Majlis

a) Untuk menyelia perlaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara yang berhubung

dengan orang kurang upaya.

b) Untuk membuat syor kepada kerajaan mengenai semua aspek orang kurang upaya

termasuk perkara-perkara yang berhubung dengan sokongan, penjagaan, perlindungan,

rehabilitasi, pembangunan dan kesejahteraan orang kuang upaya.

c) Untuk menyelaras dan memantau perlaksanaan dasar negara dan pelan tindakan negara

yang berhubung dengan orang kurang upaya dengan kementerian, agensi, badan atau

badan pertubuhan kerajaan dan sector swasta yang berkaitan.

d) Untuk memantau dan menilai kesan dasar, program dan aktiviti yang dirancang untuk

mencapai penyertaan penuh dan berkesan orang kurang upaya dan dalam berbuat

demikian boleh membuat apa-apa perkiraan dengan kementerian, agensi, badan atau

pertubuhan kerajaan atausektor swasta yang berkaitan sebagaimana yang difikirkannya

perlu.

e) Untuk mengkaji semula aktiviti semua kementerian, agensi, badan atau pertubuhan

kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam dasar pelaksanaan dasar negara dan pelan

tindakan negara yang berhubung dengan orang kurang upaya.

Page 10: Modul Lengkap PDF

10

f) Untuk mengesyorkan kepada kerajaan perubahan kepada undang-undang sedia ada dan

juga untuk mencadangkan undang-undang baru bagi menjamin penyertaan penuh dan

berkesan orang kurang upaya dalam masyarakat, termasuk untuk memudahkan

kebolehaksesan.

g) Untuk membangunkan program dan strategi yang bertujuan untuk mendidik masyrakat

dan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, termasuk pada peringkat

keluarga, berhubung dengan orang kurang upaya termasuk keupayaan dan sumbangan

mereka bagi menggalakkan tanggapan positif dan kesedaran sosial yang tinggi serta

memupukkan rasa hormat kepada hak dan maruah orang kurang upaya.

h) Untuk menerima pakai langkah yang berkesan dan sesuai bagi menggalakkan

pengiktirafan kemahiran, merit dan kebolehan orang kurang upaya, dan sumbangan

mereka di tempat kerja dan pasaran buruh.

i) Untuk memupuk sikap menghormati hak orang kurang upaya pada semua peringkat

system pendidikan, termasuk pada peringkat awal kanak-kanak.

j) Untuk menasihati kerajaan mengenai isu ketidakupayaan termasuk perkembangan di

peringkat antarabangsa.

k) Untuk mengumpul danmengumpul semak data dan maklumat, serta menjalankan

galakkan penyelidikan yang berhubung dengan orang kurang upaya.

l) Untuk menggalakkan pembangunan latihan awal dan berterusan bagi golongan

profesional dan kakitangan yang bekerja dalam perkhidmatan habilitasi dan rehabilitasi.

m) Untuk menggalakkan peluang pekerjaan dan peningkatan kerjaya bagi orang kurang

upaya dalam pasaran buruh, dan juga bantuan dalam mencari atau mendapatkan

pekerjaan atas asas keseratan dengan orang kurang upaya.

n) Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebgaimana yang diarahkan oleh Menteri bagi

perlaksanaan sewajarnya bagi Akta ini.

Tanggungjawab Kerajaan

Tanggungjawab dan kewajipan yang hendaklah ditunaikan oleh kerajaan di bawah Akta ini

hendaklah bagi menjayakan dasarnya yang berhubung dengan orang kurang upaya dan

hendaklah ditunaikan:

a) Dengan mengambil kira sumber manusia dan kewangan yang ada dan apa-apa faktor lain

yang berkaitan.

b) Dengan mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis

lain yang berkaitan.

Menjadi tanggungjawab dan kewajipan tiap-tiap kementerian, agensi, badan atau pertubuhan

kerajaan yang berkaitan:

a) Untuk berkerjasama dengan dan membantu Majlis dalam pelaksanaan fungsi Majlis di

bawah Akta ini.

b) Untuk member pertimbangan wajar kepada dasar negara dan pelan tindakan negara yang

berhubung dengan orang kurang upaya.

c) Untuk mengambil langkah atau menjalankan tindakan yang dikehendaki supaya diambil

olehnya mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya yang berhubung dengan orang

kurang upaya.

Page 11: Modul Lengkap PDF

11

Menjadi tanggungjawab dan kewajipan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk:

a) Berkerjasama dengan dan membantu Majlis dalam pelaksanaan fungsi Majlis di bawah

Akta ini.

b) Memberi pertimbangan wajar kepada dasar negara dan pelan tindakan negara yang

berhubung dengan orang kurang upaya.

c) Mengambil langkah atau menjalankan tindakan yang dikehendaki supaya diambil

olehnya mengikut apa-apa bentuk atau cara sebagaimana yang diperuntukkan di bawah

mana-mana undang-undang bertulis lain atau selainnya yang berhubung dengan orang

kurang upaya.

Laporan tahunan

Majlis hendaklah memberikan suatu laporan tahunan mengenai semua aktivitinya sepanjang

tahun yang dimaksudkan oleh laporanitu kepada Menteri, da mana-mana pihak berkuasa awam

sebagaimana yan diarahkan oleh Menteri.

BAHAGIAN 4

PENGGALAKKAN DAN PEMBANGUNAN KUALITI HIDUP DAN KESEJAHTERAAN

ORANG KURANG UPAYA

BAB 1 (KEBOLEHAKSESAN)

1. Akses Kepada Kemudahan, Ameniti, Perkhidmatan dan Bangunan Awam

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada dan menggunakan

kemudahan, ameniti, perkhidmatan, dan bangunan awam yang dibuka atau disediakan kepada

orang ramai atas asas kesetaraan dengan orang kurang upaya, tetapi tertakluk kepada kewujudan

atau kemunculan apa-apa keadaan yang boleh membahayakan keselamatan orang kurang upaya.

Oleh yang demikian, kerajaan dan penyedia mana-mana kemudahan, ameniti, perkhidmatan dan

pembangunan awam hendaklah memberi pertimbangan yang sesuai dan mengambil langkah

yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, eminiti, perkhidmatan da pembangunan

awam serta penambahbaikan kelengkapan yang berkaitan dengannya menepati reka bentuk

sejagat bagi memudahkan akses kepada penggunaan oleh orang kurang upaya.

2. Akses Kepada Kemudahan Pengangkutan Awam

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses menggunakan kemudahan, ameniti,

dan perkhidmatan pengangkutan awam yang dibuka atau disediakan kepada orang ramai atas

asas kesetaraan dengan orang kurang upaya. Oleh yang demikian, kerajaan dan penyedia mana-

mana kemudahan, imeniti, dan perkhidmatan awam, hendaklah memberi pertimbangan yang

sesuai dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kemudahan, ameniti, dan

pengakutan awam itu menepati reka bentuk sejagat bagi memudahkan akses kepada penggunaan

oleh orang kurang upaya.

Page 12: Modul Lengkap PDF

12

3. Akses Kepada Pendidikan

Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan kepada sistem pendidikan umum atas asas

ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan

prasekolah, rendah, menengah, dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak

upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat. Kerajaan dan penyedia

pendidikan swasta hendaklah bagi membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya

melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan keperluan

orang dan kanak-kanak kurang upaya dari segi, antara lain, prasarana, kelengakapan dan bahan

pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai

keperluan orang atau kanak-kanak kurang upaya. Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta

hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk membolehkan orang dan kanak-kanak kurang

upaya mempelajari kemahiran hidup dan pembangunan social bagi kemudahan penyertaan penuh

dan setara mereka dalam pendidikan termasuk seperti yang berikut:

Bagi memudahkan pembelajaran Braille, skrip alternatif, kaedah augmentatif dan

alternatif, cara dan format komunikasi dan kemahiran orientasi dan moboliti, dan memudahkan

sokongan rakan sebaya dan pementoran. Untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Isyarat

Malaysia dan penggalakan identiti linguastik komuniti orang pekak manakala untuk memastikan

bahawa pendidikan orang dan khususnya kanak-kanak, yang buta, pekak atau pekak-buta

disampaikan dalam bahasa, kaedah dan cara komunikasi yang paling sesuai bagi individu, dan

dalam persekitaran yang memaksimumkan pembangunan akedemik dan sosial.

4. Akses Kepada Pekerjaan

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada pekerjaan atas dasar

kesetaraan dengan orang upaya. Majikan hendaklah melindungi hak orang kurang upaya, atas

asas kesetaraan dengan orang upaya, untuk mendapatkan suasana kerja yang adil dan baik

termasuk peluang sama rata dan saran sama rata bagi kerja yang sama nilai, suasana kerja yang

selamat dan sihat, perlindungan daripada gangguan dan memulihkan ketidakpuasan hati. Majikan

juga perlu melaksanakan kewajipan sosialnya berusaha untuk menggalakkan pekerjaan yang

stabil bagi orang kurang upaya dengan menilai keupayaannya dengan sewajarnya, menyediakan

tempat pekerjaan yang sesuai dan menjalankan pengurusan pekerjaan yang sesuai.

Bagi menggalakkan pengambilan kerja orang kurang upaya dalam sektor swasta,

merumuskan dasar dan langkah yang sesuai yang boleh termasuk program tindakan afirmatif dan

langkah lain, Majlis hendaklah menggalakkan peluang latihan kepada orang kurang upaya dalam

pasaran buruh dan juga peluang untuk bekerja sendiri, keusahawanan, pembangunan koperasi,

memulakan perniagaan sendiri dan mewujudkan peluang bekerja dari rumah.

Page 13: Modul Lengkap PDF

13

5. Akses Kepada Maklumat, Komunikasi dan Teknologi

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada maklumat, komunikasi dan

teknologi atas asas kesetaraan dengan orang upaya. Kerajaan dan penyedia maklumat,

komunikasi dan teknologi hendaklah, bagi membolehkan orang kurang upaya mempunyai akses

sedemikian, menyediakan maklumat, komunikasi dan teknologi dalam format dan teknologi

boleh akses bersesuaian dengan pelbagai jenis ketidakupayaan mengikut cara yang tepat pada

masanya dan tanpa kos tambahan. kerajaan dan sektor swasta hendaklah menerima dan

memudahkan penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia, Braille, komunikasi augmentatif dan

alternatif, dan semua cara, kaedah dan format komunikasi boleh akses pilihan orang kurang

upaya dalam urusan rasmi.

6. Akses Kepada Kehidupan Berbudaya

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada kehidupan berbudaya atas

asas kesetaraan dengan orang upaya. Mereka mempunyai hak untuk menikmati akses seperti:

a) bahan kebudayaan dalam format boleh akses.

b) program televisyen, filem, teater dan aktviti kebudayaan lain, dalam format boleh akses.

c) ke tempat persembahan kebudayaan atau perkhidmatan seperti teater, muzium,

panggung wayang, perkhidmatan perpustakaan dan perlancongan, dan seboleh mungkin,

ke monument dan tapak yang mempunyai kepentingan kebudayaan kebangsaan.

Majlis hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk membolehkan orang kurang upaya

mendapat peluang untuk membangunkan dan menggunakan potensi kreatif, artistik dan intelek

mereka, mereka bukan hanya untuk kepentingan mereka sendiri, tetapi juga untuk memperkaya

masyarakat. Orang kurang upaya berhak atas asas kesetaraan dengan orang upaya untuk

mendapatkan pengiktirafan dan sokongan terhadap identity khusus kebudayaan dan lingustik

mereka, termasuk Bahasa Isyarat Malaysia dan budaya orang pekak.

7. Akses Kepada Rekreasi, Santai dan Sukan

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk menyertai aktiviti rekreasi, santai dan

sukan atas asas keserataan dengan orang upaya tetapi tertakluk kepada kewujudan atau

kemunculan apa-apa keadaan yang boleh membahayakan keselamatan orang kurang upaya.

Majlis hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk:

a) Menggalakkan penyertaan ke tahap setinggi mungkin, orang kurang upaya dalam aktiviti

sukan utama pada semua peringkat.

b) Memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai peluang untuk menganjurkan,

membangunkan dan menyertai aktiviti sukan dan rekreasi khusus untuk orang kurang upaya

dan, bagi tujuan ini, menggalakkan pengandaan, atas asas keserataan dengan orang upaya,

tunjuk ajar, latihan dan sumber yang sesuai.

c) Memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses ke tempat sukan, rekreasi dan

pelancongan.

d) Memastikan bahawa kanak-kanak kurang upaya mempunyai akses setara dengan kanak-

kanak upaya lain kepada penyertaan dalam aktiviti permainan, rekreasi dan santai seta sukan,

termasuk aktiviti dalam sistem persekolahan.

Page 14: Modul Lengkap PDF

14

e) Memastikan bahawa orang kurang upaya mempunyai akses kepada perkhidmatan daripada

mereka yang terlibat dalam penganjuran aktiviti rekreasi, santai, sukan dan perlancongan.

BAB 2 (HABILITASI DAN REHABILITASI)

Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan

hendaklah mengambil langkah yang berkesan dan sesuai untuk membolehkan orang kurang

upaya mencapai dan mengekalkan keupayaan berdikari yang maksimum, keupayaan fizikal,

mental, social dan vokasional sepenuhnya serta penglibatan dan penyertaan sepenuhnya dalam

semua aspek kehidupan.

Bagi maksud subseksyen (1), Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta dan

pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengajurkan, mengukuhkan dan memperluas

perkhidmatan dan program habilitasi dan rehabilitasi yang komprehensif, terutamanya dalam

bidang kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan perkhidmatan sosial mengikut sedemikian cara

perkhidmatan dan program ini bermula pada peringkat seawal mungkin dan berdasarkan

penilaian pelbagai bidang mengenai keperluan dan kekuatan individu.

Majlis, penyedia perkhidmatan jagaan swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah

menggalakkan pengandaan, pengetahuan dan penggunaan alat Bantu dan teknologi yang direka

bagi orang kurang upaya sebagaimana yang ia berhubungan dengan habilitasi dan rehabilitasi.

Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai

untuk menggalakkan dan mengukuhkan program rehabilitasi berasaskan komuniti untuk

menyediakan interversi awal, rehabilitasi dan latihan bagi orang kurang upaya dalam komuniti

mereka sendiri melalui penyertaan aktif komuniti.

BAB 3 (KESIHATAN)

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk menikmati kesihatan atas asas keserataan

dengan orang upaya. Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil

langkah yang sesuai untuk memastikan orang kurang upaya mendapat akses kepada

perkhidmatan kesihatan, termasuk rehabilitasi berkaitan kesihatan, yang peka gender. Kerajaan

dan penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah menyediakan perkhidmatan

kesihatan yang perlu kepada orang kurang upaya yang hendaklah termasuk yang berikut:

a) pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya, imunisasi, pemakanan,

perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar dan kaunseling genetic.

b) pengesanan awal ketidakupayaan dan intervensi yang tepat pada masanya untuk mencegah

ketidakupayaan dan rawatan bagi rehabilitasi.

Page 15: Modul Lengkap PDF

15

Dalam mengambil langkah untuk mencegah berlakunya ketidakupayaan selanjutnya,

kerajaan hendaklah:

a) Menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan tinjauan penyiasatan dan penyelidikan

berhubung dengan sebab berlakunya ketidakupayaan.

b) Menaja atau menyebabkan supaya ditaja kempen kesedaran dan menyebarkan atau

menyebabkan supaya disebarkan maklumat mengenai penyebab ketidakupayaan dan langkah

pencegahan untuk diterima pakai dan mengenai kebersihan, kesihatan dan sanitasi umum.

Mana-mana sektor swasta atau pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan jagaan

institusi bagi orang kurang upaya hendaklah mengambil khidmat jurupulih pertuturan, jurupulih

anggota dan jurupulih kerja, atau mana-mana personel kesihatan sebagaimana yang disifatkan

perlu oleh Menteri setelah mengambil kira kehendak dan keupayaan institusi swasta itu,

kekerapan perkhidmatan dan apa-apa factor lain yang berkaitan. Bagi maksud subseksyen (1),

institusi swasta merupakan yang:

a) Mendaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506), hendaklah dalam masa enam bulan

dari permulaan kuat kuasa Akta ini mengemukakan kepada Majlis bilangan personel itu

dalam penggajiannya; atau

b) Memohon untuk didaftarkan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 hendaklah pada dan selepas

permulaan kuat kuasa Akta ini mengemukakan kepada Majlis, sebelum memulakan operasi,

bilangan personel itu dalam penggajiannya.

Walau bagaimanapun, Menteri boleh mengecualikan mana-mana sector swasta atau

pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan jagaan institusi bagi orang kurang upaya,

sebagaimana yang disifatkannya patut dan perlu, daripada mengambil khidmat personel

kesihatan dalam institusi dan sebaliknya boleh membenarkan lawatan berkala personel kesihatan

itu ke institusi swasta itu.

BAB 4 (PERLINDUNGAN ORANG DENGAN KETIDAKUPAYAAN)

Kerajaan hendaklah menyediakan perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial

yang perlu termasuk memastikan bahawa kebajikan orang dengan ketidakupayaan teruk tetap

tidak terjejas selepas kematian ibu atau bapanya atau pemberi jagaannya bagi membolehkan

orang dengan ketidakupayaan teruk itu menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Mana-mana pertubuhan bukan kerajaan yang berhasrat untuk menyediakan jagaan

institusi bagi orang dengan ketidakupayaan teruk boleh membuat permohonan bagi insentif

untuk menyediakan jagaan sedemikian kepada Majlis mengikut apa-apa bentuk dan cara yang

ditetapkan. Majlis boleh, jika ia berpuas hati bahawa permohonan pertubuhan bukan kerajaan

atau pemberi penjagaan yang disebut dalam subseksyen (2) patut dipertimbangkan , memberikan

apa-apa insentif yang disifatkannya sesuai dengan kelulusan Menteri yang bertanggungjawab

bagi kewangan. Orang dengan ketidakupayaan teruk dalam Bab ini bermaksud seseorang yang

mengalami satu atau lebih ketidakupayaan yang bergantung pada orang lain bagi aktiviti

kehidupan harian yang asas.

Page 16: Modul Lengkap PDF

16

BAB 5 (KEADAAN BERISIKO DAN KECEMASAN KEMANUSIAAN)

Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk mendapat bantuan atas asas kesetaraan

dan pengiktirafan dengan orang upaya dalam keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan,

termasuk konflik bersenjata dan kejadian bencana alam. Kerajaan hendaklah mengambil semua

langkah yang perlu bagi memastikan orang kurang upaya mempunyai hak untuk mendapat

bantuan dalam keadaan berisiko dan kecemasan kemanusian melalui mekanisma perundangan

dan juga pentadbiran.

Forum 2:

Jelaskan peranan anda sebagai guru Pendidikan Khas bagi memastikan Rang Undang-undang

Orang Kurang Upaya dilaksanakan dalam merapatkan kerjasama antara sektor kerajaan mahupun

swasta serta pertubuhan bukan kerajaan ke arah penyertaan dan penglibatan penuh serta berkesan

orang kurang upaya di dalam masyarakat.

Tugasan Individu 2:

Bincangkan mengenai peranan guru dalam merangka aktiviti pelajaran atau aktiviti

kemasyarakatan dengan mengambil kira kelima-lima bab dalam Bahagian 4, Rang Undang-

undang Orang Kurang Upaya 2007.

RUMUSAN

1. Bahagian 1, Rang Undang-undang Orang kurang Upaya 2007 menjelaskan tentang

permulaan dan tafsiran.

2. Bahagian 2, Rang Undang-undang Orang kurang Upaya 2007 menjelaskan tentang

perkara bersangkutan Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya dan tanggungjawab

kerajaan.

3. Lima bab dalam Bahagian 4, Rang Undang-undang Orang kurang Upaya 2007

dibincangkan, iaitu kebolehaksesan, habilitasi dan rehabilitasi, kesihatan, perlindungan

orang dengan ketidakupayaan teruk dan keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan.

4. Bab 1, iaitu kebolehaksesan menjelaskan tentang (1) akses kepada kemudahan, ameniti,

perkhidmatan dan bangunan awam, (2) akses kepada kemudahan pengangkutan awam,

(3) akses kepada pendidikan, (4) akses kepada pekerjaan, (5) akses kepada maklumat dan

komunikasi, (6) akses kepada kehidupan berbudaya serta (7) akses kepada rekreasi, santai

dan sukan.

5. Bab 2, iaitu habilitasi dan rehabilitasi menjelaskan tentang (1) habilitasi dan rehabilitasi

serta (2) perkhidmatan di rumah, kediaman dan sokongan komuniti.

6. Bab 3, iaitu kesihatan menjelaskan tentang (1) akses kepada kesihatan, (2) pencegahan

daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya dan (3) pengadaan personel kesihatan.

Page 17: Modul Lengkap PDF

17

7. Bab 4, iaitu perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk membincangkan tentang

perlindungan sepanjang hayat & sistem sokongan sosial

8. Bab 5, iaitu keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan membincangkan tentang akses

kepada bantuan.

KATA KUNCI

1. Kebolehaksesan 2. Habilitasi dan rehabilitasi 3. Kesihatan 4. Perlindungan orang dengan ketidakupayaan teruk 5. Keadaan berisiko dan kecemasan kemanusiaan

PENILAIAN KENDIRI

Nyatakan peranan kerajaan dalam menyediakan perlindungan orang dengan ketidakupayaan.

PETA KONSEP

A

Page 18: Modul Lengkap PDF

18

RUJUKAN

Malaysia. 2007. Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007. Warta Kerajaan. D.R.

52/2007.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Mengadakan perlindungan sepanjang hayat dan sistem sokongan sosial yang perlu

termasuk memastikan bahawa kebajikan orang dengan ketidakupayaan teruk tetap tidak

terjejas selepas kematian ibu atau bapanya atau pemberi jagaannya.

2. Mempertimbangkan bantuan kewangan kepada pertubuhan bukan kerajaan atau pemberi

penjagaan jika berpuas hati dengan permohonan yang dibuat.

Page 19: Modul Lengkap PDF

19

UNIT 3

JENIS-JENIS PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar dapat:

1. Menghuraikan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan dan badan swasta

kepada golongan berkeperluan khas di Malaysia merangkumi peringkat kanak-kanak,

murid sekolah sehingga dewasa.

2. Menerangkan contoh badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk murid-murid

pendidikan khas serta peranan masing-masing.

PENGENALAN

Pihak kerajaan sama sekali tidak memandang sepi terhadap golongan istimewa di negara kita.

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara menjadi sasaran penting dalam agenda

pengurusan dan pembangunan negara demi memastikan mereka menjalani kehidupan yang

selesa seperti mana individu normal yang lain. Mereka layak menerima pelbagai faedah dan

perkhidmatan sesuai dengan keperluan yang dikenalpasti merangkumi semua pihak umur. Dalam

bidang Pendidikan Khas terutamanya, perkhidmatan ini merangkumi banyak pihak termasuk

Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian

Sumber dan tenaga Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta penglibatan secara langsung

badan-badan berkanun dan bukan kerajaan. Dalam sebarang aspek kekurangan, setiap individu

ini diberi peluang untuk menepati keinginan untuk bersosial, bekerjaya dan berkeluarga. Dengan

ini, individu istimewa yang tergolong dalam kategori ini akan mendapat tempat di setiap pelusuk

negara dan dunia untuk sama-sama memikul tanggungjawab sebagai peneraju negara.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Khas menyediakan kelas khas

kepada kanak-kanak OKU penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program

pendidikan dilaksanakan melalui Program Pendidikan Khas. Program Sekolah Khas,

dilaksanakan bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan pembelajaran

di peringkat menengah. Murid-murid yang dipilih ke program iini hanya terhad kepada

kekurangan sama ada pendengaran atau penglihatan sahaja. Ini bermakna murid-murid tidak

mempunyai kekurangan lain seperti terencat akal dan sebagainya. Selain itu, turut diadakan

Page 20: Modul Lengkap PDF

20

Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah

pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di

sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang

menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Bagi

murid-murid yang menujukkan prestasi cemerlang dan mempunyai potensi akademik yang baik,

mereka boleh menjadi calon untuk Program Inklusif yang mana-mana merasai suasana

pembelajaran bersama-sama murid-murid normal yang lain di bawah pemantauan tertentu. Tidak

ketinggalan murid-murid berkeperluan khas ini diperuntukkan elaun RM 150.00 sebulan pelajar

sekolah rendah dan menengah.

Jabatan Pendidikan Khas secara rasmi ditubuhkan pada 1hb. Oktober 1995, memikul

tanggungjawab dalam merancang dan menguruskan semua sekolah pendidikan khas di peringkat

rendah dan menengah. Selain itu, penubuhan Jabatan Pendidikan Khas bermatlamat merancang

dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi serta menilai dasar-dasar dari aspek

peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi murid pendidikan khas

termasuk dasar vokasional. Tambahan pula, jabatan ini memainkan peranan dalam penyelidikan

berkaitan bidang Pendidikan Khas seiring keperluan semasa.

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Seperti individu normal yang lain, peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi

sangat digalakkan bagi murid-murid berkeperluan khas. Untuk itu, kerajaan telah menyediakan

bantuan kewangan kepada semua pelajar OKU yang melanjutkan pengajian di IPTA, IPTS (yang

diluluskan oleh KPT), Politeknik dan Kolej Komuniti yang berada di bawah kawal selia

Kementerian Pengajian Tinggi. Tambahan pula institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia

memandang serius terhadap penglibatan individu ini melalui penyediaan prasarana dan

kemudahan di dewan kuliah dan kampus tempat tinggal yang bersifat mesra OKU. Langkah ini

secara tidak langsung memberi keselesaan kepada golongan ini untuk melalui tempoh

pembelajaran sehingga digraduasikan.

JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT

Jabatan kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat menyediakan pelbagai bentk kemudahan dan perkhidmatan kepada golongan OKU,

murid-murid Pendidikan Khas terutamanya. Ini termasuk pendaftaran dan kad kenal diri OKU,

elaun pekerja cacat, perkhidmatan penempatan, geran pelancaran, organisasi penjualan serta

program-program pemulihan.

Page 21: Modul Lengkap PDF

21

Jadual 3.1 Kategori OKU

Bil. Kategori Penerangan

1. Kurang Upaya Pendengaran

(Kad OKU- Biru)

Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua

telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran

atau tidak dapat mendengar langsung walaupun

dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.

Terdapat empat (4) tahap yang bolh dikategorikan

sebagai OKU Pendengaran, iaitu:

Minumum (mild) - (15 - <30 dB) (Kanak-

kanak) dan (20 - <30 dB) (Orang Dewasa)

Sederhana (moderate) - (30 - <60 dB)

Teruk (severe) - (60 - <90 dB)

Sengat Teruk (profound) - (>90 dB)

2. Kurang Upaya Penglihatan

(Kad OKU- Ungu)

Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan

terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan

menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin

mata atau kanta sentuh. Terdapat dua (2) tahap OKU

penglihatan, iaitu:

Buta (blind)

Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan

penglihatan kurang dari 10 darjah dari fixation.

Terhad (low vision / partially sighted)

Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan

atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan

menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan

penglihatan kurang dari 20 darjah dari fixation.

3. Kurang Upaya Fizikal

(Kad OKU- Hijau)

Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan

berkomunkasi dengan sempurna dan tidak boleh

difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya.

Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh.

Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada

umur lima (5) tahun ke atas. Sekiranya terada

kemusykilan, pakar otorinolaringologi hendaklah

dirujuk.

4. Kurang Upaya Pertuturan

(Kad OKU- Coklat)

Tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan

berkomunkasi dengan sempurna dan tidak boleh

difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya.

Page 22: Modul Lengkap PDF

22

Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh.

Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada

umur lima (5) tahun ke atas. Sekiranya terada

kemusykilan, pakar otorinolaringologi hendaklah

dirujuk.

5. Masalah Pembelajaran

(Kad OKU- Kuning)

Masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan

usia biogikal. Mereka yang tergolong dalam kategori

ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom

Down, lembap dan kurang upaya intelektual. Kategori

ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan

kemampuan pembelajaran individu seperti Austisme

(Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah

pembelajaran spesifik seperti Dyslexia, Dyscalculia

dan Dysgraphia.

6. Kurang Upaya Mental

(Kad OKU- Putih)

Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi

rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-

kurangnya dua (2) tahun oleh Pakar Psikiatri. Akibat

daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani

rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk

berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam

hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam

masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental

tersebut ialah Organic Mental Disorder yangg serius

dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder

(depression, bipolar) dan Psychotic Disorder seperti

Schizoaffective Disorder dan Persistent Delusional

Disorders.

7. Kurang Upaya Pelbagai

(multiple disabilities)

(Kad OKU- Merah)

Mempunyai lebih daripada satu (1) jenis

ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai

diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam (6).

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau Community-Based Rehabilitation

(CBR) misalnya, telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan

Masyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi peluang

menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini. Jabatan Kebajikan Masyarakat seterusnya

Page 23: Modul Lengkap PDF

23

pada tahun 1984 telah mengambil inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia

untuk menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu untuk

melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU). Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta

mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke semasa. Melalui

kerjasama dengan KKM, pelbagai perkhidmatan sokongan ditawarkan kepada yang sangat

memerlukan termasuk fisioterapi, terapi carakerja, terapi pertuturan-bahasa dan sebagainya.

Jadual 3.2: Data Pemulihan dalam Komuniti

BIL NEGERI

JUMLAH

PDK

BILANGAN

PENYELIA PETUGAS PELATIH

1 Perlis 5 5 17 242

2 Kedah 27 27 126 1471

3 Pulau Pinang 20 20 69 647

4 Perak 36 36 114 1286

5 Selangor 39 39 162 2257

6 WP Kuala Lumpur 9 9 45 380

7 Negeri Sembilan 40 40 231 1639

8 Melaka 17 17 77 715

9 Johor 63 63 271 2853

10 Pahang 45 45 131 1424

11 Kelantan 33 33 103 1218

12 Terengganu 40 40 123 1354

13 Sarawak 25 25 150 1932

14 Sabah 27 27 88 1465

15 WP Labuan 2 2 7 60

JUMLAH BESAR 428 428 1,714 18,943

(Kemaskini pada Disember 2010)

Selain itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah menyediakan perkhidmatan institusi

merangkumi perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan serta peluang pekerjaan kepada orang

kurang upaya. Berdasarkan Jadual 3.3, sehingga kini terdapat 11 buah institusi bagi Orang

Kurang Upaya.

Page 24: Modul Lengkap PDF

24

Jadual 3.3: Institusi bagi Orang Kurang Upaya

INSTITUSI BILANGAN

Taman Sinar Harapan (TSH) 7

Bengkel Terlindung 2

Pusat Latiahan Perindustrian dan

Pemulihan Bangi

1

Pusat harian Bukit Tuanku 1

Dipetik dari laman rasmi JKM 2011

Penubuhan Taman Sinar Harapan pula di bawah agenda JKM, dikhaskan kepada Orang

Kurang Upaya Masalah Pembelajaran yang merangkumi kategori Lewat Perkembangan Global,

Sindrom Down, Lembam, Austisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan

Kurang Upaya Intelektual yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan. Di

nstitusi ini peserta akan diberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian

supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Bagi peserta di tahap umur

menegah, mereka diberi latihan pravokasional supaya mereka boleh hidup berdikari. Disamping

itu, penubuhannya telah membuka peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul

dengan kawan–kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti–aktiviti sosial dan sebagainya.

Sehingga kini, terdapat tujuh buah Taman Sinar Harapan yang beroperasi dan diuruskan

oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kriteria kemasukan kesemua TSH adalah mengambil kira

klasifikasi mengikut umur, jantina, kategori ketidakupayaan, kebolehan dilatih, serta kesesuaian

dan kemudahan yang terdapat di TSH.

Bil Nama Pusat Kapasiti Sebenar

(April 2010)

1 Taman Sinar Harapan

Tampoi, Johor Bahru (Lelaki) 240 135

2 Taman Sinar Harapan Jubli,

Johor Bahru (Perempuan) 200 162

3 Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan

Najihah, Seremban 100 72

4 Taman Sinar Harapan

Kuala Kubu Bharu, Selangor 240 221

5 Taman Sinar Harapan Bukit Besar,

Kuala Terengganu 100 75

6 Taman Sinar Harapan Cheras, Selangor 100 26

7 Taman Sinar Harapan Jitra,

Kedah 100 46

Jumlah 1080 737

Kemaskini pada Disember 2010

Page 25: Modul Lengkap PDF

25

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi merupakan sebuah institusi di bawah

Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya

Fizikal melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan. Selain itu, program ini memberi

manfaat berbebntuk kemudahan perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut

perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan yang

memerlukan. Pihak yang berminat juga di alu-alukan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti

di pusat latihan ini terutamanya yang melibatkan kajian dan penyelidikan. Peserta diberi peluang

percubaan selama enam bulan sebelum melayakkan beliau menruskan pengajian sehingga enam

tahun.

Bengkel Terlindung telah ditubuhkan mengikut Kaedah–kaedah Workshop Terlindung

1979. Bengkel ini dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya yang tidak berdaya saing untuk

mendapat pekerjaan di pasaran terbuka. Program seperti ini mewujudkan peluang pekerjaan

kepada Orang Kurang Upaya dan mempertingkatkan tahap keupayaan, kebolehan, pengetahuan

dan kemahiran warga kurang upaya. Secara tidak langsung peserta mendapat punca untuk

mencari sumber pendapatan. Terdapat dua buah bengkel terlindung, iaitu di Klang dan Sungai

Petani. Antara agenda yang dilaksanakan termasuk latihan jahitan, mendobi, bakeri,

pembungkusan dan semaian.

Seiring dengan kerjasama kemeneterian Kesihatan Malaysia, Pusat Harian Bukit Tuanku

telah dibuka secara rasminya untuk menerima kemasukan kes–kes pesakit jiwa yang telah

menjalani rawatan perubatan di Hospital Permai Johor Bahru, Hospital Bahagia di Tanjung

Rambutan, Hospital Besar Kuala Lumpur. Pesakit akan menjalani rawatan pemulihan yang

disediakan di Pusat Harian Tunku supaya dapat diserapkan lebih awal ke dalam masyarakat.

Penubuhannya bertujuan untuk membantu mengembalikan keupayaan atau kebolehan yang

boleh menolong mereka untuk hidup lebih bebas di dalam masyarakat. Selain itu, pusat ini

dengan kepakaran profesion terpilih akan membantu mempertingkatkan tanggungjawab pesakit

jiwa terhadap dirinya dan juga orang lain seterusnya membimbing pesakit jiwa mengenai

penyesuaian dalam kehidupan harian mereka.

Di bawah portfolio JKM juga turut disediakan Perkhidmatan Kaunseling sebagai salah

satu pendekatan atau strategi yang digunakan untuk memperkasakan OKU dalam masyarakat.

Perkhidmatan ini berlandaskan pada bentuk Kaunseling Pemulihan yang khusus untuk OKU.

Perkhidmatan Kaunseling ini memberi tumpuan kepada dua aspek iaitu kerjaya dan ke arah

kehidupan berdikari. Perkhidmatan yang diberikan adalah bersifat menyeluruh yang mana tidak

tertumpu kepada OKU sahaja sebagai klien, tetapi melibatkan keluarga, komuniti setempat,

Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak kerajaan sebagai pemangkin dalam membangunkan

komuniti OKU.

Page 26: Modul Lengkap PDF

26

KEMENTERIAN KESIHATAN

Kementerian Kesihatan Malaysia seperti mana perkhidmatan sokongan yang lain, memainkan

peranan penting dalam memastikan hak mendapatkan rawatan khusus bagi inidividu dengan

keperluan khas meliputi semua kategori OKU daripada jenis masalah pendengaran sehingga

yang dikelompokkan dengan masalah kurang upaya pelbagai. Antara perkhidmatan yang biasa

dikaitkan dengan murid-murid Pendidikan Khas adalah seperti:

1. Pemulihan pendengaran oleh audiologis dan pakar telinga

2. Pemulihan pertuturan oleh jurupulih pertuturan-bahasa

3. Pemulihan carakerja oleh terapis carakerja

4. Pemulihan kesihatan kanak-kanak oleh pakar pediatrik

5. Penilaian awal dari kumpulan pelbagai disiplin

6. Rawatan psikologi dan kaunseling klinikal

7. Rawatan susulan

Selain daripada bentuk rawatan secara terus dan berkala, pihak kementerian kesihatan tidak

kurang juga menggembling tenaga secara langsung meningkatkan kesedaran mengenai tentang

pengendalian individu dengan keperluan khas ini melalui sesi seminar dan persidangan serta

kempen-kempen kemasyarakatan di seluruh pelosok negara.

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Terdapat pelbagai bentuk pengiktirafan telah diberikan kepada golongan OKU dari aspek

kesukanan. Kementerian Belia dan Sukan bersama berganding bahu memberikan perhatian dan

komitmen yang sewajarnya demi memastikan penglibatan individu dengan keperluan khas turut

sama berkecimpung dalam bidang ini. Sering diwar-warkan kesungguhan dan ketekunan atlet-

atlet negara kita dari kategori keperluan khas tertentu berada di arena sukan kebangsaan dan

antarabangsa menerusi paralimpik terutamanya. Kecemerlangan ini dinilai sama seperti sukan-

sukan lain yang dipertandingkan apabila atlet-atlet paralimpik dianugerahkan olagragawan dan

olahragawati seperti mana atlet terkemuka yang lain. Dari semasa ke semasa pihak Kementerian

Belia dan Sukan sentiasa bergerak seiring arus dunia kesukanan bagi meningkatkan kualiti atlet

negara dari kategori bekeperluan khas ini sesuai dengan slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian

Diutamakan.

KEMENTERIAN SUMBER DAN TENAGA MANUSIA

Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kemeterian Sumber dan Tenaga Manusia menyediakan

perkhidmatan untuk golongan istimewa seperti melaksanakan program promosi atau

penggalakan pengajian orang kurang upaya di sector swasta melalui Jawatankuasa Penggalakan

Pengajian Orang Cacat. Jabatan ini juga berperanan membantu mendapatkan pekerjaan untuk

golongan OKU di sektor swasta dan institusi bukan kerajaan. Selain itu, golongan OKU boleh

menyalurkan aduan berkaitan pekerjaan di bawah tanggungjawab Akta Kerja 1955.

Page 27: Modul Lengkap PDF

27

PERANAN PIHAK NGO

Badan bukan kerajaan atau dikenali sebagai Non-Govermental Organisation (NGO), terlibat

secara langsung dan tidak langsung dengan badan-badan kebajikan di seluruh Malaysia. Badan

NGO ini menyokong usaha kerajaan dalam aspek pembangunan dan pengurusan orang kurang

upaya demi masa depan yang terjamin. Matlamat individu yang menjadi peserta program

dibawah kelolaan badan NGO adalah supaya mereka tidak terlalu bergantung dan mengharapkan

belas kasihan yang berpanjangan terutama dalam soal saraan hidup dan kerjaya. Antara

perkhidmatan yang disediakan termasuklah berbentuk pusat harian dan pusat latihan, pemulihan

dalam komuniti, program intervensi awal yang ada sesetengahnya melibatkan professional-

profesional terkemuka antarabangsa, pendidikan atau latihan untuk berdikari selain kumpulan

sokongan ataupun kumpulan ibu bapa. Badan NGO juga tidak terkecuali meningkatkan mutu

perkhidmatan untuk akses golongan ini dari segi bimbingan dan sokongan melalui laman web,

khidmat jurubahasa isyarat dan kelas bahasa, kaunseling, kelab sosial, pusat sumber, pusat

rujukan serta aspek penguasaan kemahiran komputer dan teknologi maklumat.

Pembiayaan kewangan biasanya diusahakan sendiri oleh persatuan berkenaan melalui

tajaan dan sumbangan derma orang ramai terutama pihak swasta selain dijana sendiri melalui

program-program khas yang dirancang da dilaksanakan. Misalnya melalu jualan amal dan

pameran atau majlis makan malam amal yang biasa kita dengari. Pusat-pusat perkhidmatan NGO

ini biasanya tidak terikat dengan mana-mana syarat atau peraturan oleh man-mana pihak tetapi

lebih kepada yang menyediakan perkhidmatan yang diperlukan oleh klien atau orang ramai yang

memerlukan sesuatu perkhidmatan yang disediakan. Namun, masih terdapat persatuan-persatuan

tertentu di bawah naungan badan-badan berkanun dibantu secara kewangan oleh peruntukan dari

Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Pihak NGO tidak terkecuali merancang dan mempromosikan perkhidmatan program

intervensi awal dan seumpamanya yang mana dirasakan sesuai untuk kumpulan sasaran dibawah

pengendalian mereka. Ibu bapa terutamanya, mempunyai pilihan alternatif bagi menempatkan

anak-anak mereka mengikut jenis keperluan khas, latar belakang ekonomi dan kesanggupan

komitmen yang boleh diberikan.

Page 28: Modul Lengkap PDF

28

Jadual 3.4: Badan Bukan Kerajaan

Badan NGO

Penerangan

Persatuan Bagi Orang Buta

Malaysia (MAB)

MAB bercita-cita untuk mencipta peluang yang sama untuk

visual orang cacat bagi membolehkan mereka menikmati

kualiti hidup yang sama seperti yang dilihat.Perkhidmatan

baru di Kompleks MAB termasuk kemudahan sukan dan

rekreasi seperti pusat goalball, gimnasium dan trek joging

serta Program Pra Sekolah Kanak-kanak Buta Malaysia

(ABC) bermula pada awal tahun 1998 dan Pusat Warga Emas

Buta. MAB juga telah berusaha untuk memenuhi keperluan

buta dengan segi pendidikan tinggi dan maklumat technologi.

Antara lain juga dijalankan program perkhidmatan pekerjaan

dan penyelidikan dalam bidang ini.

Persekutuan Orang Pekak

Malaysia

Peranan Persekutuan adalah untuk mewakili yang ahli-ahli

gabungan dengan mandat penuh dan itu suara orang pekak

dalam berurusan dengan kerajaan dan agensi yang berkaitan

mengenai isu-isu yang memberi kesan yang warga pekak di

Malaysia, pembangunan akses komunikasi dengan

pembangunan yang Bahasa Daftar Malaysia, menubuhkan

perkhidmatan mentafsirkan bahasa isyarat, dan berperanan

menyelaraskan akar umbi Program Pembangunan, jaringan,

sumber dan pengumpulan dana. MFD ditadbir oleh pasukan

pengurusan orang pekak dengan integrasi pendengaran

pegawai dan penasihat yang memberi peluang kepada orang

Pekak yang berkaitan itu sendiri.

Persatuan Kesihatan Mental

Malaysia (MINDA)

MINDA Malaysia adalah badan sukarela, pertubuhan bukan

kerajaan (NGO) yang beroperasi di seluruh negara di

Malaysia, menawarkan perkhidmatan kepada bercelaru mental

dan penjaga mereka. Ia adalah kumpulan sokongan keluarga

negara yang dibiayai oleh cara sumbangan daripada orang

ramai dan agensi-agensi kerajaan.

Persatuan Disleksia Wilayah

Persekutuan

Persatuan Dyslexia ini bermatlamat memajukan pendidikan

dan kebajikan kanak-kanak dan lain-lain yang terjejas oleh

disleksia dan masalah pembelajaran khusus yang lain. Melalui

persatuan ini masyarakat umum dapat diberi kesedaran dan

memahami masalah dan keperluan kanak-kanak dengan

masalah pembelajaran khusus dan dengan itu untuk

membantu mereka untuk mendapatkan diagnosis khusus dan

rawatan yang kurang upaya mereka mungkin akan dibaiki

seawal mungkin. Selain itu, persatuan meyakinkan pihak

yang berkenaan untuk memasukkan kursus latihan guru

sebagaimana akan berkhidmat untuk melayakkan guru-guru

Page 29: Modul Lengkap PDF

29

diiktiraf dalam pengendalian yang mungkin melibatkan

rawatan khas.

Yayasan Kiwanis Sindrom

Down

Yayasan Kiwanis Sindrom Down komited kepada kebajikan

kanak-kanak dengan Sindrom Down, tumpuan utama

pendidikan kanak-kanak ini berusia enam tahun. Aktiviti-

aktiviti yang menjurus ke arah penubuhan dan pengurusan

Pusat Pendidikan untuk Kanak-kanak dengan Sindrom Down

sehingga enam tahun di mana penekanan adalah pada

mengekalkan dan menaik taraf Program Pendidikan Khas,

latihan guru-guru dalam Pendidikan Keperluan Khas,

Kaunseling keluarga kanak-kanak dengan Down Sindrom,

mengekalkan Pusat Sumber yang lengkap dengan maklumat

tentang Sindrom Down dan alat-alat bantu Pendidikan khas

dan mewujudkan kesedaran awam Sindrom Down.

Persatuan Kebangsaan Autisma

Malaysia

Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM) adalah

satu kebajikan organisasi bukan keuntungan, bukan kerajaan

yang ditubuhkan oleh sekumpulan ibu bapa dan profesional.

Ia telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan kebajikan

sukarela kebangsaan dan bertujuan untuk menyediakan

pendidikan, bantuan, jagaan dan perlindungan bagi orang-

orang dengan autisme dan ahli keluarga mereka.

Pusat Pertuturan Kiu

Pusat Pertuturan Kiu (PPK) ditubuhkan pada tahun 1988 di

bawah Persatuan Kebangsaan Pekak Malaysia iaitu sebuah

badan NGO yang pada awalnya adalah sebuah pusat

pendidikan yang hanya mengajar kaedah Kiu. Sekolah ini

juga menyediakan kelas mengaji Al-Quran pada setiap pagi,

dan dapat membacanya dengan baik. Di samping itu, pihak

sekolah dengan kerjasama JAWI telah mengadakan kelas

fardhu ain seminggu sekali, dengan wujudnya kelas ini,

murid-murid dapat mendalami lagi ilmu agama dan dapat

melakukan secara praktikal seperti solat, tayamum, dan mandi

wajib dengan bantuan daripada ustaz dan ustazah daripada

pihak JAWI.

Bethany Home

The Evangelical Lutheran Church of Malaysia dan Singapura

telah menubuhkan Bethany Home pada tahun 1966. Tempat

ini ditubuhkan adalah untuk semua kanak-kanak dari semua

agama dan latar belakang. Ia telah dibina untuk memberi

latihan dan program pendidikan untuk kanak-kanak dan orang

dewasa kurang upaya termasuk epilepsi, hilang upaya intelek,

cerebral palsy, autisme dan lain-lain lagi.

Page 30: Modul Lengkap PDF

30

Special Olympics Malaysia

Sukan Olimpik Khas adalah sebuah organisasi global yang

memberi perkhidmatan kepada lebih daripada 3.4 juta atlet

kurang upaya intelektual yang bekerja dengan beratus-ratus

ribu sukarelawan dan jurulatih setiap tahun. Sejak

penubuhannya, Sukan Olimpik Khas melibatkansejumlah

besar bilangan mereka dengan dan tanpa kurang upaya intelek

yang terlibat dengan organisasi telah berkembang, tetapi

keperluan yang tidak dipenuhi untuk mencapai lebih ramai

orang kurang upaya intelek adalah mengejutkan.

St. Nicholas’ Home, Penang

Menawarkan Program Intervensi Awal bagi kanak-kanak

dengan masalah penglihatan di seluruh negara. Turut

menyediakan program perkhidmatan dan latihan kepada

individu dengan maslah penglihatan mengikut setiap lapisan

umur.

Di Malaysia, badan NGO bangkit ibarat cendawan tumbuh selepas hujan apabila setiap

masyarakat memandang serius akan kepentingan berssama memabantu golongan ini. Selain

daripada senarai dalam jadual, lebih dari 50 buah persatuan dan majlis tertentu badan NGO yang

bergiat aktif menerajui program yang dilaksanakan.

RUMUSAN

1. Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan Khas menyediakan kelas

khas kepada kanak-kanak OKU penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.

2. Kementerian Pengajian Tinggi turut menyediakan peluang melanjutkan pelajaran ke

peringkat yang lebih tinggi dengan menyediakan bantuan kewangan kepada semua pelajar

OKU yang melanjutkan pengajian di IPTA, IPTS (yang diluluskan oleh KPT), Politeknik dan

Kolej Komuniti yang berada di bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi.

3. Jabatan kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat menyediakan pelbagai bentuk kemudahan dan perkhidmatan kepada golongan

OKU.

4. Taman Sinar Harapan diurustadbir oleh JKM bagi Orang Kurang Upaya Intelektual yang

memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan perlindungan.

5. Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi juga diurustadbir oleh Kebajikan

Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal melalui

latihan vokasional serta pemulihan perubatan.

6. Bengkel Terlindung telah ditubuhkan untuk Orang Kurang Upaya yang tidak berdaya saing

untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka.

Page 31: Modul Lengkap PDF

31

Forum 3:

Pilih salah satu daripada badan NGO berikut dan jelaskan peranan mereka kepada

masyarakat. Perbincangan ini memerlukan anda melayari portal badan NGO yang dipilih

bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

1. Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB)

2. Persekutuan Orang Pekak Malaysia

3. Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MINDA)

4. Persatuan Dyslexia Wilayah Persekutuan

5. Yayasan Kiwanis Sindrom Down

6. Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia

7. Pusat Pertuturan Kiu

8. Bethany Home

9. Special Olympics Malaysia

10. St. Nicholas’ Home, Penang

Tugasan individu 3:

Pilih dua daripada tajuk berikut dan huraikan mengenainya secara lengkap.

1. Pemulihan pendengaran oleh audiologis dan pakar telinga

2. Pemulihan pertuturan oleh jurupulih pertuturan-bahasa

3. Pemulihan carakerja oleh terapis carakerja

4. Pemulihan kesihatan kanak-kanak oleh pakar pediatrik

5. Penilaian awal dari kumpulan pelbagai disiplin

6. Rawatan psikologi dan kaunseling klinikal

7. Rawatan susulan

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan agensi-agensi kerajaan yang memberikan perkhidmatan kepada murid pendidikan

khas?

2. Terangkan kategori OKU di bawah polisi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

3. Apakah kemudahan yang diberikan kepada murid bermasalah khas pendengaran dalam

mengoptimumkan fungsi beliau?

4. Bagaimanakah badan-badan bukan kerajaan menyalurkan kerjasama dalam pengendalian

murid pendidikan khas?

A

Page 32: Modul Lengkap PDF

32

PETA KONSEP

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. -Jabatan Kebajikan Masyarakat

-Kementerian Kesihatan

-Kementerian Belia dan Sukan

-Kementerian Sumber dan Tenaga Manusia

-Kementerian Kesihatan

2. -Kurang Upaya Pendengaran

-kurang Upaya Penglihatan

-Kurang Upaya Fizikal

-Kurang Upaya Pertuturan

-Kurang Upaya Pembelajaran

-Kurang Upaya Mental

-Kurang Upaya Pelbagai

Page 33: Modul Lengkap PDF

33

3. Murid-murid akan ditawarkan perkhidmatan saringan dan penialaian awal di bawah

kelolaan kumpulan pelbagai displin dari Kementerian Kesihatan. Setelah mendapat

laporan, murid-murid akan dirujuk kepada kementerian Pelajaran untuk menyesuaikan

penempatan belajar. Dalam masa yang sama, Murid-murid akan berhubung dengan

Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk Pendaftaran OKU bagi mendapatkan faedah dan

keistimewaan mengikut keperluan.

4. Kerjasama secara langsung oleh badan bukan kerajaan adalah termasuk dari segi latihan

dan penilaian yang melicinkan usaha pihak kerajaan mengendalikan murid-murid

pendidikan khas mengikut keprluan individu. Misalnya, mencadangkan pembelajaran di

Pusat Pertuturan Kiu sekiranya murid-murid didadapati mempunyai sisa pendengaran dan

berpotensi menggunakan komunikasi verbal.

RUJUKAN

Direktori Orang Kurang Upaya susunan Persatuan Audiologis dan Pertuturan-Bahasa

Malaysia (PERSAPSI), (2009)

Friend, M. (2005). Special Education: contemporary perspectives for school

professionals. New York: Pearson Education Inc.

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2000). Buku Panduan

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid-murid berkeperluan khas.

Laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, kemaskini Disember (2010).

Manual of Management Children with Special Needs (2003). Bahagian Pembangunan

Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Page 34: Modul Lengkap PDF

34

UNIT 4

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS DAN PROGRAM

PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar dapat:

1. mengetahui mengenai perkhidmatan Pendidikan Khas yang disediakan di Sekolah

Pendidikan Khas

2. mengetahui mengenai perkhidmatan yang disediakan di Program Pendidikan Khas

Integrasi

PENGENALAN

Tiga kementerian menyediakan perkhidmatan bagi kanak-kanak berkeperluan khas di Malaysia,

iaitu (1) Kementerian Pelajaran Malaysia, (2) Kementerian Kesihatan serta (3) Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan

perkhidmatan pendidikan kepada (1) murid-murid kurang upaya yang mempunyai masalah

pembelajaran atau kanak-kanak terencat akal yang boleh dididik dan (2) murid-murid yang

mempunyai masalah dalam penglihatan, pendengaran, masalah pembelajaran dan pemulihan

khas. Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan lima kategori kanak-kanak berkeperluan,

iaitu (1) sindrom down, (2) autisme ringan, (3) attention deficit hyperactivity disorder (ADHD),

(4) terencat akal ringan dan (5) disleksia untuk menerima perkhidmatan Pendidikan Khas di

sekolah-sekolah kerajaan.

ISI KANDUNGAN

Dalam unit pelajaran ini, kita akan membincangkan mengenai Sekolah Pendidikan Khas dan

Program Pendidikan Khas Integrasi.

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS

Secara umum terdapat dua kategori Sekolah Pendidikan Khas, iaitu (1) Sekolah Pendidikan Khas

Masalah Penglihatan dan (2) Sekolah Pendidikan Khas Masalah Pendengaran.

Page 35: Modul Lengkap PDF

35

Sekolah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

Sekolah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan di Malaysia merupakan sebuah institusi

pendidikan yang khusus untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan. Dalam konteks ini, kanak-

kanak bermasalah penglihatan yang diterima untuk mendaftar ke Sekolah Pendidikan Khas

Masalah Penglihatan mempunyai masalah buta dan rabun. Oleh kerana masalah penglihatan

dianggap sebagai masalah utama yang memberi kesan terhadap perkembangan kognitif kanak-

kanak, maka sekolah Pendidikan Khas telah dibina bagi membantu kanak-kanak yang

mengalami masalah penglihatan supaya mereka boleh menjalani kehidupan seperti individu

normal.

Perkembangan Sekolah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

Sejarah penubuhan Pendidikan Khas di Malaysia bermula seawal tahun 1920-an oleh

sukarelawan untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran. Pada tahun 1926,

Sekolah Rendah Pendidikan Khas (SRPK) St. Nicholas telah dibuka oleh Gereja Anglican di

Melaka. Pada tahun 1931, SRPK St. Nicholas dipindahkan ke Pulau Pinang. SRPK Princess

Elizabeth dibuka secara rasminya pada tahun 1948 dengan kemudahan asrama di Johor Bharu.

Pada tahun 1962, program rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak masalah

penglihatan telah dilaksanakan di sekolah biasa yang terpilih. Latihan Perguruan Khas dalam

bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras juga telah dilaksanakan bagi

membekalkan guru-guru berkepakaran. Pada tahun 1977, Sekolah Pendidikan Khas Masalah

Penglihatan telah dibuka di Setapak. Pada tahun 1978, SRPK Princess Elizabeth telah diambil

alih oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai sekolah bantuan penuh.

Sehingga tahun 2011, terdapat enam buah sekolah Pendidikan Khas bagi kanak-kanak

bermasalah penglihatan, iaitu (1) Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma, Pulau Pinang, (2)

Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Batu, Kuala Lumpur, (3) Sekolah Kebangsaan

Pendidikan Khas Princess Elizabeth, Johor, (4) Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kuching,

Sarawak, (5) Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran, Sabah dan (6) Sekolah Menengah

Pendidikan Khas Setapak, Kuala Lumpur. Kanak-kanak ini mengikuti kurikulum pelajaran yang

sama seperti yang diikuti oleh kanak-kanak normal. Walau bagaimanapun, kaedah pengajaran

dan pembelajaran adalah disesuaikan dengan penggunaan bahan cetak yang dibesarkan saiz

tulisannya bagi yang kanak-kanak rabun manakala bagi yang kanak-kanak buta, mereka diajar

menggunakan Braille.

Kurikulum Sekolah Pendidikan Khas Masalah Penglihatan

Kanak-kanak bermasalah penglihatan memerlukan bantuan dan bimbingan dari segi orientasi dan

mobiliti. Bahan-bahan yang digunakan bagi mengajar kanak-kanak bermasalah penglihatan perlu

sesuai dan dapat menggalakkan penggunaan deria lain. Kanak-kanak tanpa deria penglihatan

terpaksa bergantung pada deria yang lain bagi mengumpul maklumat seperti deria dengar dan

deria sentuh. Mereka mesti diajar menggunakan deria-deria lain seperti deria pendengaran, deria

sentuh, bau dan rasa. Melalui sentuhan, kanak-kanak dapat belajar mengenal objek manakala

melalui pendengaran, kanak-kanak dapat mengenal orang melalui suara dan objek serta bunyi

Page 36: Modul Lengkap PDF

36

yang dihasilkan. Deria bau membolehkan kanak-kanak dapat mengenal perbezaan antara

makanan, orang dan tempat. Deria rasa pula kanak-kanak dapat membezakan jenis makanan

(Abd. Rahim, 2006).

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghasilkan Manual on the Management of

Children with Visual Impairment yang antara lain memberi cadangan kaedah yang dapat

digunakan semasa menjalankan aktiviti ransangan terhadap kanak-kanak bermasalah penglihatan

berkaitan penggunaan deria lain. Penggunaan deria sentuh dapat dilakukan dengan memandu

tangan kanak-kanak untuk menyentuh objek, memberi pelbagai bentuk, saiz dan tekstur objek

dan memberi peluang kepada kanak-kanak tersebut untuk menjalankan aktiviti seharian seperti

bermain, mengurus diri, menyertai keluarga di dapur atau di taman.

Penggunaan deria pendengaran dapat dilaksanakan dengan cara bercakap dengan kanak-

kanak tersebut pada setiap kesempatan. Namakan benda-benda yang disentuhnya dan beritahu

tentang perkara yang sedang berlaku di sekelilingnya. Terangkan juga benda-benda yang sedang

dilakukan dan jelaskan kepadanya tentang perasaan. Galakkan kanak-kanak tersebut bercakap,

misalnya dengan bertanya soalan kepadanya dan galakkan ia bertanya kembali. Selain itu,

elakkan daripada menggunakan bahasa pelat (baby talk) dengan kanak-kanak dan pastikan orang

bercakap terus dengan kanak-kanak tersebut.

Deria rasa dapat dilakukan dengan menggalakkan kanak-kanak tersebut memasukkan

benda ke dalam mulut kerana dapat menggalakkan sensasi rasa. Perbuatan ini selamat dilakukan

jika objek itu bersih dan besar serta tidak boleh ditelan. Aktiviti ini perlu dihentikan apabila

kanak-kanak tumbuh gigi. Di samping itu, berikan makanan dan minuman yang berbagai-bagai

rasa dan tekstur serta beritahu mereka tentang makanan yang diberi itu (Kementerian Kesihatan

Malaysia, 2003)

Tahap kehilangan penglihatan dan latar belakang murid serta latihan yang diterima

memberi kesan terhadap pelbagai strategi dan cadangan. Kanak-kanak dengan masalah

penglihatan memerlukan bantuan dalam pelbagai aspek pendidikan seperti orientasi dan mobiliti

di kawasan yang belum difahaminya. Apabila berhadapan dengan murid bermasalah penglihatan,

nyatakan kepada kelas kehadiran anda atau orang lain. Kemudian panggil murid itu dengan

menyebutkan namanya. Murid yang bermasalah penglihatan perlu dijauhkan daripada cahaya

yang silau dan gunakan perkataan yang sesuai dan spesifik apabila mengaitkannya dengan

orientasi badan murid. Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan deria penglihatan

yang dijalankan perlu diterangkan kepadanya dengan jelas dan beri peluang kepadanya untuk

membiasakan diri dengan keadaan di kelas ataupun tempat lain yang berkaitan. Selain itu,

sebarang perubahan disekelilingnya perlu diberitahu secara lisan. Walaupun murid tersebut dapat

mengecam guru atau orang lain melalui suara, tetapi galakkan untuk memperkenalkan diri

apabila berurusan dengan mereka (Farrel, 2006).

Pendidikan bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan perlu dilengkapi dengan peralatan

yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya ialah tongkat putih, mesin

Braille, alat sentuhan seperti peta, gambar rajah timbul, model tiga dimensi, bilik sumber yang

dilengkapi dengan kemudahan mesin Braille, alat rakaman audio, duplicator Braille, bilik

penyelenggaraan Braille, bilik low vision, hand held magnifier, stand magnifier, spectacle

Page 37: Modul Lengkap PDF

37

magnifier dan teleskop. Bagi setiap kanak-kanak low vision, mereka mesti dinilai dari segi fungsi

visual untuk menentukan tahap penglihatan mereka yang masih ada, sama ada dengan bantuan

alat khas ataupun tidak. Perkara ini perlu bagi membolehkannya menggunakan sisa ataupun baki

penglihatan dengan optimum. Penilaian ini mungkin melibatkan preskripsi dan latihan

penggunaan alat-alat untuk kanak-kanak kategori ini (Wall, 2003).

Kajian Rokiah dan Zainora (2004) menunjukkan kebanyakan murid low vision di sekolah

khas mempunyai akuiti visual dekat yang lebih baik daripada akuiti visual jauh. Kajian mereka

turut mendedahkan ramai murid yang tidak menggunakan peralatan khusus. Leat dan Karadesh

(1991) serta Kalloniatis dan Johnston (1990) juga mendapati ramai kanak-kanak low vision tidak

dilengkapi dengan peralatan khusus yang sesuai dengan kecacatan mereka.

Penggunaan peralatan khas ini perlu dilatih supaya murid bermasalah penglihatan yang

masih mempunyai baki penglihatan dapat memanfaatkan penglihatan mereka. Namun begitu,

latihan perlu diberi di samping memberi motivasi kepada murid-murid dalam menggunakan

peralatan khas. Keadaan murid low vision yang tidak dibantu dengan peralatan khas menyekat

perkembangan murid tersebut bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang

perkembangan yang lain seperti emosi dan sosial. Tidak dinafikan bahawa ramai murid low

vision yang malu hendak menggunakan peralatan khas atas alasan tersendiri. Namun, kesedaran

yang diberikan kepada mereka tentang faedah yang diperoleh membolehkan mereka bersedia

melangkah ke hadapan.

SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS MASALAH PENDENGARAN

Sekolah khas bermasalah pendengaran ditubuhkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan

lagi. Institusi ini ditubuhkan untuk murid- murid dengan keperluan khas dalam kategori masalah

pendengaran. Kanak-kanak dilahirkan berbeza-beza dan unik dari segi keupayaan fizikal dan

kognitif. Walaupun mereka mempunyai keupayaan yang berbeza, semua kanak-kanak berhak

mendapat pendidikan dan hak ini termaktub dalam beberapa perisytiharan antarabangsa

antaranya Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Anak-Anak 1989 dan

The Proclamation on the full participation and equality of persons with disabilities 1994'

(Sandiyao Sebestian dan Osman Hashim, 2005). Semua kanak-kanak perlu diberi pendidikan

tanpa mengira kaum, latar belakang sosial, ataupun perkembangan intelek mereka. Keperluan

untuk memberi pendidikan kepada semua kanak-kanak adalah menjadi satu daripada

tanggungjawab sosial yang penting dalam masyarakat (Kementerian Pendidikan Malaysia,

2004).

Bidang pendidikan kanak-kanak bermasalah pendengaran mendapat perhatian serius

kerajaan dan banyak usaha telah dilaksanakan bagi memastikan kanak-kanak bermasalah

pendengaran mendapat perhatian sewajarnya. Kepentingan penubuhan sekolah pendidikan khas

di Malaysia dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Khas. Pendidikan Khas di Malaysia adalah

satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,

beriman, berdikari, berkemampuan merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari

Page 38: Modul Lengkap PDF

38

potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras

dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalah-masalah

komunikasi, sosial serta akademik. Kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami

kelambatan dalam perkembangan pertuturan dan bahasa. Akibat daripada tidak dapat mendengar

dan bertutur, mereka tidak boleh berfikir seperti kanak-kanak lain dan akhirnya menyebabkan

perkembangan akal mereka terbantut. Sehubungan itu , sekolah-sekolah khas telah ditubuhkan

sebagai inisiatif untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran supaya

mereka boleh menjalani kehidupan seperti individu normal.

PERKEMBANGAN SEKOLAH KHAS BERMASALAH PENDENGARAN

Murid-murid bermasalah pendengaran di kategorikan sebagai murid berkeperluan khas. Di

Malaysia, murid-murid bermasalah pendengaran mendapat peluang pendidikan seperti murid-

murid biasa yang lain tetapi dalam program persekolahan yang dikhaskan untuk mereka. Mereka

belajar di sekolah yang dinamakan sekolah pendidikan khas (Jabatan Pendidikan Khas, 1997).

Pendidikan khas masalah pendengaran di Malaysia bermula di Jalan Northam, Pulau

Pinang pada tahun 1954. Sekolah pertama yang diwujudkan untuk pendidikan murid-murid

bermasalah pendengaran ialah Sekolah Persekutuan Kanak-kanak Pekak Pulau Pinang. Sekolah

ini adalah sepenuhnya dibiayai oleh pertubuhan sukarela dengan bantuan kewangan yang

diperoleh melalui derma orang ramai. Pada waktu itu Malaysia masih lagi di bawah jajahan

takluk British. Oleh kerana itu bahasa penghantar yang digunakan di semua sekolah ialah

bahasa Inggeris dan kaedah komunikasi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

murid-murid bermasalah pendengaran ialah kaedah lisan (oral method). Kaedah ini digunakan

sehinggalah ke akhir tahun 1960an, selepas tahun 1963 kaedah komunikasi seluruh telah

digunakan dalam system pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia.

Pada tahun 1963 pula, pembukaan kelas- kelas Pendidikan Khas Rancangan Percantuman

Cacat Pendengaran oleh Kementerian Pendidikan di sekolah rendah dan sekolah menengah

biasa yang dipilih dilaksanakan. Pada tahun itu juga telah bemulanya Latihan Perguruan

Pendidikan Khas Cacat Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Pada tahun 1978

pula, kaedah Komunikasi Seluruh oleh Kementerian Pelajaran telah diperkenalkan. Pembukaan

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam dilaksakan pada tahun 1987.

Jadual 4.1: Bilangan Sekolah Khas (Masalah Pendengaran)

Kategori Rendah Menengah

Bilangan Sekolah 23 2

Page 39: Modul Lengkap PDF

39

Jadual 4.2: Bilangan Murid Masalah Pendengaran

Bil. Nama Sekolah

Rendah Menengah

1. SKPK Perlis 28

2. SKPK Alor Setar 96

3. SKPK Sg. Petani 101

4. SKPK PPP 65

5. SMPK PPP 202

6. SKPK Jln. Hutton 35

7. SKPK Taiping 22

8. SKPK Ipoh 84

9. SKPK Selangor 90

10. SMPKV Shah Alam 321

11. SKPK Kg. Baru 102

12. SKPK Jalan Peel 80

13. SKPK Seremban 98

14. SKPK Melaka 78

15. SKPK Muar 41

16. SKPK Batu Pahat 37

17. SKPK Johor Bahru 132

18. SKPK Kuantan 106

19. SKPK Kuala Terengganu 118

20. SKPK Besut 43

21. SKPK Kelantan 104

22. SKPK Kuching 100

23. SKPK Sibu 35

24. SKPK Miri 18

25. SKPK Kota Kinabalu 100

Jumlah 2547 523

Jadual 4.3: Bilangan Kemudahan Asrama Sekolah Khas (Masalah Pendengaran)

Jadual 4.4: Bilangan Guru Sekolah Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran)

Kategori

Rendah Menengah

Bilangan Guru

438 93

Rendah

Menengah

16

2

Page 40: Modul Lengkap PDF

40

Pendidikan murid-murid bermasalah pendengaran hampir sama dengan pendidikan

murid biasa di Malaysia. Murid-murid yang telah disahkan mengalami masalah pendengaran di

tempatkan di sekolah-sekolah yang menyediakan program pendidikan khas. Berdasarkan Jadual

4.1 sehingga kini terdapat 25 buah sekolah khas yang menempatkan murid dengan masalah

pendengaran di seluruh negara, iaitu 23 buah sekolah rendah, dan dua buah sekolah menengah.

Berdasarkan Jadual 4.2, statistik menunjukkan, seramai 2 547 orang murid sekolah rendah yang

bermasalah pendengaran menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

Masalah Pendengaran dan 523 orang pelajar di peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan

Pendidikan Khas Masalah Pendengaran. Berdasarkan Jadual 4.3 terdapat 16 buah sekolah yang

menawarkan kemudahan asrama di peringkat sekolah rendah dan 2 buah sekolah di peringkat

sekolah menengah. Berdasarkan Jadual 4.4,Sekolah Pendidikan Khas ini menerima khidmat

mengajar daripada 438 orang guru di peringkat sekolah rendah dan 93 orang guru di peringkat

sekolah menengah.

Murid-murid bermasalah pendengaran di Malaysia belajar mengikuti kurikulum biasa

yang diubahsuai mengikut keperluan dan pencapaian mereka. Bagi murid-murid biasa

persekolahan wajib ialah selama enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah

menengah tetapi untuk murid-murid bermasalah pendengaran mereka diberi masa tambahan

dua tahun. Masa tambahan dua tahun ini boleh digunakan sama ada sewaktu di sekolah rendah

atau di sekolah menengah. Walaubagaimanapun di kebanyakan sekolah, mereka menggunakan

masa tambahan persekolahan ini sewaktu di sekolah rendah.

KAEDAH PENGAJARAN MURID PERMASALAHAN PENDENGARAN

Pendengaran merupakan asas kepada kebolehan manusia berkomunikasi. Keupayaan kanak-

kanak membentuk pertuturan dan bahasa terhasil daripada kebolehan mereka mendengar,

memahami maksudnya dan seterusnya menuturkan apa yang difahami daripada apa yang

didengarnya. Tanggapan dan cara pengurusan kanak-kanak ini harus diubah seiring dengan

masa. Anjakan paradigma dalam pengendalian kanak-kanak cacat pendengaran harus disertai

dengan perubahan dalam sistem pendidikan yang semakin mencabar agar selari dengan

perubahan dan kebolehan setiap kanak-kanak tersebut.

(http://www.scribd.com/doc/22790516/Asignment-pekak)

Kaedah pembelajaran yang boleh dipraktikkan dalam mengajar pelajar bermasalah

pendengaran adalah seperti menggunakan alat bantuan pendengaran, kaedah bahasa isyarat

orang pekak serta kaedah komunikasi seluruh kod tangan bahasa melayu yang akan membantu

para pelajar terbabit agar lebih yakin untuk berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling.

Kebolehan murid bermasalah pendengaran yang mahir dalam menguasai sesuatu bahasa

terutamanya bahasa melayu merupakan satu kelebihan dalam pendidikan.

Guru berperanan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan pegadogi iaitu

kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain,

ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang

luas, pedagogi melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan

bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru dan pelajar. Konsep pegadogi ini akan

Page 41: Modul Lengkap PDF

41

memberi kesan dalam keberkesanan pelajar bermasalah menguasai pengajaran

(http://ms.wikipedia.org/wiki/pegadogi).

Komunikasi Seluruh Kod Tangan Bahasa Melayu merupakan salah satu kaedah

pengajaran kepada murid bermasalah pendengaran. Kod Tangan Bahasa Melayu merujuk

kepada penggunaan kod yang disampaikan melalui isyarat bagi mewakili setiap kosa kata bm.

Hal ini memberi keterangan bahawa guru menggunakan pelbagai media seperti isyarat, lakon

dan juga lisan semasa berinteraksi dalam pengajaran dan pembelajaran bersama para pelajar

yang terlibat untuk disesuaikan dengan kebolehan murid yang pelbagai tahap pendengaran

(Abdullah Yussoff,2004).

Komunikasi seluruh juga digunakan oleh tenaga pengajar bagi berinteraksi dan

seterusnya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Konsep ini merujuk kepada

keadaan di mana guru menggunakan apa sahaja untuk membolehkan murid memahami bahasa

atau isyarat yang diberikan. Antara contoh isyarat yang digunakan adalah mimik muka, lakonan

serta pertuturan.

Kaedah lain yang digunakan adalah kaedah bahasa isyarat orang pekak. Kaedah ini

menggunakan isyarat sebenar orang pekak dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada

murid bermasalah pendengaran. Kaedah ini belum dilaksanakan secara rasmi di Malaysia.

Bahasa isyarat orang bermasalah pendengaran di Malaysia dikenali sebagai Bahasa isyarat

Malaysia (BIM). Kaedah ini menterjemahkan bahasa melalui isyarat sebenar individu

bermasalah pendengaran yang membabitkan pergerakan badan seperti tangan, mimik muka dan

kepala (Persatuan Orang Pekak Malaysia, 2000).

Kaedah pertuturan juga dijadikan sebagai salah satu kaedah pengajaran murid bermasalah

pendengaran. Kaedah ini memerlukan murid-murid bertutur sepertimana murid normal.

Lazimnya. Latihan melalui kaedah pertuturan ini diberikan khas kepada murid yang masih

mempunyai sisa-sisa pendengaran. Kaedah ini diajar bagi membolehkan mereka sedikit

sebanyak membantu dalam memahami pertuturan jika berinteraksi dengan murid normal yang

lain. Murid-murid ini juga akan terpaksa menggunakan bahasa lisan jika bertutur dengan orang

yang tidak memahami bahas isyarat mereka.

(http://www.scribd.com/doc/22790516/Asignment-pekak)

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) merupakan satu program yang

disediakan untuk kanak-kanak yang terdiri daripada golongan yang bermasalah pembelajaran

seperti sindrom down, hiperaktif, terencat akal minima, kurang upaya dalam pembelajaran dan

kurang upaya dalam pelajaran khusus seperti disleksia. Berdasarkan kepada falsafah pendidikan

negara, semua kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan yang sempurna mengikut

keupayaan masing-masing. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, mereka juga tidak terkecuali

untuk mendapat pendidikan yang sebaik mungkin melalui program pendidikan khas yang

disediakan untuk mereka.

Page 42: Modul Lengkap PDF

42

Masalah pembelajaran adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai tahap fungsi

intelek yang terhad di samping menghadapi kesulitan dalam interaksi dengan persekitaran.

Mereka di tempatkan di dalam program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) yang

diintegrasikan dengan sekolah-sekolah harian biasa. Program pendidikan khas bermasalah

pembelajaran adalah untuk melatih mereka daripada segi kognitif, efektif dan psikomotor dengan

menerapkan kemahiran pengetahuan, nilai, sikap dan amalan yang diperlukan sesuai dengan

kemampuan masing-masing. Inisiatif daripada program ini supaya kanak-kanak tersebut dapat

memajukan diri sendiri apabila masuk ke alam dewasa nanti. Hal ini juga selaras dengan falsafah

Pendidikan Khas di Malaysia iaitu satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang

berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, berkemampuan merancang dan

menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli

masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran menunjukkan perkembangan yang

sungguh pesat. Data pada setiap tahun yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Khas bagi

negara ini telah menunjukkan peningkatan bagi program pendidikan khas bermasalah

pembelajaran (PKBP) ini. Program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) telah

ditubuhkan pada tahun 1988 yang mana Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan mula

menubuhkan Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang pertama di SRK (L) Jalan

Batu 1, Kuala Lumpur dan sebanyak dua kelas dengan bilangan 20 orang murid dan tiga orang

guru terlatih. Pada tahun yang sama juga Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua buah kelas

di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.

Pada tahun 1990, Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran

(KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji dan

satu mesyuarat telah diadakan bagi menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti Malaya.

Manakala pada tahun 1991, kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab

Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur. Program ini bertambah lagi, apabila seluruh

negara membuka program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) secara

berperingkat pada tahun 1992.

Pada tahun 1993 pula, telah diwujudkan Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia yang mana program ini merupakan program gabungan prinsip

Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas. Manakala pada tahun 1995, bermulanya

pendidikan inklusif yang mana program ini menggabungkan kanak-kanak bermasalah

pembelajaran dengan kanak-kanak biasa.

Pembukaan Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran printis peringkat

sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala

Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 1996. Sehingga tahun 2006, statistik Jabatan Pendidikan

Khas menunjukkan pertambahan ketara bilangan program masalah pembelajaran di sekolah

rendah iaitu sebanyak 473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala

bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah

pada tahun 2006.

Page 43: Modul Lengkap PDF

43

Jadual 4.5: Perkembangan program pendidikan khas bermasalah pembelajaran

Tahun

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

1988 SRK (L) Jalan Batu 1, Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan

tiga orang guru terlatih).

Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda,

Seksyen 4, Shah Alam, Selangor.

1990 Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran

(KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari kelas-kelas

percantuman telah diuji.

Mesyuarat menganalisis data dari ujian percubaan di Universiti Malaya.

1991 Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan

Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.

1992 Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) di

seluruh negara secara berperingkat.

1993 Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan

Malaysia. Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am

dan prinsip Pendidikan Khas.

1995 Pendidikan Inklusif bermula.

1996 Pembukaan program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Printis

peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK

Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

2006 Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan ketara

bilangan program masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak

473 buah pada tahun 2003 kepada 656 buah pada tahun 2006. Manakala

bilangan program di sekolah menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003

kepada 320 buah pada tahun 2006.

(Sumber : Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran)

Berdasarkan kepada Jadual 4.5, jelas menunjukkan perkembangan yang membangun bagi

program pendidikan khas bermasalah pembelalajaran. Rentetan daripada perkembangan dan

jumlah program pendidikan khas bermasalah pembelajaran, dapat disimpulkan bahawa pihak

kerajaan dan masyarakat begitu prihatin terhadap masalah kanak-kanak berkeperluan khas

terutamanya dalam masalah pembelajaran. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkembangan

Program Pendidikan Bermasalah Pembelajaran (PKBP) daripada tahun ke tahun.

KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Pendidikan bagi murid-murid dengan keperluan khas adalah sebahagian daripada perancangan

dan perlaksanaan sistem pendidikan negara. Murid-murid dengan keperluan khas diberi

pendidikan menggunakan kurikulum yang sama dengan murid-murid normal dan

pengubahsuaian kurikulum dibuat di mana perlu di dalam kelas dan disokong dengan pendekatan

pengajaran dan pembelajaran yang terbaik supaya murid-murid ini mampu memperoleh

pencapaian yang optimum.

Page 44: Modul Lengkap PDF

44

Keperluan kanak-kanak khas berbeza daripada kanak-kanak yang sebaya dengan mereka

dalam beberapa aspek penting, malah mereka juga mempunyai perbezaan dalam pola

perkembangan masing-masing. Adaptasi bagi pendidikan diberi berdasarkan perbezaan-

perbezaan yang ada pada mereka dalam kerangka kandungan kurikulum, kemahiran dan

persekitaran. Perbezaan keperluan ini perlu diberi status yang sesuai dan mereka yang terlibat

dalam pendidikan khas perlu digalakkan bagi membuat peruntukan khas bagi memenuhi

keperluan tersebut dan bukannya dikritik. Jabatan Pendidikan Khas (JPK), Kementerian

Pelajaran Malaysia, mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM440 juta dalam

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Kurikulum program pendidikan khas bermasalah pembelajaran telah diubahsuai daripada

kurikulum biasa dan digabungkan di antara sekolah rendah dan sekolah menengah. Kurikulum

ini memperlihatkan sifat-sifat keluwesan flexible dalam perlaksanaanya disebabkan ada antara

murid berkeperluan khas yang boleh menerima pelajaran dengan cepat berbanding rakan mereka

yang lain dan ia dibina berdasarkan kepada tiga prinsip. Prinsip yang pertama ialah pendidikan

menyeluruh dan bersepadu yang memberi tumpuan kepada perkembangan individu dalam aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek. Prinsip yang kedua pula pembelajaran yang menggembirakan

dan bermakna iaitu proses pembelajaran yang dapat meransang dan mengekalkan minat belajar

murid-murid. Manakala prinsip yang ketiga ialah prinsip sepanjang hayat yang bermaksud

pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran di sekolah dapat diperluas secara berterusan

dalam kehidupan seharian. Prinsip-prinsip ini perlu dilaksanakan melalui proses yang melibatkan

bidang pembelajaran, strategi dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan penilaian yang

berteraskan kepada keperluan individu.

Bagi kurikulum program pendidikan khas bermasalah pembelajaran dibahagikan kepada

empat bidang. Bidang yang pertama ialah bidang pengurusan kehidupan yang terbahagi pula

kepada empat komponen iaitu pengurusan diri, kemahiran manipulatif, pengurusan tingkah laku

dan kemahiran hidup. Bidang yang kedua pula ialah bidang akademik berfungsi. Di bawah

bidang ini terbahagi kepada empat komponen juga iaitu bahasa melayu, matematik, bahasa

inggeris dan multimedia. Bidang yang ketiga ialah kerohanian dan nilai-nilai murni dan

komponen di bawahnya ialah pendidikan agama islam dan pendidikan moral. Bidang yang

terakhir ialah bidang sosial, riadah dan kreativiti. Komponen di bawah bidang ini pula ialah

pendidikan jasmani, pendidikan seni, pendidikan muzik, gerakan dan irama dan sains, sosial dan

alam sekitar. Melalui pelaksanaan kurikulum program pendidikan khas bermasalah pembelajaran

ini diharapkan murid dapat menjalani satu kehidupan yang bermakna kepada diri dan keluarga

bertepatan dengan nilai-nilai yang diterima oleh masyarakat.

KATEGORI MURID PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Di bawah peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II tiga kurungan

dua menyatakan bahawa seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia

mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel

yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai

Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai berupaya mengikuti program pendidikan kebangsaan

layak kecuali murid-murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar

Page 45: Modul Lengkap PDF

45

seperti murid biasa dan murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat

anggotanya atau yang terencat akal yang berat.

Berdasarkan peraturan pendidikan di atas, kategori kanak-kanak yang berhak mengikuti

program pendidikan khas bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak sindrom down disebabkan

oleh kromosom yang abnormal yang mana mereka mempunyai 47 kromosom berbanding

manusia normal. Selain itu, autisme ringan dan hiperaktif. Autisme ringan ialah kanak-kanak

yang kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza.

Keunikan corak pembelajaran mereka disebabkan oleh ketidakupayaan kognitif dalam

memproses maklumat manakala hiperaktif pula ialah kanak-kanak yang aktif dan mempunyai

daya tumpuan yang singkat. Oleh yang demikian, mereka sukar untuk menumpukan kepada

pembelajaran yang di ajar oleh guru di sekolah. Terencat akal minima ialah kanak-kanak yang

mengalami keadaan perkembangan minda dan daya pemikiran yang kurang ataupun tidak

lengkap termasuk kecacatan dalam fungsi intelek dan sosial. Mereka juga tergolong di dalam

masalah pembelajaran ini juga. Golongan yang lain pula ialah kurang upaya dalam pembelajaran

learning disability dan kurang upaya dalam pembelajaran khusus seperti disleksia. Kurang upaya

dalam pembelajaran learning disability iaitu kanak-kanak yang mengalami satu atau lebih

ketidakupayaan dalam proses psikologikal yang melibatkan pemahaman ataupun penggunaan

bahasa, baik lisan mahupun tulisan. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus seperti disleksia

pula ialah kanak-kanak yang mengalami masalah membaca, menulis dan mengeja.

Merujuk kepada kategori tersebut, semua kategori kanak-kanak ini wajib mendapat

pengesahan daripada doktor dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Bagi

golongan kanak-kanak yang tidak mampu untuk mengurus diri mereka sendiri, mereka akan di

hantar ke Pemulihan Dalam Komuniti atau di kenali sebagai PDK.

Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran ialah satu perkhidmatan pendidikan

yang disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran secara integrasi di sekolah bantuan

kerajaan. Hatta kurikulum kebangsaan tidak dapat memenuhi keperluan murid-murid bermasalah

pembelajaran kerana tahap pencapaian pendidikan mereka secara amnya amat rendah dan

peningkatan pencapaian mereka juga perlahan, maka terdapat keperluan untuk membina

kurikulum yang dapat menyediakan pendekatan, proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih

fleksibel, menarik, berfokus dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid

bermasalah pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia 2004).

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah

dan Menengah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia.

Huraian kurikulum ini disediakan bagi menjelaskan cara pelaksanaan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran murid bermasalah pembelajaran. Dalam melaksanakan kurikulum Pendidikan

Khas, guru-guru boleh melakukan pengubahsuaian terhadap kaedah pengajaran, pendekatan

pengajaran, pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan

bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Oleh yang demikian,

menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang sama tidak bermakna

pelaksanaan kurikulum di semua program serupa kerana setiap program mempunyai visi dan

misi mereka tersendiri. Perkara seumpama ini dilihat telah menjadi kebiasaan dalam Program

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di Malaysia.

Page 46: Modul Lengkap PDF

46

Guru-guru Pendidikan Khas yang mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran

bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan kemahiran dan kecekapan berbahasa.

Tugas yang digalas bukanlah mudah kerana selain buku Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan

Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah, bahan bacaan khusus

disediakan sebagai panduan pengajaran masih di tahap rendah. Situasi ini menyebabkan guru-

guru Pendidikan Khas perlu menyediakan sendiri bahan bantu mengajar dan memilih isi

kandungan yang sesuai dengan tahap kebolehan murid-murid mereka.

Matlamat Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran bermatlamat menyediakan ilmu

pengetahuan serta kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk

memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna

(Kementerian Pendidikan Malaysia 2004). Rajah 3.1 menunjukkan Model Konseptual

Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang dibina berlandaskan tiga prinsip

utama, iaitu (1) pendidikan menyeluruh dan bersepadu, (2) pembelajaran yang menggembirakan

dan bermakna serta (3) pendidikan sepanjang hayat. Tiga prinsip berkenaan dilaksanakan pula

melalui satu proses yang melibatkan tiga aspek, iaitu (1) bidang pembelajaran, (2) pendekatan

pengajaran dan pembelajaran serta (3) penilaian yang berteraskan kepada keperluan individu.

Rajah 3.1 Model Konseptual Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia 2004

Page 47: Modul Lengkap PDF

47

Kurikulum PKBP ini mengandungi matlamat, objektif, model konseptual kurikulum,

pendekatan pengajaran dan pembelajaran, tempoh pendidikan, pengurusan ruang pengajaran dan

pembelajaran, penilaian serta rekod perkembangan kemajuan murid, dan bidang pembelajaran.

Huraian kurikulum disediakan bagi menjelaskan lagi cara pelaksanaan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran murid bermasalah pembelajaran. Kejayaan pelaksanaan kurikulum ini memerlukan

komitmen semua pihak yang terlibat dengan PKBP untuk menghayati kandungan kurikulum

sesuai dengan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas supaya tercapai hasrat untuk

melahirkan murid yang dapat menjalani kehidupan bermakna (Kementerian Pelajaran Malaysia

2004).

Forum 4:

Bincangkan mengenai (1) pendidikan menyeluruh dan bersepadu, (2) pembelajaran yang

menggembirakan dan bermakna serta (3) pendidikan sepanjang hayat.

Tugasan Individu 4:

Terdapat tiga aspek penting dalam Model Konseptual Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran, iaitu (1) bidang pembelajaran, (2) pendekatan pengajaran dan pembelajaran serta

(3) penilaian yang berteraskan kepada keperluan individu. Huraikan dengan terperinci berkaitan

ketiga-tiga aspek ini bagi menentukan kejayaan pelaksanaan kurikulum PKBP agar murid-murid

dapat menjalani kehidupan bermakna.

RUMUSAN

1. Sekolah Pendidikan Khas mempunyai dua kategori, iaitu (1) Sekolah Pendidikan Khas

Masalah Penglihatan dan (2) Sekolah Pendidikan Khas Masalah Pendengaran.

2. Sejarah penubuhan Pendidikan Khas di Malaysia bermula seawal tahun 1920-an oleh

sukarelawan untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran.

3. Kanak-kanak bermasalah penglihatan memerlukan bantuan dan bimbingan dari segi

orientasi dan mobiliti.

4. Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalah-masalah

komunikasi, sosial serta akademik.

5. Program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) merupakan satu program

yang disediakan untuk kanak-kanak yang terdiri daripada golongan yang bermasalah

pembelajaran seperti sindrom down, hiperaktif, terencat akal minima, kurang upaya

dalam pembelajaran dan kurang upaya dalam pelajaran khusus seperti disleksia.

6. Kurikulum program pendidikan khas bermasalah pembelajaran telah diubahsuai daripada

kurikulum biasa dan digabungkan di antara sekolah rendah dan sekolah menengah

Page 48: Modul Lengkap PDF

48

KATA KUNCI

Program Pendidikan Khas

Sekolah khas

Program Integrasi Pendidikan Khas

PENILAIAN KENDIRI

Senaraikan kesemua bidang yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran PKBP.

PETA KONSEP

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Terdapat empat bidang, iaitu:

1. Bidang pengurusan kehidupan

a. Komponen pengurusan kehidupan

b. Komponen kemahiran manipulatif

c. Komponen pengurusan tingkah laku

d. Komponen kemahiran hidup

A

Page 49: Modul Lengkap PDF

49

2. Bidang akademik berfungsi

a. Komponen bahasa Melayu

b. Komponen Matematik

c. Komponen bahasa Inggeris

d. Komponen multimedia

3. Bidang kerohanian dan nilai-nilai murni

a. Komponen pendidikan agama Islam

b. Komponen pendidikan moral

4. Bidang sains, sosial dan alam sekitar

a. Komponen pendidikan jasmani

b. Komponen pendidikan seni

c. Komponen pendidikan muzik, gerakan dan drama

d. Komponen sains, sosial dan alam sekitar

Page 50: Modul Lengkap PDF

50

UNIT 5

PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, pelajar dapat:

1. Mengetahui berkenaan Program Pendidikan Inklusif.

2. Melaksanakan Program Pendidikan Inklusif.

PENGENALAN

Unit ini membincangkan tentang Program Pendidikan Inklusif yang dilaksanakan dalam Program

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Dalam Akta Pendidikan 1998, seorang kanak-kanak

berkeperluan khas adalah boleh didik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa mengharapkan

bantuan orang lain dan telah disahkan oleh panel terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai

daripada Kementerian Pendidikan atau Jabatan Kebajikan Masyarakat. Perjanjian Salamanca

memastikan supaya mereka diberi perkhidmatan tambahan dan perlu diinklusifkan.

ISI KANDUNGAN

JENIS-JENIS PENDIDIKAN INKLUSIF

Di Malaysia, pendidikan inklusif terbahagi kepada tiga katagori, iaitu inklusif penuh, inklusif separa

dan inklusif tempat (Ghani, 2011). Pendidikan inklusif penuh bermaksud murid-murid berpendidikan

khas akan mengikuti sesi pembelajaran di dalam aliran arus perdana bersama-sama murid normal yang

lain. Pendidikan inklusif separa pula bermaksud murid-murid berpendidikan khas mengikuti sesi

pembelajaran di dalam bilik darjah aliran perdana bersama-sama murid normal yang lain pada masa-

masa tertentu sahaja. Manakala pendidikan inklusif tempat pula bermaksud murid-murid berpendidikan

khas belajar di dalam bilik darjah khas bersama rakan-rakan mereka yang juga murid berpendidikan

khas. Inklusif tempat juga dikenal sebagai program integrasi. Matlamat utama pendidikan inklusif

yang juga dikenali sebagai mainstreaming ialah supaya murid-murid berpendidikan khas dapat belajar

bersama-sama murid normal di sekolah biasa.

Page 51: Modul Lengkap PDF

51

1. Program Percantuman Dalam program ini, murid-murid berpendidikan khas akan belajar di dalam persekitaran sekolah

biasa di mana mereka ditempatkan dalam beberapa bilik darjah mengikut keperluan. Mereka

borkongsi mengunakan segala kemudahan sekolah dengan murid-murid normal.

2. Program Inklusif Sepenuhnya Dalam program ini, perkhidmatan pendidikan disediakan kepada murid-murid berpendidikan

khas untuk belajar bersama-sama dengan murid-murid normal di dalam bilik darjah yang sama

dan diajar oleh guru biasa. Program ini diadakan supaya murid-murid berpendidikan khas dapat

menyesuaikan diri dari aspek berinteraksi dalam komuniti setempat dan mampu berdikari serta

menyumbang kepada negara apabila dewasa.

3. Program Pendidikan Separa Inklusif Pendidikan spara inklusif dilaksanakan dengan matlamat agar murid-murid berpendidikan khas

belajar dan menyertai aktiviti-aktiviti di sekolah bersama-sama murid normal. Sesuai dengan

terma separa inklusif, murid-murid berpendidikan khas belajar di dalam bilik darjah biasa

mengikut jadual waktu mata pelajaran tertentu yang telah ditentukan oleh pihak pentadbiran

(setelah berunding dengan penyelaras program). Apabila tidak belajar di bilik darjah biasa,

mereka akan megikuti proses pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan-rakan mereka

dalam bilik darjah pendidikan khas.

MODEL PENGAJARAN INKLUSIF

Terdapat banyak model pengajaarn inklusif yang boleh digunakan apabila melaksanakan

program pendidikan inklusif di sekolah. Terdapat model consulting teacher, model co-teacher,

the co-teaching plan, a co-teaching model dan banyak lagi. Dalam unit ini, kita akan

membincangkan beberapa model yang biasa digunakan.

Model Co-Teacher

Model ini boleh dilaksanakan dalam pelbagai cara seperti One teach, one observe; One teach,

one drift; station teaching; parallel teaching; alternative teaching dan team teaching. The one

teaching and one assisting model pula misalannya boleh digunakan apabila dua orang guru

saling membantu apabila mengajar sekumpulan murid pada masa yang sama. Model ini boleh

dilaksanakan dengan salah seorang daripada guru meneruskan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah sementara seorang guru lagi bertindak menyediakan bahan

bantuan dan sokongan serta memantau pengajaran. Ini membolehkan kedua-dua orang guru

menilai berkaitan akademik, tingkah laku dan sosial murid-murid.

Parallel Teaching

Pengajaran dirancang antara guru pendidikan khas dan guru perdana. Pengajaran dilaksanakan

oleh kedua-dua guru secara selari. Model ini amat sesuai digunakan apabila aktiviti latih tubi

atau drill and pactice dan projek dilakukan. Model pengajaran ini boleh dilakukan mengguna tiga

cara pengajaran:

Page 52: Modul Lengkap PDF

52

1. Mengajar isi kandungan pelajaran yang sama atau yang memerlukan demostrasi.

2. Mengajar isi kandungan pelajaran yang sama tetapi menggunakan pendekatan pengajaran

yang berbeza.

3. Mengajar isi kandungan pelajaran yang berbeza.

Model One Lead Teacher and Another Teacher Teaching on Purpose boleh dilaksanakan

apabila guru arus perdana dan guru pendidikan khas bekerjasama apabila mengajar. Model One

Lead Teacher and One Support Teacher pula melibatkan seorang guru memainkan peranan

utama dalam pengajaran manakala seorang guru lagi membantu murid secara individu (atau

dalam kumpulan kecil) semasa pengajaran berlaku.

Rajah station teaching

Rajah parallel teaching

Page 53: Modul Lengkap PDF

53

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif

1. Ibu bapa

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan pendidikan anak mereka. Mereka perlu

member kebenaran untuk melibatkan anak masing-masing dalam pendidikan inklusif dan

memberi kerjasama yang padu kepada guru.

2. Pihak Sekolah

Pihak bertanggungjawab di sekolah perlu mengorganisasi kurikulum dan jadual keluar masuk

murid secara terancang. Penilaian dan laporan perkembangan murid-murid wajar dipantau dan

mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa.

3. Guru

Guru wajar bekerjasama dan saling membantu bagi memastikan kejayaan program yang

dilaksanakan. Pengurusan bilik darjah dan kesediaan menjalankan model inklusif juga perlu

diberi perhatian.

Forum 5:

Jelaskan dengan terperinci Program Pendidikan Inklusif yang dilaksanakan di sekolah anda.

Tugasan individu 5:

Huraikan secara terperinci berkaitan model consulting teacher, model co-teacher, the co-

teaching plan dan a co-teaching model.

RUMUSAN

Program Pendidikan Inklusif boleh dilaksanakan jika semua pihak memberi kerjasama dan saling

bantu membantu. Bertitik tolak daripada Perjanjian Salamanca, semua murid berpendidikan khas

wajar diberi peluang untuk belajar bersama-sama rakan persekolahan. Pelaksanaan program

seumpama ini yang terancang membantu perkembangan akademik dan kemahiran sosial murid-

murid berpendidikan khas.

KATA KUNCI

Model inklusif

Consulting teacher

Model co-teacher

The co-teaching plan

A co-teaching model

Page 54: Modul Lengkap PDF

54

PENILAIAN KENDIRI

Nyatakan pendekatan yang terdapat dalam Model Co-teacher.

PETA KONSEP

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. One teach, one observe

2. One teach, one drift

3. Station teaching

4. Parallel teaching

5. Alternative teaching

6. Team teaching

UNIT 6

Model Inklusif

Consulting

teacher

Model co-

teacher

The co-teaching

plan

A co-teaching

model

One teach,

one

observe

One teach,

one drift

Station

teaching

Parallel

teaching

Alternative

teaching

Team

teaching

A

Page 55: Modul Lengkap PDF

55

POLISI DAN PROSEDUR PENEMPATAN MURID KHAS

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, pelajar dapat:

1. Memahami prosedur kemasukan dan penempatan murid ke Program Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran.

2. Memahami tempoh atau had umur program pendidikan khas bermasalah

pembelajaran.

PENGENALAN Unit ini membincangkan tentang prosedur kemasukan ke program pendidikan khas bermasalah

Pembelajaran, tempoh atau had umur program pendidikan khas bermasalah pembelajaran

pengurusan bilik darjah dan isu-isu semasa dalam Program Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran.

ISI KANDUNGAN PROSEDUR KEMASUKAN KE PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Prosedur kemasukan ke program pendidikan khas bermasalah pembelajaran terletak di bawah

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memasuki program ini, kanak-

kanak haruslah mengikuti prosedur-prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas

dan Jabatan Pendidikan Negeri. Jika ibu bapa mendapati anak mereka mengalami masalah atau

kecacatan, mereka perlu membawa anak mereka ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. Di

hospital, doktor akan mendiagnosis dengan teliti dan membuat laporan serta pengesahan tentang

kecacatan yang dialami. Berdasarkan kepada pengesahan ini, kanak-kanak ini akan dibawa ke

Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk didaftarkan sebagai individu keperluan khas. Di sini

mereka akan diberi kad orang kurang upaya (OKU) sebagai dokumen rasmi seseorang individu

telah berdaftar sebagai orang kurang upaya. Pemilik kad orang kurang upaya (OKU) akan

menerima pelbagai akses kemudahan yang disediakan seperti yang termaktub di dalam Rang

Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007. Bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran, kad

orang kurang upaya (OKU) adalah berwarna kuning.

Selepas itu, kanak-kanak ini akan didaftarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). PPD

akan memanjangkan dokumen berkenaan kepada Ketua Unit Pendidikan Khas di Jabatan

Pendidikan Negeri. Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan akan memanggil ibu bapa bagi

Page 56: Modul Lengkap PDF

56

menentukan sekolah program khas masalah pembelajaran atau program integrasi yang ingin

dipilih. Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pendidikan Negeri akan menyalurkan senarai murid

yang memilih sekolah program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PKBP) kepada guru

besar berkenaan. Guru besar sekolah berkenaan akan memaklumkan kepada ibu bapa yang anak

mereka ditempatkan di sekolah tersebut. Ibu bapa hendaklah membuat pengesahan penerimaan

atau persetujuan untuk mendaftar anak mereka di sekolah tersebut. Setelah itu barulah ibu bapa

boleh mendaftar anak mereka untuk mengikuti kelas program pendidikan bermasalah

pembelajaran (PKBP) di sekolah itu (Abd. Rahim Talib, 2006). Berdasarkan kepada keterangan

di atas, jelas menunjukkan bahawa hanya kanak-kanak yang berkeperluan khas sahaja yang

layak untuk mengikuti program pendidikan khas bermasalah pembelajaran.

TEMPOH ATAU HAD UMUR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Secara umumnya, tempoh belajar bagi kanak-kanak berkeperluan khas adalah sama dengan

tempoh belajar kanak-kanak biasa sama ada di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tetapi mereka diberi sedikit kelonggaran dengan tambahan dua tahun jika difikirkan perlu. Hal

ini selaras dengan Akta Pelajaran 1996 di bawah seksyen 41 (1) yang mana telah menyatakan

bahawa tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang

menerima pendidikan khas. Selain itu, tertakluk di bawah seksyen 41 (2) telah menyatakan

bahawa tempoh yang ditetapkan oleh menteri di mana tidak boleh kurang daripada tempoh

minimum pendidikan rendah atau menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang

diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996.

Akta Pendidikan 1996 menetapkan bahawa tempoh belajar kanak-kanak berkeperluan

khas adalah mesti tidak kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah iaitu enam tahun

manakala pendidikan di sekolah menengah ialah lima tahun. Tetapi tempoh ini boleh dilanjutkan

sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid sama ada di peringkat sekolah rendah

ataupun menengah.

Oleh yang demikian, umur kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran

(PKBP) di sekolah rendah adalah dalam lingkungan enam tahun hingga dua belas tahun dan jika

dilanjutkan menjadi empat belas tahun mengikut kepada keperluan mereka. Manakala umur bagi

program pendidikan khas bermasalah pembelajaran di sekolah menengah adalah tiga belas tahun

hingga tujuh belas tahun dan dilanjutkan sehingga sembilan belas tahun mengikut kepada

keperluan mereka atau mana-mana yang difikirkan perlu.

PERKHIDMATAN PENDIDIKAN KHAS

Rajah 6.1 menunjukkan Evelyn Deno’s cascade of services, satu contoh perkhidmatan

Pendidikan Khas dalam sistem persekolahan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran

(Henley et al. 2006). Rajah ini dijadikan boleh dijadikan panduan dalam menyediakan

perkhidmatan kepada murid-murid berpendidikan khas kerana sistem Pendidikan Khas di

Malaysia melibatkan pengajaran dalam bilik darjah secara separa masa dan sepenuh masa serta

belajar di stesen khas. Perbandingan antara ketiga-tiga premis ini dan mengilustrasikan model

penempatan yang sesuai digunakan secara alternatif dalam sistem Pendidikan Khas semasa di

Page 57: Modul Lengkap PDF

57

Malaysia. Berdasarkan Rajah 6.1, murid-murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran

dan bermasalah pembelajaran ringan merupakan kanak-kanak yang belajar dalam bilik darjah

biasa bersama murid-murid normal dan mereka mengikuti kurikulum biasa. Terma kurang upaya

ringan bukan membawa maksud bahawa murid-murid ini tidak mengalami masalah belajar yang

teruk tetapi sebaliknya terma ini digunakan kerana mereka memiliki karektor yang bertindan dan

ramai daripada mereka boleh dididik di dalam bilik darjah biasa. Murid-murid ini termasuklah

murid-murid bermasalah pembelajaran yang menunjukkan ketidakupayaan dalam satu atau lebih

proses psikologi asas yang melibatkan ketidakfahaman penggunaan bahasa lisan atau penulisan

yang ditunjukkan dalam kemahiran bahasa, pemikiran dan pengiraan (Henley et al. 2006; Meese

2001).

Rajah 6.1 juga menunjukkan murid-murid bermasalah pembelajaran sederhana dan teruk

merupakan golongan kanak-kanak yang terangkum dalam Tahap IV. Akta Orang Cacat 2002

(Malaysia 2002) mendefinisikan kurang upaya sebagai penghalangan atau kekurangan upaya,

disebabkan kecacatan, untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi

orang biasa. Kecacatan bererti sebarang kehilangan atau abnormaliti yang bersifat psikologi,

fisiologi, bentuk atau fungsi badan. Kecacatan juga bererti kesulitan bagi seseorang individu,

disebabkan kerosakan atau kecacatan yang menyekat atau menghalang seseorang menjalankan

peranan yang dianggap normal, bergantung kepada umur, jantina, faktor sosial dan budaya.

Pengertian orang dengan ketidakupayaan teruk dalam Rang Undang-undang bagi Orang Kurang

Upaya 2007 (Malaysia 2007) bermaksud seseorang yang mengalami satu atau lebih

ketidakupayaan yang bergantung kepada orang lain bagi aktiviti kehidupan harian yang asas.

Tahap I Kanak-kanak dalam bilik darjah biasa termasuk mereka yang kurang upaya

Tahap II Bilik darjah dan perkhidmatan pengajaran tambahan

Bagaimanakah pola perkhidmatan Pendidikan Khas di sekolah anda?

Page 58: Modul Lengkap PDF

58

Program Pesakit Luar

(sistem persekolahan)

Program Pesakit Dalam

(agensi kesihatan dan kebajikan)

Rajah 6.1 Evelyn Deno’s cascade of services

Sumber: Henley et al. 2006

Kecacatan emosi atau tingkah laku sukar untuk diberi definisi yang tepat kerana sangat

subjektif. Penyebab kepada kecacatan ini boleh disebabkan oleh biologi (sindrom fetal alcohol,

sindrom down, autisma), genetik (kemurungan, schizophrenia, gangguan kecelaruan tumpuan

dan kelasakan), suasana di rumah, komuniti serta sekolah (Hallahan dan Kauffman 1997).

Jakobson dan Kikas (2007) telah menjalankan satu kajian untuk mengenal pasti sama ada kanak-

kanak yang mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan turut mengalami kegagalan

fungsi kognitif dan kemahiran motor. Seramai 26 orang kanak-kanak yang mengalami gangguan

kecelaruan tumpuan dan kelasakan, 24 orang kanak-kanak yang mengalami gangguan kecelaruan

tumpuan dan kelasakan/bermasalah pembelajaran serta 102 kanak-kanak biasa yang berumur

antara tujuh hingga 10 tahun mangambil bahagian dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati

kanak-kanak yang mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan mempunyai daya

ingatan yang rendah berbanding kumpulan kawalan dan kanak-kanak yang mengalami gangguan

kecelaruan tumpuan dan kelasakan/bermasalah pembelajaran. Kajian mereka selari dengan

dapatan kajian (Barkley 1997; McInnes et al. 2003) yang menyatakan bahawa daya ingatan

kanak-kanak yang mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan turut dipengaruhi

oleh jenis tugasan yang disediakan.

Cuckle dan Wilson (2002) menjalankan satu kajian bertujuan untuk meninjau sikap

berkawan, aktiviti dan aktiviti sosial yang bersesuaian untuk murid-murid sindrom down. Peserta

kajian terdiri daripada 14 orang murid sindrom down yang berumur antara 12 hingga 18 tahun.

Temu bual dijalankan terhadap peserta kajian, Pembantu Pengurusan Murid dan ibu murid.

Temu bual dengan murid-murid diadakan di sekolah dengan bantuan orang dewasa kerana

percakapan mereka kurang jelas. Pembantu Pengurusan Murid diminta untuk menanda senarai

semak tentang rutin dan aktiviti, manakala ibu ditemu bual di rumah, di sekolah atau melalui

telefon. Dapatan kajian Cuckle dan Wilson mendapati murid-murid sindrom down menamakan

sekurang-kurangnya seorang kawan sebagai rakan dan idea mereka tentang hubungan berkawan

sangat konsisten. Mereka juga boleh menamakan aktiviti bersama rakan, seperti bersukan,

bermain permainan komputer, menonton televisyen dan video serta mendengar radio. Para ibu

Tahap III Bilik darjah khas separa masa

Tahap IV Bilik darjah khas sepenuh masa

Tahap V Stesen khas

Tahap VI Rumah

Tahap VII Pengajaran di hospital

atau latar kediaman

Perkhidmatan bukan pendidikan

(perubatan, kebajikan dan pengawasan)

Page 59: Modul Lengkap PDF

59

menyatakan persahabatan hanya di sekolah sahaja dan mereka jarang berhubung dengan

keluarga murid-murid lain. Cuckle dan Wilson mencadangkan pihak sekolah melibatkan murid-

murid sindrom down secara aktif dalam aktiviti di sekolah. Kajian ini juga selari dengan dapatan

kajian Sloper et al. (1990); Cuckle (1997) dan Alton (1998) bahawa hubungan sosial boleh

dilakukan melalui program kemahiran sosial secara langsung, eksplorasi emosi dan hubungan

dalam kumpulan. Tyler dan Mira (1993); Bergland dan Hoffbauer (1996) serta White (1998)

pula mendapati kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak memerlukan pengubahsuaian

akademik untuk berjaya dalam kehidupan.

Murid-murid bermasalah pembelajaran yang mengikuti Program Integrasi Pendidikan

Khas Bermasalah Pembelajaran belajar berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan

Khas Bermasalah Pembelajaran peringkat sekolah rendah dan menengah. Selepas menjalani

proses penyaringan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, kanak-kanak yang didapati

memerlukan perkhidmatan Pendidikan Khas akan ditempatkan ke program yang bersesuaian.

Rajah 6.2 menunjukkan carta alir Rancangan Pendidikan Individu yang memaparkan

proses pengumpulan maklumat hingga kepada pelaksanaan dan penilaian semula.

Rajah 6.2 Carta alir Rancangan Pendidikan Individu

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia 2000

PENGURUSAN BILIK DARJAH

Rujukan pihak yang terlibat

Pengumpulan maklumat

Mesyuarat

Penulisan

Pelaksanaan

Penilaian

Objektif tercapai Gagal

Objektif

strategi baru

Objektif

kemahiran baru

Page 60: Modul Lengkap PDF

60

Bilik darjah merupakan tempat di mana berlaku interaksi pengajaran dan pembelajaran (Ornstein

1990). Keselamatan bahan dan peralatan seperti berbucu tajam, gunting dan sebagainya perlu

diberi perhatian. Apabila aktiviti lukisan dijalankan, gunakan warna tanpa toxik dan beri

perhatian agar murid-murid tidak memasukkan warna atau sebarang benda kecil ke dalam mulut.

Dengan itu, pemilihan bahan dan peralatan bersaiz besar digalakkan. Penyusunan sudut

pembelajaran melibatkan perancangan aktiviti seperti aktiviti individu, berkumpulan, messy and

clean (lukisan, masakan dan sudut air/pasir), senyap dan bising. Kedudukan tingkap dan pintu

juga perlu dipertimbangkan apabila menyusun atur sudut pembelajaran (Bredekamp & Coople

1997).

Tujuan dan matlamat pelajaran merupakan kesan terakhir manakala objektif biasa diguna

untuk menerangkan langkah mencapai tujuan pengajaran. Tujuan merujuk kepada pernyataan

yang luas berkaitan keperluan pendidikan, menerangkan falsafah pendidikan dan keperluan

masyarakat dalam polisi pendidikan. Satu tujuan digunapakai untuk peringkat kebangsaan.

Matlamat adalah pernyataan yang mewakili keseluruhan program sesebuah sekolah. Matlamat

memberi satu hala tuju kepada pendidik (Hayes 2003).

Objektif pula adalah penerangan tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah dan ditulis

dalam kenyataan tingkah laku. Objektif di peringkat bilik darjah boleh dibahagi kepada objektif

perancangan unit dan objektif perancangan pelajaran. Objektif perancangan pelajaran perlu

mengandungi empat perkara iaitu tingkah laku yang diharapkan, isi kandungan, hasil pencapaian

dan dalam keadaan apa objektif diharapkan tercapai (Ornstein 1990). Manakala matlamat tidak

menetapkan sebarang jangkaan masa untuk dicapai (Oliva 1988).

Bosch turut memberi lima langkah dalam proses pengurusan bilik darjah iaitu (i) guru

perlu membuat refleksi berkaitan pengajaran dan pengalaman mereka dalam bentuk tersurat,

(ii) guru perlu menentukan objektif pengajaran seperti mana mereka berharap rakan sejawat

lakukan dalam bilik darjah, (iii) menulis pelan pengajaran, (iv) melaksanakan pelan

pengajaran dan (v) menjalankan penilaian. Mengorganisasi benda-benda fizikal di dalam bilik

darjah seperti kerusi, meja, almari dan lain-lain tidak menjamin pembelajaran telah berlaku,

melainkan jika guru telah menguruskan murid-murid selaras dengan matlamat yang dituju.

Atan Long (1980) menyatakan pengurusan bilik darjah perlu berdasarkan fungsi dan matlamat

yang hendak dicapai. Selain itu, pengurusan bilik darjah juga melibatkan masa, tenaga dan

bahan bantu mengajar yang digunakan secara optima untuk mencapai objektif pengajaran.

Tatkala melangkah ke dalam bilik darjah, murid-murid dan pelawat mengharapkan

satu persekitaran yang berorientasikan kepentingan literasi. Ogle (2002) memberi satu garis

panduan yang cukup jelas untuk meningkatkan persekitaran membaca dalam bilik darjah:

1. Sediakan rak buku, hamparan, bantal, kerusi yang selesa, kerusi malas atau sofa

2. Gantung buku-buku kecil dengan penyepit baju pada tali di paras rendah,

3. Bekas buku kecil ditempatkan di merata tempat dalam bilik darjah. Empat buah meja

disusun berhadapan dan diletakkan bekas buku di tengah meja

4. Menggunakan rak boleh berpusing untuk mempamerkan buku

5. Membina rumah pokok di mana murid-murid boleh memanjat dan membaca dengan

gembira

6. Murid-murid digalakkan membuat penanda buku dan gunakan sendiri pada buku yang

Page 61: Modul Lengkap PDF

61

mereka baca untuk menimbulkan rasa kepunyaan

7. Membina dan menggantung mobile tentang watak dalam buku cerita yang telah dibaca

Sekolah membantu memupuk minat membaca dan perkembangan literasi murid-murid

(Kessler 2000). Setiap kali guru membaca, mereka memaparkan satu situasi penghayatan

pembacaan (Trealease 2001). Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada pembentukan

program secara profesional (WestEd 2000). Potensi perubahan di sekolah bukan hanya

terletak kepada kepelbagaian bahan pengajaran, pedagogi, kurikulum dan kepercayaan

mereka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran tetapi cara guru menangani keperluan

emosi murid-murid.

Polisi perubahan sekolah bukan sekadar melihat peningkatan dalam peperiksaan malah

menggalakkan perubahan hati nurani berkaitan pendidikan dan cara membantu murid-murid

mencapai potensi sebenar mereka (Risko dan Bromley 2001). Pengurusan bilik darjah juga

berkait rapat dengan pemilihan bahan dan peralatan. Bilik darjah merupakan tempat di mana

berlaku interaksi pengajaran dan pembelajaran (Ornstein 1990). Keselamatan bahan dan

peralatan seperti berbucu tajam, gunting dan sebagainya perlu diberi perhatian. Apabila

aktiviti lukisan dijalankan, gunakan warna tanpa toxik dan beri perhatian agar murid-murid

tidak memasukkan warna atau sebarang benda kecil ke dalam mulut. Dengan itu pemilihan

bahan dan peralatan bersaiz besar digalakkan. Penyusunan sudut pembelajaran melibatkan

perancangan aktiviti seperti aktiviti individu, berkumpulan, messy and clean (lukisan,

masakan dan sudut air/pasir) atau senyap dan bising. Kedudukan tingkap dan pintu juga perlu

dipertimbangkan apabila menyusun atur sudut pembelajaran (Bredekamp & Coople 1997).

Rutin pembersihan (cleaning routines) perlu difikirkan (Kendrick, Kaufmann & Messenger

1991) dan jadual harian (daily Schedules) mempunyai banyak kebaikan (Koralek et al. 1995).

ISU-ISU BERKAITAN PROGRAM PENDIDIKAN BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Sejak penubuhan program pendidikan khas masalah pembelajaran pada 1988, program ini telah

berkembang pesat. Kepesatan pertumbuhan program pendidikan khas masalah pembelajaran

menunjukkan bahawa pihak kerajaan dan masyarakat begitu prihatin terhadap masalah kanak-

kanak berkeperluan khas terutamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Namun begitu,

sepanjang perlaksanaan program pendidikan khas masalah pembelajaran ini terdapat beberapa

isu yang boleh diketengahkan seperti isu berkaitan pentadbiran, guru dan ibu bapa.

Isu berkaitan pentadbiran seperti terdapat pentadbir sekolah biasa yang kurang

menghayati perlaksanaan pendidikan khas masalah pembelajaran di sekolah mereka. Justeru,

program pendidikan bermasalah pembelajaran (PKBP) kurang diberi perhatian. Keadaan ini

disebabkan pentadbir tidak mempunyai latar belakang pendidikan khas, dan pengetahuan mereka

tentang kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini dalah sangat terhad. Contohnya ada antara

guru besar yang tidak mematuhi pekeliling yang dikelurkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia dan mereka juga tidak berminat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas

program pendidikan khas bermasalah pembelajaran PKBP di sekolah mereka. Guru besar juga

kurang memberi dorongan kepada guru yang mengajar kelas-kelas integrasi atau percantuman

Page 62: Modul Lengkap PDF

62

yang tidak pernah mengikuti kursus pendidikan khas untuk mengikuti kursus dalam

perkhidmatan atas alas an kekurangan guru.

Isu yang kedua pula ialah berkaitan dengan guru. Isu utama berkaitan guru adalah

masalah kekurangan guru terlatih yang mengajar kelas program pendidikan khas bermasalah

pembelajaran (PKBP). Bancian Jabatan Pendidikan khas pada tahun 2000 mendapati kira-kira

tujuh puluh peratus guru yang mengajar kelas program pendidikan bermasalah pembelajaran

(PKBP) adalah tidak terlatih dalam bidang pendidikan khas. Akibatnya, murid-murid khas tidak

mendapat bimbingan dan pendidikan yang berkesan. Kini melalui pengambilan guru-guru

Kursus Lepasan Ijazah KPLI dan Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) masalah

kekurangan guru tidak lagi menjadi masalah yang serius.

Isu yang ketiga pula berkaitan dengan ibu bapa. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan

anak-anak mereka sangat penting kerana hanya mereka yang lebih mengerti tentang anak-anak

mereka. Kerjasama mereka sangat diperlukan oleh guru-guru pendidikan khas bagi memastikan

kesinambungan pembelajaran di sekolah dan di rumah. Ada ibu bapa yang tidak memberi

kerjasama kepada guru-guru. Bagi mereka sekolah hanya sebagai tempat asuhan anak-anak

mereka. Bagi ibu bapa pelajar normal pula, ada ibu bapa yang memandang serong terhadap

murid bermasalah pembelajaran terutamanya apabila murid ini diiklusifkan di dalam kelas

bersama-sama anak mereka. Mereka khuatir kehadiran murid ini menyebabkan guru terpaksa

merendahkan kandungan pengajarannya dan menjejaskan prestasi anak mereka. Malah, ada ibu

bapa yang tidak suka anak mereka bergaul dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

Forum 6:

Jelaskan bagaimana pengurusan bilik darjah dikatakan berkait rapat dengan pemilihan bahan

dan peralatan.

Tugasan Individu 6:

Setelah murid mendaftar ke Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran, pihak

pentadbiran perlu membentuk ahli jawatankuasa bagi merangka Rancangan Pendidikan Individu

untuk setiap murid. Huraikan bagaimana proses ini berlaku dalam program anda. Bincangkan

juga tentang proses pengumpulan maklumat, pelaksanaan dan penilaian semula.

RUMUSAN

Page 63: Modul Lengkap PDF

63

1. Prosedur kemasukan ke program pendidikan khas bermasalah pembelajaran terletak di

bawah Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Tempoh belajar bagi kanak-kanak berkeperluan khas adalah sama dengan tempoh belajar

kanak-kanak biasa sama ada di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah.

3. Tetapi mereka diberi sedikit kelonggaran dengan tambahan dua tahun jika difikirkan

perlu.

4. Murid-murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah

pembelajaran ringan merupakan kanak-kanak yang boleh belajar dalam bilik darjah biasa

bersama murid-murid normal dan mereka mengikuti kurikulum biasa.

5. Akta Orang Cacat 2002 mendefinisikan kurang upaya sebagai penghalangan atau

kekurangan upaya, disebabkan kecacatan, untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara

yang dianggap normal bagi orang biasa.

6. Kecacatan bererti sebarang kehilangan atau abnormaliti yang bersifat psikologi, fisiologi,

bentuk atau fungsi badan. Kecacatan juga bererti kesulitan bagi seseorang individu,

disebabkan kerosakan atau kecacatan yang menyekat atau menghalang seseorang

menjalankan peranan yang dianggap normal, bergantung kepada umur, jantina, faktor

sosial dan budaya.

7. Pengertian orang dengan ketidakupayaan teruk dalam Rang Undang-undang bagi Orang

Kurang Upaya 2007 (Malaysia 2007) bermaksud seseorang yang mengalami satu atau

lebih ketidakupayaan yang bergantung kepada orang lain bagi aktiviti kehidupan harian

yang asas.

KATA KUNCI

1. Prosedur kemasukan

2. Tempoh belajar

3. Polisi penempatan

PENILAIAN KENDIRI

Jelaskan tentang tempoh atau had umur yang digunapalai dalam Program Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran.

PETA KONSEP

A

Page 64: Modul Lengkap PDF

64

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Perlantikan JK

Perkongsian

maklumat

Kebenaran Ibu Bapa

Proses pengumpulan

maklumat dan penilaian

kumpulan pelbagai disiplin

Pemberitahuan kepada ibu

bapa berkaitan laporan

penilaian

Membina RPI

Melaksanakan RPI

Memantau perlaksanaan

Penilaian semula

Pendengaran

Pertuturan-bahasa

Kesihatan Am

Penglihatan

Nutrisi dan

permakanan

Pencapaian akademik

Tingkahlaku dan

sosial

Surat rujukan

Surat kebenaran

Borang rujukan

Surat pemberitahuan

kepada ibu bapa tentang

keputusan/laporan

penilaian

Murid ditempatkan di program

Page 65: Modul Lengkap PDF

65

Tempoh belajar bagi kanak-kanak berkeperluan khas adalah sama dengan tempoh belajar kanak-

kanak biasa sama ada di peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah, iaitu mesti tidak

kurang daripada tempoh minimum enam tahun untuk pendidikan rendah manakala pendidikan di

sekolah menengah ialah lima tahun. Tetapi tempoh ini boleh dilanjutkan sehingga dua tahun

maksimum mengikut keperluan murid sama ada di peringkat sekolah rendah ataupun menengah.

UNIT 7

Page 66: Modul Lengkap PDF

66

MODEL PASUKAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar dapat:

1. Menghuraikan mengenai bentuk-bentuk model pasukan dalam Pendidikan Khas.

2. Menerangkan disiplin utama yang terlibat dalam pengendalian murid Pendidikan Khas

merangkumi aspek pendidikan, kesihatan dan khidmat sosial dan sukarelawan.

PENGENALAN

Pengendalian murid-murid pendidikan khas memerlukan lebih daripada profesion pendidikan

untuk menepati keperluannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Berbeza dengan aliran

perdana, murid-murid ini akan terlibat dengan kumpulan disiplin yang lain terdiri daripada

mereka yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang pengkhususan merangkumi elemen

pengalaman, kelayakan dan kemahiran yang bermanfaat untuk mencapai objektif sesebuah

organisasi. Setiap disiplin ini, bertanggungjawab dalam perlaksanaan program atau projek dari

awal hingga akhir. Ini termasuklah dari bidang perubatan dan kesihatan, khidmat sokongan dan

ibu bapa/ penjaga murid-murid itu sendiri. Terdapat beberapa bentuk model berpasukan dalam

pendidikan yang masing-masing mempunyai kekuatan dan kekurangannya.

Kebanyakan kakitangan profesional dalam rehabilitasi, berhadapan dengan cabaran

mempraktikkan pendekatan transdisiplinari (transdisciplinary approach), yang mana kesemua

domain diambil kira ketika menilai dan memberi perkhidmatan kepada kelayan. Disebabkan

kekurangan pegawai tersebut ditambah dengan kos rehabilitasi yang tinggi, maka ibu bapa

murid-murid biasanya memilih salah satu badan profesional untuk rehabilitasi anak mereka. Di

Malaysia, biasanya kesedaran mengenai terapi dan rehabilitasi muncul apabila murid-murid mula

mencapai umur tujuh tahun dengan harapan dapat menempatkan anak mereka di sekolah.

Beberapa cadangan oleh Kuder (1997), mengenai model perkhidmatan yang dilaksanakan

diperingkat sekolah. Model pullout sebagai pilihan utama perlaksanaan yang mana memasukkan

keupayaan dalam memberi tumpuan kepada kemahiran spesifik dengan ralat minimum. Namun,

stigma yang berlaku apabila murid-murid dikeluarkan dari kelas yang didapati tidak realistik

dalam praktis persekitaran sebenar. In the class therapy pula merupakan model perlaksanaan

yang menyediakan peluang serta merta kepada mempraktikkan dan mengaplikasikan kemahiran

dalam struktur kurikulum pendidikan secara am.

Selain itu, terdapat model konsultasi, yang melibatkan guru untuk berkongsi idea dan

berbincang mengenai matlamat program intervensi murid-murid sebagai sebuah kumpulan

sokongan. Seterusnya, model kolaberatif, yang mana terapis bahasa dan pertuturan bertindak

Page 67: Modul Lengkap PDF

67

sebagai pengaturcara sokongan supaya matlamat intervensi dimuatkan dalam aktiviti bilik

darjah. Akhirnya, model pengajaran berkumpulan (team teaching model) yang menyasarkan

integrasi sepenuhnya antara matlamat intervensi dan akedemik tanpa impak stigma kepada

murid-murid.

ISI KANDUNGAN

MODEL PASUKAN PELBAGAI DISIPLIN

Model pasukan pelbagai disiplin menunjukkan bahawa peranan setiap ahli dalam pasukan adalah

tidak terikat dengan ahli yang lain. Setiap disiplin dalam pasukan ini fokus dengan matlamat dan

objektif perkhidmatan yang tersendiri terhadap murid tanpa mengambil kira keperluan dari

perspektif disiplin yang lain. Ahli-ahli pasukan pelbagai disiplin boleh kerap bertemu atau

berkomunikasi dalam cara lain yang tidak berbentuk mesyuarat yang mengakibatkan jurang

penetapan matlamat dan amalan autonomi. boleh menyebabkan kekurangan penyelarasan dan

konflik lebih keutamaan dan membuat keputusan.

Rajah 7.1: Model pasukan pelbagai disiplin

MODEL PASUKAN ANTARA DISIPLIN

Model pasukan antara disiplin merupakan satu bentuk amalan modus operandi disiplin yang

berfokus kuat pada integrasi aktiviti-aktiviti untuk memenuhi matlamat dikongsi bersama. Ahli

pasukan dari setiap disiplin yang terlibat akan menyumbang idea dan pengetahuan menerusi data

penilaian dan terlibat sama mensintesis maklumat. Model ini memberi peluang kepada setiap ahli

menyuarakan pendapat untuk mengenal pasti isu-isu berkaitan masalah dihadapi murid dan

sama-sama merancang aktiviti untuk memenuhi. Setiap rawatan lanjut akan melibatkan campur

tangan pemulihan oleh ahli pasukan yang berkaitan ke arah pencapaian matlamat keseluruhan.

Model ini memerlukan persiapan yang besar sekurang-kurangnya pengetahuan asas dalam

pendidikan dari setiap disiplin. Setiap ahli dalam pasukan mesti bersetuju dengan kepimpinan,

proses pasukan, penetapan keutamaan, dan kaedah untuk menyelesaikan permasalahan.

MURID

Doktor

pediatrik

Terapis

carakerja

Guru

penyelaras

Terapis -

pertuturan bahasa

Page 68: Modul Lengkap PDF

68

Perjumpaan

Rajah 7.2: Model pasukan antara disiplin

MODEL PASUKAN RENTAS-DISIPLIN

Model ini mencirikan satu evolusi lagi kerjasama yang sangat kuat dan di mana peranan dan

kemahiran setiap disiplin dipindahkan merentasi sempadan profesional. Ahli perlu

memperkembangkan kemahiran mereka melangkaui sempadan disiplin mereka. Sebagai contoh,

seorang pekerja sosial mungkin mengumpul sejarah perubatan atau terapi pemulihan juga

mungkin merekodkan sejarah sosial dan pekerjaan pesakit.

MURID

Doktor pediatrik

Terapis

carakerja

Guru penyelaras

Terapis -

pertuturan bahasa

Page 69: Modul Lengkap PDF

69

Rajah7.3: Model pasukan rentas-disiplin

MODEL PASUKAN KOLABORASI

Model pasukan kolaborasi membentuk hubungan interpersonal dalam kalangan disiplin yang

terlibat ke arah pencapaian matlamat. Pasukan ini membentuk situasi saling bergantung di antara

disiplin dan jelas tentang peranan khusus masing-masing. Namun demikian, pasukan kolaborasi

menunjukkan penglibatan secara terus dengan ibu bapa dan murid bergantung kepada

peruntukan masa dan jadual masing-masing.

Rajah 7.4: Model pasukan rentas-disiplin

DISIPLIN PENDIDIKAN

Murid

Pendidikan

Perubatan

Khidmat

sokongan Ibu bapa

Murid dan

ibu bapa

Disiplin yang

terlibat dengan

murid setiap

hari

Disiplin yang

terlibat dengan

murid dengan

kekerapan

tertentu

Disiplin yang

terlibat dengan

murid dengan

kekerapan

tidak menentu

Page 70: Modul Lengkap PDF

70

Program yang dirancang di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia memerlukan bukan sahaja

guru terlatih, penglibatan pelbagai kepakaran, kurikulum khas dan kaedah pengajaran khas,

malah pelbagai program perlu diwujudkan dengan perancangan perlaksanaan yang rapi dan teliti.

Dari perspektif pendidikan, pasukan pengendalian ini bermula daripada asas penggubalan dan

penyediaan kurikulum khas oleh pakar-pakar bidang di Jabatan Pendidikan Khas. Kurikulum

yang disediakan adalah mengikut kajian-kajian tertentu yang telah dikenalpasti mengesyorkan

kaedah dan huraian sukatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum yang disediakan

menepati setiap pakej program pendidikan khas di Malaysia sama ada Sekolah Khas masalah

penglihatan atau pendengaran, program integrasi maslaah pembelajaran atau mengikuti

kurikulum arus perdana sekiranya di program inklusif. JPK bergerak berdasarkan matlamat dan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu:

1. Menyediakan peluang kemudahan dan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan

khas

2. Menyediakan pendidikan yang sesuaia dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan

khas

3. Menyediakan peluang mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas

4. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini

5. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

6. Merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah

7. Merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas

8. Menyediakan perancangan, penyelidikan dan penialaian pendidikan khas

9. Menyediakan perancangan latihan dan pebangunan staf

10. Menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas

Selain di peringkat Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran, di peringkat

sekolah, keberkesanan program yang dilaksanakan telah dipertanggungjawabkan kepada guru

besar atau pengetua sekolah yang mengambil bahagian. Pengetua sekolah akan memastikan

perlaksanaan program menepati akta dan polisi serta menggunakan peruntukan kewangan khas

bagi golongan ini dengan sebaiknya. Guru penyelaras bagi program Pendidikan Khas akan

dilantik bagi membantu melicinkan perlakasanaan program termasuk penetuan takwim tahunan

dan berkenaan urusan perkhidmatan sokongan yang melibatkan murid dibawah seliaannya.

Guru-guru Pendidikan Khas, akan bekerjasama sebagai satu kumpulan disiplin dalam

merangka dan merancang perlaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mengikut

keperluan khusus murid-murid. Biasanya nisbah seorang guru kepada murid pendidikan khas

jauh labih kecil berbanding guru di aliran perdana iaitu 1:5. Keberkesanan perlaksanaan program

ini turut dibantu dengan penglibatan Pembantu Pengurusan Murid yang ditempatkan di semua

sekolah khas dan sekolah integrasi masalah pembelajaran. Dengan kecekapan PPM, pengurusan

yang lebih licin dan sistematik dijangkakan demi mengoptimumkan kefungsian murid-murid

dengan keperluan khas. Sepertimana pelajar lain di aliran perdana, murid-murid keperluan khas

tidak terkecuali dalam penglibatan ko-kurikulum termasuk sukan dan unit beruniform selain

diberi peluang memegang jawatan khas diperingkat sekolah seperti pengawas dan sebagainya.

Page 71: Modul Lengkap PDF

71

Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah juga tidak kurang pentingnya

dalam merangka aktiviti yang bersesuaian bagi murid-murid dengan keperluan khas. Melalui

PIBG kolaborasi yang efektif dapat diwujudkan sekaligus membawa kepada perbincangan isu-

isu berkaitan pendidikan khas untuk diketengahkan dan diambil tindakan. Saluran ini adalah

langkah terbaik untuk menghubungkan murid-murid dengan perkhidmatan di luar dari perspektif

pendidikan seperti penganjuran terapi air, terapi berkuda dan sebagainya.

DISIPLIN PERUBATAN DAN KESIHATAN

Pegawai Perubatan (Medical Officer)

Pegawai perubatan atau juga dikenalai sebagai doktor perubatan adalah mereka yang terlibat

dengan penjagaan kesihatan yang mengamalkan profesion perubatan. Disiplin ini terlibat secara

langsung dengan murid-murid pendidikan khas terutamanya dalam mengekalkan atau

memulihkan kesihatan melalui kajian, diagnosis, dan rawatan penyakit, kecederaan dan lain-lain

kecacatan fizikal dan mental.

Dalam disiplin yang sama, pegawai perubatan dengan kepakaran khusus akan memberi

tumpuan amalan mereka pada kategori penyakit tertentu, jenis pesakit atau kaedah rawatan dan

bertanggungjawab bagi peruntukan yang berterusan termasuk rawatan perubatan yang

komprehensif kepada individu, keluarga dan masyarakat. Pegawai perubatan mempunyai

pengetahuan yang terperinci dalam disiplin akademik (seperti anatomi dan fisiologi) penyakit

asas dan rawatan, sains perubatan dan juga kecekapan dalam amalan gunaan seni perubatan.

Istilah doktor itu sendiri berbeza-beza di seluruh dunia, termasuk pelbagai kelayakan dan darjah,

tetapi terdapat beberapa unsur yang sama. Dalam kebanyakan masalah kesihatan ringan, murid-

murid keperluan khas akan dirujuk kepada pegawai perubatan ini untuk mendapatkan rawatan

asas dan konsultasi ringan. Bagi kes-kes kesihatan yang serius, individu akan dirujuk kepada

pegawai perubatan pakar seperti pakar jantung, pakar neuro atau pakar kanak-kanak yang mana

berkaitan.

Pakar kanak-kanak (Pediatrician)

Pediatrik merupakan cabang perubatan yang berkaitan dengan penjagaan perubatan bayi, kanak-

kanak dan remaja. Pengamal perubatan yang pakar dalam bidang ini dikenali sebagai pakar

kanak-kanak atau pakar pediatrik. Pediatrik berbeza daripada perubatan dewasa dalam banyak

aspek. Perbezaan jelas dari aspek saiz badan selari dengan perubahan kematangan.

Neonatologists merupakan istilah lain yang berkaitan bayi dan awal kanak-kanak untuk

mengenalpasti masalah dari peringkat perinatal khususnya kelahiran bayi secara cesarean atau

kelahiran berisiko tinggi yang lain..

Perbezaan utama antara perubatan pediatrik dan dewasa adalah, kanak-kanak di bawah

umur dalam kebanyakan bidang kuasa, tidak boleh membuat keputusan untuk diri mereka

sendiri. Isu-isu penjagaan, privasi, tanggungjawab, undang-undang dan persetujuan

Page 72: Modul Lengkap PDF

72

berpengetahuan sentiasa harus dipertimbangkan dalam prosedur setiap kanak-kanak. Dalam

aspek pendidikan khas, dan konteks negara Malaysia terutamanya, setiap rawatan khusus yang

dilakukan oleh pihak pakar perlu mendapat persetujuan ibu bapa. Badan bayi atau kanak-kanak

yang lebih kecil menunjukkan sifat fisiologi yang membezakannya daripada orang dewasa.

Kecacatan kongenital, varians genetik, dan isu-isu pembangunan adalah lebih membimbangkan

kepada pakar kanak-kanak daripada mereka sering kepada doktor dewasa

Fisioterapis (Physiotherapist)

Terapi fizikal (atau fisioterapi), dikaitkan dengan profesion kesihatan yang bertujuan rawatan

fizikal dan pengurusan penyakit atau keadaan yang membolehkan orang ramai untuk mencapai

potensi maksimum mereka. 'Ahli terapi fizikal' (atau fisioterapi) profesional penjagaan kesihatan

asas yang mendiagnosis dan merawat individu-individu daripada semua peringkat umur, dari

bayi yang baru lahir yang tertua, yang mempunyai masalah perubatan atau lain-lain syarat yang

berkaitan dengan kesihatan, penyakit, atau kecederaan yang menghadkan kebolehan mereka

untuk bergerak dan melaksanakan aktiviti-aktiviti fungsi serta mereka ingin dalam kehidupan

seharian mereka. Dalam bidang pendidikan khas, disiplin ini biasanya terlibat dengan murid-

murid khas kategori masalah fizikal seperti Palsi Serebral dan sebagainya.

Ahli terapi fizikal memeriksa setiap individu dan membangunkan pelan yang

menggunakan teknik rawatan untuk menggalakkan keupayaan untuk bergerak, mengurangkan

kesakitan, memulihkan fungsi, dan mencegah kecacatan. Selain itu, disiplin ini bertugas secara

langsung dengan individu-individu untuk mengelakkan kehilangan mobiliti sebelum ia berlaku

dengan membangunkan kecergasan dan kesihatan berorientasikan program-program untuk gaya

hidup yang sihat dan lebih aktif, menyediakan perkhidmatan pembangunan kepada individu dan

populasi, mengekalkan dan memulihkan pergerakan maksimum dan kemampuan berfungsi

sepanjang hayat. Ini termasuk menyediakan perkhidmatan dalam keadaan di mana pergerakan

dan fungsi diancam oleh penuaan, kecederaan, penyakit atau faktor-faktor alam sekitar.

Rawatan fizikal yang dimaksudkan berkenaan dengan mengenal pasti dan

memaksimumkan kualiti potensi hidup dan pergerakan berbentuk pencegahan, rawatan habilitasi

dan pemulihan. Ini merangkumi fizikal, psikologi, emosi, sosial dan kesejahteraan. Terapi fizikal

melibatkan interaksi antara terapis dan pesakit/pelanggan, profesional kesihatan yang lain,

keluarga, penjaga, dan masyarakat dalam proses di mana potensi pergerakan dinilai dan

matlamat yang dipersetujui, dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang unik kepada

ahli-ahli terapi fizikal. Terapi fizikal dilakukan oleh ahli terapi fizikal (PT) atau fisioterapis

(fisio), dan kadang-kala perkhidmatan yang disediakan oleh seorang pembantu yang bertindak di

bawah arahan mereka.

Terapis Carakerja (Occupational Therapist)

Pengendalian murid-murid pendidikan khas tidak akan lengkap tanpa penglibatan seorang terapis

carakerja. Seseorang ahli terapi carakerja (OT) dilatih dalam amalan terapi pekerjaan. Peranan

ahli terapi carakerja adalah bekerja dengan seorang klien untuk membantu mereka mencapai

fungsi harian yang optimum dalam kehidupan melalui promosi kesihatan, mencegah kecederaan

Page 73: Modul Lengkap PDF

73

atau hilang upaya, meningkatkan, mengekalkan atau memulihkan tahap tertinggi secara

berdikari. Ini termasuklah pengurusan asas diri seperti memakai dan membutang baju, makan

menggunakan tangan dengan cara yang betul dan sebagainya.

Secara umunya, disiplin ini terlibat membantu masyarakat pada semua peringkat umur

untuk meningkatkan kemampuan mereka untuk melaksanakan tugas-tugas dalam kehidupan

harian mereka dan persekitaran kerja. Mereka juga membantu mereka untuk membangunkan,

mendapatkan, atau mengekalkan kehidupan seharian dan kemahiran kerja. Dari aspek

pendidikan, terapi carakerja amat diperlukan bagi pengendalian kanak-kanak dengan masalah

tumpuan dan tingkah laku dalam bilik darjah terutamanya. Murid-murid dengan diagnosis seperti

ADHD dan Autism antara kategori kurang upaya yang biasa mendapatkan perkhidmatan disiplin

ini.

Ahli terapi ini membantu murid-murid bukan sahaja untuk meningkatkan fungsi motor

asas mereka dan kebolehan penaakulan, tetapi juga untuk memberikan pampasan bagi

kehilangan kekal fungsi. Terapi pekerjaan membantu pelanggan dalam melaksanakan aktiviti-

aktiviti semua jenis, mulai dari menggunakan komputer untuk menjaga keperluan harian seperti

berpakaian, memasak, dan makan. Latihan fizikal boleh digunakan untuk meningkatkan

kekuatan dan ketangkasan, manakala aktiviti-aktiviti lain boleh memilih untuk meningkatkan

ketajaman penglihatan dan keupayaan untuk membezakan corak. Sebagai contoh, klien dengan

kehilangan ingatan jangka pendek mungkin digalakkan untuk membuat senarai untuk membantu

penarikan balik, dan seseorang dengan masalah penyelarasan mungkin diberikan latihan untuk

meningkatkan koordinasi tangan-mata. Terapis carakerja juga menggunakan program komputer

untuk membantu individumeningkatkan kemahiran membuat keputusan, penaakulan abstrak-,

penyelesaian masalah, dan persepsi, serta ingatan dan jujukan. Terapis carakerja sering mahir

dalam strategi psikologi seperti terapi kognitif dan tingkah laku.

Terapis Bahasa dan Pertuturan (Speech and Language Therapist)

Bahasa dan pertuturan merupakan keperluan utama dalam persekitaran sekolah dan menjadi

perantara dalam kebanyakan aspek pembelajaran. Murid-murid memerlukan medium bahasa dan

pertuturan untuk mendengar perbualan dan memberi maklum balas dalam perbualan dua hala

dengan guru dan rakan-rakan sepanjang sesi persekolahan. Bahasa juga digunakan oleh guru-

guru dalam mengendalikan kelas mereka dan menentuka peraturan dan rutin harian. Sesuai

dengan penyataan ini, cara komunikasi guru dengan murid-murid akan mempengaruhi

keupayaan pembelajaran, daya ingatan serta kefahaman yang memotivasikan murid-murid untuk

belajar.

Tanggungjawab terapis bahasa dan pertuturan terhadap sekolah tidak kurang beza seperti

di pusat jagaan kesihatan yang mana perlu merancang dan mengendalikan kedua-dua aspek

penilaian berasaskan sekolah dan khidmat komuniti. Selain itu, terapis pertuturan juga turut

dijangkakan dapat menjadi tunggak dalam membina pelan pembelajaran seperti Rancangan

Pengajaran Individu (RPI) dan Program Intervansi Awal (PIA) melalui kolaberasi. Menurut

ASHA, selain menjadi rujukan khidmat diperingakat komuniti, terapis pertuturan terlibat dalam

pemantauan proses penaksiran secara berkala dan menjadi fasilitator dalam pembinaan pelan

Page 74: Modul Lengkap PDF

74

transisi. Pada tahun 1999, ASHA telah menambah satu lagi peranan terapis pertuturan iaitu

menyalurkan khidmat konsultasi kepada murid-murid sekolah kerajaan mahupun swasta.

Berdasarkan Individuals With Disabilities Education Act (IDEA) 1997, kolaberasi dengan terapis

bahasa dan pertuturan dalam RPI sangat diperlukan untuk menghasilkan pengubahsuaian dan

penambah baikkan dalam kurikulum am sekolah serta meningkatkan penglibatan murid-murid

dalam aktiviti bukan akedemik dan ko-kurikulum.

Audiologis (Audiologist)

Penglibatan audiologis dalam pengendalian murid-murid pendidikan khas terutamanya yang

diklasifikasikan sebagai pendidikan khas masalah pendengaran amat penting terutamanya

penjagaan dan penyesuaian alat bantu pendengaran. Seorang ahli audiologi profesional

penjagaan kesihatan yang khusus dalam mengenal pasti, mendiagnosis, merawat dan memantau

masalah-masalah pendengaran dan bahagian-bahagian sistem vestibular telinga. Audiologi

dilatih untuk mendiagnosis, mengurus dan / atau merawat masalah pendengaran atau kira-kira.

Mereka menyesuaikan alat pendengaran dan mengesyorkan dan peta implan koklea.

Mereka juga membantu reka bentuk dan melaksanakan program-program keselamatan

pendengaran peribadi dan industri, program saringan pendengaran bayi yang baru lahir, program

saringan pendengaran sekolah, dan memberikan pemasangan palam telinga khas dan lain-lain

alat-alat perlindungan pendengaran untuk membantu mencegah kehilangan pendengaran. Di

samping itu, audiologis banyak bekerja sebagai saintis auditori dalam kapasiti penyelidikan.

Audiologis mempunyai latihan dalam anatomi dan fisiologi, alat pendengaran, implan koklea,

elektrofisiologi, akustik, psikofizik, neurologi, kaunseling dan bahasa isyarat.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT Specialist)

Otolaryngologi atau ENT (telinga, hidung dan tekak) merupakan cabang perubatan dan

pembedahan yang mengkhusus dalam diagnosis dan rawatan telinga, hidung, tekak, dan kepala

dan leher. Pengamal dipanggil otolaryngologists-pakar bedah kepala dan leher, atau kadang-

kadang otorhinolaryngologists (ORL). Murid-murid pendidikan khas akan dirujuk kepada pakar

berkenaan sekiranya pengendalian melibatkan prosedur pembedahan seperti implan koklea,

trakeastomi, pembaikian sumbing bibir dan lelangit dan sebagainya. Selepas melalui rawatan

pembedahan, kerjasama pakar audiologis dan terapis pertuturan bahasa selanjutnya akan

memaksimumkan fungsi murid tersebut terutama yang melibatkan masalah komunikasi dan

pemakanan.

Psikologis

Fungsi ahli psikologi bergantung kepada khusus ahli psikologi. Secara amnya, pakar psikologi

menjalankan penilaian dan pengujian psikologi kepada pesakit diagnosis. Mereka menyediakan

apa yang dirujuk sebagai terapi bercakap. Ini boleh berlaku ke atas seorang individu atau satu-

satu asas atau dalam kumpulan. Psikologi sekolah terutamanya menjalankan ujian kecerdasan,

kebolehan dan psikologi. IQ ujian dan inventori personaliti biasa digunakan untuk menentukan

Page 75: Modul Lengkap PDF

75

sama ada kecacatan pembelajaran atau emosi wujud. Penyelidikan atau psikologi eksperimen

boleh menjalankan kajian melalui uji kaji makmal atau tinjauan penduduk yang tertentu.

Psikologi kaunseling boleh mengadakan peruntukan terapi pada masa penyesuaian kepada

perubahan kehidupan yang utama seperti dipecat, bercerai atau kehilangan tersayang. Mereka

membangunkan pelan rawatan dan boleh melibatkan diri dalam bermain-peranan untuk

membantu individu mengubah kelakuan mereka.

KHIDMAT SOKONGAN DAN SUKARELAWAN

Seperti yang diterangkan dalam Unit Pelajaran 3, khidmat sokongan dalam pendidikan khas

menjadi sebahagian besar kepentingan dalam pengendalian dan pengurusan kanak-kanak ini

ialah:

1. Unit Perancangan dan Penyelidikan Dasar

2. Unit Latihan dan Khidmat Bantuan

3. Jabatan Kebajikan Masyarakat

4. Badan-badan bukan kerjaan (NGO)

5. Suakarelawan

6. Lain-lain

Selain daripada yang dinyatakan di atas, program berbentuk khidmat dalam komuniti

sering dilaksanakan terutama bagi keperluan mereka yang berada di kawasan luar bandar. Jika

sebelum ini, penglibatan terdiri daripad professional dari badan-badan tertentu, kini ia

menampilkan penglibatan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi terutamanya

menghulurkan sumbangan dalam bentuk sukarelawan dibawah bimbingan pensyarah.

Menjadikan program sukarelawan sebagai tugasan untuk memenuhi keperluan kursus yang

diikuti, penglibatan pelajar memberi lebih keprihatinan kepada mereka yang memerlukan.

KEPENTINGAN SOKONGAN KAUNSELING

Di peringkat keluarga, ibu bapa murid-murid dengan keperluan khas terutamanya sentiasa

berhasrat untuk mendapatkan maklumat tentang masalah atau penyakit yang berkaitan anak

mereka selain memerlukan strategi untuk menentukan langkah ke arah perkembangannya.

Sokongan kepada keluarga dari peringkat awal pengesanan membantu ibu bapa ke arah

pembelaan bagi pihak anak mereka. Ada kalanya, sesetengah keluarga melalui kesukaran untuk

menerima kecacatan atau mana-mana kategori kurang upaya yang dialami anak mereka. Ahli

keluarga akan mengalami suatu perasaan aneh dengan situasi yang dihadapi. Kebanyakkan

keluarga menyatakan bahawa mereka mengalami tahap perubahan emosi yang pelbagai termasuk

kesedihan, risau, keliru dan sehingga membawa kepada tekanan. Namun, sehingga kini tiada

formula khusus yang dapat menerangkan pengendalian emosi ini.

Terdapat tiga tahap kedukaan yang dinyatakan oleh Adams, (1988). Pertama peringkat

rasa kehilangan seorang anak seperti yang diharapkan lahir sebagai anak yang normal. Perasaan

Page 76: Modul Lengkap PDF

76

marah, tidak percaya, bersalah yang akhirnya membawa kepada penolakan akan wujud dalam

diri ibu bapa si anak. Di peringkat kedua, ibu bapa masih lagi dikatakan dalam fasa pengiktirafan

atau perakuan yang mana perasaan hiba dan bersalah masih dialami dan secara perlahan-lahan

akan mengakhiri. Ibu bapa pada ketika ini, memerlukan sokongan yang tinggi untuk meyakinkan

diri mereka untuk menerima ketidaksempurnaan anak mereka seadanya. Apabila sampai di tahap

ketiga, dikatakan penyembuhan perasaan dan pemikiran untuk menerima sepenuhnya keadaan

anak mereka. Kebanyakan keluaga melalui proses ini dengan perlahan, dan akibatnya tindakan

susulan terhadap intervensi anak mereka juga kelewatan.

Melalui program intervensi awal, sokongan keluarga dirangka bagi mendidik ibu bapa

untuk memahami keperluan khas anak mereka, mendapatkan maklumat berkenaan pengendalian

tingkah laku, mendapatkan maklumat tentang perkhidmatan sokongan, berkongsi kajian kes dan

mengambil pengajaran, memberi nasihat dan panduan tentang mod pembelajaran yang sesuai,

dan membantu keperluan-keperluan khusus lain menepati ciri dan keupayaan anak mereka.

Penglibatan ahli keluarga yang aktif menunjukkan keberkesanan program intervensi awal.

Kanak-kanak merupakan sebahagian dari unit keluarga dan kekuatan sokongan yang diperolehi

oleh kanak-kanak tersebut akan menjadi lebih berkesan sekiranya seluruh keluarga bertindak

sebagai satu unit.

Ibu bapa meluahkan pelbagai reaksi emosi apabila mengendalikan seorang kanak-kanak

dengan keperluan khas. Kebanyakan mereka menyatakan bahawa pengalaman melibatkan

penyesuaian dan kekuatan untuk menghadapi perubahan dalam kehidupan yang dilalui.

Kesukaran yang dihadapai tidak akan dapat diatasi sendirian melainkan bantuan dan sokongan

professional yang berkenaan.

RUMUSAN

1. Model pasukan pelbagai disiplin memerlukan setiap disiplin dalam pasukan ini fokus

dengan matlamat dan objektif perkhidmatan yang tersendiri terhadap murid tanpa

mengambil kira keperluan dari perspektif disiplin yang lain.

2. Model pasukan antara disiplin memberi peluang kepada setiap ahli menyuarakan

pendapat untuk mengenal pasti isu-isu berkaitan masalah dihadapi murid dan sama-sama

merancang aktiviti untuk memenuhi.

3. Setiap ahli dalam model pasukan rentas disiplin perlu memperkembangkan kemahiran

mereka melangkaui sempadan disiplin mereka.

4. Model pasukan kolaborasi membentuk hubungan interpersonal dalam kalangan disiplin

yang terlibat ke arah pencapaian matlamat.

Forum 7:

Pernahkah anda terlibat dalam sebarang khudmat sokongan dan sukarelawan? Nyatakan

pengalaman anda untuk dikongsi bersama pelajar lain.

Page 77: Modul Lengkap PDF

77

Tugasan individu 7:

Rancangkan sebuah program khidmat komuniti untuk dilaksanakan bagi inidividu dengan

keperluan khas. Untuk tujuan ini, rangka kertas kerja lengkap bagi mengadakan program yang

dicadangkan.

PENILAIAN KENDIRI

1. Bandingkan ketiga-tiga model pasukan dalam pendidikan Khas dari segi kekuatan dan

kelemahannya.

2. Selain disiplin pendidikan, kumpulan disiplin apakah yang terlibat dalam pengendalian

kanak-kanak dengan keperluan khas?

3. Huraikan peringkat penerimaan kedukaan sperti yang dinyatakan oleh Adams, 1988.

4. Apakah peranan psikologis di peringkat sekolah secara umumnya?

PETA KONSEP

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Perbandingan

Model pasukan Kekuatan Kelemahan

Pelbagai Disiplin Setiap disiplin dalam

pasukan ini fokus dengan

matlamat dan objektif

Ahli-ahli pasukan pelbagai

disiplin tidak bertemu

serentak untuk

A

Page 78: Modul Lengkap PDF

78

perkhidmatan yang

tersendiri.

membincangkan

perkembangan murid dari

setiap aspek.

Antara Disiplin Berfokus kuat pada

integrasi aktiviti-aktiviti

untuk memenuhi matlamat

dikongsi bersama

Memerlukan persiapan yang

besar sekurang-kurangnya

pengetahuan asas dalam

pendidikan dari setiap

disiplin

Rentas Disiplin Kerjasama yang sangat kuat

dan di mana peranan dan

kemahiran setiap disiplin

dipindahkan merentasi

sempadan profesional

Ahli perlu

memperkembangkan

kemahiran mereka

melangkaui sempadan

disiplin mereka

Kolaborasi Membentuk hubungan

interpersonal dalam

kalangan disiplin yang

terlibat ke arah pencapaian

matlamat

Murid bergantung kepada

peruntukan masa dan jadual

bidang masing-masing.

2. - Disiplin perubatan kesihatan

- Kumpulan perkhidmatan sokongan dan sukarelwan

- Sokongan Kaunseling

3. Peringkat 1: Penafian

Peringkat 2: Pengiktirafan dan perakuan

Peringkat 3: Penyembuhan dan penerimaan

4. Psikologi sekolah terutamanya menjalankan ujian kecerdasan, kebolehan dan psikologi.

IQ ujian dan inventori personaliti biasa digunakan untuk menentukan sama ada kecacatan

pembelajaran atau emosi wujud

RUJUKAN

Adams, J. (1988). You and your hearing impaired child. Washington: Galladet University Press.

Buku panduan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hardman, L. D., Drew C. J., & Egan, M.W. (2005). Human Exceptionality: School, community

and family. New York. Allyn and Bacon.

Page 79: Modul Lengkap PDF

79

http://apps2.emoe.gov.my/jpkhas/index.php

Lutterman, D. (1979). Counseling parents of Hearing Impaired Children. Boston: Brown & Co.

UNIT 8

PERJANJIAN SALAMANCA

Page 80: Modul Lengkap PDF

80

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit pembelajaran ini, pelajar dapat:

1. mengetahui tentang isi kandungan dalam perjanjian Salamanca.

2. mengenal pasti secara lebih jelas tentang prinsip, polisi dan amalan dalam memenuhi

keperluan pendidikan khas.

PENGENALAN

Bab ini membincangkan tentang prinsip, polisi dan amalan dalam memenuhi keperluan

pendidikan khas serta rangka kerja tindakan yang terdiri daripada beberapa seksyen, iaitu

pemikiran baru di dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas dan petunjuk bagi tindakan

berdasarkan aras kawasan dan antarabangsa

ISI KANDUNGAN

KETERANGAN MENGENAI SALAMANCA DAN TINDAKAN RANGKA KERJA KE ATAS

KEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS

Lebih dari 300 penglibatan yang mewakili 92 kerajaan dan 25 organisasi antarabangsa bertemu

di Salamanca, Sepanyol dari 7hb hingga 10hb Jun 1994 bagi membincangkan mengenai

pendidikan untuk semua dengan menimbangkan berkenaan perubahan polisi bagi mencapai

pendidikan inklusif, menyenaraikan sekolah yang menempatkan semua kanak-kanak, khususnya

mereka yang bekeperluan khas. Penganjur Perjanjian Salamanca ialah kerajaan Sepanyol dengan

kerjasama UNESCO dan dihadiri bersama pegawai pendidikan, pentadbir, pakar dan penggubal

polisi sebagai pewakilan dari United Nation dan agensi pakar orang pekak, organisasi

antarabangsa, organisasi swasta dan agensi penyumbang dana. Persidangan ini menerima

Perjanjian Salamanca berdasarkan dasar, polisi dan amalan di dalam keperluan pendidikan khas

serta tindakan rangka kerja. Dokumen ini dimaklumkan melalui prinsip penyertaan,

pengiktirafan kepada keperluan ke arah sekolah untuk semua, institusi yang menerima semua

orang, memuliakan perbezaan, memberi sokongan, dan prihatin kepada keperluan individu.

Misalnya, mereka menjadikan kepentingan sumbangan kepada agenda pencapaian pendidikan

untuk semua dan menjadikan pendidikan di sekolah lebih berkesan. Isu kesamaan keperluan

pendidikan khas melibatkan negara dari utara dan selatan, tidak boleh dipisahkan dan perlu

membentuk keseluruhan strategi pendidikan termasuk polisi sosial dan ekonomi yang baru.

Perkara ini juga dipanggil nilai pembaharuan sekolah biasa.

Keterangan Salamanca berdasarkan prinsip, polisi dan amalan di dalam keperluan

pendidikan khas

Pendidikan untuk setiap individu bermula pada tahun 1948 melalui pengisytiharaan sejagat Hak

Asasi Manusia dan mula diperbaharui pada tahun 1990 di Persidangan Dunia Pendidikan Untuk

Page 81: Modul Lengkap PDF

81

Semua (World Conference on Education For All) bagi memastikan tidak wujud perbezaan antara

setiap individu. Perjumpaan semula beberapa United Nation bagi kemuncak persidangan dalam

tahun 1993 mengenai United Nation Standard Rules terhadap penyamaan peluang untuk mereka

yang mengalami kecacatan, dengan mendesak negara bagi memastikan pendidikan terhadap

golongan ini perlu dimasukkan ke dalam sistem pendidikan. Beberapa perkara diberi tumpuan,

iaitu:

1. Setiap kanak-kanak berhak mendapatkan pendidikan dan mereka mesti diberi peluang

bagi membolehkan kanak-kanak ini mencapai ilmu pengetahuan yang tinggi.

2. Setiap kanak-kanak mempunyai ciri-ciri yang unik, minat, kebolehan dan keperluan ilmu

pengetahuan.

3. Sistem pendidikan perlu diubah dan melaksanakan program pendidikan untuk memberi

faedah sepenuhnya kepada kepelbagaian ciri dan keperluan ini.

4. Pendidikan khas perlu dimasukkan ke sekolah biasa dan memberi tumpuan ke dalam

kaedah mengajar yang khusus kepada keperluan mereka.

5. Orientasi inklusif di sekolah biasa cara paling berkesan bagi memerangi sikap

berdiskriminasi, melahirkan masyarakat yang menyambut dengan mesra kanak-kanak ini,

membangunkan persatuan inklusif dan mencapai pendidikan untuk semua.

Pihak kerajaan perlulah memberi belanjawan dan kepentingan polisi bagi penambahbaikan

sistem pendidikan untuk membolehkan kemasukkan semua kanak-kanak tanpa mempedulikan

perbezaan atau kesukaran individu tersebut. Malah kerajaan perlu menerima dasar pendidikan

inklusif di dalam undang-undang atau polisi dan mendaftarkan semua kanak-kanak ini ke

sekolah biasa kecuali terdapat sebab-sebab tertentu. Pihak kerajaan juga perlulah membangunkan

dan menggalakkan rancangan perkongsian pengalaman dengan negara yang mempunyai

pengalaman berkaitan sekolah inklusif. Seterusnya, membentuk pengagihan kuasa pusat bagi

merancang, pengawalan, dan penilaian kepada penyediaan pendidikan untuk keperluan

pendidikan khas kanak-kanak dan orang dewasa. Menggalakkan penglibatan ibu bapa, komuniti

dan organisasi yang terlibat dengan mereka yang mengalami kecacatan dalam proses merancang

dan membuat keputusan keperluan pendidikan khas ini. Pihak kerajaan perlu berusaha dalam

mengenal pasti strategi penilaian pendidikan inklusif terutamanya dari aspek vokasiaonal.

Selain itu, UNESCO berperanan bagi:

1. Memastikan keperluan pendidikan khas menjadi sebahagian daripada agenda di dalam

forum berkaitan pendidikan untuk semua

2. Menggerakkan sokongan kepada organisasi professional perguruan dengan menambah

nilai pendidikan guru sebagai perhargaan untuk persediaan keperluan pendidikan khas,

3. Menggerakkan dana melalui pembentukan Medium-Term Plan (1996-2002)

4. Memperkembangkan program inklusif dan program sokongan komuniti.

5. Menggiatkan komuniti akademik bagi menguatkan rangkaian dan penyelidikan.

RANGKA KERJA PERJANJIAN SALAMANCA

Berdasarkan keterangan dari proposal, petunjuk dan cadangan yang diterima daripada lima

seminar yang diadakan bagi persediaan untuk persidangan dunia, maka rangka kerja berikut

dimeterai:

Page 82: Modul Lengkap PDF

82

1. Hak semua kanak-kanak untuk mendapat pendidikan telah termaktub di dalam Universal

Declaration of Human Right dan telah disokong oleh World Declaration on Education

for All. Dinyatakan di dalam United Nation Standard Rules on the Equalization of

Opportunities, A/RES/48/96, resolusi Amarika Syarikat pada sesi ke 48 pada 20hb

Disember 1993 menyatakan semua orang kurang upaya (OKU) berhak untuk

mendapatkan pendidikan. Ibubapa juga mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan

yang sempurna, yang diperlukan dan menjadi aspirasi kepada anak mereka.

2. Panduan utama untuk menyatakan mengenai rangka kerja ini, sekolah perlu menampung

semua kanak-kanak tanpa memperhatikan keadaan fizikal, intelektual, sosial, emosi,

bahasa dan lain-lain keadaan. Ini termasuklah kanak-kanak kurang upaya, berbakat,

kanak-kanak jalanan dan yang bekerja, tinggal di pendalaman dan berpindah randah,

kanak-kanak yang mempunyai bahasa, etnik dan budaya yang berbeza dan kanak-kanak

yang tidak mempunyai kelebihan atau disisih dari kumpulannya. Keadaan ini akan

menjadikan cabaran yang berbeza di setiap sekolah. Di dalam konteks rangka kerja ini,

pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dirujuk kepada semua kanak-kanak dan

remaja yang memerlukan pendidikan akibat ketidakupayaan dan masalah pembelajaran.

Pihak bertanggungjawab di sekolah perlu mencari jalan bagi menyediakan pendidikan

yang sempurna untuk kanak-kanak termasuklah kepada mereka yang tidak mempunyai

kelebihan dan ketidaksempurnaan. Selain itu sekolah juga boleh mengadakan program

inklusif bagi membolehkan kanak-kanak berpendidikan khas untuk belajar bersama

dengan kanak-kanak normal. Sesungguhnya kebolehan sesebuah sekolah bukan hanya

bergantung kepada kualiti proses pengajaran sahaja, tetapi juga di dalam merubah sikap

diskriminasi, mewujudkan komuniti yang menerima sesiapa sahaja dan membangunkan

masyarakat yang inklusif. Untuk mengubah perspektif sosial bukan perkara yang sukar

dan mengambil masa yang lama untuk diubah kerana masyarakat lebih memandang

kekurangan seseorang dari kelebihan yang ada pada mereka.

3. Pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas telah bergabung dengan prinsip

pedagogi dan didapati proses pembelajaran haruslah berdasarkan keperluan kanak-kanak

itu. Pedagogi yang selaras akan memberikan faedah kepada kanak-kanak khususnya dan

kepada masyarakat amnya.

4. Rangka kerja tindakan ini terdiri daripada beberapa seksyen, iaitu:

i. Pemikiran baru di dalam pendidikan berkeperluan khas

ii. Petunjuk bagi tindakan berdasarkan aras nasional/panduan pelaksanaan di

peringkat kebangsaan

a. Polisi dan organisasi

b. Faktor sekolah

c. Pengambilan dan latihan untuk pengetahuan kakitangan

d. Perkhidmatan sokongan lahiriah

e. Kawasan utama

f. Pandangan masyarakat

g. Keperluan sumber

Page 83: Modul Lengkap PDF

83

iii. Petunjuk bagi tindakan berdasarkan aras kawasan dan antarabangsa

Pemikiran baru di dalam pendidikan berkeperluan khas

Aliran di dalam polisi sosial sejak dua dekad yang lalu telah mempromosikan integrasi dan

penyertaan untuk mengelakkan pengasingan. Percantuman dan penyertaan amat penting bagi

menjaga maruah dan hak manusia. Dalam lingkungan pendidikan, pemikiran ini memberi kesan

dalam membangunkan strategi bagi menyamakan peluang semua pihak. Pengalaman di banyak

negara menunjukkan integrasi kanak-kanak dan remaja dengan berpendidikan khas adalah yang

terbaik di dalam lingkungan program/sekolah inklusif yang akan menyediakan mereka kepada

masyarakat. Ini adalah kerana kanak-kanak istimewa memerlukan pendidikan khas bagi

mencapai pendidikan yang sempurna di samping integrasi sosial. Sekiranya sekolah bersedia

menyokong program inklusif, kejayaan akan dikecapi semua pihak seperti guru, murid, pihak

sekolah, kelurga dan masyarakat.

Prinsip penting di dalam program inklusif adalah murid harus belajar bersama di mana

sahaja, walaupun di dalam kesukaran atau perbezaan. Maklum balas terhadap pelbagai keperluan

murid serta tempat tinggal perlu dikumpul bagi memastikan kualiti pendidikan berteraskan

kurikulum, pengurusan organisasi, pendekatan pengajaran, sumber yang digunakan dan

hubungan dengan masyarakat dapat dilaksanakan. Pihak sekolah harus memberikan

perkhidmatan dan sokongan yang berterusan supaya sekolah pendidikan khas dapat bersaing

dengan sekolah biasa.

Di dalam program inklusif, kanak-kanak berkeperluan khas harus menerima sokongan yang

lebih supaya mereka mendapat pendidikan yang efektif. Sekolah inklusif bermakna kanak-kanak

belajar di dalam sekolah yang sama bersama dengan rakan sebaya mereka yang normal. Senario

pendidikan khas berbeza dari satu negara ke satu negara, contohnya, negara yang mempunyai

sistem sekolah pendidikan khas yang stabil bagi kecacatan yang khas akan menjadi sumber bagi

membangunkan program inklusif. Kakitangan pendidikan khas juga perlu melakukan

penyaringan bagi mengenali kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan dan boleh

menyediakan latihan kepada kakitangan di sekolah biasa. Dengan cara ini maka sekolah

pendidikan khas atau program inklusif boleh menyediakan perkhidmatan pendidikan yang

bersesuaian kepada kanak-kanak yang kecil bilangannya ini.

Negara yang mempunyai sedikit atau tidak mempunyai langsung sekolah khas harus secara

umumnya dinasihat untuk menumpukan perhatian bagi membangunkan program inklusif dan

perkhidmatan istimewa kepada kanak-kanak ini. Perkhidmatan ini termasuklah guru-guru

pendidikan khas dan kakitangan yang mempunyai kelayakan dan pastinya pengalaman

merupakan antara perkara terpenting di dalam usaha untuk merealisasikan sekolah pendidikan

khas.

Perancangan pendidikan oleh pihak kerajaan perlu bertumpu kepada pendidikan untuk

semua, di semua daerah dalam negara dan suasana ekonomi melalui sekolah awam atau swasta.

Kanak-kanak kurang upaya biasanya mengetahui adanya pendidikan selepas adanya saudara

yang juga kurang upaya mendapat pendidikan asas. Tumpuan di dalam pendidikan asas ialah

literasi, nombor dan asas pembelajaran kanak-kanak pendidikan khas berdasarkan program

pendidikan orang dewasa.

Page 84: Modul Lengkap PDF

84

Kebanyakan wanita yang dilahirkan dengan ketidakupayaan sering kali tidak diberi

kelebihan. Lelaki dan wanita seharusnya diberikan program pendidikan yang sama dan peluang

yang sama. Rangka kerja ini bermaksud untuk menjadi panduan penuh untuk menjalankan

tindakan di dalam pendidikan khas bagi mencapai pendidikan untuk semua.

Panduan perlaksanaan pada peringkat kebangsaan

Pendidikan integrasi dan pemulihan berdasarkan komuniti diperlukan sebagai satu pendekatan

untuk memberi perkhidmatan kepada mereka yang memerlukan keperluan khas. Kedua-duanya

adalah berdasarkan kepada inklusi, intergrasi dan penyertaan yang mana semua ini telah

diamalkan dan memerlukan modal untuk mempromosinya sebagai satu strategi yang digunakan

di seluruh dunia. Tujuan utama adalah untuk memberi pendidkan kepada semua. Setiap negara

digalakkan untuk mempertimbangkan tindakan-tindakan berikut sebagai polisi:

1. Penggubal undang-undang seharusnya mengamalkan prinsip-prinsip kesamarataan

dengan mengambil kira tahap kemampuan kanak-kanak, remaja serta para belia yang

kurang upaya dalam setiap tahap pendidikan.

2. Keselarian dan undang-undang yang lengkap diperlukan dalam bidang kesihatan,

kebajikan sosial, latihan vokasional dan pekerjaan untuk memberi sokongan dan kesan

yang menyeluruh kepada undang-undang pendidikan.

3. Polisi pendidikan pada semua peringkat samada dari peringkat negara ke peringkat

setempat menyatakan bahawa polisi ini menggalakkan kanak-kanak istimewa untuk pergi

ke sekolah-sekolah biasa. Pengecualian kepada polisi ini patut diberikan berdasarkan kes-

kes di mana pendidikan di sekolah khas diperlukan atau kemajuan hanya dapat

ditunjukkan oleh kanak-kanak istimewa di sekolah khas.

4. Pelaksanaan aliran utama untuk kanak-kanak istimewa patut dijadikan salah satu

rancangan negara untuk mencapai dasar pendidikan untuk semua. Ini juga termasuklah

kes-kes yang dikecualikan seperti kanak-kanak yang berada di sekolah khas di mana

pendidikan mereka tidak seharusnya diasingkan. Penyertaan pengajar separuh masa di

sekolah-sekolah biasa haruslah digalakkan. Pemerhatian diperlukan untuk memastikan

penglibatan remaja dan orang dewasa yang istimewa di sekolah menengah ataupun

pendidikan yang lebih tinggi dan juga program latihan. Perhatian yang istimewa patut

diberikan untuk memastikan kesamarataan hak dan peluang kepada kanak-kanak

perempuan dan juga wanita

5. Perhatian yang lebih atau khusus seharusnya diberikan kepada OKU kerana mereka juga

mempunyai hak yang sama seperti orang biasa dalam komuniti untuk mencapai tahap

pendidikan tertinggi dan seharusnya mereka diberi peluang untuk mengetengahkan serta

mempertingkatkan kemampuan yang ada.

6. Polisi pendidikan seharusnya mengenalpasti setiap individu dari sudut yang berbeza

dalam situasi berbeza yang bakal ditempuhi oleh OKU. Sebagai contoh, penggunaan

bahasa isyarat seharusnya dipertingkatkan lagi bagi memudahkan insan-insan yang tidak

mampu mendengar memperluaskan penggunaan bahasa perantaraan mereka. Selain itu

melalui penyediaan sekolah- sekolah atau kelas khas untuk memenuhi keperluan

individu-individu ini.

Page 85: Modul Lengkap PDF

85

7. Pemulihan berdasarkan masyarakat sebagai salah satu strategi global untuk menyokong

pendidikan yang berkos dan latihan untuk mereka yang memerlukan pendidikan khas.

Pendekatan ini merupakan satu pendekatan khas dalam pembangunan masyarakat yang

bertujuan sebagai pemulihan, kesamarataan peluang dan integrasi sosial untuk semua

orang yang tidak berupaya. Pendekatan sebegini boleh dilakukan oleh orang kurang

berupaya bersama keluarga mereka dan masyarakat wajar diberi pendedahan mengenai

pendidikan, kesihatan,vokasional dan kebajikan sosial yang sesuai.

8. Polisi dan pengurusan kewangan menentukan pembangunan program inklusif. Sebarang

rintangan yang menghalang perpindahan dari sekolah istimewa ke sekolah biasa patut

dielakkan dan pada masa yang sama organisasi terlibat patut disusun atau penjenamaan

semula perlu dilakukan. Perkembangan ke arah pencantuman patut diberikan perhatian

yang teliti melalui pengumpulan statistik yang dapat mempamerkan bilangan murid

istimewa yang mendapat faedah dari sumber-sumber, tenaga pengajar dan kemudahan

yang diberikan untuk pendidikan khas dan juga bilangan murid yang mendapat

pendidikan di sekolah biasa.

9. Penyelarasan di antara pendidikan autoriti dan juga perkara-perkara yang

bertanggungjawab untuk kesihatan, pekerjaan dan khidmat sosial patut diperkuatkan

dalam semua peringkat untuk melengkapkan dan memberi penumpuan. Perancangan dan

penyelarasan patut mengambil kira potensi sebenar dan peranan agensi-agensi separa

awam dan badan-badan bukan kerajaan untuk mengambil bahagian. Usaha tertentu

diperlukan untuk mendapat sokongan masyarakat dalam mendapatkan bantuan

pendidikan khas.

10. Kerajaan memikul dua tanggungjawab yang besar dalam meneliti sumber-sumber luar

serta bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa untuk memastikan keutamaan turut

diberikan terhadap sistem pendidikan khas kerana ia sejajar dengan misi kerajaan iaitu

memartabatkan sistem pendidikan terhadap setiap individu. Badan-badan serta agensi-

agensi yang lain juga seharusnya menitikberatkan polisi kerajaan yang menghormati

sistem pendidikan khas dalam merancang serta melaksanakan program-program sama

ada melibatkan bidang pendidikan atau bidang-bidang lain.

Faktor Sekolah

Menubuhkan program/sekolah inklusif yang dapat memenuhi keperluan murid-murid di kawasan

bandar dan luar bandar memerlukan komitmen yang tinggi, pendedahan yang jelas berkenaan

polisi inklusif dan penyediaan sumber kewangan yang mencukupi, maklumat kepada masyarakat

awam yang mencukupi untuk menentang prejudis serta membina sifat yang positif, program

orientasi dan latihan staf yang meluas serta penyediaan program sokongan yang mencukupi.

Perubahan dalam semua aspek persekolahan menyumbang kepada kejayaannya yang meliputi

kurikulum, bangunan, organisasi sekolah, pedagogi, penilaian, perjawatan, sekolah serta aktiviti

kurikulum tambahan.

Kebanyakan perubahan yang diperlukan tidak merujuk secara khusus kepada golongan

kanak-kanak dengan keperluan pendidikan khas. Mereka merupakan sebahagian daripada

pembaharuan besar pendidikan yang perlu dilaksanakan untuk memperbaiki kualiti,

keberkesanan serta meningkatkan pencapaian murid-murid berkeperluan khas. Deklarasi

Education for All sedunia menfokus terhadap keperluan untuk menyekolahkan semua kanak-

kanak. Perlaksanaan sistem yang lebih fleksibel serta boleh diubahsuai dapat memenuhi

Page 86: Modul Lengkap PDF

86

keperluan semua kanak-kanak dan seterusnya menyumbang kepada kejayaan pendidikan serta

program inklusif. Aspek-aspek yang perlu dipertimbangkan dalam mengintegrasi kanak-kanak

berkeperluan khas ke dalam sekolah inklusif adalah seperti berikut:

Fleksibiliti Kurikulum

Matapelajaran perlu disesuaikan mengikut keperluan kanak-kanak dan bukannya sebaliknya.

Oleh itu, sekolah sepatutnya menyediakan peluang kurikulum yang bersesuaian dengan

kepelbagaian kebolehan serta minat pelajar. Murid-murid berkeperluan khas patut menerima

sokongan pengajaran tambahan dalam konteks kurikulum biasa dan bukannya mendapat

kurikulum yang berbeza. Prinsip bimbingan yang sepatutnya adalah untuk menyediakan kanak-

kanak dengan pendidikan yang sama, serta menyediakan bantuan serta sokongan kepada kanak-

kanak yang memerlukan.

Perolehan ilmu pengetahuan bukanlah satu perkara formal ataupun berdasarkan arahan

teoritikal. Isi kandungan pendidikan sepatutnya menghala kepada standard yang tinggi serta

keperluan setiap individu berasaskan pandangan bahawa mereka perlu terlibat dalam

perkembangan masing-masing. Pengajaran sepatutnya berkaitan dengan pengalaman dan aktiviti

praktikal bagi memotivasikan murid-murid. Prosedur penilaian perlu dikaji semula bagi

mengikuti perkembangan setiap kanak-kanak. Penilaian formatif patut diaplikasikan dalam

proses pendidikan biasa bagi memastikan murid-murid dan guru mendapat kemahiran masteri

serta membantu pelajar mengenal pasti kelemahan masing-masing dan seterusnya mendapat

bantuan bagi mengatasinya.

Sokongan berterusan patut disediakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dari aspek

yang sekecil-kecilnya di dalam bilik darjah sehinggalah program bantuan sokongan tambahan di

dalam atau di luar sekolah (apabila diperlukan). Penyediaan bantuan daripada guru pakar serta

staf sokongan tambahan dari pihak luar juga perlu direncana dan dilaksanakan dengan

mengambil kira teknologi yang bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian kanak-kanak dalam

kurikulum, mobiliti serta pembelajaran. Bantuan teknikal boleh ditawarkan dalam bentuk yang

lebih menjimatan serta efektif jika disediakan secara berpusat di mana terdapat kepakaran yang

bersesuaian dengan keperluan individu serta penyelenggaraan dapat disediakan dari semasa ke

semasa.

Kemahiran patut dibina dan kajian perlu dijalankan di peringat kebangsaan serta kawasan

bagi membina sistem sokongan yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan khas. Negara

yang telah menandatangani Florence Agreement sepatutnya menggalakkan penggunaan

instrumen ini bagi menyediakan bahan serta peralatan yang diperlukan oleh individu yang

mempunyai ketidakupayaan. Pada masa ini, negara yang tidak terikat kepada perjanjian tersebut

adalah digalakkan untuk menyediakan perkhidmatan serta peralatan yang percuma untuk

pendidikan.

Pengurusan Sekolah

Pihak pengurusan dan pemimpin sekolah boleh memainkan peranan yang besar dalam

memastikan sekolah lebih prihatin terhadap kanak-kanak berkeperluan khas jika diberikan kuasa

Page 87: Modul Lengkap PDF

87

yang sepatutnya dan latihan yang mencukupi untuk berbuat sedemikian. Pihak ini sepatutnya

dijemput untuk membina prosedur pengurusan yang lebih fleksibel, mengatur sumber

pengajaran, mempelbagaikan pilihan pembelajaran, menggerakkan bantuan kepada kanak-kanak,

menyokong pelajar-pelajar yang mengalami kesukaran dan memupuk hubungan yang rapat

dengan ibu bapa serta komuniti luar. Pengurusan sekolah yang berjaya bergantung kepada

penyertaan aktif serta kreatif guru-guru serta staf, dan perkembangan kerjasama yang efektif

antara ahli kumpulan bagi memenuhi keperluan pelajar.

Pemimpin sekolah mempunyai tanggungjawab istimewa untuk membina sikap positif

antara komuniti dalam sekolah dan dalam menggalakkan kerjasama yang efektif antara guru

kelas dan staf sokongan. Perancangan yang teratur bagi sokongan serta peranan yang perlu

dimainkan oleh pelbagai pihak dalam proses pembelajaran perlu diputuskan melalui

perbincangan serta perundingan.

Setiap sekolah perlu bertindak sebagai komuniti yang bertanggungjawab untuk

menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar. Mereka ini sepatutnya bertindak sebagai

sebuah pasukan pendidik dan bukannya sebagai guru yang bertindak seorang diri. Oleh itu,

tanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas mestilah

dikongsi bersama-sama. Pihak ibu bapa dan sukarelawan juga patut dijemput untuk membantu

secara aktif dalam tugasan di sekolah. Walaubagaimanapun, guru memainkan peranan sebagai

pengurus kepada proses pembelajaran, yang berfungsi untuk menyokong murid dari aspek

sumber yang boleh diperolehi di dalam dan luar di bilik darjah.

Maklumat dan kajian

Bagi tujuan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran, maklumat berkenaan hasil kajian

yang berkaitan juga adalah amat berguna. Pengumpulan pengalaman dan perkembangan pusat

dokumentasi sepatutnya mendapat sokongan dari peringkat kebangsaan dan hak untuk mendapat

maklumat ini patut diperluaskan. Pendidikan khas sepatutnya diintegrasikan ke dalam kajian dan

program perkembangan di institusi-institusi perkembangan kurikulum. Perhatian yang

sewajarnya harus diberikan terhadap kajian tindakan yang menfokus kepada pengajaran inovatif

dan strategi pembelajaran. Guru sepatutnya terlibat secara aktif dalam tindakan serta refleksi

yang berkaitan dengan kajian seumpama ini. Pilot experiments dan kajian yang mendalam patut

dijalankan bagi membantu proses membuat keputusan dan panduan bagi tindakan di masa depan.

Eksperimen dan kajian ini boleh dijalankan berasaskan kerjasama antara beberapa negara.

Pengambilan dan Latihan Kakitangan Pendidikan

Persediaan yang mencukupi oleh semua kakitangan pendidikan merupakan faktor penting dalam

membentuk program/sekolah inklusif. Seterusnya, pengambilan guru yang mempunyai

ketidakupayaan sebagai role model kepada kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan

adalah diiktiraf. Tindakan-tindakan seperti berikut boleh diambil:

Page 88: Modul Lengkap PDF

88

1. Program latihan awal patut disediakan kepada semua guru tidak kira di sekolah rendah

mahupun sekolah menengah adalah perlu bagi membentuk orientasi positif terhadap

ketidakupayaan dan seterusnya membina persefahaman berkenaan apa yang boleh

dicapai di sekolah dengan perkhidmatan sokongan yang ada. Pengetahuan serta

kemahiran yang diperlukan antaranya adalah pengajaran yang baik termasuk menilai

keperluan-keperluan khas, mengadaptasi kandungan kurikulum, penggunaan bantuan

teknologi, prosedur pengajaran individu yang dapat memenuhi kepelbagaian

ketidakupayaan dan sebagainya. Di institusi latihan guru, mereka sepatutnya dilatih untuk

menggunaan kuasa autonomi serta mengaplikasikan kemahiran yang ada bagi

mengadaptasi pelbagai kurikulum yang ada serta pengajaran bagi memenuhi keperluan

murid-murid ini di samping membolehkan mereka bekerjasama dengan pakar serta pihak

ibu bapa.

2. Kemahiran yang diperlukan untuk memberi tindak balas terhadap keperluan pendidikan

khas patut diambilkira semasa membuat penilaian pembelajaran dan persijilan seseorang

guru.

3. Satu lagi perkara yang menjadi keutamaan adalah, perlunya penulisan bahan serta

penganjuran seminar kepada pihak pengurusan, penyelia, guru besar dan guru-guru yang

telah berkhidmat lebih lama bagi membina kepimpinan mereka dalam bidang ini di

samping memberi sokongan kepada guru-guru yang kurang berpengalaman.

4. Cabaran utama adalah untuk menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada semua

guru-guru memandangkan kepelbagaian keadaan dalam tugasan mereka. Latihan dalam

perkhidmatan sepatutnya dijalankan di peringkat sekolah yang melibatkan interaksi

dengan pelatih-pelatih dan disokong oleh pusat yang berhampiran dan teknik pengajaran

yang lain.

5. Latihan khas dalam pendidikan khas bagi memperoleh kelayakan yang lebih tinggi

sepatutnya turut mengambil kira latihan serta pengalaman sebagai seorang guru biasa

bagi memastikan adanya mobiliti.

6. Latihan bagi guru-guru pendidikan khas patut dipertimbangkan dengan tujuan untuk

membolehkan mereka bekerja dalam pelbagai persekitaran dan mampu untuk memainan

peranan dalam program pendidikan khas. Pendekatan yang dapat diaplikasikan kepada

semua kategori ketidakupayaan patut dibina sebagai satu teras utama sebelum memberi

fokus terhadap satu atau lebih bidang ketidakupayaan.

7. Universiti memainkan peranan penting sebagai penasihat dalam proses membangunkan

pendidikan khas, terutamanya berkaitan dengan kajian, penilaian, persediaan guru-guru

pelatih dan dalam membina bahan-bahan serta program latihan. Rangkaian antara

universiti dan institusi pengajian tinggi dalam membina negara patut ditingkatkan. Kajian

serta latihan antara rangkaian yang dibentuk ini adalah amat penting untuk melibatkan

individu yang mempunyai ketidakupayaan dalam kajian dan latihan bagi memastikan

perspektif mereka diambil kira.

8. Perulangan masalah yang berlaku dalam sistem pendidikan, termasuklah sistem yang

menyediakan perkhidmatan terbaik bagi murid-murid yang mempunyai ketidakupayaan

adalah kekurangan role model bagi murid-murid ini. Murid berkeperluan khas

memerlukan peluang untuk berinteraksi dengan golongan dewasa yang mempunyai

ketidakupayaan yang telah mencapai kejayaan supaya mereka boleh mencorakkan cara

dan aspirasi hidup berdasarkan jangkaan yang realistik. Di samping itu, mereka patut

diberi latihan dan disediakan dengan contoh-contoh empowerment serta kepimpinan agar

Page 89: Modul Lengkap PDF

89

mereka mampu untuk membantu dalam membentuk polisi yang akan mempengaruhi

kehidupan mereka kelak. Sehubungan itu, sistem pendidikan sepatutnya member peluang

kepada guru-guru dan kakitangan yang yang mempunyai ketidakupayaan tetapi

berkelayakan serta melibatkan individu yang berjaya walaupun mempunyai

ketidakupayaan bagi pendidikan khas.

Perkhidmatan Sokongan Luar

Pembekalan perkhidmatan sokongan adalah amat penting untuk kejayaan polisi pendidikan

inklusif. Untuk memastikan itu, semua peringkat, perkhidmatan luar adalah boleh didapati untuk

kanak-kanak berkeperluan khas, pihak berkuasa pendidikan patut mempertimbangkan yang

berikut. Sokongan kepada sekolah biasa boleh didapati daripada institusi pendidikan guru dan

staf sekolah pendidikan khas. Institusi latihan dan sekolah pendidikan khas boleh menyediakan

kemudahan dan bahan mahupun latihan dalam strategi pengajaran. Sokongan luar dari sumber

tenaga dari pelbagai agensi, jabatan dan institusi, seperti guru penasihat, ahli psikologi

pendidikan, jurupulih cara kerja dan pertuturan dan sebagainya patut diselaraskan di peringkat

tempatan. Sekolah kluster telah membuktikan satu strategi yang berguna dalam permindahan

sumber pendidikan terutama penglihatan komuniti. Sekolah kluster boleh dibahagikan

tanggungjawab bersama untuk memenuhi keperluan pendidikan khas murid di kawasan mereka

dan skop untuk peruntukan sumber diberikan. Pengaturan tersebut boleh melibatkan

perkhidmatan bukan pendidikan juga. Sebenarnya, perkhidmatan pendidikan dapat manfaat besar

sekiranya usaha banyak telah dilakukan untuk memastikan penggunaan optimum kepada

kepakaran dan sumber.

Kawasan keutamaan

Integrasi kanak-kanak dan orang muda dengan pendidikan khas akan menjadi lebih efektif dan

berjaya sekiranya mempertimbangkan aspek pendidikan awal kanak-kanak supaya peluang

pendidikan semua kanak-kanak, pendidikan perempuan dan peralihan dari pendidikan kepada

kehidupan pekerjaan mempunyai halatuju.

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Kejayaan program/sekolah inklusif bergantung kepada identifikasi awal, penilaian dan stimulasi

kanak-kanak muda dengan keperluan pendidikan khas. Penjagaan kanak-kanak dan program

pendidikan untuk kanak-kanak dari umur enam tahun perlu di perkembangkan dan atau disusun

untuk mempromosikan perkembangan fizikal, intelek, dan sosial serta persediaan untuk sekolah.

Program-program ini memiliki nilai ekonomi yang tinggi untuk individu, keluarga dan

masyarakat untuk mengelakkan penyukaran keadaan ketidakupayaan. Program pada peringkat

ini patut mengiktiraf prinsip inklusif dan boleh diperkembangkan dengan lengkap melalui

gabungan aktiviti-aktiviti pra sekolah dan penjagaan kesihatan awal kanak-kanak. Banyak negara

telah menggunakan polisi yang menyokong pendidikan awal kanak-kanak, sama ada dengan

menyokong perkembangan tadika, pusat pengasuhan harian atau mengorganisasikan maklumat

keluarga dan aktiviti kesedaran bersempena dengan perkhidmatan komuniti (kesihatan,

penjagaan ibu dan kanak-kanak), sekolah dan keluarga tempatan ataupun persatuan wanita.

Page 90: Modul Lengkap PDF

90

Pendidikan Kanak-kanak Perempuan

Anak perempuan yang memiliki ketidakupayaan adalah suatu kesukaran. Usaha yang gigih amat

diperlukan demi menyediakan latihan dan pendidikan untuk kanak-kanak perempuan yang

berkeperluan pendidikan khas. Selain akses kepada sekolah, kanak-kanak perempuan patut

memiliki informasi dan bimbingan mahupun contoh teladan yang mampu membantu mereka

untuk melakukan pilihan dan persediaan untuk memainkan peranan sebagai wanita pada masa

depan.

Persediaan untuk Kehidupan Orang Dewasa

Remaja berkependidikan khas perlu dibantu untuk menghadapi proses peralihan yang efektif dari

kehidupan sekolah ke arah kehidupan alam pekerjaan orang dewasa. Pihak sekolah perlu

membantu mereka menjadi ekonomi aktif dan memberi mereka kemahiran yang diperlukan

dalam kehidupan harian. Seruan ini adalah untuk teknologi latihan yang bersesuaian, termasuk

pengalaman terus dalam kehidupan sebenar di luar sekolah. Kurikulum untuk murid pendidikan

berkeperluan khas perlu memasukkan program peralihan spesifik, sokongan untuk pendidikan

lebih tinggi pada bila-bila masa dan latihan vokasional yang kemudiannya menyediakan mereka

ke arah berdikari serta memberi sumbangan kepada masyarakat selepas meninggalkan sekolah.

Aktiviti-aktiviti ini patut dilaksanakan dengan penglibatan yang aktif oleh kaunselor bimbingan

vokasional, pegawai penempatan, gabungan perdagangan, pihak berkuasa tempatan dan

perkhidmatan yang berlainan serta agensi yang berkaitan.

Orang Dewasa dan Pendidikan Berterusan

Orang kurang kemampuan patut diberi perhatian khas dan melaksanakan program pendidikan

orang dewasa berterusan. Kursus khas patut direkabentuk untuk memenuhi keperluan dan

keadaan pelbagai kumpulan orang ketidakupayaan.

Perspektif Komuniti

Menyedari matlamat untuk pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas yang berjaya bukan tugas

pihak Kementerian Pendidikan sahaja. Usaha ini turut melibatkan kerjasama keluarga dan

mobiliti komuniti serta organisasi sukarela mahupun sokongan orang awam. Pengalaman dari

negara atau kawasan yang telah melihat perkembangan peluang pendidikan yang sama untuk

kanak-kanak dan remaja pendidikan berkeperluan khas memerlukan cadangan beberapa latihan

yang berguna.

Sokongan Ibu Bapa

Pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan perkongsian dan sokongan ibu

bapa dengan pihak profesional. Ibu bapa memerlukan sokongan demi menjawat peranan sebagai

ibu bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Peranan ibu bapa dan keluarga boleh

ditambahkan dengan dengan perolehan maklumat yang diperlukan dalam bahasa yang ringkas

dan jelas. Ibu bapa dan guru memerlukan sokongan dan dorongan dalam belajar untuk bekerja

Page 91: Modul Lengkap PDF

91

bersama-sama seperti ibu bapa. Ibu bapa merupakan rakan sekerja yang berhubung dalam

pendidikan berkeperluan khas untuk kanak-kanak mereka, dan setakat persetujuan mereka dalam

pilihan jenis perolehan pendidikan yang diingini oleh mereka untuk anak mereka.

Hubungan bekerjasama dan sokongan antara pentadbir-pentadbir sekolah, guru-guru dan

ibu bapa perlu diperkembangkan lagi dan ibu bapa dianggap sebagai rakan sekerja yang aktif

dalam membuat keputusan. Ibu bapa patut didorong untuk menyertai aktiviti pendidikan di

rumah dan di sekolah (di mana mereka dapat memerhati teknik efektif dan belajar bagaimana

mengorganisasi aktiviti kurikulum), mahupun dalam aspek penyeliaan dan sokongan dalam

pembelajaran kanak-kanak.

Pihak kerajaan patut mengambil langkah pimpinan dalam mempromosikan jalinan

hubungan dengan ibu bapa, melalui pernyataan dalam polisi dan peraturan mengenai hak ibu

bapa. Perkembangan persatuan ibu bapa patut dipromosikan dan penglibatan mereka dalam

merekabentuk dan melaksanakan program berniat untuk menambahbaik pendidikan untuk anak

mereka. Pihak berkuasa persatuan tersebut turut perlu diberi nasihat mengenai merekabentuk

dan melaksanakan program-program.

Penglibatan Komuniti

Pemberian kuasa, penglibatan komuniti dalam pendidikan dan melatih individu pendidikan

berkeperluan khas wajar dilakukan oleh pihak pentadbiran tempatan begai mendorong

penyertaan komuniti dengan memberi sokongan dalam persatuan perwakilan dan menjemput

mereka untuk melibatkan diri dalam membuat keputusan. Mekanisme pelancaran dan

pemantauan yang terkandung pentadbiran sivil tempatan, pendidikan, kesihatan dan

pembangunan pihak berkuasa, pemimpin komuniti dan organisasi voluntari patut dibentuk dalam

kawasan geografi cukup untuk memastikan penyertaan komuniti yang bermakna.

Penglibatan komuniti boleh menggiatkan aktiviti-aktiviti sekolah seperti memberi

bantuan dalam melakukan kerja rumah dan menggantikan kekurangan dari sokongan keluarga.

Peranan persatuan-persatuan berhampiran dalam komuniti, persatuan-persatuan keluarga, kelab

remaja dan pergerakan untuk orang lebih tua dan sukarekawan lain, termasuk orang kurang

upaya boleh digembeling bagi menjayakan agenda ini. Tindakan pemulihan dalam komuniti

seharusnya bermula apabila komuniti memutuskan sama ada program itu akan dijadikan

sebahagian daripada perjalanan aktiviti-aktiviti pembangunan komuniti. Pelbagai rakan sejawat

dalam komuniti , termasuk organisasi untuk orang kurang upaya dan organisasi bukan kerajaan

yang lain patut diberi kuasa untuk mengambil tanggungjawab dalam program yang dicadangkan.

Peranan Organisasi Sukarela

Persatuan-persatuan sukarela dan organisasi-organisasi bukan kerajaan memiliki lebih kebebasan

untuk bertindak dan berupaya bertindak kepada keperluan yang disampaikan. Mereka

membangunkan idea baru dan merintis jalan untuk kaedah penyampaian yang berinovatif.

Mereka boleh memainkan peranan sebagai pencetus perubahan, dan pemangkin, serta

memperluaskan bidang program yang dicapai oleh komuniti. Persatuan orang kurang upaya,

Page 92: Modul Lengkap PDF

92

individu yang mempunyai pengaruh yang kuat, patut dijemput untuk mengambil bahagian aktif

dalam mengenal pasti keperluan, meluahkan pendapat keutamaan, mentadbir perkhidmatan,

menilai pencapaian dan membawa perubahan.

Kesedaran Awam

Pengubal polisi di semua peringkat, termasuk di peringkat sekolah, harus menguatkan komitmen

mereka dalam menyemai dan mempromosikan sikap positif dalam kalangan kanak-kanak, guru-

guru dan orang awam terhadap golongan berkeperluan khas dari semasa ke semasa. Pihak media

massa boleh memainkan peranan kuat dalam mempromosikan sikap positif terhadap

pengintegrasian orang kurang upaya dalam masyarakat, mengatasi prejudis dan salah fahaman,

serta menanam sikap optimistik dan imaginasi terhadap keupayaan orang kurang upaya. Pihak

media juga boleh mempromosikan sikap positif dikalangan majikan dalam aspek mengaji orang

kurang keupayaan. Fungsi media patut digunakan untuk memberitahu awam mengenai

pendekatan baru dalam pendidikan, terutamanya mengenai peruntukan untuk pendidikan

bekeperluan khas di sekolah biasa dengan memperkenalkan latihan.

Keperluan Sumber

Pembangunan perlu sampai ke sekolah agar berkesan untuk mencapai pendidikan dan semua

polisi kerajaan dan bersesuai dengan keistimewaan tempat perkembangan agenda kebangsaan.

Perubahan dalam polisi dan tidak menjadi efektif kecuali cukup keperluan sumber. Kerjasama

politik, kebangsaan dan komuniti adalah perlu untuk mendapat pertambahan sumber. Oleh itu,

komuniti perlu memainkan peranan dalam perkembangan sekolah, kerajaan perlu memajukan

dan memberi sokongan terutama sekali dalam mencipta keberkesanan dan mampu membuat

penyelesaian.

Manusia berkongsi satu institusi, logistik, material dan sumber kewangan seperti

institusi-institusi pendidikan, kesihatan, pekerja kebajikan sosial dan sebagainya. Penggabungan

institusi pendidikan dan sosial melengkapkan keperluan pendidikan khas agar struktur

pengurusan lebih efektif untuk membolehkan perkhidmatan untuk kerjasama di kedua-duanya

berjalan lancar.

Garis panduan untuk tindakan daerah dan peringkat antarabangsa

Kerjasama antarabangsa antara kerajaan dan bukan kerajaan, daerah dan organisasi pemerintah

memainkan peranan penting untuk memberi sokongan dan bergerak agar sampai ke sekolah.

Asas pengalaman organisasi antarabangsa, kerajaan dan bukan kerajaan asas penyumbang

agensi, boleh mempertimbangkan untuk menjadi ahli dalam pelaksanaan rancangan. Tugas

penting untuk peringkat antarabangsa adalah sokongan untuk melancarkan projek dan mencuba

kapasiti pembangunan yang baru.

Keutamaan hak tugas menjadi kewajipan kepada organisasi antarabangsa sebagai

pemudah penukaran tentang data, maklumat dan keputusan pelancaran program dalam keperluan

pendidikan khas antara bandar dan daerah. Pusat berkuasa menentukan dan memudahkan

Page 93: Modul Lengkap PDF

93

pertukaran maklumat. Struktur daerah dan antarabangsa perlu memperkukuhkan dan aktiviti

bersambungan dengan polisi, program, latihan individu dan penilaian.

Peratusan tinggi tentang kecacatan tidak mempunyai maklumat yang tepat, kemiskinan

dan tahap kesihatan yang rendah. Di seluruh dunia, peratus individu yang mengalami kecacatan

semakin bertambah. Oleh yang demikian, kerjasama antarabangsa diperlukan bagi memberi

sokongan memajukan seminar latihan untuk pengurusan pendidikan, pakar setiap daerah dan

memelihara kerjasama antara universiti dan institusi latihan di dengan cara perbandingan

pendidikan untuk penerbitan berlainan sumber dokumen dan bahan.

Kerjasama antarabangsa perlu membantu mengembangkan peningkatan keperluan

pendidikan khas, menyokong ciptaan baru dan penyebaran maklumat atau jurnal. Kerjasama

antarabangsa perlu memberi sokongan dan menerima spesifikasi dalam teknologi

komunikasi.Perancangan tindakan kerja disambut baik selepas perbincangan dan pindaan dalam

sesi penutup persidangan pada 10 Jun 1994 dengan mencadangkan supaya ahli, kerajaan dan

bukan organisasi kerajaan melaksanakan Perjanjian Salamanca terhadap prinsip, polisi, dan

amalan dalam Pendidikan Khas.

RUMUSAN

Rangka kerja bagi pendidikan berkeperluan khas ini dijalankan oleh World Conference on

Special Needs Education yang diuruskan oleh Kerajaan Sepanyol dengan kerjasama UNESCO

dan diadakan di Salamanca. Perjanjian Salamanca menyediakan polisi dan panduan tindakan

oleh kerajaan, organisasi antarabangsa, agensi bantuan nasional, badan bukan kerajaan dan

badan-badan lain dari sudut prinsip, polisi dan latihan di dalam pendidikan kanak-kanak

berkeperluan khas. Rangka kerja ini telah dirangka secara giat berdasarkan pengalaman negara-

negara yang terlibat dengan keputusan, cadangan dan penerbitan dari sistem Amerika Syarikat

dan organisasi di antara pemerintah, khususnya dari Standard Rules on the Equalization of

Opportunities bagi orang kurang upaya.

Forum 8:

Anda telah di lantik sebagai penyelaras dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di

salah sebuah sekolah menengah di negara ini. Cuba jelaskan peranan anda dalam

memperkasakan pendidikan khas berdasarkan kepada rangka kerja tindakan yang diutarakan

dalam perjanjian Salamanca.

Page 94: Modul Lengkap PDF

94

Tugasan 8:

Bincangkan jenis-jenis perancangan yang anda boleh lakukan untuk memajukan program

inklusif di bawah seliaan anda berdasarkan kepada pengetahuan anda dalam perjanjian

Salamanca ini.

KATA KUNCI

Perjanjian Salamanca

Pemikiran baru di dalam pendidikan berkeperluan khas

Panduan pelaksanaan di peringkat kebangsaan

Petunjuk bagi tindakan berdasarkan aras kawasan dan antarabangsa

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan rangka tindakan bagi Perjanjian Salamanca.

PETA KONSEP

RUJUKAN

SALAMANCA. 1994. Salamanca Statement and Framework for Action. Sepanyol:

SALAMANCA.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Rangka kerja tindakan Perjanjian Salamanca

Pemikiran baru di dalam pendidikan berkeperluan

khas

Petunjuk bagi tindakan berdasarkan aras

nasional/panduan pelaksanaan di peringkat

kebangsaan

Petunjuk bagi tindakan berdasarkan aras kawasan

dan antarabangsa

Polisi dan organisasi

Faktor sekolah

Pengambilan dan latihan untuk

pengetahuan kakitangan

Perkhidmatan sokongan lahiriah

Kawasan utama

Pandangan masyarakat

Keperluan sumber

Page 95: Modul Lengkap PDF

95

1. Rangka kerja tindakan ini terdiri daripada beberapa seksyen, iaitu:

1. Pemikiran baru di dalam pendidikan berkeperluan khas

2. Petunjuk bagi tindakan berdasarkan aras nasional/panduan pelaksanaan di peringkat

kebangsaan

a. Polisi dan organisasi

b. Faktor sekolah

c. Pengambilan dan latihan untuk pengetahuan kakitangan

d. Perkhidmatan sokongan lahiriah

e. Kawasan utama

f. Pandangan masyarakat

g. Keperluan sumber

3. Petunjuk bagi tindakan berdasarkan aras kawasan dan antarabangsa

UNIT 9

BIWAKO MILLENNIUM FRAMEWORK 2002

Page 96: Modul Lengkap PDF

96

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar dapat:

1. Mengetahui tentang BIWAKO Millennium Framework 2002

2. Mengenal pasti secara lebih jelas mengenai isi kandungan dan implikasi BIWAKO

Millennium Framework 2002 terhadap Pendidikan Khas.

PENGENALAN

Biwako Millennium Framework atau ringkasnya BIWAKO mengetengahkan kepentingan

peraturan, kemudahan asas dan hak keserataan antara orang kurang upaya dengan orang upaya.

BIWAKO mengandungi tujuh agenda utama, iaitu matlamat, prinsip dan dasar, agenda, strategi

dan tindakan untuk mencapai target, kerjasama dan sokongan bagi tindakan subrantau, serantau

dan antara rantau, pemantauan dan kajian semula serta implikasi.

ISI KANDUNGAN

Pada bulan Mei 2002, Economic And Social Commission For Asia and Pacific (ESCAP) telah

membuat satu resolusi untuk mengangkat hak bagi orang kurang upaya di rantau Asia dan

Pasifik di abad kedua puluh satu. Resolusi ini juga mengisytiharkan pelanjutan tempoh resolusi

bagi orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik dari 1993-2002 ke 2003-2012. Pada bulan

Oktober 2002, Mesyuarat Antarabangsa Kerajaan Peringkat Tertingi bagi Memuktamadkan

Dekad bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik 1993-2002, menerima pakai

Rangka Kerja Milenium Biwako dan mengiktiraf bahawa empat ratus million orang kurang

upaya mempunyai kebolehan untuk menyumbang kepada pembangunan negara dalam Rantau

Asia dan Pasifik. Namun begitu, peratus golongan ini masih rendah dalam bidang pendidikan,

pekerjaan, peluang ekonomi, sosial dan termasuk dalam dua puluh peratus golongan miskin.

Resolusi dekad baru (2003-2012) perlu memastikan berlakunya anjakan paradigma

daripada pendekatan berasaskan kerja-kerja amal kepada pendekatan berasaskan hak-hak untuk

dilindungi seperti hak sivil, budaya, ekonomi, politik dan sosial orang kurang upaya. Oleh kerana

Rangka Kerja Milenium Biwako menggariskan isu, pelan tindakan dan strategi bagi orang

kurang upaya maka untuk mencapai matlamat ini, bidang keutamaan, isu kritikal, sasaran dengan

tempoh masa yang tertentu dan tindakan bagi setiap bidang yang utama ditetapkan. Secara

umumnya, digariskan dua puluh satu sasaran dan tujuh belas strategi yang menyokong

pencapaian semua sasaran tersebut.

LATAR BELAKANG BIWAKO

Nama BIWAKO diambil sempena nama sebuah tasik air tawar yang terbesar di Shiga, Jepun.

BIWAKO merupakan rentetan daripada persidangan Economic And Social Comission for Asia

and The Pacific di mana tindakan untuk mempromosikan pendidikan inklusif, hak-hak

kebebasan dan keperluan sosial untuk orang kurang upaya dibahaskan. Pendidikan inklusif

bermakna pendidikan untuk semua dan hak-hak kebebasan dalam masyarakat pula bermaksud

Page 97: Modul Lengkap PDF

97

sesuatu masyarakat yang bebas dari aspek fizikal, sosial dan budaya. Keperluan sosial pula

merujuk kepada hak-hak asasi manusia termasuklah pembangunan diri warga kurang upaya yang

perlu diberi keutamaan. Manakala, masyarakat tanpa halangan bermaksud masyarakat yang

bebas daripada halangan institusi, fizikal dan sikap serta halangan sosial, ekonomi dan

kebudayaan masyarakat berasaskan hak.

MATLAMAT

Matlamat utama BIWAKO ialah memperkenalkan pendidikan inklusif dan bebas daripada

halangan masyarakat bagi orang kurang upaya di Asia dan Pasifik. Pendidikan inklusif

merupakan satu pendekatan di mana murid-murid berpendidikan khas dan biasa belajar bersama

dalam satu bilik darjah oleh guru-guru biasa. Halangan-halangan yang dikenalpasti berlaku ialah

sikap komuniti, tahap pendapatan, peluang mendapatkan pendidikan dan pekerjaan serta akses

kepada perkhidmatan yang disediakan.

PRINSIP DAN HALATUJU

Antara prinsip dan halatuju BIWAKO ialah:

1. Menggubal atau menguat kuasakan undang-undang dan dasar yang berkaitan kesamarataan

peluang, hak dan layanan terhadap orang kurang upaya,

2. Memasukkan dimensi orang kurang upaya ke dalam semua undang-undang baru dan lama,

perancangan dasar, program dan skim yang berkaitan,

3. Mengukuh atau menguat kuasakan jawatankuasa pertubuhan kebangsaan berkaitan orang

kurang upaya,

4. Menyokong pembangunan orang kurang upaya dan organisasi mereka bagi melibatkan

mereka dalam proses membuat keputusan dasar kerajaan serta memastikan orang kurang

upaya menjadi sebahagian daripada usaha bagi mencapai pembangunan millennium,

5. Menguatkan kapasiti negara dengan pengumpulan data dan analisis untuk menyokong polisi

dan pengaplikasian program serta mengambil dasar campur tangan awal, iaitu intervensi

awal dalam semua bidang kepada kanak-kanak kurang upaya dari lahir sehingga empat

tahun,

6. Menguatkan pendekatan dasar komuniti dalam pencegahan berlakunya kecacatan, hilang

upaya, pemulihan serta penyamaan peluang bagi orang kurang upaya dan

7. Mengambil konsep universal termasuklah merancang untuk semua warga orang kurang

upaya.

Bagi memastikan matlamat kesamarataan serta hak keistimewaan orang kurang upaya di

Asia dan Pasifik, BIWAKO telah mewujudkan peraturan-peraturan dan terma-terma untuk

dijadikan sebagai penanda aras, iaitu:

1. Menetapkan undang-undang dan polisi bertepatan dengan hak kesamarataan bagi orang

kurang upaya dengan orang upaya dari segi pendidikan, kesihatan, mengakses maklumat,

peluang pekerjaan dan sebagainya. Undang-undang sebegini tidak terhad kepada mana-

mana warga kurang upaya sama ada lelaki atau wanita, tinggal di kawasan bandar mahu

pun di luar bandar.

Page 98: Modul Lengkap PDF

98

2. Memasukkan dimensi kecacatan dalam semua rancangan baru dan dasar undang-undang

yang sedia ada, program dan skim.

3. Menubuhkan atau mengukuhkan jawatankuasa penyelarasan kebangsaan mengenai

kecacatan yang akan membangunkan dan menyelaras pelaksanaan dan pemantauan polisi

mengenai ketidakupayaan, dengan penyertaan berkesan daripada organisasi dan untuk

orang kurang upaya

4. Menyokong pembangunan orang kurang upaya dan pertubuhan mereka dan memasukkan

mereka dalam keputusan dasar negara membuat proses pada upaya, dengan tumpuan khas

kepada pembangunan wanita kurang upaya dan penyertaan mereka dalam organisasi

membantu diri orang kurang upaya serta dalam inisiatif jantina arus perdana

5. Memastikan bahawa orang kurang upaya sebagai sebahagian daripada usaha untuk

mencapai matlamat pembangunan mellennium, terutamanya dalam bidang pembasmian

kemiskinan, pendidikan rendah, jantina dan pekerjaan belia

6. Mengukuhkan kapasiti negara dalam pengumpulan data dan analisis statistik mengenai

ketidakupayaan untuk menyokong penggubalan dasar dan pelaksanaan program

7. Mengamalkan dasar campur tangan awal dalam semua bidang sektor pelbagai, termasuk

pendidikan, kesihatan dan pemulihan, dan perkhidmatan sosial bagi kanak-kanak kurang

upaya dari lahir hingga empat tahun.

8. Mengukuhkan pendekatan berasaskan komuniti dalam pencegahan punca pemulihan

kecacatan, dan penyamaan peluang bagi orang kurang upaya.

9. Mengamalkan konsep reka bentuk universal dan inklusif untuk semua warganegara, yang

kos efektif, dalam pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan dalam bidang, antara

lain bandar dan luar bandar pembangunan, perumahan, pengangkutan dan telekomunikasi

AGENDA

Tujuh agenda dan sasaran yang diperjuangkan dalam BIWAKO ialah (1) organisasi pertolongan

diri bagi orang kurang upaya serta persatuan yang berkaitan dengan keluarga dan ibu bapa, (2)

wanita kurang upaya, (3) pengesanan awal dan intervensi, (4) latihan dan pekerjaan termasuk

bekerja sendiri, (5) akses kepada persekitaran terbina dan pengangkutan awam, (6) akses kepada

maklumat dan komunikasi termasuk teknologi maklumat, komunikasi dan alat sokong bantu, (7)

pengurangan kemiskinan melalui program keselamatan sosial dan program sara hidup.

Agenda 1: Organisasi Pertolongan Diri Bagi Orang Kurang Upaya Serta Persatuan Yang

Berkaitan Dengan Keluarga dan Ibu Bapa

Agenda pertama, iaitu organisasi atau pertubuhan pertolongan diri bagi orang kurang upaya serta

persatuan adalah berkaitan dengan keluarga dan ibu bapa. Orang kurang upaya dan Pertubuhan

Bantu Diri sememangnya paling layak dan arif untuk bersuara bagi pihak mereka dan dapat

menyumbang kepada penyelesaian isu berkaitan dengan mereka. Dua sasaran ditetapkan untuk

membawa perubahan iaitu pada tahun 2004 kerajaan agensi dana antarabangsa dan pertubuhan

Page 99: Modul Lengkap PDF

99

bukan kerajaan hendaklah mewujudkan dasar untuk menyokong dan menubuhkan Pertubuhan

Bantu Diri. Kerajaan hendaklah mengambil langkah-langkah untuk memastikan penubuhan

Persatuan Ibu Bapa di peringkat setempat menjelang 2005 dan menyatukannya pada peringkat

kebangsaan pada 2010.

Menjelang 2005 pula kerajaan dan pertubuhan masyarakat hendaklah melibatkan

Pertubuhan Bantu Diri sepenuhnya dalam proses membuat keputusan. Tindakan bagi sasaran

tersebut termasuk penyertaan orang kurang upaya dalam penggubalan dasar, perwakilan politik

dan pembinaan keupayaan. Pertubuhan Bantu Diri hendaklah melibatkan orang kurang upaya

terpinggir seperti wanita dan gadis kurang upaya intelektual serta orang kurang upaya

disebabkan penyakit jiwa.

Agenda 2: Wanita Kurang Upaya

Wanita kurang upaya menghadapi rintangan berganda kerana status mereka sebagai seorang

wanita dan orang kurang upaya serta berkemungkinan hidup dalam kemiskinan. Mereka juga

sering ketinggalan dalam pendidikan, penjagaan kesihatan, latihan vokasional, pekerjaan dan

sering dikecualikan dalam aktiviti masyarakat. Wanita kurang upaya juga sering

didiskriminasikan lebih daripada lelaki kurang upaya di sesetengah negara dan mereka terdedah

kepada penderaan fizikal dan seksual.

Maltalamt BIWAKO menjelang tahun 2005 ialah kerajaan diharap melaksanakan

langkah anti-diskriminasi untuk melindungi wanita kurang upaya. Pertubuhan Bantu Diri

hendaklah mengguna pakai dasar untuk perwakilan penuh wanita kurang upaya. Pada tahun 2005

juga, wanita kurang upaya hendaklah dilibatkan dalam keanggotaan persatuan wanita peringkat

kebangsaan. Beberapa tindakan telah disarankan untuk mencapai matlamat, seperti wanita

kurang upaya digalakkan untuk mengambil bahagian dalam latihan pengurusan yang diuruskan

oleh Persatuan Bantu diri. Golongan ini juga haruslah diberi peluang untuk terlibat secara

langsung dalam mesyuarat, bengkel dan seminar oleh Persatuan Bantu Diri. Pihak kerajaan juga

harus menegakkan hak-hak wanita kurang upaya ini dan melindungi mereka daripada

diskriminasi dan sebarang bentuk penderaan dan kekerasan terhadap wanita.

Agenda 3: Pengesanan Awal dan Intervensi

Didapati kurang daripada sepuluh peratus kanak-kanak dan remaja kurang upaya mendapat

kemudahan pendidikan berbanding kadar kemasukan yang melebihi tujuh puluh peratus bagi

kanak-kanak dan remaja tidak kurang upaya di sekolah rendah di Rantau Asia dan Pasifik.

Peminggiran kanak-kanak dan remaja kurang upaya daripada pendidikan menyebabkan mereka

tidak berpeluang untuk membangun dari aspek personal, sosial dan vokasional bagi masalah ini.

Bayi dan kanak-kanak kurang upaya harus diberi intervensi awal dengan sokongan dan latihan

daripada ibu bapa dan keluarga untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Empat sasaran telah ditetapkan bagi masalah ini. Kanak-kanak kurang upaya akan

dijadikan sebahagian penting daripada penduduk yang disasarkan dalam Pembangunan

Milenium (Millennium Development Goals: MDG). Sasaran tiga yang bertujuan untuk

memastikan menjelang tahun 2015, kanak-kanak di mana juga mereka berada, sama ada lelaki

Page 100: Modul Lengkap PDF

100

atau perempuan, dapat menyempurnakan persekolahan peringkat rendah. Menjelang 2010 pula,

sekurang-kurangnya 75 peratus kanak-kanak dan remaja kurang upaya dalam lingkungan usia

persekolahan akan dapat menyempurnakan persekolahan peringkat rendah. Manakala menjelang

tahun 2012, semua bayi dan kanak-kanak dari 0 hingga 4 tahun akan berpeluang mendapat dan

menerima perkhidmatan intervensi awal berasaskan komuniti.

Kerajaan hendaklah memastikan pengesanan ketidakupayaan di kalangan kanak-kanak

dilakukan dari peringkat awal usia. Tindakan dalam bidang ini termasuklah mengadakan

mengadakan undang-undang sewajarnya ke arah pendidikan untuk semua dan pengumpulan data

kebangsaan tentang kanak-kanak kurang upaya dari 0 hingga 16 tahun. Kementerian kesihatan

dan mana-mana kementerian yang terlibat haruslah melancarkan intervensi awal di hospital,

pusat-pusat kesihatan utama dan pusat kesihatan komuniti untuk semua bayi dan kanak-kanak

kurang upaya dari sejak lahir hingga berumur empat tahun.

Agenda 4: Latihan dan Pekerjaan Termasuk Bekerja Sendiri

Kadar orang kurang upaya yang kurang pendidikan, tidak terlatih, tidak ada pekerjaan.tidak

mempunyai pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan dan miskin masih jauh lebih tinggi

berbanding dengan masyarakat umum. Mereka tidak dapat memasuki pasaran buruh dalam arus

perdana, sebahagiannya disebabkan oleh penyisihan sosial, kekurangan kakitangan terlatih dan

mahir serta kekurangan latihan untuk bekerja sendiri. Mereka ada hak untuk mendapat pekerjaan

yang layak dengan mereka. Orang kurang upaya ini mempunyai sifat-sifat dan kebolehan yang

unik. Mereka seharusnya diberi peluang untuk memilih pekerjaan berdasrkan kebolehan mereka

dan bukannya berdasarkan kecacatan mereka.

Menjelang 2012, sekurang-kurangnya 30 peratus penandatangan negara anggota akan

menerima pakai Konvensyen ILO 159 mengenai Pemulihan Vokasional dan Pekerjaan Orang

Kurang Upaya. Menjelang 2010, data yang tepat tentang kadar orang kurang upaya yang bekerja

dan yang bekerja sendiri di wujudkan di semua negara.

Agenda 5: Akses Kepada Persekitaran Terbina dan Pengangkutan Awam

Kesukaran untuk menggunakan persekitaran terbina, termasuk sistem pengangkutan awam,

merupakan halangan utama bagi orang kurang upaya. Masalah ini akan bertambah buruk apabila

bilangan orang tua yang kurang upaya meningkat di rantau berkenaan. Pendekatan reka bentuk

universal akan memanfaatkan semua orang dalam masyarakat, termasuk orang tua, wanita hamil

dan ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Manfaat ekonominya telah disahkan, namun inisiatif

sebenar pada peringkat dasar masih dilaksanakan. Selain itu juga, bukan sahaja kemudahan yang

harus diambil kira tatapi perkhidmatan juga perlu diberi perhatian. Cara-cara untuk berurusan

dengan orang kurang upaya harus menjadi satu kurikulum wajib dalam kursus latihan pekerja

dan staf.

Tiga sasaran ditetapkan untuk menambah baik keadaan ini. Kerajaan hendaklah

menerima pakai dan menguatkuasakan piawai ketersampaian iaitu aksesibiliti bagi merancang

kemudahan awam, prasarana dan pengangkutan, termasuk yang terdapat dalam konteks luar

bandar dan pertanian. Seterusnya, sistem pengangkutan awam sedia ada dan semua sistem

Page 101: Modul Lengkap PDF

101

pengangkutan awam yang baru dan yang diubahsuai hendaklah menyediakan kemudahan untuk

orang kurang upaya dengan secepat mungkin dan setakat mana yang praktikal. Semua agensi

dana antarabangsa dan serantau bagi pembangunan prasarana hendaklah memasukan konsep reka

bentuk universal dan terangkum dalam kriteria pemberian pinjaman atau geran.

Agenda 6: Akses Kepada Maklumat dan Komunikasi, Termasuk Teknologi Maklumat,

Komunikasi dan Alat Sokong Bantu

Dalam tempoh 10 tahun yang lalu berlaku banyak kemajuan dalam pembangunan teknologi

maklumat dan komunikasi (ICT’). Kemajuan ini telah membuka banyak peluang untuk orang

kurang upaya dalam perangkaian, perpaduan, pekerjaan dan kehidupan berdikari. Pada masa

yang sama ia telah melebarkan jurang antara orang kurang upaya dengan orang bukan kurang

upaya. Pengasingan digital termasuk kesukaran untuk mendapatkan prasarana ICT. Internet dan

kemahiran lCT. Masalah ini serius di kawasan luar bandar. Persekitaran multimedia mewujudkan

halangan bagi orang kurang upaya penglihatan.

Lima sasaran ditetapkan untuk menambah baik keadaan. Menjelang 2005, orang kurang

upaya hendaklah dapat menggunakan Internet dan perkhidmatan yang berkaitan kadar yang sama

seperti orang lain di sesebuah negara di rantau berkenaan. Menjelang 2004, pertubuhan

antarabangsa hendaklah menggabungkan piawai ketersampaian bagi orang kurang upaya ke

dalam piawai ICT antarabangsa masing-masing. Menjelang 2005, kerajaan hendaklah menerima

pakai garis panduan ketersampaian ICT bagi orang kurang upaya dalam dasar ICT kebangsaan

masing-masing. Kerajaan hendaklah membangun dan menyelaraskan Bahasa Isyarat dan Braille

Jari (Bahasa Isyarat Sentuhan) yang piawai di setiap negara, serta menyebarkan dan mengajar

Bahasa lsyarat dan Braille Jari menerusi semua saluran, sama ada melalui penerbitan, CD-ROM

dan sebagainya. Kerajaan hendaklah mewujudkan sistem untuk melatih dan menangani masalah

jurubahasa Bahasa Isyarat Jurutranskripsi Braille, jurubahasa Braille Jari dan pembaca, serta

menggalakkan mereka bekerja secara produktif.

Agenda 7: Pengurangan Kemiskinan Melalui Program Keselamatan Sosial dan Program

Sara Hidup

Orang kurang upaya adalah paling miskin di kalangan orang miskin. Dianggarkan bahawa 160

juta orang kurang upaya dan lebih daripada 40 peratus daripada jumlah keseluruhan hidup dalam

kemiskinan dan tidak mendapat manfaat daripada hak sosio ekonomi mereka. Kemiskinan dan

kurang upaya adalah saling berkait kerana orang kurang upaya disisihkan dari segi sosial dan

khidmat sosial yang sewajarnya tidak disediakan bagi mereka.

Menurut Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sasaran

satu, kerajaan hendaklah mengurangkan separuh daripada bilangan orang kurang upaya yang

berpendapatan kurang daripada satu dolar sehari dalam tempoh antara tahun 1990 hingga 2015.

Kerajaan diseru supaya mengambil kira aspek ketidakupayaan dalam pengumpulan data dan

analisis garis dasar MPG. Kerajaan juga diseru memperuntukkan sejumlah tertentu dana

pembangunan luar bandar dan pengurangan kemiskinan kepada orang kurang upaya.

Page 102: Modul Lengkap PDF

102

STRATEGI DAN TINDAKAN UNTUK MENCAPAI TARGET BIWAKO

Beberapa strategi dan tindakan haruslah melibatkan kerjasama dan kolabrasi antara organisasi

masyarakat awam untuk mencapai target dasar ini. Strategi Biwako terbahagi kepada empat iaitu

pelan tindakan nasional selama lima tahun berkaitan ketidakupayaan, memperkenalkan

pendekatan berasaskan hak bagi isu ketidakupayaan, statistik ketidakupayaan atau takrif umum

bagi orang kurang upaya untuk perancangan dan memperkukuhkan pendekatan pembangunan

komuniti terhadap pencegahan, pemulihan dan memperkasakan orang kurang upaya.

Pelan Tindakan Nasional (lima tahun) Berkaitan Ketidakupayaan

Strategi satu menyeru kerajaan merangka dan menerima pakai, Pelan Tindakan Nasional

menyeluruh lima tahun untuk melaksanakan sasaran dan strategi rangka kerja menjelang tahun

2004.

Memperkenalkan Pendekatan Berasaskan Hak Bagi Isu Ketidakupayaan

Strategi dua menyeru Kerajaan supaya menyemak penerimaan dan pelaksanaan dasar tanpa

diskriminasi. Strategi tiga memberikan perhatian kepada Institusi Hak Asasi Manusia

Kebangsaan sebagai agensi untuk melindungi hak orang kurang upaya. Strategi empat menyeru

kerajaan supaya melibatkan orang kurang upaya secara aktif dalam sebarang pembentukan dasar

dan menyeru kerajaan meratifikasikan perjanjian teras hak asasi manusia antarabangsa. Strategi

enam pula menyeru kerajaan menimbangkan sokongan kepada Jawatankuasa Ad Hoc

Konvensyen Antarabangsa yang komprehensif untuk menggalak dan melindung hak dan maruah

orang kurang upaya. Seterusnya, strategi tujuh menyeru kerajaan melibatkan orang kurang upaya

dan pertubuhan mereka, dalam prosedur berkaitan dengan penyediaan draf dan penerimaan syor

konvensyen hak asasi manusia tentang ketidakupayaan pada peringkat kebangsaan, serantau dan

antarabangsa.

Statistik Ketidakupayaan atau Takrif Umum Bagi Kurang Upaya Untuk Perancangan

Sistem pentakrifan dan pengkelasan mengenai ketidakupayaan adalah tidak seragam di rantau

ini. Dua strategi ditetapkan untuk menyelesaikan masalah ini. Strategi lapan menyeru kerajaan,

menjelang tahun 2005, membentuk sistem pengumpulan dan analisis data berkaitan dengan

ketidakupayaan. Strategi sembilan menyeru kerajaan menerima pakai, pentakrifan

ketidakupayaan berdasarkan Garis Panduan dan Prinsip Pembentukan Statistik Ketidakupayaan

penerbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjelang tahun 2005.

Memperkukuhkan Pendekatan Pembangunan Komuniti Terhadap Pencegahan,

Pemulihan dan Memperkasakan Orang Kurang Upaya

Pcndekatan berasaskan komuniti semakin luas digunakan, dan ia menggantikan program

pemulihan institusi dan program pemulihan berpusat untuk meningkatkan taraf ekonomi, sosial

dan hak asasi orang kurang upaya. Strategi sepuluh menyeru kerajaan menggubal dasar

kebangsaan untuk menggalakan pendekatan berasaskan komuniti dengan segera.

Page 103: Modul Lengkap PDF

103

KERJASAMA DAN SOKONGAN BAGI TINDAKAN: SUBRANTAU, SERANTAU DAN

ANTARA RANTAU

Tumpuan khas adalah untuk mengukuhkan kerjasama antara kerajaan di peringkat subrantau.

Strategi 11 dan 12 mengesa mekanisme subrantau diwujudkan menjelang 2004 untuk mencapai

sasaran. Di peringkat serantau, strategi 13 menyeru Kerajaan, sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu, pertubuhan masyarakat madani dan sektor swasta bekerjasama, menyokong dan

menggunakan kesempatan daripada kemudahan latihan dan komunikasi Pusat Pembangunan

Asia-Pasitik tentang ketidakupayaan. Pusat ini dibuka pada 2004 di Bangkok, sebagai peringatan

Dekad bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik dan berupaya menjadi salah satu

daripada titik tumpuan (focal point) utama yang penting di rantau ini. Strategi 14 dan 15

menyeru kerajaan, pertubuhan masyarakat madani dan sektor swasta membentuk membentuk

jaringan pusat kecemerlangan dalam bidang tumpuan untuk memaksimumkan kerjasama dan

permuafakatan. ESCAP dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain hendaklah

membantu dalam pembentukan jaringan pusat kecemerlangan ini. Strategi 16 menghendaki

perjanjian yang sesuai dimeterai mengenai perdagangan, pemindahan teknologi dan

pembangunan sumber manusia untuk perkongsian sumber dengan cepat dan cekap. Strategi 17

menyarankan supaya rantau Asia dan Pasifik, rantau Afrika dan rantau Asia Barat mengukuhkan

kerjasama dan permuafakatan mereka untuk mewujudkan sinergi dalam melaksanakan dekad

serantau melalui pertukaran maklumat, pengalaman dan kepakaran antara rantau, yang akan

memberikan manfaat bersama kepada semua rantau di dunia.

PEMANTAUAN DAN KAJIAN SEMULA

ESCAP hendaklah mengadakan mesyuarat dua tahun sekali untuk mengkaji semula pencapaian

dan mengenalpasti tindakan yang mungkin diperlukan untuk melaksanakan Rangka Kerja

Milenium Biwako Untuk Tindakan. Di mesyuarat ini, wakil Jawatankuasa Penyelarasan

Kebangsaan tentang hal ehwal ketidakupayaan yang terdiri daripada Kementerian Agensi

Kerajaan, NGO, Pertubuhan Bantu Diri dan media akan dijemput untuk membentangkan laporan

bagi mengkaji semula kemajuan dalam pelaksanaan rangka kerja tersebut. Kajian semula

pentengahan penggal Rangka Kerja Milenium Biwako Untuk Tindakan hendaklah dijalankan.

Berdasarkan kajian semula ini sasaran dan pelan strategi bagi separuh penggal kedua Dekad

mungkin diubahsuai dan sasaran serta pelan strategi baru dirangka.

IMPLIKASI BIWAKO

Biwako Millenium Framework 2002 telah memberi banyak kesan yang positif kepada semua

negara khususnya Malaysia. Pembukaan bengkel Audit Akses untuk orang kurang upaya

merupakan salah satu implikasi Biwako kepada Malaysia. Hal ini kerana capaian maklumat dan

komunikasi dapat membantu orang kurang upaya untuk lebih lebih berdikari, berdaya saing dan

mendapat hak-hak yang sewajarnya dalam kehidupan mereka. Selain itu ia juga menggalakkan

kepada penggunaan teknologi maklumat dan akses serta menggalakkan persekitaran tanpa

halangan dan perundangan yang saksama bagi orang kurang upaya.

Page 104: Modul Lengkap PDF

104

Implikasi yang seterusnya ialah subjek kemahiran hidup diberi tumpuan. Orang kurang

upaya dapat mengasah bakat yang ada pada diri mereka untuk hidup yang lebih maju dan

mendapat peluang pekerjaan dalam bidang kemahiran seperti kraftangan, lukisan, dan

sebagainya. Biwako Millenium Framework 2002 juga bukan untuk program pendidikan sahaja

tetapi untuk bidang sosial, ekonomi, politik dan budaya. Hal ini berkait rapat dengan

mempertingkatkan kemudahan untuk orang kurang upaya. Contohnya ialah kemudahan awam

sepeti tandas, telefon, pengangkutan, telekomunikasi dan sebagainya yang mesra OKU. Selain

itu, dana dapat diwujudkan untuk mengukuhkan usaha membina keupayaan orang kurang upaya

bagi membolehkan mereka mencapai potensi untuk melibatkan diri dalam masyarakat dan

membebaskan diri daripada kitaran kemiskinan yang dikaitkan dengan ketidakupayaan dan untuk

membantu mencegah benteng sosial dan fizikal.

Forum 9:

Bincangkan bagaimana anda memainkan peranan dalam melaksanakan Agenda 4, iaitu Latihan

dan Pekerjaan Termasuk Bekerja Sendiri di sekolah dan komuniti.

Tugasan 9:

Huraikan bagaimana Agenda 6, iaitu Akses Kepada Maklumat dan Komunikasi, Termasuk

Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Alat Sokong Bantu boleh diperkasakan bagi membantu

murid-murid berpendidikan khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

RUMUSAN

Pihak kerajaan di setiap negara dan kawasan haruslah sentiasa bermesyuarat untuk

membincangkan pencapaian dan tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk memastikan dasar

Biwako ini betul-betul dilaksanakan dan bukan hanya sekadar satu dasar yang hanya bertulis di

atas kertas semata-mata. Hal ini kerana dengan adanya dasar-dasar seperti inilah hak-hak dan

kepentingan orang kurang upaya boleh ditegakkan dan diambil berat oleh seluruh masyarakat

dunia.

Page 105: Modul Lengkap PDF

105

KATA KUNCI

1. Organisasi pertolongan diri

2. Wanita kurang upaya

3. Pengesanan awal dan intervensi

4. Latihan dan pekerjaan termasuk bekerja sendiri

5. Akses kepada persekitaran terbina dan pengangkutan awam

6. Akses kepada maklumat dan komunikasi

7. Pengurangan kemiskinan

PENILAIAN KENDIRI

1. Senaraikan prinsip dan halatuju BIWAKO.

2. Bagi memastikan matlamat kesamarataan serta hak keistimewaan orang kurang upaya di

Asia dan Pasifik, nyatakan peraturan-peraturan dan terma-terma untuk dijadikan sebagai

penanda aras dalam BIWAKO. 3. Senaraikan tujuh agenda dan sasaran yang diperjuangkan dalam BIWAKO.

Page 106: Modul Lengkap PDF

106

PETA KONSEP

RUJUKAN

Biwako Millennium Framework (2003). Diperoleh pada Februari 15, 2011 daripada

http://www8.cao.go.jp/shougai/english/biwako/1.html.

Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (2002). Diperoleh pada Februari 15,

2011 daripada http://www.scribd.com/doc/29076017/Biwako-Framework.

Thomas, Maya & Thomas, Joseph, M. (2007) Global trends in disability rehabilitation and

their implications for leprosy programmes. Diperoleh pada Februari 15, 2011 daripada

http://digitalcommons.ilr.cornell.edu.gladnetcollect/456.

membantu organisasi diri

orang kurang upaya dan

keluarga yang berkaitan

dan persatuan ibu bapa

wanita kurang upaya

akses kepada alam bina dan

pengangkutan awam pengesanan awal, intervensi

awal dan pendidikan

pembasmian kemiskinan melalui

pembangunan kapasiti,

keselamatan sosial dan program

kehidupan mampan

akses kepada maklumat dan

komunikasi termasuk

maklumat, komunikasi dan

teknologi bantuan

latihan dan pekerjaan,

termasuk pekerjaan sendiri

Page 107: Modul Lengkap PDF

107

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Prinsip dan halatuju BIWAKO ialah:

a. Menggubal atau menguat kuasakan undang-undang dan dasar yang berkaitan

kesamarataan peluang, hak dan layanan terhadap orang kurang upaya

b. Memasukkan dimensi orang kurang upaya ke dalam semua undang-undang baru dan

lama, perancangan dasar, program dan skim yang berkaitan

c. Mengukuh atau menguat kuasakan jawatankuasa pertubuhan kebangsaan berkaitan

orang kurang upaya

d. Menyokong pembangunan orang kurang upaya dan organisasi mereka bagi

melibatkan mereka dalam proses membuat keputusan dasar kerajaan serta

memastikan orang kurang upaya menjadi sebahagian daripada usaha bagi mencapai

pembangunan millennium

e. Menguatkan kapasiti negara dengan pengumpulan data dan analisis untuk menyokong

polisi dan pengaplikasian program serta mengambil dasar campur tangan awal, iaitu

intervensi awal dalam semua bidang kepada kanak-kanak kurang upaya dari lahir

sehingga empat tahun

f. Menguatkan pendekatan dasar komuniti dalam pencegahan berlakunya kecacatan,

hilang upaya, pemulihan serta penyamaan peluang bagi orang kurang upaya

g. Mengambil konsep universal termasuklah merancang untuk semua warga orang

kurang upaya

2. Bagi memastikan matlamat kesamarataan serta hak keistimewaan orang kurang upaya di

Asia dan Pasifik, BIWAKO telah mewujudkan peraturan-peraturan dan terma-terma

untuk dijadikan sebagai penanda aras, iaitu:

a. Menetapkan undang-undang dan polisi bertepatan dengan hak kesamarataan bagi

orang kurang upaya dengan orang upaya dari segi pendidikan, kesihatan, mengakses

maklumat, peluang pekerjaan dan sebagainya. Undang-undang sebegini tidak terhad

kepada mana-mana warga kurang upaya sama ada lelaki atau wanita, tinggal di

kawasan bandar mahu pun di luar bandar.

b. Memasukkan dimensi kecacatan dalam semua rancangan baru dan dasar undang-

undang yang sedia ada, program dan skim.

c. Menubuhkan atau mengukuhkan jawatankuasa penyelarasan kebangsaan mengenai

kecacatan yang akan membangunkan dan menyelaras pelaksanaan dan pemantauan

polisi mengenai ketidakupayaan, dengan penyertaan berkesan daripada organisasi dan

untuk orang kurang upaya

d. Menyokong pembangunan orang kurang upaya dan pertubuhan mereka dan

memasukkan mereka dalam keputusan dasar negara membuat proses pada upaya,

dengan tumpuan khas kepada pembangunan wanita kurang upaya dan penyertaan

mereka dalam organisasi membantu diri orang kurang upaya serta dalam inisiatif

jantina arus perdana

Page 108: Modul Lengkap PDF

108

e. Memastikan bahawa orang kurang upaya sebagai sebahagian daripada usaha untuk

mencapai matlamat pembangunan mellennium, terutamanya dalam bidang

pembasmian kemiskinan, pendidikan rendah, jantina dan pekerjaan belia

f. Mengukuhkan kapasiti negara dalam pengumpulan data dan analisis statistik

mengenai ketidakupayaan untuk menyokong penggubalan dasar dan pelaksanaan

program

g. Mengamalkan dasar campur tangan awal dalam semua bidang sektor pelbagai,

termasuk pendidikan, kesihatan dan pemulihan, dan perkhidmatan sosial bagi kanak-

kanak kurang upaya dari lahir hingga empat tahun.

h. Mengukuhkan pendekatan berasaskan komuniti dalam pencegahan punca pemulihan

kecacatan, dan penyamaan peluang bagi orang kurang upaya.

i. Mengamalkan konsep reka bentuk universal dan inklusif untuk semua warganegara,

yang kos efektif, dalam pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan dalam bidang,

antara lain bandar dan luar bandar pembangunan, perumahan, pengangkutan dan

telekomunikasi

3. Tujuh agenda dan sasaran yang diperjuangkan dalam BIWAKO ialah:

a. Organisasi pertolongan diri bagi orang kurang upaya serta persatuan yang berkaitan

dengan keluarga dan ibu bapa

b. Wwanita kurang upaya

c. Pengesanan awal dan intervensi

d. Latihan dan pekerjaan termasuk bekerja sendiri

e. Akses kepada persekitaran terbina dan pengangkutan awam

f. Akses kepada maklumat dan komunikasi termasuk teknologi maklumat, komunikasi

dan alat sokong bantu

g. Pengurangan kemiskinan melalui program keselamatan sosial dan program sara

hidup.

Page 109: Modul Lengkap PDF

109

UNIT 10

THE WORLD DECLARATION ON EDUCATION FOR ALL

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, pelajar dapat:

1. Mengetahui tentang The World Declaration On Education For All.

2. Mengenal pasti secara lebih jelas mengenai The World Declaration On Education For

All.

PENGENALAN

World Declaration On Education For All atau nama singkatannya EFA adalah hak asasi bagi

perkembangan semua orang. EFA digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi,

mencipta peluang pekerjaan, dan menggalakkan penyertaan masyarakat dan pembangunan. EFA

telah diakui oleh Perkara 26 dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia yang digunakan pada

tahun 1948 oleh Majlis Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah menyatakan

beberapa perkara penting, di mana setiap orang adalah berhak mendapat pendidikan percuma.

Pendidikan rendah diwajibkan manakala pendidikan teknikal dan profesional harus disediakan

sebagai pendidikan umum serta pendidikan tinggi dibuka berasaskan merit.

Everyone has the right to education. Education shall be free, at least in the

elementary and fundamental stages. Elementary education shall be compulsory.

Technical and professional education shall be made generally available and

higher education shall be equally accessible to all on the basis of merit.

…pendidikan penting dalam perkembangan personaliti bagi menguatkan rasa hormat

terhadap hak asasi dan kebebasan supaya dapat mewujudkan kefahaman, toleransi dan

persahabatan di antara semua bangsa dan kumpulan agama ke arah keamanan.

Education shall be directed to the full development of the human personality and

to the strengthening of respect for human rights and fundamental freedoms. It

shall promote understanding, tolerance and friendship among all nations, racial

or religious groups, and shall further the activities of the United Nations for the

maintenance of peace.

...ibu bapa mempunyai hak untuk memilih pendidikan yang sesuai untuk anak-anak

mereka.

Page 110: Modul Lengkap PDF

110

Parents have a prior right to choose the kind of education that shall be given to

their children.

ISI KANDUNGAN

Pada 5hb. hingga 9hb. Mac 1990, World Conference on Education for All (EFA): Meeting Basic

Learning Needs telah diadakan di Jomtien, Thailand. Deklarasi dunia ini menegaskan

kepentingan pendidikan sebagai hak asasi manusia dan menggalakkan semua negara

mewujudkan pendidikan bagi semua. Jomtien Framework for Action to Meet the Basic Learning

Needs pula mengemukakan matlamat dan strategi untuk memenuhi keperluan pendidikan asas

untuk semua sebelum tahun tahun 2000 menerusi penekanan kepada hasil pembelajaran,

memperluaskan ruang lingkup pendidikan asas, meningkatkan persekitaran pembelajaran dan

menguatkan kerjasama sebelum tahun 2000.

Pada bulan April 2000, World Education Forum atau Forum Pendidikan Dunia telah

diadakan di Dakar, Senegal yang memberikan peluang untuk menilai prestasi, pelajaran dan

kegagalan bagi jangka masa 10 tahun sejak EFA diadakan. Lebih daripada 1000 orang peserta

dari 164 negara yang melibatkan menteri, pendidik, pembuat dasar, ahli politik kepada organisasi

politik besar hadir. Visi EFA melalui Dakar Framework for Action diperkuatkan menerusi 12

strategi utama dan menetapkan enam matlamat utama untuk mencapai kualiti pendidikan untuk

semua sebelum tahun 2015. Tindakan ini turut diambil bagi mengurangkan kadar kemiskinan.

Matlamat EFA 2015 ditingkatkan pada bulan September 2000 ketika 189 negara

menyertai United Nationals Millennium Summit dan mengesahkan Millennium Declaration yang

mempunyai lapan Millennium Development Goals (MDGs). Matlamat kedua dan ketiga iaitu

mencapai pendidikan asas dan mempromosikan pendidikan yang setara bagi kedua-dua jantina

adalah berkaitan dengan EFA dan pencapaian matlamat jangka masa yang sama iaitu sebelum

tahun 2015. Pendidikan yang baik juga menyumbang ke arah pencapaian enam Millennium

Development Goals(MDG) yang lain. Enam matlamat Education for All (EFA) ialah:

1. Memperkembang dan meningkatkan pendidikan awal kanak-kanak terutamanya bagi kanak-

kanak kurang upaya.

2. Memastikan semua kanak-kanak terutamanya kanak-kanak perempuan yang berada dalam

kehidupan yang berbeza dan golongan etnik minoriti supaya mendapat pendidikan yang

percuma dan pendidikan wajib yang berkualiti.

3. Memastikan keperluan pembelajaran bagi semua orang adalah melalui program pembelajaran

dan kemahiran yang sesuai.

4. Mencapai 50 peratus perkembangan literasi sebelum tahun 2015 terutamanya bagi wanita

dan boleh meneruskan pendidikan.

5. Menghapuskan jurang jantina dalam pendidikan dan mencapai kesetaraan jantina dalam

pendidikan dengan fokus utama memastikan kanak-kanak perempuan mendapat pendidikan

yang percuma dan pendidikan wajib yang berkualiti.

6. Meningkatkan semua aspek kualiti pendidikan dan memastikan keberkesanan pendidikan

supaya pembelajaran adalah berkualiti terutamanya dalam literasi, numerasi serta kemahiran

yang sesuai.

Page 111: Modul Lengkap PDF

111

Dakar Framework for Action memerlukan High Level Working Group yang akan

memantau kemajuan. Kumpulan kerja ini diketuai oleh Pengarah UNESCO dan disertai oleh

Menteri Pendidikan, ketua agensi kerajaan dan wakil masyarakat. EFA High Level Group yang

diadakan pada bulan Oktober 2001 mewujudkan Strategi Antarabangsa bagi melaksanakan

Dakar Framework for Action. Strategi ini digunakan pada tahun 2002 dengan menggariskan

beberapa tindakan utama yang penting untuk mencapai EFA.

Perkara satu dalam EFA menyatakan setiap individu samada kanak-kanak, remaja dan

orang dewasa akan mendapat manfaat daripada peluang pendidikan yang dibentuk bagi

memenuhi keperluan asas pembelajaran mereka. Keperluan asas belajar perlu disesuaikan

mengikut negara dan budaya masing-masing. Ini bermakna walaupun setiap negara

mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza tetapi matlamatnyaah sama.

Perkara dua menyentuh tentang pembentukan matlamat di mana menyediakan keperluan

belajar yang asas bukan sekadar memberi pendidikan biasa tetapi perluaskan visi dengan

mengambil kira tahap sumber sedia ada, struktur institusi, kurikulum dan proses pengajaran bagi

melahirkan amalan terbaik.

Perkara ketiga menjelaskan bahawa pendidikan asas harus diberi kepada semua kanak-

kanak, remaja dan orang dewasa. Perkhidmatan pendidikan asas yang berkualiti perlu

diperluaskan dan tindakan yang sesuai perlu diambil untuk mengurangkan jurang yang wujud.

Bagi membolehkan pendidikan asas menjadi samarata, semua kanak-kanak, remaja dan orang

dewasa harus diberi peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap penguasaan terhadap

pembelajaran. Perkara yang paling penting adalah untuk memastikan hak dan kualiti pendidikan

bagi golongan perempuan dan menghapuskan setiap rintangan yang menghalangan mereka

menyertai sesuatu secara aktif. Golongan lain seperti orang miskin, penduduk luar bandar dan

terpencil, pekerja asing, golongan minoriti dan pelarian tidak boleh didiskriminasikan dalam hak

untuk mendapatkan peluang belajar. Langkah-langkah perlu diambil untuk memberikan hak

yang sama terhadap pendidikan orang kurang upaya, sebagai sebahagian daripada sistem

pendidikan.

Perkara empat berkaitan perluasan peluang pendidikan bagi memperkukuhkan

perkembangan individu atau masyarakat. Perkembangan ini sebenarnya bergantung kepada

samada penduduk benar-benar belajar daripada peluang pendidikan yang wujud. Pendekatan

yang aktif dan berkesan mestilah digunakan bagi membolehkan setiap individu mencapai potensi

terbaik mereka dalam pembelajaran. Ini bermaksud mereka dapat menerima pembelajaran

dengan baik sekiranya pendekatan yang digunakan dapat membantu pembelajaran dilaksanakan

secara lebih berkesan dan mudah. Oleh itu, penting untuk memastikan tahap penerimaan

pembelajaan untuk program pendidikan dan untuk membaiki dan melaksanakan sistem penilaian

pencapaian individu dalam pembelajaran.

Perkara lima mengenai kepelbagaian, kerumitan dan perubahan keperluan pembelajaran

asas bagi kanak-kanak, remaja dan orang dewasa memerlukan perluasan dan pendefinisian

semula ruang lingkup pendidikan asas bagi merangkumi beberapa komponen. Komponen

pertama merujuk kepada penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak. Pendidikan ini boleh

disediakan melalui penglibatan ahli keluarga, masyarakat atau program institusi yang

Page 112: Modul Lengkap PDF

112

bersesuaian. Komponen kedua ialah pendidikan rendah dan memastikan keperluan pembelajaran

asas untuk semua kanak-kanak dipenuhi,dengan mengambil kira budaya, keperluan dan peluang

masyarakat. Program alternatif tambahan dapat membantu memenuhi keperluan pembelajaran

asas kanak-kanak yang mempunyai peluang dan hak yang terhad untuk sekolah formal. Dengan

syarat mereka mempunyai piawaian pembelajaran sama yang diaplikasikan di sekolah.

Komponen ketiga ialah pendidikan bagi golongan remaja dan orang dewass dengan focus kepada

program literasi yang merupakan asas kepada kemahiran hidup yang lain. Literasi dalam bahasa

ibunda dapat mengukuhkan identity sesuatu budaya dan warisannya. Keperluan-keperluan lain

akan dipenuhi melalui latihan kemahiran, pembelajaran pertukangan, dan program pendidikan

formal dan tidak formal dalam bidang kesihatan, pemakanan, kependudukan, persekitaran, sains,

teknologi kehidupan berkeluarga dan isu-isu sosial lain.

Para enam menyatakan perlu mewujudkan satu persekitaran yang menggalakkan

pembelajaran di mana semua individu berhak menerima pendidikan. Selain itu, masyarakat perlu

memastikan bahawa semua kanak-kanak mendapat nutrisi, perkhidmatan kesihatan dan

sokongan dari segi fizikal dan emosi yang cukup supaya mereka dapat melibatkan diri secara

aktif semasa proses pembelajaran dijalankan. Suasana pembelajaran yang positif dan

bersemangat haruslah sentiasa diwujudkan di mana kanak-kanak dan ibu bapa atau penjaga perlu

saling menyokong antara satu sama lain.

Para tujuh berkaitan usaha sama antara pihak bertanggungjawab di peringkat daerah,

negeri dan kebangsaan bagi menyediakan pendidikan asas kepada semua individu.

Walaubagaimanpun, tidak ada jaminan bahawa semua individu akan menerima keperluan

pendidikan. Kerjasama antara jabatan kerajaan yang lain termasuklah jabatan perancangan,

kewangan, tenaga kerja, komunikasi dan sektor sosial yang lain serta dengan badan NGO juga

diberi perhatian.

Para lapan menerangkan dasar pendidikan untuk semua bergantung pada komitmen

politik dan dasar fizikal yang sesuai bagi menjamin kualiti reformasi dasar pendidikan serta

penguatkuasaan perlembagaan. Kestabilan dalam sektor ekonomi, perdagangan, tenaga kerja,

kerja dan kesihatan akan meningkatkan sumbangan semua pihak terhadap pembangunan

masyarakat. Masyarakat juga perlu memastikan kualiti pendidikan yang tinggi serta pengetahuan

teknologi dan sains kontemporari sentiasa diwujudkan dalam di setiap peringkat pendidikan.

Para sembilan menerangkan tentang pengubahsuaian terhadap keperluan asas

pembelajaran yang perlu dilakukan jika keperluan asas pembelajaran sedia ada tidak dapat

memenuhi keadaan masa tertentu. Para sepuluh menyatakan kekuatan dan kepentingan bersatu

padu negara-negara di dunia bagi memenuhi keperluan pendidikan kepada masyarakat sedunia

merupakan tanggungjawab umum dan bersifat universal.

Page 113: Modul Lengkap PDF

113

IMPLIKASI WORLD DECLARATION ON EDUCATION FOR ALL

Setiap tahun seluruh dunia meraikan Minggu Pendidikan Untuk Semua, di mana acara

antarabangsa ini yang dipelopori UNESCO dalam usaha ke arah memberikan kesedaran kepada

warga dunia bahawa setiap kanak-kanak, remaja dan orang dewasa berhak untuk mendapat

pendidikan dan kemahiran hidup dan literasi. KPM dengan kerjasama kementerian dan agensi

yang menjadi tunjang kepada EFA di Malaysia telah melaksanakan beberapa program di seluruh

negara secara serentak. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Seminar Pendidikan Awal

Kanak-kanak, Pameran Kerjaya Teknikal dan Vokasional, Program Kelas Dewasa Kaum Asli

Penan atau singkatannya KEDAP dan The Big Read yang melibatkan penyertaan dalam kalangan

murid, guru, guru pelatih dan pensyarah IPG, pegawai kementerian pelajaran dan kementerian

serta agensi yang berkenaan dan juga peserta KEDAP dan NGOs.

Minggu EFA peringkat kebangsaan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan

meningkatkan kesedaran warga pendidikan serta masyarakat tentang kepentingan pendidikan

sepanjang hayat, serta matlamat EFA dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua.

Agenda EFA dapat mempertingkatkan kadar literasi dan penyertaan dalam pendidikan serta

membantu merealisasikan hasrat negara membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia.

Pada tahun 2000, di Persidangan Dunia Berkaitan Pendidikan anjuran UNESCO yang

diadakan di Dakar, Senegal, warga dunia telah dimaklumkan tentang kegagalan kebanyakan

negara melaksanakan Deklarasi Jomtien yang telah dipersetujui pada tahun 1990, di Jomtien,

Thailand ini. Alasan kegagalan adalah kos yang tinggi bagi menampung ramai kanak-kanak

yang akan bersekolah serta pelbagai keperluan yang akan disediakan.

Untuk memastikan kegagalan Jomtien tidak berulang, maka warga dunia termasuk

Malaysia yang hadir di Persidangan Dakar telah sekali lagi berikrar untuk meningkatkan usaha

memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak dan remaja, dan mengurangkan kadar

buta huruf dalam kalangan orang dewasa serta menetapkan supaya semua negara mencapai

matlamat Persidangan Dakar berkaitan Pendidikan Untuk Semua pada tahun 2015.

Merujuk kepada GMR (Global Monitoring Report) 2009, dianggarkan sebanyak 776 juta

orang dewasa atau 16 peratuas populasi orang dewasa dunia kurang kemahiran asas literasi.

Lebih kurang dua-pertiga daripadanya adalah perempuan. Di Malaysia, kadar literasi orang

dewasa (15 tahun ke atas) pada tahun 2007 adalah pada kadar 92.3 peratus dan diunjurkan berada

pada kadar 96 peratus pada tahun 2015. Peningkatan literasi dalam kalangan masyarakat di

Malaysia terutama dalam kalangan orang dewasa memberi kesan yang positif terhadap

pertumbuhan dan perkembangan generasi muda. Ini adalah kerana tahap literasi orang dewasa

berkait rapat dengan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kajian menunjukkan

bahawa orang dewasa dan ibu bapa yang tinggi tahap literasi dan pendidikannya menjalani

kehidupan yang lebih sihat dan berkualiti. Kajian di Mexico, Nepal, Venezuela dan Zambia pula

membuktikan bahawa pendidikan dapat mengubah aspirasi kaum perempuan terhadap kemahiran

dan pembelajaran dengan kesan yang positif terhadap pertumbuhan dan perkembangan kanak-

kanak.

Page 114: Modul Lengkap PDF

114

RUMUSAN

Kesan dasar ini yang utama kepada negara Malaysia ialah pelaksanan pendidikan inklusif di

Malaysia. Pendidikan inklusif ialah amalan mengintegrasikan murid berkeperluan khas dalam

bilik darjah yang sama dengan murid normal. Terdapat pelbagai kaedah penempatan golongan

kurang upaya, contohnya, kanak-kanak yang mengalami kerencatan mental yang teruk

ditempatkan dalam institusi atau hospital khas. Murid yang mempunyai masalah yang sama

mungkin ditempatkan dalam sekolah khas seperti sekolah masalah penglihatan atau masalah

pendengaran. Melalui pendidikan inklusif juga, murid-murid yang menunjukkan pencapaian

yang baik dimasukkan ke dalam bilik darjah biasa secara sepenuh masa atau mengikut waktu

mata pelajaran tertentu.

KATA KUNCI

The World Declaration On Education For All

PENILAIAN KENDIRI

1. Jelaskan secara ringkas perkara lima dalam EFA.

2. Nyatakan tiga komponen dalam perkara lima EFA.

Page 115: Modul Lengkap PDF

115

PETA KONSEP

RUJUKAN

Education for all (2011) diperoleh pada 7 mac, 2011 daripada http://www.unesco.org/en/efa/

Unicef (2011) diperoleh pada 6 februari,2011 daripada

http://www.unicef.org/malaysia/Campaigns_crc20-sowe-education-forum.html

Worldbank (2011) diperoleh pada 28 februari, 2011 daripada http://

web.worldbank.org/WBSITE/EXTERNAL/TOPICS/EXTEDUCATION/0, content

MDK:20374062~menu PK:540090~pk:148956~Pik:216618~the sitePK:282386,00.html

http://www.mysmk.net/index.php?option=com_content&view=article&id=186:staff-

sekolah&catid=31:berita&Itemid=58

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Perkara lima EFA:

1. Mengenai kepelbagaian, kerumitan dan perubahan keperluan pembelajaran asas bagi

kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

Komponen dalam perkara lima:

1. Komponen pertama merujuk kepada penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak.

Pendidikan ini boleh disediakan melalui penglibatan ahli keluarga, masyarakat atau

program institusi yang bersesuaian.

2. Komponen kedua ialah pendidikan rendah.

Enam matlamat

Education for All

Memperkembang dan

meningkatkan

pendidikan awal kanak-

kanak terutamanya bagi

kanak-kanak kurang

upaya

Semua kanak-

kanak mendapat pendidikan

percuma dan pendidikan wajib yang berkualiti.

Keperluan

pembelajaran bagi semua

orang

Perkembangan

literasi

Menghapuskan

jurang jantina dalam

pendidikan

Meningkatkan

semua aspek

kualiti

pendidikan dan

memastikan

keberkesanan

pendidikan

Page 116: Modul Lengkap PDF

116

3. Komponen ketiga ialah pendidikan bagi golongan remaja dan orang dewasa.

UNIT 11

PERANCANGAN MEMPERKEMBANGKAN

PENDIDIKAN KHAS

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit pelajaran ini, pelajar dapat:

1. Memahami pengubahsuaian pengajaran bagi memperkembangkan

Pendidikan Khas.

2. Mengetahui berkaitan model pengajaran kemahiran bahasa yang boleh

digunakan untuk mengajar murid-murid bermasalah pembelajaran ringan.

PENGENALAN

Murid-murid bermasalah emosi dan tingkah laku amat memerlukan intervensi akademik dan

secara umum terdapat tiga kategori intervensi yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah, iaitu

(1) intervensi murid, (2) intervensi oleh guru, seperti mengubah suai kurikulum, pujian dan token

ekonomi serta (3) intervensi rakan sebaya, seperti tutoran rakan sebaya dan pembelajaran

kooperatif. Dalam bab ini, kita akan membincangkan tentang pengubahsuaian pengajaran yang

boleh dilaksanakan oleh guru bagi memenuhi keperluan murid-murid bermasalah pembelajaran

ringan.

ISI KANDUNGAN

Pengubahsuaian Pengajaran Bagi Memenuhi Keperluan Murid-Murid Bermasalah

Pembelajaran

Thurlow et al. (2000) mendapati masa dan latar tempat penilaian boleh meningkatkan pencapaian murid.

Stuve dan Farrell (2001) menjalankan satu kajian terhadap 26 orang murid gred empat. Kajian dijalankan

selama enam minggu dan mengambil masa antara 30 minit hingga 40 minit setiap hari. Dapatan kajian

menunjukkan pengajaran bantuan dan sokongan berjaya membantu murid-murid bermasalah

pembelajaran menyelesaikan masalah Sains dan menjalankan tugasan untuk mencapai sesuatu matlamat

di luar kemampuan mereka. Stuve dan Farrell mencadangkan tiga aplikasi pengajaran menggunakan

Page 117: Modul Lengkap PDF

117

pengajaran bantuan dan sokongan, iaitu (1) bantuan mengembangkan pengetahuan sedia ada murid, (2)

peruntukan masa dan (3) membantu murid-murid merancang struktur pengetahuan.

Apakah yang anda faham mengenai pengajaran bantuan dan sokongan?

Greenwood (1991) telah menjalankan satu kajian terhadap murid-murid yang berisiko

menghadapi kesukaran membaca. Murid-murid didapati kurang menggunakan masa untuk tujuan

akademik berbanding rakan biasa mereka yang lain dan kesannya mereka didapati kurang

berjaya apabila menduduki ujian. Greenwood juga mendapati murid-murid ini kurang disediakan

dengan pengajaran berfokus guru dan mereka kurang menggunakan kemahiran yang dipelajari

dalam kehidupan.

Jepsen dan VonThaden (2002) telah menjalankan satu kajian eksperimen yang bertujuan

untuk mengenal pasti sama ada remaja berkeperluan khas mendapat manfaat daripada aktiviti

pemulihan pembelajaran yang diikuti. Seramai 46 orang murid, iaitu 16 orang remaja perempuan

dan 30 orang remaja lelaki mengambil bahagian dalam kajian ini. Mereka berumur antara 14

tahun hingga 16 tahun dan belajar di dalam bilik darjah biasa. Setiap kumpulan menerima 20 jam

pengajaran seminggu. Kumpulan rawatan menerima lebih masa pengajaran, iaitu 60 minit

seminggu sekali. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian murid-murid dalam kumpulan

rawatan meningkat kesan daripada pengajaran tambahan yang disediakan. Scruggs dan

Mastropieri (1992) mendapati murid-murid berkeperluan khas boleh dibantu jika maklumat yang

diberi tidak terlalu laju dan diberi tambahan masa, seperti jangka masa untuk menyiapkan

tugasan ditambah.

Kajian Gordinier et al. (2004) menunjukkan pengajaran bantuan dan sokongan

membolehkan murid-murid mengembangkan kemahiran dan menyusun pemikiran. Kajian Butler

(1998) mendapati pendekatan bantuan dan sokongan ialah cara terbaik untuk merancang dan

menyokong murid-murid ketika menyiasat atau melakukan inkuiri. Bantuan dan sokongan dilihat

dapat membantu murid-murid agar tidak tersasar jauh ketika mencari jawapan kepada sesuatu

projek Sains. Kajian Holbrook dan Kolodner (2004) pula dijalankan ke atas guru-guru Sains

menerusi program Unit Apollo 13. Dapatan kajian mendapati guru-guru memerlukan dua hingga

tiga tahun untuk mahir menjalankan kelas inkuiri Sains melainkan guru bertindak untuk

mengendalikan kelas menggunakan pendekatan bantuan dan sokongan. Logan et al. (1997),

McDonnel (1998) dan Hunt et al. (2002) telah menjalankan kajian terhadap murid-murid yang

belajar dalam Program Pendidikan Inklusif dan mendapati pencapaian murid-murid dalam

akademik dipengaruhi oleh pengajaran kolaborasi, pembelajaran kooperatif, kumpulan kecil atau

pengajaran secara individu.

Murid-murid membentuk kefahaman baru melalui pengetahuan sedia ada yang

disediakan oleh individu yang lebih berpengetahuan (Raymond 2000). Brush dan Saye (1999)

telah menjalankan satu kajian eksperimen terhadap 35 orang murid gred lapan menggunakan

pendekatan bantuan dan sokongan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan rawatan

yang menggunakan model Eisenberg and Berkowitz Information Problem Solving dapat menulis

artikel dengan baik serta tepat berbanding kumpulan kawalan di mana bantuan dan sokongan

tidak disediakan.

Page 118: Modul Lengkap PDF

118

Kajian Gibb dan Wilder (2002) serta Scott dan Shearer-Lingo (2002) mendapati tahap

kebolehan membaca murid-murid bermasalah pembelajaran dapat dipertingkatkan jika bahan

bacaan disediakan mengikut tahap bacaan murid. Flatley dan Rutland (1986) mengkaji tentang

buku bergambar dan beliau mendapati konsep buku bergambar dapat membantu kanak-kanak

bermasalah pembelajaran mempelajari nama objek dan mengikuti aktiviti bacaan dengan lebih

berkesan. Dapatan kajian juga mendapati kanak-kanak boleh berinteraksi melalui cerita. Boutte

dan McCormick (1992) menyatakan bahawa usaha untuk mengintegrasikan kefahaman tentang

pendidikan pelbagai budaya sering berlaku secara tidak semula jadi di mana gambaran berkaitan

perayaan dan watak utama selalu diguna untuk meningkatkan kefahaman murid.

Kajian Boone dan Higgins (2003) menunjukkan terdapat beberapa pilihan dalam teks

digital yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan teks dan sesuai dijadikan strategi

mengajar literasi. Boone dan Higgins menyatakan penggunaan strategi ini membolehkan murid-

murid belajar maksud perkataan dengan lebih baik. Kajian Gardner et al. (2003) mendapati carta,

pengkalan data serta peralatan multimedia, misalannya penggunaan power point dalam

pengajaran kurang berkesan untuk mengajar isi kandungan. Gardner et al. sebaliknya mendapati

menyediakan lebih masa belajar bagi murid-murid bermasalah pembelajaran untuk mendalami

isi kandungan lebih berkesan bagi meningkatkan pencapaian mereka.

Murid-murid berkeperluan khas sukar untuk memahami isi kandungan buku teks, maka

bahan bacaan tambahan, seperti buku fiksyen, buku teks yang lebih mudah dan informasi maya

lebih sesuai digunakan. Kesedaran menggunakan buku, seperti mengenal bahagian depan dan

belakang buku, posisi buku, gambar, perkataan dan cara membuka halaman dalam buku perlu

dipupuk sejak kecil kerana berpandukan gambar, kanak-kanak belajar untuk bercerita (Salend

2005). Kajian Fulk dan Stormont-Spurgin (1995) serta Zentell dan Stormont-Spurgin (1995)

mendapati nota berpelekat dan pen penanda bewarna boleh dijadikan sebagai bahan sokongan

yang murah, senang digunakan, mudah dibawa dan sesuai digunakan walaupun di rumah sendiri.

Terdapat beberapa kategori bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam

pengajaran, seperti berteknologi tinggi dan bahan bercetak. Lynne Norazit dan Su’ad (2001)

telah menjalankan satu kajian berkaitan kesesuaian bahan bacaan untuk kanak-kanak. Kajian ini

dijalankan terhadap 100 orang kanak-kanak dalam tahun empat di tiga buah sekolah di Petaling

Jaya dan Kuala Lumpur. Dapatan kajian menunjukkan ciri-ciri buku yang baik ialah buku yang

mengandungi cerita yang menggembirakan, mudah, penerangan yang menarik, menggunakan

bahasa mudah dan berilustrasi.

Seo et al. (2008) telah menjalankan satu kajian yang bertujuan untuk mengenal pasti

amalan pengajaran kemahiran membaca 14 orang guru-guru baru Pendidikan Khas di Florida.

Peserta kajian mempunyai pengalaman mengajar tiga tahun atau kurang dan kesemua mereka

mengajar kemahiran membaca kepada murid-murid bermasalah pembelajaran dalam gred tiga

hingga gred lima. Analisis data kualitatif menunjukkan muncul empat tema, iaitu kualiti

pengajaran pengajaran, respon kepada keperluan murid, sosio emosi, persekitaran bilik darjah

dan autonomi murid. Bogner et al. (2002) dan Dolezal et al. (2003) menjalankan kajian untuk

melihat pengajaran guru dalam kemahiran membaca. Mereka mendapati guru yang berjaya

memotivasikan murid dan mengekalkan penglibatan murid dalam literasi mempunyai

pengetahuan yang mendalam berkaitan kurikulum membaca.

Page 119: Modul Lengkap PDF

119

Aspek mengikut kesediaan guru tidak kurang pentingnya apabila pengubahsuaian

kurikulum dirancang dan dilaksanakan. Kajian Clark (1997) berkaitan interaksi guru dan murid

mendapati bahawa guru berinteraksi secara berbeza apabila mereka berhadapan dengan murid-

murid bermasalah pembelajaran. Tingkah laku guru ini berkait rapat dengan pengetahuan dan

kepercayaan mereka terhadap pencapaian murid bermasalah pembelajaran. Kajian Ethell dan

McMeniman (2000), Putnam dan Borko (2000), Shulman (2000), Freeman (2002) dan Hiebert et

al. (2002) menunjukkan bahawa pengetahuan guru berkaitan pendekatan pengajaran, isi

kandungan dan amalan pengajaran membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah. Grossman (1995) pula mendapati masih kurang kajian dijalankan dalam domain

pengetahuan kurikulum dan pelaksanaannya, pembelajaran murid serta dalam konteks

pengajaran guru.

Mayer dan Marland (1997) menemu bual lima orang guru berkaitan pengetahuan mereka

terhadap murid-murid bermasalah pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru

Pendidikan Khas mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang latar belakang murid dan

pengetahuan ini membantu guru memilih pendekatan pengajaran yang bersesuaian untuk setiap

murid. Kajian Clark (1997) menunjukkan guru melakukan penyesuaian dan mengadun

pengalaman mengajar serta pengetahuan sedia ada apabila mengajar di dalam bilik darjah.

Berdasarkan pembacaan berkaitan pengubahsuaian pengajaran, kita boleh merumuskan

bahawa murid-murid bermasalah pembelajaran memerlukan tambahan masa apabila belajar.

Pembacaan yang dijalankan menyokong lima bentuk pengubahsuaian yang disarankan dalam

Akta Pendidikan 1996 (Malaysia 1996). Oleh kerana tempoh masa murid-murid bermasalah

pembelajaran berada di alam persekolahan tidak lama, maka mereka perlu mempelajari

kemahiran-kemahiran terpilih secara berkualiti. Oleh yang demikian, pengubahsuaian pengajaran

mewajarkan murid-murid bermasalah pembelajaran belajar kemahiran bahasa dalam keadaan

lebih terbela, menikmati penyamarataan hak dalam pendidikan dan paling utama pendidikan

yang disalurkan menepati keperluan mereka.

Model Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Bahasa bagi Murid-murid Bermasalah

Pembelajaran Ringan

Rajah 11.1 menunjukkan Model Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Bahasa bagi Murid-murid

Bermasalah Pembelajaran Ringan (Noor Aini 2010) yang dibina berteraskan bahasa sebagai alat

kognitif agar murid-murid bermasalah pembelajaran ringan dapat menguasai dengan lebih baik

kemahiran berkomunikasi, membaca dan menulis untuk meneruskan pembelajaran di peringkat

pascamenengah atau menghadiri kursus kemahiran (mengikut kebolehan dan keperluan mereka).

Satu perancangan rapi yang menghubung kait pengalaman sedia ada murid dan minat mereka

perlu dilaksanakan semasa mereka masih di bangku sekolah. Menerusi model yang dicadangkan

ini, guru dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran ringan untuk terlibat secara

langsung dengan pemerolehan kemahiran ke arah kerjaya dan bermotivasi untuk belajar

kemahiran bahasa secara lebih berkesan melalui penyediaan Rancangan Pendidikan Individu.

Rancangan Pendidikan Individu perlu dibina mengikut keperluan murid dan diumumkan

pelaksanaannya supaya lebih banyak pihak boleh menghulurkan bantuan merentas perkhidmatan

pendidikan yang disediakan bagi murid-murid bermasalah pembelajaran. Sebagai nilai tambah

Page 120: Modul Lengkap PDF

120

kepada kelaziman, Noor Aini mencadangkan supaya guru Pendidikan Khas membentuk

kurikulum personal bagi setiap murid bermasalah pembelajaran ringan. Kurikulum personal

memastikan setiap murid diajar kemahiran bahasa (dan mata pelajaran lain) melalui satu

perancangan yang sangat rapi, tersusun, mengikut tahap kebolehan murid, menggunakan

kurikulum yang tepat dan sesuai, proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan

disesuaikan atau diubahsuai bagi mencapai keperluan masing-masing.

Sebagai persediaan melanjutkan pelajaran ke peringkat pascamenengah bagi murid-murid

bermasalah pembelajaran ringan yang berkelayakan, selain menduduki peperiksaan umum,

mereka juga boleh mengikuti program jangka pendek. Program jangka pendek boleh dirancang

pelaksanaannya bersama agensi kerajaan yang lain seperti Kolej Komuniti atau Giat MARA.

Dengan ini, keperluan individu ke arah kehidupan bermakna seperti yang disasarkan dalam

Model Konseptual Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (Kementerian

Pelajaran Malaysia 2004) dapat direalisasikan. Menerusi model ini guru disarankan mengambil

kira unit mendiagnosis keperluan murid, membuat objektif khusus, memilih isi kandungan dan

menyusun isi kandungan, memilih pengalaman sedia ada, menyusun pengalaman sedia ada,

penilaian dan membuat semakan (Taba 1962) apabila melaksanakan pengajaran kemahiran

bahasa.

Murid-murid bermasalah pembelajaran ringan didapati belajar dalam tiga pilihan

persekitaran pembelajaran. Perkhidmatan pendidikan yang disediakan dalam setiap persekitaran

ini walaupun pada dasarnya berbeza tetapi menuju kepada matlamat yang sama, iaitu bagi

memenuhi keperluan individu. Tiga pilihan persekitaran yang dimaksudkan ialah perkhidmatan

pendidikan yang disediakan di dalam bilik darjah Pendidikan Khas, Pendidikan Inklusif sepenuh

masa dan Pendidikan Inklusif separa masa. Oleh yang demikian, apabila sesebuah program

integrasi di sekolah menengah yang difikirkan Menteri suaimanfaat (Malaysia 1996)

menyediakan perkhidmatan pendidikan, semua personal yang terlibat dalam Pendidikan Khas

dan warga sekolah (terutama kerjasama guru biasa) amat diperlukan. Kejelekitan rasa

tanggungjawab ini boleh dilaksanakan dengan lebih berkesan jika personal yang terlibat

memberi perkhidmatan pendidikan dalam ketiga-tiga pilihan persekitaran diberi latihan dan

kursus secara berterusan dalam bidang Pendidikan Khas. Penguasaan komponen Bahasa Melayu

seharusnya menjadi tiket kepada murid-murid bermasalah pembelajaran ringan yang mengikuti

pembelajaran di dalam bilik darjah Pendidikan Khas untuk menyertai sebarang program jangka

pendek dan menduduki peperiksaan awam. Oleh yang demikian, mereka perlu diberi peluang

untuk mengikuti kurikulum kebangsaan dengan beberapa penyesuaian (Malaysia 1996, 2002)

yang difikirkan sesuai supaya penyamarataan hak pendidikan (Biwako 2007), penyamaan

peluang kepada orang kurang upaya (Malaysia 2002) dan dikaitkan dengan pengalaman murid

(Salamanca 1994) dapat dilaksanakan secara adil dan berkualiti.

Model Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Bahasa bagi Murid-murid Bermasalah

Pembelajaran Ringan menyokong pemilihan kurikulum kebangsaan bagi murid-murid

bermasalah pembelajaran ringan yang mengikuti Pendidikan Inklusif secara sepenuh masa

sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan umum. Dengan ini penyertaan penuh dan

setara individu berkeperluan khas (Malaysia 2007) dapat dilaksanakan dengan baik berlandaskan

pembangunan dan kesejahteraan orang kurang upaya.

Page 121: Modul Lengkap PDF

121

Model Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Bahasa bagi Murid-murid Bermasalah

Pembelajaran Ringan juga menyokong pemilihan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran dan kurikulum kebangsaan bagi murid-murid bermasalah

pembelajaran ringan yang mengikuti Pendidikan Inklusif secara separa masa. Dalam konteks ini,

guru-guru Pendidikan Khas boleh menggunakan pengajaran terus (Lewis 1993; Swanson dan

Hoskyn 1998; Vaughn et al. 2000) dan mendokumentasikan keperluan murid dan perkhidmatan

bantuan yang disediakan dalam Rancangan Pendidikan Individu.

Murid

bermasalah

pembelajaran

ringan

Pendidikan

Inklusif

Separa Masa

Program

jangka

pendek

Pendidikan

Inklusif

Sepenuh

Masa

Bilik darjah

Pendidikan

Khas

Huraian Sukatan

Pelajaran

Pendidikan Khas

Bermasalah

Pembelajaran

Modul kemahiran

dengan penyesuaian

Kurikulum

Kebangsaan

Peperiksaan

umum

Pascamenengah Kehidupan

bermakna

Rancangan

Pendidikan

Individu/kurikulum

personal

Page 122: Modul Lengkap PDF

122

Rajah 11.1 Model Pelaksanaan Pengajaran Kemahiran Bahasa bagi Murid-murid

Bermasalah Pembelajaran Ringan

Sumber: Noor Aini (2010)

Penyertaan murid-murid bermasalah pembelajaran ringan di dalam Program Pendidikan Inklusif

kurang mendapat tempat di kebanyakan sekolah. Nyatakan bagaimana program ini boleh

dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Apakah yang anda faham dengan terma kurikulum personal dan sejauhmana kurikulum personal

dilaksanakan di sekolah anda?

RUMUSAN

Perkembangan dalam Pendidikan Khas amat meilbatkan kesungguhan guru-guru dan

sejauhmana pengubahsuaian dilakukan oleh guru dan personal lain dalam Program Pendidikan

Khas Bermasalah Pembelajaran. Ramai yang menganggap tugas guru Pendidikan Khas ialah

mengasuh anak-anak cacat, tetapi sebaliknya guru Pendidikan Khas menggalas tanggungjawab

yang lebih besar, iaitu mendidik insan istimewa ini menjadi warga negara yang baik dan

berketrampilan. Atas dasar ini, semakin ramai guru Pendidikan Khas mengambil sikap positif

dan bersedia untuk merealisasikan mesej kemanusiaan ini.

KATA KUNCI

1. Murid-murid bermasalah pembelajaran ringan

2. Pengubahsuaian

3. Intervensi

PENILAIAN KENDIRI

1. Nyatakan tiga kategori intervensi yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah Pendidikan

Khas.

2. Bagaimana murid-murid bermasalah pembelajaran ringan boleh dibantu?

Page 123: Modul Lengkap PDF

123

PETA KONSEP

RUJUKAN

BIWAKO. 2007. Biwako Millennium Framework. Jepun: BIWAKO.

Bogner, K., Raphael, L. & Pressley, M. 2002. How grade one teachers motivate literacy activity

by their students. Scientific Studies of Reading 6: 135-165.

Boone, R. & Higgins, K. 2003. Reading, writing, and publishing digital text. Remedial and

Special Education 24: 132-140.

Boutte, G.S. & McCormick, C.B. 1992. Authentic multicultural activities. Childhood Education,

68(3): 140-144.

Brush, T. & Saye, J. 1999. Student engagement with social issues in a multimedia-supported

learning environment. Theory and Research in Social Education 27(4): 472-504.

Butler, D.L. 1998. In search of the architect of learning: a commentary on scaffolding as a

metaphor for instructional interactions. Journal of Learning Disabilities 31(4): 374-386.

Clark, M.D. 1997. Teacher response to learning disability: a test of attribution principles. Journal

of Learning Disabilities 30: 69-79.

Perkembangan

Pendidikan Khas

Kurikulum Guru Agensi luar

Program Jangka

Pendek

intervensi Pengubahsuaian

Page 124: Modul Lengkap PDF

124

Dolezal, S.E., Welsh, L.M., Pressley, M. & Vincent, M.M. 2003. How nine third-grade teachers

motivate student academic engagement. Elementary School Journal 103: 239-267.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2004. Sukatan pelajaran pendidikan khas bermasalah

pembelajaran sekolah rendah dan menengah. Kuala Lumpur: t.pt.

Malaysia. 1996. Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas) (Akta

550). Warta Kerajaan.

Malaysia. 2002. Draf Akta Orang Cacat 2002. Warta Kerajaan.

Malaysia. 2007. Rang Undang-undang Orang Kurang Upaya 2007. Warta Kerajaan. D.R.

52/2007.

Noor Aini Ahmad. 2010. Pengajaran Kemahiran Bahasa bagi Murid-murid Bermasalah

Pembelajaran. Tesis Doktor Falsafah. Bangi: Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan

Malaysia.

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

1. Tiga kategori intervensi yang boleh dijalankan di dalam bilik darjah Pendidikan Khas

ialah (1) intervensi murid, (2) intervensi oleh guru, seperti mengubah suai kurikulum,

pujian dan token ekonomi serta (3) intervensi rakan sebaya, seperti tutoran rakan sebaya

dan pembelajaran kooperatif.

2. a. Pengajaran bantuan dan sokongan

b. Program Pendidikan Khas Inklusif

c. Program jangka pendek