modul menulis karangan bahasa melayu spm 2013(1)-lengkap (1).doc

118
MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013 ISI KANDUNG: HALAMAN Prakata 1.0 Panduan menulis karangan secara umum. 01 - 15 2.0 Teknik Merangka Karangan Strategi 8 Pihak. 16 - 19 3.0 Teknik Merangka Karangan Menggunakan Kaedah DIKEMANAS 20 - 25 4.0 Teknik Menulis Karangan Menggunakan Peta Minda. 26 - 37 5.0 Teknik Menulis Karangan Menggunakan Pasang Siap. 38 - 41 6.0 Teknik Menulis Karangan Menggunakan Modul “Tiru Macam Saya” 42 - 48 7.0 Teknik Menulis Karangan Menggunakan Modul KHATAM. 49 - 76 8.0 Teknik Guru Cina Murid Cina (GUCI MUCI) 77 - 83 1

Upload: asim-ali

Post on 25-Oct-2015

833 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

DAS

TRANSCRIPT

Page 1: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

ISI KANDUNG: HALAMAN

Prakata

1.0 Panduan menulis karangan secara umum. 01 - 15

2.0 Teknik Merangka Karangan Strategi 8 Pihak. 16 - 19

3.0 Teknik Merangka Karangan Menggunakan Kaedah DIKEMANAS 20 - 25

4.0 Teknik Menulis Karangan Menggunakan Peta Minda. 26 - 37

5.0 Teknik Menulis Karangan Menggunakan Pasang Siap. 38 - 41

6.0 Teknik Menulis Karangan Menggunakan Modul “Tiru Macam Saya” 42 - 48

7.0 Teknik Menulis Karangan Menggunakan Modul KHATAM. 49 - 76

8.0 Teknik Guru Cina Murid Cina (GUCI MUCI) 77 - 83

1

Page 2: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

PANDUAN MENULIS KARANGAN BAHAGIAN A DAN B

KOMPONEN UTAMA KARANGAN

Pendahuluan Isi Kesimpulan

MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN.

Asas binaan perenggan pendahuluan sama ada Bahagian A dan Bahagian B ialah dibina dalam 3 ayat ( AYAT RANGSANGAN / AYAT SOKONGAN / AYAT ARAH ).

AYAT RANGSANGAN (AR)Dibina menggunakan tema yang terdapat dalam soalan.

AYAT SOKONGAN (AS)

Merupakan ayat yang menyokong Ayat Rangsangan yang telah dibina sebelumnya. Bagi calon lemah, contoh-contoh yang ada pada bahan rangsangan boleh dijadikan Ayat Sokongan.

AYAT ARAH (AA)Merupakan tugasan soalan yang telah disediakan dalam sesuatu soalan.

Namun begitu, daripada 3 ayat (binaan asas), calon boleh mengembangkan sesuatu pendahuluan karangan kepada 4 ayat; 5 ayat; atau 6 ayat.

Bilangan ayat yang dibina bergantung kepada kebolehan pelajar – LEMAH / SEDERHANA / CEMERLANG.

Namun begitu, kepanjangan perenggan pendahuluan perlulah dikawal supaya tidak terlalu panjang sehingga melebihi kepanjangan sesebuah perenggan fakta.

Untuk karangan Bahagian A,calon LEMAH / SEDERHANA lebih digalakkan membina 3 – 5 ayat sahaja.

Untuk karangan Bahagian B, calon boleh membina sehingga 5 - 6 ayat atau lebih tetapi tidak terlalu panjang.

Berdasarkan contoh-contoh diberikan, calon sederhana / lemah perlu membina ayat-ayat yang mudah sahaja, manakala bagi calon-calon cemerlang anda bebas untuk mengarang berdasarkan tugasan soalan.

2

Page 3: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

CONTOH 1 : SOALAN SPM (N) 2005:

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menangani gejala vandalisme. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.

BINAAN PERENGGAN : USAHA-USAHA MENANGANI GEJALA VANDALISME ( 3 AYAT )

BINAAN PENDAHULUAN

BINAAN AYATJUMLAH PERKATAAN

A1-ARTema

Marcapada gejala vandalisme yang berlaku di negara kita agak berleluasa dan semakin sukar untuk dibanteras.

14 p.p

A2-AS[Contoh]

Menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam dan memecahkan tong sampah adalah antara contoh kejadian vandalisme yang dilakukan mereka tidak bertanggungjawab.

20 p.p

A3-AATugasan

Oleh hal yang demikian, sebelum luka menjadi nanah, pelbagai tindakan yang drastik dan berkesan perlu diambil bagi mengelakkan negara terus menanggung kerugian.

20 p.p

54 p.p

BINAAN PERENGGAN : USAHA-USAHA MENANGANI GEJALA VANDALISME (5 AYAT).

* Perhatian: untuk dikembangkan kepada 5 ayat – Ayat Sokongan dipecahkan kepada : Mengapa? / Ayat Contoh / Ayat Kesan @ Faedah.

BINAAN PENDAHULUAN

BINAAN AYATJUMLAH PERKATAAN

A1-AR Tema

Marcapada gejala vandalisme yang berlaku di negara kita agak berleluasa dan semakin sukar untuk dibanteras.

14 p.p

A2-AS1[Mengapa?]

Hal ini demikian kerana masyarakat pada hari ini semakin bersikap kasar lantaran hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri mereka.

18 p.p

A3-AC [Contoh]

Menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam dan memecahkan tong sampah adalah antara contoh kejadian vandalisme yang dilakukan mereka tidak bertanggungjawab.

20 p.p

A4-AS2[Kesan]

Sekiranya fenomena ini semakin berleluasa dan tiada tindakan tegas diambil, nescaya banyak lagi

20 p.p

3

Page 4: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan dimusnahkan.

A5-AA Tugasan

Oleh hal yang demikian, sebelum luka menjadi nanah, pelbagai tindakan yang drastik dan berkesan perlu diambil bagi mengelakkan negara terus menanggung kerugian.

19 p.p

91 p.p

LATIHAN PENGUKUHAN 1:

USAHA-USAHA MENINGKATKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN REMAJA.

BINAAN PENDAHULUAN

BINAAN AYATJUMLAH PERKATAAN

A1-AR Tema

Dewasa ini golongan remaja dikatakan kurang berdaya saing serta tidak mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

15 p.p

A2-AS[Mengapa?]

Hal ini demikian kerana remaja acap kali dikaitkan dengan kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak umpama virus epidemik.

21 p.p

A3-AA Tugasan

Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur prakarsa yang pragmatik perlulah diambil demi memastikan semangat patriotik dalam kalangan remaja tidak terpadam dan lenyap ditelan zaman.

23 p.p

59 p.p

Arahan : Bina perenggan Latihan Pengukuhan 1 daripada 3 kepada 5 perenggan.

BINAAN PENDAHULUANBINAAN AYAT JUMLAH

PERKATAAN

A1-AR Tema

Dewasa ini golongan remaja dikatakan kurang berdaya saing serta tidak mempunyai semangat patriotik yang tinggi.

15 p.p

A2-AS1[Mengapa?]

Hal ini demikian kerana remaja acap kali dikaitkan dengan kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak umpama virus epidemik.

21 p.p

A3-ACContoh

A4-AS2[KESAN @

4

Page 5: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

FAEDAH]

A5-AA Tugasan

Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur prakarsa yang pragmatik perlulah diambil demi memastikan semangat patriotik dalam kalangan remaja tidak terpadam dan lenyap ditelan zaman.

23 p.p

p.p

LATIHAN PENGUKUHAN :KARANGAN [ BAHAGIAN B]

TUGASAN SOALAN: MANFAAT-MANFAAT PELAJAR MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH.

Lihat dahulu sedikit perbezaan pendahuluan karangan Bahagian B, berbanding karangan Bahagian A.

BINAAN PERENGGAN : 5 AYAT [ AR LI PA KF AA ]

BINAAN PENDAHULUAN

BINAAN AYATJUMLAH PERKATAAN

A1-AR Tema

Kegiatan kokurikulum boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan beruniform.

17 p.p

A2- AS1(LI)

Pada masa ini, kegiatan kokurikulum kembali diberikan penekanan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

11 p.p

A3-AS2(PA)

Usaha ini amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak kerana bertepatan dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dalam bidang jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

25 p.p

A4-AS3(K/F ISU)

Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan secara berkesan membolehkan pelajar kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelajar di negara-negara maju.

14 p.p

A5-AA Tugasan

Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu menyokong usaha murni ini kerana pelajar akan mendapat pelbagai faedah melalui penglibatan mereka dalam kegiatan kokurikulum.

22 p.p

89 p.p

5

Page 6: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

BINAAN PERENGGAN : 6 AYAT.

BINAAN AYATJUMLAH PERKATAAN

A1-AR Tema

Kegiatan kokurikulum boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu, sukan dan permainan, kelab dan persatuan serta pasukan beruniform.

17 p.p

A2- AS1(LI)

Pada masa ini, kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah kembali diberikan penekanan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

13 p.p

A3-AS2(PA)

Usaha ini amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak kerana bertepatan dengan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dalam bidang jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial.

25 p.p

A4- AC[Contoh]

Melalui bidang kokurikulum murid-murid mampu mengharumkan nama mereka sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

17 p.p

A5-AS3(K/F ISU)

Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan secara berkesan membolehkan pelajar kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pelajar di negara-negara maju.

15 p.p

A6-AA Tugasan

Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu menyokong usaha murni ini kerana pelajar akan mendapat pelbagai faedah melalui penglibatan mereka dalam kegiatan kokurikulum.

22 p.p

110 p.p

LATIHAN PENGUKUHAN 2:

USAHA-USAHA MENINGKATKAN SEMANGAT KEJIRANAN.

BINAAN PENDAHULUAN

BINAAN AYATJUMLAH PERKATAAN

A1-AR Tema

p.p

A2-AS1(LI)

Akibat tidak lagi mengamalkan peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, masyarakat pada

15 p.p

6

Page 7: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

masa ini dikatakan kurang mengamalkan semangat kejiranan.

A3-AS2(PA)

p.p

A4 – AC[ CONTOH]

A5-AS3(K/FISU )

Terbukti bahawa melalui hubungan mesra yang terjalin antara jiran, akan dapat membantu kita menghadapi pelbagai kesulitan serta masalah yang mendatang.

20 p.p

A5-AA Tugasan

p.p

p.p

MENULIS / MENGOLAH DAN MENGEMBANGKAN FAKTA DALAM KARANGAN (SATU CADANGAN)

1.1 Setiap perenggan fakta hendaklah mengandungi 4 unsur utama;

1.1.1 Isi utama ( Ayat Utama/ Ayat Topik )1.1.2 Huraian (Ayat Huraian)1.1.3 Contoh (Ayat Contoh)1.1.4 Kesimpulan (Ayat Penegas)

1.2 Secara lebih jelas KOMPONEN PERENGGAN ISI mengandungi 4 unsur berikut;

7

Page 8: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

1.3 Dalam artikel ini, saya mencadangkan pelajar mendekati formula berikut untuk mengembangkan dan mengolahkan fakta yang telah diperoleh;iaitu

8

4 unsur

Isi Utama: Mesti menjawab tugasan yang

diberikan dalam soalan. Gunakan ayat mudah.

Huraian: Pengembangan isi

berdasarkan isi utama.

Boleh merangkumi aspek persoalan:

o Bagaimana?o Mengapa?

Menggunakan penanda wacana yang sesuai.

Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik

Contoh:Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:

Data statistik Pendapat orang

yang sangat dikenali ramai dan dihormati

Penemuan atau kajian sains.

Kesimpulan: (Ayat penegas) Penutup kepada perenggan

Menegaskan semula isi utama

Page 9: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI [CALON CEMERLANG]

ATAS ( 5W 1H ) ACAP

AT Menyatakan Idea UtamaAS (Ayat Sokongan Apa / Mengapa / Siapa / Bila / Di mana (5W) dan

Bagaimana (1H)AC (Ayat Contoh) Contoh yang berkaitan dengan isiAyat Penegas Menyimpul dan menegaskan isi.

Namun begitu, bagi calon LEMAH / SEDERHANA formula berikut perlu dipatuhi bagi memastikan calon membina sekurang-kurangnya 5 ayat dalam sesebuah perenggan fakta.

FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI

ATAS ( 1W 1H ) ACAP

AT Menyatakan Idea UtamaAS (Ayat Sokongan ) (Why) Mengapa AS (Ayat Sokongan ) (How) Bagaimana AC ( Ayat Contoh ) Contoh yang berkaitan dengan isiAyat Penegas Menyimpul dan menegaskan isi.

1.4 Lihat contoh-contoh perenggan isi yang berikut sebagai panduan:

1.4.1 BANJIR KILAT : LANGKAH-LANGKAH MENGATASI BANJIR KILAT

BINAAN PERENGGAN FAKTAJENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH

PERKATAAN

A1 Ayat Topik?

Kerajaan hendaklah menambah peruntukan khas bagi mengatasi masalah kejadian banjir kilat di negara kita.

12 p.p

A2- AS1 Apa tujuan?

Peruntukan yang disediakan oleh kerajaan penting untuk membina pelbagai projek tebatan banjir seperti kerja-kerja pendalaman semula sungai.

17 p.p

A3- AS2 Mengapa penting?

Projek tebatan banjir penting dilakukan agar kawasan-kawasan 18 p.p

9

Page 10: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

rendah dan sering berlaku banjir kilat tidak lagi ditimpa bencana tersebut.

A4- AS3Bagimana dijalankan?

Dalam hal ini, pihak kerajaan perlulah mengagihkan segera peruntukan yang disediakan melalui pejabat-pejabat daerah di setiap daerah yang terlibat dengan kejadian banjir kilat.

22 p.p

A5 Ayat Contoh

Sebagai contoh, kerja-kerja tebatan banjir di Kuala Lumpur dan Shah Alam perlu dilakukan segera kerana banjir kilat yang berlaku boleh menjejaskan kehidupan penduduk.

22 p.p

A6 Ayat Penegas

Oleh itu, semua pihak yang diberikan amanah dan tanggungjawab perlu merancang secara berkesan dan komprehensif agar masalah banjir kilat dapat diatasi segera.

22 p.p

103 p.p

LATIHAN PENGUKUHAN 2:

MANFAAT-MANFAAT PELAJAR MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH.

BINAAN PERENGGAN FAKTAJENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH

PERKATAAN

A1 Ayat Topik?

Faedah pertama melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum adalah dapat membentuk akhlak dan sahsiah terpuji dalam diri pelajar.

17 p.p

A2- AS1Apa akhlak / sahsiah terpuji? p.p

A3- AS2

Mengapa kokurikulum penting?

Hal ini demikian kerana melalui kegiatan kokurikulum, pelajar lebih mudah dipupuk dengan sifat-sifat terpuji seperti bertanggungjawab,bekerjasama serta menanam semangat cinta akan

23 p.p

10

Page 11: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

negara.

A4- AS3Bagaimana diterapkan? p.p

A5- AS4 Bilakah masanya?

Melalui aktiviti sukan dan permainan, serta perkhemahan unit beruniform para pelajar perlu bekerjasama serta saling membantu.

15 p.p

A6 Ayat Contoh.p.p

A7 Ayat Penegas.

Tuntasnya, kegiatan kokurikulum mampu membentuk akhlak dan sahsiah terpuji dalam diri pelajar sekiranya dilaksanakan dengan sistematik dan berkesan.

18 p.p

p.p

LATIHAN PENGUKUHAN 3:

USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL

BINAAN PERENGGAN FAKTAJENIS AYAT BINAAN AYAT JUMLAH

PERKATAAN

A1 Ayat Topik?

Ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan dalam memperkenal serta mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda.

16 p.p

A2- AS1 Mengapa?p.p

A3- AS2

Bagaimana? Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak sejak kecil bertepatan dengan kata peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, bertujuan

21 p.p

11

Page 12: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

memupuk minat akan permainan tradisional.

A4- AS3 Bagaimana?p.p

A5- AS4 Bagaimana?

Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional sempena Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan dalam keluarga sendiri atau bersama rakan-rakan sekerja.

22 p.p

A6 Ayat Contoh.p.p

A7 Ayat Penegas.

Jelas bahawa melalui usaha yang dijalankan secara langsung mampu mempopularkan sesuatu permainan tradisional malah dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga, bak kata peribahasa sambil menyelam minum air.

26 p.p

p.p

MENULIS PERENGGAN PENUTUP.

1.5 Dalam artikel ini, penulis mencadangkan DUA jenis penutup yang boleh digunakan (khususnya karangan Bahagian A) iaitu;

1.5.1 Teknik Perenggan Cadangan.1.5.2 Teknik Perenggan Ramalan.

12

Page 13: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

1.6 Untuk memahaminya lihat, contoh-contoh yang berikut;

1.6.1 Teknik Perenggan Cadangan : Usaha-usaha mengatasi gejala vandalisme.

BINAAN PENUTUP / KESIMPULANJENIS AYAT

BINAAN AYATJUMLAHPERKATAAN

A1 Ayat Rumusan

Tuntasnya, gejala vandalisme perlu ditangani segera oleh pihak berkuasa daripada terus berleluasa dan menjadi tidak terkawal.

16 p.p

A2 Ayat Cadangan

Satu jawatankuasa yang dianggotai oleh pelbagai pihak hendaklah ditubuhkan bagi merancang dan mengambil pendekatan berkesan bagi membanteras gejala tersebut

19 p.p

A3 Ayat Harapan

Kerjasama yang bersepadu dan berterusan penting agar negara tidak terus menanggung kerugian dan imej negara terus tercalar di mata pelancong-pelancong asing.

20 p.p

45 p.p

1.6.2 Teknik Perenggan Ramalan : Usaha-usaha mempopularkan kembali permainan tradisional

BINAAN PENUTUP / KESIMPULANJENIS AYAT

BINAAN AYAT JUMLAHPERKATAAN

A1 RMLN 1

Kesimpulannya, sekiranya kita tidak berusaha bersungguh-sungguh, berkemungkinan permainan tradisional akan pupus ditelan arus kemodenan.

14 p.p

A2 RMLN 2

Jikalau keadaan ini terjadi, maka generasi muda akan datang tidak lagi mengenali sekaligus mengetahui cara bermain sesuatu permainan tradisional.

19 p.p

A3 RMLN 3 Apabila keadaan yang malang ini terjadi, segala-galanya sudah terlewat dan mungkin kita tidak akan mampu untuk menyelamatkan khazanah budaya yang sepatutnya dijaga dan diwarisi dari

30 p.p

13

Page 14: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

satu generasi ke satu generasi.63 p.p

1.7 Bagi karangan Bahagian B, dicadangkan binaan perenggan kesimpulan seperti berikut;

PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM:

BINAAN PENUTUP / KESIMPULANJENIS AYAT

BINAAN AYAT JUMLAHPERKATAAN

A1 RUMUSAN

Konklusinya, demi mencapai visi kudsi Wawasan 2020, Malaysia memerlukan generasi yang berkaliber, berwibawa dan berintelek selari dengan modal insan yang memiliki minda kelas pertama seperti yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri kita.

28 p.p

A2 CADANGAN

Oleh itu, pandangan negatif sesetengah pihak bahawa kegiatan kokurikulum tidak membawa kebaikan dan hanya membuang masa haruslah dikikis segera.

19 p.p

A3 HARAPAN

Perkara yang pasti ialah semua pihak yang telah diamanahkan perlu berganding bahu,menggembleng tenaga bagi menjayakan cita-cita murni ini.

19 p.p

A4 PENDIRIAN

Sesungguhnya, amalan peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna haruslah dihayati dan direnungi terutama oleh pelajar untuk menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.

17 p.p

83 p.p

CARA-CARA MENGHARGAI JASA DAN PENGORBANAN GURU:

BINAAN PENUTUP / KESIMPULANJENIS AYAT

BINAAN AYAT JUMLAHPERKATAAN

A1 RUMUSAN

Konklusinya, guru merupakan arkitek yang melahirkan jutaan bijak pandai dalam pelbagai bidang seperti yang pernah diungkapkan oleh Sasterawan Negara, Usman Awang dalam sajaknya bertajuk “Guru”.

23 p.p

14

Page 15: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

A2 CADANGAN

Oleh itu, tidak salah sekiranya masyarakat pada hari ini memberikan pengiktirafan yang tinggi terhadap kerjaya guru yang sentiasa menuntut komitmen yang tinggi.

22 p.p

A3 HARAPAN

Dengan berbuat demikian, semua pihak tidak lagi bersikap menuding jari terhadap para guru sekiranya anak-anak mereka menghadapi masalah di sekolah malahan lebih mudah untuk memberikan kerjasama.

25 p.p

A4 PENDIRIAN

Kita percaya sekiranya tanpa jasa dan pengorbanan guru, nescaya sukar untuk para pemimpin di peringkat nasional melaksanakan visi dan misi bagi mencapai wawasan negara maju pada tahun 2020 .

27 p.p

97 p.p

15

Page 16: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

2.0 MODUL : MEMBINA RANGKA KARANGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN STRATEGI 8 PIHAK (S8P).

2.1 Bilakah guru boleh menggunakan pendekatan S8P ini?

Sekiranya tugasan soalan membincangkan PUNCA-PUNCA / FAKTOR-FAKTOR / SEBAB-SEBAB atau USAHA-USAHA / CARA-CARA / LANGKAH-LANGKAH atau PERANAN PELBAGAI PIHAK , guru boleh mula berfikir untuk merangka karangan menggunakan ”Strategi 8 Pihak” iaitu,

16

Page 17: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

2.2 APAKAH MAKSUD STRATEGI 8 PIHAK (S8P) DAN HUBUNGANNYA DENGAN PROSES MERANGKAKAN KARANGAN?

S8P bermaksud sekiranya tugasan soalan berkehendakkan PUNCA-PUNCA / FAKTOR-FAKTOR / SEBAB-SEBAB, ,maka guru perlu memikirkan apakah yang telah dilakukan oleh pihak-pihak sehinggakan sesuatu isu berlaku.

Sebaliknya, sekiranya tugasan soalan berkehendakkan USAHA-USAHA / CARA-CARA / LANGKAH-LANGKAH, maka guru perlu memikirkan apakah yang boleh dilakukan oleh pihak tersebut untuk menyelesaikan atau mengatasi sesuatu masalah yang dibincangkan.

Pihak yang paling awal difikirkan ialah DIRI SENDIRI (ANDA); dan barulah diikuti dengan pihak lain yang paling hampir dan sesuai.

Pada kebiasaannya, dalam sesuatu karangan terdapat 5 pihak yang paling sesuai untuk dipilih bagi mengesan isi atau fakta yang sesuai.

Perlu juga diingati bahawa, satu boleh menyumbangkan dua fakta atau lebih.

2.3 LIHAT CONTOH RANGKA KARANGAN DI BAWAH YANG MENGGUNAKAN STRATEGI 8 PIHAK (S8P)

TAJUK: LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU ORANG KELAINAN UPAYA (OKU).

1.0 PENDAHULUAN.

2.0 ISI / FAKTA:

2.1 Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU.

2.2 Kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU.

2.3 Swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih baik.

17

Page 18: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

2.4 Media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU.

2.5 Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni.

3.0 PENUTUP / KESIMPULAN.

2.4 CONTOH KARANGAN LENGKAP.

LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU ORANG KELAINAN UPAYA (OKU).

Tema: Orang Kelainan Upaya (OKU)Tugasan: Langkah-langkah membantu Orang Kelainan Upaya (OKU)

PENDAHULUAN.Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan orang yang kurang bernasib baik

kerana dilahirkan dalam keadaan cacat. Ada kalangan mereka yang menjadi cacat akibat mengalami kemalangan yang menjejaskan anggota badan. Mereka tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna kerana kekurangan yang dimiliki. Mereka perlu dibantu untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Terdapat pelbagai pihak yang perlu memainkan peranan untuk membantu Orang Kelainan Upaya (OKU).

ISI / FAKTA:

PERENGGAN ISI / FAKTA 1. Ibu bapa berperanan mendidik anak-anak mereka supaya menghormati serta tidak memandang hina OKU. Hal ini demikian kerana OKU juga mempunyai perasaan mahu dihargai, disayangi dan dihormati oleh masyarakat. Sebagai contoh, anak-anak diajar supaya tidak memandang sebelah mata terhadap OKU. Mereka juga dilarang mentertawakan OKU akibat kecacatan yang mereka alami ketika berhadapan dengan mereka. Tegasnya, ibu bapa perlu mendidik anak-anak supaya menghormati OKU.

PERENGGAN ISI / FAKTA 2. Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan pelbagai peluang pendidikan dan memberikan kemahiran kepada golongan OKU. Hal ini demikian kerana pendidikan dan kemahiran sangat penting demi masa depan mereka. Langkah pihak kerajaan mewujudkan Kelas Pendidikan Khas amat wajar diberiakan pujian. Jelaslah bahawa pihak kerajaan memainkan peranan penting dalam membantu OKU sebagaimana slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak ,’Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

PERENGGAN ISI / FAKTA 3. Di samping itu, pihak swasta juga hendaklah turut sama membantu golongan OKU menjalani kehidupan yang lebih baik. Mereka tidak seharusnya bersikap lepas tangan dan tidak menganggap OKU sebagai beban. Sebagai contoh, usaha

18

Page 19: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

murni pengusaha pusat beli-belah yang menyediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti lorong khas, tandas dan tempat letak kenderaan amat dihargai. Sikap pihak swasta yang menunjukkan keperihatinan dan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap golongan yang kurang bernasib baik ini perlu dicontohi.

PERENGGAN ISI / FAKTA 4. Seterusnya, pihak media massa boleh memainkan peranan mereka dengan menyebarkan maklumat tentang peluang pendidikan dan kerjaya bagi OKU. Setiap maklumat mestilah disampaikan dan disebarkan oleh pihak media massa kepada orang ramai. Kempen Masyarakat Penyayang yang dilancarkan oleh pihak kerajaan perlulah disampaikan melalui saluran media massa. Maklumat tersebut boleh disalurkan melalui iklan, kempen dan melalui drama. Kesannya, orang ramai akan mendapat maklumat tentang OKU secara telus. Jelaslah, nasib OKU akan terbela dengan adanya peranan media massa.

PERENGGAN ISI / FAKTA 5. Setiap individu perlu menunjukkan nilai-nilai murni. Hal ini demikan kerana setiap individu mempunyai tangungjawab masing-masing. Sebagai contoh, mereka perlu membantu golongan OKU semasa melintas jalan, menaiki bas atau ketika OKU memerlukan sebarang bantuan. Hal ini bertepatan dengan maksud peribahasa ‘berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Pendek kata, setiap individu hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni bagi membantu golongan ini.

KESIMPULAN / PENUTUP:Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh peranan pelbagai pihak penting

untuk membantu golongan OKU. Semua pihak perlu berganding bahu, bak kata peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, bagi membela nasib dan masa depan golongan OKU. Usaha membantu golongan OKU diharapkan bukanlah bermusim tetapi sentiasa menjadi agenda utama kerajaan. Sesungguhnya, golongan OKU juga merupakan pihak yang berhak menikmati udara kemerdekaan di nusa tercinta ini.

19

Page 20: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

3.0 MODUL : MEMBINA RANGKA KARANGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN DIKEMANAS.

3.1 Bilakah calon boleh menggunakan pendekatan DIKEMANAS ini?

Sekiranya tugasan soalan membincangkan KEPENTINGAN / FAEDAH / MANFAAT / KEBAIKAN atau KESAN / IMPAK / IMPLIKASI , guru boleh mula berfikir untuk merangka karangan menggunakan DIKEMANAS iaitu:

3.2 APAKAH MAKSUD KAEDAH DI MANA DAN HUBUNGANNYA DENGAN PROSES MERANGKAKAN KARANGAN?

DIKEMANAS bermaksud sekiranya tugasan soalan berkehendakkan KEPENTINGAN / MANFAAT / FAEDAH / KEBAIKAN DAN SEBAGAINYA , ATAU AKIBAT / KESAN / IMPAK / IMPLIKASI,maka guru perlu memikirkan dua keadaan berikut;

20

Page 21: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

i. Apakah KEPENTINGAN / MANFAAT / FAEDAH / KEBAIKAN sesuatu isu yang dibincangkan itu kepada DIKEMANAS ( yang mana bersesuaian mengikut tajuk ).

ii. Apakah AKIBAT / KESAN / IMPAK / IMPLIKASI suatu isu yang dibincangkan itu kepada DIKEMANAS ( yang mana bersesuaian mengikut tajuk ).

Pihak yang paling awal difikirkan ialah DIRI ( sesiapa sahaja yang berkaitan dengan isu dalam konteks diri atau individu); dan barulah diikuti dengan empat pihak lain.

Perlu diingati bahawa, satu-satu pihak boleh menyumbangkan dua fakta atau lebih.

3.3 LIHAT CONTOH RANGKA KARANGAN DI BAWAH YANG MENGGUNAKAN KAEDAH DIKMANA.

TAJUK: KEPENTINGAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA.

1.0 PENDAHULUAN.

2.0 ISI / FAKTA:

2.1 IKS dapat meningkatkan ekonomi masyarakat terutamanya penduduk di luar bandar

2.2 IKS dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat.

2.3 IKS dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat.

2.4 Kewujudan IKS di kawasan-kawasan luar bandar dapat membantu meningkatkan sektor pertanian dan perikanan negara.

2.5 IKS dapat meningkatkan sektor pelancongan di negara kita.

3.0 PENUTUP / KESIMPULAN.

21

Page 22: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

3.4 CONTOH KARANGAN LENGKAP

TEMA INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)TUGASAN SOALAN KEPENTINGAN INDUSTRI KECIL DAN

SEDERHANA (IKS)ARAS CEMERLANG ( 80 – 88 )

Mutakhir ini, arus globalisasi yang menerjah dunia telah memberi impak

dan perubahan yang besar kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Dalam menongkah dan mengejar arus modenisasi ini, kerajaan kita telah menggagaskan

konsep 1 Malaysia yang berpaksikan slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”. Hal ini juga merupakan rentetan kepada Dasar Ekonomi Baru supaya

semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemakmuran negara secara adil dan saksama.

Menyedari hakikat inilah kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi

memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Hal ini bertepatan dengan peribahasa

Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah sama dilapah. IKS telah dibangunkan

dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Contoh Industri Kecil dan

Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan, kilang keropok, perusahaan batik, kilang mi

dan lain-lain lagi. Terdapat banyak kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara.

Salah satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat

terutamanya penduduk di luar bandar. Kita sedia maklum bahawa industri ini banyak

didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep ‘Satu Kampung Satu Produk’.

Sebagai contoh kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan

dan lain-lain lagi. Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran mereka kepada

penduduk-penduduk kampung serta pengunjung-pengunjung yang lain. Selain itu,

mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di pasar malam, pasar tani serta di karnival-

karnival jualan. Meskipun keuntungan penjualannya tidaklah seberapa, namun sikap

gigih dan istiqamah pengusaha IKS menyebabkan produk mereka akhirnya mendapat

perhatian para pengguna. Dalam usaha untuk mempromosi produk IKS ini, peribahasa

yang pipih tidak datang melayang, yang bulat tidak datang bergolek haruslah dijadikan

pegangan. Prinsip membujur lalu, melintang patah iaitu berani menghadapi cabaran dan

22

Page 23: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

dugaan dalam perniagaan merupakan resipi kejayaan ramai pengusaha IKS pada hari ini.

Oleh hal yang demikian, jelaslah bahawa IKS ini sangat penting untuk meningkatkan

pendapatan penduduk di luar bandar dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara.

Selain itu, IKS juga dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada

masyarakat terutamanya penduduk kampung. Kita sedia maklum bahawa untuk menjana

dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha IKS ini memerlukan pekerja yang

ramai. Sebagai contoh, kilang membuat kerepek memerlukan pekerja untuk menyediakan

bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk mereka. Sekurang-kurangnya

kilang IKS tersebut memerlukan antara 15 hingga 20 orang pekerja untuk menjalankan

operasinya. Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti,

sudah tentu pengusaha IKS akan memilih para pekerja dalam kalangan masyarakat

setempat . Hal ini telah akan membuka peluang kepada suri rumah, ibu tunggal atau

orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja di situ. Sikap pengusaha IKS yang prihatin

serta mengutamakan khidmat sosial kepada masyarakat setempat, akan mewujudkan

perasaan kekitaan terhadap IKS yang diwujudkan di sesuatu kawasan itu. Peribahasa

Melayu ada mengatakan orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa,

ironinya, para pekerja tersebut akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan mutu

serta kualiti produk kilang tersebut. Jelaslah bahawa IKS ini bukan sahaja dapat

membuka peluang pekerjaan kepada penduduk kampung malah dapat membantu negara

mengurangkan masalah pengangguran.

Di samping itu, pembinaan IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat

membantu meningkatkan sektor pertanian dan perikanan negara. Kita sedia

maklum bahawa IKS memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang

mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan

atau perhutanan. Tamsilnya kilang membuat keropok memerlukan hasil tangkapan laut,

manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang,

jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan perikanan turut

meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk kampung yang selama

ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para pengusaha IKS. Hukum

ekonomi menjelaskan bahawa kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga

barangan. Implikasinya harga barang mentah pertanian seperti ubi, pisang, keledek,

23

Page 24: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

keladi akan meningkat. Secara tidak langsung sektor pertanian akan meningkat. Hal ini,

diperkukuhkan lagi dengan dasar kerajaan yang memberi perhatian serius untuk

membantu meningkatkan pendapatan petani dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam

usaha memenuhi permintaan IKS terhadap bahan mentah yang semakin meningkat

kerajaan melalui agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI, PELADANG dan

sebagainya telah memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan kepada para petani

dan nelayan. Tuntasnya, IKS ini merupakan serampang dua mata kerana kewujudannya

bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat membasmi kadar kemiskinan

rakyat di negara kita yang tercinta ini.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa melancong ke Malaysia umpama telah

melancong ke separuh dunia. Hal ini kerana, di Malaysia terdapat pelbagai kesenian dan

budaya daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama. Apakah kaitan penyataan ini

dengan IKS? Kolerasinya ialah kewujudan IKS dapat meningkatkan sektor

pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum bahawa para pelancong suka membeli

kraftangan untuk dibawa pulang. Sebenarnya di Malaysia terdapat banyak barangan

kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang menjadi warganegara Malaysia.

Sebagai contoh perusahaan membuat tembikar, pasu bunga, ukiran, labu sayong, batik,

songket, tikar, bakul barangan hutan dan lain-lain lagi. Hasil kraf tangan melambangkan

identiti serta jati diri negara. Para pelancong membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk

membeli kraftangan ini sebagai cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada

rakan-rakan apabila pulang kelak. Dalam hal ini peribahasa Melayu ada menyebut

bahawa “tak tumbuh, tak melata, tak sungguh orang tak kata”. Hal ini menjelaskan

bahawa kualiti serta keunikan kraftangan Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong

ke negara kita. Ironinya perkara ini bukan sahaja akan meningkatkan imej Malaysia

sebagai negara berbilang bangsa malahan dapat meningkatkan ekonomi negara menerusi

sektor pelancongan.

Konklusinya, terdapat banyak kemaslahatan Indutri Kecil dan Sederhana (IKS)

kepada masyarakat dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya

membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja. Kita perlu gigih meningkatkan kualiti IKS

kerana industri ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada barangan keluaran

tempatan yang berperanan meningkatkan imej negara di mata dunia. Apabila masyarakat

24

Page 25: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

sama ada di dalam atau di luar negara menggunakan sahaja barangan IKS, maka secara

tidak langsung jati diri negara telah terserlah. Oleh hal yang demikian, semua pihak iaitu

pihak kerajaan, swasta, masyarakat serta individu perlulah bekerjasama untuk

meningkatkan industri ini. Dana yang besar telah diperuntukkan oleh kerajaan perlu

digunakan sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan IKS. Diharapkan barangan keluaran

IKS mampu bersaing dalam pasaran di peringkat tempatan dan juga persada

antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan gagasan 1 Malaysia iaitu, Rakyat didahulukan,

Pencapaian diutamakan.

992 patah perkataan

25

Page 26: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

4.0 KAEDAH /STRATEGI P&P BERDASARKAN MODUL PETA MINDA

4.1 Guru-guru perlu memperbanyak bahan karangan ini dan diedarkan

kepada pelajar yang cemerlang atau sederhana.

4.2 Bahan cetakan ini perlu bimbingan guru untuk membantu pelajar

mengenal pasti frasa menarik/ fakta/ isi penting.

4.3 Guru menggalakkan pelajar menggunakan pen pelbagai warna agar hasil

peta minda lebih menarik.

4.4 Contoh karangan dan peta minda (1):

CARA-CARA MENYAYANGI SEKOLAH

Sekolah merupakan institusi yang diwujudkan untuk menyediakan pendidikan

berkualiti bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan yang disediakan

kepada anak-anak di sekolah mampu menyediakan modal insan yang berilmu

pengetahuan. Hal ini selari dengan aspirasi Perdana Menteri,   Datuk Seri Mohd Najib

Tun Abdul Razak yang berazam untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada

anak-anak agar mereka mampu bersaing dalam dunia globalisasi yang semakin mencabar

kini. Aspirasi ini dapat direalisasikan jika murid-murid menunjukkan rasa sayang akan

sekolah masing-masing. Pada pendapat saya, pelbagai prakarsa yang pragmatik boleh

diimplimentasikan oleh murid-murid untuk menyayangi sekolah.

Seseorang murid menunjukkan rasa sayang akan sekolah jika mereka tidak

merosakkan fasiliti yang disediakan. Harta benda sekolah seperti meja, kerusi, tandas,

telefon, peralatan sukan dan sebagainya perlu dijaga dengan baik. Hal ini kerana harta

benda sekolah merupakan aset negara yang perlu dikongsi secara bersama-sama dengan

murid-murid lain selain memerlukan bajet yang tinggi untuk menyediakannya. Jika

murid-murid melakukan vandalisme, iaitu merosakkan harta benda sekolah, kerajaan

terpaksa menyediakan peruntukan lain untuk membaiki kerosakan tersebut. Hal ini sudah

tentu akan merugikan kerajaan kerana peruntukan yang disalurkan untuk sektor lain

terpaksa diambil untuk membaik pulih kerosakan tersebut. Sebagai buktinya,  YB Dr.

Mohd Puad Zarkashi merangkap Timbalan Menteri Pelajaran telah memaklumkan

26

Page 27: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

bahawa kerajaan terpaksa membelanjakan sejumlah RM12.5 juta pada tahun lalu

untuk membaiki kerosakan harta benda sekolah. Keadaan ini sangat mendukacitakan

kerana peruntukan tersebut sepatutnya boleh disalurkan untuk menyediakan kemudahan

lain kepada murid agar mereka dapat belajar dengan sempurna. Jadi jelas menunjukkan

bahawa menjaga harta benda sekolah dengan sempurna merupakan medium yang boleh

dimanfaatkan oleh murid sebagai tanda menyayangi sekolah.

Dalam nada yang serupa, murid-murid juga boleh menunjukkan rasa sayang akan

sekolah dengan cara mematuhi peraturan sekolah. Peraturan yang digubal oleh pihak

sekolah adalah untuk mendidik murid supaya berdisiplin dan menjadi insan yang

sempurna. Segelintir murid menganggap peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah

adalah untuk menyekat kebebasan mereka sebagai orang muda. Mereka menganggap

jiwa remaja tidak harus disekat dan mereka bebas untuk melakukan sesuatu bagi

memenuhi tuntutan remaja. Tanggapan sedemikian adalah salah kerana peraturan yang

digubal mampu membina jati diri murid yang kukuh. Peraturan yang dirangka oleh pihak

sekolah sebenarnya adalah untuk memudahkan pengurusan murid serta mengelakkan

murid terlibat dengan salah saku disiplin kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran

di dalam kelas. Sebagai contoh, jika pelajar  bergaduh di asrama dan kes tersebut tersebar

di dada-dada akhbar, sudah tentu murid tersebut akan dikenakan tindakan disiplin seperti

gantung persekolahan atau buang sekolah. Kes  tersebut secara tidak langsung telah

mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya. Secara tidak

langsung kemelut ini hanya mencalarkan masa depan murid dan pada masa yang sama

telah mencemarkan nama baik sekolah. Oleh itu, murid-murid perlu mematuhi peraturan

supaya nama baik sekolah sekali gus menunjukkan rasa sayang pada sekolah.

Di samping itu, menaikkan nama sekolah di pentas nasional dan antarabangsa

juga merupakan cara yang boleh ditunjukkan untuk menyayangi sekolah. Selain

bertanggungjawab menjaga nama baik sekolah, murid-murid juga perlu menaikkan nama

sekolah dengan kejayaan-kejayaan sama ada dalam bidang kurikulum atau kokurikulum.

Kejayaan-kejayaan yang ditempa oleh pelajar dapat menaikkan imej sekolah pada kaca

mata komuniti.  Sekolah lain akan datang melawat untuk melihat kejayaan-kejayaan yang

telah dicapai. Lebih manis lagi, sekolah akan diberikan anugerah oleh pihak kementerian

atas kejayaan yang diraih. Sebagai contoh, kejayaan Mohd Ammar Mokhtar mewakili

27

Page 28: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

negara ke Cape Town, Afrika Selatan dalam pertandingan berkaitan dengan neurologi

telah menaikkan nama Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra di

pentas antarabangsa. Kejayaan Mohd Ammar itu  menyebabkan Sekolah Menengah Sains

Tengku Muhammad Faris Petra telah dipilih sekolah angkat Universiti Sains Malaysia

(USM) sebagai jaringan dengan institusi pengajian tinggi.  Jadi, sudah terang lagi

bersuluh bahawa pelajar boleh menunjukkan cara menyayangi sekolah mereka dengan

cara menaikkan nama sekolah.

Akhirulkalam, murid-murid bertanggungjawab terhadap sekolah mereka. Mereka

perlu menyayangi sekolah masing-masing kerana di situlah tempat mereka menimba ilmu

dan membina masa depan. Sekolah juga menjadi tempat murid-murid mengaut

pengalaman untuk menjadi insan yang seimbang. Jadi, tugas menjaga nama baik sekolah

perlu menjadi keutamaan murid-murid. Jangan jadi seperti kacang lupakan kulit kerana

kejayaan seseorang adalah bermula daripada seorang guru sekolah.

PETA MINDA FRASA MENARIK

28

Page 29: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

PETA MINDA FAKTA BERDASARKAN PETIKAN

PETA MINDA ISI-ISI PENTING

29

Page 30: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

30

Page 31: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

4.5 KEPENTINGAN MENJAGA MARUAH DIRI

KARANGAN CONTOH BERDASARKAN PETA MINDA

Dalam era globalisasi ini, para pemimpin terlalu sibuk untuk

membangunkan negara sehingga terlupa akan hal-hal yang berkaitan dengan moral dan

akhlak. Ibu bapa dan masyarakat pula terlalu sibuk dengan tanggungjawab masing-

masing sehingga hal-hal yang berkaitan dengan akhlak dan moral sering dipandang

sebelah mata. Mereka terleka dalam memberi perhatian kepada para remaja yang

31

MELAHIRKAN REMAJA YANG CEMERLANG

MENINGKAT KESEDARAN DIRI

MEMENUHI TUNTUTAN

AGAMA

MENJAGA KESELAMATAN

DIRI

MENJAGA IMEJ DIRI DAN

KELUARGA

MENGELAKKAN DIRI DARIPADA

MASALAH SOSIAL

KEPENTINGAN MENJAGA

MARUAH DIRI

Page 32: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

sememangnya memerlukan bimbingan daripada orang dewasa. Tidak dapat dinafikan ,

terdapat remaja yang bersikap seperti menangguk di air keruh. Mereka mengambil

kesempatan di atas kesibukan ibu bapa untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Hal ini akan menyebabkan maruah diri mereka terhakis dan membawa kepada implikasi

negatif. Persoalannya , apakah kepentingan menjaga maruah diri dan sejauh manakah

masalah sosial pada hari ini disebabkan oleh terhakisnya maruah diri dalam kalangan

remaja?

Salah satu daripada kepentingan menjaga maruah diri ialah dapat mengelakkan diri

daripada terlibat dengan masalah sosial dan maksiat. Masalah sosial seperti lumba

haram , penagihan dadah , dan yang paling hangat dibincangkan iaitu kes buang bayi

semakin meningkat dari semasa ke semasa. Masalah sosial sebegini kebanyakannya

melibatkan remaja yang masih bersekolah yang mudah terpengaruh dengan ajakan rakan

sebaya. Statistik yang dikeluarkan menunjukkan peningkatan kes buang bayi dan

mengandung dalam kalangan remaja bawah umur. Hal ini sangat membimbangkan pihak

kerajaan dan mereka telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan sekolah untuk remaja

yang mengandung di bawah umur agar kes buang bayi dapat diatasi. Sekiranya remaja

terutamanya remaja perempuan mempunyai maruah diri , mereka tidak akan melakukan

perkara yang memalukan diri sendiri dan juga keluarga mereka. Dengan maruah diri ,

mereka akan mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Selain itu , dengan menjaga maruah diri , kita akan dapat menjaga keselamatan

diri. Hal ini demikian kerana , jika kita menjaga maruah diri, pemuda- pemuda yang

nakal tidak akan berani mengacau kita. Mereka juga akan berasa segan jika mengusik

perempuan yang terpelihara maruahnya. Kebiasaannya, remaja yang menjaga maruah diri

akan mengenakan pakaian yang menutup aurat dan dan tidak mencolok mata. Hal ini

akan menyebabkan maruah mereka terpelihara sekali gus dapat mengelakkan diri

daripada menjadi mangsa tipu helah lelaki. Kebanyakan lelaki yang bersikap hidung

belang akan mencari perempuan yang dapat mereka perdayakan dengan mudah serta

yang tidak pandai menjaga maruah diri. Media massa juga jarang-jarang menyiarkan

berita-berita yang melibatkan maruah wanita yang menjaga aurat. Perempuan –

perempuan sebegini akan ditinggalkan seperti kata peribahasa habis madu,sepah

32

Page 33: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

dibuang. Oleh itu , kita perlulah menjaga maruah diri agar keselamatan kita sentiasa

terjamin.

Di samping itu , menjaga maruah diri juga merupakan sebahagian daripada

tuntutan agama. Semua agama seperti agama Islam , Hindu , Buddha dan Kristian

menyeru penganutnya agar menjaga maruah diri mereka. Agama Islam menuntut

penganutnya agar sentiasa menjaga maruah diri dan batas-batas pergaulan. Dengan

menjaga maruah diri juga , muslim dan muslimah sejati pasti akan dapat dilahirkan.

Maruah seorang muslim tidak dapat digantikan dengan apa-apa meskipun dengan harta

yang menggunung. Umat Islam khususnya perlu tahu apa itu maruah diri sekali gus dapat

mempertahankan serta memperjuangkannya.

Seterusnya , menjaga maruah diri dapat melahirkan remaja yang cemerlang sama

ada dari segi jasmani , rohani , emosi mahupun intelek . Remaja yang ingin berjaya

perlu menempuhi pelbagai rintangan termasuklah cabaran dalam mempertahankan

maruah diri mereka di dunia yang serba canggih pada hari ini. Sememangnya dalam

dunia yang serba moden pada hari ini , remaja perlu berusaha dan bersaing dengan

remaja yang lain bagi mendapatkan kecemerlangan , bak kata peribahasa jika tidak

dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Oleh itu, kita perlulah menjaga maruah

diri agar pelbagai aspek dalam diri kita dapat diseimbangkan.

Tambahan pula , mereka yang menjaga maruah diri akan dipandang tinggi dan

imej diri , keluarga dan negara pastinya akan terjaga. Hal ini demikian kerana ,

apabila individu itu menjaga maruah diri , mereka akan dipandang tinggi dan sentiasa

dijadikan teladan kepada orang lain. Dapatkah remaja membayangkan betapa luluh hati

seorang ibu melihat anaknya tidak menjaga maruah diri dengan melakukan perkara-

perkara yang tidak berfaedah? Persoalan ini hanya mampu dijawab oleh remaja itu

sendiri. Apabila remaja melakukan perkara yang mencemarkan maruah , ibu bapa

pastinya tidak akan reda dan sesungguhnya reda Allah terletak pada reda ibu dan

bapa.Tambahan pula , imej keluarga pastinya akan tercemar jika salah seorang daripada

anggota keluarga terlibat dengan masalah berkaitan moral dan akhlak. Ibu bapa dan kaum

keluarga pastinya malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan dan masyarakat di

sekeliling mereka. Imej negara yang terjaga pula akan dapat menarik lebih ramai

33

Page 34: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

pelancong asing. Oleh itu, para remaja perlulah menjaga maruah diri kerana masyarakat

menilai didikan ibu bapa melalui tingkah laku anaknya , bak kata peribahasa , ke mana

tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Dengan menjaga maruah diri, kita akan dapat meningkatkan kesedaran diri

tentang kebaikan menjaga maruah diri , keluarga dan agama. Remaja yang sudah terbiasa

menjaga maruah diri pasti dapat meneruskan perbuatan yang baik ini walaupun semasa

ketiadaan orang dewasa di sisi mereka , kerana alah bisa , tegal biasa. Remaja yang

tidak menjaga maruah pula akan bersikap hipokrit dengan berpura-pura baik apabila

berhadapan dengan masyarakat. Hal ini akan menyebabkan mereka berasa terbeban dan

sukar untuk berubah ke arah yang lebih positif. Seperti kata-kata Oprah Winfrey dalam

sebuah program di televisyen , jika anda ingin mengubah sesebuah masyarakat ,

ubahlah seorang anak kecil. Kata-kata ini sepatutnya dijadikan azimat dan panduan

kepada pemimpin dalam membentuk generasi yang akan datang. Oleh itu, ibu bapa ,

masyarakat dan negara perlulah berganding bahu dalam melahirkan individu yang

mementingkan maruah diri.

Intihanya , semua pihak perlulah bekerjasama dalam melahirkan generasi yang

mampu menjaga maruah diri. Hal ini demikian kerana generasi inilah yang akan

menjadi bakal pemimpin pada masa akan datang. Jika elok dan sempurna didikan yang

diberikan kepada remaja pada hari ini , maka akan eloklah kepimpinan pada masa akan

datang , seperti kata-kata Saidina Umar, jika mahu melihat masa depan sesebuah

negara , lihatlah pemuda pada hari ini. Remaja hari ini perlu dikejutkan daripada lena

agar mereka tidak terus berada dalam zon selesa sebaliknya mampu mengorak langkah

dan berani berdepan dengan cabaran dan dalam masa yang sama terus mempertahankan

maruah diri , keluarga , masyarakat dan negara. Oleh itu , sama-samalah kita

menggerakkan diri dalam mencapai matlamat dan memastikan maruah kita sentiasa

terpelihara.

(1042 patah perkataan)

34

Page 35: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Arahan :

1. Bina peta minda berdasarkan karangan contoh di bawah ini:

KEPENTINGAN MENJAGA MARUAH DIRI

Dalam era globalisasi ini, para pemimpin terlalu sibuk untuk membangunkan

negara sehingga terlupa akan hal-hal yang berkaitan dengan moral dan akhlak. Ibu bapa

dan masyarakat pula terlalu sibuk dengan tanggungjawab masing-masing sehingga hal-

hal yang berkaitan dengan akhlak dan moral sering dipandang sebelah mata. Mereka

terleka dalam memberi perhatian kepada para remaja yang sememangnya memerlukan

bimbingan daripada orang dewasa. Tidak dapat dinafikan , terdapat remaja yang bersikap

seperti menangguk di air keruh. Mereka mengambil kesempatan di atas kesibukan ibu

bapa untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Hal ini akan menyebabkan maruah

diri mereka terhakis dan membawa kepada implikasi negatif. Persoalannya , apakah

kepentingan menjaga maruah diri dan sejauh manakah masalah sosial pada hari ini

disebabkan oleh terhakisnya maruah diri dalam kalangan remaja?

Salah satu daripada kepentingan menjaga maruah diri ialah dapat mengelakkan diri

daripada terlibat dengan masalah sosial dan maksiat. Masalah sosial seperti lumba

haram , penagihan dadah , dan yang paling hangat dibincangkan iaitu kes buang bayi

semakin meningkat dari semasa ke semasa. Masalah sosial sebegini kebanyakannya

melibatkan remaja yang masih bersekolah yang mudah terpengaruh dengan ajakan rakan

sebaya. Statistik yang dikeluarkan menunjukkan peningkatan kes buang bayi dan

mengandung dalam kalangan remaja bawah umur. Hal ini sangat membimbangkan pihak

kerajaan dan mereka telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan sekolah untuk remaja

yang mengandung di bawah umur agar kes buang bayi dapat diatasi. Sekiranya remaja

terutamanya remaja perempuan mempunyai maruah diri , mereka tidak akan melakukan

perkara yang memalukan diri sendiri dan juga keluarga mereka. Dengan maruah diri ,

mereka akan mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

Selain itu , dengan menjaga maruah diri , kita akan dapat menjaga keselamatan

diri. Hal ini demikian kerana , jika kita menjaga maruah diri, pemuda- pemuda yang

35

Page 36: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

nakal tidak akan berani mengacau kita. Mereka juga akan berasa segan jika mengusik

perempuan yang terpelihara maruahnya. Kebiasaannya, remaja yang menjaga maruah diri

akan mengenakan pakaian yang menutup aurat dan dan tidak mencolok mata. Hal ini

akan menyebabkan maruah mereka terpelihara sekali gus dapat mengelakkan diri

daripada menjadi mangsa tipu helah lelaki. Kebanyakan lelaki yang bersikap hidung

belang akan mencari perempuan yang dapat mereka perdayakan dengan mudah serta

yang tidak pandai menjaga maruah diri. Media massa juga jarang-jarang menyiarkan

berita-berita yang melibatkan maruah wanita yang menjaga aurat. Perempuan –

perempuan sebegini akan ditinggalkan seperti kata peribahasa habis madu,sepah

dibuang. Oleh itu , kita perlulah menjaga maruah diri agar keselamatan kita sentiasa

terjamin.

Di samping itu , menjaga maruah diri juga merupakan sebahagian daripada

tuntutan agama. Semua agama seperti agama Islam , Hindu , Buddha dan Kristian

menyeru penganutnya agar menjaga maruah diri mereka. Agama Islam menuntut

penganutnya agar sentiasa menjaga maruah diri dan batas-batas pergaulan. Dengan

menjaga maruah diri juga , muslim dan muslimah sejati pasti akan dapat dilahirkan.

Maruah seorang muslim tidak dapat digantikan dengan apa-apa meskipun dengan harta

yang menggunung. Umat Islam khususnya perlu tahu apa itu maruah diri sekali gus dapat

mempertahankan serta memperjuangkannya.

Seterusnya , menjaga maruah diri dapat melahirkan remaja yang cemerlang sama

ada dari segi jasmani , rohani , emosi mahupun intelek . Remaja yang ingin berjaya

perlu menempuhi pelbagai rintangan termasuklah cabaran dalam mempertahankan

maruah diri mereka di dunia yang serba canggih pada hari ini. Sememangnya dalam

dunia yang serba moden pada hari ini , remaja perlu berusaha dan bersaing dengan

remaja yang lain bagi mendapatkan kecemerlangan , bak kata peribahasa jika tidak

dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Oleh itu, kita perlulah menjaga maruah

diri agar pelbagai aspek dalam diri kita dapat diseimbangkan.

Tambahan pula , mereka yang menjaga maruah diri akan dipandang tinggi dan

imej diri , keluarga dan negara pastinya akan terjaga. Hal ini demikian kerana ,

apabila individu itu menjaga maruah diri , mereka akan dipandang tinggi dan sentiasa

36

Page 37: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

dijadikan teladan kepada orang lain. Dapatkah remaja membayangkan betapa luluh hati

seorang ibu melihat anaknya tidak menjaga maruah diri dengan melakukan perkara-

perkara yang tidak berfaedah? Persoalan ini hanya mampu dijawab oleh remaja itu

sendiri. Apabila remaja melakukan perkara yang mencemarkan maruah , ibu bapa

pastinya tidak akan reda dan sesungguhnya reda Allah terletak pada reda ibu dan

bapa.Tambahan pula , imej keluarga pastinya akan tercemar jika salah seorang daripada

anggota keluarga terlibat dengan masalah berkaitan moral dan akhlak. Ibu bapa dan kaum

keluarga pastinya malu untuk berhadapan dengan rakan-rakan dan masyarakat di

sekeliling mereka. Imej negara yang terjaga pula akan dapat menarik lebih ramai

pelancong asing. Oleh itu, para remaja perlulah menjaga maruah diri kerana masyarakat

menilai didikan ibu bapa melalui tingkah laku anaknya , bak kata peribahasa , ke mana

tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Dengan menjaga maruah diri, kita akan dapat meningkatkan kesedaran diri

tentang kebaikan menjaga maruah diri , keluarga dan agama. Remaja yang sudah terbiasa

menjaga maruah diri pasti dapat meneruskan perbuatan yang baik ini walaupun semasa

ketiadaan orang dewasa di sisi mereka , kerana alah bisa , tegal biasa. Remaja yang tidak

menjaga maruah pula akan bersikap hipokrit dengan berpura-pura baik apabila

berhadapan dengan masyarakat. Hal ini akan menyebabkan mereka berasa terbeban dan

sukar untuk berubah ke arah yang lebih positif. Seperti kata-kata Oprah Winfrey dalam

sebuah program di televisyen , jika anda ingin mengubah sesebuah masyarakat ,

ubahlah seorang anak kecil. Kata-kata ini sepatutnya dijadikan azimat dan panduan

kepada pemimpin dalam membentuk generasi yang akan datang. Oleh itu, ibu bapa ,

masyarakat dan negara perlulah berganding bahu dalam melahirkan individu yang

mementingkan maruah diri.

Intihanya , semua pihak perlulah bekerjasama dalam melahirkan generasi yang

mampu menjaga maruah diri. Hal ini demikian kerana generasi inilah yang akan

menjadi bakal pemimpin pada masa akan datang. Jika elok dan sempurna didikan yang

diberikan kepada remaja pada hari ini , maka akan eloklah kepimpinan pada masa akan

datang , seperti kata-kata Saidina Umar, jika mahu melihat masa depan sesebuah

negara , lihatlah pemuda pada hari ini. Remaja hari ini perlu dikejutkan daripada lena

37

Page 38: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

agar mereka tidak terus berada dalam zon selesa sebaliknya mampu mengorak langkah

dan berani berdepan dengan cabaran dan dalam masa yang sama terus mempertahankan

maruah diri , keluarga , masyarakat dan negara. Oleh itu , sama-samalah kita

menggerakkan diri dalam mencapai matlamat dan memastikan maruah kita sentiasa

terpelihara.

(1042 patah perkataan)

38

Page 39: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

5.0 TEKNIK MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN PASANG SIAP

A: PANDUAN GURU:

Kaedah Pasang Siap: Guru perlu membantu murid mengenal pasti frasa tugasan sama ada berbentuk positif atau negatif.

5.1 Panduan Menulis Perenggan Pendahuluan:

5.1.1 Contoh Menulis Pendahuluan Menggunakan Frasa Positif:a) sangat pentingb) sekiranyac) contohnyad) namun begitue) jelaslah / Oleh itu

5.1.2 Contoh Menulis Perenggan Pendahuluan Menggunakan Frasa Negatif:a) sering berlakub) setiap hari ada beritac) kesand) oleh hal demikian perlue) jelaslah/ Oleh itu ( Ayat Penegas )

5.2 Panduan Menulis Perenggan Isi / Fakta:

5.2.1Contoh Menulis Perenggan Isi / Fakta Menggunakan Huraian Isi Berbentuk Positif:

a) Antara…b) Hal ini kerana…c) Sekain itu,...d) Contohnya / Sebagai contoh…e) Oleh itu, Jelaslah (Ayat Penegas)

5.2.2 Contoh Menulis Perenggan Isi / Fakta Menggunakan Huraian Isi Berbentuk Negatif:

a) Antara…b) Hal ini kerana…c) Selain itu,d) Contoh / Sebagai contohe) Kesan…f) Oleh itu ( Ayat Penegas )

39

Page 40: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

5.3 Panduan Menulis Perenggan Penutup / Kesimpulan:

Menggunakan Frasa Berbentuk Positif :a) Kesimpulannya,…b) Semua pihak perlu…c) Oleh hal yang demikian,…d) Diharapkan

Menggunakan Frasa Berbentuk Negatif:a) Kesimpulannya,b) Semua pihak perlu…c) Oleh hal yang demikian,d) Diharapkan

B. Modul yang sedia ada – tema berkaitan isu negatif:

Panduan P dan P:

a) Kenal pasti perkataan-perkataan yang perlu digunakan bagi perenggan- Pendahuluan- Huraian Isi- Penutup

b) Guru perlu menyesuaikan perkataan-perkataan yang dipasangkan berdasarkan kesenimbungan idea.

c) Ayat Penegasan: Penanda wacana, Oleh itu mesti mengulang ayat pertama dalam perenggan tersebut.

CONTOH KARANGAN PASANG SIAP.

KERACUNAN MAKANANTUGASAN SOALAN USAHA-USAHA MENANGANIARAS SEDERHANAKAEDAH PENGAJARAN PASANG SIAP

40

Page 41: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Tajuk: Usaha-Usaha untuk Menangani Masalah Keracunan Makanan dalam Kalangan Pelajar Sekolah.

Dewasa ini, keracunan makanan sering kali berlaku dalam kalangan pelajar sekolah.Hal ini menyebabkan ibu bapa berasa bimbang. Kesan keracunan makanan ini menyebabkan pelajar-pelajar mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Perkara ini sudah tentu memudaratkan mereka untuk belajar, malah terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan doktor.Antara punca keracunan makanan ialah makanan yang disediakan oleh pengusaha kantin telah tercemar. Oleh itu,terdapat pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengatasi masalah keracunan makanan dalam kalangan pelajar sekolah kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Salah satu usaha untuk mengatasi masalah keracunan makanan ialah pihak pengusaha kantin perlulah menjaga kebersihan semasa menyediakan makanan. Penyedia makanan di kantin perlulah menjaga kebersihan diri dan menjaga kebersihan persekitaran .Contohnya, mereka mestilah memakai apron dan penutup kepala .Selain itu, sayur-sayuran dan bahan-bahan yang hendak dimasak perlulah dibersihkan. Hal ini kerana makanan yang dimasak tidak akan tercemar dengan kekotoran.Oleh itu pengusaha kantin hendaklah menjaga kebersihan supaya masalah keracunan makanan dapat dielakkan.

Seterusnya usaha lain ialah pihak kesihatan perlu membuat pemantauan kesihatan ke kantin sekolah secara berterusan. Hal ini boleh dijalankan dengan menetapkan undang-undang yang ketat kepada pihak pengusaha kantin.Contohnya pengusaha kantin hendaklah mempunyai sijil pengurusan makanan yang sah. .Jika mereka tidak mematuhi undang-undang pihak berkuasa boleh mengenakan denda atah hukuman. .Selain itu syarat yang perlu ada pada pengusaha kantin ialah mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam bidang penyediaan makanan. Namun begitu mereka perlulah menjalani pemeriksaan kesihatan dengan pihak yang bertanggungjawab. Oleh itu, pihak kesihatan perlu membuat pemantauan kesihatan ke kantin sekolah supaya masalah keracunan makanan dalam kalangan pelajar dapat di atasi.

Di samping itu pengusaha kantin perlulah memastikan makanan yang dijual dalam keadaan bersih dan ditutup. Hal ini kerana makanan yang ditutup tidak akan dihinggapi lalat dan tercemar.Contohnya, lalat akan membawa kuman yang boleh menjejaskan kualiti makanan. ..Jika makanan yang dijual ditutup,keracunan makanan tidak akan berlaku. Namun begitu, pengusaha kantin perlulah menggunakan penyepit ketika mengambil makanan yang dijual. Oleh itu, pengusaha kantin perlulah memastikan makanan yang dijual dalam keadaan bersih dan ditutup.

Selanjutnya, ibu bapa perlulah menyediakan makanan sendiri di rumah. Hal ini kerana makanan yang dimasak sendiri oleh ibu bapa dijamin bersih dan berkhasiat.

41

Page 42: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Contohnya, anak-anak boleh membawa bekalan makanan atau minuman ke sekolah.Jika anak-anak membawa makanan dari rumah,sudah tentu dapat mengelakkan masalah keracunan makanan. Selain itu mereka juga boleh menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu lagi membeli makanan di kantin dan sesuai dengan peribahasa Melayu, “serampang dua mata”. Tambahan pula, dengan kadar inflasi yang semakin tinggi pada masa kini, kita memang perlu berjimat cermat dalam sebarang perbelanjaan.

Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah berganding bahu untuk mengelakkan masalah keracunan makanan ini daripada berlaku lagi pada masa akan datang. Tanggungjawab tidak boleh diserahkan kepada pihak berkuasa sahaja, tetapi ibu bapa perlu memainkan peranan bersama-sama dengan pihak pengusaha kantin agar sentiasa mementingkan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan. Jika perkara ini diberikan keutamaan, sudah tentulah masalah ini dapat dielakkan. Seterusnya, ibu bapa tidak perlu berasa bimbang tentang keselamatan dan kebersihan makanan yang dimakan oleh anak-anak mereka di sekolah.

42

Page 43: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

6.0 TEKNIK MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN MODUL “TIRU MACAM SAYA”

PANDUAN MENGGUNAKAN MODUL “TIRU MACAM SAYA”

A: PANDUAN GURU:

Nama Program : TIRU MACAM SAYA

Kumpulan sasaran : Pelajar-pelajar yang berpotensi A

Tenaga Pengajar : Guru Bahasa Melayu

Teknik Pengajaran : 1. Murid menyalin contoh karangan cemerlang

atau murid mendapatkan salinan karangan contoh.

2. Murid membaca karangan contoh yang diberikan.3. Murid mengesan isi karangan. 4. Murid mengesan jenis-jenis ayat yang membentuk perenggan.5. Guru berperanan sebagai pemudah cara.6. Guru dan murid mengesan kekuatan atau kelemahan karangan contoh.7. Murid memperbaik karangan contoh.8. Murid menghasilkan karangan yang setaraf dengan karangan contoh.

CONTOH KARANGAN :TIRU MACAM SAYA

5.1 TAJUK KARANGAN: MELESTARIKAN KHAZANAH HUTAN

Tiada kedinginan embunMelingkar ayunan daun di siniMentari bersembunyiKabut mengaburiRentak dunia berlari.

Baris-baris puitis petikan seni kata lagu “Pusaka Rimba” nyanyian Ziana Zain bersama-sama Dayang Nurfaizah di atas menggambarkan bahawa telah berlaku perubahan sistem ekologi dunia pada era modenisasi ini. Fenomena ini dapat dibuktikan apabila kita menghadapi sedikit kesukaran untuk merasa kedinginan embun pagi, malah penglihatan kita juga semakin terbatas akibat adanya kabut yang menyelimuti ruang udara seperti yang digambarkan menerusi rangkap di atas. Sesungguhnya, ancaman terhadap alam ini berpunca daripada kecuaian manusia dalam menjaga alam sekitar yang mengakibatkan masalah seperti kepanasan dunia, penipisan lapisan ozon, kehilangan pelbagai spesies flora dan fauna, penyalahgunaan bahan kimia, dan pemusnahan hutan tanpa kawalan. Fenomena ini juga terjadi disebabkan oleh kerakusan manusia dalam mengeksploitasi sumber alam semula jadi dalam usaha untuk membangunkan tahap

43

Page 44: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

kehidupan mereka. Khazanah hutan pula kelihatan semakin binasa dan hampir pupus akibat penebangan pokok, penggondolan bukit bukau dan aktiviti pembakaran hutan secara terbuka. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha yang drastik lagi pragmatik amat wajar dilaksanakan demi melestarikan khazanah hutan daripada mengalami kebinasaan dan kepupusan.

Sikap haloba manusia yang ditunjangi oleh nilai kebendaan menyebabkan terdapat sesetengah anggota masyarakat yang menjadi kabur mata lantaran kehendak untuk mengaut keuntungan dengan mudah sehingga sanggup memusnahkan khazanah alam yang amat berharga. Hutan ditebang sesuka hati, manakala penerokaan dilakukan tanpa batasan akal minda yang rasional. Keuntungan yang diperoleh menerusi kegiatan pembalakan secara haram yang tidak memerlukan modal yang besar telah menyebabkan mereka menyuburkan sikap menurut nafsu, persis maksud peribahasa beraja di hati, bersultan di mata. Dalam konteks ini, tindakan tegas pihak kerajaan amat dialu-alukan. Penggubalan Akta Perhutanan Negara 1984 merupakan satu langkah yang difikirkan amat wajar demi melestarikan khazanah hutan yang kian susut ini. Andai sebelum ini pembalak haram hanya dikenakan denda tidak melebihi RM500 000 dan penjara tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak melebihi dua puluh tahun akibat kesalahan kegiatan tanpa izin ini, pindaan semula akta tersebut diyakini dapat mengurangkan kegiatan tidak bermoral itu. Kini, pembalak haram bakal menerima hukuman dan dendaan yang lebih berat dan setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan, iaitu didenda RM 1 juta dan penjara tidak kurang daripada lima tahun. Natijahnya, hanya dengan tindakan tegas kerajaan menerusi penguatkuasaan undang-undang yang dapat melestarikan khazanah rimba yang amat berharga itu.

Penebangan pokok dan penerokaan hutan yang dilakukan dengan rakus telah meninggalkan landskap alam yang amat hodoh untuk dipandang. Sebagai contoh, kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan yang tidak terkawal telah meninggalkan hutan gondol yang sungguh menyakitkan mata memandang sebagaimana yang dapat dilihat di Bukit Perangin, Changlun, Kedah. Demikian juga dengan perubahan landskap menghijau yang bertukar menjadi jingga kemerah-merahan di kawasan Pos Blau, Gua Musang, Kelantan akibat sikap tamak para pembalak haram. Selain penguatkuasaan undang-undang, pelestarian khazanah hutan dapat dilakukan menerusi kegiatan penanaman semula pokok. Usaha yang dilakukan oleh Jadav ‘Molai’ Payeng, seorang lelaki berusia 47 tahun dari India Utara amat wajar diteladani. Beliau telah berusaha secara sendirian menanam semula pokok di hutan sejak berusia 16 tahun lagi setelah permohonan mendapatkan bantuan daripada kerajaan India ditolak. Setelah 30 tahun berlalu, Jadev boleh tersenyum lebar kerana beliau telah berjaya memulihkan semula hutan seluas 1360 hektar di Wilayah Assam, India Utara. Ironinya, apabila khazanah hutan telah ditebang dan diteroka, usaha penanaman semula amat wajar dilakukan agar generasi akan datang dapat menerima alam yang sempurna yang telah dipinjamkan oleh mereka kepada kita.

Dari sudut yang lain pula, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (PPAM), iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan bagi pencinta alam sekitar di Malaysia seharusnya bergiat dengan lebih aktif dalam mengetengahkan isu-isu

44

Page 45: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

yang berkaitan dengan usaha melestarikan khazanah hutan. Persatuan yang ditubuhkan sebagai Persatuan Pencinta Alam Malaya pada tahun 1940 dan berpusat di Bukit Persekutuan di Kuala Lumpur ini menguruskan beberapa pusat kajian alam sekitar yang terkenal di Malaysia seperti Taman Alam Kuala Selangor, Pusat Pendidikan Persekitaran PPAM-BOH dan rancangan-rancangan pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya serta di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Badan alam sekitar ini telah berjaya memujuk pihak berkuasa untuk mewujudkan Taman Negara Endau-Rompin. Usaha untuk menggazetkan kawasan tersebut tercetus apabila PPAM melakukan satu ekspedisi saintifik ke Endau dan Rompin pada tahun 1985 dan 1986. PPAM juga telah menjalankan kempen untuk menggazetkan kawasan Belum-Temengor sebagai kawasan terpelihara. Sebagai sebuah badan, PPAM turut menerbitkan dua majalah berkala yang berbahasa Inggeris, iaitu Malaysian Naturalist dan Malayan Nature Journal. Sewajarnya lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang menganggotai badan sukarela ini lantaran agensi ini memiliki peranan yang cukup besar dalam menjaga hutan, tanah tinggi, sungai dan laut, di samping haiwan yang hampir mengalami kepupusan.

Kempen merupakan wahana yang amat ampuh untuk melestarikan khazanah hutan daripada terus musnah lalu akhirnya pupus dari muka bumi ini. Dalam hal ini, semua pihak, sama ada kerajaan mahupun badan bukan kerajaan sewajarnya mengatur langkah sederap demi memastikan pelbagai kempen yang berkaitan dengan pelestarian khazanah hutan dapat direalisasikan. Antara kempen yang boleh dilaksanakan termasuklah kempen kesedaran yang menjadikan golongan remaja sebagai sasaran utama selain seluruh anggota masyarakat secara umumnya. Pihak kerajaan seharusnya menjalankan kempen di sekolah-sekolah dengan menjelaskan peri pentingnya hutan dalam ekosistem kita terutama ketika dunia sedang mengalami perubahan cuaca global ini. Kelab Alam Sekitar di sekolah sewajarnya memikul tanggungjawab ini kerana usaha menyemai perasaan cinta akan alam dalam kalangan generasi muda hendaklah bermula sejak seseorang itu kecil lagi, bertepatan dengan maksud peribahasa kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Remaja yang sudah memahaminya akan lebih bijak bertindak apabila mereka menjadi dewasa kelak atau terlibat dengan projek pembangunan yang memerlukan sebuah kawasan hutan untuk dimusnahkan. Tuntasnya, kempen dapat dianggap sebagai medium yang amat berkesan untuk membantu melestarikan khazanah hutan di tanah watan ini.

Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada 5 Jun setiap tahun bertujuan untuk membangkitkan kesedaran seluruh anggota masyarakat tentang peri pentingnya kita menjaga alam sekitar. Seharusnya masyarakat mengorak langkah menjadikan Hari Alam Sekitar Sedunia sebagai hari mentajdidkan semangat mengharmonikan dan melestarikan khazanah hutan. Cukup banyak isu berhubung dengan alam sekitar yang menjadi paparan utama arus media perdana negara termasuk isu pembakaran hutan secara terbuka yang masih berleluasa. Masyarakat sudah lari daripada fitrah asal yang sepatutnya bertanggungjawab menjadikan hutan sebagai pentas untuk dijaga dan diharmonikan. Kita masih ragu-ragu akan sebab-sebab khazanah hutan yang sewajarnya dilestarikan dengan pelbagai kempen kesedaran masih belum memperlihatkan hasil yang memberangsangkan. Semua anggota masyarakat seharusnya sedar bahawa kita memiliki hak untuk mendapatkan alam semula jadi yang sihat dan selamat. Perkara ini telah

45

Page 46: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

termaktub dalam lapan hak pengguna yang telah diisytiharkan oleh International of Consumer Unions (IOUC). Seharusnya hak ini menjadi tanggungjawab bersama dengan agenda yang telah direncanakan dalam buku Panduan Pengguna. Ironinya, kesedaran tentang peri pentingnya setiap anggota masyarakat melestarikan khazanah hutan perlu diterapkan dengan bersama-sama meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Ilustrasi di atas memanifestasikan bahawa terdapat pelbagai pihak yang wajar mengatur langkah demi melestarikan khazanah rimba di negara ini. Oleh hal yang demikian, seharusnya semua anggota masyarakat saling membahu demi menjadikan hutan sebagai satu medan untuk dilestarikan. Masyarakat sememangnya mengerti kesan dan akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut, namun gerak kerja untuk memurnikannya masih kurang. Masyarakat sewajarnya menyedari dan menginsafi bahawa hutan yang dianugerahkan kepada kita bukanlah satu benda yang boleh dikitar semula, sebaliknya harta yang amat bernilai itu mestilah diharmonikan dan dijaga dengan sebaik-baiknya. Allah telah meletakkan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini dengan sikap bertanggungjawab, justeru masyarakat haruslah memainkan peranan untuk melestarikan khazanah hutan ini agar alam ini menjadi lebih harmoni, aman dan makmur. Seandainya agenda melestarikan khazanah hutan ini terus dilaksanakan, maka fajar yang akan menyingsing pada tahun 2020 nanti akan menguntumkan senyuman yang paling manis di bibir anak watan.

5.2. TAJUK KARANGAN: PERANAN PIBG TERHADAP KECEMERLANGAN SEKOLAH

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan persatuan yang ditubuhkan mengikut Akta Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 1996. Persatuan ini dianggotai secara automatik oleh semua ibu bapa atau penjaga yang anak atau anak jagaan mereka belajar di sekolah berkenaan selain semua guru yang bertugas di institusi tersebut. Boleh dikatakan hampir setiap sekolah di negara ini telah menubuhkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru masing-masing. Hal ini demikian kerana Persatuan Ibu Bapa dan Guru dianggap sebagai antara mekanisme penting dalam mewujudkan pendidikan yang berkualiti di sekolah. Menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru, banyak program dan langkah boleh diatur untuk mengatasi pelbagai kekangan yang dapat mencacatkan iklim pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah. Oleh hal yang demikian, Persatuan Ibu Bapa dan Guru memiliki peranan tersendiri dalam memacu kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang, sama ada dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.

Banyak salah faham yang timbul antara guru dan ibu bapa apabila berlaku kejadian salah laku dalam kalangan pelajar di sekolah. Konflik ini tercetus akibat sikap ibu bapa yang terlalu menyebelahi anak-anak, tidak menyiasat secara mendalam tentang punca masalah dan ibu bapa yang bersikap terlalu melindungi anak-anak. Dalam kemelut seperti ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh memainkan peranan sebagai orang tengah yang bersikap neutral antara guru dan ibu bapa. Kenyataannya, kebanyakan ibu bapa

46

Page 47: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

lebih percaya akan kata-kata dan acuman anak-anak berbanding dengan fakta sebenar daripada pihak guru. Bertolak dari situlah mereka mulai memandang serong terhadap guru. Guru sering kali disalahkan untuk segala yang berlaku di sekolah. Hal ini termasuklah soal prestasi akademik dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Kekangan tersebut mengakibatkan mereka mulai memulaukan sekolah di samping mendendami guru tertentu. Namun demikian, dengan inisiatif Persatuan Ibu Bapa dan Guru, semua bentuk salah faham tersebut dapat dileraikan menerusi wahana perbincangan yang lebih kerap, selain mesyuarat tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru itu sendiri. Sesungguhnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang bertindak proaktif dalam hal ini mampu menjernihkan suasana yang keruh dan meleraikan jalan buntu yang dihadapi. Sebagai entiti penting sekolah, permuafakatan antara ibu bapa dan guru akan dapat meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. Hasilnya, sudah pasti situasi pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang kekangan.

Bukan semua pelajar di sesebuah sekolah itu bernasib baik kerana ada antara mereka yang mengalami kesempitan hidup, menjadi anak yatim dan ditimpa kemalangan. Dalam hal ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang bertindak sebagai sebuah organisasi yang berwibawa boleh menubuhkan tabung pendidikan untuk para pelajar. Tabung tersebut boleh diisi bukan sahaja menerusi sumbangan ahli persatuan bahkan juga oleh ahli korporat dan individu tertentu. Dana yang terkumpul tersebut boleh digunakan untuk kebajikan dan manfaat sekolah serta para pelajar. Menerusi dana yang ada juga, prasarana pendidikan di sekolah dapat ditambah dan ditingkatkan. Hasilnya, para pelajar dan warga sekolah akan dapat memaksimunkan tenaga ke arah kecemerlangan dalam pendidikan dan sekali gus merealisasikan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP) yang dicita-citakan. Dalam hal ini Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga memiliki peranan saling melengkapi fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru. Di samping itu, PIBG turut memberikan sumbangan kepada pihak sekolah termasuk daripada aspek penyampaian idea untuk membangunkan institusi pendidikan. Sebenarnya kita tidak boleh menumpukan soal pembangunan infrastruktur sekolah sahaja, sebaliknya keutamaan terhadap pembinaan dalaman para pelajar bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan yang berkualiti juga perlu diberikan. Lantaran itu, seandainya semua PIBG mengambil pendekatan itu dan bermusyawarah dengan pihak sekolah, hasrat untuk melihat sekolah mencapai kecemerlangan akan dapat direalisasikan.

Program seperti kem motivasi dan seminar dianggap memiliki kepentingan tersendiri dalam memberikan kesedaran dan semangat kepada pelajar untuk terus belajar dan berjaya. Menelusuri idea ini, Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga boleh mengadakan program bermanfaat tersebut untuk para pelajar di sekolah masing-masing. Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh menggunakan matlamat organisasinya dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan, tenaga penyelenggara ataupun penceramah dan fasilitator bagi memastikan program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya. Menerusi program tersebut. pelajar yang bermasalah boleh diberikan kesedaran apabila mereka mengikuti kem bina semangat dan kaunseling. Dengan langkah ini, mereka diharapkan akan memperoleh keinsafan dan kembali bersaing dengan rakan-rakan dalam

47

Page 48: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

pelajaran. Sesungguhnya, penyelesaian masalah disiplin pelajar bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah semata-mata tetapi harus dipikul bersama-sama oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sebenarnya, seluruh ahli masyarakat berasa bimbang sekiranya masalah disiplin menjadi polemik malah lebih memburukkan keadaan jika perkara tersebut menjadi isu politik. Oleh hal yang demikian, Persatuan Ibu Bapa dan Guru sewajarnya berfungsi sebagai pemangkin dengan bersama-sama menyelesaikan masalah di sekolah, terutamanya masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Ekoran itu, kita bukan sahaja dapat mengurangkan gejala salah laku atau meningkatkan prestasi akademik pelajar, malahan sekolah akan dapat melahirkan generasi muda yang bersahsiah tinggi.

Peranan lain yang boleh dimainkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru adalah sebagai pemantau dan penilai terhadap perjalanan sekolah. Dengan kata lain, ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh berfungsi sebagai penilai terhadap prestasi sekolah sama ada dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidang akademik mahupun bidang kokurikulum. Susulan daripada fungsi tersebut, perbincangan boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah kewangan bagi memajukan bidang sukan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru boleh menghulurkan bantuan, atau setidak-tidaknya membantu mendapatkan jurulatih. Di samping itu, pihak persatuan juga boleh berfungsi sebagai penjamin atau penyelamat kepada guru sewaktu menjalankan tugas di sekolah. Hal ini wajar dilakukan kerana ramai kalangan guru berasa tertekan dan terancam apabila menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik. Kejadian memukul, mengancam, memusnahkan kereta dan membakar rumah guru merupakan antara kebejatan sosial yang boleh mematahkan semangat guru. Tindakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru membela nasib guru yang menjulang amanah tersebut akan menjadikan mereka lebih bersemangat dan selesa ketika bertugas. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu sekolah meningkatkan pencapaian dalam semua bidang. Natijahnya, Peratuan Ibu Bapa dan Guru boleh membantu pihak sekolah dalam urusan penilaian dan pemantauan terhadap perjalanan sekolah dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Kita harus mengelakkan peranan Persatuan Ibu bapa dan Guru sebagai kurang penting sehingga diibaratkan umpama melukut di tepi gantang atau datang tak menambah, pergi tak mengurang. Dalam hal ini amat wajar Persatuan Ibu Bapa dan Guru turut berperanan meningkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat agar kewujudan organisasi ini memperlihatkan ketampakannya. Sehubungan dengan itu, ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru seharusnya bergerak dengan lebih aktif dalam memastikan hubungan kerjasama yang jitu dapat disemai bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah. Terdapat juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang mengadakan beberapa sesi gotong-royong di sekolah, misalnya gotong-royong menyiapkan bangunan tambahan, membina Taman Sains sekolah dan sebagainya. Lebih jauh lagi, ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang turut menyediakan makanan dengan memasak bersama-sama di sekolah ketika anak mereka mengikuti kelas-kelas tambahan anjuran pihak sekolah pada musim cuti persekolahan. Program gotong-royong yang diadakan itu bukan sahaja berupaya merapatkan hubungan

48

Page 49: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

antara ibu bapa dan pelajar, malahan juga mewujudkan hubungan yang lebih erat antara ibu bapa dengan guru di sekolah. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Ironinya, hasil daripada hubungan yang mesra itu akan mewujudkan pula bentuk kerjasama yang lain antara mereka. Menerusi pendekatan dan strategi tersebut, segala bentuk program yang dirancang oleh sekolah dapat dilaksanakan dengan lebih lancar. Usaha ini sudah pasti membantu sekolah melahirkan lebih ramai pelajar yang berkualiti pada masa hadapan.

Keseluruhan di atas menjelaskan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru mempunyai peranan serba lapangan di sekolah yang merangkumi pelbagai bidang. Sesungguhnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan sekolah ibarat ‘aur dengan tebing’ yang perlu saling membantu. Dengan kerjasama erat kedua-dua pihak, sudah pasti kualiti pendidikan di sekolah dapat ditingkatkan. Penubuhan Persatuan Ibu Bapa Guru di setiap sekolah juga turut membantu melengkapi fungsi Kementerian Pelajaran Malaysia membentuk sekolah dan pelajar yang cemerlang. Kejayaan sesebuah sekolah juga merupakan salah satu manifestasi hubungan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Sehubungan dengan itu, ibu bapa amat wajar memainkan peranan yang lebih proaktif dalam usaha memartabatkan sekolah ke tahap yang membanggakan sesuai dengan visi sekolah, iaitu sekolah unggul menjana pendidikan bertaraf dunia. Pendidikan yang sempurna harus diberikan supaya generasi muda dapat meneruskan kejayaan dan kecemerlangan pemimpin negara pada masa ini. Anak-anak murid hari inilah yang akan merealisasikan hasrat kita untuk melihat Malaysia menjadi negara maju pada tahun 2020.

49

Page 50: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

7.0 TEKNIK MENULIS KARANGAN MENGGUNAKAN MODUL K.H.A.T.AM.

MODUL K.HA.TA.M

PENGENALAN:

MODUL K.HA.TA.M merupakan modul karangan yang dibina khas untuk membantu para pelajar menguasai penulisan karangan bagi mendapatkan hasil penulisan yang baik. Modul ini sesuai digunakan untuk para pelajar dalam kumpulan lemah, sederhana dan cemerlang. Keberkesanan penggunaan modul ini amat bergantung pada kemahiran guru mengaplikasikannya dan kekerapan pelajar membuat latihan. Penggunaan nama K.HA.TA.M sebenarnya merupakan gabungan kaedah akronim dan akrostik yang membawa pengertian berikut;K-KAJI, HA-HALUSI,TA-TAMBAH DAN M-MENULIS. Modul ini mengandungi beberapa teknik yang boleh digunapakai untuk menghasilkan pendahuluan karangan, menulis perenggan isi yang matang dan menulis penutup karangan yang menarik. Antara teknik yang diperkenalkan ialah Teknik M.U.S.A,Teknik ATAH + ACAP,Teknik Pandang Belakang, Teknik 5W 1H, Teknik Anak Halim Sepak Kesom Sebab Jealous,Teknik T2F dan Teknik Rasa Cinta Aku Pasti Hilang (RCAPH)

OBJEKTIF:

Penggunaan modul ini diharapkan dapat:

1. Membantu dan membimbing pelajar mengkaji elemen-elemen penting dalam penulisan karangan di bahagian pendahluan, perenggan isi dan penutup.

2. Membimbing pelajar menghalusi elemen-elemen penting dalam penulisan karangan di bahagian pendahluan, perenggan isi dan penutup.

3. Merangsang pelajar membuat penambahan huraian isi karangan yang matang, lengkap dan menarik

4. Memotivasikan pelajar untuk menulis karangan yang cemerlang

50

Page 51: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

KANDUNGAN MODUL

Pelajaran 1Mengkaji model contoh karangan yang diberi.(K-Kaji)

a. Pendahuluan- Jenis Ayat(AM,AU,AS dan AA) b. Perenggan Isi -,Pemerengganan 4 unsur (ATAH + ACAP) - Elemen-elemen penting (PW),(FM -Analogi,Peribahasa,Slogan,Moto,Pendapat Tokoh,Maksud Hadis)Statistik/Fakta,dan Kosa Kata c. Perenggan Penutup-RCAPH

Pelajaran 2Menghalusi model contoh karangan yang diberi.(HA-Halusi) a.Mengenal pasti ayat-ayat yang perlu di tulis dalam pendahuluan karangan berpandukan jadual M.U.S.A b.Mengenal pasti jenis-jenis pendahuluan berpandukan ayat- ayat dalam perenggan pendahuluan. c.Mengenalpasti– elemen-elemen menarik dalaam pemerengganan isi.

(Elemen-elemen tersebut termasuklah Penanda Wacana(PW) , Frasa Menarik(FM-Analogi,Peribahasa,Slogan,Moto,Pendapat Tokoh,Maksud Hadis)Statistik/Fakta,dan Kosa Kata Menarik

d.Mengenal pasti jenis-jenis ayat dalam penutup karangan

Pelajaran 3Menambah elemen-elemen penting dalam penulisan karangan(TA-Tambah)

a. Bimbingan penggunaan Jadual M.U.S.Ab. Memperkukuh kemahiran pelajar membina pendahuluan karangan

menggunakan jadual M.U.S.A dengan memberikan beberapa contoh soalan karangan.

c. Membimbing pelajar menulis pendahuluan karangan jenis GABUNGAN (Jenis-jenis pendahuluan-Peribahasa, Soalan, Definisi, Pendapat, Lirik Lagu/Puisi)

d. Contoh pendahuluan jenis GABUNGANe. Penulisan Asas Perenggan Isi-Teknik Anak Halim Sepak Kesom

Sebab Jealousf. Cara mengembangkan isi karangan menggunakan Teknik Pandang

Belakang dan 5W 1Hg. Cara mengembangkan isi karangan menggunakan Teknik T2Fh. Latihan melengkapkan perenggan isi dengan elemen-elemen-elemen

penting: (PW),(FM Analogi,Peribahasa,Slogan,Moto,Pendapat Tokoh,Maksud Hadis)Statistik/Fakta,Kosa Kata,Variasi Ayat

Pelajaran 4 Menulis karangan (M-Menulis)

51

Page 52: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

PELAJARAN 1PANDUAN GURU:

.1. (K-Kaji) Guru memberikan model contoh karangan:

TAJUK: PERANAN KELUARGA DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL 2. Guru meminta pelajar mengkaji model contoh karangan yang diberi.(K-Kaji) -Jenis-jenis ayat dalam model contoh karangan a. Pendahuluan- Jenis Ayat(AM,AU,AS dan AA) b. Perenggan Isi-Jenis Ayat ,Pemerengganan 4 unsur (ATAH+ACAP) c. Perenggan Penutup-RCAPH (NOTA: pada peringkat ini, guru hanya memberitahu pelajar perkara-perkara

yang asas sahaja. Kaji perenggan pendahuluan, Perenggan isi dan Penutup sahaja)

3. Guru meminta pelajar melengkapkan perenggan isi 2, perenggan isi 3 dan perenggan isi 4)

TAJUK: PERANAN KELUARGA DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL

1. Pelbagai masalah sosial dalam kalangan remaja sering diperkatakan oleh masyarakat dan semakin membimbangkan.Bincangkan peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah ini.

MODEL CONTOH KARANGAN

52

PENDAHULUANSejak kebelakangan ini, (AM)gejala sosial semakin

membimbangkan masyarakat. (AU) Gejala ini turut mendapat perhatian pihak media massa seperti media cetak dan media elektronik.(AS) Peranan keluarga amat penting dalam mengatasinya.(AA)

PERENGGAN ISI 1Antara (PWAT)peranan ibu bapa adalah dengan memberikan

didikan agama (AT)Hal ini demikian kerana (PWAH) didikan agama dan moral dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial.(AH) Sebagai contoh, (PWAC)ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama. (AC Pendidikan agama hendaklah disemai dalam diri anak-anak-anak sejak kecil lagi kerana ilmu agama dapat dijadikan benteng pertahanan diri.(AH) Kesannya, (PWAH)mereka akan dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.(AH)Seterusnya, (PWAH)anak-anak yang masih mentah ini tidak akan terlibat dengan gejala sosial.(AH) Jelasnya ,( PWAP) memberikan didikan agama merupakan peranan ibu bapa yang penting untuk menangani masalah sosial anak-anak.(AP)

PERENGGAN ISI 2Selain itu, ( )ibu bapa juga berperanan dalam mengawasi pergerakan anak-anak.( )Lantaran itu,( ) Ibu bapa perlulah mengawasi tingkah laku anak mereka sama ada di sekolah mahu pun di luar kawasan sekolah.( ) Hal ini kerana, ( ) banyak pengaruh luaran seperti pengaruh rakan sebaya.Sebagai contoh, ( ) Ibu bapa perlu bertanya anak-anak tentang orang yang ingin ditemuinya dan destinasi yang ingin ditujui oleh mereka seandainya anak-anak meminta izin untuk keluar dari rumah. ( ) Tegasnya,( )sekiranya pergerakan anak-anak dipantau sudah tentu mereka tidak akan terlibat dengan pelbagai masalah sosial.( )

PERENGGAN ISI 3

..................................( )Ibu bapa dan ahli keluarga yang lebih tua perlu menjadi contoh dan teladan yang baik kepada anak-anak Teladan yang baik mampu membentuk

(AM-Ayat Menarik)Sejak kebelakangan ini,AU)-Ayat Umum)gejala sosial semakin membimbangkan masyarakat.(AS-Ayat SokonganGejala ini turut mendapat perhatian pihak media massa seperti media cetak dan media elektronik(AA-Ayat Arah) Peranan keluarga amat penting dalam mengatasinya

(PWAT-Penanda Wacana Ayat Topik)(AT-Ayat Topik)(PWAH-Penanda Wacana Ayat Huraian)(AH-Ayat Huraian) (PWAC)-Penanda Wacana Ayat Contoh)(AC-Ayat Contoh).(PWAP-Penanda wacana Ayat Penegas)(AP-Ayat Penegas)

PENDAHULUAN

PERENGGAN ISI

Page 53: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

53

PERENGGAN ISI 3........................................................( )kasih sayang yang sempurna

amat diperlukan oleh anak-anak.( ) Hal ini kerana, ( ) anak-anak yang kurang mendapat kasih sayang akan mudah terpengaruh dengan gejala sosial. ( ) ...................................( ) ibu bapa wajar memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak. ( )Sebagai contoh,( ) ibu bapa perlu sentiasa membelai dan mengucapkan kata-kata sayang kepada anak-anak mereka.( ) Dengan itu, ( )anak-anak akan berasa gembira dan seronok berada di rumah bersama-sama keluarga mereka. ( ) ............................( )...................................( )

PERENGGAN ISI 4........................( ), setiap ahli keluarga juga perlu sentiasa

berkongsi masalah.( )........................( )ibu bapa perlu agar sentiasa bertanyakan masalah anak-anak.( ) ................................, ( )ibu bapa perlu membantu anak-anak menyelesaikan masalah yang dihadapi.( ) Sebagai contoh,( ) ibu bapa meluangkan masa untuk membantu masalah pelajaran anak-anak.( )Dengan itu,( ) anak-anak akan berasa diri mereka diberikan perhatian oleh ahli keluarga yang lain.( ).Jelaslah,( ),.......................................................................................( )

PENUTUPNatijahnya,(PWAK)pelbagai masalah sosial yang menjangkiti

anak-anak remaja hari ini memerlukan sikap prihatin ibu bapa untuk ditangani(R). Sehubungan dengan itu, ibu bapa hendaklah peka dengan tingkah laku dan tindakan anak-anak mereka.(C)Namun begitu, jika kita hanya membiarkan masalah ini di pundak ibu bapa, maka prakarsa untuk menanagi masalah sosial dalam kalangan remaja hingga ke peringkat akar umbi tidak akan berjaya.(A) Oleh itu, kita hendaklah bekerja bersama-sama bagai aur dengan tebing(P) agar anak-anak tidak terlibat dalam gejala sosial.(H)

(PWAK-Penanda Wacana Ayat Kesimpulan)R-RUMUSANC-CADANGANA-ANCAMANP-PERIBAHASA/ PENDAPAT

H-HARAPAN

PENUTUP

RCAPH:Rasa Cinta Aku Pasti Hilang

Page 54: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

PELAJARAN 2PANDUAN GURU:

2. (HA-Halusi)Guru meminta pelajar menghalusi model contoh karangan yang diberi.

-Halusi Bahagian Pendahuluan. a. Pelajar Lemah : Guru mendedahkan penggunaan Jadual M.U.S.A : Guru meminta pelajar mengenal pasti ayat-ayat yang perlu di tulis dalam pendahuluan karangan berpandukan jadual M.U.S.A b. Pelajar Sederhana : Guru mendedahkan penggunaan Jadual M.U.S.A : Guru meminta pelajar mengenal pasti ayat-ayat yang perlu di tulis dalam pendahuluan karangan berpandukan jadual M.U.S.A : Guru meminta pelajar mengenal pasti Jenis-jenis pendahuluan- Peribahasa, Soalan, Definisi, Pendapat, Lirik Lagu/Puisi) : Guru meminta pelajar meneliti pendahuluan karangan jenis

GABUNGAN (Jenis-jenis pendahuluan-Peribahasa, Soalan, Definisi, Pendapat, Lirik Lagu/Puisi)

b. Pelajar Cemerlang: : Guru mendedahkan penggunaan Jadual M.U.S.A : Guru meminta pelajar mengenal pasti ayat-ayat yang perlu ditulis

dalam pendahuluan karangan berpandukan jadual M.U.S.A : Guru meminta pelajar mengenal pasti Jenis-jenis pendahuluan- Peribahasa, Soalan, Definisi, Pendapat, Lirik Lagu/Puisi) : Guru meminta pelajar meneliti pendahuluan karangan jenis GABUNGAN (Jenis-jenis pendahuluan-Peribahasa,

Soalan, Definisi, Pendapat, Lirik Lagu/Puisi)

-Halusi Bahagian Perenggan Isi: a. Pelajar Lemah : Guru meminta pelajar mengingat binaan asas pemerengganan isi dengan menggunakan teknik Anak Halim Sepak Kesom Sebab

Jelaous

b. Pelajar Sederhana : Guru meminta pelajar mengingat binaan asas pemerengganan isi dengan menggunakan teknik Anak Halim Sepak Kesom Sebab

Jealous : Guru meminta pelajar mengenal pasti elemen-elemen menarik

dalam pemerengganan isi. (Elemen-elemen tersebut termasuklah

54

Page 55: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Penanda Wacana(PW) , Frasa Menarik(FM-Analogi, Peribahasa, Slogan, Moto, Pendapat Tokoh, Maksud Hadis) Statistik/Fakta, dan Kosa Kata Menarik

(Guru boleh memberikan contoh perenggan isi yang telah dilengkapkan dengan (Elemen-elemen tersebut termasuklah Penanda Wacana(PW) , Frasa Menarik(FM-Analogi, Peribahasa, Slogan,Moto, Pendapat Tokoh, Maksud Hadis) Statistik/Fakta dan Kosa Kata Menarik

: Guru menunjukkan contoh mengembangkan perenggan isi karangan dengan menggunakan teknik T2F (Ayat Topik Menggunakan 2 Frasa) -

Rujuk contoh pengembangan pemerengganan menggunakan teknik T2F

b. Pelajar Cemerlang: : Guru meminta pelajar mengingat binaan asas pemerengganan isi

dengan menggunakan Teknik Anak Halim Sepak Kesom Sebab Jelous

: Guru meminta pelajar mengingat binaan asas pemerengganan isi dengan menggunakan teknik Anak Halim Sepak Kesom Sebab

Jealous : Guru meminta pelajar mengenal pasti elemen-elemen menarik

dalam pemerengganan isi. (Elemen-elemen tersebut termasuklah Penanda Wacana(PW) , Frasa Menarik (FM Analogi, Peribahasa,

Slogan, Moto, Pendapat Tokoh, Maksud Hadis) Statistik/Fakta,dan Kosa Kata Menarik(Guru boleh memberikan contoh perenggan isi yang telah dilengkapkan dengan elemen-elemen tersebut termasuklah Penanda Wacana(PW) , Frasa Menarik (FM-Analogi, Peribahasa, Slogan,Moto, Pendapat Tokoh,Maksud Hadis) Statistik/Fakta dan Kosa Kata Menarik

: Guru menunjukkan contoh mengembangkan perenggan isi karangan dengan menggunakan teknik T2F (Ayat Topik Menggunakan 2 Frasa) -

Rujuk contoh pengembangan pemerengganan menggunakan teknik T2F

- Halusi Bahagian Penutup : :Guru meminta pelajar meneliti contoh penutup karangan

berdasarkan model karangan yang diberi. : Guru meminta pelajar mengasingkan ayat-ayat dalam penutup karangan mengikut jenisnya berpandukan kata tugas.

55

Page 56: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

PENDAHULUAN:JADUAL M.U.S.A

AYAT MENARIK(M)

AYAT UMUM (U)

AYAT SOKONGAN(S)

AYAT ARAH(A)

MUTAKHIR INIPADA ALAF INIPADA ALAF DIGITAL INIPADA ERA KONTEMPORARI INIDALAM ERA MODENISASI INIDALAM ERA PASCAMODEN INIDALAM ERA GLOBALISASI INISEJAK AKHIR-AKHIR INISEJAK KEBELAKANGAN INIMARCAPADADALAM ERA KONTEMPORARI YANG PENUH KONKURENSI INI

PADA ALAF KE-21 INI

DALAM MENEMPUH PAWANA GLOBALISASI INIDEWASA INISEJAK KEBELAKANGAN INI

ISU(…………..) SERING MENDAPAT LIPUTAN MEDIA MASSA.

ISU INI MENJADI BUALAN HANGAT YANG MENITI DARI  BIBIR KE BIBIR

(LANGKAH)PERSOALANNYA APAKAH LANGKAH-LANGKAH DRASTIK YANG PERLU DIAMBIL?

ISU INI….KEMELUT INI….MASALAH INI….. HEBOH DIPERKATAKAN DI WARUNG-WARUNG KOPI HINGGA KE PERINGKAT PERSIDANGAN PARLIMEN

PERSOALANNYA, APAKAH KAEDAH EFEKTIF LAGI PREVENTIF YANG WAJAR  DIMPLIMENTASIKAN?

ISU INI SERING MENGHIASI DADA-DADA AKHBAR

PERSOALANNYA APAKAH MODUS OPERANDI YANG WAJAR DIAMBIL ?

ISU INI MENJADI POLEMIK HANGAT YANG SERING DIUAR-UARKAN OLEH PELBAGAI PIHAK

PERSOALANNYA, APAKAH HOSPITAL YANG PALING ANGGUN UNTUK MERAWAT BARAH INI?

(-) ISU INI TIDAK SEHARUSNYA DIBIARKAN MENJADI BARAH

PERSOALANNYA APAKAH PENAWAR YANG PALING MUJARAB UNTUK MENAGANI KEMELUT INI?

(-)ISU INI TIDAK SEHARUSNYA DIBIARKAN HINGGA MENJADI DURI DALAM DAGING

(PUNCA)PERSOALANNYA APAKAH PUNCA /FAKTOR YANG MENCETUSKAN SENARIO INI?

ISU INI TIDAK HARUS PERSOALANNYA

56

Page 57: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

DIPANDANG REMEH MENGAPAKAH........ MASIH MENGHANTUI MASYARAKAT KITA?

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PUNCA MASALAH INI PERLU DIKENAL PASTI KERANA JIKA TIADA ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG.(KESAN)PERSOALANNYA APAKAH KESAN SEKIRANYA.......PERSOALANNYA APAKAH KESAN......KEPADA KITA/NEGARA/MASYARAKAT./....JIKAPERSOALANNYA, APAKAH FAEDAH-FAEDAH…..KEPADA SAYA/MASYARAKAT/NEGARA

CONTOH SOALAN

Masalah pencemaran alam sering mendapat  liputan media massa. Namun demikian  masalah tersebut tidak  berkesudahan sehingga kini. Sebagai seorang pencinta alam, anda ingin memberi pendapat tentang punca pencemaran alam dan cara mengatasinya.

Tulis  pendapat anda  tentang punca-punca pencemaran alam dan cara mengatasinya.

Masalah pencemaran alam - isu Punca-punca pencemaran alam dan cara mengatasinya - arahan soalan

AKTIVITI 1 - PILIH AYAT-AYAT YANG SESUAI BERDASARKAN JADUAL

MUTAKHIR INI (M)ISU(…………..) SERING MENDAPAT LIPUTAN MEDIA MASSA (U)ISU INI MENJADI BUALAN HANGAT  YANG MENITI DARI BIBIR KE BIBIR (S)(PUNCA)PERSOALANNYA APAKAH PUNCA /FAKTOR YANG MENCETUSKAN SENARIO INI?

57

Page 58: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

(LANGKAH)PERSOALANNYA APAKAH LANGKAH-LANGKAH DRASTIK YANG PERLU DIAMBIL?(A)

AKTIVITI 2 - KENAL PASTI AYAT-AYAT BERIKUT DAN TULIS DALAM RUANGAN KOSONG YANG DISEDIAKAN.

MUTAKHIR INI, (1) ISU INI SERING MENDAPAT LIPUTAN MEDIA MASSA (2)ISU INI MENJADI BUALAN HANGAT  YANG MENITI DARI BIBIR KE BIBIR (3)(PUNCA)PERSOALANNYA, APAKAH PUNCA /FAKTOR YANG MENCETUSKAN SENARIO INI?(4)(LANGKAH)PERSOALANNYA, APAKAH LANGKAH-LANGKAH DRASTIK YANG PERLU DIAMBIL?(5)

(1)…………………………………………(2)…………………………………………(3)…………………………………………(4)…………………………………………(5)…………………………………………

(NOTA: LATIHAN INI SESUAI UNTUK PELAJAR LEMAH)

MENGENAL PASTI JENIS-JENIS PENDAHULUAN KARANGAN

Pendahuluan karangan sangat penting dalam penulisan karangan kerana pendahuluan karangan yang tepat dan menarik dapat menunjukkan isu yang hendak dibincangkan secara umum sekali gus memberi gambaran kepada pembaca bahawa penulis benar-benar faham akan tema yang hendak diketengahkan.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 jenis pendahuluan yang boleh digunakan untuk dimanfaatkan dalam penulisan karangan.

1. Pendahuluan jenis definisi2. Pendahuluan jenis persoalan3. Pendahuluan jenis suasana4. Pendahuluan jenis peribahasa5. Pendahuluan jenis pendapat6. Pendahuluan jenis puisi7. Pendahuluan jenis sejarah8. Pendahuluan jenis gabungan.9. Pendahuluan jenis statistik10. Pendahluan jenis lirik lagu.

AKTIVITI 1 - Kenal pasti perenggan pendahuluan di bawah dan nyatakan jenisnya.

58

Page 59: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

1. --------------------------------------------

Sukarelawan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud orang lelaki yang melakukan sesuatu dengan sukarela. Secara umum, sukarelawan boleh dimaksudkan sebagai seseorang atau kumpulan individu yang sanggup melakukan sesuatu perkerjaan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Mereka melakukan pekerjaan tanpa mengira masa demi membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan. Malangnya, sejak akhir-akhir ini, semangat sukarelawan semakin luntur dan hanya segelintir individu sahaja yang sanggup melakukan sesuatu tanpa sebarang ganjaran.

2. ------------------------------------------------

Sungai merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai dan amat berharga kepada manusia. Walau bagaimanapun, keadaan beberapa batang sungai di negara kita berada pada tahap yang kurang memuaskan. Terlalu banyak rungutan dilontarkan oleh setiap lapisan masyarakat tentang kualiti sungai di negara kita. Persoalannya, mengapakah rungutan-rungutan ini timbul? Adakah sungai yang mengalir bersih sebelum ini mampu bertukar menjadi tercemar dengan sendirinya atau berpunca daripada sikap dan perbuatan manusia sendiri?

3. ---------------------------------------------------

Alangkah indahnya suasana ketika itu. Jeritan suara anak-anak menikmati kesegaran arus sungai yang mengalir jernih kedengaran memecah kesunyian. Semuanya terasa indah pada saat itu, namun segala-galanya telah berubah. Kebanyakan sungai di negara kita dikategorikan sebagai sungai yang berada pada tahap kritikal kerana dihantui masalah pencemaran. Jika keadaan ini terus dibiarkan, maka fungsi sungai sebagai nadi kehidupan akan tinggal kenang-kenangan.

4. ------------------------------------------------------

Sering kali kita mendengar pengguna melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kualiti barangan yang dibeli. Malahan ada yang membuat aduan kepada Persatuan Pengguna di kawasan masing-masing. Pada hakikatnya, jika pengguna sendiri mengamalkan sikap alah membeli menang memakai pasti rasa tidak puas hati dapat dielakkan. Sebagai pengguna yang bijak, utamakanlah kualiti barangan walaupun terpaksa berbelanja lebih sedikit kerana hasilnya pasti

59

Page 60: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

memuaskan. Jadilah pengguna yang bijak dan anda pasti akan terhindar daripada helah para peniaga.

5. -------------------------------------------------------

Menurut Datuk Alimuddin Mohd. Dom, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menghantar sebanyak 30 orang pendidik terdiri daripada pengetua dan guru besar ke King’s College, United Kingdom (UK) untuk mendapat pendedahan tentang sistem Sekolah Kelompok (Cluster School) di negara berkenaan. Langkah ini merupakan satu langkah bijak kerana hasilnya, mereka yang dihantar akan kembali dengan pelbagai maklumat yang pastinya dapat memberi manfaat kepada dunia pendidikan kita.

6. -------------------------------------------------------

Malaysia akan menyambut Jubli Emas kemerdekaan negara kali ke-50 pada 31 Ogos 2007. Tema dan logo “ Malaysiaku Gemilang” pada tahun ini mengingatkan kita tentang peristiwa pengisytiharan kemerdekaan negara oleh Yang Teramat Mulia Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, mantan Perdana Menteri Malaysia Pertama di Stadium Merdeka 50 tahun yang lalu. Laungan keramat “Merdeka” yang berkumandang pada pagi 31 Ogos 1957 itu merupakan detik bersejarah sekali gus negara kita bebas daripada belenggu penjajah.

7. -------------------------------------------------- Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa Pantun lama ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa budi bahasa amat penting

untuk diamalkan dan seseorang yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi dalam masyarakat. Sehubungan dengan itu, pelbagai langkah perlu diambil bagi memupuk amalan berbudi bahasa dalam kalangan generasi muda pada hari ini.

8. -----------------------------------------------------

Menurut statistik yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, secara keseluruhannya, pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2000 jelas menunjukkan bahawa pencapaian murid bandar melebihi tahap penguasaan minimum (A, B, C ) bagi subjek Bahasa Inggeris, iaitu 67.5

60

Page 61: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

peratus berbanding dengan murid luar bandar, iaitu 51.9 peratus. Berdasarkan angka yang ditunjukkan, kita menyedari wujudnya jurang penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid bandar dengan murid luar bandar. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil bagi meningkatkan penguasaan bahasa inggeris murid-murid luar bandar.

9. --------------------------------------------------------

Jika kau fikirkan kau boleh, Kau hampir boleh melakukan,Jika kau fikirkan ragu-ragu,Usahamu tidak menentu.

Jika diteliti lirik lagu tersebut, jelas sekali bahawa keazaman dan semangat menjadi penentu kepada kejayaan seseorang. Tanpa keazaman yang kuat, sudah pasti kejayaan sukar dicapai sebaliknya jika kita senantiasa berfikiran positif dan berazam untuk berjaya, pasti kita dapat menikmati hasilnya.

10………………………………………………………..

Dalam era modenisasi yang sarat dengan konkurensi sengit ini, ilmu pengetahuan menjadi satu elemen penting yang perlu dimiliki oleh setiap individu. Lantaran itu,  setiap ibu bapa pada hari ini berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang dihantar untuk menimba ilmu pengetahuan kerana kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa melentur buluh biarlah dari rebugnya.  Mereka tidak mahu melihat anak-anak mereka menjadi seperti katak di bawah tempurung. Menurut Alvin Toffler, ilmu itu ibarat kuasa. Menyedari hakikat tersebut, ibu bapa mengambil inisiatif  memilih sekolah yang terbaik demi masa depan buah hati mereka. Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk setiap murid menimba ilmu pengetahuan.. Sekolah ibarat rumah ke dua kepada murid kerana di sinilah sebahagian masa murid digunakan untuk belajar. Sebagai rumah ke dua, sewajarnya sekolah mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid. Persoalannya, apakah ciri-ciri sebuah sekolah yang menjadi idaman setiap murid termasuk saya?

AKTIVITI 2: Sila teliti pendahuluan karangan jenis GABUNGAN di bawah:

Soalan:Sekolah merupakan institusi formal yang memainkan peranan penting untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada seseorang.. Setiap individu pastinya mahukan sebuah sekolah yang terbaik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.Sebagai seorang pelajar, huraikan ciri-ciri sekolah idaman anda.

61

Page 62: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Jenis Situasi:Setiap ibu bapa pada hari ini berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan:

Jenis Peribahasa:Anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang dihantar untuk menimba ilmu pengetahuan kerana kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa melentur buluh biarlah dari rebugnya.  Mereka tidak mahu melihat anak-anak mereka menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Jenis Pendapat: Menurut Alvin Toffler, ilmu itu ibarat kuasa. Menyedari hakikat tersebut, ibu bapa mengambil inisiatif  memilih sekolah yang terbaik demi masa depan buah hati mereka.

Jenis definisi: Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk setiap murid menimba ilmu pengetahuan.. Sekolah ibarat rumah ke dua kepada murid kerana di sinilah sebahagian masa murid digunakan untuk belajar. Sebagai rumah ke dua, sewajarnya sekolah mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid.

Jenis Persoalan: Persoalannya, apakah ciri-ciri sebuah sekolah yang menjadi idaman setiap murid termasuk saya?

AKTIVITI 3:

Sila tulis jenis pendahuluan berdasarkan contoh pendahuluan karangan jenis GABUNGAN di bawah:

Setiap ibu bapa pada hari ini berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan(…………………………….)Anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang dihantar untuk menimba ilmu pengetahuan kerana kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa melentur buluh biarlah dari rebugnya.  Mereka tidak mahu melihat anak-anak mereka menjadi seperti katak di bawah tempurung.(………………………………………. )Menurut Alvin Toffler, ilmu itu ibarat kuasa.(……………………………) Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk setiap murid menimba ilmu pengetahuan.. Sekolah ibarat rumah ke dua kepada murid kerana di sinilah sebahagian masa murid digunakan untuk belajar. Sebagai rumah ke dua, sewajarnya sekolah mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid.(…………………………………..)Persoalannya, apakah ciri-ciri sebuah sekolah yang menjadi idaman setiap murid termasuk saya?(………………………………)

62

Page 63: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

Anak : AntaraHalim : Hal ini demikian keranaSepak : Sebagai contohKesom : KesannyaSebab : SeterusnyaJealous: Jelaslah

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

AKTIVITI 3:Halusi contoh perenggan pendahuluan dibawah. Perenggan pendahuluan tersebut sebenarnya merupakan gabungan Teknik M.U.S.A dengan jenis-jenis pendahuluan karangan.

Dalam era modenisasi yang sarat dengan konkurensi sengit ini,(1) ilmu pengetahuan menjadi satu elemen penting yang perlu dimiliki oleh setiap individu.(2) Lantaran itu,  setiap ibu bapa pada hari ini berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang dihantar untuk menimba ilmu pengetahuan kerana kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa melentur buluh biarlah dari rebugnya. (3) Mereka tidak mahu melihat anak-anak mereka menjadi seperti katak di bawah tempurung. (4)Menurut Alvin Toffler, ilmu itu ibarat kuasa. Menyedari hakikat tersebut, ibu bapa mengambil inisiatif  memilih sekolah yang terbaik demi masa depan buah hati mereka. (5)Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk setiap murid menimba ilmu pengetahuan. (6) Sekolah ibarat rumah ke dua kepada murid kerana di sinilah sebahagian masa murid digunakan untuk belajar.(7) Sebagai rumah ke dua, sewajarnya sekolah mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid.(8) Persoalannya, apakah ciri-ciri sebuah sekolah yang menjadi idaman setiap murid termasuk saya?(9)

(1) Ayat Menarik(2) Ayat Umum(3) Ayat Sokongan(4) Ayat Sokongan(5) Ayat Sokongan(6) Ayat Sokongan(7) Ayat Sokongan(8) Ayat Sokongan(9) Ayat Arah

(NOTA:Pelajaran ini sesuai untuk pelajar daripada kumpulan sederhana dan pelajar daripada kumpulan cemerlang)

PERENGGAN ISI

TEKNIK ANAK HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS

ATIVITI 1:Perhatikan binaan asas perenggan isi di bawah.

63

Page 64: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai

sahsiah dan peribadi yang unggul.

Anak----...................ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah

mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul

Halim……………………………………………….. Seorang pelajar yang mempunyai

peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah

ketika bersama-sama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.

Sepak…………………………………………….. pelajar yang cemerlang sentiasa

menghormati dan menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk

membantu rakan-rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud

dalam kamus hidup seorang pelajar yang cemerlang

Kesom……………………………………… mereka akan disenangi oleh orang di

sekelilingnya

Sebab……………………………… orang lain akan sanggup berkongsi apa-apa

sahaja dengan mereka termasuklah berkongsi ilmu yang ada.

Jealous…………………………………….bahawa pelajar cemerlang mempunyai

sahsiah dan peribadi yang unggul.

PERHATIKAN CONTOH BERIKUT:

Ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah mempunyai

sahsiah dan peribadi yang unggul.

Anak--------Antara ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang pelajar cemerlang ialah

mempunyai sahsiah dan peribadi yang unggul

Seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang unggul akan sentiasa menjaga hubungan

baik sesama manusia tidak kiralah ketika bersama-sama keluarga, guru mahupun rakan-

rakan.

64

Page 65: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Halim……….Hal ini demikian kerana seorang pelajar yang mempunyai peribadi yang

unggul akan sentiasa menjaga hubungan baik sesama manusia tidak kiralah ketika

bersama-sama keluarga, guru mahupun rakan-rakan.

Sepak…………Sebagai contoh pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati dan

menyayangi guru mereka. Mereka juga sentiasa berlapang dada untuk membantu rakan-

rakan dalam pelajaran. Sifat sombong dan angkuh tidak pernah wujud dalam kamus

hidup seorang pelajar yang cemerlang

Kesom………….Kesannya mereka akan disenangi oleh orang di sekelilingnya

Sebab………….Seterusnya orang lain akan sanggup berkongsi apa-apa sahaja

dengan mereka termasuklah berkongsi ilmu yang ada.

Jealous………Jelaslah bahawa pelajar cemerlang mempunyai sahsiah dan peribadi yang

unggul.

AKTIVITI 2:Susun semula perenggan yang diberi mengikut TEKNIK ANAK HALIM SEPAK KESOM SEBAB JEALOUS

1.Ciri pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama. Setiap agama di dunia ini menganjurkan manusia melakukan kebaikan tidak kiralah agama Islam, Kristian, Hindu mahupun Buddha. Seorang pelajar Islam yang cemerlang sentiasa menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah iaitu dengan menunaikan solat serta sentiasa berdoa untuk mencapai kejayaan. Solat yang didirikan akan menjadikan seseorang pelajar itu senantiasa berdisiplin. Disiplin yang dimiliki akan menjadi pendinding kepada mereka daripada terjebak dengan perkara-perkara yang negatif. Agama menjadi pegangan pelajar yang cemerlang agar mereka tidak terpesong daripada matlamat sebenar hidup di dunia ini serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

……………………… Pelajar yang cemerlang sentiasa mengikut ajaran agama.Hal ini demikian kerana...............................Sebagai contoh...............................Kesannya...................Seterusnya............................Tegasnya.........................................

TEKNIK 5 W 1 H

KEPENTINGAN MEMUPUK SEMANGAT KEJIRANAN

AKTIVITI 1:Perhatikan perenggan di bawah. Perenggan tersebut sebenarnya dibuat berdasarkan soalan-soalan yang dibina menggunakan Teknik 5W H.

65

Page 66: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Contoh:Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat. Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal. Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti. Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

Soalan:1. Apakah kepentingan semangat kejiranan? (WHAT)Jawapan: Sebenarnya semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat

2.Bagaimanakah kerjasama boleh dipupuk? (HOW)Jawapan: Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat mereka tinggal

3. Apakah contoh aktiviti yang boleh memupuk semangat kerjasama? (WHAT) Jawapan: Aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti.

4. Apakah kesan jika masyarakat melakukan aktiviti sedemikian? (WHAT)Jawapan: Mereka akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa atau kepercayaan

5.Apakah penegasan yang boleh anda buat?(WHAT)Jawapan: Tegasnya, semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat di sesuatu tempat ATAUTegasnya, semangat kejiranan yang dipupuk dapat membentuk kerjasama dalam kalangan anggota masyarakat seterusnya membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

TEKNIK PANDANG BELAKANG

AKTIVITI 1:Perhatikan perenggan di bawah. Perenggan tersebut sebenarnya dibuat berdasarkan soalan-soalan yang dibina menggunakan Teknik Pandang Belakang

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR

66

Page 67: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Soalan: Apakah langkah yang boleh diambil bagi menangani masalah pencemaran alam sekitar?

Jawapan:Sebagai orang terdekat dengan anak-anak sepatutnya ibu bapa mendidik anak-anak mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi. Soalan: Bagaimanakah ibu bapa boleh mendidik anak-anak mereka untuk menghargai dan mencintai alam sekitar sejak dari kecil lagi.

Jawapan:Ibu bapa boleh mendidik anak-anak dengan mendedahkan anak-anak tentang isu-isu pencemaran alam sekitar terkini yang sering berlaku.

Soalan: Apakah isu-isu pencemaran alam sekitar yang terkini yang sering berlaku?

Jawapan:Sebagai contoh isu-isu pencemaran terkini yang kerap menjadi paparan media ialah isu pembakaran terbuka yang boleh mencemarkan udara.

Soalan: Apakah kesannya jika isu seperti pembakaran terbuka yang mencemarkan udara ini didedahkan kepada anak-anak?

Jawapan:Jika isu seperti pembakaran terbuka yang mencemarkan udara ini didedahkan kepada anak-anak, maka anak-anak akan menyedari bahawa mereka tidak boleh melakukan pembakaran sesuka hati.

Soalan: Mengapakah mereka tidak boleh melakukan pembakaran sesuka hati?

Jawapan:Hal ini kerana perbuatan tersebut akan mencemarkan udara.

Soalan: Apakah implikasi daripada perbuatan mencemarkan udara?

Jawapan:Sekiranya udara tercemar, maka situasi ini akan membahayakan kesihatan.

Soalan:Mengapakah boleh membahayakan kesihatan?

Jawapan:Kesihatan seseorang itu akan terjejas kerana menyedut udara yang kotor

Soalan : Apakah penegasan yang boleh dibuat tentang langkah-langkah memgatasi pencemaran alam sekitar?

67

Page 68: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Jawapan:Tegasnya, langkah-langkah memgatasi pencemaran alam sekitar boleh dilakukan melalui peranan ibu bapa yang mendidik anak-anak sejak kecil lagi.

TEKNIK T2F

AKTIVITI 1:Perhatikan pengembangan perenggan di bawah.

AKTIVITI 2: Perhatikan perenggan berikut yang telah ditambahkan frasanya menjadi 2.

AKTIVITI 3: Perhatikan perenggan berikut yang merupakan gabungan FRASA 1 dan FRASA 2

68

Antara (PWAT)peranan ibu bapa adalah dengan memberikan didikan agama (AT)Hal ini demikian kerana (PWAH) didikan agama dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial.(AH) Sebagai contoh, (PWAH)bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama.(AC)Kesannya,(PWAH) anak-anak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.(AH)Seterusnya, (PWAH)anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang(FM) ini tidak akan terlibat dengan gejala sosial.(AH) Jelasnya,(PWAP) memberikan didikan agama merupakan peranan ibu bapa yang vital (KM)untuk menangani masalah sosial anak-anak.(AP)

1

FRASA 1:Memberikan didikan agamaAntara peranan ibu bapa adalah dengan memberikan didikan agama KEPADA ANAK-ANAK SEJAK MEREKA KECIL. Hal ini demikian kerana didikan agama dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama.Kesannya,anak-anak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.Seterusnya, anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang ini tidak akan terlibat dengan gejala sosial.(69 P.P)FRASA 2:Kepada anak-anak sejak mereka kecilLantaran itu, didikan agama perlu diberikan sejak mereka kecil lagi. Hal ini kerana, anak-anak yang masih kecil ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika ibu bapa menyedari obligasi mereka sebagai orang ynag diamanahkan untuk mendidik dan membimbing anak-anak sudah pasti kita dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan pelbagai masalah sosial. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di negara adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman, seramai 37602 individu di tahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan, seramai 3450 atau 9.17 peratus ialah remaja. (109 p.p)

2

FRASA 1:Memberikan didikan agama + FRASA 2:KEPADA ANAK-ANAK SEJAK MEREKA KECILAntara peranan ibu bapa adalah dengan memberikan didikan agama KEPADA ANAK-ANAK SEJAK MEREKA KECIL. Hal ini demikian kerana didikan agama dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh, bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri atau menghantar mereka ke sekolah agama.Kesannya,anak-anak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.Seterusnya, anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang ini tidak akan terlibat dengan gejala sosial. Lantaran itu, didikan agama perlu diberikan sejak mereka kecil lagi. Hal ini kerana, anak-anak yang masih kecil ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika ibu bapa menyedari obligasi mereka sebagai orang ynag diamanahkan untuk mendidik dan membimbing anak-anak sudah pasti kita dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan pelbagai masalah sosial. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di negara adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman, seramai 37602 individu di tahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan, seramai 3450 atau 9.17 peratus ialah remaja. Jelasnya,memberikan didikan agama merupakan peranan ibu bapa yang vital untuk menangani masalah sosial anak-anak.(192 p.p)

3

Page 69: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

AKTIVITI 4: Kenal pasti elemen-elemen menarik dalam pemerengganan isi. (Elemen-elemen tersebut termasuklah:

Penanda Wacana(PW) , Frasa Menarik(FM- Analogi, Peribahasa, Slogan, Moto, Pendapat Tokoh, Maksud Hadis/Ayat al-Quran)Statistik/Fakta dan Kosa Kata Menarik

PENUTUP

AKTIVITI 1: :Guru meminta pelajar meneliti contoh penutup karangan berdasarkan model karangan yang diberi.

69

Sementelahan Itu pula,(PENANDA WACANA AYAT TOPIK-PWAT) ibu bapa berperanan memberikan didikan agama kepada anak-anak sejak mereka kecil. Hal ini disebabkan (PWAH) didikan agama dapat membantu anak-anak mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial. Sebagai contoh (PWAC), ibu bapa boleh mengajar anak-anak mereka sendiri seperti mendidik mereka mengerjakan solat atau menghantar mereka ke sekolah agama. Mengapakah tanggungjawab mendidik anak-anak mengerjakan solat itu penting?(VARIASI AYAT-AYAT TANYA)Dalam sepotong ayat al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang maksudnya; sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.(FM-MAKSUD AYAT AL-QURAN)Kesannya,anak-anak yang dididik dengan solat akan dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk.Selanjutnya,(PWAH)anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang(FM-PERIBAHASA)ini tidak akan terlibat dengan gejala sosial. Lantaran itu, (PWAH)didikan agama perlu diberikan sejak mereka kecil lagi. Hal ini kerana,(PWAH) anak-anak yang masih kecil ibarat sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Nasrani.(FM-ANALOGI) Situasi ini bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. (FM-PERIBAHASA Jika ibu bapa menyedari obligasi(KM) mereka sebagai orang ynag diamanahkan untuk mendidik dan membimbing anak-anak sudah pasti kita dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan pelbagai masalah sosial. Data dan statistik banyak menunjukkan keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja di negara adalah semakin serius. Mengikut Pihak Berkuasa Jenayah Bukit Aman, seramai 37602 individu di tahan bagi kesalahan jenayah harta benda serta kekerasan, seramai 3450 atau 9.17 peratus ialah remaja. (STATISTIK) Ingatlah, segala-galanya bermula di rumah, begitulah ungkapan kalimah tokoh filsuf terkenal, Franklin D. Roosevelt.(FM-PENDAPAT) Tuntasnya,(PWAP)memberikan didikan agama merupakan peranan ibu bapa yang vital(KM) untuk menangani masalah sosial anak-anak.

Page 70: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Natijahnya,(PWAK)pelbagai masalah sosial yang menjangkiti anak-anak remaja hari ini memerlukan sikap prihatin ibu bapa untuk ditangani(R). Sehubungan dengan itu, ibu bapa hendaklah peka dengan tingkah laku dan tindakan anak-anak mereka.(C)Namun begitu, jika kita hanya membiarkan masalah ini di pundak ibu bapa, maka prakarsa untuk menanagi masalah sosial dalam kalangan remaja hingga ke peringkat akar umbi tidak akan berjaya.(A) Oleh itu, kita hendaklah bekerja bersama-sama bagai aur dengan tebing(P) agar anak-anak tidak terlibat dalam gejala sosial.(H)AKTIVITI 2: Guru meminta pelajar mengasingkan ayat-ayat dalam penutup karangan mengikut jenisnya berpandukan kata tugas.

Natijahnya, ( PWAK)pelbagai masalah sosial yang menjangkiti anak-anak remaja hari ini memerlukan sikap prihatin ibu bapa untuk ditangani(R). Sehubungan dengan itu, ibu bapa hendaklah peka dengan tingkah laku dan tindakan anak-anak mereka.(C)Namun begitu, jika kita hanya membiarkan masalah ini di pundak ibu bapa, maka prakarsa untuk menangani masalah sosial dalam kalangan remaja hingga ke peringkat akar umbi tidak akan berjaya.(A) Oleh itu, kita hendaklah bekerja bersama-sama bagai aur dengan tebing(P) agar anak-anak tidak terlibat dalam gejala sosial.(H)

KATA TUGASNatijahnya........................................ (R)Hendaklah: ..................................... (C)Jika: ................................................ (A) Bagai:.............................................. (P)Agar:................................................ (H)

PELAJARAN 3

Menambah elemen-elemen penting dalam penulisan karangan (TA-Tambah)

PANDUAN GURU:

3. (TA-Tambah)Guru meminta pelajar menambah elemen-elemen penting dalam penulisan karangan -Tambah Bahagian Pendahuluan. a. Pelajar Lema : : Guru meminta pelajar mengabungkan ayat-ayat yang diplih dalam Jadual

M.U.S.A : Guru boleh meminta pelajar memasukkan isu dan arahan soalan dan membuat

pengubahsuaian : Guru boleh memperkukuh kemahiran pelajar membina pendahuluan

karangan menggunakan jadual M.U.S.A dengan memberikan contoh soalan karangan yang berlainan.

b. Pelajar Seder : Guru meminta pelajar mengabungkan ayat-ayat yang diplih dalam Jadual

M.U.S.A

70

Page 71: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

: Guru boleh meminta pelajar memasukkan isu dan arahan soalan dan membuat pengubahsuaian

: Guru boleh memperkukuh kemahiran pelajar membina pendahuluan karangan menggunakan jadual M.U.S.A dengan memberikan contoh soalan karangan yang berlainan.

: Guru membimbing pelajar menulis pendahuluan karangan jenis GABUNGAN (Jenis-jenis pendahuluan-Peribahasa, Soalan, Definisi, Pendapat, Lirik /Puisi)

b. Pelajar Cemerlang: : Guru meminta pelajar mengabungkan ayat-ayat yang diplih dalam

Jadual M.U.S.A : Guru boleh meminta pelajar memasukkan isu dan arahan soalan dan membuat pengubahsuaian. : Guru boleh memperkukuh kemahiran pelajar membina pendahuluan karangan menggunakan jadual M.U.S.A dengan memberikan contoh

soalan karangan yang berlainan. : Guru membimbing pelajar menulis pendahuluan karangan jenis

GABUNGAN (Jenis-jenis pendahuluan-Peribahasa, Soalan, Definisi, Pendapat, Lirik Lagu/Puisi)

: Guru meminta pelajar menambahbaik contoh pendahuluan agar menjadi lebih menarik mengikut kemahiran pelajar. -Tambah Bahagian Perenggan Isi: a. Pelajar Lemah : Guru meminta pelajar membina perenggan isi karangan

menggunakan teknik Anak Halim Sepak Kesom Sebab Jelaous : Guru boleh memperkukuh kemahiran pelajar membina perenggan isi dengan menggunakan Teknik Pandang Belakang atau teknik 5 W 1H. (Nota: Guru boleh menggunakan contoh perenggan isi 1 atau contoh-contoh perenggan si yang lain) : Guru boleh meminta pelajar menukarkan penanda wacana yang berbeza dalam contoh perenggan yang diberi.

b. Pelajar Sederhana : Guru meminta pelajar membina perenggan isi karangan menggunakan teknik Anak Halim Sepak Kesom Sebab Jelaous : Guru boleh memperkukuh kemahiran pelajar membina perenggan isi dengan menggunakan Teknik Pandang Belakang atau teknik 5W 1H. (Nota: Guru boleh menggunakan contoh perenggan isi 1 atau contoh-contoh perenggan si yang lain) : Guru boleh meminta pelajar menukarkan penanda wacana yang berbeza

dalam contoh perenggan yang diberi : Guru meminta pelajar mengembangkan perenggan isi karangan dengan menggunakan teknik T2F (Ayat Topik Menggunakan 2 Frasa) –

Rujuk contoh pengembangan pemerengganan menggunakan teknik T2F

(Nota: Guru boleh menggunakan contoh perenggan isi 2, perenggan

71

Page 72: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

3 atau perenggan isi 4) : Guru meminta pelajar menambah elemen-elemen menarik dalam pemerengganan isi. (Elemen-elemen tersebut termasuklah Penanda Wacana(PW) , Frasa Menarik (FM-Analogi, Peribahasa,

Slogan, Moto, Pendapat, Tokoh, Maksud Hadis) Statistik/Fakta dan Kosa Kata Menarik

(Nota: Guru boleh menggunakan contoh perenggan isi 1, perenggan isi 2, perenggan 3 atau perenggan isi 4) b. Pelajar Cemerlang: : Guru meminta pelajar membina perenggan isi karangan menggunakan teknik Anak Halim Sepak Kesom Sebab Jelaous :Guru boleh memperkukuh kemahiran pelajar membina perenggan isi dengan menggunakan Teknik Pandang Belakang atau Teknik 5W 1H. (Nota: Guru boleh menggunakan contoh perenggan isi 1 atau contoh-contoh perenggan si yang lain) : Guru boleh meminta pelajar menukarkan penanda wacana yang berbeza

dalam contoh perenggan yang diberi :Guru meminta pelajar mengembangkan perenggan isi karangan dengan menggunakan teknik T2F (Ayat Topik Menggunakan 2 Frasa)-Rujuk contoh pengembangan pemerengganan menggunakan teknik T2F (Nota: Guru boleh menggunakan contoh perenggan isi 2, perenggan 3 atau perenggan isi 4) : Guru meminta pelajar menambah elemen-elemen menarik dalam pemerengganan isi. (Elemen-elemen tersebut termasuklah Penanda

Wacana (PW), Frasa Menarik (FM-Analogi, Peribahasa, Slogan, Moto, Pendapat Tokoh, Maksud Hadis) Statistik/Fakta, dan Kosa Kata Menarik

(Nota: Guru boleh menggunakan contoh perenggan isi 1, perenggan isi 2, perenggan 3 atau perenggan isi 4)

:Guru memotivasi pelajar untuk melakukan melakukan penambahbaikan bagi contoh perenggan isi yang dihasilkan. (Di peringkat ini guru memberi ruang kepada pelajar menulis perenggan isi karangan yang lebih menarik mengikut kemahiran pelajar.

- Tambah Bahagian Penutup : :Guru meminta pelajar menghasilkan penutup karangan yang mengandungi unsur RCAPH. (Lemah, Sederhana) :Guru meminta pelajar menghasilkan penutup karangan yang mengandungi unsur RCAPH dan memberitahu bahawa pelajar boleh menambahkan ayat-ayat berunsur cadangan (C) dan menambahkan peribahasa (P) (Sederhana dan Cemerlang)

PENDAHULUAN:

72

Page 73: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

AKTIVITI 1:

Guru meminta pelajar mengabungkan ayat-ayat yang diplih dalam hadual M.U.S.A

Mutakhir ini (M) isu (…………..) sering mendapat liputan media massa (U)isu ini menjadi bualan hangat  yang meniti dari bibir ke bibir (S) (punca)persoalannya apakah punca /faktor yang mencetuskan senario ini?(A)(langkah)persoalannya apakah langkah-langkah drastik yang perlu diambil? (A)

AKTIVITI 2: Masukkan isu dan arahan soalan dan buat pengubahsuaian.. ISU: PUNCA-PUNCA MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA

Mutakhir ini (M) isu(…………..) Sering mendapat liputan media massa (U)Isu ini menjadi bualan hangat  yang meniti dari bibir ke bibir (S) (punca) persoalannya apakah punca /faktor yang mencetuskan senario ini? (A)

Mutakhir ini, ………………………….(isu) sering mendapat liputan media massa Isu ini menjadi bualan hangat  yang meniti dari bibir ke bibir. Persoalannya apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja?

(NOTA:Guru boleh memperkukuh kemahiran pelajar membina pendahuluan karangan menggunakan jadual M.U.S.A dengan memberikan contoh soalan karangan yang berlainan)

AKTIVITI 3: Guru membimbing pelajar menulis pendahuluan karangan jenis GABUNGAN (Jenis-jenis pendahuluan-Peribahasa, Soalan, Definisi, Pendapat, Lirik Lagu/Puisi

TINGKATKAN KEMAMPUAN ANDA MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN.

PENDAHULUAN JENIS GABUNGAN:

Anda telah pun didedahkan dengan contoh-contoh jenis pendahuluan sebelum ini. Kali ini cuba ikuti pembelajaran menulis pendahuluan jenis gabungan.

Langkah 1:Pilih jenis pendahuluan yang anda fikir sesuai dengan isu yang ditanyakan dalam arahan soalan. Pastikan pendahuluan karangan anda masih lagi mempunyai ciri-ciri M.U.S.A

Lihat contoh di bawah:

Soalan: Sekolah merupakan institusi formal yang memainkan peranan penting untuk menyalurkan ilmu pengetahuan kepada seseorang.. Setiap individu pastinya mahukan sebuah sekolah yang terbaik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.Sebagai seorang pelajar, huraikan ciri-ciri sekolah idaman anda.

73

Page 74: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Jenis Situasi:Setiap ibu bapa pada hari ini berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan:

Jenis Peribahasa: Anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang dihantar untuk menimba ilmu pengetahuan kerana kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa melentur buluh biarlah dari rebugnya.  Mereka tidak mahu melihat anak-anak mereka menjadi seperti katak di bawah tempurung.Jenis Pendapat: Menurut Alvin Toffler, ilmu itu ibarat kuasa. Menyedari hakikat tersebut, ibu bapa mengambil inisiatif  memilih sekolah yang terbaik demi masa depan buah hati mereka.

Jenis definisi: Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk setiap murid menimba ilmu pengetahuan.. Sekolah ibarat rumah ke dua kepada murid kerana di sinilah sebahagian masa murid digunakan untuk belajar. Sebagai rumah ke dua, sewajarnya sekolah mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid.

Jenis Persoalan: Persoalannya, apakah ciri-ciri sebuah sekolah yang menjadi idaman setiap murid termasuk saya?

Langkah 2: Gabungkan jenis-jenis pendahuluan tersebut dengan Teknik M.U.S.A

Contoh:          Dalam era modenisasi yang sarat dengan konkurensi sengit ini, ilmu pengetahuan menjadi satu elemen penting yang perlu dimiliki oleh setiap individu. Lantaran itu,  setiap ibu bapa pada hari ini berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Anak-anak yang masih berumur setahun jagung dan darah setampuk pinang dihantar untuk menimba ilmu pengetahuan kerana kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa melentur buluh biarlah dari rebugnya.  Mereka tidak mahu melihat anak-anak mereka menjadi seperti katak di bawah tempurung. Menurut Alvin Toffler, ilmu itu ibarat kuasa. Menyedari hakikat tersebut, ibu bapa mengambil inisiatif memilih sekolah yang terbaik demi masa depan buah hati mereka. Sekolah merupakan institusi formal yang menyediakan tempat untuk setiap murid menimba ilmu pengetahuan.. Sekolah ibarat rumah ke dua kepada murid kerana di sinilah sebahagian masa murid digunakan untuk belajar. Sebagai rumah ke dua, sewajarnya sekolah mempunyai ciri-ciri yang lengkap untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid. Persoalannya, apakah ciri-ciri sebuah sekolah yang menjadi idaman setiap murid termasuk saya?-PERENGGAN ISI:

AKTIVITI 1. Guru meminta pelajar membina perenggan isi karangan menggunakan Teknik Anak Halim Sepak Kesom Sebab Jelaous

KEPENTINGAN SEMANGAT KEJIRANAN

74

Page 75: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Semangat kejiranan yang wujud dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum adalah penting sebagai tarikan pelancongan. Kedatangan pelancong asing ke negara ini disebabkan kehidupan masyarakat Malaysia yang unik, mempunyai pelbagai seni budaya yang menarik dan hidup secara harmoni dalam komuniti kejiranan. Pada sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Rumah Terbuka dan sambutan pesta-pesta tertentu menampilkan pelbagai keistimewaan masyarakat berbilang kaum di negara kita yang amat disukai oleh para pelancong asing seperti kelazatan pelbagai jenis makanan, keunikan seni tarian dan sebagainya. Para pelancong yang tertarik dengan keunikan budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini akan menceritakannya kepada rakan-rakan dan sanak-saudara mereka. Mereka akan tertarik dengan gambaran keunikan negara kita dan keharmonian negara yang diasaskan oleh semangat kejiranan yang kental dan teruja untuk berkunjung ke negara kita.Tegasnya, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.

Antara kepentingan semangat kejiranan ialah...............................Hal ini demikian kerana..........................Sebagai contoh............................Kesannya.....................................Seterusnya....................................Tegasnya......................................

AKTIVITI 2.Bina soalan dan salin jawapan berdasarkan contoh perenggan yang diberi. (Gunakan Teknik 5W H)

1.Selain itu semangat kejiranan juga penting kerana dapat membentuk semangat kekitaan dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu. Mengimbas kembali Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan bahawa jika masyarakat tidak bersatu padu dan berpecah-belah, negara akan musnah dan kehidupan anggota masyarakat tidak akan selesa dan aman. Semangat kejiranan membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat kejiranan penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan

Soalan:

Jawapan:

Soalan:

Jawapan:

75

Page 76: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Soalan:

Jawapan:

Soalan:

Jawapan:

AKTIVITI 3:Bina soalan dan salin jawapan berdasarkan ayat topik yang diberi. (Gunakan Teknik Pandang Belakang)

Semangat kejiranan merupakan salah satu elemen yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang saling membantu dan harmoni

AKTIVITI 4:Guru meminta pelajar mengembangkan perenggan isi karangan dengan menggunakan teknik T2F (Ayat Topik Menggunakan 2 Frasa)-Rujuk contoh pengembangan pemerengganan menggunakan teknik T2F(Nota: Guru boleh menggunakan contoh perenggan isi 2, perenggan 3 atau perenggan isi 4)

AKTIVITI 5:Guru meminta pelajar menambah elemen-elemen menarik dalam pemerengganan isi. (Elemen-elemen tersebut termasuklah Penanda Wacana (PW) , Frasa Menarik (FM-Analogi, Peribahasa, Slogan,Moto, Pendapat Tokoh, Maksud Hadis) Statistik/Fakta dan Kosa Kata Menarik(Nota: Guru boleh menggunakan contoh perenggan isi 1, perenggan isi 2, perenggan 3 atau perenggan isi 4)

PENUTUP:

ATIVITI 1:Guru meminta pelajar menghasilkan penutup karangan yang mengandungi unsur RCAPH dengan memberikan beberapa contoh soalan karangan:

1.Anda akan menghadapi pelbagai cabaran selepas tamat alam persekolahan.

Berikan pendapat anda tentang perkara-perkara yang boleh anda lakukan untuk menjadi anggota masyarakat yang berguna selepas tamat alam persekolahan.

2.Anak-anak merupakan modal insan yang bakal menjadi penentu kemajuan negara pada masa hadapan.

Tuliskan sebuah rencana tentang peranan ibu bapa untuk melahirkan modal

76

Page 77: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

insan berkualiti.

3. Di Malaysia, nasib golongan orang kurang upaya (OKU) mendapat perhatian serius dan pembelaan daripada pihak kerajaan dan masyarakat.

Bincangkan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan tersebut.

ATIVITI 2:Guru memberitahu bahawa pelajar boleh menambahkan ayat-ayat berunsur cadangan (C) dan menambahkan peribahasa (P)

PELAJARAN 44. M (Menulis)

Guru meminta pelajar menyalin semula karangan yang dihasilkan mengikut aras pelajar: Lemah, Sederhana dan Cemerlang.

77

Page 78: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

8.0 TEKNIK MENYALIN KARANGAN GURU CINA MURID CINA (GUCI MUCI)

Nama Program: GUCI MUCI

Kumpulan sasaran: Pelajar Cina Tingkatan 4 dan 5 yang tidak menguasai kemahiran menulis karangan.

Tenaga Pengajar: Menggunakan bantuan Guru Cina.

Teknik Pengajaran: 1 .Menghafal dan mengisi tempat kosong.2. Menterjemahkan perkataan yang tidak difahami dalam bahasa Cina. 3. Pelajar Cina perlu mempunyai Kamus Dewan dan kamus bahasa Cina.4. Guru bahasa Melayu perlu sebagai pemudah cara.5. Latih tubi penggunaan kata yang telah difahami

7.1 KARANGAN CONTOH 1:

BAHAGIAN A

[30 markah][Masa dicadangkan : 45 minit ]

Gambar rajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada faedah-faedah membaca. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara memupuk perpaduan di sekolah. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

78

CARA-CARA MEMUPUK

PERPADUANDI SEKOLAH

Melalui aktiviti kokurikulum

Aktivitisukan dan permainan

Page 79: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN DI SEKOLAH

Perpaduan dalam kalangan pelajar amat penting kepada masyarakat di negara kita. Perpaduan dalam kalangan pelajar sangat penting supaya rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman . Dalam hal ini, pelajar merupakan tapak semaian benih perpaduan bagi negara kita. Asas perpaduan yang kukuh di sekolah melahirkan rakyat yang harmoni dan bersatu padu. Sebagai contoh perpaduan dalam kalangan pelajar ialah amalan tolong-menolong, bekerjasama, hormat-menghormati, dan lain-lain lagi. Tegasnya, pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan dalam kalangan pelajar.

Perpaduan dapat dipupuk di sekolah melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar mengenepikan sentimen perkauman. Sebagai contoh, sambutan hari kokurikulum di sekolah mewajibkan penyertaan pelajar berbilang kaum. Pelajar-pelajar berbilang kaum bekerjasama untuk menjayakan berbagai-bagai aktiviti seperti jualan dan kawat kaki. Oleh itu, aktiviti kokurikulum dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar.

Selain itu, aktiviti sukan dan permainan juga dapat memupuk perpaduan. Program 1 Murid 1 Sukan dilihat dapat menjadi medium untuk memupuk perpaduan. Penyertaan menyeluruh pelajar dalam sukan dan permainan tanpa mengira kaum dapat memupuk perpaduan. Sebagai contoh, permainan bola sepak disertai oleh pelajar Melayu, Cina dan India. Aktiviti sukan dan permainan sepatutnya tidak dilabelkan mengikut kaum. Jelaslah, aktiviti sukan dan permainan dapat memupuk perpaduan terutamanya di sekolah.

Tambahan pula, perpaduan di sekolah juga boleh dipupuk melalui sambutan perayaan berasaskan agama. Sambutan perayaan ini dapat dirayakan oleh semua pelajar tanpa mengira kaum. Sebagai contoh, sambutan Hari Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali di sekolah boleh membiasakan pelajar meraikan dan berkongsi kegembiraan dengan kaum lain. Semua pelajar rasa dihargai dan gembira hadir ke sekolah. Tegasnya, sambutan perayaan berasaskan agama dapat memupuk perpaduan di sekolah.

Malah, aktiviti perkhemahan juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana semangat kerjasama sangat penting untuk menjayakan perkhemahan. Perkhemahan unit uniform seperti Pengakap, Pandu Puteri dan Kadet Polis yang disertai pelajar pelbagai kaum dapat memupuk semangat kekitaan. Segala cabaran

79

Sambutan perayaan agama

Aktiviti perkhemahan

Page 80: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

perlu diharungi bersama-sama. Jelaslah, perpaduan kaum dapat dipupuk melalui aktiviti perkhemahan di sekolah.

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Oleh hal yang demikian pihak sekolah terutamanya guru-guru perlu memainkan peranan masing-masing. Dengan usaha ini diharapkan pelajar-pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di sekolah. Hal ini sudah tentu dapat mencapai hasrat murni kerajaan untuk membantu masyarakat bersatu padu selaras dengan konsep gagasan 1 Malaysia.

CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN DI SEKOLAH

Perpaduan dalam kalangan pelajar amat penting kepada masyarakat di negara kita. Perpaduan dalam kalangan pelajar __________________ supaya rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman . Dalam hal ini, pelajar merupakan tapak semaian benih perpaduan bagi negara kita. Asas perpaduan yang kukuh di sekolah melahirkan rakyat yang __________ dan bersatu padu. Sebagai contoh perpaduan dalam kalangan pelajar ialah amalan tolong-menolong, bekerjasama, hormat-menghormati, dan lain-lain lagi. Tegasnya, pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam mengukuhkan______________ dalam kalangan pelajar.

Perpaduan dapat dipupuk di sekolah melalui _____________. Aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar mengenepikan sentimen ________________. Sebagai contoh, sambutan hari kokurikulum di sekolah mewajibkan penyertaan____________ berbilang kaum. Pelajar-pelajar berbilang kaum bekerjasama untuk menjayakan berbagai-bagai aktiviti seperti jualan dan kawat kaki. Oleh itu, aktiviti kokurikulum dapat _________________ dalam kalangan pelajar.

Selain itu, aktiviti __________________ juga dapat memupuk perpaduan. Program 1 Murid 1 Sukan dilihat dapat menjadi medium untuk memupuk perpaduan. Penyertaan menyeluruh pelajar dalam sukan dan permainan tanpa mengira kaum dapat memupuk perpaduan. Sebagai contoh, permainan______________disertai oleh pelajar Melayu, Cina dan India. Aktiviti sukan dan permainan sepatutnya tidak dilabelkan mengikut kaum. Jelaslah, aktiviti sukan dan permainan dapat memupuk perpaduan terutamanya________________.

Tambahan pula, __________________ juga boleh dipupuk melalui sambutan perayaan berasaskan agama. Sambutan perayaan ini dapat dirayakan oleh semua pelajar tanpa mengira kaum. Sebagai contoh, sambutan Hari Raya Aidil Fitri, ______________ dan _____________ di sekolah boleh membiasakan pelajar meraikan dan berkongsi kegembiraan dengan kaum lain. Semua pelajar rasa __________________ hadir ke sekolah. Tegasnya, sambutan perayaan berasaskan agama dapat memupuk perpaduan di sekolah.

80

Page 81: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

Malah, _________________ juga dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana __________________ sangat penting untuk menjayakan perkhemahan. Perkhemahan unit uniform seperti Pengakap,_______________ dan ____________ yang disertai pelajar pelbagai kaum dapat memupuk _____________________. Segala cabaran perlu diharungi bersama-sama. Jelaslah, perpaduan kaum dapat dipupuk melalui aktiviti perkhemahan di sekolah.

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar. _______________________, terutamanya guru-guru perlu memainkan peranan masing-masing. Dengan usaha ini diharapkan pelajar-pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti di sekolah. Hal ini sudah tentu dapat mencapai_____________________ni kerajaan untuk membantu masyarakat bersatu padu selaras dengan konsep gagasan 1 Malaysia.

7.2 KARANGAN CONTOH 2:

Bahagian A

[ 30 markah ]

[Masa dicadangkan: 45 minit]

Rajah di bawah menyatakan sebahagian daripada kebaikan rekreasi kepada masyarakat. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan rekreasi kepada masyarakat. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

81

Merehatkan minda KEBAIKAN REKREASI TERHADAP

MASYARAKAT

Memenuhi masa lapang

Menyihatkan badan

Mengeratkan hubungan

kekeluargaan

Page 82: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

KEPENTINGAN REKREASI TERHADAP MASYARAKAT.

Rekreasi sangat penting kepada masyrakat di negara kita. Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk menyediakan kemudahan rekreasi kepada masyarakat. Antara aktiviti rekreasi ialah berkelah, menunggang basikal, berjogging, memancing, mendaki bukit dan berkayak. Aktiviti-aktiviti ini semakin popular dalanm kalangan masyarakat. Masyarakat telah sedar kebaikan rekreasi dan berusaha untuk melakukannya pada masa senggang.

Rekreasi memberikan kebaikan kepada masyarakat kerana dapat menyihatkan badan. Rekreasi yang dilakukan secara berkala sangat penting untuk menyihatkan badan. Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen gaya hidup sihat yang turut menekankan kepentingan aktiviti rekreasi. Sebagai contoh, dengan berjoging dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan seseorang. Berjoging juga dapat meningkatkan metabolisme dan menurunkan berat badan. Jelaslah, berekreasi memberikan kebaikan kepada masyarakat dan menjamin badan yang sihat.

Selain itu, rekreasi juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Aktiviti kekeluargaan seperti berkelah, berkhemah dan memancing ikan ternyata dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam kalangan anggota keluarga. Semangat kerjasama dan tolong-menolong akan menambahkan keseronokan sesebuah keluarga. Seterusnya dapat melahirkan keluarga yang harmoni dan saling memahami. Oleh itu, aktiviti rekreasi sangat baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tambahan pula, rekreasi memberikan kebaikan kerana dapat memenuhi masa lapang. Masa lapang seharusnya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Masa lapang yang diisi dengan aktiviti membaca buku, berkhemah dan bermain badminton dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta kemahiran dalam bidang yang diminati. Aktiviti rekreasi dapat mengelakkan diri seseorang daripada terjebak dengan gejala sosial. Aktiviti yang mencabar seperti mendaki bukit dan mengayuh basikal dapat meningkat ketahanan dan jati diri. Tegasnya, aktiviti rekreasi memberikan kebaikan kerana dapat mengisi masa lapang.

Seterusnya, rekreasi juga dapat merehatkan minda. Ahli masyarakat yang telah penat belajar dan bekerja boleh merehatkan minda dengan berkelah, bermain bola sepak serta berkayak. Program Hari Keluarga yang dianjurkan oleh majikan juga banyak manfaatnya. Pekerja-pekerja yang telah diperah keringatnya dapat melapangkan fikitan

82

Page 83: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

dan merehatkan minda bersama keluarga tersayang. Oleh yang demikian,aktiviti rekreasi sangat baik untuk merehatkan minda.

Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan aktiviti rekreasi. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan perlulah mengadakan lebih banyak tempat rekreasi utnuk menggalakkan rakyat negara kita berkunjung ke sana.Rakyat juga perlu bersama-sama untuk memastikan keindahan tempat rekreasi ini terjaga. Jelaslah, aktiviti rekreasi ini sangat penting kerana dapat memberikan banyak kebaikan kepada negara dan rakyat.

KEPENTINGAN REKREASI TERHADAP MASYARAKAT.

Rekreasi sangat penting kepada masyrakat di negara kita. Kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang banyak untuk menyediakan kemudahan _____________ kepada masyarakat. Antara aktiviti rekreasi ialah berkelah, ______________ basikal, berjogging, memancing, mendaki bukit dan berkayak. Aktiviti-aktiviti ini semakin popular dalanm kalangan masyarakat. Masyarakat telah sedar kebaikan rekreasi dan berusaha untuk melakukannya pada masa ____________.

Rekreasi memberikan kebaikan kepada masyarakat kerana dapat _________________. Rekreasi yang dilakukan secara___________ sangat penting untuk menyihatkan badan. Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen gaya_______________ yang turut menekankan kepentingan aktiviti rekreasi. Sebagai contoh, dengan berjoging dapat membantu melancarkan peredaran darah dalam badan seseorang. Berjoging juga dapat meningkatkan metabolisme dan___________________________. Jelaslah, berekreasi memberikan kebaikan kepada masyarakat dan menjamin____________________.

Selain itu, rekreasi juga dapat mengeratkan ______________________. Aktiviti kekeluargaan seperti berkelah, berkhemah dan memancing ikan ternyata dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Nilai-nilai murni dapat dipupuk dalam kalangan ____________________. Semangat kerjasama dan tolong-menolong akan menambahkan keseronokan sesebuah keluarga. Seterusnya dapat melahirkan keluarga yang harmoni dan saling memahami. Oleh itu, aktiviti rekreasi sangat baik untuk ________________ kekeluargaan.

Tambahan pula, rekreasi memberikan kebaikan kerana dapat_____________________.Masa lapang seharusnya dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti ____________________. Masa lapang yang diisi dengan aktiviti membaca buku, berkhemah dan bermain badminton dapat menambahkan _____________________ serta kemahiran dalam bidang yang diminati. Aktiviti rekreasi dapat mengelakkan diri seseorang daripada terjebak dengan _______________. Aktiviti yang mencabar seperti mendaki bukit dan mengayuh basikal dapat meningkat ketahanan dan _______________________. Tegasnya, aktiviti rekreasi memberikan kebaikan kerana dapat ____________________ masa lapang.

Seterusnya, rekreasi juga dapat __________________ .Ahli masyarakat yang telah penat belajar dan bekerja boleh merehatkan minda dengan berkelah,

83

Page 84: MODUL MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU SPM 2013(1)-lengkap (1).doc

MODUL MENULIS KARANGAN BM SPM (PPMPBM) 2013

_________________ serta berkayak. Program Hari Keluarga yang dianjurkan oleh majikan juga_________________. Pekerja-pekerja yang telah diperah keringatnya dapat melapangkan fikitan dan merehatkan minda bersama keluarga tersayang. Oleh yang demikian,aktiviti rekreasi sangat baik untuk merehatkan minda.

Kesimpulannya, terdapat banyak kebaikan aktiviti rekreasi. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan perlulah mengadakan_________________ tempat rekreasi untuk menggalakkan rakyat negara kita berkunjung ke sana. Rakyat juga perlu bersama-sama untuk memastikan keindahan tempat rekreasi ini ________________. Jelaslah, aktiviti rekreasi ini sangat penting kerana dapat memberikan banyak kebaikan kepada ______________________________.

84