modul ldk.doc

8
MODUL LDK- Selautan Budi Setitis Bakti 2006 Sesi Ta’ruf Masa : 30 minit Objektif : Mengenali dengan lebih dekat identiti antara peserta dalam kumpulan. Pelaksanaan : 1. Fasilitator dikehendaki mengarahkan kepada pelajar dalam kumpulan masing-masing untuk menyediakan satu barang yang dapat mewakili diri mereka. 2. Pastikan bahawa barang yang akan diserahkan kepada fasilitator ini tidak diketahui oleh ahli-ahli dalam kumpulan. 3. Fasilitator dikehendaki mengambil semua barang tersebut dan kemudian memberikan barang-barang tersebut kepada pelajar-pelajar semula. Pastikan bahawa pelajar tidak diberikan barang kepunyaan mereka sendiri. 4. Pelajar akan diminta untuk memberikan tafsiran terhadap barang yang ada ditangan mereka. Perbincangan : 1. Minta setiap pelajar menjelaskan ciri-ciri pemilik barang berdasarkan barang yang berada ditangan mereka. 2. Minta respon daripada pemilik barang tersebut sama ada mereka bersetuju dengan pendapat daripada orang yang mentafsir barang kepunyaan mereka. Kesimpulan : 1. Manusia memiliki kebolehan dan ciri-ciri yang tersendiri yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. 2. Kita sebagai pelajar seharusnya melatih diri untuk menerima kelemahan dalam diri dan dapat menerima pendapat daripada orang lain. 3. Melatih diri berinteraksi dan memberikan idea-idea yang bernas. Trade Mark Masa : 30 minit. 1

Upload: ustazhus

Post on 16-Sep-2015

253 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

MODUL LDK- Selautan Budi Setitis Bakti 2006

MODUL LDK- Selautan Budi Setitis Bakti 2006Sesi TarufMasa : 30 minit

Objektif : Mengenali dengan lebih dekat identiti antara peserta dalam kumpulan.

Pelaksanaan :

1. Fasilitator dikehendaki mengarahkan kepada pelajar dalam kumpulan masing-masing untuk menyediakan satu barang yang dapat mewakili diri mereka.

2. Pastikan bahawa barang yang akan diserahkan kepada fasilitator ini tidak diketahui oleh ahli-ahli dalam kumpulan.

3. Fasilitator dikehendaki mengambil semua barang tersebut dan kemudian memberikan barang-barang tersebut kepada pelajar-pelajar semula. Pastikan bahawa pelajar tidak diberikan barang kepunyaan mereka sendiri.

4. Pelajar akan diminta untuk memberikan tafsiran terhadap barang yang ada ditangan mereka. Perbincangan :

1. Minta setiap pelajar menjelaskan ciri-ciri pemilik barang berdasarkan barang yang berada ditangan mereka.2. Minta respon daripada pemilik barang tersebut sama ada mereka bersetuju dengan pendapat daripada orang yang mentafsir barang kepunyaan mereka.

Kesimpulan :

1. Manusia memiliki kebolehan dan ciri-ciri yang tersendiri yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

2. Kita sebagai pelajar seharusnya melatih diri untuk menerima kelemahan dalam diri dan dapat menerima pendapat daripada orang lain.

3. Melatih diri berinteraksi dan memberikan idea-idea yang bernas.

Trade Mark

Masa : 30 minit.

Objektif : Memecahkan dinding pemisah antara peserta dalam kumpulan dan menekankan keperluan interaksi yang berkesan antara peserta.

Pelaksanaan :

1. Peserta dikehendaki memikirkan satu `trade mark bagi diri mereka.

2. Peserta pertama diminta melakukan `trade mark tersebut sambil menyebut nama mereka.

3. Pelajar seterusnya akan melakukan perbuatan yang sama tetapi dalam masa yang sama perlu melakukan `trade mark pelajar-pelajar sebelumnya.

4. Fasilitator hendaklah memastikan bahawa pelajar dapat mengingat `trade mark semua pelajar dalam kumpulan mereka.Perbincangan :

1. Melatih pelajar untuk membentuk identiti dalam diri masing-masing.

2. Tekankan tentang kepentingan mengenali orang yang berada disekeliling kita.

3. Menekankan perlunya ada interaksi yang baik antara pelajar dalam kumpulan agar perasaan malu yang keterlaluan dapat dikikis.

Rumah Idaman

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas A4

Objektif : Melatih pelajar berinteraksi dan berkomunikasi dengan baik serta memberi idea-idea yang kreatif.Pelaksanaan :

1. Fasi mengarahkan setiap kumpulan untuk melukis sebuah rumah (anggap bahawa mereka adalah dalam sebuah keluarga, mesti ada seorang ketua dan seorang pelukis)

2. Pastikan bahawa rumah yang dilukis memiliki ciri-ciri harmoni dan bersesuaian dengan konsep kekeluargaan.

3. Fasi hanya dibenarkan membantu di peringkat awal.

Perbincangan :

1. Bincangkan sama ada rumah idaman itu bersesuaian dengan kumpulan mereka. Jika ada pertelingkahan pendapat, minta mereka bincangkan semula apa yang perlu diperlukan.

2. Tekankan bahawa segalanya adalah bermula dari rumah. Kaitkan dengan keadaan harmoni, gembira dan semangat kekeluargaan (peranan ibu bapa, abang, kakak dan adik)- bagi pelajar asrama (penyelia, ketua asrama) ia menjadi penentu kepada kejayaan pelajar- kaitkan dengan keselesaan pembelajaran tanpa tekanan.

3. Tekankan bahawa permasalahan yang timbul sebenarnya dapat diatasi sekiranya anggota keluarga dapat berbincang dengan cara yang baik dan bertolak ansur antara satu sama lain-merujuk pelajar-pelajar asrama.

4. Bincangkan juga permasalahan yang dialami tidak seharusnya ditanggung sendiri, sebaliknya terdapat anggota dalam keluarga yang dapat membantu.

Kesimpulan :

Rumah idaman merupakan satu modul yang menekankan keharmonian dalam keluarga supaya ia dapat membentuk persekitaran yang sihat dalam proses pembentukan pelajar yang cemerlang.

Harga sebuah kejayaan

Masa : 1 jam.Objektif :

1. Memberitahu pelajar bahawa untuk mencapai kejayaan perlukan perbelanjaan yang sangat besar.

2. Memberitahu pelajar bahawa ibu bapa mereka bekerja keras untuk menanggung perbelanjaan setiap anak mereka.

3. Pelajar dapat melahirkan secara lisan rasa insaf dengan ibu bapa.

Langkah-langkah :

1. Pelajar dikehendaki menyenaraikan jumlah hari belajar yang sudah dilalui sehingga kini (contoh : setahun = 200 hari).2. Fasi membimbing palajar untuk membuat pengiraan bagi mendapatkan jumlah hari belajar sehingga hari ini.

Skema : 1 tahun = 200 hari 8 tahun = ?

8 tahun x 200 hari = 1600 hari

Jadi, anggarkan perbelanjaan setiap hari ialah RM 5 1600 hari x RM 5 = RM 8000

Untuk yuran, anggarkan RM 200 setiap tahun

8 tahun x RM 200 = RM 1600

Untuk yuran sampingan seperti yuran PMR, SPM dan sebagainya.

Perbincangan :

1. Fasi meminta setiap pelajar menyatakan setiap jumlah perbelanjaan.

2. Meminta pelajar memberi pandangan tentang jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan oleh ibu bapa dari segi : Jumlah

Pengorbanan ibu bapa

Cara ibu bapa mendapatkan duit

Tenaga yang digunakan

Perbandingan dengan perbelanjaan bukan untuk belajar. Barang Kesayangan

Bahan : Kertas A4

Masa : 30 minit

Pelaksanaan :

1. Pelajar akan diberikan sekeping kertas A4 setiap seorang dan diminta untuk mencipta/membuat sesuatu barang /lukisan pada kertas untuk dihadiahkan kepada orang yang tersayang.

2. Fasi seterusnya akan mengambil barang ciptaan/lukisan tersebut daripada pelajar dan merosakkan/mengoyakkan kertas tersebut.

Perbincangan :

1. Minta pelajar nyatakan perasaan mereka masing-masing dalam situasi tersebut.

2. Bawa pelajar berfikir tentang pengorbanan orang lain terhadap diri mereka dan adakah mereka menghargai pengorbanan tersebut.

3. Kaitkan juga bahawa pelajar seharusnya menyayangi diri mereka.

4. Pastikan bahawa Fasi dapat mngawal keadaan.

Kesimpulan :

1. Menghargai dan mensyukuri nikmat Allah di atas kesempurnaan yang telah dikurniakan.

2. Menghargai kasih sayang dan pengorbanan kedua ibu bapa terhadap diri pelajar.

3. Kesedaran tentang perlunya ada perasaan sayang terhadap diri sendiri.

Perompak Mantap

Masa : 30 minit

Bahan : Kertas A4Objekif : Mendedahkan kepada pelajar tentang ciri-ciri kepimpinan yang harus ada pada seorang pemimpin dan kepentingannya dalam aspek kepimpinan.

Pelaksanaan :

1. Fasi akan mengarahkan kepada pelajar-pelajar dalam kumpulan untuk menyenaraikan seberapa banyak yang mungkin tentang ciri-ciri seorang perompak yang berjaya.

2. Setiap pelajar akan diminta oleh fasi untuk membacakan kesemua ciri-ciri perompak yang berjaya yang telah mereka senaraikan.

Perbincangan :

1. Pelajar akan diminta oleh fasi untuk mengubah ciri-ciri perompak berjaya tadi kepada ciri-ciri pemimpin yang berkaliber dan berkarisma.

2. Fasi akan membincangkan kepada pelajar tentang ciri-ciri ini dan kepentingannya kepada seorang pemimpin.3. Seperti perompak, pemimpin juga memerlukan ciri-ciri tertentu untuk membolehkan dia berdiri sebagai seorang pemimpin yang dihormati dan disegani.

Graf Kehidupan

Masa : 30 minit.Bahan : Kertas A4 dan pen.

Objektif : Melatih pelajar bersikap terbuka dan mengikis sifat malu yang keterlaluan.

Pelaksanaan :

1. Peserta diminta melukis graf seperti gambarajah di bawah

2. Peserta diminta bercerita kisah suka dan duka berdasarkan tahun-tahun yang telah dinyatakan.

3. Saling berkongsi cerita, terbuka kepada semua peserta. Hubungkan cara yang telah digunakan tadi untuk merancang masa depan.Perbincangan :

1. Melahirkan sifat keterbukaan peserta dan mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku.

2. Fasi diminta untuk mengawal keadaan.Pengajaran :

1. Kehidupan sentiasa berubah-ubah, ada tika bergembira dan ada tika berduka.

2. Setiap perkara yang baik itu dijadikan teladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan. Raja Lelong (gerak kerja keseluruhan)

Masa : 1 jam 15 minit

Bahan : Kad manila dan pen marker

Objektif : Menguji kreativiti pelajar dalam mencipta sesuatu yang baru dan melatih

pelajar untuk memberikan idea-idea yang bernas serta mewujudkan kerjsama

yang erat dalam kumpulan.

Pelaksanaan :

1. Dalam masa 20 minit setiap kumpulan diminta untuk membentuk sejenis buah yang belum pernah wujud di dunia.

2. Pelajar akan diminta untuk memberikan nama dan harga bagi buah yang telah mereka cipta itu.

3. Pelajar diminta untuk menyenaraikan 5 kelebihan dan 3 keburukan buah yang telah mereka cipta.

Perbincangan :

1. Setiap kumpulan akan diberikan masa selama 5 minit untuk mempromosikan buah ciptaan mereka.

2. Kumpulan lain akan diberi peluang untuk memberikan beberapa soalan kapada kumpulan yang sedang membentangkan hasil kerja mereka. gembira

sedih

10 tahun

PAGE 1