modul-elm3103

26
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN MODUL PENDIDIKAN MORAL ELM 3103 PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILD ING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuatkuasa pada Jun 2011

Upload: angeline-hazel

Post on 15-Apr-2016

38 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

elm

TRANSCRIPT

Page 1: Modul-ELM3103

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN

MODUL PENDIDIKAN MORAL

ELM 3103

PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuatkuasa pada Jun 2011

Page 2: Modul-ELM3103

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran MalaysiaHak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

Page 3: Modul-ELM3103

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

ii

Page 4: Modul-ELM3103

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 : PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI

i vi - vii

1-3

SEKOLAH RENDAH1.0 Sinopsis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk 1.3 Kandungan Isi

Tajuk 2 : PEMBINAAN INSTRUMEN DAN ITEM PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL 2.0 Sinopsis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk 2.3 Kandungan Isi 4-12

Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul

Page 5: Modul-ELM3103

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

vi

Page 6: Modul-ELM3103

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

vii

Page 7: Modul-ELM3103

Pengenalan

Kursus

ELM

3103

Pentaksiran

dan

Pengurusan

Mata

Pelajaran

Pendidikan Moral di Sekolah melibatkan pengetahuan dan kemahiran asas yang perlu untuk menjalankan pentaksiran Pendidikan Moral dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi dua tajuk iaitu Tajuk 1 - Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah (Topik 1 dalam proforma) dan, Tajuk 2 - Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral (Topik 2 dalam proforma). Modul ini juga disertakan latihan sebagai pengukuhan pembelajaran. Terdapat beberapa latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Latihan tersebut merangkumi jenis-jenis intrumen pentaksiran formal dan jenis-jenis instrumen tidak formal. Setiap latihan tersebut dirancang bagi

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Latihan ini harus disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Demi memantapkan lagi pemahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan topik-topik yang dipelajari.

Page 8: Modul-ELM3103

Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan Dan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka Kod & Nama Kursus: ELM 3103 : Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah

AGIHAN TAJUK Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma ) Bil. Tajuk/TopikInteraksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum. Jam

1 2 3 4 5

Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral Isu-isu dalam Pentaksiran Pendidikan Moral Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Tanggungjawab dan peranan guru Pendidikan Moral dalam merealisasikan aspirasi negara JUMLAH

5 15 5 10 10

5 15 5 10 10

30

15

45

Page 9: Modul-ELM3103

TAJUK 1

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH RENDAH

1.0

SINOPSIS

Unit ini membincangkan pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Moral, pembinaan instrumen dan item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral dan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Tajuk pentaksiran Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai jenis pentaksiran. Selain itu, mereka akan juga didedahkan dengan kemahiran membina jadual spesifikasi ujian (JSU) dan item ujian Pendidikan Moral. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina dan mentadbir pentaksiran Pendidikan Moral dengan berkesan. 1.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, pelajar dapat 1. merancang dan membina pelbagai bentuk item pentaksiran Pendidikan Moral 2. berkemahiran membina jadual spesifikasi ujian 3. menjalankan pentaksiran berterusan dengan tepat dan berkesan. 1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah

Pentaksiran secara formal

Pentaksiran secara tidak formal

Jenis-jenis penilaian formal

Jadual Spesifikasi Ujian

Jenis-jenis pentaksiran tidak formal

1

Page 10: Modul-ELM3103

1.3

KANDUNGAN ISI

Tajuk 1 : Pentaksiran Pendidikan Moral di Sekolah Rendah Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses sistematik yang dijalankan dengan tujuan mengumpul maklumat untuk membuat suatu taksiran. Taksiran ini amat berkait dengan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

1.1

Pentaksiran secara formal

1.1.1 Jenis-jenis penilaian formal Pentaksiran secara formal merangkumi pentaksiran formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperoleh tidak digunakan untuk menentukan gred. Pentaksiran sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya untuk menentukan gred atau taraf sijil. Contoh pentaksiran formatif ialah ujian bulanan, lembaran kerja, buku skrap dan sebagainya. Contoh pentaksiran sumatif ialah peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebagainya.

1.1.2 Jadual Spesifikasi Ujian Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. JSU merupakan jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungannya. JSU merupakan rancangan persediaan item / soalan dan dikenali juga sebagai â�� Test Blue Printâ�� dan â��test Specificationâ��. JSU merupakanng terdiri daripada 2 paksi yakni paksi â��kandunganâ�� (menegak) dan paksi â��Aras kemahiranâang).

2

Page 11: Modul-ELM3103

Kepentingan JSU 1. Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi. 2. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran 3. Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian. 4. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain. 5. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun. 6. Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Rehat

1.2

Pentaksiran secara tidak formal

Matlamat utama pentaksiran tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh tentang profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Pentaksiran ini tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar. Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan pentaksiran tidak formal iaitu: i. ii. iii. iv. v. Pemerhatian Senarai semak Rekod Anekdot Hasil kerja pelajar Temu bual

3

Page 12: Modul-ELM3103

TAJUK 2

Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

2.0

SINOPSIS

Unit ini membincangkan pembinaan instrumen dan item pentaksiran dalam Pendidikan Moral. Tajuk pembinaan instrumen dan item pentaksiran dalam Pendidikan Moral memberikan kemahiran kepada pelajar mengetahui pelbagai jenis instrumen pentaksiran formal dan jenis-jenis instrumen pentaksiran tidak formal. Pengetahuan ini penting supaya pelajar mahir dalam merancang, membina instrumen dan item pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dengan berkesan.

2.1

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, pelajar dapat 1. merancang dan membina pelbagai bentuk instrumen dan item pentaksiran Pendidikan Moral 2. berkemahiran membina jenis-jenis instrumen pentaksiran formal dan tidak formal 3. menjalankan pentaksiran berterusan dengan tepat dan berkesan. 2.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pembinaan instrumen dan item pentaksiran dalam Pendidikan Moral

Jenis-jenis instrumen pentaksiran formal

Jenis-jenis instrumen pentaksiran tidak formal

Objektif

Subjektif

Pemerhatian

Temu bual

Hasil kerja murid

Senarai semak

Rekod Anekdot

4

Page 13: Modul-ELM3103

2.3

KANDUNGAN ISI Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral

Tajuk 2 :

2.0

Pendahuluan

Penilaian dalam Pendidikan Moral lazimnya dijalankan dalam dua bentuk iaitu secara formal dan tidak formal. Penilaian dalam bentuk formal dijalankan melalui penilaian yang berbentuk ujian pensil kertas. Penilaian formal boleh berbentuk objektif dan subjektif.

2.1

Jenis-jenis instrumen pentaksiran fomal

Terdapat dua jenis instrumen pentaksiran formal iaitu Objektif dan Subjektif. Soalan objektif dan subjektif boleh dibentuk mengikut aras-aras kognitif yang berbeza iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Dua jenis soalan ini boleh membekalkan maklumat yang berguna tentang prestasi pelajar. Setiap jenis ujian mempunyai kebaikan dan kelemahannya tersendiri. Umumnya

kedua-dua jenis soalan ini adalah untuk mengukur pencapaian dan prestasi pelajar di alam persekolahan mereka.

Contoh item-item ujian soalan objektif adalah seperti berikut:-

1. Contoh soalan objektif (Jawapan terbaik) Bayangkan anda ialah seorang pustakawan sekolah. Semasa menjalankan tugas, anda mendapati bahawa dua orang rakan anda sedang berbual dengan suara yang tinggi. Apakah tindakan anda?A. B. C. D.

Memarahi mereka Menasihati mereka Tidak mempedulikan mereka Menghalau mereka keluar dari perpustakaan

5

Page 14: Modul-ELM3103

2. Contoh soalan objektif (Cantuman) Antara tindakan yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap menyayangi alam sekitar I II III IV V Menebang pokok sesuka hati Membuang sampah ke dalam sungai Menanam pokok bunga di kawasan lapang Mengumpulkan surat khabar untuk kitar semula Menderma baju lama ke rumah anak yatim

A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. II, III dan IV sahaja D. III,IV dan V sahaja

3. Contoh soalan objektif (Positif / negatif) Kalau kita memecahkan pasu bunga jiran dengan tidak sengaja, kita harus melakukan perkara-perkara yang berikut kecualiA. Membayar ganti rugi kepada jiran B. Melarikan diri dari tempat kejadian C. Menggantikan pasu bunga yang baru D. Mengaku kesalahan dan meminta maaf daripada jiran

4. Contoh soalan betul / Salaha) Apabila Sabri marah, dia memukul adiknya. b) Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan

( (

) )

5. Contoh Soalan Subjektif (Lengkapkan ayat) Peperiksaan akhir hampir menjelang, anda harus ___________

6. Contoh Soalan Subjektif (Jawapan pendek) a) Huraikan 3 cara menyayangi alam sekitar. ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

6

Page 15: Modul-ELM3103

b) Manjit bermain bola keranjang ketika hujan lebat. Pakaiannya menjadi basah dan kotor. Apabila sampai di rumah , Manjit terus makan kerana letih dan lapar. Nyatakan 3 tindakan yang patut diambil oleh Manjit jika dia mengamalkan nilai kebersihan diri. ___________________________________________________________ ___________________________________________________________ ___________________________________________________________

Latihan

Cuba uji pemahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut

Soalan 1 Bina lima soalan aneka pilihan yang berbeza aras kesukarannya. Setiap satu mengandungi empat pilihan jawapan. Soalan-soalan

hendaklah berkaitan dengan satu bidang pembelajaran dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah.

Soalan 2 Sediakan 4 soalan subjek Pendidikan Moral untuk Tahun 4

Rumusan:1. Ujian objektif memerlukan pelajar memberikan respons yang pendek atau

dipilih daripada beberapa pilihan jawapan. Contoh ujian objektif ialah ujian aneka pilihan, salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan jawapan.2. Ujian subjektif terdiri daripada soalan yang memerlukan pelajar memberikan

respons secara bertulis.

7

Page 16: Modul-ELM3103

Membuat Nota

Layari Internet

Rujukan Ee Ah Meng (1994) Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2.2

Jenis-jenis instrumen pentaksiran tidak formal

i)

Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ialah kaedah pengumpulan maklumat, yang kemudian dijadikan ukuran, secara memerhati dan merekod apa yang dilakukan oleh seseorang dan orang-orang lain yang berkenaan serta keadaan di sekelilingnya. Kaedah pemerhatian ini boleh dibahagikan

kepada dua bentuk, iaitu pemerhatian tidak-sistematik dan pemerhatian sistematik.

Rajah: Kaedah pemerhatian Pemerhatian tidak sistematik merujuk kepada pemerhatian secara rawak atau terbuka, iaitu yang tidak ditumpukan kepada tingkah laku tertentu. Kaedah ini biasanya tidak boleh diulang dan maklumat yang diperoleh boleh dijadikan panduan untuk pemerhatian sistematik. Bagi pemerhatian sistematik, pemerhati terlebih dahulu menetapkan

8

Page 17: Modul-ELM3103

tingkah laku yang ingin diperhati sebelum membuat pemerhatian. Pemerhati kemudiannya akan mengira kekerapan dan lama sesuatu tingkah laku itu berlaku. Kaedah pemerhatian mempunyai batasan tersendiri, seperti pentaksiran terhadap tingkah laku mungkin tidak tepat, pemerhatian memerlukan masa yang panjang dan wujud kesan pemerhatian itu sendiri kepada orang yang diperhatikan (expectancy). Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direka bentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.

ii) Senarai semak Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan oleh murid-murid. Sampel senarai semak tingkah laku pelajar adalah seperti yang berikut :Contoh Senarai Semak Tingkah Laku Pelajar Nama : _____________________ Kelas: _________ Tempoh : _________ PEMERHATIAN (YA) (TIDAK)

BIL TINGKAH LAKU1 2 3 4 5 6 7 8

Menjaga . kebersihan diri, bilik darjah dan kawasan Menghormati . rakan, guru dan kakitangan lain di sekolah sekolah Mematuhi . arahan, peraturan dan undang-undang ssesekolah Bersopan . santun Memberi . kerjasama kepada rakan dan guru Selalu . bersikap adil Menepati . masa Menghabiskan . tugasan yang diberikan Jumlah skor

9

Page 18: Modul-ELM3103

iii) Rekod Anekdot Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya

merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin. Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif. Kemudian guru harus membuat pentaksiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan. Berikut adalah satu contoh rekod anekdot :-

REKOD ANEKDOT Nama Pelajar : __________________________ Tarikh 9.7.04 3.8.11 23.8.04 2.9. 04 3.9. 04 Jenis Perlakuan Bergaduh di dalam kelas Berbual-bual di dalam kelas Tidak memakai lencana sekolah Merosakkan meja di dalam kelas Meniru semasa ujian Pmatematik Tandatangan Guru Tahun : Komen

iv) Hasil Kerja Pelajar Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspek�aspek yang boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam

menghasilkan kerja. v) Temu bual Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Muridmurid diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa menjalankan temu bual, guru

10

Page 19: Modul-ELM3103

mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsang pelajar berfikir secara kritis dan membuat

pertimbangan moral.

Latihan

Latihan di bawah bertujuan menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.

Soalan 1 Anda telahpun faham tentang penilaian formatif dan penilaian sumatif. Tuliskan perbezaan di antara kedua-dua penilaian ini mengikut jadual yang diberikan.

Soalan 2 Bandingkan pentaksiran formal dan tidak formal berasaskan aspek-aspek yang berikut:PERBANDINGAN PENILAIAN FORMAL PENILAIAN TIDAK FORMAL

Fungsi

Kelebihan

Rumusan Pentaksiran merupakan satu proses sistematik untuk mengumpul maklumat yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran ialah proses yang menggunakan data kualititif dan data kuantititif untuk membuat taksiran tersebut. Pentaksiran biasanya

11

Page 20: Modul-ELM3103

dianggap sebagai suatu proses pengujian yang formal dan biasanya menimbulkan tekanan dan ketegangan dalam kalangan pelajar.

Bahan Bacaan

Bacaan Asas: Ee Ah Meng, (1994) Pendidikan Moral (Elektif), Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rujukan: Abd. Rahman Md. Aroff (1999) Pendidikan moral :Teori, Etika dan Amalan Moral, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

12

Page 21: Modul-ELM3103

Buku Rujukan

Abdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral teori etika dan amalan Moral, Serdang: Penerbit UPM. Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional cknowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Carter, M. (2002). Professional ethics in teaching: the training and development challenge. Retrived on 23-6-04 from http://www. Schools.nsw.edu.au/edu_leadership/prof_read/ethics/ carter.php Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall. Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction . US: Allyn and Bacon. Mackinnon, P. (1995). Ethics: theory and contemporary issues. USA: Wadsworth Publishing Company. Pojman, L. P. (1998). Ethics Discovering right and wrong (3 ed). USA: Wadsworth Publishing Company. Ryan, K. & Bohlin, K.E. (1999). Building character in schools. CA: JosseyBass. Thiroux, J.P. (2001). Ethics: theory and practice. (7th. ed). New Jersey: Prentice Hall. Tam Yeow Kwai. (2005). Pendidikan Moral Konsep & Pedagogi untuk Pelajar KPLI LPBS & PISMP. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

13

Page 22: Modul-ELM3103

BIBLIOGRAFIAbdul Rahman Md.Aroff. (1999). Pendidikan moral : teori etika dan amalan moral, Serdang: Penerbit UPM. Abdul Rahman Md.Aroff. & Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn Bhd. Bahagian Pendidikan Guru (2003). Education studies professional knowledge and skills Modules 1/3 . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Ee Ah Meng (1994). Pendidikan Moral (Elektif) Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Eow, Boon Hin. (2002). Moral Education.Petaling Jaya: Longman.Hinman, L.M. (2000). Contemporary moral issues: diversity and consensus. (2nd. Ed.) New Jersey: Prentice Hall.

Kurtins, W. M. and Gewirtz, J.L. (1995). Moral development: an introduction . US: Allyn and Bacon. Tam Yeow Kwai. (2005). Pendidikan Moral Konsep & Pedagogi untuk Pelajar KPLI LPBS & PISMP. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Page 23: Modul-ELM3103

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN MORAL PENDIDIKAN RENDAH)NAMA PENYELARAS (JAWATAN) (EMEL) (PENGALAMAN KERJA) (KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL KELAYAKAN

PENGERUSI (JAWATAN) (EMEL)

(KELULUSAN) PHD/SARJANA/SARJANA MUDA/DIPLOMA/SIJIL

(PENGALAMAN KERJA)

EN GEORGE ANAK BERUNDANG IPG KAMPUS RAJANG 96509 BINTANGOR [email protected]

B. Ed. (Hons) Biologi dan Matematik (USM) Dip. Sc. Edu. Matematik (UPM)

Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 2 tahun

TEO LIONG CHAW IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA [email protected]

B.A. (Hons) Geografi & Pengajian Melayu (UM) Sarjana Pendidikan (UTM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 1 tahun

M. ASRAR SIDON IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT, JOHOR [email protected]

B.A. (Hons) Pengajian Islam (UKM) Sarjana Pengajian Islam (UKM) Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 7 tahun Jurulatih Utama Pendidikan Moral Negeri Sabah

Page 24: Modul-ELM3103

NAMA MUSTAFFAR BIN AHMAD IPG KAMPUS BATU LINTANG, JLN KOLEJ, KUCHING, SARAWAK [email protected]

KELAYAKAN B.Ed. (Hons) Pengajian Bahasa Melayu bahasa Pertama (UPM)

Pengalaman Mengajar Pendidikan Moral : 5 tahun

MOHD. DZULKIFLI BIN A. JALIL IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN KM 7.75 JALAN KLUANG 83009 BATU, PAHAT, JOHOR [email protected]

Sarjana Pendidikan (Multimedia) � UTM Sarjana Muda Sains (Bio/Eko) � USM Sijil Perguruan MPP Pulau Pinang Kepakaran IPG � Pendidikan Moral Pengalaman Mengajar Pend. Moral: 7 tahun

Page 25: Modul-ELM3103

IKONRehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Page 26: Modul-ELM3103