modul drama bendahara tepok

23
ASPEK-ASPEK KAJIAN TEKS DRAMA ‘BENDAHARA TEPOK’ (SHAHAROM HUSAIN) 01. PEMIKIRAN Drama ini mengutarakan pemikiran tentang semangat perjuangan rakyat Melaka menentang Portugis yang mahu menakluki Melaka. Semangat Bendahara Tepok yang sentiasa tinggi untuk melawan musuh biarpun mempunyai fizikal yang kurang upaya menyerlahkan ketinggian semangat perjuangan rakyat Melaka dalam mempertahankan watan daripada ancaman musuh. 02. PERSOALAN 1. Ketidakadilan dan kezaliman dalam pemerintahan. Ketidakadilan dalam pemerintahan memberikan kesan yang mendalam dalam pembinaan masyarakat yang berjaya dalam sesebuah negara. Contohnya, Sultan Mahmud yang membuat keputusan yang zalim hingga ramai orang besar terkorban. 2. Kemungkaran mampu mendatangkan masalah kepada negara. Kemungkaran seperti pecah amanah, zalim, aniaya, hasad dengki dan lain-lain mengakibatkan kemungkaran dalam masyarakat di Melaka telah menghancurkan masyakarat itu sendiri. Contohnya, Sultan Mahmud begitu zalim sehingga menghukum bunuh Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa. 3. Kekurangan nilai perpaduan dalam masyarakat. Perpaduan yang dibentuk dengan betul mampu membentuk masyakarat yang kuat dan kukuh. Contoh, kekurangan nilai perpaduan dalam kalangan rakyat Melaka telah mengakibatkan Portugis mampu menawan Melaka dengan mudah. 1

Upload: jaklin-empol

Post on 30-Nov-2015

205 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Drama Bendahara Tepok

ASPEK-ASPEK KAJIAN TEKS DRAMA ‘BENDAHARA TEPOK’

(SHAHAROM HUSAIN)

01. PEMIKIRAN

Drama ini mengutarakan pemikiran tentang semangat perjuangan rakyat Melaka menentang Portugis yang mahu menakluki Melaka. Semangat Bendahara Tepok yang sentiasa tinggi untuk melawan musuh biarpun mempunyai fizikal yang kurang upaya menyerlahkan ketinggian semangat perjuangan rakyat Melaka dalam mempertahankan watan daripada ancaman musuh.

02. PERSOALAN

1. Ketidakadilan dan kezaliman dalam pemerintahan.

Ketidakadilan dalam pemerintahan memberikan kesan yang mendalam dalam pembinaan masyarakat yang berjaya dalam sesebuah negara.

Contohnya, Sultan Mahmud yang membuat keputusan yang zalim hingga ramai orang besar terkorban.

2. Kemungkaran mampu mendatangkan masalah kepada negara.

Kemungkaran seperti pecah amanah, zalim, aniaya, hasad dengki dan lain-lain mengakibatkan kemungkaran dalam masyarakat di Melaka telah menghancurkan masyakarat itu sendiri.

Contohnya, Sultan Mahmud begitu zalim sehingga menghukum bunuh Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.

3. Kekurangan nilai perpaduan dalam masyarakat.

Perpaduan yang dibentuk dengan betul mampu membentuk masyakarat yang kuat dan kukuh.

Contoh, kekurangan nilai perpaduan dalam kalangan rakyat Melaka telah mengakibatkan Portugis mampu menawan Melaka dengan mudah.

4. Semangat juang yang tinggi untuk menewaskan musuh.

Perjuangan dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman pihak musuh.

Contoh, ketinggian semangat juang Bendahara Tepok untuk terus berjuang mempertahankan Melaka daripada ancaman musuh harus dicontohi oleh masyarakat hari ini.

1

Page 2: Modul Drama Bendahara Tepok

03. WATAK PERWATAKAN

Watak Utama

Watak Sampingan

2

BENDAHARA TEPOKBENDAHARA TEPOK

Merupakan Bendahara Melaka pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud.

Nama “Tepok” diperoleh kerana Datuk Bendahara menghidap sakit tepok atau sakit lumpuh.

Datuk Bendahara sangat sayangkan negeri Melaka dan tidak ingin Melaka dijajah oleh Feringgi.

Seorang yang berani dalam berjuang sehingga sampai mati.

Mempunyai semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan negeri Melaka.

Seorang yang penuh dengan kasih sayang terutamanya kepada negeri Melaka.

HANG KADI

M

Seorang hulubalang Melaka yang gagah berani.

Bersemangat nasionalisme dan patriotisme yang tinggi

Seorang yang penyabar. Seorang yang bijaksana

Page 3: Modul Drama Bendahara Tepok

3

SERI NARA

Seorang hulubalang Melaka yang berani. Keberaniannya terserlah apabila dia sanggup berjuang berseorangan menentang Feringgi

Bersemangat nasionalisme dan patriotisme yang tinggi

Seorang yang berani bercakap benar walaupun terhadap sultan. Dia berani mengkritik sultan tentang cara pemerintahan negeri yang tidak adil.

Seorang yang bijaksana

SULTAN MAHMU

D

1. Menjadi Sultan Melaka semasa kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi.

2. Seorang sultan yang zalim.Contoh telah membunuh ramai orang termasuklah Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan ramai lagi.

3. Seorang sultan yang mementingkan diri sendiri dan angkuh.Contoh beliau marah dan cuba mempamerkan keangkuhannya dengan menyatakan bahawa beliau mempunyai ramai hulubalang dan ramai rakyat walaupun pada ketika itu rakyat begitu menderita akibat diserang Portugis apabila Feringgi mencari baginda.

Page 4: Modul Drama Bendahara Tepok

04. PLOT

4.1 Struktur Plot

PermulaanHang Kadim telah tercedera kerana diserang oleh Portugis. Hang Kadim dan Seri Nara telah berundur ke Ulu Muar dan bertemu dengan Raja Sulaiman. Pasukan Raja Sulaiman yang bertahan di jambatan Sungai Melaka telah ramai yang terkorban yang terkorban dan Kota Melaka telah dapat dimasuki oleh musuh.

PerkembanganSultan Ahmad dapat meloloskan diri daripada kepungan musuh. Sultan Ahmad telah meminta Raja Sulaiman mengikutinya untuk berkubu dan membuat kota di Bentayan, Kuala Muar. Hang Kadim dan Seri Nara bertahan dan angkatan Sultan Mahmud serta permaisuri Sultan sampai di sana.

Puncak/ KlimaksRamai hulubalang terbunuh dan istana telah dibakar oleh askar Feringgi. Sultan Mahmud meminta semua rakyat taat kepada Sultan Ahmad yang akan mengantikannya. Sultan Mahmud bergerak ke Pagoh kerana askar-askar Feringgi sedang mencari Sultan Mahmud.

PenurunanDatuk Bendahara Tepok berasa sangat marah dengan tindakan Selamat Gagah yang membawanya berundur dari medan perang di Melaka. Datuk Bendahara Tepok dengan semangat perjuangan mahu dihantar balik ke Melaka keran mahu membunuh askar-askar Portugis. Datuk Bendahara Tepok mahu mati mempertahankan Melaka.

PeleraianKhoja Ahmad telah menasihati ayahnya, iaitu Datuk Bendahara Tepok agar berundur dan mengikuti nasihat sultan untuk berundur ke Pagoh. Keruntuhan Melaka menjadi pengajaran kepada masyarakat Melayu Melaka.

4.2. Teknik Plot

a. Teknik PemerianPenulis menceritakan secara langsung.

Contoh: SULTAN AHMAD masuk dengan gopoh gapah cemas dengan pakaian berpalitan darah. Sekaliannya terkejut cemas dan terus duduk mengangkat sembah dan serempak berkata, “Daulat Tuanku”. (m/s 171)

4

Page 5: Modul Drama Bendahara Tepok

b. Teknik Dialog.Pada keseluruhan drama ini ianya menggunakan teknik dialog. Kebanyakkan watak berdialog antara satu sama lain.

Contoh: Hang Kadim : Apa kata kau tadi, Nara? Raja adil harus dijunjung? Seri Nara : Ya, raja adil dijunjung, rakyat taat dan setia. (m/s 176)

c. Teknik Imbas Kembali.Mengingat kembali peristiwa yang telah berlaku.

Contoh: ... Lepas kita berjuang di tepi pantai, anakanda terpaksa berundur berpisah daripada ayahanda. Anakanda diserang oleh tiga empat orang askar Feringgi. Kesemuanya dapat ditewaskan...

5.0. LATAR MASA

a: Mengambil masa yang singkat dan tidak sampai satu hari.

Secara keseluruhannya drama ini mengambil masa yang singkat dan tidak sampai satu hari. Pengarang juga tidak ada menyatakan masa yang jelas seperti pada waktu senja dan malam.

b: Pada zaman silam.

Drama ini adalah pada masa zaman silam yang melibatkan pemerintahan Melayu Melaka, iaitu di bawah pemerintahan Sultan Mahmud sebagai sultan Melaka pada tahun 1511.

6.0. LATAR TEMPAT

a: Latar Tempat Melaka.

Secara keseluruhannya latar tempat drama ini adalah di sekitar Melaka.Contoh: Bertam, Ulu Melaka yang merupakan tempat ramai perempuan berundur mengikut Penghulu Bendahari dan Datuk Temenggung sebai tempat berkubu.

b: Di dalam hutan.

Latar tempat di dalam hutan jelas kelihatan.Contoh: terdapatnya sebatang sungai dan sekitarnya hutan tebal dan berbatu-batu.

c: Kota Melaka.

Contoh: Semua hulubalang dan rakyat jelata bergadai nyawa semata-sema untuk mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Portugis dan Feringgi.,

5

Page 6: Modul Drama Bendahara Tepok

d: Ulu Muar

Contoh: Merupakan tempat Seri Nara berundur.

e: Jambatan Sungai Melaka

Contoh: Merupakan tempat yang ramai rakyat dan hulubalang serta musuh Kota Melaka terkorban.

f: Bentayan dan Pagoh.

Contoh: Merupakan tempat yang dipertahankan oleh Seri Nara, Hang Kadim dan rakyat jelata Melaka yang masih hidup setelah hampir keseluruhan Kota Melaka ditawan oleh musuh.

7.0. LATAR MASYARAKAT

a: Masyarakat yang patuh dan setia kepada sultan.

Contoh: Seri Nara dan Hang Nadim menjadi lambing masyarakat yang taat kepada perintah Sultan.

b: Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Contoh: Datuk Bendahara Tepok mempunyai semangat juang yang tinggi untuk melawan musuh Kota Melaka walaupun fizikalnya tidak sempurna.

c: Masyarakat yang mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi.

Contoh: Hang Kadim dan Seri Nara memperlihatkan masyarakat yang mempunyai nilai tanggungjawab yang tinggi apabila berjuang untuk mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis.

d: Masyarakat yang tidak adil dan kejam.

Contoh: Sultan Mahmud mewakili lambing masyarakat yang kejam dan tidak adil dengan melakukan kezaliman sewaktu pemerintahannya.

8.0. NILAI

a: Nilai Bertanggungjawab.Nilai tanggungjawab untuk mempertahankan Negara daripada serangan musuh

6

Page 7: Modul Drama Bendahara Tepok

Contoh: Terlihat dengan jelas pada watak Datuk Bendahara Tepok yang tidak mahu Melaka runtuh dan jatuh ke tangan musuh.

b: Nilai keberanian.Berani menentang musuh walaupun serba kekurangan

Contoh: Keberaniaan Datuk Bendahara Tepok harus dicontohi walaupun keadaan fizikalnya tidak berupaya, namun semangat juangnya begitu tinggi untuk melawan musuh.

c: Kesetiaan.Kesetiaan golongan rakyat kepada sultan.

Contoh: Kesetiaan kepada sultan jelas terlihat pada watak Seri Nara dan Hang Kadim walaupun Sultan Mahmud telah banyak melakukan ketidakadilan dan kekejaman sewaktu pemerintannya.

9.0. PENGAJARAN

1.Kita hendaklah adil dan saksama dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Janganlah kita seperti Sultah Mahmud yang mementingkan diri sendiri sehingga membunuh orang yang tidak bersalah.

Contoh: Sultan Mahmud telah membunuh ramai orang semata-mata untuk kepentingan diri sendiri antaranya Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan ramai lagi.

2. Kita hendaklah sentiasa mempunyai nilai bertangungjawab untuk mempertahankan negara daripada serangan musuh.

Contoh: Datuk Bendahara Tepok harus dicontohi kerana mempunyai nilai tangungjawab yang tinggi untuk mempertahankan Kota Melaka walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna.

3. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama dan menjauhi segala perkara yang mendorong ke arah kemungkaran.

Contoh: Contohnya Sultan Mahmud yang tidak adil dalam mentadbir Kota Melaka kerana kurang berpegang teguh dengan ajaran agama.

4. Kita haruslah berani berjuang untuk mempertahankan Negara daripada segala bentuk ancaman musuh yang mahu menghancurkan Negara kita.

Contoh: Hang Kadim mempunyai semangat juang yang tinggi untuk mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis.

7

Page 8: Modul Drama Bendahara Tepok

10.0. GAYA BAHASA

a: Ayat seru.Terdapat banyak penggunaan ayat seru dalam drama ini. Contohnya:

BENDAHARA: Cis, baculnya kau!(Halaman 181)

b: Repetisi.Repetisi ialah pengulangan kata-kata dalam ayat. Pengulangan kata dalam ayat yang digunakan oleh pengarang dapat dilihat seperti contoh yang berikut:

BENDAHARA: Lekas tandu aku bawa balik ke Melaka, langgar aku kepada Feringgi.(Halaman 180)

c:Anafora Anafora ialah pengulangan perkataan atau ungkapan pada awal baris. Pengarang juga menggunakan kata di awal baris.Contohnya:

HANG KADIM: Kalau benar, kesal kita, benarkan orang tua berjuang terus. Kalau Melaka ada tiga orang macam Datuk Bendahara, Kota Melaka takkan runtuh diserang Portugis

(Halaman 178)

d: InversiInversi ialah keterbalikan susunan kata dalam ayat. Contohnya:

SERI NARA: Tentu kesal, kerana kezaliman baginda membunuh, ramai orang besar terkorban.

e: SinkopeSinkope ialah penyingkiran perkataan seperti tak (tidak), bu (ibu), dan mau (mahu). Terdapat unsure penyingkiran kata yang dilakukan oleh pengarang secara meluas dalam drama ini. Antaranya ialah:

BENDAHARA: Agaknya, anakku, Tun Khoja Ahmad.(Halaman 181)

f: Peribahasa.Peribahasa ialah ungkapan ringkas yang terdiri daripada kata-kata yang mempunyai pengertian tertentu. Peribahasa biasanya mengandungi pengajaran, prinsip, prinsip hidup, tatasusila dan teladan, termasuklah perumpamaan, bidalan, simpulan bahasa dan kiasan. Contohnya:

SERI NARA: Ya, semua berundur, nasi dah jadi bubur.(Halaman 171)

8

Page 9: Modul Drama Bendahara Tepok

11.0. SUDUT PANDANGAN

Drama ini menggunakan sudut pandangan orang ketiga serba tahu. Penulis sebagai pencerita dapat mengetahui segala perkembangan watak-watak secara zahir dan batin.

Contohnya: Ungkapan sudut pandangan orang ketiga adalah seperti berikut:

SERI NARA dan HANG KADIM terdiam sambil berjalan-jalan memandang-mandang keluar dengan cemas dan bimbang...

(Halaman 172)

9

Page 10: Modul Drama Bendahara Tepok

SOALAN STRUKTURBAHAGIAN 1

DRAMA BENDAHARA TEPOK KARYA SHAHAROM HUSAIN

01. Lengkapkan petikan di bawah.

02. Nyatakan persoalan berdasarkan dialog – dialog di bawah ini.

i.

ii.

10

Drama Bendahara Tepok telah menyerlahkan pemikiran tentang semangat (i)_____________ rakyat (ii)_________ menentang (iii) ___________ yang mahu menakluk Melaka. Semangat Bendahara (iv) _____________ yang sentiasa tinggi untuk melawan (v) __________ biarpun mempunyai fizikal yang kurang (vi) ________________ menyerlahkan ketinggian (vii) _________ perjuangan rakyat (viii) _________ dalam mempertahankan (ix) __________ daripada ancaman musuh.

Pemikiran

Sultan Ahmad : Tidak luka, nenda Tengku! Ini darah musuh – musuh cucunda hapuskan. Alang – alang mandi biar basah.

Seri Nara : Betul kata kau, Kadim, tapi bagaimana pula untung nasib Datuk Bendahara yang terlalu uzur dan tepok itu?Kita juga patut mencarinya….

Page 11: Modul Drama Bendahara Tepok

03. Berdasarkan drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain, nyatakan perhubungan watak di bawah

dengan Sultan Mahmud Syah.

a) Raja Sulaiman : ___________________________________

b) Sultan Ahmad : ___________________________________

04. Berdasarkan drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain, nyatakan satu kelebihan atau

keistimewaan yang terdapat dalam watak Bendahara Tepok berbanding dengan watak yang lain.

a) _______________________________________

b) _______________________________________

05.

Nyatakan dua citra masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas.

i) ____________________________________________________

ii) ____________________________________________________

06

Berdasarkan dialog di atas, nyatakan dua latar masa yang disebutkan.

11

SULTAN MAHMUD : Bagus, terima kasih. Sultan Ahmad ganti beta, semua orang mesti taat

setia kepadanya, ikutlah perintahnya. Di Muar tempat kita bertahan, kita mesti tentang dan

bertahan, lawan serangan Peringgi.

(Dipetik daripada drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain, m/s 174)

1. RAJA SULAIMAN : Bila kau berundur ke Ulu Muar ini?

SERI NARA : Pagi-pagi semalam. Sepanjang malam meredah hutan rimba

berlindung di sini.

RAJA SULAIMAN : Kau luka, Hang Kadim? (Datang rapat memegang balutan luka di

tangan HANG KADIM. HANG KADIM tersandar keletihan.) Nasibku

baik, dapat melepaskan diri. Kalau tidak, mati aku bersama pasukan

hulubalang kita.

(Dipetik daripada drama Bendahara Tepok karya Shaharom Husain, m/s 170)

Page 12: Modul Drama Bendahara Tepok

i) ____________________________________

ii) ____________________________________

07. Lengkapkan jadual di bawah dengan nilai yang sesuai berdasarkan petikan.

Petikan Nilai

a. RAJA SULAIMAN: Di jambatan Sungai Melaka. Pasukan kita dan

pasukan musuh sama-sama banyak terkorban, Kota Melaka dapat

dipanjat dan dimasuki musuh.

b. SULTAN AHMAD: Terima kasih. Aku cemas...aku cemas, bersyukur

kepada Allah...aku dapat meloloskan diri daripada kepungan musuh.

c. SULTAN AHMAD: Tidak luka, nenda Tengku! Ini darah musuh-musuh

yang dapat cucunda hapuskan. Alang-alang mandi biar basah.

d. SERI NARA: Tidak, tidak, hulubalang. Selagi kita semua masih hidup,

tuanku takkan ditawan dan dibunuh! Kita masih taat dan setia, masih

terus berbakti kepada raja

08. Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut.

a. Senaraikan empat nilai yang terdapat dalam petikan di atas.

i. _______________________________________

ii. ________________________________________

iii. _________________________________________

12

BENDAHARA: Lekas bawa balik aku ke Melaka, lekas langgarkan... langgarkan aku kepada

musuh.

(BENDAHARA cuba meronta-ronta dengan dipegang oleh SELAMAT GAGAH).

Lekas tandu aku, Selamat. Mari kita berjuang, kita tak boleh sabar, lekas bawa

balik aku ke Melaka, kita mesti serang balas dan tewaskan musuh-musuh itu.

KHOJA AHMAD: Tidak, ayah. Sabar dulu, ayah. Bersatu dulu, kuatkan pertahanan kita dulu.

BENDAHARA : Tidak...kita mesti berjihad...perang kerana watan, bangsa dan agama. Masjid,

madrasah dan makam-makam dibinasakan, kita dihina.

Page 13: Modul Drama Bendahara Tepok

iv. _________________________________________

b. Nyatakan empat pengajaran yang dapat dikaitkan dengan nilai tersebut?

i. ___________________________________________

ii. ___________________________________________

iii. ____________________________________________

iv. ____________________________________________

09. Lengkapkan jadual dengan gaya bahasa yang sesuai

PETIKAN GAYA BAHASA

i. SULTAN AHMAD : Syukur, cucunda tuanku …

cucunda luka?

ii. RAJA SULAIMAN : Tidak luka, nenda Tengku! Ini

darah musuh-musuh yang dapat cucunda hapuskan.

Alang-alang mandi biar basah.

iii. HULUBALANG : Sebab askar-askar Feringgi cari

tuanku, nak ditawan naik ke kapalnya di laut.

iv. BENDAHARA : Aku tidak … tidak berundur … aku

tidak lari …

13

Page 14: Modul Drama Bendahara Tepok

SOALAN ESEIBAHAGIAN 2

DRAMA BENDAHARA TEPOK KARYA SHAHAROM HUSAIN

01. Huraikan empat persoalan yang terdapat dalam drama “Bendahara Tepok” karya Shaharom

Husain.

02. Bincangkan perwatakan watak utama dalam drama “Bendahara Tepok” karya Shaharom Husain.

03. Huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam drama.

14

Page 15: Modul Drama Bendahara Tepok

SKEMA JAWAPANBAHAGIAN 1

JAWAPAN STRUKTUR: DRAMA BENDAHARA TEPOK KARYA SHAHAROM HUSAIN

JAWAPAN 01.

. i) perjuangan ii) Melaka iii) Portugis iv) Tepok v) musuh vi) upaya vii) semangat viii) Melaka ix) negara

JAWAPAN 02.

. i Semangat juang untuk menentang musuh dengan bermati - matian

ii.Perihatin terhadap kebajikan golongan yang uzur dan tua.

JAWAPAN 03.

a. Raja Sulaiman - Bapa saudara/ Ayahanda saudara

b. Sultan Ahmad – Raja Muda/ Anakanda Sultan Mahmud

JAWAPAN 04.

i. Mempunyai semangat patriotism yang tinggi untuk mempertahankan Melaka walaupun beliau

tepok/lumpuh.

JAWAPAN 05.

i ) Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.

ii) Masyarakat yang sentiasa bekerjasama

JAWAPAN 06.

i) Waktu pagi

ii) waktu malam

JAWAPAN 07.

a. Sanggup berkorban.

b. Bersyukur

c. Berani

d. Taat setia

15

Page 16: Modul Drama Bendahara Tepok

JAWAPAN 08.

a. i. berani

ii.bersatu padu

iii.sabar

iv.patriotik

b. i. Kita hendaklah berani menentang musuh daripada menjajah negara.

ii. Kita hendaklah bekerjasama menentang musuh-musuh negara.

iii. Kita haruslah sabar dan jangan terburu-buru dalam menentukan sebarang tindakan yang akan

dilakukan.

iv. Kita mestilah mengamalkan sikap cinta akan tanah air dan sanggup mempertahankan maruah

negara.

JAWAPAN 09.

PETIKAN GAYA BAHASA

v. SULTAN AHMAD : Syukur, cucunda tuanku …

cucunda luka?

Repitisi /

Pengulangan kata

vi. RAJA SULAIMAN : Tidak luka, nenda Tengku! Ini

darah musuh-musuh yang dapat cucunda hapuskan.

Alang-alang mandi biar basah.Peribahasa

vii. HULUBALANG : Sebab askar-askar Feringgi cari

tuanku, nak ditawan naik ke kapalnya di laut. Sinkope

viii. BENDAHARA : Aku tidak … tidak berundur … aku

tidak lari …

Repitisi /

Pengulangan frasa

16

Page 17: Modul Drama Bendahara Tepok

SKEMA JAWAPAN ESEIBAHAGIAN 2

DRAMA BENDAHARA TEPOK KARYA SHAHAROM HUSAIN

JAWAPAN 01

Empat persoalan dalam Drama:

1. Ketidakadilan dan kezaliman dalam pemerintahan.

Ketidakadilan dalam pemerintahan memberikan kesan yang mendalam dalam pembinaan masyarakat yang berjaya dalam sesebuah negara.

Contohnya, Sultan Mahmud yang membuat keputusan yang zalim hingga ramai orang besar terkorban.

2. Kemungkaran mampu mendatangkan masalah kepada negara.

Kemungkaran seperti pecah amanah, zalim, aniaya, hasad dengki dan lain-lain mengakibatkan kemungkaran dalam masyarakat di Melaka telah menghancurkan masyakarat itu sendiri.

Contohnya, Sultan Mahmud begitu zalim sehingga menghukum bunuh Raja Zainal, Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.

3. Kekurangan nilai perpaduan dalam masyarakat.

Perpaduan yang dibentuk dengan betul mampu membentuk masyakarat yang kuat dan kukuh.

Contoh, kekurangan nilai perpaduan dalam kalangan rakyat Melaka telah mengakibatkan Portugis mampu menawan Melaka dengan mudah.

4. Semangat juang yang tinggi untuk menewaskan musuh.

Perjuangan dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman pihak musuh.

Contoh, ketinggian semangat juang Bendahara Tepok untuk terus berjuang mempertahankan Melaka daripada ancaman musuh harus dicontohi oleh masyarakat hari ini.

17

Page 18: Modul Drama Bendahara Tepok

JAWAPAN 02.

Perwatakan watak utama (Bendahara Tepok)

- Mempunyai semangat patriotik

Watak Bendahara Tepok merupakan seorang yang cintakan tanah air sehinggakan sanggup mempertahankan Melaka daripada serangan Portugis walaupun keadaan fizikal yang tidak sempurna.

- Seorang yang berani

Watak Bendahara merupakan seorang yang berani dalam berjuang habis-habisan menentang penjajahan Portugis di negeri Melaka walaupun beliau sanggup mempertaruhkan nyawanya.

- Seorang yang bertanggungjawabBendahara Tepok merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam mempertahankan Kota Melaka daripada serangan askar-askar Feringgi. Sedangkan sewaktu kejadian itu ramai orang telah ditawan dan dibunuh oleh askar-askar Feringgi. Selain itu tanggungjawab Bendahara Tepok juga dapat dilihat apabila Seri Nara mengakui sendiri tentang semangat dan tanggungjawab Bendahara melalui halaman m/s 177.

- Seorang yang tidak pentingkan diri.Watak Bendahara Tepok meminta agar dia dibawa balik semula ke Melaka untuk melawan musuh-musuh dari pihak Feringgi. Bendahara tidak mahu dirinya menjadi seorang yang pengecut dalam mempertahankan negeri Melaka walaupun dia tahu bahawa dirinya adalah seorang lelaki tua dan tepok. Halaman m/s 179.

- Seorang yang tidak penyabar dan sentiasa menurut perasaan.Setiap perkara dan perbuatan yang hendak dibuat tidak difikirkan oleh Bendahara yang boleh mendatangkan kesan tidak baik terhadap dirinya dan keselamatan orang lain. Ini dapat dilihat apabila Bendahara meminta agar dirinya dibawa ke Melaka untuk berperang dengan askar-askar Feringgi. Sedangkan beliau merupakan seorang yang kurang upaya dan mengharapkan bantuan orang lain untuk membantu dirinya bergerak.

18

Page 19: Modul Drama Bendahara Tepok

JAWAPAN 03

Tiga Latar Masyarakat :

a) Masyarakat yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Contoh: Datuk Bendahara Tepok mempunyai semangat juang yang tinggi untuk melawan musuh Kota Melaka walaupun fizikalnya tidak sempurna.

b) Masyarakat yang tidak adil dan kejam.

Contoh: Sultan Mahmud mewakili lambing masyarakat yang kejam dan tidak adil dengan melakukan kezaliman sewaktu pemerintahannya.

c) Masyarakat yang setia kepada raja Contoh : Watak Seri Nara terlalu setia dengan raja sehingga beliau meminta agar semua hulubalang terus berbakti mempertahankan raja daripada ditawan oleh askar-askar Feringgi.

19