drama "hemodialisis"

15
Disediakan oleh : - NURAZREEN BT BADRULHISAM - HAFIDZAHIDAH BT WANGIT - FARAH ATIKAH BT ZAMJURI - NURAQILAH BT AYOB DRAMA KOMSAS TINGKATAN 2

Upload: smk-jeram

Post on 01-Jul-2015

252 views

Category:

Healthcare


4 download

DESCRIPTION

Ni hasil kerja kawan aku... aku tolong upload kan.... Manelaa tau, kut kut berguna untuk korang an??

TRANSCRIPT

Page 1: DRAMA "Hemodialisis"

Disediakan oleh :

- NURAZREEN BT BADRULHISAM- HAFIDZAHIDAH BT WANGIT- FARAH ATIKAH BT ZAMJURI- NURAQILAH BT AYOB

DRAMA KOMSAS TINGKATAN 2

Page 2: DRAMA "Hemodialisis"

KANDUNGAN* Sinopsis

* Tema

* Persoalan

* Watak

* Pengenalan watak

* Plot

* Latar

* Gaya bahasa

* Nilai

Page 3: DRAMA "Hemodialisis"

SINOPSISDrama Hemodialisis mengisahkan Abah yang sakit tetapi engganmendapatkan rawatan terutama daripada anaknya sendiri Dr. Afif. Abahtidak mahu menyusahkan ahli keluarganya dan lebih selesa berada di rumah. Abah menganggap dia akan mati tanpa mahu berusahamengubati penyakitnya. Abah cuba dipujuk oleh cucunya, Nabilah tetapigagal. Abah dibawa ke klinik secara paksa. Setelah empat jam, abahpulang bersama-sama mesin hemodialisis yang dikendalikan sendiri.

Abah berasa tidak selesa dengan mesin itu. Dr. Afif menerangkantindakannya memaksa abah ke klinik dan merawatnya kerana inginmembalas budi dan mahu abah terus hidup. Abah dikunjungi oleh FatinAtiqah dan teman lelakinya Saufi. Fatin Atiqah menyampaikan beritabahawa dia telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaannya. Abahyang terlalu gembira telah terlucut wayar mesin hemodialisisnya. Keadaan menjadi cemas. Abah berjaya diselamatkan oleh Dr. Afif.

Page 4: DRAMA "Hemodialisis"

TEMA

Drama ini mengisahkan tentangkasih sayang dalam kalangan ahlikeluarga.

Page 5: DRAMA "Hemodialisis"

PERSOALAN

1. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat/mesra.

2. Persoalan tentang tugas dan tanggungjawabdoktor.

3. Persoalan menyerah diri/mengharapkan kematianapabila sakit.

Page 6: DRAMA "Hemodialisis"

PENGENALAN WATAKAbahØ Berusia 63 tahun. Mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak – Dr. Afif, Fiqri dan Fatin Atiqah. Menantu - Zarina dan cucu - Nabilah.Ø Menghidap penyakit buah pinggang - terpaksa menggunakan mesin hemodialisis.

Ø Seorang penulis yang hebat – diakui oleh Dr. Afif.

Ø Seorang yang tidak mahu menyusahkan anak-anak – tak bagi mama menelefon anak-anak.

Ø Seorang yang bersifat penyayang, tegas – mendidik anak-anak sehingga berjaya.

Ø Tidak mementingkan diri sendiri – tidak mengambil kesempatan walaupun anaknya seorang doktor.

Ø Seorang yang suka bergurau.

Dr. AfifØ Bijak - doktor pakar. Ø Penyayang - ambil berat tentang keluarga.Ø Mengenang jasa orang tua – menyanjung tinggi pengorbanan abahnya.Ø Cekap bekerja.Ø Pantas bertindak apabila mendapat panggilan daripada mama. Ø Berkorban untuk bapanya - memberi mesin hemodialisis di kliniknya untuk abah.

Page 7: DRAMA "Hemodialisis"

Mama Ø Isteri yang penyayang. Ø Ambil berat akan keluarganya. Ø Patuh dan taat akan suaminya. Ø Suka bergurau. Sabar - walaupun kena marah. Ø Cepat bertindak - tidak mudah panik (abah pengsan).

Fatin Atiqah Ø Bijak - pelajar cemerlang di universiti. Ø Sayang akan bapanya - ambil berat. Ø Cepat panik -terus balik apabila mendapat panggilan daripada mama.

Nabilah Ø Cucu abah. Ø Anak Dr. Afif dan Zarina. Ø Penyayang. Ø Cakap lepas.

Page 8: DRAMA "Hemodialisis"

watak

ABAH- Berusia lewat 60-an . - Penyang .- Berbakat .- Tegas .

DR.AFIF- Bijak .- Penyayang .- Baik hati .- Cekap .

MAMA- Penyayang . - Ambil berat .- Patuh .- Sabar.

FATIN ATIQAH- Penyayang .- Bijak .- Ambil berat .

NABILAH- Penyayang .- Cakap lepas .

Page 9: DRAMA "Hemodialisis"

PLOTTeknik plot dan pembinaan plot

Plot drama Hemodialisis adalah mengikut kronologi.

PERMULAAN

Abah sakit perut dan mama mencadangkan supaya memanggil Dr. Afif di klinik. Hasrat mama ditentang oleh abah.

Perkembangan

Abah pengsan. Dr. Afif datang ke rumah dan memujuk abah supaya ke klinikuntuk mendapatkan rawatan. Konflik abah bertambah apabila Nabilah datangmemujuk abah dan Dr. Leong datang membawa kerusi roda. Abah dibawa keklinik secara paksa. Abah pulang dengan mesin hemodialisis. Abah masihtidak berpuas hati dan berhujah dengan Dr. Afif.

Page 10: DRAMA "Hemodialisis"

Klimaks

Wayar mesin hemodialisis abah tercabut .

PeleraianAbah diselamatkan oleh Dr. Afif .

Page 11: DRAMA "Hemodialisis"

LATARLATAR TEMPAT : Ruang tamu rumah abah , hospital .

LATAR MASA : Siang hari , waktu pagi .

Page 12: DRAMA "Hemodialisis"

GAYA BAHASA

1. Sinkope . Contoh: nak (hendak), ni (ini), dah (sudah), tak (sudah), tu (itu)

2. Bahasa Inggeris . Contoh: I am a doctor, and I want to be your doctor. I promise to be your good doctor. (m/s 8)

Page 13: DRAMA "Hemodialisis"

NILAI1. Nilai kasih sayang

Contoh: Kasih sayang anak-anak terhadap bapa yang sakit.

2. Nilai hormat menghormati

Contoh: Dr. Afif tetap menghormati abahnya.

3. Nilai menghargai jasa

Contoh: Dr. Afif amat menghargai jasa abahnya.

4. Nilai prihatin

Contoh: Mama amat prihatin terhadap kesakitan yang dideritai oleh suaminya.

5. Nilai kesabaran

Contoh: Dr. Afif tetap bersabar dengan karenah bapanya yang tidak mahu kekliniknya untuk berubat.

6. Nilai menghargai ilmu

Contoh: Fatin Atiqah belajar di salah sebuah universiti dan telah lulus dengancemerlang.

Page 14: DRAMA "Hemodialisis"

PENGAJARAN1. Kita perlu menyayangi setiap ahli keluarga.

2. Kita mesti menghormati orang yang lebih tua dan berpengetahuandaripada kita.

3. Kita perlu menghargai jasa kedua-dua ibu bapa yang telah mendidik kita.

4. Kita harus mengambil berat akan masalah yang dialami oleh orang lain.

5. Kita perlu bersabar untuk mengelakkan persengketaan.

6. Kita perlu bersabar menghadapi karenah orang tua.

7. Kita harus menghargai ilmu yang dimiliki oleh seseorang / Kita perlumenuntut ilmu sepanjang hayat.

Page 15: DRAMA "Hemodialisis"

Ditulis oleh:- Nurazreen bt Badrulhisam

Penyuntingan oleh:- Hafidzahidah bt Wangit

Dibentang oleh :- Nuraqilah bt Ayob

- Farah Atikah bt Zamjuri