drama kanak kanak

Click here to load reader

Post on 30-Nov-2015

2.012 views

Category:

Documents

43 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

drama

TRANSCRIPT

DRAMA KANAK-KANAK

DRAMA KANAK-KANAKDisediakan oleh :NurNadhirah binti KhairazmyNur Shafiqah Nadhira bt Ahmad Puad

DEFINISI DRAMA

Jenis-jenis DramaJENIS DRAMAHURAIAN Drama Baru / Drama Modendrama yang memiliki tujuan untuk memberikan pendidikan kepada masyarakat yang umumnya bertema kehidupan manusia sehari-hariDrama Lama / Drama Klasikdrama khayalan yang umumnya menceritakan tentang kesaktian, kehidupan istana atau kerajaan, kehidupan dewa-dewi, kejadian luar biasa, dan lain sebagainya.Drama KomediDrama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan. Ceritanya serius, tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watak-wataknya. Drama komedi mengutarakan kisah hidup sehari-hari dengan pelbagai peristiwa lucu yang boleh menyebabkan penonton ketawa. Drama ini selalunya digunakan untuk menyindir masyarakat.Drama Tragedidrama yang ceritanya tentang kemalangan dan kesedihan.Drama Tragedi Komedidrama yang ada unsur-unsur sedih dan ada lucuDrama Operadrama yang mengandungi muzik dan nyanyianDrama Pantomindrama yang ditampilkan dalam bentuk gerakan tubuh atau bahasa isyarat tanpa pembicaraan.JENIS DRAMAHURAIAN Drama Sejarah

drama yang menyajikan kisah sejarah dengan tokoh dan peristiwanya.

Melodramadrama yang mengeksploitasi kesedihan atau penderitaan. Jenis drama ini banyak disajikan dalam sinetron bersambung di televisyen.

Drama Misteridrama yang menahan perhatian penonton dengan suspens/ ketegangan, baik yang berasal dari tindak kriminal atau makhluk ghaib

Drama aksidrama yang banyak menampilkan adegan konfrontasi baik dengan sedikit atau banyak thriller, dengan seting tradisional, moden, mahupun diksi ilmiahCIRI-CIRI DRAMAprosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah untuk dibaca dan dipentaskanNaskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisiTeks berbentuk dialog : terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang diwujudkan.Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watak-wataknya.Konflik : unsur penting dalam drama. digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skripSebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik.

Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.

ELEMEN-ELEMEN DRAMATema/Pemikiran: Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnyaPlot: Plot adalah struktur drama yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa

Latar: Latar dalam drama penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penontonBabak: Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak.

Adegan: Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.

GAYA BAHASA DRAMA KANAK-KANAKTerbina daripada dialog dan aksi. bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahamiGaya bahasa yang baik : memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. Dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat memahami dialek tersebut. Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar menarik perhatian penonton. pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama.

Gaya bahasa atau dialog yang meleret dan sukar difahami akan menyebabkan pembaca dan penonton bosan dan akhirnya hilang tumpuan.

13RUJUKAN(________). (2012). Jenis Drama & Contohnya. http://id.shvoong.com/humanities/film-and-theater-studies/2266696-jenis-drama-dan-contohnya/. Diakses pada 29 Julai 2012.(________). (2008). Arti Definisi / Pengertian Drama Dan Jenis / Macam Drama - Pelajaran Bahasa Indonesia. http://organisasi.org/arti-definisi-pengertian-drama-dan-jenis-macam-drama-pelajaran-bahasa-indonesia. Diakses pada 29 Julai 2012http://www.oppapers.com/essays/Drama/687212BIMBINGAN BERKARYA - MENULIS SKRIP DRAMA. http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSectionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1