modul bmm3107 - pengantar linguistik bahasa melayu(1)

Upload: nazri-musa

Post on 03-Apr-2018

253 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    1/18

    TAJUK 1 (SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK)

    Sinopsis

    Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu linguistik yang bermulapada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistikbermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan,zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitikperbandingan dan zaman linguistik moden.

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik.

    2. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom,

    Arab, India hingga zaman moden abad ke 20

    Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah

    ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihiyang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistikdipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuankegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telahdiwartakan pada abad ke-17.

    Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalambentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.

    1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom

    Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajianbahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawalyang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspekseperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasabermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan merekadibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi olehpemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras

    kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakatketika ituUntuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunaniialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato.Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidikbahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog,iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya,iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah,

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    2/18

    nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaanbahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakahketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaituberdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yangmembezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata

    nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepadaperbuatan.Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihidengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung.Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yangdiasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentangadanya sistem kala atau tensedalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkanoleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi.Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapatdiperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai caramenunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.

    Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebihtertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercoraklogik dan bukannya saintifik.Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zamanYunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula padaabad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadipusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuanbahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkajisistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb,participal, ganti nama dankata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yangmerupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang

    mempunyai makna.Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom.Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh.Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajiandalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepadaperubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Merekakurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walaubagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadirujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

    1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India

    Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zamanpertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasamula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman inimenggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatubahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasiltulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekalkepada fungsi kesusasateraan.

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    3/18

    Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalambahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahanini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesanhubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini

    bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal inidisebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir padazaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpinmereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembanganilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamuslengkap untuk dijadikan bahan rujukan.Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada eraini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepadailmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitabRig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dansintaksis.

    Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaanmereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secarasaintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasayang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memilikiperkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.

    1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden

    Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistikmoden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnyabidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan

    bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa denganbahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melaluipeminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama.Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasadaripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasaberfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarahperkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu bahasapada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian.Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis.Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satufenomena sosial.

    Tugasan:Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejaksebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukkan andafaham apa yang dibincangkan.

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    4/18

    Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistiksehingga kini.

    TAJUK 2 : PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK

    SinopsisTajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitupemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure.Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi sumbangan kepadaperkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal.Hasil Pembelajaran

    (i) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman(ii) Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak

    zaman awal hingga zaman moden(iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik

    Kerangka Tajuk

    Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai BapaLinguistik Moden

    Hasil pemikiran Bloomfield telah menghasilkan teori behaviourisme

    Hasil pemikiran Edward Sapir dapat diterokai melalui bukunya

    bertajuk Language (1881)

    1.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik

    Edward Sapir (1884 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologidari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa denganpemikiran manusia dari aspek psikologi. Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains.Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yangmenentukan sturktur pemikiran manusia. Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat

    arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Languageberbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihatbahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akansentiasa berubah.

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    5/18

    1.2 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik

    Bloomfield (1887 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teoribehaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan

    bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yangboleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun didalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanyarangsangan ataustimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balasatau respons terhadap rangsangan itu. Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliaumemperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yangmenunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisissecara empirikal. Buku beliau yang popular ialahLanguage (1933).

    1.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik

    Ferdinand de Saussure (1857 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmulinguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbuktimelalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasasecara moden. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yangmengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudutyang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkajibahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segisejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubahan yang dialami oleh sesuatu

    bahasa tersebut. De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep languedan parole. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciribahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat. Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan bukubertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau iniadalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusunsemula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudianditerjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

    Tugasan :Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure denganBloomfield.Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teoribehaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    6/18

    TAJUK 3: BIDANG LINGUISTIK

    Sinopsis

    Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am danLinguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta LinguistikKontekstual.

    Hasil Pembelajaran

    (i) Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik(ii) Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistikperbandingan dan linguistik kontekstual(iii) Membincangkan bidang linguistik gunaan dan hubungannya dengan pengajaranbahasa.

    Kerangka Tajuk

    Pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik

    Linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa

    Perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa

    Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik

    3.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan

    Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkajiaspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum. Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmupendidikan dan psikologi. Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori,deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulisbuku-buku teks. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna

    mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan jugabahasa asing. Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yangmengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    7/18

    Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaituterjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenaipenggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja. Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yangmeliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.

    Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, caradan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif. Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmubahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakansuatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut jugasebagai sains gunaan. Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang itusudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa danmengajarkan bahasa dengan baik.

    3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

    Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabanglinguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukanperhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistikperbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukanperubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu. Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuanuntukmembandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, danleksikon.

    Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapatditerangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik,umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapathubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna. Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satuformula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah,berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200)yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan. Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untukmenentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandinganbahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannyamengikut ciri-ciri. Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentanghubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yangterbukti dalam kata-kata pinjaman.

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    8/18

    Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangansesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zamankemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatubahasa.

    Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalambeberapa zaman atau masa dan tempat tertentu. Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandinganbagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasatersebut. Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untukmemperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal usul atauetimologi sesuatu bahasa. Tujuan linguistik histori adalah untuk mengetahui proses danperkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.

    Linguistik perbandingan lebih dikenali sebagai bidang kajian yangmembandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuan Linguistik perbandinganadalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yangsekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruhaspek bahasa yang dibandingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang eratdengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentangaspek-aspek yang dibandingkan itu

    3.3 Linguistik Kontekstual

    Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimanabahasa berinteraksi dengan dunia. Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sainssosial yagn mengkaji interaksi interaksi linguistik dengan masyarakat padakeseluruhannya. Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi denganlinguistik. Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan denganlinguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa,linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.Tugasan:1. Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik perbandingan.2. Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa.

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    9/18

    Tajuk 4: LINGUISTIK KONTEKSTUAL

    Sinopsis:

    Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimanabahasa berinteraksi dengan dunia.

    Hasil Pembelajaran:1. Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat.2. Mengenalpasti aspek-aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa dalam fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan masyarakat.

    Linguistik Kontekstual

    Menurut J. Lyons, 1968 ;Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik

    Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur2005);

    Linguistik ialah-

    1. Kajian saintifik tentang bahasa.2. Berkaitan dengan bahasa.Menurut Kamus Dwibahasa (1981);

    Menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa.

    Menurut John Lyons (1968);Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik.

    Definisi kontekstual:Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur2005);

    Kontekstual ialah-Berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera

    dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera.

    Kontekstual membawa pengertian:

    1.Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks.2.Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful). Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksidengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    10/18

    bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplinmengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

    SosiolinguistikSosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan

    gejalanya dalam masyarakat.Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang

    kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat.Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam

    perkara seperti fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi dalamkalangan ahli ekonomi, kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan

    jarak sosial antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakanbahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti,

    mantra dan pelbagai istilah lain lagi.Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek

    bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial,kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu.

    Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian

    antara bahasa dengan masyarakat.Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan

    di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi, iaitu satu perihalyang melibatkan apa yang dinamakan perancangan bahasa dalam menegakkan

    identiti sesebuah negara.Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-budaya yang

    berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yangberkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek danbentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-pemakainya.

    Pengertian Antropologi

    Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani Antropo yang berertimanusia dan logy atau logos bererti ilmu yang mempelajari.

    Antropologi Linguistik

    v Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untukmengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakanbermasyarakat.

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    11/18

    v Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang yang dikatakan memberi penumpuankepada perhubungan di antara bahasa dengan penyelidikan primitif, pertalianbahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik.

    v Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian

    bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation.

    v Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada sesuatuetnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga kadang-kadangmembawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama.Linguistik Antropologikal

    Mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek kehidupanpenutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dansistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.

    Latihan:

    1. Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.

    TAJUK 5 : STILISTIK

    Sinopsis

    Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa

    yang dituturkan oleh seorang penutur, Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaandan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermuladaripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal.

    Hasil Pembelajaran1. Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik.2. Melihat bagaimana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa.

    Stilistik

    Menurut Abdullah Hassan (1990)

    -Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan denganpemakaian atau penggunaan bahasa

    -Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan

    -Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidangkesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan.

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    12/18

    -Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yangmembezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera.

    Stilistik dari sudut Sastera-Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa.

    -Cabang linguistik gunaan atau terapan.

    -Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untukmenimbulkan kesan artistik.-Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-stilistik meneliti penggunaan bahasa yangmenyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik.

    Pengenalan am Stilistik Bahasa.

    -Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yangdituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasisesuatu pertuturan.

    -Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formalkepada bentuk yang agak formal.Prinsip Stilistik

    -Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatifdengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakatseseorang penulis.

    -Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehanmengarang bagi seseorang pengarang.-Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkauikepersisan bakat berbahasa penulisnya.

    -Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang seringdibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural.-Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yangmelibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.

    -Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti,banyak maksud dan mempunyai makna simbolik.

    -Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya keperibadianseseorang penulis.

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    13/18

    -Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewadalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yangmencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.

    -Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor

    antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis

    -Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi, pembentukanperkataan dan ayat dapat dilakukan.

    -Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dankategori perkataan dan ayat yang digunakan.-Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidangsosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti.

    -Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang

    sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang.

    -Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkayaperbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorangpenulis.

    -Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilansesebuah karya.

    -Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsanganyang berlaku di sekelilingnya.

    -Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akanmenemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorongseseorang itu berkreatif.

    -Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilansesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaanpembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya.

    -Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapatdifahami, menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburantanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakanuntuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

    Latihan:1. Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu mempengaruhikehidupan masyarakat.

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    14/18

    TAJUK 6: SIFAT BAHASA

    Sinopsis

    Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam ChomskyMenurut Teori Noam Chomsky. Bahasa apa pun di dunia ini mempunyaisifat-sifat yang tersendiri.

    Hasil Pembelajaran,1. Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat.2. Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.

    1. Bahasa sebagai satu sistem Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyiperkataan, susunan perkataan , nahu atau bentuk sintaksis.

    Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yangsempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat, kata). Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan mengikut cara-cara tertentu. Sistem yang dimaksudkan ialah aturan. Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa. Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing.

    sebagai contoh :BAHASA MELAYUbuku itu

    sebuah buku merahpensel ini

    BAHASA INGGERISthat car (kereta itu)three red books (tiga buah bukuyang merah)the beautiful book (buku yang cantik itu)

    2. Bahasa bersifat dinamis

    Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul danberinteraksi dengan manusia lain. Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lainmenyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasaitu. Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.

    3. Bahasa itu bersifat arbitrari

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    15/18

    Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan maknayang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat. Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan.

    Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyaiperkataan yang berlainan bagi benda-benda sama.Sebagai contoh: dalam Bahasa Melayu itu dipanggil pintu dalam Bahasa Inggeris dipanggil door puerta dalam Bahasa Sepanyol.4. Bahasa sebagai alat berkomunikasi.

    Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penuturkepada pendengar. Faktor yang mengubah bahasanya.

    pendengar : orang yang dilawan bercakap. tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat, termasuklahbenda-benda yang berada di sekitarnya.

    butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar samaada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

    5. Bahasa mempunyai makna Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan. Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.

    6. Bahasa itu linear Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-alatartikulasi satu demi satu. Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah k, a,l, a, dan m. Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untukmelambangkan sesuatu bunyi.Latihan:1. Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat bahasa dengan

    jelas.

    TAJUK 7 : VARIASI BAHASA

    SinopsisTajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan

    bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    16/18

    masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerahpenyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.

    Hasil Pembelajaran

    1. Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa.2. Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.

    Variasi Bahasa. Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagimaksud yang sama berdasarkan situasi tertentu Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbezasecara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatukumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : Pengguna orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan

    Penggunaan kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atausituasi bahasa itu digunakan.

    Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama danbukannya perbandingan fitur antara dua bahasa. Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dantatabahasa.

    Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlahpenuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pulaperbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.

    Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Dalam konteks Malaysia, diSemenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, sepertidialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.

    Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlahpenuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pulaperbezaan yang wujud dari segi penggunaannya.

    Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, diSemenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, sepertidialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.

    Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukansosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya.

    Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa.Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    17/18

    Melayu atau bahasa Inggeris,mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuanbahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripadasatu keseluruhan.

    Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai

    mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuksifat umum bahasa tersebut.

    Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secaramenyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku.

    Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripadaberbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supayamudah difahami. Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikitsebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa melayu umum, yang dari segi

    sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau.

    Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yangdigunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmiseperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa.

    Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.

    Variasi Bahasa (Dialek)

    Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan

    yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktuitu. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami olehpengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi .Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulanpenutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbezadaripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaankata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagaisatu bahasa yang lain. Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalamsesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara.Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan sepertiFilipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.Bahasa Isyarat Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasatubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi.

  • 7/29/2019 Modul Bmm3107 - Pengantar Linguistik Bahasa Melayu(1)

    18/18

    Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanyadengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dantubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka. Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama.

    Contohnya,Amerika Serikatdan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang samatetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign Language dan British SignLanguage). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memilikibahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris denganSepanyol), tetapi menggunakanbahasa isyarat yang sama. Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyaikecacatan seperti bisu dan pekak. Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa IsyaratMalaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan denganmereka yang tidak memahami bahasa berkenaan.

    Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan MalaysianSign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri OthmanYeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.

    Latihan:Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yangdigunakan dalam cerpen tersebut.

    http://id.wikipedia.org/wiki/Amerika_Serikathttp://id.wikipedia.org/wiki/Inggrishttp://id.wikipedia.org/wiki/Spanyolhttp://id.wikipedia.org/wiki/Spanyolhttp://id.wikipedia.org/wiki/Amerika_Serikathttp://id.wikipedia.org/wiki/Inggrishttp://id.wikipedia.org/wiki/Spanyol