taj 1 bmm3107

28
SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK TENGKU FEZZYAZLI BIN TENGKU AB. GHANI SITI NURULHASIKIN BINTI HANAFI

Upload: afniewatie-prillney-quza

Post on 22-Jun-2015

1.266 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Taj 1 BMM3107

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

TENGKU FEZZYAZLI BIN TENGKU AB. GHANI

SITI NURULHASIKIN BINTI HANAFI

Page 2: Taj 1 BMM3107

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU LINGUISTIK

PERINGKAT AWAL

PERINGKAT PERKEMBANGAN

PERINGKAT PEMODENAN

Page 3: Taj 1 BMM3107

PERINGKAT AWAL

ZAMAN INDIA

ZAMAN PEMBAHARUAN

ZAMAN ROMAWIZAMAN PERTENGAHAN

ZAMAN YUNANI

Page 4: Taj 1 BMM3107

PERINGKAT PERKEMBANGAN

Abad ke-18 Abad ke-19: E.B. Condillac, J. G. Herder, F. V.

Schlegel dan A. W. Schlegel, W. V. Humbold, R. K. Rask, F. Bopp, J. Grimm, A. Schleicher

Golongan 80-an dan sesudahnya

PERINGKAT PEMODENAN

FERDINAND DE SAUSSURE L. BLOOMFIELD KENNETH L. PIKE NOAM CHOMSKY CHARLES FILLMORE

Page 5: Taj 1 BMM3107

ZAMAN INDIA Piagam acoka dianggap dokumen bertulis yang

tertua.

Pemelajaran bahasa untuk tujuan ritual. Bahasa Sanskrit digunakan untuk mengucapkan doa dalam buku Veda. Salah sebuah kitab Veda yang terkenal ialah Rigveda.

Abjad Brahmin telah digunakan sejak abad ke-5 SM. Abjad ini terdiri daripada 46 huruf, dan diolah dalam rumus bahasa yang dinamakan Sanskrit melalui penyerapan tatacara empiris.

Panini telah menghasilkan karya yang berjudul ASTADYAYI yang mengandung 400 pelajaran mengikut gaya komentar Veda yang dinamakan SUTRA.

Bunyi bahasa dipelajari dengan sungguh-sungguh bukan untuk mengetahui hakikat bahasa, tetapi untuk mendapat hikmah dalam buku Veda.

Page 6: Taj 1 BMM3107

ZAMAN YUNANI Ahli falsafah Yunani mula meneliti bahasa sejak

500 SM.

Bahasa merupakan sesuatu yang melambangkan tamadun tinggi, dan dapat menerangkan kejadian alam berasaskan kajian etimologi.

Bahasa dianggap suci dan wujud semula jadi. Ini telah menimbulkan persoalan:

Mengapa bahasa manusia tidak sama?Bagaimana wujudnya bahasa?Bagaimanakah hubungan antara kata dengan benda/perkara yang dilambangkan?Mengapakah sesuatu itu dinamakan itu dan dinamakan ini?

Page 7: Taj 1 BMM3107

ZAMAN YUNANI Golongan analogis dan naturalis yang disebut

PHUSEI mengatakan bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia, iaitu ciptaan Tuhan, bersifat semula jadi, regular dan logik.

Golongan anomalis atau konvensenis yang disebut THESEI pula mengatakan bahawa bahasa bukan natural, wujud secara konvensyen, tidak seragam dengan pelbagai kelainan.

Plato dalam dialognya CRYSTALUS mempersoalkan perihal hubungan lambang dengan acuannya, iaitu benda dengan nama benda, sama ada bersifat tabii atau kesepakatan, walaupun Socrates pernah mengatakan bahawa lambang perlu sesuai dengan acuannya.

Page 8: Taj 1 BMM3107

ZAMAN YUNANI Plato juga mengatakan bahawa kesimbolikan bunyi

memang wujud. Contoh yang diberi ialah bunyi [ r ] menunjukkan gerak, manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusan dan kelancaran.

Bagi Plato, ayat ialah logos yang berupa rentetan kata yang mempunyai idea yang tuntas. Logos terbahagi dua, iaitu onoma (kata nama) dan Rhema (kata kerja).

Aristotle telah memisahkan kata kepada tiga jenis, iaitu onoma (kata nama), rhema (kata kerja) dan Syndesmoi (kata hubung).

Aristotle juga mengakui wujudnya sistem kala, di samping memperkenalkan konsep neutral, iaitu hubungan antara lambang dengan acuan bersifat konvensional.

Page 9: Taj 1 BMM3107

ZAMAN YUNANI

Puak Stoik kemudiannya beranggapan bahawa bahasa mencerminkan benda yang sesuai dengan kudratnya. Mereka membahagikan kata kepada empat, iaitu nomen (kata nama), verbum (kata kerja), syndesmoi (kata hubung), dan arthron (kata sandang).

Kemudian kaum Alexandrian memperluaskan kelas kata kepada lapan, iaitu onoma (kata nama), rhema (kata kerja), metosche (partikel), arthron (kata sandang), antonymia (kata ganti), prothesis (kata depan), epirrhema (kata keterangan), dan syndesmoi (kata hubung).

Semua kajian berasaskan teks kuno. Antaranya ialah syair suci Homeros yang berjudul Iliad and Odyssey. Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani Kuno.

Page 10: Taj 1 BMM3107

ZAMAN ROMAWI

Wujud tatabahasa yang agak lengkap oleh cendekiawan Romawi. Tatabahasa ini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani.

Tatabahasa Latin telah dicipta mengikut model Yunani. Ini bermakna, pengkodifikasian pemikiran, motif dan konsep tatabahasa Yunani telah dilakukan.

Pengaruh bahasa Yunani telah dibawa oleh Crates dari Mallos, yang kemudiannya diperkembang oleh ahli tatabahasa Romawi yang terkenal seperti Appplonius Discollus, M. Terrentius Varro, Priscia dan Donatus.

Pada zaman Romawi, kelas kata telah ditambah, daripada lapan menjadi sembilan, iaitu tambahan numeralia (kata bilangan).

Page 11: Taj 1 BMM3107

ZAMAN ROMAWI Kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran

Stoik juga berkembang. Kumpulan Stoik membedakan tiga aspek primer bahasa, iaitu:> Senainon: tanda dan simbol> Semainomenon atau lekton: makna> Pragma atau tungchanon: hal luaran, situasi.

M. Terrentius Varro dianggap ahli tatabahasa Romawi yang paling tulen dalam bahasa Latin.

Melalui bukunya yang terkenal, iaitu De Lingua Latina, beliau telah merumuskan:> Bahasa itu seragam secara semula jadi.> Bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna.> Penggunaan kategori morfologi, sintaksis dan

etimologi.

Page 12: Taj 1 BMM3107

ZAMAN ROMAWI

Priscia melalui karyanya Institutiones Grammatikae telah membahagikan kelas kata kepada lapan, iaitu nomen, verbum, participium, pronomen, adverbiu, praepositio, interjectio dan conjunctio.

Karyanya ini dianggap baku hinggi kini, dan dianggap sebagai kajian tatabahasa Romawi yang representatif.

Selain fonologi, aspek yang turut dikaji ialah morfologi dan sintaksis.

Page 13: Taj 1 BMM3107

ZAMAN PERTENGAHAN

Tujuan bahasa zaman ini untuk mengenal pasti penyesuaian antara peristiwa bahasa dengan teori bahasa.

Ciri utama zaman ini ialah sistem pendidikan Latin. Bahasa Latin menjadi syarat untuk menjadi cendekia kerana bahasa itu dianggap sebagai bahasa gereja, bahasa diplomasi dan bahasa ilmu.

Petanda zaman ini ialah sekolastik, iaitu cara mempelajari ilmu yang diperoleh di biara, diskusi orang alim dan golongan aristokrat. Waktu pagi pengajaran, waktu petang perdebatan.

Page 14: Taj 1 BMM3107

ZAMAN PERTENGAHAN

Diskusi bahasa dipelopori oleh golongan Medistae, dan golongan Spekulatif.

Golongan Medistae mengagungkan semantik. Mereka menganggap kunci analisis bahasa ialah peralihan fikiran ke dalam bunyi melalui kata dan ujaran.

Golongan Spekulatif menganggap bahawa kata tidak mewakili rujukan secara langsung. Kata hanya mewakili benda dalam cara dan aksi. Tatabahasa semua bahasa dianggap sama walaupun dapat berobah secara kebetulan.

Page 15: Taj 1 BMM3107

ZAMAN PEMBAHARUAN Zaman kewujudan semula usaha untuk

mempelajari bahasa Yunani dan Romawi untuk maksud memanifestasikan kesenian, falsafah dan kesusasteraan.

Cendekiawan zaman ini mengagungkan humanisme. Bahasa dan budaya klasik dipelajari untuk maksud pedagogi dan kajian ilmiah.

Dua hal terpenting zaman ini ialah:

> Penguasaan tiga bahasa, iaitu Yunani, Latin dan Ibrani.> Perbandingan bahasa itu dengan bahasa manca Eropah.

Page 16: Taj 1 BMM3107

ZAMAN PEMBAHARUAN

Penyurihan kekeluargaan bahasa mula mendapat tempat. Hasilnya dikatakan bahawa terdapat sebelas bahasa induk di Eropah. Empat yang terbesar ialah Yunani, Jerman, Romawi dan Slavia.

Laporan tentang bahasa Asia telah diketengahkan oleh pengembang agama Kristian. Antara bahasa yang memainkan peranan penting ialah bahasa Jepun, bahasa Cina, bahasa di India dan bahasa di Nusantara.

Page 17: Taj 1 BMM3107

LINGUISTIK PERBANDINGAN Linguistik perbandingan ialah satu cabang

linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.

Linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang di dokumenkan itu.

Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.

Page 18: Taj 1 BMM3107

Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.

Walaupun bahasa-bahasa proto yang dibina semula melalui kaedah-kaedah perbandingan adalah andaian, pembinaan semula ini mungkin mempunyai daya peramalan.

Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.

Setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.

Page 19: Taj 1 BMM3107

Walaupun bahasa-bahasa proto yang dibina semula melalui kaedah-kaedah perbandingan adalah andaian, pembinaan semula ini mungkin mempunyai daya peramalan.

Kaedah-kaedah yang mendasarkan perbendaharaan kata ini hanya boleh menentukan tahap-tahap perkaitan dan tidak boleh digunakan untuk memperoleh ciri-ciri sebuah bahasa proto, selain daripada butir-butir yang sama dalam perbendaharaan kata yang dibandingkan.

Pendekatan-pendekatan ini telah dicabar kerana masalah-masalah metodologinya — tanpa pembinaan semula atau sekurang-kurangnya satu senarai padanan fonologi yang terperinci, tidak terdapatlah pembuktian bahawa dua patah perkataan daripada bahasa-bahasa yang berbeza adalah berseketurunan.

Page 20: Taj 1 BMM3107

Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:

Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri.

Tujuan utamanya ialah untuk memahami ciri kesejagatan bahasa yang menguasai sesuatu bahasa, serta jenis-jenis bahasa yang didapati di dunia dari segi mana-mana ciri yang tertentu (umpamanya, urutan perkataan atau sistem vokal).

Page 21: Taj 1 BMM3107

Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.

Sebarang kajian empirik tentang kata-kata pinjaman adalah, menurut takrif, bersifat sejarah dalam tumpuannya dan oleh itu, merupakan sebahagian linguistik sejarah.

Linguistik bezaan membandingkan bahasa-bahasa biasanya untuk tujuan membantu pembelajaran bahasa dengan mengenal pasti perbezaan-perbezaan yang penting antara bahasa asli dengan bahasa sasaran pelajar.

Linguistik bezaan hanya terlibat dalam bahasa-bahasa kini.

Page 22: Taj 1 BMM3107

Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.

Khususnya, percubaan untuk menghubungkan dua bahasa proto yang dibina semula melalui kaedah perbandingan secara amnya tidak menghasilkan keputusan yang telah diterima secara meluas.

Page 23: Taj 1 BMM3107

LINGUISTIK KONTEKSTUAL

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain.

linguistik am teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik kontekstual mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Page 24: Taj 1 BMM3107

PERBEZAAN ANTARA LINGUISTIK

GUNAAN DAN LINGUISTIK

PERBANDINGAN

Page 25: Taj 1 BMM3107

Linguistik Gunaan / terapan

ASPEK Linguistik perbandingan

Mengkaji kaedahmengajar bahasa, menguji kelahiran bahasa, berbentuk bahan, mengajar dan sebagainya

kajian satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan pembandingan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.Kaedah mengajar

bahasa : kaedah terus, kaedah pandang sebut.

Kaedah kaedah perbandingan yang bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.

Page 26: Taj 1 BMM3107

Bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi

Faktor - faktor dapat memastikan perbezaan yang nyata antara bentuk-bentuk yang diakui dengan bentuk-bentuk yang dibina semula

Fries dan Robert Lado

Tokoh FERDINAND DE SAUSSURE

bahasa sebagai objek yang diajarkan, iaitu sebagai media

Prinsip Linguistik perbandingan memandang bahasa sebagai bahasa.

Mula berkembang akhir abad ke-19

masa Awal abad ke20

Page 27: Taj 1 BMM3107

Orang Arab turut mengkaji bahasa terutama digunakan dalam al-quran dan hadis.

Tujuan adalah untuk menjaga keaslian dari segi sebutan, makna mahupun teks tulisan al-quran itu sendiri.

Baca ayat al-quran mengikut sebutan asal adalah wajib hukumnya (al-quran, 73:4)

Mendapat makna yang tepat supaya dapat menjalankan dan dihayati segala “al-Amr” dan menjauhi segala “al-Nahyi”.

Page 28: Taj 1 BMM3107

Terdapat pecahan-pecahan ilmu Bahasa Arab seperti lughah, ilmu bayan, balaghah, istiiqaq, nahu badi’, ‘aruz, qafiyah dan lain-lain.

Bagi mendapat makna yang tepat dalam al-quran, timbul ‘Ulum al-quran’ yang banyak pecahannya.