pengantar linguistik present

Upload: izzudin-abdullah

Post on 03-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    1/17

    Di sediakan oleh :

    Ahmad Izzudin Bin Abdullah

    Pismp Semester 4

    Bm/Pj/Ks 1

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    2/17

    Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antarabahasa dan gejalanya dalam masyarakat.

    Berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakatyang biasanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat.Ianya merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi

    bermacam-macam perkara seperti fungsi bahasa, peranan bahasa,penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaanyang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di antarapenutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakanbahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosialmelalui grafiti, mantra dan pelbagai istilah lain lagi.

    Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yangmelihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang adadengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalamsesebuah masyarakat yang tertentu. Secara mudah, sosiolinguistikadalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan

    masyarakat.

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    3/17

    Melalui masyarakat yang berada di persekitaran saya, saya inginmenfokuskan tentang penggunaan bahasa dengan menggunakandialek Kelantan.

    Dialek Kelantan merupakan salah satu dialek bahasa yang terdapatdi Malaysia.

    Dialek ini lebih tertumpu di negeri pantai timur iaitu negeri Kelantandarul Naim dan ada juga masyarakat di Terengganu menggunakandialek Kelantan khususnya masyarakat yang tinggal di Besut.

    Dialek Kelantan ini mempunyai laras bahasa yang sangat berbezadengan bahasa baku yang sering digunakan untuk berkomunikasi diMalaysia.

    Ini kerana pendengar yang mendengar dialek ini sukar untukmemahami perkara yang disampaikan oleh penutur.

    Antara istilah bahasa Kelantan yang sering digunakan oleh

    masyarakat Kelantan ialah make. Istilah make ini membawa maksud makan dalam bahasa baku.

    Dialek Kelantan ini lebih cenderung memendekkan suku kata bagisesuatu perkataan baku. Sebagai contoh, perkataan pisang dipendekkan menjadi pise.

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    4/17

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    5/17

    Selain itu juga, masyarakat Kelantan juga dipengaruhi oleh

    bahasa istana. Sebagai contoh perkataan ambo yang di

    ambil perkataan hamba yang digunakan di istana oleh

    masyarakat terdahulu.

    Perkataan ambo ini melambangkan bahawa Raja dan rakyat

    mengamalkan bahasa yang sopan dan penuh dengan

    tatasusila dalam berkomunikasi antara pemerintah dengan

    rakyat. Secara tidak langsung, ia memperlihatkan keakraban

    hubungan silaturahim antara dua lapisan masyarakat.

    Tambahan lagi, masyarakat Kelantan juga menggunakan

    istilah kawe dan demo dalam berkomunikasi antara

    masyarakatnya.

    Ini bagi menggantikan kata ganti diri pertama, Biasanya istilah

    ini sering digunakan oleh masyarakat di luar Bandar

    khususnya di kampung-kampung dan pedalaman.

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    6/17

    Berdasarkan penerangan di atas, dapat saya

    merumuskan bahawa bahasa adalah sangat berkait

    rapat dengan sesebuah kelompok masyarakat.

    Dengan mempelajari atau menggunakan bahasa

    kelompok tertentu, secara tidak langsung kita dapat

    menyelami sedikit sebanyak tentang sesebuah

    masyarakat yang tertentu seperti masyarakat di Kelantan

    yang penuh keunikan bahasa pertuturannya.

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    7/17

    Antropologi linguistik adalah satu cabang linguistik yang

    menelaah hubungan antara bahasa dan budaya terutamanya

    untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari

    sebagai alat tindakan masyarakat.

    Adakalanya disebut sebagai etnolinguistik yang menelaahbahasa bukan hanya dari strukturnya semata-mata tetapi lebih

    pada fungsi pemakaiannya dalam konteks situasi sosial

    budaya.

    Selain itu, ianya juga berkaitan dengan menelaah struktur dan

    hubungan kekeluargaan melalui istilah kekerabatan, konsep

    warna, pola pengasuhan anak, atau menelaah bagaimana

    anggota masyarakat saling berkomunikasi pada situasi

    tertentu seperti pada upacara adat lalu menghubungkannya

    dengan konsep budayanya.

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    8/17

    Linguistik antropologikal pula mengkaji hubungan di antara

    bahasa dan budaya.

    Ianya juga mengkaji aspek-aspek kehidupan penutur yangtertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana

    kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur

    mempengaruhi cara mereka berbahasa.

    Bagi kajian mengenai unsur bahasa mantera, mantera

    merupakan suatu jenis bahasa yang digunakan dalamsesebuah kelompok masyarakat tertentu terutama pada

    zaman dahulu dan mempunyai kepentingan serta

    kegunaannya yang tersendiri.

    Mantera juga diberi pengertian sebagai ungkapan kata-kata

    yang digunakan pawang dan bomoh Melayu dalam upacara-

    upacara yang mempunyai berbagai ragam maksud dari segi

    kepercayaan lama seperti digunakan dalam doa dan

    pendinding keselamatan daripada segala bencana.

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    9/17

    Berikut merupakan contoh bahasa mantera yang telah

    diperoleh dan digunakan oleh sesebuah masyarakat

    pada zaman dahulu.

    MANTER

    A

    http://d/mira/Pismp%20sem%204/Linguistik/contoh%20mantera.docxhttp://d/mira/Pismp%20sem%204/Linguistik/contoh%20mantera.docxhttp://d/mira/Pismp%20sem%204/Linguistik/contoh%20mantera.docx
  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    10/17

    Lagu tradisi Negeri Terengganu tersebut iaitu Ulek Mayangtelah dijadikan sebagai mantera oleh masyarakat tersebutsejak zaman-berzaman.

    Lagu Ulek Mayang ini bermula sebagai kaedah perubatantradisional dan ianya menjadi identiti kepada masyarakatTerengganu kerana menjadi amalan masyarakat Melayu lamasejak beratus tahun lalu.

    Namun amalan itu dikatakan amalan khurafat keranamenggunakan khidmat makhluk halus atau jin dalam

    mengubati seseorang pesakit. Contohnya melalui penggunaanbahasa Ku tahu asal-usulmu, Yang laut kembali ke laut,yang darat kembali ke darat.

    Melalui penggunaan bahasa seperti ini telah mempengaruhisesebuah masyarakat tersebut untuk mempercayainyasehingga bomoh atau teman-teman nelayan akan

    mempersembahkan nasi berwarna kuning sebagai tandaberterima kasih.

    Ini menjadi suatu ritual yang berlanjutan sehingga kedatanganIslam yang menandakan tanda terhutang budi kepadasemangat-semangat laut.

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    11/17

    Sebagai kesimpulan, mantera memainkan perananyang penting serta mempunyai kepentingannyasendiri dalam mempengaruhi sesebuah masyarakat

    terutamanya apabila mantera itu mempunyaifungsinya yang tersendiri melalui penggunaanbahasa yang digunakan seperti sebagai alatpendidikan, alat pemantapan sesuatu sistem, nilai,dan norma masyarakat khalayaknya, gambaran

    sistem projeksi masyarakat termasuklah aspekkeindahan dan alat pengesahan sesuatu institusimasyarakatnya.

    Malah, masih terdapat lagi pelbagai mantera yangdigunakan oleh masyarakat pada zaman dahulu

    dan terus diamalkan oleh sesetengah masyarakatpada masa kini, antaranya mantera perubatan yangberfungsi untuk menyembuhkan penyakit, manterapendinding berfungsi untuk melindungi khalayaknyadaripada sebarang unsur jahat atau mentera adat

    istiadat yang digunakan dalam upacara-upacara

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    12/17

    Bahasa boleh didefinisikan dalam pelbagai caramengikut sifat-sifat semula jadi bahasa, peranan danfungsinya.

    Namun demikian, kebanyakan ahli bahasa dan ahli

    linguistik telah memberikan konsep dan takrif bahasayang hampir sama.

    Bahasa boleh diertikan sebagai satu sistem bunyi yangterdiri daripada alat-alat artikulasi yang ada padamereka.

    Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bermaksud fungsibahasa Melayu sebagai pengantar ilmu pengetahuanatau sebagai alat menyampaikan ilmu pengetahuanmoden, iaitu ilmu sains, teknologi, ekonomi, kejuteraan,

    kedoktoran, dan undang-undang di samping sastera danagama.

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    13/17

    Menurut Havranek, di dalam Garvin (1984), sesuatu

    bahasa yang mencapai taraf sebagai bahasa ilmu perlu

    mempunyai dua ciri penting iaitu keintelektualan dan

    kesempurnaan bahasa.

    Beliau juga mengatakan bahawa bahasa yang berfungsi

    sebagai bahasa ilmu perlulah sempurna dari segi

    keintelektualan bahasa.

    Hal ini bertepatan dengan bahasa Melayu kerana bahasa

    Melayu sememangnya sudah pun mempunyai buku-buku

    tatabahasa yang sempurna dan sesuai dijadikan

    panduan dan rujukan seperti buku Pelita Bahasa oleh

    Zaaba.

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    14/17

    Keintelektualan bahasa bermaksud bahasa yang

    berperanan sebagai bahasa ilmu haruslah mempunyai

    keupayaan untuk menyampaikan buah fikiran dan hujah

    yang tepat serta berkesan iaitu mampu merungkaikan

    kesinambungan dan kerumitan fikiran.

    Beliau juga mengatakan bahawa, kemuncak pencapaian

    taraf keintelektualan bahasa tersebut mesti sudah berada

    di dalam suasana saintifik yang boleh menganalisisbahasa secara tepat yang mencerminkan kejelasan

    pemikiran yang logik.

    Kemuncak taraf keintelektualan bahasa boleh dicapai

    terutamanya melalui perbendaharaan kata dansebahagiannya melalui sistem bahasa (Havranek, 1984).

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    15/17

    Kesempurnaan bahasa pula bermaksud satu bahasa

    yang akan berfungsi sebagai bahasa ilmiah harus

    mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap

    yakni mempunyai sifat-sifat kestabilan, kelenturan,kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan.

    Kestabilan bermaksud sesuatu bahasa itu mestilah

    mempunyai peraturan-peraturan atau sistem, contohnya

    peraturan sebutan, peraturan memakai imbuhan,peraturan menggunakan frasa atau ayat, di samping

    mempunyai sistem atau cara membentuk kata atau

    istilah-istilah.

    Tanpa peraturan ini, kestabilan bahasa tidak mungkintercapai.

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    16/17

    Sifat kepelbagaian di dalam bahasa Melayu yang

    berfungsi sebagai bahasa ilmu pula bermaksud

    mempunyai pelbagai cara untuk menyatakan pelbagai

    peristiwa, perasaan atau pemikiran untuk mendapatkan

    kesan-kesan yang berbeza.

    Contohnya, untuk meminta seseorang itu membuka suis

    angin kerana hawa di dalam bilik itu panas, boleh di

    sampaikan dengan pelbagai gaya dan cara.

    Contohnya Berpeluh pula badan. Panas rasanya

    sekarang!, Panas sungguh malam ini, dan Tolong

    pasangkan kipas angin. Saya rasa panas.

    Berikut adalah merupakan contoh-contoh ayat yang

    mempunyai pelbagai gaya dan cara yang pelbagai tetapi

    membawa maksud yang sama.

  • 7/29/2019 Pengantar Linguistik Present

    17/17

    Sekian, Terima

    Kasih..