kerja kursus pengantar linguistik- sh.nur rasyidah

Upload: sharifah-nur-rasyidah

Post on 16-Oct-2015

133 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

BMM 3107 PENGANTAR LINGUISTIK

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS BAHASA MELAYULEMBAH PANTAI, 59990, KUALA LUMPUR.

TUGASAN KERJA KURSUS PROJEK

TARIKH HANTAR 2 SEPTEMBER 2013SEMESTER: 4 AMBILAN JANUARI 2012NAMA GURU PELATIH:SHARIFAH NUR RASYIDAH BINTI SYED MOHD ZAINAL AL-BIDINPENSYARAH PEMBIMBING:ENCIK LOKMAN BIN ABD. WAHIDTARIKH MULA 13 JULAI 2013TAJUK PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (MAJOR BAHASA MELAYU)

TAJUK KURSUS: BMM3107PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU

KUMPULAN:PISMP SEMESTER 4A AMBILAN JANUARI 2012

PENGHARGAAN

Salam sejahtera. Alhamdulillah syukur kerana dengan limpah dan kurnia-NYA, akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan Kerja Kursus Projek Pengantar Linguistik yang diberikan oleh pensyarah kursus ini, iaitu Encik Lokman Abd Wahid ini mengikut jangka masa yang diperuntukkan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan kepada pensyarah pembimbing yang banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat, ilmu dan panduan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Tanpa beliau, tugasan ini tidak dapat disiapkan seperti mana yang dikehendaki. Sesungguhnya, saya berasa cukup bertuah kerana mempunyai seorang pensyarah yang banyak membantu sepertinya. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada rakan sekelas yang sudi memberikan tunjuk ajar yang cukup baik dalam bersama-sama membantu memberikan galakan dan panduan sepanjang menyiapkan tugasan ini. Kepada pensyarah pembimbing, saya dahulukan huluran tangan memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kelemahan dalam tugasan yang telah disiapkan ini. Apa yang pasti, saya sudah mencuba berusaha melakukan yang terbaik seperti mana yang dikehendaki. Namun demikian, segala kelemahan yang mungkin ada merupakan kesilapan saya sendiri dan segala yang baik itu adalah hasil tunjuk ajar dan panduan yang jitu daripada pensyarah pembimbing. Sekian, terima kasih.

( i )SENARAI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Halaman

1.1 Sejarah Perkembangan Linguistik dan Struktur Linguistik 1 - 15 Bahasa Melayu Dari zaman Yunani hingga kini. Bidang-bidang dalam kajian struktur linguistik

1.2 Hubungkait sejarah perkembangan linguistik dan struktur 16 - 20 linguistik dengan perkembangan pemikiran manusia

1.3 Justifikasi kepentingan struktur linguistik ke arah pewujudan guru 21 - 28 bahasa Melayu yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu Penekanan kepada kepentingan struktur sintaksis

1.4 Rumusan 29 - 36 Refleksi

Senarai Rujukan ................................................................................................ Lampiran ...........................................................................................................

1.1 Sejarah Perkembangan Linguistik dan Struktur Linguistik Bahasa Melayu Dari zaman Yunani hingga kini. Bidang-bidang dalam kajian struktur linguistikSejarah Perkembangan LinguistikMenurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat (2005), linguistik boleh didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, dan didengar. Selain itu, linguistik juga diterjemahkan sebagai suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984). Linguistik dikatakan sebagai kajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Menelusuri sejarah perkembangan ilmu linguistik dikatakan bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden, iaitu bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman Pertengahan, zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik Perbandingan dan zaman Linguistik Moden (Verhaar, 1981). Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik sendiri, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah.Dalam huraian berikutnya nanti, akan dijelaskan secara terperinci mengenai susur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik berdasarkan zaman-zaman yang disebutkan sebelum ini. Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman RomMenurut Robins (2003), golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani. Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Ahlifalsafah Yunani mula menelitibahasa sejak 500 SM. Dalam zaman ini, bahasamerupakan sesuatu yang melambangkan tamadun yang tinggi dandapat menerangkankejadianalam berasaskankajianetimologi. Bahasa dianggap suci dan wujudsemula jadi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu (Newmeyer, 1988).Tamadun Yunani menjadi penelitian zaman-zaman berikutnya kerana usaha gigih yang dilakukan oleh ahli-ahli falsafah Yunani yang mereka merupakan kelompok sarjana awal yang melakukan pengkategorian perkataan. Walaupun pada zaman Yunani, linguistik bukan merupakan satu disiplin ilmu serta tidak mempunyai teori atau pendekatan yang sistematik, tetapi tanpa disedari keinginan ahli-ahli falsafah Yunani dalam memahami perlakuan bahasa telah menyebabkan perkataan dikelompokkan ke dalam golongan-golongan tertentu. Secara tidak langsung, kajian tatabahasa, yang berasaskan penggolongan perkataan telah dimulakan. Kajian ini kemudiannya dijadikan asas dalam penelitian linguistik Eropah dan beberapa bahasa lain di dunia (Robins, 1951).Manakala, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya (Robins, 2003). Golongan analogis dan naturalis yang disebut PHUSEI mengatakan bahawa bahasa berada di luar pengaruh manusia, iaitu ciptaan Tuhan, bersifat semulajadi, regular dan logik. Manakala, golongan anomalis atau konvensenis yang disebut THESEI mengatakan pulabahawa bahasa bukan wujud secara semula jadi, wujudsecara konvensyen, dan tidakseragam dengan pelbagai kelainan. Platodalamdialognya cratylus juga mempersoalkan perihal hubungan lambang dengan acuannya, iaitu benda dengan nama benda, sama ada bersifat tabiiatau kesepakatan, walaupun Socrates pernah mengatakan bahawa lambang perlu sesuaidenganacuannya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Platojuga mengatakanbahawa kesimbolikanbunyi memang wujud. Contoh yang diberi ialah bunyi [ r ] menunjukkan gerak, manakala bunyi [ l ] menunjukkan kehalusandankelancaran. Pada peringkat awal, penggolongan kata umumnya menggunakan kriteria semantik atau diistilahkan sebagai kriteria nosional (tanggapan). Berdasarkan kepada kriteria ini, Plato mengkategorikan kata ke dalam dua golongan utama, iaitu kata nama (onoma) dan kata kerja (rhema). Kriteria formal yang digunakan untuk mengkategorikan kata nama ialah kriteria gender, iaitu setiap kata nama mempunyai dua ciri gender - masculine atau feminine tanpa mengira sama ada kata nama tersebut merupakan objek hidup atau tidak (Robins, 1951).Seterusnya, ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle, iaitu pada tahun 384 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung (Verhaar, 1981). Pembahagian ini lanjutan dari pemisahan kata yang dibuat oleh Aristotle yang telah memisahkankata kepada tiga jenis, iaitu onoma (katanama),rhema (kata kerja) dan syndesmoi (katahubung). Seperti mana Aristotle yang menambah kata hubung dalam tatabahasa dan membuat penggolongan kata, puak Stoik dalam zaman Yunani juga turut meneliti penggolongan kata. Puak Stoik membahagikan kata kepada empat, iaitu nomen (katanama), verbum (kata kerja), syndesmoi (katahubung), dan arthron (katasandang). Bagi Stoik, kriteria penggolongan kata bukan berdasarkan aspek semantik dan fungsian semata-mata, tetapi kriteria fleksi turut digunakan. Perincian terhadap aspek semantik telah menyebabkan kata nama dibahagikan kepada dua golongan, iaitu kata nama am dan kata nama khas. Hal ini telah menyebabkan golongan kata telah bertambah kepada lima golongan, iaitu kata nama am, kata nama khas, kata kerja, kata hubung dan kata artikel. Bagi kata hubung, penggolongan kata didasarkan kepada aspek fungsian, iaitu sebagai kata yang menghubungkan sesuatu wacana. Stoik turut menyedari bahawa golongan kata perlu diteliti dari segi bentuknya, iaitu dari segi fleksi sesuatu kata. Menerusi kriteria ini, kata yang mempunyai unsur fleksi yang sama dikategorikan sebagai satu golongan. Aspek fleksi ini telah dijadikan asas penelitian terhadap pola tatabahasa dalam kalangan ahli linguistik selanjutnya (Robins, 1951).Kemudian, kaum Alexandrian dalam zaman Yunani, Dionysius Thrax (100 S.M.), seterusnya telah memperluaskankelaskata kepada lapan, iaitu onoma (kata nama), rhema (kata kerja), metosche(partikel), arthron (katasandang), antonymia(kata ganti), prothesis (kata depan), epirrhema(kata keterangan), dan syndesmoi (kata hubung). Penggolongan kata Thrax ini amat penting dalam perkembangan linguistik Eropah kerana penggolongan yang dilakukannya telah dijadikan asas dalam penggolongan kata bagi kebanyakan bahasa, walaupun penggolongan katanya berasaskan penggolongan kata Aristotle dan Stoik (Robins, 2003). Dalam mengkategorikan kata Thrax turut menggunakan fleksi sebagai salah satu kriteria, di sampingkriteria makna dan fungsian. manakala, kesemua kajianpada zaman ini adalah berasaskantekskuno. Antaranya ialah syair suci Homeros yang berjudul Iliad and Odyssey. Syair ini menjadi buku pegangan orang Yunani Kuno.Seterusnya Aristotle yang juga merupakan sarjana yang mula-mula mengakui wujudnya sistemkala atau tense dalam bahasa Yunani,turut memperkenalkan konsep neutral, iaitu hubungan antara lambang dengan acuan bersifat konvensional. Aristotle berusaha memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik ( Chaer, 2007).Seterusnya, beralih pula kepada Zaman Iskandariah yang bermula pada abad ketiga tahun masihi. Iskandariah yang merupakan sebuah tanah jajahan Yunani telah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani. Namun demikian, penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna (Robins, 1997).Manakala, menelusuri sejarah perkembangan linguistik pada zaman Rom pula dikatakan orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Menurut Robins (1997), orang Rom telah mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Bahkan, wujud tatabahasa yang agaklengkap oleh cendekiawan Romawi. Tatabahasaini merupakan pengubahsuaian daripada karya Yunani yangdicipta mengikut modelYunani. Inibermakna, pengkodifikasian pemikiran, motif dan konseptatabahasa Yunanitelahdilakukan. Pengaruhbahasa Yunani pula telahdibawa oleh Cratesdari Mallos, yangkemudiannya diperkembang olehahli tatabahasa Romawiyangterkenal seperti Appplonius Discollus, M.Terrentius Varro, Priscia dan Donatus.Pada zamanRom juga,kelaskata telahditambah, daripada lapan menjadi sembilan, iaitutambahan numerial (kata bilangan). Kebudayaan Hellenisme yang berasaskan ajaran Stoik pada zaman Yunani juga turut berkembang. Kumpulan tersebut membezakantiga aspek primerbahasa, iaitu senainon (tanda dan simbol), semainomenonatau ekton ( makna) dan pragmaatau tungchanon (hal luaran, situasi). Pada zaman ini, M.Terrentius Varrodianggapahlitatabahasa Rom yang paling tulendalambahasa Latin. Melaluibukunya yangterkenal, De LinguaLatina, beliau telah merumuskan bahawa bahasa itu seragam secara semula jadi, berbentuk fleksidanterbitan mempengaruhibunyidan makna, penggunaankategori morfologi, sintaksisdan etimologi (Newmeyer, 2005). Seterusnya, Priscia yang merupakan ahili tatabahasa Rom melalui karyanya Institutiones Grammatikae, telah membahagikankelaskata kepada lapan, iaitu nomen, verbum, participium, pronomen, adverbiu, praepositio, interjectio dan conjunctio. Karyanya inidianggapbaku hinggakini dan dianggap sebagaikajiantatabahasa Romawiyang representatif. Selainfonologi,aspek yangturut dikaji oleh Priscia ialah morfologi dan sintaksis Secara keseluruhannya, jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman IndiaSejarah perkembangan linguistik pada zaman pertengahan juga yang dikenali sebagai zaman Renaissance. Pada era ini, ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular (Newmeyer, 2005). Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasteraan. Pada era ini juga, teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan pada zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris.Perkembangan linguistik seterusnya beralih pada zaman Arab. Pada zaman ini, Baghdab menjadi sebuah pusat ilmu di dunia dan bahasa semakin berkembang pesat. Perkembangan ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Menurut Khalil I. Semaan (1968), kajian pada zaman Arab tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.Manakala, dalam sejarah perkembangan linguistik pada zaman India, bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas. Perkara ini memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Sebagai contohnya, bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Malahan, kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Sementara ahli-ahli bahasa pada zaman ini banyak memberikan sumbangan yang terpenting. Terutamanya kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik (Newmeyer, 1988). Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik ModenSejarah perkembangan linguistik pada zaman linguistik bandingan pula dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Semasa zaman ini, bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa pula adalah berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L (Newmeyer, 2005). Manakala, sejarah perkembangan linguistik pada zaman moden pula muncul sekitar abad ke-20. Pada zaman ini, muncul tokoh linguistik berbangsa Swiss, iaitu Ferdinand de Saussure (1857-1913). Ferdinand de Saussure dianggap sebagai Bapa Linguistik Moden berdasarkan pandangan-pandangannya yang terdapat dalam karyanya yang berjudul Course de Linguistique Generale. Beberapa pandangan moden dimaksudkan adalah kajian menekankan kepada sinkronis dan diakronis, perbezaan significant dan signifi, perbezaan Langue dan Parol dan hubungan sintagmatik dan paradigmatik ( Chaer, 2007).Sebagai suatu disiplin ilmu, linguistik pada zaman moden mulai dipelajari secara akademik sejak awal abad ke-20. Hal ini kerana sekitar tahun 1960-an, ilmu linguistik telah dipelajari di Inggeris, iaitu di Amerika, namun pada waktu itu masih terbatas kepada peringkat kedoktoran sahaja. Sehinggalah ilmu linguistik semakin mendapat tempat di dunia pendidikan peringkat tinggi. Namun, tokoh linguistik mengakui bahwa perkembangannya tidak secepat ilmu ekonomi dan kesihatan. Pengkajian ilmu bahasa pada zaman ini juga lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik kerana adanya kajian yang menekankan sinkronis dan diakronis. Para pengkaji pada zaman moden turut mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial (Verhaar, 1981).Struktur Linguistik Bahasa MelayuMenurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kata "struktur" didefinisikan sebagai cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu seperti struktur dalam bahasa Melayu. Manakala, menurut Tesaurus Bahasa Melayu, kata "struktur" merujuk kepada binaan atau rangka (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 1994). Struktur bahasa pula wujud akibat adanya aturan-aturan bahasa ( buku Glosarium Bahasa dan Sastera). Maka, terdapatlah struktur bahasa, iaitu ketetapan peristiwa bahasa. Ianya dapat dilihat pada susunan fonem, susunan kata dan susunan frasa serta lagu bicara dan intonasi. Ia juga termasuk struktur bahasa yang harus diketahui seseorang kalau dia ingin berbicara dalam sesuatu bahasa (A. Hamid Hasan Lubis, 1994).Jika dirujuk di dalam A Dictionary of Linguistics and Phonetics, edisi keempat (1997) menyatakan, "Structure in its most general sense, and especially as defined by structuralist studies of human institutions and behavior, the term applies to the main abstract characteristic of a semiotic system. A language for example is a structure in the sense that it is a network of interrelated units, the meaning of the parts being specifiable only with reference to the whole. Dalam erti kata ringkas, struktur dimaksudkan dengan jangka terpakai kepada ciri-ciri utama abstrak sistem semiotik yang merupakan satu rangkaian unit yang saling berkaitan dan maksud bahagian-bahagian yang terkandung hanya speksifik dengan merujuk kepada keseluruhan. Seterusnya, menurut David Crystal (1997), menyatakan the terms "structure" and "system" are often synonymous (and the phrase "structured system" which is sometimes encountered as in "language is a structure system" -as a tautology". Definisi ini secara ringkasnya mengatakan struktur dan sistem adalah perkara yang sinonim, iaitu sama. Dan frasa sistem struktur merujuk kepada sesuatu yang kadang-kadang terdapat seperti dalam bahasa ialah sistem struktur, iaitu ulangan yang tidak berguna. Ini kerana menurut beliau, struktur dan sistem adalah perkara yang sama. Manakala, definisi bagi linguistik dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau studi ilmiah mengenai bahasa (Matthews 1997). Menurut Bolinger (1968), linguistik ialah satu sains bagi mengkaji bahasa. Ini bermakna bahasa digunakan sebagai bahan yang dikaji secara saintifik. Seperti mana Bolinger, Abdullah Hassan ( 1984: 2), juga mengatakan linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. A. Bakar Hamid (1960) menyokong pandangan tersebut dengan mengatakan bahawa linguistik atau ilmu bahasa ialah suatu sains yang mempelajari bahasa manusia (Rencana Linguistik, susunan Abdullah Hassan, 1992:28). Nor Hashimah Jalaluddin juga dalam GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 6 (2) Order 2006: Research and Publications culture Barbarians: A Synergistic (2006) turut mengatakan bahawa, Linguistics is the scientific study of language. Ini jelas bermaksud bahawa linguistik ialah kajian bahasa secara saintifik. Ciri saintifik membolehkan sebarang pertelingkahan dalam pendapat mengenai linguistik dapat diselesaikan menerusi penyelidikan. Menurut beliau lagi, penyelidikan bukan sahaja dapat memperlihatkan satu fenomena bahasa dengan lebih jelas, malah akan menjadikan ilmu itu lebih sahih kesaintifikannya. Beliau turut menambah bahawa ciri saintifik memberi ruang kepada ilmu linguistik itu untuk terus diselidiki. Ciri saintifik ini pula harus mampu memenuhi kriteria pengamatan (observatory), penghuraian (descriptive) dan penjelasan (explanatory). Ketiga-tiga kepadaan (adequacy) ini menjadi piawai kepada peningkatan mutu (tinggi) ilmu linguistik itu sendiri. Ketiga-tiga ciri ini akan mudah dilaksanakan dengan bantuan penyelidikan, kerangka teori yang baik dan persembahan yang menarik.Secara umumnya, istilah struktur dan sistem dalam linguistik lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis. Struktur juga dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis. Dalam huraian lanjut berikutnya, struktur linguistik bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada elemen-elemen seperti berikut: Fonetik dan Fonologi Morfologi Sintaksis Semantik Pragmatik Analisis wacanaFonetik dan Fonologi Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2011), asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi-bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan (Norhashimah Jalaludin, 2007). Perkara ini membawa maksud yang sama seperti yang dikatakan oleh Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985), menyatakan bahawa fonetik adalah kajian tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Manakala, mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages. Sementara Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia, iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat komunikasi. Selain itu, fonetik juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi (Lutfi Abas, 1975). Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula mentakrifkan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita, iaitu manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Manakala Abdullah Hassan (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam pertuturan. Terdapat beberapa cabang dalam bidang fonetik yang terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik auditori. Manakala, fonologi pula ialah kajian tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan dengan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa secara terperinci.Menurut Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia. Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad (2006) pula menjelaskan bahawa fonologi ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam sistem bahasa tersebut. Perkara yang sama turut dinyatakan oleh Abdullah Hassan (2005), yang menyatakan fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.Pendefinisian seterusnya juga diberikan oleh Dal bor, iaitu salah seorang ahlilinguistik Barat yang mengatakan, phonology is the study of the function and patterning of speech sounds yang bermaksud fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang bermakna yang diucapkan oleh manusia. Fonologi secara umumnya terbahagi kepada dua, iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur bunyi bahasa itu. Sebagai rumusan untuk penjelasan mengenai bidang fonetik dan fonologi, bidang ini merupakan salah satu daripada bidang linguistik yang memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Menurut Raja Mukhtaruddin Raja Mohd. Dain (1980), kedua-dua bidang ini saling melengkapi antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana sebelum memahami fonologi, aspek fonetik perlu dikuasai terlebih dahulu. Apabila sudah menguasai bidang fonetik, baharulah sistem bunyi bahasa dalam sesuatu bahasa dapat difahami dan dihuraikan dengan sempurna. Dengan demikian dapat dilihat bahawa fonetik dan fonologi adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Paling penting, bidang ini turut berkait rapat dengan pembakuan sebutan Bahasa Melayu di Malaysia. Justeru itu, sebagai seorang guru, kita seharusnya tidak memandang remeh bidang fonetik dan fonologi dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah. Hal ini kerana bidang ini merupakan bidang linguistik yang berkait rapat dengan bidang linguistik yang lain dan tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.Morfologi Apabila membincangkan morfologi, kita mulai memasuki bidang bentuk, iaitu suatu bidang yang penting dalam bahasa. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) serta A. Bakar Hamid (1964), morfologi membicarakan perkataan dan pembentukannya. Manakala, Kamarudin Husin, Siti Hajar Abdul Aziz, dan Arba'ie Sujud (1997), mengatakan morfologi ialah bidang berkaitan disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula merujuk kepada bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu, iaitu rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Seterusnya, Abdullah Hassan (2003), menyatakan morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan, iaitu morfem dan kata. Sementara, O`Grady dan Guzman (2000), juga menyatakan pendapat dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan rakannya, (2004), iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata. Manakala, Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood (1996), berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata yang dimaksudkan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.Sementara itu, Siti Hajar Abdul Aziz (1996), telah menyatakan morfologi ialah satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soalsoal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata. Morfologi berperanan mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu. Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.Manakala ahli bahasa yang lain, iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd. Noor (1992), menyatakan bahawa morfologi adalah pembentukan yang mengandungi bentuk bentuk terikat antara konsituenkonsituennya yang meliputi bentuk katakata dan bahagian kata.Secara ringkasnya, morfologi ialah satu aspek kajian tatabahasa tentang struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Ia termasuklan perubahan perkataan sama ada pada ertinya mahupun pada bentuk dan jenisnya disebabkan oleh tambahan-tambahan imbuhan dan lain-lain. Dengan itu, morfologi merupakan sebahagian daripada tatabahasa.SintaksisMenurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Sintaksis juga mencakupi bidang yang lebih luas daripada morfologi, iaitu klausa dan ayat. Persoalan bagaimana klausa-klausa dibentuk dan bagaimana klausa-klausa ini membentuk ayat merupakan pokok-pokok pembicaraan dalam sintaksis.Menurut A. Bakar Hamid dalam makalahnya Beberapa Cara Pengkajian Sintaksis, sintaksis membincangkan pembentukan frasa, klausa dan ayat. Manakala mengikut Modul HBML 2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu, sintaksis ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Kesimpulannya, bidang sintaksis merupakan kajian tentang hubungan antara perkataan dengan perkataan dalam proses pembentukan ayat. Kajian ini melibatkan kajian tentang bentuk, struktur, dan binaan ayat serta hukum tatabahasa yang mendasari cara-cara penggabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat. Kita juga dapat memahami bahawa bidang sintaksis adalah sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

SemantikMenurut Nik Safiah Karim (2001), semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti bahasa. Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi. Dengan pendapat di atas, dapatlah dikatakan semantik ialah sebahagian daripada cabang linguistik yang mengkaji bidang makna dalam bahasa. Seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang (Leonard Bloomfield, 1992). Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan nama khas), ekspresi predikat. Menurut Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari (2009), semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek semantikos yang membawa maksud erti yang penting. Selalunya terdapat perbezaan antara semantik dengan sintaksis. Dalam keadaan tersebut, semantik merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi pernyataannya (contoh, secara bertulis ataupun bertutur). Semantik ( Bahasa Yunani): semantikos, memberikan tanda, penting, dari kata sema (sama), tanda adalah cabang linguistik yang mempelajari makna yang terkandung pada suatu bahasa, kod, atau jenis representasi lain. Semantik biasanya dibezakan dengan dua aspek lain dari simbol yang lebih sederhana, serta pragmatik, penggunaan praktis simbol oleh agen atau komuniti pada suatu keadaan atau konteks tertentu. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunanisemant ickos yang membawa makna significant iaitu penting atau beerti ( Hashim Musa, Ong Chin Guan, 1998). Selain itu, sema juga beerti tanda atau lambang. Dalam bidang linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa ( Nik Safiah Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi, falsafah dan antropologi.

PragmatikMenurut Nor Hashimah Jalaluddin dan Julaina Nopiah dalam Jurnal Bahasa: Penguasaan Tatabahasa Remaja Malaysia, Analisis Pragmatik (2003), pragmatik merupakan suatu ilmu penginterpetasian (pentafsiran) linguistik yang melibatkan faktor-faktor bukan linguistik, iaitu kombinasi di antara faktor linguistik dan bukan linguistik. Hal ini benar-benar dapat membantu penyelidik untuk memperolehi makna yang lebih berkesan (Nor Hasyimah Jalaluddin, 1992:1). Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1229), Pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu linguisitk yang berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu.Nor Hashimah Jalaluddin juga dalam GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 6 (2) Order 2006: Research and Publications culture Barbarians: A Synergistic (2006) turut mengatakan bahawa pragmatik lahir sebagai tindak balas terhadap Chomsky kerana Chomsky telah menjadikan bahasa sebagai satu alat yang abstrak, atau menyifatkan bahasa sebagai keupayaan mental semata-mata. Tambah beliau lagi, teori bahasa Chomsky telah memisahkan penggunaan bahasa, dan fungsi bahasa. Dan bagi melemahkan pengaruh Chomsky, golongan semantik generatif telah bekerjasama dengan golongan pemikiran falsafah dan mereka cuba menunjukkan peri pentingnya bahasa dengan memahami sifat semula jadi bahasa (Strawson, Austin, Grice dan Searle dalam Levinson, 1983). Sebab itulah banyak istilah pragmatik dicedok dari falsafah bahasa.Dalam Kamus Linguistik (1997:192) pula, pragmatik yang terdapat dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu. Dalam linguistik moden, pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa ke ataspeserta lain dalam lakuan komunikasi. Pragmatik ialah kajian mengenai penggunaan bahasa. Mengikut Jens Allwood (1983) , pragma berasal daripada perkataan Greek yang membawa makna aksi atau aktiviti. Selain daripada itu, terdapat ramai ahli linguistik yang telah cuba memberikan pengertian mengenai pragmatik. Di antaranya ialah seorang ahli falsafah, iaitu Charles Morris (1938, 1946) yang telah membincangkan mengenai tiga konsep tradisional, iaitu sintaksis, semantik, dan pragmatik. Menurut beliau, pragmatik merupakan kajian mengenai hubungan di antara lambang-lambang dengan penutur-pendengar. Pendapat beliau ini telah telah diulas oleh Levinson (1983) dalam bukunya yang bertajuk Pragmatics. Levinson telah menjadikan pragmatik sebagai tajuk yang popular sekarang. Beliau mengatakan bahawa pragmatik sebagai kajian mengenai bahasa yang mempunyai ayat yang gramatikal. Pendapat beliau ternyata mempunyai kelemahannya kerana kalau ditekankan kepada aspek bahasa yang gramatikal sahaja, bahasa yang tidak gramatikal sukar untuk ditentukan ciri pragmatiknya. Levinson sekali lagi dalam tahun 1983, telah memberikan definisi yang lebih terperinci mengenai pragmatik dengan mengatakan bahawa teori ini merupakan teori yang cuba untuk menerangkan hubungan bahasa dengan penggunanya, termasuklah penggunaan deiksis dan juga indeksikal, implikatur perbualan, pra-andaian, lakuan bahasa, dan struktur perbualan. Markkanen (1985) beranggapan bahawa pendapat Levinson terhadap pragmatik adalah saling bertindih dengan sosiolinguistik kerana kesesuaian adalah satu aspek kemampuan berkomunikasi. Seorang lagi sarjana yang membincangkan tentang ilmu pragmatik ialah Leech (1983). Beliau telah memberikan definisi pragmatik sebagai satu kajian bagaimana sesuatu ujaran mempunyai makna di dalam sesuatu situasi di mana terdapat kesediaan pengguna bahasa untuk berkomunikasi. Jika dibuat kesimpulan berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ahli-ahli sarjana tersebut, pragmatik ialah penginterpretasian makna yang melibatkan faktor-faktor bukan linguistik, maka ia benar-benar membantu pendengar mendapatkan makna yang sebenarnya. Dalam bidang pragmatik, terdapat beberapa skop kajian yang menjadi perbincangan yang utama, iaitu deiksis (deixis), implikatur (implicature), pra andaian (presupposition) dan lakuan tuturan (speech acts).

Analisis wacanaMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa.Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan, iaitu melibatkan hubungan pembicara dan pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara.Asmah Haji Omar (1982), menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.Menurut Raminah Haji Sabran (1984), mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.Manakala, menurut Fokker (1951) pula, hubungan kesinambungan cerita itu dapat menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan (verwijzing), kata-kata penghubung (verbindingswoorden) dan pengguguran (ellips). Kesatuan makna dalam wacana seperti yang diterangkan di atas akan dilihat dari segi makna logik dan makna tautan. Makna tautan inilah yang merupakan konsep semantik dan merujuk kepada perkaitan kebahasaan yang didapati pada suatu ujaran yang membentuk wacana.Seterusnya, Stubbs, Michael menyatakan bahawa wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran.Berikutnya, menurut Harimurti Kridalaksana (1984), menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.Sementara, Henry Guntur Tarigan (1995), menegaskan bahawa wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.Setelah dilihat beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana yang diambil daripada berbagai-bagai sumber, dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga perbezaan pendapat mengenai dengan definisi wacana yang diperolehi dari ahli-ahli linguistik ataupun penulis. Dapat juga disimpulkan di sini bahawa wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Sebagai unit bahasa yang tertinggi, wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Sebagai kajian, wacana memfokuskan pada unit tertinggi bahasa itu sehingga meliputi amalan sosial.

1.2 Hubungkait sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik dengan perkembangan pemikiran manusiaSejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik adalah mempunyai hubungkait dengan perkembangan pemikiran manusia. Hal ini adalah kerana tanpa pemikiran manusia, mana tidak wujudlah linguistik atau ilmu bahasa yang asasnya terhasil dari ujaran manusia sendiri. Ketiga-tiganya adalah saling berhubungan. Pemikiran manusia pula adalah sentiasa mengalami perkembangan dalam menyesuaikannya dengan perkembangan linguistik. Pemikiran manusia yang dimaksudkan adalah daripada pemikiran tokoh- tokoh linguistik atau ahli-ahli bahasa yang banyak memberikan sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. Hubungkait pertama yang dapat dilihat adalah menerusi pemikiran Edward Sapir (1884 -1939), iaitu seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Kajian yang dibuat oleh beliau ialah berkenaan hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi. Beliau berpendapat bahawa psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Perkara ini mempunyai kaitan dari segi struktur linguistik seperti mana yang didefinisikan oleh Bolinger (1968), bahawa ilmu bahasa ialah satu sains bagi mengkaji bahasa. Maksudnya ialah bahasa dapat dikaji dengan adanya ilmu bahasa yang dianggap sabagai satu sains seperti mana Edward Sapir (1986) yang mengatakan pengkajian bahasa adalah dalam sains yang didasari oleh psikologi. Pemikiran ini jelas mempunyai perkaitan kerana masing-masing meletakkan ilmu bahasa sebagai satu sains dalam membuat kajian. Psikologi yang dimaksudkan itu pula adalah berkenaan jiwa atau fikiran yang berhubung dengan manusia. Sememangnya melalui bahasa sendiri, kita dapat mengenal psikologi seseorang manusia kerana bahasa mampu berfungsi sebagai alat atau medium untuk memulakan sesuatu perhubungan agar kita lebih mengetahui perihal seseorang.Selain itu, pemikiran Edward Sapir juga mempunyai kaitan dengan struktur bahasa apabila beliau mengatakan struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan struktur pemikiran manusia. Struktur bahasa seperti yang didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), iaitu bermaksud cara sesuatu terbina atau terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur, atau aspek hingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu. Dan struktur bahasa inilah yang dikatakan Edward Sapir sebagai penentuan kepada struktur pemikiran manusia. Malahan, menurut Edward Sapir juga, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Ini jelas bermakna struktur bahasa mempunyai hubungkait dengan perkembangan pemikiran manusia. Hal ini demikian kerana manusia menggunakan bahasa untuk menyampaikan perkara yang mereka rasa dan fikirkan. Justeru, perlunya struktur bahasa yang menetapkan peraturan-peraturan khusus dalam bahasa bagi memastikan ia mampu menentukan struktur pemikiran manusia (A. Hamid Hasan Lubis, 1994). Ini kerana, jika struktur bahasa sendiri terdapat peraturan khusus maka, struktur pemikiran manusia juga adalah mempunyai hal yang sama. Dari struktur bahasa, kita dapat melihat pemikiran yang cuba disampaikan.Seterusnya, pemikiran Edward Sapir turut mempunyai hubungkait dengan sejarah perkembangan linguistik, iaitu pada zaman lingustik bandingan yang merupakan permulaan kepada linguistik moden. Hubungkait ini dibuktikan menerusi sebuah buku beliau yang bertajuk Language, yang menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat. Sebagaimana Edward Sapir menggunakan antropologi dalam melihat bahasa, begitu juga dalam sejarah perkembangan linguistik pada zaman linguistik bandingan. Menelusuri sejarah perkembangan lingustik pada zaman linguistik bandingan, bidang bahasa pada zaman ini mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi. Dan satu lagi ialah sosiologi. Menggunakan pendekatan kajian inilah, kajian mengenai bahasa dapat dikaji berdasarkan bukti nyata. Hal ini kerana, antropologi ialah pengajian saintifik yang mengkaji manusia dari segi asal usul manusia, iaitu merangkumi perkembangan fizikal dan budayanya, ciri-ciri rasnya dan adat resam, serta kepercayaannya ( Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Rasionalnya, apabila menggunakan pendekatan antropologi, iaitu dengan menggunakan pengajian saintifik, maka kajian bahasa dapat dibuat berdasarkan bukti nyata kerana kajian tentang manusia dapat dibuktikan menggunakan saintifik.Hubungkait seterusnya juga dapat dilihat menerusi pemikiran Edward Sapir yang berikutnya, iaitu beliau mengatakan bahawa tiada bahasa yang sempurna dan bahasa akan sentiasa berubah. Hasil pemikiran ini adalah berkaitan sama sekali dengan sejarah perkembangan linguistik dan struktur bahasa. Sebagai contohnya, dalam sejarah perkembangan linguistik sendiri, ilmu bahasa sentiasa mengalami perubahan berdasarkan zaman ke zaman. Sebagai contohnya, perkembangan linguistik pada zaman India di mana bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas. Perkara ini memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik kerana bahasa mengalami perubahan. Sebagai contohnya, bahasa dalam bahan kajian pada zaman ini turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Malahan, kajian bahasa mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Mereka juga telah berjaya membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Ini membawa makna bahawa bahasa akan setiasa mengalami perubahan bagi mencapai kesempurnaan dan peredaran dalam zaman. Berdasarkan huraian sebelum ini, dapatlah dinyatakan bahawa pemikiran-pemikiran Edward Sapir ini mempunyai kaitan dengan sejarah perkembangan linguistik dan struktur bahasa.Berikutnya, perkembangan pemikiran manusia yang mempunyai hubungkait dengan sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik adalah hasil pemikiran Leonard Bloomfield (1887 1949). Bloomfield merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. Dalam erti kata yang lain juga, pemikiran ini menjurus kepada bahasa dalam pertuturan yang berfungsi mengeluarkan ujaran dari fikiran manusia. Pemikiran Bloomfield ini dapat dikaitkan dengan struktur bahasa dalam elemen fonetik dan fonologi. Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Manakala, fonologi merupakan bahagian daripada linguistik deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia (Arbak Othman, 1983). Elemen fonetik dan fonologi dalam struktur bahasa ini mempunyai hubungkait dengan perkembangan pemikiran manusia, iaitu berdasarkan pemikiran Bloomfield yang menyifatkan bahasa yang terdiri dari ayat-ayat yang tersusun di dalam otak dan dikeluarkan. Pengeluaran atau penghasilan ayat-ayat inilah yang dikaitkan dengan struktur bahasa berdasarkan elemen fonetik dan fonologi.Pemikiran Bloomfield ini juga mempunyai kaitan dengan struktur bahasa dalam elemen analisis wacana. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya (Asmah Haji Omar, 1982). Wacana juga tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem secara teratur. Hal ini bertepatanlah dengan pemikiran Bloomfield yang beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Sumber pangkalan data ucapan datangnya dari otak yang menurut Bloomfield mengandungi ayat-ayat yang tersusun dan dikeluarkan apabila adanya ransangan. Pemikiran Bloomfield berikutnya pula berkenaan satu elemen dalam struktur bahasa, iaitu morfologi. Menurut Leonard Bloomfield (1992), dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd. Noor, menyatakan bahawa morfologi adalah pembentukan yang mengandungi bentuk bentuk terikat antara konsituenkonsituennya yang meliputi bentuk katakata dan bahagian kata. Tambahan daripada Siti Hajar Abdul Aziz, (1996), morfologi merupakan satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soalsoal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata. Berdasarkan pemikiran Bloomfield ini, sekali lagi pemikiran Bloomfield yang mewakili pemikiran manusia ini mempunyai hubungkait secara jelasnya dengan struktur bahasa.Selain itu, pemikiran Bloomfield juga ada menyentuh mengenai anggapan beliau yang mengatakan bahasa dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap sesuatu rangsangan. Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Apabila berbincang mengenai tingkah laku, ia membawa makna mengenai perilaku, gerak geri, atau perbuatan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Tingkah laku merangkumi perbuatan, tutur kata, kelakuan dan perkara-perkara seumpamanya. Apabila pemikiran Bloomfield yang menyentuh perihal bahasa sebagai satu tingkah laku, ia adalah merujuk kepada bahasa adalah satu kelakuan manusia, iaitu perbuatan menghasilkan bahasa. Dan melibatkan tutur kata, iaitu bahasa diujarkan dalam pertuturan. Pemikiran Bloomfield ini mempunyai kaitan jelas dengan struktur bahasa, iaitu berkaitan dengan fonetik dan fonologi di mana adanya tingkah laku antara penutur dengan pendengar dalam menghasilkan ujaran semasa aktiviti pertuturan.Seterusnya, pemikiran Bloomfield juga melibatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Misalnya, dalam buku yang popular dihasilkan beliau, iaitu Language (1933). Bloomfield memperlihatkan konsep santifik dalam kajiannya kerana menerusi penggunaan saintifik, maka hasil atau bahan kajian yang nyata dapat dihasilkan. Pemikiran Bloomfield ini juga mempunyai kaitan secara langsung dengan sejarah perkembangan linguistik pada zaman India. Jika dalam pemikiran Bloomfield, beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, begitu juga semasa sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada zaman tersebut, ahli-ahli bahasa pada zaman India membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Kesannya, kajian mereka lebih baik daripada Yunani malah memberikan kesan yang besar kepada ilmu linguistik. Pemikiran Bloomfield juga turut menyentuh mengenai makna, iaitu beliau mengatakan seseorang itu boleh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang (Leonard Bloomfield, 1992). Pemikiran Bloomfield ini sekali lagi mempunyai kaitan dengan struktur bahasa dalam elemen semantik, iaitu bidang yang mengkaji makna atau erti bahasa (Nik Safiah Karim, 2001). Pemikiran Bloomfield ini bermaksud seseorang boleh mengetahui makna dari pertuturan apabila makna tersebut ada kaitan dengan pengetahuan saintifik seseorang, iaitu melibatkan penutur dan pendengar. Bidang mentakrifkan makna tersebut pula adalah berkaitan terus dengan bidang semantik yang merupakan sebahagian daripada cabang linguistik yang mengkaji bidang makna dalam bahasa. Kesimpulannya, pemikiran Bloomfield yang menyentuh mengenai takrifan makna dari pertuturan ini adalah mempunyai hubungkait dengan struktur bahasa, iaitu dalam bidang semantik.Perkembangan pemikiran manusia berikutnya pula ialah daripada tokoh linguistik moden, iaitu Ferdinand de Saussure (18571913). Beliau ialah orang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis ialah kajian berkenaan bahasa pada suatu masa tertentu. Manakala, linguistik diakronis pula mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahan-perubanan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut. Berdasarkan pemikiran De Saussure ini, ianya mempunyai kaitan terus dengan sejarah perkembangan linguistik pada zaman linguistik moden. Hal ini kerana pada zaman lingusitik moden, kajian-kajian pada era ini juga turut menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Hal ini sama seperti mana pemikiran De Saussure yang menekankan sinkronis dan diakronis dalam kajiannya. Selain itu, pemikiran De Saussure juga berkaitan dengan penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden. Pemikiran ini sekali lagi mempunyai kaitan langsung dengan sejarah perkembangan linguistik, iaitu pada zaman linguistik moden. Ini kerana para pengkaji pada zaman linguistik moden juga turut mengeluarkan penemuan-penemuan baharu termasuklah mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial. Disebabkan pemikiran-pemikiran De Saussure sendiri mempunyai kaitan dengan zaman linguistik moden, maka, tidak hairanlah De Saussure dikenali sebagai sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden.

1.3 Justifikasi kepentingan struktur linguistik ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu demi pemartabatan bahasa Melayu di buminya sendiri.

Penekanan kepada kepentingan struktur sintaksis

Linguistik ialah bidang ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik (John Lyons 1968:1). Kajian secara saintifik bermaksud kajian yang teratur, mengikut rumusan dan mempunyai bukti. Menurut Kamus Dewan (1983), linguistik bermaksud bidang dalam pengajian ilmu bahasa. Ilmu bahasa ini merujuk kepada kajian bahasa Melayu yang melibatkan struktur bahasa itu sendiri seperti kajian fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmatik dan analisis wacana. Dan dalam penyampaian ilmu bahasa ini, bahasa Melayu telah diangkat menjadi bahasa ilmu yang menjadi wahana penyampaian ilmu linguistik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bahasa ilmu ialah bahasa yg mampu menjadi perantaraan bagi penyampaian ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat tinggi. Dan apabila bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa ilmu, maka usaha memartabatkannya haruslah dimulakan daripada para pendidik khususnya guru bahasa Melayu yang sudah pasti menggunakan bahasa Melayu sebagai medium perantaraan penyampaian ilmu bahasa. Dan struktur linguistik dilihat berkepentingan ke arah mewujudkan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu demi pemartabatan bahasa tersebut di bumi Malaysia ini. Namun demikian, sejauh mana struktur linguistik berkepentingan ke arah tersebut akan dibincangkan dalam huraian subtopik ini.Struktur linguistik berkepentingan ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana guru bahasa Melayu merupakan pengajar, pelatih, dan pendidik bahasa. Oleh yang demikian, guru-guru bahasa perlu mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang mantap terhadap bahasa yang diajarkannya. Antara pengetahuan dan kefahaman yang penting bagi guru-guru bahasa adalah berkait dengan pengetahuan dan kefahaman tentang sintaksis, iaitu salah satu cabang dalam struktur linguistik. Ini kerana bahasa terdiri dari ayat-ayat. Tanpa ayat-ayat, bahasa tidak akan berdiri dengan sendirinya. Pentingnya pengetahuan dan kefahaman mengenai struktur sintaksis kepada guru bahasa Melayu kerana sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat ( Nik Safiah Karim, 2008). Dan secara jelasnya adalah berhubung dengan bagaimana hendak membentuk ayat. Tanpa pengetahuan yang mantap tentang sintaksis, bagaimanakah guru-guru bahasa dapat mengajarkan sesuatu bahasa? Berdasarkan persoalan ini, jelas menunjukkan betapa pentingnya pengetahuan sintaksis kepada guru-guru bahasa Melayu kerana pengetahuan dan kefahaman tersebut sendiri diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Melayu. Jika guru bahasa Melayu sendiri gagal atau kurang memahami bidang sintaksis, bagaimana pula anak muridnya? Sedangkan guru bahasa itu adalah mewakili pengguna bahasa Melayu sekali gus pembawa bahasa Melayu kepada generasi berikutnya? Jika guru sendiri pincang ilmunya, ke mana hala tuju bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa ilmu?Seterusnya, struktur linguistik adalah penting kepada pembentukan guru bahasa Melayu merangkap pengguna bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana jika dilihat kepada masalah yang dihadapi oleh guru bahasa Melayu sendiri yang tidak menguasai dan memahami ilmu tentang struktur linguistik adalah sangat banyak. Sebagai contohnya, masalah yang berpunca daripada guru bahasa Melayu yang kurang mempunyai pengetahuan dan kefahaman dalam bidang sintaksis. Masalah ini timbul apabila guru bahasa melayu yang kurang mahir dalam bidang sintaksis mengajarkan murid menulis ayat sehinggalah terdapat binaan ayat murid yang salah, iaitu murid tidak dapat membezakan antara rumus yang telah ditetapkan. Misalnya pengunaan ialah dan adalah. Masalah ini boleh berpunca daripada kegagalan guru menerangkan atau murid sendiri yang tidak ambil peka tentang kesalahan tersebut. Namun, jika kesalahan sama yang berulang, maka tidak lain dan tidak bukanlah guru faktornya. Menurut dapatan jurnal yang dikaji oleh Loeb, S., Miller, L., dan Strunk, K. (2009), mengatakan bahawa seorang guru yang profesional ialah guru yang mengetahui segala perkara yang diajarnya. Tambahan lagi, keupayaan guru mempengaruhi keupayaan murid.Hal ini demikian kerana, jika seorang guru mempunyai pengetahuan dan kefahaman mendalam mengenai bidang sintaksis, maka kesalahan sama tidak akan berulang kerana murid akan sedar kesalahan tersebut dek pengaruh penerangan berkesan daripada guru. Namun, sebaliknya berlaku apabila guru sendiri yang ternyata kurangnya ilmu tentang sintaksis tidak akan dapat memberikan penerangan tepat mengenai perkara tersebut. Kesannya, pelbagai jangkaan masalah lanjutan akan berlaku. Antaranya, masalah ini membuatkan murid sering melakukan kesilapan yang sama berulangkali kerana mereka kurang memahami apa yang diterangkan oleh guru mereka. Perkara ini semua adalah penting dititikberatkan kerana ia mendorong ke arah penggunaan bahasa Melayu yang betul. Bukankah kita ingin melahirkan pengguna bahasa Melayu yang menggunakan bahasa ilmu untuk menaikkan martabat bahasa ini di bumi gemilang ini? Jadi, inilah saluran tepatnya, iaitu apabila guru bahasa Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu atau bahasa perantaraan semasa penyampaian ilmu pengetahuan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005).Berikutnya, masih dalam perbincangan mengenai kepentingan stuktur linguistik, iaitu menyentuh kepentingannya dalam bidang sintaksis ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kepentingan struktur sintaksis berikutnya ialah supaya murid dapat mengenalpasti yang mana jenis-jenis ayat yang dibuat seperti ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya. Hal ini berikutan masalah yang selalu timbul disekolah ialah murid tidak dapat untuk membezakan antara jenis-jenis ayat. Hal ini dapat dibuktikan melalui ujian UPSR yang dibuat. Kebanyakan murid di sekolah rendah masih lagi lemah dalam mengenal pasti jenis-jenis ayat yang dibuat. Masalah ini menyebabkan mereka semakin ketinggalan. Kesannya melarat sehingga ke sekolah menengah. Hal ini kerana jika murid terbabit ialah tahun enam, maka apabila mereka masuk ke sekolah menengah segala konsep yang telah diajar tidak akan diulang kembali kerana guru-guru di sekolah menengah pastinya menganggap murid-murid tersebut telah mahir dalam bidang tersebut. Hal ini selalu terjadi kepada murid yang berada di kelas belakang. Bahkan, satu kesulitan pula kepada guru-guru di sekolah menengah yang perlu melakukan aktiviti pengukuhan serta mengulang kaji bidang ini yang pasti cabarannya lebih terasa. Bukankah jika dibendung dari awal adalah lebih elok? Oleh itu, guru bahasa Melayu khususnya pada peringkat awal sangat memainkan peranan dalam mengatasi masalah ini. Salah satunya dengan melengkapkan diri terlebih dahulu dengan ilmu dan kefahaman sintaksis. Hal ini kerana guru bahasa Melayu ialah model pengguna bahasa Melayu. Jika guru dapat menunjukkan penggunaan bahasa Melayu yang tepat, maka murid akan beroleh hasil yang sama (Abdullah Hassan, 2009). Perkara ini sekali lagi jelas menunjukkan struktur linguistik terutamanya bidang sintaksis adalah penting ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Sememangnya, ilmu sintaksis banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa Melayu. Oleh itu, perlunya penguasaan guru bahasa Melayu dalam bidang ini supaya murid dapat menguasai sesuatu pembelajaran, bukan sekadar belajar untuk peperiksaan tetapi kefahaman terhadap bagaimana sesuatu bahasa terbentuk dan digunakan dalam kehidupan seharian. Ini penting bagi membentuk pengguna bahasa Melayu yang cekap berbahasa kerana bahasa ini digunakan sebagai bahasa ilmu. Dalam pengajaran dan pembelajaran sendiri, apabila guru cukup terlatih dengan ilmu sintaksis, maka proses pembelajaran dan pembelajaran akan menjadi lancar. Sebagai contohnya, melengkapi ilmu sintaksis, murid dapat mengenalpasti dan mengetahui pembahagian subjek dan predikat dalam ayat dan dapat membezakan sesuatu perkataan sama ada tergolong dalam subjek atau predikat. Secara terangnya, teori dalam ilmu sintaksis dapat membantu guru menerangkan fenomena atau aktiviti secara praktikal mahupun tulisan. Dengan penguasaan ilmu sintaksis ini, guru juga dapat mengenal pasti kesalahan dan penggunaan ayat dalam bahasa serta membetulkan kesalahan yang dilakukan. Sebagai contoh, ayat-ayat atau percakapan yang digunakan dalam kehidupan harian dapat dibetulkan. Sekali gus dapat membentuk guru bahasa Melayu yang merupakan pengguna bahasa Melayu merangkap penjulang bahasa ilmu. Inilah kepentingan nyata ilmu sintaksis yang terdapat dalam struktur linguistik.Sehubungan itu, kepentingan guru bahasa Melayu menguasai ilmu sintaksis perlu dititikberatkan kerana aspek sintaksis merupakan satu bahagian penting dalam menentukan tahap kebolehan dan kemahiran pelajar menghasilkan kejayaan dalam pelajaran (Khatijah Abdul Hamid. 1997). Sebagai contohnya, untuk menghasilkan sesebuah karangan yang baik dan bermutu. Menurut Abdul Jalil Othman (1997), kelemahan pelajar dalam penulisan karangan disebabkan mereka tidak tahu teknik menulis karangan dan kurang diberi pendedahan bagaimana menghasilkan karangan yang benar-benar mantap. Kelemahan mereka juga bukan sahaja dari segi gaya penulisan yang tidak teratur dan tidak menepati ciri-ciri penulisan yang sebenarnya, malah mereka juga lemah dari segi penggunaan bahasa terutama dari segi tatabahasa yang melibatkan bentuk-bentuk gramatikal dan pola-pola sintaksis. Oleh itu, dengan ilmu sintaksis yang dimiliki oleh guru bahasa Melayu serta menggabungkan bahan ransangan dan kemahiran yang ada, guru boleh membaiki dan menampung segala kelemahan murid dengan memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Impaknya, murid yang lemah penggunaan bahasanya boleh ditingkatkan penggunaan bahasanya apabila guru sendiri bijak memanipulasikan ilmu sintaksis yang dikuasai. Tanpa ilmu, keberhasilan adalah kurang berkesan. Malahan, penggunaan bahasa murid bukan sekadar baik dalam penulisan, bahkan juga dalam lisan kerana murid pastinya terbiasa dengan penggunaan bahasa yang betul seperti mana yang diajarkan oleg guru. Apabila perkara ini berlaku, maka tidak dapatlah disangkal sama sekali bahawa ilmu sintaksis dalam struktur linguistik dapat membentuk guru bahasa Melayu atau pengguna bahasa Melayu yang tidak ragu sama sekali menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu demi memartabatkan bahasa ini sendiri.Di samping itu, struktur linguistik juga berkepentingan secara khusus kepada guru bahasa Melayu kerana dengan adanya pengetahuan mengenai ciri-ciri bahasa seperti struktur dan sistemnya, ia akan memudahkan guru memberi huraian serta penjelasan tentang aspek-aspek bahasa yang diajar kepada para pelajar terutamanya dalam struktur susunan bunyi, aspek sebutan, perkataan atau ayat bahasa Melayu. Malahan, ilmu linguistik banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa yang berfungsi sebagai bahan pengajaran. Dan apabila guru melengkapkan diri dengan pengetahuan berkaitan semua aspek kebahasaan yang meliputi struktur linguistik, maka guru dapat menguasai dengan baik semua kemahiran bahasa dan memahami setiap aspek budaya Melayu termasuklah aspek-aspek fonologi, morfologi, sintaksis, sistem ejaan, kosa kata, istilah, sebutan baku dan laras bahasa, leksikologi sehingga ke pengetahuan mengenai hubungan bahasa dengan kemasyarakatan dan kebudayaan. Sekali gus, pengetahuan dalam struktur lingusistik membantu mewujudkan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu bahasa perantaraan dalam pengajaran ilmu bahasa. Dengan ini, usaha memartabatkan bahasa Melayu dapat direalisasikan secara langsung.Selain itu, struktur linguistik juga mampu mewujudkan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu apabila guru menggunakan bahasa Melayu semasa pengajaran struktur linguistik dan kesannya murid sendiri bukan sekadar mempelajari ilmu bahasa, bahkan bahasa ini sendiri menjadi bahasa perhubungan antara guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, guru menggunakan bahasa Melayu semasa pengajaran ilmu linguistik, maka murid juga belajar ilmu menggunakan bahasa yang sama. Ini menyumbang kepada penggunaan bahasa Melayu yang cukup meluas dalam penyampaian ilmu linguistik. Mengambil contoh lebih mudah, semasa guru mengajar salah satu ilmu dalam struktur linguistik seperti fonetik dan fonologi yang berkaitan membunyikan ujaran, maka proses pembelajaran yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan berlaku. Kesannya, bukan sekadar dapat mewujudkan guru yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahkan murid juga menerima tempias yang sama. Sebagai contohnya, apabila guru mengajarkan murid membunyikan ujaran yang betul dalam bahasa Melayu, maka murid pun dapat mengguna dan mengamalkan bahasa Melayu baku dengan betul. Berikutnya, struktur linguistik memainkan peranan penting ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana menerusi pengetahuan dalam ilmu linguistik, persediaan seseorang guru dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah adalah lebih baik. Ini seterusnya membantu guru melahirkan pelajar yang mampu mengaplikasikan penggunaan sesuatu bahasa dengan betul dalam pembelajaran di dalam bilik darjah mahupun dalam perbualan seharian mereka. Sememangnya guru bahasa Melayu memerlukan ilmu linguistik. Ini kerana, untuk mewujudkan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, guru seharusnya terlebih dahulu mendalami ilmu linguistik. Apabila guru sendiri menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam penyampaian ilmu linguistik dan menguasainya terlebih dahulu, maka guru dapat mengajar anak murid mereka pula ilmu bahasa yang penuh bermakna. Oleh itu, guru hendaklah melengkapkan dirinya dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang linguistik kerana ia dapat membantu dalam mendeskripsi bahasa dengan tepat dan mempengaruhi penggunaan bahasa yang mampu memberi kesan yang amat berpengaruh. Penggunaan bahasa yang baik membolehkan kita menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksi yang jelas dan nyata. Oleh itu, sebagai guru bahasa Melayu, pengetahuan tentang struktur linguistik haruslah difahami dan dikuasai sebaik-baiknya. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam menyampaikan ilmu bahasa pula perlulah digunakan dengan cara yang betul agar ilmu bahasa dapat disampaikan dengan baik kepada murid. Sebagai contohnya, bidang fonetik dan fonologi yang digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah adalah melibatkan pembakuan sebutan Bahasa Melayu di Malaysia. Dan dalam pengajaran bidang ini, guru menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, iaitu bahasa perantaraan. Maka, semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat belajar menggunakan sebutan bahasa Melayu dengan betul berdasarkan bidang fonetik dan fonologi yang terlebih dahulu dikuasai oleh guru. Struktur linguitik di sini berfungsi secara jelas sebagai intipati wahana penyampaian. Sekali gus menggerakkan ilmu bahasa dan dilihat berkepentingan dalam usaha ke arah mewujudkan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Seterusnya menggalakkan pemartabatan bahasa Melayu di bumi bertuah ini.Selain itu, bukti lain yang menunjukkan kepentingan struktur linguistik ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, kita tidak perlu pergi lebih jauh. Ini kerana jika melihat kepada butir-butir semua panduan kursus TESL/ TEFL/ TESOL yang ditawarkan oleh sebarang universiti atau maktab di mana-mana sahaja, semuanya memasukkan bidang fonetik, fonologi, sintaksis, dan semantik ke dalam kursusnya (Abdullah Hassan, 1980). Bidang-bidang ini ialah inti ilmu linguistik. Secara rasionalnya, perkara-perkara ini tidak akan diajarkan kalau tidak penting dalam pengajaran bahasa. Begitu juga kursus perguruan untuk bakal pengajar bahasa Malaysia, semuanya mengandungi unsur-unsur linguistik. Dan kesemua unsur linguistik ini disampaikan oleh guru bahasa menggunakan satu bahasa yang difahami bersama, iaitu bahasa Melayu yang digunakan sebagai bahasa ilmu dalam pengajaran bahasa Melayu. Peri pentingnya struktur linguistik ini dalam mewujudkan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ialah struktur linguistik ini menjadi medium dalam pengajaran bahasa. Sementara, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa ilmu, iaitu bahasa perantaraan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya, guru bahasa Melayu mengajar ilmu yang terkandung dalam struktur linguistik menggunakan bahasa Melayu. Ini bermakna, struktur linguistik bertindak sebagai bahan dalam pengajaran. Hal ini sekali gus membuktikan bahawa struktur linguistik memainkan peranan penting dalam dalam mewujudkan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.Seterusnya, struktur linguistik penting ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana tanpa adanya ilmu linguistik ini, pengajaran bahasa Melayu tidak akan ke mana. Hal ini demikian kerana struktur linguistik yang mengandungi bidang-bidang seperti fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, pragmatik, dan analisis wacana merupakan bahan dalam pengajaran bahasa. Walau bagaimanapun, tidak bermaksud seandainya seseorang guru bahasa Melayu tidak mempunyai pengetahuan dalam struktur linguistik, maka pengajaran bahasa Melayu tidak akan dilaksanakan. Ini kerana terdapat segelintir guru bahasa Melayu yang mengajar bahasa Melayu tanpa mempunyai pengetahuan dalam ilmu ini. Mungkin mereka boleh mengajar tanpa ada sebarang masalah, namun tetap terdapat perbezaan dengan guru yang mempunyai pengetahuan dalam struktur linguistik, iaitu dari segi kualiti atau hasil pengajaran bahasa tersebut. Ini kerana pengetahuan dalam struktur linguistik dapat membentuk guru bahasa yang lebih baik (Abdullah Hassan, 1980). Mungkin ramai antara guru bahasa yang tidak begitu jelas mengetahui manfaat yang boleh mereka dapati daripada ilmu linguistik. Dengan kata lain mereka tidak mengetahui kegunaan linguistik di dalam bilik darjah. Padahal, ilmu ini sangat berguna dalam pengajaran. Malahan, menurut D.A. Wilkins (1972), guru bahasa sememangnya memerlukan ilmu linguistik. Dan guru perlu mengetahui kaitan hubungan linguistik dengan pengajaran bahasa kerana linguistik dan pengajaran bahasa berhubung rapat antara satu sama lain (Meor Mohd. Aiyub Meor Zakaria, 2002). Ini kerana, pengajaran bahasa dapat dijalankan dengan lebih baik sekiranya ada ilmu mengenai linguistik. Malahan, Robert Lado (1980: 12), ada menegaskan: "Kalau hendak menjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidak mencukupi. Penutur bahasa itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbagai-bagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasa tersebut. Dia harus mengetahui fakta-fakta linguistik mengenai bahasa itu pelajar supaya dia mengetahui masalah mereka dalam mempelajari bahasa matlamat mereka." Rasionalnya cukup jelas, iaitu bagaimana seseorang guru mengajarkan bahasa Melayu sekiranya guru tersebut tidak mempunyai ilmu linguistik. Apatah lagi, bahasa ilmu yang digunakan semestinya bahasa Melayu kerana digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu. Di sini kita dapat lihat pentingnya struktur linguistik ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.Kesimpulannya, struktur linguistik adalah penting ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu demi pemartabatan bahasa Melayu di bumi Malaysia ini. Seorang guru bahasa Melayu sememangnya memerlukan ilmu linguistik. Pengetahuan dalam struktur linguistik yang mengandungi pelbagai elemen dan bidang linguistik adalah perlu didalami oleh guru-guru bahasa Melayu. Ini kerana, semuanya bermula daripada guru yang bertanggungjawab meneruskan legasi bahasa kepada generasi berikutnya. Dengan ini, guru-guru perlu mendalami ilmu linguistik sebagai persediaan dalam pembelajaran dan pengajaran di sekolah bagi membantu guru melahirkan pelajar yang mampu mengaplikasikan penggunaan sesuatu bahasa dengan betul dalam perbualan seharian mereka. Bahasa perlu difahami dan dikuasai oleh guru supaya guru dapat mengajar anak murid mereka bahasa yang penuh bermakna. Guru hendaklah melengkapkan dirinya dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang linguistik kerana ia membantu dalam mendeskripsi bahasa dengan tepat. Tambahan lagi, bidang-bidang dalam struktur linguistik seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan sebagainya menjadi model penting untuk guru bahasa, iaitu menjadi isi atau bahan pengajaran yang akan disampaikannya kepada pelajar. Jika seseorang guru dapat melengkapkan dirinya untuk menjadi guru bahasa yang berkesan, maka guru perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam linguistik kerana ia berupaya mengajar struktur-struktur bahasa dengan betul di samping dapat mendeskripsi bahasa dengan tepat. Malahan, dengan adanya pengetahuan tersebut, guru akan dapat mengenal pasti segala kesilapan yang dilakukan oleh pelajarnya. Seterusnya, membantu ke arah pencapaian matlamat dan objektif pembelajaran itu sendiri (Mahzan Arshad, 2007).Selain itu, penggunaan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dalam pengajaran ilmu bahasa adalah memberi kesan yang amat berpengaruh. Hal ini kerana, penggunaan bahasa yang baik membolehkan kita menyatakan perasaan, emosi, peribadi serta reaksi yang jelas dan nyata. Dan melalui struktur linguistiklah, penggunaan bahasa Melayu dapat digunakan secara langsung dan meluas dalam menyampaikan ilmu linguistik. Oleh itu, struktur linguistik perlu difahami dan dikuasai oleh guru bahasa Melayu kerana bahasa merupakan alat komunikasi yang paling berkesan dalam kehidupan manusia (Arbaie Sujud, Adi Yasran Abdul Aziz & Ahmad Yusoff Buyong, 2011). Seterusnya, semangat cintakan bahasa Melayu yang selama ini banyak memberi sumbangan kepada pendidikan hendaklah disemai dan dipupuk kepada anak bangsa. Maka, adalah menjadi tugas guru khususnya guru bahasa Melayu sebagai permulaan atau pencetus pengguna bahasa Melayu yang tegar sekali gus menaikkan martabat bahasa Melayu di bumi Malaysia. Paling penting, jangan hanya menyebut sahaja perkataan memartabatkan bahasa Melayu, tanpa usaha permulaan daripada guru bahasa Melayu. Frasa memartabatkan bahasa Melayu sendiri perlu difahami, iaitu yang bermaksud meletakkan Bahasa Melayu pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bertepatan jugalah dengan bahasa Melayu sendiri merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Dan kita pula sebagai rakyat Malaysia mestilah berbangga dengan identiti Malaysia dengan yakin dan berani menuturkan bahasa ibunda sendiri.

1.4 Rumusan RefleksiPada 13 Julai 2013 yang lalu, soalan tugasan kerja kursus bagi kursus BMM 3107, iaitu kursus Pengantar Linguistik telah diberikan oleh pensyarah pembimbing kami, iaitu Encik Lokman b. Abd. Wahid. Tugasan ini merupakan salah satu tugasan yang wajib dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan dalam semester ini. Sewaktu mula mendapat soalan tugasan yang diberikan di dalam bilik kuliah pada tarikh tersebut, saya bersama rakan-rakan sekuliah yang dibimbing oleh pensyarah telah bersama-sama berbincang mengenai kehendak tugasan ini. Dalam perbincangan tersebut, pensyarah memberikan huraian dan penjelasan satu persatu mengenai kehendak tugasan. Walaupun, pada awalnya saya berasa keliru dengan beberapa skop tugasan di tambah lagi apabila dimaklumkan perlu merujuk banyak bahan dalam bahasa Inggeris, namun berpandukan penjelasan yang cukup jelas diberikan pensyarah, saya menjadi semakin jelas terhadap skop tugasan dan mula mendapat gambaran awal mengenai tugasan yang akan dilaksanakan. Malahan, saya berasa teruja untuk menyiapkan tugasan ini. Hal ini demikian kerana kursus ini sendiri adalah salah satu kursus kegemaran saya walaupun kandungan kursus sedikit sukar untuk difahami secara keseluruhan. Namun demikian, saya mengambilnya sebagai satu cabaran yang pastinya dapat memberikan saya banyak pengalaman dan pengetahuan baharu semasa melaksanakan tugasan ini nanti. Berdasarkan huraian lanjut yang diberikan pensyarah, terdapat empat perkara utama dalam skop tugasan yang perlu kami laksanakan ini. Empat perkara tersebut dibahagikan dalam empat aspek dalam pelaksanaan tugasan yang merangkumi empat bahagian, iaitu bahagian 1.1, 1.2, 1.3 dan 1.4. Kehendak soalan yang ditetapkan dalam bahagian 1.1 ialah penjelasan mengenai sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik bahasa Melayu. Dalam bahagian 1.2 pula, soalan tugasan berkehendakkan huraian mengenai hubungkait antara sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik dengan perkembangan pemikiran manusia. Manakala, kehendak soalan dalam bahagian 1.3 memerlukan kami memberikan justifikasi kepentingan struktur linguistik ke arah pewujudan guru bahasa Melayu yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu demi pemartabatan bahasa Melayu di buminya sendiri. Dan untuk soalan 1.4 pula, rumusan dalam bentuk refleksi seperti yang sedang dibaca sekarang berkenaan pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh semasa melaksanakan tugasan ini dengan cara membuat perkaitan dengan kepentingan berbahasa ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.Dalam perbincangan awal itu juga, saya bersama rakan-rakan sekuliah yang lain dimaklumkan tugasan yang diberikan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu bermula dari tarikh soalan tugasan ini diberikan. Penerangan demi penerangan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing banyak membantu saya untuk lebih faham sebelum melaksanakan tugasan ini. Saya sendiri beranggapan dan berasakan bahawa sememangnya nanti banyak pengalaman dan pengetahuan baharu yang akan saya perolehi apabila melaksanakan tugasan ini. Selain itu, saya juga dimaklumkan dalam penerangan awal pensyarah, tugasan ini perlu disiapkan dengan merujuk sekurang-kurangnya 10 buah, iaitu 3 buku berbahasa Melayu dan 7 buku buku berbahasa Inggeris, 3 rujukan internet dan 5 jurnal.Oleh itu, selepas mendapat penjelasan lanjut daripada pensyarah, saya terus memulakan langkah awal dalam pelaksanaan tugasan ini. Salah satunya, setelah saya memahami sepenuhnya skop tugasan yang perlu dilaksanakan, saya mula mengunjungi pusat sumber Institut untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan seperti buku-buku yang berkaitan. Selain itu, saya mula membuat carian internet berdasarkan skop dalam kehendak soalan tugasan. Saya berusaha terlebih dahulu membaca dan memahami buku-buku yang berkaitan untuk memudahkan pelaksanaan tugasan berikutnya. Berdasarkan kefahaman dengan merujuk buku-buku berkenaan, saya menjadi lebih memahami kandungan kursus ini seperti yang terkandung dalam kehendak tugasan ini sendiri. Sebagai contohnya, saya lebih jelas mengenai sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik bahasa Melayu berdasarkan banyak maklumat yang diberikan oleh tokoh-tokoh dan pengkaji berkaitan dalam bahan rujukan yang diperoleh. Dengan ini, saya menjadi lebih bersedia untuk melaksanakan tugasan ini seperti mana yang diberi dalam skop tugasan yang ditetapkan. Malahan, pengetahuan saya berkaitan perkembangan pemikiran manusia yang cuba dihubungkaitkan dengan sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik bahasa Melayu juga semakin bertambah. Pengetahuan saya mengenai kepentingan struktur linguistik ke arah pewujudan guru bahasa Melayu juga tidak terkecuali. Jika sebelum ini, saya sering kali terkeliru dengan beberapa perkara berkaitan bidang ini, namun menerusi pelaksanaan tugasan ini cukup banyak membantu saya untuk lebih memahami sedikit banyak mengenai bidang ini sekali gus membantu saya meningkatkan kefahaman dalam kursus ini. Di sinilah, saya dapat melihat kewajaran pelaksanaan tugasan kursus oleh para pelajar dalam meningkatkan kefahaman kami sendiri selain memenuhi keperluan kursus ini. Apa yang pasti, pada awal pelaksanaan tugasan ini sendiri, saya berpeluang meneroka bidang ini dengan lebih baik menerusi kefahaman yang lebih mendalam. Oleh itu, setelah saya memahami sedikit banyak mengenai kandungan dalam kursus ini, maka berbantukan bahan-bahan rujukan berserta penerangan pensyarah dalam bilik kuliah juga, saya mula melaksanakan tugasan ini secara berperingkat- peringkat. Saya cuba menyiapkan satu bahagian demi bahagian, iaitu bermula dari bahagian 1.1 hinggalah bahagian 1.4. Selain pengalaman semasa persediaan awal tugasan, iaitu seperti mencari bahan-bahan rujukan dan berusaha memahaminya, pengalaman seterusnya ialah semasa menyiapkan tugasan dalam aspek pertama, iaitu bahagian 1.1. Bahagian 1.1 seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah huraian berkaitan mengenai sejarah perkembangan linguistik dan struktur linguistik bahasa Melayu. Semasa melaksanakan bahagian ini, saya telah cuba menghuraikannya sebaik mungkin berdasarkan rujukan dari pelbagai bahan seperti buku-buku dan bahan internet. Semasa menyiapkan bahagian ini, saya tidak mengalami kesukaran kerana bahan-bahan rujukan banyak membantu dan mudah diperoleh. Paling penting, banyak pengalaman dan pengetahuan baharu yang saya peroleh semasa melaksanakannya.Pengalaman yang diperoleh ialah pengalaman semasa mendapatkan maklumat yang berkaitan dan kemudian difahami sedalamnya dan seterusnya disusun dalam huraian yang padu, ringkas tetapi cuba dipadatkan sebaik mungkin. Pengalaman memilih maklumat yang benar-benar sesuai dan bertepatan adalah satu pengalaman bermakna buat saya. Hal ini kerana, banyak maklumat yang saya peroleh berkaitan kehendak tugasan. Namun, saya perlu bijak menyusun dan memilih maklumat tersebut agar dalam huraian nanti, tidak terlalu sarat dengan pelbagai maklumat picisan sebaliknya maklumat yang benar-benar utama untuk diketengahkan dalam huraian. Namun, pengalaman tanpa memperoleh pengetahuan baharu tidak akan lengkap rasanya. Dan saya sendiri mendapat banyak pengetahuan baharu semasa melaksanakan bahagian tugasan ini. Pengetahuan baharu tersebut tentunya berkaitan sejarah perkembangan linguistik. Pengetahuan berkaitan struktur linguistik bahasa Melayu telah saya ketahui sebelum ini kerana pernah dipelajari dalam kursus-kursus sebelum ini. Maka, saya tidak mempunyai masalah untuk memahaminya kerana cukup sekadar mengaktifkan kembali pengetahuan sedia ada. Seperti sedia maklum, maklumat berkaitan sejarah perkembangan linguistik misalnya adalah fakta dan hanya boleh diketahui melalui pembacaan. Dan itulah yang saya peroleh. Ini kerana semasa mendapatkan maklumat berkaitannya, saya secara tidak langsung berusaha membaca dan memahaminya terlebih dahulu sebelum disusun dalam huraian tugasan. Dengan ini, saya banyak mengetahui mengenai sejarah perkembangan linguistik yang mengetengahkan banyak zaman berdasarkan sejarah perkembangan linguistik pada zaman-zaman tersebut. Malah, saya sendiri boleh membuat urutan perkembangan linguistik tersebut dan membanding bezakan sejarah perkembangan linguistik untuk setiap zaman. Perkara ini adalah pengetahuan yang cukup berguna untuk saya. Ini kerana pengetahuan ini bukan sahaja menjadi bahan dalam tugasan saya, bahkan untuk diri saya sendiri sebagai seorang guru pelatih yang mempelajari sendiri ilmu linguistik ini. Cuba bayangkan, bagaimana mungkin saya makan nasi tanpa mengetahui asal usul nasi tersebut bermula dari padi kepada beras dan seterusnya nasi yang sejarahnya bersambung. Begitu juga, dalam ilmu lingustik, iaitu saya mempelajari mengenai ilmu linguistik malahan menggunakannya tanpa saya jejaki sejarah perkembangannya. Pengetahuan ini benar-benar memberikan saya ilmu yang baharu.Paling penting, selain pengalaman dan pengetahuan baharu yang saya peroleh, saya juga boleh membuat hubungkaitnya dengan kepentingan berbahasa ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Hubungkait ini dapat dilihat dengan jelas bahawa dalam pengajian ilmu linguistik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu baik di sekolah mahupun di universiti atau institut perguruan, bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa ilmu. Bahasa ilmu seperti yang telah ditekankan sebelum ini ialah bahasa perantaraan yang digunakan semasa penyampaian ilmu linguistik. Persoalannya, mengapa pentingnya berbahasa ilmu dalam pengajaran bahasa Melayu? Jawapannya cukup mudah, bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dan komunikasi sama ada pada peringkat rendah mahupun tinggi serta dapat menghapuskan sikap ragu-ragu sesetengah pengguna bahasa terhadap kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi. (Arbaie Sujud, Adi Yasran Abdul Aziz, Ahmad Yusoff Buyong & Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2011). Justeru, perlu ada satu bahasa ilmu yang bertindak menjadi alat perantaraan antara penyampai dengan pendengar, iaitu guru dengan mu