modul bmm3107 interaksi 4

Upload: mhd-amin-omar

Post on 04-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 4

    1/8

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    1

    Tajuk 10 LINGUISTIK KONTEKSTUAL

    10.1 Sosiolinguistik10.2 Antropologi Linguistik10.3 Linguistik Antropologikal

    Sinopsis

    Menurut J.Lyons, 1968,linguistikadalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik

    Menurut Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005

    Kontekstual ialah berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi

    dapat merencanakan perkembangan sastera. Maka, linguistik kontekstual ialah bidang yang

    melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain.

    Hasil Pembelajaran:

    (i) Selepas perbincangan, pelajar dapat menyatakan konsep linguistik kontekstual.

    (ii) Pelajar juga mampu membandingkan ketiga-tiga subbidang dalam ilmu linguistikkontekstual dengan memberikan contoh-contoh yang betul.

    Linguistik kontekstual terbahagi kepada tiga subbidang sebagaimana Rajah 1, iaitu:

    1. Sosiolinguistik

    2. Antropologi Linguistik

    3. Linguistik Antropologikal

    10.1 Sosiolinguistik

    1. Bidang yang mengkaji perhubungan antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat

    2. Berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang dipengaruhi oleh

    stratifikasi sosial dalam masyarakat.

    3. Merupakan kajian yang sangat luas, seperti fungsi bahasa, peranan bahasa,

    penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli ekonomi, kata sapaan dari perpaduan

    sosial dan jarak sosial antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan bahasa dan

    lain-lain.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 4

    2/8

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    2

    4. Pada prinsipnya ia mengkaji mengenai aspek linguistik yang melihat aspek bahasa,

    struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsi-fungsi sosial, kebudayaan

    dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat.

    5. Bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dan masyarakat.

    6. Fungsi linguistik memperkatakan perkara-perkara seperti perbandingan bahasa resmi

    dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi.

    7. Kesimpulannya, sosiolinguistik mengaji berbagai bahan sosiobudaya yang berhubung

    dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan

    dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk

    gaya yang dibezakan oleh taraf pemakainya.

    Rajah 1: Subbidang Linguistik Kontekstual

    10.2 Antropologi Linguistik

    1. Mengkaji tentang hubungan antara bahasa dan budaya, untuk mengamati bagaimana

    bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.

    KONTEKSTUAL

    SosiolinguistikAntropologi

    Linguistik

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 4

    3/8

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    3

    2. Adakala disebut sebagai etnolinguistik iaitu bidang yang memberi tumpuan kepada

    perhubungan antara bahas dengan penyelidikan primitif, pertalian bahasa dengan

    penyelidikan primitif, pertalian bahas dengan kumpulan-kumpulan.

    3. Kaedah participant observation digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam

    konteks sosial budaya.

    4. Participant observation merujuk kepada seseorang yang di hantar kepada sesuatu

    etnik, menetap dan bergaul hingga kadang- kadang membawa kepada perkahwinan

    dalam jangka masa yang lama.

    10.3 Linguistik Antropologikal

    1. Mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya. Melihat aspek suasana kehidupan dan

    sistem nilai yang dipegang oleh penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.

    Perkaitan ini juga merujuk pemahaman fenomena komunikasi masyarakat primitif.

    2. Bidang linguistik antropologikal dibuktikan dengan perkembangan ilmu filologi dan

    nahuan terutama bagi bahasa Indo-Eropah pada abad ke-19.

    3. Bidang ini juga cuba menghuraikan struktur bahasa tertua di Amerika, Asia Tenggara

    dan Pasifik dengan menggunakan kaedah analisis linguistik yang lebih berkesan

    terutama strukturalisme.

    4. Kini, bidang ini semakin kurang popular kerana perubahan sistem sosial masyarakatdaripada primitif kepada moden yang menghasilkan bidang sosiolinguistik pula.

    5. Bidang sosiolinguistik lebih sesuai bagi mengkaji penggunaan bahasa dalam

    perkembangan masyarakat yang moden.

    Aktiviti:

    Secara berkumpulan (3-4 orang) bincangkan sumbangan subbidang dalam linguistik

    kontekstual bagi perkembangan ilmu linguistik moden.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 4

    4/8

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    4

    Tajuk 11 Linguistik Gunaan

    11.1 Sintesis Ujaran11.2 Linguistik Tiruan

    Sinopsis

    Tajuk 11 akan memaparkan bidang linguistik gunaan yang mengutamakan pengaplikasian

    ilmu linguistik dalam bidang pendidikan, iaitu pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

    Hasil Pembelajaran:

    (i) Pelajar dapat membandingkan aspek sintesis ujaran dengan aspek linguistik tiruan

    dalam bahasa Melayu.

    11. Linguistik Gunaan

    Linguistik gunaan juga dinamakan linguistik terapan. Linguistik gunaan muncul apabila bidang

    liguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Huraian bahasa seperti sistem

    sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat, dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa

    kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Keadaan ini telah menghasilkan kaedah-

    kaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan pembelajarannya. Antara kaedah yang

    dihasilkan ialah Kaedah Terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasaasli pelajarnya.

    Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi,

    kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menulis buku-buku teks.

    Terdapat aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan

    dan perkamusan tetapi untuk tujuan modul ini kita hanya menyentuh penggunaan linguistik

    dalam pengajaran bahasa sahaja yang meliputi sintesis ujaran dan linguistik tiruan.

    11.1 Sintesis Ujaran

    Sintesis ujaran meliputi pembuatan selari serupa menggabungkan unsur-unsur untuk menjadi

    ujaran, sebagai ujaran yang berdasarkan semantik, misalnya kata kerja, kata adjektif dan

    sebagainya.Ujaran merupakan sintesis dari proses perubahan konsep menjadi kod,

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 4

    5/8

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    5

    sedangkan pemahaman pesananan tersbut hasil analisis kod. Huruf-huruf adalah simbol

    daripada suara ujaran.

    Sintesis yang dilakukan menghasilkan pelbagai jenis ujaran yang tidak terbatas

    jumlahnya. Penghasilan ujaran itu dapat dimanfaatkan bagi tujuan khusus dan tidak khusus.

    Dengan ujaran inilah manusia mengungkapkan hal yang nyata atau tidak. Untuk mengetahui

    bunyi-bunyi yang terlibat semasa pertuturan sintesis ujaran akan dilakukan, namun hasilnya

    tidak tepat seratus peratus.

    11.2 Linguistik Tiruan

    Linguistik tiruan ialah satu komponen daripada linguistik gunaan merupakan bahasa yang

    digunakan dalam pengajaran bahasa dan diguna pakai oleh ahli linguistik Linguistik ini saling

    berhubungan antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur tentang bahasa yang telah

    dipelajarinya. Linguistik ini juga merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam

    pengajaran bahasa, tetapi dapatan-dapatan penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk

    banyak bidang yang lain. Oleh hal yang demikian linguistik tiruan mempunyai cabang di

    bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik.

    Linguistik tiruan mengambil dapatan dari bahasa-bahasa tertentu dan menghuraikan

    gambaran-gambaran umum tentang bahasa tersebut dan menggunakannya untuk bidang-

    bidang yang lain, merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran

    bahasa.

    Aktiviti

    Secara berkumpulan (3-4 orang) bincangkan sumbangan subbidang dalam linguistik gunaan

    bagi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 4

    6/8

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    6

    Tajuk 12 Linguistik Diakronik

    12.1 Perubahan Bahasa12.2 Saussure12.3 Noam Chomsky

    Sinopsis

    Bidang linguistik yang akan dihuraikan dalam tajuk ini ialah linguistik diakronik. Bidang ini

    merangkumi konsep perubahan bahasa dan diskusi tentang tokoh seperti Saussure serta

    Noam Chomsky.

    Hasil Pembelajaran:

    (i) Pelajar dapat membincangkan konsep linguistik diakronik secara mendalam

    berdasarkan penulisan tokoh-tokoh bahasa de Saussure dan Chomsky.

    Kerangka Tajuk: Linguistik Diakronik

    12.1 Perubahan Bahasa

    12.2 Ferdinand de Saussure

    12.2 Noam Chomsky

    12.1 Perubahan Bahasa

    Tinjauan dari segi sejarah dengan berdasarkan bahan-bahan sejarah merupakan bidang

    linguistik diakronis yang mengkaji perubahan bahasa yang dilalui oleh masa. Perubahan

    bahasa dan perkembangan bahasa yang dilalui bahasa dalam masa yang lampau adalah

    sebahagian daripada linguistik diakronis.

    12.2 Ferdinand de Saussure

    Beliau ialah orang yang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau

    sebagai bapa ilmu linguistik moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan

    pendekatan baharu dalam bidang pengkajian bahasa secara moden. Beliau seorang ahli

    linguis yang terkemuka yang telah meletakkan dasar-dasar yang kuat pada ilmu linguistik

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 4

    7/8

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    7

    moden dan merupakan ahli bahasa yang pertama yang menekankan bahawa bahasa

    bukanlah kumpulan unit-unit yang lintang pukang susunannya tetapi adalah seabaliknya unit-

    unit itu tersususn menurut stuktur yang menyatakan hubungan unit-unit itu sendiri. De

    Saussure menerangkan laku ucapan (speech-act) adalah sebagai satu rantai hubungan antara

    setidak-tidaknya dua orang penutur.Laku ucapan ini terdiri daripada bahagian luar (fizikal)

    yang dibatasi oleh mulut dan telinga dan bahagian dalam iaitu bahagian jiwa yang terdapat

    dalam otak yang juga dinamai pusat perhubungan. Jika A bertutur maka B akan mendengar

    dan jika B bertutur A mendengar.

    De saussure telah memisahkan bahasa (langue) daripada ucapan manusia (langage).

    Menurut beliau, ucapan manusia adalah gabungan daripada langue dan parole (bertutur).

    Bahasa adalah satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan

    daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya ini (erti dan bayangan bunyi) adalah

    bersifat psikologi. Beliau menekankan gabungan dan hubungan kedua-duanya dalam rantaian

    ucapan menurut hukum-hukum tatabahasa.

    12.3 Noam Chomsky

    Chompsky menegaskan bahawa kematangan saraf, kematangan berfikir dan bertindak adalah

    penting dalam proses mempelajari bahasa. Menurut beliau , setiap manusia yang dilahirkan

    ke dunia sudah dibekalkan dengan satu kapasiti untuk membolehkan dia berbahasa apabila

    sampai masanya. Potensi berbahasa ini sebenarnya adalah sifat akal atau mentalcharacteristics bukan biological characteristics. Menurut beliau lagi, peringkat permulaan

    belajar tidak semata-mata bergantung kepada operasi rangsangan dan tindak balas sahaja

    tetapi juga melibatkan proses kognitif.

    Chomsky juga menegaskan bahawa bahasa adalah kreatif. Penghasilan sesuatu

    bahasa itu tidak terbatas kepada objek-objek dan peristiwa-peristiwa atau pengalaman-

    pengalaman yang dapat digarap oleh perilaku semata-mata. Beliau juga menerangkan

    bahawa bahasa yang dipelajari itu adalah melalui pembentukan satu set rumus-rumus yang

    digunakan untuk menerbitkan kalimat-kalimat baharu itu.

    Menurut Chomsky lagi, setiap penutur dan pendengar mempunyai kemampuan dan

    prestasi. Kemampuan dapat diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus yang mampu

    menghasilkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas. Dengan kata lain kemampuan itu adalah

    pengetahuan penutur mengenai bahasanya.Chomsky menegaskan lagi bahawa tatabahasa

  • 7/29/2019 Modul BMM3107 INTERAKSI 4

    8/8

    BMM3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu

    8

    generatif dalam otak penutur diperoleh oleh penutur daripada otaknya sendiri, kerana penutur

    telah pun mempunyai tatabahasa sejagat yang diperoleh secara semula jadi. Kemampuan

    seumpama inilah yang menghasilkan prestasi, dan prestasi ini pula menghasilkan elemen-

    elemen seperti ayat-ayat yang didengar oleh pendengar- dari telinga ke otak dan mengulangi

    pula proses yang sama apabila pendengar bertutur.

    Aktiviti:

    Terdapat banyak tokoh terkenal dalam bidang linguistik semenjak zaman awal perkembangan

    linguistik dari zaman Yunani hinggalah ke zaman moden.Bincangkan tiga tokoh linguistik

    pada abad ke-19 serta sumbangannya kepada perkembangan linguistik moden.

    Rujukan:

    Abdullah Hassan, Prof., 2006, Linguistik AM Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

    Melayu, Selangor, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaan

    Leech, Geoffrey. (1993). Prinsip pragmatik. Penterjemah, Azhar M. Simin. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Nik Safiah Karim dan Norlidza shamsuddin (2008). Bahasa Malaysia kertas 1 & 2. Shah Alam:

    Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Linguistik#Linguistik_gunaan