modul

6
2.0 CONTOH MODUL GEDUNG KOSA KATA Cadangan Masa 60 minit Tunjang Utama Komunikasi Bahasa malaysia Standard Pembelajaran Utama Bm 2..6.1 Membaca dan memahami pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata umum dan kosa kata isitilah Bm 3.2.7 Menulis perkataan dalam bentuk tulisan berangkai yang betul. Bm 4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul, intonasi yang jelas dan susunan yang tepat melalui penceritaan secara didik hibur Standard Pembelajarean Lain Yang Disepadukan DSV 2.3.3 Mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya corak teknik kaligrafi. Objektif Pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat: - Menyebut dan mengenal kata nama am - Mengaitkan kata nama am dengan kata pinjaman bahasa Inggeris - Menulis kata nama am di atas kad manila Konsep Utama kata nama am Kosa Kata komputer, internet, data, eksport Alatan dan Bahan kad manila, pen kaligrafi, reben, kad huruf

Upload: jackson-figueroa

Post on 26-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

contoh modul

TRANSCRIPT

Page 1: Modul

2.0 CONTOH MODUL

GEDUNG KOSA KATA

Cadangan Masa 60 minit

Tunjang Utama Komunikasi – Bahasa malaysia

Standard Pembelajaran Utama Bm 2..6.1 Membaca dan memahami

pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk

menambah kosa kata umum dan kosa kata

isitilah

Bm 3.2.7 Menulis perkataan dalam bentuk

tulisan berangkai yang betul.

Bm 4.2.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan

yang betul, intonasi yang jelas dan susunan

yang tepat melalui penceritaan secara didik

hibur

Standard Pembelajarean Lain Yang

Disepadukan

DSV 2.3.3 Mengaplikasi proses dan teknik

yang sesuai dalam penghasilan karya corak

teknik kaligrafi.

Objektif Pelajaran Pada akhir pengajaran murid dapat:

- Menyebut dan mengenal kata nama

am

- Mengaitkan kata nama am dengan

kata pinjaman bahasa Inggeris

- Menulis kata nama am di atas kad

manila

Konsep Utama kata nama am

Kosa Kata komputer, internet, data, eksport

Alatan dan Bahan kad manila, pen kaligrafi, reben, kad huruf

LANGKAH PENGAJARAN

Page 2: Modul

Pendahuluan

1. Murid menyampaikan cerita “Aku Sebuah Komputer” di hadapan kelas berdasarkan

petikan.

2. Murid menyusun huruf-hurut yang terdapat di atas papan hitam untuk membentuk

perkataan “komputer”

Perkembangan

Fasa 1

Mengenal kata nama am (serapan bahasa Inggeris)

1. Guru menerangkan “komputer” adalah kata nama am yang dipinjam daripada bahasa

Inggeris.

2. Guru membimbing murid mencari beberapa perkataan pinjaman bahasa Inggeris lain

yang terdapat dalam petikan.

3. Guru menulis satu contoh perkataan pinjaman yang telah disenaraikan ke dalam

bahasa Inggeris. (komputer = computer)

4. Murid menukar perkataan lain yang disenaraikan ke dalam bahasa Inggeris

berpandukan kamus dwi-bahasa.

5. Guru meminta murid mencari kata pinjaman bahasa Inggeris lain yang terdapat

dalam akhbar, majalah dan buku teks.

6. Murid menyenaraikan perkataan yang dijumpai dalama buku latihan dan berbincang

hasil kerja bersama rakan.

Fasa 2

Fasa 2 dijalankan selepas murid menguasai fasa 1

1. Wakil murid menulis perkataan pinjaman bahasa Inggeris secara berangkai di atas

papan hitam.

2. Murid menulis satu perkataan daripada kata pinjaman yang disenaraikan di atas kad

manila menggunakan pen kaligrafi.

3. Guru membimbing murid menulis tulisan berangkai menggunakan teknik kaligrafi.

4. Murid mendengar arahan guru

Bina tiga garisan yang sama saiz jaraknya di antara tengah dengan bahagian

atas dan bawah.

Pegang pen sedikit condong.

Page 3: Modul

Tulis dari bawah sisi atas garisan.

Tulis dengan merangkaikan huruf pertama sehingga huruf terakhir.

Pen tidak boleh di angkat sehingga selesai menulis satu perkataan.

5. Murid menggunting perkataan berangkai yang telah siap dan menjadikan penanda

buku.

Penutup

Murid membulatkan kata pinjaman yang terdapat dalam lirik lagu sambil menyanyi bersama

guru.

Cik Siti ada komputer

ia..ia..ooo

komputernya nama acer

ia..ia..ooo

ada internet, boleh layari

ada data, boleh simpan

ia..ia..ooo

komputernya banyak huruf

a b c d e f g...y z....

Pentaksiran

Murid dapat mengenal kata nama am (pinjaman bahasa Inggeris), menyebut kata nama am,

dan cara menulis tulisan berangkai menggunakan teknik kaligrafi.

1.0 PENDAHULUAN

Cabaran menempuh arus globalisasi dunia kini telah memberi tempias kepada

sistem pendidikan negara, terutamanya dalam pembentukan modal insan yang

Page 4: Modul

berkualiti. Hal ini , guru juga turut menerima cabaran dalam menjalani dunia realiti

yang penuh liku. Oleh itu, murid-murid hendaklah didedahkan dengan ciri-ciri positif

semasa menimba ilmu. Ciri-ciri positif ini boleh diserap melalui penyediaan modul

pembelajaran yang berpandukan Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia (PPPM).

Seterusnya, Pelan Pembangunan Pendidkan Malaysia merupakan dokumen

lengkap yang mengandungi strategi untuk menaik taraf sistem pendidikan agar

selaras dengan sistem pendidikan negara maju. Melalui PPPM terdapat 100 inisiatif

yang akan dilaksanakan dalam 3 fasa atau “gelombang” 13 tahun yang akan datang.

Sehubungan itu, Kurikulum Standard Pembelaran Sekolah Rendah (KSSR) turut

menyediakan piawaian yang perlu dicapai oleh guru semasa penyediaan modul

pengajaran dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran harian.

Selain itu,  modul pengajaran adalah dokumen yang digunakan oleh

guru untuk menyampaikan pengajaran manakala modul pembelajaran pula

dugunakan oleh murid untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu isi

pembelajaran. Malahan, penggunaan modul-mudul dalam KSSR menggantikan buku

teks yang akan digunaka pakai oleh guru untuk meningkatkan penguasaan

murid dalam focus 4M iaitu membaca ,menulis, mengira dan menaakul. Hal

ini, perlu dipandang serius oleh guru agar melahirkan murid modal insan yang

cemerlang dan berketrampilan selaras dengan hasrat kerajaan dalam mencapai

wawasan 2020.

Seterusnya, bagi merealisasikan hasrat kerajaan, para guru pelatih semester

lapan telah diberi pendedahan awal melalui subjek guru dan cabaran semasa (EDU

3093). Subjek ini memberi peluang kepada kami untuk meneroka secara menyeluruh

dalam menghadapi lapangan pendidikan yang begitu mencabar. Oleh hal yang

demikian, tugasan ini memerlukan guru pelatih membina satu modul pembelajaran

secara individu dan menghasilkan buku skrap secara berkumpulan.

3.0 PENUTUP

Page 5: Modul

Sistem pendidikan negara telah banyak menempa kemajuan sepanjang lebih lima

dekad lalu. Semua kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para guru, ibu bapa dan

masyarakat