model konstruktivisme 5

23
Model Konstruktivisme 5-Fasa Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea, guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif. Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:- Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah I Orientasi Menimbulkan minat dan menyediakan suasana Amali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar II Pencetusan Idea Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu Amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, pemetaan konset dan laporan III Penstrukturan semula idea Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa idea-idea

Upload: julia-tan

Post on 20-Jun-2015

2.727 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model konstruktivisme 5

Model Konstruktivisme 5-Fasa

Model pengajaran dan pembelajaran ini adalah dicadangkan dalam `Children's

Learning in Science Project' (Needham, 1987). Dalam model ini, murid digalakkan

bertukar-tukar fikiran melalui fasa pencetusan idea. Fasa ini juga dapat merangsang

murid meninjau semula idea asal mereka. Dalam fasa penstrukturan semula idea,

guru digalakkan merancang aktiviti yang sesuai untuk membantu murid mengubah

idea asal mereka. Murid diberi peluang untuk mencabar idea asal sendiri dan juga

idea rakan-rakan mereka. Adalah idpercayai idea baru yang dibina oleh murid sendiri

biasanya lebih mudah diterima oleh mereka jika sekiranya idea ini mudah difahami

dan berguna. Dalam fasa penggunaan idea, murid boleh menggunakan idea baru

mereka untuk menyelesaikan masalah dan menerangkan fenomena yang berkaitan

dengan idea-idea itu. Fasa renungan kembali merupakan fasa terakhir. Dalam fasa

ini murid membandingkan idea asal renungan kembali merupakan fasa terakhir.

Dalam fasa ini murid membandingkan idea asal mereka dengan idea baru dan

merenung kembali proses pembelajaran yang telah mengakibatkan perubahan ke

atas idea mereka. Fasa ini juga dapat memperkembangkan kemahiran meta kognitif.

Fasa-fasa pengajaran berasaskan model konstruktivisme 5-fasa seperti berikut:-

Bil Fasa Tujuan/Kegunaan Kaedah

I

Orientasi Menimbulkan minat dan

menyediakan suasana

Amali penyelesaikan masalah

sebenar, tunjukcara oleh

guru, tayangan filem, video

dan keratan akhbar

II

Pencetusan

Idea

Supaya murid dan guru sedar

tentang idea terdahulu

Amali, perbincangan dalam

kumpulan kecil, pemetaan

konset dan laporan

III Penstrukturan

semula idea

i. Pernjelasan

dan pertukaran

Mewujudkan kesedaran tentang

idea alternatif yang berbentuk

saintifik.

Menyedari bahawa idea-idea

sedia ada perlu diubahsuai,

diperkembangkan atau diganti

dengan idea yang lebih

saintifik.

Mengenalpasti idea-idea

alternatif dan memeriksa

 

Perbincangan dalam

kumpulan kecil dan buat

Page 2: Model konstruktivisme 5

ii. Pendedahan

kepada situasi

konflik

iii. Pembinaan

idea baru

iv. Penilaian

secara kritis idea-idea sedia

ada sendiri

Menguji kesahan idea-idea

sedia ada

Pengubahsuaian,

pemgembangan atau

penukaran idea

Menguji kesahan untuk idea-

idea baru yang dibina

laporan

Perbincangan, pembacaan,

input guru.

Amali, kerja projek,

eksperimen, tunjukcara guru

IV

Penggunaan

idea

Pengukuhan kepada idea yang

telah dibina dalam situasi baru

dan biasa

Penulisan sendiri kerja projek

V

Renungan

kembali

Menyedari tentang perubahan

idea murid. Murid dapat

membuat refleksi sejauh

manakah idea asal mereka

telah berubah.

Penulisan kendiri,

perbincangan kumpulan,

catatan peribadi dan

Teori Konstruktivisme

1. Pengenalan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mempunyai matlamat memperkembangkan

fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka

dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh

tanggungjawab. Untuk mencapai matlamat ini, di antara lain, guru perlu mempunyai

kemahiran memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya

kaedah yang dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan

minat.

Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang

wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid melalui

pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi

ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid

melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.

Page 3: Model konstruktivisme 5

2. Pengertian Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana

pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama

dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah,

maktab dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boeh

dipindahkan daripada guru kepada guru dalam bentuk yang serba sempurna. Murid

perlu bina sesuatu pengetahuan iut mengikut pengalaman masing-masing.

Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh

belajar untuk murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan sekolah ialah satu

skema iaiatu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi

proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti

yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah

realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan

pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus

mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat

baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan

kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan

dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.

Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran

yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri

tentang hampir semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika

kefahaman dan miskonsepsi ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik,

kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam

peperiksaan mereka mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.

John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa

pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai

proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga

menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme fungsi guru

akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,

penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh,

perspektif ini akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu

kepada kejayaan murid meniur dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru

Page 4: Model konstruktivisme 5

kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan

murid membina skema pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.

Ia juga akan mengubah tumpuan penyelidikan daripada pembinaan model daripada

kaca mata guru kepada pembelajaran sesuatu konsep daripada kaca mata murid.

3. Perbandaingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme

Paradigma pendidikan masa kini adalah kebanyakannya merupakan paradigma

objektivisme. Paradigma ini gagal menyelesaikan banyak masalah dalam pendidikan.

Perbezaan antara objektivisme dengan konstruktivisme adalah sangat nyata.

Objektivisme berdasarkan tanggapan bahawa wujud pengetahuan di luar persepsi

manusia. Menurut pandangan ini, fungsi sains ialah untuk memastikan pengetahuan

disampaikan secara objektif. Proses pembelajaran dalam paradigma ini hanyalah

untuk menyalarkan pengetahuan dari pendidik kepada murid. Pengetahuan sains

dari perspektif konsruktivisme adalah penjelasan paling sesuai untuk menghuraikan

fenomena yang diperhatikan.

Ahli objektivisme berpendapat bahawa kata pemutus tentang apa yang perlu diajar

dan siapa yang patut mengajar adalah dibuat oleh `pakar' yang semestinya

mengetahui segala-galanya. Ini menyebabkan ramai murid tidak dapat melihat

keperluan belajar sebagaimana yang dilihat oleh pihak `pakar'. Model autoritarian ini

menjadikan guru sebagai sumber pengetahuan dan menjadikan guru sangat penting

dalam bilik darjah. Murid dan juga orang awam beranggapan guru mempunyai segala

jawapan bagi semua masalah. Sistem ini gagal melahirkan murid yang produktif dan

berpengetahuan luas.

Dari pandangan ahli konstruktivisme, setiap orang murid mempunyai peranan dalam

menentukan apa yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan

murdi dengan peluang untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana

mereka menghubungkaitkan pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa

depen. murid bukan hanya dibekalkan dengan fakta-fakta sahaja, sebaliknya

penekanan diberi kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi. Selepas satu

sesi perbincangan murid bersama-sama menetnukan perkara penting yang harus

dipelajari dan tujuan mempelajarinya. Dalam proses ini murid akan mengalami

prosedur yang digunakan oleh seorang saiantis seperti menyelesaikan masalah dan

memeriksa hasil yang diperolehi

Melalui penggunaan paradigma konstruktivisme, guru perlu mengubah peranannya

dalam bilik sains. Guru mungkin akan berperanan sebagai pelajar atau penyelidik.

Dengan cara ini, guru akan lebih memahami bagaimana murid membina konsep atau

pengetahuan. Justeru itu guru akan memperolehi kemahiran untuk membina dan

mengubahsuai kefahaman serta berkomunikasi dengan orang lain. Guru akan

memahami bahawa proses pembinaan dan pengubahsuaian konsep merupakan satu

proses berterusan dalam kehidupan.

Page 5: Model konstruktivisme 5

Dalam paradigma konstruktivisme, murid menganggap peranan guru sebagai salah

satu sumber pengetahuan dan bukan sebagai seorang yang tahu segla-galanya.

Mereka menganggap pengetahuan sebagai sesuatu yang boleh disesuaikan dan

boleh berubah. Mereka juga sedar bahawa mereka bertanggungjawab terhadap diri

sendiri untuk menggunakan pelbagai cara bagi memproses makluamt dan

menyelesaikan masalah. Dalam erti kata lain, guru adalah berperanan sebagai

seorang fasilitator dan pembimbing. Hubungan guru dengan murid boleh

diumpamakan sebagai hubungan di antara bidan dengan ibu yang melahirkan anak.

Guru bertanggung jawab membimbing dan membantu murid mempelajari sesuatu

pelajaran dengan bermakna. Guru tidak boleh belajar untuk murid. Murid yang

membina fahaman sendiri.

Kebanyakan teknik penilaian sekarang adalah berdasarkan paradigma objektivisme.

Dalam pengujian yang dijalankan, murid akan diuji sama ada dia dapat memberikan

jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan. Mereka juga dianggap mempunyai

tafsiran yang sama dengan penggubal soalan tentang apa yang dikehendaki dalam

soalan. Oleh yang demikan, soalan-soalan ujian tidak sebenarnya menguji

kefahaman dan pengetahuan murid, tetapi hanya menguji kemahiran murid untuk

membekalkan jawapan yang dikehendaki oleh penggubal soalan sahaja.

Menurut teori konstruktivisme, penilaian harus merangkumi cara menyelesaikan

masalah dengan munasabah dan pengetahuan. Antara teknik-teknik penilaian yang

sedemikian ialah peta konsep, rajah Venn, portfolio, ujian prestasi dan ujian

berpasukan.

Pandangan ahli konstruktivisme terhadap disiplin di dalam kelas adalah berbeza

dengan ahli objektivisme. Ahli konstruktivisme menganggap peranan guru adalah

sebagai pengurus kelas dan boleh menangani hal-hal disiplin murid dengan

sempurna. murid diterima sebagi individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang

berbeza di mana setiap individu itu diangap penting dalam proses pembelajaran dan

perlu diberi perhatian yang wajar. Mereka diberikan peluang untuk membuat

keputusan sendiri tentang perkara-perkara yang akan mereka pelajari. Melalui proses

ini, mereka akan lebih prihatin, bertanggungjawab dan melibatkan diri dalam aktiviti

pembelajaran mereka.

Sebaliknya ahli objektivisme berpendapat bahawa guru harus berperanan sebagai

pengawal disiplin kelas. Murid tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan

undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda.

Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang

kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan

menentukan sendiri masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau

pengetahuan. Di samping itu, guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai

Page 6: Model konstruktivisme 5

kefahaman orang lain supaya kefahamannya tentang sesuatu bidang pengetahuan

dapat ditingkatkan lagi.

Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan

  Objektivisme Konstruktivisme

Tanggapan

Utama

Pengetahuan wujud bebas dari

persekitaran dalaman dan

luaran pelajar

Pengetahuan bukan objektif, apa

yang kita benar-benar tahu dan

faham hanyalah persepsi kit. Ia

ditentukan oleh kita semua.

Pengetahuan tidak mempunyai

struktur mutlak

Kesan

Guru menolong murid membina

pengetahuan dan rangka

konteks di mana ia wujud.

Mereka mengguna analogi,

contoh dan pelbagai kaedah

mengingat. Mereka tanya soalan

untuk membantu murid

Guru menolong murid membina

kefahaman baru dan menolong

murid merakamkannya ke dalam

struktur kognitif sedia ada.

Mereka melakukannya dengan

menolong murid membentuk

analogi, contoh dan kaedah

mengingat murid sendiri, dan

guru menolong murid

membentuk soalan yang perlu

ditanya bagi membimbing

mereka ke arah kefahaman yang

lebih tinggi

Respons Guru

"ada perkara yang anda hendak

tahu dan saya akan ajar kepada

anda apa yang saya tahu"

"Saya ajari ini, mereka belajar

ini"

"Pelajar ini sungguh bijak,

mereka belajar apa saja yang

saya ajarkan"

"Ada perkara yang anda hendak

tahu dan saya akan tolong anda

mengetahui bagaimana anda

boleh belajar mengenainya"

"Saya ajar ini, mereka belajar itu"

"Pelajar ini sungguh bijak,

mereka belajar perkara yang

saya tidak pernah rancang untuk

ajar mereka"

 

Page 7: Model konstruktivisme 5
Page 8: Model konstruktivisme 5
Page 9: Model konstruktivisme 5
Page 10: Model konstruktivisme 5
Page 11: Model konstruktivisme 5
Page 12: Model konstruktivisme 5
Page 13: Model konstruktivisme 5
Page 14: Model konstruktivisme 5
Page 15: Model konstruktivisme 5
Page 16: Model konstruktivisme 5
Page 17: Model konstruktivisme 5
Page 18: Model konstruktivisme 5
Page 19: Model konstruktivisme 5
Page 20: Model konstruktivisme 5
Page 21: Model konstruktivisme 5
Page 22: Model konstruktivisme 5