model john elliott (ar)

3
KONSEP KAJIAN TINDAKAN Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta sama ada secara individu atau kolobratif terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan atau perubahan bagi tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan mereka sendiri di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan dilakukan. Selain itu terdapat juga definisi yang diberikan oleh tokoh dalam bidang kajian tindakan iaitu Kemmis & Mc Taggart (1988), menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta lain yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan- amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan. Seterusnya, Ebutt (1985) pula memperkatakan bahawa kajian tindakan merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut. McNiff (1988), telah mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau mempertingkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi mebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ianya melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.Bagi Somekh (1989) pula mendefinisikan kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kember dan Gow (1992) menyatakan bahawa kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) dalam mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi. MODEL KAJIAN TINDAKAN (JOHN ELLIOT)

Upload: asrul-tokai

Post on 14-Dec-2015

232 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

cf

TRANSCRIPT

Page 1: Model John Elliott (AR)

KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta sama ada secara

individu atau kolobratif terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan atau

perubahan bagi tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan mereka sendiri di

samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana

amalan dilakukan.

Selain itu terdapat juga definisi yang diberikan oleh tokoh dalam bidang kajian tindakan

iaitu Kemmis & Mc Taggart (1988), menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan

satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh

peserta lain yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan

kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka

sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta

situasi di mana amalan itu dilakukan.

Seterusnya, Ebutt (1985) pula memperkatakan bahawa kajian tindakan merupakan

suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha

untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka

sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.

McNiff (1988), telah mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk

memperbaiki atau mempertingkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan

menggalakkan guru-guru menjadi mebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi

kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ianya

melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru

lain secara bersama.Bagi Somekh (1989) pula mendefinisikan kajian tindakan adalah

satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu

sendri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-

masing.

Kember dan Gow (1992) menyatakan bahawa kajian tindakan melibatkan pengamal

(guru) dalam mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan

proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.

MODEL KAJIAN TINDAKAN (JOHN ELLIOT)

Model Elliott untuk kajian tindakan ialah idea utama Elliott ialah penyelidik

membangunkan pemahaman peribadike atas sesuatu masalah, dan pengertian abstrak

itu adalah penting dalam melaksanakan tindakan (Elliott , 1987:157). Bagi John Elliott,

Page 2: Model John Elliott (AR)

kajian dalam pendidikan adlah satu usaha susila yang mencari dan memahami nilai-nilai

dalam pendidikan. Elliott (1985a) berpendapat kajian dalam pendidikan sepatutnya

menjadi bentuk kajian tindakan yang baru di mana para guru akan menjadi

penyumbang utama.

Model Kajian Tindakan Elliot