stres di kalangan guru-guru kemahiran hidup … · nama pembimbing : pm dr yahya bin buntat tarikh...

24
STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN, SARAWAK. VIRGINY ANAK JOHN BURUNG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 02-Nov-2020

16 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN,

SARAWAK.

VIRGINY ANAK JOHN BURUNG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison
Page 3: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

i

PENGESAHAN PEMBIMBING

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan ( KEMAHIRAN HIDUP ).”

Tandatangan : ….……………………..

Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT

Tarikh : 12 MEI 2011

Page 4: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

ii

STRES DIKALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU DI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DI DAERAH KOTA SAMARAHAN,

SARAWAK

VIRGINY ANAK JOHN BURUNG

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

Mei , 2011

Page 5: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ….……………………………

Nama Penulis : VIRGINY ANAK JOHN BURUNG.

Tarikh : 12 MEI 2011

Page 6: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

iv

DEDIKASI

Teristimewa buat,

Ayah Encik John Burung dan ibu Puan Doret Simpoh yang dicintai

Terima kasih atas segala doa, nasihat, jasa dan pergorbananmu

Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison John

Terima kasih diatas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan semoga

Tuhan akan membalasnya dengan sebaik-baik

Terima Kasih

Page 7: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

v

PENGHARGAAN

Salam sejahtera penyelidik ucapkan sebagai pembuka laluan bagi coretan

penghargaan ini. Syukur kepada Tuhan kerana dengan berkatnya, maka kajian ini dapat

disiapkan dalam masa yang dirancang.

Pada kesempatan ini, penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima

kasih kepada penyelia projek sarjana muda iaitu PM Dr Yahya Bin Buntat di atas segala

bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Beliau telah banyak

memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu dalam proses menyempurnakan kajian ini.

Komitmen yang telah diberikan itu sangat berguna dan telah membuka laluan mudah

bagi menyiapkan kajian ini.

Sekalung ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pejabat Gabungan,

Jabatan Pendidikan, Bahagian Samarahan atas kesudian mereka memberi kebenaran

kepada penyelidik untuk menjalankan kajian ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga

diucapkan kepada semua pengetua, penolong kanan dan guru-guru Kemahiran Hidup

Bersepadu yang terlibat dalam kajian ini atas kerjasama yang telah diberikan.

Kemaafan juga saya pinta sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekurangan

dalam projek penyelidikan ini. Akhir kata, penyelidik berharap kajian ini dapat

memberi manfaat kepada kita semua. Sekian

Page 8: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti punca, kesan dan cara menangani stres

di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah kebangsaan di

daerah Kota Samarahan, Sarawak. Seramai 67 orang guru-guru Kemahiran Hidup

Bersepadu daripada lapan buah sekolah menengah di Daerah Kota Samarahan, Sarawak

sebagai sampel dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik.

Kajian rintis telah dijalankan dikalangan 10 orang guru Kemahiran Hidup Bersepadu di

Sekolah Menengah Kebangsaan Serian. Darjah kebolehpercayaan bagi intsrumen yang

digunakan dalam kajian ini ialah 0.9. Data dihuraikan secara deskriptif iaitu

menggunakan frekuensi, peratusan dan min. Secara keseluruhan didapati stres guru-

guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah di daerah Kota Samarahan ini adalah pada

tahap sederhana. Daripada dapatan kajian, menunjukkan faktor beban tugas menjadi

punca domain stres di kalangan guru-guru ini. Manakala kesan stres terhadap fizikal

seperti sering mengalami perubahan selera makan, sering mengalami sakit kepala dan

sukar tidur menjadi kesan domain yang berlaku kepada guru-guru ini. Hasil kajian

menunjukkan guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu kebanyakkannya menangani

masalah stres mereka dengan beriadah dan bersenam daripada aspek gaya hidup,

manakala daripada aspek tingkah laku, kebanyakkannya akan bergaul bersama rakan

sekerja untuk menangani masalah stres mereka.

Page 9: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

vii

ABSTRACT

This study investigates the perception regarding the causes and effects of stress

and how to overcome the stress problem among the Living Skills’ teachers who are

currently teaching in secondary schools in Kota Samarahan, Sarawak. A total of 67

teachers which comes from eight secondary schools in Kota Samarahan, Sarawak have

been selected as the respondents of this study. The instrument used in this study is

questionnaire.A pilot survey was piloted among 10 technical’s teacher in SMK Serian,

Sarawak. Cronbach’s alpha recorded for this instrument is 0.9. The overall data is

analysed in terms of frequency, percentage and mean. This study found that the overall

stress of Living Skills’ teachers in secondary schools in Kota Samarahan is at moderate

level. According to this study, the workload is the main source which influenced the

teachers. The symptoms of stress among the Living Skills’ teachers influenced their

physical characteristics such as appetite changes, frequent headache and sleeping

discorder. The results obtained showed that the Living Skills’ teacher mostly uses

factors of lifestyle when dealing with stress problems. The findings also show that the

majority of teachers tried to release stress by involving theirselves in sport and exercise.

In behaviour aspect, majority of the teachers will interact with their colleagues to release

stress.

Page 10: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

Page 11: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

ix

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Skop Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

1.9 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Konsep Stres 14

2.3 Konsep Stres Kerja 16

2.4 Punca-punca Stres 18

2.5 Cara Menangani Stres 20

2.6 Kemahiran Hidup Bersepadu 22

2.7 Model-model Stres/Tekanan 23

2.8 Teori-teori Stres/Tekanan 34

2.9 Kajian-Kajian Lepas 36

2.10 Kesimpulan 42

Page 12: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

x

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 43

3.2 Rekabentuk Kajian 44

3.3 Populasi Kajian 44

3.4 Instrumen Kajian 47

3.5 Kajian Rintis 50

3.6 Prosedur Kajian 51

3.7 Analisis Data 51

3.8 Jangkamasa Kajian 52

3.9 Kesimpulan 53

BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

4.1 Pengenalan 54

4.2 Huraian Latar Belakang Responden 55

4.3 Analisis Data Item-item Persoalan Kajian 57

4.3.1 Persoalan Kajian 1 58

4.3.2 Persoalan Kajian 2 64

4.3.3 Persoalan Kajian 3 68

4.4 Kesimpulan 71

Page 13: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

xi

BAB 5 RUMUSAN , PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 72

5.2 Rumusan 73

5.3 Perbincangan 75

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 76

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 80

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 83

5.4 Cadangan 86

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88

5.6 Penutup 89

LAMPIRAN A Rujukan 90

LAMPIRAN B Surat Pengesahan Item-item Soal Selidik

LAMPIRAN C Borang Soal Selidik

LAMPIRAN D Surat kebenaran menjalankan kaji selidik

di setiap sekolah

Page 14: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

xii

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA SURAT

2.1 Model Punca Tekanan Kerja 28

3.1 Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Kota

Samarahan, Sarawak 45

3.2 Taburan Jumlah Responden Mengikut Sekolah 46

3.3 Skor Skala Likert 48

3.4 Jadual Skala Likert untuk Bahagian B, C dan D 48

3.4 Taburan Item Mengikut Aspek Persoalan Kajian 49

3.5 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 49

4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Jantina 55

4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Status

perkahwinan 55

4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Umur 56

4.4 Taburan Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Pengalaman

Tahun Mengajar 57

Page 15: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

xiii

4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min bagi

Punca Stres dari Aspek Faktor Beban Kerja guru-guru

Kemahiran Hidup Bersepadu 58

4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min

bagi Punca Stres dari Aspek Faktor Persekitaran guru-guru KHB 60

4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min

bagi Punca Stres dari Aspek Faktor Kewangan guru-guru KHB 62

4.8 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min

bagi Kesan Stres terhadap Fizikal guru-guru KHB 64

4.9 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min

bagi Kesan Stres terhadap Emosi guru-guru KHB 66

4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan

Min bagi Cara Mengatasi Stres melalui Kaedah Tingkah

Laku Guru-guru KHB 68

4.11 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus dan Min

bagi Cara Mengatasi Stres melalui Kaedah Gaya Hidup

Guru-guru KHB 70

Page 16: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Gallup Poll terhadap Distressors dan Distress 19

2.2 General Adaptation Syndrome (GAS) model 23

2.3 Model Stress Atkinson (1988) 26

2.4 Model Tekanan Guru 27

Page 17: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

xv

SENARAI LAMPIRAN

TAJUK HALAMAN

LAMPIRAN A

Rujukan 99

LAMPIRAN B

Surat Pengesahan Borang Soal Selidik 1 101

Surat Pengesahan Borang Soal Selidik 1 102

LAMPIRAN C

Borang Soal Selidik 103

LAMPIRAN D

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 1 112

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 2 113

Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 1 114

Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan

Maklumat 115

Page 18: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada zaman era globalisasi yang serba moden masa kini, kehidupan manusia

akan dipenuhi dengan situasi yang penuh dengan cabaran, permintaan, kekecewaan

dan manusia saling berlumba-lumba untuk mencapai target mereka. Situasi sebegini

bukan sahaja memerlukan usaha tetapi memerlukan mentaliti yang kuat. Jika cara

pengurusan kehidupan tidak diuruskan dengan baik maka seseorang itu akan

mengalami stres. Stres didefinisikan sebagai reaksi mental, fizikal dan emosi

terhadap tuntutan dalam kehidupan manusia dalam kehidupannya (Scafer, 1998)

Stres boleh berlaku di tempat kerja mahupun di rumah lebih-lebih lagi hidup

pada masa kini penuh dengan cabaran, pelbagai masalah, kekecewaan dan pelbagai

permintaan yang harus dipenuhi. Dalam erti kata lain stres yang dialami adalah

disebabkan perlakuan dan permintaan dalaman yang berlebihan dalam melakukan

daya usaha dan pelarasan (Fisher, 1994).

Page 19: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

2

Untuk kebanyakkan orang, stres merupakan satu kebiasaan dalam kehidupan

manusia. Dalam erti kata lain, stres bukanlah sesuatu perkara yang tidak baik namun

ia membawa dua kesan iaitu kesan baik (positif) dan juga kesan tidak baik (negatif).

Jika seseorang mengalami stres yang sedikit, dia akan lebih bermotivasi

memperbaiki diri untuk melakukan yang terbaik. Walaupun stres kadangkala dilihat

boleh membawa kebaikan tetapi stres berlebihan menyebabkan sesorang menjadi

kurang upaya dalam menghadapi cabaran terutamanya di tempat kerja.

Charlesworth and Nathan (1984) telah menyenaraikan pelbagai faktor stres.

Antaranya adalah faktor persekitaran, faktor komunikasi, faktor fizikal, faktor

perubahan, faktor keluarga, faktor penyakit, keputusan yang dibuat, sosial dan

termasuklah faktor kerja.

Seaward (2006) telah melaporkan kajian terbaru secara keseluruhannya

menunjukkan bahawa 70% hingga 80% penyakit yang dialami manusia kini kesan

daripada stres. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi dengan hasil data yang

ditunjukkan oleh National Center For Health Statistic dalam Mazlan, Faizah, Syed

(2002) yang melaporkan pada 2000 masalah penyakit manusia ada hubungan rapat

dengan stres (contohnya kanser, penyakit jantung dan stroke).

Stres kerja dikenali di mata dunia sebagai cabaran utama terhadap kesihatan

pekerja dan memberi kesan mendalam kepada sesebuah organisasi. Pekerja yang

mengalami stres biasanya menjadi tidak sihat, kurang bermotivasi, kurang produktif

dan tidak mengamalkan keselamatan ketika bekerja. Majikan tidak dapat melindungi

pekerja-pekerjanya daripada stres di luar tempat kerja tetapi boleh membantu

mengurangkan stres di tempat kerja. Stres di tempat kerja boleh membawa kesan

yang buruk kepada sesebuah organisasi. Pengurusan kerja yang baik adalah satu cara

yang paling berkesan untuk mengelakkan berlakunya stres di tempat kerja.

Page 20: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan merupakan faktor penting dalam pembangunan sesebuah negara.

Melalui pendidikan juga ia mampu melahirkan insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek (Nor Hasimah, 2003). Oleh itu segala ilmu di

seluruh dunia mahupun ilmu ilmiah atau ilmu kerohanian ini akan disalurkan oleh

insan yang digelar guru.

Oleh kerana sistem pengajaran di sekolah banyak, para guru banyak

menghadapi masalah dan beban tugas yang banyak. Para guru terpaksa berjuang

untuk mendidik anak muridnya dan terpaksa juga melakukan pelbagai tugas dalam

masa yang sama. Menurut Ismail Nihat (2009) guru-guru kini terpaksa berhadapan

dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya

beban yang keterlaluan. Bebanan ini terus berlaku dalam keadaan jumlah guru yang

tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid, projek banyak tetapi guru sedikit.

Masalah yang dihadapi oleh golongan guru menjurus kepada stres mental dan

emosi berbanding fizikal. Ini menjejaskan keupayaan dan kepercayaan mereka

terhadap diri sendiri untuk mencapai matlamat melahirkan pelajar yang cemerlang

dan berkualiti.

Fenomena stres telah menular dalam profesion keguruan seluruh dunia.

Menurut Borg dan Mark (1990) pekerjaan guru dikategorikan mempunyai stres yang

tinggi. Ia disokong oleh Travers dan Cooper (1993) dalam Jepson dan Forrest (2006)

mendapati apabila dibuat perbandingan dengan pekerjaan lain, kerjaya perguruan

didapati mempunyai tahap stres yang tinggi. Kenyataan ini disokong oleh laporan

kajian oleh Health and Safety Executive yang menyokong pengajaran adalah salah

satu daripada pekerjaan yang sangat stres. Didapati 41% guru dilaporkan mempunyai

tahap stres yang tinggi. Kajian ini membandingkan kerjaya guru dengan kerjaya

Page 21: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

4

sebagai jururawat yang mempunyai tahap stres sebanyak 31%, kerja pengurusan 29%

dan dalam bidang professional serta sokongan sebanyak 27%.

Daripada situasi yang sering kita lihat pada hari ini, jelaslah bahawa profesion

perguruan di negara kita mengalami suatu keadaan yang kritikal dan memerlukan

perhatian daripada pelbagai pihak. Keadaan ini menggambarkan situasi di kalangan

guru-guru tidak boleh dipandang remeh lagi terutamanya guru-guru yang mengajar

matapelajaran Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah menengah.

Ramai guru berpendapat bahawa pekerjaan guru termasuk guru Kemahiran

Hidup tidak lagi menarik lagi disebabkan oleh beban tugas yang sudah meningkat

pada masa kini. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar dan mendidik pelajar

semakin bertambah dengan tugas yang di luar bidangnya seperti tugas pengkeranian.

Tugas pengkeranian yang dimaksudkan adalah seperti membuat laporan

aktiviti, mengisi borang atau kad-kad, membuat penyata kewangan kelab atau

persatuan dan sebagainya. Bagi guru-guru Kemahiran Hidup juga mereka

dibebankan dengan kerja-kerja yang diluar waktu sekolah seperti membuat plan

landskap untuk keceriaan sekolah atau bengkel Kemahiran Hidup, membuat

tempahan untuk barangan dan peralatan di bengkel-bengkel, dan sebagainya

menuntut peruntukan masa yang panjang di samping guru-guru perlu memberi

tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru Kemahiran Hidup

juga menjadi guru pentaksir menambah lagi tugas mereka selain mengajar sahaja.

Buku-buku dan ujian serta kertas Penilaian Pentaksiran Sekolah untuk subjek

Kemahiran Hidup juga perlu disemak oleh guru tanpa mengenal penat lelah.

Kenyataan ini disokong oleh Siti Rodziah (1982) yang menyatakan faktor yang

membawa stres guru-guru ialah beban tugas dan kesuntukan masa.

Individu tidak dapat berfungsi dengan berkesan jika di dalam keadaan

tertekan (Smith 1993 : Girdano & Everly, 1993). Perasaan tertekan menjadikan

Page 22: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

5

seseorang itu bersikap tidak rasional, cemas, tegang tidak dapat menumpukan

perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira serta tidak puas hati

terhadap kerja. Hal-hal seperti ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat

positifnya apatah lagi rasa kasih sayang. Terdapat kajian-kajian membuktikan

sesetengah guru mengalami stres perasaan, sikap berang, murung, mengambil

keputusan atau memikirkan untuk berhenti atau bersara sebelum masa yang

sepatutnya kerana mereka dikatakan tertekan

Daripada pemerhatian yang dilakukan, daerah Kota Samarahan adalah salah

satu daerah terletaknya banyak pusat latihan dan institusi pengajian tinggi seperti

Universiti Teknologi Mara, Samarahan, Universiti Malaysia Sarawak, Maktab

Perguruan Tun Abdul Razak, Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan, Kolej

Kejururawatan dan terdapat juga kolej-kolej swasta yang terletak di daerah

Samarahan. Oleh hal yang demikian, persaingan tentang prestasi sekolah-sekolah di

kawasan tersebut juga semakin meningkat kerana dipengaruhi oleh persekitaran di

kawasan tersebut. Guru-guru di daerah tersebut juga semakin dibebani tugasan yang

banyak dan disamping dapat meningkatkan prestasi sekolah masing-masing.

1.3 Pernyataan Masalah

Matapelajaran Kemahiran Hidup yang diajar di Sekolah Menengah adalah

bertujuan melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi

serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa

berubah untuk kehidupan harian (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008). Dalam

merealisasikan visi Kementerian Pelajaran Malaysia ini, para guru bekerja keras

untuk melahirkan produktiviti yang berkualiti untuk negara pada masa hadapan.

Page 23: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

6

Berdasarkan latar belakang masalah di atas, kajian ini dilakukan bertujuan

untuk mengenalpasti punca, kesan dan cara menangani stres yang dialami oleh guru-

guru sekolah menengah di daerah Kota Samarahan

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji punca, kesan dan cara menangani

stres di kalangan guru-guru yang mengajar Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-

sekolah Daerah Samarahan, Sarawak. Objektif utama kajian ini pula adalah untuk:

1.4.1 Mengenalpasti punca stres dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup

Bersepadu di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan,

Sarawak.

1.4.2 Mengenalpasti kesan stres terhadap fizikal dan emosi dikalangan guru-

guru Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah-sekolah menengah di

daerah Kota Samarahan, Sarawak.

1.4.3 Mengenalpasti cara guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu di

sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan Sarawak

menangani stres.

Page 24: STRES DI KALANGAN GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP … · Nama Pembimbing : PM DR YAHYA BIN BUNTAT Tarikh : 12 MEI 2011 ... Kakak, Cleta John, adik-adik, Alvey John, Jenice John serta Kennison

7

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, berikut adalah persoalan kajian:

1.5.1 Apakah punca stres di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup

Bersepadu di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan,

Sarawak?

1.5.2 Apakah kesan stres terhadap guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu

di sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan, Sarawak?

1.5.3 Bagaimanakah cara-cara guru Kemahiran Hidup Bersepadu di

sekolah-sekolah menengah di daerah Kota Samarahan, Sarawak

menangani masalah stres mereka?