biografi john calvin

21
1.0 Protestantisme Setelah berlakunya reformasi yang disebabkan oleh golongan reformasi yang terdiri daripada golongan intelektual, berlaku proses perpecahan dalam agama Kristian. Perpecahan ini berlaku kerana penguasaan gereja yang semakin lemah ke atas masyarakat yang mulai sedar mengenai hak mereka. Kejadian ini menyebabkan muncul pelbagai mazhab baru di Eropah, yang seterusnya meruntuhkan perpaduan agama Kristian di Eropah. Sebelum reformasi masyarakat Eropah dikuasai oleh Gereja, hampir segala aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat di Eropah perlu mendapatkan kebenaran dan harus mematuhi peraturan Gereja. Fahaman Roman Katolik merupakan fahaman yang cukup berpengaruh di Eropah, sebelum berlakunya reformasi yang berjaya mendedahkan kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak Gereja Roman Katolik. Hasil gerakan reformasi ini menyebabkan agama Kristian berpecah keada dua mazhab, iaitu Roman Katolik dan Protestant. Daripada fahaman Protestant ini muncul pelbagai aliran yang menentang Roman Katolik antaranya Lutheran yang dipelopori oleh Martin Luther, Calvinisme diasaskan oleh John Calvin. Pengkaji ingin menyorot sedikit sejarah aliran Protestant kerana penterjemahan Bible ke dalam bahasa Inggeris sangat berkait rapat dengannya. Sejarah Protestantisme terikat dengan Bible dalam 3 keadaan : 1. Protestantisme mendakwa bahawa Bible adalah hak mutlak bagi setiap penganut Kristian, bukan milik tradisi atau individu-individu tertentu atau pengalaman peribadi - kitab Bible itu sendiri. 2. Protestantisme mendakwa bahawa kepaderian itu merangkumi setiap penganut Kristian. Maknanya, setiap penganut memiliki hak untuk mengetahui dan mengenali Tuhan dan isi wahyu dalam kitab-kitab suci (Scriptures). 3. Dengan sendirinya, apa yang dapat diambil daripada 2 prinsip di atas ialah setiap penganut Kristian perlu mendekatkan diri dengan kitab-kitab suci di dalam bahasa mereka sendiri. Demi itu, para penganut Protestant melangkaui mana-mana kumpulan agama yang lain telah menterjemahkan kitab-kitab suci (Scriptures) dan dengan rasa keinginan yang amat mendalam agar kesemua penganut dapat berhubung dengan wahyu Tuhan. Kerana Bible adalah sumber kepercayaan utama mereka, tanpa mengetahui isi kandungannya, maka tuhan yang disembah adalah 'tuhan imaginasi' mereka sendiri. Manakala pada kurun ke-14 di England, zaman masyarakatnya masih dalam pengaruh feudalisme, pemerintahan teokrasi masih dominan, pihak gereja pula hanya berminat untuk mengaut keuntungan melalui penjualan surat pengampunan (indulgences). Kewibawaan Pope juga merupakan krisis utama ketika itu, hampir tiga suku abad pope-pope yang dilantik telah dibuang negeri ke Avignon, Perancis. Bagaimana mungkin bangsa Inggeris dapat menghormati dan mentaati Pope yang tinggal di bumi musuh tradisinya - Perancis. Keadaan di atas membuatkan Gereja England berada dalam kacau bilau. Berlaku pertembungan di antara golongan pro-gereja dan anti-gereja. Mana-mana penganut tidak mempunyai hak untuk menyoal autoriti gereja, tetapi dalam suasana sebegini, keadaan sudah berlaku sebaliknya. 1

Upload: koiks

Post on 15-Jun-2015

404 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Biografi John Calvin

1.0 Protestantisme

Setelah berlakunya reformasi yang disebabkan oleh golongan reformasi yang terdiri daripada golongan intelektual, berlaku proses perpecahan dalam agama Kristian. Perpecahan ini berlaku kerana penguasaan gereja yang semakin lemah ke atas masyarakat yang mulai sedar mengenai hak mereka. Kejadian ini menyebabkan muncul pelbagai mazhab baru di Eropah, yang seterusnya meruntuhkan perpaduan agama Kristian di Eropah.

Sebelum reformasi masyarakat Eropah dikuasai oleh Gereja, hampir segala aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat di Eropah perlu mendapatkan kebenaran dan harus mematuhi peraturan Gereja. Fahaman Roman Katolik merupakan fahaman yang cukup berpengaruh di Eropah, sebelum berlakunya reformasi yang berjaya mendedahkan kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak Gereja Roman Katolik. Hasil gerakan reformasi ini menyebabkan agama Kristian berpecah keada dua mazhab, iaitu Roman Katolik dan Protestant. Daripada fahaman Protestant ini muncul pelbagai aliran yang menentang Roman Katolik antaranya Lutheran yang dipelopori oleh Martin Luther, Calvinisme diasaskan oleh John Calvin.

Pengkaji ingin menyorot sedikit sejarah aliran Protestant kerana penterjemahan Bible ke dalam bahasa Inggeris sangat berkait rapat dengannya. Sejarah Protestantisme terikat dengan Bible dalam 3 keadaan :

1. Protestantisme mendakwa bahawa Bible adalah hak mutlak bagi setiap penganut Kristian, bukan milik tradisi atau individu-individu tertentu atau pengalaman peribadi - kitab Bible itu sendiri.

2. Protestantisme mendakwa bahawa kepaderian itu merangkumi setiap penganut Kristian. Maknanya, setiap penganut memiliki hak untuk mengetahui dan mengenali Tuhan dan isi wahyu dalam kitab-kitab suci (Scriptures).

3. Dengan sendirinya, apa yang dapat diambil daripada 2 prinsip di atas ialah setiap penganut Kristian perlu mendekatkan diri dengan kitab-kitab suci di dalam bahasa mereka sendiri. Demi itu, para penganut Protestant – melangkaui mana-mana kumpulan agama yang lain telah menterjemahkan kitab-kitab suci (Scriptures) dan dengan rasa keinginan yang amat mendalam agar kesemua penganut dapat berhubung dengan wahyu Tuhan.

Kerana Bible adalah sumber kepercayaan utama mereka, tanpa mengetahui isi kandungannya, maka tuhan yang disembah adalah 'tuhan imaginasi' mereka sendiri. Manakala pada kurun ke-14 di England, zaman masyarakatnya masih dalam pengaruh feudalisme, pemerintahan teokrasi masih dominan, pihak gereja pula hanya berminat untuk mengaut keuntungan melalui penjualan surat pengampunan (indulgences). Kewibawaan Pope juga merupakan krisis utama ketika itu, hampir tiga suku abad pope-pope yang dilantik telah dibuang negeri ke Avignon, Perancis. Bagaimana mungkin bangsa Inggeris dapat menghormati dan mentaati Pope yang tinggal di bumi musuh tradisinya - Perancis. Keadaan di atas membuatkan Gereja England berada dalam kacau bilau. Berlaku pertembungan di antara golongan pro-gereja dan anti-gereja. Mana-mana penganut tidak mempunyai hak untuk menyoal autoriti gereja, tetapi dalam suasana sebegini, keadaan sudah berlaku sebaliknya.

Suasana menjadi serba tidak kena, barangsiapa yang berani bertanya kepada mana-mana paderi tempatan tentang ketuhanan di dalam Bible tidak akan dilayan sama sekali kerana para

1

Page 2: Biografi John Calvin

paderi juga tidak membaca Bible secara keseluruhan melainkan dalam bahasa Latin dan hanya bahagian-bahagian yang penting untuk upacara keagamaan dan ibadat yang lazim. Mereka juga tidak begitu mahir dalam bahasa Latin dan hanya mampu menghafal beberapa rangkap doa untuk dibaca dalam upacara-upacara ibadat. Kehidupan dari segi fizikal, sosial, ekonomi, spiritual – kelihatan begitu suram. Maklumat di atas amat berkaitan untuk kita memahami titik tolak dalam sejarah penterjemahan Bible ke dalam bahasa Inggeris yang penuh dengan drama - sejarah berdarah (bloody history).

Kemunculan golongan reformasi telah berjaya membebaskan masyarakat yang dikuasai oleh gereja dan pada masa yang sama menyebarkan kebenaran tentang agama Kristian kepada mereka. Di antara golongan ini John Calvin merupakan salah seorang yang amat berpengaruh semasa reformasi ini yang telah berjaya mencipta sebuah negara Kristiannya yang sendiri dengan menggunakan mazhab Calvinisme di Geneva.

1.1 Ulrich Zwingli

Terdapat beberapa individu yang membentuk dan mempengaruhi John Calvin . Antara individu yang telah mempengaruhi gerakan protestan John Calvin ialah Ulrich Zwingli dan Martin Luther. Siapakah Ulrich Zwingli?. Ulrich Zwingli ialah rakyat Jerman yang telah memulakan gerakan reformasi di Zurich Switzerland, reformasi yang dibawa oleh Zwingli tidak mencipta organisasi gereja yang baru tetapi dia telah meluaskan dan mendalamkan lagi konsepsi moral Protestan. Penulisan Zwingli mengenai Artikel 67 merupakan salah satu idea reformasi yang telah membentuk Calvin untuk bangun menentang Gereja Katolik pada masa itu. Pada tahun 1523 Huldrych Zwingli telah mengadakan satu persidangan yang bertempat di Zurich, dalam persidangan tersebut Zwingli telah membentangkan 67 artikelnya1, antara isu yang cuba Zwingli sampaikan dalam artikelnya ialah mengenai perkhawinan Paderi ( Zwingli ialah salah satu paderi yang berkhawin). Secara tidak lansung isu-isu yang disampaikan oleh Zwingli melalui persidangan tersebut bukan sahaja membentuk gerakan reformasi gereja, malah pandangan dan buah fikiran Zwigli ini juga telah membentuk dan mempengaruhi Calvin untuk bangun menentang kekuasaan gereja Katolik yang melakukan korupsi pada masa itu. Gerakan penentangan ini disebabkan oleh penjualan surat pengampunan yang dipertangungjawapkan oleh Tetzel2

Gambaran Wajah Ulrich Zwingli, Sumber: http://cat.xula.edu/tpr/albums/zwingli/1.2 Martin Luther.

Martin Luther (1483M-1546M) adalah seorang yang sangat signifikan dan sinonim sebagai penggerak reformasi. Beliau ( Martin Luther) merupakan seorang paderi kristian mahzab Augustian dan professor Teologi, boleh dikatakan Martin Luther merupakan seorang pensyarah 1 Almanac, Saari Peggu dan Saari, Aaron. 2002. Renaissance and Reformation.London: Thomsan Gale.Hlm. 231. 2 Sherman, Dennis. 2004. Western Civilazation: Source,Images and Interpretations. New York: John Jay College. Hlm. 20.

2

Page 3: Biografi John Calvin

yang terkenal mengkritik segala akiviti gereja Roman Katolik. Pada pandangan Martin Luther asas kepada semua kepercayaan ialah Alkitab (kitab) dan sesiapa sahaja berhak untuk mengetahuinya dan bukan hanya terhad kepada mereka yang memahami bahasa latin sahaja. Doktrin-doktrin agama dan amalan yang tidak ditemui dalam Kitab Injil seperti penyembahan Patung Mary dan Keramat ( Saints ) dianggapnya sebagai penyelewengan agama. Selain itu Martin Luther juga menegaskan hanya kepercayaan manusia kepada Tuhan sahaja akan membawa seseorang kepada keselamatan, dan Luther juga ada menekankan keselamatan boleh ditemui dengan mengamalkan amalan-amalan Kristian seperti yang terdapat dalam Kitab Injil dan bukan melalui kerja-kerja baik yang dilakukan oleh orang yang berdosa atau ahli-ahli gereja. Hal ini kerana pada pandangan Luther konsep keselamatan ialah urusan peribadi diantara Tuhan dengan individu, dan dalam situasi ini orang tengah dan perantaraan seperti paderi tidak diperlukan. Fahaman dan tindakan Martin Luther mengkritik agama Katolik secara tidak lansung mempengaruhi Calvin. Oleh yang demikian Martin Luther juga ialah antara individu yang banyak mempengaruhi John Calvin.

Gambaran Wajah Martin Luther, Sumber: http://encarta.msn.com/media2.0 Biografi John Calvin

John calvin merupakan seorang ahli agama (ahli teologi) yang sangat penting dalam Reformasi Protestan pada abad ke-16. Reformasi Gereja yang ditubuhkan di Geneva menjadi model kepada gereja yang beraliran calvin di seluruh Eropah. Ajaran Calvin menjadi aliran protestan yang dinamik pada abad ke-17. Calvin dilahirkan pada 10 Julai 1509 di Picardy, Perancis dan meninggal pada 27 May 1564 di Geneva.3

John Calvin, Sumber: www.calvin500.com/90-pictures-of-john-calvin/

2.1 Kehidupan Berkeluarga John Calvin.

Pada bulan Ogos 1540, semasa Calvin berada di Starssburg Calvin telah menemukan jodohnya yang bernama Burne. Calvin berkhawin dengan Burne, Burne merupakan seorang janda dan mempuyai dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan hasil perkongsian hidunya dengan suaminya yang sebelum ini. Perkhawinannya dengan Burne dikurniakan seorang anak walaubagaimanapun anaknya meninggal selepas selepas dilahirkan pada tahun 1542. Tujuh tahun kemudian selepas kematian anak mereka isterinya meninggal dunia dan Calvin tidak berkhawin setelah isterinya meninggal dunia.

2.2 Awal Kehidupan Calvin

John Calvin merupakan anak kedua kepada Gerard Cauvin dan Jeanne le Fanc Cauvin. Ayahnya merupakan setiausaha kepada menteri Noyon dan merupakan seorang pendakwaraya wilayah, dan emaknya merupakan anak orang berada.4 Masa muda, Calvin dididik untuk menjadi

3 Christina J. Moose (ed). 2005. Great Lives From History,The Renaissance & Early Modern Era (1454-1600). Pasadena, California, Salem Press. Hal. 163.

4 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 163

3

Page 4: Biografi John Calvin

‘petugas’ gereja dan sewaktu Calvin berumur 12 tahun beliau menjadi Pendeta Tentera di geraja besar Noyon5. Pada tahun 1523 beliau memasuki College de la Marche di University of Paris. Pengajian dan pembelajaran Calvin di Universiti Paris juga mengakibatkan Calvin mahir dalam bahasa Latin dan Mengenal huruf-huruf Latin. Di sana, Calvin juga telah melatinkan namanya menjadi Calvinus untuk tujuan biasiswa. Kemudian, beliau telah menyambung pengajiannya di College de Montaigne, sebuah institusi Kristian Humanistik tradisi yang terpenting ketika itu. Selepas menerima sarjana dalam arts, beliau belajar undang-undang di University of Orleans. Calvin pulang semula ke Paris pada tahun 1531 dengan ijazah undang-undangnya.6

Pada tahun 1531 (pada tahun Calvin pulang semula ke Paris) parti pembangkang gereja iaitu Protestan telah mula berkembang. Idea yang dibawa oleh Martin Lurther (1483-1546) merupakan idea yang popular di kota besar itu, dan Calvin turut mengikuti gerakan reformasi gereja tersebut.7 Semasa dalam zaman perubahan ini, Calvin telah menerbitkan buku pertamanya, a Study of Seneca’s De clementia (c. 55-56; On Clemency). Buku pertamanya ini telah menjadikan Calvin seorang penulis yang hebat dan teliti.8

Selepas menerbitkan hasil kerjanya, Calvin telah bertukar aliran kepada Protestan. Memikirkan keselematannya, Calvin melarikan diri ke Angouleme, Perancis dan seterusnya ke Basel. Calvin memberi tumpuan dalam kajian ilmu teologi, berkenaan dengan Bible sepertimana yang telah dilakukan oleh Martin Luther. Dalam tahun 1536, hasil daripada kajiannya, beliau telah menerbitkan sebuah lagi buku iaitu Christiance religionis institutio (Institutes of the Christian Religion. 1561). Hasil kerja ini telah diperhalusi, diperkembangkan dan diperbesarkan skopnya melampaui kehidupannya. Hal ni menjadikan beliau mendapat autoriti dalam Protestan. Ramai sarjana barat bersetuju, hasil kerjanya ini merupakan sesuatu yang penting semasa berlakunya Pemulihan ini. 9

3.0 Gagasan Calvin

Dalam tahun 1536 Calvin mengungkapkan kepercayaannnya dalam sebuah buku yang begitu terkenal dalam fahaman Protestan iaitu Institutes of the Chritian Religion.10 Institutes of the Chritian Religion ini merangkumi pembentukan aliran Protestan yang mempunyai tatacara yang berbeza. Latar belakang pendidikannya yang memperolehi latihan dalam undang-undang membantu beliau dalam menghasilkan hasil kerja yang teratur, jelas, dan logik. Terdapat dua tema utama dalam hasil kerjanya iaitu keagungan Tuhan yang tidak terbatas dan kehinaan manusia yang tidak terbatas. Tuhan maha kuasa dan maha mengetahui maka, Dia mengetahui

5 Laura B. Tyle (ed). 2003. U.X.L Encylopebeliauof World Biography ( Volume 2 Be-Cap). Hal. 344

6 Laura B. Tyle (ed). Ibid. Hal. 344

7 Laura B. Tyle (ed). Ibid. Hal. 345

8 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 163

9 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 163

10 Laura B. Tyle (ed). Ibid. Hal. 345

4

Page 5: Biografi John Calvin

semua yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Manusia, disebabkan secara semula jadinya telah buruk, tidak dapat menetukan atau memilih penyelamat mereka; hanya Tuhan yang layak membantu mereka. Disebabkan Tuhan maha mengetahui, Tuhan terlebih dahulu telah memilih siapa yang sepatutnya selamat dan siapa sepatutnya mendapat laknat11 dan manusia tiada hak untuk mengubah apa yang telah ditentukan.12

Pada pandangan Calvin kuasa rohani yang sebenar ialah Kitab, dan hal ini seperti yang telah termaktub dalam kitab perjanjian Lama dan Perjanjian baru baginya Alkitab ialah sumber dan kuasa Rohani yang sebenarnya. Berdasarkan interprestasi yang dikatakan oleh John Calvin Tuhan ialah Maha Kuasa tetapi hanya dilihat melalui takdir. Calvin percaya bahawa semua manusia sememangnya berdosa daripada azali tidak sepatutnya ditebus dan mengenal dengan sepenuhnya. Kuasa Tuhan yang besar memilih manusia untuk diselamatkan .Dalam erti kata yang lain kepercayaan bahawa mereka yang telah diselamatkan itu telah ditakdirkan atau dipilih oleh Tuhan dan usaha Individu baik lelaki atau perempuan tidak memainkan peranan dalam keselamatan mereka termasuk menolak pemujaan dan upacara-upacara agama. Menurut Calvin, Tuhan telah membuat keputusan tanpa mengambil kira kebajikan yang dibuatnya apabila seseorang itu terselamat atau mempunyai moral yang baik Melalui konsep ini Calvin menjelaskan bahawa maksud dan tujuaan utama kehidupan ialah berusaha mengenal dan memahami Tuhan sebolehnya dan seterusnya menuruti perintah Tuhan. Perkara ini hanya dapat dilakukan melalui iman kepada Jesus Christ dalam kehidupan yang bermoral. Perbezaa ajaran John Calvin dengan ajaran Luther ialah kepercayaan bahawa hanya mereka yang telah diselamtkan telah ditakdirkan ataupun dipilih oleh Tuhan.

Calvin turut menasihatkan manusia supaya bermohon, berdoa dan bersembahyang (melakukan amal ibadat) walaupun mereka tidak mempunyai peluang untuk mengubah takdir. Amaln itu perlulah ringkas, dan segala perayaan yang mengkhayalkan perlu dibuang. Calvin menyatakan Nabi Isa akan datang apabila pengikut-pengikutnya berhimpun dan beramal bersama, dan paderi serta pendeta tidak mempunyai kuasa tersebut. Beliau juga menyatakan tiadsa pemisahan antara gereja dan negara; kedua-duanya perlu bekerjasama untuk mendapat perlindungan daripada tuhan, dan negara mempunyai kuasa untuk mengenakan tindakan sekiranya ajaran dari pihak gereja adalah menyimpang dari yang sepatutnya.13

3.1 Konsep Trinitiy.

Pada pandangan John Calvin, Calvin menerima sejarah doktrin trinity Tuhan iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus yang berada dalam satu tetapi sebenarnya mempunyai tiga peranan atau juga dikenali sebagai tiga Oknum. Dalam erti kata yang lain, Tuhan Bapa, Anak Tuhan dan Roh Kudus mempunyai tugas dan pernana masing-masing, tetapi ketiga-tiga ini sebenarnya adalah dalam satu ataupun kewujudan ketiga-tiga ini adalah tunggal cuma peranan yang berbeza. Sebagai contoh Anak Tuhan ialah Jesus yang datang ke dunia disalib menebus dosa, tetapi Anak Tuhan tetap berada dalam kesatuan 3 oknum. Untuk Calvin dan para pengikutnya juga penting untuk menyedari bahawa Allah Tritunggal tidak berpaling daripada penciptaan selepas dibentuk,

11 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 163

12 Laura B. Tyle (ed). Ibid. Hal. 345

13 Laura B. Tyle (ed). Ibid. Hal. 345

5

Page 6: Biografi John Calvin

tapi terus mempertahankan dan memelihara kewujudan dan pengoperasian. Hukum-hukum fizik yang mengatur alam semesta material adalah hasil daripada kerja terus-menerus dan tindakan Roh Kudus. Doktrin semacam itu memiliki pengaruh penting dalam perkembangan ilmu fizik pada akhir abad keenam belas dan ketujuh belas, yang berpengaruh dalam pemikiran Pierre de la Ramee, Bernard Palissy, dan Ambroise Pare di Perancis; Francis Bacon, Robert Boyle, dan Isaac Newton di inggeris; dan saintis fizikal awal lainnya.

3.2 Doktrin Hari Sabat John Calvin.

Doktrin hari Sabat merupakan salah satu doktirn yang dikemukan oleh John Calvin yang mendapat konterversi. John Calvin merupakan salah seorang penganut dan seorang yang menyucikan hari Sabat14. Konsep Sabat yang dimaksudkan oleh Calvin ialah, hari perhentian bagi umat kristian sehari dalam seminggu ( Hari Ahad dipilih menjadi sebagai hari perhentian). Dalam khotbah pertamanya Calvin ada mengatakan mengenai teori hari Sabat dan amalan hari Sabat yang sebenarnya. Calvin menyatakan bahawa Hukum Kempat adalah unik kerana telah dibatalkan oleh kedatangan Kristus, pada beliau Hari Sabat ialah Hari perhentian dan lambang istirehat rohani, pengekalan pemerintahan gereja dan hari perhentian kepada umat Kristian daripada melakukan pekerjaan yang bersifat duniawi. Rehat atau perhentian hari Sabat yang diperkatakan ( dimaksudkan ) oleh John Calvin ialah istirehat roh (Spritual) dalam diri masing-masing (Individu) agar Tuhan dapat bekerja di dalam diri manusia . Dalam erti kata yang lain hari Sabat ialah hari perhentian kepada manusia daripada melakukan apa-apa pekerjaan duniawi dan perlu berehat dan berhenti daripada pekerjaan seharian agar pada hari tersebut manusia dapat menumpuhkan diri mereka kepada istirehat Roh. Selain itu Calvin juga mentakrifkan hari Sabat sebagai hari penyerahan kepada Tuhan, hari mengakui segala kesalahan dan memohon kemapunan serta pengudusan diri. Seperti yang telah dibincangkan dan disebut sebelum ini mengatakan Sabat ialah hari istirehat Roh, maka pada hari ketujuh ini manusia akan berhenti dan beribadat kepada Tuhan, merenung kembali hari-hari yang telah berlalu dan memohon keampunan daripada Tuhan. Secara tidak lansung hari Sabat juga dikatakan sebagai hari pengudusan diri kerana manusia tidak akan melakukan perkara-perkara duniawi dan berhenti daripada melakukan perkerjaan harian mereka melainkan menguduskan diri mereka hanya kepada aktiviti rohani. Malah pada hari yang disebut Sabat ini juga di takrifkan sebagai hari penyerahan diri kepada Tuhan dan hari mengakui kesalahan dan memohon kemapunan.

Hari ketujuh dipilih sebagai hari Sabat kerana angka ini merupakan symbol dan lambang kesempurnaan,. Hal ini kerana pada hari ketujuh Tuhan telah berhenti menyiapkan ciptaannya (Dunia) dengan sempurna dan pada hari Ketujuh Tuhan (pencipta) telah berhenti dan berehat, Tuhan telah berehat selepas penciptaan dunia agar menjadi contoh dna teladan kepada manusia agar berhenti pada hari Ketujuh. Perhentian hari ketujuh yang juga disebut Sabat adalah masa perhentian dan rehat kepada manusia untuk merenung kembali ciptaan-ciptaan Tuhan yang unik dan mengkagumkan. Pada hari Sabat di panggil sebagai hari perhentian kerana pada hari tersebut mansuia akan berhenti melakukan pekerjaan runtin mereka tetapi dalam masa yang sama manusia akan merenung kembali betapa besarnya kuasa mencipta dunia. Oleh itu kristian perlu menyisihkan satu hari dalam seminggu untuk mengabdikan diri kepada Tuhan dan merenung kembali mujizat Tuhan dan membantu manusia menghalang diri mereka kepada kelemahan-kelemahan, dosa-dosa dan keinginan yang bersifat keduniawiaan. Pada hari ketujuh manusia perlu berhenti dan berehat daripada melakukan apa pekerjaan sebagai menghormati dan 14 Coffin G, Judith and Stacey, C Robert. 2005. Western Civilzations: Their History and their Culture. New York: W.W Norton. Hlm. 481.

6

Page 7: Biografi John Calvin

mengikuti Tuhan berhenti pada hari ketujuh. Konsep hari ketujuh dipililh sebagai hari Sabat kerana Tuhan mencipatkan segala yang ada dibumi bermula daripada hari pertama sehinggalah ia selesai menyempurnakan ciptaannya pada hari keenam, oleh sebab itu pada hari ketujuh dijadikan sebagai hari Sabat atau hari perhentian kerana hari ketujuh ini ialah hari penyempurnaan ciptaan Tuhan dan hari untuk berehat, dan bagi manusia pada hari ketujuh ini manusia perlu merenung kembali, betapa besarnya kuasa Tuhan.

Seperti yang dikatakan oleh Calvin tiga perkara yang harus diamati dan dilakuan pada hari ( Sabat) ini ialah orang-orang akan bertemu untuk mendengar Doktrin Kristian, Mempersembahan doa-doa awam dan menguatkan iman. Dalam erti kata lain, aktviiti rohani didahulukan pada hari Sabat dan khusus hari perhentian ialah bertemu sesam angota krstian dan saling memperkuatkan iman masing-masing. Bagi Calvin sangat penting meneliti kebenaran utama dalam hukum keempat. Oleh kerana gagasan dan ajaran Calvin berasaskan Alkitab maka Calvin menekankan hari Ahad,atau dikenali sebagai hari ketujuh adalah hari Sabat yang perlu disucikan oleh umat Kristian seperti yang ada termaktub dalam Alkitab.

Menurut Calvin kita tidak berupaya menjadi pelayan yang sungguh setia kepada Tuhan, melainkan diri kita sendiri memisahkan diri kita daripada hal-hal yang tidak beriman dan menghapuskan dosa, sesungguhnya manusia tidak sempurna, dan tidak lepas daripada melakukan kesalahan. Hal ini kerana (menurut Calvin) kita sebagai manusia biasa tidak mampu memisahkan diri kita daripada keinginan manusiawi dan nafsu tetapi dalam masa yang sama kita terpaksa bertarung dengan kehendak manusia ataupun kehendak Tuhan. Apa yang dirumuskan oleh Calvin ialah sebagai manusia seharusnya, manusia tidak boleh bersekutu dengan musuh-musuh Tuhan. Calvin juga mengatakan bahawa konsep kesucian Sabat bukan satu simbol yang baru, John Calvin membuktikan hujan nya ini dalam ayat Keluaran 31:13 ( Ayat dalam kitab perjanjian lama) dimana kenyataan ayat tersebut mengatakan “ Sabat merupakan tanda dan lambang penyucian manusia. Penerangan dan doktrin Sabat yang dikemukan oleh John Calvin adalah pengaruh daripada Mahzab kristian Augustian.

4.0 Kerjaya Semasa Hidup

Sebelum Institues of the Christian Religion diterbitkan, Calvin meninggalkan Basel dan ke Ferrara. Di sana, beliau melawat keluarga bangsawan Ferrara, keluarga yang banyak melindungi sebilangan pemulih-pemulih. Calvin membuat rayuan yang bersungguh-sungguh kepada mereka utnuk memberikan bantuan kewangan yang banyak. Ini merupakan salah satu langkah yang telah diambil olehnya untuk mendapatkan sokongan dari golongan aristokrat. Pada zaman tersebut golongan aristokrat masih lagi mengawal kebanyakan kuasa dan kekayaan. Calvin pulang semula ke Basel, mengembara ke Perancis dan pada tahun 1536 berhenti di Geneva, satu bandaraya yang baru menjadi negara bandaraya Protestan.15

John Calvin dikatakan individu yang banyak mempengaruhi ketua dan pemimpin-pemimpin Protestan dan gerakan reformasi. Penulisan John Calvin jelas menunjukkan bahawa Calvin ialah seorang Retorik Humanist yang kuat pada ketika itu. Pada masa itu Calvin telah memeluk Protestan dan memulakan penyekutuan beberapa Protestan di sekitar Paris. Akhir tahun 1533 terdapat tindakan keras yang dilakukan oleh pihak atasan kerajaan keatas golongan Protestan mengakibatkan Calvin lari daripada Paris. Calvin meninggalkan Francis pada tahun

15 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 163

7

Page 8: Biografi John Calvin

1534 dan bersama Martianus Licianus. Selepas melarikan daripada Francis, Calvin menetap di Basel Switzerland dan menghabiskan masanya selama dua tahun di sana belajar di sekolah swasta, selain itu John Calvin juga mengisi masa lapangnya membaca tulisan Luther dan mengenai Agustine (354-430), Luther dan Agustine ialah individu yang melandaskan gereja Katolik dan individu penting yang menegaskan penyebaran ilmu teologi awal. Dalam jangka masa yang sama juga Calvin berjumpa dengan beberapa individu yang juga berkongsi mengenai pandangan Teologi dan kepercayaan mereka terhadap agama telah memberii inspirasi kepada John Calvin. Pada tahun 1536 beliau telah meneribitkan edisi pertama mengenai fahaman yang dibawa oleh John Calvin yang bertajuk “ Chirstiona Religionis Instituito” ( Institutes of the Chirstian Religion), dalam buku yang dihasilkan oleh John Calvin menerangkan dan menjelaskan asas iman kristian yang sebenarnya daripada perspektif Protestan untuk bacaan umum dan tidak bersifat terlalu keagamaan.

Pada masa ini, setiap orang yang berada di kawasan yang telah ditetapkan menganut agama yang sama. Di Geneva berlaku pemberontakan terhadap bishop, tetapi bandaraya ini tidak mengetahui ini merupakan salah satu ritual Protestan. Calvin telah bertindak sebagai ‘pembersih’ agama. Beliau telah mengadakan syarahan yang berkaitan dengan Bible dan mengedarkan risalahnya ke arah pembentukan masyarakat Geneva selari dengan konsep Pemulihan Akidah yang diperkenalkan olehnya. Walau bagaimanapun, versi Kristianiti yang keras yang diperkenalkan olehnya, telah melahirkan perasaan benci dan menyebabkan tindakan keras oleh masyarakat di Geneva. Pada tahun 1938, Calvin dan rakan seperjuangannya, Guillaume Farel, telah meninggalkan Geneva.16

John Calvin dikatakan individu yang banyak mempengaruhi ketua dan pemimpin-pemimpin Protestan dan gerakan reformasi. Penulisan John Calvin jelas menunjukkan bahawa Calvin ialah seorang Retorik Humanist yang kuat pada ketika itu. Pada masa itu Calvin telah memeluk Protestan dan memulakan penyekutuan beberapa Protestan di sekitar Paris17. Akhir tahun 1533 terdapat tindakan keras yang dilakukan oleh pihak atasan kerajaan keatas golongan Protestan mengakibatkan Calvin lari daripada Paris. Calvin meninggalkan Francis pada tahun 1534 dan bersama Martianus Licianus. Selepas melarikan daripada Francis, Calvin menetap di Basel Switzerland dan menghabiskan masanya selama dua tahun di sana belajar di sekolah swasta, selain itu John Calvin juga mengisi masa lapangnya membaca tulisan Luther dan mengenai Agustine (354-430), Luther dan Agustine ialah individu yang melandaskan gereja Katolik dan individu penting yang menegaskan penyebaran ilmu teologi awal. Dalam jangka masa yang sama juga Calvin berjumpa dengan beberapa individu yang juga berkongsi mengenai pandangan Teologi dan kepercayaan mereka terhadap agama telah memberii inspirasi kepada John Calvin. Pada tahun 1536 beliau telah meneribitkan edisi pertama mengenai fahaman yang dibawa oleh John Calvin yang bertajuk “ Chirstiona Religionis Instituito” ( Institutes of the Chirstian Religion), dalam buku yang dihasilkan oleh John Calvin menerangkan dan menjelaskan asas iman kristian yang sebenarnya daripada perspektif Protestan untuk bacaan umum dan tidak bersifat terlalu keagamaan.

16 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 164

17 Saari Peggy dan Saari Aaron. 2002. Renaissance and Reformation Biographies Volume 1. United States America: Thomson Gale. Hlm. 36

8

Page 9: Biografi John Calvin

Oleh kerana John Calvin terkenal dengan fahaman teologi protestan pada waktu itu menyebabkan John Calvin dijemput oleh salah seorang Reformasi yang bernama Guillaume Farel ( 1489-1565) untuk menjadi pensyarah di Geneva pada 1536. Pada bulan Jun pada tahun yang sama Farel meyakinkan Calvin, segala usaha, peranan yang dilaksanakan oleh Calvin dalam menjalankan pekerjaan Tuhan akan menjadi peringatan di Geneva. Malah Farel juga memberiikan kata-kata semangat kepada Calvin dengan mengatakan kepada Calvin segala usaha dan pekerjaan yang dilakukan oleh Calvin adalah perintah dan tangungjawap yang diberikan oleh Tuhan kepada John Calvin untuk memperbetulkan fahaman kristian yang sebenar yang telah dipesongkan oleh disiplin gereja Roman Katolik. Akhirnya Geneva bebasa daripada kekuasaan gereja Katolik maka situai ini merupakan peluang kepada Calvin mendapat sokongan dalam menyebarkan fahamannya. Peluang yang ada pada Calvin ini memberikan peluang kepada Calvin memberii fokus dan tumpuan penuh kepada pekerjaan Tuhan18. Oleh yang demikian Calvin telah bergabung usaha dengan Farel melakukan reformasi di Geneva, Malah fahaman protestan yang dibawa oleh Calvin dan Farel di Geneva ini menjadi panduan dan asas pengikut-pengikut protestan. Bagi Calvin dan Farel apa yang penting ialah fahaman protestan yang cuba disampaikan oleh mereka ini akan menjadi panduan reformasi moral untuk memperbaiki kelemahan disipiln dan moral gereja Katolik.

Calvin pergi ke Strasbourg untuk tiga tahun kemudiannya. Di sana beliau membangunkan gereja di Perancis, membuat organisasi untuk menguruskan jemaah gereja, dan menghadiri debat-debat agama di Holy Roman Empire. Beliau berdebat dengan ahli agama berfahaman Luther, terutamanya Philipp Melancthon, beliau juga berdebat dengan ahli-ahli agama berfahaman Katolik. Semasa berdebat, beliau yakin Roman Katolik tidak akan berunding bersama, dan tidak akan bersatu dengan gereja Roman. Beliau juga yakin penganut-pengaut fahaman Luther tidak dapat menghasilkan satu perubahan walaupun kepada gerejanya sendiri. Dalam tahun 1540, beliau berkahwin dengan Idelette de Bure. Mereka dikurniakan seorang anak yang meninggal semasa bayilagi. Isterinya Idelette meninggal pada tahun 1549, dan Calvin tidak berkahwin semula.19

4.1 Geneva, Switzerland

Penempatan manusia yang pertama di Geneva bermula hampir 2500 BC, di kawasan tasik yang besar di kawasan terbabit. Kawasan tersebut mula dikenali sebagai Geneva, dalam penulisan oleh

18 Saari Peggy dan Saari Aaron. Ibid.Hlm.38 19 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 164

9

Page 10: Biografi John Calvin

Julius Caesar. Menjelang tahun 379 masihi Geneva adalah sebuah negeri di bawah naungan Rom, pejabat urusan Bishop terletak di geneva sepanjang masa tersebut. Apabila kekuasaan Rom semakin merosot, pelbagai suku kaum mula menyerang geneva dengan keinginan untuk menguasainya. Akhirnya pada tahun 443 masihi puak Burgundy20 berjaya menawannya dan mentadbir sehingga tahun 534. Kejatuhan ini akibat serangan yang dilakukan oleh puak Franks yang secara tidak langsung menyebabkan geneva menjadi sebahagian kerajaan Frankish di Lotharingia, apabila kawasan Carolingian dibahagikan kepada beberapa wilayah kecil pada tahun 843.21

Namun begitu puak Burgundy telah berjaya menguasai geneva kembali tetapi hanya untuk jangka masa yang singkat apabila kedua geneva dan kerajaan Burgundy telah jatuh di bawah naungan kerajaan Suci Roman Katolik. Keadaan ini berlaku akibat pemerintah kerajaan Burgundy, King Rudolf III 22meninggal dan tidak menpunyai waris untuk takhtanya,lalu pewarisan takthanya jatuh kepada Maharaja kerajaan Suci Roman Katolik iaitu Conrad II kerana beliau telah mengahwini sepupu Rudolf II23I. Pada tahun 1162, empayar tersebut telah member kebenaran kepada Bishop untuk menjalankan pentadbiran di geneva. Dengan ini secara tidak langsung Bishop menguasai segala urusan di Geneva di bawah naungan kerajaan Suci Roman Katolik.

Masyarakat geneva mengalu – alukan kedatangan reformasi Protestan ke geneva keran telah penat dengan kepimpinan Bishop yang amat menindas kehidupan mereka. Fahaman Protestan yang menolak segala doktrin dan ajaran Gereja Roman Katolik telah menjadikan fahaman tersebut amat mudah di terima. Dengan secara tidak langsung geneva menjadi tempatan kepada pelarian yang melarikan diri atau dipulaukan oleh Gereja Roman Katolik kerana berfahaman Protestan.24 Kebanyakkan pelarian datang daripada Perancis, Italy dan England, pelarian yang terlibat kebanyakkan terdiri daripada golongan penulis, pemikir dan ahli politik.25 Pada tahun 1535 geneva secara rasmi menjadi sebuah bandar Protestant dan menjadi republik.

4.2 Reformasi di Geneva

Pada tahun 1541, Calvin telah diminta oleh Majlis Bandaraya Geneva untuk kembali ke Geneva. Beliau telah berjanji untuk memberikan sepenuh kerjasama dalam membina sebuah bandaraya dengan agama dan fahaman yang dimahukannya. Aktiviti pertamanya ialah mencadangkan satu siri undang-undang untuk paderi, yang telah disahkan pada 2 Januari 1541. Undang-undang tersebut menjadi sesuatu yang bernilai terhadap Reformasi gereja ( Fahaman Cavin / Presbysterian) di seluruh pemerintahan Eropah. Kementerian telah dibahagikan kepada

20 Salkin, Sharon, M Robert dan La Boda. 1994. International Dictionary Of History Places Volume 2. London: Fitzroy Dearborn Publishers. Hlm. 295.

21 Salkin, Sharon, M Robert dan La Boda.Ibid.

22 Salkin, Sharon, M Robert dan La Boda. Ibid.

23 Salkin, Sharon, M Robert dan La Boda. Ibid.

24 Salkin, Sharon, M Robert dan La Boda. 1994. Ibid.Hlm. 297

25 Salkin, Sharon, M Robert dan La Boda. 1994. Ibid.

10

Page 11: Biografi John Calvin

empat kategori iaitu doktor, pendeta, lay elders dan pengawal gereja. Para doktor akan mengkaji Bible dan membagunkan agama; hanya Calvin yang merupakan doktor pada ketika itu. Pendeta akan menyampaikan wahyu-wahyu Tuhan; elders akan mengawal segala yang telah ditetapkan oleh Reformasi gereja, hal ini bermaksud mereka bertindak sebagai Pegawai Polis; dan pengawal gereja bertindak sebagai pembantu kepada sesiapa yang tidak berkemampuan untuk mengurus diri mereka iaitu berkaitan dengan hal-hal kebajikan masyarakat. Kompeni Pendeta merupakan golongan pemerintah rasmi kepada Reformasi gereja. Di bawah pimpinan Calvin, Kompeni Pendeta mengenal pasti tugas-tugas gereja, berkerjasam dengan ahli-ahli Protestan dari negara lain dan menentukan agama. Kompeni pendeta turut bekerjasama dengan golongan elders dalam mengawal Geneva.26

Kadangkala terdapat beberapa konflik dengan Majlis Perbandaran, tetapi Calvin berjaya menguasai negara pada tahun 1555. Semua masyarakat Geneva dipaksa untuk menerima undang-undang moral yang wujud kesan daripada gerakan Pemulihan atau menerima penderitaan di atas tindakan mereka. Kesan daripada tindakan Calvin ini telah menjadikan Geneva sebuah pusat utama pergerakkan antarabangsa dan model bagi gereja-gerja protestan yang lain.27 John Calvin merasakan bahawa, tindakannya dan Farel adalah betul serta tidak menyalakan peraturan untuk melakukan perubahan di Geneva. Ini kerana, John Calvin telah merasakan bahawa beliau perlu bertanggungjawab untuk memastikan kota tersebut selamat bagi masyarakatnya serta pembangunan agama Kristian. Dengan itu juga, John Calvin telah memperkenalkan Ordinan bagi melarang aktiviti menari, bermain daun terup, persembahan teater, mabuk, berjudi dan banyak lagi aktiviti sosial lain yang sering dilakukan masyarakat di kota tersebut.28 Beliau berhasrat untuk membangunkan Kota Geneva sebagai sebuah kota yang bermoral. Oleh itu, satu badan penghakiman untuk kesalahan moral yang dilakukan oleh masyarakat telah diiktiraf.29 Beliau telah diberi hak serta kuasa dalam melaksanakan hukuman dalam kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat yang melanggar larangan yang telah ditetapkan oleh John Calvin sebaik sahaja tiba di Geneva. Dengan itu juga, masyarakat yang tinggal di Geneva selalu menjaga tingkah laku mereka setelah ada peraturan yang ditetapkan oleh John Calvin ini dan mereka akan memastikan tiada siapa yang melanggar peraturan, dan sekiranya ada yang melakukan kesalahan yang dilarang ini, mereka akan melaporkannya pada badan berkuasa John Calvin.

Pada tahun 1555 hingga kematiannya pada tahun 1564, 58 orang telah dijatuhkan hukuman mati dan 786 orang telah dibuang negara sebagai penagajaran kepada masyarakat. Beliau menganggap, sesiapa yang menentangnya untuk melaksanakan reformasi gereja di Geneva ini adalah musuh.30 Micheal Servestus, merupakan salah satu yang dianggap sebagai musuh. Perbincangan Micheal Servertus dimasukan dalam perbincangan ini kerana Micheal

26 Christina J. Moose (ed). Ibid. Hlm. 164

27 Robert L. Lembright. 2005. Western Civilization (Volume 1) : The Erliest Civilization Trought The Reformation. Iowa : Mc. Grew Hill. Hlm 182.

28 Jonathan W. Zophy. 2003. A Short history Of Reformation Europe : Dances Over Fire and Water. New Jersey : Prentise Hall. Hlm. 223.

29 Peggy Saari & Aaron Saari. 2002. Renaissance & Reformation. United State : Thomson Gale. Hlm. 237.

30 Saari & Aaron Saari. Ibid. Hlm. 237.

11

Page 12: Biografi John Calvin

merupakan salah satu individu dan pihak yang menentang dan tidak sefahaman dengan apa yang disampaikan oleh John Calvin . Micheal Servertus merupakan anak lelaki kepada Antonio Serveto dan Catalina Conesa. Micheal Servertus dilahirkan di Villaneva De Sixena Spain pada tahun 1511 tetapi meninggal pada 27 Oktober 1553 di geneva Champel31. Selepas tamat persekolahan Sekolah Rendah, Servatus melanjutkan pelajarannya dalam bidang udang-undang di Toulouse 1528-1529, pada ketika itulah Servertus melihat pertama kalinya salinan Alkitab (bible) yang lengkap, hal ini secara tidak lansung menyebabkan timbul minat dalam diri Servertus mengkaji naskah-naskah alkitab tersebut, setelah mengkaji naskah alkitab tersebut Servertus menyimpulkan tiada disebut dalam kitab tersebut mengenai doktirn trinity atau 3 oknum seperti apa yang terdapat dalam gagasan fahaman John Calvin. Semasa bertugas dengan Juan de Quintana iaitu seorang paderi pendengar pengakuan dosa. Pengalaman Servertus semasa bersama-sama dengan paderi pengakuan dosa menyebabkan Servertus dapat melihat upcara pengakuan dosa orang yang dapat penuh hormat dan tunduk kepada paderi untuk melupuskan dosa telah menyebabkan tanggapan dan pandagan negetif yang mendalam dalam diri Servertus sepanjang beliau berada di Bolongna di Italy. Secara tidak lansung pengalamannya Servetus melihat cara pengampunan dosa yang dilakukan dengan penuh hormat dan diikuti dengan membongkokkan badan meminta keampunan kepada paderi telah menimbulkan pemikiran yang negetif dalam diri Servestus. Semasa Servertus berada di Switzerland Servertus telah menulis sebuah buku yang bertajuk “ De trinitatis erroribus septem” (1531) Servertus tidak sependapat mengenai konsep Trinity. Pada pandangan Servertus, konsep trinity tidak wujud dan beliau tidak menerima konsep trinity iaitu kewujudan konsep 3 oknum Tuhan. Pada beliau (Servertus) Tuhan merupakan tunggal, hanya satu dan bukan tiga didalam satu, hal ini dihujahkan lagi apabila beliau mengatakan Roh suci ialah roh Tuhan yang ada dalam setiap manusia dan tidak wujud dalam kesatuan trinity. Bagi Servertus ajaran gereja perlu difahami sepenuhnya, oleh kerana itu juga Servertus mengatakan bahawa Jesus ialah manusia biasa dan dia dihantar hanya sebagai Nabi ke dunia32 dan bukan Tuhan.

Satu peristiwa yang penting rentetan daripada sikap Micheal Servertus yang tidak sependapat dengan John Calvin ialah pembakaran ke atas Michaele Servetus. Michaele Servetus merupakan seorang ahli agama Sepanyol yang berhasrat untuk berdebat dengan Calvin berkenaan dengan konsep Trinity. Calvin telah memberi amaran kepadanya agar tidak datang ke Geneva. Tetapi Micheale Servetus tidak menghiraukan amaran tersebut dan telah datang ke Geneva pada tahun 1553. Kedegilan Micheale Servetus ini telah menyebabkan beliau ditangkap, dibuktikan bersalah dan dibakar. Bagi Calvin, beliau tidak percaya wujudnya toleransi dalam agama.33

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/File:Michael_Servetus.jpg

31 Moose, J. Chirstina. 2005. Great Lives form history The Renaissance and Early Modern Era 1454-1600 Volume. California: Salem Press,Pasadena.Hlm. 861. 32 Moose, J. Chirstina. Ibid. Hlm 861.33 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 164

12

Page 13: Biografi John Calvin

John Calvin juga telah menjadikan Geneva sebagai sebuah bandar yang menjadi model kepercayaan agama kristian Protestan dan pekara ini telah dibuktikan dalam buku “ Eropean Reneaissance and Reformation “ yang menyebut bahawa :

“…he drew up his ‘Ecelesiastical Ordinances’ to establish the system of church governance for its church “. 34

Dengan Geneva di bawah penguasaannya, Calvin memerlukan masa yang lama untuk meluaskan Reformasi gereja ke kawasan-kawasan lain. Beliau telah beruasaha untuk membangunkan Kota Geneva sebagai sebuah kota yang berkait rapat dengan prinsip moral serta disiplin yang tinggi. Kepimpinan John Calvin telah tecabar pada tahun 1546, apabila ada wakil dari badan pembadaran yang menuduh beliau mengembangkan doktrin yang salah dan menyimpang. Maka, dengan itu, John Calvin tidak mempercayai sesiapa di Geneva bagi menolongnya melaksanakan misinya kecuali Farel yang telah mempelawanyanya ke kota tersebut. Fahaman ini telah disebarkan oleh orang-orang Perancis, Belanda, German, MagyarScot dan orang Inggeris selepas mereka berhimpun untuk mendengar ajaran Calvin.35 Mereka juga telah menuntut di sekolah yang dikendalikan oleh Calvin36 dan seorang cendikawan Perancis yang bernama Theodore Beza (1516-1606) iaitu satu akademi agama pada tahun 1559 yang akhirnya menjadi University of Geneva. Ahli-ahli Protestan dari seluruh Eropah datang ke Geneva untuk belajar mengenainya.37 Akademi ini sebenarnya mengambil contoh dari sebuah sekolah yang sangat terkenal di Strasbourg yang diperkenalkan oleh Jonathan Strum. Selain itu, akademi ini juga tidak menegenakan apa-apa bayaran kepada para pelajar yang masuk dalam akedemi ini. Kebanyyakkan para pelajar juga dating dari kawasan sekitar Perancis dan setelah mereka tamat pengajian disana, mereka akan menjadi paderi dan utusan gereja Protestan. Semasa kematian John Calvin, akademi ini telah Berjaya mengumpul para pelajar seramai 1,200 orang pada peringkat sekolah menegah dan 300 orang di kolej dan akhirnya akademi ini menjadi Universiti Geneva. Setelah berjaya menubuhkan akademi melatih golongan agama ini , John Calvin telah meluaskan misinya untuk menggerakkan Perancis seperti yang telah beliau lakukan di Geneva.

Calvin telah mengukuhkan gerakan bawah tanahnya di seluruh Perancis untuk mengukuhkan Pemulihan Perancis yang dikenali sebagai Huguenot,38 bersama jemaah gereja. Wakil persidangan pendeta dan elders turut telibat. Berdasarkan kepada pengalaman Calvin di Perancis dan ditempat-tempat lain, Calvin telah meminta simpati bangsawan Perancis untuk

34 Norman J. Wilson. Ibid. hal.413

35 Wan Abdul Rahman Latif (et.al). 2001. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 201.

36 Wan Abdul Rahman Latif (et.al). 2001. Ibid.

37 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 164

38 Ajaran Calvin ini juga dikenali dengan berbagai-bagai nama seperti Huguenot di Perancis dan Presbyterian di Scotland dan England. Lihat Wan Abdul Rahman Latif (et.al). 2001. Ibid.

13

Page 14: Biografi John Calvin

melindungi Huguenots. Beliau telah menarik perhatin raja Navarre untuk bertukar fahaman, walaupun akhirnya keadaan ini membawa kepada Peperangan Agama di Perancis.39

Tahun akhir kehidupan Calvin diluangkan dengan isu-isu agama di Geneva, menyebarkan Fahaman Calvin dan mengembangkan Institues of the Christian Religion dengan lebih meluas. Pada tahun 1560-an, beliau mengalami masalah kesihatan yang teruk, dan beliau telah memperkenankan warisnya. Theodore Beza, telah mengambil alih kebanyakan daripada tanggungjawabnya dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan Reformasi gereja. Pada 27 May 1564, Calvin telah meninggal dunia. Keseluruhan hidupnya, Calvin telah banyak berbakti dan percaya Tuhan telah memilihnya untuk melakukan Reformasi gereja. Kebijaksanaannya dan ketetapan serta ketaatannya terhadap fahaman yang dibawa telah memberi kesan yang besar kepada ahli-ahli agama Barat dan agama-agama di Barat.40

4.3 Geneva selepas Calvin

Calvin yang menjadi pemimpin keseluruhan geneva meninggal dunia sekitar 1564, semasa kemerdekaan dan keamanan geneva berada dalam kegugatan apabila mendapat ancaman daripada negara jirannya. Charles Emmanuel, salah seorang yang mengancam keamanan geneva, kerana beliau ingin mengembalikan geneva kepada ajaran Katolik. Pada Disember 11 dan 12 1602, beliau telah menghantar sepasukan tentera untuk membuat serangan mengejut terhadap bandar tersebut. Namun pasukan tentera tersebut mengalami kekalahan yang amat teruk apabila, Mere Royaume isteri kepada salah seorang pegawai tertinggi geneva bertindak mengarahkan masyarakat geneva untuk menuangkan sup panas ke atas kepala askar – askar yang memanjat dinding bandar tersebut.

Pasukan tentera Charles Emmanuel mengalami kekalahan yang amat dahsyat, kekalahan tersebut di sambut dengan meriah oleh masyarakat geneva di kawasan Cathedral of St.Peter dan menyanyikan lagu Pslam. Kejayaan ini di sambut sebagai satu perayaan tahunan yang di sambut pada Festival of Escalade.41 Semasa perayaan ini mereka akan melakonkan semula kejadian yang telah berlaku semasa serangan terbabit. Bagi menggantikan sup yang panas masyarakat di geneva menggunakan coklat yang di campur dengan sayur dan dicurah kepada kanak – kanak. Selepas kekalahan tersebut pembesar Savoy telah menandatangani perjanjian Treaty of St. Julien42, yang telah menamatkan percubaan House of Savoy terhadap geneva dan memberi kemerdekaan yang mutlak kepada geneva.

39 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 164

40 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 165

41 Salkin, Sharon, M Robert dan La Boda. 1994. Ibid. Hlm. 298. 42 Salkin, Sharon, M Robert dan La Boda. 1994. Ibid.

14

Page 15: Biografi John Calvin

College Calvin Gambaran Calvin pada usia 53 tahun Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/John_Calvin

5.0 Kesan Gerakan Reformasi.

Kesan gerakan reformasi dapat dilihat dari beberapa aspek. Kesan yang paling ketara ialah di Eropah telah mula timbul kebangkitan kesedaran kebangsaan. Agama kristian telah dikaitkan dengan warganegara. Fahaman Luther telah menjadi agama Kristian kebangsaan bagi orang Jerman dan Scandinavia, fahaman Calvin bagi orang Belanda dan Scot, dan fahaman Anglikan bagi orang Inggeris. Begitu juga dengan agama Kristian Katolik di Perancis, Sepanyol, Portugal, Poland dan Ireland. Hasil gerakan reformasi ini, pada abad ke-16, semua bahagian agama Kristian yang terbesar iaitu fahaman Protestan dan Katolik telah cenderung untuk memperkukuhkan perbezaan dari segi bahasa dan persaingan kebangsaan yang telah mengetepikan konsep negara Kristian dan melahirkan pembahagian fahaman kebangsaan iaitu satu perbezaan yang jelas dalam peradaban moden.43

Kesan yang kedua ialah perkembangan fahaman kapitalis di Eropah. Pada zaman pertengahan awal memag wujud kapitalisme tetapi ia tidak menyeluruh. Selepas reformasi dan dengan bermulanya aliran-aliran agama baru muncul perkembangan kapitalisme yang lebih meluas. Di bawah fahaman kapitalisme, individu mula berusaha mencipta lebih banyak wang. Keuntungan yang diperoleh dilabur untuk mencipta lebih banyak wang. Keuntungan yang diperoleh dilabur untuk mencipta lebih banyak wang. Ia juga bereri lebih banyak kerja dan kurang hiburan. Tetapi ia membawa keuntungan yang besar. Fahaman Calvinisme ini juga berpendapat cara hidup seperti mengelakan masyarakat daripada dipengaruhi syaitan dan perkara-perkara yang dikutuk Tuhan. Menurut Brinton, Fahaman Prostestan, khususnya yang dalam bentuk Calvinisme menggalakan masyarakat bekerja keras. Syaitan dapat merasuk jiwa seseorang yang tidak melakukan apa-apa. Pekerjaan memastikan seseorang tidak dipengaruhi oleh nafsu, gilakan wanita, berfoya-foya, minum minuman keras atau melakukan kerja yang tidak berfeadah dan tidak disenangi oleh Tuhan Calvinisme. Lebih banyak bekerja sememangnya satu amalan yang baik dan penghormatan kepada Tuhan. Dengan pengambilan harta kekayaan yang dimiliki oleh gereja Katolik, mengejar keuntungan kewangan yang lumayan serta cepat telah membantu perkembangan fahaman kapitlais di Eropah. Begitu juga dengan pertimangan amalan riba yang telah dikutuk oleh gereja Katolik telah membebaskan individu untuk mengejarkeuntungan dalam urusan perniagaan. Oleh itu, di negeri-negeri Jerman Utara, Scadinivia dan England, pembesar-pembesar bersama-sama dengan raja mereka telah merampas tanah yang dimiliki oleh gereja Katolik. Dengan berkembangnya fahaman kapitalis ini dalam kalangan negara-negara yang mengamalkan fahaman Protestan, kaum bangsawan telah menambah kekayaan dan mengukuhkan kedudukan sosial mereka. 44

Kesan yang ketiga ialah kebangkitan kuasa mutlak raja. Raja bercita-cita untuk mendapatkan kuasa mutlak politik pada awal abad ke-16. Raja-raja yang telah merampas tanah serta kekayaan gereja Katolik juga telah memperoleh kuasa yang seelumnya dimiliki oleh Pope.

43 Wan Abdul Rahman Latif (et.al). 2001. Ibid. Hal.202

44 Wan Abdul Rahman Latif (et.al). 2001. Ibid. Hal.202

15

Page 16: Biografi John Calvin

Di samping itu, dengan wujudnya kawalan tempatan, raja-raja di England, Scandivinia dan putera-putera raja Jerman telah dapat menambah kekayaan mereka dan membebaskan diri mereka daripada gangguan kekuasaan gereja dalam negara mereka. Begitu juga di negara-negara yang masih kuat mengamalkan fahaman katolik, raja di negeri-negeri initelah mengambil kesempatan daripada masalah yang dihadapi oleh Pope dengan menuntut konsesi daripadanya. Oleh itu, hak ketuhanan diraja telah mula terlihat daripada kesan gerakan reformasi ini.45

Selain itu, kesan yang paling nyata daripada gerakan reformasi ini ialah perkembangan sekularisme atau penduniaan iaitu pemindahan kawalan kegiatan kehidupan yang dahulunya dikawal di bawah hukuman kegerejaan. Sekularisme telah diamalkan pada abad ke-16 terutama di negara-negara yang mengamalkan dan berpegang teguh kepada fahaman Protestan. Sekularisme ini bukan sahaja dikenakan terhadap tanah dan cukai kegerejaan tetapi juga dalam hal ehwal pendidikan dan pelajaran.46

6.0 Kesimpulan

Calvin seorang yang bijak, ingatan yang cekap, gaya penulisan yang hebat dan kecekapan dan ketepatan dalam ajarannya menyebabkan beliau menjadi seorang yang sangat penting dalam sejarah agama-agama Barat. Sementara di Geneva, beliau mencipta satu agama yang bersifat kediktatoran yang menjadi model kepada Reformasi gereja/ gereja Fahaman Calvin di Seluruh Eropah. Institutes of the Christian Religion yang dihasilkan beliau menjadi salah satu dokumen yang penting kepada ahli-ahli agama Barat. Sepanjang hayatnya, beliau merupakan seorang yang sangat penting, dan Geneva turut digelar sebagai Protestan Rome.47

Fahaman Calvin, sebagai generasi kedua fahaman Protestan, dengan cepat menjadi satu ilmu agama yang dinamikdi Eropah kesan daripada perdebatan agama yang berlaku. Walaupun Fahaman Calvin ini berkembang dengan cepat, tetapi kejayaannya dapat dijelaskan apabila didorong oleh faktor-faktor lain. Pertama, berlakunya rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Gereja Roman Katolik menyebabkan pemulih-pemulih agama diperlukan pada ketika itu. Ramai pemulih-pemulih agama yang telah muncul ketika itu antaranya ialah Martin Luther dan selepas itu Calvin, yang telah melakukan pembersihan gereja secara keseluruhannya. Kedua, peraturan-peraturan Tuhan yang diperkenalkan oleh Calvin sangat ringkas dan jelas berbanding dengan apa yang diketenengahkan oleh gereja Roman Katolik, dan ini memberi kejelasan kepada yang mereka yang mencari penyelamat dan keselamatan. Ketiga, prinsip Calvin berkaitan dengan predestinatian (pradestinasi), pada luarannya namapak seperti sesuatu yang berserah kepada takdir, menjadi sesuatu prinsip yang rasional kepada tingkah laku golongan pertengahan. Calvin ada menyatakan tidak ada siapa yang tahu sama ada mereka dipilih untuk mendapat kebaikan, ini adalah kepercayaan kepada rahmat Tuhan yang dapat memastikan kejayaan seseorang.

45 Wan Abdul Rahman Latif (et.al). 2001. Ibid. Hal.202

46 Wan Abdul Rahman Latif (et.al). 2001. Ibid. Hal.202

47 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 165

16

Page 17: Biografi John Calvin

Walaupun kenyataan ini masih didebatkan oleh ahli-ahli Sejarah, tetapi fahaman Calvin ini menjadi sesuatu yang bermakna dari segi ekonominya untuk beberapa abad selepas itu.48

Berikutan dengan kematian Calvin, fahaman Calvin menjadi aliran Protestan yang dominan dalam peperangan agama yang berlaku pada abad yang berikutnya. Fahaman Calvin memainkan peranan penting dalam beberapa siri peperangan di Eropah. Fahaman Calvin merupakan agama dominan di Low Countries, barat daya Perancis, Scotland, ibu negara Jerman, tenggaraEngland. Di setiap kawasan ini, perkembangan ekonomi berlaku dengan pesatnta, dan golongan terpelajar dari kelas menengah mucul serta kuasa pemerintahan bertambah baik. Tahun 1550 hingga 1700 dan kemudiannya telah diselamatkan oleh fahaman Calvin ini.49

48 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 165

49 Christina J. Moose (ed). Ibid, hal. 165

17