model 150, 152, 162, & 168 manual ringkas penyejuk beku soft

31
Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft Serve Pentunjuk Pengendalian 028749MM 6/98

Upload: vuongthuan

Post on 01-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Model 150, 152, 162, & 168

Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft Serve

Pentunjuk Pengendalian

028749MM 6/98

Page 2: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Lengkapkan halaman ini untuk rujukan segera apabila servis diperlukan:

Pengedar Taylor:__________________________________________________

Alamat: _________________________________________________________

Telefon: _________________________________________________________

Servis: __________________________________________________________

Barang Ganti: ____________________________________________________

Tarikh Pemasangan: _______________________________________________

Maklumat yang ternyata pada label data:

Nombor Model: ___________________________________________________

Nombor Siri: _____________________________________________________

Spesifikasi Elektrik: Voltan_______________ Kitaran _____________________

Fasa ___________________________________________

Saiz Fius Maksimum: ___________________________________________ Amp

Kemampuan Ampere Wayar Minimum: _____________________________ Amp

Nombor Bahagian: ________________________________________________ © Jun, 1998 Taylor Semua hak terpelihara. 028749MM Perkataan Taylor dan lambang Mahkota adalah tanda dagangan terdaftar di Amerika Syarikat dan negara tertentu yang lain.

Taylor Company 750 N. Blackhawk Blvd. Rockton, IL 61072

Page 3: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 Daftar Kandungan

Daftar Kandungan

Bahagian 1 Kepada Pihak Pemasang............................................................................ 1

Unit Dinginan Udara ......................................................................................................... 1

Pemasangan Penyangkuk Elektrik bagi 60 Kitaran, 1 Fasa, Dibekalkan Dengan Kabel dan Plag................................................................................. 1

Sambungan Elektrik bagi Model Tanpa Kabel dan Plag Dibekalkan................................ 1

Bahagian 2 Kepada Pengendali ..................................................................................... 2

Sangkalan Waranti Pemampat......................................................................................... 2

Bahagian 3 Keselamatan................................................................................................ 3

Bahagian 4 Pengenalan Bahagian Pengendali............................................................. 4

Model 150 ........................................................................................................................ 4 Model 152 ........................................................................................................................ 5 Model 162 ........................................................................................................................ 6 Model 168 ........................................................................................................................ 7 Model 150 & 152 Himpunan Pintu.................................................................................... 8 Model 162 & 168 Himpunan Pintu.................................................................................... 9

Bahagian 5 Penting: Kepada Pengendali...................................................................... 10

Suis Butang-Tekan........................................................................................................... 10 Suis Kuasa ....................................................................................................................... 10 Kawalan Suhu .................................................................................................................. 10 Tiub Udara ....................................................................................................................... 11 Kawalan Kualiti Taylor...................................................................................................... 11 Lampu Penunjuk – “Adunan Kurang” ............................................................................... 11 Suis Penyejukan Adunan ................................................................................................. 11 Penyejukan Corong Terpisah (SHR) ................................................................................ 12 Penahanan Suhu Silinder (CTR) ...................................................................................... 12 Rel Sirup .......................................................................................................................... 12

Page 4: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 Daftar Kandungan

Daftar Kandungan - Halaman 2 Bahagian 6 Prosedur Pengendalian .............................................................................. 13

Menghimpun .................................................................................................................... 14 Sanitasi ............................................................................................................................ 17 Menyebu Mesin................................................................................................................ 19 Prosedur Penutup ............................................................................................................ 20 Menyalirkan Produk Dari Silinder Sejuk Beku .................................................................. 20 Membilas Mesin ............................................................................................................... 20 Pembersihan .................................................................................................................... 20 Membongkar Mesin.......................................................................................................... 21 Pembersihan Berus.......................................................................................................... 21

Bahagian 7 Penting: Senarai Semak Pengendali ......................................................... 22

Semasa Pembersihan dan Sanitasi ................................................................................. 22 Menyelesaikan Masalah Kiraan Bakteria ......................................................................... 22 Pemeriksaan Penyenggaraan Tetap ................................................................................ 22 Penyimpanan Musim Sejuk.............................................................................................. 23

Bahagian 8 Panduan Menyelesai Masalah.................................................................... 24

Bahagian 9 Jadual Penggantian Barang Ganti............................................................. 27

Nota: Kaji selidik terus menerus menghasilkan kemajuan mantap; oleh itu, maklumat dalam manual ini boleh mengalami perubahan tanpa pemberitahuan. © Jun, 1998 Taylor Semua hak terpelihara. 028749MM Perkataan Taylor dan lambang Mahkota adalah tanda dagangan terdaftar di Amerika Syarikat dan negara tertentu yang lain.

Taylor Company 750 N. Blackhawk Blvd. Rockton, IL 61072

Page 5: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 1 Kepada Pihak Pemasang

Bahagian 1 Kepada Pihak Pemasang Unit Dinginan Udara

Model 150 dan 152 perlukan ruang lega minimum 6” (152 mm) di kiri kanan. Pasang skirt yang disediakan pada sisi kanan unit dan letakkan belakang unit pada dinding untuk mencegah edaran semula udara panas. Model 162 perlukan ruang lega minimum 6” (152 mm) di semua sisi dan skirt dipasang pada belakang unit. Model 168 perlukan ruang lega minimum 3” (76 mm) di semua sisi dan skirt dipasang pada belakang unit. Ruang lega udara minimum mesti dipenuhi untuk memastikan aliran udara yang memadai bagi prestasi optimum. Mesin-mesin ini direka untuk kegunaan dalaman sahaja.

JANGAN pasang mesin-mesin dalam kawasan di mana pancutan air mungkin digunakan. Jika petunjuk ini tidak dipatuhi, kejutan elektrik yang serius boleh berlaku.

Pemasangan Penyangkuk Elektrik Bagi 60 Kitaran, 1 Fasa,

Dibekalkan Dengan Kabel dan Plag

Peralatan ini dibekalkan dengan kabel 3-wayar dan plag jenis membumi bagi sambungan kepada bekalan litar cabang, 60 kitaran, satu fasa. Unit ini mesti diplag ke dalam soket yang dibumikan dengan sewajarnya. Kabel dan plag yang disediakan bagi 115/60/1, ialah 20 amp; oleh itu alur keluar dinding mestilah juga 20 amp. Periksa label data, yang berada di panel sisi, untuk spesifikasi elektrik.

Pendawaian kekal boleh diguna sekiranya diperlukan oleh kod setempat. Petunjuk bagi menukar kepada pendawaian kekal adalah seperti berikut:

1. Pastikan bekalan elektrik kepada penyejuk beku telah diputuskan

2. Tanggalkan panel yang wajar dan cari kotak elektrik kecil di dasar penyejuk beku.

3. Tanggalkan kabel pasangan-kilang dan sesendal pelega terikan.

4. Lalukan pendawaian kekal mendatang melalui lubang 7/8” (22 mm) dalam talam dasar

5. Sambungkan dua wayar bekalan kuasa. Pasang wayar bumi kepada lug pembumian di dalam kotak elektrik.

6. Pastikan unit dibumikan dengan sewajarnya sebelum mengenakan kuasa.

PATUHI PERATURAN ELEKTRIK SETEMPAT ANDA!

Sambungan Elektrik Bagi Model Tanpa Kabel dan Plag Dibekalkan

Setiap penyejuk beku perlukan satu bekalan kuasa bagi setiap label. Periksa spesifikasi fius, ampere litar dan spesifikasi elektrik pada label data. Rujuk rajah pendawaian yang disediakan di bahagian dalam kotak kawalan, untuk keterangan sambungan kuasa yang betul.

Di Amerika Syarikat, peralatan ini dimaksudkan untuk dipasang sejajar dengan National Electrical Code (Kod Elektrik Negara - NEC), ANSI/NFPA 70-1987. Tujuan kod NEC ialah melindungi orang dan harta benda daripada bahaya yang timbul daripada penggunaan elektrik. Kod ini mengandungi peruntukan yang dianggap perlu bagi keselamatan. Jika peraturan dipatuhi dan penyenggaraan dilakukan sewajarnya, pemasangan boleh dikatakan bebas daripada bahaya! Di tempat-tempat lain, peralatan harus dipasang sejajar dengan kod setempat. Hubungi pihak berkuasa tempatan anda.

Perkakas tak bergerak yang tidak dilengkapi kabel kuasa dan plag atau peranti lain untuk memutuskan sambungannya dengan sumber kuasa mesti dilengkapi peranti pemutus semua kutub dengan sela sentuh sekurang-kurangnya 3 mm dalam pemasangan luaran.

AWAS: Peralatan ini mesti dibumikan dengan sewajarnaya! Jika tidak dibumikan, kejutan elektrik boleh berlaku menyebabkan kecederaan teruk!

Pemukul harus berputar ikut arah jam seperti dilihat dari arah luar ke dalam silinder sejuk beku.

Nota: Prosedur berikut harus dilakukan oleh juruteknik servis bertauliah sahaja.

Untuk membetulkan putaran pada unit tiga fasa, tukar ganti mana-mana dua talian bekalan kuasa masuk di blok terminal utama sahaja. Untuk membetulkan putaran pada unit satu fasa, tukarkan wayar di dalam motor pemukul. (Ikuti rajah yang dicetak pada motor.)

Sambungan elektrik dibuat langsung ke blok terminal yang disediakan dalam kotak sambat, yang tersangkut pada talam dasar di kedua-dua belah model 168, dan berada dalam kotak sambat tersangkut di aras pertengahan pada saluran bingkai pada sisi-sisi model 162.

Page 6: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 2 Kepada Pengendali

Bahagian 2 Kepada Pengendali Penyejuk beku yang anda beli telah direka dan dibuat dengan teliti untuk memberi pengendalian yang boleh dipercayai. Model-model Taylor Company dalam manual ini terdiri daripada berikut: 150, 152, 162 dan 168.

Jika dikendalikan dan dijaga sewajarnya, unit-unit ini menghasilkan produk berkualiti konsisten. Seperti produk mekanikal lain, mesin-mesin ini perlu dibersihkan dan disenggara. Jika prosedur pengendalian dalam manual ini dipatuhi dengan teliti, mesin-mesin hanya memerlukan jagaan dan perhatian minimum.

Manual Pengendali ini harus dibaca sebelum mengendalikan alat anda atau melakukan penyenggaraan.

Model 150, 152, 162 dan 168 TIDAK akan mengimbangi dan membetulkan sebarang kesilapan semasa operasi peletakan atau pengisian. Oleh itu, prosedur penghimpunan dan penyebuan mesin di peringkat permulaan sangat penting. Kami amat menyarankan agar kakitangan yang bertanggung jawab atas operasi peralatan ini, baik penghimpunan mahupun pembongkaran, sama-sama menyemak prosedur ini supaya dapat dilatih sewajarnya dan untuk memastikan tidak ada salah faham.

Jika anda memerlukan bantuan teknikal, sila hubungi pengedar Taylor yang bertauliah di tempat anda.

Jika simbol tong roda berpangkah dilekatkan pada produk ini, bererti produk ini patuh Arahan EU serta undang-undang serupa yang lain yang berkuatkuasa selepas 13 Ogos, 2005. Oleh itu, produk mesti dipungut secara berasingan setelah selesai digunakan, dan tidak boleh dilupuskan sebagai bahan buangan tak diisih.

Pengguna bertanggungjawab memulangkan produk ke kemudahan pemungutan yang wajar, seperti ditetapkan dalam peraturan setempat.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang undang-undang tempatan, sila hubungi pihak kemudahan perbandaran dan/atau pengedar setempat.

Sangkalan Waranti Pemampat

Alat pemampat penyejukan mesin(-mesin) ini dijamin bagi tempoh yang ternyata pada kad waranti yang disediakan. Namun, disebabkan Protokol Montreal dan Akta Udara Bersih Pindaan 1990, banyak bahan penyejuk diuji dan dikembangkan, lalu cuba masuk industri perkhidmatan servis. Sesetengah bahan penyejuk baru ini diiklankan sebagai gantian bagi pelbagai aplikasi. Harus diingat, untuk servis biasa sistem penyejukan mesin ini, hanya bahan penyejuk yang ditetapkan dalam label data yang tertampal sahaja patut digunakan. Penggunaan bahan penyejuk yang tidak disahkan akan membatalkan waranti. Pemilik bertanggung jawab memaklumkan hal ini kepada juruteknik bertugas.

Harus diingat juga, Taylor tidak menjamin bahan penyejuk yang digunakan dalam alat ini. Misalnya, jika bahan penyejuk hilang semasa servis biasa mesin ini, Taylor tidak berkewajipan membekalkan atau menyediakan gantinya, baik secara dibayar atau tidak dibayar. Taylor wajib menyarankan gantian yang sesuai jika bahan penyejuk asal dilarang, menjadi lapuk, atau tidak tersedia lagi semasa waranti lima tahun bagi pemampat.

Taylor Company akan tetap memantau industri dan menguji bahan alternatif baru apabila dikembangkan. Jika bahan alternatif baru itu, setelah kami uji, terbukti baik sebagai gantian, sangkalan di atas tidak berkuat kuasa. Untuk mengetahui status sesuatu bahan penyejuk gantian berkaitan waranti pemampat, sila hubungi Pengedar Taylor setempat atau Kilang Taylor. Sediakan Model/Nombor Siri unit berkenaan.

Page 7: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 3 Keselamatan

Bahagian 3 Keselamatan Taylor Company mementingkan keselamatan pengendali apabila dia bersentuhan dengan penyejuk beku ini dan bahagiannya. Taylor telah berusaha mereka dan membuat ciri-ciri keselamatan bina dalam untuk melindungi anda dan juruteknik servis. Sebagai contoh, label amaran dilekatkan pada penyejuk beku demi menegaskan langkah waspada kepada pengendali.

PENTING! Jika langkah waspada berikut tidak dipatuhi, kecederaan diri teruk boleh terjadi. Jika amaran ini tidak dipatuhi, kerosakan juga boleh terjadi pada mesin dan komponennya. Kerosakan komponen boleh menyebabkan perbelanjaan barang ganti dan baik pulih servis.

Untuk Pengendalian Selamat:

JANGAN kendalikan penyejuk beku tanpa membaca manual pengendali ini. Jika petunjuk ini tidak dipatuhi, kerosakan alat, prestasi alat yang kurang baik, bahaya kesihatan, atau kecederaan diri boleh terjadi.

• JANGAN kendalikan penyejuk beku kecuali

dibumikan sewajarnya. • JANGAN kendalikan alat ini dengan fius

lebih besar daripada yang ternyata pada label data.

• JANGAN cuba baik pulih kecuali bekalan kuasa utama ke penyejuk beku sudah diputuskan.

Jika petunjuk ini tidak dipatuhi, kejutan elektrik boleh berlaku. Hubungi Pengedar Taylor yang sah untuk mendapatkan servis.

JANGAN gunakan pancutan air untuk membersihkan atau membilas penyejuk beku ini. Jika petunjuk ini tidak dipatuhi, kejutan elektrik yang serius boleh berlaku

• JANGAN biarkan kakitangan tak terlatih

mengendali mesin ini. • JANGAN letakkan benda atau jari di

muncung pintu. • JANGAN kendalikan alat ini kecuali semua

panel servis dan pintu akses dipasang skru. • JANGAN tanggalkan pintu penyejuk beku

atau himpunan pemukul kecuali semua suis kawalan dimatikan.

Jika petunjuk tidak diikuti, kecederaan diri serius boleh terjadi akibat pergerakan benda berbahaya.

Penyejuk beku ini mesti diletakkan di permukaan datar. Jika tidak, kecederaan diri boleh terjadi atau alat boleh rosak.

JANGAN sekat bukaan udara masuk dan keluar: • 150 and 152: Ruang udara diperlukan

sebesar 6” (152 mm) di kiri kanan. Pasang skirt yang disediakan pada sisi kanan unit dan letakkan belakang unit pada dinding untuk mencegah edaran semula udara panas.

• 162: Sebesar 6” (152 mm) di sekeliling. Pasang skirt yang disediakan pada belakang unit.

• 168: Sebesar 3” (76 mm) di sekeliling. Pasang skirt yang disediakan pada belakang unit.

Jika petunjuk ini tidak dipatuhi, prestasi alat yang kurang baik dan kerosakan mesin boleh terjadi. Penyejuk beku ini direka untuk dikendalikan di dalaman, dengan suhu ambien 70°-75°F (21°-24°C). Alat ini berjaya dikendalikan pada suhu ambien setinggi 104°F (40°C) dengan kemampuan dikurangkan. ARAS HINGAR: Aras hingar bawaan udara tidak melebihi 78 dB(A) apabila diukur pada jarak 1.0 meter dari permukaan mesin dan ketinggian 1.6 meter dari lantai.

Page 8: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 4 Pengenalan Bahagian Pengendali

Bahagian 4 Pengenalan Bahagian Pengendali

Model 150

Item Perihalan No. Bhg.

1 Himpunan Tudung Corong X48690

2 Tiub Suapan 035819

3 Himpunan Aras Adunan Flot X39690

4 Panel Atas Belakang 050429

5 Panel Atas Sebelah Kiri 030783–SS

6 Talam Titis 027503

7 Panel Bawah Belakang 050430

8 Panel Bawah – Kiri & Kanan 030792–SS

9 Panel Selit Depan 025533–SS

10 Himpunan Panel Bawah Depan X25518

11 Dulang Titis 025062

12 Pelindung Percik 025063

Item Perihalan No. Bhg. 13 Dekal Hiasan 047667

14 Panel Atas Sebelah Kanan 030784–SS

15 Lampu Adunan Kurang 039707

16 Kaster Pusing 012227

17 Panel A.–Depan X25036

18 Trim–Panel Belakang Atas 025536

19 Trim–Belakang Tengah 025537

20 Trim–Sisi & Depan 025528

21 Plat–Hiasan 041034–SS

22 Himpunan Penutup X49063

23 Pemegang–Dulang Titis 035866

R

MA

NU

FA

CT

UR

ED

BY

TH

E

TA

YL

OR

CO

MP

AN

Y

RO

CK

TO

N,

I LL

I NO

I S

U.

S.

A.

1

2

4

5

18

6

7

19

8

16

20

12

3

2214

13

21

17

23

15

11

8

10

9

Page 9: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 5 Pengenalan Bahagian Pengendali

Model 152

R

MA

NU

FA

CT

UR

ED

BY

TH

E

TA

YL

OR

CO

MP

AN

Y

RO

CK

TO

N,

I LL

I NO

I S

U.

S.

A.

1

2 3

98

6

7

13

16

18 14

10

11

12

17

4

5

15

Item Perihalan No. Bhg.

1 Himpunan Tudung Corong X48690

2 Tiub Suapan 025061

3 Float A.–Aras Adunan X39690

4 Panel Belakang 025868–SS

5 Panel Sebelah Kiri 028591–SS

6 Talam Titis 027503

7 Kaki–Plastik 024755

8 Lampu Adunan Kurang 039708

9 Panel Sebelah Kanan 025867–SS

Item Perihalan No. Bhg. 10 Pelindung Percik 025063

11 Dulang Titis 025062

12 Dekal Hiasan 047667

13 Panel A.–Depan X25036

14 Trim–Depan 025862–SS

15 Trim–Belakang Atas 025866

16 Plat–Hiasan 041034–SS

17 Himpunan Penutup X49065

18 Pemegang–Dulang Titis 035866

Page 10: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 6 Pengenalan Bahagian Pengendali

Model 162

R

MA

NU

FA

CT

UR

ED

BY

TH

E

TA

YL

OR

CO

MP

AN

Y

RO

CK

TO

N,

I LL

I NO

I S

U.

S.

A.

1

2

3

9

10

11

16

20

124

17

5

6

7

188

13

14

15

Item Perihalan No. Bhg.

1 Himpunan Tudung Corong X37963

2 Tiub Suapan 030797

3 Float A.–Aras Adunan X39690

4 Panel Belakang 047276–SS

5 Panel Sebelah Kiri 050213–SS

6 Talam Titis 035034

7 Himpunan Panel Depan X30711

8 Lampu Adunan Kurang 039707

9 Dekal Hiasan 047666

10 Pelindung Percik 030789

Item Perihalan No. Bhg. 11 Dulang Titis 030565

12 Panel Kanan Depan 035933–SS

13 Trim Depan 050212–SS

14 Panel Kiri Depan 035932–SS

15 Kaki–4” tanpa gegelang 013458

16 Panel Sebelah Kanan 050214–SS

17 Trim–Panel–Belakang 035923

18 Plat–Hiasan 039723–SS

19 Himpunan Penutup X35918

20 Pemegang–Dulang Titis 035866

Page 11: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 7 Pengenalan Bahagian Pengendali

Model 168

R

MA

NU

FA

CT

UR

ED

BY

TH

E

TA

YL

OR

CO

MP

AN

Y

RO

CK

TO

N,

I LL

I NO

I S

U.

S.

A.

1

2

3

89

10

11

12

22

214

20

19

5

6

15

18

18

16

17

13 14

7

Item Perihalan No. Bhg. 1 Himpunan Tudung Corong X37963

2 Tiub Suapan 030797

3 Float A.–Aras Adunan X39690

4 Panel Atas Belakang 030790–SS

5 Panel Kiri Atas 030783–SS

6 Talam Titis 027504

7 Himpunan Panel Depan X30711

8 Lampu Adunan Kurang 039707

9 Dekal Hiasan 047666

10 Pelindung Percik 030789

11 Dulang Titis 030565

Item Perihalan No. Bhg. 12 Panel Kanan Atas 030784–SS

13 Panel Selit Depan 030773–SS

14 Himpunan Panel Bawah Depan X30747

15 Panel Bawah Belakang 050244–SS

16 Kaster Pusing–Tegar (Belakang) 012226

17 Kaster–Pusing (Depan) 012227

18 Panel–Sebelah Bawah–Kanan/Kiri

030792–SS

19 Trim–Panel Belakang Atas 030775

20 Trim–Panel Belakang Tengah 030795

21 Plat–Hiasan 039723–SS

22 Pemegang–Dulang Titis 035866

Page 12: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 8 Pengenalan Bahagian Pengendali

Model 150 & 152 Himpunan Pintu

9

8

11

12

13

1

2

3

4

5

6

7

10

Item Perihalan No. Bhg.

1 Injap Pengeluar 024763

2 Gegelang–O–7/8 OD x .103 W 014402

3 Gegelang–O-3/4 OD x .103 W 015835

4 Pemegang Injap Pengeluar 024762

5 Lengan Angkat Injap 024761

6 Skru Tangan (Nat Pasak) 034829

7 Tukup Bercorak 014218

Item Perihalan No. Bhg. 8 Gegelang–O–2–3/4 OD x .139 W 019998

9 Galas Panduan 014496

10 Door A.–1 Muncung X38959–SER

11 Galas Depan 023262

12 Himpunan Pemukul X24689

13 Gegelang–O–13/16 OD .139 W 021278

Page 13: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 9 Pengenalan Bahagian Pengendali

Model 162 & 168 Himpunan Pintu

1

2

3

4

5

6

7

8910

11

14

15

16

13

12

Item Perihalan No. Bhg.

1 Injap Pengeluar 024763

2 Gegelang–O-7/8 OD x .103 W 014402

3 Injap–Pengedap 030930

4 Door A.-3 Muncung X30753–SER

5 Cemat Pangsi A.–Pendek X38539

6 Gegelang–O-5/16 OD x 0,070 W 016272

7 Pemegang Injap Pengeluar 030564

8 Skru Tangan (Nat Pasak) 034829

Item Perihalan No. Bhg. 9 Tukup Bercorak 014218

10 Cemat Pangsi A.–Panjang X38538

11 Galas Panduan 014496

12 Injap Pengeluar Tengah 031164

13 Gegelang–O–2–3/4 OD x .139 W 019998

14 Galas Depan 023262

15 Himpunan Pemukul X24689

16 Gegelang–O-13/16 OD x 0,139 W 021278

Page 14: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 10 Penting: Kepada Pengendali

Bahagian 5 Penting: Kepada Pengendali

R

M A N U F A C T U R E D B Y T H E T A Y L O R C O M P A N Y

R O C K T O N , I L L I N O I S U . S . A .

MIX

LOW

MIX

LOW

2 4

1 1

55

2

3

Rajah 1

Item Perihalan 1 Suis Butang Tekan 2 Suis Kuasa 3 Kawalan Suhu 4 Suis Penyejukan Adunan 5 Lampu Penunjuk - “Adunan Kurang”

Definisi Simbol

Untuk komunikasi dalam arena antarabangsa, banyak suis dan butang pengendali menggunakan simbol bukan perkataan untuk menunjukkan fungsi mereka. Alat Taylor anda direka dengan simbol antarabangsa ini.

Carta berikut menunjukkan definisi simbol yang diguna pada suis pengendali.

= Pad kekunci DIHIDUPKAN/AUTO.

= Pad kekunci DIHIDUPKAN.

= Pad kekunci DIMATIKAN.

= Pad kekunci BASUH.

= Pad kekunci TUNGGU SEDIA.

Page 15: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 11 Penting: Kepada Pengendali

Suis Butang-Tekan Jika terjadi beban melampau, penyejuk beku akan berhenti beroperasi secara automatik. Untuk menetap semula penyejuk beku dengan betul, letakkan suis togol kepada kedudukan “DIMATIKAN”. Tunggu dua atau tiga minit; kemudian tekan suis butang-tekan. Letakkan suis kuasa di kedudukan “BASUH” dan perhatikan prestasi penyejuk beku; letakkan suis kuasa di kedudukan “AUTO”.

Nota: Jika plag penyejuk beku dicabut daripada soket dinding, tekan semula suis butang-tekan untuk mengendali mesin apabila bekalan kuasa disambung semula.

Suis Kuasa Kedudukan tengah ialah ‘DIMATIKAN”. Kedudukan kiri ialah “BASUH” yang mengaktifkan motor pemukul sahaja. Kedudukan kanan ialah “AUTO”, yang mengaktifkan motor pemukul dan sistem penyejukan.

Kawalan Suhu Model 150 dan 152 mengguna kawalan suhu untuk memantau produk dalam silinder sejuk beku. Memutar tombol pelaras mengikut arah jam akan mengurangkan suhu produk. Memutar tombol pelaras melawan arah jam akan meningkatkan suhu produk. Setiap suku putaran akan membezakan suhu kira-kira dua darjah. JANGAN letak kawalan suhu lebih sejuk daripada 18°F (–8°C). Jika anda letak suhu lebih sejuk daripada18°F (–8°C), tali sawat dan motor pemukul boleh gagal pramasa.

Tiub Udara Model 150, 152, 162 dan 168 perlu menangani pelbagai jenis produk (seperti, soft serve, yogurt, ais Itali, syerbet, dsb.). Oleh itu, kekonsistenan adunan yang diguna akan berbeza. Tiub udara menyukat campuran adunan dan udara ke dalam silinder sejuk beku. Jika adunan yang masuk ke dalam silinder sejuk beku kurang, pembekuan boleh berlaku yang boleh merosakkan pemukul. Bergantung pada produk dijalankan, and boleh hubungi Pengedar Taylor yang bertauliah di tempat anda untuk membuat pelarasan dalam tiub udara.

Rajah 2

Semasa operasi “AUTO,” masukkan hujung bukaan tiub suapan ke dalam lubang corong.

Kawalan Kualiti Taylor Model 162 dan 168 mengguna kawalan keadaan pepejal dipanggil T.Q.C. Tujuan kawalan keadaan pepejal ini ialah untuk menderia kelikatan (kepekatan) produk dalam silinder sejuk beku. Apabila suis kuasa di kekudukan “AUTO,” adunan dalam silinder sejuk beku dikekalkan pada kelikatan yang betul dan sedia untuk penyajian oleh T.Q.C.

Model 150 dan 152 disediakan dengan pilihan T.Q.C.

Lampu Penunjuk – “Adunan Kurang” Lampu penunjuk aras adunan berada di bahagian depan mesin. Apabila lampu menyala, bererti corong adunan kurang bekalan adunan dan harus diisikan semula secepat mungkin. Kekalkan sekurang-kurang 2” (5.1 cm) adunan dalam corong. Jika ini tidak dibuat, pembekuan boleh berlaku. Ini boleh menyebabkan kerosakan kepada himpunan pemukul dan pintu penyejuk beku.

Page 16: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 12 Penting: Kepada Pengendali

Suis Penyejukan Adunan Suis penyejukan adunan terletak di bawah saluran kawalan dan diguna untuk beberapa tujuan:

1. Untuk beroperasi dalam mod “AUTO”, suis penyejukan adunan mesti “DIHIDUPKAN”.

2. Untuk sistem penyejukan corong terpisah beroperasi, suis penyejukan adunan mesti di kedudukan “DIHIDUPKAN” atau “TUNGGU SEDIA”.

3. Untuk sistem penahanan suhu silinder beroperasi, suis kuasa mesti di kedudukan “AUTO” dan suis penyejukan adunan mesti di kedudukan “TUNGGU SEDIA”.

Penyejukan Corong Terpisah (SHR) Ciri ini menerapkan sistem penyejukan kecil terpisah yang mendinginkan (secara terhad) dan mengekalkan suhu adunan dalam corong di bawah 40°F (4.4°C) demi mengawal bakteria. Untuk mengaktifkan sistem ini, letakkan suis kuasa di kedudukan “AUTO” dan suis penyejukan adunan di kedudukan “AUTO”. Untuk mengoperasikan sistem ini dalam mod “TUNGGU SEDIA”, letakkan suis kuasa di kedudukan “AUTO” dan suis penyejukan adunan di kedudukan “TUNGGU SEDIA”.

Penahanan Suhu Silinder (CTR) Untuk mengekalkan kualiti baik produk semasa tempoh panjang “Tiada Jualan”, produk perlu dihangatkan dalam silinder penyejukan pada kira-kira. Ini akan mencegah pukulan melampau dan penguraian produk. CTR diguna selaras dengan SHR untuk memastikan adunan dalam silinder sejuk beku disejukan semasa operasi mod “TUNGGU SEDIA”.

Untuk mengendali operasi mod “TUNGGU SEDIA”:

Letakkan suis kuasa di kedudukan “AUTO” dan suis penyejukan adunan di kedudukan “TUNGGU SEDIA”. Sanitasikan tangan, tanggal tiub udara. Terbalikkan dan letak hujung tidak berlubang ke dalam lubang salur masuk adunan.

Untuk kembali ke operasi biasa:

Biarkan suis kuasa di kedudukan “AUTO” dan tekan suis penyejukan adunan kepada kedudukan “TUNGGU SEDIA”. Apabila unit tamat kitaran, produk dalam silinder sejuk beku berada pada kelikatan penyajian. Sanitasikan tangan, tanggal tiub udara. Terbalikkannya dan letak hujung tidak berlubang ke dalam lubang salur masuk adunan.

Rel Sirup Unit-unit ini disediakan dengan pilihan rel sirap untuk menyimpan topping sejuk bagi ais krim sundae.

Page 17: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 13 Prosedur Pengendalian

Bahagian 6 Prosedur Pengendalian

Model 150 dipilih untuk menunjukkan prosedur pengedalian langkah demi langkah bergambar. Semua model dalam manual ini mempunyai kesamaan. Tiap satu mempunyai 1.5 kuart (1.4 liter) muatan silinder sejuk beku. Adunan mengalir ikut graviti daripada corong ke silinder sejuk beku melalui tiub udara.

Model 150 ialah model konsol dengan pintu muncung tunggal.

Model 152 ialah model kaunter dengan pintu muncung tunggal.

Model 162 ialah model kaunter dan Model 168 ialah model consol. Kedua-dua mempunyai tiga pintu muncung. Dua perisa disediakan daripada hujung muncung, dan campuran kedua adunan yang berputar daripada muncung tengah.

Untuk Model 162 dan 168, duplikasikan prosedur yang dikenakan pada silinder sejuk beku kedua.

Kita mulakan petunjuk ini waktu mula masuk restoran sebelah pagi dan semua bahagian mesin sudah dibongkar, dibersihkan dan diletak supaya kering di udara pada malam sebelumnya.

Prosedur pembukaan ini menunjukkan cara menghimpun semua bahagian itu ke dalam penyejuk beku, melakukan sanitasi, dan menyebu mesin dengan adunan baru untuk membuat sajian pertama.

11032

Rajah 3

10609

Rajah 4

10608

Rajah 5

11004

Rajah 6

Jika ini kali pertama anda membongkar mesin, atau anda tidak tahu bagaimana tiba di titik permulaan ini, buka halaman 21, “Membongkar Mesin”, dan mulakan di situ.

Page 18: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 14 Prosedur Pengendalian

Menghimpun

Nota: Apabila melincirkan mesin, gunakan pelincir gred makanan yang diluluskan (misal: Taylor Lube).

Langkah 1 Pasang himpunan pemukul. Pasang gegelang-o yang kecil tebal pada alur di aci pemacu himpunan pemukul. Sapukan Taylor Lube rata-rata pada gegelang-o dan aci.

JANGAN LINCIRKAN HUJUNG SEGI ENAM.

R

11031

Rajah 7

Masukkan himpunan pemukul melalui galas kelompang di belakang silinder sejuk beku dan masukkan hujung segi enam dengan erat ke dalam soket betina. Jika betul kedudukannya, pemukul tidak tertonjol melewati bahagian depan silinder sejuk beku.

10260

Rajah 8

Ulangi langkah ini untuk silinder sejuk beku kedua Model 162/168.

Langkah 2 Himpunkan pintu penyejuk beku. Letakkan gegelang-o besar pada alur di bahagian belakang pintu penyejuk beku dan lincirkan dengan Taylor Lube.

L U B E

R

11001

Rajah 9

Tolak galas depan pada rod sesekat hingga hujung bebibir terletak pada pintu penyejuk beku. Letak galas pandu plastik putih pada hujung rod sesekat.

JANGAN LINCIRKAN GALAS DEPAN ATAU GALAS PANDU.

11004

Rajah 10

Langkah 3 Pasang pintu penyejuk beku. Masukkan skru tangan ke dalam slot dalam pintu penyejuk beku. Dengan kedua tangan, pegang kiri kanan pintu penyejuk beku dan sisipkan rod sesekat ketengah-tengah himpunan pemukul. Galas pandu putih mesti muat kemas dalam lubang aci pemacu. Ketatkan sama rata skru tangan dengan jari supaya pintu dipasang kemas. Jangan terlampau ketat.

Page 19: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 15 Prosedur Pengendalian

Nota: Kedudukan pintu adalah betul jika muncung pintu berada di bawah.

10262

Rajah 11

Langkah 4 Pasang injap pengeluar. Sisipkan dua gegelang-o pada alur di injap pengeluar, dan lincirkan dengan Taylor Lube.

L UB

E

R

11070

Rajah 12

Nota: Untuk Model 162/168, pasang injap pengedap pada alur di injap pengeluar tengah dan lincirkan dengan Taylor Lube. Pengedap khusus ini menghalang adunan dalam satu silinder sejuk beku daripada masuk ke dalam silinder kedua.

LU

BE R

10610

Rajah 13

Lincirkan bahagian dalam muncung pintu penyejuk beku dari bawah. Sisipkan injap pengeluar ke dalam pintu penyejuk beku dari bawah.

Rajah 14

Nota: Injap pengeluar telah dipasang dengan betul apabila lubang bukaan di dalamnya dapat dilihat melalui “tetingkap” pintu penyejuk beku.

11005

Rajah 15

Page 20: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 16 Prosedur Pengendalian

Langkah 5 Pasang pemegang injap pengeluar. Masukkan lengan pengangkat injap melalui lubang bukaan pada injap pengeluar dan sejajarkan hujung satu lagi dengan lubang silang pintu penyejuk beku.

Petua: Lengan pengangkat injap boleh disejajarkan dengan lubang silang kiri atau kanan. Pemegang injap pengeluar akan ditempatkan melalui lubang silang bertentangan lengan pengangkat injap

10037

Rajah 16

Sisipkan gegelang-o pada alur di pemegang injap pengeluar, dan lincirkan dengan Taylor Lube.

L U B E

R

11006

Rajah 17

Masukkan pemegang injap pengeluar melalui lubang bukaan bertentangan dan ke dalam bukaan lengan ankat injap.

Petua: Pemegang injap pengeluar boleh dihimpun pada berbagai-bagai kedudukan. Pilih satu sudut yang selesa. Injap pengeluar mesti dinaikkan sepenuhnya apabila pemegang injap berada di bawah.

10038

Figure 18

11007

Figure 19

Nota: Untuk Model 162/168, sisipkan gegelang-o pada setiap cemat pangsi dan lincirkan dengan Taylor Lube.

LU

BE

R

10131a

Rajah 20

Page 21: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 17 Prosedur Pengendalian

Nota: Model 162/168 mempunyai tiga pemegang pengeluar. Masukkan hujung pemegang pengeluar ke dalam slot injap pengeluar, mulai dari kanan. Masukkan cemat pangsi pendek melalui pemegang pengeluar sebelah kanan. Masukkan cemat pangsi panjang melalui pemegang pengeluar sebelah kiri dan tengah.

11025

Rajah 21

Langkah 6 Lekapkan tukup bercorak pada bawah muncung pintu penyejuk beku.

10263

Rajah 22

Langkah 7 Letakkan tiub udara di dasar corong adunan.

Sanitasi

Langkah 1 Sediakan satu gelen (3.8 liter) larutan sanitasi 100 PPM yang diluluskan (misal: Kay–5™). GUNAKAN AIR HANGAT DAN IKUTI SPESIFIKASI PIHAK PENGILANG.

Langkah 2 Tuangkan satu gelen (3.8 liter) larutan sanitasi itu ke dalam corong dan biarkan mengalir ke dalam silinder sejuk beku.

Langkah 3 Sambil larutan mengalir ke dalam silinder sejuk beku, gunakan berus untuk membersihkan corong adunan, batang aras adunan flot, aras adunan flot, lubang salur masuk adunan, dan tiub udara.

12015

Rajah 23

12018

Rajah 24

Page 22: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 18 Prosedur Pengendalian

12019

Rajah 25

Langkah 4 Tekan suis butang-tekan.

R

M A N U F A C T U R E D B Y T H E T A Y L O R C O M P A N Y

R O C K T O N , I L L I N O I S U . S . A .

R

M A N U F A C T U R E D B Y T H E T A Y L O R C O M P A N Y

R O C K T O N , I L L I N O I S U . S . A .

MIX

LOW

MIX

LOW

10098

Rajah 26

13132

Rajah 27

Langkah 5 Letakkan suis kuasa di kedudukan “BASUH”. Larutan sanitasi dalam silinder sejuk beku akan berkocak. Biarkan berkocak selama lima minit.

Langkah 6 Letakkan baldi kosong di bawah muncung pintu dan naikkan injap pengeluar. Keluarkan semua larutan sanitasi. Apabila bahan sanitasi berhenti mengalir dari muncung pintu, turunkan injap pengeluar dan letakkan suis kuasa di kedudukan “DIMATIKAN”.

10039

Rajah 28

Nota: Pada Model 162/168, tarik ke bawah sekejap pemegang pengeluar tengah untuk sanitasi muncung pintu tengah.

Langkah 7 Setelah sanitasi tangan, dirikan tiub udara di sudut corong adunan. Letakkan aras adunan flot pada batang aras adunan flot.

12016

Rajah 29

Ulangi langkah 1 hingga 7 untuk silinder sejuk beku kedua Model 162/168.

Page 23: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 19 Prosedur Pengendalian

Menyebu Mesin

Sebu mesin sedekat mungkin pada waktu mengeluar produk pertama.

Langkah 1 Letakkan baldi di bawah muncung pintu, naikkan injap pengeluar. Isikan corong dengan adunan baru. (Muatan corong maksimum hopper capacity is 8 kuart [7.6 liter].) Membolehkan adunan mengalir ke dalam silinder sejuk beku. Ini akan menolak keluar saki baki larutan sanitasi. Apabila adunan sukatan penuh mula mengalir dari muncung pintu, turunkan injap pengeluar.

Nota: Adunan BARU mesti digunakan apabila menyebu penyejuk beku.

10039

Rajah 30

Langkah 2 Apabila adunan berhenti berbuih-buih masuk silinder penyejuk beku, pasangkan tiub udara pada lubang salur masuk adunan.

12017

Rajah 31

Langkah 3 Letakkan suis kuasa di kedudukan “AUTO”. Apabila unit tamat kitaran, produk akan sedia untuk penyajian.

13131

Rajah 32

Nota: Pada Model 162/168, naikkan sekejap suis pengeluar untuk mengaktifkan kitaran penyejukan.

Langkah 4 Letakkan tudung corong adunan di kedudukan betul.

Ulangi langkah 1 hingga 4 untuk silinder sejuk beku kedua Model 162/168.

Langkah 5 Pasang dulang titis depan dan pelindung percik di bawah pintu penyejuk beku.

10198

Rajah 33

Page 24: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 20 Prosedur Pengendalian

Langkah 6 Tolak dulang titis belakang ke dalam lubang di panel sisi.

10097

Figure 34

Prosedur Penutup Untuk membongkar Model 150/152/162/168, barang-barang berikut diperlukan:

• Dua baldi pembersihan

• Tin bahan guna semula, daripada keluli tahan karat, bersanitasi dan bertudung

• Berus yang perlu (disediakan dengan mesin)

• Bahan pembersihan

• Tuala sekali guna

Menyalirkan Produk Dari Silinder Sejuk Beku

Langkah 1 Letakkan suis kuasa di kedudukan “DIMATIKAN” terlebih awal mungkin dari masa membersih. Ini mencairkan produk beku untuk memudahkan pembersihan.

Langkah 2 Tanggalkan tudung corong. Tanggalkan tiub udara aras adunan flot. Bawa mereka ke sink untuk dibersihkan.

Langkah 3 Letakkan baldi telah disanitasi di bawah muncung pintu, letakkan suis kuasa di kedudukan “BASUH” dan naikkan injap pengeluar. Apabila semua produk berhenti mengalir dari muncung pintu, turunkan injap pengeluar dan letakkan suis kuasa di kedudukan “DIMATIKAN”. Jika peraturan kesihatan tempatan mengizinkan, pastikan adunan guna semula disimpan dalam bekas keluli tahan karat bersanitasi dan bertutup. Tutup bekas dan letak dalam bilik penyejukan.

PATUHI PERATURAN KESIHATAN SETEMPAT.

Ulangi Langkah 1 hingga 3 untuk silinder sejuk beku kedua Model 162/168.

Membilas Mesin

Step 1 Tuangkan dua gelen (3.8 liter) air bersih sejuk ke dalam corong adunan. Dengan berus yang disediakan, berus corong adunan, batang aras adunan flot dan lubang salur masuk adunan.

Langkah 2 Letakkan baldi di bawah muncung pintu, letakkan suis kuasa di kedudukan “BASUH” dan naikkan injap pengeluar. Salirkan semua air bilasan dari silinder sejuk beku. Apabila air bilasan berhenti mengalir dari muncung pintu, turunkan injap pengeluar dan letakkan suis kuasa di kedudukan “DIMATIKAN”.

Ulang prosedur ini hingga air bilasan yang keluar dari silinder sejuk beku menjadi jernih.

Ulangi Langkah 1 dan 2 untuk silinder sejuk beku kedua Model 162/168.

Pembersihan Langkah 1 Sediakan satu gelen (3.8 liter) larutan pembersihan yang diluluskan (misal: Kay–5™). GUNAKAN AIR HANGAT DAN IKUTI SPESIFIKASI PIHAK PENGILANG.

Langkah 2 Tuangkan satu gelen (3.8 liter) larutan pembersihan itu ke dalam corong adunan dan biarkan mengalir ke dalam silinder sejuk beku.

Langkah 3 Sambil larutan mengalir ke dalam silinder sejuk beku, gunakan berus untuk membersihkan corong adunan, batang aras adunan flot dan lubang salur masuk adunan.

Langkah 4 Letakkan suis kuasa di kedudukan “BASUH”. Larutan pembersihan dalam silinder sejuk beku akan berkocak.

Langkah 5 Letakkan baldi kosong di bawah muncung pintu dan naikkan injap pengeluar. Keluarkan semua larutan pembersihan. Apabila bahan larutan berhenti mengalir dari muncung pintu, turunkan injap

Page 25: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 21 Prosedur Pengendalian

pengeluar dan letakkan suis kuasa di kedudukan “DIMATIKAN”.

Ulangi Langkah 1 hingga 5 untuk sisi sebelah lagi penyejuk beku Model 162/168.

Membongkar Mesin

Langkah 1 LETAKKAN SUIS KUASA DI KEDUDUKAN “DIMATIKAN”.

Langkah 2 Tanggalkan skru tangan dan pintu penyejuk beku. Tanggalkan himpunan pemukul dari silinder penyejuk beku dan bawa semuanya ke sink untuk dibersihkan.

Langkah 3 Tanggalkan dulang titis depan dan pelindung percik di bawah pintu penyejuk beku. Bawa mereka ke sink untuk dibersihkan.

Pembersihan Berus

Langkah 1 Sediakan sink dengan larutan pembersihan yang diluluskan. GUNAKAN AIR HANGAT DAN IKUTI SPESIFIKASI PIHAK PENGILANG.

PENTING: Ikuti petunjuk label, kerana jika terlalu KERAS larutan boleh merosakkan mesin, dan jika terlalu LEMBUT tidak akan membersih dengan sempurna. Pastikan semua berus yang disediakan dengan penyejuk beku untuk pembersihan lengkap.

Langkah 2 Tanggalkan gegelang-o dari aci pemacu himpunan pemukul.

Nota: Untuk menanggalkan gegelang-o, gunakan tuala sekali guna untuk menggenggamnya. Kenakan tekanan arah ke atas hingga gegelang O tanggal dari alurnya. Dengan sebelah tangan lagi, tolak bahagian atas gegelang-o ke depan, gegelang akan bergulung keluar dari alur dan dengan mudah ditanggalkan. Jika perlu tanggalkan lebih daripada satu gegelang, tanggalkan yang di belakang dahulu. Gegelang itu dapat ditolak di atas gegelang depan tanpa termasuk alur yang terbuka.

Langkah 3 Dari pintu penyejuk beku, tanggalkan tukup bercorak, pemegang injap pengeluar, lengan pengangkat injap, dan injap pengeluar. Tanggalkan semua gegelang-o.

Model 162/168: Tanggalkan dari pintu penyejuk beku tukup bercorak, cemat pangsi, pemegang pengeluar, injap pengeluar, dan injap pengeluar tengah. Tanggalkan semua gegelang-o.

Langkah 4 Tanggalkan gegelang-o besar, galas depan, dan galas pandu dari bahagian belakang pintu penyejuk beku.

Langkah 5 Kembali ke penyejuk beku dengan sedikit larutan pembersihan. Dengan berus keras hitam, bersihkan galas kelompang belakang di belakang silinder sejuk beku.

10264

Rajah 35

Langkah 6 Tanggalkan dulang titis belakang dari panel sisi dan bawa ke sink untuk dibersihkan.

Nota: Jika terlalu banyak adunan dalam dulang titis, ini menandakan gegelang-o aci pemacu himpuan pemukul harus diganti atau dilincirkan sewajarnya.

Langkah 7 Berus bersih dengan rapi semua bahagian yang telah dibongkar dalam larutan pembersihan. Pastikan semua lapisan pelincir dan adunan dihilangkan. Terutamanya denga berus bersihkan teras injap pengeluar di pintu penyejuk beku. Letakkan semua bahagian yang sudah bersih itu di permukaan bersih dan kering untuk dikering udara semalaman.

Langkah 8 Lap bersih semua permukaan luar penyejuk beku.

Page 26: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 22 Penting: Senarai Semak Pengendali

Bahagian 7 Penting: Senarai Semak Pengendali Semasa Pembersihan dan Sanitasi

PATUHI PERATURAN KESIHATAN SETEMPAT.

Jadual pembersihan dan sanitasi ditentukan oleh agensi kawal selia Negeri atau tempatan anda dan mesti dipatuhi. Titik-titik semak berikut mesti ditekankan semasa operasi pembersihan dan sanitasi.

KAMI SARANKAN PEMBERSIHAN DAN SANITASI HARIAN.

Menyelesaikan Masalah Kiraan Bakteria

1. Dari semasa ke semasa, bersihkan dan sanitasi mesin dengan rapi, termasuk membongkar seluruhnya dan memberus bersih.

2. Gunakan semua berus yang dibekalkan semasa membersih. Berus-berus itu khusus direka untuk mencapai semua laluan adunan.

3. Gunakan berus keras putih untuk membersihkan lubang salur masuk adunan dari corong adunan hingga belakang silinder sejuk beku.

4. Gunakan berus keras hitam untuk membersihkan galas kelompang belakang di belakang silinder sejuk beku. Pastikan larutan pembersihan di berus cukup banyak.

5. JIKA PERATURAN KESIHATAN TEMPATAN MENGIZINKAN PENGGUNAAN BAHAN GUNA SEMULA, pastikan adunan guna semula disimpan dalam bekas keluli tahan karat bersanitasi dan bertutup dan digunakan esok harinya. JANGAN menyebu mesin dengan bahan guna semula. When using rerun, skim off the foam and discard. Mix the rerun with fresh mix in a ratio of 50/50 during the day’s operation.

6. Pada hari yang ditetapkan setiap minggu, jalankan adunan seberapa kurang yang mungkin dan buang setelah restoran ditutup. Ini menamatkan kitaran bahan guna semula, dan mengurangkan kemungkinan kiraan tinggi bakteria dan koliform.

7. Sediakan larutan pembersihan dan sanitasi dengan sewajarnya. Baca dan ikuti arahan label dengan teliti. Larutan terlalu keras boleh merosakkan bahagian mesin, dan larutan

terlalu lemah tidak memadai untuk pembersihan dan sanitasi.

8. Suhu adunan dalam corong adunan dan bilik penyejukan harus di bawah 40°F. (4.4°C.).

Pemeriksaan Penyenggaraan Tetap 1. Periksa galas kelompang belakang kalau-

kalau ada tanda haus (banyak kebocoran adunan dalam dulang titis belakang) dan bersihkan sewajarnya.

2. Dengan pemutar skru dan tuala kain, bersihkan galas kelompang belakang dan soket pemacu segi enam betina daripada enapan pelincir dan adunan.

3. Lupuskan gegelang-o dan pengedap jika haus, koyak atau longgar, dan gantikan dengan yang baru.

4. Ikuti semua prosedur pelinciran yang diterangkan dalam “Menghimpun”.

5. Jika mesin didinginkan udara, periksa kondenser kalau-kalau ada timbunan kotoran dan habuk. Kondenser kotor akan mengurangkan kecekapan dan kemampuan mesin. Kondenser harus dibersihkan setiap bulan dengan berus lembut. Jangan gunakan pemutar skru dan kuar logam lain untuk membersihkan celah-celah fin. Jika tidak dipatuhi, kejutan elektrik maut boleh berlaku. Nota: Bagi mesin yang dilengkapi dengan penuras udara, turas mesti dijadual untuk dihampagas bulanan.

6. Jika mesin dilengkapi sistem penyejukan bantu, periksa kondenser bantu kalau-kalau ada timbunan kotoran dan habuk. Kondenser kotor akan mengurangkan kemampuan penyejukan corong adunan. Kondenser harus dibersihkan setiap bulan dengan berus lembut. Jangan gunakan pemutar skru dan kuar logam lain untuk membersihkan celah-celah fin. Jika tidak dipatuhi, kejutan elektrik maut boleh berlaku.

7. Jika mesin didinginkan air, periksa talian air kalau-kalau terpiuh atau bocor. Talian air boleh terpiuh apabila mesin dialih-alih untuk pembersihan atau penyenggaraan. Talian air yang kurang sempurna atau retak patut digantikan oleh mekanik Taylor yang sah sahaja.

Page 27: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 23 Penting: Senarai Semak Pengendali

Penyimpanan Musim SejukJika tempat perniagaan harus ditutup semasa musim sejuk, penyejuk beku penting dilindungi dengan langkah waspada berikut, terutama jika bangunan mengalami keadaan sejuk beku.

Putuskan bekalan kuasa utama penyejuk beku supaya tidak mengalami kerosakan oleh elektrik.

Jika penyejuk beku didinginkan air, putuskan bekalan air. Kurangkan tekanan pada pegas dalam injap air. Gunakan tekanan udara pada sisi salur keluar untuk menghembus air yang tertinggal dalam kondenser, kemudian tambahkan banyak bahan anti sejuk beku kenderaan jenis kekal. Langkah ini amat penting sekali. Jika tidak dipatuhi, kerosakan

teruk dan mahal boleh berlaku pada sistem penyejukan.

Pengedar Taylor setempat boleh melakukan khidmat penyimpanan musim sejuk ini untuk anda.

Bahagian yang boleh ditanggalkan dalam penyejuk beku, seperti pemukul, bilah, aci pemacu, dan pintu penyejuk beku, harus dibungkus dan diletakkan di tempat yang kering dan terlindung. Bahagian getah dan gasket boleh dilindungi dengan dibungkus dengan kertas kalis lembapan. Semua bahagian harus dibersihkan dengan rapi daripada adunan atau pelincir kering, yang boleh menarik tikus dan haiwan perosak lain.

Page 28: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 24 Panduan Menyelesai Masalah

Bahagian 8 Panduan Menyelesai Masalah

MASALAH MUNGKIN PUNCANYA PENYELESAIAN RUJ HLM 1. Tiada produk keluar. a. Suis kuasa di kedudukan

“DIMATIKAN”. a. Letakkan suis kuasa di

kedudukan “AUTO”. 19

b. Aras adunan tidak cukup dalam corong adunan.

b. Isikan corong dengan adunan.

19

c. Motor pemukul mengalami beban lebih

c. Tetap semula penyejuk beku.

11

d. Plag unit tidak dipasang pada soket dinding.

d. Pasang plag kabel kuasa. Tekan suis butang-tekan.

11

e. Pemutus litar terbelantik atau fius terbakar.

e. Letak pemutus litar di kedudukan “DIHIDUPKAN”, atau gantikan fius. Tekan suis butang-tekan.

11

f. Pintu penyejuk beku salah dihimpun.

f. Lihat “Prosedur Pengendalian” untuk pemasangan betul.

14

g. Produk mengeluar lebih daripada kemampuan penyejuk beku.

g. Henti keluarkan produk dan tunggu hingga unit pulih.

– – –

2. Mesin tidak beroperasi dalam mod “AUTO”.

a. Plag tidak dipasang. a. Pasang plag kabel kuasa; tekan suis butang-tekan.

11

b. Sistem penyejukan tidak diaktifkan.

b. Pada unit-unit T.Q.C., naikkan sekejap suis pengeluar untuk mengaktifkan kitaran penyejukan.

19

c. Pemutus litar terbelantik, atau fius terbakar.

c. Letak pemutus litar di kedudukan “DIHIDUPKAN”, atau gantikan fius. Tekan suis butang-tekan.

11

d. Motor pemukul mengalami beban lebih, menyebabkan suis kuasa kehilangan kuasa.

d. Tetap semula penyejuk beku.

11

3. Produk terlalu tegar. a. Kawalan suhu atau T.Q.C. diletak terlalu sejuk.

a. Laraskan kawalan suhu. Jangan letak kawalan suhu lebih sejuk daripada 18_F (-8_C). Jika T.Q.C., hubungi juruteknik servis.

11

Page 29: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 25 Panduan Menyelesai Masalah

MASALAH MUNGKIN PUNCANYA PENYELESAIAN RUJ HLM 4. Produk terlalu lembut. a. Kawalan suhu atau

T.Q.C. diletak terlalu panas.

a. Laraskan kawalan suhu. Jika T.Q.C., hubungi juruteknik servis.

11

b. Tiub udara tidak dipasang.

b. Pasang tiub udara dalam lubang salur masuk adunan di dasar corong adunan.

19

c. Mengeluar lebih daripada kemampuan penyejuk beku.

c. Dua penyajian 4 auns (113.4 gram) dalam seminit.

– – –

5. Dinding silinder sejuk beku calar.

a. Mengoperasi penyejuk beku tanpa galas depan pada pintu penyejuk beku.

a. Pasang galas depan pada pintu penyejuk beku.

14

b. Unit gear atau pemacu langsung tidak sejajar.

b. Hubungi juruteknik servis.

– – –

6. Banyak kebocoran dalam dulang titis belakang.

a. Gegelang-o pada aci pemacu pemukul haus atau cacat.

a. Ganti gegelang-o setiap 3 bulan.

27

b. Galas kelompang belakang haus.

b. Hubungi juruteknik servis.

– – –

c. Pelincir tidak betul digunakan.

c. Gunakan pelincir gred makanan (misal: Taylor Lube).

14

d. Pelinciran tidak cukup pada aci pemacu pemukul.

d. Lincirkan aci pemacu pemukul sewajarnya.

14

7. Injap pengeluar kebocoran.

a. Pelincir tidak betul digunakan.

a. Gunakan pelincir gred makanan (misal: Taylor Lube).

15

b. Gegelang-o pada injap pengeluar haus atau cacat.

b. Ganti gegelang-o setiap 3 bulan.

27

c. Pelinciran tidak cukup pada injap pengeluar.

c. Lincirkan injap pengeluar sewajarnya.

15

8. Produk tidak disuap ke dalam silinder sejuk beku.

a. Aras adunan tidak cukup dalam corong adunan.

a. Isikan corong dengan adunan.

19

b. Lubang salur masuk adunan beku.

b. Hubungi juruteknik servis.

11

Page 30: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 26 Panduan Menyelesai Masalah

MASALAH MUNGKIN PUNCANYA PENYELESAIAN RUJ HLM 9. Unit terlalu kerap mati

kerana beban lebih. a. Terlalu banya perkakas

diplag kepada litar. a. Litar 20 amp.

berasingan diperlukan untuk penyejuk beku beroperasi sewajarnya.

– – –

b. Kabel pemanjangan diletak antara kabel kuasa dan soket dinding.

b. Jika kabel pemanjangan diguna, saiz ampere litarnya mesti padan dengan kabel kuasa.

– – –

10. Model 162 dan 168: Adunan dari satu silinder melimpah ke silinder sejuk beku satu lagi.

a. Pengedap injap pengeluar tengah haus, atau tidak dilincir sewajarnya.

a. Lincirkan sewajarnya dan ganti pengedap setiap 3 bulan.

15 / 27

Page 31: Model 150, 152, 162, & 168 Manual Ringkas Penyejuk Beku Soft

Models 150, 152, 162, 168 27 Panduan Menyelesai Masalah

Bahagian 9 Jadual Penggantian Barang Ganti

PERIHALAN BAHAGIAN 3 BULAN SEKALI 6 BULAN SEKALI SETIAP TAHUN KUANTITI 150/152 162/168 Gegelang-O Aci Pemacu Pemukul X 1 2

Gegelang-O Pintu Penyejuk Beku X 1 2

Galas Depan Pintu Penyejuk Beku X 1 2

Galas Pandu Pintu Penyejuk Beku X 1 2

Gegelang-O Injap Pengeluar X 2 4

Gegelang-O Pemegang Injap Pengeluar

X 1 -

Pengedap Injap Pengeluar Tengah X - 1

Gegelang-O Cemat Pangsi X - 2

Berus Keras Hitam, 1” x 2” Periksa dan Gantikan jika Perlu

Minimum 1 1

Berus Dua Hujung Periksa dan Gantikan jika Perlu

Minimum 1 1

Berus Keras Putih, 1” x 2” Periksa dan Gantikan jika Perlu

Minimum 1 1

Berus Keras Putih, 3” x 7” Periksa dan Gantikan jika Perlu

Minimum 1 1