doa penyejuk ji wa

53
DariMU hamba datang kepadaMU hamba kembali ABR “Kesedaran hanya ada pada seseorang dimana Allah itu sentiasa dihatinya. Itulah kesedaran. Setiap langkah dan percakapannya diYakini bahwa Allah, melihat dan mendengarnya. Bila seseorang mempunyai sifat ini barulah kesedaran itu dapat diperolehi. Untuk memelihara hati adalah dengan sentiasa ingat pada Allah, pada setiap pekerjaan samada dunia ataupun akhirat maka setiap langkah perbuatannya merupakan ibadah pada Allah swt”. PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU INTIPATI HATI Cetusan jiwa murni mentauhidkan Al-Haqq mengubati hati luka penuh dosa dengan zikir sirr dan nyata, solawat dan salam atas junjungan khatimul anbiya’ serta istighfar menangisi kekerdilan diri penuh kezaliman dan kefakiran dengan ketakziman Al-Asmaa Al-Husna. Abdul Aziz bin Abdul Rahim 6/1/2010 “Sesiapa yang dapat menjaga hatinya supaya sentiasa berkeadaan bersih semasa berhubungan dengan Allah swt dalam mentaati perintah yang diwajibkan adalah menunjukkan taufiq yang diberikan oleh Allah Taala sebagai sumber pada segala perbuatan baik dengan kasih sayangNya si hamba dapat beramal dengan bantuannya”. Kerana tidak ada sesuatu yang dapat menjamin kita semua dari terjebak dari hasutan hawa. ”Hanya kepada Mu, Ya Allah, kami serahkan segala amal kebajikan kami. Sesungguhnya kami tidak berdaya untuk melawan hawanafsu kami. Kami mohon akan perlindungan, bantuan dan pertolongan dari Mu yang kami amat harapkan. Semuanya berlaku atas keizinan Mu, tanpa keizinan Mu maka tidak ada sebutir debu pun yang boleh mengganggu kami. Amin Ya Rabbal Alamin”.

Upload: abdul-aziz-abdul-rahim

Post on 29-May-2015

10.666 views

Category:

Design


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Doa penyejuk ji wa

DariMU hamba datang kepadaMU hamba kembali ABR

“Kesedaran hanya ada pada seseorang dimana Allah itu sentiasa dihatinya. Itulah kesedaran. Setiap langkah dan percakapannya diYakini bahwa Allah, melihat dan mendengarnya. Bila seseorang mempunyai sifat ini barulah kesedaran itu dapat diperolehi. Untuk memelihara hati adalah dengan sentiasa ingat pada Allah, pada setiap pekerjaan samada dunia ataupun akhirat maka setiap langkah perbuatannya merupakan ibadah pada Allah swt”.

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU INTIPATI HATI Cetusan jiwa murni mentauhidkan Al-Haqq mengubati hati luka penuh dosa dengan zikir sirr dan nyata, solawat dan salam atas junjungan khatimul anbiya’ serta istighfar menangisi kekerdilan diri penuh kezaliman dan kefakiran dengan ketakziman Al-Asmaa Al-Husna. Abdul Aziz bin Abdul Rahim 6/1/2010

“Sesiapa yang dapat menjaga hatinya supaya sentiasa berkeadaan bersih semasa berhubungan dengan Allah swt dalam mentaati perintah yang diwajibkan adalah menunjukkan taufiq yang diberikan oleh Allah Taala sebagai sumber pada segala perbuatan baik dengan kasih sayangNya si hamba dapat beramal dengan bantuannya”.

Kerana tidak ada sesuatu yang dapat menjamin kita semua dari terjebak dari hasutan hawa. ”Hanya kepada Mu, Ya Allah, kami serahkan segala amal kebajikan kami. Sesungguhnya kami tidak berdaya untuk melawan hawanafsu kami. Kami mohon akan perlindungan, bantuan dan pertolongan dari Mu yang kami amat harapkan. Semuanya berlaku atas keizinan Mu, tanpa keizinan Mu maka tidak ada sebutir debu pun yang boleh mengganggu kami. Amin Ya Rabbal Alamin”.

Page 2: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 2

“Ya Allah, tiada yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali Engkau, dan tiada yang dapat menolak kejahatan kecuali Engkau, dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali atas pertolongan-Mu”.

“Ya Allah, tiada kebaikan kecuali kebaikan dari-Mu, dan tiada kesialan kecuali kesialan dari-Mu, dan tiada sesembahan kecuali Engkau”.

Page 3: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 3

Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, Tuhan apapun yang lain, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah, bagiNyalah segala penentuan dan hanya kepadaNyalah kamu dikembalikan.

Page 4: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 4

1. Tinggi cita-cita 2. Memelihara kehormatan 3. Memelihara hikmah 4. Melaksanakan maksud 5. Mengagungkan nikmat dan kesemua dasar tersebut ditujukan kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala semata-mata Cintailah semua dan jangan bencikan sesiapa, Hanya bercakap tentang keamanan tidaklah berfaedah bagimu, Hanya bercakap tentang Tuhan dan Agama tidak akan membawa kamu jauh, Keluarkan segala kekuatan yang terpendam pada kejadian dirimu, Dan tampilkan dengan sepenuh kecemerlangan Ruh dirimu yang kekal, Penuhkan dirimu dengan keamanan dan kegembiraan, Dan taburkanlah ia walau dimana saja kamu berada, Dan walau ke mana juga kamu pergi, Jadilah seperti api kebenaran yang membakar, Jadilah seperti bunga-bunga cinta yang indah, Dan jadilah seperti ubat penenang keamanan. Dengan cahaya Ruhaniahmu, Usirkanlah kegelapan kejahilan, Larutkanlah awan-awan perselisihan dan peperangan, Dan sebarkanlah kehendak yang baik, keamanan dan keselarasan di kalangan sesama insan.

Page 5: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 5

Jangan meminta sebarang pertolongan,kemurahan dan kebaikan hati dari sesiapa pun kecuali Allah. Jangan pergi ke lapangan istana Para Raja, Tetapi jangan menolak untuk mendoakan dan menolong orang yang memerlukan dan yang miskin, para janda dan anak-anak yatim, sekiranya mereka datang ke pintumu. Inilah maksudmu untuk berkhidmat kepada manusia, Pikullah ia dengan penuh tanggungjawab dan berani, Supaya daku sebagai Guru Murshid tidak menerima malu terhadap sebarang kekurangan pada pihakmu, Di hadapan Allah ‘Azza Wa Jalla dan Para Masyaikh yang terdahulu dalam Silsilah Sufiyah pada Hari Pengadilan kelak. “Allah Allah! Hendaklah engkau memelihara lidahmu daripada memperkatakan tentang keaiban manusia. Sucikanlah hatimu daripada terpengaruh dengan perbuatan-perbuatan maksiat yang dilakukan oleh mereka." "Peliharalah anggotamu dan tunaikanlah segala amalan Fardhu yang diwajibkan kerana dengan ini engkau akan mendapat pemeliharaan dan pengawasan yang sempurna daripada Allah Subhanahu Wa Ta’ala." ”Janganlah engkau mengingatkan manusia melainkan dengan hak-hak mereka yang mesti engkau tunaikan, yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala ke atas dirimu kerana sesungguhnya dengan ini akan sempurnalah sifat Wara’ engkau. Berdoalah engkau dengan kalimah-kalimah berikut:" "Ya Allah! Rahmatilah daku dengan memelihara diriku daripada sibuk menyebutkan segala keaiban manusia, kepincangan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka. Selamatkanlah daku daripada kejahatan mereka. Engkau cukupkanlah daku dengan anugerah kebaikanMu daripada mengharapkan simpati kebaikan mereka. Engkau jadikanlah daku sebagai pemimpin mereka dengan keistimewaan-keistimewaan yang telah Engkau kurniakan kepadaku. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu.” Amalan Tariqat Tijaniyah ini adalah sangat sederhana dan Wazifahnya yang mudah iaitu terdiri dari bacaanIstighfar sebanyak 100 kali, Selawat 100 kali dan Tahlil 100 kali yang boleh dilakukan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang. Tempoh pagi adalah dari selepas Solat Subuh sampai habis waktu Dhuha, manakala tempoh waktu petang adalah dari sesudah Solat ‘Asar sehinggalah habis waktu ‘Isya.

Page 6: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 6

Lafaz Selawat yang diamalkan adalah berbunyi seperti berikut: Allahumma Solli ‘Ala Sayyidina Muhammadin Al-Fatihi Lima Ughliqa Wal Khatimi Lima Sabaqa Nasirul Haqqi Bil Haqqi Wal Hadi Ila Siratil Mustaqim Wa ‘Ala Alihi Haqqa Qadruhu Wa Miqdaruhul ‘Azim. Terjemahan: Ya Allah, limpahkanlah Rahmat ke atas Penghulu kami Muhammad, yang menjadi pembuka bagi segala yang tertutup dan yang menjadi penutup sekelian yang terdahulu, pembantu kebenaran dengan kebenaran dan yang memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus. Dan begitu juga ke atas ahli keluarganya dengan kadar yang sebenarnya dan dengan kadar yang besar. zikir “Ya Latif” sebanyak seribu kali secara Sirr Ya Allah, Rahmatilah kami dan kurniakanlah Kasih Sayang dan Makrifat serta Jam'iyat Zahir dan Batin serta ‘Afiyat di Dunia dan Akhirat dan Lautan Kesempurnaan dari Limpahan Faidhz dan keberkatan sekelian Para Masyaikh ini. Ya Allah Tuhan Pemelihara kami, wafatkanlah kami sebagai orang-orang Muslimin dan himpunkanlah kami bersama orang-orang yang Salihin. Segala puji bagi Allah di atas segala nikmat ini; Amin. Seseorang yang berasa lemah dari mendapat kefahaman adalah seorang yang mengerti; Dan berhenti dalam menjalani perjalanan orang-orang yang berkebaikan adalah suatu Syirik. ALLAH HUWA ALLAH HAQQ ALLAH HAYY

Page 7: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 7

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang beriman, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. Itu telah menjadi janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan itulah kemenangan yang besar.

Sebutan zikir Allah Allah sebanyak 5000 kali menurut kaifiyat zikir dengan lidah hati pada latifah Qalb sehari semalam dan Selawat serta Istighfar sebanyak 500 kali. Zikir ini dilakukan tanpa menggerakkan lidah dengan menongkatkannya ke langit. Pada tahap seterusnya apabila murid menunjukkan kesungguhan, zikir Allah Allah hendaklah dipertingkatkan sehingga 24 000 kali dan Selawat sebanyak 1000 kali sehari semalam. Menumpaskan musuh di dalam diri iaitu Nafs, Hawa, Syaitan dan Dunia. Setiap kali kita menyedut udara masuk ada sepuluh Malaikat yang mengiringi nafas tersebut dan setiap kali kita menghembuskan udara keluar ada sepuluh Malaikat yang mengiringi nafas tersebut. Menurut Para Masyaikh, setiap Malaikat diciptakan oleh Allah dari cahaya yang berbeza dari Cahaya Allah. Sembilan persepuluh adalah dari cahaya Nur Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sepersepuluh lagi adalah dari cahaya penciptaan yakni dari Bahrul Qudrah yakni Lautan Kekuasaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Para Awliya menyatakan bahawa manusia dikurniakan dua puluh empat ribu nafas dalam dua puluh empat jam. Setiap nafas yang keluar masuk perlulah

Page 8: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 8

disertakan dengan Zikirullah. Berzikir Allah Allah sebanyak dua puluh empat ribu kali sehari semalam. Jumlah tersebut akan meningkat kepada tujuh puluh ribu kali sehari semalam dan seterusnya sehingga mencapai tujuh ratus ribu dalam sehari semalam. Jumlah itu akan terus meningkat kepada Para Auliya Allah sehingga mencapai tujuh juta bahkan sehingga mencapai tujuh puluh juta kali dalam sehari semalam. Nafas yang disucikan akan bergerak seperti cahaya. Setiap nafas kita tanpa disedari adalah keluar dan masuk dengan tasbih Zikirullah seperti Huwa, Hu, Ya Hu, Ha, Hi, His, Him, Ah, Aa, Ii, Uu dan Hayy yang mana kesemua tasbih zikir tersebut adalah merujuk kepada Zat Dia Yang Ghaib dan Maha Hidup, yang mana zikir tersebut berada dalam Rahsia Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

“Wahai Tuhanku! Dikaulah matlamat tujuanku, dan keredhaanMu yang ku tuntuti, kurniakanlah

kepada ku kasih sayang dan ma’arifah kepadaMu Ya Allah.”

Ya Allah, Rabb kami , bagi Engkau segala puji , Engkau cahaya langit dan bumi dan segala yang ada dalam keduanya . Dan bagi Engkau segala puji, dan Engkau pendiri langit dan bumi dan segala yang ada dalam keduanya . Dan bagi Engkau segala puji , Engkau Rabb langit dan bumi dan segala yang ada dalam keduanya . Selalu buat sembahyang hajat. Banyakkan membaca............................................................................... (Laila hailla anta subhanaka inni kuntu minaz zolimin), istighfar dan selawat. Berdoa - “Ya Allah dengan berkat Rasulullah s.a.w. dan berkat para waliMu yang besar-besar. Pertemukan aku dengan orang yang Kau kasih untuk membimbing hambaMu yang dhaif, zalim dan jahil lagi banyak dosa ini semata-mata dengan rahmatMu sahaja. Ya Allah!” Ya Allah sesungguhnya aku minta Engkau akan ilmu yang manfaat dan hati yang khusyuk dengan rahmat Kau, wahai yang Paling Mengasihani. Ya Allah, hubungkanlahku dengan orang2 salih dan jadikanlahku pewaris anbiya dengan rahmatMu, Ya Yang Maha Penyayang. Ya Allah , Engkaulah yang lebih mengetahui tentang perkara2 ghaib di langit dan bumi . “Maa Zakarnaaka Haqqa Zikrika Yaa Mazkuur.” Yang bererti, “Kami tidak mengingatiMu dengan hak mengingatiMu secara yang sepatutnya, Wahai Zat yang sepatutnya diingati.”

Page 9: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 9

KENAPA AKU DIUJI? Surat Al-Ankabut: 2-3 “Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN? Surah Al-Baqarah ayat 216 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” KENAPA UJIAN SEBERAT INI? Surah Al-Baqarah ayat 286 “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” BAGAIMANA MENGHILANGKAN RASA KEKECEWAAN? Surah Al-Imran ayat 139 “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” SUNGGUH, AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI...!!!!! Surah Yusuf ayat 87 “Dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan orang-orang yang kafir.” BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPI PERSOALAN HIDUP? Surah Ali-Imran ayat 200 “Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” APA JAWAPANNYA? Surah Al-Baqarah ayat 45-46 ”Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan (shalat) itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.” SIAPA YANG MENOLONG DAN MELINDUNGIKU? Surah Ali-Imran: 173 “Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan Dia sebaik-baik pelindung.” KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? Surah At-Taubah ayat 129 “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy (singgasana) yang agung.”

Page 10: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 10

APA BALASAN ATAU HIKMAH DARI SEMUA INI? Surah At-Taubah ayat 111 “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, baik diri maupun harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.” Firman Allah swt di dalam Surah Al-A’raaf Ayat 54;

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu bersemayam di atas ‘Arasy; Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti), dan (Ia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.” Sesungguhnya Nabi Saw.bersabda: Dua perkara yang tidak pernah kenyang. Cinta kepada Dunia dan cinta kepada Ilmu. Kedua-duanya tidak pernah kenyang. Sesiapa yang memadai daripada Dunia di atas apa yang telah dihalalkan oleh Allah, akan

Page 11: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 11

selamat. Sesiapa yang mengambilnya tanpa halal, akan binasa (halaka) melainkan dia bertaubat dan kembali kepada kebenaran. Sesiapa mengambil ilmu daripada ahlinya dan beramal dengannya, akan berjaya (naja). Sesiapa menghendakinya kerana Dunia, akan binasa dan itulah habuannya. Jauhkan menurut hawa nafsu dan panjang angan-angan (tul al‘amal). Adapun menurut hawa nafsu, maka dia akan menentang kebenaran. Adapun panjang angan-angan, maka dia akan melupai Akhirat. Sesungguhnya Dunia berjalan ke belakang dan Akhirat berjalan ke hadapan. Dan setiap keduanya mempunyai anak-anak (banun), maka jadilah kalian daripada anak-anak Akhirat, jika kalian berupaya. Dan janganlah kalian jadi daripada anak-anak Dunia. Kerana hari ini amal tanpa hisab dan esok hisab tanpa amal.

Maha suci Allah, aku memujiNya, sebanyak makhlukNya, sejauh kerelaanNya, seberat timbangan 'arsyiNya, dan sebanyak tinta tulisan kalimatNya. Mukminun di Dunia adalah Ahli Kelebihan. Mantiq mereka adalah kebenaran.Pakaian mereka adalah kesederhanaan.Perjalanan mereka adalah tawadhu‘.Mereka tunduk kepada Allah dengan ketaatan. Mereka pergi di dalam keadaan merendahkan pandangan mereka daripada apa yang diharamkan oleh Allah ke atas mereka dan berdiri di dalam keadaan pendengaran mereka tertumpu kepada ilmu. Jiwa mereka di dalam kesusahan seperti jiwa mereka yang di dalam kesenangan meridhai Qadha’ Allah. Sekiranya tidak ada ajal yang telah ditulis oleh Allah untuk mereka, nescaya roh-roh mereka tidak akan tinggal pada jasad-jasad mereka walaupun sekejap, kerana syauq kepada pahala, dan takutkan azab. Betapa besarnya Pencipta pada diri mereka dan betapa kecilnya selain daripadaNya pada pandangan mereka. Mereka dan Syurga seperti mereka telah melihatnya. Maka mereka dikurniakan nikmat.

Page 12: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 12

Mereka dan Neraka sepertilah mereka telah melihatnya. Maka mereka padanya diazab. Hati mereka bersedih. Batasan mereka adalah dijamin. Badan mereka adalah kurus. Keperluan mereka adalah sedikit. Diri mereka adalah jujur. Pertolongan mereka pada Islam adalah besar. Mereka bersabar pada hari-hari yang pendek, kemudian mereka diikuti kerehatan yang berpanjangan. Satu perniagaan yang menguntungkan dan dipermudahkannya untuk mereka oleh Tuhan Yang Maha Mulia. Dunia menghendaki mereka, tetapi mereka tidak menghendakinya. Ia menuntut mereka, tetapi mereka menolaknya. Adapun pada waktu malam, mereka membaca al-Qur’an dan bersedih dengannya. Mereka merujuk kepadanya untuk mengubati penyakit mereka. Tangisan dan kesedihan mereka begitu mendalam ke atas dosa-dosa yang dilakukan. Apabila mereka bertemu dengan ayat tasywiq (memberangsangkan), mereka cenderung kepadanya kerana tamakkannya. Air mata mereka berlinang di atas pipi mereka sambil mengharapkan Allah melepaskan mereka daripada Neraka. Apabila mereka bertemu dengan ayat takhwif (menakutkan), hati dan mata mereka tertumpu kepadanya. Kulit mereka menggeletar dan hati mereka menjadi lemah. Mereka menyangka suara Neraka di telinga. Adapun mereka pada siang hari, adalah lemah lembut dan ulama baik yang bertakwa, seakan-akan dikuasai ketakutan. Orang yang melihat menyangka bahawa mereka sakit, tetapi mereka bukanlah sakit. Malah mereka dicampuraduk dengan perkara yang besar. Apabila mereka menyebut kebesaran Allah, kekuasaanNya, mengingati kematian dan azab Hari Kiamat, hati mereka menjadi kecut dan akal mereka menjadi lemah. Dan apabila mereka sembuh daripadanya, mereka bersegera kepada Allah dengan amalan yang baik. Mereka tidak meridhai Allah dengan sedikit. Dan mereka tidak membesar-besarkan apa yang mereka lakukan kepadaNya. Mereka mengambil berat pada diri mereka dan daripada amalan yang dilakukan mereka mengharapkan pahala. Jika seseorang daripada mereka dipuji, dia menjadi takut terhadap

Page 13: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 13

apa yang mereka perkatakan kepadanya, lalu berkata: Aku lebih mengetahui tentang diriku daripada orang lain, dan Tuhanku lebih mengetahui tentangku selain daripadaku. Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau mengambilku dengan apa yang mereka perkatakan. Jadilah aku kebaikan ke atas apa yang mereka sangkakan. Ampunilah aku di atas apa yang mereka tidak mengetahuinya, kerana Engkau mengetahui perkara yang ghaib dan penutup segala keaiban. Anda boleh melihat tanda mereka; pada kekuatan beragama, keimanan pada keyakinan, cintakan ilmu, pandai bersahabat, khusyuk di dalam ibadat, menanggung penderitaan, kesabaran dalam kesusahan, memberi apa yang hak, mencari rezeki yang halal, cergas di dalam petunjuk, menjauhi ketamakan, meneruskan sesuatu di dalam istiqamah, teguh melawan syahwat, tidak terpedaya akan pujian orang yang jahil. Tidak menangguhkan amalan untuk kebaikan dirinya. Matlamatnya adalah kesyukuran, sibuk dengan zikir, bermalam dengan penuh kewaspadaan, dan bergembira pada waktu pagi. Berwaspada pada tempatnya. Bergembira apabila mereka mendapat kelebihan dan rahmat sekalipun dirinya sukar menerimanya.Mereka mencampurkan sifat lemah lembut dengan ilmu, dan ilmu dengan akal, anda melihatnya jauh tetapi cita-citanya dekat. Sentiasa meramalkan ajalnya. Hatinya khusyuk, memadai apa yang ada. Kuat mempertahankan agamanya, mati syahwatnya, menahan kemarahannya. Akhlaknya bersih, jirannya berasa aman dengannya, berpuas hati apa yang ditakdirkan terhadapnya. Kesabarannya kukuh, urusannya cekap, setia kepada janjinya, dan tidak menyembunyikan penyaksian musuh. Tidak melakukan sesuatu dengan riak, dan tidak meninggalkan sesuatu kerana malu. Kebaikan daripadanya adalah yang diharapkan dan kejahatan daripadanya adalah dijamin. Mereka memaafi orang yang telah menzaliminya. Mereka memberi kepada orang yang menegahnya. Mereka menghubungi orang yang memutuskan silaturahim dengannya. Mereka tidak mempercepatkan apa yang disyakinya. Percakapannya lembut dan benar. Perbuatannya adalah baik, menghadapi kebaikan dan membelakangi kejahatan. Mereka adalah tenang di dalam gegaran, sabar di dalam menghadapi perkara yang dibencikannya. Bersyukur ketika senang. Tidak takut orang memarahinya. Tidak

Page 14: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 14

berasa bersalah apa yang mereka kasihi. Tidak mendakwa bukan haknya.Begitu juga dia tidak mengingkari haknya ke atasnya. Mengakui kebenaran sebelum dipersaksikan ke atasnya. Tidak menghilangkan apa yang dijaganya. Tidak bermegah dengan gelaran.Tidak bersaing dengan sesiapapun. Tidak dikuasai oleh hasad, tidak memudaratkan jiran, dan tidak bergembira dengan musibah yang menimpa orang lain. Menunaikan amanah, bersegera kepada solat, lambat kepada kemungkaran. Menyuruh melakukan kebaikan, melarang kemungkaran. Tidak memasuki sesuatu perkara dengan kejahilan. Tidak keluar daripada kebenaran dengan kelemahan. Jika mereka diam, diamnya berfaedah. Dan jika mereka bercakap, mereka tidak akan bercakap perkara yang salah. Jika mereka ketawa, mereka tidak meninggikan suaranya. Memadai apa yang ditakdirkan untuknya. Tidak menimbulkan kemarahan dan tidak dikuasai oleh hawa nafsunya. Tidak kedekut dan tidak pula tamak kepada bukan haknya. Bergaul dengan orang ramai untuk mengetahui dan diam untuk selamat. Bertanya supaya mereka memahaminya. Berniaga untuk mendapat ganjaran. Mereka tidak diam untuk kebaikan bagi meninggikan diri. Tidak bercakap untuk memaksa orang lain. Dirinya di dalam kepenatan sedangkan orang ramai di dalam kerehatan. Mereka memenatkan diri untuk akhiratnya dan merehatkan orang ramai daripada dirinya. Jika diserang, mereka bersabar sehingga Allah memberi kemenangan untuknya selepasnya. Sesiapa yang menjauhinya, mereka memaafkannya. Sesiapa yang mendekatinya, mereka berlembut. Jika mereka berjauhan, bukanlah kerana meninggikan diri. Dekatnya bukanlah suatu tipudaya.Malah kerana mengikuti orang yang terdahulu daripada ahli kebaikan. Dan mereka adalah imam bagi ahli kebaikan dan di belakang mereka. Sepuluh maqam iaitu: [1] Taubat [2] Inabat [3] Sabar [4] Syukur [5] Qana’ah [6] Wara’ [7] Taqwa [8] Taslim [9] Tawakkal [10] Redha Surah An-Nur ayat 37:

Page 15: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 15

Para lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah, dan dari mendirikan sembahyang, dan dari membayarkan zakat, mereka takut kepada suatu hari yang hati dan penglihatan menjadi goncang. Ya Allah tidak ada ilmu pada kami melainkan apa yang Engkau mengajarkan kami . Sesungguhnya Engkau al Alim , al Hakim . Ya Allah sesungguhnya aku meminta daripadaMu tamm nikmat , dan ta’lim ta’wil ahadis . Engkaulah waliku dalam dunia dan akhirat . Matikanlah aku dalam keadaan Islam , tunduk taat dengan fana tamm, dan hubungkanlah aku selepasnya dengan solihin yang baqa di sisiMu . Sesungguhnya Engkau yang menunaikan hajat dan yang mengangkatkan darjat . Ya Allah , Engkau telah memberi aku nikmat tanpa sebarang hakku atasnya . Sesungguhnya bagi Engkau segala puji . Apabila engkau mendengar seorang wali berucap, jangan kata ia salah.Wahai saudaraku,engkaulah yang tidak mengetahui kebenaran katanya.Disinilah kesilapan. Astaghfirullahal ‘adzim, lii waliwaalidayya, walijami’il huquuqi waajibati ‘alayya, walijami’il muslimin wal-muslimaat wal-mu’minin wal mu’minaat al-ahyaa’I minhum wal-amwaat. (Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, bagiku dan bagi kedua orang tuaku, dan bagi seluruh orang yang menjadi tanggungan kewajibanku, dan bagi umat muslimin dan muslimat, dan kaum mu’minin dan mu’minat dari mereka yang hidup dan yang telah mati). “Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya senantiasa bershalawat kepada Nabi. Wahai orang-orang beriman bershalawatlah kepada Nabi dan mohonkan salam baginya.” (QS. 33: 56)

Segala puji bagi Allah yang keadaan-Nya yang satu tidak mendahului keadaan-Nya yang lain, maka tiadalah Dia menjadi yang awal sebelum Dia menjadi yang akhir, atau yang zahir sebelum Dia menjadi yang bathin. Buah Syurga adalah `La Ilaha Illallah` (tidak ada Tuhan kecuali Allah) dengan syarat ikhlas?. Pokok agama adalah makrifat tentang Allah, kesempurnaan makrifat tentang-Nya adalah dengan membenarkan terhadap-Nya, dan kesempurnaan tauhid kepada-Nya dengan ikhlas kepada-Nya, bila menduakan-Nya berarti sama dengan memilah-milah Dzat-Nya. `Inna Lillahi` (Sesungguhnya kita adalah milik Allah) merupakan pengakuan atas diri kita adalah milik Allah, sedangkan `Inna Ilaihi Raji’un` (kepada-Nya-lah kita kembali) merupakan pengakuan atas diri kita akan

Page 16: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 16

datangnya kematian?. Kesempurnaan keikhlasan kepada-Nya adalah dengan meniadakan segala sifat dari-Nya, sebab setiap sifat adalah berlainan dengan yang disifati, dan setiap yang disifati bukanlah persamaan dari sifat yang menyertainya. Dia-lah yang benar lagi yang menjelaskan segala sesuatu menurut hakekat yang sebenarnya, yang lebih benar dan lebih jelas daripada yang dilihat oleh mata. Dia tidak dapat dicapai oleh akal, tidak dapat disamakan dengan sesuatu, tidak dapat diserupakan, dahi-dahi bersujud kepada-Nya, lidah-lidah mentauhidkan-Nya, Dia membatasi segala sesuatu saat penciptaannya. Dia tidak dilalui masa, maka keadaan-Nya tidak pernah berbeda. Dia tidak pernah berada dalam suatu tempat yang mengharuskan-Nya berpindah tempat. Dia maha mengetahui rahsia yang ada didalam hati yang tersembunyi, bisikan orang-orang yang berbisik dan kecenderungan seseorang dalam hatinya. Hanya hati yang dipenuhi dengan hakekat keimanan sajalah yang dapat mencapai-Nya. Jangan menyaingi Allah dalam keagungan-Nya dan menyerupai kesombongan-Nya, karena Dia akan menghinakan setiap orang yang angkuh dan merendahkan setiap orang yang sombong. Sungguh mengherankan orang yang ragu terhadap Allah, padahal mereka melihat ciptaan-Nya, dan sungguh mengherankan mereka hanya melihat ciptaan-Nya tetapi tidak melihat dengan penglihatan-Nya. Inilah orang yang melihat dengan lemak, berbicara dengan daging, mendengar dengan tulang dan bernafas dengan lubang hidung. Syukur dan wara’ (kehati-hatian dalam beragama) adalah asas yang menjelaskan perkataan. Bersyukurlah kepada-Nya atas nikmat-Nya yang dikurniakan dan pujilah Dia atas cobaan yang ditimpakan-Nya kepadamu, karena syukur adalah hiasan kekayaan, dimana kebaikan setiap orang yang memiliki kenikmatan adalah dalam menghindarkan diri dari hal-hal yang merusak kenikmatan itu. Bagi yang melalaikan nikmat akan lenyap segala nikmat dari-Nya, dan bagi yang mensyukuri akan bertambah nikmat dari-Nya. Tidak akan ada seorang penghitung yang mampu menghitung nikmat-nikmat-Nya, dan tidak akan ada seorang ahli ibadah yang dapat memenuhi hak-Nya. Pujilah Dia atas kesempurnaan nikmat-Nya, penyerahan diri atas keagungan-Nya, memohon pertolongan-Nya dari kemaksiatan kepada-Nya dan memohon pertolongan sebagai hamba-Nya yang fakir yang mengharapkan kecukupan dari-Nya?. Al-hamdulillah (segala puji bagi Allah) adalah bahwasanya Allah menjadikannya sebagai pembuka kitab-Nya (Al-Qur’anul Karim) dan penutup doa para penghuni Syurga-Nya. Qadha’ dan Qadar merupakan jalan yang gelap, Allah menjadikan segala sesuatu ada kadarnya dan pada tiap-tiap kadar ada masanya, dan pada tiap-tiap masa ada ketetapannya. Segala perkara tunduk pada takdir, bahkan termasuk kematian yang telah direncanakan-Nya. Jika telah datang takdir maka gugurlah kehati-hatian. Sesungguhnya bersama setiap orang ada dua Malaikat yang menjaganya, maka jika telah datang takdir (kematian), kedua Malaikat itu membiarkannya antara dia dengan takdirnya?. Siapa saja yang hanya perlu kepada Allah, niscaya orang-orang akan perlu kepadanya, karena itu mintalah pertolongan hanya kepada Allah, karena Dia pemberi pertolongan yang paling cukup. Menghilangkan sebuah gunung lebih mudah daripada menghilangkan kefakiran, maka bermohonlah kepada-Nya dengan sabar karena bumi ini adalah milik-Nya yang akan dipusakakan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya?. Jika memiliki suatu keperluan kepada-Nya, mohonlah kepada-Nya agar memilihkan yang terbaik dalam urusan-urusanmu, sebab Dia tidak akan menelantarkan orang-orang yang mencari perlindungan kepada-Nya dan tidak akan merugikan orang yang memohon pilihan kepada-Nya. Maka sandarkan dirimu dalam

Page 17: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 17

semua urusan kepada-Nya, karena sesungguhnya engkau menyandarkannya pada tempat berlindung yang kokoh dan dengan penjagaan yang kuat?. (Ali bin Abi Thalib r.a)

“Apakah sama hamba yang diciptakan dengan Dzat yang Tidak Diciptakan, maka apakah kamu sekalian tidak ingat?” (QS. an-Nahl: 17) Islam mengajar agar tidak takut kepada sesiapa atau sesuatu selain dari Allah, dan tidak menghendaki sesuatu di dunia ini, sebaliknya bersiap sedia untuk menerima kurniaan Allah. Al-Qur’an, surah al-Insan (76):2 “ Sesungguhnya, Kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.” Ujian yang perlu kita jalani bukanlah bererti untuk menambahkan pengetahuan kepada Allah, tetapi ia merupakan suatu kemestian bahawa semua manusia patut diuji supaya bentuk keadilan dan rahmat Allah yang sebenar menjadi jelas apabila kita dihadapkan kepada keimanan dan amalan-amalan kita di hari Akhirat. Al-Qur’an, surah al-Baqarah (2): 152 “ Sesungguhnya, Kami akan mengujimu dengan ketakutan dan kelaparan dan dengan kehilangan harta kekayaan, nyawa dan tanaman serta membawa berita gembira kepada orang-orang yang bersabar, yang apabila ditimpakan kesusahan mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah daripada Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali; akan dilimpahkan ke atas mereka dengan berkah dan rahmat Allah.” Oleh itu, kita tidak boleh menghukum sesiapa pun melalui kekayaan atau kemiskinan yang dapat dilihat, menerusi nasibnya yang baik atau buruk, menerusi keadaannya yang sihat atau sakit, menerusi peluangnya yang baik ataupun sebaliknya. Kita sepatutnya memberikan tumpuan kepada peningkatan moral dan spiritual kita sendiri. " Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya ajal (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ditentukan (untuk berbangkit) yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu)." (Al-Qur'an, al-An`am (6): 2). " Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Lauh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah." (Al-Qur'an Fatir (35): 11). Imam `Ali (r.a) berkata: " Ketika kita dapat, kita sedekahkan kepada orang lain, ketika kita tidak mendapatnya, kita bersyukur kepada Allah." Ia bermaksud bahawa kita hendaklah mencuba seberapa daya yang mampu untuk memperbaiki keadaan kita, tetapi kita tidak boleh berharap kepada kekuatan dan kebijaksanaan

Page 18: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 18

kita semata-mata. Kamu hendaklah menyerah diri kepada Allah supaya Dia (Allah) akan menjadikan kerja kamu berhasil. Justeru itu, seandainya kamu berjaya, cubalah bantu saudaramu dengan hasil usahamu itu, dan seandainya kamu gagal, bersyukurlah kepada Allah. Kamu tentu bertanya kenapa kamu harus mengucapkan syukur kepada Allah walaupun ketika kamu tidak berjaya. Ya, kamu hendaklah bersyukur kepada Allah kerana kejayaan ataupun kegagalan bukanlah tanggungjawab kamu. Kamu hanya dikehendaki berusaha bersungguh-sungguh dan kamu telah pun melakukannya. Bersyukurlah kepada Allah kerana kamu boleh melakukan apa yang dituntut darimu. Usahamu itulah yang menjadi perkara pokoknya. Kejayaan atau kegagalan bukanlah dalam bidang kuasamu. Ia adalah dalam bidang kuasa Allah. Yakin dan berserah dirilah kepada Allah supaya Dia (Allah) tidak akan menjadikan usahamu sia-sia. Namun begitu, seandainya Dia (Allah) dengan Maha Kebijaksanaannya, tidak memberikan kejayaan kepadamu, bersyukurlah kepada-Nya kerana kamu masih boleh melakukan tugasmu.

“Ya Allah dengan berkat mukjizat Rasulullah S.A.W, dengan berkat Kesultanan Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani dan dengan berkat Ahli zaman ini, anugerahkanlah kepada hambaMu yang hina, daif, jahil lagi banyak dosa ini keimanan, keyakinan, ketakwaan, ketahanan dan kesolehan sebagaimana yang telah Engkau anugerahkan kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani” Ketika dalam sembahyang, datang macam-macam gangguan di dalamnya (tidak ada tumpuan). Ingat macam-macam. Pada masa itu, jangan lawan dan jangan tolak,kena terima. Sebab ianya adalah qodho Allah. Kalau tolak bermakna lawan Tuhan.Sewaktu itu hendaklah kita hancur hati kepada Allah. Mengakulah bahawasanya kita ini tidak terpakai. Buatlah zikir, istighfar dan selawat, sehingga menjadi darah dan daging. Dikatakan menjadi darah dan daging, ialah setiap sel-sel kita tunduk kepada keagungan dan kebesaran Allah, sebagaimana pengakuan yang roh latifah robbaniah telah buat di alam zuriat.

Page 19: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 19

Orang yang tidak boleh menjaga waktu sembahyang yakni melewat-lewatkan sembahyang menunjukkan zikir belum masuk dalam badannya lagi. Orang yang sudah masuk zikir dalam badan akan membuat persiapan sebelum masuk waktu lagi. Walaupun dia tertidur, sebelum masuk waktu lagi, automatik dia akan terjaga. Buat zikir, istighfar dan selawat (semua perintah Allah) bukannya hendak ubah atau menolak Qodho Allah. Tetapi adalah untuk mendapat Redho dengan Qodho Allah. Apa dia Iman? Iman ialah membuat perintah Allah dan menjauhkan laranganNya tanpa fikir bicara. Bila kesedaran diri yang membebaskan ini sudah tercapai, maka jiwa manusia akan menyatu dengan pesona kehidupan. Itulah kata lain dari hamba Allah yang memiliki kepasrahan dan ridha atas Kehendak Allah. Tidak ada keterpisahan, kehilangan, tidak ada rasa takut akan kekurangan dan kemiskinan, tidak ada keinginan untuk mengambil dan menguasai yang berlebihan, tidak ada keperluan kepada semua makhluk, tidak ada rasa takut akan kehidupan mahupun kematian, karena kita dapat mengambil dan menguasai kehidupan sekehendak kita dan kematian tak lebih dari kehidupan dalam bentuk yang lain. Ketika kita sudah menguasai kehidupan, maka jalan kehidupan sebenarnya menjadi tanpa batas karena mahu menjadi apa saja tercapai. Kehidupan akhirnya mengalir seperti air, karena kita sepenuhnya adalah hamba Allah yang hanya bersandar kepada Kehendak Allah semata.

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada

dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh

dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran

dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS 103:1-3)

“Sesungguhnya Allah mempunyai tujuh puluh ribu hijab dari nur dan kegelapan, andaikata Allah SWT membukanya, maka cahaya wajah-Nya pasti akan membakar.” Namun demikian, pandangan hamba-hamba-Nya sama sekali tidak akan membakar wajah-Nya” Dalam gelombang samudera Asma dan SifatNya, si hamba melihat hakikat dari yang dilihat, “Tidak ada sesuatu seperti Dia (Laisa kamitslihi Syai-un)”, karena sesuatu itu adalah Huwa (Dia).

Page 20: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 20

Dalam gelombang samudera Asma dan SifatNya, pijakan dan rahasia yang mantap mengakhiri kemabukan, medan Sirr Al Asrar membuka, di atas Air Samudera Kemahakuasaan (‘Arsy)-Nya, kuncup bunga mulai mekar membuka, tampilkan kelopak aneka warna dan rupa, wangi semerbak menyelimutinya dalam kelembutan kasih sayang yang tercurah sebagai rahmat-Nya, lantas si hamba yang mandiri berkata “Huwa (Dia)”. Dalam gelombang yang semakin menenang, dalam keheningan malam tak berbintang, dia berada dibatas-batas antara tanpa tapal batas, antara nafs dan ruh, jaraknya cuma sedekat “Qabaa Qausaini (sedekat dua ujung busur panah)”, bahkan lebih dekat lagi. Ketika batas-batas ketetapan telah terlampaui, si hamba akan berkata “Anta (Engkau)”. Si hamba pun bisu. Tanpa kabar. Tanpa berita. Lantas “Hu”, menyeruak mandiri dengan kemurnian Nur awal mula yang menyaksikan Allah Yang Esa, Iapun menjadi hamba Allah semata.

Aku menangis bukan karena cintaku pada-Mu dan cinta-Mu padaku, atau kerinduan yang menggelegak dan bergejolak yang tak mampu kutanggung dan ungkapkan. Tapi, aku menangis karena aku tak akan pernah mampu merengkuh-Mu. Engkau sudah nyatakan Diri-Mu Sendiri bahwa “semua makhluk akan musnah kalau Engkau tampakkan wajah-Mu.” Engkau katakan juga, “Tidak ada yang serupa dengan-Mu.” Lantas, bagaimanakah aku tanpa-Mu, Padahal sudah kuhancurleburkan diriku karena-Mu. Aku menangis karena aku tak akan pernah bisa menyatu dengan-Mu. Sebab, Diri-Mu hanya tersingkap oleh diriMu Sendiri Dia-Mu hanya tersingkap oleh DiaMu Sendiri Engkau-Mu hanya tersingkap oleh EngkauMu Sendiri, Sebab, Engkau Yang Mandiri adalah Engkau Yang Sendiri Engkau Yang Sendiri adalah Engkau Yang Tak Perlu Kekasih Engkau Yang Esa adalah Engkau Yang Esa Engkau Yang Satu adalah Engkau Yang Satu. Maka dalam ketenangan kemilau membutakan Samudera PemurnianMu, biarkan aku memandangMu dengan cintaMu, menjadi sekedar hambaMu dengan ridhaMu,

Page 21: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 21

seperti Muhammad yang menjadi Abdullah KekasihMu. Awalnya adalah persaksian padaNya dalam Islam, “Engkau Tuhan kami, dan Muhammad UtusanMu”. Pintu-Nya adalah ampunan-Nya, Ilmu yang menerangi Jalan-Nya adalah Nur, Hakikat-Nya adalah kesaksian tentang al-Haqq, Rahasia dan ruh-Nya adalah Tauhid, “Tiada Tuhan selain Allah”, realitas-Nya adalah hamba Allah, yang menyaksikan “La Huwa Illaa Huwa”, formalitasnya bagi semua makhluk adalah “La Ilaaha illaa Allaah, Muhammadurrasulullah”, maka Yang Awal dan Yang Akhir adalah yang kembali pada-Nya, ujung-Nya tak pernah berujung, batas-Nya tak pernah berbatas, karena Al-Huwa bukan berasal dari diri-Nya, bukan didalam-Nya, tidak berada pada selain-Nya, maka tinggalah kebingungan demi kebingungan, disinilah letak al-Hirah al-Illahiyah (Kebingungan Ilahiah) . Sehingga ketika ia tiada dalam Dia Yang Selalu Ada, maka Diapun kembali ke awal mula sebagai yang menyaksikan KeesaanNya. Ketika sebuah cermin mengada mandiri, disitu engkau kan lihat bayanganmu berkata-kata, ”Bukankah Aku Tuhanmu?” engkau yang terfanakan dalam Samudera Pemurnian cuma mampu menyaksikan dengan pra-keabadian yang terfirmankan Dia Sendiri, “Benar, Engkau - ”Allah”, Yang Maha Esa, Engkau tempat bergantung, Engkau tidak beranak dan tidak diperanakkan, Engkau tak disetarakan dengan apapun, Engkau tak diserupakan dengan apapun.” Sebuah titik dibawah Baa menjadi Basmalah, ketika duapuluh dua hurufnya terpisah Basmalah menjadi lingkaran, sebuah lingkaran adalah sebuah garis yang melengkung kembali ke awal, maka awal dan akhir tak terbedakan. Dialah Yang Maha Esa dengan keesaanNya Jadilah hamba Allah, yang mematuhi semua perintah-Nya dan larangan-Nya, selaraslah dengan kehendak-Nya dengan ridha pada semua ketentuan- Nya, ikutilah akhlak dan perilaku Nabi Muhammad SAW, yang menjadi pemberi petunjuk semua makhluk dan memberikan rahmat pada seluruh alam dan semua isinya

Page 22: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 22

Apa yang diperoleh dari suatu ikhtiar manusia, dengan qada, dan sunnatullah Allah yang meliputinya adalah suatu upaya manusia untuk selaras dengan kehendak Allah SWT, sehingga ketika suatu keberhasilan dicapai maka hal itu tidak lebih dari kurnia yang diberikan kepada kita. Maka kewajiban bersyukur akan memberikan umpan balik positif, juga untuk mencegah munculnya kesombongan dan takabbur suatu karakter Iblis yang akan menyusup manakala suatu keberhasilan hanya kita nisbahkan sebagai daya upaya kita sendiri. Syukur sebagai adab Islam berhubungan dengan merasa lebih dari cukup atas semua pemberian yang telah diterimanya. Sehingga, setiap manusia sejatinya memang wajib bersyukur karena semua yang disebut sebagai keberhasilannya sebenarnya telah meliputi seluruh penampilan Rahmat Tuhan yang nyata di waktu itu, yang melindunginya dari kemurkaan-Nya. Sedarilah bahwa semua aspek kehendak Allah tidak lebih dari bagian ar-Rahmaan dan ar-Rahiim Allah yang memberikan rahmat, cinta dan pertolongan-Nya. Dari sikap demikian, maka suatu keberhasilan akan menumbuhkan rendah hati, juga akan menimbulkan zuhud di mana kita tidak akan terpengaruhi dengan semua keberhasilan yang membawa kekayaan atau kelebihan materi, maupun kelebihan dalam aspek ruhaniah. Bersyukur atas limpahan rahmat dan karunia adalah bagian dari pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT. Kalau kita menyadari betapa semua kehidupan hanya tergantung pada Basmalah, maka dalam setiap helaan nafas kita mestinya bersyukur pada-Nya dengan “Alhamdulillah” untuk menunjukkan betapa lemahnya diri kita ini, betapa kita ini sekedar hamba-Nya, sehingga suatu tasbih yang selalu membesarkan-Nya mestinya terucap setiap detik kita menghirup nafas kehidupan untuk bersyukur betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Esa itu. Umpan balik positif dari bersyukur adalah berupa meningkatnya nikmat dari apa yang sudah kita syukuri baik materi maupun immaterial. Ketika kita lalai dengan rasa syukur, maka menjadi sombonglah manusia itu sehingga ancaman Allah mengintai di setiap saat berupa adzab maupun sesuatu yang menyakitkan. Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".(QS 14:7) Syukur juga akan membawa pada pengertian yang hakiki tentang jalan yang lurus sebagai suatu nikmat : (lagi) yang mensyukuri nikmat-nikmat Allah, Allah telah memilihnya dan menunjukinya kepada jalan yang lurus. (QS 16:121) Karena itu, maka hendaklah Allah saja kamu sembah dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur".(QS 39:66) Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir.(Qs 76:3)

Page 23: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 23

Hakikat bersyukur sebenarnya berkaitan erat dengan penciptaan semua makhluk. Melalui kalimat Hamdalah, sebenarnya Allah mengingatkan langsung bahwa semua manusia semestinya bersyukur karena sejatinya sejak dari rahim, ruh ditiupkan, berdikir, fikir dan berikhtiar dalam menjalani kehidupan, sampai meninggal, dan kemudian di akhirat mendapat pahalanya masing-masing tidak lebih dari suatu rahmat, kasih sayang dan pertolongan Allah yang tak ada habisnya bagi yang bisa mensyukuri-Nya. Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh) nya ruh (ciptaan) -Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.(QS 32:9) Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.(QS 16:78) Dan Dialah yang telah menciptakan bagi kamu sekalian, pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah kamu bersyukur.(QS 23:78) Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.(QS 31:41) Dan dia berdoa: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".(QS 27:19) Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.(QS 2:172) Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahwa Dia mengirimkan angin sebagai pembawa berita gembira dan untuk merasakan kepadamu sebagian dari rahmat-Nya dan supaya kapal dapat berlayar dengan perintah-Nya dan (juga) supaya kamu dapat mencari karunia-Nya; mudah-mudahan kamu bersyukur. (QS 30:46) Dan tiada sama (antara) dua laut; yang ini tawar, segar, sedap diminum dan yang lain asin lagi pahit. Dan dari masing-masing laut itu kamu dapat memakan daging yang segar dan kamu dapat mengeluarkan perhiasan yang dapat kamu memakainya, dan pada masing-masingnya kamu lihat kapal-kapal berlayar membelah laut supaya kamu dapat mencari karunia-Nya dan supaya kamu bersyukur. (QS 35:12) Dan Dia (pula) yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pelajaran atau orang yang ingin bersyukur.(QS 25:62)

Page 24: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 24

Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.(QS 28:73) Setelah itu Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati, supaya kamu bersyukur.(QS 2:56) Selain berkaitan erat dengan penciptaan, syukur juga berkaitan dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang tiada batasnya tanpa pamrih, maka bersyukur maupun tidak sebenarnya tidak akan mengurangi Kemuliaan Allah SWT karena Dia Maha Pemberi. Apapun yang dilakukan manusia sejatinya cuma terjadi karena Kemurahan Allah SWT semata maka hanya kedurhakaan sajalah yang akan ditimpakan bagi mereka yang tidak bersyukur meskipun Allah masih membuka pintu ampunan bagi hambanya yang memahami. Itulah (karunia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal saleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.(QS 42:23) Tanpa adanya sifat sabar, tawwakal, dan syukur seorang manusia bisa terseret kepada sifat-sifat Iblis seperti sombong dan takabbur, dan pada akhirnya ketika kesempitan melanda yang muncul adalah sikap putus asa dari rahmat Allah SWT dengan bersandar pada keakuan maupun kehambaan pada selain Allah (ghairullah) yaitu syirik. Dalam kehidupan kita sering kali melihat manusia yang ingin cepat kaya dan serba instan yang sebenarnya menunjukkan tidak adanya sikap berserah diri, sabar, syukur, dan tawakkal yang tidak lain menunjukkan tidak adanya keimanan pada manusia yang bersangkutan. Ketika kondisi demikian terjadi maka nafsu-ammarah pun menguasai. Ancaman Iblis menjadi sangat nyata bagi mereka yang tidak bersyukur, kemudian saya(syaitan) akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).(Qs 7:17) Sikap syukur adalah sebuah pupuk bagi terciptanya bumi hati yang menyuburkan bagi tumbuhnya berbagai rupa tanaman, tempat tumbuhnya cahaya kearifan, tumbuhnya tiang-tiang keimanan seperti halnya ladang yang subur dan terawat dengan baik, maka bersyukur adalah merawat apa yang sudah dikaruniakan oleh Allah SWT sebagai suatu nikmat, rahmat dan kasih sayang, dan pertolongan-Nya. Dan tanah yang baik, tanaman-tanamannya tumbuh subur dengan seizin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanaman-tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah Kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (Kami) bagi orang-orang yang bersyukur.(QS 7:58)

Page 25: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 25

Page 26: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 26

Al-Asmaa Al-Husna

Page 27: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 27

Page 28: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 28

Sembilan puluh sembilan Nama-Nama Allah Yang seperti mana yang masyhur dari Al-Quran dan Al-Hadits adalah seperti berikut: 1. AR-RAHMAN Yang Maha Pengasih 2. AR-RAHIM Yang Maha Penyayang 3. AL-MALIK Yang Maha Raja 4. AL-QUDDUS Yang Maha Suci 5. AS-SALAM Yang Memberi Kesejahteraan 6. AL-MUKMIN Yang Memberi Keamanan 7. AL-MUHAIMIN Yang Maha Memelihara 8. AL-‘AZIZ Yang Maha Gagah 9. AL-JABBAR Yang Maha Perkasa 10. AL-MUTAKABBIR Yang Maha Memiliki Kebesaran 11. AL-KHALIQ Yang Maha Pencipta 12. AL-BARI Yang Mengadakan 13. AL-MUSAWWIR Yang Menciptakan Rupabentuk 14. AL-GHAFFAR Yang Maha Pengampun 15. AL-QAHHAR Yang Maha Memaksa 16. AL-WAHHAB Yang Maha Memberi Kurnia 17. AR-RAZZAQ Yang Maha Pemberi Rezeki 18. AL-FATTAH Yang Membuka Jalan Rahmat 19. AL-‘ALIM Yang Maha Mengetahui 20. AL-QABIDHZ Yang Menyempitkan 21. AL-BASIT Yang Melapangkan 22. AL-KHAFIDHZ Yang Merendahkan 23. AR-RAFI’ Yang Meninggikan Darjat 24. AL-MU’IZZ Yang Memuliakan 25. AL-MUDZILL Yang Menghinakan 26. AS-SAMI’ Yang Maha Mendengar 27. AL-BASIR Yang Maha Melihat 28. AL-HAKAM Yang Menetapkan Hukum 29. AL-‘ADL Yang Maha ‘Adil 30. AL-LATIF Yang Maha Halus 31. AL-KHABIR Yang Mengetahui Rahsia 32. AL-HALIM Yang Maha Penyantun 33. AL-‘AZIM Yang Maha Agung 34. AL-GHAFUR Yang Maha Pengampun 35. ASY-SYAKUR Yang Menghargai 36. AL-‘ALIY Yang Maha Tinggi 37. AL-KABIR Yang Maha Besar 38. AL-HAFIZ Yang Maha Pemelihara 39. AL-MUQIT Yang Maha Mencukupkan 40. AL-HASIB Yang Maha Menghitung 41. AL-JALIL Yang Maha Mulia 42. AL-KARIM Yang Memberikan Kemuliaan 43. AR-RAQIB Yang Maha Mengawasi

Page 29: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 29

44. AL-MUJIB Yang Menjawab Semua Permohonan 45. AL-WASI’ Yang Maha Luas Kekurniaan 46. AL-HAKIM Yang Maha Bijaksana 47. AL-WADUD Yang Maha Pencinta 48. AL-MAJID Yang Maha Mulia 49. AL-BA’ITS Yang Maha Membangkitkan 50. ASY-SYAHID Yang Maha Menyaksikan 51. AL-HAQQ Yang Maha Benar 52. AL-WAKIL Yang Maha Memelihara 53. AL-QAWIY Yang Maha Kuat 54. AL-MATIN Yang Maha Kukuh 55. AL-WALIY Yang Maha Melindungi 56. AL-HAMID Yang Maha Terpuji 57. AL-MUHSI Yang Maha Menghitung 58. AL-MUBDI Yang Maha Memulai 59. AL-MU’ID Yang Mengembalikan Kehidupan 60. AL-MUHYI Yang Maha Menghidupkan 61. AL-MUMIT Yang Maha Mematikan 62. AL-HAYY Yang Maha Hidup 63. AL-QAYYUM Yang Maha Berdiri Sendiri 64. AL-WAJID Yang Maha Menemukan 65. AL-MAJID Yang Maha Mulia 66. AL-WAHID Yang Satu 67. AL-AHAD* Yang Maha Esa 68. AS-SAMAD Yang Menjadi Tempat Pergantungan Makhluk 69. AL-QADIR Yang Maha Menentukan 70. AL-MUQTADIR Yang Maha Berkuasa 71. AL-MUQADDIM Yang Maha Mendahulukan 72. AL-MUAKHKHIR Yang Maha Mengakhirkan 73. AL-AWWAL Yang Maha Awal 74. AL-AKHIR Yang Maha Akhir 75. AZ-ZAHIR Yang Maha Nyata 76. AL-BATIN Yang Maha Tersembunyi 77. AL-WALI Yang Maha Memerintah 78. AL-MUTA’ALI Yang Maha Memiliki Ketinggian 79. AL-BARR Yang Maha Memberi Kebaikan 80. AT-TAWWAB Yang Maha Menerima Taubat 81. AL-MUNTAQIM Yang Maha Penyiksa 82. AL-‘AFUW Yang Maha Pemaaf 83. AR-RAUF Yang Maha Pengasih 84. MALIKUL-MULK Raja Penguasa Segala Kerajaan 85. DZUL-JALALI WAL-IKRAM Yang Memiliki Kebesaran Dan Kemuliaan 86. AL-MUQSIT Yang Maha Adil 87. AL-JAMI’ Yang Maha Menghimpunkan 88. AL-GHANIY Yang Maha Kaya 89. AL-MUGHNI Yang Memberikan Kekayaan

Page 30: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 30

90. AL-MANI’ Yang Maha Mencegah 91. ADH-DHARR Yang Memberikan Kemudharatan 92. AN-NAFI’ Yang Memberikan Kemanafaatan 93. AN-NUR Yang Maha Bercahaya 94. AL-HADI Yang Memberikan Petunjuk 95. AL-BADI’ Yang Memulakan Penciptaan 96. AL-BAQI Yang Maha Kekal 97. AL-WARITS Yang Maha Mewarisi 98. AR-RASYID Yang Maha Pembimbing 99. AS-SABUR Yang Maha Sabar

Sentiasalah sedar dalam nafas ketika berkhalwat bersama khalayak;Kerjakanlah Zikir dan ingatlah ZatNya dengan bersungguh-sungguh.Perhatikan setiap langkah ketika bersafar di dalam kampung;Sekembalinya dari merayau, perhatikanlah limpahan Ilahi bersungguh-sungguh. Ingatlah Allah tetap pada hati, bilangan dan masa dengan sentiasa sedar berjaga-jaga.

Page 31: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 31

Kalimah-kalimah ini berada di atas ‘Arash di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan ianya telah berada di sana semenjak awal penciptaan makhluk lagi. Ianya dinyatakan dengan penggunaan kalimah Taukid iaitu lafaz “Inna” yang bererti “Sesungguhnya” yang membawa maksud bahawa ianya adalah sesuatu yang pasti dan tidak perlu diragukan. Dari Rahmat Allah tersebut, maka terbitlah segala perasaan cinta dan kasih sayang secara keseluruhan yang merupakan penzahiran bagi SifatNya Ar-Rahman. Allah Ta’ala melimpahkan kasih sayangNya secara umum terhadap sekelian makhluk ciptaanNya terlebih dahulu sebelum menyatakan kemurkaanNya. Orang-orang yang beriman mahupun orang-orang kafir semuanya menerima manafaat dari limpahan kasih sayang dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Page 32: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 32

Page 33: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 33

Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda bahawa Allah Ta’ala telah berfirman: “Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku bersamanya ketika dia berzikir mengingatiKu. Maka jika dia mengingatiKu dalam dirinya, Daku akan mengingatinya dalam DiriKu, dan jika dia mengingatiKu dalam jemaah manusia, Daku akan mengingatinya dalam jemaah yang lebih baik dari mereka;Dan jika dia mendekati kepadaKu sejengkal, Daku akan mendekati kepadanya sehasta; Dan jika dia mendekati kepadaKu sehasta, Daku akan mendekati kepadanya sedepa; Dan jika dia mendatangiKu sambil berjalan, Daku akan mendatanginya dengan berlari.” Kita menyangka bahawa kitalah yang terlebih dahulu melakukan tindakan mengingati Allah Ta’ala tetapi pada hakikatnya, Allah Ta’ala yang terlebih dahulu mengingati kita sebelum kita mengingati ZatNya kerana Dialah yang melimpahkan Taufiq dan Hidayah kepada kita agar kita dapat mengingati ZatNya dan menyebut NamaNya serta melakukan Ibadah mendekatkan diri kepadaNya. Meskipun kita mengingati Allah, namun Allahlah yang terlebih dahulu ingat terhadap diri kita, kerana itulah Dia menggerakkan segenap hati dan fikiran kita agar tertumpu kepada ZatNya Yang Maha Agung agar kita dapat menyedari dan merasai bahawa Kekuasaan Allah adalah mutlak atas sekelian makhlukNya. Allah Ta’ala menggunakan diri hamba-hambaNya untuk mensucikanNya, memujiNya, membesarkan DiriNya dan memperakui bahawa sesungguhnya Allah adalah Tuhan yang berkuasa atas sekelian makhluk. Dia Allah yang Maha Besar, Maha Benar, Maha Agung lagi Maha Mulia. Dia adalah Zat yang Wajibul Wujud, yang terhimpun padaNya segala sifat-sifat kesempurnaan dan suci dari segala sifat-sifat kekurangan dan kelemahan. Segala puji adalah bagi Allah Tuhan Semesta Alam.

Page 34: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 34

Alam Amar dan Alam Khalaq adalah alam yang berada dalam lingkungan Daerah Imkan. Lima Latifah Alam Amar itu adalah: 1. Qalb 2. Ruh 3. Sirr 4. Khafi 5. Akhfa Lima Latifah Alam Khalaq itu adalah: 1. Nafs 2. Angin 3. Api 4. Air 5. Tanah Sepuluh sifat buruk yang ada pada Nafs dan ianya adalah berasal dari unsur-unsur seperti panas, sejuk, lembab dan kering seperti berikut: 1. Hawa 2. Nifaq 3. Riya 4. Mengaku Tuhan 5. Bangga Diri 6. Tamak 7. Haloba 8. Banyak Ketawa 9. Malas 10. Lalai

Page 35: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 35

Hubungan Alam Kabir dan Alam Saghir, Daerah Imkan dan Lautan Kekuasaan Bahrul Qudrah

ALAM Amar adalah suatu alam kekal yang mana hanya dengan perintah “Kun” yang bermakna “Jadilah” maka ianya akan terjadi. Alam Amar ini berada di luar batas masa dan ruang tempat. Alam Amar adalah alam di mana tersembunyinya segala rahsia hakikat ketuhanan. Alam Amar adalah suatu alam yang teramat luas dan pada setiap Ummat Muhammadiyah telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala kurniakan talian perhubungan yang

Page 36: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 36

sangat halus di dalam diri mereka dengan alam-alam yang terdapat di dalam Alam Amar iaitu pada kedudukan Lataif. Terdapat lima alam dalam Alam Amar.Latifah Qalb berasal dari Alam Malakut, Latifah Ruh berasal dari Alam Arwah atau Jabarut, Latifah Sirr berasal dari Alam Lahut, Latifah Khafi berasal dari Alam Bahut dan Latifah Akhfa berasal dari Alam Hahut. Alam Malakut adalah Alam Para Malaikat dan berada dalam wilayah Hadhrat Nabi Adam ‘Alaihissalam dan cahaya nurnya adalah Kuning. Alam Arwah atau Jabarut adalah Alam Para Roh dan berada dalam wilayah Hadhrat Nabi Nuh dan Hadhrat Nabi Ibrahim ‘Alaihimassalam dan cahaya nurnya adalah Merah. Alam Lahut adalah Alam Bayangan Sifat-Sifat Allah dan berada dalam wilayah Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam dan cahaya nurnya Putih berkilau. Alam Bahut adalah Alam Sifat-Sifat Allah dan merupakan alam yang tersembunyi dan berada dalam wilayah Hadhrat Nabi Isa ‘Alaihissalam dan cahaya nurnya adalah Hitam. Alam Hahut pula adalah Alam Hadhrat Zat Yang Suci dan merupakan alam yang lebih tersembunyi. Cahaya nurnya adalah Hijau dan alam ini berada dalam wilayah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Alam Khalaq adalah alam makhluk yang diciptakan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan tidak kekal yang mana kejadiannya berlaku secara berperingkat-peringkat. Ia dicipta dalam enam tempoh masa dan berada dalam batas masa dan ruang tempat. Ia juga mengandungi siang dan malam, kelahiran dan kematian. Alam Khalaq berada di dalam Daerah Imkan pada kedudukan di bawah ‘Arash Mu‘alla. Alam Khalaq mengandungi Nafs dan Empat Anasir iaitu Angin, Api, Air dan Tanah. Secara ringkasnya Alam Khalaq adalah merujuk kepada tubuh Jasmani manusia. Kedudukannya pada badan manusia adalah pada seluruh jasad. Tubuh badan Jasmani manusia mengandungi keempat-empat unsur ini dan ditemukan dengan Nafs atau ‘Aqal bagi membentuk Alam Khalaq. Alam Khalaq adalah alam makhluk yang diciptakan dan ia merangkumi ‘Aqal, Tanah, Air, Api dan Angin. Jasad tubuh badan insan adalah terbina di Alam Khalaq menerusi proses yang berlaku secara berperingkat-peringkat kerana Alam Khalaq bukanlah sepertimana Alam Amar yang mana dengan satu ucapan kalimah dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala ianya akan terus terjadi, sebaliknya Alam Khalaq merupakan suatu alam yang mana segala kejadiannya adalah dengan Tadrij yakni menerusi peringkat evolusi kejadian masing-masing. KAIFIYAT ZIKIR ISMU ZAT 1. Istighfar - 25x [Astaghfirullaha Robbi Ming Kulli Zanbin Wa Atubu Ilaihi] 2. Alhamdu Syarif - 1x [Surah Al-Fatihah dengan A’uzubillah dan Bismillah] 3. Qul Huwa Allah - 3x [Surah Al-Ikhlas dengan Bismillah]

Page 37: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 37

4. Hadiahkan pahala bacaan tersebut kepada sekelian Arwah Para Masyaikh: - [Ucapkan, “Ya Allah! Telah ku hadiahkan seumpama pahala bacaan Fatihah dan Qul Hu Allah kepada sekelian Arwah Muqaddasah Masyaikh Kibaar Silsilah 'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah”] 5. Bayangkan hadirnya Maut: - [Ucapkan dalam hati, "Aku sudah mati, dimandikan orang, dikapankan orang, disembahyangkan orang, dihantarkan orang jenazah aku ke dalam liang lahad”] 6. Khayalkan hati sedang mengucapkan Allah Allah… tanpa menggerakkan lidah. 7. Tawajjuhkan diri terhadap hati dan hati bertawajjuh kepada Allah Taala. Ini adalah Wuquf Qalbi. 8. Sentiasa Muraqabah dengan mengkhayalkan limpahan Faidhz dari Allah Ta’ala jatuh ke hati kita. 9. Sesudah beberapa lama kemudian, ucapkan dalam hati dengan rasa rendah diri dan mengharap dengan ucapan Baz Gasht : - • “Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhoka Matlubi, A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka” - [Arab] atau, • “Khudawanda! Maqsudi Man Tui Wa Ridhoi Tu, Mahabbat Wa Ma'rifati Khud Badih” - [Parsi] yang bermaksud, “Ya Tuhanku! Maksudku hanyalah Engkau dan Keredhaan Mu, Kurniakanlah Cinta dan Ma'rifatMu” • Wuquf Qalbi dan Baz Gasht adalah di antara syarat-syarat Zikir. Jika berwudhuk sangatlah besar faedahnya namun ia bukanlah syarat. 10. Pada waktu kelapangan samada dalam satu majlis atau majlis yang berbilang-bilang, hendaklah mengerjakan zikir ini sebanyak 24 ribu kali sehari semalam, lebih kurang dalam 2 setengah jam untuk dilakukan. 11. Begitulah ketika berjalan, berbaring, bangun dan duduk, samada berwudhuk ataupun tidak, setiap waktu dan keadaan hendaklah tetap tekun berzikir sehinggalah amalan zikir itu menjadi sifat yang lazim bagi hati. Semoga Allah Memberikan Taufiq. KAIFIYAT ZIKIR NAFI ITSBAT 1. Istighfar - 25x [Astaghfirullaha Robbi Ming Kulli Zanbin Wa Atubu Ilaihi] 2. Alhamdu Syarif - 1x [Surah Al-Fatihah dengan A’uzubillah dan Bismillah] 3. Qul Huwa Allah - 3x [Surah Al-Ikhlas dengan Bismillah] 4. Hadiahkan pahala bacaan tersebut kepada sekelian Arwah Para Masyaikh: - [Ucapkan, “Ya Allah! Telah ku hadiahkan seumpama pahala bacaan Fatihah dan Qul Hu Allah kepada sekelian Arwah Muqaddasah Masyaikh Kibaar Silsilah 'Aliyah Naqshbandiyah Mujaddidiyah”] 5. Bayangkan hadirnya Maut: - [Ucapkan dalam hati, "Aku sudah mati, dimandikan orang, dikapankan orang, disembahyangkan orang, dihantarkan orang jenazah aku ke dalam liang lahad”] 6. Buang nafas dan tahan di bawah pusat serta tongkatkan lidah ke langit-langit. Hati mengucapkan LA sambil menariknya dari pusat hinggalah ke otak dan ketika menyebut lafaz ILAHA hendaklah membawanya ke arah bahu kanan dan ketika menyebut lafaz

Page 38: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 38

ILLA ALLAH hendaklah dipalukan ke hati dengan merasakan kesannya terhadap kesemua Lataif Alam Amar dan Alam Khalaq tanpa menggerakkan lidah dan anggota tubuh badan. Zikir dalam bilangan ganjil dan ketika hendak melepaskan nafas ucapkan MUHAMMADUR RASULULLAH. 7. Tawajjuhkan diri terhadap hati dan hati bertawajjuh kepada Allah Taala. Ini adalah Wuquf Qalbi. 8. Sentiasa Muraqabah dengan mengkhayalkan limpahan Faidhz dari Allah Ta’ala jatuh ke hati kita. 9. Sesudah beberapa lama kemudian, ucapkan dalam hati dengan rasa rendah diri dan mengharap dengan ucapan Baz Gasht : - • “Ilahi Anta Maqsudi Wa Ridhoka Matlubi, A’tini Mahabbataka Wa Ma’rifataka” - [Arab] atau, • “Khudawanda! Maqsudi Man Tui Wa Ridhoi Tu, Mahabbat Wa Ma'rifati Khud Badih” - [Parsi] yang bermaksud, • “Ya Tuhanku! Maksudku hanyalah Engkau dan KeredhaanMu, Kurniakanlah Cinta dan Ma'rifat Mu” • Wuquf Qalbi dan Baz Gasht adalah di antara syarat-syarat Zikir. Jika berwudhuk sangatlah besar faedahnya namun ia bukanlah syarat. Begitu juga menahan nafas bukanlah syarat namun mengandungi rahsia dan faedah yang amat besar. 10. Pada waktu kelapangan samada dalam satu majlis atau majlis yang berbilang-bilang, hendaklah mengerjakan zikir ini sebanyak 2 ribu kali sehari semalam, lebih kurang dalam dua jam untuk dilakukan. 11. Begitulah ketika berjalan, berbaring, bangun dan duduk, samada berwudhuk ataupun tidak, setiap waktu dan keadaan hendaklah tetap tekun berzikir sehinggalah amalan zikir itu menjadi sifat yang lazim bagi hati. Semoga Allah Memberikan Taufiq.

“Allah Maha besar, Allah lebih mulia dari seluruh makhluk-Nya, Allah lebih mulia dari apa yang aku takuti, aku berindung kepada Allah yang tiada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Yang mengendalikan tujuh langit hingga tidak runtuh ke bumi kecuali denga izin-Nya dari kejahatan hamba-Mu fulan dan bala tentaranya serta pendukungpendukungnya dari golongan jin dan manusia. Ya Allah, jadilah pendampingku terjauhkan dari keburukan mereka, pujian terhadap-Mu amatlah agung,

Page 39: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 39

perlindungan-Mu amatlah besar, Maha suci nama-Mu dan tiada Tuhan yang berhak disembah selain diri-Mu” “Sesungguhnya diri kitalah kesaksian utama bagi-Nya. Tapi, seperti halnya kelelawar yang hanya bisa melihat pada malam hari dan tidak pada siang hari karena kelemahan penglihatannya, yang dibutakan oleh benderangnya sinar matahari, begitu pula fikiran manusia terlalu lemah untuk melihat keagungan Ilahi.” Al-Ghazali Segala puji bagi Zat Suci, Sumber, Sebab segala sesuatu, Maha Suci dari segala kekurangan, Maha Sempurna, Tertinggi di atas segalanya; lebih jauh daripada yang paling jauh, tetapi lebih dekat daripada yang paling dekat karena daya tembus cahaya-Nya yang luar biasa. Allah al-Bari’, Pencipta yang menciptakan dari noneksistensi (ketiadaan) menuju eksistensi segala sesuatu selain diri-Nya sendiri Yang Maha Kekal. Karena Dia – Pencipta segala sesuatu yang lain itu – Maha Kekal, maka segala yang eksistensinya bersifat mungkin dan menyandarkan wujudnya kepada-Nya juga akan kekal. Segala sesuatu yang eksistensinya bersifat mungkin hanya bergantung pada Allah untuk bereksistensi, karena Allah al-Bari’ (Pencipta) yang berada sebelum segala sesuatu yang lain. Praeksistensi-Nya tidak bergantung pada zaman dan kondisi seperti halnya eksistensi kita: misalnya, kita bisa menunda sesuatu hingga hari Kamis atau hingga Zayd datang. Tak dapat diragukan lagi bahwa tak ada sesuatu yang berada sebelum Dia. Yang Maha Pencipta secara mutlak tak mengalami perubahan. Semua makhluk adalah atas kehendak-Nya. Dia tidak akan menciptakan sesuatu yang tidak dikehendaki-Nya, atau menghendaki apa yang tidak dikehendaki-Nya. Anda tahu bahwa cahaya bersumber dari matahari, dan anda tahu bahwa matahari tidak diciptakan dari cahaya. Bagaimana mungkin anda meragukan bahwa Allah Yang menciptakan segala sesuatu. Maha Adil dan Maha Suci dari segala kekurangan dalam Penciptaan-Nya? Cahaya tetap bersinar, dan cahaya saling memantulkan satu sama lain. Apalah matahari menjadi berkurang? Apakah sinarnya memudar? Kebaikan dan rahmat Pencipta kita tidak mungkin habis atau berkurang. Kebaikan adalah mengerjakan yang harus dikerjakan tanpa mengharapkan imbalan. Yang Maha Esa dan Maha Kaya adalah Allah, karena Dia tidak mengharapkan imbalan dan tidak mempunyai keperluan, Dialah Cahaya Tertinggi yang tidak memerlukan selain diri-Nya sendiri karena kesempurnaan dan esensi-Nya. Dalam seluruh tindakan-Nya tak pernah ada rasa permusuhan dan prasangka. Esensi Wujud-Nya Yang Suci adalah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya. Kerajaan-Nya yang maha halus dan esensi segala sesuatu di dalamnya adalah milik-Nya. Esensi-Nya bukanlah untuk apa pun atau siapa pun. Orang tidak mungkin membayangkan alam eksistensi ini lebih sempurna daripadanya, karena zat-Nya Yang Maha Suci tidak mungkin berisi hal yang remeh dan tak bermakna. Tetapi, melalui cara yang tak pernah berakhir dan tak ada habis-habisnya. Dia menuntut yang lebih baik, dan yang terbaik. Ketika cahaya lebih terang daripada sinar yang

Page 40: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 40

dipantulkannya, maka mustahil bagi alam eksistensi untuk menjadi lebih sempurna daripada apa yang senyatanya. Ketika perilaku alam yang lebih tinggi bukanlah untuk alam yang lebih rendah, orang-orang yang masuk ke dalam golongan pertama – yang berada dalam kekuatan dan keagungan ilahiah yang melingkupi mereka, sinar sifat Ilahi dan cahaya keberadaan Allah – tidak menaruh kepedulian terhadap segala sesuatu yang lain; mereka bahkan tidak mempunyai daya untuk memerhatikan diri mereka sendiri. Mereka adalah cahaya murni, sehingga mereka mengetahui yang tersembunyi maupun yang nyata. Tak ada yang tersembunyi dari pengetahuan mereka. “Allah tersembunyi di dalam kekuasaan dan eksistensi-Nya yang tidak terbatas. Dia laksana cahaya yang membuat segalanya dapat dilihat, tetapi Cahaya-Nya itu sendiri menjadi hijab terhadap Cahaya-Nya. Yang tidak mempunyai batas tampaknya tidak memiliki bentuk, sehingga menjadi tak terlihat. Tetapi Dia nyata dalam segala sesuatu: apa pun yang kita lihat, segala suara yang kita dengar, segala sesuatu yang kita sentuh, segala sesuatu yang kita rasa. Segala hal yang kita fikirkan, segala sesuatu yang berada di luar dan di dalam diri kita adalah bukan Dia, namun berasal dari-Nya. Segala sesuatu merupakan bukti keberadaan-Nya.” Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah, Maha Bijaksana, Maha Pemberi Petunjuk, Pemberi Iman dan Harapan. Salawat dan salam semoga dilimpahkan kepada kekasih-Nya, Nabi Ummi. Muhammad s.a.w. yang telah disucikan-Nya dari segala pengetahuan yang palsu demi mengajarkannya kebenaran murni, dan kepada keluarga, para sahabat dan kaum Anshar, dan kepada orang-orang yang dicintainya, orang-orang yang mencintai, patuh, dan mengikuti jejaknya. Wahai Tuhan Pemelihara kami, kami beriman kepada-Mu dan kami beriman kepada kebenaran para rasul yang Engkau utus kepada kami. Kami mengetahui bahwa yang suci di kalangan hamba-hambaMu dan tingkatan spiritual yang mencapai cahaya dengan cahaya, bahkan juga orang-orang bodoh yang terkadang ingin mencapai cahaya, seraya meninggalkan cahaya demi kegelapan dan mengikuti jalan gelap menuju cahaya, menjadi pelajaran bagi orang bijak dan menerangi pemahaman mereka, dan menjadi sebab ketinggian derajat dan kedekatan mereka kepada Allah. Angin spiritual yang Engkau tiupkan kepada mereka membawa mereka kepada kedudukan tertinggi yang mereka kerjakan adalah mengagungkan Cahaya Wajah-Mu, membawa kitab suci, berpegang pada sayap para malaikat, memeluk cahaya, membawa mereka naik, dan berharap mencapai kedekatan dengan Allah melalui bantuan keadaan luar biasa dan istimewa ini. Mereka adalah orang-orang yang telah mencapai surga seraya tetap berada di dunia ini. Wahai Tuhan Yang Maha Esa, bangkitkanlah jiwa yang terkubur di dalam peraduan keterlenaan agar mengingat dan mengagungkan-Mu. Berikan kami karunia pengetahuan dan kesabaran yang seutuhnya. Sebab, pengetahuan dan

Page 41: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 41

kesabaranlah sumber segala kebajikan. Anugerahilah kami sikap rida terhadap apa yang telah ditakdirkan atas kami. Jadikanlah cahaya murni jiwa kami sebagai jalan kami dan jadikanlah saudara seiman sebagai sahabat kami. Hanya Engkaulah yang memberikan kebaikan kepada alam semesta melalui sifat baik dan sifat pemurah-Mu. Allah-lah sebaik-baik penolong. Mudah-mudahan salawat dan salam Allah dilimpahkan kepada Nabi-Nya Muhammad s.a.w yang suci. Beribadahlah kepada Tuhanmu sehingga datang kepadamu keyakinan (al-Hijr 15: 99) Sebutlah nama Tuhanmu dan beribadahlah kepada-Nya dengan penuh ketekunan. (al-Muzzammil 73:8) Katakanlah olehmu (hai Muhammad) bahwa semua (perbuatan) itu dari Allah. (an-Nisā’ 4:78) Wa thālibu ‘aynī ‘abdī Orang yang merindukan Aku adalah hamba-Ku yang sejati. Betapa menyedihkannya bagiku, aku sama sekali tidak tahu apa yang harus kulakukan.Tanpa daya, aku mengharapkan penyatuan. Wa Allāh bi kulli syai’in muhīth Allah Maha meliputi segala sesuatu Huw-al-awwalu wal-ākhiru wazh-zhāhiru wal-bāthinu Wa huwa bi kulli syai’in ‘alīm Dialah Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zahir dan Yang Batin Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu yang ada di relung hatiku. Bahkan kemudian daku mendambakan agar rahasia mūtū qabla an tamūtū, “Matilah sebelum kamu mati,” diungkapkan kepada diriku. Tak lama kemudian terdengar nasihat istafti qalbaka – “Tanyakan kepada hatimu,” kukatakan kepada hatiku untuk menunjuki aku. Dia berkata: “Selama ada jejakmu di dalam dirimu, engkau tidak akan mendengar seruan Tuhanmu irji‘ “Kembalilah kepada-Ku!”

Page 42: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 42

Janganlah engkau meninggalkan berzikir kerana tiada wujud kehadiranmu berserta AllÁh di dalamnya. Ini adalah kerana kelalaianmu di dalam tidak berzikir kepadaNya, adalah lebih buruk daripada kelalaianmu di dalam berzikir kepadaNya. Mungkin sahaja Dia akan menaikkanmu dari tahap berzikir disertai dengan kelalaian, ke tahap berzikir disertai dengan kesedaran (yakni dapat berzikir dengan tidak disertai sebarang kelalaian). Dan dari tahap berzikir disertai dengan kesedaran, ke tahap berzikir disertai dengan kehadiran (yakni merasakan kehadiran AllÁh). Dan dari tahap berzikir disertai dengan kehadiran, ke tahap berzikir di mana telah ghaib [daripada kewujudan] tiap sesuatu selain daripada yang dizikirkan (yakni selain AllÁh). [Mafhum “ Dan tiadalah yang demikian itu sukar bagi ALLAH” Surah IbrÁhÏm ayat 20.]

Hakikat Ruh

Memuja Allah untuk 40,000 tahun, mengatakan, Allahu zhul-Jalali wal-Ikram. (Allah, Pemilik Keperkasaan dan Kebaikan). Dia kemudian membaca lima kali, Shukran lillahi ta’ala (terima kasih kepada Allah, Maha Tinggi Dia), dan tersungkur dalam posisi sujud dihadapan Rabb-nya. Dia tetap bersujud seperti itu selama 100 tahun, mengatakan Subhanal-aliyyul-azhim, wa la yajhalu. (Maha Suci Rabb ku Maha Tinggi Maha Anggun, Yang Tidak Mengabaikan Apapun); Subhanal-halim allazhi la yu’ajjalu. (Maha Suci Rabb-ku Maha Toleran, Yang Tidak Tergesa-gesa); Subhanal-jawad allazhi la yabkhalu. (Maha Suci Rabb ku Maha Pemurah Yang Tidak bakhil).

Page 43: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 43

DOA NUR Pertama Rasulullah saw apabila bangun dari tidurnya, maka baginda berdoa dengan membaca:

Ya Allah, segala puji bagiMu. Engkaulah cahaya bagi sekelian langit dan bumi dan segala yang berada di dalamnya. Segala puji bagiMu Engkaulah yang menerangi langit dan bumi dan segala yang berada di dalamnya. Segala puji bagiMu engkaulah yang berkuasa bagi langit dan bumi dan segala yang berada di dalamnya. BagiMu segala puji tiada Tuhan melainkan Engkau. JanjiMu itu benar, pertemuan denganMu itu benar, syurga itu benar, para nabi utusanMu itu benar dan Nabi Muhammad saw itu benar. Kedua

Ya Allah, Engkaulah cahaya. Engkau telah menerangi langit dan bumi dengan cahaya petunjukMu dengan ghaib pada zat mereka atas ketauhidan kepadaMu dan pengenalan padaMu. Maka Engkaulah cahaya yang nyata, Yang memberi petunjuk, Yang Gagah lagi Perkasa. CahayaMu tiada yang dapat menyerupai pada sekelian alam. Zat kewujudanMu itu tetap dan tiada sesuatu yang dapat menyerupai dan bersekutu denganMu.

Page 44: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 44

Ketiga

Ya Allah, terangilah diriku dengan cahaya sifatMu yang terang benderang, dan dengan zatMu yang suci dari segala penyucian, yang terpelihara, yang bebas dari segala penyerupaan, dan keluasan ilmuMu yang maha meliputi segala sesuatu dan kewujudan. Zahirkanlah pada hatiku dari cahayaMu yang melenyapkan dengannya segala mata kegelapan alam ini dan cahaya yang melenyapkan dariku hijab-hijab kemanusiaan, dan menghilangkan dariku segala kehendak-kehendak kemanusiaan untuk mefana’kan diriku pada diriMu dan bagi mendapatkan cahaya petunjukMu. Sesungguhnya Engkaulah Allah Tuhan yang Bercahaya, terangilah diriku dengan cahayaMu wahai Cahaya. Keempat

Ya Allah, terangilah daku dengan cahayaMu.Ya Allah, wujudkanlah cahaya pada hatiku, pada anggotaku, pada darahku, pada tulangku, pada rambutku, pada jasadku, dan cahaya pada kananku, cahaya pada kiriku, cahaya dari bawahku, cahaya dari atasku yang meliputi diriku wahai Cahaya dari sekelian cahaya.

Page 45: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 45

Ketika Dia memberi kepadamu, Dia telah mempersaksikan kepadamu belas kasihNya. Dan ketika Dia menahan daripadamu,Dia telah mempersaksikan kepadamu keperkasaanNya. Dan Dialah yang telah memperkenalkan diriNya kepadamu pada setiap perkara itu, dan Dialah yang telah mendekatimu (atau Dialah yang telah menghadapkan diriNya kepadamu) dengan kelembutanNya ke atasmu.

Kemaksiatan yang mewariskan rasa hina dan iftiqÁr (rasa sangat memerlukan kepada AllÁh), adalah lebih baik daripada ketaatan yang mewariskan rasa mulia dan istikbÁr (rasa besar diri). Zahid itu ialah urusan hati yang tiada boleh dicampur adukkan dengan urusan jasmani. Sebab itu ‘ulama mengatakan “Zahid olehmu akan dunia ini dengan menghilangkan tumpuan hati kepada kebendaan” Tiada bererti tiada ada harta barulah dinamakan Zahid kerana Nabi Allah Sulaiman bin Daud Alaihi-mussalam adalah sebagai manusia diatas muka bumi ini tetapi ia adalah antara Zahid dan Muzahidnya. Zahid adalah sebesar-besar jalan untuk menyampaikan hati seseorang itu kepada Musyahadah akan Allah Ta`ala, sesiapa yang tiada Zahid di dunia ini, ia adalah orang yang dianggapkan seperti orang yang mabuk atau orang yang dikaramkan dilautan dan dia tiada dapat berjalan dengan betul dan tiada selamat daripada tenggelam dengan tercengang ia berkata “manakah jalan yang betul, dan manakah kapal yang dapat memberi pertolongan ini?”. Zahid mempunyai beberapa syarat dan tanda iaitu: a. Bersedia memaaf kepada manusia yang berlaku kasar terhadapnya lantaran mereka tiada mengetahui akan hukum Syara’. b. Tiada menyakiti mereka dan tiada juga mencela di atas kejahilan mereka itu. c. Putus harap yakni tiada berharap kepada pemberian manusia atau dengan lain perkataan ialah tiada mengharapkan ihsan (belas kasihan) dari orang lain.

Page 46: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 46

d. Murah yakni selalu menderma dan selalu memberi pertolongan dengan apa saja yang ada padanya seperti harta benda, tenaga, fikiran dan sebagainya. Ikhlas ertinya Kebersihan Hati. Ia juga menjadi salah satu daripada rukun yang paling besar daripada segala kerja yang bersangkut paut dengan hati bagi segala jenis ibadat samada zahir ataupun batin adalah berpusing di sekitarnya. Ia juga sebagai hakim bagi menentukan amalan itu diterima ataupun tiada diterima. Pernah suatu ketika Abu Zar r.a. bertanya kepada Rasullullah S.A.W. tentang ikhlas lalu beliau menjawab “sabarlah, nanti saya akan bertanya kepada Jibril a.s. apa itu ikhlas,” kemudian Jibril a.s. menjawab nanti dia akan bertanya kepada Mikail a.s. dahulu, lalu Jibril a.s. bertanya kepada Mikail a.s., maka Mikail a.s. menjawab pula nanti ia akan bertanya sendiri kepada Allah Ta`ala tentang perkara tersebut, lalu Mikail a.s. bertanya kepada Allah Ta`ala dan Allah Ta`ala berfirman dengan mafhumnya “ikhlas adalah satu rahsia daripada beberapa rahsiaKu dan Aku berikan kepada sesiapa yang Aku mahu!”. Maka dari sini tahulah kita bahawa ikhlas ini tiada dapat dicapai melainkan berbanyak-banyak berdoa kepada Allah Ta`ala dengan meminta supaya dikurniakan kepada kita di samping menunaikan syarat-syarat untuk mencapainya seperti melazimkan bersedekah dengan bersunyi-sunyi tiada di hadapan khalayak ramai, begitu juga dengan solat sunat dan lain-lain lagi. Fudhail bin ‘Iyadh pernah berkata “beramal kerana manusia adalah syirik dan beramal kerananya juga adalah riya’. Sementara ikhlas pula ialah beramal ataupun tiada adalah semata-mata suruhan Allah Ta`ala dan perintah Allah Ta`ala dan hanya kerana Allah Ta`ala”. Uzlah hati ialah sentiasa merenung lemah lembut kepada Allah Ta`ala pada setiap masa dan tempat. Manusia jenis ini jika kita lihat pada zahirnya bersama-sama manusia yang lain pada suatu perkara yang berkaitan dengannya serta perkara yang tidak berkaitan dengannya.Tiada ada sebenar- nya pada hakikat orang ini ianya sedang beruzlah dan inilah darjat uzlah yang paling baik dan bagus sekali. Sekiranya uzlah ini kita telah memasukinya, maka pasti benar kita akan dibawa ke hadrat Allah Ta`ala dan disana kita akan dapat menikmati Mukasyafah dan Musyahadah Uluhiyah dan Rububiyah.

Page 47: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 47

Hifzul Auqaat Iaitu Menjaga Masa. Sekiranya kita solat maka solatlah kerana Alah Ta`ala. Sekiranya berehat untuk memberi keringanan kepada tubuh badan kita supaya dapat beribadat kepada Allah Ta`ala. Sekiranya kita bekerja, maka pekerjaan itu bukan untuk mencari kemewahan dan kemegahan tetapi untuk menunaikan perintah Allah Ta`ala dengan mencari hak-hak saraan kehidupan sepertimana yang diamanahkan oleh Allah Ta`ala. Hasilnya ialah kesemua daripada Allah Ta`ala, kepada Allah Ta`ala, dengan Allah Ta`ala dan kerana Allah Ta`ala. Hanya yang perlu kita niat “aku melakukan pekerjaan ini kerana Allah Ta`ala sebagaimana yang diamanahkan kepada aku semata-mata atau yang difardhukan keatas diri aku”. Akan tetapi perlulah diingatkan bahawa pekerjaan dan perkataan yang diiktibarkan sebagai ibadat itu ialah selama-lamanya ianya tiada bercanggah dengan Syariat Allah Ta`ala. Surah Thoha Ayat 32 berbunyi:

Mafhumnya: “Dan perintahkanlah keluarga kamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun dan bersabar dalam menunaikannya. Kami tiada meminta rezeki darimu bahkan kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan ingatlah kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”. ‘Ya Allah, kami adalah milikMu, kami adalah makhlukMu, kami tidak ada daya dan upaya untuk menghindarkan diri dari perbuatan sangkaan buruk terhadapMu. Kami sangat lemah dan kami tidak mempunyai kekuatan. Maka dengan itu wahai Tuhan kami, kami bersandar pada Engkau yang Maha Kuasa dan kami bersandar kepadaMu yang Maha Gagah. Lindungilah diri-diri kami daripada segala perbuatan keji dan hina samada sedar atau tidak kerana Engkaulah tempat sebaik-baiknya untuk kami berlindung didalam pelukkanMu yang Maha Pengasih dan Lagi MahaPenyayang. Ya Allah kurniailah selawat, salam dan kesejahteraan kepada Nabi dan RasulMu,

Page 48: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 48

Muhammad saw, kepada Ahlul Baitnya juga kepada para Sahabatnya. Amin Ya Rabbal Alamin’. Untuk berada didalam lingkungan orang-orang yang selamat di dunia dan di akhirat hendaklah sentiasa bergantung dan bersandar hanya padaNya dengan tidak meminta sesuatupun yang ada ditangan manusia (makhlukNya) kerana Allahlah Yang Maha Pemberi dan sepatutnya dan selayaknya bermohon kepadaNya, bukan selain daripadaNya. Itulah Tauhid! Untuk sentiasa bersangka baik terhadap Tuhan, marilah sama-sama kita menyelam pada lautan KeTauhidan (ingat, bila menyelam, jangan dalam sangat, ditakuti mati lemas atau kehabisan oksigen di dalam tangki kerana asyik melihat PERBENDARAHANNYA YANG SANGAT LUAS untuk mengambil Permata-Permata sebagai lampu suluh sebagai penyuluh jalan pada diri supaya tidak tersesat atau termasuk dalam longkang yang busuk lagi dalam dan dalam keadaan gelap pekat, untuk menuju kepadaNya. Mari kita ambil permata-permata yang berada didalam lautan KeTauhidanNya seperti berikut: 1. Membantu – Al Latif; 2. Mencukupkan – Al Wahhab; Al Karim; Al Wakil; Al Bassith; 3. Memelihara – Al Waliy; 4. Melindungi – Al Mukmin; Al Hafiz; 5. Tidak Membiarkan Sendirian – Al Muhaimin; Inilah permata-permata yang sempat dikutip dalam lautan keTauhidanNya yang Luas dengan keizinanNya. Oleh kerana terbatasnya oksigen dan terlalu dalam lautanNya, oleh kelemahan yang ada pada diri, Alhamdulillah cukuplah kiranya lima (5) permata itu sebagai pedoman buat diri dan yang terbesar pemberianNya adalah anak kunci bagi membuka peti-peti yang berisi permata tersebut. Tanpa anak kunci tersebut bagaimana cara untuk peroleh permata tersebut? Alhamdulillah. Anak kunci bagi peti-peti permata tersebut ialah: 6. Keyakinan – Zahir dan Batin! Mari sama-sama membuka dan melihat peti yang berisi permata yang pertama; Bismillahirahmannirrahim! Senyumlah sikit, jangan cemas! 1. Peti Pertama (1): NamaNya, Al Latif dan Sifat Al Latif adalah perbuatanNya, Yang mengetahui segala perkara walaupun yang sehalus-halusnya dan sangat kasihan terhadap segala makhlukNya. Maka dengan itu hendaknya kamu jangan sekali-kali khawatir, cemas dan bersangka buruk terhadap Allah Taala kerana Dia sentiasa membantu urusan kamu (makhlukNya) di dunia ini dan sentiasa Berlaku Maha Lembut pada sekelian makhluknya. 2. Peti Kedua (2): Peti ini mempunyai beberapa NamaNya yang Agung seperti Al Baasith dan Sifat Al Baasith adalah perbuatanNya, Yang melapangkan kehidupan atau menambahkan rezeki seseorang yang Dia kehendaki. Al Karim dan Sifat Al Karim adalah perbuatanNya, Yang amat pemurah, sehingga Dia memberikan segala keperluan kepada

Page 49: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 49

makhluk-makhukNya tanpa diminta dan diberikan tanpa wasilah, tanpa perantara. Ingat: kaki, tangan dan semua alat jasmani dan lain-lain keperluan hidup yang didapati tanpa meminta dan berikhtiar untuk mendapatkannya. Al Wahhaab dan Sifat Al Wahhaab adalah perbuatanNya, Yang amat banyak dan tidak terhingga pemberianNya, mudah memberi apabila diminta. Al Wakiil dan Sifat Al Wakiil adalah perbuatanNya, Yang melaksanakan segala urusan makhlukNya. Maka dengan itu hendaknya kamu jangan sekali-kali khawatir, cemas dan bersangka buruk terhadap Allah Taala kerana Dia sentiasa mencukupkan urusan kamu (makhlukNya) di dunia ini. 3. Peti Ketiga (3): Al Waliy dan Sifat Al Waliy adalah perbuatanNya, Yang menolong atau Yang mengendalikan seluruh urusan makhlukNya. Maka dengan itu hendaknya kamu jangan sekali-kali khawatir, cemas dan bersangka buruk terhadap Allah Taala kerana Dia sentiasa memelihara kamu (makhlukNya) di dunia ini. 4. Peti Keempat (4): Al Hafiz dan Sifat Al Hafiz adalah perbuatanNya, Yang memelihara atau melindungi segala makhlukNya dari segala bahaya atau kecelakaan. Maka dengan itu hendaknya kamu jangan sekali-kali khawatir, cemas dan bersangka buruk terhadap Allah Taala kerana Dia sentiasa melindungi kamu (makhlukNya) di dunia ini. 5. Peti Kelima (5): Al Muhaimin dan Sifat Al Muhaimin adalah perbuatanNya, Yang memerhatikan semua makhlukNya dengan pengamatan yang teliti. Tanpa pemerhatianNya mustahil makhluk dan alam ini akan selamat. Maka dengan itu hendaknya kamu jangan sekali-kali khawatir, cemas dan bersangka buruk terhadap Allah Taala kerana Dia tidak akan membiarkan kamu (makhlukNya) sendirian di dunia ini. Itulah dia kelima peti-peti yang berisi permata dariNya. Seperti yang disebutkan diatas, terlalu amat banyak peti-peti permata yang tidak dapat diambil oleh kerana terbatasnya kekuatan kita sebagai hamba dan makhlukNya. Kunci bagi pengamatan dan pengamalan adalah ‘KEYAKINAN’ atau ‘BERIMAN’. Tanpa keyakinan kepada sifat-sifat Allah Taala yang telah dijelaskan maka itu menandakan seseorang itu tidak berkeyakinan atas Sifat-Sifat Allah. Lupakah kamu, bahwa Allah telah memberitahu kita tentang ZatNya yang Maha Besar itu, melalui RasulNya saw dan AlQuran? Adakah kamu lupa atau tidak menyakini akan sifat-sifatNya oleh kerana tidak dapat apa yang dihajati? Adakah itu ‘BERIMAN’ namanya?

Kami serahkan jawapan pada diri masing-masing!

Semoga Allah menganugerahkan hidayahNya kepadamu. Entah dunia ini kekal dalam waktu atau tidak, dan entah rantai kemaujudan dan berujung atau tidak, semua kemaujudan itu faqîr (bergantung kepada sesuatu yang lain) karena mereka bukannya ada dengan sendirinya.Jika kau amati segenap rantai-tak-berujung kemaujudan dengan

Page 50: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 50

cahaya akal, kamu akan mendengar jeritan keberkehendakan dan kebergantungan (esensial)—untuk adanya mereka maupun penyempurnaan mereka. Mereka mengakui kebergantungan (mereka) kepada Yang Ada Dengan Sendirinya (dan) Yang Kesempurnaan-Nya adalah Milik-Nya Sendiri. Jika dengan suara akal engkau berbicara kepada rantai kemaujudan yang (secara esensial) bergantung itu, dan bertanya kepada mereka:”Wahai kemaujudan yang faqîr, siapakah gerangan yang mampu memuasi keperluanmu?” maka mereka seluruhnya akan secara serempak menjerit dengan lisan fitrah mereka, “Kami memerlukan akan suatu Wujud yang tak bersifat faqîr seperti kami, dalam hal keberadaannya maupun kesempurnaannya.” Bahkan, lebih dari itu, fitrah mereka pun (sebenarnya) bukan milik mereka: Fitrah Allah yang atasnya Dia menciptakan manusia. Tak sekali-kali ada perubahan dalam (alam) ciptaan Allah. (QS Al-Rûm [30]: Fitrah tauhid adalah dari Allah, dan apa saja yang dalam-dirinya bersifat bergantung (al-faqîr bi al-dzat) tak akan bisa menjadi serba mencukupi-diri (ghani bi al-dhat). Perubahan seperti itu adalah sesuatu yang mustahil. Dan, karena mereka (secara esensial) bergantung dan memerlukan, tak ada—kecuali Dia Yang Mencukupi-Diri—yang dapat mengatasi keperluan dan kepapaan mereka. Karena kepapaan ini bersifat esensial bagi mereka dan tak akan pernah bisa di atasi—entah rantai (kemaujudan) ini memiliki awal (abadi) dan kekal atau tidak. Dan, tak ada sesuatu pun selain-Nya yang dapat memuaskan keperluan mereka. (Karenanya) apa pun yang memiliki keindahan dan kesempurnaan, kedua sifat itu bukanlah miliknya, melainkan pengejawantahan Kesempurnaan dan Keindahan-Nya. ...dan kalian tidak melempar ketika kalian melempar, tetapi Allahlah yang melempar. (QS Al-Anfâl [8]: 17) Hal ini benar berkenaan dengan semua tindakan, ucapan, dan perbuatan. Seseorang yang menangkap fakta ini dan memahami (secara intuitif) kebenaran ini tak akan terikat dengan siapa pun kecuali Dia dan tak akan meminta apa-apa dari siapa pun kecuali Dia. Cobalah menyelam ke dalam kilatan Ilahi ini dalam kesendirianmu dan bisikkan ke dalam telinga sang bayi yang ada di hatimu. Ulang-ulangilah hingga dia membuka lisannya untuk berbicara serta sinarnya menerangi wilayah jasadi (mulki) dan nirbendawi (malakut) kemaujudanmu. Ikatkan dirimu kepada Yang Mencukupi-Diri Secara Mutlak agar engkau dapat mencampakkan apa-apa yang selain-Nya. Kejarlah kemenangan persatuan (wushul) dengan-Nya agar Ia membebaskanmu dari apa saja termasuk dirimu sendiri, (dan kemudian Ia) menerimamu dalam hadirat-Nya, serta mengizinkanmu untuk masuk (ke dalamnya). Anakku yang kukasihi, Dia, Subhânahu wa Ta‘âlâ (Yang Mahasuci dan Tinggi), adalah Yang Pertama dan Terakhir, Yang Lahir (Tampak) dan Batin (Tersembunyi). (Persis seperti firmanNya): Dia Yang Pertama dan Terakhir, Yang Lahir dan Yang Batin. (QS Al-Hadîd [57]: 3) (Dalam sebuah doa diungkapkan): “Adakah mungkin bagi yang selain-Mu memiliki penampakan yang Kau tak miliki sehingga ia dapat menampakkan-Mu. Bila kiranya Kau telah tersembunyi sedemikian sehingga Kau mungkin memerlukan sesuatu untuk mengungkapkan-Mu? Dan bila Kau pernah menjauh sehingga menjadi mungkin untuk mencapai-Mu lewat jejak-jejak-Mu (yakni, ciptaan-ciptaan-Mu)? Butalah mata yang tak menampak-Mu sebagai (bersifat) mengawasi-diri.” (Atau seperti kata Furuqi Busthami): “Kau tak pernah tak hadir sehingga aku perlu mau bertemu dengan-Mu. Tak pula Kau tersembunyi sehingga kuharus mencari-Mu.” Dialah Yang Menampakkan-Diri dan apa saja yang menampakkan-diri adalah penampakan-Nya. (Sesungguhnya) diri kita sendirilah (yang menjadi) hijab, egoisme, dan ego kitalah yang menghalangi pandangan kita. (Inilah keluhan Hafiz): “Kaulah hijab-mu sendiri, wahai Hafiz, singkirkan dirimu.” Aku memohon pertolongan kepada Allah, Subhânahu wa Ta‘âlâ, dan memohon kepada-Nya dengan sungguh dan penuh seluruh untuk membebaskanku dari penutup-penutup-mataku ini. (Seperti terungkap dalam sebuah doa yang lain): “Ilâhî, anugerahilah daku kepasrahan-total kepada-Mu, dan sinari mata-mata-hatiku dengan pancaran penglihatan kepada-Mu,

Page 51: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 51

hingga mata-mata-hati itu mengorak hijab-hijab (yang menutupi) cahaya itu dan mencapai sumber Keagungan-(Mu), dan (jadikan) ruhruh kami terpancang dalam ambang Kesucian-Mu. Ilâhî, jadikan aku termasuk yang menyahut tatkala Kau memanggil mereka, dan yang ketika Kau menatap mereka, mereka pingsan (akibat terfana) oleh Kedahsyatan-Mu.” Anakku, kita masih (terjebak) dalam perangkap hijab-hijab (yang menutupi) kegelapan, dan di baliknya adalah hijab-hijab (yang menutupi) cahaya. Dan kita, yang matanya masih tertutup, terperangkap di dinding jurang! Anakku, jika kau bukan seorang pengembara di dunia ruhani, setidaknya berupayalah untuk tak menyangkali maqam-maqam keruhanian dan ‘irfani. Karena, salah satu dari tipuan terbesar setan dan diribadani, yang mengalangi manusia dari meraih berbagai maqam kemanusiaan dan keruhanian adalah mendorong-dorong manusia untuk menyangkali atau bahkan melecehkan pelancongan ruhaniah menuju Allah. Hal ini akan menyeret manusia untuk menafikannya. Sebagai akibatnya, matilah (potensi keruhanian kita) sebelum ia sempat tumbuh dan berkembang. Padahal, inilah tujuan semua nabi-besar (‘alayhimus-salam), para wali yang mulia, dan semua kitab samawi, khususnya Al-Quran yang abadi. Al-Quran, kitab (mengenai) ma’rifat (kepada) Allah dan pelancongan spiritual menuju-Nya, telah jatuh dalam pengabaian dan disalahtafsiri oleh sahabat-sahabat yang jahil akan arah (yang dituju)-nya. Ia menjadi korban pandangan-pandangan yang menyesatkan dan pendapat-pendapat subjektif—yang sesungguhnya dengan tegas dilarang oleh para Imam (‘alayhimus-salam)—sedemikian rupa sehingga setiap orang menafsirkannya secara semaunya sendiri. Kitab yang agung ini diturunkan dalam suatu lingkungan yang paling gelap dan pada suatu masa yang di dalamnya hidup orang-orang yang paling terbelakang. (Akan tetapi) Ia diwahyukan pada hati-ilahi milik seseorang yang hidup dalam masyarakat yang sama. Di dalamnya, terdapat kebenaran-kebenaran dan ajaran-ajaran yang tak pernah didapati sebelumnya di dunia pada masa itu, apalagi di lingkungan tempatnya diturunkan. Inilah mukjizat terbesar dan terluhur. Ia mengandung perkara-perkara ‘irfani yang tak pernah didapati dalam karya-karya Plato dan Aristoteles—yang dianggap sebagai filosof-filosof terbesar masa itu. Bahkan, para filosof Muslim, yang belajar dalam buaian Al-Quran suci dan (merasa) mengambil darinya, cenderung mengabaikan ayat-ayat yang secara tersurat menegaskan sifat-hidup seluruh kemaujudan di dunia. Dan, para ‘arif besar Islam, yang meneguhkan pernyataan-pernyataan seperti ini, mereka-(lah) yang telah menyerap dari Al-Quran. Tak ada kitab lain yang mengandung jenis perkara-perkara mistikal seperti yang terkandung dalam Al-Quran. Inilah mukjizat-mukjizat Rasul yang mulia, yang menghubungkan-diri dengan Sumber Wahyu sehingga sumber itu menyampaikan kepadanya rahasia-rahasia kemaujudan. Dia jugalah yang, tegak di puncak kesempurnaan manusia, menampakkan hakikat-hakikat itu dengan terang-benderang tanpa hijab yang mengalangi. Pada saat yang sama, Ia hadir di seluruh dimensi kemanusiaan dan tahap-tahap kemaujudan, dan merupakan pengejawantahan tertinggi dari:“Dia Yang Pertama dan Terakhir, Yang Lahir dan Yang Batin.”

Page 52: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 52

Page 53: Doa penyejuk ji wa

PENYEJUK JIWA PENAWAR QALBU

ABR (Ya Allah Ya Salam kami kembali kepadaMU kembali kepadaMu kembali kepadaMU) 53

Semoga dengan doa di atas dapat kita muhasabahkan diri kerana perjalanan di dunia yang teramat singkat entah setahun, sebulan, sejam, seminit, sesaat atau sedetik hanya sanya Allah Azza Wajalla Maha Mengetahui dan Maha Menentukan.Kita hendaklah berikhtiar sungguh untuk menafaatkan setiap hela nafas dengan zikrullah kerana DIA tujuan sebenar kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat. Agar dengan himpunan secebis ilmu di dalam “Penyejuk Jiwa Penawar Qalbu” memberi kesan pada diri kita memantapkan keyakinan bahawa kita pasti bertemu Rabb yang tiada selainNYA melainkan DIA AL_HAQQ. Akhir kalam ucapkan Sholawat atas junjungan Nabi Pembuka dan Penutup Zaman.