k a n d u n g a n -...
TRANSCRIPT
PENGENALAN 2Apakah kecekapan tenaga? 2Mengapakah anda perlu menggunakanelektrik dengan cekap? 2
BIL ELEKTRIK BULANAN ANDA 3Penggunaan elektrik di rumah anda 4Berapakah kos penggunaan peralatan elektrik anda? 4Formula untuk menentukan kos penggunaanperalatan elektrik 5Cara mengurangkan bil elektrik 7Mengaudit penggunaan tenaga bagi rumah anda 7
MEMBELI PERALATAN ELEKTRIKYANG CEKAP TENAGA 11Label tenaga 13Prestasi tenaga peralatan elektrik 15
PENGGUNAAN PERALATAN ELEKTRIKDENGAN BERHEMAH 16Tip Penjimatan Tenaga :• Ruang dapur 17• Peti sejuk dan penyejuk beku 17• Cerek 20• Ketuhar dan ketuhar gelombang mikro 20• Hud dapur 22• Tempat membasuh dan bilik air 23• Seterika 26• Ruang tamu 27• Hiburan di rumah 31• Komputer 32• Lampu 34
K A N D U N G A N
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah2
PENGENALAN
Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang digunakan di rumah.Anda seharusnya terus menikmati manfaat daripada peralatanelektrik dengan tidak menggunakan lebih banyak tenaga daripadayang sepatutnya. Penggunaan tenaga elektrik secara cekap dapatmenjimatkan wang serta dapat membantu memelihara alam sekitar.
Adakah anda inginkan bil elektrik yang rendah dan menyumbangkepada pemeliharaan alam sekitar? Anda akan dapat mengurangkansehingga 10% penggunaan elektrik tanpa menjejaskan tahapkeselesaan hidup anda.
APAKAH KECEKAPAN TENAGA?
Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna anda menggunakan tenagaelektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama dirumah atau di tempat kerja. Ini juga bermakna anda akan dapatmengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di sampingmenikmati kemudahan yang sama!
Mengapakah anda perlu menggunakan elektrik dengan cekap?
a) Untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil (gas danarang batu) yang:• bekalannya semakin susut• kos yang semakin tinggi• menghasilkan gas-gas berbahaya yang boleh membawa kesanburuk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar,
b) Untuk memelihara alam sekitar yang merupakan satu-satunyawarisan kita untuk generasi akan datang; dan
c) Untuk mengurangkan perbelanjaan isirumah.
Anda akan dapat mengurangkan sehingga10% penggunaan elektrik tanpa
menjejaskan tahap keselesaan hidup anda.
Penggunaan elektrik dengan cekapadalah amalan kita
*Kapten EE : Maskot untuk Kempen KecekapanTenaga
Bil
AndaElektrik
Bulanan
3
Kecekapan tenaga (elektrik)bermakna anda menggunakantenaga elektrik yang kurang
untuk menyempurnakan kerjayang sama di rumah atau di
tempat kerja.
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah4
Penggunaan Elektrik Di Rumah Anda
Ruang dapur merupakan tempat penggunaan utama elektrik dirumah iaitu lebih kurang 45% dari jumlah keseluruhan seperti diJadual 1.
Pada kadar biasa anggaran bil elektrik bulanan bagi satu keluargayang menetap di rumah kos rendah ialah RM80, rumah kos sederhanaRM170 dan rumah banglo RM450.
Berapakah Kos Penggunaan Peralatan Elektrik Anda?
Adakah anda mengetahui jumlah tenaga yang digunakan oleh setiapperalatan elektrik di rumah anda? Anda boleh mengaudit sendiripenggunaan tenaga dan mengawal penggunaannya bagimenjimatkan penggunaan elektrik.
Jadual berikut menunjukkan purata penggunaan elektrik bulananbagi sebuah keluarga dengan 5 orang ahli di rumah kos rendah,sederhana dan banglo.
Penggunaan elektrik di sesebuah rumah sangat bergantung pada saizkeluarga, gaya hidup, bilangan serta umur peralatan elektrik dantempoh penggunaannya. Anda boleh mengira anggaran kos elektrik
Sumber : CETREE, Panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, Februari 2006
Jadual 1: Kos Penggunaan Elektrik Di rumah Untuk Sebulan
Jenis Kediaman Rumah kos rendah Rumah kos sederhana Banglo
Kos/Peratusan RM % RM % RM %
Dapur 36.00 45 64.98 38 181.60 40
Ruang tamu 24.00 30 54.72 32 177.06 39
Kawasan basuhan/
bilik mandi 11.20 14 30.78 18 72.64 16
Lain-lain 8.80 11 20.52 12 22.70 5
JUMLAH 80.00 100 171.00 100 454.00 100
5
Penggunaan elektrikdi sesebuah rumahsangat bergantungpada saiz keluarga,tabiat hidup, bilanganserta jangka hayatperalatan elektrik dantempohpenggunaannya.
bagi setiap peralatan elektrik yang berbeza sekiranya andamengetahui 3 perkara berikut:
i. kuasa dan kecekapan peralatan tersebut (kebiasaannya tertera diplat logam atau tertulis pada peralatan )
ii. bilangan jam penggunaan peralatan elektrik dalam sehari.
iii. kadar tarif per kWj bagi bekalan elektrik.
Formula untuk menentukan kos penggunaan peralatan elektrik:
Pertama, kira jumlah penggunaan tenaga dalam unit kWj;
kWj = Kuasa (unit Watt) x Bilangan jam penggunaan (unit jam)1000
kWj – unit pengukuran penggunaan elektrikk – 1000W = 1kWW – watt, iaitu unit bagi pengukuran kuasaj – bilangan jam
Kedua, kira kos tenaga;
Kos tenaga = Tenaga (unit kWj) x Kadar tarif elektrik (unit RM/kWj)
Contoh
Sebiji mentol pijar berkuasa 60 W digunakan di kawasan letak keretadi rumah dihidupkan dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam.Pertama, kira jumlah penggunaan tenaga dalam unit kWj:
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah6
Sumber: Tenaga Nasional Berhad, 1 March 2009
Jadual 2: Tarif Elektrik TNB Bagi Kediaman
Kos penggunaan mentol pijar dalam sebulan ialah:
Pertama, kira jumlah penggunaan tenaga dalam unit kWj untuksebulan : (anggaran hari adalah 30 hari);
12 jam x 30 hari = 360 jam
Penggunaan tenaga dalam sebulan dalam unit kWj:
60 W x 360h = 21.6kWh1000
Maka kos penggunaan mentol pijar untuk sebulan ialah;
21.6 kWj x RM 0.218 = RM 4.71
Nota: Pengiraaan adalah berdasarkan jadual 2 di bawah.
Kategory Tarif Unit Kadar
1. Tarif A - Tarif Kediaman
Bagi jumlah penggunaan di antara 0-400kWj
200 kWj pertama (1-200 kWj) sebulan sen/kWh 21.8
200 kWj berikutnya (201-400 kWj) sebulan sen/kWh 33.4
Caj mimimum bulanan ialah RM3.00
Bagi jumlah penggunaan melebihi 400kWj
500 kWj pertama (1-500 kWj) sebulan sen/kWh 28.6
100 kWj berikutnya (501-600 kWj) sebulan sen/kWh 37.8
100 kWj berikutnya (601-700 kWj) sebulan sen/kWh 38.7
100 kWj berikutnya (701-800 kWj) sebulan sen/kWh 39.7
100 kWj berikutnya (801-900 kWj) sebulan sen/kWh 41.7
Setiap kWj berikutnya (901 kWj) sebulan sen/kWh 44.6
Caj mimimum bulanan ialah RM3.00
Bil elektrik bulanankebiasaannya akanbertambah mengikutperedaran masadisebabkan olehpenggunaan yangmeningkat.
7
Bil elektrik bulanan kebiasaannya akan bertambah mengikutperedaran masa disebabkan oleh penggunaan yang meningkat.Peningkatan penggunaan elektrik boleh disebabkan oleh :
• penambahan bilangan peralatan elektrik yang baru;
• bertambahnya tempoh penggunaan peralatan elektrik;
• penggunaan peralatan elektrik tambahan seperti lampuhiasan dan lain-lain semasa musim perayaan;
• penggantian peralatan elektrik lama berkuasa kecil denganperalatan elektrik baru berkuasa besar selaras dengankeluarga yang membesar; dan
• peralatan elektrik yang kurang cekap contohnya peti sejukyang mengalami kerosakan pada termostatnya, kekurangangas penyejuk atau kerosakan pada getah perekat pintunyayang akan menyebabkan peti sejuk terpaksa beroperasi untukjangka masa yang lama dan membazirkan elektrik.
Cara Mengurangkan Bil Elektrik
Pelbagai cara boleh anda lakukan bagi meningkatkan kecekapanpenggunaan elektrik di rumah kerana penggunaan berhemah dancekap akan menjimatkan tenaga, wang dan membantu memeliharaalam sekitar. Salah satu cara utama ialah dengan menganalisapenggunaan elektrik dan mengenal pasti peralatan elektrik yangboleh dikawal atau digunakan dengan cekap. Anda boleh lakukansendiri audit tenaga di rumah anda.
Mengaudit Penggunaan Tenaga Bagi Rumah Anda
Senarai semakan bagi mengaudit penggunaan tenaga dan mengenalpasti tempat penggunaan tenaga adalah seperti Jadual 3.
Tip on smart use of energy to save money at home
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah8
Jadual 3: Tip Penjimatan Tenaga Untuk Peralatan Rumah
PETI SEJUK
Perkara Tindakan anda
1. Kedudukan • Peti sejuk tidak harus diletakkan ditempat yang terlalu panas, contohnyaterdedah pada sinaran matahari atauberhampiran dengan dapur memasak.
• Sediakan ruang yang secukupnya disekeliling peti sejuk untuk pengaliranudara.
2. Suhu • Periksa suhu penyejuk bekua suhu perlu dilaraskan mengikut
muatan peti sejuka suhu yang sesuai ialah -18°Ca laraskan termostat mengikut
keperluan
• Periksa suhu peti sejuka suhu yang sesuai ialah 5°C di bahagian
yang paling sejuka laraskan termostat mengikut
keperluan
3. Perekat pintu • Untuk memastikan perekat pintuberfungsi dengan baik:a letakkan sekeping kertas di antara
perekat dengan pintu peti sejuka tutup pintu dan tarik kertas perlahan-
lahana jika kertas mudah ditarik ke luar,
bermakna perekat pintu mengalamikerosakan dan perlu diganti
Sila rujuk Jadual 11 di hujung buku untuk contoh pengauditanpenggunaan tenaga elektrik di rumah. Gunakan Jadual 12 untukmengaudit penggunaan tenaga elektrik di rumah anda.
9
Peti sejuk tidak harusdiletakkan di tempatyang terlalu panas,contohnya terdedahpada sinaran matahariatau berhampirandengan dapur memasak.
4. Fros • Jika peti sejuk tersebut bukan modelbebas fros:a periksa fros di dalam ruang sejuk bekua jangan biarkan ketebalan melebihi 6
mma tutup suis untuk menyahfrosa keluarkan air berlebihan sebelum suis
dibuka semula
5. Beban • Periksa susun atur makanana pastikan ada ruang di antara makanan
bagi membolehkan pengaliran udara
6. Gelung • Pastikan gelung kondenser bagi modellama (di belakang peti sejuk) bersih bagimengekalkan kecekapan peti sejuk.
KETUHAR ELEKTRIK / GELOMBANG MIKRO
Perkara Tindakan anda
1. Perekat pintu • Selalu periksa perekat pintu a awasi petanda haus dan lusuh
• Periksa engsel pintu ketuhara pastikan tiada kerosakan
• Jika terdapat kerosakan pada perekatdan engsel, hubungi pegawai khidmatpelanggan untuk membaiki ataumenggantikannya segera
Your Guide To Energy Efficiency At Home
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah10
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
PENYAMAN UDARA
Perkara Tindakan anda
1. Pemasangan • Pastikan penyaman udara dipasang jauhdaripada pancaran terus matahari
• Pastikan keupayaan penyaman udara(kuasa kudanya) bersesuaian dengan saizruang bilik. (sila rujuk Jadual 6)
2. Suhu operasi • Periksa dan selaraskan termostat kepadasuhu keselesaan biasa (24 – 26°C)
3. Penyelenggaraan • Pastikan: (Sila gunakan a penapis udara dibersihkan bagijuruteknik mengoptimumkan pengoperasianbertauliah, a gelung sirip luar dibersihkansekiranya anda (2 kali setahun)tidak pasti cara a bersihkan gelung unit dalam (1 kalipenyelenggaraan setahun)peralatan elektrik)
• Periksa:a selaraskan termostat ke tahap
keselesaana tahap bahan penyejuk (1 kali setahun)
PERALATAN HIBURAN DI RUMAH
Perkara Tindakan anda
Televisyen, komputer • Pastikan suis ditutup apabila tidakdan radio digunakan (peralatan yang berada pada
mod sedia masih menggunakan tenagaelektrik)
• Pastikan fungsi penjimatan tenagakomputer sentiasa diaktifkan
LAMPU
Perkara Tindakan anda
Lampu • Pastikan lampu yang digunakan daripadajenis cekap tenaga contoh: gunakan lampukalimantang atau lampu penjimat elektrikiaitu lampu kalimantang mampat (compactfluorescent lamp-CFL)
• Padamkan lampu apabila tidak diperlukan
Membeli
Tenaga
Peralatan ElektrikYang Cekap
Bagi peralatan elektrik yang cekapwalaupun harganya lebih mahal ia lebih
menjimatkan semasa hayatpenggunaannya dan penjimatannya
melebihi kos pembeliannya.
11
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah12
Tahukah anda kos penggunaan elektrik bagi suatu peralatan elektriksepanjang tempoh hayatnya biasanya melebihi kos pembelianperalatan tersebut? Dengan itu apabila membeli peralatan elektrikanda seharusnya mengambil kira jumlah keseluruhan kosnya iaitu kospembelian dan kos penggunaan. Bagi peralatan elektrik yang cekapwalaupun harganya lebih mahal ia lebih menjimatkan semasa hayatpenggunaannya dan penjimatannya melebihi kos pembeliannya.
Contoh berikut menunjukkan penjimatan bagi kes lampu.
Label tenagamelambangkan kadarprestasi penggunaantenaga sesuatuperalatan elektrik danmembantu semasamembuat pilihanketika membeliperalatan tersebut
Jadual 4 : Perbandingan Penjimatan Kos Antara Lampu Jimat Tenaga(CFL_ Dengan Lampu Mentol Filamen
Jenis Hayat Keluaran Cahaya Harga Kos Jumlah PenjimatanLampu jam Lumen / Watts RM Tenaga RM Kos RM RMJimat tenaga(CFL) 18 W 6,000 65 15.00 31.80 46.80 68.84Mentolfileman 1,000 18 12.00 103.64 115.64 -60 W
13
Jadual 4 menunjukkan bahawa lampu jimat tenaga CFL dapatmenjimatkan lebih kurang RM68.84 semasa hayatnya berbandinglampu mentol filamen yang murah.
Perbandingan yang serupa boleh dilakukan bagi peralatan-peralatanelektrik lain. Adalah penting untuk memilih sesuatu peralatanberdasarkan jumlah kos pembelian dan penggunaannya bagimendapatkan manfaat 'nilai wang' yang terbaik.
Label Tenaga
Apabila membeli peralatan elektrik, cara mudah untuk mengenalpasti peralatan yang cekap tenaga adalah melihat label tenaganya.Label tenaga melambangkan kadar prestasi penggunaan tenagasesuatu peralatan elektrik.
Di Malaysia, label tenaga telah digunakan untuk peti sejuk sejaktahun 2005. Skim pelabelan ini dilaksanakan di bawah seliaanSuruhanjaya Tenaga dengan kerjasama SIRIM. Rujuk contoh labeltersebut seperti berikut:
Label Tenaga Bagi Peralatan Elektrik Peti Sejuk
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah14
Label Tenaga akan memberi maklumat tentang kadar penggunaantenaga dan membantu membuat pilihan ketika membeli peralatanelektrik.
Sample of Product Label
USA Label bintang tenaga (semakin banyakbintang semakin rendah penggunaantenaganya)
Thailand Pemeringkatan bintang (semakin banyakbintang semakin rendah penggunaantenaganya)
UK Bar kod berwarna A-G (A bermaknaperalatan paling cekap dan G peralatanpaling kurang cekap)
Australia Pemeringkatan bintang tenaga (semakinbanyak bintang semakin rendahpenggunaan tenaganya)
Jadual 5 : Contoh Program Kempen Label Tenaga Dari Luar Negara
Barangan import akan memaparkan label-label seperti di Jadual 5.
15
Prestasi Tenaga Peralatan Elektrik
Prestasi tenaga sesuatu peralatan elektrik boleh ditentukan daripadaplat nama. Sebagai contoh penyaman udara mempunyaiPemeringkatan Kecekapan Tenaga (Energy Efficiency Rating-EER).EER adalah kecekapan penukaran tenaga bagi sesuatu peralatanelektrik; semakin besar nilai EER semakin cekap peralatan tersebut.Nilai EER bagi sebuah penyaman udara menandakan nisbahkeupayaan penyejukan terhadap sumber kuasa.
Apabila anda ingin membeli peralatan elektrik, saiz yang bersesuaianadalah penting. Semakin besar saiz peralatan tersebut semakinbanyak tenaga yang digunakannya.
PenggunaanPeralatan
Membeli barangan elektrikmengikut kapasiti yang
bertepatan dengan keperluankeluarga adalah amat penting.Peti sejuk, penghawa dingin,
pemanas air, pembersihhampagas dan televisyenmempunyai kapasiti yang
berbeza. kapasiti yang besarmemerlukan lebih tenaga.
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah16
Elektrik DenganBerhemah
17
TIP PENJIMATAN TENAGA
RUANG DAPUR
Anda sedia maklum bahawa sebahagian besar tenaga elektrik iaituhampir 40% digunakan di ruang dapur. Tahukah anda di rumah kossederhana, anda boleh menjimatkan sehingga 10 % atau RM78 setiaptahun dengan menggunakan peralatan elektrik cekap tenaga didapur.
PETI SEJUK DAN PENYEJUK BEKU
Ia adalah peralatan elektrik yang paling mahal kos pembiayaannya dirumah kerana digunakan sepanjang hari. Oleh itu potensi penjimatantenaga bagi peti sejuk adalah tinggi.
Kos penggunaan yang rendah bagi peti sejuk dan penyejuk bekubaru yang cekap tenaga biasanya boleh menampung kospenggantian peralatan lama yang tidak cekap tenaga.
A. Panduan Membeli
Peti Sejuk
• Pilih saiz peti sejuk yang menepati keperluan keluarga. Elakkandaripada membeli peralatan yang bersaiz terlalu besar.
• Jangan lupa untuk mengenal pasti Label Tenaga bagi peti sejuk.Skim pelabelan ini dilaksanakan dibwah seliaan SuruhajayaTenaga dengan kerjasama Sirim. Data pada plat nama akanmemberikan maklumat tentang penggunaan kuasa bagi petisejuk.
Kos penggunaan yangrendah bagi peti sejukdan penyejuk bekubaru yang cekaptenaga biasanyaboleh menampungkos penggantianperalatan lama yangtidak cekap tenaga.
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah18
Penyejuk Beku
Penyejuk beku jenis tegak menggunakan lebih banyak tenagaberbanding peti penyejuk jenis peti. Purata kos elektrik penggunaanpenyejuk beku jenis peti dan jenis tegak ialah masing-masing RM10dan RM14 sebulan.
B. Panduan Pemasangan
Peti sejuk dan penyejuk beku akan membebaskan haba ketika operasipenyejukan muatannya. Haba ini perlu dinyahkan kerana jika tidak,kompresor bagi peti sejuk dan penyejuk beku ini akan beroperasilebih lama. Ini menyebabkan ia menjadi terlebih panas dan akanmemendekkan jangka hayatnya. la juga akan menggunakan lebihbanyak elektrik dan akan lebih cepat rosak. Perkara yang perludiambil kira untuk pemasangan peti sejuk dan penyejuk beku:
• peti sejuk tidak seharusnya diletakkan di tempat yang panasseperti di tempat yang terdedah kepada pancaran terusmatahari atau berhampiran dengan dapur memasak
• ruang disediakan di sekeliling peti sejuk termasuk di bahagianatas, belakang dan tepi bagi membolehkan pengaliran udara
C. Panduan Operasi Dan Penyelenggaraan
Peti Sejuk
• Apabila hendak meninggalkan rumah untuk jangka masa yangpanjang kosongkan dan cuci peti ais. Tutupkan suis dan biarkanpintunya terbuka.
• Pastikan gelung kondenser sentiasa bersih. Habuk dan kotoranpada gelung kondenser akan mengurangkan kecekapan petisejuk.
19
• Susun makanan di dalam peti sejuk supaya ada ruang disekelilingnya bagi membolehkan pengaliran bebas udara.Sentiasa sejukkan makanan sebelum dimasukkan ke dalam petisejuk.
• Elakkan daripada kerap membuka ataupun sengajamembiarkan pintu peti sejuk terbuka.
Penyejuk Beku
Penyejuk beku seeloknya sentiasa penuh bagi mengelakkanpembentukan ais. Untuk memastikan penyejuk beku digunakandengan cekap:
• Gunakan pembalut dan bekas kedap udara dan wap apabilamenyimpan makanan yang ingin disejuk beku bagimengelakkan makanan menjadi kering.
• Sebelum membuka penyejuk beku kenal pasti barangan yangdiinginkan. Membuka pintu berulang kali akan membazirkantenaga.
• Nyah fros penyejuk beku apabila terdapat fros setebal 6 mm(1/4 inci).
Tip Menjimat Tenaga
Suhu yang diselaraskan pada -18ºC akan menjimatkan penggunaantenaga elektrik sebanyak 60kWj setiap tahun iaitu bersamaan RM13.
CEREK
Cerek elektrik ialah alat penjimat perbelanjaan. Cerek elektrikmenggunakan tenaga yang kurang berbanding mendidihkan air didalam cerek biasa dengan menggunakan alat pemanas. Di dalamcerek elektrik, elemen pemanas diletakkan terus di dalam air yangdididihkan dengan itu kehilangan haba dapat dikurangkan. Elemenpemanas juga hendaklah selalu dibersihkan untuk mengurangkanpengunaan tenaga.
Pilihan lain:
Gunakan dapur gas bagi mendidihkan airDidihkan air dengan menggunakan dapur gas kerana ini lebih murahdan efisien. Sumber haba daripada dapur gas digunakan terus bagimendidihkan air berbanding dua tahap kerja-penggunaan gas bagimenjana elektrik dan kemudian menggunakan elektrik bagimendidihkan air.
Panduan PembelianPilih cerek elektrik yang saiznya bersesuaian dengan keperluan. Lebihbesar saiz cerek, lebih lama masa yang diambil untuk memanaskanair. Oleh itu penggunaan tenaga elektriknya adalah lebih tinggi.
KETUHAR DAN KETUHAR GELOMBANG MIKRO
Ketuhar ialah peralatan yang memerlukan penggunaan elektrik yangbanyak, oleh itu gunakanlah sebaik mungkin. Anda boleh jugamenggunakan ketuhar gelombang mikro. la lebih selamat, efisiendan mudah untuk digunakan serta menjimatkan tenaga.
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah20
21
A. Panduan Pembelian
• Ketuhar gelombang mikro menjadi pilihan kerana iamenggunakan tenaga yang kurang dan masak lebih cepatberbanding ketuhar elektrik biasa. la juga boleh memanaskanmakanan anda dengan cepat dan boleh menjimatkan tenagaelektrik sebanyak 10-25%.
• Ketuhar gelombang mikro menjimatkan 75% tenagaberbanding ketuhar elektrik biasa kerana keperluan tenaganyayang rendah dan masa memasaknya yang singkat.
B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan
Ketuhar
Elakkan daripada memanaskan ketuhar terlebih dahulu sebelummemasak. Ketuhar boleh dipadamkan 5 hingga 10 minit sebelum hadmasa memasak kerana ini dapat menggunakan haba yang tersimpandi dalam ketuhar. Ini dapat menjimatkan 10-25% tenaga elektrikuntuk memasak.
• Pastikan pintu ketuhar sentiasa tertutup. Jika perlu memeriksamasakan, intai melalui pintu ketuhar.
• Sebelum memasak defroskan makanan terlebih dahulu keranaini menjimatkan tenaga yang mungkin diperlukan bagimendefroskan makanan tersebut (dan mungkin juga akanmenyebabkan makanan tidak masak di sesetengah bahagian ).
• Rancang penggunaan ketuhar. Masak beberapa jenis masakansekali gus. Ini akan menjimatkan elektrik sebanyak 60%.
Ketuhar gelombangmikro menjimatkan75% tenagaberbanding ketuharelektrik biasa keranakeperluan tenaganyayang rendah dan masamemasaknya yangsingkat.
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah22
Ketuhar Gelombang Mikro
• Elakkan penggunaan ketuhar semasa kosong kerana ini bolehmerosakkan magnetron.
• Elakkan daripada menggunakan bekas logam
• Makanan di dalam ketuhar gelombang mikro akan terusdimasak atau dipanaskan walaupun ketuhar telah ditutupsuisnya.
HUD DAPUR
Hud dapur tidaklah mahal untuk digunakan. Ia akan menyedut udarapanas dan asap ke luar rumah dengan cepat. Padamkan suisnyasetelah digunakan.
Pilih hud dapur yang cekap tenaga kerana ia mampu menjimatkanpembayaran bil elektrik. Hud dapur yang menggunakan motorberprestasi tinggi kurang menggunakan tenaga dan tahan lebihlama.
Pilih hud dapur yangcekap tenaga keranaia mampumenjimatkanpembayaran bilelektrik. Hud dapuryang menggunakanmotor berprestasitinggi kurangmenggunakantenaga dan tahanlebih lama.
23
TEMPAT MEMBASUH DAN BILIK AIR
Peralatan elektrik di tempat membasuh dan bilik airdianggarkan boleh menelan belanja sehinggahampir RM400 setahun. Anda boleh menjimatkanperbelanjaan dengan menggunakan peralatanmengikut arahan buku panduan penggunaan danpenyelenggaraannya.
Pemanas Air
• Terdapat 2 jenis pemanas air:
a pemanas air segera - yang memanaskan airsemasa ia sedang digunakan (yang biasaterdapat di pasaran), dan
a pemanas air takungan - yang menakung airpanas (jarang terdapat di pasaran).
• Pemanas air jenis takungan lebih cenderung kepadapembaziran elektrik kerana ia akan sentiasa memanaskan airwalau pun air panas tersebut tidak digunakan.
A. Panduan Membeli
• Pilih pemanas air jenis segera ia kurang menggunakan elektrikberbanding pemanas air jenis takungan.
• Jika memerlukan pemanas air jenis takungan, pilih saiz yangbersesuaian.
- Pemanas air yang takungannya 23-27 liter sesuai untukkeluarga 4-5 orang ahli.
- Tutupkan suis pemanas air setelah digunakan (gunakantakungan air panasnya) bagi menjimatkan elektrik.
• Pemanas air solar tidak menggunakan elektrik tetapi harganyaagak mahal.
B. Panduan Pemasangan
• Pasang pemanas air mengikut arahan pembekal.
• Bagi penggunaan yang cekap tenaga, sistem pemanas airhendaklah dipasang berhampiran tempat ia kerap digunakan(terutamanya pemanas air jenis takungan).
• Pasang paip aliran rendah yang boleh menjimatkan airsehingga 70%.
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah24
C. Panduan Operasian/Penyelenggaraan
• Sebaiknya gunakan pancuran daripada mandi berendam.Mandi berpancuran kurang menggunakan air panas.
Tip Bilik Air/Mandi
• Pasang kepala pancur mandi hujan yang berkualiti danberaliran perlahan
• Baiki paip/pili yang bocor secepat mungkin
• Gunakan plug di tub mandi bagi menghalang air panasdaripada masuk ke longkang
• Tutup suis di poin kuasa.
• Guna pengering rambut pada set rendah
• Keringkan rambut dengan tuala sebelum menggunakanpengering rambut.
Mesin Basuh
Mesin basuh adalah merupakan keperluan asas bagi setiap rumahyang meringankan beban pengguna. Perenggan berikut akanmemberi panduan menjaga dan mengoperasi mesin basuh dengancekap.
A. Panduan Membeli
• Pilih saiz mesin basuh yang bersesuaian dengan keperluankeluarga.
25
• Mesin basuh automatik jenis muatan atas menggunakantenaga yang kurang daripada mesin automatik jenis muatandepan.
B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan
Elektrik dan air akan dibazirkan apabila membasuh dengan separuhmuatan. Contohnya mencuci hanya sepasang seluar ataupunbeberapa helai baju kemeja. Kumpulkan basuhan dan basuh denganmuatan penuh kerana penggunaan elektriknya adalah hampir sama.
Panduan penggunaan mesin basuh:
• Basuh hanya apabila muatan mesin telah penuh. Mesin basuhyang penuh muatannya akan menggunakan elektrik yang samadengan yang muatan separuh.
• Elakkan daripada menggunakan mesin basuh yang terlebihbeban.
• Pilih kitaran cucian yang bersesuaian.
• Elakkan daripada menggunakan program pra basuh.
• Gunakan seting suhu optimum. Jika boleh elakkan daripadamenggunakan kitaran basuhan panas.
Tip on smart use of energy to save money at home
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah26
SETERIKA
Seterika elektrik boleh menjadi pengguna elektrik yang besarsekiranya tidak digunakan secara optimum kerana padakebiasaannya ia memerlukan kuasa 1000W.
A. Panduan Membeli
• Seterika wap akan menggunakan lebih elektrik daripadaseterika biasa.
• Gunakan seterika ringan untuk tujuan menggosok kerana ialebih cepat panas dan kurang menggunakan tenaga. Seterikaberat akan mengambil masa yang lebih lama untuk panassebelum boleh digunakan.
B. Panduan Operasi
• Gosok fabrik yang memerlukan suhu rendah dahulu bagimengurangkan masa pemanasan. Tutup suis seterikasebelum menggosok pakaian yang akhir.
• Kumpul dan gosok pakaian dalam jumlah yangbanyak pada satu masa. Pemanasan seterikamemerlukan elektrik dan pembaziran elektrik akanberlaku setiap kali seterika ini digunakan untukmenggosok beberapa helai pakaian.
• Tutupkan suis seterika jika terdapat gangguansemasa menggosok.
• Jika boleh lipat basuhan yang telah keringdengan cermat bagi mengelakkan keperluanmenggosoknya.
Seterika berat akanmengambil masa yang lebih
lama untuk panas sebelumboleh digunakan.
27
RUANG TAMU
Berdasarkan Jadual 1, kawasan ruang tamu juga menyumbangkepada penggunaan tenaga yang tinggi. Oleh itu, potensipenjimatan tenaga di ruang tamu juga adalah tinggi.
Penyaman Udara
Penggunaan penyaman udara di rumah pada suatu masa dahuludianggap sebagai satu simbol kemewahan. Kini ia telah menjadi satukeperluan atau satu keselesaan yang dapat dinikmati oleh populasikelas pertengahan kerana penurunan harga dan meningkatnyakecekapan penyaman udara.
Penyaman udara yang murah jenis tingkap kurang mendapatsambutan sekarang berbanding jenis ’terpisah’ (split unit) yang lebihsenyap kerana kompresornya terasing daripada unit penyaman.
Kos elektrik yang rendah bagi penyaman udara baru yang cekapbiasanya boleh menampung kos penggantian penyaman udara lamayang kurang cekap walaupun masih elok.
Saiz bilik Saiz unit penyaman udara (hp)
12 x 12 kaki <1
14 x 14 kaki 1-1.5
14 x 16 kaki 1.5
15 x 16 kaki 1.5-2.0
18 x 18 kaki 2.0-2.5
21 x 21 kaki 2.5-3.0
Jadual 6: Kesesuaian Saiz Penyaman Udara Dengan Bilik
Sumber: CETREE, Panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, Februari 2006
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah28
A. Panduan Membeli
• Pilih saiz unit penyaman udara yang bersesuaian dengankeperluan. Sebagai panduan, Jadual 6 menyatakan saizpenyaman udara yang sesuai dengan saiz bilik.
• Apabila hendak membeli sebuah penyaman udara sebaiknyanisbah kecekapan tenaganya iaitu EER dikenalpasti terlebihdahulu. EER bagi penyaman udara berkuasa kuda 1 hp adalahdalam lingkungan 8 hingga 10. Jumlah tenaga elektrik yangdihasilkan penyaman udara biasanya dinyatakan dalam sebutanBTU (British Thermal Unit) /jam. 1 hp bersamaan dengan 9,200BTU sejam.
• Rujuk pemeringkatan bintang bagi unit tersebut. Lebih banyakbintang, lebih cekap unit tersebut (hingga ke maksimum 6bintang).
• Periksa kadar pengaliran udara (dinyatakan dalam sebutankakipadu/min). Semakin besar kadarnya (antara 200-300kakipadu/min bagi unit 1 hp) semakin cepat sejuk dan semakinbaik pengaliran udaranya.
B. Panduan Pemasangan
Untuk penyaman udara jenis ’terpisah’, letakkannya di tempat yangteduh bagi mengelakkan pemanasan oleh matahari dan pastikanterdapat pengaliran udara secukupnya di sekeliling penyaman udaratersebut.
29
C. Panduan Pengoperasian Dan Penyelenggaraan
• Jangan halang saluran udara unit penyaman udara denganlangsir atau perabot.
• Biarkan tingkap dan pintu sentiasa tertutup supaya biliksentiasa sejuk.
• Gunakan bumbung atau siling berpenebat serta cuba untukmeminimumkan pelepasan udara sejuk melalui bawah pintudan tingkap, ini boleh membantu mengurangkan penggunaanelektrik bagi penyejukan.
• Penebatan akan menghalang udara panas masuk ke dalam bilikdan akan mengurangkan beban penyejukan unit penyamanudara.
• Gliskan tingkap anda – sesetengah glis mempunyai ciri lapisanpantulan yang memantulkan haba dan lutsinar.
• Penebatan dan pengglisan akan mengurangkan bil elektriksehingga 40%.
• Apabila hari dijangka akan panas pasangkan penyaman udaraawal bagi mengelakkan rumah daripada menjadi terlalu panas.
• Pada hari yang panas tutup langsir bagi menghalangsinar matahari.
• Lakukan penyelenggaran unit penyaman udaramengikut jadual termasuk membersihkanpenapis dan gelung pertukaran habanya bagimemanjangkan hayat penyaman udaratersebut.
• Lanskap - menanam pokok dan pokok renekdi tepi rumah dapat membantu mengurangkanbeban penyejukan.
• Peneduh berskrin dan sedikit berwarna sertasengkuap tingkap atau dinding merupakan satu
lagi cara untuk mengurangkan penyerapan haba.
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah30
Kipas
Kipas ialah peralatan elektrik yang murah serta mudah digunakandan jarang digantikan. Perkembangan teknologi telah menghasilkankipas baru yang lebih efisien daripada kipas lama.
Kos elektrik yang rendah bagi kipas baru yang cekap kebiasaannyaboleh menampung kos penggantian kipas lama yang kurang efisienwalaupun masih elok.
A. Panduan Membeli
Perhatikan keefisienan prestasinya (Coefficient of Performance-COP)yang dinyatakan sebagai min meterpadu/W.
Bagi sebuah kipas 80W kos penggunaannya ialah lebih kurang RM7sebulan. Bagi mengurangkan kos penggunaannya anda dinasihatkanagar memilih kipas yang efisien memandangkan tempohpenggunaan kipas yang panjang iaitu sehingga 12 jam setiap hari.
B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan
• Pastikan kipas tidak dihalang daripada belakang keranahalangan pengaliran udara akan mengurangkan prestasinyaatau menyebabkan ia beroperasi dengan bebanan berlebihan.
• Tutupkan suis kipas apabila tidak diperlukan. Sistem automatikseperti suis sensor automatik dapat mengelakkan pembaziranelektrik apabila kipas tidak diperlukan.
• Kipas hanya akan mengedarkan udara dan hendaklahdigunakan bagi memungkinkan pertukaran udara jika bolehudara sejuk daripada luar.
Jadual 7: Julat COP Bagi Jenis Kipas
Jenis Kipas Garis Pusat dan COP
Kipas siling 48-60 inci diameter – 3.5 m3/min/W
Kipas tegak, meja,dinding 10-16 inci diameter – 1.0 m3/min/W
Kipas kotak 10-14 inci diameter – 0.5 m3/min/W
Sumber: CETREE: Panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, Februari 2006
31
Mod sedia adalahpetunjuk kepadapembaziran elektrikkerana penggunaanmod sedia bolehmengurangkansehingga 100kW jamsetahun iaitu lebihkurang RM22/tahun.
HIBURAN DI RUMAH
Bila dalam keadaan mod sedia, lampu neon hijau, merah dan kerlipanperkataan akan kelihatan pada televisyen, pemain video, stereo,komputer dan lain-lain peralatan elektrik.
Mod sedia adalah petunjuk kepada pembaziran elektrik keranapenggunaan mod sedia boleh mengurangkan sehingga 100kW jamsetahun iaitu lebih kurang RM22/tahun. Bagi penggunaan elektrikdengan cekap, pastikan kesemua suis peralatan elektrik ditutupsebaik-baiknya di plug apabila anda tidak menggunakannya.
A. Panduan Membeli
Peralatan hiburan di rumah adalah agak efisien. Pembekal yangberlainan kadangkala menetapkan keperluan kuasa yang berlainanbagi peralatan yang sama.
Jadual 8: Penggunaan Elektrik Alat Hiburan Ruang Tamu Dalam Keadaan Mod Sedia
Sumber: CETREE: Panduan Kecekapan Tenaga Di Rumah, Februari 2006
Peralatan Kuasa mod sedia (W) Penggunaan elektrik setahun (kW jam)
Stereo 1-25 7-185
TV-15 inch 3-9 21-65
TV-28 inch 0.1-14 1-100
Video 1-17 9-149
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah32
B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan
Televisyen, Pemain Video, Radio Dan Stereo
• Malapkan lampu ruang tamu ketika menonton televisyen atauvideo.
• Tutup suis televisyen, radio dan peralatan yang lain apabila tiadapenonton atau pendengar.
• Elakkan daripada membiarkan peralatan terpasang secara modsedia.
KOMPUTER
A. Panduan Membeli
• Pastikan komputer mempunyai mod tidur.
• Monitor skrin rata lebih efisien daripada jenis tuib katod.
• Komputer riba menggunakan 30% kurang tenaga berbandingkomputer meja.
33
Jadual 9: Penggunaan Tenaga Mengikut Mod Operasi
Mod/Sistem Padam (Off) Mod Tidur Jimat Skrin Sibuk(Standby) (Screen Saver) (Normal Operation)
Pemproses(Processor) 3W 10W 20W 25WMonitor(Screen Monitor) 3W 10W 80W 90WJumlah 6W 20W 105W 115W
B. Panduan Operasi
Elakkan daripada membiarkan komputer pada mod sedia. Jadual 9menunjukkan penggunaan tenaga komputer dalam keadaan pelbagaimod.
Tutup : komputer tidak dimatikan di plug tetapi hanya dipadamkan di pemutus penyambung di dalamkomputer.
Mod tidur : komputer hampir dipadamkan - pemproses danmonitor masih menggunakan 1-30 watt elektrik.
Jimat-skrin : tidak menjimatkan elektrik, masih pada keadaan sediadigunakan untuk zmenjaga monitor.
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah34
LAMPU
Lampu biasanya digunakan untuk pencahayaan dan menyumbang10% atau kurang bagi keseluruhan jumlah bil elektrik. Kos iniboleh dikurangkan dengan menggunakan lampu cekap tenagadan sentiasa bertindak celik tenaga. Merujuk kepada Jadual 10contoh lampu 400W yang digunakan sebanyak 2-3 jam sehari akanmenelan perbelanjaan sebanyak RM13.80 untuk tempoh sebulan.
Jenis Lampu
1. Lampu mentol
Menjana haba yang banyak dan kebiasaannya mempunyai kuasa60W. Kecekapan sinarannya dalam lingkungan 18 lumens/watt –satu sumber cahaya yang kurang cekap.
2. Lampu kalimantang
Menjana cahaya cerah pada kuasa 32W. Lampu ini mempunyaibalast, kebiasaan kuasanya 8W.
3. Lampu kalimantang mampat (Compact Flourescent Light –CFL)
Pencahayaan cerah yang sama dengan 60W lampu kalimantangtetapi pada kuasa yang lebih rendah iaitu pada 11W. Kecekapansinarannya dalam lingkungan 60 lumens/watt. Agak mahal tetapimasa hayatnya lapan kali lebih lama daripada lampu mentol biasadan menggunakan hanya 20% tenaga elektrik bagi menghasilkanpencahayaan yang sepadan.
4. Diod pemancar cahaya (LED)
LED mempunyai banyak kelebihan berbanding sumber cahayayang lain termasuklah rendah penggunaan tenaga, jangka hayatyang lebih panjang, berdaya tahan, saiz lebih kecil danmempunyai respons yang lebih cepat.
Jadual 10: Kos Penggunaan Elektrik Bagi Lampu
Peralatan Watt Kos seunit operasi Penggunaan/min RM/bulan
Lampu 400 015 sen/min 300.00 13.80
35
Lampu ini lebih mahal tetapi mempunyai lapan kali jangka hayatlebih lama berbanding lampu pijar dan hanya menggunakan 20%tenaga untuk memancarkan jumlah cahaya yang sama.
A. Panduan Pembelian
• Beli lampu cekap tenaga dan boleh menjimatkan tenagasehingga 80% bil lampu pada jangka masa yang panjang.
• Harga untuk lampu cekap tenaga jenis lampu kalimantangmampat (CFL) walaupun ia mahal, namun ia akan lebihmenjimatkan tenaga kerana rendah penggunaan elektriknya.
• Gunakan lampu yang bersesuaian dengan keperluan.Contohnya, gunakan lampu yang lebih terang ketikamembaca dan lampu yang lebih malap ketika menonton TV.
• Lampu kalimantang biasa akan mengeluarkan 2 kali lebihcahaya daripada lampu mentol.
• Seboleh-bolehnya, gunakan suis fotoelektrik, pemalap danpenentu masa bagi penjimatan selanjutnya.
B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan
Bilik Tidur
• Gunakan lampu malap daripada siling dengan pemalapuntuk pencahayaan umum.
• Gunakan lampu sisi katil untuk membaca.
• Gunakan cahaya dari luar. Letakkan meja berhampirandengan tingkap.
PANDUAN UNTUK ANDA MENGGUNAKAN TENAGA DENGAN CEKAP DI RUMAH
Tip Menggunakan Tenaga Dengan Cekap Di Rumah36
Ruang Tamu
• Gunakan lampu bercahaya malap bagi memalapkan suasana.
• Pastikan tiada pantulan cahaya di kaca televisyen bagikeselesaan menonton.
• Tutupkan suis lampu jika ia tidak digunakan.
Dapur
• Pastikan kesemua ruang kerja mempunyai pencahayaanyang mencukupi.
• Pasang lampu di atas ruang kerja.
• Pasang lampu di pintu bilik pantri.
Bilik Air Dan Setor
• Pasang lampu di atas cermin.
• Pasang lampu siling bagi bilik air yang besar.
• Pasang lampu berkuasa rendah bagi laluan dan setor.
B. Panduan Operasi dan Penyelenggaraan
Bersihkan habuk pada mentol dan penutup lampu sekali setiap 1atau 2 bulan. Lampu yang bersih akan meningkatkan pencahayaan.
Jadual 11 merupakan contoh jadual yang boleh digunakan olehpengguna untuk menganalisa perbelanjaan dan penggunaantenaga elektrik setiap minggu. Oleh yang demikian, Jadual 12disediakan untuk membuat pengiraan di rumah. Tarif kediamanseperti dalam Jadual 2 digunakan sebagai rujukan.