miskonsepsi asas nombor tugasan 2

Upload: bard-shah

Post on 14-Apr-2018

312 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    1/17

    MTE 3109 : MISKONSEPSI

    TAJUK :

    KUMPULAN :

    UPSI07 (A112PJJ)

    DISEDIAKAN OLEH :

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    MOHD NUZAIHAN BIN MIZHAR D20102042190 0193756447

    NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MOHD UZI BIN DOLLAH

    TARIKH SERAH : 06 MEI 2012

    BAHAGIAN A: TUGASAN 2

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    2/17

    1.0 Pendahuluan

    Pengajaran matematik sekolah rendah amat menekankan kepada penguasaan dalam

    asas nombor. Asas nombor yang sangat diberi penekanan adalah seperti nombor bulat,

    pecahan, perpuluhan, wang, dan peratus. Penekanan terhadap asas nombor bukan sahaja

    memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid, tetapi jauh lebih penting adalah

    mewujudkan pengalaman bermakna kepada murid-murid. Melalui pengalaman bermakna

    murid-murid akan membina makna terhadap nombor dan seterusnya berupaya

    mengaplikasikannya dalam situasi yang baru dalam kehidupan mereka. Oleh itu, penguasaan

    pengetahuan isi kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge atau PCK) amat

    diutamakan demi memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.

    Seseorang guru seharusnya bukan hanya menganggap pengetahuan isi kandungan atau

    konsep sahajalah penting untuk pembelajaran berkesan, malah sama pentingnya ialah strategi

    atau kaedah pengajaran yang sesuai. Konsep dan miskonsepsi dalam pengajaran perlu

    diambil kira di samping pengetahuan isi kandungan pedagogi.

    1.1 Pengenalan

    Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus,

    peraturan-peraturan langkah kerja, algorithma dan teori-teorei yang kerap digunakan (Short

    &Spanos 1989). Mata pelajaran ini mempunyai bahasa tersendiri yang khusus, walaupun kerap

    dikatakan bahasa matematik adalah ringkas tetapi ia mempunyai maksud yang khusus dan

    tepat bagi mempelajari matematik. Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-

    pola, hubungan, hukum-hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian,

    bahasa memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi oleh

    guru kepada pelajar (MacGregor& Moore 1991). Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak

    dapat diterima oleh pelajar maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya pelajar

    akan membuat pelbagai andaian dan pemikiran yang tidak betul tentang matematik. Sikap

    terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan fokus pelajar

    terhadap perkara yang guru mengajar. Setiap pelajar secara amnya mempunyai latar belakangyang tersendiri iaitu dari segi latar belakang keluarga dan pergaulan. Guru berdepan dengan

    pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman yang dipelajari dari luar yang kemungkinan

    bercanggah dengan apa yang guru sampaikan semasa sesi pengajaran. Sekiranya ilmu yang

    bercanggah ini tidak diperbetulkan makan ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang

    ingin disampaikan. Miskonsepsi adalah sesuatu kepercayaan atau pegangan yang terbentuk

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    3/17

    apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara yang tidak betul (Champagne, Klopfer&Gunstone

    1982; McDermott 1984; Resnick 1983).Miskonsepsi boleh juga terjadi apabila guru mengajar

    sesuatu perkara yang tidak betul, kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Contohnya, guru

    mengajar pelajar jalan pintas untuk kira darab sesuatu nombor dengan angka 10, maka

    jawapannya adalah dengan menambahkan sifar pada nombor itu. Seterusnya pelajar akan

    mengingati ajaran guru, tetapi bagaimana pula sekiranya kalau kira darab angka 10 dengan

    suatu nombor perpuluhan, adakah caranya sama? Kecekapan guru dalam pengetahuan

    kandungan pedagogikal adalah sangat penting di samping penggunaan bahasa yang tersusun

    bagi mengelakkan pelajar daripada membuat andaian atau miskonsepsi terhadap apa yang

    mereka ajar (Tikunoff 1983).

    2.0 Kesukaran dan Miskonsepsi Dalam Pengajaran matematik

    Dalam mempelajari matematik murid menghadapi pelbagai kesukaran samada

    memahami atau mengetahui langkah penyelesaian. Tetapi kesukaran yang sering dihadapi

    oleh murid-murid banyak berpunca daripada kecuaian dan miskonsepsi. Kesukaran berpunca

    daripada kecuaian murid agak mudah dikesan oleh guru tetapi kesukaran yang berpunca

    daripada miskonsepsi agak mencabar dan lebih sukar diatasi.

    2.1 Unit 1 dan Unit 2 : Nombor Bulat

    2.1.1 Miskonsepsi Nilai Tempat

    Murid-murid mempunyai miskonsepsi tentang nilai tempat bagi masalah aritmetik atau digit

    yang selalu disusun secara menegak dan bermula dari kanan. Secara lazimnya, murid-murid

    diajar untuk menyusun nilai tempat digit dan tambah seca menegak. Apabila diberikan masalah

    seperti (100 +23.3), murid-murid yang menghadapi kesukaran ini akan menyusun nombor

    dengan mengabaikan titik perpuluhan bagi memberi jawapan yang salah. ( jawapan : 33.3)

    Contoh :

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    4/17

    Bagi mengatasi masalah miskonsepsi ini,gunakan garis nombor untuk menunjukkan beza

    antara integer dan nilai perpuluhan. Untuk latihan, minta murid-murid meletakkan titik

    perpuluhan dan sifar selepas nombor bulat.

    Contoh: 76, 34, 89, 350 76.0, 34.0, 89.0. 340.0

    Tindakan ini akan memberi pengukuhan tentang tujuan titik perpuluhan di samping memberi

    gambaran tentang nilai tempat bagi suatu nombor bulat. Murid perlu sering diingatibahawa,

    walaupun suatu nombor itu ditulis tanpa titik perpuluhan ( seperti 76) tetapi sebenarnya terdapat

    titik perpuluhan bagi sebarang nombor bulat iaitu 76.0

    Contoh garis nombor : 100 + 23.3 =

    2.1.2 Miskonsepsi Kira Tolak

    Kanak-kanak yang berumur 7 ke 8 tahun sering mengalami miskonsepsi smaller-from-large.

    Kanak-kanak dilihat menolak digit kecil dalam setiap lajur daripada digit yang lebih besar tanpa

    mengmbil kira kedudukan digit tersebut. Miskonsepsi ini timbul daripada kefahaman yang

    salah tentang operasi kira tolak iaituoperasi tolak hanya boleh berlaku dengan nombor besar

    ditolak dengan nombor yang lebih kecil. Contohnya :

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    5/17

    Bagi mengatasi masalah ini, pengajaran yang disampaikan oleh guru hendaklah

    menggunakan bahan konkrit untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Apabila guru

    menggunakan nombor murid tidak mengenalpasti berapa bilangan yang ada. Kemungkinan

    murid mengenali nombor tetapi tidak pasti berapa banyak objek yang ada. Tetapi dengan

    adanya objek yang digunakan untuk menunjuk cara murid akan mudah memahami dan

    menyelesaikan masalah penolakan nombor. Mula-mula guru memberi contoh penolakan

    nombor yang besar ditolak nombor yang kecil kemudian barulah memberi contoh penolakan

    nombor yang kecil kepada nombor yang besar. Seterusnya berikan penjelasan menggunakan

    contoh yang dikemukakan antaranya ialah jumlah objek yang sedikit tidak dapat ditolak kerana

    bilangannya tidak mencukupi.

    Seterusnya guru perlulah memberikan penekanan kepada enam kemahiran asas iaiti

    mengelas dan membanding, memadan satu dengan satu, membilang, merekodkan dengan

    perkataan dan simbol, menyusun nombor mengikut tertib dan memahami konsep nilai tempat.

    Nombor yang besar tolak nombor yang kecil9

    - 5

    Contoh 1

    Contoh 2

    Nombor yang besar tolak nombor yang kecil3 0 2

    -1 8 7

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    6/17

    Di peringkat awal proses pembelajaran kanak-kanak perlu diberi penekanan tentang kefahaman

    secara bermakna dan rasional tentang konsep-konsep asas matematik .

    Kemahiran mengelas dan membanding merupakan konsep asas pranombor yang harus

    ditrekankan di peringkat awal pengajaran matematik. Pada peringkat murid diberikan benda

    maujud yang digunakan untuk membilang dan membanding secara intuitif dan mengenal pasti

    kumpulan yang banyak atau sedikit. Untuk menyelesaikan masalah penolakan nombor murid

    telah memahami bahawa objek yang sedikit tidak boleh digunakan untuk menolak benda yang

    banyak. Di samping itu juga murid perlu diperkenalkan dengan kaedah pengumpulan semula

    untuk menyelesaikan masalah penolakan ini. Penerangan yang jelas daripada guru

    membolehkan murid memahami cara penyelesaian yang mudah.

    2.2 Unit 3 dan Unit 4 : Nombor Percahan

    Nombor pecahan telah digunakan oleh manusia semenjak sebelum masehi lagi.

    Antaranya Babylon purba telah menggunakan matematik semenjak 2000 B.C lagi. Ptolemy

    juga antara yang termasyhur dan terawal dalam mengetengahkan nombor pecahan ini iaitu

    kira-kira 125A.D. Pecahan (Bahasa Inggeris: fraction dari Bahasa Latin fractus, "dipecahkan")

    ialah nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan atau sekumpulan

    benda.Pecahan terawal adalah salingan integer-integer yang menggunakan simbol mewakili

    satu perdua, satu pertiga, satu perempat, dan seterusnya.

    Dalam perkembangan seterusnya, pecahan "kasar" atau pecahan biasa telah

    dibangunkan dan ia masih digunakan sehingga hari ini. Pecahan ini terdiri daripada satu

    pengangka dan satu penyebut, pengangka mewakili beberapa bahagian sama dan penyebut

    menunjukkan berapa banyak bahagian-bahagian tersebut yang membentuk keseluruhan.

    Sebagai contoh dalam pecahan 3/4, pengangka, 3, menunjukkan 3 bahagian sama, sementara

    penyebut, 4, menunjukkan yang 4 bahagian yang membentuk keseluruhan.Kemudian, pecahan

    perpuluhan pula diperkenalkan, yang kini hanya dikenali sebagai "perpuluhan". Penyebutnya

    adalah nombor asas sepuluh yang dikuasakan dengan nombor yang ditentukan oleh bilangan

    digit di kanan titik perpuluhan. Jadi nombor perpuluhan 0.75 mempunyai pengangka 75 dan

    penyebut 10 kuasa 2 (kerana terdapat 2 digit di kanan titik perpuluhan). Jadi penyebutnya ialah

    100.

    Jenis pecahan ketiga yang sering digunakan ialah "peratusan", yang menggunakan

    penyebut 100 sahaja. Jadi, 75 peratus bermaksud 75/100. Dalam matematik, set untuk semua

    pecahan (kasar) dipanggil set nombor nisbah dan diwakili simbol Q.Penggunaan lain pecahan

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    7/17

    ialah untuk menunjukkan nisbah dan pembahagian. Jadi, pecahan 3/4 juga digunakan untuk

    menunjukkan nisbah 3:4 (tiga kepada empat) dan pembahagian 3 4 (tiga dibahagikan dengan

    empat). Pecahan biasa atau kasar biasanya ditulis dalam satu pasangan nombor, nombor di

    atas dikenali sebagai pengangka sementara yang di bawah dikenali sebagai penyebut.

    Lazimnya, satu garisan memisahkan keduanya. Jika garisan ini mencondong, ia digelar solidus

    atau slash, contoh 34. Jika garisannya melintang, ia digelar vinculum atau secara tidak rasmi,

    "palang pecahan", seperti : .

    Tanda solidus boleh diabaikan dari gaya mencondong (cth. 34), yang mengurangkan ruang

    tetapi masih memberi makna dalam konteksnya, ia banyak digunakan dalam isyarat lalu lintas

    di beberapa negara. Dalam paparan komputer dan tipografi, beberapa pecahan dinyatakan

    dalam satu angka. Antaranya:

    (satu perempat)

    (satu perdua)

    (tiga perempat)

    (satu pertiga)

    (dua pertiga)

    (satu perlapan)

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    8/17

    (tiga perlapan)

    (lima perlapan)

    (tujuh perlapan)

    2.2.1 Miskonsepsi Pengangka dan Penyebut Dianggap sebagai Nombor BulatSecara Berasingan

    2.2.2 Miskonsepsi Penyebut Bagi Kira Tambah dan Kira Darab Nombor Pecahan

    Kesilapan Mengumpul

    Untuk penolakan pecahan, kesilapan berlaku pada semua jenis kemahiran yang perlu

    mengumpul semula. Jumlah bilangan kesilapan adalah 21.9% daripada sejumlah 402 kesilapan

    yang telah dikenalpasti. Kesilapan ini didapati semakin berkurangan apabila tahap keupayaanmurid-murid semakin bertambah. Dapatan ini selaras dengan kajian Cox (1975) yang juga

    mendapati bahawa kesilapan paling kerap berlaku dalam penolakan pecahan yang melibatkan

    digit kecil berbanding dengan digit besar.

    Misalnya :

    Ward (1979) melaporkan bahawa kebanyakan kesalahan yang dilakukan oleh muridnya adalah

    kerana murid kurang memahami konsep nilai tempat. Beliau mengesani masalah ini dengan

    menggunakan item-item yang berhubung kait secara langsung untuk menguji idea-idea nilai

    tempat.

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    9/17

    Kesilapan Fakta Asas

    Kesilapan melibatkan mengumpul semula dan beberapa fakta asas. Engelhardt (1977) juga

    mendapati bahwa kebanyakan kesilapan jenis ini berlaku pada nombor yang berdigit besar dan

    bukannya disebabkan oleh kegagalan kanak-kanak mengingati nombor fakta.

    Misalnya :

    dan

    Algoritma Defektif

    Kesilapan murid adalah melibatkan pengaplikasian algoritma yang salah. Akan tetapi tiada

    kesilapan jenis ini yang dilakukan oleh murid dari kumpulan kurtil tinggi. Untuk jenis kesilapan

    ini, biasanya murid-murid menggunakan operasi yang betul pada permulaannya tetapi

    kemudiannya, menyeleweng dan berkecenderungan kepada operasi yang lain.

    Misalnya:

    Operasi yang Salah

    Kesalahan biasa ini bukan disebabkan oleh pengingatan fakta asas yang silap tetapi

    menyalahgunakan operasi.

    Misalnya :

    Kesalahan pelajar dalam kes ini mungkin disebabkan salah interpretasi atau salah faham

    tentang pengajaran guru.

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    10/17

    Kesilapan Identiti

    Kesalahan kanak-kanak dalam kes ini disebabkan oleh kekeliruan dalam pengiraan nombor

    yang sama dengan 1. Murid-murid berkenaan mungkin berpendapat bahawa penolakan nombor

    pecahan dan penambahan nombor pecahan akan menghasilkan nombor yang sama.

    Misalnya

    Kesilapan Sifar

    Kanak-kanak menghadapi masalah tentang konsep sifar.

    Misalnya:

    Sekali lagi, kanak-kanak mungkin melakukan kesilapan ini disebabkan kurang memahami

    konsep sifar dalam operasi penolakan pecahan.

    2.3 Unit 5 dan Unit 6 : Nombor Perpuluhan

    Secara umum, pengetahuan dan kemahiran nombor bulat menjadi asas penting

    sebelum meneruskan kepada pengajaran nombor perpuluhan. Pengajaran nombor bulat dan

    nombor pecahan merupakan prasyarat sebelum pengajaran nombor perpuluhan dilaksanakan.

    kerana nombor perpuluhan mempunyai pertalian yang erat dengan nombor bulat dan nombor

    pecahan. Contohnya nombor 2.35? Sebenarnya nombor 2.35 ini boleh dicerakinkan kepada

    dua bahagian nombor yang utama iaitu nombor bulat dan nombor perpuluhan, ahagian nombor

    bulat ialah 2 manakala bahagian nombor perpuluhan ialah 0.35.

    Bagaimanapun pengajaran melibatkan nombor perpuluhan ini agak mengelirukan dan

    perlu dilaksanakan secara berhati-hati. Kecuaian yang dilakukan oleh murid-murid dapat

    dikesan dan diatasi dengan cara menyemak semula penyelesaian aygn telah dilakukan.

    Kesukaran yang sering dihadapi oleh murid-murid adalah berpunca daripada kefahaman yang

    salah tentang sesuatu konsep matematik atau miskonsepsi. Kesukaran ini sukar dikesan oleh

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    11/17

    murid-murid sendiri. Oleh itu guru memainkan peranan penting untuk mengesan kesukaran

    yang dihadapi oleh pelajar dan mencari jalan mengatasinya.

    2.3.1 Kesukaran dan Miskonsepsi Mengaplikasikan Nombor Perpuluhan Sebagaimana

    Nombor Bulat

    Terdapat banyak miskonsepsi dalam kalangan murid dalam tajuk nombor perpuluhan ini adalah

    berpunca daripada perbezaan peraturan dalam mengaplikasikan nombor perpuluhan

    berbanding dengan nombor bulat, sebagaimana berikut:

    i. Terdapat kekeliruan di mana sifat-sifat (properties) nombor bulat yang diaplikasikan

    kepada nombor perpuluhan atau tidak boleh diaplikasikan. Pelajar dilihat membuat

    generalisasi peraturan bagi nombor bulat diguna pakai untuk nombor perpuluhan dan

    misuse peraturan nombor bulat bila membuat penyelesaian bagi nombor perpuluhan.

    Contohnya: pelajar mengalami kesukaran untuk mengenal magnitude bagi nombor

    perpuluhan jika terdapat nombor digit di sebelah kanan titik perpuluhan dan

    menganggapkan nombor perpuluhan sebagai nombor bulat, seperti 32.45, dianggap

    sebagai 3245, iaitu titik perpuluhan dianggap tidak bermakna dalam memberi nilai

    sesuatu nombor.

    ii. Pelajar membuat anggapan bahawa lebih banak digit di sebelah kanan titik perpuluhan

    maka lebih besar nombor tersebut. Sebaliknya, lebih sedikit bilangan digit di sebelah

    kanan sesuatu nombor maka lebih kecillah nopmbor tersebut. Contohnya berlaku

    miskonsepsi apabila menganggap nombor 23.45 adalah lebih besar daripada 54.3.

    iii. Terdapat juga pelajar beranggapan sebaliknya iaitu lebih banyaknombor di sebelah

    kanan titik perpuluhan, lebih kecil nombor tersebut (Resnick &Neshaer,1983). Ini

    menunjukkan pelajar membuat overgeneralization of decimal features instead of whole-

    number features, contohnya 12.34234 adalah dianggap lebih kecil daripada 12.34.

    iv. Terdapat pelajar yang mengalami kesukaran dengan sifar(zero). Pelajar sedar denganmenambah sifar di kanan digit bagi \nombor bulat akan menambah nombor dengan

    faktor 10, sebaliknya menambah sifar di sebelah kiri bagi nombor asal tidak menambah

    nilai nombor tersebut.

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    12/17

    2.3.2

    2.4 Unit 7 dan Unit 8 : Wang

    Wang merupakan asas dalam kehidupan manusia. Boleh dikatakan setiap orang atau murid

    berpengalaman dalam soal kewangan serta mengetahui peranan wang dalam kehidupan

    seharian manusia, walaupun mereka masih kecil.

    Sebagai seorang guru, pengajaran tentang wang ini harus dilihat daripada dua aspek yang

    berbeza iaitu :

    1. Operasi matematik melibatkan wang.

    Dalam aspek ini murid bukan sahaja perlu menguasai operasi matematik asas yang

    biasa digunakan seperti +, -, x dan tetapi juga operasi dan konsep wang seperti nilai

    sesuatu unit wang dan penggunaan wang

    2. Kemahiran penyelesaian masalah melibatkan wang.

    2.4.1 Kesukaran dan Miskonsepsi Mengenal bentuk wang

    Kesukaran murid dalam tajuk ini berlaku dalam dua bentuk iaitu pertama kesukaran murid

    dalam mempelajari pengajaran tentang wang berkait secara langsung dengaan pengetahuan

    tentang nombor yang lain seperti nombor bulat, perpuluhan dan peratus. Ini disebabkan

    perwakilan wang adalah ditulis dalam nombor perpuluhan dan peratus, sudah tentu dia juga

    menghadapi masalah dalam kiraan tentang wang. Oleh itu miskonsepsi yang berlaku dalam

    pembelajaran tentang wang amat berkait dengan miskonsepsi yang berlaku dalam operasi-

    operasi matematik tajuk nombor bulat dan perpuluhan.

    Contoh :

    10 sen / RM0.10

    50 sen / RM0.50

    RM1.00

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    13/17

    Kedua adalah berkait dengan nilai wang itu sendiri. Kesukaran ini berpunca daripada

    miskonsepsi tentang nilai wang. Contohnya :

    i. Berkaitan dengan bahan yang digunakan untuk membuat wang. Bagi murid-murid pra

    sekolah atau murid darjah 1 mungkin menghadapi masalah untuk menentukan nilai

    wang syiling dan wang kertas. Dalam hal ini terdapat murid yang menganggap wang 50

    sen lebih bernilai daripada wang RM 1.00.

    ii. Banyak atau sedikit kepingan atau helaian wang juga boleh mempengaruhi murid dalam

    menentukan nilai wang. Dalam hal ini terdapat murid-murid terutama di peringkat awal

    persekolahan yang menganggap 2 helai duit RM1.00 adalah lebih berharga daripada 1

    helai RM5.00.

    Untuk mengatasi miskonsepsi ini, guru hendaklah mengadakan aktiviti yang melibatkan murid

    dengan wang. Murid diberi wang contoh seakan-akan wang sebenar. Murid diminta meneliti

    wang berikut dengan mencatat butiran wang seperti warna, berat, nombor yang ditulis dan

    ukiran di belakang syiling. Murid dibimbing untuk mengisi jadual yang disediakan oleh

    guru.Contoh jadual :

    Jenis duit

    syiling

    Saiz duit syiling

    Catatan pada permukaan

    duit syilingDepan Belakang

    5 sen

    10 sen

    20 sen

    50 sen

    1.00

    Jenis duit

    syiling

    Saiz duit syiling

    Catatan pada permukaan

    duit syiling

    Depan Belakang1 ringgit5 ringgit

    10 ringgit

    50 ringgit

    100 ringgit

    RM5.00

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    14/17

    2.4.2 Kesukaran dan Miskonsepsi Menenentukan Nilai Wang

    Dalam urusan jual beli juga sering menimbulkan miskonsepsi dalam kalangan kanak-kanak

    mahupun orang dewasa. Contoh ketika menentukan barangan yang lebih murah selepas

    diskaun. Misalnya ketika menentukan :

    Barangan yang harga RM5.00 ditawarkan pembelian 1 percuma 1

    Barangan yang berharga RM5.00 ditawarkan diskaun 50%.Ini menimbulkan

    kekeliruan dan kesukaran murid-murid kerana menganggap beli 1 percuma 1

    adalah lebih murah.

    Bagi mengatasi kesukaran dan miskonsepsi murid dalam menentukan nilai wang guru

    hendaklah memberi kefahaman kepada murid tentang nilai wang melalui aktiviti kelas.

    Contohnya :

    Murid diminta menekap atau melukis permukaan wang.

    Seterusnya mewarnakan dan menampal lukisan tersebut pada jadual mengikut wang syiling

    masing-masing. Aktiviti ini dijalankan dalam kumpulan.

    Setelah membuat pembentangan , murid diminta membuat refleksi berdasarkan

    pengalaman masing-masing tentang nilai mata wang . Contohnya nilai wang yang lebih

    besar boleh membeli barangan yang lebih mahal atau lebih banyak.

    Akhir sekal,guru akan membuat rumusan tentang nilai wang yang ditentukan melalui

    nombor yang tertera pada permukaannya. Disamping itu juga guru perlu menerapkan nilai-

    nilai murni agar murid sayangkan wang dan tidak boros semasa berbelanjaserta terapkan

    hasil pendapatan yang halal perlu ditekankan dalam usaha untuk mendapatkan wang.

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    15/17

    Contoh jadual Mengenali Nilai Wang.

    Jenis Mata

    Wang

    Tekapan/Lukisan

    Wang-Muka 1

    Tekapan/Lukisan

    Wang-Muka 2

    Simbol

    (contoh RM1

    dan RM5)

    Perkataan

    5 sen

    10 sen

    20 sen

    50 sen

    1 ringgit

    5 ringgit

    2.5 Unit 9 dan Unit 10 Pengajaran Peratus

    Perkataan peratus sememangnya tidak asing kepada kebanyakan kira. Perkataan peratusini banyak digunakan di pasar raya terutama ketika jualan musim perayaan. Ianya

    menggunakan simbol % bagi menunjukkan pengurangan harga daripada harga asal sesuatu

    barang. Sebenarnya simbp; % adalah perwakilan bagi perkataan peratus. Perkataan peratus

    adalah berasal daripada perkataan latin iaitu per centum yang bermaksud perseratus.

    Peratus ialah nisbah bagi sesuatu kuantiti yang dibandingkan dengan nombor seratus atau 1 /

    100. Peratus juga boleh diwakilkan dalam bentuk pecahan dengan penyebutnya ialah 100.

    2.5.1 Kesukaran dan Miskonsepsi PeratusPengajaran peratus merupakan aplikasi kepada pembelajaran yang dilaksanakan terdahulu,

    iaitu nombor bulat, pecahan dan perpuluhan. Bagaimanapun pembelajaran tentang peratus

    sering menimbulkan kesukaran di kalangan murid-murid terutama untuk memahami konsep

    peratus, menggambarkan maksud perbandingan dua kuantiti. Contohnya :

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    16/17

    Jika harga beg tangan ini adalah RM100.00. Sekiranya beg tangan ini deijual dengan

    keuntungan 30% Berapakah harga barunya?

    Dalam masalah ini murid dapat gambaran bahawa 30% daripada RM100.00 bermaksud jumlah

    keuntungan RM30.00. Oleh itu harga jualan barangan tersebut ialah RM100.00 + RM30.00

    iaitu RM130.00

    Murid mengalamai kesukaran untuk menyatakan pecahan sebagai peratus. Contohnya :

    daripada murid kelad 4B adalah lelaki. Berapa peratus pelajar lelaki?

    Satu penyelesaian yang mungkin ialah x 100% iaitu 25%. Penyelesaian ini adalah

    berdasarkan kepada 1 bahagian daripada keseluruhan pelajar lelaki dan perempau, iaitu 100%.

    Bagaimanapun terdapat murid yang mencari peratus berdasarkan nisbah antara pelajar lelaki

    dengan pelajar perempuan. Mereka keliru dalam mencari peratus sama ada daripada

    keseluruhan pelajar atau kumpulan pelajar yang satu lagi, iaitu pelajar perempuan.

    Masalah seterusnya yang dihadapi dan dlilakukan oleh pelajar ialah berkaitan menggunakan

    konsep nilai keseluruhan (whole) untuk mendapatkan jawapan. Contohnya :

    Apakah 50% daripada 100?

    Jawapan murid 100/50 =2 ATAU 100/50 x 100 2

    Murid selalunya menghadapi ,asalah mengenal pasti asas yang betul (correct base) dalam

    membuat komputasi peratus.

    Untuk mengatasi masalah kesilapan dan miskonsepsi berkaitan peratus, murid perlu diberi

    penekanan berkaitan konsep peratus. Elakkan murid menghafal formula semata-mata tanpa

    memahaminya. Pembelajaran secara bermakna dengan mengambil kira pengalaman pelajar

    sendiri amat digalakkan. Contohnya melibatkan murid dengan aktiviti jual beli dengan

    mengaitkan pengalaman sedia ada dan kehidupan persekitaran murid. Guru perlu bertanyakan

    berkatain masalah yang dihadapi. Dedahkan murid dengan soalan yang berkaitan kehidupan

    seharian mereka. Contohnya :

    Seorang peniaga mengatakan 20% daripada buah manggisnya dalam sebuah kotak

    rosak? Kirakan bilangan buah manggis dalam sebuah kotak berkenaan yang

    mengandungi 100 biji?

    Semasa di tahun 5, Rosman menerima wang saku sebanyak RM2.00 sehari daripada

    bapanya. Setelah memasuki Tahun 6, Ahmad mendapat kenaikan jumlah wang saku

    daripada sebanyak 20% Berapakah wang saku yang diterima oleh Ahmad semasaa di

    Tahun 6 sekarang?

  • 7/29/2019 MISKONSEPSI Asas Nombor Tugasan 2

    17/17

    Soalan sebeignin memerlukan pemahaman murid-murid tentang konsep peratua.

    Perbincangan berkumpulan dan ksimpulan daripada pelajar sendiri tentang konsep

    peratus amat bermakna kepada mereka,. Terdapat empat kemahiran yang boleh

    memperkayakan kefahaman murid terhadao konsep peratus ialah :

    Gambaran peratus berdasarkan objek sebenar.

    Gambaran peratus dalam bentuk gambarajah.

    Konsep peratus serta hubungannya dengan pecahan dan perpuluhan.

    Algoritma atau prosedur mencari peratus menggunakan rumus.