tugasan 1 asas nombor

Upload: faridah-azizan

Post on 18-Oct-2015

158 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

asas nombor sem 4

TRANSCRIPT

PEMARKAHAN

1TUGASAN 1

2TUGASAN 2

JUMLAH

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/ 2014

KRM 3013 ASAS NOMBORTUGASAN 1

DISEDIAKAN OLEH:NAMANO. MATRIKNO. TELEFON

FARIDAH BT HAMIDD 20112052808

KUMPULAN: UPSI 07 ( A131 PJJ)PENSYARAH E-LEARNING: ENCIK NORAZMAN BIN ARBINTARIKH SERASH: 17 NOVEMBER 2013

ISI KANDUNGAN

PERKARA

M/S

Sekilas Bicara..........2

Isi Kandungan..........3

Aktiviti Pengajaran 1..........

OPERASI KIRA TOLAK MELIBATKAN DUA NOMBOR PECAHAN..........

Lampiran- gambar BBM..........

Aktiviti Pengajaran 2..........

PENGAJARAN PENYELESAIAN MASALAH MELIBATKAN PERATUS..........

Lampiran -gambar BBM..........

Rujukan ..........

AKTIVITI PENGAJARAN 1

TAJUK 1: OPERASI KIRA TOLAK MELIBATKAN DUA NOMBOR PECAHAN

Tahun: EmpatTajuk: Pecahan ( Menolak dua pecahan wajar )Objektif pembelajaran: Murid dibimbing untuk menolak pecahan wajar dengan penyebut sehingga 10. Hasil pembelajaran: i. Menolak dua pecahan wajar yang penyebutnya sama sehingga 10 kepada bentuk termudah.Masa: 30 minitPengetahuan sedia ada: Murid telah mempelajari tentang pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya hingga 10.

LANGKAH 1: ( 3 minit )

Cadangan aktiviti: Guru menunjukkan daripada sekeping pizza. Guru memberi keping pizza kepada seorang murid. Guru menanyakan kepada murid berapakah bahagian pecahan pizza yang tinggal.

Cadangan komunikasi: Berapa bahagian keping pizza yang ada di atas meja? Berapa bahagian keping pizza yang diambil? Berapa bahagian keping pizza yang tinggal? Nyatakan bahagian keping pizza dalam bentuk pecahan. Nyatakan pecahan dalam bentuk termudah.

LANGKAH 2: ( 10 minit )Cadangan aktiviti:Mencari menggunakan kit demo pecahan: Guru memberi penerangan tentang operasi kira tolak melibatkan dua nombor pecahan bagi situasi tadi di papan tulis sambil... Guru menggunakan kit demo pecahan bagi menunjukkan Guru meminta murid mengira kepingan-kepingan kit demo pecahan yang terdapat 5 keping semuanya ( . Guru mengeluarkan 1 keping ( . Guru menanyakan baki yang tinggal. Guru menegaskan sebelum operasi kira tolak dilakukan, murid perlu memastikan penyebutnya adalah sama. Menjelaskan kepada murid hasil tolak yang diperolehi ialah perlu dipermudahkan menjadi . Tegaskan adalah pecahan setara bagi .

Diberi

Diminta :baki

2 2

Selesaikan : :

Cadangan komunikasi: Apakah nilai pecahan yang ditunjukkan ini? Ada berapa kepingkah kit demo ini? Berapakah yang tinggal sekiranya daripanya diambil? Apakah operasinya? Bagaimanakah ayat matematik pecahan tolak ini? Tuliskan. Perhatikan, adakah penyebutnya sama? Tolakkan pengangka 5 dengan 1 . Apakah jawapannya? = 4 Terus tulis penyebutnya 6. Adakah jawapan boleh dipermudahkan? Ya. Lihat pecahan ini, 4 dan 6 berada dalam sifir berapa? Bahagikan penyebutd an pengangka dengan sifir yang sama untuk mendapatkan bentuk pecahan termudah.

Ulang beberapa kali aktiviti di atas (latih tubi) dengan menggunakan kit demo pecahan bagi contoh soalan penolakan nombor pecahan yang lain pula sehingga murid faham.

LANGKAH 3: (7 minit )

Cadangan Aktiviti:

Mencari menggunakan lipatan kertas:

Buat aktiviti secara berpasangan. Guru member l satu jalur kertas pada setiap pasangan. Guru mengarahkan lipat jalur kertas tersebut kepada 9 bahagian. Setiap bahagian mewakili . Guru mengarahkan murid mewarnakan atau lorek 7 bahagian untuk mewakili Guru meminta murid memotong daripada bahagian yang dilorek. Guru menyoal murid berapakah bahagian yang tinggal. Guru meminta seorang murid menulis kiraan tersebut di papan tulis.

Cadangan komunikasi:

Buat aktiviti ini secara berpasangan. Ambil satu jalaur kertas ini. Sila lipat jalur kertas tersebut kepada 9 bahagian. Tulis pada setiap bahagian yang dilipat. lorek 7 bahagian untuk mewakili Potong daripada bahagian yang dilorek. Berapakah bahagian yang tinggal.

Tulis kiraan tolak nombor pecahan tersebut di papan tulis.

Ulang beberapa kali aktiviti di atas (latih tubi) dengan menggunakan helaian jalur kertas bagi contoh soalan penolakan nombor pecahan yang lain pula secara berpasangan bagi mengukuhkan kefahaman murid.

LANGKAH 4: (7 minit) Guru mengedarkan lembaran kerja. (LEMBARAN KERJA 1) Murid mebuat latihan pada lembaran kerja mengikut arahan.

LANGKAH 5: (3 minit) Membincangkan hasil kerja murid.

Lembaran kerja 1NAMA:...............................................TARIKH :........................

1. Tolak pecahan di bawah ini :a.

b.

c. d.

2. Tolak. Berikan jawapan dalam bentuk termudah:a. b.

c. d.

GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR ( AKTIVITI PENGAJARAN 1)

KIT DEMO PECAHAN

LIPATAN JALUR KERTAS

AKTIVITI PENGAJARAN 2

TAJUK 2: PENGAJARAN PENYELESAIAN MASALAH MELIBATKAN PERATUS

Tahun: LimaTajuk: Peratus ( Penyelesaian masalah )Objektif pembelajaran: Murid diajar perkaitan antara pecahandengan peratus.Hasil pembelajaran: iv. Menyelesaikan masalah harian melibatkan hubungan di antara peratus dan pecahan .Masa: 30 minitPengetahuan sedia ada: Murid telah menguasai tajuk pecahan .

LANGKAH 1: ( 10 minit )

Cadangan aktiviti:

Mengaitkan konsep peratus dan hubungannya dengan pecahan. Murid dibahagi kepada kumpulan 3 orang. Guru mengedarkan setiap kumpulan dengan satu kad petak yang mengandungi 100 petak yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna dan sehelai jadual yang perlu diisi. Kad petak berkenaan terdiri daripada 30 petak berwarna kuning, 20 petak berwarna merah, 40 petak berwarna biru dan 10 petak berwarna hijau. Murid-murid mencatat bilangan petak dengan mengira sendiri warna-warna petak berkenaan dan menulisnya pada jadual yang di sediakan. Murid mengira peratus petak mengikut warna, dan isikan jadual. Guru menyuruh murid, merumuskan maksud peratus berdasarkan aktiviti. Guru menunjukkan kad-kad nombor pecahan dan meminta murid menyebut peratus bagi setiap pecahan tersebut. Perbincangan kelas dibuat bagi mendapatkan rumusan tentang maksud peratus yang sebenar.

Cadangan komunikasi: Kira petak mengikut warna dan tulis bilangannya pada jadual yang disediakan. Lengkapkan jadual yang diberi dengan menuis nombor pecahan dan nombor peratus berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kad petak. Setiap kumpulan berikan jawapan. Apakah rumusan atau perkaitan yang dapat diperolehi. Perhatikan kad nombor pecahan ini. Apakah nombor pecahan ini? Apakah persamaan peratusnya?

Contoh KAD PETAK BERWARNA:

LENGKAPKAN JADUAL DI BAWAH:

BilWarnaJumlah petak mengikut warnaJumlahkeseluruhanpetak

Peratus petak mengikut warna

1Kuning

2Merah

3Biru

4Hijau

Contoh KAD NOMBOR PECAHAN

LANGKAH 2: ( 3 minit )

Cadangan aktiviti:Menukar nombor pecahan kepada peratus. Guru memberi sekeping kad soalan (kad soalan 1) pemasalahan kepada seorang murid dan meminta membacanya. Guru bersoal jawab tentang kehendak soalan.

(kad soalan 1)Terdapat 100 buah buku di atas rak. 10 daripada buku tersebut ialah buku Sains, 28 buah buku Bahasa Malaysia dan selebihnya buku Matematik. Barapa peratuskah buku Matematik?

Cadangan komunikasi: Sila baca kad soalan ini. Perhatikan, apakah yang diberi? Perhatikan juga, apakah yang diminta? Apakah operasi yang terlibat? Fikirkan, bagaimana penyelesaian untuk mencari peratusnya?

LANGKAH 3: ( 5 minit )

Cadangan Aktiviti: Guru mencatat maklumat di papan tulis. Guru menerangkan langkah demi langkah pengiraan.

buku SainsBuku Bahasa MalaysiaDiberi

Diminta :Peratus buku Matematik

+, x, -Operasi :

Langkah 1 : Menambah nombor pecahan. Langkah 2: Menukarkan pecahan kepada peratus. Langkah 3: Menolak nombor peratusMaka; .................1 0 0 3 8 6 2Buku Matematik: Selesaikan : :

Cadangan komunikasi: Berapa buahkah buku Sains? 10 buah Apakah pecahannya?

Berapa buahkah buku Bahasa Malaysia? 28 buah Apakah pecahannya?

Tambah kedua-dua pecahan ini. + Berapakah pecahan untuk mewakili dua jenis buku itu? Tukar hasil tambah pecahan tadi kepada bentuk peratus dengan mendarabkan dengan 100%. x 100% = 38% Tolak 100 % dengan 38%. 62%

Ulang beberapa kali aktiviti di atas (latih tubi) bagi penyelesaian masalah melibatkan peratus.

LANGKAH 4: ( 5 minit )

Cadangan Aktiviti: Aktiviti berkumpulan. ( Penyelesaian masalah melibatkan peratus)

Murid dibahagi kepada kumpulan 4 orang. Guru mengedarkan setiap kumpulan dengan satu kad soalan bagi penyelesaian masalah yang berlainan bagi setiap kumpulan. Guru meminta murid memahami masalah. Guru meminta murid memikirkan cara penyelesaian masalah Murid cuba melaksanakan penyelesaian masalah yang melibatkan peratus. Setiap kumpulan membentangkan hasil jawapan.

Cadangan komunikasi: Sila baca kad soalan ini. Perhatikan, apakah yang diberi? Perhatikan juga, apakah yang diminta? Apakah operasi yang terlibat? Fikirkan, bagaimana penyelesaian untuk mencari peratusnya?

Contoh KAD SOALAN ( Untuk aktiviti kumpulan)

(kad soalan 1) Danial telah mengumpul RM50 daripada wang sakunya pada bulan Julai. Bagaimanapun RM15 daripada wang tersebut telah digunakan untuk membeli buku aktiviti. Berapa peratuskah wang yang berjaya disimpan oleh Danial?

(kad soalan 2)Terdapat 50 biji bola. 13 biru, 27 merah dan yang lain kuning. Nyatakan peratus bola biru dan kuning.

LANGKAH 5: (7 minit) Guru mengedarkan lembaran kerja. (LEMBARAN KERJA 2) Murid mebuat latihan pada lembaran kerja mengikut arahan. Membincangkan hasil kerja murid.

Lembaran kerja 2NAMA:............................................................TARIKH:...................................Selesaikan pemasalahan di bawah:

a. 16 orang daripada 25 orang murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Sungai Machang adalah murid lelaki. Nyatakan peratus bagi murid Tahun 5.

b. Dalam satu latihan bola keranjang, Firdaus menjaringkan 1 daripada 4 lontaran percuma. Berapa peratus jaringannnya?

c. 57 orang daripada 100 orang murid Tahun 4 dan 5 mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kemerdekaan. Nyatakan peratus murid yang tidak mengambil bahagian.

d. Daripada 50 soalan Matematik, Aini hanya mendapat 37 betul. Berapakah peratuskah markah Matematik Aini?

GAMBAR BAHAN BANTU MENGAJAR ( AKTIVITI PENGAJARAN 2)

KAD PETAK BERWARNA KAD NOMBOR PECAHAN

KAD SOALAN PERATUS

RUJUKAN:Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad .(2012).Modul KRM3013 Asas Nombor.Tanjung Malim : Universiti Perguruan Sultan Idris

Mohamad Khairuddi bin Yahya, Marzita Puteh, Santi Periasamy (2012). Matematik Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: DBP, KPM

Wan Yusof bin Wan Ngah, Lee Gik Lean, Rabiyah binti Fakir Mohd (2011). Matematik Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: DBP, KPM

Mohamad Khairuddi bin Yahya, Marzita Puteh, Santi Periasamy (2012). Matematik Tahun 6Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: DBP, KPM

2013. KSSR Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah Kebangsaan Tahun 4, Putra Jaya: BPK

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Spesifikasi Kurikulum Matematik Tahun 4, Putra Jaya: BPK

Baharin Shamsudin (1990).Siri Pendidikan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Sekolah Rendah Buku .Kuala Lumpur : DBP, KPM

http://fatimah-blogmte3109.weebly.com/http://hajibahbasni.blogspot.com/2012_12_01_archive.htmlhttp://www.slideshare.net/mezalya/tugasan-2-asas-nomborhttps://staf-digital.upsi.edu.my/xythoswfs/webui/_xy-651809_1-t_naDUwH3v

10