minyak sawit dan getah -...

Download Minyak Sawit dan Getah - etp.pemandu.gov.myetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Palm_Oil_R… · Sawit ialah komoditi terpenting bagi Malaysia, dengan kawasan tanaman

If you can't read please download the document

Upload: ledang

Post on 06-Feb-2018

271 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • Minyak Sawit dan Getah

    86

    LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

  • Sawit ialah komoditi terpenting bagi Malaysia, dengan kawasan tanaman seluas 4.9 hektar dan pengeluaran minyak sawit mentah sebanyak 17 juta tan pada 2010. Malaysia juga adalah salah sebuah pengeksport terbesar minyak sawit mentah dan dieksport ke lebih 100 buah negara dengan pendapatan eksport bernilai RM62 bilion. Industri sawit merupakan salah satu daripada Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Industri ini disasarkan untuk mencapai Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM178 bilion pada tahun 2020. Lapan Projek Permulaan (EPP) sedang dilaksanakan untuk mencapai sasaran ini.

    Pada tahun 2011, keputusan kesemua Projek Permulaan (EPP) amat menggalakkan. Impak dapat dilihat di dalam inisiatif penanaman semula, dimana jumlah hektar tanah yang telah ditanam semula dapat dikekalkan berbanding tahun sebelumnya, walaupun harga minyak sawit mentah tinggi. Pihak industri juga berjaya untuk memperbaiki kadar kemerosotan bagi perahan minyak, disamping menyumbang kepada PNK.

    Di bawah NKEA Getah, empat EPP sedang dilaksanakan, termasuk mengekalkan seluas sejuta hektar kawasan getah yang boleh ditoreh meningkatkan hasil purata getah. Ia juga meliputi usaha memacu perkembangan aktiviti hiliran dan mengkomersialkan produk-produk getah baru. Industri getah dijangka menyumbang sebanyak RM52.9 bilion kepada PNK pada tahun 2020.

    Saya berbesar hati untuk memaklumkan kemajuan baik telah dicapai bagi semua sasaran. Ini mencerminkan komitmen semua pihak yang terlibat, agensi-agensi kerajaan dan pihak swasta. Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada pasukan NKEA Minyak Sawit dan Getah atas usaha mereka yang tidak mengenal erti penat lelah dalam memastikan kejayaan NKEA ini.

    Tan Sri Bernard Dompok

    Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

    87

    NKEA: Minyak Sawit dan Getah Perutusan Menteri

  • Minyak Sawit dan GetahIndustri minyak sawit merupakan salah satu penyumbang utama ekonomi negara dengan kawasan tanaman seluas 4.9 juta hektar

    Minyak Sawit Industri minyak sawit merupakan salah satu penyumbang utama ekonomi negara dengan kawasan tanaman seluas 4.9 juta hektar. Melalui dasar strategik serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), industri ini telah mengalami pertumbuhan berterusan sejak bertahun dan ianya kini dikembangkan menerusi sektor hiliran.

    Sektor sawit berdepan dengan beberapa isu. Pembangunan industri sawit secara amnya adalah berpaksikan ke arah sektor huluan, di mana sumbangan industri sawit datangnya dari eksport minyak sawit mentah. Mengikut perangkaan, masih terdapat kawasan tanaman yang terdiri dari pokok-pokok sawit tua yang kurang produktif dan perlu ditanam semula. Ini akan memberi kesan terhadap pengeluaran buah tandan segar (BTS) dan minyak sawit mentah (MSM) sama ada untuk dieksport atau untuk sektor hiliran.

    Lapan EPP telah dikenalpasti di bawah NKEA Minyak Sawit. Semua EPP ini dibahagikan kepada dua teras strategik. Teras strategik pertama bermatlamat untuk memastikan kelestarian dan meningkatkan daya pengeluaran sektor huluan. Lima EPP di bawah teras ini adalah seperti berikut:

    EPP 1: Mempercepatkan penanaman semula dan penanaman baru sawit

    EPP 2: Meningkatkan tuaian BTS

    EPP 3: Meningkatkan produktiviti pekerja

    EPP 4: Meningkatkan kadar pengekstrakan minyak

    EPP 5: Membangunkan kemudahan biogas di kilang sawit

    Teras strategik kedua adalah bagi membangunkan sektor hiliran bagi industri minyak sawit, pengembangan pengeluaran bahan terbitan oleo yang bermutu tinggi, pengkomersialan bahan api bio generasi kedua untuk penjanaan kuasa dan juga mempercepat pertumbuhan produk-produk makanan dan produk-produk kesihatan dalam sektor hiliran. Tiga EPP di bawah teras ini adalah seperti berikut:

    EPP 6: Tumpuan terhadap bahan terbitan oleo bernilai tinggi

    EPP 7: Mengkomersialkan bio-fuel generasi kedua; dan

    EPP 8: Mempercepat pertumbuhan produk makanan dan kesihatan dalam segmen hiliran

    Di bawah NKEA Minyak Sawit, sasaran sumbangan kepada PNK bagi tahun 2020 ialah sebanyak RM178 bilion dan 41,600 peluang kerja.

    GetahIndustri getah Malaysia meliputi keseluruhan rantaian nilai daripada peringkat huluan sehinggalah aktiviti peringkat hiliran. Industri ini menghadapi saingan sengit daripada dua negara pengeluar getah utama getah iaitu Indonesia dan Thailand. Analisis awal ke atas data Lembaga Getah Malaysia pada Julai 2010 menganggarkan industri getah akan menyumbang sebanyak RM31.1 bilion kepada peningkatan PNK pada tahun 2020.

    Pada November 2010, satu makmal telah dikendalikan oleh PEMANDU dan Lembaga Getah Malaysia, yang turut melibatkan pemain-pemain utama dalam industri getah. Empat EPP telah dikenalpasti dalam makmal tersebut dan diunjurkan akan menyumbang sebanyak RM52.9 bilion kepada PNK pada tahun 2020:

    EPP 1: Meningkatkan purata produktiviti nasional getah asli

    EPP 2: Memastikan kemampanan sektor huluan getah

    EPP 3: Meningkatkan bahagian dalam pasaran sarung tangan getah dunia kepada 65 peratus menjelang tahun 2020

    EPP 4: Mengkomersialkan Ekoprena dan Pureprena (Getah Hijau)

    NKEA Minyak Sawit dan Getah disasarkan akan menyumbang sebanyak RM230.9 bilion kepada PNK menjelang 2020.

    88

    LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

  • NkEa Minyak Sawit dan Getah kPI (kuantitatif)

    Bil. KPI Sasaran (FY)

    Aktual (YTD)

    Pencapaian

    Kaedah 1 Kaedah 2 Kaedah 3

    % %

    EPP #1 Kawasan tertunda dibersihkan oleh syarikat perladangan dan peneroka (hektar)

    100,000 83,200 83% 83% 0.5

    Kawasan penanaman semula dan baru oleh pekebun kecil (hektar)

    26,500 19768.54 75% 75% 0.5

    EPP #2 Jumlah pegawai TUNAS direkrut dan dilatih 100 100 100% 100% 1.0

    Jumlah koperasi pekebun kecil 10 11 110% 100% 1.0

    Kawasan syarikat perladangan/pekebun kecil yang patuh COP/NSGAP/RSPO/amalan baik (hektar)

    125,000 124,294 99% 99% 0.5

    EPP #3 Jumlah Cantas dijual kepada syarikat perladangan dan pekebun kecil

    3,000 2,189 73% 73% 0.5

    Jumlah alat pengasah Diamond dipakai oleh syarikat dan pekebun kecil

    3,000 3,633 121% 100% 1.0

    EPP #4 Kilang yang mempunyai pegawai penguatkuasa MPOB khusus 186 186 100% 100% 1.0

    Jumlah kilang minyak diiktiraf patuh Kod Amalan Baik oleh MPOB

    20 20 100% 100% 1.0

    Kadar Pengekstrakan Minyak 20.75% 20% 98% 98% 0.5

    EPP #5 Jumlah keseluruhan kilang yang dibina dengan kemudahan biogas

    36 48 133% 100% 1.0

    EPP #6 Kadar pemanfaatan dana pemerolehan pra-komersialisasi dan teknologi

    254.20 225.3 89% 89% 0.5

    Jumlah keseluruhan pelaburan dalam bidang penghasilan bahan-bahan oleo-derivative (RM juta)

    57.6 81.177 141% 100% 1.0

    EPP #7 Peratus siap (1) projek pembangunan dan pembinaan loji minyak bio

    40% 22% 56% 56% 0.5

    EPP #8 Pengambilan dana untuk produk-produk makanan dan kesihatan

    100% 92% 92% 92% 0.5

    Jumlah IKS ikut-serta dalam model teras 2 2 100% 100% 1.0

    Pendapatan baru daripada komersialisasi produk-produk makanan dan kesihatan oleh MPOB

    20 22.8 114% 100% 1.0

    EPP #1 Pendapatan Malaysia daripada eksport produk latex (RM juta) 11,770 11,290 96% 96% 0.5

    Pendapatan eksport Malaysia daripada getah asli dan getah kompaun (RM juta)

    16,550 17,520 106% 100% 1.0

    Peratus penyiapan sebuah loji Ekoprena 100% 80% 80% 80% 0.5

    98% 92% 75%

    Kaedah 1 menyediakan refleksi pencapaian KPI sebenar. Jika mana-mana KPI melepasi sasarannya dengan ketara, keputusannya akan dibentangkan dalam peratusan yang besar dengan melebihi had 100 peratus.

    Kaedah 2 direka untuk menampung pencapaian KPI dengan keputusan kuantitatif yang ketara. Di bawah kaedah ini, apa-apa pencapaian dihadkan kepada 100 peratus.

    Kaedah 3 mewakili gambaran mudah pencapaian KPI. Sasaran KPI yang telah dipenuhi atau melebihi diberi gred 1. KPI yang mencapai lebih separuh daripada sasarannya diberi gred 0.5, dan KPI yang kurang daripada separuh sasaran mereka diberi gred 0.

    Rajah 5.1

    Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2011

    89

    NKEA: Minyak Sawit dan Getah Gambaran Keseluruhan

  • Projek Permulaan

    EPP ini akan mempercepatkan penanaman semula pokok-pokok sawit oleh syarikat perladangan dan pekebun kecil meliputi kawasan sekitar 370,000 hektar yang memberi hasil tuaian yang rendah. EPP ini akan dilaksanakan dengan menggunakan bahan tanaman yang bermutu tinggi akan meningkatkan penghasilan buah sawit dan tuaian yang lebih tinggi, iaitu pada kadar 26.2 tan sehektar setahun menjelang tahun 2020. Pada masa ini, anggaran tuaian hanya pada kadar 21 tan sehektar setahun.

    EPP ini khasnya diurus oleh pihak swasta. Syarikat perladangan dan pekebun kecil telah pun memulakan kerja penanaman semula sebagai sebahagian daripada model perniagaan mereka. Kerajaan akan memberi bantuan kepada pekebun-pekebun kecil persendirian dengan pemberian geran sebanyak RM7,000 sehektar di samping bantuan sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh dua tahun bagi mempercepatkan proses penanaman semula pokok sawit. Di Sabah dan Sarawak, Jawatankuasa PEMANDU NKEA Minyak Sawit juga memperluaskan skop projek ini bagi pembukaan tanah baru bagi penanaman sawit oleh pekebun kecil.

    Pencapaian Sehingga Disember 2011, penanaman semula telah dijalankan ke atas kawasan tanaman seluas 102,969 hektar. Daripada jumlah ini, kawasan yang telah ditanam oleh syarikat perladangan dan pekebun kecil berkelompok adalah seluas 83,200 hektar, dengan pelaburan dianggarkan sebanyak RM582.4 juta. Selain itu, keluasan kawasan tanaman semula dan baru oleh para pekebun

    Mempercepat Penanaman Semula dan Penanaman Baru Sawit

    kecil persendirian ialah sekitar 19,800 hektar. Dianggarkan sebanyak RM169 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan pada tahun 2011 sebagai geran untuk membantu para pekebun kecil persendirian.

    Rajah 5.2

    kendalian Sektor Swasta Hektar

    Kawasan tertunggak yang telah disempurnakan kerja penanaman semulanya oleh syarikat perladangan dan pekebun kecil tersusun

    83,200

    kawasan penanaman semula dan baru oleh pekebun kecil persendirian

    Hektar

    Permohonan diterima 37,423.64

    Permohonan disahkan dan diluluskan 29,995.09

    Kerja meratakan tanah dan penanaman semula 19,768.54

    Langkah Seterusnya Untuk mengulangi kejayaan inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan pada tahun 2011, MPOB pada tahun 2012, mensasarkan jumlah keseluruhan kawasan penanaman semula dan baru sebanyak 40,000 hektar oleh pekebun-pekebun kecil persendirian dan sebanyak 100,000 hektar kawasan penanaman semula tertunggak oleh syarikat-syarikat perladangan dan para pekebun kecil berkelompok. Jumlah pelaburan sektor awam dan swasta dijangka akan mencapai RM980 juta dalam tahun 2012 bagi 140,000 hektar di bawah EPP ini.

    EPP 1

    Rajah 5.3

    Hektar Purata harga CPO (RM)

    0.00 0

    500

    1000

    1500

    2000

    2500

    3000

    3500

    4000

    20,000.00

    40,000.00

    60,000.00

    80,000.00

    100,000.00

    120,000.00

    140,000.00

    2009 2010 2011

    92,557.62 ha

    RM2240

    RM2747

    RM3278

    116,840.16 ha

    102,969 ha

    Keluasan Tanah Tanam Semula dan Tanam Baru Sawit

    90

    LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

  • Kurangnya pendedahan mengenai amalan-amalan baik dan ekonomi berskala kecil di kalangan pekebun kecil telah menyebabkan tuaian yang rendah jika dibandingkan dengan hasil yang diperolehi oleh para pekebun kecil berkelompok dan syarikat-syarikat perladangan. Untuk meningkatkan kadar purata hasil tuaian BTS negara, MPOB mensasarkan untuk membolehkan seramai 161,000 pekebun kecil persendirian dari seluruh negara untuk mewujudkan koperasi dimana koperasi-koperasi ini akan diberi khidmat nasihat dan saluran bantuan secara lebih teratur oleh pegawai-pegawai TUNAS (Tunjuk, Ajar dan Nasihat).

    Kejayaan program penanaman semula di bawah EPP 1 dan penubuhan koperasi pekebun kecil persendirian di bawah skim usahasama akan meningkatkan kadar purata hasil tuaian ke 26.2 tan per hektar setahun menjelang 2020.

    Pencapaian Pada tahun 2011, MPOB telah melantik dan menghantar 100 orang pegawai TUNAS ke seluruh negara untuk memberikan khidmat nasihat, khasnya kepada pekebun kecil persendirian

    Meningkatkan Hasil Tuaian Buah Tandan Segar (BTS)

    Rajah 5.4

    Lokasi (kluster) Bil. Pekebun kecil

    Hektar koperasi

    Jangkaan keanggotaan

    Hektar

    Tongod, Sabah 1,230 4,920 615 2,460

    Saratok, Sarawak 544 1,870 544 1,870

    Kunak, Sabah 910 8,265 455 4,103

    Jasin, Melaka 912 3,824 456 1,912

    Kluang Utara, Johor 5,689 19,542 2,845 9,771

    Belaga, Sarawak 511 1,191 511 1,191

    Kinabatangan, Sabah 3,648 22,104 1,824 11, 052

    Tawau, Sabah 1,644 11,202 822 5,601

    Kulaijaya, Johor 2,355 7,065 1,178 3,533

    Kuala Selangor Selatan, Selangor 2,683 5,173 1,342 2,587

    Temerloh, Pahang 1,185 6,001 593 3,001

    Beluran, Sabah 4,701 26,917 2,351 13,459

    Bera, Pahang 2,350 9,350 1,175 4,675

    Selama, Perak 1,378 4,425 689 2,212

    Serian, Sarawak 704 3,358 704 3,358

    Jumlah 30,444 135,207 16,104 70,785

    yang mengusahakan kawasan-kawasan yang berkehasilan rendah. Di bawah EPP ini, MPOB mempunyai 307 pegawai di seluruh negara.

    Selain memberikan khidmat nasihat, para pegawai TUNAS juga ditugaskan untuk memberi panduan kepada pekebun kecil persendirian melalui penubuhan koperasi, agar mereka memperoleh manfaat dalam aspek kecekapan dan operasi berskala besar.

    Setakat ini, sejumlah 15 koperasi telah diwujudkan oleh Lembaga MPOB. Koperasi-koperasi ini terlibat mengusahakan kawasan seluas hampir 135,000 hektar yang dimiliki oleh 30,444 pekebun kecil di beberapa negeri, termasuk Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

    Hasil tuaian BTS negara dijangka meningkat melepasi penurunan kadar hasil tuaian selama dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2009 dan 2010. Peningkatan ini adalah kesan pelaksanaan EPP 1 dan 2.

    (bersambung)

    EPP 2

    91

    NKEA: Minyak Sawit EPP 1 EPP 2

  • Rajah 5.5

    Rajah 5.6

    15

    16

    17

    18

    19

    20

    21

    22

    2007 20092008 2011*2010

    Hasil tuaian Semenanjung Malaysia

    Hasil tuaian Sabah dan Sarawak

    Hasil tuaian negara19.03

    20.18

    19.20

    18.03

    19.69

    Hasil Tuaian (tan per hektar)

    Hasil Tuaian (tan per hektar) 2007 2008 2009 2010 2011*

    Hasil tuaian Semenanjung Malaysia 17.59 19.63 19.36 17.91 19.24

    Hasil tuaian Sabah dan Sarawak 20.68 20.78 19.04 18.15 20.10

    Hasil tuaian negara 19.03 20.18 19.20 18.03 19.69

    * berdasarkan statistik daripada MPOB

    Langkah Seterusnya MPOB akan mengambil 60 lagi pegawai TUNAS dalam masa dua tahun akan datang bagi mempercepatkan penubuhan tujuh koperasi baru dan untuk meningkatkan kadar purata hasil tuaian negara kepada 26.2 tan per hektar setahun pada tahun 2020.

    EPP 2 (sambungan mukasurat sebelum)

    92

    LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

  • Rajah 5.7

    Rajah 5.8

    0

    500

    1000

    1500

    2000

    2500

    2007 2008 2009 2010 2011

    580

    216

    600

    2189

    259

    Unit

    Rekod Penjualan Cantas (unit)

    Pekerja sedang menggunakan Cantas

    Bekalan buruh di ladang-ladang Malaysia terjejas apabila buruh-buruh asing lebih suka bekerja di ladang-ladang di negara asal berbanding berhijrah ke Malaysia. Pada masa yang sama, warga tempatan juga tidak berminat untuk bekerja di ladang sawit.

    Kesannya, industri sawit tidak boleh bergantung kepada tenaga buruh dan perlu beralih ke arah usaha tingkatkan daya produkitiviti kerja. Ini termasuk menggalakkan pengeluaran dan penggunaan pisau sabit bermotor dikenali (CantasTM) bagi tujuan penuaian BTS dan Diamond sharpening tool yang mengurangkan kekerapan mengasah berbanding alat pengasah biasa.

    CantasTM adalah sabit bermotor sepanjang 15 kaki yang digunakan untuk memetik buah sawit. Galakan MPOB yang berterusan ke atas alat ini telah membawa kepada beberapa penambahbaikan khasnya ke atas motor dan kepala sabit.

    Pencapaian Penggunaan CantasTM oleh syarikat-syarikat perladangan dan para pekebun kecil selama setahun lalu telah meluaskan liputan kawasan penuaian dan juga daya pengeluaran sehari bagi setiap pemetik.

    Menerusi penggunaan CantasTM, kawasan liputan dan daya pengeluaran setiap seorang pemetik meningkat sekurang-kurangnya sebanyak 50 peratus.

    kategori Cantas Manual Perbezaan % Peningkatan

    Produktiviti (MT/per pekerja per hari)

    2.69 1.67 +1.02 +61

    Nisbah pekerja kepada tanah (hektar)

    1:34 1:22 +12 +55

    Nisbah alat kepada tanah (hektar)

    1:102 1:43 +59 +137

    Melalui maklum balas yang diterima dari pengguna, MPOB telah membantu pengeluar CantasTM menyediakan prosedur kawalan mutu seperti ujian bebas-kecacatan semasa penghantaran kepada pengguna. Fasa pengujian produk juga telah diperkemas dengan pemeriksaan yang rapi baik di kilang pengeluar mahupun di ladang. Sehingga kini, dua pengeluar CantasTM iaitu Fancy Power Sdn. Bhd. dan Jariz Technologies Sdn. Bhd. mempunyai pusat servis di seluruh Malaysia. Selain itu, dua pengeluar baru telah diberikan lesen untuk memulakan operasi pada tahun 2011. Prototaip mereka dijangka akan siap pada suku tahun pertama 2012.

    Pada tahun 2011, Kerajaan telah memperkenalkan skim diskaun CantasTM sebanyak RM1,000 untuk pekebun kecil. Skim ini kemudiannya turut dikembangkan kepada syarikat-syarikat perladangan.

    Sejumlah 2,189 unit CantasTM dan 3,633 unit alat Diamond sharpening tool telah dibeli oleh syarikat-syarikat perladangan dan pekebun kecil. Sejak pengenalannya, rekod jualan CantasTM yang tertinggi direkodkan pada tahun 2011.

    Langkah SeterusnyaMPOB dengan kerjasama pengeluar CantasTM akan meneruskan usaha promosi dan pemasaran CantasTM syarikat perladangan dan pekebun kecil. Untuk memastikan daya ketahanan CantasTM, MPOB juga akan menjalankan beberapa projek R&D untuk memperkenalkan lebih banyak jenis sabit, dengan panjang galah yang berbeza-beza.

    Meningkatkan Daya Pengeluaran PekerjaEPP 3

    93

    NKEA: Minyak Sawit EPP 3

  • Rajah 5.9

    21.5

    KPM (%)

    21

    20.5

    20

    19.5

    19

    18.5Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul OktSepOgos Nov Dis

    2008

    2009

    2010

    2011Purata tahun2011 (20.35%)Sasaran tahun2011 (20.75%)

    Prestasi Kadar Perahan Minyak 2011

    Jan: 19.7

    Dis: 20.26

    Sejak beberapa tahun yang lalu, KPM berada di tahap kurang memuaskan disebabkan oleh kualiti BTS yang dihantar ke kilang tidak menentu. EPP ini bermatlamat untuk meningkatkan prestasi perkilangan dengan mengasingkan buah-buah yang berkualiti rendah sebelum proses seterusnya. MPOB telah melantik dan meletakkan seramai 186 pegawai penguatkuasa ke kilang-kilang yang berprestasi rendah untuk memberi khidmat nasihat dan penguatkuasaan berkaitan mutu hasil tanaman.

    Pencapaian Mengikut MPOB, kilang-kilang sawit terbahagi kepada empat kategori berasaskan pengambilan hasil tanaman dan prestasi KPM:

    A: KPM < 20 peratus dan menggunakan >50 peratus hasil luaran dari jumlah keseluruhan pengambilan hasil tanaman

    B1: Kilang FELDA

    B2: KPM > 20 peratus atau, menggunakan < 50 peratus hasil tanaman luaran dari jumlah pengambilan keseluruhan

    C: Kilang minyak sawit yang menerima/memproses hasil tanamannya sendiri sahaja

    Meningkatkan Kadar Pengekstrakan Minyak (KPM)

    MPOB juga telah mengenal pasti kilang-kilang sawit mengikut wilayah dan tanggungjawab pasukan penguatkuasaan adalah untuk memastikan prestasi KPM yang tinggi serta khidmat penguatkuasaan sentiasa diberi kepada kilang. Pada 2011, KPM telah melonjak naik daripada penurunan sepanjang tiga tahun pada 19.70 peratus di bulan Januari, kepada kenaikan purata sebanyak 20.35 peratus pada akhir tahun. EPP ini telah menghasilkan peningkatan KPM dan berjaya mencegah musim penurunan yang lazimnya terjadi dalam dua penggalFebruari-Mac dan Jun-Ogos.

    Langkah Seterusnya Tumpuan pada tahun 2012 akan diberikan kepada peningkatan KPM kebangsaan kepada 21.05 peratus. 55 orang pegawai penguatkuasa lagi akan dilantik dan dihantar ke kilang-kilang milik FELDA untuk memantau proses penerimaan BTS di kilang dan pengasingan BTS bagi memastikan hanya hasil tanaman yang baik yang akan diproses.

    EPP 4

    94

    LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

  • Rajah 5.10

    0

    40

    30

    20

    10

    50

    60

    Siap dan beroperasi Sedang dibina Perancangan

    Jumlah kilang sawit

    48

    21

    46

    Pembangunan Loji Biogas pada tahun 2011

    Gas metana, iaitu gas rumah hijau yang memberi kesan terhadap pemanasan global terhasil semasa proses perawatan sisa kilang sawit. Gas ini juga memerangkap lebih banyak suhu panas berbanding karbon dioksida.

    Untuk mengawal pelepasan gas ini ke udara, EPP 5 meletakkan sasaran untuk menggalakkan lebih banyak kilang sawit memerangkap gas metana bagi menjana tenaga elektrik, dan secara langsung membolehkan kilang-kilang sawit beroperasi secara lebih mesra alam. Tenaga yang dijana ini boleh dijual kepada pembekal tenaga elektrik negara atau dimanfaatkan untuk kegunaan kilang sawit. Langkah ini juga akan membawa kepada pematuhan terhadap penjimatan pengeluaran gas rumah hijau sebanyak 35 peratus yang ditetapkan untuk biodiesel di bawah EU Renewable Energy Directive dan ini akan membuka lebih banyak peluang pemasaran biodiesel ke Eropah.

    Pencapaian Sehingga Disember 2011, sebanyak 48 loji biogas telah siap dan beroperasi. Dua daripada loji berkenaan dipasang ke grid elektrik. 21 loji lagi sedang dibina di kilang-kilang sawit dan 46 kilang lagi telah mula merancang pembinaan loji biogas.

    Membangunkan Loji Biogas di Kilang Minyak Sawit

    Langkah Seterusnya Pada Disember 2011, program Feed-in-Tariff (FiT), iaitu suatu mekanisme dasar yang bertujuan menggalakkan pelaburan dalam teknologi tenaga boleh diperbaharui telah diperkenalkan dengan penawaran insentif-insentif tenaga yang menarik kepada para pengeluar biogas untuk menjual tenaga elektrik kepada grid. MPOB, bersama-sama Tenaga Nasional Berhad (TNB), akan mengenalpasti kilang-kilang yang mempunyai loji biogas yang lengkap yang sesuai untuk dihubungkan dengan grid bagi mendorong penggunaan tenaga hijau di Malaysia. Usahasama ini membuktikan komitmen Malaysia terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui (renewable sources of energy) daripada industri minyak sawit.

    Bagi tahun yang akan datang, MPOB juga akan memberi tumpuan terhadap penyiapan loji biogas yang sedang dibina di 21 buah kilang dan melaksanakan rancangan pembinaan loji biogas yang telah dibuat oleh 46 buah kilang yang lain dengan membekalkan teknologi dan khidmat nasihat kepada kilang-kilang terbabit.

    EPP 5

    95

    NKEA: Minyak Sawit EPP 4 EPP 5

  • Kilang oleokimia yang sedang beroperasi

    Salah satu kilang oleokimia yang sedang beroperasi

    Pasaran dalam industri oleokimia asas semakin tepu dan industri ini telah berhenti berkembang. Industri hiliran bukan-makanan semasa menghasilkan 99 peratus oleokimia asas seperti asid lelemak, alkohol lelemak, dan gliserin, dan menghasilkan hanya satu peratus bahan terbitan bernilai-tambah lebih tinggi.

    Sasaran EPP6 ialah untuk mengubah komposisi industri hiliran ke arah pengeluaran lebih banyak bahan terbitan bernilai tinggi. Pasaran hiliran tempatan yang berkembang juga memainkan peranan penting melindungi pengeluar huluan daripada kejutan harga komoditi.

    Pencapaian Pada tahun 2011, empat cadangan perniagaan utama untuk membangunkan kilang bahan terbitan oleo di Lembah Klang dan Pulau Pinang telah dikemukakan untuk dinilai dan diluluskan oleh Jawatankuasa PEMANDU NKEA Minyak Sawit di bawah EPP 6. Syarikat-syarikat terbabit, dengan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM1.33 bilion dalam jangkamasa dua tahun akan datang, ialah:

    Rajah 5.11

    Syarikat-syarikat anggaran pelaburan (RM juta)

    Emery Oleochemicals Group 416

    ICM Specialty Chemicals Sdn Bhd 134.4

    KL Kepong Berhad 646

    IOI Oleochemical Industries Berhad

    130

    Jumlah 1326.4

    Sehingga ini, Emery Oleochemicals Group telah mencapai perkembangan baik. Syarikat tersebut menunjukkan komitmen untuk membangunkan tiga kilang bahan terbitan oleo di Teluk Panglima Garang, Selangor, bagi menghasilkan pelincir bio, bahan-bahan tambah mesra alam (green additives) dan surfaktan.

    Kilang pelincir bio pertama telah siap dibina dan akan dapat memulakan operasi pada suku tahun pertama 2012 manakala dua lagi kilang masih di tahap pembinaan.

    Empat syarikat besar yang lain akan turut memulakan pembinaan kilang bahan terbitan oleo pada tahun 2012 dengan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM1 bilion.

    Membangunkan Bahan-bahan Terbitan Oleo

    ICM Specialty Chemicals Sdn Bhd, sebuah usahasama di antara RSA Jaya dan Chemical Mate, dengan sokongan teknologi daripada Inventa Technologies (Singapura), akan mengeluarkan ester khas, surfaktan dan bahan-bahan terbitan gliserol. Kilang bahan terbitan oleo ini akan siap pada tahun 2013, bertempat di Pulau Indah, Selangor. Usahasama ini dianggap strategik kerana Chemical Mate mempunyai pengalaman dan jaringan yang luas dalam pasaran global, manakala Inventa Technologies pula mempunyai pengalaman global dalam bidang penyelidikan dan pengeluaran.

    KL Kepong (KLK) Berhad, menerusi anak-anak syarikatnya, akan melabur dalam dua projek oleokimia sebuah kilang metil ester sulfonat (MES) bersepadu dan sebuah kilang ester lelemak khusus. Kilang MES bersepadu ini akan dikendalikan oleh KLK Oleomas Sdn. Bhd. dan dijadualkan siap pada awal 2013. Kilang ini akan meningkatkan keupayaan penghasilan MES ke kadar sekitar 100,000 tan. Kilang ester lelemak akan dikendalikan oleh Palm Oleo Klang Sdn. Bhd. dan dikhususkan untuk pengeluaran ester untuk industri makanan dan farmaseutikal. Ia akan menghasilkan tambahan 100,000 tan ester menjelang awal tahun 2013. Ini akan menempatkan KL Kepong sebagai pembekal utama di dunia bagi segmen minyak trigliserida rantai menengah (medium chain triglycerideMCT).

    IOI Oleochemical Industries Berhad, menerusi anak syarikatnya Esterchem (M) Sdn. Bhd., akan mendirikan dua kilang ester, setiap satunya akan mempunyai keupayaan pengeluaran sebanyak 10,000 MT setahun, di Kompleks Perindustrian Prai, Pulau Pinang. Projek ini dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2014. Kilang-kilang ini akan menjadi kemudahan bergred makanan dan kosmetik.

    Langkah Seterusnya EPP ini akan terus menggalakkan peralihan daripada bahan oleokimia asas kepada bahan-bahan terbitan oleo, dengan tumpuan terhadap lima produk utama surfaktan, agrokimia, poliol bio, pelincir bio dan bahan-bahan terbitan gliserol dengan bantuan geran pra-pengkomersialan dan pemerolehan teknologi daripada Kerajaan. MPOB akan memantau perkembangan projek dan realisasi pelaburan sebanyak RM500 juta (sasaran) pada tahun 2012 dengan program-program R&D yang berterusan sebagai pendorong untuk menyokong pertumbuhan sektor oleokimia di Malaysia.

    EPP 6

    96

    LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

  • Matlamat EPP ini adalah untuk memproses biomas minyak sawit bagi pengekstrakan bio oil

    Malaysia perlu bersedia untuk membangunkan industri tenaga boleh baharu (TBB) kesan dari ketidaktentuan harga fosil dan arang. Bagi memenuhi keperluan ini, EPP 7 menetapkan sasaran untuk memproses biomas minyak sawit bagi pengekstrakan bio oil. Bio oil yang terhasil dari biomas sawit dilihat sebagai alternatif yang baik bagi penghasilan TBB. Menerusi kemampuan teknologi dan bekalan bahan mentah yang banyak di Malaysia, ianya berpotensi untuk dikembangkan sebagai bahan api hijau bagi pengangkutan, tenaga dan bahan-bahan kimia.

    Pencapaian Sahabat Renewable Fuel Ventures Sdn. Bhd. sedang berada di tahap perancangan intensif untuk membina lima kilang bio oil yang akan dikembangkan menjadi 29 kilang, bergantung pada kejayaan lima kilang yang pertama ini. Syarikat ini adalah usahasama di antara Premium Renewable Energy dan Felda Palm

    Mengkomersialkan Bahan Api Bio Generasi Kedua

    Industries Sdn. Bhd., salah sebuah syarikat perladangan minyak sawit terbesar yang mempunyai bekalan bahan yang cukup besar. Kilang ini akan dibina di FELDA Sahabat, Sabah, di mana tandan-tandan buah yang kosong akan digunakan untuk menjana bio oil dengan menggunakan teknologi biomas-ke-cecair (pirolisis) dan akan menghasilkan tenaga elektrik hijau. Kilang ini telah mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar dan akan memulakan perundingan berkenaan Penilaian Dampak Alam Sekitar (EIA) serta penyelidikan dan kejuruteraan tanah pada suku tahun keempat 2011.

    Langkah Seterusnya Tumpuan EPP ini bagi tahun akan datang ialah untuk memastikan pembinaan kilang pertama di Sabah berjalan mengikut jadual. Pembangunan dan pembinaan disasarkan untuk siap 60 peratus menjelang akhir tahun 2012.

    EPP 7

    97

    NKEA: Minyak Sawit EPP 6 EPP 7

  • Rajah 5.12

    Penyelidikan Penyelidik Utama Pengulas Bebas

    Natural Tocotrienol Against Ischemic Stroke Event Prof Chandan K. Sen (Ohio State University, USA)

    The Ohio State University Medical Centre

    Burke-Cornell Medical Research Institute

    Gamma-tocotrienol as Potential Maintenance Treatment in women with Metastatic Breast Cancer

    Prof Yip Cheng Har (UMMC)/ Dr. Kalanithi Nesaretnam (MPOB)

    Roswell Park Cancer Institute

    Effect of oral consumption of gamma tocotrienol on overall survival of men with metastatic castration refractory prostate cancer (CRPC) and on disease progression of men with metastatic hormone

    Prof Fong Chee Wai (Davos Life Science, Singapore)

    Department of Surgery, Queen Mary Hospital, Hong Kong

    Institute of Neurology and Nephrology, Kuala Lumpur Hospital

    Neuroprotection of Tocotrienols in type 1 and type 2 Diabetes Mellitus

    Prof Yuen Kah Hay (USM)

    School of Pharmaceutical Science, Universiti Sains Malaysia

    Mahidol Oxford Tropical Medicine Research Unit University of Oxford

    Molecular Targets of Tocotrienol for Prevention of Coloectal Cancer

    Prof Bharat B. Aggarwal (M.D. Anderson Cancer Center, USA)

    Department of Gastrointestinal Medical Oncology, UT MD Anderson Cancer Center

    Department of Gastroenterology, Hepatology, and Nutrition, UT MD Anderson Cancer Center

    Gastrointestinal Cancer Research Laboratory, Baylor Research Institute, Baylor University Medical Center

    Tocotrienol supplementation in school going children with ADHD a randomised controlled trial

    Dr. Tan May Loong (PMC)

    Clinical Research Centre, Penang Hospital

    Bahan-bahan terbitan berasaskan sawit digunakan secara meluas dalam produk-produk makanan dan produk-produk berasaskan kesihatan, dengan itu matlamat EPP 8 ditetapkan untuk mempercepat pembangunan produk-produk makanan dan kesihatan berasaskan sawit dalam segmen hiliran. EPP 8 juga dilihat sebagai satu daya pendorong ke arah mengubah komposisi pengeluaran dalam sektor hiliran ke arah produk-produk bernilai tambah yang lebih tinggi. Dalam hal ini, EPP 8 menjadi pelengkap bagi EPP 6.

    Pencapaian Tocotrienols, iaitu suatu bentuk semulajadi vitamin E daripada minyak sawit, mempunyai pelbagai kegunaan kesihatan, misalnya sebagai antioksidan, unsur antikanser, di mana beberapa kajian menunjukkan bahawa ia lebih berkemampuan daripada bentuk vitamin E saingannya, iaitu Tocopherols, yang dihasilkan daripada minyak kacang soya. Menyedari potensi Tocotrienols, MPOB telah meluluskan dana R&D untuk enam ujian klinikal ke atas Tocotrienols yang akan dijalankan oleh institusi-institusi penyelidikan terkemuka, iaitu:

    Mempercepat Pertumbuhan Segmen Hiliran Makanan dan Kesihatan

    Selain ujian-ujian klinikal yang telah diluluskan ini, MPOB juga telah mendapatkan dua pelaburan besar dalam bidang penghasilan tocotrienols dan karotena, iaitu:

    Davos Life Science Sdn Bhd, anak syarikat KL Kepong Berhad, akan membangunkan salah satu kompleks pengeluaran tocotrienols terbesar di dunia di Westport, Selangor, dengan rancangan pelaburan sebanyak RM60 juta. Projek ini akan siap dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2012 dan dijangka akan menjana RM19 juta bagi PNK tahun 2020.

    Carotino Sdn Bhd, akan mendirikan kilang bergred makanan di Pasir Gudang, Johor, dengan rancangan pelaburan sebanyak

    RM10.72 juta. Kilang ini akan beroperasi pada suku pertama 2013 dan menghasilkan karotena dan tocotrienols sawit dengan pemindahan teknologi dan khidmat sokongan daripada MPOB.

    Langkah Seterusnya EPP ini akan mendorong industri minyak sawit untuk memasuki segmen produk makanan dan produk berasaskan kesihatan dengan geran pra-pengkomersialan dan pemerolehan teknologi daripada Kerajaan. MPOB akan memantau perkembangan projek-projek R&D dan pengkomersialan dengan sasaran pelaburan lebih RM50 juta pada tahun 2012.

    EPP 8

    98

    LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

  • analisis awal menerusi data Lembaga Getah

    Malaysia pada Julai

    2010 menganggarkan

    industri getah mampu

    menyumbangkan

    sebanyak RM31.1 bilion

    kepada peningkatan PNk

    pada tahun 2020

    GetahIndustri getah Malaysia meliputi keseluruhan rantaian nilai daripada sektor huluan, iaitu perladangan, sehingga aktiviti hiliran. Getah adalah komoditi kedua terpenting bagi Malaysia. Negara ini menghadapi persaingan daripada dua negara pengeluar getah utama iaitu Indonesia dan Thailand. Analisis awal menerusi data Lembaga Getah Malaysia (LGM) pada Julai 2010 menganggarkan industri getah mampu menyumbangkan sebanyak RM31.1 bilion kepada peningkatan PNK pada tahun 2020.

    Pada tahun 2010, Kerajaan memutuskan untuk memberikan tumpuan khas kepada industri getah di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) setelah mempertimbangkan kekuatan dan potensi industri hiliran getah serta setelah mempertimbangkan hakikat bahawa industri getah menjadi sumber pendapatan kepada lebih 400,000 pekebun kecil dengan kadar pertumbuhan 6 peratus setahun menjelang tahun 2020.

    Menyedari kepentingan industri getah dan sumbangannya terhadap pekebun-pekebun kecil, PEMANDU dan LGM telah mengadakan makmal pada November 2010 bersama pemain-pemain utama industri. Empat EPP telah dikenalpasti dalam makmal tersebut untuk terus memajukan industri getah Malaysia:

    EPP 1: Meningkatkan Purata Produktiviti Nasional Getah Asli kepada 2,000 kg/hektar/tahun menjelang tahun 2020

    EPP 2: Memastikan Kemampanan Industri Huluan Getah

    EPP 3: Meningkatkan bahagian dalam pasaran sarung tangan getah dunia kepada 65 peratus menjelang tahun 2020

    EPP 4: Mengkomersialkan Ekoprena dan Pureprena (Getah Hijau)

    Keempat-empat EPP ini dijangka akan menjana peningkatan PNK sebanyak RM28.4 bilion pada tahun 2020, meningkatkan sasaran jumlah keseluruhan PNK industri getah kepada RM52.9 bilion pada tahun 2020.

    99

    NKEA: Minyak Sawit dan Getah EPP 8 dan Gambaran Keseluruhan

  • Penanaman semula pokok getah diterap untuk latex

    Projek Permulaan

    Untuk memastikan hanya bahan tanaman berhasil tinggi dan bermutu saja ditanam, beberapa inisiatif utama telah dikenalpasti, termasuk pengenalpastian klon-klon getah di tapak-tapak semaian, penubuhan Malaysian Rubber Budwood Centre (pusat ranting tunas hijau), dan juga penerapan amalan-amalan pertanian baik serta penubuhan koperasi-koperasi pekebun kecil getah.

    Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah merancang untuk mewujudkan Malaysian Rubber Budwood Centre di Penampang (Sabah), Similajau (Sarawak), Bukit Kuantan (Pahang), Sg. Sari (Kedah) dan Kota Tinggi (Johor) dalam tempoh tiga tahun.

    Untuk menjamin kemampanan industri getah, Kerajaan telah memutuskan untuk memajukan tanam semula getah dan menggalakkan tanam baru getah baru melalui penyediaan geran kepada pekebun kecil di bawah program. Borang-borang permohonan boleh didapati di pejabat-pejabat LGM, RISDA, LIGS dan JPS di seluruh negara.

    EPP ini mensasarkan tanam semula seluas 40,000 hektar setiap tahun dan tanam baru seluas 18,000 hektar dalam masa lima tahun akan datang menerusi khidmat nasihat yang akan disediakan oleh LGM. Pelaksanaan tanam semula dan tanam baru getah akan memberikan impak positif dalam menyediakan bekalan bahan mentah yang akan menyokong sektor pemprosesan getah diperingkat pertengahan dan kilang-kilang pengeluar produk getah di sektor hiliran.

    EPP ini mensasarkan peningkatan PNK sebanyak RM3.24 bilion pada tahun 2020.

    Meningkatkan Purata Produktiviti Nasional Daya Pengeluaran Getah Negara Asli kepada 2,000 kg/hektar/tahun menjelang tahun 2020

    Memastikan Kelestarian Industri Huluan Getah

    Sehingga kini, pokok-pokok getah di 84 buah pusat semaian telah diperiksa oleh LGM untuk menghapuskan klon-klon takai (berpenyakit). Ini bertujuan bagi memastikan hanya klon-klon bermutu ditanam di negara ini oleh pekebun-pekebun kecil dan syarikat-syarikat perladangan. Ini menjadi asas bagi menyokong program tanam semula dan tanam baru yang dilaksanakan di bawah EPP 2.

    EPP ini mensasarkan untuk menjana peningkatan PNK sebanyak RM3.11 bilion pada tahun 2020.

    EPP 1

    EPP 2

    100

    LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

  • Sarung tangan latex

    Kilang Ekoprena dan Pureprena

    Menerusi EPP ini, industri mensasarkan peningkatan bahagian dalam pasaran sarung getah dunia dari 60 peratus (85 bilion helai pada tahun 2009) kepada 65 peratus pada tahun 2020, iaitu pertumbuhan tahunan sebanyak 13 peratus berbanding 6 peratus pertumbuhan tahunan selama ini. EPP ini mensasarkan peningkatan PNK sebanyak RM20.75 bilion pada tahun 2020.

    Meningkatkan Bahagian dalam Pasaran Sarung Tangan Getah Dunia kepada 65 Peratus Menjelang Tahun 2020

    Felda Rubber Industries Sdn. Bhd. (FRISB) dan Mardec Rubber Processing Sdn. Bhd. (MPSB) telah dipilih sebagai penerima teknologi bagi mengkomersialkan Ekoprena dan Pureprena dengan keupayaan pengeluaran awal sebanyak 12,000 tan setahun dan sasaran keupayaan pengeluaran sebanyak 300,000 tan setahun menjelang tahun 2020.

    Ekoprena dihasilkan daripada sumber asli yang boleh diperbaharui dan dianggap sebagai bahan hijau di industri pengeluaran produk getah, khususnya pengeluaran tayar.

    Mengkomersialkan Ekoprena dan Pureprena (Getah Hijau)

    Pureprena pula adalah getah asli yang telah dinyahproteinkan serta mempunyai tahap ketulinan yang tinggi dan mesra-alam, memiliki unsur-unsur getah mentah yang unik untuk kegunaan dinamik dan kejuruteraan.

    Projek ini merangkumi beberapa aktiviti iaitu pembinaan kilang pengeluaran dan pengeluaran ekoprena dan pureprena untuk memastikan pemindahan teknologi dan pengkomersialan yang berkesan oleh FRISB dan MPSB. .

    EPP ini mensasarkan PNK bertokok sebanyak RM1.3 bilion pada tahun 2020.

    EPP 3

    EPP 4

    101

    NKEA: Getah EPP 1 EPP 4

  • Peluang PerniagaanPermintaan dunia terhadap minyak dan lelemak, termasuk minyak sawit, telah meningkat dalam dekad yang lalu kesan dari peningkatan jumlah penduduk dunia, peningkatan pendapatan dan perubahan corak pemakanan. Industri minyak sawit Malaysia dijangka akan berkembang sepanjang tempoh 10 tahun mendatang, didorong oleh tiga peluang perniagaan bernilai RM57.6 bilion pada tahun 2020. Semua Peluang Perniagaan ini melibatkan pengembangan kegiatan-kegiatan huluan, pembangunan kegiatan-kegiatan hiliran sedia ada dan pembangunan kegiatan-kegiatan biodiesel. Semua Peluang Perniagaan ini menangani cabaran-cabaran utama dalam industri minyak sawit, iaitu cabaran untuk meningkatkan mekanisasi bagi meningkatkan hasil huluan dan mengisi jurang pengetahuan dan kepakaran dalam bidang hiliran.

    Peluang Perniagaan 1 Pengembangan Kegiatan Huluan Sedia Ada Selain langkah-langkah yang diambil menerusi EPP 14 bagi mengekalkan kegiatan huluan, syarikat-syarikat perladangan Malaysia perlu mula mencari tanah yang sesuai untuk perladangan di luar negara, terutama di Indonesia dan Afrika. Menjelang tahun 2020, syarikat-syarikat perladangan dijangka akan memiliki dua juta hektar lagi ladang di Indonesia, beberapa bahagian lain di Asia Tenggara dan di Afrika Barat. Peluang Perniagaan ini berpotensi untuk menyumbangkan PNK tambahan sebanyak RM17.6 bilion menjelang tahun 2020.

    Peluang Perniagaan 2 Pembangunan Kegiatan Hiliran Sedia Ada Malaysia kini telah pun menjadi penggerak utama dalam bidang produk oleokimia asas dan berpotensi untuk berkembang dengan meningkatkan daya pengeluaran semasa dengan adanya stok mentah stabil di Malaysia dan peningkatan permintaan serantau.

    Untuk segmen berasaskan makanan dan kesihatan, peningkatan permintaan secara bertahap yang disokong oleh peningkatan populasi dijangka akan mendorong peningkatan pengeluaran produk-produk makanan dan kesihatan berasaskan sawit. Peluang Perniagaan ini berpotensi memberi tambahan kepada PNK sebanyak RM11.2 bilion menjelang tahun 2020.

    Peluang Perniagaan 3 Pembangunan Kegiatan Biodiesel NegaraMalaysia memiliki sejumlah besar keupayaan pengeluaran biodiesel yang tidak dimanfaatkan. Daripada keupayaan nasional sebanyak 3.5 juta tan, hanya 117,000 tan dihasilkan oleh kilang-kilang biodiesel pada tahun 2010 dan hampir semuanya dieksport. Untuk memacu perkembangan penggunaan biodiesel di Malaysia dan mengurangkan stok minyak sawit mentah dalam pasaran, Kerajaan telah memperkenalkan B5, iaitu campuran 5 peratus biodiesel dengan diesel petroleum pada tahun 2011, di Lembah Klang, Negeri Sembilan, dan Melaka, sebagai permulaan. Peluang Perniagaan ini akan menyumbang tambahan RM1.6 bilion kepada PNK menjelang tahun 2020.

    Langkah SeterusnyaIndustri minyak sawit dan getah Malaysia berdepan dengan persaingan sengit daripada negara-negara pengeluar lain seperti Indonesia dan Thailand. Untuk melangkah maju, daya pengeluaran perlu ditingkatkan dan usaha penanaman semula dan penanaman baru perlu digiatkan. Selain itu, pasaran-pasaran baru perlu diteroka untuk membolehkan Malaysia meraih bahagian lebih besar dalam pasaran, mendahului negara-negara pesaing. Usaha berterusan dan kerjasama di antara Kerajaan dan sektor swasta adalah penting bagi memastikan semua EPP kekal di atas landasan menuju sasaran PNK RM230.9 bilion pada tahun 2020.

    Sasaran 2020

    Impak PNK Tambahan RM230.9 bilion (termasuk Getah)

    Pekerjaan Tambahan 41,600

    Sasaran kritikal untuk tahun 2012

    Minyak Sawit

    Memacu penanaman semula di kawasan-kawasan yang proses penanaman semulanya telah tertunggak dan meluaskan kawasan pokok kelapa sawit baru kepada 140,000 hektar

    Membentuk tujuh koperasi wilayah baru untuk mengumpul para pekebun kecil persendirianMeningkatkan penjualan Cantas TM dan Diamond Sharpening ToolMeningkatkan kadar pengekstrakan minyak negara kepada 21.05 peratus Menggalakkan kilang-kilang biogas untuk memanfaatkan sistem Feed-in Tariff Memastikan penyiapan 21 buah kilang biogas yang sedang dibina

    Getah

    Memacu penanaman semula di kawasan-kawasan yang proses penanaman semulanya telah tertunggak dan perluasan kawasan pokok getah baru oleh para pekebun kecil kepada 51,000 hektar

    Memastikan pengeluaran 12,000 tan ekoprena dan pureprena

    Ringkasan NKEA Minyak Sawit dan Getah

    102

    LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

  • Gambar diperolehi daripada

    Star Publications (Malaysia) Bhd

    103

    Melalui kursus ini, saya telah mendapat kemahiran bertaraf antarabangsa yang boleh saya manfaatkan untuk jawatan sekarang dan memajukan kerjaya saya, tambah Siti lagi.

    Program MyProCert Malaysia yang dilancarkan di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI), Pembangunan Modal Insan, merupakan inisiatif pemangkin buat rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menaiktaraf kemahiran mereka kepada piawai pensijilan ICT antarabangsa.

    Selain daripada SAP, para individu juga boleh memilih untuk dilatih dan mendapat sijil daripada program-program di Oracle, Huawei, Apple, BPO BteC dan IAOP (Persatuan Penyumberan Luar Profesional

    Selepas dua tahun memikul tugas sekarang, Siti Rohani Napis, 34, memutuskan sudah tiba masanya untuk beliau menimba lebih banyak ilmu dan kemahiran bagi memenuhi tanggungjawab beliau di syarikat Fraser and Neave (F&N) Malaysia. Syarikat tersebut merupakan salah satu daripada syarikat tertua di rantau ini dan jenamanya mempunyai kelebihan sebagai peneraju pasaran dan sangat terkenal dalam kategori barangan pengguna.

    Saya mendapat tahu mengenai Program MyProCert MSC Malaysia (SAP) melalui rakan-rakan dan saya rasa ia akan menjadi pemangkin yang bagus untuk kerjaya saya. Saya menjalankan sedikit kajian tentang struktur dan kos program tersebut, dan memberitahu pengurus yang saya berminat untuk menyertainya. Program yang berlangsung selama lima minggu ini menyediakan kurikulum yang komprehensif berdasarkan permintaan pasaran semasa terhadap kemahiran yang tinggi, jelas Siti.

    Saya amat teruja menghadiri kursus lima minggu tersebut. Saya yakin objektif saya tercapai apabila kursus ini berakhir dan saya telah mendapat lebih banyak ilmu selain daripada sijil SAP yang paling beharga. Saya rasa sangat bertuah kerana pihak pengurusan Fraser and Neave membenarkan saya mengambil cuti selama lima minggu untuk menghadiri kelas-kelas sepenuh masa pada bulan Disember 2011.

    Membangunkan Tenaga Pekerja Berpengetahuan di Malaysia

    Antarabangsa). Program ini menawarkan pilihan untuk latihan, pensijilan dan penempatan di bawah majikan yang berpotensi.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) Datuk Badlisham Ghazali, program ini bertujuan untuk meningkatkan daya saing tenaga kerja ICT Malaysia di tahap global.

    Di bawah program MyProCert, rakan kongsi yang mengambil bahagian dalam proses pensijilan akan menawarkan pengurangan yuran daripada kadar biasa, sementara Kerajaan menyediakan insentif kewangan untuk para individu yang lulus peperiksaan pensijilan yang diperlukan, kata beliau.

    K i n i d i M a l a y s i a

    Melalui kursus ini, saya telah mendapat

    kemahiran bertaraf antarabangsa yang

    boleh saya manfaatkan untuk jawatan

    sekarang dan memajukan kerjaya saya