pertanian - etp economic transformation...

20
Pertanian LAPORAN TAHUNAN ETP 2011 180

Upload: lekhue

Post on 30-Jan-2018

261 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Pertanian

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

180

Page 2: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Datuk Seri Noh Bin Omar

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Peralihan sektor dari pertanian kepada perniagaantani akan diterajui oleh pelaburan sektor swasta sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Peralihan dari pertanian kepada perniagaantani dijangka akan mencapai Pendapatan Negara Kasar (PNK) tambahan sebanyak RM28.9 bilion. Pertambahan tersebut akan membawa jumlah sumbangan PNK kepada RM49.1 bilion, serta mewujudkan sebanyak 74,600 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Kami amat berbangga untuk memaklumkan bahawa pencapaian kami setakat ini telah melebihi 100 peratus sasaran NKEA Pertanian bagi tahun pertama. Sektor swasta pula telah berjanji untuk memperuntukkan pelaburan sebanyak RM3.2 bilion bagi melaksanakan projek-projek di bawah Projek Permulaan (EPP).

Terdapat pelbagai bentuk kekangan yang dihadapi oleh sektor pertanian ini dan ia memerlukan penyelarasan yang baik antara agensi-agensi yang terlibat. Walaupun kerajaan memberikan keutamaan kepada sektor swasta bagi mengendalikan industri pertanian ini, kita seharusnya tidak terlepas pandang bagaimana ETP boleh memberi manfaat kepada rakyat. Pemilik projek yang dipertanggungjawabkan itu hendaklah memikirkan kaedah di dalam melibatkan penyertaan kumpulan sasaran yang dikenal pasti. Ianya dijalankan melalui konsep perladangan kontrak, perkongsian untung serta membangunkan masyarakat setempat di kawasan sekitar projek itu.

Kita mesti memanfaatkan inisiatif-inisiatif pelaburan swasta ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pembangunan dan kesan ekonomi kepada negara tanpa mengabaikan moto ‘rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan’.

NKEA: Pertanian Perutusan Menteri

181

Page 3: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Rajah 11.1

Prosedur Perolehan Normal Prosedur Insentif NKEA

Tempoh 420 hari 60 hari

Kos Kerajaan 100% kos projek 30% kos projek *

Bayaran kepada sektor swasta Bayaran Pendahuluan Dasar pembayaran balik

Hasil reka bentuk pembinaan Ada kala tidak menurut spesifikasi sektor swasta Dibina oleh sektor swasta

Limpahan kos projek Ditanggung oleh kerajaan Ditanggung oleh sektor swasta

‘Off-take’ projek oleh sektor swasta Terpulang kepada minat sektor swasta Bercagar, projek kepunyaan sektor swasta

* untuk semua EPP berkaitan

Strategi transformasi ini mengandungi empat teras utama:

Tumpuan kepada kelebihan bersaingan1.

Menembusi pasaran premium 2.

Memastikan dasar keterjaminan makanan yang selaras 3. dengan peningkatan nilai PNK

Memperkembangkan penglibatan dalam rantaian nilai sektor 4. pertanian serantau

Berdasarkan empat teras tersebut, Makmal NKEA Pertanian yang diperkenalkan pada tahun 2010 telah mengenal pasti 16 Projek Permulaan (EPP) dan 11 Peluang Perniagaan. Inisiatif-inisiatif ini dianggarkan akan menjana PNK sebanyak RM28.9 bilion dan mewujudkan 74,600 pekerjaan menjelang 2020.

Salah satu daripada tindakan yang diambil pada tahun ini ialah dengan menetapkan sebuah tatacara insentif yang membolehkan sektor swasta menjalankan perancangan dan pelaksanaan projek pilihan mereka. Sebelum ini, projek-projek pertanian dengan sektor swasta perlu mematuhi Arahan Perbendaharaan.

PertanianNKEA Pertanian bermatlamat untuk mentransformasikan sebuah sektor yang secara tradisinya berskala kecil dan berasaskan pengeluaran, kepada sebuah industri perniagaan asas tani berskala industri. Usaha ini dijalankan untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan kemampanan ekonomi. Transformasi ini berasaskan kepada sebuah model pemusatan pasaran dan bersepadu yang tertumpu kepada ekonomi bidangan dan penyepaduan rantaian nilai

Selain itu projek-projek sedemikian perlu melalui pelbagai perancangan terperinci oleh jabatan kerajaan sebelum projek-projek tersebut dipertimbangkan untuk kelulusan. Pada waktu itu, semua perolehan projek dijalankan melalui jabatan-jabatan kerajaan. Tatacara yang digunapakai seperti ini boleh memakan masa sehingga enam bulan untuk selesai. Ia juga seringkali mendatangkan risiko ketidakserasian antara spesifikasi yang diarahkan jabatan kerajaan terbabit berbanding dengan apa yang diperlukan oleh sektor swasta tersebut.

Pada Oktober 2011, PEMANDU dan Pejabat Penyampaian Pelaksanaan di bawah Kementerian Pertanian telah berjaya mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kewangan untuk melancarkan sebuah mekanisme pembayaran baru yang dibentuk khusus untuk pelaksanaan EPP di bawah NKEA Pertanian. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan di antara tatacara perolehan biasa dan mekanisme baru tersebut:

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

182

Page 4: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Rajah 11.2

Sumbangan PNK daripada 10 EPP terbesar

RM17.9 bilion

Pengeluaran SarangBurung

Walit

ProdukHerba

BernilaiTinggi

Buah-buahandan Sayuran

PasaranPremium

PertanianRumpai

LautEstet Mini

PerternakanAkuakultur

melaluiSangkar

Bersepadu

PenanamanPadi di

KawasanPengairan

lain

MereplikasiIZAQ

PenanamanPadi diMADA

TamanPengeluaran

Makanan

PelaburanAsingBiotek

Lain-lain*

* Perkhidmatan Pembiakan Serantau (RM467 juta); Kelompok Tenusu (RM 326 juta); Sistem Fidlot Lembu (RM182 juta); Penternakan Lembu di ladang Kelapa Sawit (RM150 juta); Beras Wangi (RM222 juta); Penternakan Lembu Asing (RM115 juta)

RM juta

4,541

2,214

1,5711,411 1,382 1,370 1,271

1,033883 819

1,462

Bagi menyokong tatacara tersebut, PEMANDU dan Pejabat Penyampaian Pelaksanaan telah menetapkan satu senarai kriteria yang telus dan berasaskan meritokrasi dalam pemilihan syarikat-syarikat peneraju bagi semua EPP. Setakat ini, tatacara yang diperkenalkan ini telah berjaya meluluskan sebanyak 39 syarikat. Kita telah menerima pelaburan daripada sektor swasta sebanyak RM3.2 bilion bagi menjana pendapatan sebanyak RM10.22 bilion PNK menjelang 2020. Ianya termasuklah bilangan pekerjaan kumulatif sebanyak 31,504 (42 peratus daripada jumlah sasaran keseluruhan menjelang 2020) apabila selesai tempoh setiap projek tersebut. Pelaburan swasta bagi EPP telah menjangkaui sasaran asal iaitu 66 peratus dengan pencapaian 91 peratus pada penghujung

tahun 2011. Tahap pencapaian ini telah mengurangkan pelaburan awam dengan ketara iaitu daripada 9 peratus kepada anggaran awal yang ditetapkan sebanyak 34 peratus.

Insentif-insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk syarikat-syarikat peneraju mempunyai kaveatnya tersendiri. Kita menetapkan bahawa masyarakat setempat di kawasan projek dalam NKEA ini mestilah terlibat serta dan mendapat pulangan hasil ekonominya. Pendekatan ini memastikan rakyat dilibatkan dalam ETP dengan membolehkan mereka menjana pendapatan dan kualiti hidup yang lebih baik dalam ekosistem pertanian.

NKEA: Pertanian Gambaran Keseluruhan

183

Page 5: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Rajah 11.3

Nkea Pertanian kPI (kuantitatif)

Bil. KPI Sasaran (FY) Aktual (YTD)

Pencapaian

Kaedah 1 Kaedah 2 Kaedah 3

% %

EPP #1 Jumlah ujian klinikal yang dijalankan untuk neutraseutikal dan comecedutical

5 5 100% 100% 1.0

Menggerakkan CoE di dalam menjalankan kajian bagi pembangunan produk

13 23 177% 100% 1.0

Persiapkan rancangan pemasaran bagi neutraseutikal dan ubat-ubatan botanikal

5 7 140% 100% 1.0

Memulakan ladang penanaman herba di Pasir Raja dan Chegar Perah

100% 100% 100% 100% 1.0

EPP #2 Jumlah nilai jualan bagi sarang burung yang boleh dimakan (RM juta)

100 81 81% 81% 0.5

Jumlah bilangan kedai yang baru didaftarkan di bawah EBN

2,000 3,379 169% 100% 1.0

Jumlah kilang pemprosesan baru yang mendapat kelulusan (VHM)

15 7 47% 47% 0.0

Jumlah kedai yang baru didaftarkan di bawah EBN (SALT)

1,000 807 81% 81% 0.5

Memulakan laman sesawang baru bagi EBN supaya mudah dikesan

100% 100% 100% 100% 1.0

Memulakan pusat rujukan penyelidikan dan pembangunan bersama UPM

100% 100% 100% 100% 1.0

Memulakan Pengumpulan EBN dan Pusat Pemprosesan Bahan Mentah untuk EBN

8 10 125% 100% 1.0

Memulakan Gedung Perdagangan EBN Antarabangsa

100% 100% 100% 100% 1.0

EPP #3 Longgokkan hasil rumpai laut yang sudah dikeringkan (MT)

22,000 23,941 109% 100% 1.0

Jumlah tanah yang telah digazetkan untuk penternakan rumapi laut

3,000 3,000 100% 100% 1.0

Jumlah estet mini yang dibuka 15 11 73% 73% 0.5

Memulakan sebuah pengkalan data bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti

100% 70% 70% 70% 0.5

Memulakan kerja-kerja pembinaan bagi pusat penyelidikan dan pembangunan

1 1 100% 100% 1.0

Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2011

(bersambung)

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

184

Page 6: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Nkea Pertanian kPI (kuantitatif)

Bil. KPI Sasaran (FY) Aktual (YTD)

Pencapaian

Kaedah 1 Kaedah 2 Kaedah 3

% %

EPP #4 Jumlah pengeluaran ikan ternak (MT) 19,458 27,209 140% 100% 1.0

Jumlah bilangan sangkar yang sedang beroperasi

40 20 50% 50% 0.0

EPP #5 Jumlah bilangan lembu-lembu yang disenyawakan

1,000 0 0% 0% 0.0

Kadar purata kejayaan konsepsi 70% 0 0% 0% 0.0

Jumlah tanah yang disediakan (hektar) 340,000 543,525 160% 100% 1.0

EPP #6 Jumlah eksport dari IZAQ 2 IZAQs sedang dibina

– 50%

97% 97% 97% 0.5

Jumlah kawasan yang dikenalpasti untuk IZAQ 500 4,107 821% 100% 1.0

EPP #7 Jumlah eksport buah-buahan dan sayur-sayuran utama (MT)

14,000 21,628 154% 100% 1.0

Intercorp Development (Pisang) 1,825 1,891 104% 100% 1.0

Intercorp Development (Nenas) 550 602.5 110% 100% 1.0

Jumlah pelaburan oleh syarikat-syarikat utama (RM juta)

268.8 316.2 118% 100% 1.0

EPP #8 Jumlah pelaburan oleh syarikat-syarikat utama (RM juta)

76.2 23 30% 30% 0.0

Ladang makanan siap dibina 100% 100% 100% 100% 1.0

EPP #9 Jumlah pengeluaran beras wangi (MT) 580 246 42% 42% 0.0

Jumlah kawasan yang diusahakan (ha) 180 164.5 91% 91% 0.5

Penyelidikan dan pembangunan untuk pelbagai jenis Jasmine dan Basmati serta pakej agronomik kedua-dua jenis menjelang 2013

25% 25% 100% 100% 1.0

EPP #10 Jumlah kawasan selepas digabungkan (ha) 5,000 5,016 100% 100% 1.0

Jumlah tanah yang diperlukan bagi infrastruktur (ha)

121 119 98% 98% 0.5

(sambungan mukasurat sebelum)

(bersambung)

NKEA: Pertanian Gambaran Keseluruhan

185

Page 7: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Nkea Pertanian kPI (kuantitatif)

Bil. KPI Sasaran (FY) Aktual (YTD)

Pencapaian

Kaedah 1 Kaedah 2 Kaedah 3

% %

EPP #11 Jumlah kawasan selepas digabungkan (ha) 50 77.7 155% 100% 1.0

Aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk mencatat kepelbagaian beras tempatan

3 3 100% 100% 1.0

EPP #12 Nisbah pengeluaran domestik vs jumlah kepenggunaan

1:3.3 (51,161 MT)

(170,475 MT)

1:3.07 (38,310 MT:

117,592 MT)

108% 100% 1.0

Jumlah lembu yang disembelih 19,800 16,826 85% 85% 0.5

Jumlah kg daging lembu yang dihasilkan (MT) 2,800 1,428.7 51% 51% 0.5

EPP #13 Jumlah pengeluaran susu lembu segar (mil liter)

12 15.9 133% 100% 1.0

Jumlah lembu yang digunakan untuk pengeluaran tenusu

25,500 31,997 125% 100% 1.0

Pengeluaran susu setiap ekor lembu bagi setiap laktasi (liter sehari)

15 10.5 70% 70% 0.5

EPP #14 Jumlah pengeluaran benih (MT) 600 2,444 407% 100% 1.0

Jumlah bilangan pengesahan yang dicapai 10 10 100% 100% 0.5

Penubuhan Majlis Benih Kebangsaan 100% 100% 100% 100% 1.0

Menyemak semula dasar-dasar bagi menarik minat penyertaan pihak swasta

100% 100% 100% 100% 1.0

EPP #15 Jumlah jualan daripada barangan MNC (RM juta)

256 270 105% 100% 1.0

Jumlah pelaburan MNC (RM juta) 92 110 120% 100% 1.0

Tempat-tempat yang dikenalpasti untuk dibangunkan/dipindah

1 1 100% 100% 1.0

EPP #16 Jumlah perolehan yang dijana daripada penyertaan di luar negara (RM juta)

21 24 114% 100% 1.0

119% 88% 78%

(sambungan mukasurat sebelum)

Kaedah 1 menyediakan refleksi pencapaian KPI sebenar. Jika mana-mana KPI melepasi sasarannya dengan ketara, keputusannya akan dibentangkan dalam peratusan yang besar dengan melebihi had 100 peratus.

Kaedah 2 direka untuk menampung pencapaian KPI dengan keputusan kuantitatif yang ketara. Di bawah kaedah ini, apa-apa pencapaian dihadkan kepada 100 peratus.

Kaedah 3 mewakili gambaran mudah pencapaian KPI. Sasaran KPI yang telah dipenuhi atau melebihi diberi gred 1. KPI yang mencapai lebih separuh daripada sasarannya diberi gred 0.5, dan KPI yang kurang daripada separuh sasaran mereka diberi gred 0.

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

186

Page 8: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Projek ini akan mencungkil kepelbagaian bio negara ini yang luas dan unik sebagai sebuah pusat produk herba yang berpotensi. Ia bertujuan untuk memperkukuhkan mutu dan usaha memasarkan produk nutraceutical dan ubat berasaskan botani bagi menembusi pasaran eksport global. Pelaburan dalam EPP ini tertumpu kepada penyelidikan dan pembangunan untuk lima herba utama (Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing, Hempedu Bumi and Dukung Anak) untuk memperoleh data saintifik yang diperlukan. Geran juga disediakan untuk tujuan ujian pra-klinikal dan klinikal kepada syarikat-syarikat yang mempunyai produk dalam pasaran. Ujian-ujian ini penting bagi menentukan aspek keselamatan, kemujaraban dan seterusnya meningkatkan potensi nilai pasaran produk-produk ini.

Pencapaian Inisiatif-inisiatif utama yang berikut telah pun dilaksanakan di bawah EPP setakat ini:

Majlis Pembangunan Herba Negara telah ditubuhkan dan •mesyuarat perasmiannya diadakan pada 14 Julai 2011 yang lalu

Sebanyak 12 buah universiti dan institusi penyelidikan telah •disusun atur kepada empat kelompok utama bagi menjalankan penyelidikan yang amat berkesan dan berorientasikan hasil supaya boleh terus membangunkan serta merapatkan jurang ilmu pengetahuan saintifik terhadap kelima-lima herba yang dikenal pasti itu

Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur (MPWPT) •telah menyelesaikah kerja reka bentuk bagi Taman-taman Penanaman Herba di Pasir Raja (seluas 406 hektar) dan di Durian Mentangau (151 hektar) untuk perladangan berskala besar pada Disember 2011

Proses penilaian untuk mencari syarikat-syarikat peneraju •untuk meneraju pemasaran produk-produk herba bernilai tinggi. Tujuh syarikat telah berjaya meluluskan tatacara penilaian yang ketat untuk dipilih sebagai syarikat peneraju

Pada tahun 2011, 10 buah produk berasaskan nutraceutical/cosmeceutical/botanical daripada tujuh syarikat tersebut telah dipilih untuk menjalani ujian dan kini sedang diuji di peringkat pra-klinikal dan klinikal. Walaupun ini merupakan suatu kemajuan, cabaran yang dihadapi kini adalah ujian ketat yang diperlukan untuk menebusi pasaran antarabangsa.

Langkah Seterusnya Pada tahun 2012, Pejabat Pembangunan Herba (HDO) akan terus mempelawa lebih banyak syarikat yang sudah mempunyai produk dalam pasaran untuk menjalani ujian pra-klinikal dan klinikal. Ujian pra-klinikal dan klinikal yang dimulakan pada tahun 2011 akan terus dipantau untuk memastikan pelaksanaan yang lancar. Pada tahun 2012, lima buah produk nutraceutical bernilai tinggi dengan kenyataan-kenyataan kesihatan yang telah disahkan dengan hasil ujian, akan dipasarkan dan dilancarkan dalam pasaran global. Produk-produk ini kini mempunyai potensi untuk dijual pada harga 10 kali ganda melebihi harga jualan asal sebelum pengesahan dan ujian-ujian.

Pada masa yang sama, institusi/universiti penyelidikan dalam empat kelompok itu akan menyediakan sokongan penyelidikan dan pembangunan bagi membantu membangun dan memperdagangkan lima herba itu. ECERDC akan menyiapkan kerja reka bentuk untuk taman penanaman herba di Rantau Manis, Kelantan menjelang 2012, dengan kerja pembinaan taman penanaman herba di Pasir Raja dan Durian Mentangau dirancang bermula pada 2012 dan sedia untuk beroperasi pada Januari 2013.

Syarikat Pelaburan(RM juta)*

Biotropics Berhad 25.86

Novalab Sdn Bhd 16.29

Aning Resources Sdn Bhd 25.04

Natureceuticals Sdn Bhd 8.03

Phyto Biznets Sdn Bhd 9.80

Natural Wellness Sdn Bhd 26.0

Bioalpha International Sdn Bhd 13.0

* Pelaburan buat tempoh dua tahun pertama percubaan, tertakluk kepada keputusannya.

Ujian klinikal diperlukan untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan

produk herba yang bernilai tinggi

Produk Herba yang Bernilai TinggiEPP 1

Projek Permulaan

Rajah 11.4

NKEA: Pertanian EPP 1

187

Page 9: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Malaysia adalah pengeluar dan pengeksport sarang burung walit yang kedua terbesar di dunia. Industri pengeluaran sarang burung mentah amat menguntungkan dan harga bagi sarang burung mentah atau sudah dibersih boleh mencecah RM7,000/kg. Buat masa ini, kebanyakan pengusaha sarang burung boleh makan tempatan tidak didaftarkan untuk mengelak daripada membayar cukai. Ini akan menyebabkan kekurangan pendapatan negara daripada industri ini.

EPP ini bertanggungjawab untuk mengawal selia industri dan meningkatkan pemantauan melalui pendaftaran premis sarang burung ini. Ia juga bertujuan untuk merangsangkan produktiviti industri dengan menggalakkan penubuhan premis-premis baru dan kilang-kilang pemprosesan, serta menggerakkan operasi industri ke arah pembangunan produk hiliran.

Pencapaian Pada tahun 2011, sebanyak 3,379 buah premis sarang burung telah didaftarkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS). Operasi daripada premis-premis tersebut telah menghasilkan nilai eksport berjumlah RM72 juta. Carta di bawah menunjukkan kenaikan mendadak dalam bilangan eksport sarang burung semenjak pengusaha-pengusaha ini mendaftarkan premis-premis mereka pada 2010:

Menurut Hala Tuju ETP, lebih banyak kemudahan pengeluaran sarang burung walit diperlukan di Malaysia demi menyokong pertumbuhan terancang perusahaan tempatan ini bagi tempoh sembilan tahun akan datang. Tiga buah syarikat, Yanming Resources Sdn Bhd, Golden Silver Inc Group dan Duta Sialin Biotechnology Sdn Bhd, telah bersetuju untuk melibatkan diri dalam projek ini dengan membina kilang pemprosesan bagi sarang burung untuk mengeluarkan sarang burung mentah dan bersih yang lebih tinggi nilainya.

Langkah Seterusnya Langkah seterusnya yang akan diambil ialah dengan memperbaiki kemampanan dan kualiti premis sarang burung dan kilang pemprosesan menerusi penguatkuasaan Amalan Penternakan yang Baik dan Veterinary Health Mark oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Pada masa yang sama, kita sedang menggerakkan peneraju-peneraju industri untuk menjadi pengeluar produk sarang burung bernilai tinggi. Ianya dilakukan dengan menggalakkan pendaftaran sebanyak 3,000 premis tambahan dalam tahun 2012 dan membina lebih banyak kilang pemprosesan.

Mengembangkan Pengeluaran Sarang Burung Walit

EPP 2

Projek ini bertujuan untuk mentransformasikan industri perusahaan rumpai laut dengan mempertingkatkan produktiviti negara. Projek ini dipercayai mampu untuk menambah hasil pengeluaran serta keluasan kawasan perusahaan dan merangsang pengeluaran rumpai laut kepada 150,000 MT pada tahun 2020. Ianya boleh dilakukan dengan penubuhan ladang kelompok di bawah konsep perusahaan estet mini dan membangunkan industri produk hiliran. Pada tahun 2011, sebanyak 15 mini estet dijangka akan ditubuhkan di atas kawasan seluas lebih 3,000 hektar yang baru diwartakan bagi perusahaan rumpai laut di Semporna.

Penternakan Pertanian Rumpai LautEPP3EPP 3

Pencapaian Pada tahun 2011, sebanyak 11 buah syarikat telah pun dilantik untuk menyertai projek ini. Empat buah mini estet telah pun ditubuhkan menerusi kelompok ladang dengan saiz optimum seluas 200 hektar manakala platform mini estet yang digunakan oleh setiap kelompok tersebut masih lagi dalam proses pembinaan.

Langkah Seterusnya Jabatan Perikanan Sabah dan Universiti Malaysia Sabah, selaku pemilik projek ini, mensasarkan peningkatan pengeluaran rumpai laut untuk mencapai 35,000 tan pada tahun 2012. Kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan juga sedang dijalankan dengan sasaran sejumlah 15 produk hiliran daripada rumpai laut sebagai bahan mentah.

Rajah 11.5

Kuantiti EBN yand diekspot dari Malaysia (2005-2011 Oktober)

Kuantiti (MT)

2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011-

20.000

40.000

60.000

80.000

100.000

120.000

140.000

0.004 0.800 2.990 9.503

108.894

121.677

-

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

188

Page 10: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

EPP4

EPP ini bertujuan menambah pengeluaran tiga spesies ikan bernilai tinggi (kerapu, siakap dan tilapia), dan memberikan 28 peratus pertumbuhan tambahan daripada penghasilan akuakultur pada tahun 2020. Projek ini akan dilaksanakan menerusi sebuah syarikat peneraju yang akan memastikan bukan sahaja operasi penternakannya sendiri malah harus menyediakan perkhidmatan tambahan seperti latihan, menyediakan tatacara kepiawaian operasi (SOP) dan garis panduan kepada penternak-penternak kontrak mereka. Hasil daripada itu, petani-petani kontrak tersebut akan bermanfaat daripada perjanjian beli balik bersama syarikat-syarikat peneraju yang telah dilantik.

Pencapaian Empat syarikat peneraju telah pun dilantik bagi menguruskan operasi penternakan di Tasik Temenggor, Tawau and Kota Belud. Status terkini projek-projek tersebut adalah seperti berikut:

Langkah Seterusnya Jabatan Perikanan akan memantau perkembangan tiga buah syarikat tersebut di dalam usaha untuk memastikan pembinaan sangkar dan infrastruktur lain yang akan siap pada 2012. Kami juga merancang untuk mempelawa lebih banyak syarikat untuk turut serta dalam projek ini. untuk mencapai pengeluaran ikan bernilai tinggi sebanyak 30,258 MT yang disasarkan pada tahun 2012.

Tapak cadangan sangkar penternakan kerapu

Penternakan Akuakultur Melalui Sistem Sangkar yang BersepaduEPP 4

Projek ini mensasarkan untuk menternak sebanyak 300,000 ekor lembu di ladang kelapa sawit yang berskala besar, menghasilkan RM150 juta dalam PNK, memastikan pelaburan sejumlah RM343 juta dan mewujudkan 3,600 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Pencapaian Sungguhpun kita menghadapi sambutan yang dingin daripada pengusaha industri kelapa sawit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar tetap berjaya mengumpulkan 25 penternak lembu daripada ladang bersaiz sederhana di dalam projek ini. Projek integrasi yang dinyatakan tersebut melibatkan 543,625 hektar tanah.

Penternakan Lembu di Ladang Kelapa SawitEPP 5

Kerajaan pula menyediakan insentif-insentif tambahan kepada ladang-ladang tersebut termasuk program-program pembiakan dan pembakaan.

Langkah SeterusnyaSelain daripada sambutan yang dingin daripada sektor swasta, penilaian semula yang dijalankan mendapati hasil PNK daripada projek ini tidak mewajarkan jumlah wang yang dilaburkan pada jangka masa panjang. Oleh itu, bermula 2012, projek ini tidak akan dibangunkan lagi. Namun demikian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan terus memantau 25 buah syarikat yang telah pun menyertai projek ini.

Rajah 11.6

Syarikat Lokasi Pelaburan Swasta Pelaburan Am Status Projek (RM juta) (RM juta) (31 Disember 2011)

Trapia Sdn Bhd Tasik Temenggor, 100.0 5.59 Perolehan 20 sangkar tambahan sedang diselesaikan. Perak 20 graduan ditawarkan pekerjaan dengan kerja pengeluaran Trapia Pegagau Aquaculture Kalabakan, 67.7 9.31 Pembinaan 74 peratus siap Speciality Farming Tawau Pelaburan merangkumi EPP 4 dan 6Sdn Bhd

Inno Fisheries Sdn Bhd Kota Belud, Sabah 300.0 TBD Pembelian tanah dari kerajaan negeri sedang dikendalikan

Plentiful Harvest Sandakan and 73.63 TBD Rekabentuk untuk pembangunan ladang sedangSdn Bhd Lahad Datu, Sabah dijalankan

NKEA: Pertanian EPP 2 – EPP 5

189

Page 11: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Model Zon Integrasi Akuakultur (IZAQ) dibina dengan tujuan untuk menambah pengeluaran udang berkualiti tinggi bagi pasaran eksport. Keluasan minima setiap IZAQ ini dianggarkan 40 hektar dan ianya akan diuruskan oleh sebuah syarikat peneraju. Sebanyak RM1.6 bilion pembiayaan awam telah pun diperuntukkan untuk pelaksanaan projek ini, dengan penambahan sebanyak RM1.6 bilion lagi dijangkakan diperolehi daripada pihak swasta.

Pencapaian Melalui tatacara yang diperkenalkan ini, enam buah syarikat telah pun dilantik bagi meneraju enam buah IZAQ yang mana lima buah IZAQ sudah pun dalam proses pembinaannya yang bermula sejak tahun 2011. Status enam buah IZAQ tersebut adalah seperti di Rajah 11.7.

Pendekatan yang bersifat insentif ini telah mendapat sambutan baik daripada sektor swasta. Enam syarikat swasta telah mengambil bahagian dan bersedia untuk melabur sebanyak RM1.16 bilion. Pelaburan tersebut mampu untuk mengurangkan pembiayaan awam dengan ketara. Daripada unjuran awal sebanyak RM640 juta, sumbangan pembiayaan awam bagi lima IZAQ telah berjaya dikurangkan sebanyak RM100.1 juta yaknibersamaan dengan pengurangan 85.8 peratus dalam pembiayaan awam.

Langkah SeterusnyaJabatan Perikanan akan terus memantau pembinaan setiap IZAQ dan memastikan syarikat-syarikat berkenaan akan dapat mencapai matlamat pengeluaran mereka agar berjaya mendapatkan PNK

(bersambung)

yang disasarkan. Jabatan ini juga akan terus mencari lebih ramai peneraju projek di dalam hasrat untuk mencapai sasaran 10,000 hektar bagi replika IZAQ menjelang tahun 2020.

Syarikat Lokasi Pelaburan Pelaburan Status Projek Swasta Am (31 Disember 2011) (RM juta) (RM juta)

Blue Setiu, 313.87 23.13 Tender untuk pusat Archipelago Terengganu penetasan sedang Bhd

LKPP Permatang 105.2 41.7 Tender untuk Corporation Pauh, pembinaan Sdn Bhd Pahang sedang dijalankan

Hannan Selinsing, 150.0 20.88 Pembinaan tambak, Corporation Perak jalan masuk dan terusan Sdn Bhd masuk 23 peratus siap

Pegagau Kalabakan, 67.7 9.31 Pembinaan Aquaculture Tawau (Pelaburan 74 peratus siap Speciality merangkumi *syarikat merangkumi Farming EPP 4 dan 6) EPP 4 dan EPP 6Sdn Bhd

Sunlight Aqua Pitas, Sabah 426.3 TBD Rekabentuk dan bil Sdn Bhd kuantiti sedang dirangka

Asia Desaru, 167.4 5.03 Pembinaan infrastruktur Aquaculture Johor asas dan kolam 98 Sdn Bhd peratus habis

Projek ini tertumpu kepada pengeluaran enam jenis buah-buahan bernilai tinggi dan tidak bermusim (tembikai susu, belimbing, betik, nangka, pisang dan nenas) untuk merangsang jumlah pengeluaran sebanyak 68 peratus pada 2020. Pengeluaran sayur-sayuran tanah tinggi bernilai tinggi (lettuce, tomato dan capsicum) juga akan dipertingkatkan dengan menggunakan pendekatan syarikat peneraju. Projek ini akan disandarkan kepada Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM – Permanent Food Production Zones) dan ianya meneroka pendekatan intercropping yang digunakan dalam ladang kelapa sawit melalui penanaman buah pisang dan nenas.

Pencapaian Sehingga kini, 22 TKPM sedang dibaik pulih bagi mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran yang telah dikenal pasti. Daripada 22 TKPM yang dinyatakan itu, 16 daripadanya telah pun mula membuahkan hasil, tiga sudah pun dilengkapkan menerusi kerja-kerja peluasan dan tiga yang baru sedang dibangunkan. Empat buah syarikat telah dipilih menjadi syarikat peneraju untuk projek ini.

Buah-buahan dan Sayur-sayuran untuk Pasaran Premium

EPP 7 tertumpu kepada pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran

bernilai tinggi

EPP 7

EPP 6 Mereplikasi Model Penternakan Akuakultur yang Bersepadu (IZAQ) untuk Menembusi Pasaran Udang Premium

Rajah 11.7

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

190

Page 12: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

epp 7 (sambungan mukasurat sebelum)

Syarikat Lokasi Pelaburan Swasta

(RM juta)

Pelaburan am

(RM juta)

Status Projek (31 Disember 2011)

Exotic Star Sdn Bhd

20 TKPM di Semenyih, Batang Si, Serdang, Siswazah Serdang, PLPP Besut, Btg Merbau, IPAH, Pagoh, Gemas, Sendayan, Lancang, PLP Inderapura, Rengat, Jelai, Ulu Sungai, Tebing Tinggi, Kota Perdana, Sg Atong, Serengkam, Bkt Sapi

80.31 TBD Perundingan dengan petani kontrak untuk melibatkan diri dalam TKPM; Pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan buah premium sedang dirancang

K.C Kwang & Sons Sdn Bhd

Lojing I and Lojing II, Gua Musang, Kelantan 69.0 TBD Perundingan dengan petani kontrak untuk Lojing I and Lojing II; Pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan tanaman tanah tinggi sedang dirancang

JTP Trading Sdn Bhd

Ulu Tiram, Johor 1.0 TBD Rekabentuk dan bil kuantiti sedang dirangka

Fresh Momentum Sdn Bhd

Lojing, Kelantan 117.40 TBD Rekabentuk dan bil kuantiti sedang dirangka

Langkah Seterusnya Selepas kerja menaiktaraf TKPM dan penjajaran semula pengeluaran buah-buahan terpilih di bawah syarikat-syarikat peneraju dilaksanakan, Jabatan Pertanian akan memantau pelaksanaan ladang-ladang ini dan memperuntukkan sebanyak 5,000 hektar tanah tambahan untuk menanam buah-buahan di bawah EPP ini. Dengan itu, tahun 2012 akan tertumpu kepada pembinaan dan kerja menaiktaraf di atas ladang-ladang ini. Hasil daripada ladang tersebut dijangka boleh dipetik dalam tahun yang sama.

Konsep Taman Pengeluaran Makanan adalah untuk mewujudkan kemudahan bersepadu yang menghasilkan makanan yang sudah dibungkus dan sedia dimakan untuk perusahaan kecil dan sederhana (SME), dan dipasarkan oleh syarikat peneraju. EPP ini bertujuan mewujudkan lima ladang pengeluaran menjelang 2020. Pada tahun 2011, Kementerian Pertanian dipertanggungjawabkan untuk menarik pelaburan swasta sebanyak RM76.2 juta dan menyiapkan sebuah taman yang mampu menghasilkan pengeluaran makanan.

Pencapaian Penerimaan EPP ini lambat diterima pihak swasta kerana kekurangan insentif dan ketiadaan peneraju-peneraju berskala besar yang bersedia untuk meneraju operasi sebuah pusat pengeluaran makanan. Rukun Saksama Sdn Bhd ialah syarikat

Taman Pengeluaran Makanan

peneraju pertama yang menyertai EPP ini dengan pelaburan awal sebanyak RM10.5 juta sebagai tukaran untuk syarikat itu beroperasi di sebuah kawasan yang disediakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang. Dalam bulan September 2011, Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) mendaftar sebagai syarikat peneraju kedua, dengan menguruskan 10 SME yang menghasilkan produk-produk berasaskan ayam di Kempas dengan nilai pelaburan sebanyak RM9 juta.

Langkah Seterusnya Di dalam usaha untuk menarik minat lebih banyak syarikat swasta menerajui EPP ini, Kementerian Pertanian merancang untuk menjalankan pendekatan yang baru dengan sasaran menarik pelaburan daripada pihak swasta sehingga RM70 juta bagi tahun 2012.

EPP 8

Rajah 11.8

Menyedari akan kesulitan untuk melaksanakan projek ‘intercropping’ ini, Jabatan Pertanian juga giat mencari syarikat-syarikat swasta untuk meneraju operasi di beberapa ladang dan juga masih terus memberikan bantuan kepada syarikat-syarikat yang ingin meluaskan ladang mereka. Jabatan Pertanian berharap akan menambah nilai eksport buah-buahan terpilih ini kepada RM304 juta.

NKEA: Pertanian EPP 6 – EPP 8

191

Page 13: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Penanaman Beras Wangi di Kawasan Bukan Jelapang Padi

Melihatkan potensi pengeluaran beras wangi di kawasan yang tiada sistem pengaliran terkawal, Sime Darby Sdn Bhd dan Infoculture Sdn Bhd telah mendapatkan lesen untuk mengeluar dan memasarkan beras jenis Jasmine MRQ76 and beras Basmati MRQ74 yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Sasarannya adalah untuk menghasilkan sejumlah 73,000 MT dalam tahun 2020 dan menggantikan 160,000 tan beras wangi untuk diimport setiap tahun. Sasaran ini akan mampu dicapai dengan membangunkan semula tanah terbiar seluas 18,200 hektar.

Pencapaian Pelaksanaan EPP ini telah menghadapi banyak cabaran pada peringkat awalnya kerana adalah penting untuk mendapatkan ikut serta daripada pengusaha beras tempatan dan pihak berkuasa tempatan untuk melibatkan mereka sebagai pengusaha kontrak dan menanam di ladang sawah terbiar. Dengan kerjasama daripada penanam kontrak tempatan, Infoculture Sdn Bhd yang merupakan salah satu daripada syarikat peneraju di bawah projek ini telah meningkatkan pendapatan pengusaha kontrak tempatan ini sehingga dua kali ganda.

Kini, beras MRQ74 yang dihasilkan oleh Infoculture dijual dengan harga runcit RM15.00/kg di pasaraya Justlife di bawah jenama ‘Regenta’. Beras ini merupakan pilihan ramai, terutamanya pengguna-pengguna yang menghadapi penyakit kencing manis kerana Indeks Glikemiknya (GI) yang rendah.

Langkah Seterusnya Infoculture dan syarikat-syarikat peneraju yang akan dikenal pasti perlu mendapatkan 750 hektar tanah lagi di pelbagai lokasi di seluruh negara untuk penanaman pada tahun 2012. Pada masa yang sama juga, MARDI akan terus menggalakkan penyertaan sektor swasta untuk menghasilkan beras seperti Basmati.

Syarikat Lokasi Kawasan Tarikh Hasil Hasil ditanam tanaman (MT) 2011 (MT) 2012 (hektar)

Langkawi 6 Sept 2010 15

10 Dis 2011 35

Seberang Perai 2 Okt 2010 6

2 April 2011 7

3 Nov 2011 12

Titi Tinggi, Perlis 3 Mei 2011 12

10 Nov 2011 35

Infoculture Langkawi

Sime Darby Bhd

Jumlah 164.5 246 232

Seberang Perai 1.5 Okt 2010 7

2 Apr 2011 10

2 Okt 2011 9

Sik, Kedah 15 Mei 2011 60

Semanggul, Perak 15 Dis 2010 40

10 Apr 2011 40

Rantau Panjang, 34 Jun 2011 40 Kelantan

Wang Tepus, Kedah 4 Jun 2011 Dimusnah oleh serangga perosak

Paya Pesagi, Pahang 15 Sept 2011 50

Lubuk China, Melaka 15 Nov 2011 50

Gual Ipoh, Kelantan 15 Dis 2011 50

EPP 9

Rajah 11.9 : Dua buah syarikat yang mengeluar dan memasarkan beras wangi

Penanaman beras bernilai lebih tinggi telah membawa peningkatan dua kali ganda dalam

pendapatan petani kontrak

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

192

Page 14: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Memperkukuh dan Menambah Baik Produktiviti Penanaman Padi di Kawasan Muda

(bersambung)

Projek ini dijadualkan bermula pada tahun 2012 sebagai lanjutan daripada kejayaan EPP 10. Di bawah projek ini, model penanaman secara estet yang digunakan di Muda akan direplikasikan di kawasan jelapang lain. Tujuannya adalah untuk meningkatkan produktiviti padi di kawasan jelapang lain, dan juga meningkatkan lagi pesaraan sendiri Malaysia kepada beras sehingga 85 peratus.

Pencapaian Sebuah projek perintis telah dirancang di Batang Lupar, Sarawak, untuk menambah hasil dan memodenkan penanaman padi di kawasan tersebut. Projek ini dimulakan di tanah sawah padi tradisional 50 hektar di Blok C, Bijat-Stumbin. BERNAS, MoMA dan Jabatan Pertanian Sarawak telah memberi pelbagai siri taklimat kepada masyarakat rumah panjang di kawasan itu sejak April 2011 bagi mendapatkan sokongan mereka agar tanah-tanah sawah mereka yang ada itu digabungkan. Hasilnya, tanah sawah seluas 77.73 hektar digabungkan. Usaha ini melibatkan 144 buah

keluarga daripada 11 buah rumah panjang. Penanaman padi cara moden tersebut bermula pada September 2011 di Batang Lupar, Sarawak dengan penyertaan langsung daripada pesawah.

Dalam bulan April 2011, Jabatan Pertanian Sarawak telah mencadangkan untuk mengubah kawasan Bario, Sarawak, daripada model penanaman tradisional sara diri kepada penanaman secara estet berskala komersial. Dengan Bario Ceria Sdn Bhd sebagai syarikat peneraju utamanya, 30 hektar tanah sawah padi telah diusahakan dan dikendalikan dengan menggunakan model penanaman secara estet dalam bulan September 2011. Sebelum ini, hasil sehektar dahulunya hanya sebanyak 0.8 – 1 MT/hektar. Kini, pesawah-pesawah di situ mendapat hasil dalam anggaran 2.5 MT/hektar.

Memperkukuh dan Menambah Baik Produktiviti Penanaman Padi di Kawasan Pengairan yang lain

Satu perubahan ketara perlu dilaksanakan setelah menyedari bahawa peningkatan produktiviti padi negara adalah hanya sebanyak 1.73 peratus sejak 2005. Langkah tersebut juga perlu diambil untuk meningkatkan pengeluaran beras tempatan bagi menjamin bekalan beras untuk Malaysia pada jangka masa panjang. EPP ini bertujuan untuk menggunakan pendekatan-pendekatan penanaman secara estet di bawah pengurusan tunggal di kawasaan jelapang Muda yang merentasi Kedah dan Perlis. Pendekatan ini dijangka akan dapat menambah produktiviti daripada 4.71 MT/hektar kepada 8.0 MT/hektar menjelang 2020. Peningkatan hasil ini akan tercapai apabila 50,000 hektar sawah yang ada disatukan pada 2020. Pada tahun 2011, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan menggabungkan 50,000 hektar tanah dan mendapatkan kelulusan daripada lebih kurang 2,500 pesawah agar tanah mereka disewakan dan diuruskan oleh MADA.

Pencapaian Kerja permulaan sebelum EPP ini dilancarkan termasuk menganjurkan 50 siri taklimat yang diberikan oleh pihak MADA kepada hampir 4,224 pesawah di kawasan Muda. Ianya dijalankan di antara bulan Disember 2010 dan Julai 2011. Projek ini akhirnya berjaya dilancarkan pada 13 September 2011 oleh Menteri Pertanian. MADA telah menggabungkan tanah seluas 5,000 hektar yang melibatkan 2,982 pesawah daripada 27 buah Pertubuhan (Pertubuhan Peladang Kawasan). Sebuah struktur organisasi diwujudkan dengan hasil penglibatan Pertubuhan ini bagi menjalankan pengendalian menurut jadual penanaman dan penuaian yang ditetapkan oleh MADA. Pengendalian ini membolehkan penggunaan optimum penjenteraan bagi

penanaman padi. Penanaman tersebut dimulakan pada Oktober 2011 dan tuaian awal pada Januari 2012 telah meningkat antara enam hingga lapan MT.

Langkah Seterusnya MADA akan menanggung kerja naik taraf dan pembinaan sebuah sistem lanjutan (tertiary) dalam infrastruktur pengairan bagi memastikan pengurusan air yang lebih cekap di kawasan Muda. Infrastruktur ini akan dibina secara berperingkat, dari tahun 2012 ke 2020. Berdasarkan kepada kejayaan projek ini pada tahun ini, 5,000 hektar tanah lain akan digabungkan pada 2012. MADA sedang bekerjasama dengan BERNAS, sebuah pertubuhan yang bertanggungjawab ke atas industri padi tempatan di Malaysia, untuk mereka membentuk sebuah perbadanan khusus yang dapat menguruskan pengendalian penanaman padi di jelapang Muda.

Aktiviti membajak tanah oleh Bridged (Wilayah II)

EPP 10

EPP 11

NKEA: Pertanian EPP 9 – EPP 11

193

Page 15: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Sistem Fidlot Lembu

epp 11 (sambungan mukasurat sebelum)

Langkah SeterusnyaBagi melengkapkan permodenan penanaman padi di Batang Lupar, kerajaan akan menggunakan kaedah yang sama iaitu menggunakan syarikat peneraju untuk menguruskan pengendalian sawah padi. Kerajaan akan membina suatu infrastruktur pengairan

yang sesuai untuk menyokong aktiviti pertanian di situ di atas tanah seluas 1,054 hektar. Tanah-tanah tersebut di bawah pengurusan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan semua Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA). Cara ini akan memastikan rantaian nilai yang penuh dapat dimanfaatkan dengan cara yang teratur dan menguntungkan.

Projek ini memerlukan sebuah syarikat peneraju untuk mengurus keseluruhan operasi bagi 71 buah ladang fidlot satelit yang dibina oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Projek ini memerlukan 100 peratus pembiayaan swasta.

Pencapaian Memandangkan tiada sebuah syarikat peneraju yang kukuh untuk mengurus dan mengendalikan kesemua ladang satelit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengenal pasti 57 buah pengendali daripada empat buah syarikat yang terletak di Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan. Keempat-empat buah syarikat ini mengendalikan 53 buah ladang fidlot. Jabatan tersebut masih sedang cuba mencari pengendali untuk ladang-ladang di Terengganu, Perak dan Kedah.

Langkah SeterusnyaJabatan Perkhidmatan Veterinar bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan ladang-ladang satelit yang sudah pun beroperasi bagi memastikan projek ini mencapai sasaran kapasiti fidlot sebanyak 240,000 ekor.

Walau bagaimanapun, setelah kajian semula dibuat, mereka mendapati bahawa jumlah pelaburan yang dibuat untuk projek ini tidak menguntungkan dalam jangka masa panjang. Oleh yang demikian, projek tersebut tidak dimajukan lagi mulai tahun 2012. Namun, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan terus memantau 57 buah pengendali tersebut.

Batang Lupar, Sarawak Aktiviti membajak tanah di Block C, Bijat-Stumbin

Ladang fidlot lembu

EPP 12

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

194

Page 16: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Projek ini bertujuan untuk mengurangkan pergantungan kepada susu segar import yang merupakan 32 peratus daripada jumlah susu segar dalam pasaran. Projek ini dijayakan dengan menambah pengeluaran susu segar tempatan. Dengan menggunakan konsep syarikat peneraju untuk menyepadukan semua operasi daripada pengeluaran secara huluan sehingga pemprosesan hiliran serta pemasaran, empat kelompok tenusu akan diwujudkan menjelang 2020. Sasaran bagi 2011 adalah untuk mewujudkan satu kelompok tenusu untuk projek ini.

Pencapaian Dua buah syarikat peneraju untuk dua buah kelompok tenusu telah dimulakan. Sebagai peneraju, mereka telah memberi jaminan kepada peladang-peladang kontrak di bawah kelompok masing-masing bahawa mereka akan membeli balik susu pada harga pasaran.

Di samping itu, mereka juga akan menyediakan bantuan teknikal kepada peladang dalam kelompok mereka bagi

Membangunkan Kelompok Tenusu

memastikan hanya susu yang bermutu akan dihasilkan. Status kelompok tenusu ini ditunjukkan dalam Rajah 11.10.

Langkah Seterusnya Pada tahun 2012, Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan meneruskan usaha mereka

untuk menarik dua buah syarikat lagi untuk meneraju industri pengeluaran susu di Semenanjung barat dan timur. Ianya dijalankan sambil memastikan bahawa dua kelompok yang sudah beroperasi dapat mencapai sasaran penghasilan 10 juta liter susu bagi 2012.

Syarikat Lokasi kelompok tenusu

Pelaburan Swasta

(RM juta)

Pelaburan am

(RM juta)

Status Projek (31 Disember 2011)

Evergreen Livestock Sdn Bhd

Keningau, Sabah

18.6 9.6 • Syarikat utama kepada petani kontrak di bawah Koperasi Tenusu Keningau

• Petani kontrak: 89• Membina pusat pemprosesan untuk

menghasilkan produk susu ditambah nilai di Tenom

Allied Dairy Sdn Bhd

Kota Tinggi, Johor

37.0 8.6 • Syarikat utama kepada petani kontrak di bawah Koperasi Tenusu Johor

• Petani kontrak: 15• Membina pusat pemprosesan untuk

menghasilkan produk susu ditambah nilai di Kota Tinggi

Industri pembenihan di Malaysia didapati kurang maju dan amat bergantung kepada biji benih yang diimport. Projek ini dilancarkan untuk memperkenalkan pengeluaran biji benih berkualiti tinggi atau baka genetik untuk negara yang menggunakan teknologi Marker-Assisted Selection (MAS). MAS mempunyai kebolehan untuk memilih benih dengan ciri-ciri yang dikehendaki, mengurangkan masa untuk pembiakan dengan ketara serta menghasilkan baka yang berkualiti dan tahan penyakit.

Pencapaian Bagi meletakkan Malaysia setaraf dengan negara-negara maju dalam industri pertanian, Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) telah mendapatkan teknologi tersebut daripada DNA Landmarks, sebuah subsidiari syarikat BASF Ltd berpusat di Kanada. Mereka telah melantik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menyediakan perkhidmatan ini kepada industri tempatan. Teknologi ini ditempatkan di Pusat untuk Penemuan dan Pengesahan Penanda (CDMV) di MARDI, Serdang.

MARDI telah menganjurkan seminar pertamanya dalam bulan Jun 2011 untuk mempromosikan perkhidmatan Pusat untuk Penemuan dan Pengesahan Penanda (CDMV – Center for Marker Development & Validation). Pusat itu telah ditubuhkan pada Julai 2011. Pada bulan September, ia telah pun menerima empat buah projek yang melibatkan pengesahan hampir 1000 sampel dan mengembangkan penanda DNA untuk 20 jenis pokok. Projek ini juga telah menarik penyertaan dua buah syarikat, RB Biotech Sdn Bhd dan Green World Genetics Sdn Bhd untuk menjalankan aktiviti pembakaan biji benih yang telah disahkan melalui MAS.

Langkah Seterusnya Pada tahun 2012, CMDV akan meneruskan kerja dalam menjalankan pengesahan bagi 2,000 biji benih dan memulakan lebih banyak projek pembangunan bagi tanaman dan ternakan. Lanjutan daripada itu, Kementerian Pertanian akan melatih pengusaha-pengusaha tempatan untuk terlibat sama dalam industri pembenihan menggunakan benih yang telah disahkan dari CMDV. Ini akan meningkatkan kualiti baka untuk sektor pertanian di Malaysia, dan menjurus kepada penyediaan Rang Undang-undang untuk Akta Biji Benih Malaysia.

Menerajui Perkhidmatan Pembiakan Serantau

EPP 13

EPP 14

Rajah 11.10

NKEA: Pertanian EPP 12 – EPP 14

195

Page 17: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Inisiatif ini bertujuan untuk menarik pelaburan asing yang berkaitan dengan bidang bioteknologi pertanian agar dapat memanfaatkan industri ini dalam pelbagai bidang serta membangunkan modal insan yang berkemahiran tinggi. Biotechcorp telah ditugaskan untuk merumuskan pakej-pakej menarik untuk pelabur asing dan sekaligus menggalakkan pelaburan langsung daripada pelabur tempatan.

Pencapaian Dari aspek pelaburan tempatan (DDI), Biotechcorp telah berjaya mendapatkan pelaburan daripada Sabah Softwood Hybrid Fertiliser, sebuah syarikat usahasama antara All Cosmos Industries Sdn Bhd (Taiwan) dan Sabah Softwood Bhd yang berpusat di

Menarik Pelaburan Asing ke dalam Bidang Bioteknologi Pertanian

Malaysia. Kilang baja bio-organik ini akan beroperasi di Kelompok Perindustrian Minyak Sawit Lahad Datu (POIC) dengan jumlah pelaburan sebanyak RM50 juta.

Langkah SeterusnyaPembinaan kilang baja ini dijadualkan siap pada 2012. Untuk meneruskan progam ini, Biotechcorp memerlukan RM250 juta daripada pelaburan langsung asing dan tempatan dalam industri bioteknologi pertanian untuk tempoh tersebut. Selain itu, Biotechcorp juga dikehendaki memastikan sekurang-kurangnya tiga lagi syarikat multinasional ditubuhkan menjelang 2020.

EPP ini bertujuan untuk memastikan bekalan tetap lembu dan haiwan tenusu untuk kegunaan tempatan dan pembiakan di kawasan yang lebih menguntungkan. Ia dijalankan dengan menggalakkan sektor swasta memperoleh kepentingan dalam syarikat lembu luar negara. Projek ini bergantung sepenuhnya kepada sumber swasta yang bernilai RM1.3 bilion untuk tempoh 10 tahun.

Pencapaian Setakat ini, tiga buah syarikat telah pun menyertai EPP ini:

Melabur dalam Syarikat Penternakan Lembu Asing

Langkah Seterusnya Sasaran bagi 2012 adalah untuk menjana pengeluaran domestik sebanyak RM42 juta daripada usaha niaga-usaha niaga luar negara.

EPP 15

EPP 16

Rajah 11.11

Syarikat Lokasi Pelaburan (RM juta)

SEDC Sarawak Australia 42

Ternakan Kamran Sdn Bhd Australia 1.1

Bumi Yadanar Sdn Bhd Myanmar 0.5

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

196

Page 18: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Di bawah NKEA Pertanian ini, 11 Peluang Perniagaan akan menyumbang kepada penambahan PNK sebanyak RM28.9 bilion menjelang tahun 2020 dan mewujudkan 14,840 pekerjaan.

Pada masa kini, Kementerian Pertanian belum berjaya untuk menukarkan Peluang Perniagaan kepada EPP kerana fokus untuk tahun pertama adalah untuk menjayakan 16 EPP yang tersedia ada.

Peluang Perniagaan 1 : Produk Nutraseutikal

Peluang Perniagaan 2 : Pengedar asing

Peluang Perniagaan 3 : Penternakan Ikan Hiasan

Peluang Perniagaan 4 : Pengilangan Makanan untuk akuakultur

Peluang Perniagaan 5 : Pusat eksport akuakultur

Peluang Perniagaan 6 : Industri Snek

Peluang Perniagaan 7 : Ternakan ayam kampung

Peluang Perniagaan 8 : Pertanian Cendawan Butang

Peluang Perniagaan 9 : Pengeluaran Buah-buahan dibungkus seperti Nangka

Peluang Perniagaan 10 : Pelaburan Langsung asing dalam Produk Herba

Peluang Perniagaan 11 : Industri Makanan Snek/kemudahan Makanan Negara

Peluang Perniagaan

Lima pemangkin utama diperlukan untuk menyokong pelaksanaan EPP dan peluang perniagaan tersebut:

Menyediakan insentif untuk syarikat peneraju1.

Mengukuhkan penerimaan amalan pertanian baik dan amalan 2. pengilangan baik untuk meningkatkan akses pasaran

Mengubah peraturan dan dasar3.

Mengukuhkan infrastruktur logistik4.

Memastikan aliran modal insan yang mencukupi 5.

PemangkinPEMANDU dan Kementerian Pertanian akan terus bekerja sama untuk menyediakan suatu tata cara bagi menyediakan insentif-insentif kepada syarikat-syarikat peneraju yang terpilih di bawah EPP masing-masing. Ini bagi memastikan penglibatan sektor swasta. Ketika ini, pihak Kementerian sedang dalam perbincangan untuk menguatkuasa pemangkin-pemangkin lain untuk dilaksanakan pada 2012.

NKEA: Pertanian EPP 15 – EPP 16, Peluang Perniagaan dan Pemangkin

197

Page 19: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

Sasaran 2020

Impak PNK tambahan RM28.9 bilion

Pekerjaan tambahan 74,600

Sasaran kritikal untuk tahun 2012

Lima ujian klinikal bermula untuk produk herba (ubat ubatan nutraseutikal/kosmeseutika/botani)•Lima ujian pra-klinikal bermula untuk produk herba (ubat ubatan nutraseutikal/kosmeseutika/botani)•15 penyelidikan prasyarat yang dimulakan oleh universiti-universiti dan institusi-institusi penyelidikan untuk syarikat-syarikat•Penubuhan Taman Penanaman Herba di Pasir Raja & Chegar PERAH (Fasa 1) – 100 peratus•Jumlah pendapatan yang dihasilkan daripada jualan herba dari tujuh gugusan herba di Pulau Pinang, Perak, Selangor, •N. Sembilan, Melaka dan Johor yang ditubuhkan pada tahun 2011 – RM 1,000,000

Jumlah pengeluaran produk Sarang Burung Yang Boleh Dimakan oleh premis berdaftar (MT) – 100•Jumlah premis baru berdaftar – 3,000•Jumlah premis EBN baru yang disahkan (SALT) – 1,100•Muatan rumpai laut kering yang dihasilkan (MT) – 35,000•Jumlah baru mini estet beroperasi – 20•Jumlah produk rumpai laut yang akan dibangunkan hasil daripada aktiviti R&D – 15•Jumlah kawasan tanah yang diwartakan untuk penternakan rumpai laut – 3,000•Jumlah pengeluaran ikan yang diternak (MT) – 30,258•Jumlah sangkar dalam operasi – 1,000•Jumlah pengeluaran udang (MT) – 1,0464•Jumlah kawasan yang dikenal pasti untuk replikasi di IZAQ (ha) – 1,000•Jumlah nilai eksport bagi buah-buahan dan sayur-sayuran premium – RM304 juta•Penubuhan kawasan baru untuk penanaman buah-buahan premium (ha) – 5,000•Jumlah pelaburan oleh syarikat-syarikat swasta (buah-buahan premium) – RM395 juta•Jumlah pelaburan oleh syarikat anchor (buah-buahan premium) – RM70 juta•Jumlah pendapatan yang dihasilkan daripada jualan produk (buah-buahan premium) oleh syarikat yang mengambil bahagian – RM1 juta•Jumlah tan beras wangi yang dihasilkan (MT) – 5,000•Jumlah kawasan yang ditanam (ha) – 1,015•Aktiviti R&D yang dijalankan untuk pengeluaran baru jenis Jasmine dan Basmati serta pakej agronomi untuk kedua-dua •jenis menjelang tahun 2013 – 40 peratus

Jumlah kawasan tanah baru digabung (ha) – 5,000•Jumlah kawasan tanah yang diluluskan untuk diambil bagi pembinaan infrastruktur – 77 (hektar)•Siap pembinaan infrastruktur pengairan – 20 peratus•Jumlah keluasan tanah yang digabung itu bagi penanaman padi di kawasan jelapang padi yang lain (ha) – 1,540•R&D dijalankan untuk memperbaiki pelbagai benih tempatan yang ditanam di Batang Lupar – 25 peratus•Jumlah daging lembu yang dihasilkan dari ladang satelit (MT) – 4750•Jumlah susu segar yang dihasilkan daripada kelompok di bawah NKEA (juta liter) – 10•Purata pengeluaran susu satu lembu bagi setiap laktasi dari gugusan di bawah NKEA (liter sehari) – 15•Jumlah benih yang disahkan oleh CMDV – 2,000•Jumlah pengeluaran benih yang disahkan oleh CMDV (MT) – 4,500•Jumlah jenis benih yang diperakui dihasilkan melalui MAS – 10•Pembentukan Akta Benih – 30 peratus siap•Jumlah pelaburan oleh syarikat-syarikat bioteknologi pertanian (asing dan domestik) (RM juta) – 250•Jumlah pendapatan yang dihasilkan dari pengambilalihan dan pelaburan luar negara (RM juta) – 42•

Ringkasan NKEA Pertanian

LAPORAN TAHUNAN ETP 2011

198

Page 20: Pertanian - ETP Economic Transformation Programmeetp.pemandu.gov.my/annualreport2011/upload/BM_NKEA_Agriculture.pdf · Datuk Seri Noh Bin Omar Menteri Pertanian dan Industri Asas

K i n i d i M a l a y s i a

Tanah Air yang Tercinta

REP dilancarkan untuk memudahkan pakar-pakar berwarganegara Malaysia pulang ke tanah air. Ini adalah untuk memenuhi objektif Kerajaan dalam mengatasi masalah kekurangan tenaga pakar dalam negara, dan mewujudkan tenaga kerja bertaraf dunia di Malaysia, terutamanya dalam konteks Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Dalam usaha negara kita untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, adalah dianggarkan bahawa ETP, melalui 12 BIdang Ekonomi Utama Negara (NKEA) akan memerlukan ramai pakar, dari taraf sederhana hinggalah ke taraf tinggi. Kerajaan mempunyai matlamat untuk memanfaatkan kepakaran ini melalui bakat-bakat yang pulang ke tanah air.

Sebagai pesanan kepada warga Malaysia yang pulang, Encik Mohd Azmi berkata, “Pertama sekali, anda perlu bersedia daripada segi mental sebelum pulang ke tanah air kerana terdapat perbezaan dalam

Setelah lima tahun bekerja di luar negara, Mohd Zaki Awang membuat keputusan

untuk pulang ke Malaysia. Beliau merupakan salah seorang daripada pakar yang terlibat dalam program TalentCorp yang bermula pada tahun 2011. Program tersebut diwujudkan untuk menarik pakar pulang berkhidmat di tanah air.

“Saya memulakan kerjaya saya di Malaysia dan selepas beberapa tahun, saya amat bertuah kerana mendapat peluang menimba pengalaman bekerja di Vietnam selama tiga tahun. Kemudian, saya berpindah ke Arab Saudi bersama Saudi Aramco dan banyak mendapat pengetahuan daripada pemain utama industri minyak itu,” kata Mohd Zaki Awang.

“Walau bagaimanapun, saya tetap menganggap Malaysia sebagai tanah air. Saya membuat keputusan untuk pulang supaya saya boleh menyumbang kepada pembangunan negara saya. Tambahan pula, saya rasa Malaysia menawarkan lebih banyak pilihan dari segi pendidikan untuk anak saya yang tiada di Arab Saudi,” tambah beliau.

Setelah mendapat tahu tentang Program Pemulangan Pakar (REP) melalui rakannya, Encik Mohd Azmi mula membuat perancangan untuk pulang ke Malaysia. Dengan bantuan TalentCorp, Encik Azmi mencari pekerjaan dan kini beliau bekerja sebagai Juruteknologi Kanan di Talisman Malaysia Limited.

Ia sebuah syarikat yang berpusat di Kanada yang mempunyai perjanjian perkongsian pengeluaran dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Pertama sekali, anda

perlu bersedia daripada

segi mental sebelum

pulang ke tanah

air kerana terdapat

perbezaan dalam

suasana dan

budaya kerja

”Gambar diperolehi daripada

Star Publications (Malaysia) Bhd

suasana dan budaya kerja. Saya percaya kita boleh bekerja dengan lebih baik dalam budaya kita, di tanah air sendiri, dengan ilmu dan pengalaman yang kita perolehi daripada bekerja di luar Malaysia.”

199