minit-smm-1

Upload: eva-carolina

Post on 04-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Minit

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA UNIT SISTEM MAKLUMAT MURID (SMM)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BONGKOL, PITAS BIL 1/2015 Tarikh

: 26 Januari 2015 Masa

: 12.45 Tengahari

Hari

: Isnin Tempat : Bilik PK HEMKehadiran : 1. En. Sani Onggong (PK HEM)

2. Pn Eva Carolina Edward (Guru Data SMM)

3. En. Mohd. Shaffrin Bin Monir (Guru Kelas 1 Iltizam)

4. Pn. Norazillah Binti Abu Bakar (Guru Kelas 1 Inovatif)

5. En. Mohd Addi Bin Maddika (Guru Kelas 2 Iltizam)

6. En. Jamaris Mopuas (Guru Kelas 2 Inovatif)

7. En. Salmun Asumbon (Guru Kelas 3 Iltizam)

8. Pn. Rusiyin Rumimbit (Guru Kelas 3 Inovatif)

9. En. Aloysius Apat (Guru Kelas 4 Iltizam)

10. En. Rasyidin Yusof (Guru Kelas 4 Inovatif)11. En. Chu Wai Seng (Guru Kelas 5 Iltizam)

12. En Abdul Hakim Bin Abd. Aziz (Guru Kelas 5 Inovatif)Senarai AJK Tidak Hadir: Tiada1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ahli jawatankuasa dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Beliau juga memaklumkan bahawa semua guru kelas dijemput hadir hari ini kerana banyak maklumat yang perlu diketahui oleh guru-guru terutamanya mengenai kemasukan data murid ke dalam sistem maklumat murid.

Tindakan: Semua guru kelas2.0 Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat unit SMM Bil 3/2014

2.1 Naib Pengerusi meminta minit mesyuarat Unit SMM bil 3/2014 disahkan.

Pencadang : Pn Norazillah Abu Bakar Penyokong : Pn Rusiyin Rumimbit3.0 Perkara berbangkit3.1 Tiada perkara berbangkit

4.0 Pemurnian Data4.1 SMM / Pendaftaran Murid

4.1.1 Setiap guru kelas bertanggungjawab mengutip data seperti nombor telefon, alamat dan maklumat pelajar dan sebagainya untuk dimasukkan ke dalam sistem maklumat murid. Guru kelas perlu mengedar borang maklumat murid (BMM) kepada pelajar dan memasukkan data tersebut sebelum 21 Febuari.

Tindakan : Guru kelas

4.1.2 Guru Data SMM hendaklah menyemak data tersebut sekiranya ada yang belum lengkap.Tindakan : Guru Data SMM

4.1.3 Pengerusi memaklumkan bahawa Data pelajar akan dihantar ke PPD sebelum 10hb pada setiap bulan. Beliau amat berharap agar maklumat sentiasa dikemaskini dan lengkap.

Tindakan : Guru Kelas & Guru Data SMM4.2 Maklumat penerima bantuan4.2.1 Guru kelas bertanggungjawab mengenal pasti pelajar yang layak untuk menerima bantuanseperti KWAPM, E-Kasih, RMT, SPBT dan sebagainya.

Tindakan : Guru Kelas

4.2.2 Pengerusi memaklumkan bahawa maklumat calon penerima bantuan diperoleh daripada data SMM. Oleh yang demikain, guru terlibat hendaklah menyediakan selengkapnya data SMM murid dengan kadar yang segera.

Tindakan: Guru kelas dan AJK SMM

5.0 Hal-Hal Lain.

Tiada hal-hal lainMesyuarat ditangguhkan pada jam 1.45 tengahariDisediakan oleh,

Disemak oleh,...........................................

..................................................(PN EVA CAROLINA EDWARD M)

(EN SANI ONGGONG)Guru Data SMM,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

SMK Bongkol, Pitas

SMK Bongkol, Pitas