nama : syahirah binti ibrahim no.matrik : a146397 nama ... · -ice breaking (1 jam 30 minit) -ldk...
TRANSCRIPT
Nama : Syahirah binti Ibrahim
No.Matrik : A146397
Kos : Teknologi Maklumat
E-mail : [email protected]
a) Nama program / aktiviti, nama jawatan:
- SEE Nature 2014 (Exco Publisiti dan Multimedia)
b) Tugas, bilangan jam untuk menyiapkan tugasan :
Perkara Jam Yang
Dicadangkan
Perincian Sebenar
Mesyuarat
persediaan/mesyuarat
bersama pensyarah dan
pembantu penyelidik.
8 hari x 4 jam = 32 jam 1: 17 Sep - Temuduga
2: 29 Sep – Mesyuarat besar
dan agih tugasan
3: 13 Okt – Mesyuarat
persediaan program
4: 15 Okt - Mesyuarat
persediaan program
5: 16 Okt - Mesyuarat
persediaan program
6: 22 Okt – Perbincangan
tentang Kempen Kesedaran
Alam
7: 23 Okt – Perbincangan
tentang sukaneka dan Kempen
Kesedaran Alam
8: 24 Okt- Perbincangan
tentang Kempen Kesedaran
Alam
9: 15 Nov – Pembentangan
hasil tugasan dan sesi post
mortem
Kuliah pengenalan
biodiversity dan
kelestarian alam.
2 hari x 8 jam = 16 jam 1)-PM Dr. Wan Juliana Wan
Ahmad (1 jam)
2)-PM Dr. Norela Sulaiman
(2 jam)
3)-En. Faiq Hamdan (2 jam)
4)-Dr. Faszly Rahim (3 jam)
5)-Dr. Izfa Riza Hazmi (1 jam)
6)-Dr. Salmah Yaakop (1 jam)
7)-Pn Nadiatur Akmar (1 jam)
8)-En. Hardy Adrian Amir
(2 jam)
9)-Dr.Zaini Sakawi (1 jam)
10)-Orang kampung (extra)
(2 jam)
Total = 16 jam
Baki = 0 jam
Praktikal, lawatan, kerja
lapangan, perbincangan
dan latihan.
8 hari x 8 jam = 56 jam Seeking Phase :-
-Praktikal burung (1 jam 30
minit)
-Praktikal serangga (1 jam 30
minit)
-Praktikal hutan (2jam 30
minit)
- Praktikal pemerhatian dan
dokumentasi (1 jam 30 minit)
- Lawatan perhilitan (1 jam 30
minit)
- Lawatan perhutanan (3 jam)
-Lawatan kelip-kelip (1 jam 30
minit)
Total : 13 jam
Embrace phase :-
-Kerjalapangan pagi (3 jam 30
minit)
-Sosio-ekonomi (2 jam)
-Kerjalapangan petang (2 jam
30 minit)
-Perbincangan (2 jam)
Total : 30 jam
Educating phase :-
-Kerjalapangan akhir (3 jam 30
minit)
-Perbincangan (2 jam)
Total : 5 jam 30 minit
Persediaan dan kempen
kesedaran alam,
pengendalian modul
kepada pelajar sekolah
20 jam -Taklimat (1 jam 30 minit)
-Perbincangan aktiviti &
latihan fasilitator (1 jam 30
minit)
dan majlis penutup. -Kemas dewan (2 jam 30 minit) -Raptai (2 jam)
-Perbincangan (2 jam)
-Perbincangan (5 jam)
-Perbincangan (1 jam 30 minit)
-Kemas dewan (2 jam 30 minit)
-Ambil pelajar dan pendaftaran
(30 minit)
-Ice breaking (1 jam 30 minit)
-LDK (1 jam 30 minit)
-Explorace (2 jam)
-Penutup (1 jam 30 minit)
-Kemas dewan (1 jam)
Pembentangan hasil
kajian dan rumusan.
6 jam -Perbincangan dan analisis data
(3 jam)
-Pembentangan dan rumusan (3
jam)
c) Metod / strategi dalam menyiapkan tugasan :
Aktiviti dalam program SEE Nature ini melibatkan masyarakat dalam Kempen
Kesedaran Alam, dan saya sebagai peserta program ini bertanggungjawab untuk
mengubah persepsi negatif seperti tidak ambil peduli masyarakat terutama pelajar
sekolah rendah terhadap alam sekitar. Transformasi ke arah yang lebih positif boleh
terhasil daripada aktiviti yang mempunyai kemahiran bertanggungjawab sosial kepada
diri saya. Justeru, saya sebagai peserta terlebih dahulu akan menyedari tentang
peranan dan tanggungjawab individu terhadap masyarakat serta penghayatan alam
sekitar dan pengamalan nilai-nilai murni kemasyarakatan, keprihatinan dan
kesukarelawan sosial. Perancangan dan strategi peserta ke arah ini akan dapat
mengasah bakat dan menggarap kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dalam
suasana pembelajaran yang fleksible yang diaplikasikan dalam masyarakat. Pada
akhir pembelajaran, saya dan peserta SEE Nature yang lain dapat berinteraksi dengan
semua lapisan masyarakat, peka terhadap permasalahan masyarakat, mengambil
inisiatif untuk melibatkan diri dan mampu berperanan sebagai agen perubahan
masyarakat.
Metod yang saya gunakan dalam menyiapkan tugasan ialah dengan
menggunakan kamera DSLR (milik akak saya), laptop, telefon mudah alih, dan
internet. Seperti yang telah diketahui, tugas sebagai Exco Publisiti dan Multimedia
semestinya perlu mengambil mengambar sepanjang program dijalankan, ‘update’
tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di blog ataupun di Facebook, dan juga
membuat video gimik untuk majlis penutupan.
d) Pengetahuan / kemahiran yang diperolehi dalam menyiapkan tugasan :
Melalui program ini, bermacam-macam pengetahuan dan kemahiran yang
saya perolehi melalui tugasan yang telah diberi oleh pensyarah. Tugasan-tugasan
yang saya dan rakan-rakan saya perlu lakukan ialah mencari spesimen serangga dan
mengawetnya, menemuramah penduduk kampung tentang kegiatan sosio-ekonomi
yang dilakukan, merancang program yang boleh dilakukan dengan penduduk
kampung, serta membuat video gimik kumpulan dan juga video dokumentari.
Tugasan yang pertama, iaitu mencari spesimen serangga dan mengawetnya.
Melalui aktiviti ini, saya memperolehi pengetahuan yang lebih mendalam tentang
serangga. Bagaimana untuk mengenalpasti order serangga, bagaimana serangga
bergerak, mengawan dan sebagainya. Saya juga dapat memperolehi kemahiran
mengawet serangga dan cara-cara untuk menangkapnya. Selain itu, sewaktu kami
melakukan aktiviti ini di kawasan kampung, kanak-kanak kampung juga turut
membantu kami. Mereka sangat ramah dan menghargai kedatangan kami. Mereka
juga seperti berasa bertanggungjawab untuk membantu kami dalam menyiapkan
tugasan. Selain daripada kemahiran menangkap serangga yang saya dapat perolehi
waktu itu, saya juga dapat memperolehi kemahiran untuk bersosial dengan mereka
dan kebertanggunggjawaban sewaktu menjaga mereka sepanjang pencarian.
Tugasan kedua pula, menemuramah penduduk kampung tentang kegiatan
sosio-ekonomi yang dilakukan. Melalui aktiviti ini, saya dapat mengetahui jenis-jenis
kegiatan yang penduduk Kampung Kuala Gula lakukan untuk menyara diri dan
keluarga. Antaranya ialah mengopek kulit kerang, menangkap udang,kerang, dan
ketam. Saya juga dapat melihat sendiri bagaimana dan cara-cara mereka melakukan
kegiatan tersebut. Selain itu, saya dapat mengetahui benda yang saya sendiri tak
pernah tahu. Antaranya ialah kegiatan menangkap ketam lembut. Saya sebelum ini
ingat semua kulit ketam adalah keras. Di samping itu, melalui aktiviti ini, saya dapat
mengasah kemahiran saya untuk bersosial dengan masyarakat kampung di Kampung
Tersusun yang juga terletak di Kuala Gula. Di samping saya dapat mengasah
kemahiran bersosial saya melalui temuramah ini, saya juga berasa bertanggunjawab
dengan nasib mereka dengan memberi cadangan kepada mereka bagaimana cara-cara
untuk meningkatkan lagi keuntungan dalam kegiatan sosio-ekonomi mereka.
Tugasan ketiga pula, merancang program yang boleh dilakukan dengan
penduduk kampung. Saya dan rakan-rakan yang lain ada membuat aktiviti sukaneka
bersama dengan penduduk kampung, di mana melalui aktiviti ini dapat mengeratkan
lagi tali silaturrahim antara kami dan penduduk kampung, di samping dapat
meningkatkn kemahiran saya dalam mengendalikan kanak-kanak kecil yang sewaktu
itu semuanya teruja untuk bermain. Selain itu, kami juga membuat program untuk
pelajar-pelajar sekolah rendah di Kuala Gula, iaitu ‘Kempen Kesedaran Alam’, di
mana sepanjang program ini, saya dan rakan-rakan ditanggungjawabkan untuk
menjadi fasilitator. Saya dikehendaki untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar
sekolah tentang serangga dan alat-alat yang digunakan oleh doktor dan penyelidik
(stetoskop dan binokular). Program ini bertujuan untuk menimbulkan minat terhadap
sains di dalam diri pelajar, di samping dapat meningkatkan juga rasa tanggungjawab
dalam diri saya dalam menyampaikan ilmu pengetahuan terhadap orang lain.
Tugasan keempat pula ialah membuat video gimik kumpulan dan juga video
dokumentari. Saya dapat mempelajari cara-cara untuk membuat video melalui
En.Hardy, di mana beliau merupakan tetamu jemputan untuk program SEE Nature ini,
dan beliau juga merupakan seorang naturalist. Dalam menyiapkan tugasan ini, saya
berasa bertanggungjawab untuk mencari ‘shot’ yang menarik untuk diletakkan di
dalam video. Jadi saya dan rakan perlu menaiki bot mengelilingi laut untuk merakam
apa sahaja yang dirasakan menarik. Selain itu, saya juga mempelajari sikap
bertanggungjawab dalam menyiapkan tugasan di dalam masa yang ditetapkan,
walaupun masa yang diberi agak singkat.
Kesimpulannya, banyak pengetahuan dan kemahiran yang dapat saya perolehi
melalui program SEE Nature 2014 ini, terutamanya dalam kemahiran sosial dan
kebertanggungjawaban. Selain itu, melalui program ini juga, saya dapat
meningkatkan kemahiran ini daripada segi; menjaga tingkah laku dan
bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain, peka kepada alam sekitar,
bertanggungjawab terhadap situasi sosial seperti perpaduan dan kemiskinan dan cara
berkomunikasi ataupun bersosial dengan masyarakat kampung.
e ) Post-mortem dan refleksi yang didapati dari tugasan :
-Halangan cuaca iaitu hujan dan angin yang kuat. Bot yang kami naiki pula tiada
bumbung yang dapat menghalang air hujan daripada memasuki bot, kecuali hanya
jaring/jala yang dijadikan bumbung. Jadi di sini melibatkan faktor keselamatan.
-Kamera yang disediakan oleh pihak UKM tidak mencukupi dan kurang berkualiti.
Saya dan ahli kumpulan saya dikehendaki untuk menangkap gambar dan video
serangga. Selain itu, kami juga ditugaskan untuk membuat dokumentari. Tugasan ini
memerlukan kamera yang berpiksel tinggi untu mendapat gambar yang jelas kerana
seperti yang kita ketahui, kebanyakan serangga adalah bersaiz kecil.
-Untuk kumpulan kami, kotak untuk mempamerkan bahan serangga tidak disediakan.
Kami hanya disediakan papan dan bekas kuning untuk meletakkan spesimen
serangga-serangga yang kami jumpai.
-Setiap modul perlu menyediakan sekurang-kurangnya 2 fasilitator untuk memberi
panduan kepada peserta. Seperti saya, sewaktu sesi mencari spesimen serangga dan
menaiki bot, tiada fasilitator bersama kami untuk menjawab segala persoalan kami
dan mengawasi gerak-geri kami.
-Masa untuk beramah mesra dengan pelajar sekolah rendah kurang. Selesai sahaja
majlis penutup, saya dan rakan yang lain sepatutnya makan bersama dan beramah
mesra bersama dengan pelajar-pelajar sekolah rendah yang menyertai program kami.
Tetapi, kami perlu bergegas mengemas barang dan menaiki bas sewaktu itu kerana
pemandu bas mahu cepat dan ingin mengikut jadual.
-Line internet tiada jadi agak sukar untuk melakukan tugasan seperti mengupdate blog
dan Facebook. Saya dan ahli publisiti dan multimedia yang lain perlu setiap hari
mengupdate segala aktiviti di blog dan di Facebook untuk dibaca oleh pensyarah
kami. Tetapi tugas ini menjadi agak sukar apabila line internet tiada. Sistem
‘wireless’ kadang-kadang sahaja boleh digunakan.
e) Pembuktian :-
Gambar :
Sesi praktikal menangkap serangga.
Sesi mempelajari membuat kraftangan bersama ahli Sahabat Hutan Bakau.
Kami diajar cara-cara
untuk membuat
kerongsang dan bakul
dengan menggunakan
surat khabar.
Sesi melihat Kelip-kelip di Kampung Dew
Lawatan ke PERHILITAN
Lawatan ke kilang kayu arang dan Pusat Eko-Pelajaran Matang-Larut
Kami melihat sendiri cara-
cara pemprosesan kayu arang
Kami merasai sendiri pengalaman
menanam pokok kayu bakau.
Proses mencari spesimen serangga dan membuat dokumentari
Saya sedang menangkap video
kumbang yang dikelilingi
semut.
Saya sedang meletakkan kumbang di
dalam bekas untuk dijadikan
spesimen.
Kanak-kanak di
kampung yang ramah
membantu kami dalam
mencari serangga.
Proses mengawet dan meneliti serangga
Sesi menemuramah masyarakat dan melihat sendiri kegiatan sosio-ekonomi yang
dilakukan
Saya menemuramah mak
cik yang melakukan kerja
mengopek kulit kerang.
Akak yang duduk di sofa, salah seorang
penduduk kampung yang melakukan
perniagaan menjual kek.
Saya dan rakan saya sendiri
turun ke tempat penduduk
kampung mencari
kepah,udang dan kerang
untuk merasai sendiri
pengalaman penduduk
kampung dan juga untuk
menemuramah.
Salah seorang penduduk
kampung yang membawa kami
keliling laut dengan menaiki
bot. Beliau juga menjalankan
kegiatan menangkap ketam
lembut untuk dijual, dan kami
berpeluang untuk pergi ke
tempat beliau mengumpul
ketam-ketam tersebut.
Diberi peluang untuk memegang
ketam lembut.
Sukaneka
Bermaim bowling padang bersama-
sama kanak-kanak di kampung.
Sewaktu
pembahagian
kumpulan.
Bermain tarik tali
bersama penduduk
kampung (saya
berbaju oren).
Bergambar kenangan bersama penduduk kampung selepas tamat aktiviti sukaneka.
Keratan akhbar :
Video :
Video gimik kumpulan kami, di mana kami perlu menunjukkan penjelajahan kami kepada
pensyarah. Rakaman dan suntingan dilakukan oleh saya dan rakan saya, Najihah binti Ismail
Eh.
https://www.youtube.com/watch?v=7hVG3dJQcXw
https://www.youtube.com/watch?v=Dbvt2LLai5A