hafal hadis pendek dalam 1 minit - najahudin

127
Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit i

Upload: others

Post on 04-Oct-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit i

Page 2: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit ii

Page 3: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit iii

dalam minit

Page 4: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit iv

Cetakan Pertama 2021

© Najahudin Lateh

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,

ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara jua sama

ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat

keizinan bertulis daripada penulis.

Diterbitkan oleh Dr. Najahudin Lateh, Lot 4032 Jalan Rebung, Bukit Kapar 42200 Klang,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

E-mel: [email protected]

Official Website: http://najahudin.net

Sale Website: http://najahudin.onpay.my

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Najahudin Lateh, Dr. -

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit /

Dr. Najahudin Lateh.

Mode of access: Internet

eISBN 978-967-19407-1-16

Rupa taip teks : Century Gothic

Saiz taip teks : 12 / 14

Page 5: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit i

dalam minit

Dr. Najahudin Lateh

2021

Page 6: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit ii

Page 7: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit i

Kandungan _________________________________________________

Kandungan i

Prakata Penerbit v

Mukadimah Penulis vii

Hadis 1 Kebaikan Adalah Sedekah 1

صدقةمعروؼكل

Hadis 2 Malu Kesempurnaan Iman 4

يمانمنالياء ال

Hadis 3 Bersama Orang Dikasihi 7

رءأحب منمعالم

Hadis 4 Istiqamahlah Lepas Beriman 10

فاستقمبلله،آمنتقل

Hadis 5 Amaran Kepada Pemutus Silaturrahim 13

قاطعالجن ةيدخلل

Hadis 6 Kezaliman Menuju Kegelapan 16

القيامةيػومظلماتالظ لم

Page 8: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit ii

Hadis 7 Sedekah Tidak Kurangkan Harta 19

مالمنصدقةنػقصتما

Hadis 8 Sabar Di Awal Musibah 22

الأولالص دمةعندالص بػر

Hadis 9 Bagimu Seperti Diharapkan 25

احتسبتمالكإن

Hadis 10 Perang adalah Strategi 28

خدعةالرب

Hadis 11 Riba Berlaku Bila Tangguh 31

الن سيئةفالرب

Hadis 12 Pengasih Nescaya Dikasihi 35

يػرحمليػرحملمن

Hadis 13 Dunia Penjara Bagi Mukmin 39

نػيا الكافروجن ةالمؤمن،سجنالد

Hadis 14 Mudahkan Usah Menyusah 43

روا روا،وليس رواتػعس تػنػفرواولوبش

Hadis 15 Mukmin Seumpama Binaan 47

ؤمنيانللمؤمنالم بػعضابػعضويشد كالبػنػ

Page 9: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit iii

Hadis 16 Tiada Hijrah Lepas al-Fath 51

وني ةجهادولكنالفتح،بػعدىجرةل

Hadis 17 Umat Al-Qur‟an Terbaik 55

وعل موالقرآنتػعل ممنخيػركم

Hadis 18 Dipatuk di Lubang Sama 59

ؤمنيػلدغلمر تػيواحدجحرمنالم

Hadis 19 Luruskan Saf Solat! 63

صفوفكمسو وا

Hadis 20 Arak Najis Memabukkan 67

حراممسكروكل خر،مسكركل

Hadis 21 Jangan Marah! 71

تػغضبل

Hadis 22 Tangan Di Atas Lebih Baik 75

الس فلىاليدمنخيػرالعليااليد

Hadis 23 Guru dan Tafaqquh Fiddin 79

رابوالل يردمن الدينفيػفقهوخيػ

Hadis 24 Jangan Jadi Batu Api 83

قػت اتالجن ةيدخلل

Page 10: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit iv

Hadis 25 Raih Rahmat Dengan Salawat 86

عشراعليواللهصل ىواحدةعلي صل ىمن

Hadis 26 Makan Minum Beradab 90

يليكم اوكلالل ،سم

Hadis 27 Pembayar Hutang Terbaik 94

قضاءأحسنكمخيػركم

Hadis 28 Tiada Taat Untuk Maksiat 98

معصيةفطاعةل

Hadis 29 Bina Rumah Tepi Neraka? 102

دا،علي كذبمن الن ارمنمقعدهفػليػتػبػو أمتػعم

Hadis 30 Puasa Adalah Perisai 107

يام جن ةالص

Page 11: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit v

Prakata Penerbit ___________________________________________________

الأميرسولوعلىوالسلاموالصلاةالرحيمالرحمنالعالميربالمدلله .الدينيومإلتبعهمومنأجمعيوأصحابوآلووعلى

Kami memanjatkan kesyukuran atas rahmat dan

pertolongan Allah SWT yang Maha Pemurah lagi Maha

Penyayang, buku ini dapat disiapkan dalam tempoh

seminggu, terutama ketika detik manusia seluruh dunia

masih lagi menghadapi ujian Covid-19, di samping

menghidupkan madrasah Ramadhan 1442 hijrah.

Karya ini adalah khazanah ilmu dengan objektif penerbitan

untuk kita menghafal hadith-hadith Nabi SAW yang mulia

serta memahami fiqhnya untuk panduan dan amalan

dalam kehidupan.

Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada

penulis kerana menghasilkan karya ini untuk manfaat

semua. Didoakan mudah-mudahan karya ini dapat

dimanfaatkan oleh umat Islam melalui pembelian,

pembacaan, penghayatan dan amalan.

Penerbit

Page 12: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit vi

Page 13: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit vii

Mukadimah Penulis ___________________________________________________

السلامعليكمورحمةاللهوبركاتووال منأىلالسنة،والصلاة الذيالمدللهالذيجعلنا سلامعلىعبده

أقوى واتباعآثارىم الذينحبهم وأصحابو وعلىآلو المنة، بو أكملعلينا ،جنة،أمابعد

Salam Ramdhan dan selamat berpuasa. Pada Ramadhan

tahun lepas 1441 hijrah, setiap hari saya berkongsi satu hadis

pendek untuk hafalan harian berserta huraian melalui aplikasi

WhatsApp. Kini, tulisan fiqh 30 hadis yang bertajuk "Hafal Hadis

Pendek dalam 1 Minit" tersebut dikumpulkan dalam sebuah e-

book untuk diulang kaji hafalan dan pemahaman masing-

masing.

Buku ini mengandungi 30 hadith pendek

yang sangat mudah dihafal oleh orang

awam. Semua hadith ini terdiri daripada

dua hingga lapan patah perkataan. Takhrij

ringkas hadith juga dibuat dengan nama

perawi a‟la (tertinggi) daripada kalangan

Sahabat serta sumber sandarannya

walaupun semua hadith ini adalah sahih daripada karya al-Bukhari dan Muslim.

Page 14: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit viii

Karya ini ditulis dan diterbitkan ketika kita berhadapan dengan

ujian wabak Covid-19 yang masih melanda seantero dunia. Kita

doakan mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala segera

mengangkat ujian-Nya ini.

Penerbitan buku ini insya Allah dapat mewarnai kehidupan kita

semua supaya kembali menghayati ilmu dan ajaran Islam

daripada sumber utama.

Saya memohon sebarang teguran atas kesalahan atau

kekurangan buku ini. Semoga usaha kecil ini amalan

bermanfaat dan suatu ibadah kepada Allah Subhanahu wa

Ta’ala dalam titian menjejaki Jannah.

Dr. Najahudin Lateh

Ramadhan 1442 - Shah Alam

Sebuah hadith mampu dihafal

dalam tempoh satu minit sahaja jika dibaca berulang-

ulang kali. Selain itu, huraian

fiqh hadith berpandukan ulasan-

ulasan ulama‟ tradisi dan

kontemporari juga dimuatkan

untuk pemahaman serta

amalan semua.

Page 15: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 1

Hadis 1

Kebaikan Adalah Sedekah

كل معروف صدقة “Setiap kebaikan (berpahala) sedekah.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 6021 dan Muslim no. 1005 daripada

Jabir bin Abdullah RA.

Teks (معروؼ) adalah lafaz umum yang bermaksud segala

perkara ketaatan yang disuruh syarak serta segala

perkara buruk yang perlu ditinggalkan dengan niat

mencapai redha Allah SAW.

Page 16: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 2

Hadis ini mengajak umat Islam untuk melaksanakan

amalan kebaikan yang banyak manfaatnya kepada diri

sendiri serta orang lain. Kepada pelaku kebaikan,

Rasulullah SAW memberi khabar tentang ganjarannya

seperti pahala bersedekah.

Malah, semua amalan yang dianggap baik dan

berkebajikan memperolehi pahala. Dalam hadis sahih

lain, Baginda SAW menjelaskan:

Setiap lafaz zikir, menyuruh kepada kebaikan

dan mencegah kemungkaran adalah sedekah

(Muslim, 1006), juga bercakap baik, langkah

untuk solat dan membuang benda

mengganggu jalan juga adalah (berpahala)

sedekah (al-Bukhari, 2989 & Muslim, 1009).

Page 17: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 3

Justeru, marilah sama-sama kita melakukan amal

kebajikan, mencegah maksiat, melepaskan kesulitan

orang sama ada secara personal, melalui

kesukarelawan, aktiviti NGO atau apa-apa medium.

Ini sesuai dengan ajakan supaya setiap Muslim

berlumba-lumba melakukan kebaikan (al-Baqarah,

148) dan bersegera

mencari keampunan

Allah SWT (Ali Imran, 133).

Kebaikan bukan terhad

kepada orang Islam

sahaja, tetapi kepada

seluruh manusia termasuk

makhluk lain, sama ada

insan, haiwan atau alam.

Page 18: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 4

Hadis 2

Malu Kesempurnaan Iman

يمان الياء من ال“Malu sebahagian (kesempurnaan) iman.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 24 & no. 6118 dan Muslim no. 36

daripada Abdullah bin Umar RA.

Hadis ini menjelaskan saranan Rasulullah SAW kepada

seorang lelaki daripada Ansar supaya tidak

mengganggu saudaranya yang sangat pemalu. Ini

berlaku ketika Baginda SAW terserempak dengan lelaki

tersebut yang sedang menasihati serta melarang

saudaranya daripada bersifat malu.

Page 19: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 5

Ini kerana sifat malu adalah terpuji, malah ia tanda

kesempurnaan keimanan seseorang. Imam Muslim

meletakkan hadis ini di bawah tajuk tentang cabang-

cabang iman dan memuatkan hadis seterusnya bahawa

„Malu tidak berada kecuali bersama kebaikan.” (Muslim,

37).

Sifat malu pada diri seseorang mendorongnya

melakukan perkara mulia dan meninggalkan perkara

keburukan. Mereka yang tiada sifat malu akan hilang

harga diri dengan berani melakukan kejahatan di depan

khayalak.

Kadang-kadang perkara aib, pelakuan maksiat dan

gambar sensitif dikongsikan awam melalui media sosial

seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp tanpa malu

segan silu.

Page 20: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 6

Walaupun begitu, sifat malu tidak boleh dijadikan

penghalang kepada kita untuk belajar, memahami sesuatu

dan bertanya perkara yang tidak difahami. Tabi‟in terkenal,

Mujahid menyebut:

“Ilmu tidak diperolehi oleh orang yang malu dan

bongkak.” (al-Adab al-Syar‟iyah al-Maqdisi, j.2 h.68).

Page 21: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 7

Hadis 3

Bersama Orang Dikasihi

المرء مع من أحب “Seseorang (akan) bersama orang yang dikasihi.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 6168, no. 6169 & 6170 dan Muslim no.

165 daripada Abdullah bin Mas‟ud RA.

Teks hadis ini adalah jawapan Rasulullah SAW kepada

soalan lelaki yang datang bertanya tentang

bagaimanakah kedudukan seseorang yang kasihkan

kaumnya tetapi dia tidak bertemu dan beramal

kebaikan seperti mereka.

Page 22: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 8

Lalu Baginda SAW menyatakan dia akan bersama-sama

mereka yang dikasihinya di dunia pada akhirat kelak.

Dalam riwayat Anas bin Malik RA, seorang lelaki Arab

Badwi bertanya tentang tarikh kiamat, lalu Rasulullah

SAW bertanya apakah bekalan yang beliau sediakan.

Lalu lelaki itu berkata bahawa dia kasihkan Allah dan

Rasul-Nya. Baginda SAW bersabda, “Engkau akan

bersama mereka yang engkau kasih.” (al-Bukhari, 6171 &

Muslim 161.

Hadis ini menjelaskan ciri berkasih sayang, cinta dan

adab berkawan yang perlu direalisasikan oleh kita di

dunia. Kasih kepada seseorang akan menyebabkannya

meneladani perlakuan orang yang dikasihi. Justeru,

carilah pasangan dan kawan yang boleh membawa

kita ke syurga Allah SWT.

Page 23: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 9

Kecintaan atas ketaatan orang dicintai adalah keyakinan

kepada ganjaran pahala daripada-Nya. Jangan bersama

mereka yang mendekatkan kita dengan maksiat serta

menjauhkan daripada kasih sayang Allah SWT. Biarlah kita

bersama-sama dengan orang-orang yang baik di dunia,

mudah-mudah kelak kita dekat dengan bau para nabi,

syuhada‟ dan salihin di syurga-Nya.

Page 24: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 10

Hadis 4

Istiqamahlah Lepas Beriman

تقم قل آمنت بلله، فاس “Katakanlah: „Aku beriman dengan Allah‟, lalu

istiqamahlah.”

Hadis riwayat Muslim no. 38 daripada Sufyan bin Abdullah al-

Thaqafi RA, iaitu satu-satunya hadis riwayat beliau dalam Sahih

Muslim.

Hadis ini adalah jawapan Rasulullah SAW kepada

pertanyaan Sufyan RA tentang perkara penting dalam

Islam yang beliau tidak perlu bertanya lagi kepada

orang lain.

Page 25: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 11

Terdapat pertambahan teks dalam riwayat lain (al-Tirmidhi,

al-Nasa‟i & Ibn Majah), iaitu Baginda SAW menunjukkan ke

hujung lidah Baginda tentang perkara yang dikhuathiri

berlaku pada beliau (Sufyan RA), iaitu pada bab penjagaan

lidah percakapan.

Teks ini selari dengan suruhan ayat al-Qur‟an untuk

mengesakan Allah SAW dan beristiqamah (surah Fussilat, 30;

Ahqaf, 13) serta jangan melampaui batasan syariat yang

ditetapkan (surah Hud, 112).

Hadis ini sangat penting kerana menegaskan dua perkara

pokok serta menyeluruh dalam Islam, iaitu iman dan amal

istiqamah.

Al-Nawawi dalam al-Minhaj (2/8) meletakkan hadis ini di

bawah bab „Himpunan Sifat-sifat Islam‟ kerana mengandungi

sifat zahir dan batin, amalan hati (iman) dan amalan

anggota badan (istiqamah).

Page 26: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 12

Iman berkaitan keyakinan hati kepada Allah SWT, sementara

istiqamah berkaitan ketaatan berdasarkan keimanan tersebut.

Iman melahirkan amalan yang ikhlas, sementara istiqamah

melahirkan konsisten ke jalan yang lurus dalam melaksana

perintah dan meninggalkan larangan-Nya.

Justeru, marilah kita teguh pendirian dalam pelaksanaan Islam

dan ketaatan kepada-Nya sebagai tanda keimanan yang

benar serta tidak menyimpang daripada jalan yang dibawa

Rasulullah SAW. Kejayaan dua perkara ini digambarkan oleh Allah

SWT dalam surah Fussilat, 30 dengan perkhabaran gembira iaitu

ganjaran syurga.

Page 27: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 13

Hadis 5

Amaran Kepada Pemutus Silaturrahim

لا يدخل الجن ة قاطع “Tidak masuk syurga (tanpa hisab) pemutus

(silarurrahim).”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 5984 dan Muslim no. 2556 daripada

Jubayr bin Mut‟im RA.

Hadis ini menjelaskan kepentingan menjalin silaturrahim

dan memberi amaran keras kepada mereka yang

memutuskannya.

Page 28: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 14

Ulama mendefinisikan silarurrahim sebagai menjaga

dan menjalin hubungan baik dengan kaum keluarga

terdekat, namun ada yang menghadkannya kepada

mahram, hubungan nasab dan pewaris harta.

Ada ulama pula yang meluaskan maksud silaturrahim

kepada menyampaikan kebaikan dan menolak

kejahatan sedaya mungkin. Dalam hadis lain, pemutus

bagi silaturrahim

dikaitkan dengan

mereka yang tidak

sempurna beriman

dengan Allah SWT

dan Hari Akhirat

(al-Bukhari, 760 &

Muslim, 47).

Page 29: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 15

Memutuskan silaturrahim merupakan antara dosa-dosa besar

seperti amaran hadis di atas. “Tidak masuk syurga” merujuk

kepada mereka yang tidak masuk syurga bersama golongan

terawal jika mereka masih mempunyai iman.

Ia juga merujuk kepada mereka yang menganggap

perbuatan memutuskan silaturrahim sebagai halal

sedangkan mengetahuinya sebagai haram.

Al-Nawawi memberi contoh pelakuan silaturrahim seperti

memberi sedekah, khidmat bantuan, ziarah, menjaga

keselamatan dan sebagainya (al-Minhaj, 2/201).

Hadis lain secara umum menjelaskan bentuk silaturrahim

yang juga hak terhadap saudara Muslim yang lain, iaitu

memberi salam, memenuhi undangan, memberi nasihat,

mendoakan orang bersin, menziarahi orang sakit dan

mengiringi jenazah (Muslim, 2162). Itu semua contoh

kebaikan yang boleh diamalkan untuk bakal calon

pemegang anak kunci syurga.

Page 30: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 16

Hadis 6

Kezaliman Menuju Kegelapan

الظلم ظلمات ي وم القيامة “Kezaliman (akibatnya) kegelapan (pada) hari kiamat.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 2447 dan Muslim no. 2579 daripada

Abdullah bin Umar RA.

Hadis ini adalah amaran daripada melakukan kezaliman

dan ketidakadilan kepada semua makhluk, jiwa dan

harta. Dalam teks hadis lain, Rasulullah SAW menyeru

umat supaya menjauhi sifat zalim dan kedekut.

Page 31: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 17

Ini kerana sifat tersebut telah menghancurkan umat

terdahulu yang saling berbunuhan dan melakukan

perkara haram (Muslim, 2578). Zalim adalah meletakkan

sesuatu tidak kena pada tempatnya, merangkumi

penganiayaan, penindasan, kekejaman dan tidak

berperikemanusiaan.

Zalim adalah syirik dan kegelapan. Lawannya adil,

tauhid dan cahaya hidayah. Sejahat-jahat sifat zalim

adalah mensyirikkan Allah SWT, mengamalkan maksiat

dan meninggalkan syariat. Sebaik-baik sifat adil adalah

mengesakan Allah SWT, melakukan kebajikan dan

ketaatan (surah al-Nahl, 90).

Hadis ini mengingatkan perbuatan zalim di dunia

membawa kesengsaraan dan kepanasan di akhirat

tanpa naungan Allah SWT.

Page 32: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 18

Di dunia mungkin kita gagah menganiaya, iri dengki dan

mengambil hak orang kerana kegelapan hati. Kita buta

hati melihat kejahatan sebagai perkara biasa, kebaikan

pula seolah-olah tiada apa-apa.

Namun di akhirat, kita serba

susah dan lemah dengan

kegelapan yang berlipat kali

ganda. Pahala amalan yang

sedikit pula „dirampas‟ lalu diberikan kepada orang yang

kita zalimi. Itulah kegelapan hakiki yang kita alami atas

kezaliman semasa di dunia.

Justeru, hadis mengajak umat Islam melakukan keadilan

dan kebajikan untuk menempah tiket ke pintu syurga.

Tidak terlewat zikir dan doa, memohon maaf daripada

insan teraniaya serta keampunan daripada yang Maha

Memberi Hisab.

Page 33: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 19

Hadis 7

Sedekah Tidak Kurangkan Harta

ما ن قصت صدقة من مال “Sadaqah tidak mengurangkan harta.”

Hadis riwayat Muslim no. 2588 daripada Abu Hurayrah RA.

Teks ini adalah sebahagian daripada teks penuh hadis

dengan tambahan anjuran bersikap pemaaf dan

tawadhu‟. Tentang sadaqah, kita ketahui bahawa

konsepnya sangat luas seperti dijelaskan dalam Hadis 1.

Sadaqah meliputi material dan spiritual; Sadaqah

material umpama sedekah wajib (seperti zakat),

sedekah sunat (derma infaq), sedekah jariyah (wakaf).

Page 34: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 20

Sadaqah spiritual pula umpama amal kebajikan,

mencegah kemungkaran, menyelesaikan kesulitan di

jalan dan sebagainya. Al-Nawawi menyebutkan dua

tafsiran bagi teks hadis ini, iaitu (i) Harta yang disedekah

akan diberkati dan dapat menghilangkan kemudaratan

(hidup kerana) kekurangan harta akan diganti dalam

bentuk keberkatan tersembunyi; dan (ii) Walaupun

kekurangan jumlah (harta), namun kekurangannya

diganti dengan pahala yang banyak serta berlipat kali

ganda (al-Minhaj, 16/141).

Justeru, umat Islam sama ada kaya atau papa

dianjurkan bersedekah secara ikhlas. Si Papa bersedekah

ikut kemampuan dan tidak menyusahkan diri serta

keluarga. Si Kaya silalah menunaikan zakat, wakaf dan

infaq kerana sikap pemurah tidak menjadikan mereka

fakir miskin.

Page 35: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 21

Usah ditakuti dengan janji syaitan tentang kepapaan (al-

Baqarah, 268) kerana tidak pernah tercatat dalam

sejarah manusia atau dilaporkan media bahawa:

Si Kaya menjadi papa kedana kerana suka

bersedekah.

Sebaliknya, sedekah ada keajaibannya. Sedekah bukan

untuk merugikan sesiapa, sebaliknya untuk menyubur

dan memberkati harta serta memperoleh keuntungan

harta dan pahala yang digandakan (al-Baqarah, 261; al-

Hadid, 18).

Dalam hadis lain, disebutkan (صدقة مسلم كل Ke atas„ – (على

setiap Muslim (ada tanggungjawab) bersadaqah‟ (al-

Bukhari, 1445, 6022 & Muslim, 1008). Jom! Mulakan

langkah hari ini dengan „banyak bersadaqah walaupun

nampak sedikit pada mata kita‟.

Page 36: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 22

Hadis 8

Sabar Di Awal Musibah

ر عند الص دمة الأول الص ب “Sabar (adalah) ketika kejutan (musibah) mula-mula

(menimpa).”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 1302 dan Muslim no. 926 daripada

Anas bin Malik RA.

Teks ini muncul apabila Rasulullah SAW melewati seorang

perempuan yang sedang menangis di kubur, lalu

menasihatinya bertakwa (tinggalkan tangisan kecewa)

dan bersabar.

Page 37: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 23

Beliau yang tidak mengenali Baginda SAW minta beliau

dibiarkan kerana musibah tersebut tidak menimpa orang

lain seperti menimpa dirinya. Apabila diberitahu yang

menasihatinya adalah Rasulullah SAW, beliau datang

menemui Baginda SAW yang kemudian bersabda seperti

dalam teks hadis.

Hadis ini menjelaskan sifat sabar yang dituntut dan

sempurna pahalanya. Ibn Hajar al-Asqalani menyebut

maksud hadis ini:

Apabila ada thabat diri (tetap terima) ketika

mula-mula berlaku sesuatu yang menikam hati

serta mengandungi rasa kecewa, itulah

kesabaran yang sempurna yang memberinya

pahala (besar)‟ (Fath al-Bari, 3/149).

Page 38: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 24

Musibah kematian, kehilangan, kesusahan, banjir,

kebakaran dan sebagainya adalah fitrah serta ujian ke

atas kenikmatan insan di dunia. Oleh itu, sifat sabar

ditagih pada setiap saat tersebut. Namun, sabar yang

sebenar adalah kesabaran seseorang ketika mula-mula

saat pertama kali ditimpa sesuatu musibah. Ia serta-

merta meredhai segala musibah yang berlaku

serta menerima qada qadar Allah SWT tanpa

persoalan, keluhan atau kekesalan.

Ini kerana saat mula-mula ditimpa musibah boleh

membuatkan seseorang hilang akal pertimbangan,

malah melupai Tuhan kerana terkejut, dalam kesusahan

atau tidak menerima ketentuan apa yang berlaku.

Kesabaran menjadi biasa jika musibah ditabahi dan

diterima kemudian kerana hati telah terpujuk setelah

berlalu beberapa hari.

Page 39: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 25

Hadis 9

Bagimu Seperti Diharapkan

إن لك ما احتسبت “Sesungguhnya bagimu apa yang engkau harapkan.”

Hadis riwayat Muslim no. 663 daripada Ubay bin Ka‟ab RA.

Hadis ini menceritakan tentang seorang lelaki Ansar

yang tidak pernah tertinggal solat jamaah di Masjid

Nabawi sedangkan lokasi rumahnya paling jauh.

Page 40: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 26

Para Sahabat merasa kasihan lalu mencadangkan

beliau membeli kenderaan kaldai namun ditolaknya

kerana inginkan setiap langkah pergi balik ke

masjid mendapat pahala. Apabila diketahui,

Baginda SAW menyebutkan teks hadis di atas. Dalam

riwayat lain dinyatakan keinginan lelaki tersebut untuk

mendapat pahala telah dimakbulkan oleh Allah SAW.

Perkara ini disokong dalam hadis lain - Rasulullah SAW

bersabda kepada penduduk Bani Salimah bahawa:

Pahala dicatat dan darjat diangkat

berdasarkan langkah kaki mereka dari rumah

ke masjid (al-Bukhari, 1887 & Muslim, 665).

Hadis ini menjelaskan setiap amalan diberi pahala dan

dibalas atas niat serta keazaman yang dilakukan.

Page 41: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 27

Jika berusaha mendapatkan kebaikan, maka pahala

kebaikan akan diberi kepadanya. Jika berusaha

mengelakkan kejahatan, maka dosa kejahatan akan

terhindar.

Setiap amalan pasti akan diberi

ganjaran seperti yang diniatkan.

Puasa Ramadhan contohnya,

jika dilakukan atas dasar iman

dan niat dengan mengharap

keampunan-Nya, maka (احتساب)

akan diampunkan dosanya

yang telah lalu (al-Bukhari, 2014

& Muslim, 760). Sesungguhnya

kita akan mendapat apa yang

kita niat dan harapkan kerana

Allah SWT Maha Kaya lagi Maha

Pemberi.

Page 42: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 28

Hadis 10

Perang adalah Strategi

لرب خدعة ا “Perang (adalah strategi) muslihat.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 3030 dan Muslim no. 1739 & no. 1740

daripada Jabir bin „Abdullah RA dan Abu Hurayrah RA.

Istilah ( خدعة) atau ( خدعة) mempunyai pelbagai maksud

dalam Bahasa Arab antaranya „tipudaya ahli perang‟

dan „ahli perang adalah penipudaya‟. Al-Tabari

berpandangan hadis ini digunakan dengan maksud

kiasan dan bukan „tipudaya‟ sebenar.

Page 43: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 29

Al-Waqidi dalam al-Maghazi (2/487) menyebut Rasulullah

SAW bersabda teks di atas semasa Perang Uhud dan

Khandaq (Ahzab). Semasa perang Ahzab, Nu‟aim bin

Mas‟ud yang telah masuk Islam secara senyap-senyap

memainkan peranan memecahkan kesatuan pihak

Quraisy, Yahudi Bani Quraizah dan suku beliau, Ghatfan.

Secara umum helah, muslihat atau tipudaya dalam

peperangan menentang kuffar adalah harus, kecuali

melibatkan hukum-hakam dalam perang dan bukan

melibatkan sesama Muslim. Menurut al-Nawawi, ulama

bersepakat mengharuskannya melainkan tipudaya yang

boleh mengkhianati perjanjian dan (jaminan)

keamanan. Hadis ini juga merupakan peringatan

kepada umat Islam supaya berwaspada dengan tipu

helah musuh dalam peperangan (al-Minhaj, 12/45; Fath

Bari, 6/158).

Page 44: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 30

Zaman langit terbuka kini kita berhadapan dengan

serangan perang pemikiran (ghazwatul fikr), iaitu

penjajahan tidak berlaku melalui penguasaan tanahair

tetapi penguasaan musuh melalui minda dan pemikiran

umat Islam.

Gejala liberalisme, pluralisme beragama dan LBGT

adalah contoh-contoh kecil proses memperdaya umat

Islam yang perlu dihadapi.

Strategi dan helah muslihat terbaik adalah dengan

mempunyai perancangan untuk menghadapi peperangan

mental ini. Kekuatan yang utama tentulah iman dan akidah

yang sahih, disulami dengan ilmu dan pemahaman Islam

yang sebenar. Anak-anak perlu dididik dan dibajai dengan

acuan Islam sejak kecil supaya ibu bapa tidak „terlalu letih‟

bila mereka sudah dewasa. Kita tidak tahu bagaimana rupa

dunia 50 atau 100 tahun ke hadapan. Justeru, bersedialah

dengan segala „senjata‟ peperangan.

Page 45: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 31

Hadis 11

Riba Berlaku Bila Tangguh

ب ف الن سيئة الر “Riba (berlaku) dalam (bayaran) bertangguh.”

Hadis riwayat Muslim no. 1596 daripada Usamah bin Zayd RA.

Riba adalah lebihan atau pertambahan terhadap

transaksi barangan ribawi (al-buyu‟) atau hutang (al-

duyun) melibatkan pertambahan kuantiti (berat/jumlah)

atau penangguhan tempoh. Ini berlaku dalam dua

keadaan, iaitu:

Page 46: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 32

(i) Pertambahan daripada pertukaran atau jual

beli dua barangan ribawi kerana kuantiti berat

yang tak sama serta pertukaran dilakukan

secara bertangguh; dan

(ii) Pertambahan daripada bayaran balik hutang

kerana faedah (interest) daripada jumlah

pinjaman pokok serta faedah daripada

penangguhan tempoh bayaran.

Hadis ini mengkhususkan tentang al-nasi‟ah, iaitu

pertambahan disebabkan penangguhan pertukaran

barangan ribawi (iaitu riba al-nasa‟) atau

penangguhan tempoh bayaran balik hutang (iaitu riba

al-jahiliyah). Sebagai contoh, jual beli emas 999

(transaksi wang dengan emas) dengan bayaran ansuran

atau faedah yang dikenakan kerana dipanjangkan

tempoh bayaran balik sesuatu hutang.

Page 47: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 33

Ijma‟ ulama menyebutkan riba adalah haram dan

berdosa besar. Allah SWT menghalalkan jual beli dan

mengharamkan riba (al-Baqarah, 275). Malah, pemakan

riba diisytiharkan

berperang dengan

Allah SWT dan Rasul-

Nya. (al-Baqarah, 278).

Hadis ini mengajak umat Islam untuk terlibat dengan

sistem kontrak Islam dan menjauhi najis riba walaupun

saki-baki yang sedikit.

Riba kontemporari wujud dalam pelbagai urusniaga

konvensional seperti hutang kad kredit, deposit tetap,

insurans, pajak gadai, online forex, simpanan dan

sebagainya.

Page 48: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 34

Namun, kita di Malaysia beruntung kerana

mempunyai sistem ekonomi, kewangan dan perbankan

Islam yang kukuh. Sistem kontrak berasaskan riba

digantikan dengan kontrak Islam berasaskan transaksi

sewa beli, kedermaan, perkongsian dan jaminan.

Justeru, kita wajib memilih instrumen berasaskan

Islam lantas tiada alasan untuk „beriman‟ dengan sistem

konvensional yang berasaskan faedah riba. Kemudahan

simpanan, pembiayaan, pelaburan, risiko takaful,

pasaran modal, wang, ekuiti dan pelbagai fasiliti sudah

banyak yang patuh syariah.

Produk pembiayaan kewangan peribadi, kenderaan

atau perumahan pula ditawarkan di hampir keseluruhan

institusi kewangan. Terpulanglah kepada kita untuk

memilih yang terbaik untuk dunia dan akhirat. Tepuk

dada, tanya iman kita!.

Page 49: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 35

Hadis 12

Pengasih Nescaya Dikasihi

من لا ي رحم لا ي رحم “Sesiapa yang tidak mengasihi, (dia) tidak dikasihi (Allah

SWT).”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 5997 & 6013 dan Muslim no. 2318

daripada Jarir bin „Abdullah dan Abu Hurayrah RA.

Istilah (يػرحم ‟maksudnya „tidak mengasihi makhluk (ل

sementara (ليػرحم) bermaksud „Tidak dikasihi Allah SWT‟.

Page 50: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 36

Ini dijelaskan dalam teks hadis al-Bukhari no. 7376 , iaitu (ل

الن اس يػرحم ل من الل Allah tidak mengasihi sesiapa„ – (يػرحم

yang tidak mengasihi manusia‟ dan Muslim no. 2318,

iaitu ( وجل عز الله يػرحمو ل الن اس، يػرحم ل Sesiapa yang tidak„ – (من

mengasihi manusia, (dia) tidak dikasihi Allah

Azzawajalla‟.

Teks ini muncul ketika Rasulullah SAW mencium

cucu al-Hasan bin „Ali dan di situ terdapat

Sahabat, al-Aqra‟ bin Habis al-Tamimi yang

sedang duduk. Lalu al-Aqra‟ menyebutkan

bahawa beliau mempunyai 10 orang anak,

namun beliau belum pernah mencium seorang

pun. Rasulullah SAW memandang beliau seraya

bersabda hadis di atas.

Page 51: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 37

Ibn Hajar al-„Asqalani menyebutkan pelbagai tafsir

ulama bagi maksud hadis ini, antaranya:

„Tiada ihsan bagi orang lain, maka ia tidak

memperolehi pahala‟;

„Tiada rahmat iman di dunia, maka tiada dikasih di

akhirat‟; dan

„Tiada amal laksana perintah Allah dan tinggal

larangan-Nya, maka tiada balasan pahala‟.

Allah SWT yang Maha Pengasih dengan keluasan

rahmat-Nya menurunkan Islam sebagai agama kasih

sayang ke seantero dunia. Walaupun teks hadis

berkaitan kasih sayang Rasulullah SAW kepada anak

cucu dan keluarga, namun mesejnya kepada seluruh

makhluk, termasuklah manusia, haiwan dan alam.

Page 52: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 38

Ini dijelaskan oleh Ibn Battal al-Maliki:

„(Hadis ini) menggalakkan aplikasi rahmat

(kasih) kepada semua makhluk termasuklah

orang Mukmin, kafir, haiwan yang dimiliki

atau tidak, serta rahmat itu termasuklah

sentiasa memberi (haiwan) makan, minum,

meringankan bebanan dan tidak melakukan

kekerasan dengan pukulan.‟ (al-Minhaj,

15/77; Fath al-Bari, 10/440).

Kasih sayang ini boleh diamalkan dalam pelbagai cara

merangkumi kepada kanak-kanak dan orang tua, lelaki

mahupun wanita, insan mahupun haiwan, orang bukan

Islam serta alam sekitar. Jauhi sifat benci. Kasihilah

mereka di bumi, insya Allah kita dikasihi oleh yang

di langit.

Page 53: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 39

Hadis 13

Dunia Penjara Bagi Mukmin

ن يا سجن المؤمن، وجن ة الكافر الد“Dunia (adalah) penjara bagi Mukmin dan syurga bagi

kafir.”

Hadis riwayat Muslim no. 2956 daripada Abu Hurayrah RA.

Al-Nawawi mengulas hadis ini dengan menyatakan

maksudnya setiap Mukmin dipenjara diri dan dilarang di

dunia ini daripada perkara syahwat yang haram dan

makruh (serta) dituntut melakukan ketaatan (walaupun)

payah.

Page 54: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 40

Namun, apabila meninggal dunia, dia berehat daripada

semua ini, lalu berubah (mendapat) apa dijanjikan oleh

Allah SWT kepadanya daripada nikmat-nikmat yang kekal

dan juga kerehatan yang sebenarnya tanpa kekurangan.

Sementara orang kafir, (mereka) mendapat apa dilakukan

di dunia dalam keadaan sedikit dan kehidupan yang tidak

sempurna. Apabila meninggal dunia, akan mendapat

azab selama-lamanya dan derita yang abadi (al-Minhaj,

18/93).

Ini bererti kehidupan orang beriman di dunia seolah-olah

berada di penjara jika dibandingkan dengan nikmat

syurga kekal yang dijanjikan Allah SWT. Si kafir pula seolah-

olah berada di syurga sementara jika dibandingkan

dengan azab yang menimpa di akhirat kelak.

Page 55: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 41

Pada masa yang sama, dunia bukannya syurga bagi

orang yang beriman untuk bebas berbuat apa sahaja

tanpa larangan.

Hadis ini menjelaskan hidup sementara di dunia adalah

ujian dan tempat beramal bagi setiap Mukmin.

Mereka seumpama hidup di penjara, iaitu tempat

tahanan yang ada peraturan yang perlu dipatuhi.

Seperti di penjara, kita hidup di dunia ada pantang

larangnya.

Justeru, kita dilarang daripada melakukan maksiat dan

apa yang diharamkan Allah SWT.

Ini adalah ujian kesabaran dan menahan diri sementara

sebelum mendapat rahmat dan balasan nikmat di

syurga yang kekal abadi. Amalan Mukmin berbeza

dengan orang kafir yang bebas tanpa sempadan

melakukan apa sahaja seolah-olah berada di syurga.

Page 56: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 42

Walaupun begitu, umat Islam perlu mengambil manfaat

hidup di dunia seperti memajukan ekonomi dan

kekayaan, dengan syarat beramal solih dan bertakwa.

Begitu juga, seorang Mukmin perlu hidup harmoni dan

menjalin hubungan sosial dengan orang lain termasuklah

yang bukan Islam.

Page 57: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 43

Hadis 14

Mudahkan Usah Menyusah

روا ولا ت ن فروا روا، وبش روا ولا ت عس يس“Permudahkan dan jangan menyusah, khabarkan

kegembiraan dan jangan buat orang lari (menjauh diri).”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 69 & 6125 dan Muslim no. 1734

daripada Anas bin Malik RA.

Teks di atas daripada hadis al-Bukhari, 69 sementara

hujung dua riwayat lain menggunakan teks (تػنػفروا ول – (وسكنوا

„berilah ketenangan dan jangan buat orang lari‟.

Page 58: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 44

Kalimah (روا adalah penegasan kepada (تػنػفروا) dan (تػعس

kalimah sebelumnya kerana memudahkan urusan

orang perlu dilakukan seiring dengan tidak menyukarkan

orang lain.

Kalimah (روا khabar gembira‟ didahului daripada„ -(بش

khabar buruk untuk menjadikan sesuatu pengajaran

atau dakwah diambil peduli. Sikap keras dan khabar

menakutkan akan menyebabkan orang atau mad‟u

menjauhkan diri.

Hadis ini turut menjadi asas dalam kaedah induk qawaid

fiqh, iaitu (التػيسيػر تلب Kepayahan (akan)„ – (المشق ة

mendatangkan kemudahan‟ serta pelbagai kaedah

cabang lain.

Page 59: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 45

Hadis ini menjelaskan Islam adalah ajaran yang mudah,

menggesa memudahkan segala urusan diri dan orang

lain. Jangan terlalu memberatkan diri dengan perkara

yang tidak mampu dalam ibadat dan pendapat.

Sebab itulah dalam syariat Islam ada rukhsah

(keringanan), darurah, jama‟ qasar dan sebagainya.

Tujuannya untuk memudahkan, bukan membebankan.

Naluri manusia mahukan yang mudah dan

melaksanakan sesuatu dengan gembira.

Justeru, Islam mengajar kita tentang kesederhanaan

dalam hidup serta melarang keras sikap melampau

dalam beragama. Selain itu, hadis di atas juga mengajar

kita tentang kaedah penyampaian pendidikan dan

dakwah nahi munkar iaitu dengan hikmah dan lemah

lembut.

Page 60: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 46

Sikap sebegini mudah diterima, memberi ketenangan

dan menggembirakan orang untuk beramal. Sikap keras

dan kasar akan membuatkan orang jauh daripada

dakwah serta merugikan kebaikan yang nak

disampaikan (Ali Imran, 159).

Kaedah penyampaian perlu disusun secara bertahap

supaya dapat menarik dan memikat hati audien untuk

beramal. Mulakan yang mudah, usah ditonjol-tonjolkan

yang payah.

Page 61: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 47

Hadis 15

Mukmin Seumpama Binaan

يان يشد ب عضو ب عضا المؤمن للمؤمن كالب ن “Mukmin dengan mukmin yang lain umpama sebuah

bangunan, sebahagian mengukuhkan sebahagian lain.”

Hadis riwayat Muslim no. 2585 daripada Abu Musa Abdullah bin

Qays RA dan pada riwayat al-Bukhari no. 481, 2446, 6026.

Riwayat al-Bukhari mempunyai penambahan teks ( وشب ك

‟iaitu (Rasulullah SAW) „tasybik jari-jemarinya ,(أصابعو

(menggenggam sambil menyilang jari dengan bertemu

telapak tangan kanan dan kiri) sebagai tanda saling

menguatkan.

Page 62: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 48

Teks ini antara hadis perumpamaan yang disabda

oleh Baginda SAW di samping gerak jari, tangan atau

tubuh badan bagi mengukuhkan pemahaman.

Hadis ini memberi perumpamaan keadaan seorang

Mukmin yang membantu Mukmin lain laksana bangunan

yang teguh saling lengkap melengkapi.

Sebuah bangunan adalah gabungan acuan pasir,

simen, batu, besi dan sebagainya. Naik tiang sebagai

pasak memerlukan dinding untuk teguh, lantai dan

bumbung sebagai pelengkap.

Dengan bangunan berdiri kukuh, tentu lebih bermanfaat

dan selamat untuk menumpang teduh.

Page 63: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 49

Begitu juga hubungan sesama Mukmin - yang berat

sama dipikul yang ringan sama dijinjing, yang berilmu

memberi nasihat, yang jahil sama beramal - yang

akhirnya membantu menguatkan Islam.

Hadis lain memperumpamakan:

Orang mukmin yang berkasih sayang dan

bantu membantu laksana jasad yang terasa

demam dan tidak dapat tidur apabila satu

anggota lain berasa sakit (al-Bukhari, 6011 & Muslim

2586).

Hadis ini mengajak kita menggunakan kaedah

penyampaian yang berkesan dalam pendidikan dan

dakwah. Ini bagi memudahkan pemahaman serta

meraikan kadar pemikiran audiens. Teknologi moden

pula boleh digunakan sebagai alat bantu.

Page 64: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 50

Pokok isi hadis ini mengiktiraf hak seorang Muslim serta

menjelaskan kepentingan ukhuwah dan bantu-

membantu antara satu sama lain. Itulah nilai kerjasama

hidup berjemaah.

Ini tentunya meraikan hidup manusia yang secara fitrah

tidak boleh bersendirian, sebaliknya memerlukan orang

lain sebagai komunikasi sosial dan berkongsi hidup di

dunia. Bantuan dalam perkara kebaikan mendapat

pahala dan begitulah sebaliknya.

Saling hormat menghormati serta kasih mengasihi

memberi kekuatan kepada ummah, lantas memberi

kekuatan juga kepada Islam daripada diganggu-gugat.

Sebatang lidi boleh dipatahkan dengan mudah,

segenggam lidi boleh tergeliat jari yang cuba

mematahkannya.

Page 65: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 51

Hadis 16

Tiada Hijrah Lepas al-Fath

لا ىجرة ب عد الفتح، ولكن جهاد وني ة “Tiada lagi hijrah selepas Fath Makkah, tetapi (masih

ada) jihad dan niat.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 1834, 2783, 2825, 3077 & 3189 dan

Muslim no. 1353 & 1864 daripada Ibn „Abbas RA dan „Aisyah RA

serta athar daripada „Abdullah bin „Umar RA.

Terdapat penambahan teks (فانفروا استػنفرت Apabila„ – (وإذا

kamu diperintah (pemerintah berjihad), maka

berangkatlah‟ di hujung hadis ini.

Page 66: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 52

Riwayat menyebut teks ini diucapkan oleh Rasulullah

SAW semasa Fath Makkah. Hijrah secara umum adalah

berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain. Ulama

mendefinisikan hijrah sebagai meninggalkan negara

kufur menuju ke negara Islam dan tuntutan ini kekal

hingga hari kiamat.

Maksud hijrah secara khusus merujuk kepada

perpindahan Nabi SAW dan Sahabat dari Makkah ke

Madinah. Hijrah ini adalah suatu jihad dengan niat

mendaulatkan Islam serta meninggikan kalimah

tauhid. Ketika awal Islam, hijrah adalah wajib untuk

menjaga akidah serta membebaskan umat Islam yang

sedikit daripada azab dan kezaliman.

Namun keistimewaan, kelebihan dan tuntutan hijrah

tersebut berakhir dengan peristiwa Fath Makkah.

Page 67: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 53

Hijrah secara fizikal ini tidak diwajibkan lagi setelah Islam

telah kuat serta Makkah telah menjadi tempat

berdaulatnya Islam. Begitu juga kini tiada lagi kewajipan

hijrah daripada negara yang bebas mengamalkan syiar

Islam.

Malah menurut al-Mawardi, jika (seseorang) mampu

menzahirkan agama (Islam) di negara bukan Islam,

maka tinggal di situ lebih baik daripada

meninggalkannya kerana diharap orang lain masuk

Islam (dengan keberadaannya) (Fath al-Bari, 7/229).

Hadis ini menjelaskan cara untuk mendapat pahala

seperti pahala kelebihan hijrah masih ada dan

berterusan hingga kiamat. Cara itu adalah melalui amal

jihad dan niat yang baik dalam sebarang perkara,

termasuklah melalui jihad nafsu, pendidikan, harta,

ekonomi, politik dan sebagainya.

Page 68: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 54

Jihad maksudnya berusaha bersungguh-sungguh

serta niat yang ikhlas ke arah perubahan diri, keluarga,

masyarakat dan ummat. Ini termasuklah hijrah dengan

berubah daripada akhlak buruk kepada kebaikan,

bertaubat daripada pro maksiat kepada ahli ibadat

serta memajukan negara mundur kepada sejahtera.

Ini dijelaskan dalam hadis lain bahawa mereka yang

berhijrah adalah sesiapa yang meninggalkan larangan

Allah SWT (al-Bukhari, 10). Ringkasnya, jihad dan niat

mendaulatkan Islam tetap wujud sampai bila-bila, di

mana-mana sahaja dan dalam apa-apa bidang sahaja.

Page 69: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 55

Hadis 17

Umat Al-Qur’an Terbaik

ركم من ت عل م القرآن وعل مو خي “Sebaik-baik kamu adalah sesiapa yang belajar al-

Qur‟an dan mengajarkannya.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 5027 & 5028 daripada „Uthman bin

Affan RA.

Al-Quran adalah firman Allah SWT bersifat mukjizat yang

diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang tertulis

dalam mashaf, disampaikan secara mutawatir dan

berpahala ibadah apabila membacanya.

Page 70: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 56

Al-Quran juga adalah sumber utama hukum syariat Islam

serta panduan hidup yang mengandungi keterangan

petunjuk serta penjelasan yang benar dan salah (al-

Baqarah, 185). Ibn Kathir menjelaskan hadis ini bertujuan

menjelaskan sifat-sifat orang Mukmin yang meneladani

para rasul untuk memberikan manfaat kepada diri

mereka dan melebar manfaatnya kepada orang lain

yang mengikutinya (Fadail al-Qur‟an, 1/126).

Hal ini turut dijelaskan oleh Ibn Hajar al-„Asqalani bahawa

orang yang belajar al-Qur‟an mendapat kebaikan

walaupun tidak mengajarkannya.

Namun, orang yang belajar al-Quran dan kemudian

mengajarkannya kepada orang lain mendapat

kebaikan lebih banyak kerana mendapat manfaat

sebagai (guru) yang diikuti (Fath al-Bari, 9/76).

Page 71: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 57

Hadis-hadis lain banyak menjelaskan kelebihan ahli al-

Qur‟an, antaranya diangkat darjat di sisi Allah SWT serta

pemberi syafaat pada hari akhirat kelak.

Hadis ini menjelaskan kemuliaan dan kelebihan bagi

mereka yang mempelajari al-Qur‟an. Hadis ini turut

menjelaskan fasa pembelajaran, iaitu mereka yang

telah mampu kemudian dituntut mengajarkannya pula

kepada orang lain.

Belajar al-Qur‟an adalah

dengan maksud mempelajari

cara bacaan terutama secara

musyafahah, memperbetulkan

sifat huruf dan makhraj serta

bertajwid bagi mencapai bacaan yang tartil (al-

Muzammil, 4).

Page 72: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 58

Mereka yang tidak tahu membaca al-Qur‟an, wajib

mempelajarinya walaupun sudah berusia tanpa rasa

malu. Setelah berilmu, dituntut pula menjadi guru al-

Qur‟an kerana banyak ganjaran pahala bagi ilmu yang

dimanfaatkan, lebih-lebih lagi ilmu al-Qur‟an yang

sentiasa dibaca oleh murid.

Kita juga dituntut bertadabbur dengan merenungi ayat

al-Qur‟an, memahami dan mengamalkan isi

kandungannya. Jika mempunyai kemampuan, hafaz

dan belajarlah ilmu-ilmu al-Qur‟an, antaranya tafsir,

asbab al-nuzul, nasikh mansukh dan sebagainya.

Al-Qur‟an adalah kitab bermotivasi, justeru jangan

biarkan sebagai hiasan rak rumah dan masjid sahaja.

Bergeraklah kita menjadi umat Muhammad yang terbaik

di muka bumi ini.

Page 73: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 59

Hadis 18

Dipatuk di Lubang Sama

لا ي لدغ المؤمن من جحر واحد مر ت ي “Mukmin tidak dipatuk dua kali pada lubang yang

sama.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998 daripada

Abu Hurayrah RA.

Kalimah (يلدغ) boleh dibaca (يلدغ) atau (يلدغ). Bacaan

pertama (pilihan majoriti) adalah khabar (berita)

dengan maksud arahan, iaitu „seorang Mukmin jadilah

teguh pendirian dengan tidak lalai‟.

Page 74: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 60

Bacaan kedua adalah larangan dengan maksud

„seorang mukmin janganlah lalai‟. Ramai ulama

termasuk antara perawi hadis ini, al-Zuhri menjelaskan

maksud hadis di atas adalah „tidak sepatutnya bagi

seseorang yang beriman yang telah ditimpa

suatu musibah ia kembali mengulanginya‟.

Dalam Sunan al-Baihaqi (18029) dan Maqazi al-Waqidi

(1/111) terdapat riwayat daripada Sa‟id bin Musayyib

tentang faktor kemunculan teks hadis ini.

Ia disebabkan seorang ahli syair Quraisy Makkah, Abu

„Azzah al-Jumahi telah ditawan dalam Perang Badar,

lalu dia dibebaskan kerana rayuan kemiskinan dan

keluarganya dengan syarat tidak memerangi Rasulullah

SAW dan Islam lagi.

Page 75: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 61

Namun, apabila dia pulang kepada kaumnya, dia

kembali memusuhi Islam hingga ditawan kali kedua

dalam Perang Uhud. Dia meminta pembebasannya, lalu

Rasulullah SAW bersabda seperti teks di atas (al-Minhaj,

18/125; Fath al-Bari, 10/529).

Hadis ini menonjolkan pepatah bahasa indah tentang

adab yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada umat

supaya berhati-hati dan tidak lalai hingga melakukan

kesilapan sama yang membawa akibat buruk.

Maksud Mukmin dalam hadis tersebut adalah orang

yang sempurna beriman dengan mengetahui sesuatu

perkara tersirat hingga berwaspada terhadap musibah

yang berlaku, sedangkan Mukmin yang lalai akan

mengulangi kesilapan sama berulang kali.

Page 76: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 62

Menurut Ibn Hajar al-„Asqalani, seseorang muslim perlu

berwaspada jangan lalai sama ada dalam urusan

agama ataupun dunia, walaupun urusan agama yang

perlu diutamakan. Justeru, jika melakukan sesuatu dosa,

bertaubatlah dan jangan diiulangi dosa itu lagi.

Umat Islam juga perlu cerdas dan bijaksana dalam

memahami hal ehwal yang berlaku disekeliling. Risiko

masalah, musibah dan kerosakan perlu dielakkan

terutama jika telah mengalaminya buat kali pertama.

Kita perlu belajar daripada pengalaman dan mengambil

hikmah serta ibrah daripada apa yang telah berlaku.

Ambilah pengajaran seperti pisang yang tak

berbuah dua kali daripada pokok yang sama.

Page 77: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 63

Hadis 19

Luruskan Saf Solat!

سووا صفوفكم “Luruskan saf (solat) kamu!.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 723 dan Muslim no. 433 daripada Anas

bin Malik RA.

Teks hadis ini sebahagian daripada teks penuh dengan

tambahan di hujungnya ( الص لاةفإن تسويةالص فوؼمنإقامة )

„Sesungguhnya meluruskan saf adalah daripada

(kesempurnaan) mendirikan solat‟.

Page 78: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 64

Hadis ini merupakan arahan Rasulullah SAW supaya

meluruskan saf sebelum menunaikan solat berjamaah.

Dalam riwayat lain Sahabat seperti „Umar bin al-Khattab

RA tidak memulakan solat sebelum dimaklumkan saf

telah lurus serta Bilal bin Rabah RA membantu

meluruskan saf dengan mengetuk kaki makmum.

Hukum meluruskan saf adalah sunnah menurut

pandangan majoriti empat mazhab untuk

kesempurnaan solat.

Walaupun begitu, kita sewajarnya mengambil berat

tentang tuntutan ini kerana terdapat pandangan seperti

Ibn Taymiyah dan al-Bukhari yang mewajibkannya.

Page 79: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 65

Al-Bukhari meletakkan tajuk khas (الص فوؼ يتم ل من إث – (بب

„Bab Dosa Seseorang yang Tidak Menyempurnakan Saf‟

selepas hadis ini (al-Bukhari, 1/146).

Menurut al-Nawawi (al-Minhaj, 4/154), hadis ini adalah

hujah bagi pandangan mazhab al-Syafi‟i dan jumhur

ulama tentang harus bercakap-cakap antara iqamah

dan memulai solat, sama ada melibatkan urusan solat

atau bukan.

Hadis ini menjelaskan sunat dan kepentingan

meluruskan saf sebelum solat. Imam, wakil atau ahli

jamaah sendiri perlu memainkan peranan tersebut sama

ada menggunakan teks hadis atau lafaz lain yang

mencapai maksud meluruskan saf.

Page 80: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 66

Terdapat pelbagai cara untuk meluruskan saf seperti

tercatat dalam banyak hadis. Secara umum, saf perlu

lurus dan rapat tanpa sebarang ruang celahan kosong,

antaranya dengan menyamakan antara bahu dan tumit

kaki jamaah di kiri kanan ketika berdiri memulakan solat.

Banyak hadis yang menyebut tentang kelebihan

tuntutan ini. Antaranya menimbulkan khusuk tanpa

gangguan syaitan, mendapat rahmat Allah SWT,

membina perpaduan jamaah dan menonjolkan nilai

Islam yang tersusun.

Selain itu, hadis ini juga secara tidak langsung

menunjukkan kepentingan solat berjemaah yang 25

atau 27 kali ganda lebih baik daripada solat bersendirian

(al-Bukhari, 645 & Muslim, 650).

Page 81: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 67

Hadis 20

Arak Najis Memabukkan

، وكل مسكر حرام كل مسكر خر “Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap

yang memabukkan adalah haram.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 242 dan Muslim no. 2003 daripada

„Abdullah bin „Umar RA dan „Aisyah RA.

Teks di atas terdapat pada riwayat Muslim daripada Ibn

„Umar RA, sementara teks al-Bukhari daripada „Aisyah RA

Setiap minuman memabukkan adalah„ – (كل شرابأسكرفػهوحرام)

haram‟.

Page 82: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 68

Hadis ini adalah dalil bagi „illat (sebab) pengharaman

arak, iaitu sesuatu yang memabukkan, yang

menghilangkan akal hingga tidak dapat membezakan

sesuatu.

Apa-apa istilah seperti khamr, nabiz atau „beer‟ yang

melalui proses pembuatan arak adalah haram, sama

ada diminum sedikit atau banyak. Ini termasuklah arak

yang diperbuat daripada anggur, kurma, madu, susu,

daun ketum, suntikan heroin, berbentuk pil estacy dan

sebagainya.

Majoriti ulama termasuk mazhab al-Syafi‟i menganggap

arak adalah najis (al-Nawawi, al-Majmu‟ 2/563). Namun,

tidak semua bahan beralcohol itu mengandungi arak

dan najis walaupun setiap minuman arak mengandungi

alkohol.

Page 83: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 69

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan pada 14 hingga 16

Julai 2011 memutuskan ubat-ubatan dan pewangi yang

mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah

tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut

bukan diambil melalui proses pembuatan arak serta

bukan racun membunuh.

Hadis ini menjelaskan „illat atau sebab pengharaman

arak, iaitu memabukkan. Pengharaman ini

diperluaskan kepada sebarang minuman, makanan,

serbuk dadah, pil atau suntikan cecair yang mempunyai

„illat yang sama.

Justeru, umat Islam perlu mengambil berat tentang

pengharaman ini kerana boleh memberi kemudaratan

kepada diri, famili, masyarakat dan negara.

Page 84: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 70

Sudah terbukti dalam peristiwa dan berita, najis haram ini

telah memusnahkan hidup manusia, merebak jenayah

mencuri dan hilangnya nyawa, malah anak dan ibu

bapa bermusuhan, suami isteri bercerai-berai dan anak-

pinak pula daif terbiar. Elemen arak yang memabukkan

adalah keji, juga mainan syaitan yang perlu dijauhi oleh

orang yang beriman kerana boleh mengakibatkan

permusuhan dan kebencian sesama umat (al-Ma‟idah,

90 - 91).

Budaya mengagungkan arak perlu dibanteras sama

ada melalui pesta, pengiklanan ataupun penjualan

secara terbuka di penempatan umat Islam. Undang-

undang lebih keras perlu terpakai kepada penjualannya

kepada orang Islam serta kepada pemandu dengan

pengaruh arak. Semua pihak perlu bertindak

mencegahnya.

Page 85: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 71

Hadis 21

Jangan Marah!

لا ت غضب “Jangan marah!.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 6116 daripada Abu Hurayrah RA.

Hadis ini tentang amarah, iaitu emosi semula jadi yang

wujud pada setiap insan. Hadis ini muncul bila seorang

Sahabat - dikatakan Jariyah bin Qudamah RA yang

meminta nasihat daripada Rasulullah SAW lalu dinasihati

„Janganlah engkau marah!‟. Dalam riwayat lain diminta

nasihat supaya mudah diingati, sementara riwayat lain

meminta suatu amalan mudah ke syurga.

Page 86: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 72

Permintaan tersebut diajukan berulang kali, namun

jawapan Baginda SAW tetap sama. Ada riwayat

menyebut diajukan sebanyak tiga kali.

Menurut al-Nawawi, ulangan jawapan yang sama

menunjukkan kemusnahan besar yang wujud daripada

sifat marah (al-Minhaj, 16/163). Menurut al-Khattabi,

maksud hadis ini adalah „menjauhi daripada sebab-

sebab amarah.‟

Ada ulama menyebut maksudnya „jangan melakukan

perkara yang boleh menimbulkan kemarahan‟. Ini

kerana hakikat amarah tidaklah dilarang kerana ia

adalah perkara tabi‟i yang tidak akan hilang daripada

tabiat manusia (Fath al-Bari, 10/520).

Page 87: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 73

Malah, marah dibenarkan dalam keadaan tertentu

seperti ketika Islam dan syariat dihina, marah terhadap

maksiat dan kezaliman dengan syarat dikawal supaya

tidak melampau atau mengikut hawa nafsu.

Menahan atau mengawal sifat marah adalah suatu

kebaikan yang disukai Allah SWT (Ali Imran, 134), malah

Nabi SAW menilai kekuatan sebenar seseorang bukan

kerana handal berlawan, tetapi dapat

mengawal diri semasa marah (al-Bukhari, 6114 &

Muslim, 2609).

Hadis ini menganjurkan sifat nasihat-menasihati serta

membuktikan Sahabat adalah mereka yang suka

mendapatkan nasihat yang baik dan bermanfaat untuk

amalan yang boleh kita contohi.

Page 88: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 74

Kandungan utama hadis ini adalah menggesa umat Islam

supaya mengawal kemarahan, lantas memupuk diri dengan

sifat sabar, pemaaf, tawaduk‟ serta akhlak mulia lain.

Amarah boleh dikawal dengan amalan tertentu yang turut

dijelaskan Rasulullah SAW dalam banyak hadis yang lain.

Antaranya, berdoa berlindung daripada hasutan syaitan

dengan mengucapkan ( م بلله الر جيمأعوذ الش يطان ن ), bertenang,

mengambil wudhuk, diam atau mengucapkan kalimah

yang baik, mengubah posisi dengan duduk atau baring

ketika sedang marah.

Marah juga perlu diluah dan dibincangkan dengan

orang lain, bukan dipendam lama-lama yang akan

meletus dan mungkin menimbulkan masalah psikologi

kepada individu. Marilah kita mengawal amarah,

simpanlah amarah itu untuk bertempat seperti membela

syariat Allah SWT dan sunnah Rasulullah SAW.

Page 89: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 75

Hadis 22

Tangan Di Atas Lebih Baik

ر من اليد السفلىاليد العليا خي “Tangan di atas (pemberi) lebih baik daripada tangan di

bawah (penerima).”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 1427, 1428, 1429 & 1472 dan Muslim no.

1033, 1034, 1035 dan 1036 daripada Hakim bin Hizam RA, Abu

Hurayrah RA, „Abdullah bin „Umar RA dan Abu Umamah RA

dengan penambahan teks di awal dan akhir yang pelbagai.

Maksud hadis ini dijelaskan dalam teks penuh riwayat Ibn „Umar

RA iaitu dengan tambahan (واليدالعلياالمنفقة،والس فلىالس ائلة) –

„tangan di atas adalah pemberi sadaqah,

tangan di atas adalah peminta‟.

Page 90: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 76

Tangan di bawah juga bermaksud „penerima sadaqah‟.

Riwayat Ibn „Umar RA juga menyebutkan teks hadis ini

disabda oleh Rasulullah SAW di atas mimbar ketika

berbicara tentang sadaqah dan menahan diri daripada

meminta-minta.

Hakim bin Hizam RA dalam riwayatnya menjelaskan

beliau meminta sadaqah kepada Rasulullah SAW

beberapa kali (riwayat lain menyebutkan tiga kali) lalu

diberikan kepadanya setiap kali permintaan.

Setelah memberi beberapa kali, Baginda SAW

mengingatkannya jangan meminta dengan nafsu

supaya harta diberi itu berkat seumpama orang makan

yang tidak kenyang-kenyang, lalu disabdakan teks hadis

di atas. Hakim RA kemudian berkata beliau tidak

meminta-minta lagi pada sesiapa.

Page 91: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 77

Hal ini dilaksanakan termasuk menolak pemberian pada

zaman Abu Bakar RA dan Umar RA sehingga beliau

wafat walaupun beliau layak sebagai penerima.

Hadis ini mengajak kita menjadi dermawan terutama

kepada keluarga tanggungan sendiri serta kelebihan

orang yang memberi sesuatu kepada orang yang

memerlukannya. Orang yang memberi sadaqah atau

apa-apa keperluan orang lain dengan ikhlas

mempunyai kelebihan berbanding penerima atau

berbanding orang yang meminta-minta.

Walaupun begitu, hadis ini tidak melarang kita menerima

pemberian orang lain. Si penerima kadang-kadang

memberikan ruang amal pahala kepada si pemberi.

Meminta-minta pula bukanlah suatu kesalahan bagi

mereka yang terpaksa dan memerlukannya.

Page 92: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 78

Jika kita punya kelebihan, berilah bantuan dan

kegembiraan kepada mereka. Mungkin sedikit yang kita

berikan itu adalah penolong kita di kampung akhirat

kelak. Jika tiada apa-apa, tidak mengapa. Orang yang

meminta jangan pula diherdik atau dihina (al-Dhuha,

10). Namun, meminta-minta bukan kerana keperluan

sebaliknya untuk memperkayakan diri adalah haram

dan seolah-olah meminta bara neraka (Muslim, 1041).

Dari aspek lain, pemberian atau sadaqah luas

maksudnya termasuklah dengan wang ringgit, amar

ma‟ruf nahi munkar, bercakap baik dan pelbagai

kebaikan lagi (Muslim, 1006). Kita hidup bukan

nafsi-nafsi, tetapi berkongsi. Apa yang kita beri,

sebenarnya kita memberi untuk diri sendiri. Allah SWT

jualah Maha Pemberi.

Page 93: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 79

Hadis 23

Guru dan Tafaqquh Fiddin

ين را ي فقهو ف الد بو خي من يرد الل “Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka

ia diberi faham dalam agama.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 71, 3116 & 7312 dan Muslim no. 1037

daripada Mu‟awiyah bin Abi Sufyan RA yang berkhutbah di

mimbar.

Istilah (يفقهه) atau faqih bermaksud (الفهن) – faham. Ibn Hajar

al-„Asqalani menyebutkan „faham‟ merujuk kepada

kefahaman tentang hukum-hukum syarak.

Page 94: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 80

Istilah „kehendaki kebaikan‟ dalam hadis ini menjelaskan

secara jelas tentang keutamaan ulama / orang yang

berilmu berbanding orang-orang lain serta keutamaan

belajar memahami agama berbanding ilmu-ilmu lain.

Hadis ini boleh difahami bahawa sesiapa yang tidak

memahami agama, iaitu belajar asas-asas Islam serta

yang bersangkutan dengannya tidak memperolehi

kebaikan dan rahmat Allah SWT (Fath al-Bari 1/161 &

164). Ilmu agama termasuklah berkaitan al-Qur‟an,

hadis, akidah, fiqh, akhlak dan sebagainya.

Menurut al-Nawawi, hadis ini mengandungi keutamaan

ilmu, memahami ilmu agama serta galakan menuntut

ilmu. Ini kerana ilmu agama adalah pintu utama menuju

takwa Allah SWT (al-Minhaj, 7/128).

Page 95: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 81

Oleh itu, salah satu ciri mendapat kebaikan yang

sempurna dan petunjuk Allah SWT di dunia akhirat

hendaklah mempelajari dan memahami ilmu agama,

iaitu ilmu yang mewariskan amal solih kepada

penuntutnya.

Hadis ini menjelaskan kedudukan ilmu dan keutamaan

mereka yang mempelajari ilmu agama. Setiap

percakapan dan amalan agama perlu mempunyai ilmu,

malah mengenal Allah SWT juga perlu dengan ilmu

(surah Muhammad, 19).

Orang yang mempelajari ilmu adalah umat terbaik (al-

Bukhari, 3383) berbeza dengan orang jahil (surah Zumar,

9) kerana sentiasa dinaungi Allah dan dipayung

Malaikat-Nya (Abu Dawud, 3641).

Page 96: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 82

Pemahaman ilmu agama yang benar pula perlu

dipelajari secara langsung daripada pewaris ilmu para

nabi, iaitu ulama (al-Tirmidhi, 2682). Justeru, kita

hendaklah menjadi ahli ilmu dengan belajar, menyelidik

dan memahami sesuatu perkara. Ilmu agama

terutamanya fardhu ain adalah kewajipan, namun ilmu-

ilmu alat lain seperti sains, matematik, bahasa, teknologi

dan sebagainya juga penting jangan ditinggalkan.

Walaupun begitu, ilmu yang diperolehi perlu diamalkan

kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak berguna laksana

pohon yang tidak berbuah. Pada masa yang sama, kita

perlu mengenang semua guru yang mendidik,

mewariskan kebaikan kepada kita sejak kecil,

termasuklah kedua ibu bapa dan guru di tadika, sekolah,

kolej mahupun di universiti. Jasa mereka tidak bertepian.

Page 97: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 83

Hadis 24

Jangan Jadi Batu Api

لا يدخل الجن ة ق ت ات “Tidak masuk syurga (tanpa hisab) pengadu domba.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 6056 dan Muslim no. 105 daripada

Huzaifah bin Yaman RA.

Teks hadis ini diriwayatkan oleh Huzaifah RA apabila

terdapat seorang lelaki di Masjid Nabawi yang

menyampaikan satu berita kepada „Uthman bin Affan

RA sedangkan ia tidak benar. Teks riwayat lain menyebut

ن ام) الجن ة يدخل Tidak masuk syurga (tanpa hisab) si„ – (ل

penghasut‟ (Muslim, 105).

Page 98: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 84

Kedua-dua istilah mempunyai maksud yang sama. Ada

ulama membezakannya, namun secara umum kedua-

duanya bermaksud sebaran sesuatu bertujuan

merosakkan hubungan orang lain.

Terdapat berapa istilah lain yang mempunyai maksud

hampir sama dan merupakan larangan Rasulullah SAW,

antaranya (عضو) dan (غيبة). Menurut al-Nawawi, غيبة ن ام,

dan lain-lain diharuskan jika dilakukan atas keperluan

maslahah syariah seperti mencegah kezaliman,

mengubah kemungkaran dan sebagainya dengan

syarat tertentu (al-Minhaj, 16/142).

Hadis ini memaparkan larangan keras kepada kita

seperti Hadis 5 tentang pemutus silaturrahim. Namun ini

merujuk kepada perkataan dan perbuatan adu domba,

fitnah, hasutan atau menjadi batu api yang membawa

kepada permusuhan.

Page 99: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 85

Mereka tidak masuk syurga bersama golongan terawal

jika masih ada iman, sebaliknya akan di azab atas

kejahatan tersebut. Justeru, kita jangan cuba menjadi si

penfitnah atau si batu api. Malah, kita yang hidup pada

zaman Whatsapp, Twitter dan Facebook ini perlu berhati-

hati dengan segala hantaran dan perkongsian yang

dibuat.

Semak dan tabayyun dahulu sebelum sebar (al-Hujurat,

6). Tanya dulu IMAN (Istighfar, Manfaat ada, Asal

sumber/sandaran dan Niat kerana Allah) sebelum

hantar. Telinga yang peka, lidah yang petah berkata-

kata dan jari yang tangkas menaip bicara semuanya di

akhirat akan ditanya. Janganlah menjadi penyambung

lidah fitnah kelak kita disentuh bara panas batu dan

kayu neraka. Semak. Tabayyun.

Page 100: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 86

Hadis 25

Raih Rahmat Dengan Salawat

من صل ى علي واحدة صل ى الله عليو عشرا

“Sesiapa yang bersalawat ke atasku dengan satu

salawat, Allah akan bersalawat (memberi rahmat) ke

atasnya dengan sepuluh salawat.”

Hadis riwayat Muslim no. 408 daripada Abu Hurayrah RA dan no.

384 daripada Abdullah bin „Amr bin al-As RA.

Salawat dalam kamus Bahasa Arab maksudnya doa,

rahmat (kasih sayang), istighfar (mohon keampunan)

dan takzim (penghormatan).

Page 101: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 87

Salawat daripada Allah SWT bermaksud rahmat-

Nya. Ini turut dinyatakan dalam Surah al-Ahzab, 56

bahawa Allah SWT dan malaikat-Nya bersalawat

kepada Rasulullah SAW.

Al-Bukhari (6/120) menukilkan

kata-kata Abu al-„Aliyah dan Ibn

„Abbas bahawa „Allah

bersalawat‟ maksudnya pujian

terhadap Nabi Muhammad SAW

di hadapan malaikat, sementara

„Malaikat bersalawat‟ maksudnya malaikat berdoa dan

memohon berkat bagi Baginda SAW.

Page 102: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 88

Ulama tafsir menyebutkan Allah SWT bersalawat dengan

melimpahkan segala rahmat, keberkatan dan keampunan

sebagai bentuk kemuliaan dan penghormatan kepada Baginda

SAW.

Malaikat pula bersalawat dengan berdoa memohon

keampunan kepada Allah SWT. Lalu orang-orang yang beriman

diseru bersalawat dan mengucapkan salam sejahtera di samping

memuliakan Rasulullah SAW dengan mengikuti sunnah serta

syariat yang dibawa.

Ulama juga menyebutkan maksud kita bersalawat adalah kita

menyanjung dan memuliakan Rasulullah SAW di samping

mendoakan supaya Allah meninggikan darjat kemuliaan Baginda

SAW.

Hadis ini dan hadis-hadis lain serta ayat al-Qur‟an jelas

menganjurkan kita sentiasa bersalawat kepada Rasulullah SAW

sebagai suatu ibadah dan amalan lisan harian.

Page 103: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 89

Amalan ini sangat mudah, tetapi mempunyai nilai yang

tinggi dan pahala yang besar. Selain rahmat Allah SWT,

salawat sekali sahaja memberi manfaat besar ke atas

kita seperti disebut dalam banyak hadis lain, antaranya

dihapuskan dosa-dosa kecil, ditinggikan darjat dan

berdekatan dengan Baginda SAW pada hari akhirat

kelak.

Marilah kita istiqamah bersalawat kepada Junjungan

Besar Nabi Muhammad SAW setiap masa dan setiap kali

nama baginda disebut. Ada hadis sahih menyebut

orang yang tidak bersalawat apabila nama Rasulullah

SAW disebut di sisinya adalah seorang yang bakhil (al-

Tirmidhi, 3546). Marilah kita menjadi pencinta Baginda

SAW. Marilah kita bersalawat: (علىمم دوعلىآلمم د،كماصل يت الل هم صل

.(al-Bukhari, 3370 & Muslim, 406) (علىإبػراىيم،وعلىآلإبػراىيم،إن كحميدميد

Page 104: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 90

Hadis 26

Makan Minum Beradab

سم الل ، وكل م ا يليك “Sebut basmallah dan makanlah apa yang dekat

denganmu.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 5376 & 5378 dan Muslim no. 2022

daripada „Umar bin Abi Salamah RA.

Hadis ini menjelaskan dua adab makan, iaitu

memulakan dengan menyebut nama Allah SWT -

basmallah (الر حيم الر حمن الل dan makan makanan yang (بسم

berdekatan.

Page 105: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 91

Dalam riwayat lain ditambah satu lagi adab iaitu (وكلبيمينك)

– „Dan makanlah dengan tangan kananmu‟ di tengah-

tengah teks dua adab tersebut. Hadis ini adalah

pesanan Rasulullah SAW kepada budak asuhan

baginda, „Umar bin Abi Salamah RA yang juga perawi

hadis ini. Beliau ketika itu masih kanak-kanak dan

tangannya merayap-rayap sekitar hidangan ketika

hendak makan, lalu Baginda SAW memulakan teks hadis

dengan sabda (ياغلام) – „Wahai anak kecil‟.

Terdapat dalam hadis lain Rasulullah SAW pernah

menegur seorang lelaki – dikatakan Basar bin al-Asyja‟i

yang makan menggunakan tangan kiri (Muslim, 2021). Ini

kerana ada hadis menyebutkan makan dan minum

dengan tangan kiri menyerupai perlakuan syaitan

(Muslim, 2019 & 2020).

Page 106: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 92

Selain itu, terdapat pelbagai adab makan lain dalam al-

Qur‟an dan hadis antaranya mengambil makanan

halal dan berkhasiat (al-Baqarah, 168), menjauhi

pembaziran dan berlebih-lebihan (al-A‟raf, 31), tidak

mencela makanan, membasuh tangan serta berdoa

sebelum dan selepas makan.

Hadis ini adalah siri teladan didikan Rasulullah SAW

terhadap anak-anak tentang adab dengan tunjuk ajar

lembut tanpa memarahinya. Hadis ini juga menjelaskan

adab Rasulullah SAW yang wajar diikuti oleh umat Islam

dalam kehidupan seharian. Semua gerak-geri kita

mengikut sunnah akan mendapat pahala, termasuklah

ketika makan minum. Justeru, sesuatu perkara ibadah

atau amal kebaikan perlu dimulakan dengan

basmallah serta niat kerana Allah SWT untuk

mendapat pahala dan keberkatan.

Page 107: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 93

Ketika makan, sunat menggunakan tangan kanan,

sementelah jumhur ulama termasuk mazhab al-Syafi‟i

berpandangan adalah makruh menggunakan tangan

kiri tanpa keuzuran. Jika hidangan memerlukan dua

tangan seperti sudu dan garfu, tiada masalah untuk

menggunakannya, namun suapkanlah ke mulut dengan

tangan kanan. Malah, Rasulullah SAW turut menyukai

mendahulukan bahagian kanan dalam urusan kebaikan

harian seperti memakai kasut, menyikat rambut dan

mandi atau wudhu‟ (al-Bukhari, 168).

Selain itu, hadis ini turut memberi contoh adab makan

berjamaah dengan mengambil makanan berdekatan

terutama ketika mula makan. Ini secara langsung

menjauhi sikap berebut-rebut makanan atau berlaga

tangan untuk mengambil juadah yang sedap terlebih

dahulu. Semua ini adalah sunnah kecil dan mudah

diikuti, namun berpahala besar dan mudah diperolehi.

Page 108: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 94

Hadis 27

Pembayar Hutang Terbaik

ركم أحسنكم قضاء خي “Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik membayar

hutang.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 2305, 2390 & 2606 dan Muslim no. 1601

daripada Abu Hurayrah RA, selain turut diriwayatkan oleh „Irbadh

bin Sariyah RA dan Abu Rafi‟ al-Qibti, budak asuhan Rasulullah

SAW.

Hadis ini berkaitan hutang, iaitu transaksi yang diharuskan

dalam Islam. Rasulullah SAW berhutang seekor unta muda

dengan seorang lelaki yang dikatakan Arab Badwi.

Page 109: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 95

Lelaki itu datang menuntut hutang unta tersebut, lalu

Baginda SAW menyuruh Abu Rafi‟ membayarnya.

Namun, Abu Rafi‟ mendapati unta yang ada untuk

dibayar hanyalah seekor unta yang lebih tua (lebih besar

dan mahal).

Rasulullah SAW meminta beliau membeli unta lebih tua

itu dan membayar hutang tersebut. Lelaki itu berdoa

moga Allah memberi balasan baik kepada Rasulullah

SAW kerana menunaikan janji membayar hutang, lalu

Baginda SAW bersabda seperti teks di atas.

Contoh Rasulullah SAW sebagai penghutang yang

baik turut terdapat dalam hadis yang lain, antaranya

berhutang dengan „Irbadh bin Sariyah RA, Jabir bin

Abdullah RA dan Yahudi Madinah yang dikatakan

bernama Abu Syahm.

Page 110: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 96

Hadis ini menunjukkan akhlak muamalah Rasulullah SAW

serta hutang yang wajib dibayar mengikut tempoh yang

ditetapkan.

Sebab itu al-Qur‟an dalam ayat terpanjang adalah

tentang hutang yang disaran ditulis butirannya termasuk

tempoh pembayaran balik supaya tidak timbul masalah

(al-Baqarah, 282).

Hadis ini turut mengharuskan pembayaran hutang

dalam bentuk yang lebih baik dengan syarat inisiatif itu

daripada penghutang dan bukan ditetapkan semasa

kontrak.

Jika ada penambahan daripada pemiutang atau

disyaratkan semasa kontrak itu adalah riba yang

diharamkan.

Page 111: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 97

Ini kerana hutang berasaskan kontrak qardh al-

hasan yang tidak boleh ada sebarang penambahan

oleh pemiutang atas jumlah hutang.

Walaupun begitu, umat Islam disarankan menggunakan

kontrak lain untuk mendapatkan pembiayaan seperti

jual beli (al-bai‟) dan al-rahn (gadaian). Elakkan diri

terperangkap dengan belenggu hutang.

Rasulullah SAW mengajar Abu Umamah RA yang

berdukacita kerana masalah hutang agar berdoa pagi

dan petang (وأعوذبكمنغلبةالد ين،وقػهرالرجال) – „Dan aku berlindung

kepada Engkau daripada bebanan hutang dan

penindasan manusia.‟ (Abu Dawud, 1555). Jika

berhutang, jadilah penghutang yang baik!.

Page 112: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 98

Hadis 28

Tiada Taat Untuk Maksiat

طاعة ف معصية لا “Tiada taat dalam (perkara) maksiat.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 7257, 7145 & 4340 dan Muslim no. 1840

daripada „Ali bin Abi Talib RA.

Kedua-dua riwayat mengandungi penambahan di

hujungnya (عروؼاالط اعةفالم Sesungguhnya (kewajipan)„ – (إن

taat (hanya) pada (perkara) kebaikan‟.

Page 113: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 99

Perawi hadis ini, „Ali bin Abi Talib RA menceritakan

Rasulullah SAW telah mengutus sepasukan tentera dan

melantik seorang lelaki Ansar sebagai pemimpin dan

menyuruh mereka memberikan ketaatan kepadanya.

Dalam tugasan, tiba-tiba pemimpin tentera itu marah

dan memerintahkan mereka mengumpulkan kayu lalu

dinyalakan api. Beliau mengarahkan mereka masuk ke

dalam api. Ketika sebahagian mereka hendak masuk,

api tiba-tiba padam dan kemarahan beliau pun hilang.

Perkara itu diceritakan kepada Nabi SAW lalu Baginda

SAW bersabda kepada mereka yang hendak masuk ke

dalam api, „Jika kamu masuk ke dalamnya, kamu kekal

dalamnya hingga hari kiamat‟. Kemudian disabdakan

kepada sebahagian yang lain seperti teks hadis di atas.

Page 114: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 100

Lelaki itu dikatakan bernama „Abdullah bin Huzaifah al-

Sahmi yang hendak menguji tentera pimpinannya (al-

Minhaj 8/59 & Fath al-Bari 12/227). Jika tentera itu masuk

ke dalam api tersebut, nescaya mereka membunuh diri,

iaitu suatu maksiat dan dosa besar yang dilarang serta

berhak tempatnya dalam neraka.

Hadis ini menjelaskan persoalan taat. Al-Bukhari

meletakkannya pada Bab (معصية تكن ل ما للمام والط اعة – (الس مع

„Dengar dan Taat kepada Pemimpin Selagi Bukan

Perkara Maksiat‟ sementara Muslim pada Bab ( طاعة وجوب

المعصية ف وتريمها معصية، غي ف Wajib Taat Pemerintah Pada„ – (الأمراء

Bukan Maksiat dan Haram (Taat) Pada Maksiat‟. Justeru,

hadis ini menjelaskan kewajipan taat kepada

kepimpinan Islam dalam perkara kebaikan dan haram

mematuhinya dalam perkara maksiat.

Page 115: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 101

Dalam al-Qur‟an, ketaatan kepada perintah atau

larangan Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah mutlak,

tidak boleh disanggah, namun sebaliknya bagi orang

lain (al-Nisa‟, 59). Ini termasuklah ketaatan kepada

pemerintah, pemimpin termasuklah ibu bapa dan suami

adalah muqayyad, tertakluk kepada perintah atau

larangan tersebut bertepatan dengan al-Qur‟an dan al-

Sunnah serta bukan dalam perkara maksiat.

Justeru, setiap Muslim wajib mentaati para pemerintah

dalam apa jua perkara sama ada disukai atau dibenci

selagi ia bukan berbentuk munkar dan maksiat kepada

Allah SWT. Selain itu, pemimpin Islam perlu mengikut

syariat dalam kepimpinannya serta tidak membuat

sesuatu keputusan dalam keadaan marah.

Page 116: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 102

Hadis 29

Bina Rumah Tepi Neraka?

دا، ف لي ت ب و أ مقعده من الن ار من كذب علي مت عم“Sesiapa berdusta atas (nama)ku dengan sengaja,

maka dia menyediakan tempatnya dalam neraka.”

Hadis riwayat ramai, antaranya dalam al-Bukhari no. 3461 dan

Muslim no. 3 daripada „Abdullah bin „Amr RA, Abu Hurayrah RA

serta lebih daripada 70 Sahabat.

Hadis ini adalah mutawatir, iaitu hadis yang diriwayatkan

oleh bilangan (perawi) ramai yang secara kebiasaannya

mustahil mereka berpakat untuk berdusta (al-Tahhan,

Taysir, 19) dan merupakan kategori hadis paling sahih.

Page 117: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 103

Teks ini adalah hadis pertama dalam karya Sahih Muslim

(3), sementara teks al-Bukhari (3461) terdapat

penambahan pada awal hadis (ولوآية،وحدثواعنبنإسرائيلول بػلغواعن

Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat“ – (حرج

dan ceritakanlah (yang didengari) daripada Bani Israil

dan itu tiada apa-apa (dosa).”

Hadis ini menggalakkan periwayatan dan penyebaran

ilmu daripada hadis Rasulullah SAW serta mengharuskan

riwayat atau mengambil hadis daripada Bani Israil.

Namun, hadis dan kisah Bani Israil (atau Israiliyyat)

mestilah sahih bersumberkan Baginda SAW. Kisah

Israiliyyat ada yang benar bersumberkan al-Quran

dan sanad hadis sahih, namun kebanyakannya tidak

benar.

Page 118: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 104

Pendustaan terhadap Rasulullah SAW bermaksud

menyandarkan sesuatu penyataan kepada Baginda

SAW sedangkan baginda tidak mengatakannya. Pelaku

demikian digambarkan dalam hadis sedang membina

sendiri tempat tinggalnya di neraka.

Hadis mutawatir ini melarang keras berdusta atau

menyandarkan sesuatu yang bukan hadis kepada

Rasulullah SAW secara sengaja, malah perkara ini

adalah haram dan berdosa besar. Ini termasuk mereka-

reka hadis mawdu‟ (palsu) sama ada dalam perkara

hukum-hakam atau dalam bentuk nasihat dan fadilat

amal.

Mereka yang menyedari kepalsuan sesuatu hadis,

namun tetap menyebarkannya kepada umum tanpa

penjelasan juga termasuk dalam amaran keras hadis ini.

Page 119: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 105

Malah, ulama mengkufurkan pelaku tersebut jika berniat

menghalalkan perbuatan pendustaan atas nama

Baginda SAW.

Hadis ini secara tidak langsung menyeru umat Islam

supaya memastikan sumber rujukan, perawi dan

klasifikasi kesahihan sesebuah hadis atau kisah Israiliyyat

sebelum menyebarkannya dalam ucapan, tulisan atau

ilustrasi.

Hari ini kita melihat khalayak umum suka berkongsi teks

dan makna hadis dalam media sosial seperti facebook,

twitter ataupun whatsapp tanpa sebarang semakan

atau sumber rujukan. Sepatutnya gunakanlah manfaat

dunia internet yang turut menyediakan ruang luas untuk

semakan hadis dalam Bahasa Melayu atau Arab.

Page 120: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 106

Laman web seperti carihadis.com atau

sigir.uitm.edu.my/webhadis boleh digunakan, sementara

yang boleh berbahasa Arab semaklah di

dorar.net/hadis, islamweb.net/ar/library, sunnah.com

atau paling kurang tanyalah si lebai google.

Software atau mobile apps seperti Semak Hadis, المكتبةالشاملو

dan الديثية juga boleh dimanfaatkan. Marilah kita الموسوعة

menjadi umat Muhammad yang tidak

mengetuk memaku untuk mendirikan

rumah di tepi jurang api neraka.

Page 121: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 107

Hadis 30

Puasa Adalah Perisai

يام جن ة الص“Puasa adalah perisai.”

Hadis riwayat al-Bukhari no. 1894 dan Muslim no. 1151 daripada

Abu Hurayrah RA.

Teks ini daripada Sahih Muslim sementara teks al-Bukhari

terdapat penambahan selepasnya ( امرؤ وإن يهل، ول يػرفث فلا

إ فػليػقل: شاتو أو مر تػيقاتػلو صائم ن ) – “Maka (orang berpuasa)

janganlah berkata keji dan janganlah bertindak jahil.

Page 122: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 108

Jika seseorang hendak bergaduh atau memakinya,

maka katakan: „Aku berpuasa‟ diulangi dua kali.”

Istilah (يػرفث) maksudnya „perkataan keji‟ seperti menghina

atau mencaci, sementara (يهل) bermaksud jangan

melakukan perbuatan orang jahil seperti memekik-mekik,

melaung dan sebagainya (Fath al-Bari, 4/104).

Menurut al-Nawawi, puasa adalah perisai yang

menegahnya daripada perkataan keji (يػرفث),

melindunginya daripada dosa-dosa dan api neraka (al-

Minhaj, 8/30). Ini turut dijelaskan dalam riwayat lain

bahawa puasa adalah perisai yang melindungi

daripada api neraka (al-Nasa‟i, 2234) seumpama perisai

yang melindungi seseorang dalam peperangan (al-

Nasa‟i, 2230; Ibn Majah, 1639).

Page 123: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 109

Ibn Rajab menjelaskan maksud hadis ini bahawa:

Puasa melindungi orang berpuasa daripada

pelbagai maksiat ketika di dunia, maka puasa

juga akan melindunginya daripada azab

neraka di akhirat. (Sebaliknya) puasa yang

gagal melindunginya daripada maksiat di

dunia, maka puasa juga tidak dapat

melindunginya daripada azab neraka akhirat

kelak. (Jami' al-Ulum, 2/139).

Hadis ini menjelaskan fadilat berpuasa yang dapat

mencegah daripada nafsu syahwat, perbuatan keji dan

gejala maksiat. Bersetubuh siang hari, berzina,

berkunjung ke tempat maksiat, memaki, mengumpat

dan bercakap kotor adalah contoh maksiat.

Page 124: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 110

Pelakuan sebegitu tidak layak bagi ibadah puasa serta boleh

membatal puasa atau mengurangkan pahalanya. Maksiat

ini turut menimbunkan dosa yang boleh mengheret

kita kepada pembalasan azab akhirat kelak.

Menurut al-Qurtubi, hal ini tidak bermaksud perbuatan

tersebut diharuskan ketika tidak berpuasa, tetapi bermaksud

larangannya lebih kuat ketika berpuasa (Fath al-Bari, 4/104).

Ulama menyebutkan puasa yang dimaksudkan meliputi

puasa wajib Ramadhan dan puasa sunat seperti puasa

enam hari Syawal, puasa setiap Isnin dan Khamis, puasa tiga

hari setiap bulan, puasa Arafah dan puasa „Asyura.

Puasa sebenar bukan setakat meninggalkan makan minum

untuk perut, namun berpuasa daripada perbuatan

yang diharamkan seperti bertelingkah, mencaci orang,

berbohong dan sebagainya.

Page 125: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 111

Jika ada orang yang berbuat jahat, bersabarlah dan

usah membalas perbuatannya. Sebaliknya, beritahu diri

sendiri dan kepada orang itu secara baik bahawa anda

sedang berpuasa. Ingatlah, orang berpuasa lisannya

baik, perbuatannya

baik, amalannya

juga baik.

Lepas berlalu bulan

puasa, amal ibadat

hariannya juga

sama. Berjamaah,

bertiwalah dan

bersedekah. Tidak

berubah. Tidak berubah tanda mencapai sasaran

berpuasa Ramadhan „orang bertakwa‟ (al-Baqarah,

183).

Page 126: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 112

Dapatkan buku kami di

http://najahudin.onpay.my

Page 127: Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit - Najahudin

Hafal Hadis Pendek dalam 1 minit 113