minit mesyuarat panitia psv 1 ptg 2015

5
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL SESI PETANG SMK BARU BINTULU TAHUN 2015 TARIKH : 10hb April 2015 HARI : Jumaat MASA : Waktu rehat (3.40 pm) TEMPAT : Bilik Guru, SMK Baru Bintulu 1. KEHADIRAN 1. Siti Rahmah Binti Saff’ai Hanan (Penolong Penyelaras Sesi Petang) 2. Lessie Anak John 3. Nor Juwairiah Binti Huding 4. Rusliza Binti Abdullah 5. Nor Sarah Binti Nasir 6. Jacqueline Anak Mamut 7. Eta Anak Jaweng 8. Fhatin Amira Binti Musa 2. TIDAK HADIR 1. Nor Ifizah Binti Mohd Saidi - Hadir Mesyuarat Pengakap 3. AGENDA 1.1 Ucapan Aluan Penolong Penyelaras Sesi Petang dan lantikan setiausaha. 1.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun 1.3 Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid 1.4 Hal-Hal Lain Minit Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Sesi Petang SMK Baru 2015 1

Upload: ellie-ella

Post on 16-Sep-2015

246 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

minit

TRANSCRIPT

MINIT MESYUARATPANITIA PENDIDIKAN SENI VISUALSESI PETANGSMK BARU BINTULUTAHUN 2015

TARIKH: 10hb April 2015HARI: JumaatMASA: Waktu rehat (3.40 pm)TEMPAT: Bilik Guru, SMK Baru Bintulu

1. KEHADIRAN1. Siti Rahmah Binti Saffai Hanan (Penolong Penyelaras Sesi Petang)2. Lessie Anak John3. Nor Juwairiah Binti Huding4. Rusliza Binti Abdullah5. Nor Sarah Binti Nasir6. Jacqueline Anak Mamut7. Eta Anak Jaweng8. Fhatin Amira Binti Musa

2. TIDAK HADIR1. Nor Ifizah Binti Mohd Saidi - Hadir Mesyuarat Pengakap

3. AGENDA 1.1 Ucapan Aluan Penolong Penyelaras Sesi Petang dan lantikan setiausaha.1.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun1.3 Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid1.4 Hal-Hal Lain

4. LAPORAN

MASAAGENDACATATAN

3.40 pm

3.50 pm

1.1 Ucapan Aluan Penolong Penyelaras Sesi Petang dan lantikan setiausaha.

a) Cik Siti Rahmah mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli panitia ke mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual (PSV) sesi petang dan memohon maaf atas kelewatan pemberitahuan tentang perjumpaan.b) Beliau melantik Cik Fhatin Amira Musa selaku setiausaha untuk mesyuarat panitia sesi petang.c) Peringatan daripada pengerusi agar semua ahli menyerahkan jadual terkini untuk simpanan panitia beserta borang maklumat guru dan ucapan terima kasih kepada yang sudah berbuat demikian.

1.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun

a) Penyedia kertas soalan bagi peperiksan pertengahan tahun telah dilantik seperti berikut :

Peralihan : Cik Siti Rahmah Tingkatan 1 : Cik Jacqueline (K1) dan Puan Eta (K2) Tingkatan 2 : Cik Nor Ifizah (K1) dan Cik Siti Rahmah (K2)

b) Antara format yang perlu diikuti :

Soalan merangkumi bab unsur seni (garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna) Kertas 1 : 50 soalan (termasuk soalan struktur = 50 markah) Kertas 2 : 5 soalan terbahagi (mudah 50%, sederhana 30% dan sukar 20%) Puan Sarah bersetuju dengan pembahagian dan jumlah markah 50-50 untuk kertas 1 dan kertas 2 supaya mudah untuk dirangkum dan mendapat keputusan markah penuh.

c) Beberapa penambahbaikan telah dibincangkan seperti :

Pelajar diminta untuk membawa kertas OMR untuk soalan objektif. Namun begitu, Cik Jacqueline mencadangkan agar dibentuk kertas jawapan yang merangkumi bahagian untuk jawapan objektif dan subjektif. Justeru, pelajar tidak perlu membawa kertas OMR lagi. Semua guru, bersetuju. Selain itu, Cik Jacqueline turut meminta agar soalan struktur digunakan dan bukan hanya soalan struktur biasa sahaja. CIk Jacqueline turut menambah kertas 1 akan mengandungi 30 soalan objektif dan 20 subjektif. Selain itu, kertas lukisan yang disediakan juga pastikan bercop. Guru perlu memastikan murid membawa alatan mewarna sendiri dan galakkan masing-masing membeli.

d) Jenis Soalan Kertas 2

Cik Siti Rahmah mengingatkan supaya memastikan dalam soalan kertas 2 perlu mengandungi satu soalan catan (contohnya : gubahan sewarna / panas / sejuk)

e) Lain-lain Soalan kertas 2 perlu diedarkan kepada murid 3 hingga 5 hari sebelum peperiksaan. Salinan dan jawapan disediakan dan diserahkan kepada setiap guru PSV, panitia, untuk SU peperiksaan. Di samping itu, pengerusi turut mencadangkan agar soalan dan jawapan diserahkan awal untuk tujuan semakan bersama.

1.3 Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid

a) Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas inisiatif menyediakan sendiri latihanb) Guru-guru diminta untuk merujuk jadual spesifikasi sama ada murid capai atau tidak. Helaian jadual spesifikasi tingkatan 1 diedarkan kepada guru-guru yang mengajar tingkatan 1.

1.4 Hal-Hal Lain

a) Buku rujukan baru masih dalam proses pembelian. Terdapat 7 buah buku rujukan terkini untuk tingkatan 1 dan tingkatan 2 khusus untuk guru-guru PSV serta 80 buah buku untuk kegunaan murid-murid.b) Di samping itu, diingatkan data guru untuk dikemaskini dan serahkan jadual terkini. CIk Siti Rahmah sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada yang telah menyerahkan jadual terkini sebelum ini.c) Selain itu, panitia turut menjual palet untuk catan, dan guru boleh mengambil dan menjual kepada pelajar dengan harga RM5 sekiranya ada yang berminat. Palet tersebut murah berbanding dengan harga di pasaran luar sebanyak RM8.d) Baldi dan cawan air ada disediakan di meja CIk Siti Rahmah dan sekiranya tiada, guru boleh mengambil di studio seni.

Mesyuarat ditangguhkan

Respon guru : Pn Sarah dan Pn Juwairiah menyatakan jadual telah dihantar dan meminta Cik Siti Rahmah menyemak semula sekiranya tercicir.

Respon semua guru

Tindakan : Guru-guru PSV setiap kelas

Tindakan : Penyedia soalan

Tindakan : Penyedia soalan

Tindakan : Penyedia soalan

Tindakan : Guru-guru PSV setiap kelas

Respon semua guru.

Disediakan oleh,

________________________(FHATIN AMIRA BINTI MUSA)

Disemak oleh,Disahkan oleh,

________________________________________________________(SITI RAHMAH BINTI SAFFAI HANAN)(NOR SAADAH BINTI MD NASIR)PENOLONG PENYELARAS PANITIA PSVKETUA PANITIA PSVMinit Mesyuarat Panitia Pendidikan Seni Visual Sesi Petang SMK Baru 20154