minit mesyuarat ajk rancangan integrasi murid untuk perpaduan

6
MINIT MESYUARAT AJK RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) KALI 01/2015 Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor Tahun 2015 TARIKH : 22 Januari 2015 MASA : 2.00 petang TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Datuk Mansor KEHADIRAN TIDAK HADIR 1. En. Zulkarnain B. Sharif - Bersebab Bi l. Perkara 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan syabas dan terima kasih kerana semua ahli dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat AJK Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Kali 01/2015 dan selanjutnya memaklumkan berkenaan perkara-perkara berikut:- a. Pengenalan ringkas tentang Program RIMUP iaitu tujuan dan matlamat program. b. Mesyuarat ini diadakan adalah untuk merancang aktiviti RIMUP Peringkat Kelompok Sekolah Menengah yang bakal diadakan pada 16 Feb 2015 di SMJK Chi Wen,Bahau. c. Beliau mengulas kertas kerja Program RIMUP Peringkat Kelompok Sekolah Menengah yang dilampirkan bersama. Tindakan : Makluman 1. Pn. Hjh Norlida Bt Jantan 7. En. Md Yusoff B. Yaacob 2. Pn. Mek Paridah bt Abu Samah 8. Pn. Nurul Zahira Bt Md Isa 3. Pn. Aini Rozita Bt Ahmad 9. En. Muhd. Fadhullah B. Ramadzan

Upload: nurul-zahira-md-isa

Post on 24-Dec-2015

801 views

Category:

Documents


97 download

DESCRIPTION

PROGRAM RIMUP

TRANSCRIPT

Page 1: Minit Mesyuarat Ajk Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

MINIT MESYUARAT AJK RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN (RIMUP) KALI 01/2015

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor Tahun 2015

TARIKH : 22 Januari 2015MASA : 2.00 petangTEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Datuk Mansor

KEHADIRAN

TIDAK HADIR1. En. Zulkarnain B. Sharif - Bersebab

Bil. Perkara1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan syabas dan terima kasih kerana semua ahli dapat menghadirkan diri ke Mesyuarat AJK Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Kali 01/2015 dan selanjutnya memaklumkan berkenaan perkara-perkara berikut:-

a. Pengenalan ringkas tentang Program RIMUP iaitu tujuan dan matlamat program.

b. Mesyuarat ini diadakan adalah untuk merancang aktiviti RIMUP Peringkat Kelompok Sekolah Menengah yang bakal diadakan pada 16 Feb 2015 di SMJK Chi Wen,Bahau.

c. Beliau mengulas kertas kerja Program RIMUP Peringkat Kelompok Sekolah Menengah yang dilampirkan bersama.

Tindakan : Makluman

1. Pn. Hjh Norlida Bt Jantan 7. En. Md Yusoff B. Yaacob2. Pn. Mek Paridah bt Abu Samah 8. Pn. Nurul Zahira Bt Md Isa3. Pn. Aini Rozita Bt Ahmad 9. En. Muhd. Fadhullah B. Ramadzan4. En. Darmalinggam A/L Manickam 10. Pn. Nor Liyana Bt Che Mat Azam5. Pn. Hjh Noor Lela Bt Yahaya 11. Pn. Nor Fauzai Bt Mohd Zahari 6.Pn. Arbaiyah Bt Yusof

Page 2: Minit Mesyuarat Ajk Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

d. Beliau memohon agar unit Hal Ehwal Murid (HEM) menyediakan peratus murid Sek.Men. Datuk. Mansor mengikut nisbah kaum.

Tindakan : Guru HEM

d. Beliau menegaskan agar aktiviti RIMUP perlu dijalankan di sekolah supaya murid-murid dapat disemai semangat perpaduan dalam diri mereka dari peringkat awal dan beliau menegur sikap sebilangan pelajar yang kurang menghormati Lagu Kebangsaan ketika lagu itu di mainkan semasa Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Merentas Desa yang lepas.

Tindakan : Semua Guru SMKDM

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

a. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu tidak dapat dilaksanakan dan akan diambil kira pada mesyuarat yang akan datang.

Tindakan : Setiausaha RIMUP

3.0 PERKARA BERBANGKIT

a. Tiada perkara berbangkit

4.0 RANCANGAN PROGRAM RIMUP PERINGKAT KELOMPOK SEKOLAH MENENGAH

4.1 Program RIMUP yang dinamakan ‘Pesta Riang Ria Tahun Baru Cina’.

4.1.1. Tuan Pengerusi mencadangkan bagi program tersebut, SMK Datuk Mansor mengadakan persembahan tarian gabungan tiga kaum yang pernah dipersembahkan semasa Majlis Makan Malam Pengawas pada tahun lepas. Cadangan Tuan Pengerusi dipersetujui oleh ahli mesyuarat.

4.1.2. Pn. Nurul Zahira bertanyakan tentang jumlah pelajar yang membuat persembahan dan yang menyertai beberapa pertandingan yang diadakan seperti pertandingan Kaligrafi, Melukis Bunga Plum dan Pertandingan ‘Jian Zi’ , serta penetapan jumlah guru pengiring.

4.1.3 Tuan Pengerusi membalas dengan menganggarkan jumlah pelajar

yang membuat persembahan adalah seramai 15 orang, pertandingan Kaligrafi, seramai 3 orang, pertandingan Melukis Bunga Plum, 3 orang Pertandingan ‘Jian Zi’, 4 orang dan jumlah kesemuan pelajar adalah seramai 25 orang dan guru pengiring yang dicadangkan adalah Pn. Wong dan guru yang bakal menyertai Pertandingan Kaligrafi pada program tersebut.

Tindakan : Setiausaha RIMUP

Page 3: Minit Mesyuarat Ajk Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

4.1.3 Tuan Pengerusi mencadangkan bahawa pemilihan pelajar yang menyertai pertandingan tersebut diuruskan oleh Panitia Bahasa Cina yang menentukan. Cadangan Tuan Pengerusi dipersetujui oleh ahli mesyuarat.

Tindakan : Panitia Bahasa Cina

4.1.4 Pn. Nurul Zahira bertanyakan tentang sumbangan duit dari pihak sekolah kepada pihak pengelola iaitu sebanyak RM3 bagi setiap pelajar yang menyertai program. Tuan Pengerusi menjawab dengan menyatakan bahawa pihak sekolah menunggu surat punca kuasa daripada PPD untuk sebarang pengeluaran kewangan sekolah. Tindakan : Makluman

5.0 RANCANGAN PROGRAM RIMUP PERINGKAT SEKOLAH SMK DATUK MANSOR

5.1 Tuan Pengerusi membuka cadangan kepada ahli mesyuarat bagi membincangkan Program RIMUP Peringkat Sekolah Smk Datuk Mansor.

5.1.1 Pn. Mek Paridah mencadangkan agar setiap program sekolah dijadikan sebagai program RIMUP sekolah. 5.1.2 Tuan Pengerusi mengulas itu adalah cadangan yang baik dan beliau menambah terdapat beberapa sukan dan permainan kelihatan dimonopoli oleh sesebuah kaum sahaja. Beliau mencadangkan agar setiausaha Ko-kurikulum, En.Md Yusof agar menerapkan pelbagai kaum dalam sukan dan permainan dengan memasukkan pelajar berbilang kaum bagi memecakan monopoli sesuatu kaum dalam sesuatu sukan dan permainan.

5.1.3 En.Md Yusof mencadangkan agar sebarang pertandingan dalaman bagi sukan dan permainan diwajibkan bercampur berbilang kaum. Tuan Pengerusi memohon agar En. Md Yusof menyediakan kertas kerja bagi tujuan tersebut dan beliau turut mengulas yang cadangan tersebut adalah bagus untuk merangsangpergaulan secara harmoni bagi berbilang kaum dan juga dijadikan penarik pelajar untuk hadir ke sekolah.

5.1.4 Tuan Pengerusi bertanyakan Ketua Bidang Kemanusiaan, Pn. Fauzai aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Bidang Kemanusiaan bagi menerapkan program RIMUP. Pn. Fauzai membalas, antara aktiviti yang telah dijalankan oleh Bidang Kemanusiaan bagi menerapkan program RIMUP adalah melantik pengacara pelbagai jenis kaum bagi setiap majlis yang diadakan, mengadakan lawatan sivik melibatkan pelbagai kaum dan beliau uturut mencadangkan agar susunan di dalam kelas agar bercampur antara kaum.

Page 4: Minit Mesyuarat Ajk Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

5.1.5 En. Dharma memaklumkan bahawa dalam pelantikan ahli Lembaga Pengawas adalah terdiri daripada pelbagai kaum selaras dengan kehendak program RIMUP.

5.1.6 Pn. Noor Lela memaklumkan bahawa bagi guru di Bilik Guru Tingkatan 6, aktiviti RIMUP yang dilaksanakn adalah kesepakatan para guru untuk membeli kerusi pejabat yang baru untuk semua guru di situ.

5.1.7 En. Fadhlullahmemaklumkan dari unit asrama aktiviti RIMUP yang dilaksanakan adalah program Gotong – Royong Membersihkan Surau yang turut disertai pelajar kaum lain seperti kaum Asli.

5.1.8 Pn. Mek Paridah mencadangkan agar menjemput AJK Komuniti dalam setiap acara dan program sekolah bagi memperlihatkan pelaksanaan aktiviti RIMUP di sekolah. Tuan Pengerusi mengulas bahawa selepas ini untuk setiap aktiviti program RIMUP sekolah, pihak sekolah akan menjemput AJK Komuniti supaya dapat dijadikan sebagai lawatan penanda aras.

Tindakan : Makluman

6.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Pn. Mek Paridah bertanyakan tentang tentang peruntukan yang disediakan untuk program RIMUP sekolah. Tuan Pengerusi membalas bahawa tiada peruntukkan yang yang disediakan untuk program RIMUP sekolah.

Tindakan : Makluman

7.2 Tuan Pengerusi memohon supaya kandungan mesyuarat RIMUP ini dimasukkan sebagai salah satu isu dalam Dialog Prestasi dan berpesan agar dibuat jadual Dialog Prestasi bagi setiap bidang.

Tindakan : ______________

7.3 En. Dharmalinggam mengingatkan dan memohon penyelaras tingkatan bertanggungjawab mengemaskini data pelajar berpindah dan berhenti, dan menyerahkan kepada beliau.

Tindakan : Penyelaras Tingkatan

8.0 PENUTUP

8.1 Tuan Pengerusi berharap agar mesyuarat RIMUP ini dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan.

Page 5: Minit Mesyuarat Ajk Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan

8.2 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Rimup Kali 1/2015 ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.............................................................. ….............................................................(PUAN NURUL ZAHIRA BT MD ISA) ( PN. AINI ROZITA BT AHMAD) Setiausaha AJK RIMUP Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Datuk Mansor SMK Datuk Mansor