minit-curai-sejarah-tahun-4.doc

9
SEKOLAH KEBANGSAAN SAMA GAGAH 34400 SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL, PERAK DARUL RIDZUAN. MINIT CURAI KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN DSKP SEJARAH TAHUN 4 2013 DAERAH KERIAN TARIKH : 4 – 7 SEPTEMBER 2013 TEMPAT : DEWAN MALINJA, SK WAWASAN, PARIT BUNTAR MATA PELAJARAN : SEJARAH DARI : CIK SITI HAJAR BT MOHD KASER KEPADA : GURU BESAR/ PK 1 / GURU PANITIA 1.0 KSSR SEJARAH Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni bagi menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dihasilkan untuk membantu guru menjadi lebih proaktif, dinamik dan progresif serta memantapkan pemahaman terhadap

Upload: mohd-baseri

Post on 25-Oct-2015

146 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

minit curai

TRANSCRIPT

Page 1: Minit-Curai-Sejarah-Tahun-4.doc

SEKOLAH KEBANGSAAN SAMA GAGAH34400 SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL,

PERAK DARUL RIDZUAN.

MINIT CURAIKURSUS PENYEBARAN KSSR DAN DSKP SEJARAH TAHUN 4 2013

DAERAH KERIAN

TARIKH : 4 – 7 SEPTEMBER 2013TEMPAT : DEWAN MALINJA, SK WAWASAN, PARIT BUNTARMATA PELAJARAN : SEJARAHDARI : CIK SITI HAJAR BT MOHD KASERKEPADA : GURU BESAR/ PK 1 / GURU PANITIA

1.0 KSSR SEJARAH

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah mendukung cita-cita murni bagi

menyediakan kurikulum yang relevan dan terkini untuk melahirkan generasi cemerlang

selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dihasilkan untuk membantu

guru menjadi lebih proaktif, dinamik dan progresif serta memantapkan pemahaman

terhadap matlamat, objektif dan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Selain itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah mata pelajaran Sejarah dapat membantu

guru menyediakan serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara

berkesan. Penghayatan semangat patriotik, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dapat

direalisasikan berpandukan tajuk dalam standard kandungan serta standard pembelajaran.

Page 2: Minit-Curai-Sejarah-Tahun-4.doc

Fokus utama Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah ialah menyemai ilmu

pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah di samping penerapan semangat

patriotik melalui pengetahuan tentang masa lalu yang mempengaruhi masa kini. Melalui

pembelajaran tersebut, murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan

sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh yang terlibat. Murid dapat membuat

perbandingan tentang pengalaman manusia dan seterusnya berupaya memahami diri

mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat. Pemahaman asas

tentang sejarah negara dapat melahirkan perasaan cintakan negara dan melahirkan

perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

2.0 MATA PELAJARAN SEJARAH

Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap II. Ini bertujuan menyemai

kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh

dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah.

Masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sejarah adalah selama dua masa iaitu satu jam

seminggu. Mata pelajaran ini digalakkan diasingkan kepada 30 minit pada hari yang

berlainan kerana dikhuatiri guru tidak langsung bertemu dengan murid pada minggu tersebut

jika satu jam diajar pada hari yang sama terutama jika guru terlibat dengan mesyuarat atau

taklimat.

Sejarah boleh diertikan sebagai masa lalu itu sendiri umumnya dan sejarah adalah catatan

masa lalu serta catatan tentang tindak tanduk manusia khususnya. Maka guru diminta

mengajar murid secara kronologi dan konversi masa. Guru boleh mempelbagaikan kaedah

pengajaran untuk menarik minat murid.

Pengajaran dan pentaksiran guru berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

(DSKP) serta bahan sokongan seperti buku teks, Buku Panduan Pengajaran, Buku Panduan

Kreativiti dan Buku Panduan EMK.

Page 3: Minit-Curai-Sejarah-Tahun-4.doc

Perbezaan mata pelajaran Tahap I dan Tahap II boleh dirumuskan seperti dalam jadual di

bawah:-

TAHAP I TAHAP II

Pengajaran berdasarkan Dokumen Standard

Kurikulum(DSK) dan Dokumen Standard

Prestasi (DSP)

Pengajaran berdasarkan Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)

Pentaksiran murid berdasarkan Band 1

hingga Band 6.

Pentaksiran murid berdasarkan Tahap

Penguasaan 1 hingga Tahap Penguasaan 6.

Guru perlu memasukkan pencapaian band

murid dalam sistem online SPPBS.

Guru tidak perlu memasukkan pencapaian

band murid dalam sistem online SPPBS.

Guru hanya memasukkan tahap penguasaan

murid dalam sistem secara offline

menggunakan tapak Excel.

Sistem fail terdiri daripada Fail Guru, Fail

Murid dan Fail Showcase diwujudkan.

Tiada sistem fail diwujudkan. Fail murid

Tahap I tidak dibawa ke Tahap II. Namun

jika pihak sekolah masih memerlukan

sistem fail peringkat sekolah diwujudkan

untuk memudahkan pengurusan secara

sistematik ia tidak menjadi satu kesalahan.

Evidens murid dijalankan dan disimpan

sebagai bahan bukti untuk penilaian.

Tiada evidens dijalankan dan diganti

dengan lembaran kerja untuk penilaian

secara berterusan sepanjang masa. Guru

juga boleh menjadikan lembaran kerja

sebagai ujian formatif dan sumatif.

Page 4: Minit-Curai-Sejarah-Tahun-4.doc

3.0 KAJIAN KES

Kajian kes ialah kaedah penyelesaian masalah dalam bentuk deskriptif atau penerangan.

Kajian kes boleh dijalankan dalam kalangan murid bagi melaksanakan kurikulum mata

pelajaran Sejarah. Salah satu pedagogi penting yang dapat dilaksanakan dalam

menjalankan kajian kes ialah kemahiran inkuiri. Kajian kes dapat meningkatkan

kebolehan murid untuk mengenal pasti permasalahan, merancang, mengolah isi dan

memberi rumusan terhadap satu permasalahan. Pengalaman menjalankan kajian kes dapat

menggalakkan penglibatan murid, di samping memupuk kemahiran penyelesaian masalah

dan sikap ingin tahu.

Kajian kes boleh dijalankan berdasarkan pelbagai aspek atau isu mengikut langkah

berikut:

i. Kajian kes adalah berdasarkan cerita atau peristiwa bagi menjawab beberapa

persoalan yang menggunakan kemahiran menaakul,di samping memberikan

pendapat dan membuat rumusan serta menggalakkan penglibatan murid dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini dapat mengenal pasti inti pati cerita atau

peristiwa yang hendak dikaji.

ii. Memahami persoalan berdasarkan petikan cerita atau peristiwa yang terkandung

dalam kurikulum Sejarah.

iii. Mengumpul maklumat melalui pelbagai kaedah berkaitan cerita atau peristiwa

tentang perkara yang hendak diselesaikan.

iv. Mengkaji maklumat yang telah dikumpulkan dengan cara menganalisis, menaakul

dan empati untuk menjelaskan masalah tersebut.

v. Membuat rumusan dan menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada

maklumat yang telah dianalisis.

Kajian kes perlu dibuat secara individu atau kumpulan tidak lebih daripada tiga orang.

Guru boleh memilih mana-mana standard kandungan dalam mata pelajaran Sejarah

Tahun 4 untuk dijadikan kajian kes. Kajian kes mestilah meliputi pernyataan masalah,

kajian literature, objektif kajian, rujukan sumber, analisis kajian dan laporan kajian.

Laporan kajian perlu mengandungi tajuk, pendahuluan, perbincangan, kesimpulan dan

Page 5: Minit-Curai-Sejarah-Tahun-4.doc

rujukan. Penghasilan laporan adalah sebnyak 1-5 halaman. Jika murid memberi lebih

muka surat ia tidak menjadi satu kesalahan. Persembahan laporan boleh dibuat

menggunakan kaedah bertulis, lisan atau perbentangan. Penggunaan TMK digalakkan.

Satu tahun sekurang-kurangnya satu kajian kes dihasilkan oleh murid.

4.0 PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Penilaian dibuat secara langsung atau tidak langsung serta berterusan sepanjang tahun.

Bentuk pentaksiran adalah seperti pemerhatian, kerja kursus, kajian kes, membina buku

skrap dan folio, demostrasi, simulasi, kuiz serta ujian bertulis.

Pentafsiran dibuat menggunakan tapak Excel yang telah disediakan. Penerangan lanjut

tentang tafsiran tahap penguasaan murid dijelaskan dalam DSKP mata pelajaran Sejarah.

Lembaran kerja murid perlu disediakan oleh guru mata pelajaran tersebut.

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Guru perlu menulis rancangan pengajaran berdasarkan format yang berikut:-

Tajuk : Mari Belajar SejarahFokus : SK : 1.2 SP 1.2.1, 1.2.2, K1.2.7

Objektif : Murid dapat i. menyatakan biodata diri

ii. Mengenal pasti salasilah keluargaLangkah :

i. Guru menayangkan video dan bersoal jawab dengan muridii. Guru menunjukkan biodata dan carta keluarga

iii. Murid membuat biodata diri dan salasilah keluarga masing-masing.iv. Murid melengkapkan lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2.

Emk : Nilai : Menyayangi diri dan keluarga, bersyukur. : KPS : Elemen asas sejarah : EMK : TMK

BBM : Video, Carta, Lembaran kerja

Refleksi : 23 /26 orang murid mencapai objektif pengajaran. Selebihnya guru memberi bimbingan dan latihan pemulihan.

Page 6: Minit-Curai-Sejarah-Tahun-4.doc

6.0 PENUTUP

Mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah rendah merupakan suatu kesinambungan ke

peringkat sekolah menengah sebagai suatu disiplin ilmu yang dinamik. Ini bertujuan sebagai

satu usaha untuk melengkapkan murid dengan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran

dan pengamalan nilai murni serta penerapan semangat jati diri sebagai warga negara

Malaysia. Semoga guru mata pelajaran Sejarah pada tahun hadapan maklum dan bersedia

memikul tanggung jawab dan amanah ini.

Disediakan oleh;

………………………………………

(CIK SITI HAJAR BT MOHD KASER)

PESERTA KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN DSKP

SEJARAH 2013

Disahkan oleh:

………………………………………

(NORDIN BIN SHAAFIE)

GURU BESAR

SK SAMA GAGAH