minggu interaksi sk kerupang 2012

90
PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya serta taufik dan hidayahNya dapatlah saya menyempurnakan Laporan Minggu Orientasi Sekolah ini. Setinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada Tuan Hj Yunus bin Hj Yussof, selaku Ketua Unit Sekolah Rendah di atas segala komitmen, bimbingan, nasihat dan sokongan yang diberikan untuk saya menyiapkan laporan program orentasi ini. Seterusnya penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru besar SK Kerupang iaitu Puan Siti Norkiah Abdul, Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Jusoh Bin Sulong, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Esmit Bin Amat, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Ruhaiah bte Jumat yang telah banyak membantu saya dalam memberikan maklumat tentang sekolah. Ucapan terima kasih juga kepada pihak pengurusan sekolah dan guru-guru yang terlibat dan kerjasama yang turut diberikan berkaitan dengan maklumat sekolah ini amatlah saya hargai. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan iaitu guru-guru lepasan KPLI yang baru yang turut membantu terutamanya Ustazah Siti Fatimah binti Yacob selaku guru bimbingan saya kerana memberi pendapat dan tunjuk ajar serta sumbangan idea yang diperlukan untuk menyiapkan laporan ini. Kepada ahli keluarga yang banyak memberikan sokongan moral serta mendoakan sehingga selama berada di sekolah ini dapat menyiapkan laporan program orentasi seadanya. 1

Upload: hamizah-rifai

Post on 24-May-2015

1.278 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: minggu interaksi sk kerupang 2012

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah

kurnia dan izinNya serta taufik dan hidayahNya dapatlah saya menyempurnakan Laporan

Minggu Orientasi Sekolah ini.

Setinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada Tuan Hj Yunus bin Hj Yussof, selaku

Ketua Unit Sekolah Rendah di atas segala komitmen, bimbingan, nasihat dan sokongan yang

diberikan untuk saya menyiapkan laporan program orentasi ini.

Seterusnya penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada guru besar SK Kerupang

iaitu Puan Siti Norkiah Abdul, Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Jusoh Bin Sulong,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Encik Esmit Bin Amat, Penolong Kanan Kokurikulum Puan

Ruhaiah bte Jumat yang telah banyak membantu saya dalam memberikan maklumat tentang

sekolah. Ucapan terima kasih juga kepada pihak pengurusan sekolah dan guru-guru yang terlibat

dan kerjasama yang turut diberikan berkaitan dengan maklumat sekolah ini amatlah saya hargai.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan iaitu guru-guru

lepasan KPLI yang baru yang turut membantu terutamanya Ustazah Siti Fatimah binti Yacob

selaku guru bimbingan saya kerana memberi pendapat dan tunjuk ajar serta sumbangan idea

yang diperlukan untuk menyiapkan laporan ini. Kepada ahli keluarga yang banyak memberikan

sokongan moral serta mendoakan sehingga selama berada di sekolah ini dapat menyiapkan

laporan program orentasi seadanya.

Semoga dengan bantuan semua pihak dapatlah kami menyiapkan laporan program

orentasi ini dengan sebaik mungkin insyallah dan semoga Allah SWT memberkati kita semua

dan menerima amal kita semua.

1

Page 2: minggu interaksi sk kerupang 2012

RUKUN NEGARA

MAKA KAMI, RAKYAT MALAYSIA, BERIKRAR AKAN MENUMPUKAN

SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI MENCAPAI CITA-CITA TERSEBUT

BERDASARKAN PRINSIP-PRINSIP BERIKUT:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

2

Page 3: minggu interaksi sk kerupang 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN KE ARAH

LEBIH MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN

BERSEPADU UNTUK MELAHIRKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS

DARI SEGI INTELEK,ROHANI,EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN

KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN.USAHA INI ADALAH

BERTUJUAN UNTUK MELAHIRKAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERILMU

PENGETAHUAN,BERKETRAMPILAN,BERAKHLAK MULIA,BERTANGGUNGJAWAB

DAN BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERIKAN

SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN

KELUARGA,MASYARAKAT DAN NEGARA

.

FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

PENDIDIKAN ISLAM ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN UNTUK

MENYAMPAIKAN ILMU, KEMAHIRAN DAN PENGHAYATAN ISLAM

BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, BAGI MEMBENTUK SIKAP,

KEMAHIRAN KEPERIBADIAN DAN PANDANGAN HIDUP SEBAGAI HAMBA ALLAH

YANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBANTU DIRI, MASYARAKAT,

ALAM SEKITAR DAN NEGARA KE ARAH MENCAPAI KEBAIKAN DI DUNIA DAN

KESEJAHTERAAN ABADI DI AKHIRAT

3

Page 4: minggu interaksi sk kerupang 2012

4

SEKOLAH KEBANGSAAN KERUPANG WILAYAH

PERSEKUTUAN LABUAN

Page 5: minggu interaksi sk kerupang 2012

Pengenalan

Sekolah Kebangsaan Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan  terletak  3  kilometer  dari

bandar  Labuan. SK Kerupang  atau nama singkatannya SKK Terpilih menjadi sekolah

angkat GITN sdn bhd untuk projek GTL School kerana kadar penggunaan internet di bawah

30% . Sekolah ini diterajui oleh Pn. Norkiah binti Abdul sebagai guru besar, dengan dibantu

oleh 3 orang Guru Penolong Kanan, 42 orang tenaga pengajar, 3 orang kakitangan sokongan

dan mempunyai seramai 462 orang murid.

Latar Belakang Sekolah

SKK mula menjadi sekolah angkat GITN untuk projek GTL School bermula Januari 2008.

SKK mempunyai sebuah makmal komputer dengan 21 buah komputer, tidak mempunyai

Pusat Akses. Namun pada pertengahan tahun 2007, makmal komputer sekolah ini terpaksa

ditutup kerana berada dalam tapak pembinaan  bangunan sekolah.  Namun begitu, pihak

sekolah  dibawah program  GTL School  telah mengambil inisiatif dengan berbincang

dengan  pihak Jabatan Kerja Raya (JKR)  untuk menyediakan laluan inisiatif untuk pelajar

dan guru-guru untuk datang ke makmal komputer, tetapi hanya tahap 2 sahaja dibenarkan

atas alasan keselamatan.

Sejarah Sekolah

Nama asal sekolah ini adalah Sekolah Rendah Kerajaan atau Government Primary School

Kerupang. Kedudukan sekolah ini adalah di kampung Kerupang yang mana di sekitarnya

terdapat kawasan perkampungan lain seperti Kampung Pantai, Kampung Durian Tunjong

dan Kampung Tanjung Aru.

5

Page 6: minggu interaksi sk kerupang 2012

Sebelum adanya sekolah Kerupang, anak-anak dari kampung ini kebanyakannya

bersekolah di sekolah bukit Kalam. Atas beberapa sebab yang dihadapi seperti ramai dalam

kalangan ibu bapa yang tidak dapat menghantar anak mereka ke sekolah kerana jarak yang

jauh dan jalan perhubungan yang terhad, maka sekolah ini telah dibangunkan selepas 10

tahun kewujudan sekolah Bukit Kalam.

Antara orang yang bertanggungjawab menubuhkan sekolah ini empat orang ketua kampung

iaitu Tn. Hj. Edin bin Ali (Kampung Kerupang), Tn. Hj Ibarahim bin Hj. Mohamad

(Kampung Nagalang), Tuan Hj. Salam bin Basaman (Kampung Pantai) dan Tn. HJ. Yusof

bin Matsarudin (Kampung Durian Tunjong)

Sekolah ini mula dibina pada tahun 1931 di tapak yang sama pada masa sekarang iaitu di

Kampung Kerupang. Sebuah bangunan sekolah dan sebuah rumah turut dibina pada tahun

berkenaan. Bangunan sekolah ini menggunakan tiang simen setinggi 10 kaki dari tanah dan

lantainya daripada papan dan atapnya pula daripada kayu belian (ironwood) walau pun pada

asalnya menggunakan daun rumbia. Saiz bangunannya hanya sesuai untuk tiga buah bilik

darjah sahaja.

Bangunan ini telah digunakan sebagai sekolah lebih dari 35 tahun. Ia dibina oleh kerajaan

Negeri Sabah, pekerja pembinaannya terdiri daripada orang-orang Melayu tempatan yang

diketuai oleh seaorang pekerja bangunan berbangsa Cina.

Pada tahun 1937 sekolah ini mula dibuka kepada anak-anak yang tinggal di kawasan yang

berhampiran. Tiga orang guru yang bertugas di sekolah pada masa itu, ialah;

1. Encik Mohamad Salleh bin Pir selaku Guru Besar. Beliau berasal dari

Labuan.

2. Encik Supar bin Idris selaku Guru Penolong, berasal dari semenanjung

Malaysia.

3. Encik Mohd. Zain bin Lamit, berasal dari Labuan.

6

Page 7: minggu interaksi sk kerupang 2012

Murid-murid yang belum tamat persekolahan di sekolah Bukit Kalam yang tinggal

berhampiran dengan kampung Kerupang seperti Kampung Lajau dan Kampung Tanjung

Aru adalah di antara murid yang berpindah ke sekolah ini. Jumlah murid yang bersekolah

di sekolah ini pada masa ia dibuka ialah seramai 37 orang lelaki termasuk murid yang

berpindah dari Sekolah Bukit Kalam.

Pelajaran yang diajar pada masa itu ialah membaca, menulis rumi dan jawi, kira-kira,

senaman, seni pertukangan dan lukisan. Apabila Jepun memerintah Labuan dalam tahun

1945 pembelajaran di sekolah ini tergendala, Bahasa Melayu ditukar kepada Bahasa Jepun.

Sekolah ini dibuka semula dan aktiviti pembelajaran diteruskan dalam Bahasa Melayu dan

ditambah dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam tahun 50-an.

Pada tahun 1962 bangunan sekolah ini ditambah dengan sebuah lagi bangunan yang terdiri

daripada 3 buah bilik darjah dan 2 buah rumah guru. Ini adalah disebabkan pertambahan

jumlah murid seramai 400 orang pada akhir tahun 60-an. Murid-murid sekolah ini pernah

menumpang belajar di balai raya Kampung Pantai dalam tempoh beberapa tahun apabila

bangunan asal sekolah ini diroboh oleh pihak Jabatan Kerja Raya kerana keadaan bangunan

yang tidak selamat lagi untuk digunakan. Pada tahun 1982, 2 buah bangunan dan 2 buah

rumah guru di bina.

Pada tahun 1984, sebuah bangunan lagi telah dibina untuk bilik khas seperti bilik tv,

perpustakaan, bilik sains, kantin dan 2 buah rumah guru. Sekolah yang di bina pada tahun

1962 telah dirobohkan untuk pembinaan 2 buah rumah guru.

Kedudukan sekolah ini adalah berhampiran dengan jalan raya. Terbinanya sekolah ini,

maka hasrat kerajaan telah tercapai untuk membasmi buta huruf di kalangan penduduk

sekitar khasnya dan di Labuan amnya. Diantara bekas murid sekolah ini yang telah berjaya

dalam bidang politik ialah Datuk Haris Bin Mohamad Salleh iaitu anak kepada bekas guru

besar sekolah ini. Beliau juga adalah bekas Ketua Menteri Sabah. Dalam bidang

ketenteraan pula ialah Encik Karim Bin Abdul Kadir seorang pegawai tentera berpangkat

Leftenan Kolonel. Selain daripada itu terdapat juga beberapa murid sekolah ini yang

berjaya sebagai pegawai-pegawai kerajaan dan swasta.

7

Page 8: minggu interaksi sk kerupang 2012

Sehingga tahun 2000 pertambahan murid semakin pesat dalam rekod bilangan murid pada

tahun berkenaan mencecah sehingga 892 orang murid. Pembinaan bangunan baru telah

berlaku sekali lagi pada tahun 2001 untuk menggantikan bangunan yang sedia ada.

Bangunan lama yang diperbuat daripada kayu telah ditukarkan kepada bangunan konkrit.

Bangunan konkrit yang di bina telah siap dan mula digunakan untuk sesi pembelajaran

dalam semester ke dua iaitu dalam bulan Jun tahun 2002. Pada tahun 2005, sebuah lagi

bangunan makmal komputer telah didirikan untuk kerperluan pembelajaran di Sekolah

Kebangsaan Kerupang dan pada tahun 2006 bangunan ini siap sepenuhnya dan telah

digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

MISI SEKOLAH

" Towards Total Excellence"

VISI SEKOLAH

Mewujudkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.

Sentiasa meningkatkan prestasi agar sentiasa cemerlang dan berdaya maju

Menjana potensi budaya kerja berpasukan dan pelajar secara menyeluruh, bersepadu dan

berkesan

Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti serta persekitaran

yang kondusif

Membangun generasi pelajar yang mengamalkan pembentukan tingkahlaku yang baik

dan berakhlak mulia

Memantapkan sistem pengurusan berkesan dan budaya kerja bermatlamat dan berkualiti.

Menghasilkan pelajar Bestari

8

Page 9: minggu interaksi sk kerupang 2012

IKRAR

Kami warga SKK berikrar bekerja secara tekun dan bijaksana untuk melahirkan pelajar

cemerlang sahsiah dan akademik sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

LAGU SEKOLAH

Tajuk : ILMU   SINAR   HIDUP

SK Kerupang sekolah kami

megah berdiri menawan hati

muridnya rajin

menuntut ilmu

belajar tak jemu-jemu

pendidiknya penuh dedikasi

bersatu untuk menabur bakti

insan berilmu hasrat di hati

untuk mencapai cita yg murni

di bidang sukan

di bidang seni

kami d latih kemahiran diri

disiplin diri amalan kami

bersopan-santun berhemah tinggi

ilmu sinar hidup cogan katanya

kmi berikrar agar setia

menuntut ilmu sehingga jaya

ingin capai wawasan negara

menuntut ilmu

sehingga jaya ingin capai wawasan negara.

9

Page 10: minggu interaksi sk kerupang 2012

SK KERUPANGCARTA ORGANISASI KURIKULUM 2011

PENGERUSIPN. SITI NORKIAH BINTI ABDUL

TIMBALAN PENGERUSIEN. JUSOH BIN SULONG

PIBG

KETUA PANITIA S/U KURIKULUM S/U PEPERIKSAAN PRS PN. SITI KHADIJAH BINTI DIN CIK OOI KUN YEE EN. SABDIN BIN JAPARUDIN

BAHASA JADUAL WAKTU PN. HARLIANA BINTI ZAHARI

MATEMATIK B.MELAYU GURU DATA PN NORIZAN BINTI SALLEH PN. HJH. SUKAH BINTI ISMAIL PN. MARYSIA JOHNY

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM B. INGGERIS MAKMAL KOMPUTER PN. NORHAFIZAH BINTI M. DAUD PN.SITI MARIAM BINTI AZIS EN. MOHD AZAM BIN MOHD SANI

PENDIDIKAN MORAL BAHASA CINA GURU SUMBER DAN MEDIA PN. HILDAH@HILDA MAJAIL CIK OOI KUN YEE PN. SANIMAH BINTI TALI

PEN. JASMANI DAN KESIHATAN PPSMI EN. ALMAN BIN JAIR PN. NORSYAFEENA J. ADONG

PENNDIDIKAN SENI VISUAL PEMULIHAN EN. DURASAD BIN EDRIS PN. SARIMAH BINTI BUNGSU

KAJIAN TEMPATAN j-QAF PN. KHATIJAH BINTI TAMIT PN. SITI FATIMAH BINTI YAACOB

SAINS PRA SEKOLAH I EN. MUSLIM BIN MUSA PN. ROHANI BINTI AWG. AHMAD KEMAHIRAN HIDUP PRA SEKOLAH II PN. RASINAH BINTI MATNOR PN. ARMI BINTI NONCHI PSK PN.HJH. NASIMAH BINTI OSMAN LINUS PN. NAFIAH BINTI ALI AMAT PENDIDIKAN MUZIK PN. MARYSIA JOHNY LDP EN. RALLEE BIN KARIM

10

Page 11: minggu interaksi sk kerupang 2012

SENARAI NAMA GURU DAN KTBM

SEKOLAH KEBANGSAAN KERUPANG TAHUN 2011

SENARAI NAMA GURU-GURU

1. ALMAN BIN JAIR 31. ROSMEH BTE HJ.RUMAN

2. AZINI BINTI MOHAMAD ZAWAWI 32.RUHAIAH BTE JUMAT

3. DURASAD BIN EDRIS 33.ROSNAH BTE MURAH

4. ENGKU AZLINDA BINTI ENGKU MUDA 34. SITI NORKIAH BTE ABDUL

5. ESMIT BIN HJ. AMAT 35. SANIMAH BT TALI

6. FEIROZ BTE MD.NOOR 36. SABDIN BIN JAPARUDIN

7. HAMIDAH BTE ALIL MATRAN 37. SARIMAH HJ.BUNGSU

8. HILDAH BT MAJAIL 38. SITI FATIMAH BTE YAACOB

9. JALINAH BTE SARUS 39. SITI KHADIJAH BTE DIN

10. JULIANI BTE MOKTAR 40. SITI MARIAM BTE AB AZIS

11. JUSOH BIN SULONG 41. SUKAH BTE HJ.ISMAIL

12. KHADIJAH BTE TAMIT 42. SURIAH BTE SUALIN

13. MOHD AZAM BIN MOHD SANI 43. VIVI ERMA BTE ABDULLAH

14. MUSLIM BIN MUSA 44. ZURIANI BTE ASRI

15. MARYSIA JOHNNY 45. NORALING VOO

16. NASIMAH BINTI OSMAN 46. HARLIANA

17. NAWAWI BIN EJAL

18. NOOR AINI BTE LATEH

19. NORAZLAN BIN MAHMOD

20. NORHAFIZAH BTE LAMUDIN

21. NORHAFIZAH BTE MOHD DAUD

22. NORIZAN BTE SALLEH

23. NUR SYAFEENA J.ADONG

24. NAFIAH BTE ALI AMAT

25. OII KUN YEE

26. RAMLEE BIN HJ KARIM

27. RASINAH BTE MATNOR

28. ROHANI @ MURNI AG.AHMAD

29. ROSLAN BIN HJ.MOHAMED

30. ROSMAH BTE DANI

11

Page 12: minggu interaksi sk kerupang 2012

SENARAI NAMA KTBM

1. RAHMAH BTE DAMIT

2. SALBIAH BTE MATALI

3. ROSNITA BT AKHBAR

4. SABIN BIN MUMIN

LOGO SEKOLAH

12

Page 13: minggu interaksi sk kerupang 2012

BIODATA GURU BESAR

Nama: Siti Norkiah binti Abdul

NoKad Pengenalan: 580826-12-5146

Tarikh lahir : 26 ogos 1958

Kaum/keturunan : Melayu

Tempat lahir : Sipitang, Sabah

Gred jawatan : DGA 32

Pendidikan:

i) SM.Sultanah Bahiyah (1971-1975) -Kelulusan dan Pengkhususan : SPN

ii) Maktab Perguruan Gaya (1977-1978) -Kelulusan dan Opsyen : PMPS

Perkhidmatan :

i. Tarikh Mula Berkhidmat : 01/01/1979

ii. Tarikh pengesahan Perlantikan : 01/02/1979

i) Tarikh Pengesahan Dalam Perkhidmatan :01/02/1980

ii) Tarikh Jawatan Berpencen: 01/12/1989

iii) Lantikan Ke Jawatan Sekarang : 02/07/1977

iv) Jawatan Hakiki : Memangku DGA 34

Alamat Kediaman : A1, Rumah Guru, SK.Bebuloh, WP.Labuan

No.Tel : (H/P) 0128375992

Nama Sekolah/Pejabat/Jabatan Pernah Bertugas:

i) SM. ST Anne (01.01.1979)

ii) SK. Patau-Patau

iii) SK. ST Anne

iv) SK Bebuloh (16.06.2007-30.12.2009)

v) SK. Kerupang (31.12.2009)

13

Page 14: minggu interaksi sk kerupang 2012

KONSEP MINGGU ORIENTASI SEKOLAH

Minggu orientasi sekolah merupakan satu program bagi guru pelatih kursus perguruan lepasan

ijazah sekolah rendah (KPLI SR) j-QAF mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS).

Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal pelatih tentang alam persekolahan dari

perpektif seorang guru. Program ini memberi peluang kepada pelatih memahami sekolah sebagai

sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian,

penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah, pelatih dapat

memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk

menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.

OBJEKTIF

1. Memahami masyarakat sekolah

2. Mendapat pendedahan awal bagaimana murid belajar, pengurusan strategi pengajaran dan

pembelajaran.

3. Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah.

4. Membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan, iklim dan budaya

sekolah.

5. Mendokumentasikan pengalaman yang dilalui dalam portfolio untuk memupuk budaya

pemikiran kreatif dan reflektif.

STRATEGI PELAKSANAAN

Tempoh pelaksanaan Minggu Orientasi Sekolah ialah selama 1 minggu bermula daripada 28

Mac 2011 – 1 April 2011 di Sekolah Kebangsaan Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan.

Kemudian proses mengumpul bahan. Seterusnya pengolahan bahan ke dalam bentuk

dokumentasi dan penyerahan tugasan kepada pensyarah dalam sesi interaksi.

14

Page 15: minggu interaksi sk kerupang 2012

15

ALATAN

FIZIKAL

Page 16: minggu interaksi sk kerupang 2012

A. Alatan Fizikal  

Sistem dan peralatan mempengaruhi suasana Pengajaran dan Pembelajaran

Pelajar buat persepsi awal struktur dan organisasi persekitaran

Aktiviti 1

Data Sekolah Kebangsaan Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan:

16

Bilangan murid Keseluruhan :

462 orang

murid dalam kelas :Prasekolah : 46 orang

Tahun 1 : 85 orang

Tahun 2 : 84 orang

Tahun 3 : 80 orang

Tahun 4 : 68 orang

Tahun 5 : 79 orang

Tahun 6 : 66 orang

Saiz kelas :

Bilangan bilik Darjah : Bilangan guru :

30 x 20

P = 35 orangL = 11 orang

20 buah

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kerupang, Wilayah Persekutuan Labuan

Kedudukan Sekolah : Bandar

Page 17: minggu interaksi sk kerupang 2012

B) Suasana Bilik Darjah

Guru mempunyai kuasa menyusun perabut, kedudukan murid, memilih bahan dan lain-

lain.

Pengurusan semua unsur ini penting untuk mewujudkan kelas yang kondusif

Aktiviti 2

Lukiskan pelan 2 buah bilik darjah yang anda lawati semasa orientasi ini. Bagi setiap

kelas, jawab soalan berikut :

PELAN BILIK DARJAH (A)

17

Page 18: minggu interaksi sk kerupang 2012

PELAN BILIK DARJAH (B)

Petunjuk :

18

PAPAN TULIS

MURID

MEJA GURU

PINTU

PAPAN KENYATAAN

Page 19: minggu interaksi sk kerupang 2012

(1) Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan di kelas

dan bagaimana ianya digunakan ?

Sumber asas papan tulis dihadapan kelas. Guru merancang dan bijak mengunakannya

supaya murid dapat membaca dan memahami apa yang tertera di papan tulis.

Sumber elektronik seperti laptop, radio dan LCD digunakan pada permulaan pelajaran

dalam proses kemahiran mendengar dan bertutur.

Guru memperdengarkan rakaman kepada murid-murid.

Murid mendengar perkataan dengan baik dan dapat menyebut dan bertutur perkataan

tersebut.

Sumber bukan elektronik seperti kad imbasan dan kad suku kata.

Guru mempamerkan kad imbasan serta menyebut perkataan yang tertera pada kad

imbasan tersebut.

Murid mendegar dan diminta menyebut perkataan pada kad imbasan tersebut.

Sumber elektronik digunakan di hadapan kelas dan disimpan di bilik guru selepas

digunakan.

Sumber bukan elektronik digunakan pada waktu pembelajaran dan dilekatkan di papan

kenyataan selepas tamat pembelajaran supaya murid boleh membuat rujukan bahan

bacaan.

(2) Apakah bahan yang murid boleh gunakan bila mereka memerlukan?

Bahan-bahan bercetak seperti gambar, kad suku kata, kad perkataan dilekatkan di papan

kenyataan sebagai bahan pengajaran bilik darjah.

Buku-buku rujukan seperti buku panduan sembahyang, kitab al-Quran dan Iqra’

diletakkan di bilik khas j-QAF, surau dan di dalam kelas masing-masing sebagai bahan

bacaan di waktu lapang.

Bahan elektronik seperti LCD dan monitor yang digunakan di bawah kawalan guru di

waktu pengajaran dan pembelajaran.

19

Page 20: minggu interaksi sk kerupang 2012

(3) Sejauh mana pengerakan murid dibenarkan?

Murid tidak dibenarkan berkeliaran ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang

dijalankan.

Walau bagaimanapun, ketika sesi pembelajaran yang melibatkan aktiviti berkumpulan,

murid dibenarkan bergerak dalam kumpulan masing-masing dengan kawalan guru.

(4) Kenalpasti bagaimana murid diletakkan dalam kumpulan?

Terdiri daripada murid-murid yang mempunyai pelbagai kebolehan di dalam satu

kumpulan.

Murid yang agak lemah ditempatkan di barisan hadapan kelas kerana mereka

memerlukan perhatian yang lebih daripada guru.

(5) Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas?

Kelas A (Tahun 1 Beta)

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih kepada aktiviti-aktiviti menarik bagi

merangsang minat murid untuk belajar.

Kedudukan murid bercampur di dalam barisan iaitu tiada perbezaan antara murid

yang lemah dan cerdik.

Kawalan guru terhadap murid tahun 1 amat ketat.

Kelas B (Tahun 2 Beta)

Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih fokus kepada kemahiran menulis.

Kedudukan murid bercampur di dalam barisan iaitu tiada perbezaan antara murid

yang lemah dan cerdik.

Kawalan guru terhadap murid tahun 2 ditahap sederhana.

20

Page 21: minggu interaksi sk kerupang 2012

(6) Apakah yang membuatkan ianya berbeza?

Personaliti dan kemahiran guru yang berpengalaman sangat memberi kesan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Penggunaan bahan bantu mengajar seperti radio, kad imbasan dan sebagainya dapat

membantu murid-murid dalam memahami dan mengikuti pelajaran dengan mudah.

Kawalan kelas yang berkesan dari guru memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran.

Kepelbagaian perwatakan dan tahap murid yang berada dalam sesuatu kelas tertentu.

21

Page 22: minggu interaksi sk kerupang 2012

22

PERATURAN

DAN

DISIPLIN SEKOLAH

Page 23: minggu interaksi sk kerupang 2012

C) Peraturan dan Disiplin Sekolah

Peraturan sekolah adalah penting untuk diketahui dan dipatuhi. Ini membolehkan anda

mengambil tindakan yang konsisten dengan staf lain dan juga mengetahui bagaimana guru-guru

terlatih menangani masalah disiplin pelajar.

Aktiviti 3

1) Apakah peraturan sekolah dan bilik darjah.

Sekolah adalah sebuah institusi masyarakat. Di sinilah di semai, dipupuk dan disuburkan

ciri-ciri baik bagi pembentukan sikap dan peribadi juga pertumbuhan fizkal yang

sempurna. Peraturan sekolah adalah undang-undang yang perlu bagi kesejahteraan

individu dan masyarakat sekolah.

1. PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH DAN KEKEMASAN DIRI1.1 PAKAIAN MURID-MURID LELAKI

SeluarSeluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar pendek berwarna biru tua (navy blue). Seluar panjang yang sama warnanya boleh dipakai sekiranya dikehendaki oleh ibubapa/penjaga.

Baju Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek

1.2 PAKAIAN MURID-MURID PEREMPUAN

Pakaian murid-murid perempuan adalah “Pinafore tunic” berwarna biru tua (Navy blue) dan labuhnya hendaklah sampai ke lutut.

Baju Kurung dan Kain SarungMurid-murid perempuan boleh memakai baju kurung sekiranya dikehendaki oleh ibubapa/penjaga mereka dengan syarat baju kurung itu berwarna putih dan memakai kain sarung berwarna biru tua (Navy blue)

23

Page 24: minggu interaksi sk kerupang 2012

Tudung/Mini TelekungMurud-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung/mini telekung dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan tudung/mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan murud-murid yang memakainya.

1.3 PAKAIAN KETIKA BERSENAM DAN BERSUKAN

Ketika bersukan dan bermain atau menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani, murid-murid perempuan adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang yang sesuai (track suit) berwarna biru atau hitam dan baju kemeja T putih.

Murid-murid lelaki adalah dibenarkan memakai seluar pendek (seluar sukan) berwarna biru atau hitam dan baju kemeja T putih.

1.4 LENCANA SEKOLAH DAN TAG NAMA

Murid murid dimestikan memakai lencana sekolah dan tanda nama (name tag) sama ada hari hari persekolahan biasa atau semasa menertai aktiviti lawatan kokurikulum.

1.5 RAMBUT DAN KUKU

Murid lelaki tidak boleh berambut panjang iaitu rambut tidak boleh mencecah kolar baju atau cuping telinga.

Rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah di dandan atau pun di ikat dengan kemas mengunakan reben warna biru tua.

Rambut hendaklah bersih dan di sikat dengan kemas. Murid di larang menyimpan kuku panjang. Murid-murid juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung

dengan syarat tudung itu berbentuk tiga segi dua sama dan tudung / mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan  murid–murid yang memakainya.

Murid-murid lelaki juga di benarkan memakai songkok berwarna hitam. Adalah berdasarkan surat pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.4/1976 bertarikh 10 Mac 1976.

24

Page 25: minggu interaksi sk kerupang 2012

1.6 TATATERTIB

Di kelas Semua murid di kehendaki berada di kelas pada setiap masa didalam

keadaan senyap dan bersopan santun. Murid-murid tidak di benarkan  meninggalkan kelas tanpa kebenaran

guru. Sentiasa menjalankan tugas yang dipertanggung jawabkan seperti

menjaga kebersihan dan kekemasan bilik. Tidak dibenarkan makan ataupun minum di dalam kelas. Sentiasa menjaga dan tidak merosakkan peralatan di dalam kelas. Sekiranya di perlukan, alat-alat elektrik boleh dipasang dan mesti

ditutup sebelum meninggalkan kelas. Murid-murid hendaklah sentiasa bersedia untuk belajar sebagaimana

jadual yang ditetapkan. Murid-murid dikehendaki beratus di luar kelas pada waktu pagi iaitu

sebelum kelas bermula dan pada waktu selepas rehat. (sebelum masuk ke kelas)

   Dalam kawasan sekolah murid murid tidak di benarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa

kebenaran Guru Besar /  Wakilnya. Tidak dibenarkan berlari / bising atau meronda di kawasan sekolah. Sentiasa membuat barisan dan berjalan dalam keadaan senyap ketika

masuk dan keluar kelas terutama masa ke tempat perhimpunan dan waktu pulang.

Dilarang menghampiri atau masuk ke Bilik Guru Besar, pejabat, bilik guru, bilik cetak, tandas guru, bilik alatan, setor sukan, bilik mesyuarat, bilik buku teks dan lain-lain kecuali mendapat kebenaran guru.

1.7 HARTA BENDA SEKOLAH

Setiap orang murid hendaklah bertanggung jawab menjaga harta benda sekolah seperti kerusi, meja, papan kenyataan, peralatan dan lain lain. Sebarang kecurian, kerosakan, kekotoran dan sebagainya hendaklah di laporkan segera kepada guru kelas ataupun guru bertugas. Mereka yang terlibat boleh di denda atau diminta ganti rugi yang sepatutnya.

1.8 BUKU TEKS / SPBT

Buku teks yang di pinjam hendaklah dijaga dengan cermat dan disampul dengan plastic supaya tidak rosak atau hilang. Buku yang rosak atau hilang mestilah diganti atau di bayar mengikut harganya.

Pelajar tidak di benarkan meninggalkan buku teks di sekolah.

25

Page 26: minggu interaksi sk kerupang 2012

1.9 ALATAN SUKAN

Mengambil, menggunakan alatan pendidikan Jasmani/permainan/sukan mestilah mendapat kebenaran guru yang berkenaan.

Alatan yang rosak atau hilang semasa menggunakannya adalah menjadi tanggung jawab mereka yang berkenaan.

Menyimpan semula peralatan yang digunakan di dalam setor dalam keadaan yang baik.

1.10 PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pinjaman / Pemulangan buku buku perpustakaan hendaklah mengikut peraturan yang di berikan.

Murid-murid dikehendaki berpakaian kemas dan lengkap. Murid-murid hendaklah sentiasa senyap supaya tidak mengganggu pelajar-pelajar lain.

1.11 KEBERSIHAN Kebersihan bilik darjah adalah tanggung jawab kelas masing masing. Sampah hendaklah di buang ke dalam tong yang di sediakan. Tidak di benarkan menconteng atau mengotori mana mana dinding

sekolah. Tandas hendaklah di gunakan sebaik baiknya. Segera menutup paip air setelah di gunakan. Tidak dibenarkan mencuci kaki dan memasukkan lebihan makanan

kedalam singki tandas. Tidak dibenarkan meludah di merata rata tempat.

1.12 BAYARAN KHAS/YURAN SEKOLAH Bayaran yang dikenakan hendaklah dijelaskan dalam minggu pertama

persekolahan semester pertama. Sijil berhenti sekolah atau keputusan-keputusan peperiksaan tidak akan di keluarkan kepada murid yang gagal menjelaskannya.

Bayaran hendaklah di buat melalui guru kelas masing masing. Resit akan dikeluarkan dan hendaklah di simpan sebagai bukti pembayaran.

1.13 KEHADIRAN Murid-murid mesti hadir ke sekolah setiap hari persekolahan kecuali

sakit. Surat Akuan Doktor / Ibu Bapa / Penjaga hendaklah di hantar kepada pihak sekolah untuk di rekodkan.

Murid-murid dikehendak berada di sekolah sekurang kurangnya sepuluh minit sebelum loceng pertama dibunyikan.

Murid-murid yang hadir lewat akan ditulis nama mereka di dalam Buku Rekod kehadiran Lewat oleh pengawas yang bertugas. Jika tiga

26

Page 27: minggu interaksi sk kerupang 2012

kali, mengikut catatan rekod tersebut, satu surat akan di hantar kepada penjaga untuk memberitahu perkara tersebut sebelum tindakan seterusnya diambil.

Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah di kira sebagai ponteng. Jikatidak hadir tiga hari berturut-turut pihak sekolah akan mengeluarkan surat peringatan kepada penjaga. Setelah 3 kali surat peringatan di hantar, tetapi masih juga tidak hadir ke sekolah.Murid berkenaan boleh di singkirkan / di buang sekolah.

Jika murid terpaksa pulang lebih awal dari waktu biasa oleh sebab-sebab tertentu, hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Guru Besar / Wakilnya dan di rekodkan ke dalam buku yang di sediakn di pejabat sekolah.

1.14 LANGKAH KESELAMATAN Murid-murid dilarang membawa pisau / benda merbahaya / alat

permaianan ke sekolah. Letakkan basikal di tempat yang di sediakan dan di kunci. Kawasan letak basikal adalah kawasan larangan. Murid-murid tidak

boleh berada atau bermaian di kawasan tersebut. Murid-murid di larang berbasikal di kawasan sekolah. Murid-murid yang menaiki kenderaan seperti bas sekolah atau van

hendaklah beratur mengikut peraturan. Murid-murid yang berjalan kaki hendaklah berhati-hati ketika di jalan

raya. Murid-murid mesti beratur semasa hendak pulang selepas loceng akhir

dari bilik darjah hingga ke pintu pagar sekolah.Tidak dibenarkan memecahkan barisan sama sekali.

Murid-murid mesti menjaga hak sendiri seperti wang, peralatan sekolah supaya tidak hilang.

Tidak dibenarkan memakai sebarang jenis barang kemas yang berharga pada bila bila masa persekolahan.

Jika kehilangan sesuatu barang berharga, hendaklah segera di beritahu kepada guru dan jika terjumpa barang barang bukan milik sendiri hendaklah di serahkan kepada guru.

1.15 KEGIATAN AKTIVITI KOKURIKULUM Setiap murid tahun 4,5 dan 6 di mestikan menyertai ketiga-tiga

aktiviti berikut :- Persatuan / Kelab Pakaian seragam Permaianan

kehadiran di wajibkan setiap kali di adakan aktiviti dengan berpakaian lengkap dan kemas.

Selipar dan baju T yang pelbaga tidak di benarkan.

27

Page 28: minggu interaksi sk kerupang 2012

Sekiranya tidak hadir 3 kali berturut turut tanpa sebab, tindakan disiplin akan di kenakan.

Peraturan sekolah diwujudkan berdasarkan kepada matlamat dan objektif tertentu. Antara

matlamatnya ialah untuk memperbaki serta meningkatkan mutu dan prestasi pelajaran murid dari

semasa ke semasa. Seterusnya, untuk menambah dan memupuk minat dan semangat untuk

belajar serta menambah ilmu pengetahuan di kalangan murid. Matlamat lain yang dapat di lihat

ialah untuk melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggung jawab serta berdisiplin, bersatu

padu, bersikap mulia, setia kepada Negara dan patuh kepada perintah agama. Dengan wujudnya

masyarakat yang sebegitu, secara tidak langsung akan mempertingkatkan dan mengekalkan

keyakinan masyarakat kepada sekolah. Malahan, guru-guru juga terikat kepada peraturan sekolah

tersebut. Ini penting kerana guru adalah merupakan ikon kepada muri-murid dan guru juga

adalah teladan kepada pelajar-pelajarnya.

           

            Itu adalah diantara matlamat diwujudkan peraturan sekolah, manakala objektifnya dapat

di rumuskan untuk meningkatkan prestasi murid-murid di dalam kurikulum, ko-kurikulum, mutu

disiplin, melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan mewujudkan persekitaran sekolah yang

bersih dan indah.

28

Page 29: minggu interaksi sk kerupang 2012

JENIS SALAHLAKU/MASALAH DISIPLIN YANG DIKELUARKAN OLEH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

9.1 : Tingkahlaku Jenayah

111. Berjudi.

112. Mencuri.

113. Melawan/ mengancam/ memukul/ mencederakan guru

114. Melawan/ mengancam/ memukul/ mencederakan pengawas.

115. Memeras ugut

116. Membuli/ pelancoan

117. Menganggotai kumpulan haram/ kongsi gelap

118. Menyalahgunakan dadah

119. Membawa senjata merbahaya.

120. Mencabul kehormatan.

121. Mengancam/ memukul/ mencederakan murid lain

122. Menceroboh bilik-bilik khas.

123. Mengedar dadah

124. Menunjuk perasaan/ berpiket/ mengganggu ketenteraman sekolah

125. Bertaruh secara besar-besaran

29

Page 30: minggu interaksi sk kerupang 2012

9.2 : Tingkahlaku Lucah

221. Bercumbu-cumbuan

222. Berkhalwat.

223. Membawa bahan lucah ke sekolah

224. Mengintai murid-murid perempuan.

225. Menggunakan perbuatan dan kata lucah

226. Melukis dan menulis kata-kata dan gambar lucah.

9.3 : Kekemasan Diri

331. Berambut panjang/ fesyen rambut keterlaluan dan bertentangan dengan peraturan

sekolah.

332. berkuku panjang.

333. Bermisai dan berjanggut.

334. Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah.

9.4 : Tingkahlaku Tidak Mementingkan Masa

441. Berkeliaran di kawasan sekolah.

442. Datang lewat sekolah.

443. Lewat ke perhimpunan.

444. Makan di kantin di luar waktu rehat.

30

Page 31: minggu interaksi sk kerupang 2012

9.5 : Tingkahlaku Kurang Sopan dan Biadap

551. Berkelakuan kasar terhadap guru

552. Berkelakuan kasar terhadap pengawas.

553. Berkelakuan kasar terhadap murid lain

554. Berbahasa kesat

555. Menyimpan rokok

556. Menghisap rokok

557. Mengganggu pengajaran dan pembelajaran

558. Tidak menghormati guru

559. Tidak menghormati pengawas

9.6 : Tingkahlaku Musnah

661. Merosakkan harta benda sekolah.

662. Merosakkan harta benda pengetua/ guru besar/ guru-guru

663. Merosakkan harta benda kantin sekolah.

664. Merosakkan harta benda murid.

9.7 : Tingkahlaku Tidak Jujur/ Menipu

771. Menipu yang melibatkan wang

772. Menipu yang melibatkan kepercayaan

31

Page 32: minggu interaksi sk kerupang 2012

9.8 : Ponteng

881. Ponteng kelas

882. Ponteng sekolah

883. Ponteng perhimpunan

884. Ponteng kegiatan luar bilik darjah/ ko-kurikulum

885. Ponteng ujian

886. Ponteng peperiksaan

887. Ponteng untuk “private study”

JENIS SALAH LAKU BERAT

2.3 : Menutur kata-kata kotor

2.16/2.5 : Merosakkan harta benda sekolah

2.10 : Memburuk nama sekolah

2.9/5.5 : Menyembunyikan barang/ harta benda sekolah

2.19 : Meninggalkan bilik darjah tanpa kebenaran semasa belajar/ pulang awal/ keluar

awal sebelum sampai masa yang ditetapkan.

3.4 : Tidak mengikuti mata pelajaran dengan sengaja.

3.5/3.6 : Ponteng sekolah/ ponteng kelas

3.7 : Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran

4.6 : Bising dalam perhimpunan

: Tidak menghormati lagu kebangsaan

32

Page 33: minggu interaksi sk kerupang 2012

5.1 : Membawa senjata merbahaya/ bahan letupan dalam apa bentuk dan rupa.

5.2 : Mengancam/ mengugut/ memeras/ membuli

5.3 : Merokok

5.7 : Melawan pengawas/ ketua kelas/ guru sama ada secara perbuatan ataupun lusan.

5.9 : Membaca/ membuli/ mengedar bahan lucah

5.11 : Berjudi

9.5 : Membuang sampah merata tempat

17.2 : Meniru semasa peperiksaan/ ujian

17.4 : Menggangu ketenteraman semasa peperiksaan ujian dijalankan

PANDUAN DENDA (BERAT)

1. Membersihkan tandas

2. Membersihkan kelas

3. Diserahkan kepada AJK Disiplin Sekolah

4. Pungut sampah dan buang sampah ke dalam lubang sampah

5. Digantung sekolah

6. Menggantikan harta benda yang dirosakkan

7. Disuruh meminta maaf kepada semua guru/rakan

8. *adakan tanda gantung

33

Page 34: minggu interaksi sk kerupang 2012

JENIS SALAH LAKU SEDERHANA

2.12/2.4 : Tidak menghormati/ mematuhi arahan guru

2.8 : Mengganggu orang lain

2.2 : Tidak menghormati antara murid/guru

- Pelajar dilarang masuk sesuka hati ke dalam pejabat dan pusat sumber tanpa izin

3.3 : Datang lewat sekolah

4.3 : Tidak ikut perhimpunan

7.2/7.7 : Menconteng/ mengores

7.3 : Tidak bertugas

7.5 : Berada dalam kelas semasa rehat.

7.19 : Tidak melaporkan kepada guru bertugas sekiranya berlaku perkara yang tidak

diingini dalam kelas

8.8 : Tidak memakai pakaian sukan semasa Pendidikan Jasmani

JENIS SALAH LAKU RINGAN

2.17 : Tidak mematuhi arahan seperti berbaris secara teratur ketika di kantin atau ke

pusat sumber

6.2 : Menyimpan rambut panjang

6.6 : Memakai barang kemas

7.16 : Bermain dalam bilik darjah/ bilik guru/ kantin/ tandas

10.1 : Makan/ minum dalam kelas

34

Page 35: minggu interaksi sk kerupang 2012

PANDUAN DENDA SALAH LAKU SEDERHANA DAN RINGAN

1. Menyiram bunga

2. Menulis berulang-ulang

3. Pungut sampah

4. Datang awal ke sekolah

5. *Adakan tanda gantung

6. Berdiri di hadapan kelas lain

7. Berbaris di hadapan kelas lain

8. Jumpa semua guru dan ucapkan SELAMAT

9. Berbaris di koridor bilik guru

10. Membaik pulih yang diconteng

11. Ingatan kepada ibubapa/penjaga

12. Budi bicara guru berkenaan

35

Page 36: minggu interaksi sk kerupang 2012

2) Apakah cara yang digunakan supaya murid tahu akan peraturan-peraturan

tersebut?

Pelajar-pelajar di sekolah ini tidak dibekalkan buku disiplin sekolah. Ini kerana pelajar-pelajar

sering mengabaikan buku disiplin dan tidak membacanya. Bagaimanapun, murid-murid sering

diperingatkan mengenai peraturan sekolah melalui pengumuman dan taklimat ketika

perhimpunan pagi. Selain itu, para pengawas juga berperanan membantu guru memastikan

disiplin murid terjaga. Antara peranan lain pengawas termasuklah:

i) Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan memastikan

setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh murid-murid sekolah ini.

ii) Pengawas-pengawas perlu menjalankan tanggungjawab dengan jujur, dedikasi dan

berani ketika menjalankan tugas.

3) Buat pemerhatian bagaimana ianya ditangani di sekolah

Murid yang melakukan kesalahan disiplin akan diperhatikan oleh pengawas seterusnya

pengawas melaporkan kepada guru disiplin sekolah.

Murid yang melanggar peraturan sekolah akan dipanggil oleh badan disiplin sekolah

untuk menjalani sesi kaunseling khas di bilik khas.

Murid yang di dapati melakukan kesalahan akan di kenakan hukuman setelah di dapati

dengan sengaja melanggar peraturan-peraturan sekolah atau mana-mana peraturan yang

di tetapkan oleh Kementerian Pendidikan atau jabatan pendidikan Wilayah Persekutuan

Labuan.

Bagi murid yang mengulangi kesalahan disiplin ataupun mana-mana kesalahan yang

berat, hukuman akan dikenakan ke atas murid tersebut berdasarkan buku panduan disiplin

sekolah yang telah ditetapkan.

36

Page 37: minggu interaksi sk kerupang 2012

37

KEMAHIRAN MENGAJAR DAN PENGURUSAN

Page 38: minggu interaksi sk kerupang 2012

D) Kemahiran Mengajar dan Pengurusan

Kecemerlangan guru bergantung kepada kemampuan menguruskan bilik darjah.

Antara faktor yang menyumbang kepada isu ini ialah persediaan, merancang, menstruktur

pengajaran, penggunaan strategi pengajaran dan hubungan dengan murid.

Pengurusan Bilik Darjah.

Pengalaman pembelajaran seorang murid ialah bagaimana ianya diperkenalkan kepada

mereka.

Murid bosan jika terlalu lama proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Mereka memerlukan rangsangan berterusan.

Permulaan dan penutup adalah penting.

38

Page 39: minggu interaksi sk kerupang 2012

Aktiviti 4

•Perhati 2 orang guru mengajar. Satu subjek major dan satu subjek minor.

•Perhatikan cara mereka memberi tugasan secara kelas atau kumpulan kecil.

•Pengajaran yang  perlu di lihat :

Bil Item Guru A ( Pendidikan Islam ) Guru B ( Bahasa Arab )

1 Umur murid 7 tahun 8 tahun

2 Bagaimana murid memberi

tumpuan

Murid-murid dapat memberikan tumpuan yang baik

Murid-murid dapat memberikan tumpuan yang baik kerana guru melibatkan penglibatan semua pelajar

3 Bagaimana penglibatan

murid dalam perbincangan

Semua murid terlibat dalam perbincangan.

Guru melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab secara aktif. Dengan ini mereka aktif bertanya pelbagai soalan dan guru ini juga sentiasa mengajukan soalan kepada murid-murid tersebut supaya menjawab.

Semua murid terlibat dalam perbincangan.

Penglibatan murid-murid agak kurang mungkin kerana subjek yang dipelajari kurang menarik minat mereka.

4 Bagaimana guru memberi

penekanan dalam pengajaran

Guru ini melakukan pengajaran dengan menggunakan bahan ABM supaya murid-murid dapat memahami dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan.

Apabila guru memberi penekanan kepada sesuatu perkara, nada suaranya turut berubah turun/ naik. Sekiranya guru ini tidak mengunakan kaedah ini,

Guru memulakan pelajaran dengan memberitahu murid-murid tentang objektif yang akan dicapai. Fakta-fakta penting dijelaskan dengan contoh yang tepat.

Guru ini memberi latihan dan kerja rumah kepada murid-murid supaya dapat

39

Page 40: minggu interaksi sk kerupang 2012

kemungkinan murid sukar untuk membezakan antara perkara yang penting atau tidak penting.

disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

Apabila guru meberi penekanan kepada sesuatu perkara, nada suaranya turut berubah.

5 Adakah sesuatu arahan itu

jelas. Terangkan

Guru ini dapat memberikan arahan dengan baik melalui pertuturan yang jelas dan tepat.

Sewaktu berkomunikasi di dalam kelas, guru ini memastikan sebutan yang digunakan mengikut bahasa melayu baku yang boleh diterima oleh semua murid.

Guru ini menekankan konsep kejelasan suaranya ketika mengajar di dalam kelas. Oleh itu suara guru perlulah cukup kuat supaya didengar oleh semua murid.

Guru ini menggunakan sebutan yang baik dan suara yang lantang. Buktinya, keseluruhan murid dapat mendengar dengan baik dan guru akan menyoal sama ada murid faham atau tidak.

Sewaktu berkomunikasi di dalam kelas, guru ini memastikan sebutan yang digunakan mengikut bahasa arab.

6 Bagaimana arahan diberikan

kepada murid supaya

menjalankan tugas dengan

efektif

Guru ini memberikan arahan dengan tepat dan jelas kepada murid-murid.

Guru ini melihat cara murid melakukan tugasan yang diberi supaya murid-murid tidak tersilap melakukan tugasan.

Sekiranya terdapat kesilapan dalam melakukan tugasan murid-murid ini ditegur secara baik dan diminta oleh guru supaya dapat memperbaiki

Guru ini memberikan arahan dengan tepat dan jelas kepada murid-murid supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan efektif.

Guru ini melihat cara murid melakukan tugasan yang diberi supaya murid-murid tidak tersilap melakukan tugasan.

Sekiranya terdapat

40

Page 41: minggu interaksi sk kerupang 2012

kembali. kesilapan dalam melakukan tugasan murid-murid ini ditegur secara baik dan diminta oleh guru supaya dapat memperbaiki kembali.

7 Bagaimana cara guru

mengendalikan masalah

disiplin dan keadaan semasa

murid telah siap tugasan /

tidak ada tugasan

Guru ini dapat mengelola dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan disiplin bilik darjah terutamanya semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran diadakan.

Di awal proses pengajaran dan pembelajaran guru ini telah memperingatkan murid-murid supaya menghantar tugasan yang lepas di akhir waktunya.

Perancangan penyampaian pengajaran yang teliti, daya kreatif dan gaya pengajaran guru akan membantu mengawal disiplin kelas.

Guru ini tegas apabila memberi tugasan kepada murid. Murid-murid yang tidak dapat menyiapkan tugasan yang lepas diarahkan supaya menyatakan sebab kerja tersebut yang tidak dapat disiapkan. Guru tersebut memberi amaran yang tegas kepada murid-murid yang tidak mempunyai alasan yang kukuh dan berharap mereka tidak mengulangi perbuatan tersebut.

Perancangan penyampaian pengajaran yang teliti, daya kreatif dan gaya pengajaran guru akan membantu mengawal disiplin kelas.

8 Bagaimana guru

menguruskan murid dari satu

aktiviti kepada aktiviti lain

Guru ini memberi arahan dengan baik dan bertindak segera untuk menguruskan murid dari satu aktiviti ke

Guru ini memberi arahan dengan baik dan bertindak segera untuk menguruskan

41

Page 42: minggu interaksi sk kerupang 2012

aktiviti yang lain. Guru ini menyedarkan

murid-murid apabila guru ingin berubah dari satu tajuk ke tajuk yang lain ataupun daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain.

murid dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain.

Guru ini menyedarkan murid-murid apabila guru ingin berubah dari satu tajuk ke tajuk yang lain ataupun daripada satu aktiviti ke aktiviti yang lain.

9 Bagaimana guru

menyediakan murid supaya

menyiapkan tugasan

Guru ini memberi peringatan kepada murid-murid supaya mereka dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan.

Dalam hal ini murid-murid akan mendisiplinkan dirinya menyiapkan tugasan atau kerja yang diberikan dengan mengabaikan kerja-kerja lain.

Guru ini memberi peringatan dengan tegas kepada murid-murid supaya mereka dapat menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan.

Dalam hal ini murid-murid akan mendisiplinkan dirinya menyiapkan tugasan atau kerja yang diberikan dengan mengabaikan kerja-kerja lain.

10 Bagaimana guru menamatkan

pengajaran

Guru mengulangi pelajaran yang telah disampaikan bagi memastikan murid ingat pelajaran yang dipelajari.

Sebelum guru ini menamatkan pengajarannya, beliau akan membawa aktiviti yang menarik seperti mengulang pelajaran dalam bentuk nyanyian bagi memastikan murid mengingati

Guru membuka sesi persoalan kepada murid-murid tentang pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

Guru mengingatkan pelajar dengan tegas supaya dapat menyiapkan kerja rumah yang dibuat pada hari tersebut.

Guru memberi

42

Page 43: minggu interaksi sk kerupang 2012

pelajaran. motivasi dan nasihat kepada murid-murid di akhir waktu pengajaran dan pembelajarannya.

43

Page 44: minggu interaksi sk kerupang 2012

44

KEMAHIRAN MENGAJAR

DAN

STRATEGI PENGAJARAN

Page 45: minggu interaksi sk kerupang 2012

E) Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran

•Guru mempunyai kemahiran yang pelbagai.

•Guru yang baik akan membuatkan sesuatu yang susah menjadi mudah

Aktiviti 5

Berdasar pemerhatian, jawab soalan-soalan berikut : 

Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar

Perbezaan Melalui Pemerhatian Kemahiran Profesional dan Kemahiran Mengajar

Bil Item Guru A (Pendidikan Islam) Guru B (Bahasa Arab)

1 Penggunaan soalan Teknik soal jawab secara lisan.

Soalan-soalan yang diberi berdasarkan topik yang lepas.

Perkataan dan istilah soalan yang digunakan diajukan dengan lebih mudah difahami oleh murid-murid. Bentuk soalan yang diberikan adalah ringkas, padat dan jelas.

Di awal proses pengajaran dan pembelajaran, guru melakukan kemahiran penyoalan yang membantu pelajar mengingatkan kembali ilmu pengetahuan yang lepas.

Kemahiran penyoalan yang digunakan dapat mengcungkil fikiran pelajar untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan.

2 Memberi penerangan Penerangan yang jelas tentang topik yang dipelajari.

Penerangan yang dibuat disertakan dengan contoh dan cerita supaya dapat menarik perhatian murid.

Penggunaan alatan bantuan mengajar turut digunakan bagi membantu memudahkan sesi pengajaran dan

Guru memberi penerangan yang baik kepada murid-murid tentang isi pelajaran dengan menggunakan contoh dan ABM.

Guru menerangkan dan membaca isi pelajaran dengan merujuk buku teks.

Guru menerangkan topik tersebut berdasarkan pengetahuan murid-murid terhadap pelajaran yang

45

Page 46: minggu interaksi sk kerupang 2012

pembelajaran. lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna.

3 Pergerakan

penyampaian dalam

pengajaran

Guru membuat latihan praktikal bersama murid.

Guru banyak melakukan pergerakan dalam kelas dari hadapan ke belakang semasa menyampaikan supaya dapat memberi keterangan yang jelas kepada pelajar.

Guru melakukan perubahan pergerakan langkah di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan cara bergerak ke kiri dan ke kanan serta ke hadapan dan ke belakang.

Guru juga melakukan pergerakan anggota seperti menggerakan tangan dan kepala dan ianya dapat menarik minat murid-murid.

4 Pengunaan alatan Guru mengajar murid-murid dengan menggunakan ABM dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya penyampaian pengajaran lebih mudah, tepat, cepat serta menarik .

Guru mengajar murid-murid dengan menggunakan ABM dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya penyampaian pengajaran lebih mudah, tepat, cepat serta menarik .

5 Respons kepada

kerja murid

Guru menitik beratkan kerja-kerja murid dan sentiasa memberi respons yang baik dengan member pujian kepada murid yang membuat tugasan dengan baik.

Guru amat tegas dalam aspek tugasan atau kerja rumah yang di berikan kepada para murid.

Guru akan memastikan semua buku latihan di hantar oleh para murid sebelum menyemak lebaran kerja yang telah di berikan.

6 Pengunaan suara dan

eye contact

Penggunaan suara guru amat jelas dan akan mengulangi setiap yang diperkatakan.

Penggunaan “eye contac”t guru sangat baik kerana ia tidak melihat kepada

Pertuturan suara guru amat jelas dan tepat. Guru ini menggunakan suara yang lantang.

Pandangannya tertumpu pada satu tempat sahaja dan mengambil masa untuk

46

Page 47: minggu interaksi sk kerupang 2012

segelintir pelajar sahaja tetapi kepada keseluruhan pelajar.

mengalihkan pandangan ke tempat lain.

7 Pergerakan badan Guru banyak menggunakan pergerakan tangan kerana ia bersesuaian dengan topic yang diajar.

Guru sentiasa bergerak melihat dan memantau keadaan murid.

Guru melakukan banyak pergerakan anggota badannya yang melibatkan tangan dan kepala supaya dapat menarik minat dan kecenderungan murid-murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

47

Page 48: minggu interaksi sk kerupang 2012

Aktiviti 6

1) Hasil daripada pemerhatian anda, terangkan dengan ringkas apakah kekuatan dan

kelemahan,persamaan dan kelainan yang terdapat dalam dua situasi tersebut. Nyatakan

apa yang anda pelajari daripadanya

KEKUATAN

Guru mempunyai daya kemahiran dan kecekapan mengajar yang tinggi.

Guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat

bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi ransangan untuk meningkatkan minat

murid mengikut mata pelajaran.

Menghargai dan memuji murid-murid yang berkelakuan baik ataupun menunjukkan

prestasi dan pencapaian baik dalam aktiviti pembelajaran.

Guru mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dan melayan soalan dan idea murid

dengan sikap terbuka.

Guru mengingati setiap nama murid dalam kelas,mereka sedar bahawa guru benar-benar

mengenali mereka masing-masing dan memberi perhatian dengan baik.

Mengunakan strategi pemusatan murid dan bahan-bahan semasa menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

Guru bersifat penyayang dan sering tunjuk air muka yang manis demi merapatkan

hubungan guru dengan murid.

Guru mengajar murid berdasarkan kebolehan mereka khasnya dalam aktiviti kumpulan

dan individu.

48

Page 49: minggu interaksi sk kerupang 2012

KELEMAHAN

1) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik akan menjadikan murid-

murid merasa bosan dan mula membuat bising ,dan seterusnya menimbulkan masalah

displin yang mengganggu komunikasi guru dengan murid dalam bilik darjah.

*Cara mengatasi:

Rancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik

menggunakan strategi pemusatan murid dan bahan pelajaran untuk aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

2) Guru tidak mahir mengunakan alat dan bahan pengajaran dengan baik. Mereka

mungkin tahu memilih alat dan bahan bantu yang sesuai dengan pelajaran tetapi mereka

tiada kepakaran dalam menghasilkan bahan atau mengolah alat disebabkan kurang

pengetahuan atau pendedahan tentangnya.

* Cara mengatasi

Guru perlu ada pendedahan tentang cara mengunakannya dan membuat

persediaan awal sebelum mengajar agar pengurusan masa berjalan dengan

baik mengikut apa yang dirancang.

3) Kadang-kadang guru menggunakan nada suara yang membosankan semasa

proses pengajaran dan pembelajaran

* Cara mengatasi:

Untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan guru harus menggunakan

nada bervariasi rangsangan demi menarik perhatian murid untuk

mendengar.

4) Guru yang jarang merancang pelajarannya secara sistematik atau tidak Mengikut

rancangan pelajaran yang disediakan dan mengajar sesuka hati akan menjadikan murid-

murid tidak dapat memahaminya atau menimbulkan kekeliruan kerana pelajaran yang

disampaikan secara tidak sistematik.

49

Page 50: minggu interaksi sk kerupang 2012

* Cara mengatasinya :

Guru perlu merancang dan membuat persediaan mengajar lebih awal dan

melaksanakan rancangan pelajaran mengikut sukatan yang diberikan

secara sistematik ,menarik dan bermakna.

KELAINAN

1) Penggunaan sumber eletronik sebagai bahan bantu mengajar untuk menyampaikan

makna dan konsep dengan lebih jelas lagi disamping merangsang minat murid untuk

mengikuti pelajaran.

2) Memasukkan unsur nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan diiringi

muzik.

3) Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku diluar bilik darjah sekitar sekolah.

50

Page 51: minggu interaksi sk kerupang 2012

51

KEMUDAHAN FIZIKAL

DAN

PERALATAN

Page 52: minggu interaksi sk kerupang 2012

2. Kemudahan Fizikal Dan Peralatan

Buat lawatan di sekolah dan perhatikan apakah kemudahan dan alatan yang disediakan

bagi kegunaan guru dan murid yang boleh menyumbang kepada proses pengajaran dan

pembelajaran. Berikan cadangan bagaimana ianya boleh digunakan semaksimanya. Apakah

kemudahan dan alatan yang anda rasa perlu ada di sekolah itu tetapi belum diwujudkan. Buat

nota ringkas

Bil Kemudahan Fizikal & Peralatan Ada / Tiada Catatan @ Cadangan

1 Makmal Teknologi

Maklumat dan Komputer

(ICT)

Ada Memudahkan murid-murid dan

mendedahkan kepada murid

menggunakan ICT.

2 Pusat Sumber Ada Menggalakkan murid membaca

3 Bilik Bimbingan dan

Kaunseling

Ada Memudahkan pengurusan mengatasi

masalah disiplin murid

4 Dewan Besar (terbuka) Ada Perlu ditambahbaik dengan

menambahkan bumbung demi

keselesaan guru dan murid-murid

5 Surau Ada Penting sebagai kemudahan guru

dan murid-murid

6 Bilik Kemahiran Hidup Ada Penting untuk melakukan praktikal

7 Makmal Sains Ada Penting untuk melaksanakan

eksperimen

8 Kantin Ada Penting untuk kemudahan murid

9 Koperasi Tiada Perlu untuk memudahkan

pengurusan jual beli barangan

sekolah agar lebih sistematik

10 Tandas Ada Penting untuk kemudahan murid dan

guru

11 Padang sekolah Tiada Perlu untuk keselesaan murid-murid

menjalani pendidikan jasmani dan

52

Page 53: minggu interaksi sk kerupang 2012

kesihatan serta sukan sekolah

12 Bilik Gerakan Ada Penting untuk kemudahan

pengurusan

13 Bilik j-QAF Ada Penting untuk kemudahan dan

keselesaan murid-murid

14 Bilik Muzik Ada Penting untuk kemudahan murid-

murid

15 Bilik Kesihatan Ada Penting untuk menempatkan murid

yang sakit diwaktu persekolahan

53

Page 54: minggu interaksi sk kerupang 2012

54

TUGASAN

Page 55: minggu interaksi sk kerupang 2012

Apakah faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan

seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik?

Golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan

kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru

dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat

sekolah. Menurut Mok Soon Sang (1988), antara peranan guru yang penting ialah:

Sebagai tenaga pengajar dengan merancang aktiviti pelajar berdasarkan sukatan pelajaran

dan melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai.

Sebagai pengarah pembelajaran dengan membimbing pelajar supaya mereka berusaha

belajar secara individu atau berkumpulan.

Sebagai pengurus bilik darjah seperti menyusun rutin bilik darjah, menentu corak

penyusunan meja dan sebagainya.

Sebagai ibu bapa kepada pelajar, demi menjaga keselamatan dan kebajikan pelajar.

Peranan ini akan membantu pelajar menyesuaikan diri dalam sekolah sebagai sebahagian

keluarga mereka.

Sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab menjaga disiplin pelajar serta membantu

mereka membentuk sahsiah dan kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma

masyarakat.

Sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada

pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah dapat diterapkan dalam

jiwa pelajar.

Guru ialah pendidik yang berilmu pengetahuan. Di samping itu, mereka dilatih untuk menguasai

kemahiran mengajar, dan diberi tugas menyampaikan ilmu kepada pelajarnya. Oleh itu guru

sebagai pengamal ilmu perlu memainkan peranan untuk menyampaikan ilmu yang berguna

dalam bidangnya.

J. M Coopes (1988) berpendapat guru yang berkesan ialah guru yang memperolehi ilmu

pengetahuan khususnya kemahiran mengajar seperti:

55

Page 56: minggu interaksi sk kerupang 2012

Menguasai ilmu pengetahuan dalam teori pembelajaran dan psikologi manusia

Menunjukkan sikap jujur yang dapat menggalakkan pembelajaran serta mewujudkan

interaksi yang positif dalam pelbagai hala.

Memperolehi ilmu pengetahuan yang lengkap dalam mata pelajaran yang diajar

Menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang mewujudkan murid menjalankan aktiviti

pembelajaran mereka

Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru hari ini harus menyedari tugas dan

amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak.

Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan

strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, guru hari ini hendaklah sentiasa

berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa.

Sekolah sebagai satu institusi masyarakat perlu mementingkan perkembangan dan perubahan

tingkahlaku pelajar dan kehendak masyarakat. Justeru itu, persekolahan yang berorganisasi itu

perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap

baik, misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral. Oleh itu guru di sekolah perlu

memainkan peranan sebagai agen memodenkan masyarakat dalam semua bidang perkembangan

semasa dan kemajuan. Ini bermakna pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai

kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar serta membawa perubahan

semasa. Tetapi persoalannya sekarang, mampukah sekolah menangani masalah sosial yang

semakin mencabar ?

Guru merupakan agen pemudah cara kepada pembelajaran murid-murid. Suasana pembelajaran

murid amat bergantung kepada persediaan seseorang guru sebelum aktiviti pembelajaran

bermula. Penajaran akan member impak positif kepada pemahaman murid-murid terhadap

sesuatu topik yang dipelajari. Persediaan awal seseorang guru sebelum proses pengajaran dan

pembelajaran dimulakan merupakan kunci keberjayaan ataupun kegagalan proses tersebut.

56

Page 57: minggu interaksi sk kerupang 2012

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada pengajaran berkesan adalah perancangan rapi

sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menentukan tajuk dan isi

pengajaran yang melibatkan pemilihan jenis bahan yang boleh merangsang dan menarik minat

murid. Guru perlu mengenalpasti bahan-bahan bantuan pengajaran tersebut sesuai dengan

peringkat umur murid, kebolehan dan minat murid, serta bersesuaian dengan jumlah peruntukan

masa yang telah ditetapkan.

Pengetahuan terhadap kebolehan sedia ada murid-murid turut menyumbang kepada

keberkesanan pengajaran seorang guru. Faktor ini penting agar guru dapat menyediakan bahan-

bahan pengajaran, merancang proses pengajaran dan melaksanakannya dengan lebih berkesan.

Kebiasaannya dalam sesebuah kelas, guru akan berhadapan dengan murid-murid yang pelbagai

ragam serta berbeza dari sudut kematangan dan kebolehan. Pengajaran yang berasaskan

kemampuan murid akan memberi peluang keseronokan belajar dan lebih bermakna. Seterusnya

akan membantu memudahkan pembelajaran dan mampu memahami pelajaran dengan mudah dan

berkesan.

Faktor penentuan objektif pengajaran turut mempengaruhi keberkesanan pengajaran seseorang

guru. Objektif pengajaran merupakan aspek yang ingin dicapai seseorang guru terhadap sesuatu

topik di akhir pembelajaran murid-murid. Guru perlu menerangkan dengan jelas dan tepat apa

yang ingin mereka capai hasil daripada pembelajaran tersebut. Objektif-objektif tersebut

hendaklah dipilih berdasarkan kemahiran yang hendak dikuasai seterusnya merancang aktiviti-

aktiviti yang sesuai berdasarkan matlamat yang telah digariskan.

Faktor seterusnya ialah penentuan strategi pengajaran. Ini bertujuan membina dan mengukuhkan

minat murid-murid terhadap pembelajaran serta bersedia menerima pelajaran seterusnya.

Pemilihan strategi yang sesuai membantu murid melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai

aktiviti yang dijalankan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru akan

berhadapan dengan murid-murid yang berbeza dari aspek kebolehan, keupayaan dan minat

57

Page 58: minggu interaksi sk kerupang 2012

seperti murid-murid yang tidak boleh membaca dengan baik tetapi boleh mengingati pelajaran

yang disampaikan dengan kemahiran mendengar yang cukup baik, serta murid yang boleh

membaca dengan fasih namun tidak semestinya dapat mengingati pelajaran dengan sempurna.

Oleh yang demikian, guru mestilah memilih teknik atau kaedah yang sesuai dengan keupayaan

dan kebolehan murid-murid.

Selain itu, kebijaksanaan guru dalam menguruskan masa yang diperuntukkan turut

mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Ia dilakukan dengan membahagikan masa pada setiap

langkan pengajaran. Guru hendaklah memastikan separuh daripada kerja-kerja yang dirancang

pada setiap waktu dilakukan oleh murid atau dengan kata lain aktiviti berpusatkan murid agar

murid merasai keseronokan belajar. Peruntukan masa bagi sesuatu jangka masa pengajaran

meliputi pengenalan tajuk, penerangan guru, aktiviti antara guru dan murid, gerak kerja kelas

berbentuk lisan dan tulisan dan diakhiri dengan kesimpulan atau rumusan pengajaran dan

pembelajaran.

Antara faktor lain yang dapat membantu keberkesanan pengajaran seseorang guru ialah faktor

pemilihan bahan bantu mengajar. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan bahan

bantu mengajar sangat penting dan ia bukan sahaja membantu mempermudahkan proses tersebut

berjalan lancar, bahkan sebagai alat rangsangan minda murid-murid yang berkesan.

Keberkesanan fungsi alat-alat tersebut bergantung kepada pemilihan bahan yang sesuai dari segi

saiznya, tulisan yang jelas, warna, gambar-gambar serta bersesuaian dengan aktiviti yang

dirancang agar pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif.

Persekitaran bilik darjah turut member kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Ia

dilihat dari segi keadaan fizikal bilik darjah yang kemas, bersih, dan susunan perabot yang

teratur serta kelengkapan bilik darjah. Suasana yang selesa dan menarik amat mempengaruhi

proses pembelajaran murid. Penyusunan kedudukan murid juga hendaklah memudahkan

komunikasi antara murid dengan guru dan bersesuaian dengan keperluan mereka terutamanya

58

Page 59: minggu interaksi sk kerupang 2012

yang mempunyai masalah penglihatan atau pendengaran. Ciri-ciri tersebut akan mewujudkan

suasana pembelajaran yang bermakna dan mendorong murid untuk belajar dengan baik.

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan yang dianggap

sebagai satu proses yang membolehkan seseorang manusia yang sanggup berfikiran kritikal dan

mempunyai daya kreatif. Latihan pula bertujuan memberi kemahiran-kemahiran teknikal dan

kegiatan-kegiatan psikomotor. Oleh itu peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada

mausia khasnya generasi muda untuk menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran-

kemahiran yang difikir sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan

kehidupan-kehidupan seharian.

Sekolah merupakan satu institusi masyarakat yang penting dalam mementingkan perhubungan

dan perubahan tingkahlaku pelajar-pelajar mengikut arah dan kehendak masyarakat (Khadijah

Haidi, 1994). Justeru itu sekolah perlu memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan

dan kebudayaan yang dianggap baik. Misalnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral

seperti budi bahasa , sopan santun dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari di sekolah.

Tidak ketinggalan juga sekolah mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mengetahui tentang

bendera negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan. Bahkan guru bukan hanya

menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi menanamkan sikap, nilai dan sahsiah yang

sempurna, mematuhi peraturan masyarakat.

Sekolah merupakan institusi sosial yang melatih generasi muda supaya berilmu pengetahuan dan

berakhlak mulia. Ini dapat dicapai sekiranya sekolah memberi perhatian yang bersungguh-

sungguh bagi menangani gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat. Isunya sekarang,

mampukan pihak sekolah dan masyarakat berindak seiring dalam menangani masalah sosial di

kalangan pelajar? Dalam menangani masalah sosial pelajar ini semua pihak perlu merasa ini

adalah tanggunjawab bersama. Pihak sekolah perlu memainkan peranannya manakala

masyarakat dan ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan

tugas berat ini. Namun demikian, kebelakangan ini terdapat petanda peranan sekolah dalam

menangani masalah akhlak dan moral terlalu lemah . Menurut Dr. Abdul Rahim Abd. Rashid

59

Page 60: minggu interaksi sk kerupang 2012

(1997), ini disebabkan oleh kelemahan -kelemahan sekolah seperti hubungan interpersonal yang

renggang, guru yang kurang bermotivasi dan berdedikasi, perasaan yang tidak berpuas hati

terhadap sekolah, hubungan guru dan murid yang tidak harmoni, kurang keperihatinan yang

ditunjukkan oleh guru-guru terhadap masalah murid, tekanan sosial dan emosi yang tinggi yang

dihadapi oleh murid di sekolah, kegagalan yang tinggi dihadapi oleh murid-murid disebabkan

oleh ketidakcekapan sekolah dalam memenuhi kehendak murid, dan kekerapan berlakunya

murid diabaikan di sekolah. Masalah sosial yang membabitkan murid sekolah semakin

meningkat dan membimbangkan kerana sekolah yang merupakan institusi sosial semakin

renggang hubungannya dengan masyarakat setempat. Banyak masalah murid dan masalah

masyarakat dengan sekolah khususnya yang bersabit dengan hal-hal personal murid dan hal

pendidikan masyarakat setempat tidak dapat ditangani dengan berkesan oleh pihak sekolah.

Menurut S. Subramaniam, Setiausaha Persatuan Perkhidmatan Pendidikan (Jun 1998)

pengasingan sekolah daripada masyarakat semakin menjadi-jadi berikutan dengan tindakan yang

diambil oleh pihak sekolah menguatkuasakan perintah dan amaran-amaran keras terhadap ibu

bapa yang dianggap sebagai penceroboh.

Hubungan yang terlalu formal yang dikuatkuasakan oleh pengetua atau guru besar di setengah-

setengah sekolah menjadikan sekolah seolah-olah satu institusi sosial yang rigid. Ini

menyebabkan banyak konflik dan masalah yang timbul di antara pihak sekolah, murid, ibu bapa

dan masyarakat setempat tidak dapat diselesaikan dengan berkesan. Menurut Khairunnisa

Sulaiman (1996) dalam banyak hal, masyarakat setempat tidak diajak bekerjasama dengan pihak

sekolah bagi bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku sama ada di dalam sekolah mahupun

di luar sekolah. Pihak sekolah ada kalanya bertindak sendirian sesuka hati tanpa melibatkan ibu

bapa, khususnya yang menyentuh masalah yang ditimbulkan oleh murid di sekolah mahupun di

luar sekolah.

Bagi mengatasi masalah ini, sekolah perlu mempunyai mekanisme pengawalan sosial yang

berkesan bagi membolehkan ia mampu mengawal gejala-gejala buruk dan membanteras masalah

sosial yang melibatkan pelajar sekolah. Peranan yang dimainkan oleh sekolah sebagai agen

pengawalan sosial boleh dilakukan dengan pelbagai cara terutamanya bekerjasama dengan

masyarakat setempat. Pihak sekolah dan masyarakat, khususnya Persatuan Ibu Bapa dan Guru

60

Page 61: minggu interaksi sk kerupang 2012

(PIBG) perlu duduk semeja membincangkan masalah sosial pelajar ini. Pengawalan dan tindakan

yang dilakukan oleh sebelah pihak mungkin berjaya tetapi kurang berkesan. Pihak masyarakat

juga perlu memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak sekolah untuk menangani masalah

ini. Setiap tindakan yang wajar seperti merotan atau denda ringan yang lain hendaklah dianggap

sebagai hukuman untuk mendidik bukan sebagai dera.Salah faham ini juga menimbulkan

konkfik dalam menangani masalah sosial pelajar.

Dari masa ke semasa pelajar-pelajar perlu dilatih supaya lebih bertanggungjawab mematuhi

peraturan dan undang-undang mengekalkan keamanan, menghormati orang lain, berperangai

mulia dan tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk sebagaigaris panduan amalan

dan tindakan. Disiplin adalah asas utama mekanisme pengawalan sosial di sekolah. Disiplin

sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan standard tingkahlaku yang mulia.

Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru perlulah menunjukkan komitmen

dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin.

Sebagai rumusannya, untuk menjadi guru yang cemerlang hendaklah melalui proses latihan dan

menimba pengalaman mengajar sebanyak mungkin. Di samping memperbaiki mutu pengajaran

dari masa ke semasa.

61

Page 62: minggu interaksi sk kerupang 2012

62

LAMPIRAN

Page 63: minggu interaksi sk kerupang 2012

63

papan tanda pada pagar pintu masuk sekolah kebangsaan Kerupang, W.P. Labuan.

Peta kedudukan Sekolah Kebangsaan Kerupang W.P. Labuan

Page 64: minggu interaksi sk kerupang 2012

64

Antara bangunan kelas Sekolah Kebangsaan Kerupang, W.P. Labuan

Bangunan kelas (tingkat atas) dan bilik j-QAF (tingkat bawah)

Page 65: minggu interaksi sk kerupang 2012

65

Ruang belajar pemulihan jawi bilik j-QAF SK. Kerupang, W.P. Labuan

Ruang membaca Al-Quran bilik j-QAF SK. Kerupang, W.P. Labuan