laporan minggu panitia pendidikan jasmani dan kesihatan sk seri kepong tahun 2016

Upload: pak-alang

Post on 05-Jul-2018

373 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

  • 8/16/2019 Laporan Minggu Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sk Seri Kepong Tahun 2016

    1/13

    LAPORAN MINGGU PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

    SK SERI KEPONG TAHUN 2016

    TARIKH : 3-6 MEI 2016

    TEMPOH PELAKSANAAN : 4 Hari

    1. PENDAHULUAN

      Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan agar setiap murid

    mengamalkan gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan

    melalui gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan

    bersukan secara teratur bagi menjamin taraf kecergasan warga sekolah

    yang optimum. Selaras dengan itu Panitia P!K SK Seri Kepong telah

    menganjurkan minggu panitia P!K.

    2.  RASIONAL

    Matlamat program ini membolehkan pelajar menjadi sihat cergas

    dan produktif melalui penerapan nilai sikap pengetahuan dan amalan

    kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan sehari-hari ke arah "Murid

    cergas rakyat sihat #egara sejahtera.

    $

  • 8/16/2019 Laporan Minggu Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sk Seri Kepong Tahun 2016

    2/13

    3.  OBJEKTI

    %bjektif utama diadakan program ini &

    i. Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan

    mempertingkatkan kesihatan dan kecergasan.ii. Memperoleh pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan dan

    perkembangan tubuh badan manusia serta keperluan kesihatan

    berkaitan.

    iii. Memahami konsep kecergasan prinsip latihan dan langkah-

    langkah keselamatan yang perlu dipatuhi.iv. Mempertingkatkan jasmani dengan membina daya tahan

    kardiovaskular kekuatan daya tahan otot serta meningkatkan

    kelenturan badan ketangkasan dan kelajuan.v. Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat di

    dalam kegiatan kecergasan jasmani dan sukan seperti semangat

    kesukanan kerjasama toleransi kepimpinan dan disiplin.

    4.  MOTO MINGGU PJK SKSK 2016

    " Murid Sihat Minda 'erdas Sekolah (emilang)

     !. KUMPULAN SASARAN

    *ktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut akan

    melibatkan &-

    +.$ Semua murid- murid SK Seri Kepong

    +., Semua guru P!K dan PK SK Seri Kepong

    ,

  • 8/16/2019 Laporan Minggu Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sk Seri Kepong Tahun 2016

    3/13

    6.0 LAPORAN MINGGU PANITIA PJK  

    Selaras dengan hasrat alsafah Pendikan #egara SK Seri Kepong telah

    mengadakan Program minggu panitia P!K yang bermula - / Mei ,0$/.

    1erikutan daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia SK Seri

    Kepong telah mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang berkaitan

    dengan kecergasan 23ikal dan mental. %leh yang demikian satu

     jawatankuasa kerja telah dirancang bagi melaksanakan tugas-tugas yang

    telah ditetapkan.

    Program ini telah dilaksanakan pada hari Selasa pada jam $0.0

    pagi sehingga jam $$.00 pagi. Pada pagi tersebut Puan #ajihah bt 4brahim

    selaku (PK Tadbir 5 Kurikulum telah merasmikan minggu panitia P!K.

    Setelah itu gimik pelancaran oleh murid-murid tahun 6 *rif. Murid-murid

    tahun 6 *rif telah membuat pertunjukkan gymnastarada yang dibimbing

    oleh Pn #asharehan 1t *bdullah. Setelah selesai persembahan gimik

    pelancaran majlis diteruskan dengan nyanyian lagu tema minggu panitia

    P!K iaitu lagi "Kau 1oleh).

    Semua aktiviti yang dirancang dijalankan sewaktu PdP. Pada waktu

    mata pelajaran 7unia Seni 8isual panitia P!K telah menjalankan

    Pertandingan Mewarna bagi murid-murid Pra Sekolah dan murid-murid

    PPK4. (uru-guru pendidikan seni telah ditugaskan agar mengagihkan

    bahan-bahan bagi pertandingan tersebut. 4nfo Kesihatan dan Kui3

    Kesihatan pula telah diselitkan pada setiap hari pada perhimpunan setelah

    tamat waktu rehat.

    1agi murid-murid tahap $ dan , pertandingan "Siapa 9ebat) telah

    dijalankan bagi menguji kemahiran asas dan psikomotor murid.

    Pertandingan ini dilaksanakan pada waktu Pendidikan !asmani. (uru-guru

  • 8/16/2019 Laporan Minggu Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sk Seri Kepong Tahun 2016

    4/13

    P!K telah merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid-murid

    mereka. *ntara contoh aktiviti yang dilaksanakan ialah melompat

    melepasi palang boling padang tinting bulu ayam dan lain-lain lagi.

    Pada hari Khamis iaitu + Mei ,0$/ aktiviti senamrobik telah

    dijalankan yang melibatkan semua guru dan murid. Pada hari tersebut

    murid-murid dan guru diwajibkan berpakaian sukan lengkap. *ktiviti ini

    diketuai oleh Pn #asharehan bt *bdullah dan semua guru P!K SK Seri

    Kepong. Semua warga sekolah termasuk pekerja swasta memberikan

    kerjasama yang sepenuhnya. Malah mereka turut menunjukkan sikap

    positif dalam setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya dalam aktiviti

    senamrobik pagi. Secara tidak langsung ini mewujudkan suasana harmoni

    dan mengeratkan silaturrahim diantara seluruh warga sekolah tanpa

    mengira darjat mahupun pangkat. Majlis penutupan telah diadakan pada

    hari !umaat setelah tamat program ceramah 4sra Mikraj yang dianjurkan

    oleh Panitia Pendidikan 4slam.

    Setelah melaksanakan program seupama ini kita dapat melihat

    keberkesanan program ini dapat mencapai objektif dan matlamat

    program. Program ini dapat melahirkan generasi yang prihatin terhadap

    kesihatan dan kecergasan 23ikal dan mental. 7i samping itu

    meningkatkan minat murid dalam bidang kesukanan. Mudah-mudahan

    program seperti ini dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada

    murid betapa pentingnya kecergasan 23ikal dan mental dalam hidup kita.

    :capan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua

    warga yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini. Mudah-mudahan

    aktiviti yang telah dijalankan akan diteruskan pada masa-masa akan

    datang.

    6

  • 8/16/2019 Laporan Minggu Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sk Seri Kepong Tahun 2016

    5/13

  • 8/16/2019 Laporan Minggu Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sk Seri Kepong Tahun 2016

    6/13

    Murid-murid mendengar ucapan perasmian

    Backdrop yang telah dibina oleh guru-guru Pendidikan Kesihatan

    /

  • 8/16/2019 Laporan Minggu Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sk Seri Kepong Tahun 2016

    7/13

    Murid-murid tahun 4 Ari membuat persediaan untuk pertunjukkan

    ;

  • 8/16/2019 Laporan Minggu Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sk Seri Kepong Tahun 2016

    8/13

    Pertunjukkan gymnastarada oleh murid-murid tahun 4 Ari 

    !ikgu Aiman memberi penerangan berkenaan pertandingan "#iapa $ebat% 

  • 8/16/2019 Laporan Minggu Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sk Seri Kepong Tahun 2016

    9/13

    Pertandingan melepasi palang kon oleh murid tahun &

    Murid tahun ' Ari senaman pemanas badan

    =

  • 8/16/2019 Laporan Minggu Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sk Seri Kepong Tahun 2016

    10/13

    Pertandingan boling padang murid tahun ' Ari 

    Permainan tingting bulu ayam murid tahun 4 Ari 

    $0

  • 8/16/2019 Laporan Minggu Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sk Seri Kepong Tahun 2016

    11/13

    (inting bulu ayam murid tahun 4 Ari 

    !ikgu Nuruddin memberi penerangan mengenai akti)iti minggu panitia PJK 

    $$

  • 8/16/2019 Laporan Minggu Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sk Seri Kepong Tahun 2016

    12/13

    #enamrobik yang diketuai oleh Pn Nasharehan bt Abdullah

    #emua murid dan guru bersama-sama menyertai senamrobik 

    $,

  • 8/16/2019 Laporan Minggu Panitia Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sk Seri Kepong Tahun 2016

    13/13

    RUMUSAN :

    Secara keseluruhannya Panitia Pendidikan !asmani dan Panitia Pendidikan

    Kesihatan sentiasa memandang serius mengenai perkembangan dan

    peningkatan murid dalam aspek intelek rohani emosi jasmani dan

    sahsiah seperti mana yang di sarankan oleh Kementerian Pendidikan

    Malaysia ketika ini. Kerjasama daripada pihak guru-guru dan pentadbiran

    SK Seri Kepong membolehkan segala urusan dan program yang dirancang

    oleh panitia mencapai sasaran yang diinginkan. 7i harapkan kerjasama

    yang erat ini dapat dipertingkatkan pada tahun hadapan bagi melahirkan

    insan yang cemerlang gemilang dan terbilang dalam semua aspek.

    Di"#$ia%a& O'#( :

    >*9M*7 #:?:774# 14# *1: 1*K*?@

    Ketua Panitia Pendidikan !asmani dan Panitia Pendidikan Kesihatan

    SK Seri Kepong Kuala Aumpur

    Di"a(%a& O'#( :

    >P:*# #*!49*9 1T 41?*94M@

    (PK Tadbir dan Kurikulum

    SK Seri Kepong Kuala Aumpur

    $